Anda di halaman 1dari 109

BAB 2

PERAKAUNAN
PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI AE 025 1


2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

2.1 Kaedah Pengiraan


2.2 Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara
2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara
OBJEKTIF PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :

2.1.Kaedah pengiraan

a. Menerangkan konsep pendapatan negara berikut:


i. KDNK, KNK dan KNB
ii. Keluaran negara pada harga pasar dan kos faktor
iii. Pendapatan negara nominal (harga semasa) dan
pendapatan negara benar (harga tetap)
iv. Pendapatan per kapita
v. Pendapatan persendirian
vi. Pendapatan boleh guna

UNIT EKONOMI AE 025


AE 025 3
b. Menerangkan dan menghitung pendapatan
negara
TIGA kaedah:
 i.Kaedah perbelanjaan(nilai barang akhir)
 ii.Kaedah keluaran (nilai ditambah)
 iii.Kaedah pendapatan (bayaran faktor)
c. Menghitung pertumbuhan ekonomi dan
pendapatan per kapita berdasarkan data
pendapatan negara.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 4
PENGENALAN
DEFINISI PENDAPATAN NEGARA

 Jumlah nilai semua barang akhir dan


perkhidmatan yang dikeluarkan
dalam sebuah negara untuk suatu
tempoh masa tertentu biasanya
setahun.

UNIT EKONOMI AE 025 5


 Pendapatan negara diukur dengan wang kerana
amat sukar untuk kita mengira nilai barang yang
terlalu banyak dalam ekonomi sekiranya ia dikira
berdasarkan unit fizikalnya.
 Barang akhir : Barang yang tidak akan melalui
proses pengeluaran selanjutnya di mana ianya boleh
digunakan terus oleh pengguna keseluruhannya.

UNIT EKONOMI AE 025 6


MENERANGKAN KONSEP
PENDAPATAN NEGARA
KELUARAN DALAM NEGERI KASAR
KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)
(KDNK)

 Nilai barang akhir  Nilai barang akhir


dan perkhidmatan dan perkhidmatan
yang dikeluarkan yang dikeluarkan di
dalam sesebuah dalam atau di luar
negara oleh faktor negara oleh faktor
pengeluaran milik pengeluaran milik
warganegara itu dan negara itu sahaja
milik warganegara bagi dalam tempoh
asing bagi tempoh setahun.
satu tahun.
UNIT EKONOMI AE 025 7
i. KNK dengan KDNK
• Perbezaan di antara KDNK dengan KNK ialah
Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PFBLN)
KNK = KDNK + PFBLN

Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri


(PFBLN)
Perbezaan antara penerimaan
faktor dari luar negeri dengan
pembayaran faktor ke luar negeri.
UNIT EKONOMI AE 025 8
• Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri
merujuk kepada pendapatan yang
diterima oleh faktor - faktor pengeluaran
milik sesebuah negara yang bekerja di
luar negeri.
• Cth: Buruh Malaysia yang bekerja di Singapura

• Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri


merujuk kepada pembayaran pendapatan
yang dibuat kepada faktor - faktor
pengeluaran negara asing yang bekerja
dalam negara tersebut.
• Cth: Buruh Indonesia yang bekerja di Malaysia
UNIT EKONOMI AE 025 9
 Nilai PFBLN boleh menjadi negatif atau
positif. Ia bergantung kepada besar atau
kecilnya nilai pembayaran dan
penerimaan faktor.

 Nilai PFBLN + ve bila : Penerimaan


Faktor Dari Luar Negeri > Pembayaran
Pendapatan faktor Ke Luar Negeri.

 Nilai PFBLN - ve bila : Penerimaan


Faktor Dari Luar Negeri < Pembayaran
Pendapatan faktor Ke Luar Negeri.
UNIT EKONOMI AE 025 10
• KDNK dikatakan telah mengandungi elemen
Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri tetapi belum
lagi mengandungi elemen Penerimaan Faktor Dari
Luar Negeri.

+ Pembayaran
Faktor Ke Luar
Negeri
KDNK
- Penerimaan
Faktor Dari Luar
Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 11
• Sebaliknya, KNK pula hanya mengandungi unsur
Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri sahaja dan
tidak mengandungi elemen Pembayaran Faktor Ke
Luar Negeri.

+ Penerimaan Faktor
Dari Luar Negeri

KNK

- Pembayaran Faktor
Ke Luar Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 12
KELUARAN NEGARA BERSIH
(KNB)
 Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik
sesebuah negara dalam tempoh setahun setelah
ditolak dengan susut nilai.

 Ia juga dikenali sebagai pendapatan negara yang


menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran
negara yang sebenarnya.

 Susut nilai ialah kemerosotan nilai bagi barang


modal yang digunakan dalam proses
pengeluaran.

UNIT EKONOMI AE 025 13


I. KNK DENGAN KNB

 perbezaan antara KNK dengan KNB ialah susut


nilai.
 Susut nilai ialah perbelanjaan yang
diperuntukkan untuk menggantikan barang
modal seperti mesin dan jentera yang telah
haus dan usang setelah digunakan dalam
proses pengeluaran.
 KNB = KNK – Susut nilai

UNIT EKONOMI AE 025 14


II. KELUARAN NEGARA PADA HARGA PASAR DAN KOS FAKTOR

 Jika keluaran negara dikira berdasarkan harga


pasar, maka nilai keluaran negara dikatakan
dikira dari aspek pengguna dan nilai tersebut
dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh
pengguna di pasaran.

 Jika keluaran negara dikira berdasarkan kos


faktor, maka nilai keluaran negara dikatakan
dikira dari aspek pengeluar dan nilai tersebut
dihitung berdasarkan kos yang dibayar kepada
faktor pengeluaran yang digunakan dalam
proses pengeluaran atau pada peringkat
pengeluaran.
AE 025 15
Harga Pasaran & Kos Faktor

HARGA PASARAN KOS FAKTOR


 Harga pasaran adalah  Kos faktor ialah harga
harga barang akhir dan barang akhir dan
perkhidmatan yang perkhidmatan yang
dibayar oleh pengguna dinilai mengikut kos
di pasaran. yang dibayar oleh
 Maka harga tersebut pengeluar kepada
pemilik faktor
dipengaruhi elemen
pengeluaran.
cukai tak langsung
(CTL) dan subsidi  Kos faktor = Harga
pasaran - CTL +
 Harga pasaran = Kos Subsidi
Faktor + CTL - Subsidi
UNIT EKONOMI AE 025 16
CUKAI TAK LANGSUNG SUBSIDI

