Anda di halaman 1dari 115

PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN KENDERAAN DI BANK SIMPANAN

NASIONAL (BSN): SATU KAJIAN

SITI NORATIQAH BINTI MIGIN


(17BI01165)

SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2021
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

SITI NORATIQAH BINTI MIGIN

KERTAS PROJEK INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN
UNDANG-UNDANG
2021

________________________ ____________________
PENYELIA TARIKH
PUAN MAFFUZA BINTI SALLEH

_________________________ _____________________
KETUA JABATAN UNDANG-UNDANG TARIKH
PUAN AZIZAH BINTI MOHD RAPINI
PENGHARGAAN

‫بِ ۡس ِم ٱهَّلل ِ ٱلر َّۡح ٰ َم ِن ٱل َّر ِح ِيم‬


‫احلمد هلل رب العاملني والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى آله وصحبه أمجعني‬

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dan selawat serta


salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta kaum kerabat baginda
serta para sahabat yang diredhai Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
kertas projek ini dapat disempurnakan. Sesungguhnya kurnianNya ini terlalu besar
dan berharga bagi hambanya yang kerdil ini. Sepanjang menyiapkan kertas projek ini
sesungguhnya terlalu banyak rintangan dan cabaran yang terkadang melemahkan dan
tidak kurang juga mematahkan semangat dan hanya kepadaNya tempat mengadu dan
meminta.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, kertas projek yang bertajuk
“Perkhidmatan Pembiayaan Kenderaan di Bank Simpanan Nasional (BSN) : Satu
Kajian” ini telah berjaya disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih ditujukan kepada Puan “Maffuza binti Salleh”, selaku penyelia kertas
projek ini. Beliau telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar, perhatian,
semangat, nasihat dan panduan dalam bentuk teori dan praktikal kepada pengkaji
sepanjang proses menyiapkan kertas projek ini.

Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta,ayahanda “Migin bin Bidin”,


ibunda “Limah binti Anangs” yang tidak pernah jemu memberikan sokongan,
dorongan, pandangan dan nasihat serta membiayai dari segi kewangan sepanjang
proses kajian dijalankan dan tidak lupa juga kepada kekanda yang dikasihi serta
menjadi inspirasi dan memberi kata-kata semangat untuk berjuang dalam
menyiapkan kajian ini.

Seterusnya, sekalung budi kepada pensyarah-pensyarah Kolej Universiti Islam


Antarabangsa Selangor (KUIS), khususnya kepada pensyarah di Jabatan Undang-
Undang yang mendidik, membantu tanpa penat dan jemu dalam menyumbangkan
ilmu. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan di atas
sumbangan moral, idea-idea dan tenaga bagi menghasilkan kajian ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat dalam membantu dan memberi sokongan serta galakan kepada pengkaji bagi
menyiapkan kertas kerja projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Semoga segala sumbagan dan kerjasama yang telah diberikan akan menjadi satu
ibadah dan mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

Akhir kalam, pengkaji memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah
memberi taufiq bagi menyempurnakan kajian ini, dengan mengharapkan redha Allah
S.W.T semata dan semoga membawa manfaat bagi segenap umat Islam. Pengkaji
mempersembahkan hasil kajian ini dengan kemampuan yang seadanya. Kemaafan
dipinta, di mana sebagai hasil usaha manusia maka kajian ini tidak terlepas dari
kesilapan dan kekurangan. Hanya Allah S.W.T sahaja penganugerahan Taufiq dan
Dialah Pembimbing ke jalan yang benar.

" ‫" إهلى انت مقصودي ورضاك مطلويب‬

Salam Hormat dari pengkaji :

SITI NORATIQAH BINTI MIGIN (17BI01165)


KG. RAMPAYAN LAUT,
JALAN KUDAT, P/S 229,
89158 KOTA BELUD, SABAH
ABSTRAK

Memiliki kenderaan pada hari ini bukan lagi suatu perkara keinginan tetapi juga
merupakan suatu keperluan dalam kehidupan tanpa mengira pekerjaan, status
seseorang mahupun jantina individu tersebut. Oleh itu, masyarakat perlu membuat
pertimbangan yang sewajarnya sebelum membeli kenderaan kerana kos membeli dan
menyelenggara kereta merupakan perbelanjaan kedua terbesar selepas kos pembelian
rumah. Dengan ini pengkaji telah membuat kajian bertajuk “Perkhidmatan
Pembiayaan Kenderaan Di Bank Simpanan Nasional (BSN) : Satu Kajian” yang
menjelaskan perbandingan konsep dan operasi pembiayaan kenderaan secara Islamik
dan Konvensional yang ditawarkan di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembiayaan
kenderaan Islamik di Bank Simpanan Nasional adalah berasaskan kepada konsep Al-
Ijarah Thumma Al Bai (AITAB). Manakala, pembiayaan kenderaan secara
konvensional pula merujuk kepada Akta Sewa Beli 1967. Objektif kajian ini adalah
bagi mengetahui perkhidmatan pembiayaan di Bank Simpanan Nasional. Seterusnya,
mengkaji produk pinjaman dan pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional.
Dan untuk menganalisis kontrak pembiayaan kenderaan yang digunakan di Bank
Simpanan Nasional. Kajian ini menggunakan metode kualitatif. Metode utama
adalah metode dokumentasi untuk mengumpul data dalam penyelidikan, kedua
metode kajian perpustakaan yang dilakukan di beberapa buah perpustakaan di sekitar
Selangor. Metode ketiga adalah metode temubual bagi mendapatkan maklumat
secara lisan daripada responden. Kajian ini mendapati skim pembiayaan kenderaan
secara Islamik menjadi pilihan kebanyakkan pengguna berbanding skim pembiayaan
konvensional. Diharapkan kajian ini dapat memberikan pencerahan kepada
masyarakat serta cadangan kepada mana-mana pihak atau institusi terlibat bagi
memperkasakan peranan Bank Simpanan Nasional khususnya dalam perkhidmatan
dan produk yang patuh syariah dengan lebih efektif. Harapan penulis juga agar
masyarakat bijak dalam menguruskan kewangan mereka dan membuat pilihan
dengan tepat terutamanya dalam urusan pembiayaan secara patuh syariah khususnya
dalam pemilihan pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional.
SENARAI KEPENDEKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan singkatan perkataan bagi beberapa


perkataan yang biasa digunakan. Berikut disertakan singkatan bagi perkataan
tersebut sebagai rujukan.

Singkatan Keterangan
AITAB Al-Ijarah Thumma Al-Bay‘
BBA Bai Bithaman Ajil
BSN Bank Simpanan Nasional
BNM Bank Negara Malaysia
COVID-19 Coronavirus Disease
CLJ Current Law Jurnal
DYMM Duli Yang Maha Mulia
Hlm. Halaman
Ibid (Latin: ibidem) pada tempat, buku atau halaman yang sama
KK Kanun Keseksaan
KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
lwn Lawan
MLJ Malay Law Jurnal
op.cit (Latin: Opera Citato) iaitu dalam karya yang sudah dipetik
atau bahan yang telah dirujuk tetapi dilangkau oleh bahan
lain.
PP Public Prosecutor
S.A.W Sallallahu ‘alaih wa sallam
S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala
v versus
w.b.t Wabarakatuh
& Dan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A : Surat kelulusan permohonan untuk menjalankan temubual


Lampiran B : Soalan Temu Bual

Lampiran C : Jawapan Kepada Soalan Temu Bual

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Senarai Perkhidmatan di Bank Simpanan Nasional 29


Jadua 3.2 Kadar Faedah Bagi Produk BSN Myauto Kumpulan

Pengurusan Tertinggi 32

Jadua 3.3 Caj Bayaran Lewat 39

Jadual 3.4 Kadar Keuntungan Bagi Produk Bsn Myauto-I Skim

Kumpulan Pengurusan Tertinggi 53

SENARAI TRANSLITERASI

HURUF JAWI HURUF RUMI HURUF ARAB HURUF RUMI


‫ء‬،‫ا‬ a , ‘(hamzah) ‫ط‬ Ṭ
‫ب‬ B ‫ظ‬ Ẓ
‫ت‬ T ‫ع‬ ‘
‫ث‬ Th ‫غ‬ Gh
‫ج‬ J ‫ف‬ F
‫ح‬ H ‫ق‬ Q
‫خ‬ Kh ‫ك‬ K
‫د‬ D ‫ل‬ L
‫ذ‬ Dh ‫م‬ M
‫ر‬ R ‫ن‬ N
‫ز‬ Z ‫و‬ W
‫س‬ S ‫ھ‬ H
‫ش‬ Sy ‫ي‬ Y
‫ص‬ Ṣ ‫ة‬ H
‫ض‬ Ḍ

Vokal Pendek Vokal Panjang Diftong

a َ _ ‫َ_ ا‬ a ‘abid ‫عابد‬ ْ‫ ُ _ و‬aw nawm ‫نَوْ م‬

i _ِ ‫ ِ_ ي‬i Imān ‫إيمان‬ ‫ َ_ ي‬ay wayl ‫َويْل‬

u ُ _ ‫ ُ _ و‬u Surah ‫سورة‬

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia,1998, Pedoman Transliterasi Huruf


Arab Ke Huruf Rumi. Kuala Lumpur : Dewan Dan Pustaka

DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK
HALAMAN PENGESAHAN
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK v
SENARAI KEPENDEKAN vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI TRANSLITERASI viii
DAFTAR ISI ix

BAB SATU : PENGENALAN


1.1 Pendahuluan 1
1.2 Permasalahan Kajian 2
1.3 Persoalan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Limitasi Kajian 3
1.6 Metodologi Kajian 4
1.6.1 Metode Penentuan Subjek 4

1.6.2 Metode Pengumpulan Data 5


1.6.3 Metode Penganalisisan Data 6
(a) Pendekatan Induktif 6
(b) Pendekatan Deduktif 6
(c) Pendekatan Komparatif 6

BAB DUA : AMALAN PEMBIAYAAN KENDERAAN DI INSTITUSI


PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA
2.1 Pendahuluan 7

2.2 Sorotan Literatur 8


2.3 Konsep Perbankan Islam 13
2.3.1 Bai’ Bithaman Ajil 13
2.3.2 Ijarah Thumma Bai 14
2.3.3 Mudharabah 14
2.3.4 Musawamah 14
2.3.5 Tawarruq 14
2.3.6 Bai’ As-salam 15
2.3.7 Dhaman 15
2.3.8 Ijarah 15
2.3.9 Istisna 15
2.4 Konsep Perbankan Konvensional 15
2.5 Konsep Pembiayaan Bai Bithaman Ajil Yang Terpakai
Dalam Pembiayaan Kenderaan 16
2.5.1 Hukum dan Keharusan Bai Bithaman Ajil 19
2.5.2 Pihak Yang Berkontrak 22
2.6 Kesimpulan 25

BAB TIGA : KAJIAN PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN KENDERAAN DI


BANK SIMPANAN NASIONAL
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Latar Belakang Penubuhan Bank Simpanan Nasional 27
3.3 Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Bank Simpanan Nasional 28
3.3.1 Produk Dan Perkhidmatan Perbankan Konvensional 30
3.3.1.1 Perbezaan Dari Perspektif Produk 30
3.3.1.2 Produk Pinjaman Kenderaan Secara
Konvensional Di Bank Simpanan Nasional 32
a) BSN MYAuto
b) BSN MYAuto Usedcar
c) BSN MAuto Skim Kumpulan Pengurusan Tertinggi

3.3.2 Perbankan Islam 33


3.3.2.1 Prinsip-Prinsip Syariah Yang Terpakai
Di Bank Simpanan Nasional 34
3.3.2.2 Syarat Kelayakan Pemohon Pembiayaan
Kenderaan Di Bank Simpanan Nasional 36
3.3.2.3 Manfaat Yang Diperolehi 36
3.3.2.4 Tanggungjawab Penyewa Dalam Pembiayaan
Kenderaan Islam di Bank Simpanan Nasional 37
3.3.2.5 Cara Bayaran Ansuran Bulanan 38
3.3.2.7 Penyewa Yang Gagal Memenuhi Syarat Yang
Diperuntukan 39
3.4 Produk Pinjaman Perbankan Konvensional di Bank Simpanan
Nasional 42
3.4.1 Pinjaman Peribadi : Sektor Awam 42
3.4.2 Pinjaman Bercagar : Sandaran BSN Term Deposit 43
3.4.3 Pinjaman Hartanah : Harta Kediaman 44
3.5 Produk Pembiayaan Perbankan Kenderaan Islam Di Bank
Simpanan Nasional 46
3.5.1 BSN MYAuto-I 46
3.5.2 BSN MYAuto-i usedcar 50
3.5.3 BSN MYAuto-i Skim Kumpulan Pengurusan Tertinggi 52
3.6 Aplikasi Kontrak Syariah Dalam Pembiayaan Kenderaan Di
Bank Simpanan Nasional 53
3.6.1 Konsep Al-Ijarah Thummal Al-Bay’ 54
3.6.2 Modus Operandi 60
3.6.3 AITAB Dalam Pembiayaan Perbankan Islam Di Malaysia 64
3.7 Cabaran Bank Simpanan Nasional Dalam Pasca Covid-19 67
3.8 Kesimpulan 71

BAB EMPAT : PENUTUP


4.1 Kesimpulan 72
4.2 Saranan 75
BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN
BAB
SATU
BAB SATU

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Fungsi asas penubuhan bank konversional adalah sebagai tempat orang ramai
menyimpan wang dan juga sebagai tempat bagi mereka mendapatkan bantuan
kewangan melalui pinjaman. Pelanggan-pelanggan biasanya dikelaskan kepada
empat kategori utama iaitu orang perseorangan, perniagaan, sektor awam dan
kumpulan lain-lain. Sebagai tempat untuk menyimpan wang, bank perdagangan
biasanya menyediakan empat jenis kemudahan simpanan iaitu perkhidmatan akaun
simpanan (tabungan), akaun semasa, simpanan tetap dan sijil simpanan boleh niaga.
Jenis perkhidmatan ini mungkin berbeza-beza berdasarkan jenis pelanggan yang
disebutkan tadi. Sebagai tempat untuk meminjam, bank-bank perdagangan biasanya
menyediakan pinjaman untuk keperluan persendirian, perniagaan, kerajaan dan
agensinya, dan kumpulan lain seperti koperasi dan pertubuhan-pertubuhan. Bentuk-
bentuk kemudahan juga terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah overdraf,
pinjaman tetap, surat-surat kredit, surat jaminan dan sebagainya. Selain daripada dua
perkhidmatan asas ini, bank-bank konversional juga menyediakan perkhidmatan
sampingan termasuklah perkhidmatan urusan kiriman wang, tukar wang khidmat
nasihat dan lain-lain. Peranan yang dimainkan oleh bank-bank perdagangan ini
berubah mengikut keadaan dan masa. Bank perdagangan kini telah mula
menawarkan perkhidmatan yang dahulunya hanya boleh didapati dan ditawarkan
oleh institusi kewangan tertentu sahaja. Begitu juga institusi kewangan lain yang
mula menawarkan perkhidmatan yang dahulunya hanya ditawarkan oleh bank
perdagangan.

Oleh itu kajian ini adalah untuk menjelaskan perkhidmatan pembiayaan kenderaan
khususnya di Bank Simpanan Nasional (BSN) sama ada dari sudut jenis-jenis
perkhidmatan, syarat-syarat kelayakan dan lain-lain. Selain itu, dalam kajian ini juga
penulis akan membuat perbanding produk konvensional dengan produk islamik di
BSN.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Memiliki sebuah kereta semestinya menjadi impian setiap orang, tidak kiralah kereta
buatan tempatan atau luar Negara. Namun, hasrat untuk memiliki sesebuah kereta itu
kadangkala terpaksa dipendam begitu sahaja disebabkan oleh pelbagai faktor,
antaranya sukar untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan daripada bank
ataupun institusi kewangan.

Terdapat banyak Institusi yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan dan


pinjaman kenderaan di Malaysia. Masyarakat mempunyai banyak pilihan namun,
masih ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai
perkhidmatan pembiayaan kenderaan khususnya di BSN. Namun, sesuai dengan
perkembangan lanskap kewangan pada hari ini, pelbagai strategi telah dijalankan
oleh pihak bank dan institusi kewangan bagi memberi akses atau memudahkan orang
ramai mendapatkan kereta impian mereka dan dalam hal ini, Bank Simpanan
Nasional (BSN) juga tidak terkecuali.

Seperti perbankan yang lain, BSN juga kompetitif dalam menawarkan perkhidmatan
sewa beli atau hire purchase kepada orang ramai tidak kira dari sektor awam atau
swasta, malah merangkumi golongan professional yang layak. Fokus utama adalah
untuk membantu pelanggan mendapatkan pembiayaan bagi kenderaan mereka.

Sebagai pelanggan, seseorang individu semestinya mahukan bentuk pinjaman atau


pinjaman yang bersesuaian dengan mereka. Namun, harus dilihat juga kepada
keperluan semasa. kereta bukan sahaja dilihat sebagai kehendak tetapi sebagai
keperluan untuk kemudahan diri sendiri dan keluarga. Terdapat banyak bank di
Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini. Penulis terpanggil untuk mengkaji
produk BSN kerana bank ini dilihat dekat dengan masyarakat dan penting adanya
kajian  untuk menngetahui dengan lebih jelas perkhidmatan yang ditawarkan

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah sesuatu kekaburan yang lahir dalam kerangka pemikiran
pengkaji. Persoalan kajian ini juga dapat membantu pengkaji secara tidak langsung
untuk mengkaji dengan lebih fokus dan sistematik kepada subjek kajian berdasarkan
persoalan-persoalan yang timbul. Namun begitu, persoalan ini juga akan timbul di
dalam pemikiran pembaca selepas melihat tajuk kajian. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menimbulkan tiga persoalan kajian iaitu :

1. Apakah perkhidmatan pembiayaan di Bank Simpanan Nasional (BSN).


2. Apakah produk dan modus operandi pinjaman dan pembiayaan kenderaan di
Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Adakah produk pembiayaan kenderaan secara Islamik di Bank Simpanan
Nasional (BSN) mematuhi kehendak syariah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, pengkaji ingin mengkaji mengenai perkhidmatan pembiayaan


kenderaan di Bank Simpanan Nasional : Satu Kajian. Secara khususnya pula tujuan
pengkaji membuat kajian ini adalah :

1. Mengetahui perkhidmatan pembiayaan di Bank Simpanan Nasional (BSN).


2. Mengkaji produk pinjaman dan pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan
Nasional (BSN).
3. Untuk menganalisis kontrak pembiayaan kenderaan yang digunakan di Bank
Simpanan Nasional (BSN).

1.5 LIMITASI KAJIAN


Limitasi kajian sudah tentu mempunyai limitasi dan batasan kajian tertentu kerana
secara tidak langsung akan wujudnya beberapa perkara yang tidak mampu untuk
diterokai seperti melibatkan ruang lingkup dan jangka masa yang lebih panjang.
Justeru, limitasi kajian yang pertama adalah dari aspek batasan bidang, yang mana
pengkaji menumpukan kajian ini terhadap produk pinjaman dan pembiayaan kereta
yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional, Malaysia. Tempoh kajian adalah
dengan menganalisis statistik bagi tahun 2015-2020.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, metode kualitatif merupakan satu proses
inkuiri interpretatif untuk memahami isu dan masalah dengan menonjolkan keunikan
persekitaran kajian. Ia merupakan satu kaedah untuk menerokai atau memahami
individu atau kumpulan yang terlibat secara mendalam yang memerlukan situasi
mereka secara langsung dalam konteks.

Penyelidikan merupakan satu cara yang teratur bagi mencari jawapan kepada
persoalan-persoalan khusus yang dikemukan mengenai sesuatu masalah yang sudah
dikenal pasti mengikut langkah-langkah tertentu yang teratur khas bagi
menghasilkan maklumat baru. Dalam usaha menghasilkan latihan ilmiah yang
berkualiti, pengkaji menggunakan beberapa metode dalam pengumpulan data yang
ingin diperolehi. Antara metode yang digunakan adalah seperti berikut :

1. Metode Penentuan Subjek


2. Metode Pengumpulan Data
3. Metode Penganalisisan Data
1.6.1 METODE PENENTUAN SUBJEK

Metode ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu kajian bagi menentukan ruang
lingkup dan skop kajian. Metode ini juga adalah untuk menentukan subjek atau
kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini subjek yang ingin dikaji oleh pengkaji
adalah Analisis kesalahan yang berhubungan dengan akidah menurut hukum syarak
dan undang-undang di Malaysia. Pemilihan tajuk ini berdasarkan keinginan pengkaji
untuk menganalisis kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan akidah menurut
pandangan hukum syarak dan juga undang-undang di Malaysia.

(1) Kajian Kes


Kajian kes ialah kajian yang menjelaskan satu atau beberapa kes yang spesifik
terhadap unit kecil sosial. Kajian kes memberi fokus kepada kajian aspek secara
mendalam berkaitan sesuatu fenomena, peristiwa, individu, program, aktiviti atau
proses yang unit dan khusus.

1.6.2 METODE PENGUMPULAN DATA

Pengkaji menggunakan metode ini bagi pengumpulan data berdasarkan kesesuaian


kajian yang dijalakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan beberapa
metode dalam usaha mengumpulkan kesemua data menerusi metode dokumentasi,
kajian perpustakaan dan metode temubual.

(1) Metode Dokumentasi

Pengkaji menggunakan metode ini untuk mengumpul data-data dengan menjalankan


kajian terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan masalah kajian. Pengkaji
menggunakan kitab Al-Quran, kitab Hadis, Perlembagaan Persekutuan, Bank Negara
Malaysia, latihan ilmiah dan jurnal. Melalui metode ini, pengkaji memperolehi data-
data yang lebih terperinci dan dapat membantu pengkaji mendapatkan gambaran
yang jelas berhubungan dengan kajian ini.
(2) Metode Kajian Perpustakaan

Bagi mendapatkan maklumat dan berkaitan dengan tajuk, pengkaji perlu membuat
kajian perpustakaan di beberapa buah perpustakaan di sekitar Selangor. Maklumat
yang dikumpul adalah berkaitan dengan perkhidmatan pembiayan kenderaan. Kajian
ini bersumberkan buku ilmiah, tesis dan bahan berkaitan tajuk kajian. Antaranya
perpustakaan yang dikunjungi ialah :

a) Perpustakaan Imam Syafie, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


(KUIS).
b) Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
c) Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

(3) Metode Temubual

Metode temubual bermaksud mendapatkan maklumat secara lisan daripada


responden dengan cara berhadapan. Metode ini amat penting untuk mendapatkan
maklumat kerana kadangkala maklumat yang didapati itu adalah sangat bermakna
untuk kajian pengkaji. Jadi pengkaji akan menemubual seorang Marketing
Executive, Automobile Financing Centre di Bank Simpanan Nasional bagi
mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan perkhidmatan pembiayaan
kenderaan di Bank Simpanan Nasional.

1.6.3 METODE PENGANALISISAN DATA

Bagi kajian kualitatif yang melibatkan data yang direkodkan di dalam teks atau
transkrip, penganalisis data dibuat dalam beberapa kaedah. Bagi kajian ini, tiga
kaedah yang digunakan ialah pendekatan induktif dan deduktif.

(1) Metode Induktif

Metode induktif ialah cara menganalisis data melalui pola berfikir untuk mencari
bukti dari hal-hal yang bersifat umum dan khusus. Metode ini digunakan dalam
menghuraikan data-data seperti latar belakang masalah, dalili-dalil yang bersifat
umum. Penganalisisan telah dibuat berdasarkan data di dalam bab dua dan bab tiga
yang diperolehi dari buku-buku rujukan, artikel, enakmen dan lain-lain yang boleh
membuat dalam menambahkan lagi sumber maklumat yang diperolehi.

(2) Metode Dedutif

Metode ini adalah proses menganalisis data yang tidak melibatkan struktur yang
ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif dan kerap digunakan di
dalam mengorganisasi maklumat dan dapatan kajian yang sedia ada kepada bentuk
paten, kategori serta analisis data kajian secara asas. Terdapat beberapa bahan
rujukan yang telah dihasilkan oleh beberapa orang yang mahir berpengalaman tinggi
dalam isu-isu yang berkaitan misalnya, artikel dan berbentuk secara lebih terbuka
dan bukanlah terlalu spesifik.

