Anda di halaman 1dari 136

KONSEP IJAB QABUL DALAM JUAL BELI: SATU

KAJIAN HUKUM DAN AMALAN SEMASA DI


BANK MUAMALAT

ISMAIL BIN HARTO

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN


UNDANG-UNDANG
JABATAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
SELANGOR
2012
KONSEP IJAB QABUL DALAM JUAL BELI: SATU KAJIAN HUKUM DAN
AMALAN SEMASA DI BANK MUAMALAT

ISMAIL BIN HARTO

(09BI01075)

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2012

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR


AKADEMI ISLAM
JABATAN UNDANG-UNDANG
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

ISMAIL BIN HARTO

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG
2012

____________________ ________

PENYELIA TARIKH
PUAN RABI’AH BINTI MUHAMMAD SERJI

____________________ ________

KETUA JABATAN TARIKH


PUAN ZAINI YUSNITA BINTI MAT JUSOH
MOTTO

Firman Allah S.W.T:

            

            

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta

sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang

berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu

membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu

An-Nisa (4): 29
DEDIKASI

Ya Allah
Dengan berkat nabiMu
Dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku agarku tak tergugat dengan
Ujian yang menimpa.

Ya ALLAH tuhan yang mencipta hati,


Bersihkanlah hatiku agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku dan tidak merosakkan
Kehidupan orang lain

Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati,


Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah,
Supaya aku senantiasa tabah.

Tuhan engkau rasakanlah hatiku sentiasa bersamamu,


Supaya aku rasa ada kawan melindungiku,
Agar aku rasa sepi di dalam hidupku,
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap sedia menunaikan suruhan Mu.

Ya ALLAH tuhan yang menjaga hati,


Bersihkanlah hatiku agar seluruh hidupku menjadi baik,
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia.

Tuhan limpahkanlah ke dalam hatiku ilmu dan hikmah,


Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku,
Supaya lahir batinku bersyariat,
Agar lahir batinku menjadi taat,

Ya ALLAH,
Aku harap engkau kabulkanlah doaku ini.
PENGHARGAAN

   

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan mulia

Nabi Muhammad s.a.w. dan para ahli keluarga, sahabat-sahabat, para syuhada’, para

solihin yang di rahmati Allah s.w.t. serta pengikut-pengikut baginda yang setia hingga ke

akhir zaman.

Dengan penuh kemuliaan, penulis merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah

s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya penulis berjaya menyiapkan latihan

ilmiah yang bertajuk “Konsep Ijab Qabul Dalam Jual Beli: Satu Kajian Hukum Dan

Amalan Semasa Di Bank Muamalat”.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih dari penulis kepada Puan Rabiah Binti

Muhamad Serji, selaku penyelia latihan ilmiah kerana sudi meluangkan masa untuk

berbincang bersama penulis disamping terciptanya idea-idea yang sememangnya bernas

yang mana akhirnya melengkapkan latihan ilmiah ini. Segala kritikan dan bimbingan

beliau begitu dihargai kerana tanpa dorongan seperti ini, penulis tidak mungkin berjaya

menghasilkan latihan ilmiah ini.


Terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan dan sahabat-sahabat sekuliah yang

telah banyak membantu dan memberi pandangan yang bernas serta tunjuk ajar kepada

penulis dalam penyediaan latihan ilmiah ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa dan budi

baik kamu semua serta memberkati usaha kita dalam mempelajari ilmu-ilmu Islam

dengan lebih mendalam lagi. InsyaAllah.

Penulis juga memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekeliruan dalam

memahami ulasan yang telah dikemukakan. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah

daripada Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri penulis

sendiri, yang hakikatnya semua itu datang daripada Allah s.w.t.

Sekian, jazakumullah khairan kathira.

Penulis,

ISMAIL BIN HARTO


( 09BI01075 )

Kampung Tinusa Dua,


90000 Sandakan,
Sabah.

No. Tel: 019-5884983


E-Mail: ismailharto@yahoo.com
SINOPSIS

Dalam latihan ilmiah ini, penulis telah mengutarakan tajuk “Konsep Ijab Qabul Dalam Jual Beli:

Satu Kajian Hukum Dan Amalan Semasa Di Bank Muamalat”. Kajian ini bertujuan untuk

menjelaskan secara ringkas berkaitan dengan pendefinisian ijab qabul dalam jual beli, pengabaian

lafaz ijab qabul dalam jual beli semasa di dalam institusi perbankan islam, hikmah dan kesannya

terhadap hukum yang telah disyariatkan oleh Islam.

Dalam bab satu, penulis menjelaskan latar belakang masalah dalam penyelidikan ini, objektif

penulis menjalankan kajian, hipotesis kajian, skop kajian dan metod-metod yang digunakan oleh

penulis dalam menghasilkan latihan ilmiah ini.

Dalam bab dua pula, penulis menjelaskan landasan teori tentang topik yang hendak dikaji. Di

dalam bab ini mengandungi definisi jual beli,dalil-dalil pensyariatan dalam jual beli, rukun dan

syarat dalam jual beli, jual beli yang diharuskan dan jual beli yang dilarang dalam Islam, konsep

ijab qabul dalam jual beli dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ijab qabul. Seterusnya

penulis akan menjelaskan hukum ijab qabul dalam jual beli menurut ulamak fiqah (pandangan

empat mazhab) berdasarkan persepakatan dan perbezaan pendapat di kalangan mereka dan akhir

sekali apakah kesan serta implikasi daripada lafaz ijab qabul itu apabila diabaikan ataupun jika

dilakukan dengan cara perbuatan, tulisan, melalui telefon, mesin faks atau komputer, isyarat dan

sebagainya serta apakah pula fungsi keredhaan di dalam jual beli.


Dalam bab tiga, penulis akan menganalisis konsep ijab qabul dalam amalan semasa di Bank

Muamalat. Di dalam bab ini, penulis akan merungkaikan dengan terperinci salah satu produk-

produk yang terdapat di dalam Bank Muamalat yang menjalankan transaksi jual beli menurut

syariat Islam. penulis juga akan menjelaskan prinsip-prinsip syariah yang terkandung di dalam

produk bank tersebut, perjanjian yang dilakukan diantara pihak bank dan pelanggan, pembiayaan

yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak serta keuntungan yang diperolehi oleh pihak Bank

berlandaskan syarak. Seterusnya penulis akan mengemukakan apakah hukum ijab qabul dalam

amalan semasa transaksi jual beli produk terhadap produk dalam Bank Muamalat yang

dijelaskan mengikut pandangan ulamak serta berlandaskan keadaan semasa dan adat kebiasaan.

Dalam bab empat, iaitu bab yang terakhir ini, penulis akan membuat kesimpulan secara

menyeluruh berkaitan dengan aspek-aspek yang telah dibincangkan dan dijelaskan di dalam bab-

bab sebelumnya dan memberikan beberapa saranan untuk penambahbaikan bagi memantapkan

ilmu dalam bidang Muamalah khususnya dalam Perbankan Islam agar diketahui oleh masyarakat

umum.
SENARAI KEPENDEKAN

as alayh al-salam

Cet Cetakan

Dll Dan lain-lain

Ed. Edisi

Hlm Halaman

J. Jilid

Juz. Juzuk

r.a radiallah anh

s.a.w Sallallhu Alaihi Wasallam

s.w.t Subhanahu wa Ta’ala

Prof Profesor

Sdn. Bhd Sendirian berhad

Terj Terjemahan

T. t Tanpa Tarikh
SENARAI LAMPIRAN

KANDUNGAN HALAMAN

Risalah pendedahan produk pembiayaan perumahan/rumah

kedaiMuamalat (BBA)-I Bank Muamalat

Risalah pendedahan produk pembiayaan perumahan

muamalat (istisna’)-I

Produk berlandaskan syariah dalam Bank Muamalat


SENARAI TRANSLITERASI

1. Konsonan

Konsonan pada huruf bahasa Arab tidak selamanya sepadan dengan konsonan huruf rumi.

Keadaan tersebut dapat dilihat seperti berikut :

HURUF JAWI HURUF RUMI HURUF JAWI HURUF RUMI

‫ء‬،‫ا‬ a , ’(hamzah) ‫ط‬ 

‫ب‬ b ‫ظ‬ z

‫ت‬ t ‫ع‬ ‘

‫ث‬ th ‫غ‬ gh

‫ج‬ j ‫ؼ‬ f

‫ح‬ h ‫ؽ‬ q

‫خ‬ kh ‫ؾ‬ k

‫د‬ d ‫ؿ‬ l

‫ذ‬ dh ‫ـ‬ m

‫ر‬ r ‫ف‬ n

‫ز‬ z ‫هػ‬ h

‫س‬ s ‫و‬ w

‫ش‬ sy ‫ي‬ y

‫ص‬ s ‫ة‬ h

‫ض‬ d
2. Vokal

Dalam sistem Vokal Arab ada vokal pendek, vokal panjang dan diftong.

Vokal Pendek Vokal Panjang Diftong

a َ _ ‫ا‬ َ _ ā ‘ā bid ‫عابيد‬ ‫ْو‬ َ _ aw

nawm ‫نوـ‬

i ِ ‫ــ‬ ‫ي‬ ِ‫ ــ‬i iman ‫إمياف‬ ‫ْيي‬ َ _ ay wayl ‫ويَل‬

u ُ _ ‫و‬ ُ _ ū surah ‫سورة‬

Sumber:

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf

Rumi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK

HALAMAN PENGESAHAN

PENGHARGAAN iii

SINOPSIS v

SENARAI KEPENDEKAN vii

SENARAI LAMPIRAN vii

SENARAI TRANSLITERASI ix

DAFTAR ISI xi

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah 1

1.2 Objektif Kajian 2

1.3 Hipotesis Kajian 3

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Metodologi Kajian 4

1.5.1 Metod Penentuan Subjek 5

1.5.2 Metod Pengumpulan Data 5


1.5.2.1 Metod Dokumentasi 5

1.5.2.2 Metod Temubual 6

1.5.2.3 Metod Observasi 6

1.5.3 Metod Penganalisaan Data 7

1.5.3.1 Metod Induktif 7

1.5.3.2 Metod Deduktif 8

1.5.3.3 Metod Komparatif 8

1.6 Kekangan Kajian 9

BAB DUA: KONSEP IJAB QABUL DALAM JUAL BELI

2.1 Pendahuluan 10

2.2. Definisi Jual Beli 11

2.2.1 Menurut Syarak 11

2.2.2 Jual Beli Pada Istilah 11

2.2.3 Jual Beli Menurut Undang-Undang 13

2.3 Dalil-Dalil Pensyariatan Jual Beli 15

2.3.1 Al-Quran 15

2.3.2 As-Sunnah 16
2.3.3 Ijma’ 19

2.3.4 Logik Akal 20

2.4 Akad jual beli 20

2.4.1 Definisi 20

2.4.2 Syarat-Syarat Jual beli 23

2.4.3 Syarat Penjual dan Pembeli 24

2.4.3.1 Kelayakan mengurus 24

2.4.4 Syarat Sighah (lafaz ijab dan qabul) 25

2.4.4.1 Qabul (penerimaan ) adalah selari dengan Ijab

(penawaran ) 26

2.4.5 Syarat Barang Yang Dikontrakkan (Subjek Akad) 27

2.4.5.1 Barangan Tersebut Milik Penjual 28

2.4.5.2 Barangan tersebut Diserahkan Ketika Kontrak Dilaksanakan 28

2.4.5.3 Syarat Harga (Nilai Tukar Ganti Barang 29

2.5 Bentuk-Bentuk Jual Beli 30

2.5.1 Jual Beli Yang Diharuskan 30

2.5.1.1 Jual Beli Ditinjau Dari Segi Barang Dagangan 30

2.5.1.2 Jual Beli Ditinjau Dari Segi Penentuan Harga 32

2.5.1.3 Jual Beli Amanah. 33

2.5.1.4 Jual Beli Murabahah 33

2.5.1.5 Jual Beli Tawliah 34

2.5.1.6 Jual Beli Isyrak 34

2.5.1.7 Jual Beli Wadhiah 35


2.5.2 Jual Beli Yang Dilarang 35

2.5.2.1 Jual beli Gharar 39

2.6 Hukum Jual Beli 41

2.7 Syarat-Syarat Ijab dan Qabul 42

2.8 Komunikasi Akad (Ijab dan Qabul) 45

2.8.1 Akad secara lisan dan Isyarat 45

2.8.2 Akad secara Bersurat atau Tulisan 46

2.8.3 Akad atau Kontrak Secara Perbuatan 47

2.9 Konsep Redha (kerelaan) dalam jual beli 49

2.10 Hikmah Ijab Qabul dalam jual beli 51

2.11 Kesimpulan 53

BAB TIGA: ANALISIS KONSEP IJAB QABUL DALAM AMALAN SEMASA DI

BANK MUAMALAT

3.1 Pendahuluan 54

3.2 Produk-produk Bank Yang Berteraskan Syariat 55

3.3 Prinsip-Prinsip Islam Yang Digunakan Kepada Produk-Produk Bank 56

3.4 Pembiayaan Perumahan Secara Kontrak Al-Bai’ Bithaman Ajil

(BBA) di Malaysia 57

3.5 Jualan Harga Tertangguh (BBA) Menurut Islam 59

3.6 Jualan Harga Tertangguh (BBA) Dan Amalannya Di Malaysia 61

3.6.1 Modus Operandi Kontrak BBA dalam perumahan 62


3.6.2 Perjanjian Pembelian Aset (Property Purchase Agreement (PPA)) 64

3.6.3 Perjanjian Penjualan Aset (Property Sale Agreement (PSA)) 65

3.7 Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Kontrak Pembiayaan

Perumahan Secara Islam 65

3.7.1 Maqasid Syariah Dan Kontrak Pembiayaan Perumahan BBA 67

3.7.2 Penghapusan Faedah (riba) dalam sistem kewangan 67

3.7.3 Mencapai Kekayaan Secara Komprehensif dan Adil 68

3.8 Hukum Pembiayaan Perumahan Secara Kontrak BBA di

Dalam Perbankan Islam Di Malaysia 68

3.9 Pelaksanaan Bai’ Bithaman Ajil di Bank Muamalat Malaysia Berhad 69

3.9.1 Teori Bai’ Bithaman Ajil. 69

3.9.1.1 Jual Beli Biasa 70

3.9.1.2 Al-Murabahah 70

3.9.1.3 Ar-Rahn 71

3.9.1.4 Al-Kafalah 71

3.10 Produk Bai’ Bithaman Ajil di Bank Muamalat Malaysia Berhad 72

3.10.1 Pembiayaan Perumahan (Muamalat BBA Home Financing) 72

3.10.2 Ciri-Ciri Pembiayaan 73

3.10.3 Terma-Terma Lain 73

3.10.4 Margin Pembiayaan (Rumah) 74

3.10.5 Margin Pembiayaan (Rumah Kedai) 75

3.10.6 Kadar Keuntungan 76

3.10.7 Prosedur-Prosedur Pembiayaan 78


3.11 Pembiayaan Aset Tetap (Muamalat BBA Fixed Asset Financing) 78

3.11.1 Ciri-Ciri Pembiayaan 79

3.11.2 Terma-Terma Pembiayaan 79

3.11.3 Tanah 80

3.11.4 Margin Pembiayaan 80

3.11.5 Rumah 80

3.11.6 Contoh bagi Pembiayaan Penuh (conversion) 81

3.11.7 Contoh bagi Pembiayaan Penuh dan Tambah pula

(conversion Add Amount) 81

3.11.8 Rumah Kedai 82

3.11.9 Prosedur-Prosedur Pembiayaan 82

3.12 Syarat Bagi Lafaz Ijab Dan Qabul dalam BBA Di Bank Muamalat 83

3.12.1 BBA Tidak Wujud lafaz (sighah) Ijab dan Qabul 85

3.12.2 Pengabaian Lafaz Ijab dan Qabul Dalam Jual Beli

BBA Perumahan Dalam 85

3.13. Berprinsipkan Kepada Kaedah Fiqh 89

3.13.1 Adat Kebiasaan 89

3.13.2 Pandangan Ulama Mengenai Uruf 90

3.13.3 Hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus 91

3.13.4 Kesesuaian Pada Masa Kini 92

3.13.5 Pembaharuan Yang Bermanfaat 93

3.14 Kesimpulan 94
BAB EMPAT: PENUTUP

Kesimpulan Dan Saranan

4.1 Kesimpulan 97

4.2 Saranan 101

BIBLIOGRAFI 105

LAMPIRAN 109
BAB
SATU
1

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Islam adalah cara hidup yang menyeluruh. Ianya datang daripada Allah S.W.T,

mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia baik dari segi akhlak, ibadat, munakahat,

muamalat dan yang berkaitan dengan aktiviti kehidupan manusia. Setiap orang Islam

mestilah taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Islam juga

turut mengandungi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk dipatuhi oleh

manusia termasuklah dalam urusan jual beli.

Allah S.W.T telah menjadikan fitrah manusia itu mempunyai akal fikiran dan hawa nafsu

yang sentiasa menginginkan sesuatu. Keinginan dan kemahuan setiap manusia pula yang

wujud di muka bumi ini adalah berbeza diantara satu dengan yang lain. Maka wujudlah

pertukaran ataupun disebut sebagai jual beli. Jual beli di dalam islam ialah pertukaran

harta dengan harta yang mana harta yang dimaksudkan tersebut ialah barang yang

bernilai. Di dalam urusan jual beli juga mestilah disertakan dengan lafaz ijab dan qabul

atau disebut sebagai pelawaan dan penerimaan.


2

Walaupun begitu, di dalam arus kemodenan dunia di zaman kini, lafaz ijab dan qabul di

dalam urusan jual beli semakin dipinggirkan. Terdapat beberapa keadaan yang mana

manusia tidak lagi menggunakan lafaz ijab qabul di dalam urusan jual beli ini. Hal ini

berlaku kerana wujudnya teknologi canggih yang menggantikan manusia dalam membuat

sesuatu urusan jual beli.

Selain itu, jaringan telekomunikasi seperti internet turut mengenepikan penggunaan lafaz

tersebut di kalangan manusia apabila mereka melakukan urusan jual beli dengan

menggunakan internet. Hanya dengan masuk ke laman web sesuatu perniagaan

seterusnya membuat pembelian berdasarkan kemahuan masing-masing dengan

menggunakan kad. Malah, syarikat-syarikat perniagaan yang besar sama ada dari segi

pakaian, perkhidmatan, makanan daan sebagainya juga tidak menggunakan lafaz ijab dan

qabul ini dalam aktiviti jual beli.Oleh itu, lafaz ijab dan qabul di dalam jual beli

hukumnya adalah wajib. Namun lafaz tersebut boleh ditinggalkan sekiranya terdapat

keadaan-keadaan yang diharuskan oleh syarak.

1.2 Objektif Kajian

objektif yang terkandung di dalam kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti apakah hukum ijab qabul dalam jual beli.

