Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN ULASAN ARTIKEL : CABARAN KERAJAAN TAMBAH BAIK INSTITUSI

AWAM DAN DASAR UNTUK DAPATKAN KEYAKINAN RAKYAT

1.1 Nama artikel ini adalah “Cabaran kerajaan tambah baik institusi awam dan dasar untuk
dapatkan keyakinan rakyat “. Nama penulis ialah Muhammad Alsyahid bin Mohd Amran. Penulis
merupakan pelajar daripada kumpulan praktikum A4P1. Kini penulis melanjutkan pengajian di
Kolej Matrikulasi Melaka. Sebelum ini penulis mendapat Pendidikan Menengah di MRSM Alor
Gajah, Melaka dan menetap di Bukit Beruang,Melaka. Perancangan penulis pada masa depan
adalah ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya.

1.2 Artikel ini adalah berkaitan tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan bagi menambah
baik institusi awam,dasar dan punca yang mempengaruhi daya saing negara untuk memulihkan
semula kepercayaan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Berdasarkan
Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kepercayaan dan keyakinan
daripada rakyat dapat menggalakkan pertumbuhan pembangunan ekonomi dengan meningkatkan
kecekapan pengumpulan modal fizikal,mempercepatkan peningkatan teknologi dan menaiktaraf
peranan institusi perundangan politik dan sosial.

2.1 Intipati penting yang dibincangkan dalam artikel ini adalah berkaitan kerjasama antara
kerajaan,firma dan individu dapat menjana kejayaan ekonomi negara melalui kepercayaan
terhadap kerajaan menerusi tonggak pertama Indeks Kompetitif Global (GCI) oleh Forum
Ekonomi Dunia (WEF). Hal ini dapat dibuktikan dengan pencapaian Malaysia yang menduduki
tempat ke-24 daripada 140 negara bagi tonggak institusi. Namun ,Malaysia perlu penambahbaikan
seperti kebebasan akhbar,ketulusan belanjawan,kejadian rasuahdan kebebasan kehakiman.

2.2 Berdasarkan artikel tersebut, penulis mendapati bahawa kerajaan perlu meningkatkan
beberapa bidang dalam sektor keusahawanan walaupun Malaysia berada pada kedudukan yang
stabil dalam Indeks Keusahawanan Global (GEI) 2018. Sebagai contoh, negara berada pada
kedudukan yang baik dalam bidang proses inovasi, modal insan yang kukuh,peluang yang banyak
untuk syarikat baharu dan rangkaian kukuh. Namun bidang seperti penyerapan teknologi,inovasi
produk,pertubuhan perniagaan dan modul risiko hendaklah ditambah baik. Di samping itu,
kerajaan telah memperkenalkan peraturan mesra pengguna untuk mewujudkan
persekitaran yang kondusif bagi memenuhi jangkaan perniagaan terutamanya melibatkan
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan. Selain itu, kerajaan juga berdepan dengan
pelbagai permasalahan berkaitan peningkatan kos sara hidup di bandar, kekurangan zat makanan
kanak-kanak miskin bandar,ketaksamaan gender,pengurusan sisa pepejal,kualiti pendidikan dan
penjagaan kesihatan serta kekurangan perumahan mampu milik. Seterusnya, peningkatan terhadap
pertumbuhan inklusif memerlukan proses memperluaskan dan menambah baik sistem
pengangkutan awam di Lembah Klang dan Kawasan Bandar.

3.1 Pada pandangan penulis, kerajaan telah melaksnakan pelbagai inisiatif dalam menambah baik
institusi awam dari pelabagai sektor seperti pendidikan,kesihatan dan pengangkutan. Data telah
menunjukkan bahawa peratusan pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur amat rendah
berbanding dari negara Singapura dan Hong Kong dan kerajaan perlulah meningkatkan usaha
dalam menarik minat penduduk di Kuala Lumpur untuk menggunakan pengangkutan awam bagi
menggiatkan sektor tersebut. Seterusnya, melalui sistem pendidikan kerajaan telah
memperuntukkan jumlah yang besar dalam sektor tersebut namun belum mencapai potensi yang
disasarkan. Oleh itu, kerajaan hendaklah, memikirkan cara yang lebih berkesan agar potensi
tersebut dapat dicapai berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti. Bagi sektor perkhidmatan
penjagaan kesihatan pula, masalah seperti masa menunggu yang lama,kesesakan di hospital dan
kenaikan harga barang terutamanya penyakit tidak berjangkit perlu diberikan perhatian. Oleh yang
demikian, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan menggalakkan sektor swasta
menyediakan pusat dialisis,meningkatkan program gaya hidup sihat dan memperluaskan
penggunaan ubat-ubatan generik. Dengan penglibatan sektor swasta dalam sistem kesihatan negara
,maka masalah-masalah seperti yang dinyatakan dapat ditangani.

3.2 Namun begitu, penulis berpendapat bahawa cabaran kerajaan untuk menambah baik institusi
awam dan dasar untuk mendapatkan keyakinan rakyat ini boleh juga dilaksanakan melalui langkah
atau pendekatan berbeza. Contohnya melalui website https://www.permohonan.my/cadangan-
penambahbaikan-pengangkutan-awam/ telah menyatakan bahawa pihak kerajaan serta syarikat
pengangkutan awam perlu bergerak bersama
untuk menangani sebarang permasalahan yang dikemukakan oleh para pengguna bagi
menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihapi sama ada masalah berkaitan prasarana
mahupun perkhidmatan. Seterusnya, menurut laman web
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/01/781225/integriti-tepati-janji-asas-utama-
kerajaan-diyakini-rakyat , keyakinan rakyat secara mudahnya diperoleh dengan kerajaan menjadi
tauladan yang baik terhadap rakyat. Setiap arahan yang diberikan oleh kerajaan pasti akan dipatuhi
oleh rakyat sekiranya ditadbir oleh kerajaan yang adil dan berinkredibiliti. Di samping itu,
berdasarkan pembacaan penulis melalui website https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/npgrp-pastikan-penyampaian-perkhidmatan-awam-yang-lebih-cekap-ksn-311385
kerajaan telah menambah baik peraturan yang baharu dalam usaha melahirkan penyampaian
perkhidmatan awam yang lebih cekap,berkesan dan telus agar sebarang kesulitan dan pemasalahan
yang bakal berlaku dapat diselesaikan dengan mudah. Berdasarkan laman web
https://www.slideshare.net/hashimomar/8-nilai-dalam-konsep-1-malaysia telah menyatakan
bahawa kerajaan dapat mengembalikan keyakinan rakyat dengan nilai integriti yang diamalkan
oleh sesebuah kerajaan.

