Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pendahuluan

Maksud pendapatan negara dan pertumbuhan ekonoi jumlah nilai barang akhir dan perkhid-
matan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa setahun· Perkembangan
aktiviti ekonomi yang menyebabkan peningkatan pengeluaran barang dan perkhidmatan
serta kebajikan masyarakat.  Kadar pertumbuhan ekonomi (KPE) mengukur peratus pertum-
buhan ekonomi sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya.

PERNYATAAN ISU

Isi kandungan artikel ini membincangkan tentang Ekonomi Malaysia yang telah berkem-
bang dengan baik pada tahun 2014. Penulis ingin memberitahu pencapaian peningkatan dari
segi tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga umum dan peningkatan pertum-
buhan ekonomi. Penulis juga membuat perbandingan dari tahun 2012, 2013 dan 2014 untuk
membuktikan pencapaian ekonomi pada tahun yang berbeza. Tambahan pula, penulis telah
membuat kesimpulan terhadap pencapaian ekonomi mengikut idea bekas Gabenor Bank Ne-
gara Malaysia iaitu Tan Sri Dr Zati Akhtar Aziz.

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan kegiatan ekonomi yang dicerminkan


oleh pertumbuhan dalam keluaran negara. Pertumbuhan ekonomi menyebabkan peningkatan
keupayaan sebuah negara untuk menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Per-
tumbuhan ekonomi yang berterusan akan meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan
perkapita. Pertumbuhan ekonomi juga mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk
menampung tenaga buruh yang semakin bertambah. Peningkatan keupayaan ekonomi untuk
menghasilkan lebih banyak barang berikutan pertambahan dalam sumber ekonomi,
barangan modal dan tingkat pelaburan.

FAKTA FAKTA LAIN

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan aktiviti-aktiviti


ekonomi yang menyebabkan satu peningkatan pengeluaran barang dan
perkhidmatan serta kebajikan masyarakat. Pertumbuhan ekonomi menye-
babkan peningkatan keupayaan sesebuah negara menghasilkan lebih
banyak barang dan perkhidmatan. Jika berterusan, ia akan meningkatkan
pendapatan negara dan pendapatan perkapita. Pertumbuhan ekonomi juga
mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk menampung tenaga buruh
yang semakin bertambah. Daripada artikel yang saya kaji, penulis meny-
atakan bahawa ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan di luar jangkaan
pada 2014 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang
sebanyak enam peratus berbanding 4.7 peratus pada 2013. Ini disebabkan
oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor perkhidmatan dijangka
berkembang kukuh dengan berkembang 6.4 peratus perdagangan borong,
pengangkutan dan penyimpanan mendapat manfaat daripada aktiviti
berkaitan perdagangan yang lebih tinggi manakala sektor pembuatan men-
catat pertumbuhan yang mapan sebanyak 5.2 peratus lebih cepat dise-
babkan oleh peningkatan eksport barangan elektronik dan elektrik beriku-
tan permintaan luar yang bertambah baik. Kedudukan sektor luar Malaysia
dijangka kekal menggalakkan pada 2014 disokong oleh persekitaran luar

KESIMPULAN

Lazimnya pertumbuhan ekonomi dan pendapatan yang lebih tinggi boleh


membawa kedudukan taraf hidup yang lebih baik. Kerajaan sentiasa pri-
hatin bahawa usaha mengurus kos sara hidup dengan berkesan terus men-
jadi salah satu agenda utama memandangkan isu ini terus memberi impak
kepada sebahagian besar rakyat. Kerajaan terus menangani isu ini secara
menyeluruh dan bersepadu. Usaha ini termasuk menyelaras pelaksanaan
dasar dan program oleh pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat
dalam mengurangkan beban rakyat. Pada masa yang sama, kita sebagai
rakyat perlu menjadi pengguna yang bijak dan membuat perubahan gaya
hidup serta tabiat berbelanja supaya tidak terbeban dengan masalah
hutang. Sehubungan itu, pengasingan perbelanjaan harian walaupun
sedikit boleh memberi manfaat. Langkah ini termasuk penjimatan tenaga
bagi pengurangan bil elektrik, penggunaan pengangkutan awam dan peran-
cangan bajet setiap bulan untuk mengelakkan daripada membeli mengikut
gerak hati yang boleh menyebabkan beban kewangan yang lebih besar
pada masa hadapan.

SENARAI RUJUKAN
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2015/02/34579/ekonomi-
malaysia-berkembang-6-peratus-pada-2014
http://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-1-pengenalan-makroekonomi.html

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/830710/cp01.pdf

https://www.astroawani.com/topic/pertumbuhan-ekonomi-malaysia

https://api.hmetro.com.my/node/36291

https://www.mstar.com.my/niaga/2014/11/14/ekonomi-berkembang

Anda mungkin juga menyukai