Anda di halaman 1dari 56

Konsep Pendapatan Negara

Konsep Huraian
Keluaran Dalam Negara • Mengukur nilai pasaran semua barang akhir dan perkhidmatan
Kasar (KDNK) dalam sesebuah negara bagi sesuatu tempoh tertentu biasanya
setahun.
• KDNK mewakili nilai keluaran agregat di pasaran dan dipengaruhi
oleh tingkat harga.
• KDNK merangkumi barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat
tempatan dan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat asing
yang berada dalam sesebuah negara.

Ciri-Ciri KDNK • Hanya mengambil kira nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
ada di pasaran.
• Tidak mengambil kira barang perantaraan kerana barang tersebut
telah diambil kira semasa menghitung nilai barang akhir dan
perkhidmatan.
• Meliputi nilai keluaran yang produktif dan sah dari segi undang-
undang.
• Urus niaga yang tidak produktif seperti bayaran pindahan termasuk
wang saku, hadiah, biasiswa, pampasan dan bayaran pencen tidak
diambil kira.
• Aset kewangan (saham & bon) tidak diambil kira kerana hanya
melibatkan pertukaran pemilikan atas kertas.
• Barang terpakai (kereta terpakai dan rumah sedia ada) juga tidak
diambil kira kerana telah dihitung pada tahun barang tersebut
dikeluarkan.
Konsep Huraian
Keluaran Negara Kasar • Jumlah nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan
(KNK) yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang
dimiliki oleh penduduk sesebuah negara, sama ada
berada di dalam atau di luar negara dalam tempoh
tertentu, biasanya setahun.
• Konsep “kasar” bermakna nilai keluaran sebelum
mengambil kira susut nilai barang modal.
Ciri-Ciri KNK • Tidak mengambil kira nilai keluaran yang
disumbangkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang
dimiliki oleh negara asing.
• Perbezaan antara pendapatan faktor dari luar negara
dengan pendapatan faktor ke luar negara ialah
pendapatan faktor bersih dari luar negara.
• Pendapatan faktor bersih dari luar negara =
pendapatan faktor dari luar negara – pendapatan
faktor ke luar negara.
• Pendapatan faktor terdiri daripada upah, sewa, bunga
dan untung.
Hubungan Antara KNK & KDNK
• Perbezaan antara KNK dengan KDNK ialah
pendapatan faktor bersih dari luar negara.
Hubungan antara KNK dengan KDNK
ditunjukkan melalui rumus berikut:
• KNK = KDNK + PFbLN
• Pendapatan faktor bersih luar negara (PFbLN)
bernilai positif apabila pendapatan faktor dari luar
negara melebihi pendapatan faktor ke luar negara,
kesan KNK > KDNK.
• Jika PFbLN bernilai negatif apabila pendapatan
faktor dari luar negara kurang daripada
pendapatan faktor ke luar negara. KNK < KDNK.
Konsep Huraian

Keluaran Negara • Jumlah nilai barang akhir dan


Bersih (KNB) perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
semua faktor pengeluaran milik
sesebuah negara pada suatu tahun
setelah ditolak susut nilai.
• Apabila susut nilai ditolak daripada
KNK pada tahun yang sama, KNB
diperoleh.
• Rumus menghitung KNB adalah
seperti berikut :

KNB = KNK – Susut nilai (Sn)