3.3 Berdasarkan artikel, dapat diterjemahkan bahawa menurut Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4
yang diterbitkan oleh Zeti Enterprise pada tahun 2016 menyatakan bahawa definisi ekonomi
merupakan satu kajian sains sosial tentang bagaimana manusia menguruskan ekonomi yang terhad
untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. Di dalam sesebuah ekonomi terdapat unit-unit
ekonomi. Maka unit ekonomi terdiri daripada isi rumah,firma dan kerajaan. Justeru definisi
kerajaan ialah badan yang mengurus dan melaksana kegiatan ekonomi sesebuah negara untuk
menstabilkan dan membangunkan ekonomi negara. Objektif atau matlamat kerajaan adalah untuk
memaksimumkan kebajikan rakyat. Manakala institusi awam merujuk kepada sebuah badan atau
organisasi kerajaan yang ditubuhkan untuk mecapai sesuatu tujuan tertentu. Di dalam ekonomi,
rakyat juga dikenali sebagai isi rumah dan isi rumah ini bermaksud individu atau kumpulan
individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan bersama untuk penggunaan barang dan
perkhidmatan. Maka matlamat isi rumah adalah untuk memaksimumkan kepuasan.
Maka berdasarkan huraian setiap item tersebut, dapat dijelaskan bahawa wujud hubungan dua hala
yang saling memerlukan antara kerajaan dan isi rumah. Hal ini dapat dibuktikan melalui dasar
keyakinan kerajaan untuk mendapat keyakinan rakyat. Kerajaan perlulah mengawasi kegiatan
ekonomi yang dilakukan oleh isi rumah supaya tidak membawa kerugian kepada masyarakat
seluruhnya kerana objektif kerajaan adalah untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Maka
kerajaan haruslah menjaga kebajikan masyarakat dengan menambah baik institusi awam dan cuba
dengan sedaya upaya untuk mendapatkan keyakinan rakyat agar matlamat kerajaan dalam
memaksimumkan kebajikan rakyat tercapai manakala rakyat sebagai isi rumah pula wajar
memainkan peranan membuat keputusan bersama untuk penggunaan barang dan perkhidmatan.
Dalam situasi ini rakyat atau isi rumah perlulah memanfaatkan perkhidmatan menjaga institusi
awam seperti prasarana-prasarana yang disediakan kerajaan agar objektif isi rumah iaitu
memaksimumkan kepuasan tercapai.

4.0 Maka dapat disimpulkan daripada keseluruhan artikel tersebut bahawa hubungan dua hala
antara rakyat dan kerajaan amat penting dalam menjamin kestabilan ekonomi negara. Hal ini
kerana setiap unit ekonomi memainkan peranan yang penting sekiranya mereka menjalinkan
hubungan kerjasama yang kukuh bagi mencapai keseimbangan ekonomi dan sosial negara. Justeru
itu seluruh unit ekonomi yang terdiri daripada kerajaan, isi rumah dan firma hendaklah
menjalankan fungsi masing-masing bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai agar kejayaan ini
mampu meningkatkan ekonomi negara seiring negara-negara maju yang lain. Kesimpulannya,
pelabur-pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara kita seterusnya mampu meningkatkan
pendapatan negara. Selain itu, sekiranya seluruh isi rumah dan rakyat memberikan kerjasama yang
baik terhadap kerajaan sudah pasti sektor sosial di dalam negara kita akan terjamin dan kesan
daripada perkara ini keharmonian dan kesejahteraan negara dapat ditingkatkan serta dipelihara.
5.0 SENARAI RUJUKAN

1) Buku

Phang Hang Kuok, Mazlan bin Hj. Sharif dan Karthikeyan A/L V. Devakaran Nair ( 2016 ), Buku
Teks Ekonomi Tingkatan 4, Cetakrapi Sdn. Bhd. No. 22, Jalan Sri Ehsan Satu, Taman Sri Ehsan,
Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.

2) Laman Web

Permohonan.my (2014), Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam di Malaysia, 8


Disember 2014 https://www.permohonan.my/cadangan-penambahbaikan-pengangkutan-awam/

Dr Nor Raihana Mohd Ali (2021), Integriti,Tepati Janji Asas Utama Kerajaan Diyakini Rakyat,
30 Januari 2021 https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/01/781225/integriti-tepati-janji-
asas-utama-kerajaan-diyakini-rakyat

Bernama (2021), NPGRP Pastikan Penyampaian Perkhidmatan Awam yang Lebih Cekap- KSN,
30 Julai 2021 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/npgrp-pastikan-penyampaian-
perkhidmatan-awam-yang-lebih-cekap-ksn-311385

Hashim Omar (2010), 8 Nilai Dalam Konsep 1 Malaysia, 28 November 2010


https://www.slideshare.net/hashimomar/8-nilai-dalam-konsep-1-malaysia

Anda mungkin juga menyukai