 Cukai tak langsung ialah  Subsidi adalah bantuan


cukai yang bebannya kerajaan kepada
boleh dipindahkan kepada pengeluar.
orang lain. Cth: cukai  Biasanya diberikan kepada
eksport pengeluar industri muda
 Apabila CTL dikenakan dan industri utama dalam
oleh kerajaan ke atas negara.
sesuatu barang /  Apabila subsidi diberikan,
perkhidmatan, harga
harga pasaran barang /
pasaran akan menjadi perkhidmatan akan turun.
tinggi.
 Maka apabila KDNK, KNK
 Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga
dan KNB dinilai pada harga pasaran, subsidi ditolak.
pasaran, CTL akan
dicampurkan.
UNIT EKONOMI AE 025 17
Maka, perbezaan di antara KDNK, KNK dan KNB
pada harga pasaran dengan KDNK, KNK dan KNB
pada kos faktor ialah CTL dan subsidi

2.1 Konsep Asas


• Perbezaan di antara KDNK dengan KNK ialah
Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PFBLN)
KNK = KDNK + PFBLN
• Perbezaan antara KNK dengan KNB ialah susut
nilai

KNB = KNK – susut nilai


• Perbezaan di antara harga pasar dan kos faktor
ialah CTL dan subsidi
kf = hp – cukai tak langsung + subsidi 18
iii. PENDAPATAN NEGARA NOMINAL (HARGA
SEMASA) DAN PENDAPATAN NEGARA BENAR
(HARGA TETAP)

PENDAPATAN NEGARA NOMINAL

• Pendapatan negara nominal merujuk kepada


jumlah pendapatan negara yang dikira
berdasarkan harga pada tahun semasa.
• Ia dipengaruhi oleh
a. Perubahan dalam kuantiti keluaran (Q)
b. Perubahan dalam tingkat harga umum (P)

UNIT EKONOMI AE 025 19


 Contoh : Jika keluaran negara pada tahun
ini (2015) dikira berdasarkan harga pada
tahun 2015, maka nilai pendapatan
tersebut dikenali sebagai KNK Nominal.

 Contoh : Katakanlah nilai keluaran negara


pada tahun 2015 = RM 40 Billion. Ini
bermakna nilai RM 40 Billion tersebut
telah dikira berdasarkan harga pada
tahun 2015.

UNIT EKONOMI AE 025 20


PENDAPATAN NEGARA BENAR

• Pendapatan Negara Benar merujuk kepada


jumlah pendapatan negara yang dikira
berdasarkan harga tetap pada satu tahun asas.
• Tahun asas adalah satu tahun yang dipilih
sebagai asas perbandingan bagi perubahan
tingkat harga umum.
• Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam
tingkat harga umum melalui masa dan hanya
dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah
keluaran.

UNIT EKONOMI AE 025 21


• Contoh : Jika keluaran negara pada tahun
ini (2015) dikira berdasarkan harga pada
satu tahun asas, katakanlah tahun 2010,
maka nilai pendapatan tersebut dikenali
sebagai KNK Benar untuk tahun 2015.

• Contoh : Katakanlah Nilai KNK Benar


pada tahun 2015 = RM 32.79 Billion. Ini
bermakna nilai RM 32.79 Billion tersebut
sebenarnya telah dikira berdasarkan
harga pada tahun 2010 dan bukannya
mengikut harga pada tahun 2015.
UNIT EKONOMI AE 025 22
Bagaimana nilai KNK Benar pada tahun
2015 (RM 32.79 Billion) itu diperoleh?

Perhatikan Rumus berikut :


IHP0
KNK Benart = -------- X KNK Nominalt
IHPt
IHP0 = IHP tahun asas = 100
IHPt = IHP tahun semasa

UNIT EKONOMI AE 025 23


CONTOH PENGIRAAN

Andaikan:
KNK Nominal tahun 2015 = RM40 Billion.
IHP tahun asas = 100
IHP tahun 2015 = 122

IHP0
KNK Benart = -------- X KNK Nominalt
IHPt
100
KNK Benar2015 = -------- X 40 Billion
122
= RM32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 24
• Nilai KNK Benar telah menyingkirkan
pengaruh perubahan harga (kenaikan harga)
atau inflasi yang berlaku pada tahun semasa.
Itulah sebabnya nilai tersebut jauh lebih
rendah berbanding nilai KNK Nominal untuk
tahun tersebut.
• Dengan itu, nilai KNK Nominal yang bernilai
40 Billion begitu tinggi pada tahun 2015
kerana ianya telah mengambil kira kenaikan
harga yang berlaku pada tahun 2015.

UNIT EKONOMI AE 025 25


IV. PENDAPATAN PER KAPITA
 Pendapatan yang diterima oleh setiap
penduduk secara purata dalam sesebuah
negara.

 CARA MENGIRA PENDAPATAN PER KAPITA

Pendapatan Negara PPK


= ---------------------------------
Jumlah Penduduk

UNIT EKONOMI AE 025 26


 Pendapatan Per Kapita dikira mengikut harga
tahun semasa. Maka ia akan dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum dan tidak tepat
digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
 Untuk mengatasi masalah tersebut, pendapatan
per kapita benar dikira.
 Pendapatan Per Kapita benar diukur mengikut
harga tetap yang tidak dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum. PPK benar
dapat digunakan untuk mengukur taraf hidup
rakyat sesebuah negara dgn tepat.

UNIT EKONOMI AE 025 27


CARA MENGIRA PENDAPATAN BENAR PER
KAPITA

Pendapatan Negara Benar


PPK benar = ---------------------------------------
Jumlah Penduduk

IHP asas
Pendapatan Negara Benar = ------------------ x Pendapatan
IHP semasa negara semasa

UNIT EKONOMI AE 025 28


v. PENDAPATAN PERSENDIRIAN

 Jumlah pendapatan yang diterima oleh


semua individu dalam ekonomi sama ada
daripada pendapatan faktor yang diterima
atau bayaran pindahan untuk tempoh
setahun.

* Pendapatan persendirian = pendapatan individu = pendapatan perseorangan

UNIT EKONOMI AE 025 29


Ini bermakna PP terdiri daripada :
 Pendapatan faktor - pendapatan yang diterima
oleh individu sebagai ganjaran menawarkan
faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.
Contohnya : Upah dan gaji, sewa dsb.
 Bayaran pindahan – bayaran yang diterima
walaupun individu tidak menawarkan sebarang
faktor pengeluaran kepada pengeluaran barang
dan perkhidmatan. Contoh:
 i)bunga atas pinjaman kerajaan
 ii) bunga atas pinjaman pengguna
 iii) bayaran pindahan seperti pencen, biasiswa,
elaun pengangguran, zakat, elaun suri rumah
tangga,
UNIT EKONOMI AE 025 30
CARA MENGIRA PENDAPATAN PERSENDIRIAN

Pendapatan Persendirian (PP)


= Pendapatan Negara (KNBkf)
(+) Bunga atas pinjaman kerajaan
(+) Bunga atas pinjaman pengguna
(+) Bayaran pindahan
(–) KWSP
(–) Untung tidak dibahagi
(–) Cukai keuntungan syarikat
VI. PENDAPATAN BOLEH GUNA
 Merupakan pendapatan persendirian yang
boleh dibelanjakan ke atas barang dan
perkhidmatan serta selebihnya ditabungkan.
 Ia perlu ditolak cukai pendapatan
persendirian serta tolak zakat dan Insurans
(jika ada).