Keluaran Negara pada harga pasaran
dan kos faktor
Konsep Huraian
Keluaran • Merujuk kepada nilai barang akhir
Negara pada dan perkhidmatan yang dinilai
harga pasaran berdasarkan harga di pasaran.
Keluaran • Merujuk kepada nilai barang akhir
Negara pada dan perkhidmatan berdasarkan kos
kos faktor pengeluaran yang digunakan dalam
proses pengeluaran.
Perbezaan Antara Keluaran Negara
Harga Pasaran dan Kos Faktor
• Perbezaan antara keluaran negara pada harga
pasaran dengan keluaran negara pada kos faktor
ialah cukai tak langsung dan subsidi.
• Cukai tak langsung (CTL) akan menaikkan harga
pasaran. Contoh CTL : cukai jualan, duti eksais,
cukai perkhidmatan dan duti import.
• Subsidi (Sn) merupakan bantuan kewangan yang
diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar. Subsidi
akan menurunkan harga pasaran.
Hubungan Antara Keluaran Negara
harga pasaran dengan kos faktor
• Keluaran Negara kos faktor (KNkf) diperoleh
dengan menolak cukai tak langsung dan
menambah subsidi kepada Keluaran Negara
harga pasaran (KNhp) adalah seperti berikut:
KNkf = KNhp – Cukai tak langsung + Subsidi
• Jika cukai tak langsung melebihi subsidi, KNhp
> KNkf.
• Jika subsidi melebihi cukai tak langsung, KNkf
> KNhp.
Keluaran Negara Nominal
• Keluaran Negara nominal atau keluaran negara
pada harga semasa ialah keluaran negara yang
dikira berdasarkan pada tahun semasa.
• Keluaran negara nominal berubah mengikut
tahun disebabkan oleh :
(a) Perubahan kuantiti barang akhir dan
perkhidmatan.
(b) Perubahan dalam tingkat harga umum
Keluaran Negara Benar
• Keluaran negara benar atau keluaran negara
pada harga tetap pada satu tahun asas.
Perubahan KNK benar dipengaruhi oleh
perubahan kuantiti barang akhir dan
perkhidmatan sahaja.
• KNK benar tidak mengambil kira perubahan
tingkat harga umum antara tahun.
Cara KNK benar dikira (1)
Data KNK nominal 2010 Data KNK nominal 2011
Kuantiti Harga seunit Kuantiti Harga Seunit
Barang Barang
(unit) (RM) (unit) (RM)
Bola 100 5.00 Bola 180 4.00
Raket 20 10.00 Raket 25 20.00

Bagi mendapatkan nilai KNK benar, KNK nominal bagi dua tahun tersebut
perlu dihitung terlebih dahulu:

Perbelanjaan atas bola (100 x RM5) RM500


Perbelanjaan atas raket (20 x RM10) RM200
KNK nominal tahun 2010 RM700

Perbelanjaan atas bola (180 x RM4) RM720


Perbelanjaan atas raket (25 x RM20) RM500
KNK nominal tahun 2011 RM1220
• Satu tahun dipilih sebagai tahun asas untuk
dijadikan perbandingan dengan tahun lain.
Katakan tahun asas ialah tahun 2010. Oleh KNK
benar adalah sama dengan KNK nominal dan
bernilai RM700.
• Bagi memperoleh nilai KNK benar pada tahun
2011, kuantiti barang akhir pada tahun 2011
perlu didarab dengan harga pada tahun 2010
(tahun asas):
Perbelanjaan atas bola (180 x RM5) = RM900
Perbelanjaan atas raket (25 x RM10) = RM250
KNK benar tahun 2011 = RM1150
Cara KNK benar dikira (2)

• KNK benar juga boleh diukur dengan


menggunakan pendeflasi KNK.
• Pendeflasi KNK mengukur perubahan tingkat
harga dengan lebih luas dan merangkumi harga
semua barang akhir dan perkhidmatan.
Cara KNK benar dikira (2)
• Pendeflasi KNK (indeks harga tahun semasa)
ialah ukuran tingkat harga yang dikira dengan
membahagikan KNK nominal dengan KNK
benar dan didarab dengan 100 (indeks harga
tahun asas).
��� �
� � ��� = �
���
Cara KNK benar dikira (2)
• KNK benar dapat dikira dengan menggunakan
rumus berikut:
��� = � ��� �
� � ���
ATAU
� � ℎ� �� �ℎ � �
��� = X KNK nominal
� � ℎ� �� �ℎ � �
• Jika KNK nominal meningkat, tetapi KNK benar tidak
berubah ini bermakna tingkat harga umum telah naik.
Semakin besar KNK nominal berbanding KNK benar,
semakin tinggi tingkat harga umum dan semakin besar
pendeflasi KNK.
Ujian Kendiri
KNK nominal
Tahun Indeks harga
(RM juta)
2010 1000 100
2011 1800 150

