Anda di halaman 1dari 29

010713-03-0330

TAJUK: GUNA TENAGA DAN PENGANGGURAN ANTARA NEGERI JOHOR DAN


NEGERI SARAWAK DARI TAHUN 2002 HINGGA TAHUN 2012

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji Guna Tenaga dan Pengangguran antara
Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Objektif kajian ini
adalah untuk mengukur arah aliran guna tenaga antara Negeri Johor dengan Negeri Sarawak
dari tahun 2002 hingga tahun 2012 dan mengukur kadar pertumbuhan pengangguran antara
Negeri Johor dengan Negeri Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Pengkaji
menggunakan kaedah sekunder iaitu kaedah memperoleh data daripada Jabatan Perangkaan
Malaysia dan kaedah analisis data dalam bentuk jadual dan graf. Berdasarkan hasil kajian,
pengkaji mendapati bahawa Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Johor yang tertinggi
sepanjang tempoh sebelas tahun iaitu bermula dari tahun 2002 hingga tahun 2012 adalah
sebanyak 1481.5 ribu orang pada tahun 2012 manakala Arah Aliran Guna Tenaga yang
terendah pula adalah sebanyak 1222.3 ribu orang pada tahun 2002. Selain itu, Arah Aliran
Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak pula mencatatkan sebanyak 1143.9 ribu orang paling
tinggi iaitu pada tahun 2012 dan Arah Aliran Guna Tenaga paling rendah adalah sebanyak
909.9 ribu orang pada tahun 2003. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa Kadar
Pertumbuhan Pengangguran bagi Negeri Johor yang tertinggi sepanjang tempoh sepuluh
tahun iaitu dari tahun 2003 hingga tahun 2012 adalah sebanyak 49.15% pada tahun 2009 iaitu
berada dalam keadaan positif pada tahun tersebut manakala Kadar Pertumbuhan
Pengangguran yang terendah pula adalah sebanyak -35.66% pada tahun 2006. Selain itu,
Kadar Pertumbuhan Penganggguran bagi Negeri Sarawak pula mencatatkan sebanyak
18.20% paling tinggi iaitu pada tahun 2008 dan Kadar Pertumbuhan Pengangguran paling
rendah adalah sebanyak -9.49% pada tahun 2012. Kesimpulanya, pengkaji berharap hasil
kajian yang dijalankan ini mampu meningkatkan kestabilan ekonomi di Malaysia iaitu
melalui peningkatan guna tenaga dan pengurangan pengangguran di bawah 4%.

i
010713-03-0330

ii
010713-03-0330

ISI KANDUNGAN

ii
010713-03-0330

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T pencipta sekalian alam. Dengan penuh
keredhaan-Nya, pengkaji bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus Ekonomi kertas
4 (944/4) penggal 3 pada tahun 2020 ini yang bertajuk Guna Tenaga dan Pengangguran
antara negeri Johor dan negeri Srawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012 dalam tempoh
masa yang ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Hajah Noora Binti Mat Noor yang
merupakan guru bagi mata pelajaran Ekonomi di sekolah pengkaji.
Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
yang tidak ternilai kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Un bin Mat yang merupakan
pengetua cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa dan Puan Hajah
Azizah binti Haji Abdullah iaitu Penolong Kanan Tingkatan Enam kerana memberi sokongan
dan keizinan untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan lancar dan baik. Selain itu, tidak
dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Ekonomi iaitu Puan
Hajah Noora Binti Mat Noor kerana banyak meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar
dan memberikan semangat untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna.
Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
yang disayangi iaitu Mohd Razlee bin Abdullah dan Azizah binti Zakaria kerana telah banyak
berkorban dari segi masa dan wang untuk memastikan kerja kursus ini dapat dijalankan
dengan lancar. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan serta semua
responden yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan kajian tersebut.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
pengkaji secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

iii
010713-03-0330

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Pengkaji menjalankan kajian yang bertajuk “Guna Tenaga dan Pengangguran
antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012”. Menurut
artikel kerajaan optimis pertumbuhan ekonomi negara akan mencecah angka 4.8 %
menjelang tahun 2020. Angka berkenaan akan dicapai ekoran asas makroekonomi Malaysia
yang kukuh termasuk struktur ekonomi dan eksport yang menyokong pasaran buruh, inflasi
yang rendah dan stabil serta sektor kewangan dan lebihan akaun semasa yang lebih sihat
mengenai imbangan pembayaran. Oleh itu, potensi pertumbuhan negara akan dioptimumkan
dengan memperkukuhkan produktiviti dan inovasi sebagai pemangkin pertumbuhan.
Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia pada
tahun 2020 telah menyebabkan kejatuhan ekonomi negara secara mendadak berikutan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kebanyakkan negara. Menurut artikel
kadar pengangguran di Malaysia meningkat pada suku pertama 2020 iaitu sebanyak 3.5 %,
mencerminkan kesan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 ketika kerajaan
menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 berbanding kadar
pengangguran pada tahun 2019 iaitu stabil pada 3.3 %.
Oleh itu, kesan daripada penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan
semasa sekatan pergerakan yang dikuatkuasa oleh kerajaan menyebabkan tercetusnya faktor
kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapat pekerjaan. Ini menyebabkan kadar
pengangguran Malaysia terus meningkat kepada 5.0 % pada bulan April berbanding tempoh
sama tahun lalu susulan pertambahan individu mengganggur meningkat ketara kepada
777,800 orang.
Selain itu, menurut artikel pada tempoh yang sama, angka penduduk bekerja
turut menurun 0.7 % kepada 15.23 juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2.81 juta
adalah bekerja sendiri seperti peniaga atau pengusaha kecil-kecilan seperti pasar tani,
katering dan seumpamanya yang menerima pendapatan atau gaji harian. Mereka ini terdedah
kepada risiko pengangguran dan kehilangan pekerjaan yang boleh menjejaskan pendapatan
semasa tempoh PKP kerana sebahagiannya tidak dapat bekerja dan mengusahakan
perniagaan mereka.