2. Mengenal pasti apakah konsep ijab qabul dalam jual beli dengan lebih terperinci.
3

3. Menjelaskan bagaimana bentuk jual beli yang membolehkan lafaz ijab qabul tidak

digunakan.

4. Mengkaji amalan semasa di dalam Bank Muamalat yang membenarkan lafaz ijab

qabul diabaikan di dalam jual beli.

5. Menganalisis sejauh mana pengabaian lafaz ijab qabul memberi kesan kepada

produk yang terdapat di dalam Bank Muamalat.

1.3 Hipotesis Kajian

Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil dari pemerhatian awal yang dijalankan

bahawa:

1- Terdapat ramai dikalangan masyarakat sekarang tidak lagi menggunakan lafaz

ijab dan qabul di dalam jual beli yang dibenarkan syarak

2- Kebanyakan masyarakat sekarang memandang remeh berkenaan dengan lafaz ini

ketika jual beli dilakukan.

3- Aktiviti jual beli dapat dijalankan dengan sebaiknya jika masyarakat memahami

apakah sebenarnya konsep ijab qabul dalam jual beli khususnya di dalam produk

Bank Muamalat

1.4 Skop Kajian

Bagi menghadkan kajian supaya dapat mencapai matlamat kajian ini, penulis

telahmenentukan skop dan batasan kajian. Dalam kajian ini, penulis telah memilih
4

konsep ijab kabul dalam jual beli: satu kajian hukum dan amalan semasa di Bank

Muamalat merupakan fokus utama kajian penulis.

Kajian ini merupakan kajian lapangan yang memfokuskan tentang hukum ijab kabul

dalam jual beli dan amalan-amalan semasa yang dilakukan di dalam urusan jual beli.

Batasan masa kajian ini hanya tertumpu kepada amalan semasa yang dilakukan oleh

masyarakat masa kini berdasarkan perniagaan yang dijalankan. Bidang yang hendak

dikaji berkaitan dengan hukum lafaz ijab kabul dalam jual beli berdasarkan hukum

syarak.

Manakala tempat yang ingin dikaji adalah di Bank Muamalat bangi, Selangor dan kajian

ini hanya menghuraikan tentang bagaimana hukum lafaz ijab qabul dalam jual beli serta

amalan semasa yang melibatkan produk yang terdapat dalam Bank Muamalat, Bangi.

1.5 Metodologi Kajian

Dalam metodologi kajian ini terdapat tiga metod yang digunakan oleh penulis bagi

melengkapkan kajian ini iaitu:


5

1.5.1 Metod Penentuan Subjek

Metod ini digunakan untuk menentukan subjek kajian. Penulis telah menekankan konsep

ijab qabul dalam jual beli: satu kajian hukum dan amalan semasa di Bank Muamalat

sebagai subjek kajian penulis. Berdasarkan metod kajian ini, penulis akan

mengemukakan dan menjelaskan satu daripada produk-produk yang terdapat di Bank

Muamalat sebagai sampel kajian.

1.5.2 Metod Pengumpulan Data

Metod ini dianggap penting bagi menentukan sebahagian permasalahan kajian. Ia

merangkumi segala usaha-usaha yang dilakukan dengan cara mengumpul dan merekod

semua data yang diperolehi bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas mengenai

kajian yang hendak dijalankan. Antara metod yang digunakan ialah:

1.5.2.1 Metod Dokumentasi

Metod dokumentasi adalah satu kaedah pengumpulan data dengan cara menggunakan

dokumen yang berhubung dengan masalah kajian yang dibangkitkan. Penulis

menggunakan metod ini bagi membuktikan bahan maklumat yang diperolehi mempunyai

kesahihan jelas dan lengkap. Metod dokumentasi yang digunakan oleh penulis adalah

melalui buku, majalah, surat khabar, kitab fiqh, dan sebagainya.


6

1.5.2.2 Metod Temubual

Kaedah ini amat penting bagi pengkaji dalam menyiapkan kajian ini, metod ini bertujuan

untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada penduduk di kawasan Bangi,

Selangor. Metod ini penting untuk menguatkan lagi data-data dan fakta-fakta yang

berkaitan dengan tajuk kajian penulis iaitu konsep ijab kabul dalam jual beli: satu kajian

hukum dan amalan semasa. Dalam melaksanakan metod ini, penulis akan menemubual

beberapa orang responden. Antaranya ialah temubual bersama pegawai Bank Muamalat

di kawasan Bangi, Selangor dan juga temubual bersama pensyarah Akademi Islam Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Penulis akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang hendak dicari berdasarkan

pandangan daripada responden, kefahaman yang jelas daripada responden dan motivasi

mereka untuk menjawab soalan yang di kemukakan.

1.5.2.3 Metod Observasi

Metod observasi merupakan teknik mengumpul maklumat melalui pengamatan dan

pemerhatian secara terancang terhadap kehidupan sosial manusia. Metod ini penting bagi

penulis dalam mendapatkan data sama ada dalam bentuk gambaran ataupun tingkah laku

manusia di dalam urusan jual beli.


7

Melalui kaedah ini juga, penulis dapat melihat sejauh manakah kesan penggunaan lafaz

ijab qabul dalam jual beli pada masa kini, masalah-masalah yang timbul daripadanya dan

bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.

1.5.3 Metod Penganalisaan Data

Melalui metod ini, segala data-data yang diambil akan dikumpul, diproses dan di analisa

bagi membolehkan kajian seterusnya dilakukan. Setelah itu, penulis akan menentukan

kajian sebagaimana yang dikehendaki di dalam objektif kajian. Berdasarkan proses

penganalisaan data ini, penulis telah menggunakan metod tertentu iaitu:

1.5.3.1 Metod Induktif

Metod ini merupakan suatu kaedah atau pendekatan yang memerlukan kepada pemikiran

dan penelitian penulis dalam mencari maklumat berdasarkan perkara yang bersifat khusus

sehingga mencapai kesimpulan umum. Segala maklumat yang dicari secara berterusan

akan dikumpulkan bagi menghuraikan fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat

dilihat dan mencari hubungan antara fakta-fakta untuk menyimpulkan suatu gagasan

pemikiran.
8

1.5.3.2 Metod Deduktif

Melalui metod ini, penulis akan menganalisis maklumat yang diperolehi secara umum

kepada yang khusus. Segala maklumat yang terkumpul akan diperjelaskan fakta atau

membandingkan fakta berdasarkan konsep ijab dan kabul dalam jual beli. Penulis juga

akan merumuskan sesuatu fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat dilihat yang

berlaku dalam kajian ini berasaskan pemikiran dan seterusnya mengaplikasikan beberapa

kaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

1.5.3.3 Metod Komparatif

Metod komparatif adalah proses membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan

terhadap maklumat yang diperolehi. Segala maklumat, fakta dan pendapat yang

diperolehi dikumpulkan dan dibandingkan untuk melengkapkan kajian penulis.

1.6 Kekangan Kajian

Penulis juga turut tidak terlepas daripada mengalami masalah dalam membuat kajian

mengenai konsep ijab dan qabul dalam jual beli: satu kajian hukum dan amalan semasa di

Bank Muamalat Beberapa kesulitan dan masalah telah penulis hadapi di dalam

melaksanakan kajian tersebut.


9

Antara lain ialah kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan. Bahan rujukan seperti

kitab-kitab, buku-buku, majalah dan sebaginya yang terdapat di perpustakaan mahupun

di kedai-kedai buku tidak banyak membincangkan berkenaan dengan tajuk kajian

penulis. Adapun bahan rujukan tersebut hanya membincangkan lafaz ijab qabul sahaja

dan tidak menjelaskan hukumnya secara terperinci.

Manakala hanya terdapat sebilangan kecil sahaja bahan rujukan yang membincangkan

amalan-amalan semasa yang dilakukan oleh manusia di dalam urusan jual beli.

Memandangkan kurangnya pengarang-pengarang buku ataupun majalah yang menulis

dalam tajuk ni, penulis agak kesukaran untuk mencari maklumat tersebut.

Namun, dengan berkat dan kesabaran serta tunjuk ajar daripada mereka yang

berpengalaman, segala kekangan dalam kajian ini akhirnya dapat diatasi oleh penulis

dengan baik dan seterusnya mendorong penulis untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.
BAB
DUA
10

BAB DUA:

KONSEP IJAB QABUL DALAM JUAL BELI

2.1 PENDAHULUAN

Jual beli merupakan salah satu bidang muamalah dalam islam. Ia amat penting dalam

memajukan sesebuah Negara dari sudut ekonomi. Jatuh bangunnya ekonomi sesebuah

Negara tersebut bergantung kepada sejauh mana kecekapan sistem jual beli yang

diamalkan oleh Negara tersebut.

Namun, dengan melihat kepada kehidupan pada hari ini yang semakin berkembang

menerusi era globalisasi dan jaringan tanpa sempadan, manusia saling berlumba-lumba

dalam mengejar keuntungan secara monopoli semata-mata serta melakukan transaksi jual

beli secara bebas sehingga mengabaikan nilai-nilai sejagat dan hak-hak masyarakat.

Justeru, penulis dalam bab ini akan menekankan lebih lanjut berkaitan dengan sistem jual

beli yang diharuskan.


11

2.2 Definisi Jual Beli

2.2.1 Menurut Syarak

Jual beli pada bahasa ialah menukar sesuatu barang dengan barang 1. Kalimah al-bay dan

as-syira‟ merupakan suatu kalimah yang boleh dipakai salah satunya iaitu kalimah

mushtarik2 yang mempunyai makna yang bertentangan3 seperti yang terdapat dalam

firman Allah S.W.T :

  

Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan
harga murah…

Al-Yusof (12): 20

Makna syira’ (beli) di sini ialah al-bay (jual). Kadang-kadang dua pihak yang berkontrak

itu (al-muta’aqidayn) disebut bay dan bayyi, dan juga musytari dan syar4

2.2.2 Jual Beli Pada Istilah

Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni, mentakrifkan jual beli sebagai menukarkan

harta dengan harta atas dasar member milik dan menerima milik. 5

1
Sayid sabik, Fiqh al-Sunnah, Jil 3 Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi 1971.hal. 46
2
ibid
3
Wahbah al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatu, (2000) Fiqh Dan Perundangan Islam Jil 4 Terjemahan
Md. Akhir Hj Yaacob Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal. 360
4
Wahbah al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatu, Terjemahan, Md. Akhir Hj Yaacob, (2000) op.cit.
12

Menurut istilah Mazhab Hanafi jual beli adalah pertukaran suatu harta dengan suatu harta

menurut cara yang tertentu6 atau menukar sesuatu yang disukai dengan sesuatu yang lain

yang disukai dengan cara yang tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran. Ungkapan

„faedah‟ memberi makna bahawa jual beli sesuatu yang tidak berfaedah seperti jual beli

tukaran wang perak dengan wang perak adalah tidak dinamakan jual beli. Ungakapan

„yang disukai‟ member makna tidak termasuk di dalam makna jual beli jika berlaku

tukaran barang yang tidak disukai seperti bangkai, darah dan tanah 7.

Menurut ulama Hanafiyah, jual beli tidak sah jika harta yang diperjual belikan itu tidak

memberi manfaat bagi seorang muslim8 seperti jual beli arak, bangkai dan sebagainya.

Berdasarkan maksud yang diberi oleh ulama Hanafiyah, mereka menganggap manfaat

dan hak bukanlah harta9 tetapi jumhur ulama menganggapnya sebagai harta yang bernilai.

Ini kerana maksud sesuatu barang (ain) adalah manfaatnya. Maksud jual beli disini ialah

kontrak yang mengandungi tawaran dan penerimaan10 atau ijab dan qabul.

Definisi lain dikemukakan ulama‟ Malikiyah, Syafi‟iyah dan Hanabilah. Menurut

mereka, jual beli adalah pertukaran harta dengan harta dalam bentuk pemindahan milik

5
Ibnu Qudhamah Muwaffiq al-Din (620H), al-MUghni, juz.6 Arab Saudi: Mamlikah Al-Arabiyah As-Saudiah
hlm 5.
6
Al-Khotib, Syeikh Muhammad al-Syarbini. Al-Iqna’ fi Hal Alfaz Abi Syuja’ Juz 1. Singapura: Matbaah
Sulaiman Mura’I, hal. 2.
7
Ibid.
8
Dr. A. Rahman . Fiqh Muamalah. Batu Caves: Edaran Karam. 1999 hlm. 126
9
Wahbah al-Zuhaili. Fiqh Islami Wa Adillatu terjemahan, Md. Akhir Hj Yaacob. (2000) op.cit.
10
Ibid
13

dan pemilikan. Mazhab Syafie memberi maksud jual beli kepada pertukaran harta

dengan harta secara khusus dengan kerelaan kedua-duapihak yang berakad11

Imam Nawawi mentakrifkan jual beli sebagai penukaran harta dengan harta dan

seumpamanya.12 Meskipun para fuqaha‟ memberi takrif yang berbeza, namun takrif

tersebut merangkumi unsur-unsur yang asas dalam jual beli iaitu pertukaran barang

dengan barang atau barang dengan wang, tujuan mendapatkan keuntungan, kontrak yang

sah dari segi syarak, dan persetujuan antara penjual dan pembeli

Dari segi akad, jual beli terbahagi kepada dua bahagian iaitu 13jual beli yang sah akadnya

(‫ )المنعقد‬iaitu yang sempurna rukun, syarat dan tidak mempunyai perkara-perkara yang

ditegah oleh syarak dan jual beli yang tidak sah akadnya ( ‫ )البيع غير المنعق د‬iaitu yang tidak

sempurna rukun, syarat atau terdapat perkara-perkara yang ditegah oleh syarak.

2.2.3 Definisi Jual Beli Menurut Undang-Undang

Definisi jual beli menurut undang-undang disebut sebagai jualan barang-barang.

Tertakluk kepada seksyen 4(1) Akta jualan Barangan 1957


mentakrifkan sebagai kontrak yang mana penjual meminda milik,
atau bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan itu
kepada pembeli dengan balasan yang disebut sebagai harga.

11
Mahmud (Dr.) Abdul Rahman Abdul Man’am.op cit hal 400-401.
12
Al-Nawawi, Abu Zohari Muhyiddin ibn Syaraf Raudhah al-Tolibin, juz. 3, Beirut: Darul Kutub hlm. 3
13
Muhsin bin Mansur (1984). Undang-Undang Perdagangan Dalam Islam Kuala Lumpur : Albaramain (M)
Sdn. Bhd. Hal 27
14

Matlamat utama kontrak jualan barangan adalah untuk memindahkan milikkan hak

terhadap sesuatu barangan itu dengan balasan wang. Sekiranya balasan yang diberikan itu

bukan berbentuk wang atau selain daripada wang, maka kontrak berkenaan tidak

dianggap sebagai kontrak jualan barangan.

Kontrak jualan barangan boleh berlaku dalam „jualan‟ atau „perjanjian untuk menjual‟.

Menurut seksyen 4 (3) Akta Jualan Barangan 1957, „jualan‟ berlaku


apabila hak milik ke atas barangan dipindahkan daripada penjual
kepada pembeli. Manakala „perjanjian untuk menjual‟ hanya akan
berlaku pemindahan hak milik barangan setelah sesuatu syarat yang
telah ditetapkan oleh kedua belah pihak penjual dan pembeli
tersebut dipenuhi.

Seksyen 4(4) Akta Jualan Barangan 1957 „persetujuan untuk


menjual‟ akan berubah menjadi „jualan‟ apabila syarat-syarat telah
dipenuhi.
Seterusnya di dalam seksyen 9 akta yang sama pula menjelaskan
balasan harga mestilah dalam bentuk wang. Harga boleh ditetapkan
oleh kontrak itu sendiri atau persetujuan pihak-pihak yang
berkontrak.

Jika harga gagal ditentukan, pembeli hendaklah membayar pada harga yang berpatutan

bergantung kepada keadaan dan situasi kes.

Manakala seksyen 10 juga akta yang sama pula memperuntukkan


sekiranya harga jualan ditentukan oleh pihak ketiga, tetapi pihak
ketiga gagal berbuat demikian, maka kontrak jualan barangan
menjadi tidak sah kecualilah barangan tersebut telah berpindah
milik kepada pembeli. Dalam keadaan ini, pembeli hendaklah
membayar pada harga yang berpatutan.
15

Namun, jika kegagalan pihak ketiga itu disebabkan halangan daripada penjual atau

pembeli, maka pihak yang teraniaya boleh menuntut remedi daripada pihak-pihak yang

telah menyebabkan halangan tersebut.14

2.3 Dalil-Dalil Pensyariatan Jual Beli

Dalil pensyariatan jual beli berdasarkan al-quran, as-sunnah, ijma‟ dan logik akal

2.3.1 Al-Quran

Firman Allah S.W.T

  

Maksudnya:
Dan Allah telah menghalalkan berjual beli

Al-Baqarah (2): 275

Dan juga firman Allah S.W.T

  

14
Harlina Mohamed On & Rozanah Ab. Rahman, 2007, Undang-Undang Perniagaan Malaysia. Sel. Bersatu
Indah SDN. BHD. Hlm 181.
16

Maksudnya:
Dan adakan saksi apabila kamu berjual beli…
Al-Baqarah (2): 282
FirmanNya juga:


       

Maksudnya:
Kecuali dengan jualan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu…
An-Nisa‟ (4): 29

FirmanNya lagi:

     


  

Maksudnya:
Tidakkah menjadi salah kamu mencari limpah kurnia daripada
Tuhan kamu (dengan menguruskan perniagaan ketika
mengerjakan haji…
Al-Baqarah (2): 198

2.3.2 As-Sunnah

Daripada as-Sunnah pula terdapat beberapa hadis. Antaranya adalah hadis dari Rafa‟ah

ibn Rafi‟:
17

‫ وكل بيع مربور‬، ‫ عمل الرجل بيده‬: ‫سئل النىب صلى اهلل عليو وسلم اي الكسب اطيب ؟ فقال‬

)‫ ( رواه الربار واحلاكم‬.

Maksudnya:

Rasulullah S.A.W ditanya, apakah jenis pendapatan (pekerjaan) yang

paling baik? Jawab baginda: hasil kerja yang dilakukan oleh seseorang

dengan tangan dan jual beli yang baik.

Dalam hadis daripada Abi Sa‟id al-Khudri diriwayat oleh al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ibn

Hibban, Rasulullah S.A.W menyatakan15

)‫ (رواه البيهقى‬. ‫إمنا البيع عن تراض‬

Maksudnya:
sesungguhnya jual beli itu adalah dengan keredhaan

15
Al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Qaarwayni (t.t) Sunan Ibnu Majah: Dar Ihya al-Turaht al-
Arabi, Kitab al-Tijarat, hadis ke 2185 hlm. 737
18

Dalam riwayat at-Tirmizi, Rasulullah S.A.W. bersabda 16

‫ والشهداء‬، ‫ والصديقني‬، ‫التاجر الصدوق األمني مع النبيني‬

Maksudnya:

Peniaga yang bercakap benar lagi amanah ditempatkan bersama-sama

para anbiya‟, siddiqin dan syuhada‟. Menurut at-Tarmizi, hadis ini

merupakan Hadis Hassan.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:

‫عليكم باجتارة فان فيها تسعة اعشار الرزق‬

Maksudnya:
Dalam perniagaan itu terdapat 9/10 daripada rezeki.