(3) Metode Komparatif

Metode Komparatif menurut Abdul Halim Hj Mat Diah ialah “cara membuat
kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap beberapa data yang
diperolehi”, untuk mengetahui mutu dan kesahihannya. Seterusnya dibuat
kesimpulan ke atas hasil analisa perbandingan tersebut.1 Penulis menggunakan
metode ini dalam mencari kesimpulan dan mengenai maklumat perbandingan produk
pembiayaan dan pinjamanan kenderaan konvensional dan Islamik di Bank Simpanan
Nasional (BSN).

1
Abdul Halim bin Haji Mat Diah (1987), “Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi,Kuala
Lumpur: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya”, h. 136
BAB
DUA
BAB DUA

AMALAN PEMBIAYAAN KENDERAAN DI INSTITUSI PERBANKAN


ISLAM DI MALAYSIA

2.1 PENDAHULUAN

Pembiayaan kenderaan merupakan salah satu daripada produk pembiayaan penguna


yang menjadi tumpuan perniagaan hari ini khususnya pembiayaan kenderaan secara
Islam. Dimana, kebanyakan institusi perbankan Islam hari ini telah mendapat
penerimaan dan sambutan yang menggalakkan sama ada dari masyarakat Islam
ataupun bukan Islam. Di samping itu, juga dikatakan agak ringkas dan mudah
diuruskan serta mampu memberi pulangan yang tinggi kepada institusi yang
menawarkannya. Walaupun begitu, perbincangan khusus tentang pembiayaan ini
tidak banyak ditemui berbanding pembiayaan-pembiayaan pengguna lain. Jika ada
sekalipun ia lebih tertumpu kepada perbahasan tentang pembiayaan yang berasaskan
konsep AITAB, BBA, Tawarruq, dan Murabahah. Hal ini boleh dikaitkan dengan
amalan pembiayaan kederaan secara konvensional yang telah bertapak lebih awal
dengan kewujudan Akta Sewa Beli 1967 yang mempengaruhi operasi pembiayaan
kenderaan di dalam Negara dengan polisi dan peraturannya yang telah tersusun dan
diperkemaskan. Dimana dalam sistem perbankan dan kewangan Islam yang telah
bermula sejak tahun 1983 kini berjaya mendapat tepat yang sewajarnya dengan
perkembangan yang amat menggalakkan telah memberikan saingan hebat kepada
sistem konversional sedia ada. Banyak faktor yang menyumbang kepada
perkembangannya, antaranya ialah polisi kerjaan yang menyokong pelaksanaan dan
pembangunannya, sambutan yang menggalakkan dari orang ramai terutamanya
masyarakat Islam dan juga sistem itu sendiri yang mempunyai kelebihan tersendiri
sebagai alternatif kepada sistem sedia ada. Unsur-unsur utama yang amat
dititikberatkan dalam sistem perbankan Islam ialah bebas dari riba, ketidaktentuan
(gharar), perjudian (maisir) dan yang bertentangan dengan kehendak syarak. Dalam
tempoh hampir 30 tahun itu, pelbagai produk berasaskan Syariah yang standing
dengan produk perbankan konvensional telah dibangunkan dan digunakan dengan
meluas oleh masyarakat bagi memenuhi keperluan kewangan mereka. Oleh itu,
dalam bab ini saya akan menjelaskan juga berkaitan dengan prinsip-prinsip yang
digunakan didalam pembiayaan perbankan Islam.

2.2 SOROTAN LITERATUR

Terdapat beberapa penulisan yang telah dihasilkan oleh pakar akademik berkaitan
perkhidmatan pinjaman dan pembiayaan kenderaan di Malaysia khususnya di Bank
Simpanan Nasional. Rujukan dibuat untuk melihat keperluan dan kelompongan bagi
pengkaji meneruskan kajian ini.

Bank Negara Malaysia menyatakan di dalam artikel bertajuk pertimbangan sebelum


membeli kereta baharu. Membeli kereta menjadi impian bagi graduan dan golongan
yang baru bekerja. Kos membeli dan menyelenggara kereta merupakan perbelanjaan
kedua besar selepas kos pembelian rumah. Oleh itu, masyarakat perlu membuat
pertimbangan yang serius sebelum membeli kereta. Statistik daripada Jabatan
Insolvensi Malaysia menunjukkan faktor utama yang menyebabkan kebankrapan
ialah pinjaman kereta. Ini bermakna ramai yang tidak membuat pertimbangan yang
betul apabila membeli kereta. Sekiranya mereka gagal membayar balik pinjaman
tersebut, ia akan menyebabkan mereka boleh diisytiharkan bankrap. Oleh itu,
sekiranya seseorang merancang untuk membeli kereta perlu membuat pengiraan kos
pemilikan kereta secara menyeluruh dan bukan hanya ansuran bulanan. Seringkali,
pengguna menghadapi masalah tentang pemilikan kereta kerana mereka tidak
membuat anggaran pemilikan kos kereta secara menyeluruh. Mereka hanya
mengambil kira bayaran ansuran bulanan, dan dengan angka tersebut mereka telah
membuat pertimbangan terhadap kemampuan untuk membeli kenderaan. Ini adalah
satu kesilapan yang besar.2

2
Bank Negara Malaysia, 2011, Pertimbangan sebelum memberli kereta baharu
Lembaga Pengarah, Bank Simpanan Nasional menghuraikan bahawa Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan sebanyak 4.3% pada 2019
daripada 4.7% pada 2018. Penurunan eksport disebabkan oleh perang dagangan
Amerika Syarikat-China terus melemahkan sentimen dagangan global dan
menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan. Oleh itu, Bank Simpanan
Nasional (BSN) menerapkan amalan menyimpan dan berjimat cermat, dan BSN
berhasrat untuk memudahkan akses setiap rakyat Malaysia dengan produk-produk
dan perkhidmatan perbankan, tanpa ada rakyat Malaysia yang ketinggalan. Walau
bagaimanapun, untuk mencapai hasrat ini, BSN harus kekal kukuh dalam menjana
pendapatan bagi menjamin pertumbuhan jangka panjang di samping terus memenuhi
mandat sosial yang termaktub dalam visi dan misi BSN.3

Ahmad Hizzad mengatakan bahawa Murabahah atau lebih dikenali sebagai jualan
kos campur untung merupakan satu kontrak yang diterima oleh pakar-pakar syariah
seluruh dunia. Kontrak ini dikategorikan sebagai satu kontrak jual beli. Kontrak jual
beli dibenarkan syariat dan kontrak ekuiti juga boleh digunapakai. Kontrak
Mudharabah telah dipraktikan oleh Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengusaha dan
Siti Khadijah sebagai pelabur. Keuntungan dikongsi bersama mengikut kadar
pembahagian keuntungan yang dijanjikan.

Adnan menjelaskan bahawa syariah merupakan satu sistem kehidupan yang lengkap
dan serasi dengan tabiat manusia di atas muka bumi ini dulu, kini dan selama-
lamanya hukum hakamnya diturunkan oleh Pencipta alam dan bukannya digubal
oleh manusia sendiri. Ianya lengkap meliputi keimanan, pelaksanaan/ perlakuan serta
undang-undang kehidupan. Syariah diturunkan Allah kepada seluruh manusia untuk
dijadikan panduan dan pedoman agar kehidupan manusia di muka bumi ini aman dan
sejahtera. Syariah, dalam banyak hal berkisar dalam pengharaman riba, persetujuan
kesemua pihak dalam sesuatu perjanjian, obligasi untuk memenuhi tanggung jawab
seperti tercatit di terma dan syarat serta rekomendasi dalam memberi pengakuan dan
sekuriti/cagaran. Syariah juga bersangkut rapat dengan konsep maslahah iaitu konsep

3
Bank Simpanan Nasional, 2019, Laporan Tahunan
‘menjaga kepentingan awam’. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
keperluan asas (daruriyyat), keperluan biasa (hajiyyat) dan perhiasan (tahsiniyyat).

Sudin menyatakan bahawa pada zaman Islam dahulu Sistem Perbankan Islam
adalah diamalkan seperti simpanan wang dan lain-lain barang berharga. Transaksi
simpanan ini dibuat oleh mereka yang mempunyai harta dan simpanan hanya
diberikan kepada mereka yang mempunyai reputasi amat amanah. Penyimpan ini
hanya akan memilih orang yang terbukti kejujurannya dan keikhlasannya dalam
menyimpan dan memulangkan semula harta benda mereka. Nabi Muhammad s.a.w
menyimpan segala deposit yang dibuat oleh orang ramai sehinggalah pada saat
terakhir sebelum Baginda berangkat dari Makkah ke Madinah, dan melantik
Sayidina Ali r.a untuk memulangkan segala simpanan itu kepada tuan punya. Pada
zaman pertengahan Islam aktiviti perbankan Islam yang menjadi amalan pada era
permulaan Islam masih diteruskan. Sebagai contoh, proses pemindahan wang yang
diamalkan oleh anak-anak Az-Zubair berkembang dan menjadi amalan kebanyakan
penukar-penukar wang. Selain daripada itu pada pertengahan abad keempat Hijrah
terdapat perkembangan baru dalam sejarah perbankan Islam. 4

AB.Mumin juga menjelaskan mengenai Perbankan Islam yang didefinisikan sebagai


perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Ia juga dikatakan sebagai
setiap pertubuhan yang terlibat secara langsung dengan amalan kewangan yang
berdasarkan syariah Islam dan menggunakan kaedah-kaedah fiqh. Selain itu, fungsi
asas penubuhan sesebuah bank ialah untuk memudahkan orang ramai menyimpan
wang dan sebagai tempat bagi mereka mendapatkan kemudahan bantuan pinjaman
kewangan. Dilihat dari sudut ini, terdapat persamaan antara penubuhan perbankan
Islam dan konvensional. Sekalipun wujud kesamaan dari aspek fungsi dan aktiviti
antara kedua-duanya, namun konsep dan teorinya tidaklah sama. Ini kerana terdapat
perbezaan landasan di sebalik penubuhannya. Dari sudut objektif penubuhan bank
konvensional semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan objektif
penubuhan perbankan Islam berdasarkan kepada dua faktor utama, iaitu faktor

4
Sudin Haron, Cetakan ketiga 2008, Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam, Kuala Lumpur
Business School SDN BHD.
agama dan faktor keuntungan. Kemudian, perbankan Islam hendaklah memenuhi
dua kriteria asas berikut (a) ia mestilah dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana
hukum syariah; dan (b) ia hendaklah membantu kearah pencapaian objektif sosio-
ekonomi masyarakat Islam. Oleh itu, perbankan Islam ini adalah merupakan sistem
kewangan yang matlamat asasnya ialah bagi memenuhi pengajaran Islam yang
menentang penjanaan pulangan yang melampau bagi sumber-sumber yang sedia
ada.5

BSN MyAuto pula ada menjelaskan di dalam web BSN itu sendiri berkaitan produk
kemudahan sewa beli kenderaan ini adalah untuk membiayai pembelian kenderaan
yang dikira atas kadar faedah tetap. Kenderaan adalah milik Bank sehinggalah
penyelesaian sepenuhnya pembayaran sewa beli. Operasi pembiayaan sewa beli
kenderaan ini adalah di bawah kawalasan Akta Sewa Beli 1967. BSN juga memberi
perkhidmatan kepada penyewa yang membeli kenderaan baru, unregistered
reconditioned dan kenderaan terpakai terpilih sahaja mengikut syarat-syarat yang
telah ditetapkan. Selain itu, adalah sangat penting untuk anda memaklumkan kepada
Bank (surat menyurat atau email) jika terdapat sebarang perubahan kepada butir-
butir perhubungan anda, bagi memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai dan
tepat pada masanya. Sekiranya memerlukan maklumat tambahan mengenai BSN
MyAuto, sila rujuk di Auto Finance Center (AFC) atau semua cawangan BSN atau
kunjungi laman sesawang BSN www.mybsn.com.my walaubagaimanapun terdapat
beberapa peringatan jika berlaku kemungkiran dalam pembayaran pembiayaan
MyAuto maka tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pihak-pihak yang
terlibat.6

Mohd Yasin Bin Mohd Salleh menyatakan buku panduan ini diterbitkan diantaranya
untuk menjelaskan kepada semua pegawai JPA tentang tatacara pengendalian dan
peraturan yang perlu dipatuhi dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun. Justeru,
buku panduan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pegawai-pegawai JPA serta memastikan semua urusan kewangan dan akaun
5
AB. Mumin AB. Ghani, Cetakan Pertama 1999, Sistem Kewangan Islam Dan Pelanksanaannya di
Malaysia, Percetakan Nasional Malaysia Berhad
6
https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY
dilakukan dengan tepat, cekap, terakur serta berkualiti sejajar dengan JPA “Kepuaan
Pelanggan Keutamaan Kami”. Selain itu, buku panduan ini juga bertujuan untuk
panduan pemohon pinjaman atau pembiayaan kenderaan bagi rujukan pegawai.
Pemohonan yang dikemukakan oleh pegawai adalah tertakluk kepada peraturan dan
pekeliling yang berkuatkuasa seperti yang telah disenaraikan di dalam Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan segala prosedur
pemprosesan tuntutan juga telah dinyatakan. Dengan adanya Buku Panduan
Permohonan / Pembiayaan Kenderaan ini diharapkan memberi manfaat kepada
semua pegawai untuk memastikan permohonan dan dokumen sokongan yang
disertakan adalah lengkap bagi membolehkan urusan pemprosesan dibuat dengan
cepat dan teratur.7

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia menerangkan tujuan pekeliling ini dikeluarkan


adalah untuk menetapkan peraturan dan syarat mengenai pinjaman kenderaan bagi
Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
dan Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis Mengikut lunas-lunas Islam yang
berdasarkan kepada prinsip Al-Bai’ Bithaman ‘Ajil. Bagi maksud pekeliling ini,
kenderaan ditakrifkan sebagai kereta, motosikal, motobot, enjin bot, bot, dan basikal.
Skim pembiayaan ini adalah ditawarkan sebagai satu pilihan dan tidak menggantikan
Skim Pinjaman Kenderaan secara konvensional mengikut Pekeliling Perbendaharaan
WP 9.3. Manakala bagi tujuan pembiayaan pinjaman, kerajaan telah melantik dua
institusi kewangan sebagai bank pembiayaan iaitu BSN dan CIMB. Dimana BSN
menyediakan tiga kategori skim perkhidmatan iaitu pertama kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, kedua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ,
dan ketiga adalah Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis, berbanding dengan CIMB
hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.8

Bank Islam Malaysia Berhad mengkategorikan pembiayaan kenderaan kepada


Kemudahan Pembiayaan Kenderaan-I iaitu pembiayaan bertempoh yang dikira
berdasarkan kadar tetap. Pembiayaan kenderaan-I membolahkan anda memiliki
7
Mohd Yasin Bin Mohd Salleh, Panduan Pengurusan Kewangan & Akaun, Pinjaman Kenderaan, JPA
8
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.3, Skim Pembiayaan Kenderaan Mengikut Prinsip Al
Bai’ Bithaman Ajil Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
kenderaan idaman anda di bawah kontrak Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan
secara Penjualan kepada orang yang menempah (Murabahah To The Purchase
Orderer “MPO”). Manakala kontrak Syariah yang diguna pakai pula adalah Kontrak
Syariah utama yang digunakan dalam produk ini ialah Murabahah Berdasarkan
Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan kepada orang yang menempah iaitu
kontrak jualan dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada
pembeli (iaitu pelanggan). Di bawah kontrak ini, terdapat pesanan dan akujanji untuk
pembelian oleh pelanggan sebelum pemerolehan aset oleh penjual (iaitu Bank).
Ilustrasi mekanisme produk ini adalah Bank melantik pelanggan sebagai ejen
pembeliannya untuk membeli kenderaan daripada pengedar. Kemudian, pelanggan
membeli kenderaan daripada pengedar bagi pihak Bank dan Bank menjual kenderaan
tersebut kepada pelanggan berdasarkan kontrak Murabahah. Pelanggan akan
membayar harga jualan kepada Bank secara bayaran tertangguh. Seterusnya,
pelanggan mencagarkan kenderaan kepada Bank sebagai sekuriti/ cagaran. Dan
seperti biasa, jika pelanggan gagal menjelaskan bayaran bulanan bagi kemudahan
pembiayaan kenderaan-I ini maka tindakan undang-undang boleh diambil
terhadapnya.9

Berdasarka kajian literatur yang telah dilakukan, penulis mendapati terdapatnya


kelompongan dalam kajian-kajian tersebut. Kajian lepas tidak pernah mengkaji dan
menerangkan tentang perbezaan yang ketara di antara pembiayaan kemderaan secara
konvensional dan islamik di Bank Simpanan Nasional. Kajian lepas lebih banyak
memfokuskan tentang sejarah kewujudan sistem kewangan Islam. Manakala,
pendedahan produk konvensional agak kurang dibincangkan khususnya di Bank
Simpanan Nasional (BSN). Oleh itu, penulis merasakan pemilihan tajuk
perbandingan perkhidmatan pembiayaan kenderaan secara Islamik dan Konvensional
di Bank Simpanan Nasional sebagai suatu tajuk baru dalam penulisan kajian
pembiayaan kenderaan. Kajian ini akan lebih mengupas perbandingan dari surut
produk, pinjaman dan lain-lain di BSN.

9
Portal Rasmi BIMB
2.3 KONSEP PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional


melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai
Fiqh al-Muamalat (Peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar
perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba’
(Faedah). Di antara akad Syariah yang selalu digunapakai di dalam perbankan Islam
adalah;

i. BAI’ BITHAMAN AJIL (BBA)

Kontrak yang merujuk kepada transaksi jual beli bagi pembiayaan asset secara
tertunda dan ansuran dengan tempoh bayar balik yang dipersetujui terlebih dahulu.
Harga jualan adalah termasuk margin keuntungan.

ii. IJARAH THUMMA BAI’

Kontrak yang bermula dengan kontrak ijarah bagi tujuan pemajakan asset daripada
pemberi pajak kepada penerima pajak. Seterusnya, pada penghujung tempoh
pajakan, penerima pajak akan membeli asset tersebut pada harga yang dipersetujui
daripada pemberi pajak dengan melaksanakan kontrak belian (bai’).

iii. MUDHARABAH

Kontrak antara dua pihak untuk membiayai usaha niaga. Kedua-dua pihak itu terdiri
Rabb al-Mal atau pelabur yang menyediakan modal semata-mata dan Mudharib atau
usahawan yang menguruskan projek semata-mata. Sekiranya usaha niaga tersebut
menguntungkan, keuntungan akan diagihkan pada nisbah yang telah dipersetujui
terlebih dahulu. Jika perniagaan itu rugi, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh
penyelia modal, melainkan kerugian itu disebabkan oleh kecuaian atau salah laku
Mudharib.
iv. MUSAWAMAH

Jenis jualan am dan biasa yang melibatkan tawar-menawar harga komoditi yang
diperdagangkan antara penjual dengan pembeli tanpa sebarang rujukan kepada harga
dibayar atau kos yang ditanggung oleh penjual. Oleh itu, ia berbeza daripada
Murabahah dari segi formula penentuan harga. Tidak seperti Murabahah, penjual
dalam kontrak Musawamah tidak perlu berunding untuk mencapai harga yang
dipersetujui. Semua syarat lain yang berkaitan dengan Murabahah adalah juga sah
bagi Musawamah.

v. TAWARRUQ

Pengewangan merujuk kepada proses pembelian komoditi pada harga tertunda yang
ditentukan melalui Musawamah (tawar-menawar) atau Murabahah (jualan harga
tokok), dan menjualnya kepada pihak ketiga pada harga semerta untuk memperolehi
wang tunai.

vi. BAI’ AS-SALAM

Kontrak yang melibatkan bayaran secara tunai ketika kontrak dimeterai tetapi
penghantaran aset yang dibeli ditunda ke satu tarikh yang telah dipersetujui terlebih
dahulu.

vii. DHAMAN

Kontrak jaminan yang penjaminnya menaja jamin sebarang tuntutan dan tanggungan
yang mesti ditunaikan oleh pemilik aset. Konsep ini juga boleh digunakan untuk
jaminan yang diberikan ke atas transaksi hutang sekiranya penghutang gagal
melunaskan tanggungan hutangnya.

viii. IJARAH

Kontrak jenis manfaah (usufruk) yang melibatkan pemajakan aset atau kelengkapan
oleh pemberi pajak (pemilik) kepada pelanggan pada kadar sewa yang dipersetujui
dan tempoh pajakan yang ditetapkan terlebih dahulu semasa berlakunya akad
(kontrak). Pemilikan kelengkapan yang dipajak kekal dengan pemberi pajak.

ix. ISTISNA’

Kontrak pesanan belian ke atas aset yang melibatkan pembeli membuat pesanan bagi
membeli aset tersebut untuk diserahkan pada masa hadapan. Pembeli menghendaki
penjual atau kontraktor membina aset tersebut dan menyerahkannya pada masa
hadapan mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam kontrak jual beli. Kedua-dua
pihak mempersetujui harga jual beli dan bayaran jadual kerja yang siap.

2.4 KONSEP PERBANKAN KONVENSIONAL

Sistem bank konvensional moden dikatakan telah wujud kira-kira 850 tahun yang
lalu. Walaubagaimanapun penubuhan Banco della Pizza di Rialto di Venice pada
tahun 1587 dianggap sebagai titik permulaan perkembangan bank moden. Di
England, bank konvensional moden dianggap tidak wujud sebelum tahun 1640 dan
Bank of England hanya ditubuhkan pada tahun 1694.

Istilah bank boleh didefinisikan sebagai institusi kewangan yang berteraskan riba
iaitu penerimaan deposit dengan kontrak pemberian premium atau faedah dan
penyediaan hutang atau pembiayaan dengan dikenakan faedah. Perbezaan kadar
faedah di antara produk deposit dan pembiayaan adalah keuntungan kepada bank.
Bentuk keuntungan yang diperolehi bank seperti asset cair iaitu wang. Menurut
sistem konvensional, wang boleh diklasifikasikan sebagai komoditi yang mempunyai
harga di mana pihak yang memberi pinjaman berhak mendapat pulangan principal
dan premium di atas wang dipinjamkan.

Pelbagai produk yang dikeluarkan oleh pihak bank konvensional yang terdiri
daripada gadaian, kad kredit, overdraf dan pembiayaan peribadi untuk jangka masa
yang pendek. Bagi produk jangkamasa yang panjang pula termasuklah seperti bon,
bil perbendaharaan dan saham keutamaan, kesemua produk yang dihasilkan oleh
bank konvensional ini boleh dikatakan mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana
segala produk yang dijalankan di institusi ini berasaskan keuntungan dalam bentuk
bunga atau ‘interest’ ke atas jumlah pinjaman yang diberikan pihak bank kepada
pelanggan. Jadi timbul pelbagai persoalan yang menyelubungi minda kita sama ada
elok atau tidak kita menggunakan produk tersebut. Tidak dinafikan terdapat unsur-
unsur gharar (ragu-ragu/ketidakpastian) di dalam semua produk bank konvensional.10

2.5 KONSEP PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL (BBA) YANG


TERPAKAI DALAM PEMBIAYAAN KENDERAAN

Selain Al-Ijarah Thumma Al-Bay‘ (AITAB), Bai Bithaman Ajil (BBA) juga adalah
salah satu prinsip yang digunakan dalam perkhidmatan pembiayaan kenderaan. BBA
berasal dari tiga perkataan Arab termasuk huruf jar (ba‟) yang digabungkan iaitu al-
bay’ (‫ )البيع‬bithaman ( ‫ ) بثمن‬dan al-ajil ( ‫) اآلجل‬. Al-bay’ bermakna jual, iaitu memberi
barangan dan mengambil harganya11 atau mengambil sesuatu dan memberi sesuatu,
dinamakan jual kerana setiap orang yang mengambil dan orang yang memberi
menghulurkan tangan masing-masing. Dikatakan juga sebagai bay‘ah kerana dua
orang atau pihak yang bertaat setia dan berjabat tangan.12 Ia juga boleh membawa
kepada dua pengertian iaitu jual dan juga beli sebagaimana yang terdapat dalam al-
Quran “Dan (setelah berlaku perundingan), mereka menjualnya dengan harga yang
murah” (Yusuf 12: 20). Makna al-shira’ (makna bahasa ialah beli) dalam ayat ini
ialah menjual dan dalam hadis pula terdapat “Janganlah seseorang itu menjual atas
jualan saudaranya.” Maksud menjual atas jualan di sini sebenarnya jangan membeli
yang larangan ditujukan kepada pembeli, bukannya kepada penjual.13 Menurut Ibnu
Qudamah, jual beli bermaksud pertukaran harta dengan harta atas dasar memberi
milik dan menerima milik kerana setiap orang yang berakad berbaiah untuk

10
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/download/6918/4580
11
Ahmad ‘Atiyyah Allah, al-Qamus al-Islami (Kaherah : Maktabah al-Misriyyah, 1963), 1: 410.
12
Salih bin Fawzan bin ‘Abdullah al-Fawzan, Min Fiqh al-Mu amalat (Riyadh: Dar Ashbiliya li al-
Nashr wa Tawzi, 2001), hlm 11.
13
Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, terj.
Ridzuan Hashim et al. (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd, 2011), 6: 1195-1196.
mengambil dan memberi sesuatu.14 Bithaman pula bererti dengan harga atau dengan
nilai sesuatu barang atau sesuatu yang menjadi keutamaan dalam jual beli. Ia juga
bermaksud apa yang terhasil dari harta atas dasar reda meredai antara dua orang
yang berakad15 dan al-ajil pula bererti tangguh iaitu tempoh sesuatu dan waktu yang
ditentukan padanya atau penundaan masa atau waktu untuk melakukan sesuatu. Oleh
itu ia disebut sebagai jualan atau jual beli dengan harga tangguh.