1
010713-03-0330

Seterusnya, bilangan tenaga buruh pada April 2020 mencatatkan pertumbuhan


marginal sebanyak 0.6% iaitu seramai 99,100 orang kepada 15.71 juta orang dan ini
mencatatkan penurunan terendah sejak September 2014. Dari segi bulan ke bulan, jumlah
tenaga buruh menurun 0.8% iaitu seramai 130,700 orang berbanding Mac 2020. Oleh itu,
kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2020 menurun 0.5 mata peratus kepada 68.1%.
Penurunan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut bulan dikaji disebabkan oleh aliran
keluar tenaga buruh untuk keluar dari tenaga buruh. Pada Jun 2020, jumlah tenaga buruh
meningkat sebanyak 49,500 orang kepada 15.76 juta orang menyebabkan kadar penyertaan
tenaga buruh (KPTB) berada pada 68.1%, mencatatkan peningkatan 0.1 mata peratus
berbanding bulan sebelumnya.
Jelaslah, guna tenaga dan kadar pengangguran di Malaysia telah terjejas akibat
penularan wabak COVID-19 yang telah melanda negara pada tahun 2020 kerana
kebanyakkan penduduk tidak dapat meneruskan perniagaan serta sektor-sektor ekonomi
seperti sektor pelancongan juga tidak dapat diteruskan. Kemelesetan ekonomi secara
berterusan telah menyebabkan sektor-sektor ekonomi terpaksa mengambil langkah untuk
memberhentikan pekerja-pekerja mereka akibat tidak mampu membayar upah dan gaji
pekerja. Hal ini menyebabkan guna tenaga di Malaysia menurun dan kadar pengangguran
terus meningkat kesan daripada wabak COVID-19 yang telah melanda negara.
Dalam kajian ini, lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah Malaysia.
Pengkaji menggunakan kaedah mengumpulan data yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan
Malaysia serta rujukan yang dibuat melalui Internet dan buku rujukan Ekonomi Malaysia
Semester 3 iaitu berkaitan guna tenaga dan pengangguran. Tahun yang dikaji adalah bermula
dari tahun 2002 hingga tahun 2012.
Menurut buku rujukan Ekonomi Malaysia Semester 3, Guna Tenaga merupakan
tenaga buruh yang sedang bekerja dan berada dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 64
tahun. Pertambahan guna tenaga bermaksud jumlah penganngur menurun, pendapatan negara
meningkat dan taraf hidup rakayat meningkat. Manakala definisi pengangguran ialah tenaga
buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapatkan pekerjaan. Terdapat
dua kumpulan penganggur iaitu penganggur aktif dan penganggur tidak aktif.

2
010713-03-0330

2.0 PENYATAAN MASALAH


Dalam kajian ini, Negeri Johor dan Negeri Sarawak menjadi fokus utama
pengkaji untuk mengukur arah aliran guna tenaga dan kadar pertumbuhan pengangguran dari
tahun 2002 hingga tahun 2012. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji dapat melihat
peningkatan dan penurunan arah aliran guna tenaga bagi negeri johor dan negeri sarawak
sepanjang tempoh sebelas tahun iaitu bermula dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Selain itu,
pengkaji juga dapat mengetahui kadar pertumbuhan pengangguran iaitu perubahan secara
positif atau negatif dalam tempoh sebelas tahun tersebut. Oleh itu, kajian ini haruslah
dilaksanakan untuk mengetahui negeri mana yang mempunyai arah aliran guna tenaga dan
kadar pertumbuhan pengangguran yang paling tinggi dan yang paling rendah dari tahun 2002
hingga tahun 2012 serta faktor penyebab berlakunya peningkatan dan penurunan bagi arah
aliran guna tenaga dan kadar pertumbuhan pengangguran antara negeri johor dan negeri
sarawak. Dengan ini, kajian yang dijalankan dapat diketahui dengan lebih jelas dan
terperinci.

Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi manfaat kepada pihak
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menganalisis guna tenaga dan
pengangguran di negeri johor dan negeri sarawak contohnya seperti pihak penyelidik, pihak
kerajaan iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancangan Ekonomi. Kajian yang
dijalankan ini juga diharap dapat menjadi panduan kepada pihak penggubal ekonomi supaya
dapat mengkaji peningkatan guna tenaga dan penurunan pengangguran di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Bagi menepati kehendak tajuk, pengkaji telah menyenaraikan beberapa objektif kajian yang
dapat digunakan sebagai panduan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan bertujuan:

a) Mengukur arah aliran Guna Tenaga antara Negeri Johor dengan Negeri Sarawak dari
tahun 2002 hingga tahun 2012.
b) Mengukur kadar pertumbuhan Pengangguran antara Negeri Johor dengan Negeri Sarawak
dari tahun 2002 hingga tahun 2012.

3
010713-03-0330

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kajian Guna Tenaga dan Pengangguran antara Negeri Johor dan Negeri
Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012 dilaksanakan dengan menggunakan data
sekunder iaitu kaedah pengumpulan data dan teknik menganalisis data. Kedua-dua kaedah ini
digunakan untuk menghubungkan objektif dengan hasil kajian.

4.1 KAEDAH MEMPEROLEH DATA


Kajian ini menggunakan sumber data sekunder bagi mencari data dan maklumat
yang berkaitan dengan objektif kajian. Data sekunder merujuk kepada maklumat yang
dikumpul dan diperoleh oleh pengkaji sebagai sumber maklumat dan rujukan tambahan.
Antara data sekunder yang diguna pakai oleh pengkaji adalah merangkumi data daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Ekonomi, Buku dan Internet.
a) Internet
Pengkaji menggunakan sumber daripada Internet seperti laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara laman sesawang yang diakses oleh
pengkaji adalah meliputi Porta Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia untuk mendapatkan data
berkaitan Guna Tenaga dan Pengangguran antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari
tahun 2002 hingga tahun 2012.
b) Buku
Pengkaji menggunakan buku-buku rujukan ekonomi Semester 3 seperti Ace Ahead Teks
STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 yang ditulis oleh Suhiliah Mohd Salleh (2017). Buku
tersebut diguna pakai oleh pengkaji untuk mendapatkan definisi guna tenaga serta konsep
pengangguran yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
c) Rujukan Kepustakaan
Rujukan buku atau analisis terhadap bahan dokumen merupakan asas dalam menjalankan
penyelidikan pada peringkat awal kajian dilakukan terhadap bahan-bahan bertulis ataupun
bercetak yang diterbitkan oleh kamus, majalah dan surat khabar. Bahan rujukan yang ditemui
telah banyak membantu pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian yang dikaji
oleh pengkaji.

4
010713-03-0330

4.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Analisis data adalah proses penyerdehanaan data dalam bentuk yang lebih
mudah dibaca dan diinterprestasikan. Kaedah deskriptif akan digunakan untuk menganalisis
data dalam bentuk nilai dan graf. Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 2002
hingga 2012 akan dianalisis untuk mendapatkan data yang tepat. Kaedah analisis data yang
digunakan adalah dengan menggunakan rumus-rumus seperti di bawah:

4.2.1 Rumus bagi pengiraan Guna Tenaga dan Pengangguran di Malaysia.

Rumus 1:
Guna Tenaga =

4.2.2 Contoh bagi pengiraan Guna Tenaga dan Pengangguran di Malaysia.

Contoh Rumus 1:

5
010713-03-0330

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Arah Aliran Guna Tenaga antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari
Tahun 2002 hingga Tahun 2012

Pengkaji telah mendapatkan data daripada Jabatan Perangkaan Ekonomi dan pengkaji juga
telah mengumpul dan menganalisis data dalam bentuk jadual seperti di bawah:

Jadual 1: Guna Tenaga antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari tahun 2002
hingga tahun 2012.