Menurut Syed Othman al-Habsyi, maksud hadis ini tidak hanya akan menghadkan

perniagaan dalam bentuk jual beli sahaja, malah ia meliputi bidang perkhidmatan yang

lain yang dibayar dalam bentuk upah atau gaji17

16
Ibid. hadis ke 2139 hal 724. Hadis ini dikatakan Hadis Daif, lihat Muhammad Nasir ad-Din al-Albani
(1998), Daif Sunan Ibn Majah, Beirut : Maktabah al-Islami, hadis ke 465, hal.165.
17
Syed Othman al-Habsyi (1989), Islam Ekonomi dan Perniagaan, Shah Alam : Penerbitan al-Hizbi hal. 83
19

Hadis ini menunjukkan bahawa jual beli iaitu perniagaan memberikan sumber rezeki

yang terbesar, dan boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda jika mengikut

kehendak syarak.

2.3.3 Ijma’

Umat islam secara keseluruhannya telah berijma‟ mengatakan bahawa jual beli adalah

harus kecuali terdapat syarak yang melarangnya. 18. terdapat banyak hikmah dalam

keharusan dalam keharusan jual beli ini kerana keperluan seseorang adalah bergantung

kepada barang atau harta yang ada di bawah pegangan atau milik seseorang sedangkan

seseorang itu akan menyerahkan kepada seseorang yang ingin memerlukan tadi dengan

bayaran atau ganjaran melakukan jual beli maka ia menjadi satu jalan atau cara untuk

mendapatkan keperluannya19

Asal jual beli adalah harus. Menurut Imam Syafi‟i awal bagi semua jenis jual beli adalah

harus jika kedua-dua pihak yang ingin berjual beli redha dengan barang yang dikehendaki

kecuali jenis jual beli yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W. atau jual beli yang

mempunyai maksud yang sama seperti jual beli yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W.

18
Amir Abdul Aziz (Dr.) (1999), Fiqh al-Kitab Wa as-Sunnah. Juz. 2. Palestin : Dar al-Salam, hal. 722
19
Wahbah al-Zuhaili, Fiqh Islami Wa Adillatu Terj. Md. Akhir Hj Yaacob. (2000) op.cit
20

2.3.4 Logik Akal

Asal sesuatu kontrak adalah harus dan sah, ia tidak akan menjadi haram selagi tiada dalil

yang mengharamkannya dan membatalkannya sama ada dengan nas syariah atau qiyas

Manusia sentiasa berhajat kepada sesuatu yang dikehendakinya dan sesuatu yang tidak

ada padanya itu tidak akan diperolehinya kecuali dengan pertukaran dengan sesuatu yang

bernilai. Sesuatu yang bernilai yang diberikan kepada seseorang yang lain untuk

melakukan pertukaran bagi mengelak daripada berlakunya pergaduhan dan perbalahan.

Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang haram bagi

memenuhi hajat mereka seperti mencuri, khianat, penipuan dan sebagainya 20

2.4 Akad jual beli

2.4.1 Definisi

Akad merupakan perkataan yang diambil dari bahasa arab “akad” yang bermaksud ikatan

atau simpulan. Iaitu seperti menyimpulkan di antara dua hujung tali untuk membuat satu

ikatan. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah suatu ikatan atau persetujuan yang

berlaku diantara pihak pertama dan pihak kedua melalui lafaz ijab (penawaran) dan

Qabul (penerimaan).

20
Amir Abdul Aziz (Dr.) (1999), Fiqh Al-Kitab Wa As-Sunnah, Juz.2. Palestin: Dar as-Salam hal. 722
21

Walaubagaimanapun terdapat perselisihan pendapat di kalangan fuqaha di dalam

mendefinisikan akad. Terdapat dua definisi yang berbeza diberikan oleh para fuqaha

tentang akad.

Definisi akad boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi syariah dan undang-undang.

Dari sudut syariah, diambil dari bahasa arab “akad” bererti ikatan anatara dua bentuk

yang berbentuk fizikal. Namun begitu, bagi orang arab ia dikatakan sebagai ikatan

diantara dua benda yang maknawi. Ia bermaksud ikatan antara perkataan yang diucapkan

oleh dua pihak. 21

Akad dari segi undang-undang pula bermaksud persetujuan diantara dua pihak untuk

menghasilkan kesan undang-undang dengan cara mewujudkan tanggungan,

memindahkannya, mengubahnya atau menamatkannya22

Kontrak disisi undang-undang sivil merupakan salah satu jenis persetujuan, tetapi setiap

persetujuan itu bukan kontrak, kontrak itu khusus menggambarkan percanggahan antara

dua kepentingan dan dengan adanya ikatan kontrak kepada tempat dan waktu, maka ia

selesai dengan pelaksanaannya sekaligus.

Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 mendifinisikan kontrak sebagai


satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

21
Faizah Hj. Ismail. 2000 Asas Muamalat dalam Islam. Cet Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 69
22
Prof. Dr. Ala’ Eddin Kharofa. 1997. Transactions in Islamic Law. Kuala Lumpur. Pustaka Hayat Hj. Hlm. 5
22

Kontrak merupakan perjanjian yang mengikat pihak-pihak yang


memasukinya. Walaubagaimanapun, tidak semua perjanjian itu
kontrak, contohnya seperti perjanjian sosial dan perjanjian bersifat
kekeluargaan. Ini kerana pembentukan kontrak tersebut tidak ada
niat untuk mengikat pihak-pihak yang terlibat di sisi undang-
undang.

Seksyen di atas haruslah di baca bersama dengan seksyen 10 Akta Kontrak 1950. Akta

ini menjelaskan bahawa semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan pihak-

pihak yang layak berkontrak23.

Akad juga boleh dikatakan sebagai suatu perjanjian, iaitu perjanjian yang memerlukan

kepada persetujuan di antara dua atau lebih dari pihak yang berakad. Persetujuan juga

diberikan untuk menunjukkan kerelaan seseorang untuk memberikan sesuatu barang atau

perkara yang menjadi miliknya atau orang lain. Kemudian pihak yang satu lagi akan

menerimanya dengan memberikan ganjaran atau tidak.

Sebagai buktinya kita lihat kepada kontrak jual beli, unsur utama yang perlu dilihat ialah

dari segi kerelaan diantara kedua belah pihak sama ada dari penjual atau pembeli. Akad

di dalam fiqh islam bukanlah secara mutlaknya boleh dikatakan sebagai perjanjian yang

melibatkan kerelaan diantara dua pihak tetapi ada juga yang melibatkan satu pihak

sahaja. Seperti di dalam lafaz talak dan pembebasan hamba („itq) 24

23
Harlina Mohamed On & Rozanah AB. Rahman. 2007 Undang-Undang Perniagaan Malaysia cetakan
pertama Shah Alam: Bersatu Indah Sdn. Bhd hlm. 13
24
Ahmad Hidayat Buang, 1993. Kebebasan Berkontrak di dalam Undang-Undang Islam jil. 1. Bil. 2. Jurnal
UM. Hlm. 246.
23

2.4.2 Syarat-Syarat Jual beli

Jual beli mempunyai rukun dan syarat yang harus dipenuhi untuk menjadikan jual beli

tersebut sah dan di benarkan oleh syarak. Terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di

kalangan ulama Hanafiyah dengan jumhur ulama dalam rukun jual beli. Rukun jual beli

di sisi ulama Hanafiyah ialah adanya tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) yang

menunjukkan berlakunya pertukaran barang, iaitu perkataan atau perbuatan yang

menunjukkan kerelaan menukarkan barang yang dimiliki25

Tawaran (ijab) ialah perkataan yang terawal yang dilafazkan26. Contohnya, penjual

mengatakan “aku jual kepada kamu” maka pembeli mengatakan “aku beli barang ini

dengan harga sekian-sekian”. Maka lafaz penjual itu ialah ijab dan lafaz pembeli itu ialah

qabul. Manakala penerimaan (qabul) ialah perkataan atau perbuatan yang kedua yang

dilafazkan27. Contohnya pembeli mengatakan terlebih dahulu “aku beli harga ini dengan

harga sekian-sekian”. Maka penjual mengatakan “aku jual kepada kamu”. Maka lafaz

pembeli itu ialah ijab dan lafaz penjual itu adalah qabul.

Menurut jumhur ulama, kontrak jual beli mempunyai empat rukun iaitu penjual dan

pembeli, sighah (lafaz ijab dan qabul), barang yang dibeli, dan nilai tukaran barang.

Adapun sesetengah ulama fiqh membahagikan rukun jual beli kepada tiga iaitu orang

25
Kasdai (al) Ali’uddin Abu Bakr Ibn Mas’ud (587H), Bada’I al-Sana’I Fi Tartib al-Syara’I, Kahirah: Matbu’ah
al-Imam, 1328H, hlm. 2983
26
ibid
27
ibid
24

yang berakad, sighah, dan barang.Mereka berpendapat nilai tukar atau harga barang yang

dikontrakkan itu bukanlah salah satu daripada rukun-rukun jual beli.

2.4.3 Syarat Penjual dan Pembeli

2.4.3.1 Kelayakan mengurus

Kelayakan (ahliyyah) dari segi bahasa ialah kesesuaian dan dari segi istilah fiqh ialah

kesesuaian seseorang untuk disabitkan hak baginya dan hak yang wajib ke atasnya serta

kesahihan tindakannya28, oleh itu, tidak sah kontrak jual beli yang dilakukan oleh orang

giladan kanak-kanak yang tidak mumaiyiz (kadar umur mumaiyiz yang ditetapkan ialah

tujuh tahun). Ini kerana kontrak penghubung antara kehendak kedua-dua pihak.29

Percakapan dan dokumen seperti tulisan dan isyarat menjadi bukti kepada akad. Oleh itu,

rukun kontrak jual beli ini mestilah terbit daripada seorang yang mumaiyiz lagi berakal.

Baligh dan ikhtiyar (atas pilihan sendiri) tidaklah menjadi syarat pembentukan kontrak di

sisi ulama Mazhab Hanafi. Ini kerana kelayakan hanya dikira jika dia berakal dan jika

kanak-kanak yang berakal melaksanakan akad jual beli maka sah akadnya dengan izin

wali atau dengan mempersetujuinya selepas baligh30

28
Wahbah al-Zuhaili Fiqh Islami Wa Adillatu Terj. Md. Akhir Hj Yaacob. (2000) op.cit. hal. 118
29
Ibid hal 374, Amir Abd Aziz (Dr.) (1999), op.cit. hal. 723
30
Kasdai (al), Ali’uddin Abu Bakar Ibn Mas’ud (587H).op. cit. Hlm 2987
25

2.4.4 Syarat Sighah (lafaz ijab dan qabul)

Para ulama fiqh sepakat bahawa unsur utama jual beli adalah kerelaan atau keredhaan

kedua-dua belah pihak. Kerelaan kedua-dua pihak dapat dilihat daripada ijab dan qabul

Yang dilangsungkan. Menurut mereka, ijab dan qabul perlu diungkapkan secara jelas

dalam transaksi-transaksi yang bersifat mengikat kedua-dua belah pihak, seperti akad jual

beli, sewa menyewa dan akad perkahwinan.transaksi yang bersifat mengikat salah satu

seperti wasiat, hibah dan waqaf, tidak perlu kepada qabul kerana akad ini cukup dengan

ijab sahaja. 31

Menurut Ibnu Taimiyah, abu Hanifah dan Mazhab Ahmad, ijab dan qabul tidak

diperlukan di dalam waqaf, cukup hanya perbuatan yang hanya member faham sahaja.

Contohnya waqaf bangunan masjid mencukupi membenarkan muslimin senbahyang di

dalamnya32

Apabila ijab dan qabul telah diucapkan dalam akad jual beli, maka pemilikan barang

telah berpindah milik. Barang yang dibeli berpindah tangan kepada pembeli dan nilai

tukar atau wang berpindah milik kepada penjual. Antara syarat-syarat ijab qabul adalah

seperti berikut:

31
A. Rahman M.A (Dr.) (1999).op.cit. Hlm 130
32
Ibnu Taimiyah, Taqiyuddin Ahmad. (1998). Majmu’ Fatawa Li Sheikh Islam. Juz. 29
26

2.4.4.1 Qabul (penerimaan ) adalah selari dengan Ijab (penawaran )

Transaksi jual beli tidak sah jika percanggahan dalam akad 33. Contohnya Ibrahim nerkata

kepada Ismail, “aku menjual kepada kamu dua pakaian ini dengan harga RM 300a‟, lalu

Habil mengatakan, “aku terima pakaian ini”. Lalu ditunjukkan kepada salah satu daripada

keduanya, maka transaksi jual beli tersebut tidak sah kerana kuasa pemisah barang dari

satu kontrak yang dimiliki oleh penjual. Pembeli tidak mempunyai kuasa berbuat

demikian, kerana sudah menjadi kebiasaan para peniaga mencampurkan antara barang

yang tidak baik dengan baik untuk mengaburi barang yang tidak baik itu dengan yang

baik

Jika sekiranya pembeli membuat penerimaan dengan harga yang lebih tinggi daripada

tawaran, maka sah kontrak tersebut, sebagai contoh, Ali berkata kepada Khairul, “aku

jual buku ini kepada kamu dengan harga RM 50”. Lalu Khairul mengatakan “aku beli

buku ini dengan harga RM 60”. Maka transaksi tersebut adalah sah. Sebaliknya tidak sah

jika penerimaan dengan harga yang rendah daripada penawaran. Sebagai contoh Izuan

berkata kepada Abdul Jabbar: “aku jual kepada kamu perabot ini dengan harga RM

4000”. Lalu Abdul Jabbar berkata “aku beli perabot ini dengan harga RM 3000”.

33
Wahbah Al-Zuhaili, Fiqh Islami Wa Adillatu Terj. Md Akhir Hj. Yaacob, (2000).op.cit. Hal 378
27

2.4.5 Syarat Barang Yang Dikontrakkan (Subjek Akad)

Dalam kontrak jual beli, subjek kontrak merujuk kepada barangan yang diual dan

barangan yang dijadikan sebagai bayaran. Kedua-dua perkara tersebut perlu memenuhi

beberapa syarat. Antara syarat-syaratnya ialah barangan jualan hendaklah wujud

barangan yang tidak wujud tidak boleh dijual. Contohnya penjual hendak menjual

kambing yang bakal dikandung oleh ibunya. Selain itu, tidak sah menjual barang yang

kemungkinan wujud. Sebagai contoh penjual hendak menjual buah sebelum pokoknya

berbunga atau menjual anak haiwan yang berada di dalam kandungan ibunya. Sebahagian

ulama Hanafiyah berpendapat sah jual beli salam, jual beli istisna‟ (tempah buat) dan jual

beli buah atas pokok yang telah zahir kewujudannya.

Barangan tersebut mestilah harta yang bernilai. Nilai bermaksud setiap manusia yang

memperolehi nilai kebendaan di kalangan manusia. Manakala harta yang bernilai

memberi maksud sesuatu yang boleh member manfaat kepada manusia sama ada

memberi manfaat semasa membelinya atau pada masa akan datang dan penilaian tersebut

diakui oleh syarak. Oleh itu tidak dikira harta sebagai manusia, bangkai dan darah,arak

dan babi. Jual beli barangan tersebut adalah tidak sah.

Menurut Mazhab Hanafi, harta bermaksud suatu yang disukai oleh tabiat manusia yang

mana ia boleh disimpan untuk masa yang diperlukan. Oleh itu, menurut Mazhab Hanafi

jual beli alatan muzik adalah sah kerana ia boleh member manfaat kepada manusia.

Manakala menurut pendapat Muhammad Ibn Hasan, Abu Yusuf dan Imam-Imam yang
28

lain berpendapat tidak sah jual belli alatan muzik kerana ia disediakan untuk melakukan

kerosakan (fasad) 34

2.4.5.1 Barangan Tersebut Milik Penjual

Barangan yang hendak dikontrakkan tersebut berada di bawah pemilikan khas penjual.

Oleh itu, tidak sah jual beli atas harta yang berada di bawah penjaganya seperti harta

yang diwakilkan atau harta yang milik orang yang berada di bawah jagaannya seperti

harta anak yatim dan sebagainya.

Tidak sah jual beli rumah milik orang walaupun tenah miliknya serta tidak sah jual beli

sesuatu barang yang tidak dimiliki seperti jual beli baranag yang ditemui dalam laut, jual

beli cahaya matahari serta angin dan sebagainya.

2.4.5.2 Barangan tersebut Diserahkan Ketika Kontrak Dilaksanakan

Tidak sah kontrak jual beli barang yang tidak dapat diserahkan. Sebagai contoh jual beli

barang di udara atau binatang yang telah lari dan sebagainya. Begitu juga tidak sah jual

beli barang yang tidak dapat wujud (ma’dum) ketika terlaksananya kontrak jual beli,

contohnya jual beli penjualan hasil daripada hasil (anak kepada anak). Juga seperti

34
ibid
29

penjualan barang berisiko antara ada dan tidak ada seperti anak dalam kandungan dan

sebagainya35

2.4.5.3 Syarat Harga (Nilai Tukar Ganti Barang)

Nilai atau harga barang termasuk di dalam unsure terpenting di dalam jual beli. Para

ulama fiqh telah berselisih pendapat dalam membezakan ath-thaman dengan as-sir.

Menurut mereka ath-thaman adalah harga pasar yang berlaku di tengah-tengah

masyarakat sedangkan as-sir ialah modal barang yang sebenarnya diterima oleh para

peniaga sebelum dijual kepada pembeli. Oleh yang demikian itu, harga terbahagi kepada

dua bahagian iaitu harga antara peniaga dengan peniaga dan harga antara peniaga dengan

pengguna (pembeli iaitu harga pasar).

Oleh itu, harga yang dimaksudkan di sini ialah ath-thaman. Antara syarat-syarat ath-

thaman ialah harga tersebut disepakati oleh kedua-dua belah pihak, boleh diserahkan

pada waktu akad, sekalipun secara hukum seperti pembayaran secara cek atau kad kredit

dan sekiranya jual beli tersebut dengan pertukaran barang, maka barang yang dijadikan

nilai tersebut bukanlahbarang yang diharamkan oleh syrak seperti babi, arak, dan

sebagainya kerana tidak bernilai di sisi syarak. 36

35
ibid
36
A. Rahman Rinonga M.A. (Dr.) (1999) Hlm 134, H. Nasrun Haroen. (Dr.) (Feb 2000), Hlm 119
30

2.5 Bentuk-Bentuk Jual Beli

Teradapat pelabagai jual beli yang telah ditetapkan di dalam Islam. Jual beli secara

umumnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu jual beli yang diharuskan dan jual

beli yang dilarang.