RUMUS Pendapatan Boleh Guna (Yd)


= Pendapatan Persendirian
(–) Cukai Pendapatan Persendirian
(–) Zakat
(–) Insurans / takaful
UNIT EKONOMI AE 025 32
Pendapatan Persendirian (PP) = Pendapatan Bolehguna (Yd) =
Pendapatan Negara (KNBkf) PP (–) Cukai Pendapatan Persendirian
(+) Bunga atas pinjaman kerajaan (–) Zakat
(+) Bunga atas pinjaman pengguna (–) Insurans / takaful
(+) Bayaran pindahan
(–) KWSP
(–) Untung tidak dibahagi
(–) Cukai keuntungan syarikat

Pendapatan Perkapita (PPK) = PPK benar = PN benar


Jumlah Penduduk
Pendapatan Negara @ KNBkf
Jumlah Penduduk

KNK benar =
IHP0 x KNK semasa @ nominal
IHP1
2.1 B. KAEDAH PENGIRAAN

 Pendapatan negara boleh dihitung atau dikira


dengan menggunakan tiga kaedah iaitu :
 i. Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)
 ii. Kaedah keluaran (Nilai ditambah)
 iii. Kaedah pendapatan (bayaran faktor)

UNIT EKONOMI AE 025 34


 Ketiga–tiga kaedah pengiraan akan
memberikan nilai yang sama bagi jumlah
pendapatan negara
 Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu
tahun tertentu sama dengan jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh
pengguna pada tahun tersebut dan pada
tahun itu juga jumlah pendapatan yang
diterima oleh para pengusaha menyamai
jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh
masyarakat pada tahun itu.

UNIT EKONOMI AE 025 35


I. KAEDAH PERBELANJAAN
 Di bawah kaedah perbelanjaan, pendapatan negara
dihitung dengan menjumlahkan setiap perbelanjaan
yang dilakukan oleh setiap unit dalam ekonomi iaitu
isi rumah, firma, kerajaan dan antarabangsa. Setiap
unit tersebut masing–masing melakukan
perbelanjaan.

a) Perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dikenali


sebagai Perbelanjaan Penggunaan ( C ).

 Perbelanjaan penggunaan ( C ) dikenali juga sebagai


perbelanjaan penggunaan swasta.

 Ianya merujuk kepada perbelanjaan yang di buat


oleh isi rumah ke atas barangan dan perkhidmatan
36
termasuklah ke atas keperluan seharian mereka.
b) Manakala perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dikenali
sebagai Pelaburan atau pembentukan modal kasar (I).

 Pelaburan atau pembentukan modal tetap kasar swasta (I)


merujuk kepada perbelanjaan yang dibuat oleh sektor
swasta. Dalam konteks ekonomi, konsep pelaburan
merujuk kepada :

 (i) Perbelanjaan ke atas berbagai jenis barang modal bagi


keperluan kilang dan perusahaan.

 (ii) Perbelanjaan untuk membina rumah–rumah kediaman,


bangunan pejabat dan bangunan kilang.

 (iii) Pertambahan nilai barang simpanan / stok / inventori


sama ada berupa bahan mentah, barang yang sedang
diproses (separa siap) mahu pun barang–barang akhir yang
belum dipasarkan.
AE 025 37
PELABURAN
 Pelaburan adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh
sektor firma kerana membeli barang modal baru yang
akan digunakan dalam proses pengeluaran.

 Dalam mengira pendapatan negara mengikut kaedah


perbelanjaan, pelaburan yang perlu diambil kira adalah
pelaburan kasar dan bukannya pelaburan bersih

 ( I kasar = I bersih + susut nilai )

UNIT EKONOMI AE 025 38


c) Bagi pihak kerajaan pula perbelanjaan yang
dilakukannya dikenali sebagai Perbelanjaan Kerajaan
(G).

 Perbelanjaan kerajaan (G) juga dikenali sebagai


perbelanjaan awam.

(i) perbelanjaan penggunaan awam : perbelanjaan


mengurus yang dilakukan oleh kerajaan terhadap
barang akhir dan perkhidmatan untuk melicinkan
urusan pentadbiran kerajaan.
(ii) pembentukan modal tetap kasar awam :
perbelanjaan pembangunan kerajaan untuk
membiayai pelbagai projek pembangunan seperti
pembinaan institusi Pendidikan, hospital dan jalan
raya untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi.
UNIT EKONOMI AE 025 39
d) Perubahan inventori atau barang stok ialah barang akhir
yang belum sempat dipasarkan atau barang separuh siap
atau barang perantaraan yang masih dalam proses
pengeluaran.
 Maka perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa

mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah


perbelanjaan.
 Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan stok di

akhir tahun daripada stok di awal tahun.

(  Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun – jumlah stok


di awal tahun )
UNIT EKONOMI AE 025 40
d) Manakala bagi aktiviti luar negeri pula, ianya
dikenali sebagai eksport bersih (X – M).
 Eksport bersih pula merupakan hasil tolak
antara eksport dengan import.
 (i) eksport barang dan perkhidmatan:
perbelanjaan pengguna luar negara terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara.
 (ii) import barang dan perkhidmatan:
perbelanjaan pengguna tempatan terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara asing.

UNIT EKONOMI AE 025 41


 Menerusi kaedah perbelanjaan, jika kita
menjumlahkan
 C + I + G + ( X – M ) + perubahan inventori, maka kita
akan memperolehi KDNKhp.

 Ini bermakna item – item C, I, G ,(X – M) dan


perubahan inventori perlu diberi perhatian dalam
mengira pendapatan negara.

 Dengan hal yang demikian, bagi memperolehi


jumlah pendapatan negara (KNBkf) maka kita perlu
membuat beberapa prosedur penukaran sehingga
kita memperolehi konsep KNBkf tersebut.