(a)Hitungkan :
(i) KNK benar pada tahun 2010 dan 2011
(ii) Peratusan perubahan tingkat harga umum (kadar
inflasi) bagi tahun 2011
(b) Berdasarkan jawapan anda dalam (a)(i), adakah
KNK nominal lebih tinggi atau rendah daripada
KNK benar pada tahun 2011? Mengapa?
Penyelesaian
(a) (i) KNK benar sama dengan KNK nominal,
iaitu RM1000 juta pada tahun 2010 kerana
indeks harga ialah 100
KNK benar = � 8
5
= RM1200 juta
(ii) Peratusan perubahan tingkat harga umum

= �
5 −
= X 100 = 50%
*IH = Indeks Harga
Penyelesaian
(b) KNK nominal lebih tinggi daripada KNK
benar pada tahun 2011 disebabkan oleh kenaikan
tingkat harga umum (indeks harga melebihi 100)
pada tahun tersebut.
Objektif Pembelajaran

 Menerangkan pengiraan pendapatan negara


menggunakan tiga kaedah.
 Menghitung pendapatan negara
menggunakan tiga kaedah.
Kaedah Pengiraan Pendapatan Negara

Kaedah Perbelanjaan
• Terdapat 3 kaedah untuk (Nilai Barang Akhir)
menghitung pendapatan
negara.
Kaedah Keluaran
• Malaysia menggunakan dua (Nilai Ditambah)
kaedah : KAEDAH
PERBELANJAAN &
KAEDAH KELUARAN Kaedah Pendapatan
(Bayaran Faedah)
Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)

• Pendapatan negara dihitung dengan


menjumlahkan semua perbelanjaan
atas barang akhir dan perkhidmatan
yang dilakukan oleh sektor isi rumah,
sektor firma, sektor kerajaan dan
sektor luar negara bagi satu tempoh
tertentu biasanya satu tahun.
Perbelanjaan yang dihitung dalam pendapatan negara
mengikut kaedah perbelanjaan
Sektor Bentuk Perbelanjaan Huraian
Sektor Isi Rumah Perbelanjaan penggunaan -
atas barang akhir dan
perkhidmatan (C)

Sektor Firma Perbelanjaan Pelaburan (I) • Perubahan stok ialah perbezaan


• Pembentukan modal antara stok akhir dengan stok
tetap awal.
• Perubahan stok • Stok awal telah dihitung dalam
(inventori) pendapatan negara tahun
sebelumnya dan perlu ditolak
daripada pendapatan negara
semasa.
• Stok akhir perlu ditambah dalam
pendapatan negara semasa.

Sektor Kerajaan Perbelanjaan mengurus & -


Pembangunan (G)
Perbelanjaan yang dihitung dalam pendapatan negara
mengikut kaedah perbelanjaan
Sektor Bentuk Perbelanjaan Huraian

Sektor Luar • Eskport (X) • Eksport bersih (X – M), beza


Negara • Import (M) antara eksport dengan import.
• Import ditolak daripada eksport
apabila menghitung KDNK
kerana KDNK hanya mengukur
nilai barang akhir dan
perkhidmatan yang dihasilkan
dalam sesebuah negara
Kaedah Perbelanjaan
Perkara Kaedah Pengiraan
KDNK harga pasar (hp) C + I + G + (X – M)
KNK harga pasar (hp) KDNK hp + PFbLN
PFbLN = Pendapatan faktor bersih
luar negara
KNK kos faktor (kf) KNK hp – CTL + Sb
CTL = Cukai tak langsung
Sb = Subsidi
KNB kf KNK kf – Sn
Sn = Susut nilai
Contoh
Butiran RM juta RM juta
Perbelanjaan penggunaan 5000
Awam 3500 -
Swasta 1500 -
Pembentukan modal tetap kasar 4000
Awam 1900 -
Swasta 2100 -
Perubahan stok 800
Stok Akhir 1000 -
(-) : Stok awal 200 -
Eskport bersih 4000
Eksport barang & perkhidmatan 6000 -
(-): Import barang & perkhidmatan 2000 -
KDNK pada harga pasaran 13800
Contoh
Butiran RM RM
juta juta
Pendapatan faktor bersih dari luar negara -2300
Pendapatan faktor dari luar negara 4000 -
(-): Pendapatan faktor ke luar negara 6300 -
KNK pada harga pasaran - 11500