2.5.1 Jual Beli Yang Diharuskan

2.5.1.1 Jual Beli Ditinjau Dari Segi Barang Dagangan

Jual beli mutlak. Jual beli mutlak ialah jual beli yang tidak terbatas. Ulama

mendefinisikannya sebagai tukar menukar benda dengan hutang (da’in). ini adalah

bentuk jual beli yang paling masyhur diantara bentuk-bentuk jual beli yang lain. Dengan

jual beli ini, seseoarang akan dapat melakukan tukar menukar dengan wang untuk

mendapatkan segala barang yang diingini.

Jual Beli Muqayadhah (barter). Jual beli yang memerlukan pertukaran barang dengan

barang yang lain ataupun barter harta benda dengan harta benda selain emas dan perak.

Jual beli jenis ini tidak memerlukan kepada wang. Jika pertukaran yang hendak

dibartekan adalah wang dengan wang, maka jual beli itu disebut sebagai penukaran wang

manakala jika salah satunya wang, maka disebut sebagai jual beli mutlak.

Dua barang yang hendak dibartekan merupakan barang yang dapat dilihat. Ini kerana jual

beli sesuatu yang belum dapat dilihat dengan sesuatu yang terlihat bukan termasuk jual

beli barter tetapi jual bei mutlak. Seterusnya apabila barang dagangannya diberikan pada
31

waktu yang lain, sedangkan pembayaran telah dilakukan maka disebut sebagai jual beli

salam.

Jual beli barter juga mestilah dilakukan secara langsung. Seseorang yang melakukan jual

beli ini tidak boleh meminta pihak yang satu lagi menyerahkan barang dagangannya

terlebih dahulu ataupun pada waktu kemudian. Ia mestilah dilakukan secara langsung

iaitu semasa transaksi jual beli barter tersebut dilakukan. 37

Jual Beli Saham. Jual beli saham merupakan perdagangan yang sangat penting di dunia

pada masa sekarang. Jual beli ini dilakukan di pasaran modal yang disebut sebagai bursa

saham. Seseorang muslim haruslah mengetahui bentuk-bentuk jual beli saham yang sah

dan tidak sah mengikut perbezaan bentuk dan operasi penjualannnya sebagai contoh

syarikat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dibolehkan seperti sektor pertanian,

industry dan peragangan selagi mana tidak mengandungi unsur-unsur riba atau perkara-

perkara yang dilarang oleh syarak. Seseorang muslim boleh mengikuti dengan

memberikan modal dalam syarikat seperti ini iaitu dengan memiliki sahamnya, menjual

dan membelinya.

Manakala seseorang muslim ditegah untuk membeli saham, menjual dan memiliki bagi

syarikat-syarikat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti nyang diarang oleh syarak seperti

37
Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar. 2009 Ensiklopedi Fiqih Muamalah Dalam Pandangan 4
Mazhab cetakan Pertama: Maktabah Al-Hanif Hlm. 21.
32

bank-bank yang menerapkan unsur riba dan perusahaan yang menjalankan perniagaan

haram seperti penjualan arak, zat-zat aditif dan sebagainya.

2.5.1.2 Jual Beli Ditinjau Dari Segi Penentuan Harga

Jual Beli Musawamah. Jual beli jenis ini merupakan jual beli secara tawar menawar

antara penjual dan pembeli terhadap barangan tertentu dan dalam hal penetapan harga.

Penjual tidak menetapkan harga yang tetap pada barang dagangannya. Tawar menawar

akan wujud apabila seseorang pelanggan hendak membeli barangan dagangan penjual

sehingga kedau-dua pihak tersebut bersetuju dalam sesuatu harga yang ditetapkan. Jual

beli seperti ini adalah dibolehkan selagi mana ianya memenuhi syarat-syarat jual beli

yang ditetapkan oleh syarak dan tidak termasuk jual bei yang dilarang. 38

Jual beli seperti ini masih diamalkan sehinggalah pada masa sekarang. Contohnya di

Malaysia, terdapat banyak gerai-gerai mahupun pasar-pasar yang menjalankan transaksi

jual beli tawar menawar seperti pasar malam, pasar borong, jualan pakaian terpakai

ataupun jualan barang-barangan terpakai dan banyak lagi. Kesemua aktiviti seperti ini

termasuk di dalam jual beli tawar menawar.

Jual Beli Muzayadah (lelong). Jual beli ini juga disebut sebagai jual beli dalalah dan

munadah. Dari segi bahasa bermaksud bersaing (tanafus) dalam menambah harga barang

38
ibid
33

dagangan yang ditawarkan untuk dijual. Adapun dari segi makna istilahnya pula ialah

jika seorang penjual menawarkan barang dagangannya dalam pasar (di hadapan para

pembeli), kemudian berlakulah proses kenaikan daripada harga asal yang dilakukan oleh

para pembeli yang mana kesemua pembeli tersebut mempunyai kehendak yang sama

terhadap barangan yang dilelong. Akan tetapi barang lelongan hanya akan diberikan

kepada pembeli yang telah memberikan harga yang paling tinggi.

2.5.1.3 Jual Beli Amanah.

Jual Beli Amanah atau pun Bai‟ Al-Amanah ialah proses jual beli yang berteraskan

kepada amanah iaitu kejujuran. Di mana urusniaga di antara penjual dan pembeli adalah

berdasarkan kejujuran.Di dalam Jual Beli Amanah (Bai‟ Al-Amanah) terdapat beberapa

jenis urusniaga iaitu jual beli Murabahah, jual beli Tawliah, jual beli Isyrak, jual beli

Wadhiah.

2.5.1.4 Jual Beli Murabahah

Jual beli yang menggunakan kaedah Murabahah ialah di mana penjual secara jujur

menyatakan kepada pembeli harga kos barang tersebut dan kemudiannya menyatakan

kadar keuntungan yang diperolehi olehnya hasil jualan barangan tersebut kepada pembeli

dan pembeli bersetuju dengan

kadar keuntungan yang diperolehi oleh pihak penjual. Sebagai contoh Kasim seorang

peniaga kereta dan berhajat menjualkan kereta tersebut kepada Fauzi. Di dalam urus

niaga tersebut Kasim telah memaklumkan kepada Fauzi bahawa harga kos kereta yang
34

hendak dijualkannya kepada Fauzi ialah RM 10,000, dan dia menjualkan kereta tersebut

kepada Fauzi sebanyak RM 15,000 dan Kasim akan memperolehi keuntungan sebanyak

RM 5,000. Fauzi bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh Kasim. Inilah yang di

namakan jual beli Murabahah.

2.5.1.5 Jual Beli Tawliah

Jual beli Tawliah pula ialah di mana penjual menyatakan kepada pembeli harga asal

barangan tersebut dan tidak ada penambahan atau pengurangan di dalam jual beli

tersebut.

Sebagai contoh Ali hendak menjual sehelai baju dengan harga RM 15. Harga tersebut

merupakan harga sebenar iaitu harga kos. Dan pembeli bersetuju dengan harga itu. Di

dalam Jual beli ini penjual tidak mengambil keuntungan dan tidak juga mengalami

kerugian

2.5.1.6 Jual Beli Isyrak

Konsep Jual beli Isyrak adalah sama seperti jual beli Tawliah. Cuma bezanya ialah

barangan yang dijual hanya dijual sebahagian sahaja. Penjual dan pembeli berkongsi

harta yang sama. Sebagai contoh Kamal mempunyai 100 ekar tanah, harga kos tanah

berkenaan ialah 100 ribu. Beliau berhajat menjualkan sebahagian daripada tanah tersebut

iaitu 50 ekar tanah dengan harga 50 ribu dan pembeli bersetuju dengan harga tersebut. Di

dalam jual beli ini penjual hanya menjual sebahagian barangan dengan tidak mengambil
35

sebarang keuntungan atau mengalami kerugian dan pembeli bersetuju dengan jual beli

tersebut.

2.5.1.7 Jual Beli Wadhiah

Jual beli Wadhiah merupakan satu konsep jual beli di mana penjual menjual sesuatu

barangan dengan menjelaskan harga asal atau harga kos kepada pembeli. Dan penjual dan

pembeli bersetuju mengurangkan harga asal kepada harga yang lebih rendah. Sebagai

contoh Ani hendak menjual sebuah pasu bunga dan beliau menyatakan bahawa harga kos

pasu bunga tersebut sebanyak RM 20. Tetapi Ani dan pembeli bersetuju menjual dan

membeli pasu bunga tersebut dengan dengan harga RM 15. Inilah yang dinamakan jual

beli Wadhiah di mana penjual menyatakan harga asal barangan tersebut dan penjual dan

pembeli bersetuju mengurangkan harga asal harga kos kepada satu harga yang lebih

rendah daripada harga kos. Di dalam jual beli ini peniaga tidak mengambil untung dan

mengalami kerugian.39

2.5.2 Jual Beli Yang Dilarang

Syariat Islam mengharuskan jual beli. Pada dasarnya hukum jual beli adalah sah

melainkan jika terdapat dalil yang mengharamkannya.terdapat nas-nas al-quran dan hadis

secara jelas mengharamkan sebahagian bentuk jual beli yang akan dijelaskan.

Diantaranya ialah jual beli yang mengandungi unsur riba. Jual beli yang mengandungi

39
ibid
36

unsur riba adalah diharamkan. Pengharaman riba telah dijelaskan di dalam al-quran dan

as-sunnah

Berdasarkan firman Allah S.W.T :

    

Maksudnya:
Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
Al-Baqarah (2): 275

Manakala dalil dari sunnah di antaranya adalah melalui hadis riwayat Imam al-Bukhari

yang bersumber dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‫ وقتل النفس اليت حرم‬، ‫ الشرك باهلل‬:‫ يا رسول اهلل وما ىن؟ قال‬: ‫ قالوا‬،‫اجتنبوا السبع املوبقات‬
40
، ‫ وأكل الربا‬، ‫اهلل إال باحلق‬

Maksudnya:
“Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Para sahabat bertanya, “apa
itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, Syirik kepada Allah, sihir,
membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan
riba.

40
Al-Bukhari: Sahih al-Bukhari, juz 4, Hlm 12, dan Muslim: sahih Muslim, juz 1 Hlm. 92.
37

Menurut majoriti fuqaha Hanafiyah, Malikiyyah, dan Hanabilah, riba terbahagi kepada

dua bahagian iaitu riba nasi‟ah dan riba fadhl. Riba nasi‟ah bermaksud tambahan pada

harta sebagai imbalan kepada bertambahnya tempoh pembayaran. Contohnya, seorang

yang menjual barangan dagangan kepada orang lain dengan pembayaran hutang, apabila

suda sampai tempoh dan belum melangsaikan hutang pembayaran, maka pembeli

tersebut di kenakan cas tambahan sebagai imbalan akibat penambahan tempoh masa. Hal

ini telah berlaku pada zaman jahiliyyah lagi apabila seseorang yang telah habis tempoh

masa pembayaran hutangnya dan masih belum dapat melangsaikan hutangnya, maka ia

wajib membayar beberapa kali ganda dengan memberikan tempoh masa lagi untuk

membuat pembayaran. Hal ini jelas disebut di dalam al-quran,

Firman Allah:

       

Maksudnya:

wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba

Al-Imran (3): 130


38

Riba nasi‟ah juga disebut riba jali. Ibnu Qayyim mengatakan: iaitu sesuatu yang telah

dilakukan pada zaman jahiliyyah, seperti mengakhirkan pembayaran hutang dengan

penambahan bayaran.”

Sementara itu, riba fadhl pula merupakan penjualan sesuatu yang sama jenis dengan

penambahan salah satunya tanpa berfikir. Ataupun juga bermaksud menggandakan harga

jualan yang asal, seperti menjual wang satu dinar dengan harga dua dinar, atau menjual

satu kilo gram gandum dengan dua kilo gram gandum.

Dalil pengharamannya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam muslim yang

bersumber dari „Ubadah ibnu ash-Shamit R.A yang berkata: Rasulullah S.A.W.

bersabda:41

‫ وامللح بامللح‬، ‫ والتمر بالتمر‬، ‫ والشعري بالشعري‬، ‫ والرب بالرب‬، ‫ والفضة بالفضة‬،‫الذىب بالذىب‬

‫ فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا‬، ‫ فإذا اختلفت ىذه األصناف‬،‫ مثل مبثل سواء بسواء يدا بيد‬،

‫بيد‬

41
Hadis Riwayat Muslim, juz 3 Hlm 1211
39

Maksudnya:

Emas dibeli dengan emas, perak dibeli dengan perak, biji gandum dibeli

dengan biji gandum, jagung dibeli dengan jagung, kurma dibeli dengan kurma,

garam dibeli dengan garam, dengan sepadan.

Dalam hadis di atas Rasulullah S.A.W menjelaskan beberapa barang yang menjadi asal

kepada riba, hukum dan syaratnya. Ulama juga berpendapat mengkategorikan sesuatu

barangan itu menjadi barangan riba apabila jenis barang lain selain yang dinyatakan di

atas mengandungi unsur-unsur riba. Enam jenis barang di atas merupakan keperuan asas

manusia yang tidak dapat di hindari.jika berlaku pemakaian riba pada barang-barang

yang ditetapkan di atas, manusia akan mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan

hidup mereka. Oleh sebab inilah Allah S.W.T dan RasulNya melarang riba sebagai

bentuk kasih saying kepada manusia dan memeihara kemaslahatan mereka.

2.5.2.1 Jual beli Gharar

Jual beli gharar bermaksud jual beli yang menganungi unsur-unsur ketidakjelasan,

kesamaran, pertaruhan dan penipuan di dalamnya. Di dalam kitab Sahih Muslim,

Rasulullah S.A.W melarang jual beli gharar. Larangan ini adalah bertujuan untuk

mengelakkan manusia daripada timbulnya sikap permusuhan daripada pihak yang telah

teraniaya, menimbulkan kerugian yang besar pada pihak yang lain dan seterusnya

menjaga kesucian harta tersebut.


40

Nilai gharar itu mempunyai pelbagai perbezaan. Jika unsur yang tidak dapat diketahui itu

besar, maka besarlah pengharaman dan dosanya. Semua jenis gharar mempunyai bentuk-

bentuk penipuan di dalamnya dan ini akan menyebabkan kemudharatan dan bahaya pada

pihak-pihak yang berkontrak terutama dalam transaksi jual beli.

Terdapat tiga jenis gharar iaitu jual beli sesuatu yang tidak ada, seperti jual beli habl al-

habalah iaitu janin daripada binatang yang diternak, jual beli sesuatu yang tidakdapat

diserah seperti unta yang melarikan diri, dan jual beli sesuatu yang tidak dapat diketahui

secara mutlak, atau tidak dapat diketahui jenis dan bentuknya.contohnya penjual kereta

menjual kereta tetapi bentuk dan keadaanya tidak jelas dinyatakan.

Imam Nawawi menyatakan bahawa larangan jual beli gharar merupakan asas yang

penting dalam jual beli kerana mengandungi masalah-masalah yang sangat banyak yang

bersifat kontemporari. Contohnya jual beli ikan yang masih berada di dalam sungai

ataupun dalam laut, air susu yang diperah, jual beli buah-buahan sebelum jelas

kematangannya.42

42
Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar. 2009 Ensiklopedi Fiqih Muamalah Dalam Pandangan 4
Mazhab cetakan Pertama: Maktabah Al-Hanif Hlm. 37.
41

2.6 Hukum Jual Beli

Akad jual beli yang diadakan dari segi hukumnya mengikut jumhur mengikut jumhur

fuqaha ada dua kategori iaitu akad jual beli yang sah dan akad jua beli yang tidak sah.

Akad jual beli yang sah ialah akad jual beli yang memenuhi rukun dan syaratnya dan

akad jual beli yang sah akan melahirkan kesan undang-undang. Manakala akad jual beli

yang tidak sah ialah akad jual beli yang tidak memenuhi sebahagian daripada rukun-

rukun dan syarat-syaratnya dan akad jual beli yang tidak sah melahirkan apa-apa kesan

undang-undang terhadap dua pihak yang berakad. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa

akad jual beli yang batil dan yang fasid adalah kedua-duanya akad jual beli yang tidak

sah.

Fuqaha Hanafi berpendapat hukum jual beli ada tiga kategori iaitu jual beli yang sah, jual

beli yang fasid dan jual beli yang tidak sah. Akad jual beli yang sah ialah jual beli yang

diiktiraf oleh syarak yang memenuhi tuntutan asal akad (rukun) dan sifat-sifatnya iaitu

sempurna dari segi penawaran dan penerimaan dan jelas tentang barang yang diakadkan

disamping tidak melibatkan hak orang lain. Akad jual beli seperti ini melahirkan kesan

undang-undang di mana pertukaran hak milik berlaku diantara dua pihak. Kontrak jual

beli yang fasid (al-Bai’ al-Fasid) ialah kontrak jual beli yang memenuhi tuntutan asal

akad (rukun) tetapi tidak memenuhi sifat-sifat akad, seperti menjual sesuatu yang tidak

ditentukan contohnya menjual seekor kambing daripada kambing yang berada dalam satu

kumpulan. Akad jual beli seperti ini membawa pemindahan hak milik jika pembeli

menerimanya dengan keizinan penjual (pemilik), tetapi hak milik kedua belah pihak
42

belum lagi benar-benar mengikat (Milk Ghair Lazim) kerana kedua-duanya mempunyai

hak membatalkan akad itu. Apabila pembatalan berlaku maka setiap daripada mereka

memulangkan kembali barang pertukaran yang diterimanya kepada pemiliknya masing-

masing.

Jual beli yang tidak sah (Bai’ al-Batil) ialah kontrak jual beli yang tidak memenuhi

tuntutan asal akad dan tidak juga memenuhi sifat-sifat barang yang diakadkan.

Contohnya akad jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak yang tidak mumaiyiz dan

barang yang dibeli pula tidak diiktiraf oleh syarak seperti daging babi, arak, dan

sebagainya. Di sini ternyata pembeli kanak-kanak ini tidak ada kelayakan dan barang

yang dibelinya sesuatu yang tidak diterima oleh syarak sebagai suatu yang diharuskan

urusniaga. Akad jual beli yang tidak sah tidak melahirkan apa-apa kesan undang-undang

dan jika pertukaran barang telah berlaku maka ia tidak membawa kepada pemindahan

hak milik. 43

2.7 Syarat-Syarat Ijab dan Qabul

Tawaran dan penerimaan itu mestilah wujud dan mempunyai kesan di dalam transaksi

jual beli. Setiap tawaran dan penerimaan semestinya menggambarkan secara jelas

kehendak pihak-pihak yang melakukan kontrak tersebut. Untuk memenuhi syarat ini,

piahk yang berkontrak mestilah mempunyai kelayakan untuk melakukan kontrak.secara

43
Abdul Halim El-MUhammady. 2001. Undang-Undang Muamalat dan Aplikasinya kepada produk-produk
Perbankan Islam. Selangor: Aras Mega (M) Sdn Bhd. Hlm. 113
43

umumnya kelayakan seseorang itu untuk berkontrak apabila pihak tersebut adalah

seorang yang waras iaitu tidak cacat akal fikirannya serta memahami segala perbuatan

yang dilakukan. Akad yang dilakukan oleh orang gila atau orang yang sedang tidur

adalah tidak sah. Antara sebab syarat seperti ini dibuat adalah kerana akad merupakan

ikatan antara dua kehendak. Kehendak dua pihak ini tidak akan difahami jika orang yang

melakukannya adalah orang gila atau orang yang sedang tidur. Oleh itu, kehendak

seseorang itu perlulah jelas menunjukkan keinginannya untuk melakukan kontrak.