 Prosedur penukaran tersebut ditunjukkan seperti


berikut :
UNIT EKONOMI AE 025 42
2.2 Kaedah Pengiraan
Perbelanjaan

Penggunaan (C)
(+) Pelaburan (I)
(+) Perbelanjaan Kerajaan (G)
(+) Eksport (X)
(–) Import (M)
(+) Perubahan Inventori

= KDNKhp

*Pelaburan Kasar *Perubahan Inventori


(-) susut nilai = inventori akhir – inventori awal
Pelaburan Bersih

43
PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH
PERBELANJAAN
C + I + G + ( X – M ) + perubahan inventori

KDNKhp
- CTL
+ Subsidi
KDNKkf

+ PFBLN
*PFBLN = imbangan pendapatan primer
KNKkf

- Susut nilai
44
KNBkf
KDNKhp MENGIKUT PERMINTAAN AGREGAT
(Pendekatan Perbelanjaan)
(MENGIKUT HARGA TAHUN SEMASA)
BIL BUTIRAN RM JUTA
1 Perbelanjaan penggunaan awam 107785
2 Perbelanjaan penggunaan swasta 405797
3 Pembentukan modal tetap kasar awam 83774
4 Pembentukan modal tetap kasar swasta 94613
5 Perubahan dalam stok 17046
6 Eksport barang dan perkhidmatan 791146 138304
Import barang dan perkhidmatan 652842
7 Eksport bersih ( X – M )
8
KDNKhp 847319
9 Pembayaran faktor ke luar negeri
10 Penerimaan faktor dari luar negeri
11 Pendapatan faktor bersih luar negeri -27148
KNKhp 820171
UNIT EKONOMI
Sumber AE: Laporan
025
Ekonomi 2011 45
*PFBLN = imbangan pendapatan primer Sumber : Laporan Ekonomi 2018
 ** Perubahan nilai stok perlu diambil kira
semasa mengira pendapatan negara
berdasarkan kaedah perbelanjaan amalan
Malaysia

 Perubahan nilai stok diperolehi dengan


menolakkan stok di akhir tahun daripada stok di
awal tahun.
 (  Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun –
jumlah stok di awal tahun )
D nilai inventori perlu dicampurkan bagi
mendapatkan KDNKhp jika nilainya adalah
positif. Akan tetapi ianya perlu ditolakkan jika
nilainya negatif.

UNIT EKONOMI AE 025 47


 Di Malaysia pengiraan mengikut kaedah
perbelanjaan, nilai KDNK dan KNK telah
dianggap sebagai pendapatan negara.

 Ini adalah kerana sesetengah negara


seperti Malaysia mempunyai nilai PFBLN
yang tinggi. Sekiranya dikira pendapatan
negara sehingga ke nilai KNB ia akan
menyebabkan nilai pendapatan
negaranya menjadi sedikit.

UNIT EKONOMI AE 025 48


II. KAEDAH KELUARAN
 Menerusi kaedah keluaran, pendapatan negara
dikira dengan menjumlahkan nilai – nilai bagi
semua keluaran akhir yang dihasilkan oleh
ekonomi tersebut atau dengan hanya
menjumlahkan nilai ditambah barang dan
perkhidmatan yang terhasil dalam setiap
peringkat proses pengeluaran dalam tempoh
masa setahun.
 Tujuan kita mengambil kira hanya barang akhir
dan nilai ditambah ialah bagi mengelakkan
berlakunya proses pengiraan dua kali.
 Jika ini berlaku maka jumlah pendapatan negara
akan diperbesarkan.
UNIT EKONOMI AE 025 49
NILAI DITAMBAH
 Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah
melalui proses pengeluaran dalam sesuatu kegiatan
ekonomi tertentu.
 Nilai ditambah sahaja diambil kira untuk mengelakkan
berlakunya pengiraan dua kali.
 Nilai ditambah = nilai jualan output – kos belian input

UNIT EKONOMI AE 025 50


CONTOH PENGIRAAN NILAI DITAMBAH

Keluaran Nilai keluaran Nilai ditambah (RM)


(RM)
Penanaman gandum 100 100 – 0 = 100
Tepung gandum 350 350– 100 = 250
Kilang roti 650 650– 350 = 300
Kedai roti 1000 1000 – 650 = 350
Jumlah nilai ditambah/nilai 100+250+300+350=
barang akhir 1000
• Peringkat pertama, nilai sumbangan sektor utama
(pertanian) = RM100
• Peringkat kedua dan ketiga, nilai sumbangan sektor
kedua(pembuatan) = RM550(250+300)
• Peringkat keempat, nilai sumbangan sektor ketiga
(perkhidmatan) = RM350
• Jumlah nilai ditambah RM1000 adalah sama dengan
nilai barang akhir. AE 025 51
 Semasa mengira pendapatan negara kita harus
mengambil nilai barang akhir iaitu nilai bagi roti
dan bukannya nilai bagi barang–barang
perantaraannya seperti penanaman gandum,
tepung gandum dan kilang roti.

 Atau kita hanya mengambil kira jumlah nilai


ditambah bagi setiap barang yang berlaku dalam
proses penghasilan roti tadi. Ini bermakna nilai
keluaran yang akan diambil kira ialah RM 1 000.

UNIT EKONOMI AE 025 52


MENGIKUT KAEDAH KELUARAN, BIASANYA SEKTOR–
SEKTOR EKONOMI AKAN DIBAHAGIKAN MENGIKUT
SEKTOR–SEKTOR TERTENTU.
1. Sektor Utama/Primer
 Sektor ini melibatkan kegiatan ekonomi yang
menggunakan sumber alam sebagai asas kegiatannya
seperti sektor pertanian, perlombongan dan kuari.
2. Sektor Kedua/perindustrian/sekunder
 Sektor ini menggunakan bahan mentah daripada
sektor utama untuk menghasilkan barang siap dan
barang separuh siap seperti sektor pembuatan dan
pembinaan.
3. Sektor Ketiga/perkhidmatan/tertier
 Sektor ini menyediakan pelbagai perkhidmatan
kepada kegiatan ekonomi sektor utama dan sektor
kedua seperti utiliti dan komunikasi.
UNIT EKONOMI AE 025 53
2.2 Kaedah Pengiraan
Kaedah Keluaran

Sektor Utama (pertanian, perlombongan)


(+) Sektor Kedua (pembuatan, pembinaan)
(+) Sektor Ketiga (perkhidmatan)
(+) Cukai Import
(–) Bayaran Perkhidmatan Bank

= KDNKhp

54
PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH
KELUARAN
SEKTOR 1 + 2 + 3 + Cukai import – bayaran perkhidmatan bank