Tahun Guna Tenaga di Negeri Guna Tenaga di Negeri


Johor (ribu orang) Sarawak (ribu orang)
2002 1222.3 917.7
2003 1269.1 909.9
2004 1232.6 918.6
2005 1237.1 910.9
2006 1258.1 918.3
2007 1286.7 954.1
2008 1283.8 921.7
2009 1306.3 977.5
2010 1418.8 1045.6
2011 1461.9 1058.1
2012 1481.5 1143.9
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia,2002-2012)

6
010713-03-0330

Graf 1: Arah Aliran Guna Tenaga antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari tahun 2002
hingga tahun 2012

Analisis Arah Aliran Guna Tenaga antara Negeri Johor dan Negeri
Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012
1600

1400

1200
Guna Tenaga (ribu orang)

1000

800

600

400

200

0
2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Tahun

Guna Tenaga Negeri Johor Guna Tenaga Negeri Sarawak

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002-2012)

7
010713-03-0330

Berdasarkan Jadual dan Graf 1, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Johor
dan Negeri Sarawak menunjukkan perubahan yang tidak konsisten kerana mengalami
peningkatan dan penurunan dalam tempoh 11 tahun iaitu dari tahun 2002 hingga tahun 2012.

Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Johor pada tahun 2002 adalah sebanyak
1222.3 ribu orang. Nilai ini meningkat sebanyak 46.8 ribu orang iaitu 3.83 % kepada
1269.1 ribu orang pada tahun 2003. Hal ini disebabkan oleh peningkatan pengeluaran
dalam semua sektor utama sejajar dengan aktiviti ekonomi yang lebih kukuh di
Malaysia. Berdasarkan Laporan Ekonomi 2002/2003, Produktiviti pekerja yang
diukur dengan nisbah KDNK kepada jumlah guna tenaga bertambah baik dengan
ketara iaitu kadar pertumbuhan berganda kepada 2% pada tahun 2003 dari 0.9% pada
tahun 2002. Sektor perkilangan yang lebih difokuskan di Negeri Johor mencatatkan
pertumbuhan yang lebih positif sebanyak 3% disebabkan pertambahan dalam
penggunaan modal yang besar dan teknologi yang lebih canggih untuk meningkatkan
pengeluaran barangan yang lebih berkualiti yang dapat dipasarkan secara meluas.

Pada tahun 2004, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Johor mencatatkan
penurunan sebanyak 36.5 ribu orang iaitu 1269.1 pada tahun 2003 kepada 1232.6
pada tahun 2004. Peruntukan gaji dan upah yang rendah kepada pekerja mendorong
guna tenaga berkurang pada tahun 2004. Kadar upah adalah lebih rendah disebabkan
kemerosotan ekonomi yang mengakibatkan gaji dan upah pekerja dikurangkan serta
bonus pekerja dihapuskan pada tahun tersebut. Ini menyebabkan pemberhentian
pekerja meningkat akibat pekerja tidak mendapat gaji dan upah yang setaraf dengan
prestasi dan produktivi pekerjaan mereka.

Seterusnya, Negeri Johor mencatatkan Arah Aliran Guna Tenaga meningkat


sebanyak 4.5 ribu orang iaitu 1232.6 ribu orang pada tahun 2004 kepada 1237.1 ribu
orang pada tahun 2005. Hal ini disebabkan oleh penempatan pekerja melalui proses
memadankan pekerja dengan kemahiran dan jawatan mereka bertambah baik iaitu
daripada 6192 orang pada tahun 2004 kepada 17,459 orang pada tahun 2005. Ini
mencatatkan bilangan pencari kerja aktif yang masih belum mendapatkan pekerjaan
berkurang daripada bulan Mei 2005 iaitu 78,546 orang berbanding 104,714 pada
bulan Ogos. Kerajaan menjalankan inisiatif untuk menambah peluang mendapatkan
pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pencari pekerja melalui program latihan
semula kemahiran dan pesta kerjaya yang diadakan di seluruh negara bagi

8
010713-03-0330

meningkatkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan yang sedia ada. Sebahagian


besar penempatan pekerja yang berjaya terus dicatat oleh sektor perkilangan sebanyak
38% dan sektor perkhidmatan sebanyak 30%.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002 hingga 2012, Arah Aliran


Guna Tenaga terus meningkat sebanyak 21 ribu orang iaitu 1237.1 ribu orang pada
tahun 2005 kepada 1258.1 ribu orang pada tahun 2006. Selain itu, Arah Aliran Guna
Tenaga juga meningkat kepada 1258.1 ribu orang pada tahun 2006 berbanding 1286.7
ribu orang pada tahun 2007 , iaitu meningkat sebanyak 28.6 ribu orang. Ini
menunjukkan peningkatan yang konsisten bagi tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu
bermula dari tahun 2005 hingga tahun 2007.

Seterusnya, Arah Aliran Guna Tenaga menurun semula kepada 1283.8 ribu
orang pada tahun 2008 berbanding 1286.7 ribu orang pada tahun 2007 iaitu sebanyak
2.9 ribu orang. Hal ini disebabkan oleh kadar inflasi keseluruhan yang diukur oleh
perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat pada purata 5.4%
pada tahun 2008 (2007: 2.0%). Paras inflasi ini ketara lebih tinggi berbanding dengan
purata inflasi jangka panjang negara sebanyak 3.0%. Inflasi teras, yang mengukur
tekanan harga berasaskan permintaan, juga meningkat pada purata 4.0% pada tahun
2008 (2007: 1.8%). Pada lima bulan pertama tahun itu, inflasi keseluruhan terus
mengalami trend menaik yang sederhana sejak tahun 2007 apabila harga makanan dan
bahan api global meningkat secara kukuh disebabkan faktor berkaitan penawaran.
Walau bagaimanapun, peningkatan inflasi pada tahun 2008, kebanyakannya
adalah pada suku ketiga apabila kadar inflasi meningkat dengan mendadak berikutan
pelarasan sebanyak 40.4% terhadap harga runcit bahan api pada bulan Jun – yang
merupakan pelarasan terbesar sejak tahun 1990, berikutan harga bahan api global
mencapai paras tertinggi dalam sejarah. Harga tanda aras minyak mentah West Texas
Intermediate (WTI) yang diurus niaga di NYMEX naik kepada paras tertinggi baharu
sebanyak USD147.27 setong pada 11 Julai 2008. Akibatnya, kadar inflasi mencatat
paras tertinggi kepada 8.5% pada bulan Julai. Walau bagaimanapun, kemelut
kewangan global dan inflasi yang lebih tinggi memberikan impak yang negatif
terhadap ekonomi benar dengan menjejaskan aktiviti penggunaan dan pelaburan.
Penguncupan permintaan global berserta pelupusan pegangan dalam pasaran komoditi
menyebabkan harga komoditi merosot dengan ketara dan membolehkan harga bahan