Manakala penerimaan pula mestilah bersesuaian dengan tawaran. Penerimaan dan

penawaran itu mestilah mempunyai objektif yang sama. Kehendak yang dinyatakan

secara jelas atau secara fahaman. Contohnya Hazwan menawarkan kepada Safwan

keretanya untuk dijual dengan harga sepuluh ribu ringgit. Hazwan pula telah bersetuju

dengan tawaran itu dengan harganya. Manakala persamaan dalam bentuk persefahaman

pula seperti Hazwan menawarkan kepada Safwan rumahnya dengan harga RM 90 000.

Safwan menerima tawaran tersebut dan sanggup membayarnya dengan harga RM 100

000. Waaupun Safwan menerima tawaran itu dengan harga yang berbeza, tetapi secara

fahamannya Safwan telah bersetuju dengan tawaran tersebut. Apa yang penting dalam

melakukan sesuatu akad atau kontrak ialah persetujuan kedua-dua belah pihak selagi

tidak tidak ada sesuatu yang boleh menafikan adanya kerelaan atau persetujuan itu.

Berdasarkan syarat ini, jika tidak ada persetujuan atau persamaan antara penerimaan dan

penawaran maka akad seperti ini tidak sah diakukan. Contohnya Hazwan menjual rumah

kepada safwan dengan harga RM 90 000, tetapi Safwan pula hendaklah membeli kebun

Hazwan dengan harga tersebut.


44

Setiap pihak yang berakad mestilah memahami kehendak pihak yang satu lagi. Ertinya

setiap tawaran dan penerimaan yang dibuat mestilah difahami oleh pihak yang terlibat.

Hal ini merupakan asas ikatan kehendak mereka yang tersirat. Untuk melahirkan niat

yang ada dalam hati pihak yang berkontrak. Suatu cara yang boleh menerangkan

kehendak tersebut diperlukan iaitu secara jelas dan boeh difahami oleh semua pihak. 44

Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran. Penerimaan hendaklah dilakukan

dalam majlis yang sama (majlis akad) tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan

dengannya. Walau bagaimanapun, para fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan

maksud sebenar kesinambungan antara penerimaan dan penawaran.menurut jumhur

ulama, penerimaan dianggap bersambung dengan tawaran sekiranya dilakukan dalam

majlis akad yang sama. Sekiranya pihak pertama membuat tawaran kepada pihak kedua/

dan kedua-dua pihak tersebut berada dalam majis yang sama, pihak kedua tidak

semestinya membuat penerimaan tersebut selepas beberapa waktu selagi mereka masih

berada dalam majlis tersebut. Manakala fuqaha Mazhab Syafi‟I pula berpendapat,

penerimaan dianggap bersambung apabila dilakukan terus sesudah tawaran dibuat tanpa

diselangi oleh perbincangan yang tidak berkaitan dengan tawaran. Sekiranya penerimaan

itu tidak dilakukan dengan serta merta, akad atau kontrak tidak akan berlaku.

Mengikut pendapat yang rajih,maksud majlis yang sama ialah kedua-dua pihak yang

berada pada masa dan tempat yang sama. Ini sekiranya kedua-dua pihak itu hadir pada

44
Faizah Hj. Ismail. 1995. Asas-Asas Muamalat dalam Islam. Cet. Pertama: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kuala Lumpur. Hlm. 71.
45

masa dan tempat akad itu dilakukan. Tetapi jika satu pihak agi tidak hadir, maka majlis

untuk melakukan akad atau kontrak antara keduanya dianggap wujud apabila berita

tentang kehendak masing-masing sampai ke pihak yang satu lagi sama ada melalui surat,

wakil, telefon atau sebagainya. 45

2.8 Komunikasi Akad (Ijab dan Qabul)

Komunikasi akad merupakan sesuatu yang boleh menggambarkan kehendak seseorang

sama ada untuk membuat tawaran atau penerimaan. Akad pula ialah hubungan kehendak

antara dua pihak untuk melakukan sesuatu. Kehendak itu pula ialah sesuatu yang tersirat

dalam hati seseorang dan tidak boleh difahami kecuali dengan percakapan atau kenyataan

yang boleh menjelaskan kehendak tersebut. Terdapat beberapa bentuk komunikasi akad.

Antaranya ialah:

2.8.1 Akad secara lisan dan Isyarat

Menggambarkan kehendak dengan kata-kata atau secara lisan merupakaan salah satu cara

semula jadi manusia. Sesuatu akad akan wujud apabila kedua-dua pihak yang berakad

mengucapkannya dengan perkataan dan dalam bahasa yang mudah difahami.oleh mereka

berdua dengan jelas. Sekiranya pihak yang ingin melakukan akad atau kontrak itu tidak

boleh bercakap, dia boleh menggunakan isyarat yang dapat difahami maksudnya.

Melakukan akad atau kontrak secara isyarat ini merupakan satu pengecualian mengikut

45
ibid
46

pendapat jumhur fuqaha. Selagi kenyataan itu boleh dilakukan secara lisan, akad tidak

boleh dilakukan dengan isyarat. Walau bagaimanapun fuqaha malikiyah berpendapat,

akad boleh dilakukan dengan isyarat walaupun pihak-pihak yang berakad mampu

melakukan secara lisan. Isyarat juga dianggap sebagai satu cara yang dapat menjelaskan

kehendak seseorang dengan betul.

2.8.2 Akad secara Bersurat atau Tulisan 46

Cara kedua untuk menyatakan kehendak seseorang ialah dengan surat atau tulisan. Surat

itu boleh ditulis dalam apa bahasa sekalipun dengan syarat kedua-dua belah pihak yang

berakad atau berkontrak memahami maksud surat itu. Berdasarkan pendapat ini, tidak

ada perbezaan sama ada pernyataan secara bertulis itu dilakukan oleh kedua-dua belah

pihak atau satu pihak sahaja sedangkan pihak yang satu lagi menyatakannya secara lisan.

Begitu juga tidak ada perbezaan sama ada mereka mampu untuk melakukannya secara

lisan atau sebaliknya. Penerimaan terhadap tawaran yang dibuat melalui surat mestilah

dilakukan dengan segera dan dalam tempoh yang sesuai serta munasabah. Sekiranya

tidak ada sebarang jawapan atau penerimaan dibuat dalam tempoh tersebut, pihak yang

diberi tawaran itu dianggap telah menolak tawaran tersebut.

46
ibid
47

2.8.3 Akad atau Kontrak Secara Perbuatan

Satu lagi cara untuk melakukan akad atau kontrak ialah dengan perbuatan atau tingkah

laku tanpa mengucapkan lafaz akad atau kontrak, sama ada daripada kedua-dua belah

pihak atau satu pihak sahaja manakala satu pihak yang lain pula melafazkannya secara

lisan. Cara begini boleh dilakukan dalam semua akad atau urusan jual beli. Sebagai

contoh Abdul Jabbar memasuki sebuah kedai untuk membeli makanan dan membayarnya

kepada penjual tanpa berkata apa-apa. Manakala penjual tersebut mengambila bayaran

daripada Abdul Jabbar tadi juga tanpa sebarang lafaz ataupun kata-kata. 47

Walau bagaimanapun, para fuqaha berselisih pendapat dalam masalah melakukan akad

secara perbuatan atau tingkah laku ini. Menurut pendapat Mazhab Syafi‟I, sebarang akad

atau kontrak tidak dapat dilakukan dengan perbuatan semata-mata tanpa ada lafaz atau

sesuatu yang menjelaskan kehendak pihak-pihak yang ingin berkontrak. Ini meliputi

semua bentuk akad atau kontrak tidak kira sama ada kecil ataupun yang besar. Dalam

Mazhab ini, semua akad atau kontrak yang hendak dilakukan mestilah jelas dan boleh

difahami, seperti secara lisan atau bertulis. Cara-cara ini dianggap dapat menjelaskan

kehendak seseorang untuk berakad atau berkontrak. Perbuatan atau tingkah laku semata-

mata tidak dapat menjelaskan kewujudan kehendak tersebut.

Sebahagian Fuqaha seperti Mazhab hanafi, Maliki dan Hanbali berpendapat akad boleh

dilakukan dengan perbuatan semata-mata sekiranya perbuatan-perbuatan itu dapat

47
ibid
48

menjelaskan adanya kerelaan dan kehendak semua pihak untuk melakukan kontrak.

Perbuatan itu mestilah menjadi satu cara yang diamalkan dalam masyarakat tanpa ada

pengkhususan kepada jenis akad yang hendak dilakukan sama ada dalam perkara yang

besar atau kecil. Dalam masalah ini, Ibn Taimiyah menjelaskan, akad yang boleh

dilakukan dengan apa cara sekalipun yang dapat menjelaskan maksudnya sama ada

dengan perkataan atau perbuatan. Setiap perkataan atau perbuatan yang diterima sebagai

kontrak jual beli boleh dilakukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi istilah

yang digunakan. Namun perbezaan tersebut bukanah sesuatu yang tetap sama ada dari

segi isyarat atau bahasa. Ia bukanlah sesuatu yang menjadi kewajipan kepada mereka

untuk menggunakan istilah-istilah tertentu dalam urusan muamalat teruatama dalam

urusan jual beli. Malah tidak haram jika mereka menggunakan istilah yang tidak

digunakan oleh orang lain untuk mengikat kontrak selagi istilah yang digunakan itu dapat

menggambarkan kehendak mereka yang sebenarnya.

Manakala pendapat ketiga pula mengatakan akad boleh dilakukan dengan apa cara

sekalipun yang boleh menunjukkan kehend/ak pihak yang berakad. Cara-cara itu tidak

membezakan jenis akad atau kontrak yang hendak dilakukan sama ada cara-cara itu biasa

digunakan dalam masyarakat ataupun tidak. Apa yang penting di sini ialah apa cara

ataupun kaedah yang boleh menunjukkan terdapat kerelaan dan kehendak pihak yang

terlibat untuk berkontrak.48

48
ibid
49

2.9 Konsep Redha (kerelaan) dalam jual beli

Di dalam jual beli, pihak-pihak yang melakukan akad mestilah mencapai keredhaan

daripada kedua-dua belah pihak dalam melakukan transaksi tukar menukar dalam bentuk

wang dan barangan. Hal ini merupakan prinsip asas bagi maumalah islam terutama dalam

akad jual beli. Keredhaan bersama yang dicapai itu hendaklah bebas daripada sebarang

bentuk paksaan daripada pihak-pihak yang terlibat di dalam jual beli ataupun pihak

ketiga.

Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang mempunyai elemen saling redha meredhai

antara satu sama lain iaitu antara penjual dengan pembeli. Dalam erti kata lain, jual beli

yang dijalankan secara paksa adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap pembeli

mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli atau tidak sesuatu

barangan terletak kepada mereka. Maka, adalah tidak wajar sama sekali sekiranya

seseorang penjual memaksa orang lain untuk membeli barangan yang dijual. Bukan itu

sahaja, paksaan juga boleh menimbulkan pergaduhan dan perselisihan antara kedua-dua

belah pihak.

Firman ALLAH SWT:

            

 
50

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil)

harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan

(yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu.

An-Nisa‟ (4): 29

Manakala di dalam hadis, Rasulullah S.A.W menyebut 49:

‫إمنا البيع عن تراض‬


Maksudnya:

“Jual beli yang dilakukan atas dasar saling redha (antara penjual dan
pembeli)

Bagi mencapai sifat redha-meredhai, para peniaga dan pembeli juga seharusnya

mempunyai satu sikap lain iaitu boleh bertolak ansur sesama sendiri. Umumnya, tawar-

menawar sudah menjadi satu kebiasaan dalam perniagaan di antara pihak penjual dengan

pihak pembeli. Oleh itu, kedua dua belah pihak perlu mengetahui akan had atau batas

dalam tawar-menawar. Sekiranya boleh, tidak menjadi masalah untuk para peniaga

bertolak ansur dengan memberikan harga yang lebih rendah dan berpatutan seperti yang

ditawarkan oleh pembeli. Akan tetapi, pihak pembeli juga seharusnya sedar supaya

mereka tidak meminta harga yang terlalu rendah kerana boleh mendatangkan kerugian

49
Hadis Riwayat al-Baihaqi
51

kepada pihak peniaga. Oleh itu, bermula daripada sinilah perlunya sikap bertolak ansur

antara satu sama lain dan hasil daripada bertolak ansur tersebut boleh menimbulkan rasa

saling redha-meredhai antara penjual dengan pembeli sekiranya proses jual beli tersebut

berlaku.

Tujuan Islam menekankan konsep saling redha-meredhai antara satu sama lain adalah

untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan tertindas. Perniagaan

sepatutnya berjalan dalam suasana yang harmonis dan boleh memberi manfaat kepada

kedua-dua belah pihak. Perlu difahami bahawa konsep perniagaan sangat luas.

Perniagaan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu kontrak iaitu kedua-dua belah pihak

yang berkontrak mestilah mendapat keuntungan masing-masing. Sikap redha-meredhai

adalah bertujuan menghindarkan rasa tidak puas hati dan tertipu yang berkemugkinan

boleh berkembang menjadi suatu masalah yang lebih besar.

2.10 Hikmah Ijab Qabul dalam jual beli

Untuk mewujudkan sesuatu akad di dalam urusan jual beli mestilah mempunyai elemen

ijab (tawaran) daripada pihak yang memulakan tawaran jualan. Ia boleh berlaku sama ada

pada pihak penjual ataupun pembeli. Manakala penerimaan pula berlaku kemudian

terhadap tawaran itu yang mana dikira sebagai penerimaan. Hikmah yang wujud daripada

elemen ijab qabul dalam jual beli ini adalah bagi membentuk akad jual beli yang sah

kepada pihak penjual dan pembeli berdasarkan kepada kerelaan yang di tetapkan oleh
52

pihak-pihak tersebut. Apabila persetujuan telah dicapai oleh pihak yang berakad tadi,

maka berlakulah transaksi penukaran barang dengan wang yang mana melahirkan kesan

pindah milik barang daripada penjual kepada pembeli dan wang pembeli kepada penjual.

Dengan ini secara tidak langsung wujudlah hubungan muamalah antara kedua pihak

tersebut dan seterusnya mengelakkan mereka daripada berlakunya permusuhan dan

perbalahan yang ditegah dalam Islam.

Tawaran dan penerimaan juga boleh berlaku sama ada dalam bentuk ucapan, tulisan,

isyarat dan perbuatan memberi dan mengambil. Hal ini adalah bagi memudahkan pihak-

pihak yang berkontrak khususnya dalam jual beli boleh dilakukan oleh orang-orang yang

cacat seperti orang bisu, buta dan sebagainya. Islam itu agama yang mudah dan

menyeluruh. Tidak membebankan umatnya lebih daripada kemapuannya. Hal ini telah

dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-quran, Firman Allah:

     

Maksudnya:
Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya.
Al-Baqarah (2): 286

Sementara itu amalan jual beli yang dilakukan secara memberi dan mengambil tanpa

mengungkapkan perkataan tawaran menjual ketika jualan dibuat tanpa mengungkapkan

perkataan menerima ketika penerimaan dibuat adalah dikira sebagai akad dikira sebagai

sah sebagai tanda setuju.dalam membentuk akad jual beli. Ini kerana pertambahan
53

penduduk masyarakat di dunia masa kini semakin meningkat sehingga mewujudkan

peningkatan di dalam akad jual beli dan ianya memudahkan.

2.11 Kesimpulan

Islam satu-satunya agama yang mengatur kehidupan manusia bagi menjamin

kesempurnaan hidup di dunia kini dan juga di akhirat kelak. Islam telah menggariskan

etika serta prinsip-prinsip asas muamalat yang mengunjungi mekanisma-mekanisma

kontrak islam, sama seperti Islam juga telah menetukan prinsip-prinsip utama dalam

bidang munakhat (undang-undang keluarga) dan jenayat (undang-undang jenayah) dan

lain-lain lagiWalaupun Islam telah memberi kebebasan kepada golongan peniaga untuk

menceburkan diri ke dalam pelbagai jenis bidang perniagaan dan keusahawanan, namun

kebebasan itu tidak mutlak. Dalam melaksanakan sesuatu kontrak urusniaga, kehendak

syarak perlu diutamakan dan sesuatu yang melanggar syarak atau yang bercanggah

dengan hujah yang pasti (qat‟i) perlu dihindari. Selain itu urusniaga tersebut tidak terikat

dengan amalan riba, perjudian dan penipuan serta tidak terdapat kemudharatan yang

melebihi kemanfaatan dalam transaksi tersebut.


BAB
TIGA
54

BAB TIGA:

ANALISIS KONSEP IJAB QABUL DALAM AMALAN SEMASA DI BANK

MUAMALAT

3.1 PENDAHULUAN

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa di dalam urusan muamalat terutama di

dalam jual beli terdapatnya akad untuk mengharuskan sesuatu jual beli itu sah dan

memberi kesan kepada pihak-pihak yang berkontrak. Salah satu daripada akad tersebut

ialah mestilah mempunyai lafaz (sighah)iaitu tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul)

daripada pihak penjual dan pembeli. Kegagalan pihak-pihak yang berkontrak tersebut

untuk melakukan ijab dan qabul sebelum urusan jual beli dijalankan akan menyebabkan

jual beli tersebut mempunyai kecacatan dan kerosakan sehingga boleh menyebabkannya

tidak sah. Hal seperti ini sama berlaku di dalam institusi perbankan islam. Mana-mana

produk-produk yang terdapat di dalam perbankan islam yang menjalankan urusan jual

beli juga tidak terlepas daripada memenuhi akad semasa menjalankan urusan jual beli

tersebut. Akan tetapi, memandangkan masyarakat dunia sekarang ini yang semakin

berkembang dan teknologi moden yang semakin canggih dari semasa ke semasa

sehinggan mempengaruhi aspek muamalat terutama akad di dalam jual beli ini. Oleh

yang demikian, penulis akan menganalisis sejauh mana pemakaian akad di dalam konsep

lafaz (sighah) ijab dan qabul dalam jual beli itu sendiri di dalam produk-produk

perbankan islam terutama sekali di dalam Bank Muamalat dan menganalisis apakah

hukum di sebalik pengabaian lafaz (sighah) ijab dan qabul tersebut.


