Anda di halaman 1dari 22

ANDALUSIA (ABAD KE-13)

Latar Belakang Pemerintahan Kesultanan/Amir di Andalusia


Pada abad ke-13,kemunculan kerajaan Nasriyyah sebagai kerajaan islam terakhir yang
memerintah Andalusia (635-897 Hijrah/1238-1492 masihi).
Kerajaan ini dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar sempena nama
pemimpinnya,iaitu Ibn al-Ahmar.
Sebelum kemunculan kerajaan ini,Andalusia menjadi rebutan dalam kalangan
pemerintahan islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu
Abdullah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau Ibn Hud.
Sebelum kemunculan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada di bawah pemerintahan
kerajaan al-Muwahhidun sehinggalah kerajaan ini dikalahkan oleh tentera kristian pada
tahun 1212 masihi.
Pemerintahan kerajaan-kerajaan kecil di Andalusia pada abad ke-13 mengekalkan
penggunaan gelaran amir sebagai simbol kekuasaan bagi memastikan jawatan berkekalan
dan dapat diwarisi oleh putera mahkota seterusnya.
Kerajaan Nasriyyah diperintah oleh 22orang amir dan raja dan mencapai zaman
kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan Raja Yusuf I dan Muhammad V
sebelum kerajaan ditewaskan oleh Ferdinand dan Isabella pada 2 Jan 1492 masihi.
PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN PUSAT
1) Pemerintahan kerajaan al-muwahiddun :
Pemerintahan kerajaan berjaya menguasai beberapa buah wilayah di
Sepanyol seperti Granada dan Toledo.
Namun begitu ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir,kerajaan ini menjadi
lemah. Pemerintahan yang terakhir, iaitu al-Mustansir tidak berupaya
mengembalikan semula kedaulatan wilayah-wilayah kerajaan al-Muwahhidun
yang ditawan oleh tentera Kristian.
Pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsur
syiah spt al-Mahdi,al-Nasir dan al-Mansur. Penggunaan gelaran ini
menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan bangsa Arab yg
mengharapkan kewujudan sistem demokrasi islam.
Pentadbiran kerajaan ini diperingkat pusat dan wilayah diperintah berasaskan
sumber perundangan daripada Mazhab Maliki. Hal ini secara tidak langsung
telah melemahkan golongan yang tidak berpegang kepada Mazhab Maliki.
2) Perjanjian damai :
Bagi mewujudkan iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan
pernah mengadakan perjanjian damai dengan Raja Leon
dan Castile. Namun perjanjian damai ini hanya bertahan
selama 10 tahun. Semasa pemerintahan al-Nasir, beliau
terpaksa melepaskan wilayah yang dikuasainya kepada
tentera Kristian.
3) MURCIA sebagai pusat pemerintahannya :

Abu Abdullah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau Ibn
Hud berusaha menerajui pemerintahan Andalusia dengan
menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannnya.
Pada tahun 1228M, Ibn Hud yang dikenali dengan gelaran Amir al-
Muminin Sayf al-Dawlah al-Mutawakkil Ala Allah berjaya menawan
Murcia daripada wakil kerajaan al-Muwahhidun. Kejayaan ini
membolehkan Ibn Hud bertapak di
Cardova,Seville,Granada,Almeria,Ceuta Algecias, Jaen,Merida &
Badajoz.
4) Melaksanakan syariah islam :
Ibn Hud bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap
kawasan yang dikuasai. Beliau juga telah memaklumkan
kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di Baghdad tentang
kejayaan penguasaannya terhadap Bandar-bandar tersebut.
Walaubagaimanapun,cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
Ibn Hud amat getir. Akibat tekanan dan serangan daripada
tentera-tentera Kristian,beliau mengalami kekalahan
termasuk di Cardova.
5) Saingan daripada al-Ahmar :
Kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa menghadapi
saingan daripada al-Ahmar ysng kemudiannya berjaya
membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud,
Ibn al-Ahmar juga berusaha mendapatkan pengiktirafan
daripada kerajaan abbasiyah di Baghdad.
Implikasinya, pada tahun 1231M, beliau berjaya
memperluaskan pemerintahannya dengan menduduki
wilayah-wilayah spt Carmona,Cardova, dan Seville. Beliau
juga telah bekerjasama dengan pemimpin di Serville iaitu
al-Bajji bagi menewaskan Ibn Hud.
6) Berjaya menyingkirkan al-Bajji :

