Anda di halaman 1dari 3

Pengajian Am Semester 2-Alih Bentuk Komunikasi

Mengenal pasti jenis media dengan tepat


Media:

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai


untuk membandingkan sumbangan pendapatan antara sektor mengikut negeri
terpilih di Malaysia pada tahun 2014, 2015 dan tahun 2016.

Negeri Selangor dan negeri Pulau Pinang merupakan antara negeri paling
maju yang memberikan tumpuan utama kegiatan ekonomi terutama dalam bidang
pembuatan. Walau bagaimanapun, sektor pertanian juga turut diberi perhatian oleh
kerajaan dalam usaha menjadikan negeri ini terus maju ke hadapan.

Negeri Selangor pada tahun 2014, sektor pertanian telah menyumbangkan


pendapatan sebanyak RM4317 juta dan dijangka terus meningkat kepada RM5200
juta pada tahun 2016. Peningkatan ini adalah selaras dengan usaha yang dibuat
oleh kerajaan negeri untuk memajukan penduduk terutamanya mereka yang tinggal
di luar kawasan luar bandar. Kerajaan Pulau Pinang juga turut memberi perhatian
kepada sektor ini, terutamanya bagi kawasan yang terletak di Seberang Perai.
Pada tahun 2014, sebanyak RM1467 juta telah disumbangkan oleh sektor ini, dan
dijangka meningkat sebanyak RM213 juta pada tahun 2016. Jangkaan
peningkatan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk tidak meminggirkan rakyat
yang berada di kawasan pedalaman. Pada tahun 2015, pungutan kerajaan negeri
Selangor dalam sektor ini jauh mengatasi pungutan yang diperolehi oleh kerajaan
Pulau Pinang iaitu sebanyak RM2858 juta. Sektor pertanian ini telah
menyumbangkan RM4350 juta kepada pendapatan negeri Selangor pada tahun
berkenaan.

Sektor pembuatan merupakan tonggak kepada kemajuan sesebuah negeri.


Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi meletakkan
negeri ini sebagai negeri termaju di Malaysia. Pada tahun 2014, sektor pembuatan
telah menyumbang sebanyak RM66 340 juta kepada pendapatan negeri.
Pendapatan ini jauh mengatasi pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan Pulau
Pinang sebanyak RM35 537 juta pada tahun berkenaan. Pada tahun 2015,
sumbangan sektor pembuatan di Selangor telah meningkat sebanyak RM3 512 juta
berbanding dengan pendapatan tahun sebelumnya, manakala pendapatan bagi
negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM32 886 juta iaitu peningkatan sebanyak
RM2 083 juta berbanding tahun sebelumnya. Menjelang tahun 2016, sektor ini
dijangka menyumbang pendapatan bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang masing-
masing sebanyak RM75 676 juta dan RM45 000 juta.

Peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh kedua-dua sektor ini membuktikan


kejayaan segala dasar yang telah dilaksanakan bagi memperteguhkan sumbangan
pendapatan kerajaan masing-masing.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Malaysia,


Rancangan Malaysia Ke-Sebelas, 2016-2020)
Mengenal pasti jenis media dengan tepat
Media:

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan


carta yang sesuai untuk menunjukkan barangan eksport Malaysia dan komponen
negara pengimport bagi tahun 2016.
Walaupun pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian utama
lembap dan persaingan dalam pasaran antarabangsa semakin hebat, eksport
Malaysia meningkat dengan pesat untuk mencatat pertumbuhan dua angka iaitu
sebanyak 16.9 peratus kepada RM121.2 bilion pada tahun 2016. Pertumbuhan yang
pesat disebabkan oleh pertambahan jumlah eksport dan tingkat harga yang lebih
tinggi.
Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun kekal sebagai tiga pasaran utama
bagi eksport Malaysia pada tahun 2016, yang merupakan 55 peratus daripada
jumlah eksport negara. Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai
pengimport yang kedua terbesar dengan jumlah pembelian meningkat dengan kukuh
sebanyak 27.8 peratus kepada RM 24.6 bilion, iaitu sebanyak 20.3 peratus daripada
jumlah eksport Malaysia. Sementara itu, Singapura kekal sebagai pengimport
terbesar barangan Malaysia dengan jumlah pembelian meningkat sebanyak 10.3
peratus kepada RM 26.3 bilion pada tahun 2016. Eksport ke Jepun pulih semula
untuk meningkat kepada 13.0 peratus pada tahun 2016. Walaupun ekonomi Jepun
berada dalam keadaan kemelesetan disebabkan oleh kesan pemindahan aktiviti
pengeluaran syarikat pelbagai negara ke Malaysia .
Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah [EC] sebagai satu kumpulan
meningkat kepada RM 17.6 bilion pada tahun 2016. United Kingdom merupakan
pembeli dalam kalangan Negara-negara EC, iaitu sebanyak 4.2 peratus. Prestasi
eksport Malaysia yang lebih baik ke EC disebabkan pemulihan ekonomi yang
sederhana di United Kingdom dan Belanda. Kebanyakan eksport Malaysia ke EC
terdiri daripada barang perkilangan seperti jentera, perkakas elektrik, komponen
elektrik dan tekstil. Eksport Malaysia yang selebihnya adalah ke negara-negara lain.
Sepanjang tahun 2016, pendapatan eksport yang lebih telah dicatat bagi
hampir ke semua kategori barang perkilangan, terutamanya keluaran kayu, keluaran
petroleum, jentera, perkakas elektronik dan barang komponen elektronik. Ini
menyebabkan barang perkilangan kekal sebagai barangan utama pendapatan
eksport Malaysia. Sumbangannya terus meningkat sebanyak 26.0 peratus kepada
RM 90.0 bilion.
Dalam sektor pertanian , pertumbuhan pendapatan eksport menjadi lebih
sederhana iaitu sebanyak 1.6 peratus kepada RM 18.6 bilion. Ini mencerminkan
penerimaan eksport yang lebih tinggi daripada kayu siap bergergaji dan minyak
sawit. Pendapatan yang lebih tinggi disebabkan oleh permintaan luar negara yang
kukuh, terutamanya dari Asia.
Prestasi eksport bagi sektor galian seperti timah, petroleum dan gas asli terus
merosot sebanyak 11.4 peratus kepada 11.4 bilion. Kejatuhan pendapatan eksport
ini disebabkan oleh perolehan daripada petroleum mentah dan timah adalah lebih
rendah. Pendapatan daripada eksport petroleum mentah merosot selama tiga tahun
berturut-turut. Ini selaras dengan arah aliran yang menurun bagi harga minyak
mentah dunia. Harga minyak mentah antarabangsa yang lebih rendah ini
disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan oleh OPEC. Pendapatan eksport
selebihnya diperoleh daripada barangan lain.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara, 2015)

Anda mungkin juga menyukai