55

3.2 Produk-produk Bank Yang Berteraskan Syariat

Pada 5 Julai 1982 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa sebuah bank Islam

akan ditubuhkan. Bagi memenuhi keperluan penubuhan ini Akta Bank Islam perlu

diwajudkan. Hal ini kerana Akta Bank 1973 yang mana kini dikenali sebagai Akta Bank-

bank dan Institusi Kewangan (1989) tidak terpakai untuk opersai Bank Islam. Oleh yang

demikian, Akta Bank Islam digubal pada tahun 1983 dan berkuatkuasa pada 7 April

1983. Akta Bank Islam 1983 memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk

menyelia dan mengawal operasi Bank Islam di Malaysia. Kuasa ini diberikan

berdasarkan peruntukkan Akta Bank Islam 1983 seksyen 3(5) yang mengatakan: “Bank

Negara tidak boleh mengesyorkan pemberian lessen, dan Menteri tidak boleh memberi

satu lessen, melainkan Bank Negara atau Menteri mengikut mana-mana yang berkenaan

berpuas hati50:

a. Bahawa tujuan pengendalian perniagaan yang ia berhasrat menjalankannya itu

tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak dilulus oleh Agama Islam, dan:

b. Bahawa ada terdapat dalam artikel persatuan bank yang berkenaan peruntukkan

bagi penubuhan suatu badan penasihat syariah untuk menasihatkan bank

mengenai pengendalian perniagaan banknya untuk menjamin ianya tidak

melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam

50
Prof Madya Dr. Abdul Halim Muhammad 2001. Undang-Undang Muamalat & aplikasinya kepada
Produk-Produk Perbankan Islam. Cetakan keempat: Dasar Cetak (M) Sdn Bhd. Hlm. 218
56

3.3 Prinsip-Prinsip Islam Yang Digunakan Kepada Produk-Produk Bank

Para Fuqaha mentakrifkan Bai’ sebagai pertukaran harta dengan harta. Ia boleh berlaku

pertukaran itu antara barang dengan barang atau barang dengan wang. Ia adalah

bermaksud jual beli. Apabila di tambah dengan Bi Thaman Ajil, membawa maksud

pmbayarannya secara bertangguh, secara keseluruhan maksud kontrak ini berlaku antara

dua pihak di mana barang yang dijual diserakan kepada pembeli dalam majlis akad tetapi

pembayarannya ditangguhkan mengikut ketetapan masa yang telah dipersetujui oleh dua

pihak.

Dalam amalan bank, prinsip ini digunakan untuk pembiayaan perumahan, tanah

kenderaan dan sebagainya. Bagi melaksanakan prinsip ini bank akan menentukan

keperluan aset yang dikehendaki oleh pelanggannya dan keupayaannya untuk membayar

harga aset tersebut. Kemudian bank akan membeli kembali asset yang dikehendaki dan

menjualnya semula kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui. Bank dalam

menentukan harga jualan aset ini dengan mengambil kira modal asas dan keuntungannya

dan pihak pembeli bersetuju membayar harga aset itu secara ansuran mengikut tempoh

yang telah dipersetujui oleh kedua pihak tadi.

Prinsip ini juga digunakan untuk pelanggan mendapatkan pembiayaan semula terhadap

aset miliknya dengan cara kontrak jual beli di mana bank akan membeli aset yang

dimiliki oleh pelanggannya dengan bayaran tunai, kemudian bank akan menjual semula

aset itu kepada pemiliknya dengan menggunakan prinsip BBA (bai’ bithaman ajil) iaitu
57

dengan pembayaran semula kepada pihak bank secara ansuran mengikut ketepatan masa

yang dipersetujui. Prinsip ini digunakan juga untuk kemudahan overdraft dan wang tunai

kepada pelanggan bank. Perlaksanaan prinsip ini ialah bank akan membeli aset

pelanggannya, dengan harga tunai dan menjual kembali kepada pelanggannya dengan

harga bayaran tertangguh. Wang bayaran aset akan disimpan dalam akaun Wadiah

(simpanan) pelanggannya, dan dia kan menggunakan kemudahan overdraft berdasarkan

amaun yang dipersetujui dalam kontrak di atas. Bank akan mengambil keuntungan hanya

ke atas kadar wang yang digunakan oleh pelanggannya sahaja. Melalui kontrak BBA ini

pihak bank akan mendapat keuntungan daripada harga jualan pembayaran tertangguh itu,

di mana harga jualan mengandungi modal asal dan keuntungan ditetapkan51.

3.4 Pembiayaan Perumahan Secara Kontrak Al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA) di

Malaysia52

Kontrak jual beli (bai) harga (bithaman) tertangguh (ajil) (BBA) merupakan kontrak

yang mula-mula diperkenalkan dalam pembiayaan perumahan secara Islam di Malaysia.

BBA ialah kontrak jualan dengan harga tertangguh di mana penjual menjual sesuatu

dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dengan tangguhan

bayaran sehingga ke suatu tempoh yang ditetapkan dengan bayaran secara beransur-

ansur. Ia juga dikenali sebagai bai’ muajjal, bai’ bi al-ajal dan bai’ bi al-taqsit. Ia telah

dipilih sebagai alternative awal kepada pinjaman berasaskan faedah (riba).

51
Ibid. hlm. 221
52
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf. 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
58

Berdasarkan Firman Allah S.W.T

          

              

              

         

Maksudnya:

Orang yang makan (mengambil) riba tidak berdiri melainkan seperti berdirinya

orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang

demikian itu adalah disebabkan merka berkata sesungguhnya jual beli itu sama

dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan

riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada tuhannya lalu

terus berhenti daripada mengmbil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya

dahulu sebelum dating larangan dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang

yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni

neraka, mereka kekal di dalamnya.

Al-Baqarah (2): 275


59

Secara prinsipnya, kontrak jualan dengan harga tertangguh telah diharuskan oleh jumhur

fuqaha berdasarkan umum ayat di atas mengenai keharusan berjual beli menurut syariat

Islam.

Ayat ini hendaklah dibaca bersama surah al-baqarah ayat 282 yang mengharuskan

bertransaksi secara bertangguh dan bukan secara tunai. Kontrak ini juga terpakai kepada

keadaan di mana harga jualan tertangguh yang ditetapkan adalah lebih daripada harga

jualan. Jumhur fuqaha telah bersetuju bahawa penetapan harga tertinggi dalam jualan

harga tertangguh bukanlah riba yang diharamkan kerana ianya berlaku dalm kontrak jual

beli. Kontrak jual beli mengharuskan pengambilan keuntungan daripada pelbagai faktor

termasuklah penangguhan pembayaran harga jualan. Namun begitu, terdapat beberapa

perubahan dan perbezaan dalam amalan semasa BBA dalam produk perbankan Islam di

Malaysia.

3.5 Jualan Harga Tertangguh (BBA) Menurut Islam

Secara umumnya, jualan harga tertangguh (BBA) adalah metod pembayaran harga dalam

sesuatu kontrak jual beli. Cara pembayaran tertangguh adalah pilihan kepada pembayaran

secara tunai tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual.
60

Hukum muamalat Islam telah menetapkan beberapa peraturan dalam kaedah pembayaran

seperti berikut53:

a. Jualan tunai mesti dibayar terhadap kontrak jual beli yang melibatkan barangan

yang bersifat ribawi seperti pertukaran mata wang dengan pertukaran makanan

ruji (asas). Jika jual beli atau pertukaran barangan ribawi sesame jenis dilakukan

secara bertangguh akan berlaku riba jual beli (riba al-buyu’) dan riba

penangguhan (riba al-nasiah). Justeru itu, BBA dilarang dalam jual beli atau

pertukaran barangan ribawi sesame jenis.

b. Jualan hutang mestilah dilakukan secara tunai untuk mengelakkan berlakunya

jualan hutang dengan hutang (bai’ al-kali bi alkah). Jualan ini dilarang

berdasarkan dengan kisah yang berlaku kepada Ibn Umar yang terlibat dalam

pertukaran hutang dalam dinar kepada hutang dan sebaliknya. Nabi Muhammad

SAW telah memperakui transaksi tersebut dengan syarat penyerahan berlaku

secara tunai semasa majlis akad dan berdasarkan harga tukaran pada hari tersebut.

c. Jualan salam (jualan tempahan), bayaran mestilah dibuat secara tunai dalam

majlis akad.

d. Urbun (bayaran duit muka) juga dituntut dilakukan secara tunai.

Jualan harga tertangguh di dalam Islam dibenarkan tertakluk kepada persetujuan kedua-

dua pihak pembeli dan penjual dalam kontrak jual beli biasa (al-bai’ musawamah) dan

53
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf. 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
61

kontrak jual beli amanah seperti murabahah (jual beli dengan keuntungan), tawliyah (jual

beli dengan harga kos)

Para Fuqaha telah menggariskan beberapa syarat yang mesti dipenuhi dalam jualan harga

tertangguh seperti berikut iaitu kedua belah pihak pembeli dan penjual mesti menentukan

secara pasti satu harga jualan yang telah dipersetujui oleh mereka secara bersama semasa

berlakunya akad. Berkenaan dengan harga jualan harga tertangguh, dengan persetujuan

pihak pembeli, pihak penjual diizinkan menetapkan harga yang lebih tinggi semasa akad

jual beli melebihi harga semasa jualan secara tunai setelah mengambil kira faktor

penangguhan harga tersebut.tetapi pihak penjual tidak dibenarkan menaikkan harga

dengan alas an pembeli meminta memanjangkan tempoh bayaran. Ini adalah kerana ia

termasuk dalam riba penangguhan (riba al-nasiah). Seterusnya harga jualan dalam akad

jual beli telah menjadi hutang (dayn) ke atas pembeli mula daripada berlakunya akad

sehingga harga jualan dibayar sepenuhnya. Justeru itu, pihak penjual berhak

mendapatkan cagaran terhadap hutang tersebut contohnya gadaian (rahn) harta pembeli

atau (kafalah) daripada pihak ketiga.

3.6 Jualan Harga Tertangguh (BBA) Dan Amalannya Di Malaysia54

Secara umumnya kontrak BBA yang diamalkan di Malaysia adalah selaras dengan

pertuntukkan muamlat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan dalam

mengaplikasikan kontrak ini dalam memenuhi kehendak undang-undang Malaysia untuk

54
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf. 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
62

melindungi kedua-dua pihak pembeli dan penjual. Pembiayaan perumahan secara BBA

telah digunakan untuk membiayai rumah yang telah siap dan rumah yang masih dalam

pembinaan di Malaysia.

3.6.1 Modus Operandi Kontrak BBA dalam perumahan55

Langkah 2

Bank Pembeli

Langkah 3 dan 4
Langkah 1

Pemaju perumahan

Langkah 1

Pihak pelanggan telah mengenalpasti aset barang yang hendak dibeli, pelanggan akan

membayar 10 peratus daripada harga jualan kepada pihak pemaju dan kontrak jual beli

antara pembeli dan pemaju ditandatangani.

Langkah 2

Pembeli akan menghubungi pihak bank bagi mendapatkan pembiayaan untuk baki harga

jualan yang belum dibayar bergantung kepada kelayakan pelanggan. Contohnya 90

peratus daripada harga jualan asal dalam kontrak jual beli.

55
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
63

Langkah 3

Pihak bank akan meminta dokumen-dokumen yang berkaitan dan seterusnya akan

menilai kelayakan pembeli. Stetelah pihak bank berpuas hati, mereka akan menyediakan

surat tawaran kemudahan pembiayaan kepada pihak pembeli, sekiranya pihak pembeli

berpuas hati dengan terma-terma pihak bank, dia akan menerima tawaran tersebut dengan

menandatangani surat penerimaan tawaran yang dialmpirkan bersama surat tawaran.

Langkah empat

Setelah menerima persetujuan pihak pembeli, pihak bank akan menghubungi peguam

bagi pihak bank untuk menyediakan dua kontrak penting iaitu perjanjian pembelian aset

dan perjanjian penjualan aset. Kedua-dua pihak bank dan pembeli akan menandatangani

kedua-dua perjanjian tersebut untuk menyempurnakan pembiayaan pembelian rumah

secra BBA.

Perjanjian Jual Beli


Pemaju Rumah Pembeli

1. Perjanjian BBA
Pembelian
Aset

1. Perjanjian
Penjualan Aset
Bank
64

3.6.2 Perjanjian Pembelian Aset (Property Purchase Agreement (PPA))

Ia merupakan akad jual beli di antara pihak bank dan pembeli. Pihak bank membeli aset

berkenaan daripada pihak pembeli pada harga belian yang sama nilai dengan jumlah

pembiayaan yang dikehendaki. Sebaga contoh, 90 peratus daripada nilai harga sebenar

aset di dalam kontrak56 jual beli rumah. Harga belian ini dibayar secara tunai bagi aset

yang sedia ada dan secara progresif bagi aset yang masih dalam pembinaan mengikut

jadual pembayaran yang telah dipersetujui. Menurut perjanjian pembelian aset (PPA) ini

pembeli adalah pemilik manfaat terhadap aset mengikut kontrak jual vbeli rumah.

Seterusnya pihak bank bersetuju untuk menjual dan pembeli bersetuju membeli aset

tersebut tertakluk kepada terma dan syarat dalam perjanjian. Ini menunjukkan aset yang

dibeli oleh bank akan dijual semula kepada pembeli seperti berikut:

a. Bagi menjamin harga jualan, pembeli diminta membuat cagaran berdaftar bagi

pihak bank

b. Pembeli dikehendaki mengambil Pelan Morgaj Takaful dan Pelan Api Takaful

bagi jumlah yang diterima oleh bank

c. Pembeli dikehendaki membayar ganti rugi terhadap segala kerugian yang

disebabkan oleh penjual atau pihak lain

d. Pembeli dikehendaki membayar cukai tanah, pembayaran dan apa-apa bayaran

yang dikenakan oleh kerajaan dan

e. Duti stem, cukai, fi, perbelanjaan dan pembayaran yang berkaitan dengan

perjanjian pembelian aset dan kos litigasi dan peguamcara hendaklah dibayar oleh

pembeli.

56
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
65

Mengikut peraturan muamalat Islam, perjanjian pembelian aset mesti ditandatangani

terlebih dahulu daripada perjanjian penjualan aset dengan tujuan memindahkan hak milik

aset daripada pembeli kepada pihak bank. Setelah perjanjian termeterai, pihak bank akan

menjadi tuan punya aset dan berkewajipan membayar harga belian yang telah

dipersetujui kepada pihak pembeli.

3.6.3 Perjanjian Penjualan Aset (Property Sale Agreement (PSA))

Ia merupakan akad jual beli antara pihak bank dan pembeli. Pihak bank menjual aset

tersebut kepada pembeli pada harga jualan yang mengandungi keuntungan kepada pihak

bank sebagai penjual. Harga jualan ini akan dibayar oleh pelanggan secara tertangguh

untuk tempoh masa panjang secara ansuran bulanan. Pada hakikatnya, kontrak BBA iaitu

kontrak jualan dengan harga tertangguh terdapat dalam perjanjian penjualan aset. Kesan

daripada perjanjian penjualan aset harga jualan tertangguh menjadi hutang kepada

pembeli terhadap pihak bank.

3.7 Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Kontrak Pembiayaan Perumahan Secara

Islam57

Objektif atau maqasid hukum Islam ialah untuk menjaga kepentingan dan keperluan

manusia di dunia serta akhirat. Maqasid Syariah ialah tujuan dan rahsia-rahsia yang telah

ditetapkan Allah pada setiap hukum yang telah disyariatkan, iaitu untuk mecapai

57
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
66

kebahagiaan individu dan masyarakat, memlihara undang-undang dan kemakmuran dunia

sehingga mencapai tahap kesempurnaan, kabaikan, kemajuan, dan kemudahan yang

tinggi.

Mengikut kupasan para ulamak fiqh, kepentingan manusia dan masyarakat yang dijamin

oleh syariah Islam didorong oleh empat intipati yang utama iaitu jalb al-Masalih:

mencapai kepentingan di dalam kehidupan, dar al-Mafsadah: menolak kerosakan yang

bakal timbul dalam masyarakat, sad al-Dharar: menyekat kepentingan buruk dan

taghayyar al-zaman: mementingkan faktor peredaran zaman. Matlamat utama hukum

Islam adalah bagi memelihara kepentingan (maslahah). Tiga bentuk kepentingan

berteraskan maqasid syariah dalam kehidupan masyarakat Islam ialah maslahah asas

(dharuriyyah) yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa akal

kehormatan dan harta. Kesemua lima perkara ini merupakan keperluan asasi yang perlu

dijaga bagi menjamin kemaslahatan dan menolak kerosakan. Maslahah Keperluan

(hajjiyah) yang melibatkan semua yang diperlukan olehn manusia untuk mewujudkan

kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas kehidupan dan yang terakhir iaitu

Maslahah Kesempurnaan (tahsiniyyah) yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang

baik. Semuanya saling berkaitan antara satu sama lain bagi menjami kelancaran hidup

manusia dalam masyarakat.


67

3.7.1 Maqasid Syariah Dan Kontrak Pembiayaan Perumahan BBA58

Peraturan muamalat Islam berkaitan kontrak jualan, sewa, pembuatan dan perkongsian

menunjukkan bahawa para ulamak fiqh terdahulu telah melakukan kajian yang mendalam

dan komprehensif terhadap transaksi kehidupan harian mereka. Mereka memfokuskan

kepada kesahihan sesuatu kontrak menurut prinsip muamalat dan adat kebiasaan mereka

menurut peredaran zaman. Kecanggihan teknologi dan kematangan paaran telah

menjadikan transaksi yang melibatkan muamalat lebih rumit dan menurut para ulamak

melihat kepada objektif syariah yang sebenar, justeru itu, ulamak kontemporari telah

menggariskan beberapa objektif dalam transaksi kewangan seperti berikut.

3.7.2 Penghapusan Faedah (riba) dalam sistem kewangan

Objektif penghapusan riba adalah matlamat utama dalam sistem kewangan Islam.

Hukum-hukum syariah Islam melarang urus niaga yang berasaskan riba. Urus niaga

kewangan Islam juga perlu berlandaskan aktiviti yang halal dan berpatutan. Ini

mengukuhkan lagi hubungan antara aliran kewangan dengan aliran produktif yang

merupakan tunjang kewangan Islam. Justeru itu, melindungi sistem kewangan Islam

daripada risiko berkaitan dengan aktiviti hutang berlebihan.

58
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf. 17 Febuari 2012. Jam 8.00 A.M
68

3.7.3 Mencapai Kekayaan Secara Komprehensif dan Adil

Objektif ini bertujuan menggalakkan sistem kewangan yang member sumbangan positif

kepada kebajikan ekonomi seluruh rakyat secara memenuhi keperluan asasi manusia dan

meningkatkan kualiti kehidupan dalam bidang moral, akhlak dan material.

Berdasarkan firman Allah

        

Maksudnya:

Dan tidak kami ciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantara

keduanya itu melainkan untuk tujuan yang benar dan adil.