KDNKhp
- CTL
+ Subsidi
KDNKkf

+ PFBLN

KNKkf

- Susut nilai
55
KNBkf
KDNKhp mengikut jenis aktiviti ekonomi
(Pendekatan Keluaran)
PADA HARGA TETAP 2000 (RM juta )
Jenis aktiviti ekonomi 2011 (RM juta)
Pertanian 42821
Perlombongan dan kuari 38314
Pembuatan 161663
Pembinaan 18845
Perkhidmatan 343376
Utiliti (Elektrik, gas dan air) 17406
Perdagangan borong dan runcit 81771
Penginapan dan restoran 14454
Pengangkutan dan penyimpanan 22250
Komunikasi 25641
Kewangan dan insurans 69657
Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan 32739
Perkhidmatan lain 34272
Perkhidmatan kerajaan 45185
Tolak: Bayaran perkhidmatan bank 24645
Tambah: Cukai import 7999

KDNK harga pasaran


UNIT EKONOMI AE 025
588374 56
Sumber : Laporan Ekonomi 2018
 Bayaran perkhidmatan bank harus ditolak bagi
mengelakkan masalah pengiraan dua kali.
 Ini kerana pengiraan menggunakan kaedah
keluaran mempunyai nilai ditambah yang
merupakan bayaran kepada semua faktor2
pengeluaran yang digunakan dlm proses
pengeluaran termasuk perkhidmatan yg dibayar
oleh pengeluar2 kpd bank dan ia termasuk
bayaran perkhidmatan bank.
 Walaupun ia telah termasuk di dlm nilai
keluaran sektor2 tersbt, namun ia dimasukkan
sekali lagi ke dlm sektor kewangan.
 Ini bermakna nilai perkhidmatan bank telah
dikira sebanyak dua kali maka ia perlu ditolak.

UNIT EKONOMI AE 025 58


 Dlm pengiraan PN mengikut kaedah keluaran,
cukai import tidak dikira di dalam nilai keluaran
yg dihasilkan oleh sektor2 yang membayar cukai
import.

 Oleh yg demikian, cukai import harus


dicampurkan kpd nilai keluaran sektor2 dlm
ekonomi bg memperolehi KDNKhp

UNIT EKONOMI AE 025 59


III. KAEDAH PENDAPATAN
 Mengikut kaedah pendapatan, jumlah
pendapatan negara boleh dikira dengan
menjumlahkan pendapatan yang diterima oleh
semua faktor – faktor pengeluaran yang wujud
dalam ekonomi.
 Ada empat jenis faktor pengeluaran dalam
sesebuah ekonomi iaitu buruh, tanah, modal dan
usahawan.
 Setiap faktor pengeluaran tersebut akan
menerima pendapatan dalam bentuk upah dan
gaji, sewa, bunga dan untung.

UNIT EKONOMI AE 025 60


 Upah dan gaji merupakan pendapatan
yang diterima oleh faktor buruh. Jumlah
ini telah termasuk caruman KWSP.

 Dengan itu, semasa mengira pendapatan


negara KWSP boleh diabaikan.

 Akan tetapi apabila mengira pendapatan


persendirian (PP), KWSP perlulah ditolak
daripada item gaji dan upah.

UNIT EKONOMI AE 025 61


 Sewa merupakan pendapatan yang diterima oleh
harta – harta tetap seperti tanah dan bangunan.

 Bunga merupakan pendapatan kepada pemilik


modal. Dalam pengiraan pendapatan negara,
bunga yang diambil kira ialah bunga bersih.

 Bunga bersih merupakan bunga yang tidak


meliputi bunga atas pinjaman pengguna dan
bunga atas pinjaman kerajaan.

 Bunga bersih = Bunga kasar – Bunga atas


pinjaman kerajaan – Bunga atas pinjaman
pengguna
UNIT EKONOMI AE 025 62
 Bunga atas pinjaman pengguna merujuk kepada
pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana
meminjamkan modal mereka kepada pengguna
untuk membeli barang – barang tahan lama seperti
kereta, alatan elektrik dan sebagainya.
 Manakala bunga atas pinjaman kerajaan pula
merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh
pemilik modal kerana meminjamkan modal kepada
kerajaan untuk perbelanjaan kerajaan yang tidak
melibatkan proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan.
 Kedua – dua bunga tersebut tidak boleh diambil kira
dalam proses pengiraan pendapatan negara kerana
ianya dianggap sebagai pendapatan yang tidak
produktif iaitu pendapatan yang tidak menolong ke
arah peningkatan pendapatan negara.
UNIT EKONOMI AE 025 63
Untung yang diterima oleh para usahawan boleh
dibahagikan kepada dua jenis untung Antaranya
pendapatan perusahaan persendirian dan keuntungan
syarikat.

 Pendapatan  Keuntungan syarikat adalah


untung yang diterima oleh
perusahaan usahawan yang
persendirian mengendalikan perniagaan
yang berbentuk syarikat –
merupakan untung syarikat awam.
yang diterima oleh  Keuntungan syarikat terdiri
para usahawan yang daripada:
mengendalikan
(i) Untung dibahagi (dividen)
perniagaan
berbentuk milikan (ii) Untung tak dibahagi
tunggal, perkongsian (rizab syarikat)
dan koperasi. (iii) Cukai keuntungan
syarikat
 Terdapat 5 butiran/item yang diambil kira
semasa mengira pendapatan negara iaitu:

 1. Upah dan gaji


 2. sewa
 3. bunga bersih
 4. keuntungan syarikat
 5. pendapatan perusahaan persendirian

UNIT EKONOMI AE 025 65


2.2 Kaedah Pengiraan
Kaedah Pendapatan

Upah
(+) Sewa
(+) Bunga bersih
(+) Keuntungan syarikat
(+) Pendapatan Perusahaan Persendirian

= KNBkf

* Keuntungan syarikat = untung dibahagi (dividen) + untung


tidak dibahagi (rizab syarikat) + cukai keuntungan syarikat

• Bunga bersih = Bunga kasar - Bunga atas


pinjaman pengguna - bunga atas pinjaman kerajaan

66
CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN

BIL BUTIRAN RM JUTA

1 Upah dan gaji 3000

2 Bunga bersih 800

3 Sewa 300

4 Keuntungan Syarikat 830

5 Pendapatan perusahaan 550


persendirian

KNBkf @ PN 5480

UNIT EKONOMI AE 025 67


PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH
KELUARAN
Upah + sewa + bunga bersih + keuntungan syarikat + pendapatan
perusahaan persendirian

KNBkf
+ Susut nilai

KNKkf

- PFBLN

KDNKkf

- Subsidi
+ CTL 68
KDNKhp
C. MENGHITUNG PERTUMBUHAN EKONOMI DAN
PENDAPATAN PER KAPITA BERDASARKAN DATA
PENDAPATAN NEGARA

Rumus Kadar Pertumbuhan Ekonomi

= KDNK benar t – KDNK benar t-1 X 100%


KDNK benar t-1

KDNK benar t = KDNK benar tahun semasa


KDNK benar t-1 = KDNK benar tahun sebelum.
** KDNK benar boleh menggunakan data KDNK @ KNK
bergantung pada data yang diberikan.
CTH :
 KDNK benar 2015 = RM1,063,998 juta
 KDNK benar 2016 = RM1,108,935 juta

 Kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2016


= KDNK benar t – KDNK benar t-1 X 100%
KDNK benar t-1
= 1,108,935juta - 1,063,998 juta X 100
1,063,998 juta
= 4.2 %

70
CARA MENGIRA PENDAPATAN PER KAPITA
 Pendapatan Negara Kasar 2015 = RM1,126,401 juta
 Jumlah penduduk 2015 = 31,186 ribu orang

 Pendapatan negara kasar per kapita 2015


= Pendapatan negara kasar
Jumlah penduduk
= RM1,126,401 juta
31,186 ribu
= RM36,119

UNIT EKONOMI AE 025 71


2.2 MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

 a. Menerangkan masalah pengiraan pendapatan


negara:
 i. Pengumpulan data
 ii. Pengiraan dua kali
 iii. Barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan
 iv. Perubahan harga
 v. Aktiviti haram
 vi. Pengiraan susut nilai

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 72
2.2 A. MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

 Mengira pendapatan negara merupakan satu


proses yang agak rumit berikutan timbulnya
beberapa masalah berkaitan, yang
seterusnya menjadikan proses pengiraan
tersebut menjadi agak sukar.

 Antara masalah yang biasanya dihadapi


dalam proses pengiraan tersebut ialah :
1. PENGUMPULAN DATA
 Di kebanyakan negara – negara sedang
membangun, data dan maklumat berhubung
kegiatan ekonomi yang dijalankan tidak direkod
dan diselenggarakan dengan sempurna.
Keadaan ini menyukarkan proses pengiraan
dijalankan sehingga satu taksiran kasar
terpaksa dibuat bagi tujuan tersebut.
 Ini menyebabkan hasil dapatan daripada proses
pengiraan tersebut tidak tepat atau tidak dapat
menggambarkan keadaan yang sebenarnya.
 Kekurangan maklumat menyebabkan
penghitungan pendapatan negara kurang tepat.
2. PENGIRAAN DUA KALI
 Dalam mengira pendapatan negara hanya
menjumlahkan nilai barang – barang akhir dan dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor
ekonomi produktif.
 Namun, agak sukar untuk memisahkan secara jelas
di antara barang perantaraan dan barang akhir
dalam ekonomi lebih–lebih lagi kedua2 barang
tersebut sememangnya dipasarkan secara bersama.
 Pengiraan dua kali berlaku apabila nilai barang
perantaraan dan barang akhir dikira dalam
pendapatan negara. Masalah pengiraan dua kali
menyebabkan nilai keluaran negara menjadi lebih
besar.
 Maka, penghitungan pendapatan negara kurang
tepat.
3. BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK
DIPASARKAN
 Proses pengiraan pendapatan negara hanya
mengambil kira penghasilan keluaran oleh sektor -
sektor ekonomi produktif tertentu dan ianya
mestilah berada di pasaran atau dipasarkan.
 Aktiviti sistem barter dan sara diri seperti pekebun
sayur dan nelayan tidak memasarkan semua hasil
tanaman dan tangkapan ikan kerana memenuhi
keperluan sendiri.
 Bersifat produktif namun disebabkan ianya tidak
dipasarkan, maka ia tidak boleh dikira dalam
pendapatan negara.
 Maka, penghitungan pendapatan negara kurang
tepat.
4. PERUBAHAN HARGA
 Bagi mempastikan ketepatan pengiraan pendapatan

negara menerusi masa, maka faktor perubahan


harga dan kualiti barang haruslah diambil kira.

 Namun, masalah timbul apabila harga barang dan


perkhidmatan berubah-ubah dari semasa ke
semasa.

 Masalah juga timbul iaitu bagi barang yang sama


tetapi harga berbeza antara satu tempat dengan
tempat yang lain.

 Ini menyebabkan pengiraan pendapatan negara


kurang tepat.
5. AKTVITI HARAM
 Wujud sesetengah keluaran yang disifatkan
sebagai produktif dan dipasarkan tetapi
disebabkan ianya tidak diiktiraf atau tidak
dibenarkan dari segi undang – undang, maka ia
tidak dapat dikira dalam pengiraan pendapatan
negara.
 Contohnya kegiatan perjudian, urusniaga dadah
dan ganja, urusniaga di pasaran gelap dan
sebagainya.
 Ini menyebabkan penghitungan pendapatan
negara kurang tepat.
6. PENGIRAAN SUSUTNILAI
 Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan
dengan tepat kadar susut nilai kerana
perbelanjaan ke atasnya lebih – lebih lagi kadar
dan peruntukan perbelanjaannya berbeza bagi
setiap barang modal.
 Keadaan ini mungkin diburukkan lagi apabila
ekonomi tersebut sebelum ini sememangnya
tidak mempunyai rekod dan data – data
berkenaan dengannya.
 Ini menyebabkan penghitungan pendapatan
negara kurang tepat.
2.3 Masalah Pengiraan Pendapatan
Negara

1. pengumpulan data – kegiatan ekonomi yang


dijalankan tidak direkod
2. pengiraan 2 kali – masalah memisahkan barang
perantaraan dan barang akhir
3. barang tidak dipasarkan – kegiatan ekonomi sara
diri / sistem barter
4. perubahan harga – masalah membina indeks harga
pengguna
5. aktiviti haram – pengiktirafan produk/keluaran
6. pengiraan susut nilai – anggaran tidak tepat kadar
susut nilai

80
2.3 KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

a. Menerangkan kegunaan data pendapatan negara :


i. Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
ii. Alat pengukur sumbangan keluaran pelbagai sektor
ekonomi
iii.Asas membuat perancangan ekonomi
iv.Alat petunjuk perubahan struktur ekonomi
v. Alat perbandingan taraf hidup antara masa dan negara.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 81
2.3 B. KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

1. ALAT PENGUKUR KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI


 Data pendapatan negara boleh digunakan untuk mengira
kadar pertumbuhan ekonomi. Dilakukan dengan
membandingkan KDNK benar sesuatu tahun dengan
KDNK benar tahun sebelumnya.

