Anda di halaman 1dari 2

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri

Sarawak sedang melaksanakan enam projek pembinaan rumah di bawah


insiatif Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) pada tahun ini.

Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad berkata semua projek tersebut


membabitkan empat projek pembinaan semula rumah yang musnah terbakar
manakala dua lagi merupakan projek penambahbaikan di bawah Unit
Perancangan Ekonomi (EPU).

“Kita di JBPM diamanahkan untuk melaksanakan lima projek di seluruh negeri


Sarawak yang sedang dilaksanakan di Kuching, Samarahan dan tiga buah
rumah di Miri,” katanya.

Hisham berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan Projek


Bantuan Membaik Pulih Rumah Pesara Negeri Sarawak di bawah inisiatif
1Pesara di Kampung Semariang Jaya, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya JBPM telah menyiapkan lima projek sama pada
tahun lalu, sementara lima lagi diserahkan kepada Akademi Binaan Malaysia
(ABM) untuk dilaksanakan.

“Bagaimanapun, jumlah projek yang diluluskan untuk tahun ini belum


diketahui,” katanya.

Hisham berkata projek baik pulih rumah seorang pesara kerajaan, Ali Satem,
68, dipilih kerana datang dari kategori miskin tegar.

Mengambil kira keperitan dan kesusahan hidup Ali yang hanya bergantung
kepada pendapatan pencen berjumlah RM800 sebulan untuk menampung
sembilan ahli keluarga termasuk seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Hisham, peruntukan berjumlah RM12,000 disalurkan oleh kerajaan


untuk melaksanakan kerja membaiki dapur, tingkap pintu dan bumbung yang
bocor.

“Selain itu terdapat tambahan peruntukan berjumlah RM2,000 untuk keperluan


lain seperti membayar sewa peralatan.

“Namun setelah mengambil kira semua aspek, kita dapati kos pembaikan
diperlukan adalah melebihi daripada apa yang diperuntukan,” katanya.

Projek pembaikan rumah tersebut dijangka siap dalam tempoh 14 hari selepas
dimulakan 6 Januari lalu yang membabitkan empat tenaga kerja dari empat
balai bomba.
Hisham berkata penglibatan anggota dalam projek pembinaan rumah tidak
menjejaskan persiapan pasukan menghadapi fenomena banjir yang dijangka
berlaku di negeri ini. -UB

Anda mungkin juga menyukai