(-) Cukai tak langsung - 500


(+) Subsidi - 4000
KNK pada kos faktor - 15000

(-) : Susut nilai - 2000


Pendapatan Negara (KNB kos faktor) - 13000
Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)
• Kaedah keluaran mengambil kira semua nilai
ditambah yang dihasilkan pada setiap
peringkat pengeluaran dalam jangka masa
tertentu.
• Nilai ditambah ialah pertambahan nilai pasaran
barang pada pelbagai peringkat proses
pengeluaran sehinggalah barang akhir
dihasilkan.
• Nilai ditambah = Nilai jualan barang (harga
keluaran) – Nilai belian input (Kos input).
Bagaimana Kaedah Nilai Ditambah Digunakan Untuk Mengira
Keluaran Negara

• Peringkat 1, keluaran
Harga Kos Nilai
Peringkat Keluaran Input Ditambah
gandum bernilai R1.00.
(RM) (RM) (RM) Diandaikan tiada kos input.
Oleh itu, nilai ditambah
1. Biji ialah RM1.00 (RM1.00 –
1.00 0 1.00
gandum 0).
2. Tepung
1.80 1.00 0.80
• Peringkat 2, selepas proses
gandum pengeluaran, harga tepung
3. Roti 3.30 1.80 1.50
gandum bernilai RM1.80.
Kos input ialah RM1.00
4. yang merupakan harga biji
Peruncitan
4.50 3.30 1.20 gandum. Nilai ditambah
/ Jualan ialah RM0.80 (RM1.80 –
roti
RM1.00).
JUMLAH 4.50
Bagaimana Kaedah Nilai Ditambah Digunakan Untuk Mengira
Keluaran Negara

• Peringkat 3, selepas proses


Harga Kos Nilai
Peringkat Keluaran Input Ditambah
pengeluaran roti di kilang
(RM) (RM) (RM) bernilai RM3.30. Kos input
ialah RM1.80 yang
1. Biji
1.00 0 1.00
merupakan harga tepung
gandum gandum. Nilai ditambah
2. Tepung ialah RM1.50 (RM3.30 –
1.80 1.00 0.80
gandum RM1.80).
3. Roti 3.30 1.80 1.50
• Peringkat 4, roti di pasaran
dijual pada harga runcit
4. RM4.50. Kos input ialah
Peruncitan/ 4.50 3.30 1.20 RM3.30 yang merupakan
Jualan roti harga roti di kilang. Nilai
ditambah ialah RM1.50
JUMLAH 4.50 (RM3.30 – RM1.80).
Bagaimana Kaedah Nilai Ditambah Digunakan Untuk Mengira
Keluaran Negara

Harga Kos Nilai


• Keluaran negara sebuku
Peringkat Keluaran
(RM)
Input
(RM)
Ditambah
(RM)
roti ialah RM4.50 yang
diperoleh dengan
1. Biji
gandum
1.00 0 1.00 menjumlahkan semua
2. Tepung
nilai ditambah setiap
1.80 1.00 0.80
gandum peringkat pengeluaran.
3. Roti 3.30 1.80 1.50 • Jumlah nilai ditambah
4.
adalah sama dengan
Peruncitan/ 4.50 3.30 1.20 harga barang/keluaran
Jualan roti
akhir.
JUMLAH 4.50
Nilai Ditambah Melibatkan Barang Import
Kilang besi waja Pengguna akhir
• Mengimport besi Kilang pengeluar kereta
& arang batu kereta • Pembeli
bernilai • Membeli besi tempatan
RM10 000 waja dengan membeli kereta
• Menjual besi waja nilai RM25000 dengan nilai
kepada kilang • Menjual kereta RM30000
pengeluar kereta dengan nilai • Pembeli luar
dengan nilai RM75000 negara membeli
RM25 000 kereta dengan
nilai RM45000
Aktiviti Nilai Jualan (RM) Nilai Belian (RM) Nilai Ditambah
(1) (2) (RM)
(1) – (2)
Kilang Besi Waja 25000 10000 15000