9
010713-03-0330

api dan makanan dalam negeri menurun, dengan inflasi dalam negeri menjadi
sederhana kepeda 4.4% pada bulan Disember.
Pada tahun 2009, Arah Aliran Guna Tenaga bagi negeri Johor mencatatkan
peningkatan 22.5 ribu orang iaitu 1283.3 ribu orang pada tahun 2008 kepada 1306.3
ribu orang pada tahun 2009. Hal ini disebabkan oleh keadaan pasaran pekerja mula
stabil pada suku kedua dan bertambah baik selepas itu, sejajar dengan keadaan
ekonomi global dan dalam negeri yang keseluruhannya bertambah baik. Pelaksanaan
dasar fiskal yang mengembang dan dasar monetari yang akomodatif di dalam negeri
telah menyumbang kepada pemulihan sentimen sektor perniagaan dan pengguna.
Perkembangan ini bersama-sama dengan keadaan ekonomi global yang beransur pulih
telah mengurangkan jumlah pemberhentian pekerja dengan ketara dan menyebabkan
aktiviti pengambilan pekerja oleh syarikat - syarikat kembali cergas mulai suku
kedua. Pemulihan dalam pasaran pekerja yang lebih cepat dari jangkaan telah
menurunkan kadar pengangguran kepada 3.7% daripada tenaga kerja, berbanding
dengan jangkaan awal sebanyak 4.5%. Walaupun persekitaran ekonomi mencabar dan
kadar produktiviti merosot, majikan dalam sektor swasta masih memberi kenaikan
gaji, meskipun pada kadar yang lebih sederhana pada 3.4% (2008: 5.1%).
Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Johor pada tahun 2010 terus meningkat
sebanyak 112.5 ribu orang iaitu 1306.3 pada tahun 2009 kepada 1418.8 ribu orang
pada tahun 2010. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002 hingga 2012, Arah
Aliran Guna Tenaga bagi negeri Johor mengalami peningkatan yang konsisten selama
empat tahun berturut – turut iaitu bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2012.
Seterusnya, Arah Aliran Guna Tenaga bagi negeri Johor mengalami
peningkatan sebanyak 43.1 ribu orang iaitu 1418.8 ribu orang pada tahun 2010 kepada
1461.9 ribu orang pada tahun 2011. Pada tahun 2011, guna tenaga meningkat
sebanyak 2.4% bersamaan dengan penambahan bersih sebanyak 291,500 pekerjaan.
Secara keseluruhan, keadaan pasaran pekerja bertambah baik pada tahun 2011, seperti
dicerminkan oleh peningkatan dalam guna tenaga dan jumlah jawatan kosong. Kadar
pengangguran menurun kepada 3.1% daripada tenaga kerja pada tahun 2011 daripada
3.3% pada tahun sebelumnya, iaitu kadar tahunan terendah sejak tahun 2000.
Penambahan guna tenaga dicatat dalam kesemua sektor utama. Sektor perkhidmatan
dan perkilangan masih merupakan sumber utama pekerjaan, dengan masing-masing
mencatat penambahan bersih sebanyak 174,300 dan 117,500 pekerjaan. Peningkatan

10
010713-03-0330

guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dicatat terutamanya dalam subsektor


perdagangan borong dan runcit (107,100 pekerjaan); dan pengangkutan, penyimpanan
dan komunikasi (23,600 pekerjaan).
Pada tahun 2012, Arah Aliran Guna Tenaga bagi negeri Johor juga meningkat
sebanyak 19.6 ribu orang iaitu 1461.9 ribu orang pada tahun 2011 kepada 1481.5 ribu
orang pada tahun 2012. Hal ini disebabkan oleh Keadaan Pasaran Pekerja Stabil
menyebabkan pertumbuhan guna tenaga meningkat pada 3.6% pada tahun 2012
(2011: 3.2%), dengan tambahan bersih seramai 438,800 pekerja. Kebanyakan
penambahan dalam guna tenaga dicatatkan dalam sektor perkhidmatan dan pertanian.
Kadar pengangguran menurun sedikit kepada 3% (2011: 3.1%).
Jumlah pemberhentian pekerja meningkat kepada 11,494 orang daripada 9,450 pada tahun
sebelumnya, disebabkan terutamanya oleh pemberhentian pekerja yang lebih tinggi dalam
sektor perkilangan (7,616 orang; 2011: 5,635 orang). Walau bagaimanapun, sektor pertanian
dan perkhidmatan mencatat pemberhentian pekerja yang lebih rendah pada tahun itu.
Selain itu, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak pula mencatatkan
penurunan sebanyak 7.8 ribu orang iaitu 917.7 ribu orang pada tahun 2002 kepada
909.9 ribu orang pada tahun 2003. Hal ini disebabkan oleh pemberhentian pekerja
yang kebanyakannya berlaku dalam sektor pertanian. Negeri Sarawak yang lebih
memfokuskan kepada sektor pertanian mengalami kekurangan tenaga buruh untuk
meningkatkan pengeluaran dalam sektor pertanian disebabkan pemberhentian pekerja
yang semakin meningkat terutama golongan muda yang tidak berminat untuk
menceburkan diri dalam sektor pertanian di Malaysia. Oleh itu, Guna Tenaga bagi
Negeri Johor mengalami penurunan kerana pengeluaran yang dihasilkan tidak
mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat akibat kekurangan pekerja untuk
meningkatkan hasil pengeluaran dalam sektor pertanian.

Seterusnya, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak meningkat kepada
918.6 ribu orang pada tahun 2004 berbanding 909.9 ribu orang pada tahun 2003 iaitu
meningkat sebanyak 8.7 ribu orang, Hal ini dikatakan demikian kerana Produktiviti
pekerja yang diukur oleh nisbah KDNK kepada jumlah guna tenaga, nyata bertambah
baik dengan kadar pertumbuhan meningkat kepada 3.4% pada tahun 2004 (2003:
1.9%). Pertumbuhan produktiviti dilihat di kebanyakan sektor ekonomi utama.
Produktiviti yang tinggi dalam sektor pertanian mencerminkan sebahagian besarnya

11
010713-03-0330

hasil keluaran yang lebih tinggi disebabkan oleh cuaca yang baik, amalan pertanian
yang lebih baik, penggunaan jentera dan automasi.