Amalan jual beli secara tangguh telahpun wujud pada zaman awal Islam iaitu
Rasulullah s.a.w. sendiri diriwayatkan dari Aisyah r.ha. bahawa baginda membeli
makanan dari seorang yahudi dengan menangguhkan pembayaran dan
menggadaikannya dengan baju besi.16 Begitu juga terdapat beberapa hadis lain yang
menunjukkan ia telahpun diamalkan pada masa itu. Jika dirujuk dalam kitab-kitab
fiqh, BBA juga digelar dengan beberapa nama seperti bay‘ al-taqsit ( ‫) بيع التقسيط‬
yang bermaksud jualan dengan bayaran secara ansuran. Bay‘ al-mu’ajjal ( ‫) بيع المؤجل‬
yang bermaksud jualan yang harga ditangguh, bay‘ al-nasi’ah ( ‫ ) بيع النسيئت‬jualan
dengan penangguhan dan bay‘ al-ajil ( ‫ع اآلجل‬€€‫ ) بي‬yang bermaksud jualan yang
bertangguh yang kesemuanya membawa maksud yang hampir sama.17 Sesetengah
ulama selain Mazhab Maliki menamakannya dengan bay‘ al-‘inah iaitu jual beli
yang bermaksud sebagai helah kepada riba bagi mencapai tujuan yang tidak
dibenarkan syarak.18

14
Abd al-Rahman bin Abu ,Umar Muhammad bin Ahmad Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni al-
Sharh al-Kabir (Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi, 1972), 4: 2; Menurut al-Jaziri pula jual beli
terbahagikan kepada dua makna iaitu makna am ialah pertukaran harta dengan harta melalui cara
tertentu dan makna khasnya pula ialah pertukaran barangan dengan wang melalui cara tertentu. Lihat
Abd al-Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah (Kaherah: Dar al-Hadith, 2004), 2:
119.
15
Ahmad „Atiyyah Allah, al-Qamus al-Islami, 542.
16
Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Salam, no. Hadith 2200. Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin
Isma„il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,” dalam The Translation of the Meanings of Sahih Bukhari, 3:
224.
17
Zaharuddin Abd Rahman, Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas (Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn Bhd, 2009), 32-33. Sesetengah ulama mengatakan bay‘ al-taqsit (ansuran) adalah
termasuk dalam jenis bay‘ al-mu’ajjal (tangguh) kerana bayaran dibuat dalam bentuk bilangan
ansuran yang banyak dan diketahui tempohnya. Lihat Rafiq Yunus al-Misri, Bay‘ al-Taqsit: Tahlil
Fiqhi wa Iqtisadi ed. ke-2 (Damsyik: Dar al-Qalam, 1997), 73.
18
Wahbah al-Zuhayli, al-Mu‘amalat al-Maliyah al-Mu‘asirah (Beirut: Dar al-Fikr al-Mu„asir, 2002),
44-45.
BBA digunakan bagi merujuk kepada transaksi jual beli sesuatu dengan disegerakan
penyerahan barangan (kepada pembeli) dan diakhirkan pembayaran harganya.
Contohnya sesuatu barangan berharga seribu riyal yang dibayar secara tunai akan
menjadi lebih tinggi dari harga tersebut jika dibayar secara tangguh sama ada ia
dibuat secara sekaligus, ansuran bulanan atau tahunan dalam masa ke depan dan ini
dikenali dengan bay‘ al-taqsit.19 Ia sedikit berbeza dengan jual beli biasa yang
penyerahan barang dan pembayaran harganya disegerakan atau secara tunai dan
bertentangan dengan jual salam yang mana penyerahan barang ditangguhkan ke
suatu tempoh masa tertentu tetapi pembayaran harganya dibuat secara tunai. Oleh
sebab bayaran dibuat oleh pembeli hingga ke tempoh tertentu maka pihak penjual
barang dibolehkan mengenakan bayaran yang lebih berbanding bayaran secara
tunai.20 Jualan barang dengan harga tertangguh hanya sah di sisi syarak ke atas
barangan yang bukan ribawi iaitu selain dari emas, perak, mata wang dan barangan
makanan dalam pertukaran sesama jenis yang disyaratkan serah menyerah di satu
majlis akad yang sama.21 Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. mengenai enam
jenis barangan ribawi, di mana sebarang pertukaran yang melibatkan mata wang dan
makanan ruji sesama kategori mestilah dibuat secara tunai.22

Penggunaannya secara meluas dalam konteks perbankan Islam masa kini merujuk
kepada satu kaedah pembiayaan secara Islam yang berdaya saing sebagai alternatif
kepada sistem riba23 yang digunakan untuk memenuhi keperluan masyarakat
memperolehi atau memiliki barangan yang bernilai dan tidak mampu dibayar secara
tunai oleh orang kebanyakan. Ia juga ditakrifkan sebagai satu kontrak perjanjian oleh
pembiaya untuk membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan. Setelah aset atau
barang tersebut dibeli oleh pembiaya, ia akan dijual kepada pelanggan dengan harga
pokok dan dicampur dengan keuntungan. Bagaimanapun, pelanggan terbabit akan
membayarnya secara bertangguh mengikut tempoh masa yang ditetapkan atau

19
Mahmud al-Ansari et al., al-Mawsu‘ah al-‘Ilmiyyah wa al-‘Amaliyyah li al-Bunuk al-Islamiyyah
(Kaherah: al-Ittihad al-Dawli li al-Bunuk al-Islamiyyah, 1982), cet. 1, 5: 384.
20
Mahsin Hj Mansor, Konsep Syariah Dalam Bank Islam (Kuala Lumpur: BIMB, 1983), 31.
21
BIMB, Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam (Kuala Lumpur: BIRT, 1998), 44.
22
Lihat Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, “Aplikasi Prinsip Syariah Kepada Produk Pembiayaan Al
Bay„ Bithaman Ajil (BBA)” dalam Shariah Law Reports, (Januari-Mac 2007), 3.
23
Joni Tamkin Borhan, “Pelaksanaan Prinsip al-Bay„ Bithaman Ajil Dalam Penggunaan Kad Kredit
Islam: Suatu Kajian di Arab-Malaysian Bank Berhad,” Jurnal Syariah 9, no. 2 (2001), 35.
dengan jumlah tertentu secara beransur-ansur.24 Selepas akad dilafazkan, harga
barang tersebut tidak boleh diubah-ubah lagi. Tempoh bayaran ansuran serta
bilangan ansuran perlu dirunding bersama di antara pemilik barang dan pembeli. 25
Masyarakat memperolehi manfaat dari barangan tersebut dan bayaran dibuat secara
ansuran adalah dalam kemampuan kewangan mereka dan pada masa yang sama
institusi kewangan dan perbankan mendapat manfaat keuntungan dalam perniagaan
dari pembiayaan yang diberikan. Ia dilihat masih relevan terutamanya di negara-
negara Asia Tenggara walaupun telah menghadapi penyusutan penggunaannya dan
persaingan dengan kaedah-kaedah lain.

2.5.1 HUKUM DAN KEHARUSAN BAI BITHAMAN AJIL (BBA)

Bai Bithaman Ajil (BBA) merupakan sebahagian daripada jual beli yang diharuskan
dalam Islam. Ini kerana tiada nas yang qat‘ie yang mengkhususkan penegahannya.
Terdapat banyak nas al-Qur‟an dan al-Sunnah yang merujuk kepada keharusan BBA
tetapi kebanyakan ulama berpegang kepada ayat umum berhubung jual beli sebagai
asas utama keharusannya sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran;

‫َ ۚ وأَ َح َّل ٱهَّلل ُ ْٱلبَ ْي َع َو َح َّر َم ٱل ِّربَ ٰو ۟ا‬


َ
Terjemahan: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba.
Al-Baqarah 2: 275

Ayat ini jelas menghalalkan aktiviti jual beli, tidak mengkhususkan kepada mana-
mana jual beli tetapi mengharamkannya jika aktiviti tersebut mengandungi unsur
riba dan perkara-perkara lain yang ditegah dan dihalang berakad dengannya seperti
arak, bangkai dan janin yang telah sabit dengan sunnah dan ijmak. 26 Menurut Imam

24
BIMB, “Modul III: Al-Bay„ Bithaman Ajil” (kertas kerja, Seminar BIMB, Kuala Lumpur: BIMB,
1994), 1; BNM, “Guidelines On Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) for Commercial Banks”
(garis panduan BNM, Kuala Lumpur: BNM, 1993), 4.
25
Mohd Azmi Omar, “Pembiayaan,” dalam Pengurusan Perniagaan Islam, ed. Shiekh Abod dan
Zambry Abdul Kadir (Shah Alam: HIZBI Sdn Bhd, 1991), 206.
26
Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an
(Kaherah: Dar al-Katib al-„Arabi li al-Taba„ah wa al-Nashr, 1967), 3: 356.
Syafie, Allah menyebut jual beli tidak khusus kepada mana-mana jual beli
menunjukkan keharusannya secara umum. Halal sesuatu jual beli itu terbahagi
kepada dua makna iaitu yang pertamanya halal setiap jual beli antara dua pihak bagi
perkara-perkara yang diharuskan apabila berlaku atas dasar reda meredai antara
mereka dan yang keduanya apabila ianya tidak terdapat apa yang dilarang oleh
Rasulullah s.a.w. dan ini termasuklah jual beli secara tangguh ( ‫ ) آجل‬dan jual beli
tunai (‫)عبجل‬27 kerana ia tidak melibatkan unsur-unsur riba dan hanya melibatkan
keuntungan. Di samping ayat di atas terdapat beberapa ayat lagi yang
menguatkannya sebagai kaedah jual beli yang diharuskan iaitu;

َ ‫وا اَل تَأْ ُكلُ ٓو ۟ا أَ ْم ٰ َولَ ُكم بَ ْينَ ُكم بِ ْٱلبَ ٰـ ِط ِل إِٓاَّل أَن تَ ُك‬
‫ون‬ ۟ ُ‫ين َءامن‬
َ َ ‫يَ ٰـٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
َ ‫اض ِّمن ُك ْم ۚ َواَل تَ ْقتُلُ ٓو ۟ا أَنفُ َس ُك ْم ۚ إِ َّن ٱهَّلل َ َك‬
‫ان ِب ُك ْم َر ِحي ًۭما‬ ٍ ۢ ‫تِ َج ٰـ َرةً َعن تَ َر‬
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.
Al-Nisa’ 4: 29

Ayat yang kedua ini menjelaskan larangan kepada orang-orang beriman supaya tidak
mengambil harta orang lain dengan cara yang batil tetapi pada masa yang sama
membenarkan mereka melakukan urusan perniagaan termasuk jual beli dengan cara
saling meredai sesama mereka. Makan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah
mengambil. Al-Quran menggunakan perkataan makan kerana pada kebiasaann
makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta. Salah di sini pula bermaksud
cara yang tidak betul dan perniagaan pula ialah jual beli 28 yang tidak mengandungi
unsur-unsur menindas, riba dan penipuan. BBA yang termasuk dalam kategori jual
beli tidak mengandungi perkara-perkara batil yang disebutkan di atas. Begitu juga
dengan ayat di bawah;

ُ‫ين َءا َمنُ ٓو ۟ا إِ َذا تَ َدايَنتُم بِ َد ْي ٍن إِلَ ٰ ٓى أَ َج ۢ ٍل ُّم َس ۭ ًّمى فَٱ ْكتُبُوه‬
َ ‫ۚ يَ ٰـٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, Apabila kamu
27
menjalankan
Abu „Abd sesuatu
Allah Muhammad urusan
bin Idris dengan
al-Shafi„i, hutang
al-Umm piutang
(Beirut: yang „Ilmiyyah,
Dar al-Kutub diberikan1993),
3: 3. tempoh sehingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu
28
Mustofamenulisnya
Al-Khin, Mustofa Al-Bugho
(hutang dan Ali
dan masa Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, 1197.
bayarannya).
Al-Baqarah 2: 282
Ayat ketiga di atas dengan jelas mengharuskan urusniaga secara berhutang dan BBA
adalah termasuk dalam salah satu bentuk berhutang29 yang perlu ditulis dengan teliti
dan jelas tempoh dan jumlahnya bagi mengelak terjadi masalah di masa hadapan di
antara pihak yang bermuamalat. Perintah menulis hutang yang dikehendaki di sini
bukan setakat dalam bentuk tulisan tetapi juga perlu kepada saksi kerana tulisan
tanpa saksi tidak boleh dijadikan hujah.30

Manakala dari nas al-Sunnah pula terdapat tiga riwayat (satunya telah dinyatakan
sebelum ini) yang dijadikan sandaran tambahan kepada keharusan kaedah BBA
dalam urusan muamalat. Hadis diriwayatkan dari Salih bin Suhayb dari bapanya,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

, ‫ واخالط البر بالشهير‬, ‫ البيع الى اجل‬, ‫ثالث فيهن البركة‬


‫للبيت الللبيع‬.
Maksudnya:
“Tiga perkara yang terdapat berkat di dalamnya iaitu; jual beli dengan
bertangguh, muqaradah (mudarabah) dan mencampurkan tepung
dengan gandum untuk ahli keluarga dan bukan untuk dijual.” (Hadis
riwaayat Ibnu Majah)

Pernah salah seorang sahabat membuat pembelian buah-buahan secara tangguh dan
Nabi s.a.w. tidak membantahnya. Malah Nabi s.a.w. menyuruh orang ramai supaya
bersedekah kepadanya bagi membantunya melangsaikan hutang tersebut.31 Ulama
terdahulu tidak membincangkan secara khusus tentang BBA dalam bab-bab tertentu
di dalam kitab-kitab mereka tetapi membincangkannya secara sampingan dalam

29
Ab Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia (Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999), 418.
30
al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 3: 382-383.
31
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Buyu„, Bab minhu wa akhazu al-ghurama‟ ma wajadu no. Hadith
922. Lihat Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushayri al-Nisaburi, “Sahih Muslim,” dalam
Mukhtasar Sahih Muslim, 2: 247.
perbahasan topik fiqh muamalat utama lain kerana urusniaga ini agak baru
diperkenalkan dalam sistem kewangan Islam32 dan tidak melibatkan urusniaga yang
besar dan kritikal sebagaimana yang berlaku dalam sistem perbankan pada zaman
moden ini. Namun begitu kefahaman dan maksud jelas yang terkandung di dalam
kitab-kitab mereka tidak lari dari matlamat asal jual beli supaya tidak mengandungi
unsur-unsur riba dan perkara-perkara yang menyalahi Syariah. Walaupun hukumnya
yang harus ini tidak dipertikaikan oleh kesemua ulama terdahulu tetapi mereka
berselisih tentang penambahan harga apabila barang itu dijual secara tangguh.
Terdapat banyak perbahasan di kalangan ulama berhubung perkara ini berdasarkan
kepada dalil dan hujah masing-masing.

2.5.2 PIHAK YANG BERKONTRAK

Pihak yang mengikat kontrak BBA adalah terdiri dari penjual dan pembeli. Dalam
konteks perbankan hari ini penjual adalah terdiri dari pembiaya (bank) dan pembeli
pula adalah pelanggan. Penjual dan pembeli disyaratkan seperti berikut ;

a. Berakal (mumaiyiz). Jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang gila
adalah tidak sah kerana mereka tidak berakal.33 Begitu juga dengan mereka yang
tidak dibenarkan menguruskan hartanya sendiri atau disekat kerana tidak waras
dan tidak mempunyai kelayakan seperti terlalu boros, muflis dan sakit yang
boleh membawa maut.34

b. Bebas membuat pilihan ketika berkontrak. Maksudnya kontrak dilakukan dengan


bebas, tanpa paksaan serta meredai dengan sepenuh hati urusan yang dibuat.

32
Ab Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia, 418; al-Misri,
Bay‘ al-Taqsit: Tahlil Fiqhi wa Iqtisadi, 73.
33
Lihat Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Damsyik: Dar al-Fikr, 2010), 4: 122.
34
Ketiga-tiga mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengharuskan kanak-kanak mumayyiz berjual beli
dengan keizinan wali. Mumaiyyiz diukur apabila seseorang kanak-kanak mencapai umur 7 tahun
genap mengikut Hanafi dan memasuki usia tersebut bagi mazhab lain. Mengikut Mazhab Hanbali
kanak-kanak yang belum mumaiyyiz pula dibolehkan berjual beli bagi perkara-perkara kecil dan
mudah sahaja. Walau bagaimanapun Mazhab Syafie dan Hanbali tidak membenarkan jual beli kanak-
kanak sekiranya mereka tidak berkeahlian dalam perkara tersebut. Ibid., 126-127; Ibnu al-Humam,
Sharh Fath al-Qadir, 74. Lihat juga Osman Sabran, Urus Niaga al-Bai‘ Bithaman Ajil Dalam
Mekanisme Pembiayaan Tanpa Riba, 13.
Dalam kes-kes tertentu paksaan dilakukan dengan sebab yang diiktiraf syarak
boleh menjadikan sesuatu jual beli itu sah seperti orang yang sengaja melambat-
lambatkan hutangnya sedangkan dia mempunyai barangan tetapi enggan
menjualkannya. Hakim berhak memaksa orang itu menjualnya untuk tujuan
menjelaskan hutang.35

c. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan. Penjual dan pembeli
mempunyai kepentingan dan tanggungjawab yang berbeza di antara satu sama
lain yang membabitkan hukum mengambil barangan yang dibeli dan hukum
memperolehi harga barangan yang dijual. Walau bagaimanapun hukum ini
dikecualikan bagi kes jual beli yang dijalankan oleh penjaga iaitu bapa ke atas
harta anaknya dan juga hakim (pemerintah) terhadap harta mereka yang tidak
berkeupayaan menguruskannya kerana sifatnya yang mempunyai hak terhadap
orang yang berada di bawah tanggungan dan jagaannya.36

d. Boleh melihat. Kedua-dua pihak penjual dan pembeli hendaklah mempunyai


keupayaan penglihatan yang baik ketika mereka berkontrak. Jual beli yang
dilakukan oleh orang buta adalah tidak sah kerana wujudnya kejahilan yang
ketara. Untuk tujuan itu orang buta perlu mewakilkan kepada orang lain untuk
membeli atau menjual bagi pihaknya.37

Menurut Imam Syafie, empat kategori orang yang tidak sah untuk berakad iaitu
kanak-kanak sekalipun sudah mumayyiz, orang gila, hamba sekalipun sudah
mukallaf dan orang buta.38 Mazhab Maliki pula memasukkan orang hilang akal dan
mabuk sebagai tambahan di samping orang gila dan kanak-kanak yang belum
mumayyiz dengan memberi penekanan bahawa kedua-dua belah pihak mestilah

35
Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji , Kitab Fikah Mazhab Syafie , 1200-
1201.
36
Ibid., 1201-1202; al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 123.
37
Ibid., 1202.
38
al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah, 2: 128; Sulayman bin Muhammad al-Bujayrimi,
Hashiah al-Bujayrimi ‘ala Sharh al-Khatib, (t.tp., t.p., t.t.), 3: 11. Sesetengah ulama menamakan
sebagai al-rushd iaitu mereka yang cukup umur (baligh) dan boleh mengurus agama dan hartanya
dengan baik. Orang gila dan orang yang disekat disebabkan safih tidak termasuk dalam pengertian ini.
Lihat Shams al-Din Muhammad Al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz
al-Minhaj (Beirut: Dar al-Fikr, 2004), 2: 11.
terdiri dari orang mukallaf, cerdik, tiada paksaan dan barang yang diurusniaga bebas
dari pemilikan orang lain.39

2.6 KESIMPULAN

Panduan prinsip al-ijarah thumma al-bay (AITAB) yang digunakan dalam


pembiayaan kenderaan merupakan konsep utama dan meluas digunakan bukan
sahaja di BMMB tetapi dalam sistem perbankan Islam di Malaysia khususnya bagi
kemudahan pembiayaan kenderaan secara Islam. Pada prinsipnya, pembiayaan sewa
beli ini lebih menekankan tanggungjawab pembayaran balik pembiayaan ke atas
pelanggan sepenuhnya dengan mengekalkan hakmilik aset kepada pihak pembiaya.
Sekiranya berlaku tunggakan, pihak pembiaya lebih berkuasa dan mudah melakukan
proses pengambilalihan semula. Ia dikatakan lebih rumit kerana mengandungi dua
al-Malatawi, Fiqh al-Mu‘amalat ‘ala Mazhab al-Imam Malik, 73; al-Jaziri, Kitab Fiqh ‘ala al-
39

Madhahib al-Arba’ah, 134.


kontrak utama iaitu sewaan dan belian yang perlu dilaksanakan secara berasingan
dan berturutan. Manakala, kaedah

(BBA) telah lama digunakan sejak awal penubuhannya lagi. Dalam tempoh tersebut,
ia telah mengalami perubahan sesuai dengan persekitaran dan tuntutan semasa yang
mahu melihat ia dibuat menepati kehendak syarak. Kaedah ini bukan hanya
digunakan bagi pembiayaan kenderaan tetapi juga pernah digunakan bagi
pembiayaan perumahan dan pembiayaan pengguna yang lain. Walaupun kaedahnya
adalah sama, pembiayaan kenderaan tidak mempunyai unsur bay‘ al-‘inah
sebagaimana yang pernah terdapat dalam pembiayaan perumahan dan pembiayaan
pengguna yang lain. Dulu konsep jual beli BBA agak kabur, kini telah ada
penambahbaikan seperti menggabungkan konsep wakalah dan wa‘d. Dari segi
teorinya, kaedah yang digunakan menyerupai jualan tangguh yang dipersetujui oleh
kebanyakan ulama terdahulu, namun dalam sesetengah keadaan ia masih lagi
terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki dan diatasi disebabkan peranan
bank sebagai pengantara kewangan yang bertindak memberi pembiayaan kepada
pelanggannya. Secara umumnya, pembiayaan kenderaan tidak menghadapi masalah
mendapatkan sokongan dari masyarakat terutamanya yang berpegang dengan Islam
sepenuhnya memandang kaedah Islam yang digunakan dan juga kerana entiti penuh
Islam institusi perbankan itu sendiri yang menjadi pelopor kepada system perbankan
Islam dalam Negara.
BAB
TIGA

BAB TIGA

KAJIAN PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN KENDERAAN DI BANK


SIMPANAN NASIONAL (BSN)

3.1 PENDAHULUAN

Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan salah sebuah institusi kewangan Islam
di Malaysia yang memiliki lebih 7,200 kakitangan dan disokong oleh 390 cawangan,
38 Pusat Kewangan Mikro, 728 Mesin Juruwang Automatik (ATM), 360 Mesin
Deposit Tunai (CDM) dan lebih 4,000 Ejen Bank BSN berdaftar di seluruh negara
(setakat 31 Disember 2019). BSN memberi perkhidmatan kepada lebih 9 juta rakyat
Malaysia di seluruh negara dengan deposit dan simpanan berjumlah RM51 bilion.
BSN terus mengorak langkah yang progresif dalam melaksanakan peranan yang
dimandatkan di samping mengukuhkan peranannya sebagai penyedia perkhidmatan
kewangan yang penting terutamanya kepada golongan yang kurang mendapat
perkhidmatan kewangan (underserved) di Malaysia. Pelan Strategi Korporat 3 tahun
BSN (2019 hingga 2021) telah menggariskan pelbagai langkah strategik bagi
memantapkan lagi halatuju BSN di dalam lanskap sektor kewangan negara. Bagi
tahun 2020, penekanan halatuju BSN memfokuskan penggemblengan usaha ke arah
mendigitalisasikan perkhidmatan BSN supaya lebih banyak perkhidmatan
berasaskan digital yang efisien, berkualiti dan menyeluruh dapat ditawarkan kepada
pelanggan. BSN melancarkan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih (Mobile
Banking) dan Corporate Desktop Banking (CDB) kepada pelanggan individu dan
korporat. Pelancaran perkhidmatan Mobile Banking akan membolehkan urusan
perbankan diakses di mana sahaja. Manakala CDB akan memantapkan lagi
perkhidmatan BSN kepada sektor korporat.