Kilang Pengeluar 75000 25000 50000


Kereta
Jumlah 100000 35000 65000
Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah
Keluaran
• Dalam mengira pendapatan negara mengikut kaedah keluaran,
sektor ekonomi akan dibahagikan kepada tiga (3) sektor, iaitu,
sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.
(a) Sektor utama – sektor pertanian, perhutanan, perlombongan,
perikanan.
(b) Sektor kedua – sektor perkilangan/pembuatan dan pembinaan.
(c) Sektor ketiga – sektor perkhidmatan
• KDNK hp diperoleh dengan menjumlahkan semua nilai ditambah
yang disumbangkan oleh setiap sektor ekonomi dan menolak
bayaran perkhidmatan bank serta mencampurkan cukai import
kepada jumlah nilai ditambah.
• Bayaran perkhidmatan bank ditolak daripada jumlah nilai ditambah
untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, manakala cukai
import dicampur kerana cukai import akan menaikkan harga
pasaran.
Contoh
Butiran/Sektor ekonomi RM juta
Pertanian, perhutanan dan perikanan 3000
Perlombongan dan kuari 2000
Pembuatan 8000
Pembinaan 2000
Elektrik, gas dan air 900
Pengangkutan dan perhubungan 800
Perdagangan borong dan runcit, hotel 700
dan restoran, kewangan, insurans, harta
tanah dan perkhidmatan perniagaan 600
Perkhidmatan kerajaan 500
Perkhidmatan lain 400
18 900
(-) : Bayaran perkhidmatan bank 1000
(+): Cukai import 1500
KDNK pada harga pasaran 19 400
Kaedah Pendapatan (Bayaran Faktor)

• Mengikut kaedah pendapatan, pendapatan atau


ganjaran faktor yang diterima oleh faktor
pengeluaran (buruh, tanah, modal dan
usahawan) dijumlahkan untuk memperoleh
pendapatan negara (KNB pada kos faktor) bagi
sesuatu tempoh.
Bentuk bayaran kepada faktor pengeluaran
Bentuk bayaran Huraian
Gaji & Upah • Bayaran kepada buruh oleh majikan kerana
menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam
proses pengeluaran.
• Gaji & upah yang diterima belum ditolak cukai
pendapatan perseorangan dan caruman kepada KWSP
Bunga bersih • Pendapatan yang diterima oleh pemilik modal wang
apabila modal wang dalam institusi kewangan
dipinjamkan untuk tujuan pelaburan.
Keuntungan syarikat • Jumlah keuntungan yang diperoleh syarikat atau
usahawan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan.
• Meliputi dividen (untung yang diagihkan), untung yang
tidak diagihkan dan cukai keuntungan syarikat.

