Anda di halaman 1dari 31

Persaingan Sempurna

Teori Persaingan Sempurna


Bahagian ini akan bermula dengan perbincangan teori persaingan sempurna. Ianya terbina daripada 4 andaian:
1)Terdapat ramai penjual dan pembeli, tidak ada sesiapa pun yang mempunyai jumlah jualan dan pembelian yang terbesar. Andaian ini berkait untuk kedua-dua permintaan (bilangan pembeli) dan penawaran (bilangan penjual). Oleh kerana terdapat ramai penjual dan pembeli, boleh diandaikan setiap penjual dan pembeli tidak bergantungan antara satu sama lain dan setiap penjual dan pembeli hanya merupakan sebahagian kecil daripada pasaran dan tidak dapat mempengaruhi harga.
2

2) Setiap firma mengeluarkan produk yang homogenus. Ini bermakna setiap firma menjual produk yang tiada perbezaan dengan firma-firma lain dalam industri yang ada. Contohnya, pembeli gandum tidak dapat membezakan antara gandum daripada Ladang Pak Hassan atau dari Ladang Pak Sako. Oleh itu, pandangan pembeli tidak berbeza terhadap penjual produk tersebut.
3

3) Penjual dan pembeli mepunyai maklumat yang relevan tentang harga, kualiti produk dan sumber produk. Pembeli tahu siapa yang menjual produk, pada harga apa, bagaimana kualiti dan bila tempohnya. Ringkasnya, mereka tahu segalanya yang berkaitan dengan pembelian, pengeluaran dan jualan produk.

4) Firma mudah untuk keluar masuk. Firma baru boleh memasuki pasaran dengan mudah dan firma sedia ada mudah untuk keluar daripada pasaran. Tidak ada halangan untuk masuk dan keluar pasaran. Sebelum membincangkan tentang firma persaingan sempurna dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang, kita bincangkan terlebih dahulu mengenai sifat firma dalam persaingan sempurna hasil daripada empat andaian di atas.
5

Firma Persaingan Sempurna Penerima Harga


Firma persaingan sempurna merupakan firma penerima harga. Penerima harga ialah penjual yang tiada kemampuan untuk mengawal harga produk yang dijual. Ia menerima harga yang telah ditentukan dalam pasaran. Contohnya, jika firma besi adalah penerima harga, maka ia akan meningkat atau menurunkan keluarannya tanpa mempengaruhi harga jualan produk tersebut.
6

Mengapa firma persaingan sempurna penerima harga? Firma telah dihalang menjadi selain penerima harga dan ia sesuai kerana ia merupakan firma kecil daripada firma-firma yang terdapat dalam pasaran dan jualannya juga kecil secara relatifnya berbanding dengan jualan produk dalam pasaran.
7

(andaian 1 dalam Teori Persaingan Sempurna), dan ia menjual barang yang homogenus (andaian 2) dalam suasana dimana penjual dan pembeli mempunyai semua maklumat yang sempurna (andaian 3).

Keluk Permintaan Firma Persaingan Sempurna Horizontal


Dalam persaingan sempurna, terdapat banyak penjual dan pembeli. Keseluruhan pembeli akan membentuk keluk permintaan pasaran dan keseluruhan penjual membentuk keluk penawaran pasaran. Harga keseimbangan ditentukan melalui persilangan keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran.
9

10

Apabila harga keseimbangan ditentukan, setiap firma persaingan sempurna akan menghadapi keluk permintaan yang horizontal (mendatar, anjal sempurna) pada harga keseimbangan. Ringfkasnya, firma tersebut mengambil harga keseimbangan yang telah ditetapkan maka firma adalah dikatakan sebagai penerima harga dan menjual kuantiti output pada harga ini.
11

(Seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian sebelumnya, semakin banyak barang pengganti untuk sesuatu barang, semakin tinggi keanjalan sesuatu barang. Dalam pasaran persaingan sempurna, terdapat banyak barang pengganti bagi setiap produk keluaran firma, maka disebabkan terlalu banyak maka keluk permintaan firma anjal sempurna).
12

Jika firma persaingan sempurna cuba mengubah harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan, ia tidak akan dapat menjual sebarang produk. Ini kerana semua menjual barang yang homogenus, jualnnya juga hanyalah sebagahian kecil daripada jumlah penawaran pasaran, dan semua pembeli tahu tempat mereka boleh dapatkan harga yang lebih rendah.
13

Juga, sekiranya firma ingin memaksimumkan keuntungan, ia tidak akan menjual produk pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan. Kenapa tidak? Ia boleh menjual semua keluarannya pada harga keseimbangan pasaran. Oleh itu, ini adalah harga paling relevan bagi persaingan sempurna.
14

Jumlah hasil adalah harag sesuatu barang darab dengan kuantiti barang yang dijual. Jika harga keseimbangan adalah RM5, seperti Rajah, dan firma persaingan sempurna telah menjual sebanyak 100 unit keluaran, maka jumlah jualan adalah RM500. Jika firma menambah jualan sebanyak 1 unit menjadikan jumlah jualan adalah sebanyaki 101 unit, maka jumlah hasil menjadi RM505.
15

Keluk Hasil Marginal Firma Persaingan Sempurna Sama Dengan Keluk Permintaan

Jumlah hasil marginal (MR) perubahan jumlah hasil (TR) akibat tambahan jualan senagyak satu unit output (Q) RM5. Dilihat bahawa hasil marginal (RM5) pada setiap tingkat output adalah sentiasa sama dengan harga keseimbangan (RM5). Boleh disimpulkan bahawa bagi firma persaingan sempurna, harga adalah sama dengan hasil marginal (P=MR). Firma Persaingan Sempurna: P = MR
16