Secara ringkasnya, Bank Simpanan Nasional telah berjaya memanfaatkan trend dan
teknologi terkini untuk kekal tangkas dan relevan dalam persekitaran yang sentiasa
berubah dan memastikan peluang-peluang perbankan yang saksama agar dapat
dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, sepanjang masa.

3.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN BANK SIMPANAN NASONAL(BSN)

Bank Simpanan Nasional (BSN) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Disember 1974 dan
dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Hussein iaitu Perdana Menteri
Malaysia yang kedua. Penubuhan ini diiringi dengan mandat yang jelas kearah
mempertingkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia dengan menggariskan
lima matlamat utama yang masih relevan dan menjadi prinsip utama kewujudannya
hingga ke hari ini ;
i. Menggalakkan dan mengembleng simpanan, terutama dari penyimpan
bersimpanan kecil.
ii. Menyemai tabiat berjimat cermat dan suka menabung.
iii. Menyediakan saluran bagi masyarakat umum untuk menyimpan wang.
iv. Menggunakan dana Bank untuk pelaburan, termasuk membiayai pembangunan
ekonomi Negara.
v. Memelihara kepentingan pelabur dan lain-lain pelanggan.

VISI – Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan

BSN berhasrat untuk memberi semua warga Malaysia peluang untuk menikmati
kehidupan yang lebih baik dengan memungkinkan masa depan kewangan yang lebih
baik melalui rangkaian yang meluas dan perkhidmatan yang pelbagai.

MISI – membina perhubungan jangka panjang yang penuh bermakna dengan setiap
pelanggan kami bagi memastikan mereka akan terus mendapat akses kepada
kehidupan yang lebih baik dengan ;

i. Menyediakan saluran untuk menyimpan dan melabur bagi orang awam dengan
menawarkan rangkaian perkhidmatan perbankan yang komprehensif.
ii. Menggalakkan dan menggembleng simpanan, terutamanya daripada penyimpan-
penyimpan kecil.
iii. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan.
iv. Menggunakan dana Bank untuk pelaburan termasuk membiayai pembangunan
ekonomi negara.

Seterusnya, BSN juga wujudkan polisi Pemberian Maklumat sebagai panduan


kepada setiap kakitangan dan pihak ketiga (“Pemberi Maklumat”) yang mempunyai
hubungan perniagaan dengan Bank Simpanan Nasional (“Bank”) untuk
mendedahkan sebarang maklumat penyelewangan, menyalahi undang-undang, tidak
beretika dan sebarang kesalahan yang boleh membawa kepada Kelakuan Tidak
Wajar.
BSN juga menawarkan perkhidmatan perbankan yang komprehensif merentasi
komuniti Bandar, luar Bandar dan pedalaman di Malaysia melalui rangkaian
cawangan BSN dan Ejen Perbankan BSN (EP BSN) yang meluas dalam memastikan
keterangkuman kewangan kearah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup
rakyat Malaysia.40

Selain itu, BSN juga ada menawarkan pelbagai produk konvensional mahupun
islamik contohnya Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i). Dimana, terdapat pakej
pembiayaan khusus di bawah produk Pembiayaan Peribada (BSN MyRinggit/i) yang
menawarkan kadar keuntungan dan faedah yang kompetitif kepada golongan khas
seperti kakaitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai pengurusan tinggi,
doktor dan pegawai perubatan. Dan BSN juga menawarkan produk pembiayaan lain
seperti pembiayaan perumahan (MyHome/i), pembiayaan kenderaan (BSN
MyAuto/i), pembiayaan mikro dan banyak lagi 41. walaubagaimanapun, kajian ini
adalah lebih memfokuskan kepada pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan
Nasional (BSN).

3.3 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI BANK SIMPANAN


NASIONAL (BSN)

Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pelbagai produk servis perbankan,


seperti perbankan peribadi, perbankan Islam, dan perbankan perniagaan. Selain itu,
BSN juga mempunyai anak syarikat yang menguruskan dana amanah iaitu
Permodalan BSN Berhad, dan pengurusan insurans iaitu Prudential BSN Takaful
Berhad dan Gibraltar BSN Life Berhad. Kemudian, antara produk perbankan
peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional ialah akaun deposit, kad
kredit dan kad debit, pembiayaan peribadi dan juga pengurusan harta. Perbankan
peribadi ditawarkan dalam bentuk perbankan konversional dan juga perbankan
islamik. BSN juga menawarkan pembiayaan perniagaan dalam bentuk pinjaman
40
Laporan Tahunan BSN 2019
41
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/231318/bsn-sedia-pakej-pembiayaan-menarik
Micro untuk usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Jadual
dibawah menujukkan senarai perkhidmatan di BSN.

Jadual 3.1 : Senarai Perkhidmatan di Bank Simpanan Nasional

DEPOSIT PINJAMAN

BSN GIRO Pinjaman Peribadi ;


Sektor Awam
BSN Basic Savings Pinjaman Peribadi ;
Sektor Swasta
BSN Giro Akaun Syarikat Pinjaman Bercagar ;
MyRinggit Sandaran BSN Term Deposit
BSN MyFirst Pinjaman ASB : BSN MyRinggit ASB

BSN Smart Junior BSN MyHome (Hartanah Kediaman)

BSN Giro eSaver BSN MyHome


(Program Perumahan Rakyat)
BSN sedar BSN MyHome
(Program Perumahan Rakyat)
BSN Skim Galakan Simpanan BSN MyHome (Hartanah Komersial)
Pelajar
BSN Term Deposit BSN MyAuto

BSN MyAuto Kumpulan Pengurusan


BSN Term Deposit Senior Citizen Tertinggi
BSN MyAuto UsedCar

BSN Micro

Sumber :Portal Rasmi BSN ; https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-


MY
3.3.1 PRODUK DAN PERKHIDMATAN PERBANKAN KONVENSIONAL

Pembiayaan perbankan konvensional di Bank Simpanan Nasional menawarkan


Pinjaman konvensional iaitu sebuah jenis pinjaman yang mengikut Prinsip
Pembiayaan Konvensional di mana pemberi pinjaman memberi pinjaman kepada
peminjam dan mendapat keuntungan melalui kadar faedah yang dikenakan ke atas
jumlah pinjaman. Bagi pinjaman hartanah, pinjaman membayar kadar faedah
berdasarkan baki jumlah pinjaman. Kadar faedah boleh tetap atau berdasarkan kadar
terapung. Misalnya dalam Produk BSN MyRinggit Eksekutif-1 adalah pelan
pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan kepada kakitangan professional,
iaitu mereka yang bekerja sebagai kakitangan GLA dan kakitangan swasta. Jumlah
pinjaman yang ditawarkan agak tinggi. Begitu juga tempoh bayaran balik yang
panjang sehingga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan dan
rendah. Manakala, bagi pembiayaan kenderaan konvensional pula tidak begitu jauh
berbeza dengan konsep yang digunakan secara islamik. Dimana, pembiayaan
kenderaan secara islamik adalah berasaskan AITAB manakala pembiayaan
kenderaan secara konvensional adalah dengan merujuk kepada Akta Sewa Beli 1967.
Walaubagaimanapun, tiap-tiap produk ini berbeza dari sudut terma dan syarat
mengikut pinjaman yang dipilih.

3.3.1.1 PERBEZAAN DARI PERSPEKTIF PRODUK

Aspek lain yang membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvesional
adalah melalui produk-produk yang dipasarkan. Antara perbezaan tersebut ialah:42

i. DEPOSIT

Dalam produk deposit, perbankan Islam menstruktur produk tersebut dengan


menggunakan kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah iaitu simpanan dengan jaminan.
Hibah atau hadiah boleh diberikan kepada penyimpan, tertakluk kepada budi bicara
Bank-bank. Berbeza dengan produk akaun simpanan di bank konvensional, setiap
pemegang akaun dijanjikan pulangan tertentu untuk simpanan yang dibuat.
Bank Muamalat Malaysia Berhad, Perbandingan Antara Perbankan Islam Dan Konvensional,
42

Wahlitho Printing Sdn. Bhd


Akibatnya, berlakulah riba kerana di dalam produk akaun simpanan, pihak bank
telah meminjam duit yang disimpan oleh pelanggan bagi menjalankan aktiviti-
aktiviti perniagaannya. Justeru, sebarang pertambahan dalam bentuk pulangan
kepada simpanan pelanggan adalah dikira sebagai riba daripada transaksi pinjaman.

ii. PEMBIAYAAN

Dalam pembiayaan, perbankan Islam menstruktur produk tersebut dengan


menggunakan pelbagai kontrak Syariah seperti BBA, murabahah, istisna, ijarah, dan
sebagainya. Contohnya, proses pembiayaan peribadi misalnya dibuat menerusi
kontrak jual beli yang menghasilkan hutang (debt/dayn) seperti Bai’ Al-Inah dan
juga tawarruq. Hutang yang dihasilkan bukan dari kontrak pinjaman tetapi kontrak
jual beli. Keuntungan yang diterima dari perbankan Islam adalah hasil daripada
‘profit rate’ dalam bentuk harga jualan. Berbeza dengan perbankan konvensional di
mana pelanggan akan menerima hutang hasil pinjaman wang daripada bank dan
keuntungan yang diterima bank berdasarkan ‘interest rate’ atau dikenali riba.

iii. PELABURAN

Dalam kontrak pelaburan, perbankan Islam menggunakan konsep perkongsian


keuntungan dan risiko yang sebenar dan tidak membebankan kedua-dua pihak atau
salah satu pihak yang terlibat. Sebagai contoh, di dalam kontrak Al-Mudharabah
(pelaburan), pelanggan sebagai pelabur dan bank sebagai pengusaha berkongsi
keuntungan ketika mendapat keuntungan, manakala kerugian akan ditanggung oleh
pelabur. Ini bertepatan dengan kaedah feqah yang bermaksud “setiap pulangan
adalah dengan risiko”.

Perkongsian untung dan risiko secara sebenar ini adalah adil dan tidak
membebankan mana-mana pihak yang terlibat. Berbeza dengan pelaburan
konvensional yang menjanjikan pulangan tetap di awal kontrak, yang mana
pelaburan ini tidak melibatkan perkongsian sebenar di antara pihak terlibat. Pulangan
tetap yang dijanjikan di awal kontrak pelaburan adalah riba dan haram dalam Islam.

3.3.1.2 PRODUK PINJAMAN KENDERAAN SECARA KONVENSIONAL


DI BANK SIMPANAN NASIONAL

a) BSN MYAUTO

i. Kadar faedah yang kompetitif


ii. Kemudahan bayaran balik melalui pelbagai platform BSN
iii. Margin Pembiayaan :
 Minimum : RM25,000
 Maksimum : Sehingga 90% daripada harga jualan
iv. Tempoh Pembiayaan :
 Minimum : 36 bulan
 Maksimum : Sehingga 108 bulan (tertakluk pada umur persaraan)
v. Terbuka kepada kenderaan baru nasional, bukan nasional dan kenderaan import
dibaik pulih belum didaftar (unregistered reconditioned vehicle) yang terpilih
sahaja
vi. Kadar faedah : Daripada 2.35% hingga 3.00% setahun

b) BSN MYAUTO USERCAR

Ciri-ciri yang hampir sama dengan BSN MyAuto, Cuma berbeza dari sudut;
i. Margin Pembiayaan :-
 Minimum : RM20,000
 Maksimum : Sehingga 90% daripada harga jualan
ii. Terbuka untuk semua kenderaan terpakai yang diterima oleh BSN sahaja.
iii. Jangka Hayat Kenderaan :
 Maksimum : 15 tahun (Rujuk tahun diperbuat) pada akhir tempoh pembiayaan.
iv. Kadar faedah : Daripada *3.00% hingga 3.80% setahun
c) BSN MYAUTO KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Ciri-ciri yang hampir sama dengan BSN MyAuto, Cuma berbeza dari sudut;
i. Kadar pembiayaan yang istimewa
ii. Nikmati keutamaan dalam pemprosesan permohonan (Green Lane Priosity)
iii. Margin Pembiayaan :-
 Minimum : RM50,000
 Maksimum : Sehingga 90% daripada harga jualan
iv. Kelayakan :
 Warganegara Malaysia.
 Golongan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang terdiri daripada :
a. Sektor Kerajaan
b. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
c. Agensi Berkaitan Kerajaan (GLA)
d. Badan Berkanun
v. Kadar faedah

Jadual 3.2 : Kadar Faedah Bagi Produk BSN Myauto Kumpulan


Pengurusan Tertinggi

TEMPOH KATEGORI KENDERAAN


PEMBIAYAAN

Kenderaan Bukan Nasional


Nasional & Dibaik
Pulih Belum Didaftar

3 – 4 Tahun 2.53% setahun 2.85% setahun

5 – 9 Tahun 2.63% setahun 2.95% setahun

Sumber :Portal Rasmi BSN ;


https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY
3.3.2 PERBANKAN ISLAM

Pembiayaan pinjaman Islamik pula mengikuti Prinsip Pembayaran Islam yang


menghindari urus niaga yang berasaskan kepada Riba. Pinjaman Islam
memperkenalkan konsep membeli sesuatu bagi pihak peminjam dan menjualnya
kembali kepada peminjam bagi mendapatkan keuntungan. Kadar faedah yang
dikenakan bagi pinjaman Islamik akan ditetapkan di dalam kontrak. Seperti
Pembiayaan Konvensional, kadar faedah juga boleh menjadi tetap atau berdasarkan
kadar apungan. Misalnya dalam produk BSN MyRinggit-i PRIMA iaitu pelan
pembiayaan Islamik yang dikhususkan kepada pengamal perubatan. Sama ada
pelanggan sedang berkhidmat sebagai pengamal perubatan atau ingin pembiayaan
untuk menjalankan perniagaan sendiri, ini adalah pelan yang boleh pelanggan
mohon. Pelan pembiayaan peribadi BSN ini menawarkan jumlah pembiayaan yang
tinggi dengan caj kadar keuntungan yang berpatutan.

3.3.2.1 PRINSIP-PRINSIP SYARIAH YANG TERPAKAI DI BANK

SIMPANAN NASIONAL (BSN)

i. AL- IJARAH THUMMA AL-BAI’ (AITAB)

AITAB merujuk kepada dua kontrak, ijarah (sewa) dan Bai’ (Jualbeli) di mana
perjanjian tersebut diambil secara berasingan dan mengikut turutan. Di bawah
kontrak pertama (Ijarah), penyewa menyewa kenderaan dari pemilik kenderaan pada
kadar dan tempoh sewaan yang dipersetujui. Selepas tamat tempoh sewaan atau
mana-mana tempoh penjelasan awal atau apa-apa kemungkinan (events of default)
penyewa memasuki kontrak kedua (Bai’) untuk membeli kenderaan tersebut dari
pemilik pada harga yang dipersetujui.

ii. WA’D (AKUJANJI)


Urusniaga berasaskan wa’d dan murabahah komoditi, yang mana satu produk urus
niaga yang dilihat berkemampuan untuk melindungi kedua-dua belah pihak yang
berkontrak dan selaras dengan peraturan-peraturan syarak.43

Prinsip wa’d ini dapat diaplikasikan dalam pembiayaan di Bank Simpanan Nasional
(BSN), yang mana anda (penyewa) bersetuju dan mengakujanji untuk menyewa
kenderaan dan seterusnya membeli kenderaan tersebut setelah tamat tempoh sewaan
dan / atau mana-mana tempoh penjelasan awal dan / atau pada bila-bila masa yang
diputuskan oleh Bank jika berlaku apa-apa kemungkiran (events of default)
Perjanjian Sewa Beli-I termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan anda
membayar amaun sewaan.

Sekiranya anda (penyewa) gagal memenuhi akujanji yang telah dipersetujui, pihak
Bank mempunyai hak untuk menguatkuasakan akujanji tersebut dengan menamatkan
Perjanjian dan menjual kenderaan kepada anda melalui notis pemakluman
pemberitahuan harga jualan kenderaan yang perlu dibayar. Oleh itu, anda mesti
membeli kenderaan tersebut dari Bank dan membayar harga jualan dalam tempoh
masa yang diberikan. Pihak Bank akan memegang kenderaan tersebut sebagai
cagaran untuk mendapatkan semua pembayaran seperti yang telah ditetapkan pada
harga jualan.

Sekiranya anda gagal dan ingkar dengan kewajipan untuk membayar harga jualan
dalam jangka masa yang ditetapkan seperti di dalam notis atau sebarang notis lain
yang dikeluarkan oleh Bank berhak menjual kenderaan kepada mana-mana pihak
ketiga atas harga yang dipersetujui antara pihak ketiga dan Bank. Apabila pihak
ketiga telah melaksanakan bayaran penuh penjualan kenderaan tersebut, ia akan
menjadi milik pihak ketiga tersebut (mengikut mana-mana yang mungkin). Jika
harga penjualan tersebut tidak mencukupi untuk menyelesaikan harga jualan Bank,

43
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/938039/20121107_S_G_0005.pdf/a8d0837f-bca1-
aeac-fb50-57931ba14c4e?t=1592212076223
Bank berhak untuk menuntut kekurangan dari anda melalui apa-apa tindakan
undang-undang yang difikirkan sesuai oleh Bank.

iii. HAMISH JIDDIYAH

Fi tempahan yang diberikan oleh anda (penyewa) untuk menjamin Wa’d penyewaan
kenderaan daripada pemilik kenderaan (Bank). Sekiranya anda membatalkan hasrat
untuk membeli kenderaan setelah membuat pembayaran dan sekiranya melanggar
Wa’d, maka 90% daripada Hamish Jiddiyah akan dipulangkan kepada anda melalui
pengedar manakala baki Hamish Jiddiyah akan digunapakai sebagai gantirugi pihak
agen / pengedar.

iv. WAKALAH (WAKIL)

Bank akan melantik pengedar kenderaan sebagai wakil untuk menerima bayaran
tempahan dan wang sekuriti daripada anda.

v. WAKALAH (AGEN PERKHIDMATAN)

Bank akan melantik anda sebagai wakilnya untuk penyelenggaraan dan pembaikan
kenderaan biasa dan utama dengan mendapat perlindungan Takaful sepanjang
tempoh penyewaan.

3.3.2.2 SYARAT KELAYAKAN PEMOHON PEMBIAYAAN KENDERAAN


DI BANK SIMPANAN NASIONAL

BSN memberi perkhidmatan kepada penyewa yang membeli kenderaan baru,


unregistered reconditioned dan kenderaan terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini
terbuka kepada :
a) Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas (tertakluk kepada had
umur tidak melebihi 60-65 tahun (berdasarkan jenis skim yang dipilih) pada
tarikh tamat tempoh pembiayaan – yang mana lebih awal.
b) Mana-mana kakitangan organisasi yang mempunyai kemudahan potongan gaji
melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), Jabatan Akauntan Negara (JANM),
Kakitangan kerajaan, Badan Berkanun dan juga kakitangan yang termasuk di
bawah skim tanpa potongan gaji.
c) Bekerja tetap dan mempunyai pengalaman tidak kurang dari enam (6) bulan
semasa memohon.
d) Had potongan Gaji : tidak melebihi 60% daripada gaji bulanan, termasuk
bayaran ansuran pembiayaan ini.
e) Tidak diisytiharkan bankrap

3.3.2.3 MANFAAT YANG DIPEROLEHI

i. Kadar keuntungan : Kadar Tetap (flat rate)


ii. Tarikh mula bayaran ansuran bulanan adalah sebulan selepas tarikh pembiayaan
dikeluarkan.
iii. Jumlah margin pembiayaan yang tinggi : Minimum RM25,000.00 atau sehingga
90% daripada harga di atas jalan (OTR Price) atau berdasarkan margin
pembiayaan bagi skim yang dipilih.
iv. Tempoh Pembiayaan : minimum 3 tahun atau sehingga 9 tahun.
v. Dibuka untuk kenderaan baru, kenderaan yang dipulih semula dan belum
didaftarkan (unregistered reconditioned) & kenderaan terpakai terpilih sahaja.
vi. Saluran bayaran mudah, melalui potongan gaji atau di mana-mana Cawangan
BSN.

 Kadar keuntungan adalah ditetapkan oleh pihak Pengurusan BSN dari semasa ke
semasa. Contoh di atas adalah untuk ilustrasi sahaja, ia mungkin tidak
menunjukkan keadaan atau tanggungjawab sebenar untuk setiap pembiayaan
MyAuto-i.
3.3.2.4 TANGGUNGJAWAB PENYEWA DALAM PEMBIAYAAN
KENDERAAN ISLAM DI BANK SIMPANAN NASIONAL

i. Jika pilihan pembayaran melalui potongan gaji, ansuran bulan pertama atau jika
potongan gaji gagal, anda perlu membayar ansuran bulanan anda di kaunter
sehingga potongan gaji berjaya dilakukan.
ii. Lakukan pembayaran melalui cara bayaran yang dibenarkan oleh BSN (jika
bukan melalui potongan gaji).
iii. Simpan semua resit dan surat-menyurat berkaitan dengan Perjanjian Sewa Beli-i
dan Kad Jaminan.
iv. Pastikan kandungan Perjanjian Sewa Beli-i yang sama seperti dalam Jadual
Kedua (Second Schedule).
v. Sentiasa mengemaskini alamat terbaru sekiranya bertukar alamat.

Kadar Tetap (Ilustrasi) :

Ansuran Sewaan Bulanan :


Bulan 1 – 107 RM905.00

Bulan 108 (bulan terakhir) RM805.00

Jumlah bayaran keseluruhan pada akhir tempoh 9 tahun RM97,640.00

 Contoh di atas adalah untuk Ilustrasi sahaja. Ia mungkin tidak menunjukkan


keadaan atau tanggungjawab sebenar untuk setiap pembiayaan MyAuto-i.

3.3.2.5 CARA BAYARAN ANSURAN BULANAN

i. Bayaran akan dibuat melalui potongan gaji di bawah Biro Perkhidmatan Angkasa
(BPA) atau Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau;
ii. Sekiranya potongan gaji gagal dilakukan dan bayaran ansuran bulan melalui
potongan gaji anda boleh membayar ansuran bulanan anda melalui cara bayaran
berikut ;
1) Arahan Tetap
2) Tunai di kaunter
3) Perbankan Internet myBSN
4) BSN ATM/CDM
5) Lain-lain cara yang dibenarkan BSN

3.3.2.6 FI DAN CAJ-CAJ YANG PERLU DIBAYAR

Duti setem seperti di bawah adalah dinyatakan di bawah Akta Duti Setem 1949
(Pindaan 1989)

i. Duti Setem : RM10 untuk setiap Perjanjian Sewa Beli-i.


ii. Duti Setem : RM10 akan dikenakan bagi setiap Perjanjian Jaminan (sekiranya
perlu)
iii. Duti Setem : RM10 untuk setiap Service Agency Agreement

 Semua fi adalah dengan sekali pembayaran sahaja. Sebarang perubahan pada fi


& caj akan dimaklumkan 21 hari lebih awal daripada tarikh efektif melalui notis
pemakluman yang akan dihantar / ditampal di Cawangan atau dimuat naik di
laman sesawang BSN www.mybsn.com.my

3.3.2.7 PENYEWA YANG GAGAL MEMENUHI SYARAT YANG


DIPERUNTUKAN

Caj bayaran lewat berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi) :

Ta’widh (caj ganti rugi ke atas pembayaran lewat) akan dikenakan ke atas jumlah
sewa bulanan yang tertunggak, dikira setiap hari dari tarikh tamat tempoh bayaran
sewa sehingga satu hari sebelum tarikh bayaran dibuat.

