Anda di halaman 1dari 35

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Definisi KDNK
Keluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh
satu tahun.

Penghitungan KDNK
KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua
faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira
nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara.

KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam
negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik
negara itu atau milik negara asing.

KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing
di negara itu (B
L
).

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Kasar (KNK)
Definisi KNK
Keluaran Negara Kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam tempoh satu
tahun.

Penghitungan KNK
KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang
dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau di luar negara.

KNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara itu bagi
jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di
negara asing.

KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di
negara asing (Y
L
).

KNK = KDNK + PFB
LN


PFB
LN
merupakan nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan
faktor asing dalam negara.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y
b
)
Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara nilai pendapatan
faktor milik negara yang diterima daripada negara asing dengan nilai pendapatan
faktor asing dalam negara.
Y
b
merujuk kepada pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara
ditolak dengan pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran negara lain yang
digunakan di dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y
B
) = Pendapatan Faktor Dari Luar
Negara (Y
L
) Bayaran Faktor Ke Luar Negara (B
L
)

Apabila pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara melebihi
pendapatan faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara, nilai
pendapatan faktor bersih dari luar negara (Y
B
) adalah postitf. Ini bermaksud KNK
melebihi KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara maju seperti Jepun dan
Amerika yang banyak membuat pelaburan di luar negara.

Sebaliknya, jika pendapatan faktor pengeluaran milik negara lain yang digunakan
di dalam negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar
negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (Y
B
) adalah negatif. Ini
bermaksud KNK kurang daripada KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara
kurang maju yang banyak menerima pelaburan dari luar negara.

KNK = KDNK + Y
B
= KDNK + Y
L
B
L

KDNK = KNK Y
B
= KDNK Y
L
+ B
L

Y
B
bernilai positif akan menyebabkan KNK melebihi KDNK.
Y
B
bernilai negatif akan menyebabkan KNK kurang daripada KDNK

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan negara
Pendapatan Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Pendapatan Negara menunjukkan jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh faktor-
faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan yang poduktif.

Ia meliputi pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat, dan
pendapatan perusahaan persendirian.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Konsep Nilai Bersih
Susut nilai
Susust nilai merupakan keusangan nilai yang dialami barang modal.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Bersih (KNB)
Definisi KNB
Keluaran negara bersih ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai.

Penghitungan KNB
Nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.

KNB ditakrifkan sebagai KNK yang telah ditolak susut nilai (elaun penggunaan modal):

KNB = KNK Susut Nilai

Barang modal seperti mesin dan komputer digunakan untuk menambahkan daya
pengeluaran dan jumlah keluaran.

Apabila barang modal lama digunakan ataupun sudah rosak melalui masa, daya
pengeluarannya dan jumlah keluaran negara akan berkurangan.

KNB ialah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara
yang sebenarnya.

Penolakan susut nilai barang modal dalam perakaunan pendapatan negara akan dapat
memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Harga Pasar dan Kos Faktor
Harga Pasar (HP)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.

HP telah dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan telah ditolak subsidi (SUB).

CTL

CTL ialah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan secara tak
langsung. Ia termasuk cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dll. CTL
meningkatkan harga pasaran.

SUB

SUB ialah bantuan kewangan kepada pengeluar industri muda dan industri utama
dalam negara. SUB mengurangkan harga pasaran.
Kos Faktor (KF)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar
oleh pengeluar kepada faktor-faktor pengeluaran; harga barangan yang belum
dipasarkan.

KF belum dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan belum ditolak subsidi (SUB).

KDNK
HP
= KDNK
KF
+ CTL SUB
KNK
HP
= KNK
KF
+ CTL SUB
KNB
HP
= KNB
KF
+ CTL SUB

KDNK
KF
= KDNK
HP
CTL + SUB
KNK
KF
= KNK
HP
CTL + SUB
KNB
KF
= KNB
HP
CTL + SUB

Jika kerajaan tidak bercampur tangan dalam istem pasaran bebas, maka tidak
wujud CTL dan SUB, maka

KDNK
HP
= KDNK
KF

KNK
HP
= KNK
KF

KNB
HP
= KNB
KF


Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Nominal
Pendapatan Nominal (Y
1
)
Y
1
adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa.

Pendapatan negara mengikut harga semasa.

Ia dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) dan perubahan dalam tingkat
harga umum (P).

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Benar
Pendapatan Benar (Y
0
)
Y
0
adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun asas.

Pendapatan negara mengikut harga tetap.

Tahun asas ialah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat
harga umum.

Indek harga bagi tahun asas, IH
0
= 100. Ini bermakna tingkat harga umum tidak berubah.

Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum (P) melalui masa kerana ia
dikira mengikut harga tetap pada tahun asas. Ia hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam
jumlah keluaran (Q).

Penghitungan pendapatan negara mengikut harga tetap ialah penghitungan pendapatan
negara benar, iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat
dalam negara.

Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf hidup rakyat.