Ibn al-Ahmar yang bijak berpolitik, beliau kemudiannya


berjaya menyingkirkan al-Bajji dengan melakukan
pembunuhan secara rahsia. Pada tahun 1232M, beliau
memperoleh kesetiaan daripada penduduk Jerz,Malaga dan
kawasan sekitarnya.
Disebabkan pentadbiran kota Seville serta kota-kota lain di
bahagian utara Andalusia di pegang oleh pemimpin
tempatan yang sedia memberikan ketaatan kepadanya, Ibn
al-Ahmar telah membentuk kuasa ketenteraan di
kawasan-kawasan tersebut.
7) Mengamalkan pentadbiran yang zalim :
Ibn al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada
tahun 1238M,iaitu apabila beliau berjaya menguasai kota tersebut
daripada bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan pentadbiran
yang zalim. Di sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada bersedia
memberikan kesetiaan kepada Ibn al-Ahmar.
Pada tahun 1246M, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian
dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar
sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan
Jaen,Arjona,Porcuna,Priego,Higuera dan La Frontera kepada
Castille di bawah pemerintahan Ferdinand III.
Tindakan yang diambil oleh Ibn al-Ahmar bertujuan menyelamatkan
kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan
menjamin pengekalan pemerintahan kerajaan Nasriyyah di
Andalusia.
INDIA (ABAD KE-16
HINGGA KE-17)
Latar Belakangg Pertapakan
Islam di India
Sejarah pertapakan islam di India berlaku pada zaman kerajaan Umayyah, iaitu ketika
pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik
Khalifah al-Walid telah menghantar Muhammad bin al-Qasim ke Sind dan beliau
berjaya mengasaskan petempatan awal islam di India termasuk mendirikan sebuah
masjid di Dobal
Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada pembentukan kerajaan-kerajaan islam di India
bermula dengan kerajaan Ghaznawi, Ghori, Kesultanan Delhi, dan kerajaan Mughal
Pemerintahan kerajaan islam di India pada abad ke-16 hingga 17 Masihi berlaku pada
akhir pemerintahan kerajaan Kesulatanan Delhi dan pada awal pemerintahan kerajaan
Mughal
Kesultanan Delhi diwakili oleh Dinasti Lodi (1451-1526 M) yang diperintah oleh tiga
orang sultan, iaitu Sultan Bahlul Lodi, Sultan Sikandar Lodi, dan Sultan Ibrahim Lodi
Pada abad ke-16 Masihi, Babur (zahiruddin mohamad) telah memimpim angkatan
tentera menyerang Delhi dan berjaya menjatuhkan kerajaan kesultanan ini dalam
Perang Panipat sekali gus membolehkannya mengasaskan kerajaan Mughal di
India pada tahun 1526 M
Kedua-dua kerajaan ini telah membentuk sistem pemerintahan pada peringkat
pusat dan wilayah yang diketuai oleh raja atau maharaja bagi mentadbir wilayah
yang amat luas di India
SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN DELHI
Kesultanan Delhi yang meggantikan kerajaan Ghori mengamalkan corak
pemerintahan monarki ataupun sistem beraja dengan diketuai oleh individu yang
menggunakan gelaran sultan
Sebagai individu yang memegang jawatan yang tertinggi dalam kerajaan, kuasa
sultan bukan sahaja meliputi aspek legislatif dan eksekutif, malah merangkumi
bidang kehakiman
Kedudukan sultan sebagai pemimpin tertinggi agama dalam kerajaan juga
menyebabkan kerajaan ini dikatakan mengamalkan corak pemerintahan berbentuk
teokrasi
Pemerintahan pada peringkat pusat, sultan mempunyai wakil yang dikenali sebagai
Vakil Naib. Kuasa Vakil Naib ini bergantung kepada kewibawaan seseorang sultan.
Sultan juga mempunyai beberapa orang penasihat yang diketuai oleh perdana
menteri atau wazir yang dibantu oleh menteri-menteri lain dalam memastikan
urusan pentadbiran berjalan lancar
Wazir bertanggungjawab melaksanakan dasar negara dan perintah sultan. Wazir
juga bertindak sebagai ketua pentadbira awam termasuk mengawasi kakitangan
perkhidmatan awam
Bagi memastikan urusan pentadbiran khususnya pada peringkat pusat berjalan
lancar, sultan bertanggungjawab membentuk jabatan atau kementerian tertentu.
Antara kementerian yang dibentuk adalah seperti yang berikut :