Pada tahun 2005, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak mengalami
penurunan sebanyak 7.7 ribu orang iaitu 918.6 ribu orang pada tahun 2004 kepada
910.9 ribu orang pada tahun 2005. Hal ini disebabkan oleh inflasi yang menjadi salah
satu isu makroekonomi yang membimbangkan dalam ekonomi global. Faktor yang
menyebabkan perkembangan ini ialah kenaikan harga minyak antarabangsa yang
ketara sepanjang tahun. Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang kecil, Malaysia tidak
terkecuali daripada fenomena global ini. Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh
perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat daripada 1.4% pada
tahun 2004 kepada 3% pada tahun 2005. Kenaikan inflasi pada tahun itu berpunca
terutamanya daripada faktor berkaitan bekalan berikutan kenaikan harga minyak
antarabangsa. Inflasi teras, iaitu inflasi IHP yang tidak termasuk barangan harga
mudah ubah dan barangan harga tertadbir, meningkat kepada 2% (1% pada tahun
2004) pada tempoh tersebut. Peningkatan inflasi teras dipacu oleh permintaan dalam
negeri yang kukuh, berikutan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan,
persekitaran kredit yang kompetitif dan harga komoditi yang tinggi yang menyokong
pendapatan dan menggalakkan perbelanjaan pengguna.
Pada tahun 2006, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak meningkat
sebanyak 7.4 ribu orang iaitu 910.9 ribu orang pada tahun 2005 kepada 918.3 ribu
orang pada tahun 2006. Hal ini disebabkan oleh Ekonomi Malaysia bertambah kukuh
pada tahun 2006, dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) meningkat 5.9%.
Pertumbuhan global yang mantap pada tahun 2006 menghasilkan permintaan yang
kukuh terhadap keluaran elektronik dan komoditi utama. Persekitaran luar negeri
yang kukuh ini disokong oleh aktiviti dalam negeri yang teguh berikutan peningkatan
penggunaan swasta, yang sejajar dengan pertambahan dalam pendapatan dan
pelaburan swasta untuk mengembangkan kapasiti produktif bagi memenuhi
permintaan. Berikutan pengembangan dalam permintaan luar dan dalam negeri, guna
tenaga juga meningkat, sebagaimana ditunjukkan oleh jumlah pemberhentian pekerja
yang berkurang dan peluang pekerjaan yang bertambah. Kadar pengangguran kekal
tidak berubah pada tahap 3.5% manakala upah nominal meningkat.
Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak pada tahun 2007 mengalami
peningkatan sebanyak 35.8 ribu orang iaitu 918.3 ribu orang pada tahun 2006 kepada
12
010713-03-0330

954.1 ribu orang pada tahun 2007. Hal ini disebabkan oleh Kerajaan meningkatkan
usaha untuk menangani isu peningkatan bilangan graduan menganggur. Menurut hasil
kaji selidik yang dikendalikan selama seminggu oleh Unit Perancang Ekonomi pada
bulan September, hampir 60,000 graduan tidak mempunyai pekerjaan, dengan
kebanyakannya menganggur selama lebih dari setahun. Antara sebab utama yang
diberikan ialah ketiadaan pengalaman, lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan
kekurangan kemahiran berkomunikasi, di samping memiliki ijazah universiti yang
tidak relevan dengan keperluan pasaran. Bilangan graduan menganggur yang besar
telah menimbulkan kebimbangan, kerana ini akan menjejaskan matlamat negara untuk
menjadi ekonomi berasaskan ilmu. Oleh itu, pada tahun 2007, Kerajaan memberi
tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan memulakan beberapa program untuk
menangani isu ketidakpadanan kemahiran antara graduan yang menganggur dengan
keperluan pasaran.
Pada tahun 2008, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak menurun
sebanyak 32.4 ribu orang iaitu 954.1 pada tahun 2007 kepada 921.7 ribu orang pada
tahun 2008. Hal ini disebabkan oleh Kerajaan terus membenarkan pengambilan
pekerja asing untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dan kemahiran serta
melahirkan sinergi untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Pada masa ini,
terdapat sebanyak 34,358 pekerja profesional asing dan pekerja asing yang
mempunyai kemahiran yang tinggi bekerja di negara ini dan kebanyakan daripada
mereka bekerja di sektor perkilangan dan perkhidmatan. Oleh itu, para majikan telah
meningkatkan penggunaan modal dalam perniagaan mereka supaya pergantungan
kepada pekerja asing dapat dikurangkan.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia 2002 hingga 2012, Arah Aliran
Guna Tenaga bagi negeri Sarawak mengalami peningkatan yang konsisten selama
empat tahun berturut - turut iaitu bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2012. Pada
tahun 2009, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak meningkat sebanyak 55.8
ribu orang iaitu 921.7 ribu orang pada tahun 2008 kepada 977.5 ribu orang pada tahun
2009. Selain itu, Pada tahun 2010, Arah Aliran Guna Tenaga meningkat sebanyak
68.1 ribu orang iaitu 977.5 ribu orang pada tahun 2009 kepada 1045.6 ribu orang pada
tahun 2010. Pada tahun 2011, Arah Aliran Guna Tenaga meningkat sebanyak 12.5
ribu orang iaitu 1045.6 ribu orang pada tahun 2010 kepada 1058.1 ribu orang pada
tahun 2011. Pada tahun 2012, Arah Aliran Guna Tenaga meningkat sebanyak 85.8

13
010713-03-0330

ribu orang iaitu 1058.1 ribu orang pada tahun 2011 kepada 1143.9 ribu orang pada
tahun 2012.
Peningkatan berterusan selama empat tahun berturut-turut ini disebabkan oleh
Kerajaan menghebahkan Program Bursa Buruh Elektronik (ELX). ELX menyediakan
perkhidmatan percuma kepada semua pencari kerja daripada lepasan sekolah hingga
ke graduan dan membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan. Untuk
meningkatkan kesedaran pencari kerja mengenai ELX, Kementerian Sumber Manusia
merancang untuk membina gerai ELX di pusat-pusat membeli belah tertentu dan
menyediakan dua unit bergerak yang dilengkapi dengan komputer dan akses kepada
Internet untuk menjelajah ke seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar,
untuk mendaftar pencari kerja dan menyediakan bimbingan kerjaya kepada mereka.
Secara keseluruhan, Program Bursa Buruh Elektronik (ELX) mencatat peningkatan
dalam guna tenaga.
Kesimpulanya, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Johor yang tertinggi
sepanjang tempoh sebelas tahun iaitu bermula dari tahun 2002 hingga tahun 2012
adalah sebanyak 1481.5 ribu orang pada tahun 2012 manakala Arah Aliran Guna
Tenaga yang terendah pula adalah sebanyak 1222.3 ribu orang pada tahun 2002.
Selain itu, Arah Aliran Guna Tenaga bagi Negeri Sarawak pula mencatatkan sebanyak
1143.9 ribu orang paling tinggi iaitu pada tahun 2012 dan Arah Aliran Guna Tenaga
paling rendah adalah sebanyak 909.9 ribu orang pada tahun 2003.
5.2 Kadar Pertumbuhan Pengangguran antara Negeri Johor dengan Negeri Sarawak
dari tahun 2002 hingga tahun 2012.