Jika harga adalah sama dengan hasil marginal, ianya dikuti oleh keluk hasil marginal adalah sama dengan keluk permintaan bagi firma persaingan sempurna. Keluk permintaan diplot dengan harga dan kuantiti, manakala keluk hasil marginal diplot dengan hasil marginal dan kuantiti. Jika harga adalah bersamaan dengan hasil marginal, maka keluk permintaan dan keluk hasil marginal adalah sama.
17

Teori Pasaran Sebenar


Teori persaingan sempurna menunjukkan bagaimana tindakan firma dalam struktur pasaran dimana (1) terdapat ramai pembeli dan penjual, tiada yang lebih besar secara relatifnya dalam jualan mahupun perbelanjaan; (2) penjual menjual produk yang homogenus; 3) penjual dan pembeli mempunyai maklumat yang sempurna; dan 4) penjual bebas untuk keluar masuk pasaran.
18

Terdapat beberapa produk dalam pasaran dunia sebenar menyerupai andaian tersebut. Contohnya termasuklah pasaran pertanian dan jualan runcit yang kecil. Stok pasaran, terdapat 100 daripada beribu risiko stok penjual dan pembeli yang beroperasi seperti firma persaingan sempurna.
19

Terdapat beberapa pasaran dunia sebenar yang hampir menyerupai empat andaian teori persaingan sempurna. Dalam beberapa pasaran, bilangan penjual tidak akan melebihi firma-firma lain untuk menjadi firma penerima harga dan firma yang mengawal harga firmafirma lain untuk menjadi firma penerima harga dan firma yang mengawal harga tidak penting. Amaun yang dikawal juga mungkin tidak penting, maka dikatakan firma seperti firma persaingan sempurna.
20

21

Begitu juga sekiranya pembeli tidak mempunyai maklumat yang sempurna berkait dengan harga dan kualiti tetapi mereka masih mempunyai layanan yang baik untuk mendapatkan maklumat dan maklumat yang mereka tidak perolehi tersebut tidak terlalu penting. Produk yang dijual oleh firma tersebut mungkin tidak homogenus tetapi mungkin perbezaannya tidak terlalu jauh.
22

Ringkasnya, pasaran yang tidak sama dengan andaian persaingan sempurna tidak semestinya bukan pasaran persaingan sempurna dan boleh dilihat dari segi darjah sifat firma yang hampir menyerupai persaingan sempurna. Jika demikian, teori persaingan sempurna boleh digunakan untuk menentukan bentuk pasaran.
23

Pasaran Persaingan Sempurna Dalam Jangka Masa Pendek


Firma persaingan sempurna adalah penerima harga. Maka bagi firma persaingan sempurna, harga adalah sama dengan hasil marginal, P = MR, dan maka itu keluk permintaan adalah sama dengan keluk hasil marginal. Bahagian ini akan membincangkan amaun output yang akan dikeluarkan oleh firma dalam jangkamasa pendek.
24

Tingkat Output Firma Bagi Untung Maksimum


Lihat dalam Rajah 3, keluk permintaan firma persaingan sempurna dan keluk hasil marginal (adalah sama) menunjukkan keseimbangan harga pada RM5. Keluk kos marginal firma juga seperti yang ditunjukkan. Berdasarkan keluk tersebut, berapakah kuantiti yang akan dikeluarkan firma?
25

26

Firma akan terus meningkatkan kuantiti output selagi hasil marginal melebihi kos marginal. Ia tidak akan mengeluarkan output ketika hasil marginal kurang daripada kos marginal. Kesimpulannya, firma akan berhenti mengeluar apabila hasilarginal adalah sama dengan kos marginal.
27

Hukum pemaksimuman keuntungan bagi sesebuah firma menyatakan: Mengeluarkan output pada MC= MC ganda 2. Dalam rajah 3, firma mengeluar pada 125 unit output. Bagi firma persaingan sempurna hukum pemaksimuman keuntungan boleh dinyatakan sebagai P = MC kerana bagi firma persaingan sempurna P = MR. Bagi persaingan sempurna, untung maksimum dicapai apabila P = MR-MC
28

Firma Persaingan Sempurna Mencerminkan Peruntukan Sumber Yg Cekap Sumber (input) adalah digunakan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan. Sebagai contoh, papan digunakan untuk mengeluarkan kerusi. Sumber yang digunakan dalam penghasilan barang mempunyai perubahan nilai kepada pembeli barangan tersebut. Perubahan nilai ini hampir sama ertinya dengan harga yang dibayar untuk perbelian barang tersebut. Dlm kata lain, Alin membeli kerusi pada harga RM100 satu perkara yang kita maklum ialah Alin menilai bahawa sumber yang digunakan untukmembuat kerusi tersebut paling kurang RM100.
29

Papan yang digunakan untuk mengeluarkan kerusi tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan meja. Dalamerti kata lain, terdapatnya kos lepas dalam proses pengeluarankerusi yang mana kos marginal menjadi ukuran terbaiknya. Sekarang katakan 100 unit kerusi telah dikeluarkan dan pada kuantiti ini, harga adalah melebihi kos marginal; sebagai contohnya katakan harga adalah RM100 dan kos marginal ialah RM75. Apakah maksudnya?
30

Ini bermaksud, pembeli meletakkan nilai yang tinggi pada papan yang digunakan untuk mengeluarkan kerusi berbanding untuk mengeluarkan barangan alternatif lain.

31

Anda mungkin juga menyukai