Al-Hijr (15): 85

3.8 Hukum Pembiayaan Perumahan Secara Kontrak BBA di Dalam Perbankan

Islam Di Malaysia

Pembiayaan perumahan kontrak secara BBA di dalam perbankan Islam ini melibatkan

pembiayaan secara beli dan jual balik. Pembelian dan penjualan serentak ini menyerupai

kepada suatu bentuk jual beli yang dikenali sebagai bai’ al-inah. Jumhur fuqaha

berpendapat bahawa bai’ al-inah tidak dibenarkan kerana ia disifatkan sebagai satu helah

untuk mengatasi larangan riba, di mana akad jual beli yang berlaku merupakan satu
69

penyamaran sahaja. Oleh itu, kontrak BBA yang diamalkan dalam bentuk bai’al-inah ini

dianggap sebagai „jual beli penyamaran‟ oleh mereke yang berpegang kepada pandangan

jumhur fuqaha‟ ini.

Walau bagaimanapun, Mazhab Syafi‟i mengakui kesahihan bai’al-inah atas dasar dan

syarat ianya menepati kehendak kontrak jual beli tanpa mengira motif sebenar pihak

berakad selagi mana tidak dinyatakan secara jelas di dalam akad. Pandangan ini juga

merupakan pandangan rasmi oleh kedua-dua Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara

Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Biarpun kontrak BBA menyerupai bai’ al-inah ianya

tetap menyerupai dan dianggap jual beli sebenar yang sah mengikut undang-undang di

Malaysia yang mengiktiraf kedudukan Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara

Malaysia sebagai rujukan muktamad tantang perbankan Malaysia. 59

3.9 Pelaksanaan Bai’ Bithaman Ajil di Bank Muamalat Malaysia Berhad

3.9.1 Teori Bai’ Bithaman Ajil.

Di dalam urusniaga Bai‟ Bithaman Ajil terdapat empat prinsip syariah yang digunapakai.

Gabungan daripada keempat-empat prinsip ini membentuk tafsiran yang tepat mengenai

Bai‟ Bithaman Ajil60.

59
Seksyen 16B Akta Bank Negara Malaysia 1958.
60
Wan Mohd Nazman Wan Mahmud. 2003. Produk Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dalam Bank Muamalat
Malaysia Berhad. Kajian Ilmiah Sarjana Muda, Jabatan Syariah Dam Ekonomi. Bahagian Pengajian Syariah.
Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
70

3.9.1.1 Jual Beli Biasa

Sebagaimana yang diketahui, ia merupakan proses jual beli yang biasa dilakukan.

Transaksi ini berlaku diantara pihak bank dengan pengusaha atau pemaju. Sehubungan

dengan itu, pihak bank akan membeli aset seperti rumah, tanah atau sebagainya dengan

menggunakan kaedah jual beli yang biasa. Perbezaan yang jelas diantara jual beli biasa

dengan Bai‟ Bithaman Ajil ini ialah hasil keuntungan atau jumlah faedah tidak akan

dijelaskan kepada pelanggan dalam urusan kelulusan permohonan pembiayaan.

Kebiasaannya pelanggan akan dimaklumkan tentang kadar peratus keuntungan dan

jumlah bayaran balik pinjaman sahaja.

3.9.1.2 Al-Murabahah

Prinsip ini digunakan apabila pihak bank menjualkan aset yang dibeli kepada pihak

pelanggan. Apabila pembiaya (bank) menyerahkan pemilikan harta kepada pelanggan

dan telah mengadakan perjanjian jual beli serta membayar wang pendahuluan, maka

secara tidak langsung pelanggan telah pun mengetahui harga asal atau kos pembelian.

Seterusnya apabila pembiaya membeli harta tersebut dengan harga yang sama dan

menjual balikkepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi serta kadar peratus

keuntungan yang tetap, pelanggan sebenarnya telahpun tahu jumlah keuntungan yang

diperolehi oleh pembiaya. Inilah yang dikatakan konsep murabahah iaitu jumlah

keuntungan yang dipohon oleh pembiaya dan dijelaskan kepada pelanggan 61.

61
Ibid
71

3.9.1.3 Ar-Rahn

Apabila pelanggan ingin membeli aset seperti rumah, mereka perlu menyimpan sejumlah

wang di dalam satu akaun sebagai cagaran. Ini bertujuan sekiranya pelanggan gagal

membayar ansuran pada bulan yang ditetapkan maka pihak bank akan mengambil wang

simpanan dari akaun sebagai ganti bayaran ansuran. Jika pelanggan membayar balik

ansuran tersebut maka ia akan dimasukkan kembali ke dalam akaun sebagai ganti.

Keadaan ini dinamakan sebagai ‘security deposit’ di mana wang tersebut akan dilaburkan

dan keuntungan daripada hasil pelaburan akan di bahagi antara pihak bank dan juga pihak

pelanggan mengikut kadar tertentu. Apabila tamat pembayaran, pelanggan boleh

mengambil wang deposit tersebut bersama dengan keuntungan atau menggantikan wang

ansuran 3 bulan terakhir kepada wang deposit tersebut 62.

3.9.1.4 Al-Kafalah

Melalui prinsip ini, pelanggan perlu membeli Pelan Gadaijanji Takaful (PGT). Tujuannya

adalah untuk menjamin keluarga pelanggan sekiranya peminjam tersebut meninggal

dunia ataupun cacat anggota yang menyebabkan beliau tidak dapat mencari nafkah dan

menyukarkannya untuk membayar balik pinjaman. Takaful akan membayar dan

menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut. Oleh yang demikian, ia dapat mengurangkan

bebanan tersebut beralih kepada waris ataupun saudara mara peminjam. Pelan Gadaijanji

Takaful ini adalah wajib diambil/dibeli oleh setiap pelanggan 63.

62
Ibid
63
Ibid
72

3.10 Produk Bai’ Bithaman Ajil di Bank Muamalat Malaysia Berhad

3.10.1 Pembiayaan Perumahan (Muamalat BBA Home Financing)64

Pembiayaan perumahan ini adalah berdasarkan kontrak Bai‟ Bithaman Ajil (BBA). Ia

merujuka kepada jualan harga dengan bayaran tertangguh oleh pelanggan. Berdasarkan

kepada kontrak ini, bank akan membeli aset yang dikehendaki oleh pelanggan dan akan

menjualkannya semula kepada pelanggan dengan harga kos dan dicampur dengan untung

(cost plus profit) melalui bayaran tertangguh berdasarkan tempoh dan harga yang

dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Melalui skim ini, pelanggan dapat menikmati banyak faedah serta kelebihan seperti

bayaran ansuran, tempoh pembayaran balik dan harga jualan barangan adalah ditetapkan

di samping pelanggan dilindungi di bawah Pelan Gadaijanji Takaful (Takaful Mortage

Plan). Selain itu pelanggan juga dibenarkan untuk menangguhkan bayaran balik ke atas

harga jualan sehingga tempoh masa tertentu berdasarkan asas bayaran ansuran di mana

tempoh pembayaran balik adalah sehingga 35 tahun atau sehingga mencapai umur 60

tahun. Skim ini adalah bertujuan menjamin kestabilan masa depan kewangan pelanggan

melalui pembinaan rumah atau kediaman, rumah kedai atau hartanah 65.

Walaupun BBA menyerupai al-Murabahah dalam konteks jualan beli secara tertangguh

dengan kenaikan kadar keuntungan tertentu, ianya berbeza dengan al-Murabahah dalam

64
http://www.muamalat.com.my 19 Febuari 2012. Jam 11.30 A.M
65
http://www.muamalat.com.my 19 Febuari 2012. Jam 11.30 A.M
73

amalan perbankan semasa dari segi pembiayaan kewangan bagi jangka masa yang

panjang dan pembayarannya adalah dalam bentuk ansuran. Justeru, kemudahan ini

digunakan untuk mendapatkan komoditi-komoditi tertentu sebelum dijualkan kepada

pelanggan dengan kadar keuntungan tertentu. Sekarang ini, pihak perbankan islam juga

telah mengamalkan apa yang dikenali sebagai pembiayaan kewangan secara naqd atau

pembayaran semula (refinancing).

3.10.2 Ciri-Ciri Pembiayaan 66

Harga jualan yang ditetapkan hendaklah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak

dan tidak boleh diubah sehingga akhir tempoh bayaran balik aset tersebut. Jumlah

bayaran ansuran (bulanan, suku tahunan, ½ tahun) yang ditetapkan pada asasnya

berdasarkan harga jualan dan tempoh pembayaran balik. Hak milik harta adalah di bawah

Bank Muamalat Malaysia Berhad sehingga selesai pembayaran harta tersebut. Bayaran

balik harga jualan ditangguhkan sehingga suatu tempoh yang ditentukan dengan bayaran

secara ansuran.

3.10.3 Terma-Terma Lain67

Antara terma-terma tersebut ialah:

66
Temubual bersama Mohd Yusop Bin Sajiman. Asistant Branch Manager Bank Muamalat Bangi, Selangor
Darul Ehsan pada 16 Febuari 2012. Jam 5.30 petang.
67
Wan Mohd Nazman Wan Mahmud. 2003. Produk Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dalam Bank Muamalat
Malaysia Berhad. Kajian Ilmiah Sarjana Muda, Jabatan Syariah Dam Ekonomi. Bahagian Pengajian Syariah.
Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
74

i. Terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas

ii. Pembiayaan sehingga 90% tertakluk kepada jenis dan harga kediaman

iii. Tempoh pembiayaan fleksibel selama 35 tahun atau sehingga mencapai 60

tahun yang mana yang terdahulu.

iv. Pembiayaan untuk Pelan Gadaijanji Takaful juga disediakan tanpa

mengambik kira pembiayaan asal.

v. Bayaran ansuran bulanan mestilah tidak melebihi 35% daripada pendapatan

kasar

vi. Pekanggan perlu menyimpan wang ke dalam akaun sebagai sekuriti (cagaran)

deposit sebanyak 3 kalia ganda daripada bayaran ansuran bulanan.

3.10.4 Margin Pembiayaan (Rumah)

Bermula dengan pembelian daripada pemaju perumahan (Developer)

Jadual 1: Margin Pembiayaan Rumah (Developer)

RM 250 Ribu Melebihi RM 250 Ribu

Margin Pembiayaan 90% + PGT 80% + PGT

Tempoh Pembayaran 35 tahun sehingga umur 60 tahun

Yuran RM 100
75

Seterusnya dibeli daripada orang lain (sub sales)68

Jadual 1.2: Margin Pembiayaan Rumah (sub sales)

RM 250 Ribu Melebihi RM 250 Ribu

Margin Pembiayaan 90% + PGT dan perlu 80% + PGT dan perlu

diambilkira harga pasaran diambilkira harga pasaran

Tempoh Pembayaran 35 tahun sehingga umur 60 tahun

Yuran RM 100

Harga pasaran iaitu diambilkira harga yang terendah (which ever lower)

Jadual 1.3: Margin Pembiayaan (Apartment/Kondo)69

RM 100 Ribu Melebihi RM 100 Ribu

Margin Pembiayaan 80% + PGT dan perlu 70% + PGT dan perlu

diambilkira harga pasaran diambilkira harga pasaran

Tempoh Pembayaran 35 tahun sehingga umur 60 tahun

Yuran RM 100

Harga pasaran ini diambil kira harga yang terendah (which ever lower)

68
Ibid.
69
Ibid.
76

3.10.5 Margin Pembiayaan (Rumah Kedai)70

Bagi pembiayaan rumah kedai (home finance), ianya dikelaskan mengikut siapa yang

ingin membuat pembiayaan sama ada pelanggan tersebut adalah individu ataupun

syarikat bagi melakukan aktiviti perniagaan.

Jadual 1.4: Margin Pembiayaan Rumah Kedai

Individu Entiti Perniagaan

Margin Pembiayaan 80% + PGT dan perlu diambilkira harga pasaran

Tempoh Pembayaran 20 tahun sehingga umur 60 15 tahun (tiada had umur)

tahun

Yuran RM 100

Kadar Keuntungan 10%

Merujuk kepada mana-mana yang paling rendah

3.10.6 Kadar Keuntungan71

Kadar keuntungan rumah adalah sama dengan kadar keuntungan apartment ataupun

kondominium.

70
ibid
71
ibid
77

RM 100 ribu dan ke bawah

a) Rumah pertama (iaitu untuk rumah sendiri) – 9%

Contoh:

Harga rumah RM 300 ribu (rumah pertama). Pelanggan ingin membuat pinjaman

sebanyak 30% daripada harga rumah.

30/100x300 ribu = RM 90 ribu. Kadar keuntungannya ialah 9.0%

RM 100 ribu dan ke atas (rumah pertama- untuk kegunaan sendiri)

Margin Pembiayaan

a. 75% dan ke bawah - 9.5%

b. 75% dan ke bawah - 75%

Contoh A72:

Harga rumah RM 300 ribu. Pelanggan ingin membuat pinjaman 74% daripada harga

rumah

74% x 300 ribu = RM 222 ribu

Oleh kerana kurang daripada 75%, maka kadar keuntungan ialah sebanyak 9.5%.

Contoh B73:

72
Temubual bersama Mohd Yusop Bin Sajiman. Asistant Branch Manager Bank Muamalat Bangi, Selangor
Darul Ehsan pada 16 Febuari 2012. Jam 5.30 petang.
73
Ibid.temubual
78

Harga Rumah RM 300 ribu. Pelanggan ingin membuat pinjaman 75% daripada harga

rumah.

75/100 x 300 ribu = RM 225 ribu

Oleh kerana lebih daripada 75%, maka kadar keuntungannya ialah sebanyak 97.5

peratus sahaja.

3.10.7 Prosedur-Prosedur Pembiayaan 74

Bagi menikmati faedah skim pembiayaan ini, pelanggan perlulah menyertakan surat

perjanjian jualan dan pembelian yang sah, salinan fotostat bagi kandungan pembelian

harta dan dokumen taksiran harga dan sewa tahunan semasa, laporan penilaian yang

dikehendaki oleh bank, cukai pendapatan jenis J untuk tempoh dua tahun terakhir dan

lain-lain dokumen yang dikehendaki oleh syarak.

3.11 Pembiayaan Aset Tetap (Muamalat BBA Fixed Asset Financing)

Kemudahan pembiayaan ini beroperasi berdasarkan kontrak BBA. BBA merujuk

kepada jualan harta dengan bayaran tertangguh. Di bawah kontrak ini, bank akan

membeli aset yang dikehendaki oleh pelanggan dengan harga kos, harga aset tersebut

ditambah untung mengikut bayaran tertangguh berdasarkan tempoh dan harga yang

dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui penetapan bayaran ansuran. Skim

74
http://muamalat.com.my/bbafix.html. 19 Febuari 2012. Jam 1.00 P.M
79

pembiayaan ini membolehkan pelanggan merancang aliran tunai berdasarkan bayaran

bulanan melalui tempoh pembayaran balik yang telah ditetapkan.

3.11.1 Ciri-Ciri Pembiayaan

Harga jualan ditetapkan hendaklah dipersetujui bersama dan tidak boleh diubah

sehingga akhir tempoh pembayaran balik aset tersebut. Jumlah bayaran ansuran yang

ditetapkan pada asasnya berdasarkan harga tempoh pembayaran balik. Hak milik

harta yang dibeli adalah di bawah tuntutan BMMB sehingga selesai pembayaran. Dan

harga atau kos skim ini adalah berdasarkan kepada polisi pembiayaan yang

ditetapkan.

3.11.2 Terma-Terma Pembiayaan75

Terbuka kepada individu berumur dari 18 tahun ke atas. Terbuka kepada organisasi

perniagaan, persatuan dan individu yang layak. Tempoh pembayaran balik bagi

jumlah rumah kedai adalah sehingga 15 tahun. Pelanggan dilindungi di bawah Pelan

Gadaijanji Takaful (Takaful Mortage Plan) dan sekuriti deposit pula dibawah budi

bicara BBMB.

75
ibid
80

3.11.3 Tanah76

Bagi pembiayaan tanah, ianya dikelaskan mengikut siapakah yang ingin membuat

pembiayaan sama ada pelanggan tersebuat adalah individu ataupun syarikat bagi

melakukan aktiviti perniagaan.

Jadual 1.5: Margin Pembiayaan Tanah

Individu Syarikat

Margin Pembiayaan 60% + PGT dan perlu diambilkira harga pasaran

Tempoh Pembayaran 7 tahun 5 tahun

Yuran RM 100

Kadar Keuntungan 10.5%

mana-mana yang paling rendah (which ever lower)

3.11.4 Margin Pembiayaan77

3.11.5 Rumah

Pembiayaan semula bagi rumah ataupun refinancing terbahagi kepada dua iaitu

Pembiayaan penuh (conversion) dan Pembiayaan Penuh dan Tambah (conversion Add

Amount). Pembiayaan Penuh berlaku jika pelanggan mempunyai hutang dengan bank lain

76
ibid
77
ibid
81

maka bank yang pertama akan menjelaskan hutang tersebut bagi pihak pelanggan. Kadar

pembiayaan ialah RM 100 ribu dan ke bawah - 9.0% dan RM 100 ribu ke atas - 9.5%.

Manakala bagi Pembiayaan Penuh dan Tambah (conversion Add Amount) iaiti bank akan

membayar hutang kepada bank yang pertama dan juga akan memberikan baki yang

selebihnya kepada pelanggan. Pembiayaan ini tidak melebihi kepada 80% daripada harga

pasaran (market value). Bagi kadar pembiayaan Pembiayaan penuh dan Tambah ini

adalah sama dengan Pembiayaan Penuh.

3.11.6 Contoh bagi Pembiayaan Penuh (conversion)78

Pelanggan ingin membuat pembiayaan semula rumahnya dengan harga RM 100 ribu

yang mana harga rumah yang asal adalah RM 70 ribu sahaja. 80% daripada RM 100 ribu

ialah RM 80 ribu. Oleh itu bank akan membayar RM 70 ribu kepada bank pertama dan

memulangkan baki 10 ribu lagi kepada pelanggan. Oleh kerana kadarnya kurang daripada

RM 100 ribu, maka kadar keuntungannya ialah 9.5%.

3.11.7 Contoh bagi Pembiayaan Penuh dan Tambah pula (conversion Add Amount)

Pelanggan ingin membuat pembiayaan semula rumahnya dengan harga RM 150 ribu

yang mana harga asal rumah tersebut adalah RM 100 ribu sahaja. 80% daripada RM 150

ribu ialah RM 120 ribu. Oleh itu, bank akan membayar RM 100 ribu kepada bank
78
Temubual bersama Mohd Yusop Bin Sajiman. Asistant Branch Manager Bank Muamalat Bangi, Selangor
Darul Ehsan pada 16 Febuari 2012. Jam 5.30 petang.
82

pertama dan memulangkan baki RM 20 ribu lagi kepada pelanggan. Oleh kerana

kadarnya lebih daripada RM 100 ribu maka kadar keuntungannya ialah 10.0%.

3.11.8 Rumah Kedai

Bagi Pembiayaan Penuh (conversion) ialah 10% dan margin pembiayaan ialah baki

hutang. Manakala bagi Pembiayaan Penuh dan Tambah (conversion Add Amount) 10.5%

dan tidak melebihi 80% nilai pasaran.