Pengkaji menggunakan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan pengangguran


bagi menjalankan kajian ini. Data tersebut telah dianalisis dan pengkaji telah mengira kadar
pertumbuhan ekonomi antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak.

Jadual 2: Kadar Pertumbuhan Pengangguran antara Negeri Johor dengan Negeri Sarawak dari
tahun 2002 hingga tahun 2012.

Tahun Pengangguran di Negeri Pengangguran di Negeri


Johor (%) Sarawak (%)
2003 25.89 -4.20
2004 0 0.27
2005 -7.14 7.65

14
010713-03-0330

2006 -35.66 0.76


2007 -2.54 9.32
2008 8.92 18.20
2009 49.15 -8.77
2010 -20.59 2.78
2011 9.51 -5.82
2012 26.05 -9.49
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002-2012)

Graf 2: Kadar Pertumbuhan Pengangguran antara Negeri Johor dan Negeri Sarawak dari
tahun 2002 hingga tahun 2012

15
010713-03-0330

Analisis Kadar Pertumbuhan Pengangguran Antara Negeri Johor dan


Negeri Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun 2012

60

50

40

30

20

10

0
2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

-10
Pengangguran (ribu orang)

-20

-30

-40

Tahun

Pengangguran Negeri Johor Pengangguran Negeri Sarawak

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002-2012)

Berdasarkan Jadual dan Graf 2, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi


Negeri Johor dan Negeri Sarawak menunjukkan perubahan yang tidak konsisten

16
010713-03-0330

kerana mengalami peningkatan dan penurunan dalam tempoh 11 tahun iaitu dari
tahun 2002 hingga tahun 2012.

Pada tahun 2003, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi Negeri Johor


bernilai positif iaitu sebanyak 25.89%. Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan dalam
pengeluaran sektor perkilangan semakin pesat terutamanya pada separuh tahun kedua,
berikutan pemulihan menyeluruh dalam ekonomi global dan pengukuhan permintaan
dalam negeri. Pengeluaran perkilangan bertambah kukuh kepada 10.5% (2002: 4.5%),
dengan pengembangan menyeluruh di kebanyakan keluaran dalam industri
berorientasikan eksport dan pasaran dalam negeri. Sejajar dengan lonjakan dalam
aktiviti pengeluaran, pertumbuhan nilai ditambah sektor perkilangan berganda kepada
8.2% (2002: 4%) dan menyumbang dengan nyata kepada pertumbuhan KDNK.
Hasilnya, bahagian sektor perkilangan dalam KDNK meningkat sedikit kepada 30.9%
(2002: 30.1%). Kadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan kekal tinggi
pada 82% pada tahun 2003 (2002: 82%), dengan industri berorientasikan eksport dan
pasaran dalam negeri masing-masing beroperasi pada paras 86% dan 77% (2002:
masing-masing sebanyak 83% dan 81%). Secara keseluruhannya, pengangguran
berkurang disebabkan oleh perkembangan dalam sektor perkilangan yang difokuskan
di Negeri Johor.

Pada tahun 2004, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi Negeri Johor berada
pada 0%. Kadar Pertumbuhan Pengangguran berada dalam keadaan malar. Hal ini
disebabkan oleh Sektor perkilangan yang difokuskan di negeri Johor mencatatkan kadar
pertumbuhan dua angka pada tahun 2004, dengan pertumbuhan keluaran meningkat kukuh
kepada 12.7% (2003: 10.5%). Prestasi pertumbuhan yang memberangsangkan ini disokong
oleh persekitaran luar negara yang positif berikutan pertumbuhan yang lebih kukuh di negara-
negara perindustrian dan serantau serta diperkukuh lagi oleh peningkatan permintaan dalam
negeri. Pertumbuhan pada separuh tahun pertama adalah lebih ketara (16.1%; separuh tahun
kedua: 9.6%), didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap barangan elektronik sejajar
dengan peningkatan momentum kitaran separa konduktor global. Hal ini menyebabkan kadar
pertumbuhan pengangguran berada dalam keadaan positif akibat kemajuan sektor
perkilangan.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia 2002 hingga 2012, Kadar
Pertumbuhan Pengangguran berada dalam keadaan negatif selama tiga tahun berturut
- turut iaitu bermula dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Pada tahun 2005, Kadar
17
010713-03-0330

Pertumbuhan Pengangguran bagi Negeri Johor mencatatkan nilai negatif iaitu


sebanyak 7.14%. Selain itu, Pada tahun 2006, Kadar Pertumbuhan Pengangguran
mencatatkan nilai negatif iaitu sebanyak 35.66%. Pada tahun 2007, Kadar
Pertumbuhan Pengangguran berada dalam keadaan negatif sebanyak 2.54%.
Pertumbuhan Pengangguran mencatatkan nilai negatif disebabkan oleh
Kerajaan menggalakkan Pengambilan pekerja asing. Pengambilan pekerja asing
dalam sektor utama ekonomi dapat meningkatkan penjenteraan dan automasi,
mencapai kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi. Pekerja asing memainkan
peranan penting dalam menampung kekurangan tenaga pekerja dalam sektor ekonomi
yang tertentu. Dengan itu, pada tahun 2005, Kerajaan membenarkan pekerja asing
yang berdaftar, bertukar majikan dalam sektor ekonomi yang sama apabila kontrak
mereka telah tamat dengan majikan asal, dengan syarat permit kerja mereka masih
sah. Di samping itu, untuk memastikan sistem pengambilan pekerja asing yang lebih
efisien, Kerajaan menubuhkan Pusat Kelulusan Setempat bagi mempercepat proses
permohonan pekerja asing, menghapuskan penggunaan orang tengah atau ejen dan
mengurangkan birokrasi dalam sektor Kerajaan. Secara keseluruhannya, kadar
pertumbuhan pengangguran berada dalam keadaan negatif akibat peningkatan pekerja
asing dalam sektor ekonomi.
Pada tahun 2008, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi Negeri Johor berada
dalam keadaan positif iaitu sebanyak 8.92%. Selain itu, Pada tahun 2009, Kadar
Pertumbuhan Pengangguran turut berada dalam keadaan positif iaitu sebanyak
49.15%. Hal ini disebabkan oleh sektor perkilangan berkembang, meskipun pada
kadar yang lebih perlahan pada tahun 2008, didorong terutamanya oleh industri
berorientasikan dalam negeri. Pertumbuhan kukuh dan menyeluruh pada separuh
tahun pertama dengan permintaan luar negeri yang teguh terhadap kedua-dua keluaran
elektronik dan elektrik, berpunca terutamanya daripada pasaran bukan AS, dan
keluaran utama yang mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi. Hal ini
diperkukuh oleh prestasi teguh dalam industri berorientasikan dalam negeri
disebabkan permintaan dalam negeri yang kukuh.
Pada tahun 2010, Kadar Pertumbuhan Pengangguran mencatakan
pertumbuhan yang negatif iaitu sebanyak 20.59%. Hal ini disebabkan oleh perubahan
struktur ekonomi atau keadaan ekonomi yang merudum. Situasi ini menyebabkan
banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya akibat