Jadua 3.3 : Caj Bayaran Lewat

Dalam tempoh Ansuran bulanan tertunggak x 1% x Bil. hari tertunggak


pembiayaan 365
Selepas tamat Baki Pembiayaan x IIMM* x Bil. hari tertunggak
tempoh 365
pembiayaan Nota: *Kadar Pasaran Wang antara Bank-Bank Islam
(IIMM) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia
(BNM) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke
semasa.

Sumber :Portal Rasmi BSN ;


https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY

Hak Untuk Tolak-Selesai ;

i. Pihak BSN berhak untuk menolak selesai baki belum jelas dalam akaun
pembiayaan menggunakan sebarang baki kredit dalam mana-mana akaun anda
bersama BSN, tertakluk kepada persetujuan dan pemakluman kepada pelanggan.
ii. Pihak BSN mempunyai hak untuk menarik balik kenderaan sekiranya anda gagal
membuat bayaran ansuran selama dua (2) kali berturut-turut atau gagal dalam
membuat bayaran bagi ansuran terakhir atau dalam situasi penyewa meninggal
dunia, gagal dalam membuat bayaran ansuran tertunggak selama empat (4) kali
berturut-turut. Semua perbelanjaan yang terlibat semasa proses pemikiran semula
akan dikenakan kepada pelanggan.
iii. Pihak BSN berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas anda
(Penyewa) bagi melunaskan baki hutang dan sekiranya ini berlaku boleh
memudaratkan kedudukan kredit anda di masa depan.

Maklumat tambahan ;

i. Jika membayar sebahagian dari ansuran bulanan,


 Penerima sebahagian dari ansuran bulanan pada bila-bila masa tidak akan
menyebabkan variasi atau pindaan terhadap kewajipan anda untuk membuat
bayaran ansuran bulanan sepenuhnya seperti yang termaktub.
 Pihak bank berhak untuk menuntut pembayaran ansuran sepenuhnya pada bila-
bila masa.

ii. Apabila penyewa melangsaikan sepenuhnya pembiayaan sebelum tarikh matang ,


 Anda (penyewa) berhak untuk mendapatkan rebat (Ibra’) ke atas Caj bertempoh
untuk tempoh pembiayaan yang tidak digunakan. Pengiraan adalah berdasarkan
formula yang tercatat di dalam Akta Sewa Beli 1967.

Rebat = n (n + 1) X TC n = Baki Tempoh Sewa (bulan)


(Ibra’) N (N + 1) N = Tempoh Sewa Asal (bulan)
TC = Caj Terma (caj keuntungan)

iii. Perlindungan Takaful

Penyewa perlu mengambil perlindungan takaful. Perkara ini dinyatakan di bawah


Akta Sewa Beli 1967, perlindungan takaful adalah menjadi kewajiban kenderaan
yang disewa sepanjang tempoh sewaan.

 BSN sebagai pemilik akan bertanggungjawab memastikan kenderaan tersebut


dilindungi di bawah sijil perlindungan takaful komprehensif atas nama anda untuk
tahun pertama sahaja.
 Untuk tahun-tahun yang berikutnya, penyewa sebagai ejen perkhidmatan adalah
bertanggungjawab memperbaharui sijil takaful di bawah sijil perlindungan takaful
komprehensif termasuk perlindungan force majeure. Anda juga
bertanggungjawab untuk memberitahu BSN berkenaan pembaharuan sijil takaful
dalam jangka masa 14 hari sebelum sijil tamat.

iv. Keperluan kepada penjamin adalah bergantung kepada keupayaan kredit anda.

v. Risiko – Di bawah Akta Sewa Beli 1967, Bank berhak untuk menarik balik
kenderaan sekiranya anda gagal membuat bayaran ansuran selama dua (2) kali
berturut-turut atau gagal dalam membuat bayaran bagi ansuran terakhir atau
dalam situasi penyewa meninggal dunia, gagal dalam membuat bayaran ansuran
tertunggak selama empat (4) kali berturut-turut.

vi. Sekiranya kereta anda ditarik semula oleh bank,


 Penyewa harus membayar jumlah penuh ansuran pembiayaan tertunggak dan
perbelanjaan sampingan yang ditanggung oleh BSN untuk membuat penarikan
kenderaan. Perbelanjaan sampingan adalah seperti :

a. Kos penarikan / penundaan kenderaan


b. Kos penyimpanan kenderaan

 Memperkenalkan pembeli baru kenderaan pada harga yang dinyatakan di dalam


notis.

vii. Sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan penyewa, adalah


sangat penting untuk anda (penyewa) memaklumkan kepada BSN (surat
menyurat atau emel) jika terdapat sebarang perubahan kepada butir-butir
perhubungan anda, bagi memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai dan
tepat pada masanya.

viii. Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mngenai BSN MyAuto-i, sila
rujuk di Auto Finance Center (AFC) atau semua cawangan BSN atau kunjungi
laman sesawang BSN www.mybsn.com.my 44

3.4 Produk Pinjaman Perbankan Konvensional di Bank Simpanan Nasional


(BSN)

Pelbagai produk pinjaman yang ditawarkan di Bank Simpanan Nasional, misalnya


pinjaman peribadi, pinjaman hartanah, pinjaman bercagar, pinjaman ASB, pinjaman
kenderaan dan seumpamanya. Beberapa pinjaman yang dinayatakan pula terbahagi
kepada beberapa jenis pinjaman lain, misalnya pinjaman peribadi BSN menawarkan
kepada dua kategori iaitu Sektor awam dan Eksekutif-1, kemudian pinjaman bagi
jenis Hartanah pula, ditawarkan dalam 3 kategori iaitu BSN MyHome (Hartanah
Kediaman), BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) dan BSN MyHome
(Hartanah Komersial) dan seterusnya. Oleh itu, penulis akan menjelaskan beberapa
produk pinjaman secara konvensional yang ada di Bank Simpanan Nasional.
44
https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY
3.4.1 Pinjaman Peribadi : Sektor Awam

i. Kelayakan
 Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 60 tahun (tertakluk pada umur
persaraan semasa tempoh pinjaman tamat)
 Bekerja di sektor kerajaan / agensi kerajaan / syarikat berkaitan kerajaan /
organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA.
 Pendapatan minimum RM1500 sebulan
 Kakitangan tetap yang telah berkhidmat selama 3 bulan dan ke atas
 Kakitangan kontrak / sementara (telah berkhidmat selama 12 bulan dan ke atas)
 Pemegang akaun BSN GIRO/i

ii. Maklumat Pinjaman


Kadar Tetap Kadar Terapung

Kadar Faedah 4.60% hingga 6.99% BR + 1.75% hingga BF


+ 3.77%

Kadar Faedah Tanpa Tambahan 1% terhadap kadar faedah di atas


Insurans

Had Pinjaman Minimum : RM5,000


Maksimum : RM200,000

Tempoh Pinjaman Sehingga 10 tahun

3.4.2 Pinjaman Bercagar : Sandaran BSN Term Deposit

i. Kelayankan :
 Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (tidak melebihi 65 tahun pada
tarikh tamat tempoh pinjaman)
 Pemegang sijil BSN Term Deposit yang sah.

ii. Ciri-ciri :
 Penjamin – Tanpa memerlukan penjamin. Cuma cagaran Sijil BSN Term Deposit
pelanggan.
 Had Pinjaman Minimum – RM5,000
 Had Pinjaman Maksimum – 95% daripada nilai Sijil BSN Term Deposit anda
 Tempoh Pinjaman Minimum – Dua (2) Tahun
 Tempoh Pinjaman Maksimum – Sepuluh (10) Tahun
 Saluran Pembayaran – Arahan Tetap BSN

iii. Kadar

Amaun Pinjaman Kadar Faedah

< RM100,000 BR + 2.50%

≥ RM100,000 BR + 2.00%

Pengiraan Ansuran Bulanan

Amaun Pinjaman RM99.500 RM100,000

Tempoh 5 Tahun 5 Tahun

Faktor 19.5427 19.3096

Pinjaman Tempoh Faktor Pengiraan Ansuran


(RM) (Tahun) (RM)

99,500 5 19.5427 99.5 X 1,945


19.5427

100,000 5 19.3096 100 X 1,931


19.3096

iv. Caj Bayaran Lewat (LPC)

Ansuran bulanan tertunggak x 1% x Bil.hari tertunggak


365

3.4.3 Pinjaman Hartanah : Harta Kediaman

i. Ciri-ciri & Manfaat


 Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun * (yang mana
terdahulu) ketika tempoh pinjaman tamat.
 Margin pembiayaan sehingga 95% (tertakluk pada Terma dan Syarat) daripada
harga belian daripada pemaju (termasuk MRTA).
 Mudah dimohon – disediakan di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara..
 Pelbagai pilihan saluran pembiayaan ;
- Cawangan BSN / Akaun Simpanan
- Arahan Tetap / Akaun Simpanan
- GIRO Antara Bank (IBG)

ii. Pakej Yang Ditawarkan

Pakej Butiran
Pakej Cagaran Khas untuk Kakitangan Kerajaan dan Agensi Kerajaan
Kedua lain yang layak mendapat pinjaman perumahan.

Sebagai pinjaman tambahan, sekiranya pinjaman sedia ada


tidak mencukupi.
Pakej 2 Generasi Pinjaman bersama yang terdiri daripada 2 generasi ibu
dan/ atau bapa dan anak (masih di institusi pengajian dan
berumur 21 tahun ke atas).

Nikmat tempoh pinjaman yang lebih lama.

Anak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat


Diploma dan ke atas serta akan tamat pengajian dalam
tempoh tiga (3) tahun.
Ibu bapa berpendapatan tetap / stabil untuk tempoh lima
(5) tahun lagi.

iii. Kadar Faedah

Kadar Untung Efektif


Amaun Pinjaman Tempoh Hartanah Siap dan Dalam Pembinaan
Non - FEC FEC
RM100,000
dan ke bawah KA + 3.00% KA + 3.00%

>
RM100,000
Sehingga KA + 0.60% KA + 0.75%
<
RM300,000 Sepanjang
tempoh
RM300,000
Sehingga KA + 0.50% KA + 0.65%
<
RM500,000

RM500,000 KA + 0.40% KA + 0.55%


dan ke atas

 Tambahan 0.15% ke atas kadar faedah di atas untuk pinjaman tanpa Insurans.
 Kos kemasukan bukan kewangan (Non- FEC) adalah 90% +5% MRTA;
 Kos kemasukan kewangan (FEC) terpakai bagi pembeli rumah pertama dan
kedua dengan margin pinjaman sehingga 90% daripada harga belian + 10% (5%
MRTA + 5% Yuran Guaman dan Yuran Penilaian Harta).
3.5 PRODUK PEMBIAYAAN KENDERAAN DI BANK SIMPANAN
NASIONAL (BSN)

Kemudahan Sewa Beli kenderaan ini adalah untuk membiayai pembelian kenderaan
yang dikira atas kadar faedah tetap. Kenderaan adalah milik Bank sehinggalah
penyelesaian sepenuhnya pembayaran sewa beli. Operasi pembiayaan sewa beli
kenderaan ini adalah di bawah kawalan Akta Sewa Beli 1967.45

3.5.1 BSN MYAUTO-i

Kemudahan ini diberikan kepada pelanggan untuk membiayai sebahagian pembelian


kenderaan. Setelah kemudahan diluluskan, suatu Perjanjian AITAB akan dibuat di
antara pelanggan sebagai penyewa dan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai
pemilik kenderaan tersebut. Kadar keuntungan bagi kemudahan AITAB dikira
berdasarkan kadar tetap bagi tempoh kemudahan tersebut. Tempoh maksimum bagi
kemudahan tersebut adalah 9 tahun sahaja.46

i. KONSEP SYARIAH YANG DIGUNAKAN

Berdasarkan kontrak Al-Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB), yang merujuk pada dua
kontrak, iaitu Ijarah dan Bai’, di mana perjanjian tersebut diambil secara berasingan
dan mengikut turutan. Di bawah kontrak pertama, penyewa menyewa barangan dari
pemilik barangan pada kadar dan tempoh sewaan yang dipersetujui. Selepas tamat
tempoh sewaan, penyewa boleh memasuki kontrak kedua untuk membeli barangan
tersebut dari pemilik barang pada harga yang dipersetujui.

ii. MANFAAT

45
https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY
46
https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY
a. Kadar faedah yang kompetitif
b. Kemudahan bayaran balik yang boleh dilakukan di mana-mana platform BSN.
c. Margin Pembiayaan :
 Minima RM25,000 atau
 Maksimum : Sehingga 90% daripada harga jualan.
d. Tempoh Pembiayaan :
 Minima 36 bulan dan
 maksima sehingga 108 bulan (tertakluk kepada umur persaraan).
e. Terbuka kepada kenderaan baru nasional, bukan nasional dan kenderaan import
belum didaftar (unregistered reconditioned vehicle) terpilih sahaja.

iii. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


a. Kadar Keuntungan
 Daripada 2.35 % hingga 3.00 %
 Kadar keuntungan individu mungkin berbeza mengikut kategori dan atas
budi bicara BSN.

b. Kelayakan
1. Pemohonan Dengan Kemudahan Potongan Gaji
 Kakitangan organisasi yang ada kemudahan Biro Perkhidmatan Angkasa
(BPA).
 Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP)
 Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon Dan tidak
melebih umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
 Berjawatan tetap dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 6 tahun.
 Tidak bankrap.
 Jumlah pemotongan gaji ‘Tidak’ melebihi 60% daripada jumlah gaji bulanan,
termasuk bayaran ansuran pembiayaan ini.

Dokumen yang Diperlukan :


 Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon
 Salinan KP (depan & belakang)
 Salinan slip gaji untuk tiga (3) bulan terkini
 Salinan Lesen Memandu yang sah
 Borang BPA 1/79 (untuk Skim BPA); atau
 Borang Arahan Potongan Gaji BSN 09-A (untuk Skim SKAP)
 Surat Pengesahan Majikan yang perlu mengandungi butiran berikut :
o Nama
o Jawatan
o Status Jawatan
o Tarikh Mula Berkhidmat
o Pendapat Bulanan
o Elaun Tetap (Jika ada)

2. Pemohon Tanpa Kemudahan Potongan Gaji


 Kakitangan swasta dan organisasi terpilih.
 Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon dan tidak
melebihi umur 65 tahun semasa tamat pembiayaan.
 Tidak bankrap
 Berjawatan tetap dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan.
Kakitangan yang berkhidmat dalam Organisasi berikut :
a) Panel Pemaju terpilih.
b) Hospital Swasta terpilih
c) Syarikat Telekomunikasi
d) Institusi Kewangan yang berlesen
e) Universiti dan Kolej Swasta terpilih
f) Syarikat Multinasional & Syarikat Tempatan yang diperbadankan
g) Kumpulan PETRONAS (Pegangan saham majority oleh Petronas)
h) Badan Berkanun
i) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) & Agensi Berkaitan Kerajaan (GLA).
j) Syarikat Senaraian Awam terpilih
k) Golongan Profesional- Doktor, Arkitek, Peguam, Akauntan atau lain-lain
golongan professional yang diiktiraf.
Dokumen yang Diperlukan

 Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohonan.


 Salinan KP (depan & belakang)
 Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
 Salinan lesen memandu yang sah.
 Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang
EA.

Penjamin (Jika ada)

 Salinan KP (depan & belakang).


 Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
 Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang
EA.

iv. CAJ BAYARAN LEWAT BERDASARKAN KEPADA TA’WIDH (GANTI


RUGI)

Ta’widh (Caj ganti rugi ke atas pembayaran lewat) akan dikenakan ke atas jumlah
sewa bulanan yang tertunggak, dikira setiap hari dari tarikh tamat tempoh bayaran
sewa tersebut sehingga satu hari sebelum tarikh bayaran dibuat.

Dalam Tempoh Pembiayaan

Ansuran bulanan tertunggak x 1 % x Bil. Hari tertunggak

365

Setelah tamat tempoh Pembiayaan

Baki Principal x IIMM* x Bil. Hari Tertunggak

365

v. FI & CAJ
 DUTI SETEM
Seperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989)
RM 10 untuk salinan Penyewa bagi Perjanjian Sewa Beli-i
RM 10 untuk salinan perjanjian Penjamin (Sekiranya berkenaan).
RM 10 untuk Perjanjian Agensi Perkhidmatan.
 Sebarang perubahan kepada fi & caj akan dimaklumkan 21 hari sebelum tarikh
berkuat kuasa melalui notis pemakluman yang akan dihantar / ditampal di
Cawangan BSN atau dimuat naik di laman web BSN www.bsn.com.my.

Ilustrasi:

Jumlah Pembiayaan : RM80,000.00 Tempoh Bayaran : 9 tahun


(108 bulan)
Caj Terma (Caj Keuntungan) : Kadar Keuntungan Efektif : 4.55 %
Kadar Tetap : 2.45% setahun setahun.

3.5.2 BSN MYAUTO-i USEDCAR

Produk pembiayaan kenderaan MyAuto-i usedcar adalah lebih kurang sama dengan
pembiayan kenderaan MyAuto-i seperti diatas, malah asas konsep syariah yang
digunakan juga adalah sama iaitu dengan berdasarkan kontrak Al-Ijarah Thumma
Al-Bai (AITAB). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan terma-terma
diantara dua produk ini iaitu dari sudut manfaat dan kelayakan seperti yang
dinayatakan dibawah ;

i. MANFAAT
a. Kadar keuntungan yang kompetitif
b. Kemudahan bayaran melalui pelbagai platform BSN
c. Margin Pembiayaan :
 Minimum : RM20,000
 Maksimum : Sehingga 90% daripada harga jualan
d. Terbuka kepada semua kenderaan terpakai yang diterima oleh BSN sahaja.
e. Tempoh Pembiayaan :
 Minimum : 36 bulan dan
 Maksimum : 108 bulan (tertakluk pada umur persaraan)
f. Jangka Hayat Kenderaan :
 Maksimum : 15 tahun (rujuk tahun diperbuat) pada akhir tempoh
pembiayaan.

ii. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


a. Kadar Keuntungan
 Daripada *3.00% hingga 3.80% setahun.

b. Kelayakan
 Kakitangan Sektor Kerajaan dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).
 Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon dan Tidak
melebihi umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
 Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (status tetap atau kontrak).
 Tidak bankrap
 Jumlah pemotongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji bulanan,
termasuk bayaran ansuran pembiayaan ini.

Dokumen Yang Diperlukan (Pemohon)

 Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon,


 Salinan KP (depan & belakang),
 Salinan lesen memandu yang sah,
 Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini,
 Surat memberi kuasa kepada BSN membuat semakan kredit,
 Salinan penyata bank atau penyata KWSP atau surat pengesahan cukai terkini
daripada LHDN, dan
 Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN, jika perlu.

Penjamin (Jika ada)

 Salinan KP (depan & belakang)


 Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
 Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA.
3.5.3 BSN MYAUTO-i SKIM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Bagi produk ini, Kumpulan Pengurusan Tertinggi diklasifikasikan sebagai golongan


peringkat pengurusan daripada pangkat Gred 52 (atau setara) dan ke atas tertakluk
pada pendapatan minimum RM10,000 sebulan.

Kadar Pasaran Wang antara Bank Secara Islam (IIUM) yang ditentukan oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
Sebarang perubahan kepada fi dan caj akan dimaklumkan 21 hari sebelum tarikh
berkuat kuasa melalui notis pemakluman yang akan dihantar / ditampal di cawangan-
cawangan BSN atau dimuat naik di lman web BSN www.bsn.com.my.

i. MANFAAT
a. Kadar pembiayaan yang istimewa
b. Nikmat keutamaan dalam memproses permohonan (Green Lane Priority)
c. Kemudahan bayaran melalui pelbagai platform BSN
d. Terbuka kepada kenderaan baru nasional, bukan nasional dan kenderaan import
dibaik pulih belum didaftar (unregistered reconditioned vehicle) terpilih sahaja.
e. Margin Pembiayaan :
 Minimum : RM50,000
 Maksimum : sehingga 90% daripada harga jualan
f. Tempoh Pembiayaan :
 Minimum : 36 bulan
 Maksimum : 108 bulan (tertakluk pada umur persaraan)

ii. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


a. Warganegara Malaysia

b. Golongan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang terdiri daripada :


 Sektor Kerajaan
 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
 Agensi Berkaitan Kerajaan (GLA).
 Badan Berkanun.

c. Dokumen yang diperlukan (Pemohon)


 Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon
 Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
 Salinan slip gaji untuk satu (1) bulan terkini; dan
 Kad Nama / Perniagaan

d. Kadar Keuntungan

Jadual 3.4 : Kadar Keuntungan Bagi Produk Bsn Myauto-I Skim


Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Tempoh Kenderaan Bukan Nasional & dibaik Kenderaan Nasional


Pembiayaan Pulih Belum Didaftar (Unregistered
Reconditioned)
3 - 4 Tahun 2.53% setahun 2.85 % setahun
5 – 9 Tahun 2.63% setahun 2.95% setahun

Sumber :Portal Rasmi BSN ; https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-


MY

3.6 APLIKASI KONTRAK SYARIAH DALAM PEMBIAYAAN


KENDERAAN DI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Konsep syariah yang digunakan di dalam pembiayaan kenderaan antaranya adalah


berdasarkan kontrak Al-Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB), yang merujuk pada dua
kontrak iaitu Ijarah dan Bai’, di mana perjanjian tersebut diambil secara berasingan
dan mengikut turutan. di bawah kontrak pertama, penyewa menyewa barangan dari
pemilik barangan dari pemilik barangan pada kadar dan tempoh sewaan yang
dipersetujui. Selepas tamat tempoh sewaan, penyewa boleh memasuki kontrak kedua
untuk membeli barangan tersebut dari pemilik barang pada harga yang dipersetujui.
Konsep AITAB ini digunakan dalam ketiga-ketiga produk dalam pembiayaan
kenderaan secara Islamik di BSN iaitu BSN MyAuto-i, BSN MyAuto-i Usedcar, dan
BSN MyAuto-i Skim Kumpulan Pengurusan Tertinggi

3.6.1 KONSEP AL-IJARAH THUMMAL AL-BAY’ (AITAB)

AITAB adalah singkatan dari al-ijarah thumma al-bay‘(‫ )االجارة ثم البيح‬yang bererti
sewa kemudian beli iaitu satu kontrak muamalat yang menggabungkan al-ijarah
(sewa) dan al-bay‘ (jual beli). Al-ijarah berasal dari perkataan al-ajr ( ‫ ) األجر‬yang
bermaksud balasan di atas kerja atau gantian di atas kerja 47, ganjaran yang dibalas,
juga disebut sebagai al-ujrah yang bermaksud upah atau sewa al-kira’(‫راء‬€€‫) الك‬
sebagai gantian kepada manfaat yang diperolehi kerana menggunakan sesuatu. Al-
ajr biasanya digunakan bagi merujuk ganjaran akhirat dan al-ujrah pula merujuk
kepada ganjaran dunia. Dari segi bahasa ia juga bermakna apa yang diberikan
sebagai balasan atas kerja yang dilakukan dan juga dikenali sebagai jual beli
manfaat.48

Menurut istilah Syarak, ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan ijarah sebagai kontrak
atau akad ke atas sesuatu manfaat dengan bayaran. Ulama Mazhab Shafi‘I pula
mentakrifkannya sebagai suatu akad yang digunakan ke atas manfaat sesuatu yang
dimaklumi yang harus dapat digunakan dan menerima pertukaran dengan
pembayaran yang diketahui. Manakala ulama Maliki dan Hanbali pula mentakrifkan
ijarah sebagai pemindahan milik manfaat sesuatu yang diharuskan dalam jangka
masa tertentu dengan pembayaran. Sesetengah ulama lain mentakrifkannya sebagai
akad yang memberi milikan manfaat dengan gantian sesuatu (bayaran sewa).
Manfaat tersebut sama ada dalam bentuk manfaat ‘ayn seperti mendiami rumah dan
menaiki kenderaan ataupun manfaat kerja seperti jurutera, arkitek, akauntan dan
sebagainya. Kebanyakan ulama menggunakan istilah ijarah dalam konteks