Y
0
= IH
0
IH
1
Y
1


IH
1
dinamakan pendeflasi atau pendeflator

Semasa inflasi, IH
1
> IH
0
.
Semasa kemelesetan ekonomi, IH
1
< IH
0
.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Nominal dan Benar
Keluaran Negara Nominal
Keluaran negara nominal ialah jumlah nilai keluaran negara yang dinilai
berdasarkan nilai wang pada tahun semasa.
Nilai Keluaran Negara nominal diperoleh dengan mendarabkan kuantiti keluaran
negara dengan harga keluaran.
Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar ialah jumlah nilai keluaran negara yang diukur berdasarkan
nilai harga suatu tahun asas.
Nilai Keluaran Negara benar diperoleh dengan mengukur nilai keluaran negara bagi
tahun semasa pada nilai harga tetap suatu tahun asas tertentu.

Nilai Keluaran Negara Benar tidak dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.
Rumus Mengira Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar = (Indeks harga tahun asas / Indeks harga tahun semasa)
Keluaran Negara Nominal
Kaedah Jadual Menghitung Keluaran Negara Benar
Tahun Keluaran Negara Nominal (RM juta) Indeks Harga Pengguna
Keluaran Negara Benar
(RM juta)
1 600 100 (600/100) 100 = 600
2 750 120 (750/120) 100 = 625
Keluaran Negara Benar telah meningkat sebanyak [(625 600)/600] 100% = 4.17%
pada tahun 2. Ini menunjukkan pertambahan dalam kuantiti barangan dan
bukannys kenaikan tingkat harga umum.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Konsep Pendapatan Individu
Pendapatan Persendirian / Perseorangan (PP)
Pendapatan Persendirian / Perseorangan ialah jumlah nilai pendapatan yang
diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa
tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif
atau tidak produktif.

Ini termasuk
Pendapatan Faktor seperti sewa, bunga bersih, upah dan gaji, untung kepada
pengusaha dan pendapatan perusahaan persendirian.
Bayaran Pindahan (bayaran bukan atas sumbangan faktor pengeluaran produktif)
seperti bayaran pencen, biasiswa, zakat, elaun pengangguran. elaun suri rumah,
bunga atas pinjaman kerajaan, dan bunga atas pinjaman pengguna.
Bunga atas modal (bunga bersih) yang diguna pakai dalam penghitungan
pendapatan negara tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas
pinjaman pengguna kerana kedua-dua bunga ini bukan bertujuan untuk membuat
pelaburan / tabungan, iaitu tidak menyumbang kepada tambahan keluaran negara.
Namun kedua-dua jenis bunga ini perlu dicampurkan dalam akaun PP kerana
merupakan pendapatan kepada individu yang telah mengeluarkan pinjaman kepada
pihak-pihak berkenaan.
Pendapatan negara mengambil kira untung yang dibahagikan (dividen dll), untung
yang tidak dibahagikan (rizab syarikat dll), dan cukai keuntungan syarikat. Namun
begitu, hanya untung yang dibahagikan (keuntungan kepada individu yang
menyumbangkan modal) akan diambil kira dalam penghitungan PP. Untung yang
tidak dibahagikan dan cukai keuntungan syarikat ditolak daripada akaun PP kerana
tidak dibayar kepada individu yang telah menyumbangkan modal dalam perniagaan
firma untuk tujuan perbelanjaan semasa.
Caruman KWSP bukan Pendapatan Persendirian kerana caruman ini tidak boleh
digunakan oleh individu selagi tidak dikeluarkan.
Hubungan Antara Pendapatan Negara dengan Pendapatan Persendirian:
Pendapatan Negara = Pendapatan persendirian + Untung tidak dibahagikan + Cukai
keuntungan syarikat + Caruman KWSP Bayaran pindahan Bunga atas pinjaman
kerajaan Bunga atas pinjaman pengguna

Pendapatan Persendirian = Pendapatan Negara + Bayaran pindahan + Bunga atas
pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna Untung tidak dibahagikan
Cukai keuntungan syarikat Caruman KWSP


Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Boleh Guna (Yd)
Pendapatan Boleh Guna ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua
individu dalam sesebuah negara setelah ditolak cukai pendapatan perseorangan.
Pendapatan Boleh Guna boleh digunakan untuk perbelanjaan dan tabungan.
Pendapatan Boleh Guna ialah Pendapatan Perseorangan yang dapat dibelanjakan
oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan selepas ditolak cukai
pendapatan perseorangan dalam satu jangka masa tertentu.

Rumus Menghitung Pendapatan Boleh Guna
Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan Perseorangan Cukai Pendapatan
Perseorangan

Menghitung Pendapatan Boleh Guna Dengan Kaedah Jadual
Butiran RM juta
Upah dan gaji
Bunga bersih
Sewa
Pendapatan perusahaan persendirian
Dividen
Untung tidak dibahagikan
Cukai keuntungan syarikat
640
260
100
120
140
80
150
Pendapatan Negara
(+) Bayaran Pindahan
(+) Bunga pinjaman kerajaan
(+) Bunga pinjaman pengguna
() Untung tidak dibahagikan
() Cukai keuntungan syarikat
() Caruman KWSP
1,490
500
200
150
140
80
150
Pendapatan Perseorangan
() Cukai pendapatan perseorangan
1,970
1,120
Pendapatan Boleh Guna 850
Berdasarkan jadual, Pendapatan Negara hanya mengambil kira pendapatan yang
diterima oleh faktor produktif sahaja, iaitu sebanyak RM1,490 juta. Pendapatan
Perseorangan mengambil kira semua pendapatan yang sebenarnya diterima oleh
penduduk tanpa mengira sama ada pendapatan tersebut diterima daripada faktor
produktif atau faktor tidak produktif, iaitu sebanyak RM1,970 juta. Pendapatan
Boleh Guna sebanyak RM850 juta diperoleh dengan menolak cukai pendapatan
perseorangan (RM1,120 juta) daripada Pendapatan Perseorangan (RM1,970 juta).