18
010713-03-0330

tidak mampu membayar gaji pekerja. Selain daripada dibuang kerja, mereka juga
sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti
ekonomi yang sedang aktif di negara Malaysia. Dalam usaha mengatasi ekonomi yang
merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk
menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan
kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara
ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan
ekonomi negara berjalan rancak semula contohnya Projek pembangunan Johor
Selatan dan Kereta Api Laju KL – Singapura. Secara keseluruhannya, kadar
pertumbuhan pengangguran berada dalam keadaan negatif disebabkan oleh faktor
perubahan struktur ekonomi.
Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi negeri Johor meningkat dan berada
dalam keadaan positif selama dua tahun berturut-turut iaitu sebanyak 9.51% pada
tahun 2011 dan 26.05% pada tahun 2012. Hal ini disebabkan oleh oleh Perkembangan
Pasaran Pekerja. Keadaan pasaran pekerja dalam negeri kekal stabil dan positif.
Pertumbuhan  keseluruhan jumlah guna tenaga dan tenaga pekerja berkembang secara
sederhana pada kadar yang sama masing-masing sebanyak 3.3% kepada 10.2 juta
pekarja dan 10.5 juta orang. Oleh itu, Kadar pengangguran kekal rendah pada paras
3.5%. Langkah-langkah tambahan telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan
pengangguran pada tahun 2011 bertujuan untuk meningkatkan kualiti pekerja,
mengurangkan ketidakpadanan kemahiran dan menangani permintaan yang berubah
dalam ekonomi. Secara keseluruhannya, Perkembangan Pasaran Pekerja memberi
kesan yang positif kepada kadar pertumbuhan pengangguran pada tahun 2011 kerana
pengangguran berada di tahap yang rendah.
Seterusnya, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi negeri Sarawak berada
dalam keadaan negatif iaitu sebanyak 4.20% pada tahun 2003. Hal ini disebabkan
oleh penggunaan teknologi yang menggantikan tenaga buruh. Pengangguran
teknologi berlaku disebabkan oleh kemajuan mesin yang wujud dan diguna pakai oleh
sektor utama di negara Malaysia terutamanya dalam sektor pertanian yang difokuskan
oleh negeri Sarawak. Akibat daripada kewujudan mesin-mesin yang berteknologi
tinggi, sumber daya manusia yang pada awalnya digunakan telah digantikan dengan
tenaga mesin. Pengangguran boleh menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat
serta sektor-sektor utama di Malaysia. Kewujudan mesin yang berteknologi canggih

19
010713-03-0330

seperti mesin menuai padi akan menjejaskan sektor pertanian kerana buruh tidak
diperlukan lagi untuk menuai dan menumbuk padi. Ini menyebabkan kadar
pertumbuhan pengangguran berada dalam keadaan negatif akibat perkembangan
teknologi yang dapat menggantikan tenaga buruh.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia 2002-2012, Kadar Pertumbuhan
Pengangguran bagi negeri Sarawak telah mencatatkan pertumbuhan yang positif
selama lima tahun berturut-turut iaitu bermula dari tahun 2004 hingga tahun 2008.
Pada tahun 2004, Kadar Pertumbuhan Pengangguran berada dalam keadaan positif
iaitu sebanyak 0.27% dan meningkat kepada 7.65% pada tahun 2005 menyebabkan
Kadar Pertumbuhan Pengangguran turut berada dalam keadaan positif pada tahun
2005. Pada tahun 2006, Kadar Pertumbuhan Pengangguran mencatatkan pertumbuhan
positif sebanyak 0.76% dan terus berada dalam keadaan positif pada tahun 2007 iaitu
sebanyak 9.32%. Pada tahun 2008, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi negeri
Sarawak berada pada 18.20% iaitu dalam keadaan positif.
Kadar Pertumbuhan Pengangguran yang berada dalam keadaan positif selama
lima tahun berturut-turut ini disebabkan oleh Sektor pertanian yang mencatat
pertumbuhan tertinggi sejak tahun 1992, iaitu pada kadar 6.4% pada tahun 2006.
Pertumbuhan adalah menyeluruh, merangkumi tanaman perindustrian dan tanaman
makanan. Peningkatan tanaman perindustrian disokong oleh pertumbuhan keluaran
minyak sawit mentah, getah dan koko. Bagi aktiviti yang berkaitan dengan makanan
seperti perikanan, ternakan, padi, buah-buahan dan sayur-sayuran, pengeluaran telah
pulih daripada keadaan cuaca buruk pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan sektor
pertanian disokong terutamanya oleh kadar hasil yang lebih tinggi, dalam keadaan
harga komoditi yang tinggi dan keadaan cuaca yang baik. Amalan pertanian yang baik
yang dilaksanakan oleh para petani dengan penggunaan input pertanian, baja dan
penggunaan klon yang berhasil tinggi turut menyumbang kepada peningkatan hasil
pada tahun itu.
Pada tahun 2009, Kadar Pertumbuhan Pengangguran kembali mencatatkan
pertumbuhan yang negatif iaitu sebanyak 8.77%. Hal ini disebabkan oleh penggunaan
tenaga buruh asing. Menurut Fevre (1984), permintaan terhadap buruh asing berlaku
apabila buruh tempatan menolak pekerjaan yang menawarkan gaji yang rendah,
latihan dan kemahiran yang kurang dan ketiadaan minat dalam sesuatu pekerjaaan
terutamanya golongan muda yang tidak berminat menceburkan diri dalam sektor