47
Ibrahim Unays et al., al-Mu‘jam al-Wasit, vol. 1 (Qahirah: Majma‘ al-Lughat al-
‘Arabiyyah, t.t.), 7; T.p., Mawsu‘ah al-Fiqh al-Islami, vol. 2 (Qahirah: al-Majlis al-A‘la li al-Syu’un
al-Islamiyyah, 1993), 199.
48
Zulkifli Mohammad al-Bakri, Kewangan Islam dalam Fiqh Syafi‘i (Kuala Lumpur: IBFIM, 2011),
217.
penyewaan yang melibatkan manfaat datang daripada manusia dan benda boleh alih
(selain kapal dan haiwan). Manakala istilah al-kira’ pula digunakan bagi penyewaan
yang melibatkan manfaat dari harta tidak boleh alih (seperti tanah dan rumah), kapal
dan haiwan dan kedua-dua istilah ini digunakan oleh ulama tanpa perbezaan yang
agak ketara. Jumhur ulama berpendapat bahawa akad ijarah adalah bersifat mengikat
ke atas kedua-dua belah pihak kecuali ada kecacatan atau barangan tersebut tidak
boleh dimanfaatkan. Sekiranya satu pihak meninggal dunia, jumhur juga
berpendapat akad tersebut tidak terbatal bahkan boleh diwarisi oleh pewaris yang
meninggal dunia.49

Menurut Resolusi Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM),


ijarah merujuk kepada akad sewa atau upah yang melibatkan pertukaran bayaran
atau upah tertentu dalam tempoh yang dipersetujui. Para sarjana Islam
kebanyakannya membahagikan ijarah kepada dua jenis iaitu;50

i. Ijarah al-‘Amal iaitu sewaan ke atas kerja atau perkhidmatan yang dilakukan atau
lebih kenali dengan kontrak upah atau gaji. Dalam konteks ini, majikan dikenali
sebagai musta’jir, pekerja sebagai ajir dan upahnya pula adalah ujrah. Ijarah
jenis ini juga termasuklah setiap transaksi ke atas perkhidmatan yang dilakukan
oleh seseorang yang disewakan oleh orang lain dan bayaran yang diberikan
adalah ke atas usaha atau tenaga dari kemahiran yang telah dicurahkan.

ii. Ijarah al-‘Ayn atau Ijarah al-Manafi‘ iaitu sewaan ke atas penggunaan manfaat
dari aset atau barangan tertentu. Manfaat dari aset atau barangan tersebut
dipindahkan dan digunakan oleh pihak penyewa manakala pihak pemilik aset pula

49
Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam
(Shah Alam: Universiti Teknologi Mara, 2009), 106.
50
Aznan Hasan, Fundamental of Shari‘ah in Islamic Finance (Kuala Lumpur: IBFIM, 2011), 442-
443; Ab Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia (Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999), 436. Sesetengah sarjana lain memasukkan satu
jenis lagi iaitu Ijarah Mawsufah fi al-Zimmah bagi kontrak sewaan yang melibatkan barangan atau
aset yang tidak dapat diserahkan semasa kontrak dimeterai seperti rumah atau bangunan yang dalam
pembinaan. Dalam tempoh pembinaan tersebut, pemilik aset boleh meminta penyewa membayar
pendahuluan sewa yang akan menjadi tanggungan hutang kepada pemilik sehingga aset tersebut
diserahkan kepada penyewa. Lihat Zaharuddin Abd Rahman, Panduan Perbankan Islam: Kontrak &
Produk Asas (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd, 2009), 66-67; Asyraf Wajdi Dusuki dan
Nurdianawati Irwani Abdullah, Fundamentals of Islamic Banking, 191.
memperolehi bayaran sewa tanpa menjejaskan pemilikan asalnya. Bahkan
manfaat tersebut akhirnya akan kembali kepadanya setelah kontrak berakhir. Aset
tersebut termasuklah kenderaan, rumah, bangunan, tanah, barangan dagangan,
binatang tunggangan dan sebagainya. Ijarah jenis ini sering digunakan dalam
kewangan Islam hari ini dalam kontrak-kontrak pembiayaan seperti pembiayaan
harta tanah, pembiayaan kenderaan, pembiayaan projek dan pembiayaan peribadi.

Dari perbincangan di atas, dapatlah dikatakan bahawa ijarah ialah satu kontrak
pertukaran yang melibatkan manfaat dan bayaran tertentu secara timbal balik akibat
dari penggunaan barangan atau perkhidmatan yang dipersetujui antara kedua-dua
pihak yang terlibat (pemilik dan penyewa). Iaadalah alternatif kepada kontrak
sewaan konvensional yang dibenarkan Islam bagi membolehkan masyarakat
memiliki hak menggunakan apa sahaja asset yang mereka tidak miliki. Ia berbeza
dengan kontrak-kontrak yang lain seperti ju‘alah kerana ju‘alah bukan kontrak atau
akad dua hala tetapi berlaku atas kehendak orang yang membuat. Begitu juga
berbeza dengan jual beli dan hibah (hadiah) kerana kedua-duanya memberi
pemilikan secara ‘ayn (fizikal) dan seterusnya berbeza dengan ‘ariah dan wasiat
kerana pemilikan berlaku secara sukarela. Memandangkan ijarah adalah kontrak ke
atas manfaat, maka tidak sah menyewa benda-benda yang mudah lenyap atau
musnah sifat fizikalnya ketika digunakan.51 Berdasarkan kepada perbincangan di
atas, dapatlah dirumuskan bahawa kontrak ijarah memberi penekanan kepada
perkara-perkara berikut;
i. Perbezaan dengan kontrak-kontrak yang lain kerana ijarah hanyalah melibatkan
pemilikan ke atas manfaat barang tersebut sahaja sedangkan hak pemilikan
asalnya masih di bawah pemilik yang sebenar.

ii. Hak penggunaan ke atas manfaat barang tersebut telah berpindah kepada
penyewa dan sebagai gantinya penyewa perlu membayar sejumlah bayaran
tertentu kepada pemilik.

Mengikut jumhur ulama, rukun ijarah terbahagi kepada empat iaitu dua pihak yang
berkontrak, lafaz atau sighah, upah dan manfaat. Manakala syaratsyarat
sah baginya pula secara ringkas dapat dijelaskan seperti berikut;
51
Ab Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia, 434.
i. Kedua-dua pihak bersetuju dan rela untuk mengadakan kontrak dan mereka
tergolong dalam golongan yang boleh dipertanggungjawabkan di sisi Syarak.
ii. Manfaat barang yang disewa atau jenis perkhidmatan yang diupah mestilah
diketahui tempohnya, kadar bayarannya, lokasi dan perkara-perkara mustahak
yang lain perlu dijelaskan bagi menghindari perbalahan antara pihak-pihak yang
terlibat. Ia juga boleh dan harus digunakan dari segi Syarak.
iii. Perkhidmatan yang diupah itu bukanlah terdiri daripada tugas kewajipan
pengambil upah atau tugas wajibnya sebelum kontrak termeterai.
iv. Upah itu hendaklah dari harta yang bernilai dan diketahui dengan jelas.

Seterusnya kontrak jual beli (al-bay‘) pula merupakan kontrak pertukaran barangan
dengan barangan lain yang biasanya dibuat dalam bentuk matawang. Ia merupakan
kontrak lazim digunakan sejak dahulu hinggalah sekarang bagi memenuhi keperluan
kehidupan manusia termasuk dalam urusan perbankan. Kontrak jual beli
memberikan hakmilik ke atas barangan yang dikontrakkan secara terus kepada
pembeli walaupun harganya tidak dibayar secara tunai semasa akad. Gabungan
antara kontrak sewaan dan jual beli telah menjadi satu instrumen pembiayaan yang
agak terkemudian digunakan dalam industry perbankan Islam. Secara realitinya
kedua-duanya merupakan kontrak berasingan dan beroperasi secara berturutan yang
dimulai dengan sewaan dan diakhiri dengan jual beli sebagaimana dapat difahami
secara mudah dari makna asal setiap perkataannya. Dalam kontrak AITAB, penyewa
menyewa sesuatu barang dari pemiliknya pada harga sewaan yang dipersetujui untuk
suatu tempoh tertentu dan kemudian menandatangani kontrak kedua iaitu membeli
barang yang telah disewa itu pada satu harga yang dipersetujui bersama setelah tamat
tempoh sewaan. Ia menjadi alternatif kepada jualan ansuran kerana keinginan untuk
mengekalkan barang yang disewa di bawah milik pemberi sewa sehingga penyewa
membayar kesemua hutang secara ansuran sebagaimana yang dipersetujui.52

Memandangkan AITAB adalah gabungan antara kontrak al-ijarah dan albay‘, maka
dalil pengharusannya juga menggunakan dalil pengharusan kedu-dua kontrak
tersebut. Mengikut Jumhur ulama, pensyariatan ijarah disepakati dalam Islam adalah

52
Muhammad Rawwas Qal‘ahji, Urusan Kewangan Semasa Menurut Perspektif Syariah Islam, terj.
Basri Ibrahim (Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication, 2009),126-127.
berdasarkan beberapa dalil dari al-Quran, hadis Nabi SAW dan ijma‘ para sahabat53.
Antaranya ialah ayat al-Quran yang berbunyi;

َ ‫ضعْ َن َل ُك ْم َفٔـََٔ)ا ُتوهُنَّ أُج‬


َّ‫ُورهُن‬ َ ْ‫ۖ َفإِنْ أَر‬
“Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya.”
(Surah al-Talaq 65: 6)

Dalil dari hadis Nabi SAW pula;

‫ وأبو بكر رجال من بني الديل هاديا خريتا وهو على‬: ‫واستأجر رسول هللا‬
‫دين كفار قريش فدفعا إليه راحلتيهما وواعداه غار ثور بعد ثالث ليال‬
‫ ثالث‬o‫فأتاهما براحلتيهما صبح‬
“Nabi SAW dan Abu Bakar mengupah seorang lelaki dari Bani al-Dil, seorang penunjuk
jalan yang mahir dan masih menganut agama kafir Quraysh. Nabi SAW dan Abu Bakar
mempercayainya dan menyerahkan dua ekor tunggangan mereka kepadanya dan berjanji
untuk bertemu di Gua Thur selepas tiga malam (hari), maka dia membawa tunggangan
keduanya pada subuh hari ketiga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Manakala dalil dari ijma‘ pula, umat Islam pada zaman sahabat telah berijma‘
mengharuskan sewa atau upah sebelum kemunculan golongan yang tidak bersetuju
dengan keharusannya kerana keperluan manusia kepada manfaat adalah menyamai
dengan keperluan kepada barang-barang. Sehubungan dengan itu, apabila kontrak
jual beli diharuskan maka begitulah juga harusnya kontrak sewa atau upah ke atas
manfaat.54

Para ulama pada awalnya berselisih pendapat berhubung penggabungan kontrak


sewaan dan jual beli yang mana mengenakan syarat terhadap satu kontrak dengan
kontrak yang lain. Satu golongan tidak mengharuskannya berdasarkan hadis yang
menegah berbuat demikian. Namun begitu terdapat segolongan ulama yang
membenarkan penggabungan ini kerana kebiasaannya wujud kesamaan hukum
antara kedua-dua kontrak tersebut dari segi syarat dan rukunnya. Tambahan pula

53
Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam, 736.
54
Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam, 737.
penggabungan ini berlaku setelah kontrak pertama iaitu sewaan tamat tempohnya
sekalipun pada barangan yang sama. Kesahan kontrak AITAB ini juga telah
diputuskan dalam satu fatwa oleh Akademi Fiqh Islam di Jeddah sejak tahun 1985
lagi yang membenarkan penggabungan tersebut bagi barangan atau aset yang sama.
Di samping itu, satu fatwa yang dikeluarkan oleh International Association of
Muslim Scholar menggariskan bahawa sewa beli Islam yang sah sepatutnya
mengandungi kontrak ijarah dan hadiah (hibah). Tiga syarat yang perlu ada di
dalamnya iaitu; pertama, tempoh ijarah mesti dinyatakan dengan jelas dan
peraturannya mesti dipatuhi sepanjang tempoh tersebut; kedua, jumlah bayaran
secara bertempoh mesti ditetapkan dan yang ketiga, pertukaran hakmilik dari pemilik
kepada penyewa dilaksanakan melalui pemberian hadiah pada akhir tempoh ijarah.55

Berhubung dengan pemberian hakmilik sebagai hadiah sebenarnya tidak dibenarkan


mengikut Mazhab Hanafi, Shafi‘i dan Hanbali. Namun mengikut pendapat al-Harithi
iaitu seorang ulama Mazhab Hanbali dan Mazhab Maliki, pemberian hadiah secara
bersyarat adalah dibenarkan dalam undang-undang Islam ke atas sesuatu yang
bersesuaian dan boleh diterima. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang Nabi
SAW telah menghantar hadiah kepada Najasyi (Maharaja Habsyah) dengan syarat
bahawa dia masih hidup pada masa ketibaan utusan. Menurut Accounting and
Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pula, pertukaran
hakmilik aset dalam sewa beli Islam boleh dilaksanakan melalui lima cara;56

i. Pemberian dalam bentuk hadiah sebagai memenuhi janji yang dibuat oleh
pemilik aset pada peringkat awal yang mana akan menghadiahkan asset tersebut
kepada penyewa apabila ansuran sewaan terakhir dijelaskan.
ii. Penjualan yang dibuat pada akhir kontrak sewaan dengan harga tertentu sebagai
bayaran saguhati yang mana tidak disyaratkan atau ditentukan oleh kedua-dua
pihak.
iii. Penjualan yang dibuat pada akhir kontrak sewaan dengan satu jumlah bayaran
yang ditentukan semasa kontrak sewaan.

55
Asyraf Wajdi Dusuki dan Nurdianawati Irwani Abdullah, Fundamentals of Islamic Banking, 192
193.
56
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions, Accounting, Auditing and
Governance Standards for Islamic Financial Institutions (Manama: AAOIFI, 2010), 270-273.
iv. Penjualan yang dibuat sebelum berakhirnya tempoh sewaan dengan merujuk
kepada satu harga yang menyamai dengan ansuran sewaan yang masih berbaki.
v. Penjualan yang dibuat secara beransur-ansur ke atas aset yang disewakan
melibatkan penambahan modal atau saham penyewa ke atas aset tersebut secara
berterusan hingga akhirnya memberi hakmilik penuh kepadanya.

Piawaian AAOIFI juga menggariskan penggabungan kedua-dua kontrak tersebut


mesti mematuhi syarat-syarat berikut;57

i. Pertukaran atau pemindahan hakmilik aset yang dibuat sebagaimana yang


disebutkan di atas tadi mesti dibuktikan melalui satu dokumen yang berasingan
dan tidak terikat dengan kontrak ijarah. Ini adalah untuk memastikan kewajipan
dan tanggungan bagi kedua-dua kontrak tersebut tidak saling berkaitan antara
satu sama lain.
ii. Janji untuk memindahkan hakmilik adalah janji yang mengikat pemilik aset
sahaja, sementara pihak satu lagi (penyewa) mesti mempunyai pilihan untuk
tidak mengikutinya.
iii. Peraturan atau syarat bagi kontrak ijarah yang sebenar hendaklah terpakai ke
atasnya.
iv. Tidak mengandungi unsur bay‘ al-‘inah jika aset tersebut dibeli dari penyewa
yang sama sebelum disewakan kembali kepadanya. Ini bermakna mesti ada
tempoh masa yang munasabah di antara keduanya dan telah berakhir kontrak
yang terdahulu (belian) sebelum kontrak kemudian (sewaan) dimeterai.

3.6.2 MODUS OPERANDI

Modus operandi pemprosesan pembiayaan kenderaan misalnya di bank pertama


yang menggunakan konsep AITAB iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
yang mana, hampir menyamai dengan yang terdapat di lain-lain institusi kewangan
dan ada hubung kait dengan perkembangan industri pembiayaan kenderaan itu
sendiri. Ini termasuklah strategi pemasaran yang digunakan, cara sesuatu

57
Lihat AAOIFI, Shari’s Standards (Manama: AAOIFI: 2007), 148-149.
permohonan pembiayaan itu diproses, peringkat kuasa yang membuat kelulusan dan
tempoh masa kelulusan yang diambil dan sebagainya yang sentiasa berubah ke arah
yang lebih efisien. Bezanya dengan institusi lain ialah dalam struktur operasi
perniagaan yang digunakan di mana ia ditawarkan bersama-sama dengan produk
pembiayaan lain di cawangan perbankan. Kes-kes pembiayaan yang diterima dari
pihak pengedar akan melalui beberapa peringkat seperti temubual dengan pemohon
dan semakan untuk memastikan ketulinan pembiayaan sebelum diluluskan. Jika
permohonan menepati syarat kelayakan sebagaimana yang terdapat dalam terma dan
syarat yang ditetapkan, pegawai pembiayaan akan membuat cadangan kelulusan
yang diikuti kemudiannya oleh pengurus cawangan sebelum dihantar ke pihak ibu
pejabat untuk kelulusan. Setelah pembiayaan diluluskan, satu surat akujanji (letter of
undertaking) akan dikeluarkan kepada pihak pengedar kenderaan bagi
memperakukan bahawa Bank bersedia membayar jumlah pembiayaan dengan syarat-
syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh pihak pengedar. Pelanggan seterusnya
diminta menandatangani dokumen berkaitan dan memenuhi syarat tertentu yang
dinyatakan dalam surat tawaran. Kebiasaannya pelanggan akan menandatangani
kesemua dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan ketiga-tiga pihak terlibat.
Rajah 1 menerangkan dengan lebih jelas contoh perjalanan transaksi berkaitan yang
sepatutnya berlaku antara pihak Bank pelanggan dan pengedar kenderaan menerusi
kaedah AITAB.

Rajah 1: Carta Alir Kaedah AITAB Bagi Pembiayaan Kenderaan.


Sumber: Diubahsuai daripada temu bual dengan pegawai bank terlibat pada
25 Mac dan 30 Mei 2013.
Prosedur AITAB bagi pembiayaan kenderaan seperti gambar rajah diatas;

1. Setelah mengenalpasti kenderaan yang ingin dimiliki dan membuat bayaran


tempahan atau pendahuluan kepada pihak pengedar, pelanggan akan berkunjung
ke bank untuk memohon pembiayaan dengan meminta pihak bank membeli aset
tersebut untuk disewakan kepadanya dan berjanji akan membelinya di akhir
kontrak sewaan. Bank akan memproses pembiayaan pelanggan dan melantiknya
sebagai wakil untuk urusan pembelian tersebut.
2. Melalui perlantikan tersebut, pelanggan akan bertindak bagi pihak bank membeli
kenderaan (pengedar menjual) dengan membayar sekurang-kurangnya 10 peratus
dari harga (2a). Kenderaan akan diserahkan terus kepada pelanggan setelah bank
membayar baki harga jualan (jumlah pembiayaan) kepada pihak pengedar (2b).
3. Bank kemudiannya menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan dengan
kedua-duanya menandatangani dokumen Aqad Penyewaan Kenderaan.
4. Pelanggan kemudiannya membeli (bank menjual) kenderaan tersebut dengan
membuat bayaran ansuran terakhir atau baki belum selesai (penyelesaian penuh)
kepada pihak bank. Kedua-duanya bayaran tersebut dikira sebagai harga jualan
kenderaan dan dengan itu akad jualan telah disempurnakan. Penyempurnaan
akad jualan ini menggunakan prinsip bay‘ al-mu‘atah (penjualan dengan cara
perbuatan) menerusi penawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) yang dibuat oleh
kedua-dua pihak.

Kaedah AITAB yang digunakan di atas menggabungkan wa‘d (janji) dan kontrak
wakalah (wakil atau agensi). Wa‘d berlaku dalam langkah 1 di atas apabila
pelanggan berjanji akan membeli kenderaan tersebut pada akhir kontrak sewaan dan
ini selaras dengan garis panduan MPS. Walau bagaimanapun ia tidak menyatakan
janji pelanggan untuk menyewa kenderaan tersebut di peringkat awal dan juga janji
pemilik (bank) untuk menjualnya di akhir tempoh sewaan sebagaimana yang
disarankan oleh AAOIFI. Perkara ini tidak menjadi permasalahan besar dan
perbahasan hangat di kalangan ilmuan Islam memandangkan kedua-duanya
bertujuan untuk memberi hakmilik asset yang disewakan kepada penyewa pada
akhirnya. Manakala bagi wakalah pula, Bank mewakilkan kepada pelanggan dalam
perkara seperti membuat bayaran muka (down payment) kepada pihak pengedar bagi
membolehkan kenderaan tersebut dimiliki oleh pihak bank terlebih dahulu.
Perlantikan ini dinyatakan dalam dokumen Aqad Penyewaan Kenderaan dan tiada
dokumen khusus untuk perlantikan tersebut.

Walaupun langkah 1 menyatakan bahawa pelanggan akan terus berkunjung ke


bank selepas membuat tempahan dan perlantikannya sebagai wakil bank dilakukan,
dari segi praktisnya perkara ini tidak berlaku. Dokumen-dokumen permohonan
pembiayaan sahaja yang akan dihantar terlebih dahulu oleh pihak pengedar kepada
pihak bank untuk diproses. Pelanggan akan ditemuduga oleh pihak bank melalui
telefon dan mereka hanya akan ke sana setelah permohonan pembiayaan diluluskan
atau sebaik sahaja kenderaan yang ditempah telah tersedia di premis pengedar. Hal
ini mengakibatkan dokumen-dokumen pembiayaan termasuk Aqad Penyewaan
Kenderaan telah ditandatangani secara sekaligus dan tidak berlaku secara berturutan.
Tambahan pula, dokumen tersebut (Aqad Penyewaan Kenderaan) menggunakan
tarikh yang terkemudian iaitu yang sama dengan tarikh dokumen perjanjian AITAB
dan pengeluaran wang pembiayaan (disbursement) kepada pihak pengedar
kenderaan. Perlantikan pelanggan sebagai wakil bank perlu didahulukan bagi
membolehkannya mengetahui fungsi dan tanggungjawabnya dalam perkara yang
diwakilkan.
Kontrak jual beli antara bank dan pelanggan pada akhir tempoh pembiayaan berlaku
secara bay‘ al-mu‘atah (penjualan dengan cara perbuatan) menerusi ijab
(penawaran) dan qabul (penerimaan) yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Perbuatan pihak bank yang menyediakan kemudahan atau kaedah pembayaran
seperti kaunter bayaran di cawangan perbankan, mesin deposit tunai, perbankan
internet dan lain-lain lagi untuk tujuan penyelesaian pembiayaan oleh penyewa
adalah dikira sebagai ijab dari pihak bank untuk menjual kenderaan tersebut.
Manakala perbuatan penyewa yang membuat bayaran pembiayaan sama ada berupa
bayaran ansuran terakhir atau jumlah penyelesaian penuh (full settlement) untuk
tujuan penyelesaian pembiayaan dengan menggunakan kemudahan pembayaran
yang disediakan adalah dikira qabul dari penyewa untuk membeli kenderaan
tersebut. Tiada dokumen yang khusus bagi kontrak jual beli ditandatangani oleh
kedua-dua pihak, Cuma penjelasan tentang kontrak ini yang berlaku secara bay‘ al-
mu‘atah diterangkan dalam dokumen seperti Aqad Penyewaan Kenderaan, Notis
Pengakuan dan Pengakuan Oleh Penyewa.