 Rumus kadar pertumbuhan ekonomi


KDNK benar t – KDNK benar t-1
= ------------------------------------------- x 100
KDNK benar t-1
 Kadar pertumbuhan ekonomi dapat
menunjukkan prestasi ekonomi sesebuah
negara dalam tempoh masa tertentu. Andaikan
KPE pada tahun 2012 ialah 5.5%. Ini bermakna
keluaran negara benar telah meningkat
sebanyak 5.5% berbanding tahun 2011.
 Jika kadar pertumbuhan positif, menunjukkan
peningkatan keupayaan untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan dalam sesebuah
negara. Begitulah sebaliknya
2. ALAT PENGUKUR SUMBANGAN KELUARAN
PELBAGAI SEKTOR EKONOMI
 Data pendapatan negara mengikut kaedah
keluaran dapat menunjukkan sumbangan setiap
sektor ekonomi terhadap KDNK. Sumbangan
terbesar dapat ditentukan sama ada sektor
pertama, kedua dan ketiga
 Contoh menghitung sumbangan keluaran setiap
sektor terhadap KDNK
Sektor 1
= ---------------- x 100
KDNK
 Contoh menghitung sumbangan keluaran terhadap
sektor 1, 2 atau 3
Pertanian
= ---------------------- x 100
Sektor 1
 Sumbangan dan kepentingan relatif setiap sektor
dapat ditentukan.
 Kadar pertumbuhan setiap sektor juga dapat
ditentukan bagi menentukan sektor paling pesat,
sederhana atau lambat pertumbuhannya. Maklumat
tersebut dapat digunakan oleh kerajaan untuk
menggubal dasar yang sesuai bagi mencapai
matlamat ekonomi.
3. ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI
 Data pendapatan negara dapat membekalkan
maklumat kepada kerajaan untuk membuat
perancangan yang sesuai bagi mengubal dan
melaksanakan dasar ekonomi yang sesuai.
 Contohnya data pendapatan negara mengikut kaedah
perbelanjaan seperti perbelanjaan penggunaan
isirumah dan pelaburan dapat menunjukkan tingkat
penggunaan isirumah dan pelaburan swasta dalam
negara. Dengan data ini, kerajaan boleh membuat
ramalan dan menentukan rancangan yang sesuai
untuk mengatasi masalah ekonomi.
4. ALAT PETUNJUK PERUBAHAN STRUKTUR
EKONOMI
 Data pendapatan negara boleh digunakan
sebagai petunjuk perubahan struktur ekonomi
sesebuah negara. Dengan menggunakan data
pendapatan negara antara dua tempoh masa, ia
dapat menunjukkan perubahan struktur
ekonomi. Misalnya data pendapatan negara
tahun 1980-an, 1990-an dan 2000.
 Perubahan struktur ekonomi dapat ditentukan
daripada sumbangan setiap sektor pertama,
kedua dan ketiga.
• Menghitung keluaran negara mengikut kaedah
keluaran dapat menunjukkan sumbangan
setiap sektor dalam ekonomi. Seterusnya dapat
menunjukkan perubahan struktur ekonomi
daripada pertanian kepada perkilangan dan
daripada perkilangan kepada perkhidmatan.
• Andaikan peratusan sumbangan sektor ketiga
sentiasa meningkat berbanding sektor pertama
dan kedua, ini bermakna struktur ekonomi
sesebuah negara berubah kepada struktur
ekonomi perkhidmatan.
5. ALAT PERBANDINGAN TARAF HIDUP ANTARA
MASA & NEGARA
 Pendapatan negara boleh digunakan untuk
menghitung pendapatan per kapita benar.
 Pendapatan per kapita benar boleh digunakan
untuk mengukur taraf hidup rakyat di sesebuah
negara.
 Semakin tinggi pendapatan per kapita benar,
semakin tinggi taraf hidup rakyat begitulah
sebaliknya.
2.4 Kegunaan Data Pendapatan
Negara

1. pengukur kadar pertumbuhan ekonomi – mengukur


pencapaian ekonomi
2. pengukur keluaran pelbagai sektor ekonomi –
mengukur jumlah keluaran untuk menggubal dasar
3. asas membuat perancangan ekonomi – kerajaan
membuat unjuran ekonomi
4. petunjuk perubahan struktur ekonomi – sumbangan
keluaran setiap sektor ekonomi
5. alat perbandingan taraf hidup antara masa & negara –
mengukur pendapatan perkapita penduduk

90
2.4 KELEMAHAN DATA
PENDAPATAN NEGARA
a. Menjelaskan kelemahan data pendapatan negara sebagai alat perbandingan taraf hidup:
i.Antara masa
. Perubahan tingkat harga
. Perubahan kualiti barang
. Perubahan komposisi keluaran negara
. Perubahan saiz dan struktur penduduk
. Perubahan masa rehat
. Perubahan eksternaliti negatif
ii.Antara negara
. Perbezaan kos hidup
. Perbezaan masa rehat
. Perbezaan komposisi keluaran negara
. Perbezaan agihan pendapatan
. Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambilkira dalam pengiraan pendapatan negara
. Perbezaan saiz dan struktur penduduk.
. Perbezaan jumlah guna tenaga dan pengangguran
. Perbezaan eksternaliti negatif
AE 025
AE 025 91
2.4 KELEMAHAN DATA PENDAPATAN NEGARA