20
010713-03-0330

pertanian. Pengambilan buruh asing menyebabkan kadar pengangguran penduduk


tempatan meningkat disebabkan tiada kekosongan jawatan dalam sektor utama di
Malaysia. Penggunaan buruh asing hanya diperlukan bagi memenuhi permintaan
buruh dalam jangka masa pendek. Permintaan ini berlaku apabila majikan mempunyai
tujuan untuk memaksimumkan keuntungan dengan anggapan input adalah modal dan
buruh iaitu modal adalah tetap dan buruh berubah-ubah mengikut keperluan.
Pada tahun 2010, Kadar Pertumbuhan Pengangguran kembali meningkat
kepada 2.78 dan berada dalam keadaan positif. Namun begitu, Kadar Pertumbuhan
Pengangguran mencatatkan pertumbuhan yang negatif pada tahun 2011 dan 2012.
Pada tahun 2011, Kadar Pertumbuhan Pengangguran berada dalam keadaan negatif
iaitu sebanyak 5.82% dan Pada tahun 2012, Kadar Pertumbuhan Pengangguran adalah
sebanyak 9.49%. Hal ini disebabkan oleh sikap masyarakat tempatan yang tidak
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam memajukan sektor ekonomi di Malaysia.
Ini kerana masyarakat hanya didedahkan dengan konsep teori ketika di sekolah
ataupun di universiti menyebabkan mereka kekurangan kemahiran berfikir,
menganalisa sesuatu dan kemahiran berinteraksi. Kekurangan kemahiran akan
menyebabkan kadar pengangguran meningkat kerana kebiasaanya majikan akan
memilih pekerja yang mempunyai kemahiran dan keunikan yang tertentu terutama
penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.
Kesimpulanya, Kadar Pertumbuhan Pengangguran bagi Negeri Johor yang
tertinggi sepanjang tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 2003 hingga tahun 2012
adalah sebanyak 49.15% pada tahun 2009 iaitu berada dalam keadaan positif pada
tahun tersebut manakala Kadar Pertumbuhan Pengangguran yang terendah pula
adalah sebanyak -35.66% pada tahun 2006. Selain itu, Kadar Pertumbuhan
Penagngguran bagi Negeri Sarawak pula mencatatkan sebanyak 18.20% paling tinggi
iaitu pada tahun 2008 dan Kadar Pertumbuhan Pengangguran paling rendah adalah
sebanyak -9.49% pada tahun 2012.

21
010713-03-0330

6.0 CADANGAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati data guna tenaga dan
pengangguran antara negeri Johor dan negeri Sarawak menunjukkan perubahan yang
tidak konsisten kerana mengalami peningkatan dan penurunan dalam tempoh sebelas
tahun iaitu dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan
dan langkah yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan guna tenaga dan
mengurangkan pengangguran di Malaysia. Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan
beberapa cadangan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:
i) Melaksanakan Dasar Gaji Minimum Kebangsaan
Bagi meningkatkan guna tenaga bagi negeri Johor dan negeri Sarawak, kerajaan perlu
melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan. Pelaksanaan dasar ini selaras dengan hala
tuju kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi
berpendapatan tinggi dan usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan
rendah. Penetapan gaji minimum dapat meningkatkan guna tenaga dalam pelbagai sektor
terutama sektor yang difokuskan di negeri Johor dan negeri Sarawak.
Selain itu, untuk meningkatkan guna tenaga dalam sektor kerajaan, kerajaan boleh
juga memperkasa pendidikan luar bandar. Hal ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di
kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata.
Dalam hal ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

22
010713-03-0330

(PIPP) bagi mengatasi masalah ini agar generasi yang dididik dapat meningkatkan guna
tenaga di Malaysia supaya ekonomi negara dapat dibangunkan dan dimajukan.

ii) Memberikan bantuan kewangan


Langkah awal bagi mengurangkan pengangguran di Malaysia ialah kerajaan haruslah
memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk
berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan yang diberikan perlulah dalam jumlah yang
besar yakni menelan berbillion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan
secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan secara serentak sudah pasti
jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej
kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek
ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti
ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat
membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk
mewujudkan peluang pekerajaan.
Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif
baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri
dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya.
Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk
memcuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi
cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari
bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru
yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan
untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka
mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud
itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli
perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.

iii) Mempelbagaikan sektor ekonomi


Bagi mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia terutamanya bagi negeri Johor dan
negeri Sarawak, kerajaan perlulah mempelbagaikan sektor ekonomi di Malaysia supaya
sektor-sektor tersebut dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan terutama golongan muda dan lepasan graduan yang sedang menganggur. Dengan

23
010713-03-0330

cara ini, sektor ekonomi dapat dimajukan kerana terdapat lebih ramai tenaga buruh yang
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam meningkatkan kestabilan sektor ekonomi.
Pertambahan tenaga buruh dapat meningkatkan pengeluaran barangan yang berkualiti dalam
kuantiti yang lebih besar menyebabkan permintaan dan penawaran barangan meningkat.
Dengan menjalankan kepelbagaian ekonomi, orang yang bekerja, orang yang mendapat
pekerjaan dan orang yang mencari pekerjaan mendapat faedah dan kebaikan dalam
memajukan ekonomi negara melalui perkembangan sektor-sektor di Malaysia. Oleh itu, cara
ini dapat mengurangkan masalah pengangguran secara mendadak kerana penduduk mendapat
pekerjaan akibat peluang pekerjaan yang terbuka luas.

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan daripada hasil objektif kajian yang pertama iaitu mengukur arah
aliran guna tenaga antara negeri Johor dengan negeri Sarawak dari tahun 2002 hingga
tahun 2012, dapat dirumuskan bahawa arah aliran guna tenaga bagi Negeri Johor dan
Negeri Sarawak menunjukkan perubahan yang tidak konsisten kerana mengalami
peningkatan dan penurunan sepanjang tempoh sebelas tahun tersebut. Perubahan ini
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama yang mempengaruhi guna tenaga iaitu
Kadar upah adalah lebih rendah disebabkan kemerosotan ekonomi yang
mengakibatkan gaji dan upah pekerja dikurangkan serta bonus pekerja terpaksa
dihapuskan. Ini menyebabkan pemberhentian pekerja meningkat akibat pekerja tidak
mendapat gaji dan upah yang setaraf dengan prestasi dan produktivi pekerjaan
mereka. Arah aliran yang tidak konsisten ini perlu diatasi demi mencapai tingkat guna
tenaga penuh untuk mencapai pembangunan dan kemajuan ekonomi.

Seterusnya, hasil objektif kajian yang kedua iaitu Mengukur kadar pertumbuhan
pengangguran antara Negeri Johor dengan Negeri Sarawak dari tahun 2002 hingga tahun
2012 dapat dirumuskan bahawa kadar pertumbuhan pengangguran bagi Negeri Johor dan
Negeri Sarawak menunjukkan perubahan yang tidak konsisten kerana mengalami
24
010713-03-0330

peningkatan dan penurunan iaitu perubahan secara positif dan negatif. Hal ini disebabkan
oleh perubahan struktur ekonomi atau keadaan ekonomi yang merudum. Situasi ini
menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya
akibat tidak mampu membayar gaji pekerja. Selain daripada dibuang kerja, mereka juga sukar
untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi yang
sedang aktif di negara Malaysia. Ini dapat mengakibatkan kadar pertumbuhan pengangguran
berada dalam keadaan negatif. Oleh itu, masalah ini haruslah diatasi supaya Malaysia dapat
mencapai kadar pengangguran di bawah 4% dan seterusnya kestabilan ekonomi dapat
dicapai.

8.0 RUJUKAN

25

Anda mungkin juga menyukai