Sewa • Bayaran kepada pemilik tanah dan aset tetap yang lain
seperti kilang
Pendapatan perusahaan • Pendapatan yang diperoleh pemilik perusahaan
persendirian persendirian seperti pemilik restoran, penjaja dan kedai
runcit.
Bentuk Bayaran Huraian
Bunga atas • Bunga atas pinjaman kerajaan tidak
pinjaman kerajaan diambil kira semasa mengira pendapatan
negara mengikut kaedah pendapatan.
• Pinjaman kerajaan digunakan untuk
membiayai perbelanjaan kerajaan seperti
pertahanan, keselamatan dan subsidi.
Bunga atas • Bunga atas pinjaman pengguna tidak
pinjaman pengguna diambil kira semasa mengira pendapatan
negara mengikut kaedah pendapatan.
• Pinjaman pengguna digunakan untuk
membeli barang akhir dan perkhidmatan
untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk
tujuan pelaburan.
Contoh
Jenis pendapatan RM juta RM juta
Upah & Gaji 10 000
Bunga bersih 1000
Bunga kasar 1500
(-) : Bunga atas pinjaman kerajaan 400
(-) : Bunga atas pinjaman pengguna 100
Sewa 5000
Pendapatan perusahaan persendirian 9000
Keuntungan syarikat 3000
Untung yang diagihkan (dividen) 1200
Untung yang tidak diagihkan 1600
Cukai keuntungan syarikat 200
KNB pada kos faktor 28 000
Pendapatan Persendirian
• Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua
individu sama ada daripada faktor pengeluaran
produktif atau faktor pengeluaran tidak
produktif di sesebuah negara dalam tempoh
setahun.
• Pendapatan persendirian berbeza dengan
pendapatan negara kerana pendapatan negara
hanya mengambil kira sumbangan pendapatan
daripada faktor pengeluaran yang produktif
sahaja.
Komponen Pendapatan Diterima & Tidak Diterima
oleh Individu
Komponen Sifat Faktor
Butiran Pendapatan Huraian
Pendapatan Pengeluaran
• Untung syarikat (dividen;
Faktor • Gaji & Upah
untung tidak diagihkan;
Produktif • Sewa
cukai keuntungan syarikat)
(Keluaran • Bunga bersih
• Bunga bersih (bunga kasar
Negara • Untung syarikat
– (bunga atas pinjaman
Bersih pada • Pendapatan perusahaan
kerajaan + bunga atas
kos faktor) persendirian
pinjaman pengguna)
Pendapatan
diterima oleh • Bayaran pindahan
(biasiswa; elaun
individu • Pinjaman kerajaan
pengangguran; bayaran
bertujuan membiayai
pencen & elaun suri
Faktor Tidak belanjawan defisit negara.
rumah.
Produktif • Pinjaman pengguna
• Bunga atas pinjaman
bertujuan membeli barang
kerajaan
persendirian.
• Bunga atas pinjaman
pengguna
Komponen Pendapatan Diterima & Tidak Diterima
oleh Individu
Komponen Sifat Faktor
Butiran Pendapatan Huraian
Pendapatan Pengeluaran
• Caruman Kumpulan
Wang Simpanan
Pendapatan Pekerja (KWSP)
Tidak • Untung syarikat yang
Diterima oleh tidak diagihkan (kepada
individu pemilik modal)
• Cukai keuntungan
syarikat
Pengiraan Pendapatan Persendirian
Pendapatan Persendirian = Pendapatan diterima
oleh individu – pendapatan tidak diterima oleh
individu.

= Pendapatan negara (Keluaran Negara Bersih


pada kos faktor) + Bayaran pindahan + Bunga
atas pinjaman kerajaan + bunga atas pinjaman
pengguna – (KWSP + Untung syarikat tidak
diagihkan + Cukai keuntungan syarikat)
Pendapatan Boleh Guna (Yd)
Konsep Huraian

Pendapatan Boleh • Merujuk kepada pendapatan persendirian ditolak dengan cukai


Guna (Yd) pendapatan perseorangan.
• Cukai pendapatan perseorangan ialah sejenis cukai langsung.

Rumus Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan persendirian – cukai


pendapatan perseorangan.

Contoh Jika pendapatan persendirian ialah RM20 000 dan cukai


pendapatan perseorangan ialah RM1200, maka :

Pendapatan Boleh Guna (Yd) = RM20 000 – RM1200


= RM18 800
Ujian Kendiri
Butiran RM juta
Pendapatan negara 40 000
Bayaran pindahan 12 000
Bunga atas pinjaman kerajaan 10 000
Bunga atas pinjaman pengguna 6000
Untung syarikat tidak dibahagikan 7000
Cukai pendapatan perseorangan 9000
Caruman kepada KWSP 11 000
Cukai keuntungan syarikat 10 000