Kementerian Peranan
Diwan al-Risalat Menguruskan hubungan atau hal ehwal luar negara seperti hubungan
diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain

Diwan al-Insha Berperanan seumpama Setiusahan Negara dan perisik bagi pihak
sultan

Diwan al-Ariz Bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan dan ketenteraan

Diwan al-Qadhi Dikenali juga dengan nama Sadari Sudur yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal kehakiman termasuk mengawasi perjalanan undang-
undang

Badiri Mamalik Bertanggungjawab menyampaikan maklumat yang perlu disampaikan


kepada rakyat sebagaimana peranan Kementerian Penerangan pada
hari ini
Kerajaan kesultanan Delhi tidak mempunyai sistem tentera pusat
sebaliknya tentera dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu tentera
tetap di bawah sulatan, tentera tetap di bawah gabenor, tentera tetap
di bawah golongan bangsawan, dan tentera sukarela yang akan
dibentuk sekiranya berlaku peperangan
Pada peringkat wilayah, setiap daripadanya akan diketuai oleh
seorang gabenor. Gabenor bukan sahaja menjadi pentadbir utama di
kawasan daerah malah berperanan sebagai hakim yang dibantu oleh
kadi dan Sabihi-Diwan
Setiap bandar mempunyai seorang kadi yang bertanggungjawab
menyelesaikan perselisihan yang timbul, menjaga harta wakaf,
menguruskan anak-anak yatim dan sebagainya
Kesimpulannya, sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
Kesultanan Delhi yang diketuai oleh individu yang bergelar sultan
bukanlah sesuatu yang seragam disebabkan kewujudan pelbagai
dinasti
SISTEM PEMERINTAHAN PUSAT
KERAJAAN MUGHAL