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Pendapatan Per Kapita
Pendapatan Per Kapita (PPK)
Pendapatan Per Kapita ialah pendapatan purata penduduk-penduduk dalam sebuah negara
pada tahun tertentu.

Rumus Mengira Pendapatan Per Kapita

Pendapatan per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan
negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang
sama.

Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk
Sebagai contoh, jika pendapatan negara M pada satu tahun berjumlah RM1,000,000
dan jumlah penduduk ialah 1,000 orang, maka
Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk

= RM1,000,000 / 1,000 = RM1,000


Berdasarkan contoh, pendapatan per kapita negara M bernilai RM1,000, bermaksud
pendapatan purata bagi setiap penduduk pada tahun itu ialah RM1,000 setahun.


Kelemahan Pendapatan Per Kapita sebagai Pengukur Taraf Kebajkan
1. Ia tidak mengambil kira corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat.

Walaupun pendapatan per kapita benar meningkat, taraf hidup rakyat tidak
meningkat jika corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat adalah tidak
setara.
2. Ia tidak mengambil kira kualiti barang.

Jika pendapatan per kapita benar meningkat tetapi kualiti barang jatuh, maka
pertumbuhan kebajikan (taraf hidup) masyarakat akan jatuh.
3. Ia tidak mengambil kira kesan luaran yang negatif.

Jika pendapatan per kapita benar meningkat, pertumbuhan kebajikan masyarakat
akan jatuh jika berlaku masalah pencemaran dalam ekonomi.

Kesan luaran yang negatif akan merosakkan alam sekitar dan menjejaskan taraf
hidup masyarakat.

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Kasar (KNK) Benar Per Kapita
Definisi
Jumlah nilai keluaran berdasarkan harga tetap bagi setiap penduduk dalam sesebuah
negara.

KNK Benar per kapita = KNK benar / Jumlah penduduk

KNK benar per kapita dihitung dengan membahagikan nilai KNK benar dengan jumlah
penduduk sesebuah negara bagi satu tahun tertentu.

Contoh:
KNK nominal = RM10,000 juta
Indeks harga semasa = 110
Jumlah penduduk =15 juta

KNK benar = 10,000 100/110 = RM9090.9 juta

KNK benar per kapita = RM9090.9 juta/15 juta = RM606.06

Tujuan menghitung KNK benar per kapita
1. Menggambarkan taraf hidup rakyat sesebuah negara. Semakin tinggi KNK benar per
kapita, semakin tinggi taraf hidup rakyat negara tersebut.
2. Membandingkan taraf hidup antara negara.
3. Menggambarkan pertumbuhan kebajikan masyarakat dari tahun ke tahun.

Kadar Pertumbuhan Kebajikan Masyarakat
=
KNK benar per kapita
1
KNK benar per kapita
0

KNK benar per kapita
0


di mana,

KNK benar per kapita
1
= KNK benar per kapita pada tahun semasa

KNK benar per kapita
0
= KNK benar per kapita pada tahun sebelumnya

Labels: Konsep Pendapatan Negara
Rumus-Rumus Penting

KNK
kf
= KDNK
hp
+ PFB
LN
CTL + Subsidi

KNB
hp
= KDNK
hp
+ PFB
LN
Susut nilai
3 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Keluaran
Kaedah keluaran ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang
menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua
firma dalam ekonomi. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.
Kaedah Pendapatan
Kaedah pendapatan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang
menjumlahkan pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran.
Perakaunan berasaskan Pendapatan Negara.
Kaedah Perbelanjaan
kaedah perbelanjaan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang
menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara.
Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.


Di Malaysia, hanya Kaedah Keluaran (nilai ditambah) dan Kaedah Perbelanjaan diamalkan
dalam penghitungan pendapatan negara.

Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)
Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai
barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam
sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun.

Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan
menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi .

Konsep Nilai Ditambah Dalam kes pengiraan nilai ditambah (tanpa barang import)
Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir
Jenis Keluaran Keluaran Nilai Keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)
Barang Perantaraan Gandum 100 100 0 = 100
Barang Perantaraan Tepung gandum 200 200 100 = 100
Barang Akhir Roti 300 300 200 = 100
Jumlah (RM) 600 300
Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu
sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300.

Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak
dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.
Dalam kes pengiraan nilai ditambah (dengan barang import)
Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir Nilai Barang Import
Jenis Keluaran Keluaran Nilai Keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)
Barang Import Gandum 100 100 100 = 0
Barang Perantaraan Tepung gandum 200 200 100 = 100
Barang Akhir Roti 300 300 200 = 100
Jumlah (RM) 600 200
Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM200 (100 + 100), iaitu sama
dengan nilai barang akhir tolak nilai barang import (gandum), bernilai RM200 (300
100).
Nilai barang import (barang yang dibeli dari negara asing) ditolak kerana kaedah
keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja.
Nilai ditambah dihitung untuk mengelakkan maslah pengiraan dua kali yang
menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.

Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Jadual Menunjukkan Penghitungan Pendapatan
Negara Melalui Kaedah Keluaran
Sektor RM juta
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
Pembinaan
Elektrik, air dan gas
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
Perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran
Kewangan, insurans dan hartanah
Perkhidmatan awam
Perkhidmatan lain
Tolak: Bayaran perkhidmatan bank
Campur: Cukai import
1,200
800
1,500
1,000
700
800
600
500
1,800
900
800
1,000
keluaran Dalam Negara Kasar mengikut harga pasaran (KDNK
hp
) 10,000

Berdasarkan jadual, nilai KDNK
hp
sebanyak RM10,000 merupakan Pendapatan Negara bagi
tahun berkenaan.

Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Penghitungan Pendapatan Negara Dengan Kaedah
Keluaran
Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor
ekonomi mengikut 3 kategori :
Sektor Utama
Pertanian, perhutanan, dan perikanan.
Perlombongan dan kuari.
Sektor Peringkat Kedua
Perkilangan/ pembuatan
pembinaan
Sektor Peringkat Ketiga (Perkhidmatan)
Elektrik, gas dan air.
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan.
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran.
Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.
Perkhidmatan kerajaan.
Perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi setahun
dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNK
hp
).
Penghitungan KDNK
hp
adalah mengikut harga tetap (KDNK benar).
KDNK
hp
Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor ekonomi
dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai
import.
Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor
kewangan. Item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali.
Cuti import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi
barangan keluaran. Item ini ditambah dalam penghitungan KDNK
hp
.

Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kelebihan Kaedah Keluaran
1. Dapat mengesan punca keluaran negara mengikut sektor ekonomi.
2. Dapat membandingkan pencapaian setiap sektor ekonomi berdasarkan peratus
sumbangannya kepada KDNK negara itu.
3. Dapat menghitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan data KDNK benar.

Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Pendapatan (Bayaran Faktor)
Konsep Kaedah Pendapatan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua pendapatan faktor di sesebuah
negara untuk tempoh setahun. Ini termasuk
1. Gaji dan upah kepada buruh termasuk gaji bulanan, komisen, bonus dll.
2. Sewa kepada tanah termasuk sewa kebun, sewa kilang, sewa rumah dll.
3. Bunga bersih kepada modal termasuk faedah tabungan di bank perdagangan dan
faedah sumbangan modal dalam perniagaan. Tidak termasuk bunga atas pinjaman
kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna.
4. Keuntungan kepada pengusaha syarikat.
5. Pendapatan perusahaan persendirian kepada pengusaha kecil termasuk milikan
perseorangan, perkongsian dan koperasi.
Bayaran pindahan tidak diambil kira kerana tidak bersifat produktif, iaitu tidak
menyumbangkan sebarang barang dan perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi.

Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih pada kos
faktor (KNB
kf
).

Kaedah Pendapatan jarang digunakan di sesetengah negara (termasuk Malaysia) kerana
masalah pengumpulan maklumat.

Labels: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)
Konsep Kaedah Perbelanjaan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran
negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :
1. Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan
perkhidmatan. (G)
2. Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan
perkhidmatan. (C)
3. Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan
ke atas mesin dan jentera. (I)
4. Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta
ke atas mesin dan jentera. (I)
5. Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(i)
6. Eksport Bersih (X
n
) = Eksport Import
7. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
Y
B
= Y
L
B
L

Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada
harga pasaran (KNK
hp
)

KNK
hp
= C + I + G + X M + i + Y
B

Terangkan tiga kegunaan data pendapatan
negara..........[6]
Tiga kegunaan data pendapatan negara ialah

Alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor ekonomi
Dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, sumbangan setiap
sektor ekonomi terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat diukur. Berdasarkan
sumbangan setiap sektor, kepentingan setiap sektor terhadap pertumbuhan ekonomi
negara dapat ditentukan. Di samping itu, data pendapatan negara juga dapat
menunjukkan kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor dari tahun ke tahun, iaitu
sama ada meningkat atau merosot berbanding dengan tahun sebelumnya.

Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
Dengan membandingkan data pendapatan negara benar antara tahun semasa dengan tahun
sebelumnya, kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur. Sekiranya kadar pertumbuhan
ekonomi meningkat, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut semakin baik.
Sebaliknya, jika kadar pertumbuhan ekonomi menurun, ini bermakna kegiatan ekonomi
negara tersebut merosot. Setiap negara akan berusaha untuk mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan menjalankan dasar-dasar tertentu.

Asas membuat perancangan ekonomi
Data pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting
mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi sesebuah negara. Maklumat ini dapat digunakan
sebagai asas untuk membuat ramalan tentang kadar pertumbuhan ekonomi yang akan
dicapai pada masa depan, perkembangan pelaburan dan eksport serta jangkaan
pertumbuhan guna tenaga.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Struktur Ekonomi Malaysia
Sektor Utama

Merangkumi sektor-sektor pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan, dan
perlombongan yang mengeluarkan bahan mentah.

Sektor Peringkat Kedua

Terdiri daripada sektor perkilangan dan pembinaan yang memproses bahan mentah
untuk menjadi barang separuh siap atau barang siap.