Hitung
(a)Pendapatan persendirian
(b)Pendapatan boleh guna
Pendapatan Per Kapita
• Pendapatan per kapita ialah pendapatan negara
yang diperoleh setiap penduduk di sesebuah
negara pada suatu tahun.
• Rumus mengira pendapatan per kapita :
DN / N
Pendapatan Per Kapita =
u ah P u u
Pendapatan Per Kapita
• Pendapatan per kapita digunakan untuk
mengukur tingkat kebajikan masyarakat atau
taraf hidup masyarakat.
• Pendapatan per kapita benar lebih sesuai
digunakan untuk mengukur tingkat kebajikan
masyarakat berbanding pendapatan per kapita
pada harga semasa kerana pendapatan per kapita
pada harga semasa dipengaruhi oleh unsur
inflasi.
• Kebiasannya, KDNK per kapita benar lebih
sesuai digunakan untuk mengukur tingkat
kebajikan masyarakat
Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
Masalah Huraian
Pengiraan dua kali • Masalah pengiraan dua kali berlaku apabila wujud kesukaran
untuk membezakan barang akhir dan barang perantaraan.
• Akibatnya berlaku lebihan anggaran dalam pengiraan
pendapatan negara.
• Bagi mengatasi masalah ini kaedah nilai ditambah digunakan.
Barangan dan • Pengiraan pendapatan negara hanya mengambil kira barang
perkhidmatan yang atau perkhidmatan yang dipasarkan dan melibatkan
tidak dipasarkan pembayaran wang.
• Pengiraan pendapatan negara tidak mengambil kira kegiatan
produktif yang tidak dibayar dengan wang seperti gotong
royong, sistem barter, kerja suri rumah.
Kegiatan haram • Pendapatan daripada kegiatan ekonomi yang produktif tetapi
diharamkan tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan
negara. Hal ini berlaku kerana kegiatan haram dijalankan
secara sulit dan rahsia tanpa sebarang maklumat diperoleh.
Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
Masalah Huraian
Masalah • Data dan maklumat yang tidak lengkap menyebabkan sesuatu
Pengumpulan data pendapatan tidak dikira dalam pendapatan negara.
• Sesetengah negara mundur tidak mempunyai sistem
pengumpulan dan perekodan data ekonomi yang sistematik.
Masalah perubahan • Pengiraan pendapatan negara mengambil kira nilai sesuatu
harga barang tetapi nilai barang cenderung berubah disebabkan oleh
perubahan harga barang dari semasa ke semasa.
• Masalah harga barang yang berubah-ubah menyebabkan
pengiraan pendapatan negara pada sesuatu tahun menjadi
kurang tepat.
Masalah • Setiap pengusaha atau pengeluar mengamalkan kaedah yang
menganggarkan berbeza untuk menganggarkan susut nilai atas aset yang
susut nilai digunakan dalam proses pengeluaran.
• Oleh sebab susut nilai hanya merupakan anggaran, nilai
pelaburan bersih dan keluaran negara bersih yang dikira
mungkin menjadi kurang tepat.
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Mengukur Pertumbuhan • Berdasarkan data pendapatan negara (Y), pertumbuhan
Ekonomi ekonomi dapat diukur dengan rumus berikut:
� −�
�� � ℎ � � % = X 100

• Jika kadarnya positif, berlaku pertumbuhan ekonomi dan
sebaliknya jika kadarnya negatif, berlaku kemelesetan
ekonomi.

Mengukur taraf hidup • Berdasarkan data pendapatan negara (Y), taraf hidup
diukur melalui pendapatan per kapita dengan rumus
berikut :
� � �
� � � �� =

• Jika nilai YPK meningkat, maka taraf hidup dikatakan
meningkat sebaliknya jika YPK menurun maka taraf
hidup dikatakan menurun.
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Mengukur • Berdasarkan pendapatan/keluaran negara mengikut sektor ekonomi,
sumbangan sumbangan sektor ekonomi dapat dikukur dengan rumus berikut:
setiap sektor
� � � ��� � �
ekonomi � � �� � � % = �ℎ � � � ��� �
X 100