 Membincangkan kelemahan data pendapatan negara


sebagai alat perbandingan taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
 Terbahagi kepada dua iaitu kelemahan dari sudut
perbezaan antara masa dan perbezaan antara
negara.
I) ANTARA MASA
Perubahan tingkat harga
 Taraf hidup sesebuah negara dikatakan
meningkat apabila pendapatan negara
meningkat.
 Tetapi jika pendapatan negara meningkat
disebabkan oleh peningkatan harga umum,
taraf hidup rakyat tidak meningkat, sebaliknya
menurun.
 Oleh itu, perbandingan pendapatan negara
melalui masa harus menolak kesan kenaikan
dalam tingkat harga umum dengan
menggunakan pendapatan negara benar
(pendapatan negara mengikut harga tetap).
I) ANTARA MASA
Perubahan kualiti barang
 Melalui masa, barang dan perkhidmatan
mengalami perubahan dari segi kualiti
dan bentuk fizikal. Kualiti meningkat taraf
hidup meningkat.
 Jika kenaikan tingkat harga diikuti
dengan peningkatan kualiti barang, taraf
hidup rakyat juga akan meningkat.
 Tetapi pendapatan negara yang dihitung
tidak menggambarkan peningkatan kualiti
barang.
I) ANTARA MASA
Perubahan komposisi keluaran negara
 Perubahan nilai pendapatan negara tidak
menunjukkan perubahan dalam komposisi keluaran
sesebuah negara.
 Perkembangan teknologi dan inovasi membolehkan
lebih banyak jenis barang dan perkhidmatan baru
dihasilkan. Oleh itu taraf hidup masyarakat telah
meningkat kerana masyarakat dapat menikmati
pelbagai jenis keluaran yang baru.
 Namun, jika kenaikan dalam pendapatan negara
berpunca dari tambahan keluaran yang tidak
memberi manfaat dan faedah kepada rakyat seperti
senjata api, maka taraf hidup akan menurun.
I) ANTARA MASA
Perubahan saiz dan struktur penduduk
 Pertambahan pendapatan negara benar
melalui masa tidak semestinya diikuti oleh
peningkatan pendapatan perkapita benar jika
kadar pertambahan penduduk melebihi kadar
pertambahan pendapatan negara benar. Maka,
kebajikan masyarakat menurun.
 Sebaliknya pertambahan pendapatan negara
benar akan meningkatkan kebajikan
masyarakat sesebuah negara sekiranya kadar
pertambahan pendapatan negara benar
melebihi kadar pertambahan penduduk negara
tersebut.
I) ANTARA MASA
Perubahan masa rehat
 Umumnya, jika rakyat bekerja lebih masa,
jumlah keluaran dapat dihasilkan dengan
lebih banyak. Seterusnya meningkatkan
pendapatan negara. Namun, masa rehat
rakyat akan berkurangan menyebabkan taraf
kebajikan rakyat menurun.
 Sebaliknya jika pendapatan negara menurun
disebabkan oleh penurunan masa bekerja,
tetapi rakyat mendapat pertambahan dalam
masa rehat mereka. Oleh itu taraf hidup
rakyat negara tersebut tidak menurun.
I) ANTARA MASA
Perubahan eksternaliti negatif
 Jika peningkatan pendapatan negara
mengakibatkan eksternaliti negatif
seperti masalah pencemaran, ia akan
menjejaskan taraf hidup rakyat.
 Taraf hidup menurun jika kegiatan
ekonomi yang tidak terkawal menjejaskan
kesihatan dan kualiti hidup masyarakat.
2.5 Kelemahan Data Pendapatan Negara

Perbandingan antara Masa:


 Perubahan tingkat harga

 Perubahan kualiti barang


 Perubahan komposisi keluaran

 Perubahan saiz dan struktur penduduk

 Perubahan masa rehat


 Perubahan eksternaliti negatif

99
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan kos hidup
 Tingkat harga umum dan kos hidup antara
sesebuah negara adalah berbeza dengan
negara lain. Misalnya, kos hidup di jepun
adalah lebih tinggi berbanding dengan
Malaysia.
 Bagi negara yang mempunyai kos hidup dan
tingkat harga umum yang rendah, taraf hidup
rakyat lebih tinggi daripada negara-negara
yang pendapatan per kapitanya tinggi tetapi
perlu membayar kos pengangkutan, sewa
dan makanan yang lebih tinggi.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan masa rehat
 Masa kerja lama - pendapatan negara
tinggi - kebajikan rakyat rendah sebab
masa rehat kurang.
 Masa kerja kurang - pendapatan negara
rendah - kebajikan rakyat tinggi sebab
masa rehat banyak.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan komposisi keluaran negara
 Negara maju, pendapatan negaranya
tinggi tetapi sebahagian besar daripada
perbelajaannya digunakan untuk tujuan
ketenteraan.

 Negara membangun pendapatan


negaranya rendah, tetapi sebahagian
besar daripada pendapatannya
digunakan untuk tujuan mengeluarkan
barang penggunaan dan modal.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan agihan pendapatan
 Pendapatan negara A tinggi, agihan
pendapatan tidak setara. Maka, taraf
hidup rendah.

 Pendapatan negara B tidak begitu tinggi


tetapi agihan pendapatannya setara.
Maka, taraf hidup relatif lebih tinggi.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil kira
dalam pengiraan pendapatan negara
 Pengiraan pendapatan negara dihitung
berasaskan kepada nilaian wang. Sebagai
contoh, di bawah kaedah pendapatan, nilai
pendapatan negara dikira berdasarkan
jumlah pendapatan wang yang diterima
oleh faktor – faktor tertentu dalam ekonomi
tersebut.

 Keadaan ini tidak begitu relevan pada


setiap keadaan. Ini disebabkan :
I) ANTARA NEGARA
 Tidak semua faktor pengeluaran yang digunakan
dalam ekonomi diberi ganjaran tertentu. Sebagai
contoh suri rumah tangga. Meskipun khidmat
yang mereka berikan sebenarnya disifatkan
sebagai produktif tetapi oleh kerana ianya tidak
diberi apa – apa ganjaran atau pendapatan, maka
khidmat atau keluaran mereka tidak diambil kira
dalam pendapatan negara.
 Keadaan ini amat berbeza jika suri rumah itu
bekerja sebagai pembantu rumah dan diberi gaji
oleh majikannya. Begitu juga pemilik tanah,
bangunan atau modal yang menggunakan
sendiri aset – aset tersebut dalam proses
pengeluarannya.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan saiz dan struktur penduduk
 Pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna tingkat
kebajikan masyarakat adalah tinggi kerana jumlah
penduduk sesebuah negara belum diambil kira.

 Sebagai contoh, walaupun negara China mempunyai


pendapatan negara yang jauh lebih tinggi daripada
Malaysia, namun KDNK per kapita negara China hanya
USD2969 berbanding dengan Malaysia yang
menikmati KDNK per kapita sebanyak
USD8068(Laporan Ekonomi 2008/2009).

 Keadaan ini menunjukkan tingkat kebajikan masyarakat


Malaysia lebih baik berbanding dengan negara China
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan dalam jumlah guna tenaga dan
pengangguran
 Pendapatan perkapita tidak dapat
menggambarkan tingkat guna tenaga dalam
sesebuah negara. Oleh itu walaupun negara
itu mempunyai tingkat pendapatan perkapita
yang tinggi, taraf hidup rakyatnya tidak tinggi
jika negara itu mempunyai kadar
pengangguran yang tinggi.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan eksternaliti negatif
 Jika kemajuan ekonomi di negara maju
mewujudkan ekstenaliti negatif seperti
masalah pencemaran alam sekitar yang
lebih serius daripada negara kurang maju,
nilai pendapatan negara yang lebih tinggi di
negara maju tidak dapat menggambarkan
tingkat kebajikannya melebihi negara kurang
maju
2.5 Kelemahan Data Pendapatan Negara

Perbandingan antara Negara:


 Perbezaan kos hidup

 Perbezaan masa rehat


 Perbezaan komposisi keluaran

 Perbezaan agihan pendapatan

 Perbezaan kegiatan produktif


 Perbezaan saiz dan struktur penduduk

 Perbezaan jumlah guna tenaga dan pengangguran


 Perbezaan eksternaliti negatif

109

Anda mungkin juga menyukai