Sektor Peringkat Ketiga

Merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air,
pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perkhidmatan kerajaan dll.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia
Kajian perubahan struktur ekonomi Malaysia perlu dibuat berdasarkan sumbangan
setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia melalui masa.
Berkaitan dengan perkembangan guna tenaga di Malaysia, kadar pengangguran
adalah pada paras yang rendah dan terkawal. Sektor pembuatan dan perkhidmatan
bukan kerajaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan guna tenaga
di Malaysia sejak tahun 1980-an.
Malaysia mampu mengharungi cabaran perkembangan ekonomi global yang semakin
menurun sejak awal tahun 2001 kerana struktur ekonomi yang lebih pelbagai
(diversified). Malaysia tidak semata-mata bergantung pada industri elektronik
untuk menjana pertumbuhan. Asas sektor pembuatan Malaysia kini lebih luas.
Selain itu, ekonomi Malaysia telah maju ke arah kegiatan berasaskan pengetahuan
sebagai punca pertumbuhan baru. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah meletakkan
asas bagi membawa negara ke arah perkembangan dalam era ke-21.
Meskipun persekitaran luaran kian sukar, asas struktur ekonomi Malaysia masih
kukuh dengan pertumbuhan ekonomi mulai tahun 2002 dijana oleh sektor domestik
melalui peningkatan penggunaan dan pelaburan untuk merangsang pertumbuhan
sektor pembuatan, perkhidmatan mahupun sektor pertanian dan perhutanan dll.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sumbangan Sektor Utama
Status Sumbangan
Sumbangan sektor utama kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin
berkurangan semenjak tahun 1970.
Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pertanian dan perhutanan adalah rendah,
iaitu sebesar 4.4% dan 0.5% sahaja mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-
2000) masing-masing. Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-
2010) dianggarkan 3.5%.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Kemerosotan sumbangan sektor utama
1. Ketidakstabilan harga komoditi utama.
2. Daya pengeluaran yang rendah.
3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang rendah.
4. Pendapatan yang lebih rendah.
5. Kepupusan sumber asli.
Penurunan sumbangan sektor pertanian tidak dapat dielakkan kerana
ketidakstabilan harga komoditi utama, kehausan sumber asli, dan daya
pengeluaran yang lebih rendah. Namun begitu, Malaysia menegaskan dasar
pembangunan seimbang dan bersepadu dalam sektor-sektor perkilangan dan
pertanian untuk mencapai ekonomi yang lebih saksama. Ini kerana sektor pertanian
adalah sangat penting sebagai sumber utama pembekalan makanan kepada rakyat
tempatan serta sumber bahan mentah yang penting kepada pertumbuhan sektor
perindustrian dalam negara.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sumbangan Sektor Peringkat Kedua
Status Sumbangan
Sumbangan Sektor Peringkat Kedua (terutamanya sektor perkilangan) kepada KDNK
dan guna tenaga Malaysia telah semakin bertambah semenjak tahun 1970 dan telah
menjadikannya sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi Malaysia pada
masa kini.
Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pembuatan (perkilangan) adalah tinggi,
iaitu sebesar 10.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan 10.4% mengikut RRJP2 (1991-
2000). Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010)
dianggarkan lebih rendah, ialah 8.3% kerana kemerosotan ekonomi Malaysia
khasnya sektor kecil elektronik mulai awal tahun 2001.
Peningkatan dalam sumbangan sektor pembuatan tidak dapat dielakkan kerana
tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang
cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang
lebih stabil dan lebih tinggi.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor
Peringkat Kedua
1. Kestabilan harga barang perkilangan.
2. Daya pengeluaran yang tinggi.
3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi.
4. Pendapatan yang lebih tinggi.
5. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Faktor-Faktor Perkembangan Sektor Perkilangan Di
Malaysia
1. Galakan Kerajaan
Galakan Pelaburan seperti pengecualian cukai pendapatan dan cukai input dan
kemudahan infrastruktur.
2. Kestabilan Politik dan Ekonomi
Ini menggalakkan pelaburan terutamanya dalam sektor perkilangan yang
mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
3. Pertambahan Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Kemasukan FDI yang banyak ke sektor perkilangan meningkatkan keupayaan
pengeluaran dan jumlah keluaran.
4. Perkembangan Industri Sokongan
Sokongan institusi kewangan telah menambahkan modal pinjaman kepada sektor
perkilangan. Perkembangan jaringan pengangkutan yang baik juga menggalakkan
perkembangan sektor perkilangan.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Sumbangan Sektor Perkilangan
Terhadap KDNK Malaysia Semakin Meningkat
1. Dasar Galakan Industri Berasaskan Eksport
Berlakunya perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan sektor
perkilangan berorientasikan eksport, contohnya industri makanan, minuman dan
tembakau kesan dasar galakan industri berasaskan eksport yang diperkenalkan pada
tahun 1970-an.
2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat
Berlaku perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan pesat industri berat
dan elektronik kesan pelan induk perindustrian dan dasar industri berat yang
diperkenalkan pada tahun 1980-an.
3. Dasar Galakan Pelaburan Asing dan Perkembangan Pesat Sektor berasaskan
Elektrik dan Elektronik
Berlaku perkembangan sektor perkilangan disebabkan pertumbuhan pesat sektor
berasaskan pertumbuhan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik pada
tahun 1990-an kesan dasar galakan pelaburan asing dan perkembangan pesat sektor
berasaskan elektrik dan elektronik.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Kebaikan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan
1. Keluaran Negara dan Pendapatan Negara meningkat dengan lebih cepat.
Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat.
2. Peluang pekerjaan bertambah dan Pengangguran berkurangan.
Sektor perkilangan dapat menyerap ramai guna tenaga.
3. Eksport negara meningkat.
Peningkatan mendadak eksport barang elektronik dan elektrik serta tekstil.
4. Ekonomi negara menjadi lebih stabil.
Harga barang perkilangan lebih stabil berbanding harga komoditi utama.
5. Kemasukan Teknologi moden
Perpindahan teknologi asing akibat pertambahan pelaburan asing.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Keburukan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan
1. Berlakunya defisit akaun semasa.
Bayaran pendapatan pelaburan asing dan bayaran import barangan meningkat.
2. Inflasi mungkin berlaku.
Inflasi tolakan kos akibat kenaikan upah ketika guna tenaga penuh.
3. Kemasukan pekerja asing yang banyak.
Permintaan tenaga buruh yang banyak menyebabkan sektor perkilangan mengambil
ramai pekerja asing atas dasar meminimumkan bayaran upah.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sumbangan Sektor Peringkat Ketiga
Status Sumbangan
Sumbangan sektor peringkat ketiga kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia tetap
merupakan sumbangan terbesar semenjak tahun 1970, iaitu di sekitar 40%-48%
pada ahun 1970-2000.
Peningkatan dalam sumbangan sektor perkhidmatan tidak dapat dielakkan kerana
tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang
cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang
lebih stabil dan lebih tinggi.

