Anda di halaman 1dari 13

DISEDIAKAN OLEH: FREDRECK MICHAEL

NO MATRIK; 229696

INFLASI ialah satu masalah utama yang sering dihadapi


oleh sesebuah negara,terutamnya negara yang
mengamalkan ekonomi pasaran bebas.
Hampir semua negara-negara seluruh dunia pernah
mengalami pengalaman menghadapi inflasi. Antaranya,
Inflasi hiper (hyperinflation) di Negara Weimer Republic of
Germany pada tahun 1920-1923 Zimbabwe sejak tahun
2003, Argentina pada tahun 1975-1983 dan BosniaHerzegovina pada tahun 1992-1993. Stagflasi (inflasi dan
kemerosotan ekonomi) berlaku pada pertengahan 1970an di kebanyakkan negara seluruh dunia, yang juga
memberi kesan kepada Malaysia.
Bagaimanapun, Malaysia rata-rata boleh di anggap
sebuah negara yang tidak dibebani dengan masalah
inflasi.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan


Statistik Malaysia (Department of Statistics
Malaysia) kadar inflasi di Malaysia mencatatkan
2.80 peratus pada bulan Oktober 2014
Purata kadar inflasi adalah 3.71 peratus dari
tahun 1973 hingga 2014 walaupun pernah
mencatat kadar yang tertinggi sebanyak 23.90
peratus pada bulan Mac 1974 dan mencatatkan
kadar terendah iaitu -2.40 peratus dalam bulan
Julai 2009.

Inflasi di MALAYSIA

DEFINISI INFLASI kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah


negara dalam tempoh masa tertentu atau kenaikan
berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala
Jefferson (1977) mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan
tingkat harga umum akibat daripada ketidakseimbangan
antara pergerakan barangan dan pergerakan wang.Manakala
Harriss (1975) mendefinisikan inflasi sebagai:
The sense of a rise in the general level of prices has
occurred time and again, all over the world. Inflation deals
not with particular prices or the relations among prices but
with the general price level, a drop in the purchasing power
of the dollar. The general price level goes up when money
demand rises more than the goods and services available for
buying. Money demand goes up when the quantity of money
rises or when velocity, the rate of turnover, rises- or some
combination of the two.

Inflasi diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu.


Contoh yang lebih dekat dengan kita sebagai pengguna
adalah Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index, CPI).
CPI mengukur perubahan harga dalam kumpulan-kumpulan
barangan dan perkhidmatan tertentu seperti harga makanan,
utiliti, pengangkutan, pendidikan dan lain-lain yang berkaitan
dengan pengguna biasa seperti kita.
Inflasi juga diukur sebagai penurun KDNK (GDP deflator) yang
mengukur perubahan semua harga barang dan perkhidmatan
di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara tanpa mengira
apa jenis barangan dan perkhidmatan yang digunakan
pengguna atau pengeluar. GDP deflator berperanan
menurunkan jumlah KDNK nominal (GDP nominal) yang
disukat pada harga semasa untuk memberikan angka KDNK
sebenar yang disukat pada harga malar

JENIS INFLASI

I.
Inflasi dari aspek permintaan
-terlebih permintaan
-terlebih bekalan wang
II. Inflasi daripada aspek pengeluaran barang-barang
-masa melambung
-Kos bertambah, daya pengeluaran berkurang
III. 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya
inflasi. Antaranya ialah,
-i).sektor import-eksport,
-ii).sektor simpanan- pelaburan &
-iii). sektor penerimaan dan pengeluaran Negara
IV. Dalam sistem kewangan Islam pula, jika dikaji punca
munculnya inflasi sebenarnya bermula daripada sistem
riba.

KESAN
INFLASI

KESAN
NEGATIF

KESAN
POSITIF

i.
Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan
menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan
merendahkan kuasa beli pengguna.
ii.
Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang
menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana
inflasi telah mengurangkan pendapatan benar yang mereka
terima.
iii. Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi
apabila berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma
yang cekap dan mempunyai modal yang besar dapat membeli
faktor pengeluaran yang semakin mahal semasa inflasi.
iv. Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi
lebih mahal dari harga import. Ini akan menambahkan import dan
mengurangkan eksport dan seterusnya memburukkan imbangan
pembayaran.
v.
Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport
akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan
menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan menyebabkan
kejatuhan pelaburan asing.

menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma menambahkan


penawaran agregat untuk memenuhi pertambahan permintaan
agregat.
Pertambahan pelaburan -meningkatkan penggunaan guna
tenaga.-mengurangkan kadar pengangguran.
KEUNTUNGAN Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan
golongan. CTH- harga harta tetap akan meningkat bagi pemilik
harta tetap.
Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran
negara jika ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh.
Akibatnya pendapatan negara juga turut bertambah.
Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan
menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak
berubah, kadar syarat perdagangan negara bertambah baik.
Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat
membaiki kedudukan imbangan perdagangan negara itu.

Masalah Inflasi sebenarnya bukan sahaja berlaku di


Malaysia malah merupakan masalah global yang
sering melanda terutamanya negara yang mengalami
pertumbuhan pesat. Inflasi boleh berlaku disebabkan
oleh mana-mana satu daripada factor-faktor ataupun
kombinasi factor-faktor seperti inflasi tolakan kos,
tarikan permintaan dan inflasi yang diimport. Bagi
membendung inflasi tolakan kos, warga perniagaan
iaitu pengeluar perlu memastikan tahap keefisienan
operasi meraka berada pada tahap tertinggi.
Kerjasama semua pihak dalam menangani masalah
inflasi adalah perlu.

Anda mungkin juga menyukai