• Jika peratus sumbangan sesebuah sektor ekonomi secara relatif


adalah tinggi, maka sektor berkenaan adalah penting dalam sesebuah
negara.
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Mengetahui perubahan • Berdasarkan sumbangan setiap sektor ekonomi untuk
struktur ekonomi beberapa tahun, kita boleh mengetahui sama ada
berlaku perubahan struktur ekonomi seperti dari sektor
pertanian kepada sektor perkilangan jika sumbangan
sektor perkilangan meningkat lebih tinggi berbanding
perubahan dalam sektor pertanian.
Untuk membuat • Berdasarkan sumbangan setiap sektor ekonomi dan
perancangan ekonomi kadar pertumbuhan ekonomi, ini dapat membantu
kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi
bagi perkembangan masa depan sesebuah negara
dengan lebih efektif dan lebih tepat.
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Mengenal pasti pola • Melalui pendekatan pendapatan, data pendapatan
agihan pendapatan negara boleh digunakan untuk mengenal pasti pola
penduduk dalam sesebuah agihan pendapatan penduduk dalam negara. Jika
negara sumbangan keuntungan dan dividen yang tinggi
bermakna kumpulan usahawan merupakan kumpulan
utama.
Mengenal pasti corak • Melalui pendekatan perbelanjaan, data pendapatan
perbelanjaan penduduk negara boleh digunakan untuk mengenal pasti corak
perbelanjaan penduduk. Jika perbelanjaan penggunaan
(C) tinggi, penduduk banyak berbelanja ke atas barang
penggunaan berbanding barang modal.
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Menentukan kepentingan • Pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah
sesuatu sektor kepada keluaran membolehkan sesebuah negara mengukur
ekonomi sumbangan setiap sektor kepada negara.
• Berdasarkan maklumat sumbangan setiap sektor
tersebut, kerajaan dapat mengubal strategi dan dasar
yang sesuai untuk memperbaiki prestasi sektor yang
lemah.
• Kerajaan juga dapat menggubal dasar percukaian yang
sesuai untuk mendapatkan hasil cukai daripada sektor
yang produktif.
Kelemahan Data Pendapatan Negara Sebagai Alat
Perbandingan Taraf Hidup Antara Masa dan Negara

• Data pendapatan negara digunakan untuk mengukur


tingkat kebajikan atau taraf hidup masyarakat.
• Kebajikan masyarakat bertambah baik apabila
pengeluaran semua barang dan perkhidmatan
meningkat.
• Tingkat kebajikan masyarakat diukur berdasarkan
pendapatan benar per kapita, iaitu KDNK atau KNK
benar dibahagikan dengan jumlah penduduk
Rumus Pengiraan
DN @ N r
KDNK @ KNK benar per kapita =
u hP u u

� �� � ℎ ���� @ ��� � � � � ��
���� @ ��� � � � � �� − ����@ ��� � � � � �� −1
=
���� @ ��� � � � � �� −1

Petunjuk :
t = tahun semasa
(t – 1) = tahun sebelumnya
Kelemahan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Tingkat harga umum/kos • Negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang
hidup sama tetapi kos hidup yang berbeza tidak
mencerminkan taraf hidup yang sama.
Kualiti barangan • Data pendapatan negara tidak mengambil kira kualiti
barangan yang dihasilkan atau digunakan dalam
sesebuah negara.
• Oleh itu, data pendapatan negara per kapita yang tinggi
tidak semestinya menunjukkan taraf hidup rakyatnya
yang tinggi sekiranya barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan atau digunakan tidak berkualiti
Kaedah pengiraan yang • Sebahagian negara hanya mengambil kira barangan
berbeza nampak sahaja manakala sebahagian negara lain
mengambil kira barangan nampak dan tak nampak.
Kelemahan Data Pendapatan Negara
Fakta Huraian
Penggunaan masa antara • Jumlah masa bekerja dan masa rehat berbeza antara
masa rehat dengan masa sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain.
bekerja • Terdapat sesetengah negara yang mengamalkan masa
bekerja 5 hari seminggu dan ada negara yang
mengamalkan masa bekerja 6 hari seminggu.
• Oleh itu negara yang memberikan masa rehat yang
lebih banyak kepada rakyatnya mungkin boleh
dianggap mempunyai taraf hidup yang tinggi.
Perbezaan jumlah kegiatan • Terdapat banyak negara mempunyai aktiviti produktif
tanpa wang tetapi tidak dibayar dengan wang. Nilainya tidak
diambil kira dan merendahkan pendapatan perkapita
negara tersebut.
Perbezaan eskternaliti • Negara yang pendapatan per kapita tinggi tetapi
negatif kegiatan ekonominya memberi kesan luaran yang
negatif seperti pencemaran udara dan kesesakan
lalulintas. Ini menjejaskan taraf hidup rakyat.

Anda mungkin juga menyukai