Labels: Data Keluaran Malaysia
Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor
Peringkat Ketiga
1. Kestabilan harga barang perkhidmatan.
2. Daya pengeluaran yang tinggi.
3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi.
4. Pendapatan yang lebih tinggi.
5. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.
Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor perkhidmatan adalah tinggi, iaitu sebesar
8% dan 8.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing.
Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan 8.4%.
Masalah Penentuan Harga Barang
Harga barang cenderung berubah dari semasa ke semasa dan berbeza antara
tempat dalam sesebuah negara. Jadi, sukar untuk menentukan harga barang yang
tepat bagi menghitung nilai keluaran yang disumbangkan oleh setiap sektor dalam
ekonomi.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengumpulan Maklumat
Semasa penghitungan Pendapatan Negara, masalah pengumpulan data cenderung
timbul. Misalnya, nilai pertukaran barter, pendapatan daripada aktiviti haram dan
data susut nilai sukar diperoleh. Oleh itu, data Pendapatan Negara tidak dapat
dihitung dengan tepat.
Sesetengah negara sedang membangun dan negara kurang maju tidak mempunyai
maklumat tepat tentang kegiatan ekonomi mereka.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Kegiatan Haram
1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif dianggap sebagai kegiatan
haram, dan tidak dicampurkan dalam akaun pendapatan negara sesetengah
negara.
2. Kegiatan haram ini termasuk pelacuran, perjudian,penanaman dan
penjualan ganja dll.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Kegiatan Yang Tidak Dibayar
Dengan Wang
1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tidak dibayar dengan wang. Ini
termasuk kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter,
penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan pengeluaran atau perniagaan,
bayaran upah dalam bentuk bukan wang, dan perkhidmatan suri rumah.
2. Kegiatan ekonomi seperti ini seharusnya diambil kira dalam penghitungan
pendapatan negara tetapi susah dilakukan.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Dua Kali
Kebanyakan barang perlu melalui beberapa proses pengeluaran sebelum menjadi
barang siap atau barang akhir. Jadi, bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali,
nilai barang perantaraan tidak harus dimasukkan dalam pengiraan Pendapatan
Negara mengikut kaedah keluaran. Sebaliknya, hanya nilai barang akhir atau
jumlah nilai ditambah sahaja yang perlu dimasukkan semasa mengira Pendapatan
Negara mengikut kaedah keluaran.
Masalah pengiraan dua kali selalunya wujud kerana sukar untuk membezakan
barang akhir dengan barang perantaraan. Jika nilai kedua-dua barang akhir dan
barang perantaraan dicampurkan, ini akan berlaku masalah nilai pendapatan
negara dibesarkan.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan
1. Bunga atas pinjaman kerajaan (satu bentuk bayaran pindahan) tidak boleh
dicampurkan.
2. Perbelanjaan kerajaan keatas barang perantaraan tidak patut dicampurkan,
contohnya bayaran upah kepada anggota tentera dan polis yang bertujuan
melicinkan proses pengeluaran barangan.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Penentuan Nilai Perubahan Dalam Inventori
1. Barang simpanan perusahaan terdedah kepada perubahan tingkat harga.
Oleh itu, perubahan dalam inventori akan berlaku melalui masa.
2. Pembetulan nilai inventori perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah
"lebih nlai" atau "kurang nilai" KNK. Namun begitu, adalah sukar untuk
menaksir harga inventori dari semasa ke semasa.

Labels: Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Masalah Penentuan Susut Nilai
1. Modal fizikal tetap seperti bangunan kilang, mesin dan kenderaan
mengalami kerosakan dalam proses pengeluaran.
2. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir nilai susut nilai modal fizikal
tetap. Ini menyulitkan pengiraan pelaburan bersih (iaitu pelaburan kasar
susut nilai) dan seterusnya pengiraan Keluaran Negara Bersih.


Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui
Masa
Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa bertujuan untuk menentukan sama
ada taraf hidup rakyat telah meningkat atau menurun melalui masa.
Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa wujud kerana faktor-faktor
berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat tidak diambil kira:
1. Perubahan dalam tingkat harga umum

Taraf hidup sesebuah negara akan meningkat apabila jumlah barangan yang
dinikmati oleh rakyat bertambah. Ini ditunjukkan oleh kenaikan dalam nilai
keluaran negara dan perbelanjaan negara.

Namun begitu, keluaran negara dan perbelanjaan negara juga boleh meningkat jika
tingkat harga umum telah naik, sementara jumlah barangan tetap tidak berubah.

Untuk menghapuskan kesan perubahan tingkat harga umum, pendapatan negara
benar (pendapatan negara mengikut harga tetap) digunakan.

Y
0
= IH
0
/ IH
1
x Y
1
di mana

Y
0
= pendapatan negara benar
Y
1
= pendapatan negara mengikut harga semasa
IH
0
= indeks harga pengguna tahun asas
IH
1
= indeks harga pengguna tahun semasa
2. Perubahan dalam jumlah penduduk

Jika jumlah penduduk negara bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada
kadar kenaikan pendapatan negara, taraf hidup rakyat akan menurun.

Untuk menghapuskan kesan perubahan jumlah penduduk, pendapatan per kapita
(PPK) digunakan.

PPK =Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk
3. Perubahan dalam kualiti barang

Perbandingan nilai pendapatan negara antara dua tahun yang berlainan tidak
menggambarkan perubahan dalam kualiti barang yang turut menmpengaruhi taraf
hidup.

Peningkatan kualiti barang pada lazimnya akan membawa kepada kenaikan tingkat
harga umum.

Dalam kes ini, peningkatan tingkat harga umum akibat peningkatan kualiti
barangan tidak menjejaskan taraf hidup rakyat.

Untuk mengatasi masalah perbandingan pendapatan negara melalui masa,
perubahan tingkat harga umum akibat perubahan kualiti barang harus dipastikan.

4. Perubahan dalam pengagihan pendapatan

Perubahan pendapatan negara melalui masa tidak menunjukkan sama ada
pengagihan pendapatan menjadi lebih setara atau kurang setara.

Pengagihan pendapatan yang lebih setara melalui masa bermaksud taraf hidup
rakyat negara telah meningkat.

5. Perubahan-perubahan lain

Perubahan dalam jenis keluaran negara

Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan barang pengguna akan
meningkatkan taraf hidup rakyat. Pertambahan keluaran negara akibat
pertambahan senjata api tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana tidak
memberi faedah/utiliti kepada pengguna secara langsung.

Perubahan dalam masa kerja dan masa rehat pekerja

Jika pertambahan keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa
kerja pekerja, taraf hidup rakyat tidak meningkat. Jika penurunan dalam keluaran
negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa rehat pekerja, taraf hidup
rakyat tidak semestinya menurun.

Perubahan dalam eksternaliti negatif

Jika peningkatan dalam pendapatan negara turut mengakibatkan masalah
pencemaran alam sekitar, menjejaskan kesejahteraan semulajadi dll, taraf hidup
rakyat tidak naik.

Labels: Kelemahan Dalam Menggunakan Data Pendapatan Negara
Masalah Perbandingan Pendapatan negara Antara
Negara-Negara
Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara bertujuan
membandingkan taraf hidup rakyat di antara negara-negara yang berlainan.
Masalah Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara wujud kerana
faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat negara maju dan
kurang maju tidak diambil kira:
1. Perbezaan dalam jumlah penduduk

Perbandingan nilai pendapatan negara antara negara-negara maju dan kurang maju
adalah kurang tepat jika faktor jumlah penduduk tidak diambil kira. Ukuran
Pendapatan Per Kapita (PPK) merupakan pengukur yang lebih tepat untuk
membandingkan taraf hidup di antara negara-negara.
2. Perbezaan dalam Komposisi Keluaran

Negara maju seperti Amerika Syarikat membelanjakan sebahagian besar
pendapatan negara ke atas keluaran senjata api dan ujian angkasa lepas yang tidak
memberi faedah/utiliti kepada rakyat secara langsung. Oleh itu, nilai pendapatan
negara yang tinggi tidak bermakna taraf hidup adalah tinggi.

Negara kurang maju selalu membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara
ke atas keluaran barang pengguna dan barang modal yang membawa manfaat
kepada rakyat secara langsung. Nilai pendapatan negara yang rendah tidak
semestinya bermakna taraf hidup rakyat adalah rendah.

Perbandingan pendapatan negara harus mengambil kira perbezaan dalam komposisi
keluaran.
3. Perbezaan dalam penaksiran butir-butir pendapatan negara

Sesetengah negara mengambil kira pelacuran dan perjudian dalam penghitungan
pendapatan negara. Sesetengah negara menganggapnya sebagai kegiatan haram.

Sesetengah negara mengambil kira bayaran pindahan kerajaan sebagai komponen
pendapatan negara tetapi negara-negara lain tidak.

Oleh itu, butir-butir pendapatan negara harus dikenalpasti apabila membuat
perbandingan pendapatan negara di antara negara-negara.

4. Perbezaan Dalam tingkat harga umum

Negara maju mempunyai tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara
kurang maju. Keadaan ini menyebabkan negara maju mempunyai nilai pendapatan
negara yang lebih tinggi daripada negara kurang maju.

