Anda di halaman 1dari 12

SEKATAN PERDAGANGAN

ANTARABANGSA
TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
1. Melindungi industri penting
◦ Industri penting seperti industri beras dan industri senjata api perlu dilindungi oleh
kerajaan.

◦ Industri beras dan industri senjata api adalah amat penting dalam masa kecemasan,
misalnya ketika negara itu diserang oleh negara lain.

◦ Kerajaan mesti mengurangkan persaingan yang dihadapi oleh industri penting


daripada barang import melalui sekatan import bagi memastikan industri penting
berkembang dan menghasilkan bekalan yang mencukupi kepada negara.
2. Melindungi industri muda
◦ Industri muda adalah industri yang baru ditubuhkan di dalam negara, misalnya industri
kereta proton di Malaysia.

◦ Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata
pengeluaranya adalah lebih tinggi daripada industri barang import.

◦ Industri muda belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai.


Oleh itu, pasaranya adalah terhad dan keupayaan pengeluaranya adalah di bawah
tingkat optimum.

◦ Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga berbanding
dengan barang import. Oleh itu, kerajaan perlu menyekat barang import supaya
industri muda dapat berkembang dan bertanding dengan industri asing.
3. Mempelbagaikan ekonomi negara
◦ Untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, adalah mustahak
mempelbagaikan ekonomi negara, contohnya memajukan industri perkilangan.

◦ Usaha mempelbagaikan ekonomi dapat mengurangkan pergantungan negara pada


import dan eksport tertentu dan menstabilkan ekonomi negara.

◦ Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi., kerajaan harus melaksanakan


dasar menyekat import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan
keluaran tempatan. Selain itu, kerajaan perlu melaksanakan dasar menggalakkan
eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran
antarabangsa.
4. Meningkatkan guna tenaga
◦ Perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapat mewujudkan
banyak peluang pekerjaan. Ini seterusnya menambahkan pendapatan negara dan
mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.

◦ Ini juga bertujuan untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan ekonomi
demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

◦ 5. Memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif


◦ Kebanyakan negara membangun mempunyai imbangan pembayaran yang negatif kerana
kadar syarat perdagangan yang merugikan. Ini menyebabkan jumlah perbelanjaan import
melebihi jumlah pendapatan eksport.

◦ Untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif, kerajaan harus mengurangkan


import melalui sekatan-sekatan import serta menambahkan eksport melalui galakan-galakan
eksport.
◦ Menentang dasar lambakan negara asing

◦ Negara asing yang melaksanakan dasar lambakan iaitu memonopoli pasaran


negara dagangnya dengan menjual barang pada harga yang jauh lebih
rendah dan menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagangnya
kehilangan pasaran. Seterusnya, akan berlaku pengangguran.

◦ Untuk menentang dasar lambakan negara asing, negara yang mengimport


barang lambakan akan menyekat import barang berkenaan demi
melindungi industri tempatan.
ALAT SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
1. Tarif
◦ Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang
diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import meningkat dan kuantiti barang import yang
diminta akan jatuh.
◦ Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.
◦ Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak
RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.
◦ Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
◦ Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah tetap tidak kira
harga beras import naik atau turun.
Sekatan tarif akan
◦ menaikkan harga import barangan,
◦ mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import,
◦ menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import,
◦ memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara,
◦ menambahkan pendapatan negara.
Sekatan Bukan Tarif

1. Kuota Import

◦ Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau


perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu.

◦ Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti import. Apabila
kuota dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya, kuantiti barang import
dalam pasaran tempatan akan berkurangan.

◦ Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong pengguna untuk
membeli lebih banyak barang tempatan.

◦ Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan persaingan dari luar
apabila permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di
mana peratus penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import
barangan meningkat dengan mendadak.
2. Kawalan Pertukaran Mata Wang Asing

◦ Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam


pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata
wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.

◦ Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar negara. Bagi
mengurangkan import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan
penawaran mata wang negara tersebut dalam pasaran.

◦ Apabila BNM mengurangkan jumlah Dolar Amerika yang dapat dibeli oleh pengimport
Malaysia, import dari Amerika akan disekat.

◦ Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar
negara, jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.

◦ Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri pengganti


import dalam negara.
3. Embargo

◦ Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara tertentu.
◦ Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen keretapi
melarang barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk ke dalam
negara.
◦ Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan ekonomi
negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.

4. Piawai Kesihatan dan Keselamatan

◦ Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.


◦ Barang import yang tidak mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan kerajaan tidak
boleh dibawa masuk ke dalam negara.
KESAN TARIF KE ATAS IMPORT, HARGA
DAN KELUARAN

Anda mungkin juga menyukai