3.6.3 AITAB DALAM PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM DI


MALAYSIA

AITAB adalah instrument pembiayaan berinovatif yang diperkenalkan oleh sarjana


Islam di Malaysia menerusi ijtihad mereka sebagai prosuk alternatif kepada sewa
beli konvensional. Ia diperkenalkan oleh BIMB dengan nama ijarah muntahiya bi
al-tamlik sejak dari awal penubuhannya bagi pembiayaan korporat dan mulai meluas
digunakan oleh institusi perbankan lain, syarikat kewangan yang bergiat aktif dalam
industry pembiayaan kenderaan berperanan penting mengembangkan penggunaan
AITAB melalui penyertaan lebih banyak institusi tersebut dalam Skim Perbankan
Islam (SPI) pada tahun 1998 selepas SPTF. Walaupun banyak digunakan dalam
pembiayaan kenderaan penumpang, terdapat juga sesetangah institusi perbankan lain
menawarkan kaedah ini dalam pembiayaan barangan pengguna dan perindustrian
seperti peralatan, jentera mesin, bangunan, kenderaan pengangkutan dan
seumpamanya. Bank Pembangunan dan HSBC misalnya menggunakannya dalam
pembiayaan mesin dan barangan perindustrian. Sementara Maybank, AmIslamic
Bank, Affian Islamik Bank dan Bank Muamalat pula menggunakannya dalam
pembiayaan penggunaan dan korporat termasuklah kenderaan, mesin dan bangunan.
Institusi perbankan Islam lebih mempergiatkan promosi kaedah ini bagi barangan
pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan kerana ia kurang berisiko, memberi
pulangan yang tinggi dan cepat serta mendapat pengecualian cukai. Antara ciri-ciri
istimewa lain ialah asetnya mudah dicairkan, dilindungi melalui cagaran dari aset
tersebut dan penjamin dan tanggungan boleh dipindahkan kepada pihak lain.58 Dalam
konteks pembiayaan kenderaan di institusi perbankan Islam, terdapat 11 daripada 17
institusi yang ada dalam Negara menggunakan konsep AITAB dalam pembiayaan
mereka.

Oleh kerana AITAB merupakan kesinambungan dari kaedah dan amalan sewa beli
konvensional yang telah lama digunakan di Malaysia dan tertakluk kepada undang-
undang Sivil yang terpakai ke atasnya terutamanya Akta Sewa Beli 1967, ia sedikit
sebanyak mempengaruhi amalan pembiayaan secara Islam ini. Antara amalan
tersebut yang pernah di pertikaikan ialah ;

i. Ia tidak menjelaskan dengan tepat terma-terma bagi kontrak ijarah dan jual
beli, bila kedua-dua kontrak tersebut berkuat kuasa dan bagaimana kontrak
sewaan ditukarkan menjadi jual beli atau dengan kata lain bagaimana
pertukaran hakmilik dilakukan. Akta ini tidak menyatakan perbezaan antara
kedua-dua kontrak tersebut tetapi hanya mengiktiraf beberapa keperluan,
tatacara dan kandungan bagi satu perjanjian jual beli yang standard. Secara
praktiknya, ia juga menggabungkan dua kontrak (sewaan dan jual beli) dalam
satu dokumen perjanjian yang boleh menyebabkan kedua-dua kontrak tersebut
berkuatkuasa secara bersama dan serentak. Hal ini tidak bertepatan dengan

58
Asyraf Wajdi Dusuki, Islamic Finance, 179 dan 181.
kehendak Islam kerana kontrak sewa dan jual beli tidak boleh dijalankan
serentak.

ii. Niat dan kefahaman pihak-pihak yang berkontrak yang sepatutnya menjadi
syarat penting dan sah sesuatu kontrak dalam Islam gagal dijelaskan dalam
akta ini. Dalam kontrak AITAB yang sebenar, pihak-pihak yang terlibat mesti
mengetahui dan memahami perihal kontrak ijarah dan jual beli, kesan dan
akibatnya yang boleh menghasilkan perbezaan dalam hubungan, hak dan
tanggungjawab. Akta ini hanya memberi penekanan ke atas pembentukan dan
kandungan kontrak sewa beli tanpa menyebut elemen penting yang patut ada
dalam kontrak-kontrak tersebut.

iii. Kontrak ijarah yang terdapat dalam AITAB tidak sepenuhnya beroperasi
menggunakan konsepnya yang sebenar dengan mematuhi ciri-cirinya yang
utama seperti pemilikan aset, penyelenggaraan asas dan pembaharuan insurans
yang sepatutnya berada di bawah tanggungan bank. Walaupun ada beberapa
buah bank Islam berusaha mencari jalan keluar bagi masalah ini antaranya
dengan mengambil tanggungjawab tersebut, namun kesannya harga sewaan
menjadi lebih tinggi. Kemudahan AITAB yang dipraktikkan sekarang lebih
cenderung kepada sewaan kewangan (full pay-out lease) yang tidak selaras
dengan prinsip kontrak ijarah dan jual beli seperti sifatnya yang tidak boleh
dibatalkan dan tanggungan ke atas penyewa membayar sewa penuh walaupun
manfaatnya tidak diperolehi oleh penyewa.

iv. Margin pembiayaan (had) yang ditawarkan kepada pelanggan hanya dihadkan
kepada 90 peratus dari harga kenderaan sahaja. Sebaliknya bagi ciri AITAB
yang sebenar jumlah pembiayaan tidak dihadkan kepada margin tertentu dan
boleh melebihi had tersebut.59

Walaupun terdapat aspek-aspek yang tidak selaras seperti yang dinyatakan di atas,
namun terdapat juga beberapa aspek yang selaras dengan kehendak Syarak seperti
59
Abdul Rahim dan Azman, ‘Islamic Product Documentation,’ 3; Saiful Azhar Rosly, Critical Issues
on Islamic Banking and Financial Markets, 104.
menjaga hak dan kepentingan pihak terlibat terutamanya pelanggan, penyediaan
dokumen perjanjian, tempoh dan jumlah bayaran serta barang yang dikontrakkan.
Penggunaan kaedah AITAB walaupun dilihat tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967
pada zahirnya bukanlah menjadi suatu yang sangat mutlak. Dalam sesetengah
keadaan ia tidak semestinya mematuhi akta tersebut bahkan sebaliknya mematuhi
kehendak hukum Islam sebagaimana yang digariskan secara umum dalam Akta Bank
Islam (IBA) 1983. Ini termasuklah pengecualian pengenaan bunga bagi bayaran
yang tertunggak dan skop penggunaannya yang lebih luas dalam pembiayaan
barangan pengguna. Namun operasi yang mematuhi kehendak hukum Islam itu tidak
dijelaskan secara terperinci dalam mana-mana akta yang ada sebagai rujukan utama
kepada sewa beli Islam. Susulan dari itu, sesetengah ilmuan menyarankan pindaan
terhadap Akta Sewa Beli 1967 dilakukan atau penggubalan akta baru sewa beli Islam
yang berasingan bagi mengatasi kekeliruan yang timbul, namun hingga kini ia masih
belum berjaya dilakukan.

Kekeliruan tentang perlaksanaan AITAB pada peringkat awal ini telah mula diatasi
melalui garis panduan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Majlis Penasihat
Syariah (MPS) BNM setelah perkara tersebut dirujuk kepada mereka. Mengikut
Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam 2010, penggunaan konsep AITAB bagi
pembiayaan kenderaan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut;60

i. Ia hendaklah mempunyai dua akad yang berasingan di antara akad ijarah dan
jual beli.
ii. Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun
sewaan terakhir bagi ijarah.
iii. Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi
kewangan Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB.
iv. Akad ataupun dokumen perjanjian hendaklah mengandungi akujanji dari
penyewa (pelanggan) bahawa dia akan membeli kenderaan tersebut di akhir

60
BNM, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, edisi ke-2, 2010, 4. Sebagai tambahannya, garis
panduan berkaitan AITAB juga boleh dilihat dalam halaman 3 hingga 14 .
tempoh sewaan atau menebusnya jika ia ingin membuat penyelesaian awal
sebelum matang.
v. Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli
kenderaan kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar
oleh institusi kewangan Islam.
vi. Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset
harus menanggung risiko berkaitan yang munasabah.
vii. Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu
menamatkan kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki
perjanjian AITAB yang baharu.

Resolusi atau garis panduan MPS ini amat perlu menjadi rujukan yang tepat bagi
AITAB dan memperkemaskan pematuhan Syariah sejajar dengan usaha ke arah
pengantarabangsaan kewangan Islam yang menjadi antara salah satu daripada
sembilan bidang tumpuan yang terdapat dalam Pelan Sektor Kewangan 2011-2020.
Di samping itu, pematuhan itu juga telah diberi penekanan dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam (Islamic Financial Service Act) 2013 yang baru diluluskan.
Tambahan pula, penggunaan kaedah AITAB khususnya dalam pembiayaan
kenderaan adalah tinggi selari dengan permintaan pembiayaan tersebut di pasaran
yang memerlukan garis panduan yang tepat untuk diikuti.

3.7 CABARAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) DALAM PASCA


COVID 19

Ekuiti global bermula kukuh pada dua minggu pertama 2020 sebelum merudum
disebabkan oleh penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang bermula di China.
Oleh kerana ekonomi China sangat penting kepada pertumbuhan global, penganalisis
menjangkakan kesan yang ketara ke atas pertumbuhan global akibat pengurangan
permintaan dan aktiviti perkilangan yang lemah. Di Malaysia, industri pelancongan
telah terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19. Kempen Tahun Melawat
Malaysia 2020 yang bermula pada awal tahun terjejas akibat pembatalan pakej-pakej
pelancongan dan sekatan perjalanan di seluruh dunia pada penghujung Februari
2020. Menjelang pertengahan bulan Mac, kesan wabak menjadi lebih nyata apabila
Malaysia menjadi negara paling teruk terjejas dengan penularan wabak COVID-19
di Asia Tenggara sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh
negara. Bagi tahun 2020, pertumbuhan KDNK global dijangka lemah pada 1.3%
akibat pandemik penularan COVID-19, kelemahan perdagangan dan pelaburan.
Risiko kelemahan ekonomi dunia dijangka berterusan dengan peningkatan perang
perdagangan, risiko geopolitik dan kelembapan ekonomi negara utama dunia.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang paling perlahan sejak
krisis kewangan 2009 dengan kemungkinan pertumbuhan negatif yang menjurus
kepada kemelesetan. KDNK diunjurkan sekitar -2.0% hingga 0.5% pada tahun 2020.
Pertumbuhan yang lebih rendah disebabkan oleh penularan wabak COVID-19,
pergolakan politik tempatan dan penurunan harga minyak mentah yang mendadak
disebabkan oleh perang harga minyak Rusia- Arab Saudi. Tambahan lagi, kesan dari
PKP, perbelanjaan isi rumah yang merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi
Malaysia akan turut terjejas. Malah, pada suku ke-empat 2019 (Q4 2019), indeks
sentimen pengguna telah sedia rendah pada 82.3 mata iaitu terendah sejak suku
kedua 2017 (Q2 2017) dan ini menunjukkan pola perbelanjaan pengguna yang
lemah. Oleh itu, beberapa pendekatan telah diumumkan oleh Kerajaan pada awal
Februari 2020 untuk menangani impak COVID-19 ke atas ekonomi negara. Pada
akhir Mac 2020, Kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan yang lebih
menyeluruh berjumlah RM250 bilion yang bertujuan untuk meringankan beban
kewangan rakyat.

Di dalam sektor perbankan, kelembapan ekonomi dan impak dari COVID-19 akan
memberi kesan ketara terutamanya pengurangan kepada pertumbuhan pembiayaan,
peningkatan pinjaman tak berbayar (NPL) dan pengurangan kadar keuntungan. Ini
ditambah dengan peningkatan persaingan di antara bank-bank.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2020, BSN tetap terus menggembleng usaha ke
arah mendigitalisasikan perkhidmatan BSN supaya lebih banyak perkhidmatan
berasaskan digital yang efisien, berkualiti dan menyeluruh dapat ditawarkan kepada
pelanggan BSN. BSN akan melancarkan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih
(Mobile Banking) dan Corporate Desktop Banking (CDB) kepada pelanggan
individu dan korporat. Pelancaran perkhidmatan Mobile Banking akan membolehkan
urusan perbankan diakses di mana sahaja. Manakala CDB akan memantapkan lagi
perkhidmatan BSN kepada sektor korporat. Sebagai satu langkah menyokong
pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), BSN telah menjalinkan
kerjasama dengan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
untuk menyalurkan geran padanan 50% atau sehingga RM5,000 kepada setiap PKS
bagi menggalakkan pendigitalan operasi perniagaan mereka. Geran padanan yang
bernilai RM500 juta dalam tempoh masa lima (5) tahun adalah terhad kepada
100,000 PKS pertama yang memohon untuk pembiayaan bagi menaiktaraf sistem
mereka.

Selain itu, BSN juga akan menaiktaraf sistem perbankan internet sedia ada iaitu
‘myBSN’ untuk meningkatkan lagi perkhidmatan atas talian yang ditawarkan kepada
pelanggan. BSN akan terus memperluaskan liputan dan meningkatkan produktiviti
Ejen Bank (EB) dengan menaiktaraf sistem untuk operasi EB supaya lebih banyak
perkhidmatan perbankan dapat ditawarkan kepada pelanggan bank, terutamanya
pelanggan di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini adalah selaras dengan aspirasi
BSN iaitu ’Mengutamakan Pelanggan’ di mana BSN sentiasa berusaha
meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan selaras dengan perubahan semasa
teknologi.

Selaras dengan objektif BSN untuk menggalakkan tabiat menabung dan berjimat
cermat, satu skim simpanan baru iaitu ‘BSN MyFirst’ telah dilancarkan pada 25
November 2019 yang merupakan kesinambungan daripada skim simpanan kanak-
kanak yang sedia ada, ‘BSN Smart Junior (BSJ)’. Skim BSJ mensasarkan golongan
kanak-kanak berusia daripada tujuh (7) tahun, manakala skim BSN MyFirst adalah
untuk golongan kanak-kanak yang berusia di antara satu (1) hari dan di bawah tujuh
(7) tahun. Dengan akaun simpanan ini, pemilik akaun akan menikmati pelbagai
promosi menarik, keistimewaan dan faedah melalui kempen yang dilancarkan oleh
pihak BSN.

Berdasarkan dapatan kajian dalam Bab 2 dan Bab 3, penulis akan membuat
pembuktian terhadap Objektif Kajian yang telah dinyatakan di Bab 1 iaitu ;

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenalpasti konsep dalam amalan
pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional (BSN). Penulis telah
mengenalpasti konsep-konsep dalam amalan pembiayaan kenderaan di BSN secara
terperinci dengan merujuk laman sesawang rasmi BSN serta hasil temu bual bersama
kakitangan BSN sendiri dan penulis telah membincangkan konsep ini secara
mendalam di Bab 2. Oleh itu, penulis telah berjaya mencapai objektif pertama dalam
kajian ini.

Objektif kedua adalah untuk mengkaji produk pembiayaan kenderaan di Bank


Simpanan Nasional (BSN) sama ada patuh Syariah atau tidak. Melalui objektif ini,
penulis telah berjaya mencapainya dengan merujuk kepada kajian di Bab 3 penulis
telah membincangkan secara mendalam mengenai produk pembiayaan kenderaan di
BSN. Dimana penulis telah merujuk kepada beberapa artikel dan laman sesawang
rasmi bank negara Malaysia serta beberapa buku dan kitab yang berkaitan. Dengan
ini, penulis telah berjaya mencapai objektif kedua.

Objektif ketiga adalah untuk menganalisis kontrak pembiayaan kenderaan yang


digunakan di Bank Simpanan Nasional (BSN). Yang mana penulis juga telah berjaya
mencapainya dengan merujuk kepada kajian di Bab 3. Penulis telah menyatakan
dengan terperinci kontrak pembiayaan kenderaan di BSN mengikut kategori
pinjaman kenderaan iaitu BSN MyAuto-i, BSN MyAuto-i Usedcar dan BSN
MyAuto-i Skim Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya Bank Simpanan Nasional (BSN) akan terus mengorak
langkah yang progresif dalam melaksanakan peranan yang dimandatkan di samping
mengukuhkan peranannya sebagai penyelia perkhidmatan kewangan yang penting
terutamanya kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan
(underserved) di Malaysia. Pelan Strategi Korporat 3 tahun BSN (2019 hingga 2021)
telah menggariskan pelbagai langkah strategik bagi memantapkan lagi halatuju BSN
di dalam lanskap sektor kewangan negara. Bagi tahun 2020, penekanan halatuju
BSN adalah untuk menggembleng usaha kearah mendigitalisasikan perkhidmatan
BSN supaya lebih banyak perkhidmatan berasaskan digital yang efisien, berkualiti
dan menyeluruh dapat ditawarkan kepada pelanggan BSN. Serta, BSN juga akan
melancarkan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih (Mobile Banking) dan Corporate
Desktop Banking (CDB) kepada pelanggan individu dan korporat. Pelancaran
perkhidmatan Mobile Banking akan membolehkan urusan perbankan diaksess di
mana sahaja. Manakala CDB akan memantapkan lagi perkhidmatan BSN kepada
sektor korporat. Seterusnya, dalam memperkukuhkan jenama BSN melalui
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), BSN telah melancarkan ‘BSN Care’ yang
bertujuan untuk menyalurkan dan mengadakan program CSR dengan lebih terancang
dan berkesan. CSR BSN akan diselaraskan dengan janji jenama BSN ‘Menjangkau
Kehidupan Yang Lebih Baik’ dimana BSN melayani semua komuniti tanpa mengira
kedudukan sosial. Oleh itu, strategi dan peracangan BSN pada tahun 2020 akan
terus menyokong BSN untuk terus kekal relevan di samping dapat terus
melaksanakan mandatnya.
BAB
EMPAT
BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

Institusi perbankan Islam ialah institusi yang diwujudkan untuk menyediakan


kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam dengan cara
berlandaskam kepada hukum Syari’ah. Sementara Sistem Perbankan Islam pula
bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan yang prinsip
perjalanan dan amalannya berlandaskan kepada Syari'ah untuk merealisasikan
keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan. Sejak dahulu lagi umat Islam di
seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya berhasrat untuk melihat tertegaknya
sistem perbankan Islam (SPI) dalam sistem kewangan negara. Umat Islam telah
mengamalkan beberapa transaksi patuh syariah seperti amalan jual janji bagi
mengelakkan terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang
diuruskan oleh institusi ceti pada waktu itu. Pada awalnya, jual janji
(conditionalsale) (bay'al wafd') adalah antara budaya muamalat masyarakat Malaysia
terutamanya kepada para petani di Kedah, Perlis, utara Perak dan Kelantan sebelum
zaman penjajahan lagi. Dari tahun 1975 sehingga akhir tahun 1983, dilaporkan
terdapat lebih lima puluh buah bank yang beroperasi di seluruh dunia, termasuk di
negara-negara bukan Islam. Bank-bank yang ditubuhkan pada period di atas telah
menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mampu mendatangkan keuntungan.
Selain dari itu golongan bukan Islam juga telah mula berurusan dengan bank-bank
Islam tersebut.

Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih untuk mengkaji salah satu bank institusi
kewangan terulung negara yang membawah kearah kesejahteraan ekonomi rakyat
Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menawarkan perkhidmatan
perbankan yang komprehensif merentasi komuniti bandar, luar bandar dan
pedalaman di Malaysia melalui rangkaian cawangan BSN dan Ejen Perbankan BSN
(EB BSN) yang meluas dalam memastikan keterangkuman kewangan ke arah
meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Malaysia. Bank Simpanan
Nasional (BSN) juga ditubuhkan secara rasmi pada 1 Disember 1974 dan dirasmikan
oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang
kedua. Sebagai sebuah bank dengan objektif menerapkan amalan menyimpan dan
berjimat cermat, BSN berhasrat untuk memudahkan akses setiap rakyat Malaysia
dengan produk-produk dan perkhidmatan perbankan, tanpa ada rakyat Malaysia yang
ketinggalan. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasrat ini, BSN harus kekal
kukuh dalam menjana pendapatan bagi menjamin pertumbuhan jangka panjang di
samping terus memenuhi mandat sosial. Bank mencatatkan keuntungan selepas cukai
dan zakat berjumlah RM308.6 juta, dengan pendapatan sebanyak RM2.1 bilion.
Peningkatan dalam keuntungan bersih sebanyak 21.7% ini adalah sejajar dengan
pertumbuhan konsisten dalam segmen perniagaan teras termasuklah perbankan
runcit. Secara keseluruhannya, BSN mencatatkan pertumbuhan pembiayaan
sebanyak 10.6% bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya walaupun dalam
keadaan ketidaktentuan pasaran semasa. Pertumbuhan segmen pembiayaan ini
adalah dipacu oleh pelbagai inisiatif kerajaan, terutamanya dalam mempromosikan
pemilikan rumah mampu milik untuk segmen masyarakat dengan pendapatan isi
rumah di bawah RM2,500 (B40). Pelbagai kempen dan inisiatif juga telah
dilaksanakan oleh BSN sepanjang 2019 seperti Kempen Pemilikan Rumah, Skim
Sewa Beli, Pembiayaan Mikro, Pinjaman Peribadi dan Kad Kredit. Hasil daripada
kesemua inisiatif ini, pertumbuhan aset pembiayaan terus dipacu oleh Pembiayaan
Peribadi (RM1.098 bilion), Pembiayaan Perumahan (RM876.0 juta) dan Sewa Beli
(RM336.2 juta). Dalam mengangkat Malaysia sebagai sebuah pusat perkhidmatan
kewangan Islam bertaraf dunia menjelang 2020, BSN telah menerima perhatian dan
sokongan yang kukuh daripada pihak kerajaan dan BNM bagi mencapai misi
tersebut. Ini termasuklah dengan membantu pertumbuhan Perbankan Islam di BSN,
yang mana kini menjadi penyumbang utama kepada keuntungan keseluruhan Bank.
Hasil strategi dan usaha berterusan BSN dalam meningkatkan portfolio Perbankan
Islam, BSN telah mencatatkan sumbangan sebanyak 72.3% daripada Pembiayaan
Islamik dan 65.0% daripada Deposit Islamik pada tahun 2019. Dengan ini terbukti
bahawa Bank Simpanan Nasional juga merupakan salah satu bank yang kehadapan
seiringan dengan keperluan semasa rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, pengkaji
telah mengkaji produk pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang mana BSN juga tidak ketinggalan dengan produk pembiayaan kenderaan secara
islamik mahupun konvensional dan berdasarkan hasil maklumat pengkaji dalam
proses temu bual yang dijalankan dapatlah dibukti bahawa produk islamik di BSN
adalah salah satu produk yang mendapat sambutan lebih tinggi sama ada daripada
pelanggan muslim mahupun non-muslim.

Walaupun demikian, akibat penularan dan kesan berterusan wabak Covid-19 ke atas
aktiviti-aktiviti global dan tempatan, pihak International Monetary Fund (IMF) telah
menyemak semula unjuran keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia untuk
tahun 2020 kepada 3.9% penguncupan tahun ke tahun berbanding unjuran sebelum
ini iaitu pengucupan 1.7%.