Untuk mengatasi masalah perbezaan tingkat harga umum, pendapatan negara
benar harus dibandingkan.
5. Perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Kebanyakan kegiatan produktif di negara maju seperti membersihkan rumah,
membasuh baju, dan memotong rumput dilakukan oleh pekerja yang diupah dengan
wang. Ini meninggikan nilai pendapatan negara di negara maju.

Kebanyakan kegiatan produktif di negara kurang maju dilakukan sendiri / tidak
dibayar dengan wang. Ini merendahkan nlai pendapatan negara di negara kurang
maju.

Untuk membuat perbandingan taraf hidup di antara negara-negara, perbezaan
dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang harus
dikenalpasti.

6. Perbezaan dalam pengagihan pendapatan

Perbezaan dalam pengagihan pendapatan harus diambilkira apabila
membandingkan pendapatan negara di antara negara-negara.

7. Perbezaan dalam nilai mata wang

Untuk mengatasi masalah ini, nilai pendapatan negara yang hendak dibandingkan
harus dilakukan berdasarkan sebutan mata wang yang sama.

8. perbezaan-perbezaan lain

- Perbezaan dalam jumlah masa kerja dan masa rehat
- Perbezaan dalam eksternaliti negatif
- Perbezaan kestabilan politik dan sosial

Labels: Kelemahan Dalam Menggunakan Data Pendapatan Negara
Kelemahan KNK Mengukur Taraf Hidup Rakyat
Menurut ahli ekonomi, taraf hidup sesebuah negara dapat diukur dengan menggunakan
KNK. Biasanya, negara yang mempunyai nilai KNK yang tinggi akan menikmati taraf hidup
yang tinggi, dan sebaliknya, negara yang mempunyai nilai KNK yang rendah akan
menikmati taraf hidup yang rendah. Namun, penggunaan nilai KNK untuk membandingkan
taraf hidup penduduk antara negara mempunyai beberapa kelemahan:
Perbezaan Tingkat Harga Umum
Kenaikan KNK boleh disebabkan kenaikan tingkat keluaran atau kenaikan tingkat harga
umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami tingkat harga umum yang
tinggi akibat masalah inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun
nilai KNK negara tersebut lebih tinggi daripada negara lain. Oleh itu, untuk
membandingkan taraf hidup penduduk antara negara dengan lebih tepat, konsep KNK
benar perlu digunakan.

KNK benar = (Indeks harga tahun asas/Indeks harga tahun semasa) KNK nominal

Perbezaan Corak Agihan Pendapatan
Taraf hidup penduduk sesebuah negara juga bergantung pada corak agihan pendapatan
dalam negara tersebut. Agihan pendapatan yang lebih sama rata membolehkan KNK
dikongsi dengan lebih saksama antara penduduk. Sebaliknya, agihan pendapatan yang
tidak sama rata menyebabkan sebahagian besar KNK dinikmati segelintir penduduk sahaja.
Jadi, negara yang mempunyai KNK yang tinggi tidak semestinya menggambarkan taraf
hidup penduduk yang tinggi jika agihan pendapatan dalam negara tersebut adalah tidak
sama rata.
Perbezaan Komposisi KNK
Terdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak
menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran.
Oleh itu, bagi menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup
penduduk sesebuah negara, komposisi KNK harus meliputi pendapatan daripada aktiviti
yang memanfaatkan rakyat negara tersebut seperti perbelanjaan pembangunan.

Labels: Kelemahan Dalam Menggunakan Data Pendapatan Negara
Kegunaan Nilai Pendapatan Negara
1. Mengukur Pendapatan Per Kapita (PPK)
= Pendapatan negara / Jumlah penduduk
2. Mengukur Pendapatan Negara Benar (Y
0
)
= IH
0
/ IH
1
x Y
1


di mana
Y
0
= pendapatan negara benar
Y
1
= pendapatan negara mengikut harga semasa
IH
0
= indeks harga pengguna tahun asas
IH
1
= indeks harga pengguna tahun semasa
3. Mengukur Pertumbuhan Ekonomi
= (KDNK benar
2
KDNK benar
1
) / KDNK benar
1
x 100%
4. Mengukur Pertumbuhan Kebajukan
= (PPK benar
2
PPK benar
1
) / PPK benar
1
x 100%

Labels: Kegunaan Data Pendapatan Negara
Kegunaan Data PPK
1. Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun.
2. Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh masa.
3. Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan negara lain.
4. Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Tabung
Kewangan Antarabangsa bagi menentukan jumlah bantuan kewangan/
pinjaman kepada negara-negara miskin.

Labels: Kegunaan Data Pendapatan Negara
Lain-Lain
Kegunaan Data Kadar Pertumbuhan Ekonomi
Menentukan prestasi pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh.
Kegunaan Data Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Keluaran
Menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan sebagai petunjuk
perubahan ekonomi. Ini membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-
dasar ekonomi yang sesuai demin mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.
Kegunaan Data Pendapatan Boleh Guna
Petunjuk saiz pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing kerana ia
menggambarkan kuasa beli negara berkenaan.
Lain-Lain
Data pendapatan negara yang merangkumi KDNK, jumlah pelaburan swasta dan
awam, perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dll membolehkan kerajaan
membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-tahun akan datang.

Anda mungkin juga menyukai