Kerajaan Mughal terbentuk hasil daripada kemenangan Babur


mengalahkan Sultan Ibrahim Lodi, iaitu pemerintah terakhir
Kesultanan Delhi pada tahun 1526 M
Kemenangan ini membolehkan kerajaan Mughal menguasai India
sehingga tahun 187 M, iaitu apabila pemerintah terakhir, Bahadur
Shah II dibuang negeri ke Myanmar oleh British
Pemerintah-pemerintah kerajaan menggunakan gelaran raja atau
maharaja dan mengekalkan corak pemerintahan sedia ada
Pemerintah-pemerintah kerajaan Mughal menjalankandasar
pemusatan kuasa. Maharaja Akbar merupakan pemerintah India
pertama yang bertindak mengasingkan urusan politik dan
pemerintahan dengan agama
Pada peringkat pusat pula, Maharaja Akbar telah membentuk sistem
pentadbiran atau birokrasi yang berbentuk separuh awam dan separuh
tentera yang dikenali sebagai mansabdar untuk mengukuh dan
memantapkan penguasaannya
Mansabdar merupakan pegawai yang ditugaskan untuk memerintah
dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja dan bertanggungjawab
melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam.
Maharaja Akbar juga telah membentuk kabinet dan melantik Perdana
Menteri yang dipanggil wazir dan menteri-menteri, misalnya Menteri
Kewangan dan Ketua Turus Tentera
Pada peringkat bandar pula, sebagaimana kerajaan Kesultanan Delhi,
kotwal berperanan menjaga keamanan, mengadakan rondaan,
mengesan pencuri dan orang asing serta berperanan sebagai pengintip
dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau, unta, dan lain-lain
Sewaktu pemerintahan Maharaja Aurangzeb, golongan
ulama berperaan penting dalam pentadbiran pada
peringkat pusat sekali gus menyingkirkan golongan bukan
beragama islam di sisi pemerintah
Maharaja Aurangzeb telah menghidupkan amalan syuran
dalam pemerintahan.
Selain itu, ada kalaya baginda juga telah menggunakan
budi bicaranya sendiri dalam mengambil sesuatu tindakan
Para kadi dan mufti telaj dilantik bagi menjalankan
pengadilan untuk orang islam, manakala hal yang berkaitan
dengan orang Hindu berada dalam pengawasan seorang
Hakim Besar
PENTADBIRAN WILAYAH ZAMAN
KERAJAAN MUGHAL
India telah dibahagikan kepada beberapa wilayah (subas) berdasarkan polisi
pemerintahan pada waktu tersebut.
Misalnya, pada zaman pemerintahan Maharaja Akbarm terdapat 18 buah wilayah
manakala pada zaman Maharaja Aurangzeb pula, wilayah India dibahagikan
kepada 21 wilayah
Setiap subas akan ditadbir oleh gabenor yang dipanggil subadar/sipah salar
ketua angkatan tentera pada peringkat provinsi
Setiap subas dibahagikan kepada sarkar yang ditadbir oleh pegawai daerah
(faujdar) yang berperanan mengutip cukai, membendung pemberontakan,
mengawal jenayah, dan menangani kecurian
Sarkar pula dipecahkan kepada unit pentadbiran yang lebih yang dikenali sebagai
parganah (mukim) dan mahal (kampung)
Ringkasnya, dapat dikatakan sistem beraja yang dipraktikkan pada zaman
kerajaan Mughal Delhi ini lebih mantap dan sistematik
DASAR PEMERINTAHAN MAHARAJA
AKBAR (PEMERINTAH KETIGA)
Maharaja Akbar negarawan yang ulung
Baginda merupakan pembina kerajaan Mughal dan sistem pentadbiran
Dalam pentadbiran baginda, diperkenalkan mansabdar, iaitu pegawai yang terdiri
daripada golongan bangsawan (melaksanakan tugas pentadbiran awam &
memerintah dan melengkapkan pasukan tentera diraja)
Bidang kehakiman dan undang-undang, qadi al qudah dilantik
Pentadbiran peringkat pusat mendapat sumber kewangan daripada tanah, kastam,
harta pusaka, rampasan, dan hadiah.
Sultan merupakan kuasa yang tertinggi
Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat setiap peringkat memerintah satu
betalion tentera berkuda yang bilangannya 10 hingga 10 000 orang
Mereka mendapat gaji secara tunai atau jagir.
Jagir ialah kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk memungut cukai
tanah dalam tempoh tertentu yang jumlahnya dengan gaji yang ditetapkan
Maharaja Akbar mempunyai sistem kabinetnya yang tersendiri
dengan melantik Perdana Menteri dan wazir, iaitu menteri-menteri
seperti Menteri Kewangan dan Ketua Turus Tentera
Ketua Turus Tentera (khan qanan) bertanggungjawab keatas
semua mansabdar
Di bandar, terdapat kotwal - menjaga keamanan, mengadakan
rondaan, mengesan pencuri, orang asing dan pengintip
DASAR PEMERINTAHAN MAHARAJA AURANGZEB (PEMERINTAH KEENAM)

Maharaja Aurangzeb merupakan pemerintah yang berpegang kuat pada agama islam
dan bercita-cita menjadikan seluruh India sebuah negara Islam yang mengamalkan
mazhab Ahl Al-Sunnah wal-Jamaah dengan melaksanakan undang-undang syariah
sepenuhnya
Baginda menggubal satu dasar baharu mengehadkan bilangan pegawai yang
beragama Hindu menjawat jawatan dalam pentadbiran
Pemerintahan baginda mengutamakan keadilan
Undang-undang yang digunakan antara orang Islam dengan bukan Islam adalah sama
Para kadi dan mufti dilantik bagi menjalankan pengadilan untuk orang Islam dan Hindu
Dalam banyak hal, baginda digelar sebagai pemerintah Mughal yang paling tegas,
sama ada dalam soal agama mahupun mazhab
Oleh itu, baginda dimusuhi oleh golongan Hindu dan Syiah
Golongan Hindu mengadakan pakatan bagi menumbangkan kerajaan Mughal
Manakala golongan syiah pula memberontak kerana berasa tidak puas hati terhadap
polisi baginda yang menganggap mereka sebagai golongan sesat

Anda mungkin juga menyukai