Di sebalik pendapatan dagangan yang lebih rendah ekoran persekitaran pasaran yang
mencabar, pertumbuhan pendapatan sektor perbankan diunjur akan menguncup
sehingga 7.4% pada tahun 2020 di sebalik pertumbuhan pinjaman yang lemah,
potongan kadar dasar semalaman (OPR) yang lemah tinggi, pendapatan bukan
faedah (NOll) yang lebih rendah dan kos kredit bersih yang semakin meningkat.
Daya ketahanan diperlukan dalam melangkah ke hadapan dan BSN bersedia untuk
kekal berhemah dalam menyokong pertumbuhan individu dan SME, di samping
meneruskan usaha STEP21 BSN. Keutamaan diberi kepada pengukuhan tadbir urus
dalaman dan kawalan dengan Dasar Anti Rasuah & Penyelewengan yang baharu,
Rangka Kerja Pengurusan Risiko Teknologi, audit menyeluruh ke atas Keselamatan
Siber, serta kit Pencegah Pengubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan
Keganasan (AML/CFT) untuk pasukan barisan hadapan.
Dari aspek operasi, BSN akan meneruskan program budaya berprestasi tinggi agar
dapat diterapkan dan diamalkan oleh semua kakitangan BSN di kala melaksanakan
beberapa pembaharuan dan penaiktarafan, ini termasuk:

 Pelancaran perbankan mudah alih dan perkhidmatan perbankan ‘desktop’


korporat
 Pelancaran kad kredit ‘cash back’ platinum dan kad debit komuniti.
 Pembukaan pusat pembiayaan auto baharu di Kota Bharu, Kelantan dan Kota
Kinabalu, Sabah
 Skim deposit baharu bagi membangunkan deposit runcit
 ‘Chatbot’ sebagai saluran untuk para pelanggan berinteraksi dengan Bank
 Mempertingkatkan Perbankan Internet myBSN dengan penyata pembiayaan
dalam talian, pembukaan akaun dan permintaan layan diri untuk para pemegang
kad kredit.
 Penaiktarafan laman sesawang myBSN dengan wajah baharu

Dengan jangkaan kelembapan ekonomi ini, maka BSN juga komited membantu
golongan masyarakat yang memerlukan dengan memperkukuhkan jenama BSN
Care menerusi aktiviti-aktiviti CSR sepanjang 2020.
4.2 SARANAN

Disini pengkaji ingin memberi beberapa saranan kepada pembaca khususnya


berdasarkan daripada kajian dan penelitian pengkaji dalam penulisan ini. Sebelum
seseorang itu hendak membeli kereta yang menjadi impian bagi graduan dan
golongan yang baru bekerja. Kos membeli dan menyelenggara kereta merupakan
perbelanjaan kedua besar selepas kos pembelian rumah. Oleh itu, anda perlu
membuat pertimbangan yang serius sebelum membeli kereta. Statistik daripada
Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan faktor utama yang menyebabkan
kebankrapan ialah pinjaman kereta. Ini bermakna ramai yang tidak membuat
pertimbangan yang betul apabila membeli kereta. Sekiranya mereka gagal membayar
balik pinjaman tersebut, ia akan menyebabkan mereka boleh diisytiharkan bankrap.
Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda perlu membuat pengiraan kos pemilikan
kereta secara menyeluruh dan bukan hanya ansuran bulanan. Seringkali, pengguna
menghadapi masalah tentang pemilikan kereta kerana mereka tidak membuat
anggaran pemilikan kos kereta secara menyeluruh. Mereka hanya mengambil kira
bayaran ansuran bulanan, dan dengan angka tersebut mereka telah membuat
pertimbangan terhadap kemampuan untuk membeli kenderaan. Ini adalah satu
kesilapan yang besar. Oleh itu, sebelum membeli kenderaan perlu
mempertimbangkan beberapa perkara berikut ;

i. Perlu mempunyai lesen memandu yang sah. Seterusnya, untuk mendapatkan


pembiayaan, dokumen-dokumen yang perlu disediakan, antaranya adalah slip
gaji untuk tempoh enam bulan yang lepas, borang Cukai atau KWSP, penjamin
jika perlu.
ii. Selain itu, kebanyakan institusi kewangan memerlukan bayaran wang permulaan
sebanyak 10% daripada harga kereta. Walaupun, ada institusi kewangan yang
menawarkan 0% wang permulaan, pengguna harus sedar bahawa tanpa wang
permulaan, bayaran ansuran bulanan akan menjadi lebih tinggi. Lebih tinggi
bayaran permulaan, lebih rendah ansuran bulanan. Tidak dapat dinafikan bahawa
harga kereta di Malaysia agak mahal berbanding negara-negara lain. Bayaran
ansuran kereta akan memberi kesan terhadap perbelanjaan bulanan anda.
iii. Oleh itu, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kereta, anda juga
perlu mengambil kira pilihan pengangkutan awam yang sedia ada seperti teksi,
perkhidmatan e-panggilan, komuter dan sebagainya, untuk mengenal pasti
pilihan yang lebih sesuai berdasarkan kemampuan anda.
iv. Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda perlu membuat pengiraan kos
pemilikan kereta secara menyeluruh dan bukan hanya ansuran bulanan kos
pemilikan kereta melibatkan bukan sahaja bayaran ansuran bulanan tetapi juga
kos lain seperti minyak dan penyelenggaraan. Jumlah kos pemilikan kereta
adalah lebih besar daripada kos pembelian kereta semata-mata.
v. Saranan seterusnya berkaitan dengan wang pendahuluan sebanyak 10% daripada
harga kereta. Anda perlu meminjam 90% daripada harga kereta, yang perlu
dibayar dengan kadar faedah tertentu. Buat perbandingan dengan pelbagai
institusi kewangan untuk mendapatkan kadar faedah yang paling rendah.
Tempoh pinjaman kebiasaannya antara tiga hingga sembilan tahun. Lebih lama
tempoh anda meminjam, lebih rendah bayaran ansuran. Sebaik-baiknya pilihlah
tempoh pinjaman yang paling pendek untuk memastikan anda membayar kadar
faedah yang minimum.

Kesimpulanannya, dalam menghadapi cabaran hidup yang kian mencabar ini, rakyat
Malaysia perlu bersedia untuk mengubah kehidupan mereka bersesuaian dengan
perubahan yang berlaku pada masa ini. Perubahan dasar kerajaan terhadap subsidi
turut memberi kesan kepada kehidupan sebahagian rakyat. Sebenarnya rakyat yang
perlu membuat perubahan terhadap kehidupan mereka berdasarkan kemampuan
mereka sendiri. Perubahan terhadap gaya hidup perlu dilakukan jika ia menyebabkan
peningkatan kos sara hidup sehingga akhirnya membebankan kehidupan.
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI

Buku

Abd al-Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah (Kaherah: Dar al-

Hadith, 2004), 2: 119.

Abd al-Rahman bin Abu ,Umar & Muhammad bin Ahmad Ibnu Qudamah al-

Maqdisi, al-Mughni al-Sharh al-Kabir (Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi,

1972), 4: 2

Ab Mumin Ab Ghani, 1999, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di

Malaysia (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abu Abd Allah Muhammad bin Idris al-Shafii, al-Umm (Beirut: Dar al-Kutub

Ilmiyyah, 1993).

Abu Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-

Qur’an (Kaherah: Dar al-Katib al-„Arabi li al-Taba„ah wa al-Nashr, 1967),

3: 356.

Ahmad ‘Atiyyah Allah, al-Qamus al-Islami (Kaherah : Maktabah al-Misriyyah,1963)

Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 3:

Bank Muamalat Malaysia Berhad, Perbandingan Antara Perbankan Islam Dan

Konvensional, Wahlitho Printing Sdn. Bhd.


BIMB, “Modul III: Al-Bay, Bithaman Ajil” (kertas kerja, Seminar BIMB, Kuala

Lumpur: BIMB, 1994), 1; BNM, “Guidelines On Skim Perbankan Tanpa

Faedah (SPTF) for Commercial Banks” (garis panduan BNM, Kuala

Lumpur: BNM, 1993).

BIMB, Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam (Kuala Lumpur: BIRT,

1998), 44.

Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Januari-Mac 2007, “Aplikasi Prinsip Syariah

Kepada Produk Pembiayaan Al Bay„ Bithaman Ajil (BBA)” dalam Shariah

Law Reports.

Hadith riwayat Ibnu Majah, Bab al-tijarat, no. Hadith 2310. Lihat Abu „Abd Allah

Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibnu Majah (Riyadh: Sharikah al-

Tiba„ah al-„Arabiyyah al-Su„udiyyah, 1984)

Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Buyu„, Bab minhu wa akhazu al-ghurama‟ ma

wajadu no. Hadith 922. Lihat Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-

Qushayri al-Nisaburi, “Sahih Muslim,” dalam Mukhtasar Sahih Muslim,

Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Salam, no. Hadith 2200. Lihat Abu „Abd Allah

Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,” dalam The

Translation of the Meanings of Sahih Bukhari, 3: 224.


Joni Tamkin Borhan, “Pelaksanaan Prinsip al-Bay„ Bithaman Ajil Dalam

Penggunaan Kad Kredit Islam: Suatu Kajian di Arab-Malaysian Bank

Berhad,” Jurnal Syariah 9, no. 2 (2001), 35.

Mahmud al-Ansari et al., al-Mawsu‘ah al-‘Ilmiyyah wa al-‘Amaliyyah li al-Bunuk

al-Islamiyyah (Kaherah: al-Ittihad al-Dawli li al-Bunuk al-Islamiyyah, 1982),

cet. 1, 5: 384.

Mahsin Hj Mansor, Konsep Syariah Dalam Bank Islam (Kuala Lumpur: BIMB,

1983), 31.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, 2011, Kitab Fikah

Mazhab Syafie, terj. Ridzuan Hashim et al. (Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sdn Bhd), 6: 1195-1196.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji , Kitab Fikah Mazhab

Syafie , 1200-1201.

Mohd Azmi Omar, 1991, “Pembiayaan,” dalam Pengurusan Perniagaan Islam, ed.

Shiekh Abod dan Zambry Abdul Kadir (Shah Alam: HIZBI Sdn Bhd, 1991),

206.

Osman Sabran, Urus Niaga al-Bai‘ Bithaman Ajil Dalam Mekanisme Pembiayaan

Tanpa Riba, 13.


Rafiq Yunus al-Misri, Bay‘ al-Taqsit: Tahlil Fiqhi wa Iqtisadi ed. ke-2 (Damsyik:

Dar al-Qalam, 1997), 73.

Sharifah Shazwani Syed Mohamed, 2016, kewangan sosial Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Salih bin Fawzan bin ‘Abdullah al-Fawzan, Min Fiqh al-Mu amalat (Riyadh: Dar

Ashbiliya li al-Nashr wa Tawzi, 2001

Wahbah al-Zuhayli, al-Mu‘amalat al-Maliyah al-Mu‘asirah (Beirut: Dar al-Fikr al-

Mu„asir, 2002), 44-45.

Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Damsyik: Dar al-Fikr, 2010),

4: 122.

Zaharuddin Abd Rahman, Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas

(Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd, 2009),


Jurnal

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/download/6918/4580

Bahan Rujukan Elektronik

https://www.bnm.gov.my/documents/20124///358218f8-fd60-5cc0-5e60-

9ea09f31a4be

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/938039/20121107_S_G_0005.pdf/a8d0

837f-bca1-aeac-fb50-57931ba14c4e?t=1592212076223

https://www.bsn.com.my/page/bsn-myauto-i?lang=ms-MY

Temubual

Temubual bersama Tuan Zhuhairy Bin Ramli , Marketing Executive, Automobile

Financing Centre di Bank Simpanan Nasional, 17 February 2021, jam 10

pagi hingga 11 pagi, secara online melalui Google Meet.

Statut

Akta Sewa Beli, 1967


LAMPIRAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B

SOALAN TEMU BUAL : Perkhidmatan Pembiayaan Kenderaan Di Bank


Simpanan Nasional (BSN) : Satu Kajian

1. Boleh Encik ceritakan serba sedikit tentang latar belakang serta pengalaman
kerja Encik?
2. Apakah bidang tugas Encik di Bank Simpanan Nasional?
3. Apakah kelayakan untuk jawatan ini?
4. Boleh Encik jelaskan tentang produk pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan
Nasional bagi konvensional dan islamik?
5. Boleh tuan jelaskan tentang produk pinjaman kenderaan konvensional di Bank
Simpanan Nasional?
6. Pembiayaan kenderaan secara konvensional di Bank Simpanan Nasional merujuk
kepada undang-undang apa?
7. Bagaimana prosedur pembiayaan kenderaan secara konvensional di Bank
Simpanan Nasional?
8. Boleh Encik terangkan secara terperinci semua produk pembiayaan kenderaan
yang ada di Bank Simpanan Nasional?
9. Terma dan syarat? Cara kira bayaran semula.
10. Produk Konvensional mana paling popular?
11. Bagaimana pula, prosuder pembiayaan kenderaan bagi produk Islamik di Bank
Simpanan Nasional?
12. Apakah amalan atau prinsip akad yang digunakan di Bank Simpanan Nasional?
Adakah bay’ (pembiayaan), qard (hutang) atau lain-lain.
13. Apakah prinsip-prinsip syariah yang digunakan dalam pembiayaan kenderaan?
14. Berdasarkan prinsip syarak yang manakah konsep yang digunakan dalam
pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional, sama ada konsep Al-Ijarah
Thumma Al-Bai (AITAB) atau konsep Bai Bithaman Ajil (BBA) atau lain-lain ?
15. Sudah berapa lamakah Bank Simpanan Nasional mengunakan prinsip Al-Ijarah
Thumma Al-Bai (AITAB) / Bai Bithaman Ajil (BBA)?
16. Sebelum ni, Bank Simpanan Nasional merujuk kepada akad apa..?
17. Apakah terma dan syarat bagi produk ini..? Misalnya kalau lambat bayar macam
mana, ada denda kah, dan kalau ada kenderaan musnah atau tuan punya
meninggal ada perlindungan tidak?
18. Adakah terdapat aduan atau komen tentang pematuhan syariah bagi produk Bank
Simpanan Nasional?
19. Berdasarkan pekeliling perbendaharaan Malaysia (Wilayaha Persekutuan 9.3)
kerajaan Malaysia telah melantik dua institusi kewangan sebagai bank
pembiayaan kenderaan dan salah satunya adalah Bank Simpanan Nasional.
Apakah kelebihan jika Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam mengambil
pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional berbanding dengan bank-
bank lain..?
20. Adakah kelebihan itu diperolehi juga oleh pelanggan biasa (swasta) selain
kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam..?
21. Apa beza BSN MyAuto-I, BSN MyAuto-I usedcar, dan Skim Kumpulan
pengurusan Tinggi BSN MyAuto-i?
22. Produk pembiayaan kenderaan yang manakah mendapat sambutan yang lebih
tinggi?
23. Apa perbezaan yang Bank Simpanan Nasional perolehi dengan perlaksanaan
produk pembiayaan kenderaan syariah berbanding pinjaman kenderaan
konvensional? (ada perbezaan yang jelas tak dari sudut sambutan pelanggan?)
24. Pada pendapat Encik produk pembiayaan kenderaan mana yang paling sesuai
kepada pelanggan muslim.
25. Apa kelebihan yang diperolehi jika mengambil pembiayaan kenderaan di Bank
Simpanan Nasional berbanding bank-bank lain?
26. Boleh saya dapatkan apa statistic dan laporan berkaitan pinjaman dan
pembiayaan kenderaan di Bank Simpanan Nasional.?
27. Akhir sekali, ada apa-apa maklumat tambahan yang Encik boleh kongsikan bagi
membantu kajian saya?

“Terima Kasih atas bantuan dan kerjasama Tuan. Semoga Allah mempermudahkan
urusan Tuan”
LAMPIRAN C

JAWAPAN TEMU BUAL DARIPADA ENCIK ZHUHAIRY BIN RAMLI

1. Saya bekerja di BSN dah 5 tahun dan sebelum ini saya di RHB 7 tahun, tahap
pengajian saya degree in Finance di Universiti Tenaga Nasional.
2. Saya di bahagian Marketing, saya first job skop saya first kena dapatkan business
daripada dealer laa, means saya kena expose diri saya ke dealer-dealer. Contoh,
Proton, Produa, Honda, Toyota, Recond and then premium car lah. Premium car
ni Bmw, Mercedes. So kita kena expose la as a marketing and then kita kena
repo dekat situ.
3. At least degree holder and then finance tu kalau ada degree and finance antara
yang terbaik lah kalau untuk ini, sebab kita more to financing punya term so that
why financing and accountant tu dia lebih utama lah. And then, nak kata susah tu
tak susah juga untuk dapatkan jawatan ni, Cuma communication skill tu penting
sebab dia layers dengan customer, layers dengan salesman, layers dengan
manage, manage dealer dan lain-lain. So kita banyak jadi macam orang tengah
lah dalam marketing.
4. Ok, BSN ni kita bahagi dua kategori iaitu nasional car dan non-nasional car.
Nasional Car ni proton and produa car lah, non-nasional maksudnya Honda,
Toyota kereta bukan buatan Malaysia, itu prosedur non-nasional. And then dari
segi rate semua berlainan dari segi non-nasional lain nasional car pun lain.
BSN dia ada dua jenis, konvensional dan Islamik. Dalam dua-dua ni kita boleh
buat financing kereta tu. Jenis kereta ada dua non-nasional dengan nasional car.
So dari segi konvensional dan Islamik sebenarnya dia benda yang sama, term
semua lebih kurang sama, Cumanya dia. Duit yang kita bagi pinjaman tu adalah
yang patuh syariah, yang tak ada syubhah iaitu adalah Islamik. Kalau
konvensioanal ni, duit tu dia tak kisah daripada mana. Contohnya Bank ada
invest dekat kilang arab, so return investment tu dia boleh bagi pinjaman tapi
kalau Islamik tak boleh.
5. Di BSN ni, kita akan buat Islamik dulu sebab sekarang konsep BSN Islamik
First, maksudnya setiap customer akan kita buat Islamik punya pinjaman lah and
then kalau customer request juga nak konvensional baru kita akan buat
konvensional
Tapi kebanyakkan customer dia nak Islamik pasal Islamik ni dia akad jual beli tu
jelas, kebanyakkan customer akan lebih prefer kepada Islamik.
6. HP Act “Akta Sewa Beli” Kenderaan. Islamik pun dia ikut juga kira macam
guide line. HP Act ni di Malaysia dah ada and then so benda tu dia sebagai guide
line sahaja.
7. Dia proses yang sama cumanya dalam sistem kita akan tukar kod lah. HP
konvensional, IP Islamik dua kod tu berlainan.
8. Produk kita yang saya mention tadi, kita ada dua produk non-nasional dengan
nasional car. And then, iaitu dua benda ni profit rate berbeza kadar keuntungan
kita. Kalau Islamik kita panggil profit rate lah kalau konvensional kita panggil
interest rate. So, dia rate dia lain-lain, kalau untuk nasional car kita bagi profit
rate dalam 3% untuk 9 tahun, untuk 7 tahun 2.95%, untuk 5 tahun 2.90% ini
untuk nasional car. Kalau non-nasional car untuk gaji 5 ribu dan keatas kita bagi
2.5% dua-dua ni adalah fixed rate.
9. Dari segi konvensional dengan Islamik, dia sama je. Kita ada 3 method, satu kita
bayar kat kaunter, dua bayar dekat machine CDM, yang ketiga bayar melalui
online sebab sekarang ni dia more on online transaction, internet banking.
10. Ok dalam konvensional ni, dia produk dia lebih kurang sama je sebenarnya,
cumanya term sahaja, dia sama je.
Dia cumanya membezakan produk tu, dia ada I kat belakang. Kalau Islamik, dia
ada I, my auto I, kalau konvensional, my auto saje. Dalam system kita akan click
dua benda tu lah, kalau Islamik, my auto I, kalau konvensional, my auto saje.
Kita akan pilih, type of product tu lah.
11. Prosedur dia, once ok mula-mula bila kita dah dapat dokumen semua, and then
kita key in dalam system, then dah approve, then kita sign agreement lah. At the
first place sepatutnya, kita kene sign dulu, akad tu, contoh, kita nak offer kat dia
apa, rate tadi, contoh profit rate 3%, so kita akan keluarkan satu second schedule
kat dia, kita akan mentionlah, kerete sekian, profit rate kita 3%, so selama 9
tahun berapa semua jumlah dia contoh harga kereta 50 ribu, profit rate 3%, untuk
9 tahun, kita cas dalam 10 ribu. So total pinjaman apa ni, dia meminjam dengan
BSN total semua sekali adalah 60 ribu termasuk dengan profit rate. Kalau once
dia dah bersetuju, kita akan proceed untuk apply untuk application tu lah.
12. Di BSN ni, dia macam sewa beli, customer sewa dulu selama 9 bulan, lepastu
untuk 9 bulan tu, dia beli harga kereta tu berharga 60 ribu tadi, dengan jumlah
pinjaman termasuk dengan profit rate.
13. BSN guna AITAB, maknanya sewa beli tadi lah.
14. (Dah terjawab)
15. Sejak saya kat sini dah 5 tahun, dalam 7 tahun la. Dia sebab, kita dalam BSN ni,
kita baru lagi, buat loan kereta, dalam pinjaman kereta ni kita still baru dalam 6
hingga 7 tahu punya produk.
16. (Dah terjawab)
17. First, kita akan tengok dia punya pekerjaan dululah, customer ni kerja ape. And
then kita tengok dia punya gaji, dia qualified tak untuk kereta ni. Dia dari segi
gaji tu, kita akan tengok DSR dia. DSR dia tu komitmen lah, termasuk dengan
komitmen-komitemen lain, loan rumah ke, personal loan ke, so legit tak. Kalau
gaji bawah pada tak silap saya dalam (gangguan internet).
Untuk AITAB ni, dia that’s why saya cakap pada mula-mula tadi. Islamik punya
financing ni, dia akan ikut HP Act, Akta Jual Beli tadi. Sebab dalam Akta Jal
Belum dia kene ada late charges. Late charges untuk Islamik punya produk
adalah 1%. 1% ni daripada dia punya installment lah, and then darab dengan
berapa hari dia lapsed. Kalau konventional, HP Act tetapkan dalam 8%, Islamik
1% je. Perbezaan dia banyak, tapi 1% tu, dia tak masuk dalam jumlah pinjaman.
Maksudnya, tadikan harga kereta 50 ribu, profit rate 10 ribu, so 60 ribu, so 1% ni
tak kan masuk dalam 60 ribu tu. 1% ni, once dah habis 9 tahun, kita akan
salurkan kepada badan kebajikan atau pun sebab perjanjian bank dengan
customer hanya 60 ribu je boleh ambik. Dia tak boleh ambik lebih daripada 60
ribu.
18. Setakat ni takde lagi, sebab based tu sepatutnya fund yang dia dapat yang kita
bagi pinjam dekat customer tu. Benda tu yang takde syubhah langsung.
Maknanya benda tu memang halalan toyyiba lah kan. Kena halal, so setakat ni,
takde lagi.
19. Untuk staff government, kalau kita buat pemotonga gaji, kita akan bagi special
rate. Maksudnya, special rate ni kalau orang lain dapat 3% untuk 9 tahun so
government staff kalau potong gaji kita bagi 2.95, kita akan minus 0.05. Sama
jugak kalau 7 tahun. Kalau biasa punya customer, 2.95 minus lagi kalau
government staff jadi 2.90. Kalau 5 tahun pun sama, dia minus 0.05.
20. Dia tak dapat speciality dalam profit rate tu dia takde. Maksudnya dia akan dapat
noral date lah, 3% tadi. Kalau compare dengan bank lain, kta antara yang
terendah. BSN adalah rate yang paling rendah 3%. Sebab bank lain kalau untuk
produa myvi, dia orang akan bagi 3.15 hingga 3.4 dia depends pada spec .
Macam BSN ni, dia bagi sama rata, 3% je.
21. Yang tu saya mention dah tadi. My Auto –I ni adalah kereta baru, proton produa
yang baru, yang belum register lagi. My Auto usedcar, ini adalah kereta yang dah
diguna, second hand car. Second hand car, kita bagi rate pun lebih kurang sama.
Used car kita focus pada government sahaja dengan GLC dan company-company
besar lah. Then used car kita kurang focus, pasalnya used car ni dia banyk sikit
lah dia punya apa ni documentation dia banyk sikit. And then high rank officer,
high rank officer ni apa, gred 52 dan ke atas lah, dia akan dapat special rate.
22. Tiga produk ni, kita kene screening dulu, customer ni sapa. Kalau dia biasa, dia
kerja cikgu macam biasa, gred pun 41, so kita akan guna yang My Auto-I lah
yang tadi tu, kalau dia beli kereta baru. Kalau dia beli used car pun kita akan
guna rate yang biasa jugak, 3% jugak, sebab dalam tu, kita akan pilih, dalam
system kita akan pilih, MY AUTO I untuk kereta baru usedcar pun dapat rate
yang sama
23. Sekarang ni BSN more kepada Islamik first, so kita akan provide customer untuk
menggunakan Islamik and then depends kepada customer lah, kalau dia kata nak
konvensional kita akan buat konvensional lah. Oleh kerana kerajaan telah
mention Islamik First so ramai customer yang memilih untu ambil Islamik
“MyAuto-I”. sepanjang saya di BSN ini 99% akan guna Islamik.
24. Kat sini kita tak pilihkan kereta untuk customer tetapi customer tu sendiri yang
akan pilih kereta mana yang dia nak. Dari situ kita akan lihat gaji dan kelayakan
dia lah. Sama ada dia layak ataupun tak.
25. Term tu dengan Bank-bank lain still sama sebab kita guna AITAB benda yang
sama cumanya yang menjadi kelebihannya adalah rate tadi lah sebab kita offer
dengan customer 3% semua jenis kereta nasional car compare dengan bank-bank
lain dia akan bagi 3.1% keatas. Itu adalah salah satu kita punya kelebihan dari
segi rate.
26. Statistic tu kalau dengan saya memang tak ada, tapi boleh try minta dengan HQ
cuma tak tahulah kalau HQ tu boleh bagi ke tak benda-benda macam tu. Base
pada pengalaman saya 98-99% orang akan memilih MyAuto-I lah.
27. Nanti saya akan emailkan dengan awak apa yang kita jual pasal AITAB ni boleh
rujuk dalam ni.

Anda mungkin juga menyukai