3.11.9 Prosedur-Prosedur Pembiayaan

Bagi memperolehi faedah dari skim pembiayaan ini, pelanggan perlulah menyertakan

surat perjanjian jualan dan pembelian yang sah, salinan dan fotostat bagi kandungan

pembelian harta dan dokumen taksiran harta dan sewa tahunan semasa, laporan penilaian

yang dikehendaki oelh bank, cukai pendapatan jenis J untuk tempoh dua tahun terakhir.

Ini adalah prosedur bagi pembiayaan untuk kepentingan peribadi. Manakala jika

sekiranya pembiayaan tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan, maka pihak pelanggan

tersebut perlulah melampirkan bersama borang 49 dan 24 iaitu borang yang menyatakan

dengan terperinci tentang perniagaan tersebut. Borang tersebut boleh diperolehi daripada

ROC iaitu (Register Of Company)79

79
Wan Mohd Nazman Wan Mahmud. 2003. Produk Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dalam Bank Muamalat
Malaysia Berhad. Kajian Ilmiah Sarjana Muda, Jabatan Syariah Dam Ekonomi. Bahagian Pengajian Syariah.
Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
83

3.12 Syarat Bagi Lafaz Ijab Dan Qabul dalam BBA Di Bank Muamalat 80

Maksud sighah ialah dua lafaz akad perjanjian jual beli yang diucapkan oleh pembiaya

dan pelanggan. Ijab ialah lafaz pernyataan untuk berakad yang diucapkan pleh pembiaya

(Bank Muamalat) dan qabul pula ialah lafaz pernyataan untuk berakad yang diucapkan

oleh pelanggan. Antara contoh ijab ialah pembiaya mengucapkan “saya jual rumah ini

dengan harga RM 100 ribu yang bayarannya adalah secara tangguh”. Kemudian

pelanggan akan melafazkan qabulnya dengan berkata “saya beli kereta ini dengan harga

RM 100 ribu dengan bayarannya secara tangguh”. Di dalam BBA, setiap ijab dan qabul

mestilah menggambarkan secara jelas kehendak pihak yang melakukan akad tersebut.

Pihak-pihak yang melakukan kontrak pembiayaan ini mestilah berkelayakan di sisi

syarak. Sekiranya ia dinyatakan oleh orang yang tidak berkelayakan maka kehendak

tersebut mungkin tidak dapat difahami dan tidak sah kontrak BBA tersebut. Qabul

mestilah bersesuaian dengan ijab. Tujuan syarat ini ialah supaya kedua-duanya

mempunyai objektif yang sama. Sebagai contoh kedua-dua pihak menyebutkan jumlah

harga yang dipersetujui iaitu sebanyak RM 100 ribu. Jika berlainan, maka akad dianggap

tidak sah disebabkan tiada persamaan dan persefahaman diantara ijab dan qabul. Setiap

pihak yang berakad mestilah memahami kehendak pihak yang satu lagi sama ada dari

segi harga, jenis barangan dan sifatnya. Manakala setiap ijab dan qabul hendaklah

menjadi ikatan persetujuan kepada kehendak yang tersirat.

80
Ibid.
84

Akad juga mestilah tidak diselangi. Ia bermaksud ijab hendaklah bersambung dengan

qabul dalam satu majlis yang sama. Menurut Jumhur Fuqaha, apa yang dimaksudkan

dengan bersambungnya ijab dan qabulialah akad yang dilakukan dalam majlis yang sama.

Menurut jmhur lagi, mereka tidak menentukan jarak masa antara ijab dari pembiaya dan

qabul dari pelanggan. Perkara yang ditekankan sebenarnya ialah qabul boleh dilakukan

walaupun selepas beberapa waktu asalkan mereka masih berada dalam majlis akad.

Walau bagaimanapun, Fuqaha Syafi‟i berpendapat ijab dan qabul itu mestilah dilakukan

serentak di dalam majlis akad tanpa diselangi perkataan yang tidak berkaitan. Jika ijab

dan qabul tidak dilakukan serta merta, maka akad yang dilakukan itu tidak sah dan tidak

member kesan81.

Namun begitu, menurut pendapat yang rajih, apa yang dimaksudkan dengan majlis akad

ialah kedua-dua pihak berada dalam majlis yang sama iaitu pada masa dan tempat yang

sama. Apabila satu pihak tidak berada dalam majlis akad, maka majlis akad boleh

disampaikan kepada pelanggan oleh pembiaya melalui sistem komunikasi seperti telefon,

wakil, surat, e-mail, fax, dan sebagainya. Selain daripada perkataan yang terang dan

difahami dalam melakukan komunikasi akad, ia boleh juga dilakukan secara isyarat,

tulisan atau perbuatan lain 82.

81
Ibid.
82
Temubual bersama Mohd Yusop Bin Sajiman. Asistant Branch Manager Bank Muamalat Bangi, Selangor
Darul Ehsan pada 16 Febuari 2012. Jam 5.30 petang.
85

3.12.1 BBA Tidak Wujud lafaz (sighah) Ijab dan Qabul

Di dalam prosedur perlaksanaan BBA yang telah dibuat di Bank Muamalat, tidak

terdapat akad yang melafazkan sighah Ijab dan Qabul. Malah, di dalam majlis akad iaitu

dengan menagadakan uapacara menandatangai perjanjian juga tidak ada menunjukakan

berlakunya sighah Ijab dan Qabul. Perlu ditegaskan disini bahawa sighah Ijab dan Qabul

merupakan salah satu daripada rukun akad di dalam jual beli. Jika tidak dilakukan, maka

jual beli menjadi tidak sah dan fasid (rosak). Kebanyakan institusi kewangan umumnya

tidak berlaku kesempurnaan akad dengan syarat mendengar. Hal ini disebabkan oleh

upacara menandatangani surat perjanjian dan tidak ada sighah ijab dan qabul yang

kedengaran ataupun dilafazkan padahal „mendengar‟ sighah tersebut merupakan syarat

sah ijab dan qabul. Namun, isu ini tidak timbul kerana setiap pembiayaan khusunya

pembiayaan BBA yang dijalankan di BMMB menggunakan lafaz sighah ijab dan qabul

dengan cara menandatangani surat perjanjian boleh diibaratkan sebagai kerelaan

pelanggan ke atas semua syarat-syarau yang ditetapkan oleh bank 83.

3.12.2 Pengabaian Lafaz Ijab dan Qabul Dalam Jual Beli BBA Perumahan Dalam

Bank Muamalat

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa di dalam sebuah akad ataupun kontrak

mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu untuk memperolehi akad ataupun kontrak

yang sah di sisi syarak. Di dalam akad jual beli, terdapat tiga rukun utama iaitu penjual

dan pembeli, lafaz akad (ijab dan qabul) dan barang yang di akadkan (barang jualan).

83
Ibid.
86

Berkonsepkan kepada bai’ mu’atah iaitu bermaksud dua pihak yang berkontrak (jual

beli) bersetuju tentang harga dan barang jualan dan kedua-duanya saling menyerah

(barang dan harga) tersebut dengan tidak mengungkapkan tawaran dan penerimaan.

Dengan kata lain, bai‟ al-mua‟tah ialah jual beli yang memberikan barang dan menerima

harga dengan tidak mengungkapkan ijab dan qabul oleh pihak penjual dan pembeli. 84.

selain itu, ia juga dapat di definasikan sebagai mengambil dan memberi tanpa perkataan

atau kata-kata daripada pihak pembeli atau penjual. Cuma pihak pembeli membeli

sesuatu barang daripada pihak penjual yang diketahui harganya, pembeli mengambil

barang tersebut kemudian membayar barang tersebut dengan kadar harganya dan terus

menjadi hak milik.

Jual beli seperti ini mengandungi tiga syarat yang wajib diikuti dalam pelaksanaan

aktiviti jual beli iaitu kebenaran dan keredhaan di antara kadua belah pihak yang

beurusan. 85 Apabila tiada lafaz ijab dan qabul daripada pihak yang berkontrak, keredhaan

atau kerelaan daripada keduanya adalah sebagai syarat bahawa kedua belah pihak telah

bersetuju dengan penawaran dan penerimaan yang dilakukan. Manakala syarat kedua

iaitu berlakunya penawaran dan penerimaan. Ini bermaksud terjadinya pertukaran barang

dengan harga yang ditawarkan Cuma tidak di ungkapkan oleh kedua pihak yang

berkontrak. Syarat yang terakhir pula ialah niat atau kemahuan untuk berkontrak perlu

84
T.M. Hasbi as-Siddiqeqy, Prof, 1998. Hukum-Hukum Fiqh Islam Yang Berkembang Dalam Kalangan Ahlus
Sunnah. Cet 4. K.L. Thinkers Library Sdn. Bhd. Hlm. 360
85
Abdul Aziz Mohd Azam, Dr. 1997 Fiqh al-Muamalat. Lubnan: Maktab Ar-Risalah Ad-Dauliah
87

ada pada kedua-dua belah pihak. Kemahuan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu

kemahuan zahir dan batin86.

dalam jual beli yang dilakukan secara memberi dan mengambil tanpa mengungkapkan

perkataan tawaran (ijab) ketika jualan dibuat dan tanpa mengungkapkan perkataan

(qabul) ketika penerimaan dibuat adalah dikira sebagai akad jual beli dan ianya sah

kerana tindakan yang berlaku antara penjual dan pembeli itu menunjukkan mereka

bersetuju membentuk akad jual beli. Walaupun begitu, terdapat perbezaan pendapat di

kalangan fuqaha berkaitan dengan hal ini. Jumhur fuqaha daripada fuqaha Hanafi, Maliki

dan Hambali menerima akad seperti ini sebagai sah. Demikian juga Ulama daripada

Mazhab Syafi‟i yang mutakhir seperti al-Bughawi dan Mutawalli, kerana ini telah

menjadi amalan masyarakat dan ia memudahkan. Ia harus kepada semua akad jual beli

sama ada yang nilai harganya tainggi atau rendah. Tetapi Fuqaha Syafi‟i berpendapat

bahawa akad jual beli tanpa disertakan ungkapan tawaran dan penerimaan adalah tidak

sah kerana ia boleh menimbulkan penipuan (gharar).

Sementara itu, jual beli yang tidak diungkapkan padanya ijab dan qabul atau dikenali

sebagai jual beli secara perbuatan (bai‟ mua‟tah) ulama berbeza pendapat dalam

menetukan hukum jual beli tersebut. Pendapat golongan pertama yang terdiri daripada

Ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengatakan bahawa bai‟muatah adalah sah

jika ia menjadi kebiasaan yang menunjukkan kerelaan dan menyatakan dengan sempurna

86
Bardan Abu Al-Ainain Badran. Tarikh al-Fiqh al-Isalmi Wa Nazariyah al-Milkiyah Wa al-Uqud. Beirut,
Darul Nadhah Al-Arabiyah. Hlm 386
88

kehendak bagi pihak yang ingin melakukan akad tersebut.87 Oleh yang demikian, syarat

wajib yang patut dipatuhi adalah harga barang yang diketahui dengan jelas. Sekiranya

syarat ini tidak dipenuhi, maka akad tersebut adalah rosak (fasid) dan terbatal.

Pendapat kedua adalah pandangan daripada Ulama Mazhab Syafi‟i, di mana setiap

kontrak yang dilakukan di syaratkan lafaz tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) sama

ada dalam bentuk jelas (sarih) atau kiasan (kinayah). Ini bermaksud hukum bai‟ mua‟tah

adalah tidak sah. Ini disebabkan, kerelaan merupakan perkara yang tersembunyi. Oleh

yang demikian, lafaz hendaklah dinyatakan bagi menggambarkan kerelaan terhadap

pihak-pihak yang berkontrak. Manakala pendapat ketiga pula yang terdiri daripada

sekumpulan ulama Syafi‟i antaranya an-Nawawi, al-Baghawi dan al-Mutawalli di mana

mereka berpendapat bahawa bai‟ mua‟tah itu adalah sah sekiranya barang-barang yang

dijual dipamerkan kerana tidak ada dalil yang mengatakan perlunya syarat lafaz terhadap

akad tersebut.

Sementara itu menurut Ustaz Zubir Awang, salah seorang pensyarah Jabatan Syariah

Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Beliau mengatakan

bahawa di dalam Mazhab Syafi‟i, kontrak jual beli yang dilakukan secara bertangguh di

dalam majlis akad seperti produk pembiayaan perumahan dalam institusi perbankan

Islam jika diselangi ditengah-tengah perkataan yang tidak berkaitan ataupun sia-sia

semasa tawaran (ijab) dan (qabul) penerimaan dilakukan akan menyebabkan kontrak

87
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad 2001 undang-undang muamalat dan aplikasinya kepada
produk-pruduk perbankan Islam. Cetakan pertama: Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd. Hlm 45.
89

tersebut tidak sah. Contohnya pihak bank mengatakan untuk membaiyai perumahan

kepada pelanggannya dalam tempoh sepuluh tahun dan pelanggannya pula menyelangi

perkataan lain sebelum menjawab tawaran tersebut seperti saya hendak makan dahulu

kerana lapar dan kemudian menyatakan persetujuannya untuk menerima tawaran tersebut

adalah tidak sah. 88

3.13 Berprinsipkan Kepada Kaedah Fiqh

3.13.1 Adat Kebiasaan

Adat kebiasaan atau yang lebih dikenali sebagai uruf merupakan kata-kata ataupun

perlakuan terhadap sesuatu perkara ataupu meninggalkan sesuatu perkara. Selain itu, ia

juga boleh di definasikan sebagai perkara yang tetap dalam diri manusia dari segi akal

dan diterima oleh tabiat semulajadi manusia. Secara keseluruhannya, kaedah fiqh ini

membawa maksud sesuatu akad, sama ada umum atau khusus, boleh dijadikan sebagai

pemutus bagi menetapkan sesuatu hukum syarak iaitu dijadikan sebagai rujukan ketika

berlakunya perselisihan dalam sesuatu perkara ataupu tidak ada nas (dalil-dalil) padanya.

Jiak terdapat sesuatu nas dalam masalah ini, maka ia tidak boleh dibelakangkan semata-

mata untuk beramala dengan adat. Oleh yang demikian, adat kebiasaan ini diambil kira

sekiranya ia adalah adat yang sentiasa berjalan secara berterusan. Adat kebiasaan ini juga

berlaku seiring atau terlebih dahulu daripada msalah yang sedang dicari hukumnya itu

serta berterusan kepadanya. Ia juga di syaratkan bahawa adat tiadk bercanggah dengan

nas syarak dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak yang

88
Temubual bersama Ustaz Zubir Bin Awang. Pensyarah Jabatan Syariah Akademi Islam Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor Pada 2 Fabuari 2012. Jam 11.30
90

melakukan akad. Adat kebiasaan ataupun uruf terbahagi kepada dua iaitu uruf sahih. Uruf

sahih ialah uruf yang tidak bertentangan dengan dalil syarak dan tidak membatalkan yang

wajib dan tidak pula menghalalkan yang haram. Inilah uruf yang diperakui oleh syarak.

Manakala uruf fasad ialah uruf yang bertentangan dengan nas syarak dan membatalkan

yang wajib atau menghalalkan yang haram seperti muamalat yang mengandungi riba. 89

3.13.2 Pandangan Ulama Mengenai Uruf

Uruf merupakan di antara dalil-dalil syarak yang penting di sisi ulama Mazhab Hanafi.

Mereka berpendapat bahawa, “setiap perkara yang didatangkan oleh syarak, secara

mutlak di mana syarak dan lughah (bahasa) tidak meletakkan garis panduan

mengenainya, maka ia hendaklah dirujuk kepada uruf”. 90 Selain itu, mereka juga

berpendapat bahawa, kadang-kadang uruf lebih utama daripada qias sebagaimana dalam

masalah larangan daripada berjual beli dan meletakkan syarat. Namun dalam hal ini, ia

tidak bermakna yang uruf menghapuskan hukum yang tersebut oleh nas, tetapi hanya

dilakukan daripada qias sekiranya uruf yang menafikan daripada berlakunya permusuhan

timbul maka ia adalah selari dengan makna hadis.Kebanyakkan para ulama mengmbil

kira uruf dalam masalh fikah, antarnya dalam menentukan umur seseorang perempuan

yang didatangi haid, umur baligh, tempoh haid dan nifas. Namun begitu, hukum uruf

berubah sekiranya berubah usul.

89
Dr. Abbas Husni Mohamad. 1996. Perkembangan Fiqh Islam. J.4. Cet. 3 Ter. Md. Akhir Hj. Yaacob. K.L.
Think Library Sdn. Bhd. Hlm 367
90
Faizah Haji Ismail. 2000. Asas-Asas Muamalat Dalam Islam. Cet.2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Hlm. 45
91

3.13.3 Hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus

Allah S.W.T menjelaskan di dalam al-quran bahawa hukum asal semua perkara yang ada

di ala mini adalah harus untuk manusia kecuali apa yang diharamkan oleh nas.

Firman Allah:

           

     

Maksudnya:

dan ia memudahkan untuk faedah dan kegunaan kamu, segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada Nya,
sesungguhnya semua itu mempunyai tanda-tanda yang membuktikan
kemurahan dan kekuasaan Nya bagi kaum yang memikirkan dengan teliti

Al-Jaatsiyah (45): 13

Oleh sebab itu, setiap adat kebiasaan yang baru dilakukan oleh manusia menikut hukum

asalnya ialah harus dengan syarat terlebih dahulu dipastikan bahawa perkara tersebut

tidak bertentangan dengan nas khusus atau umum yang terdapat di dalam al-quran dan as-

sunnah

Syariat Islam adalah satu-satunya agama yang boleh menerima pembaharuan. Ini kerana,

pembaharuan hanya boleh berlaku kepada perkara yang masih mempunyai keasliannya.

Pada hari ini ia hanya dimiliki oleh syariat Islam. Sesungguhnya Allah telah menurunkan
92

agama Islam dalam keadaan serasi dengan fitrah yang dimiliki oleh manusia. Bukti

keserasian Islam dengan fitrah manusia amat banyak. Ia menjadikan hukum asal kepada

adat kebiasaan dan muamalat adalah harus. Hal yang demikian dapat memberikan

perasaan tenang kepada hati orang-orang mukmin. Keserasian dengan semua perkara

yang ada di ala mini sama ada yang tetap atau yang berubah. Kegagalan semua sistem

yang lama dan baru dalam usaha mereka (ahli sosialis dan kapitalis) yang memberikan

kebahagiaan kepada mansia.91

3.13.4 Kesesuaian Pada Masa Kini

Islam telah meletakkan garis panduan kepada manusia dalam menjalankan aktiviti

ekonomi di dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, kelonggaran tetap

diberikan kepada manusia bagi memudahkan urusan jual beli seperti akad melalui mesin

elektronik di mana tidak disyaratkan dengan lafaz ijab dan qabul. Hal ini kerana, akad

seperti ini bersesuaian dengan era masa kini di mana perkembangan teknologi adalah

bertujuan untuk memberikan kemudahan dalam perkhidmatan jual beli kepada manusia.

Tambahan pula, kewujudan teknologi ini selain memudahkan para pembeli, ia juga

mempercepatkan urusan jual beli. Ini kerana setiap barang tersebut di labelkan dengan

tanda harga. Dengan ini, pembeli hanya perlu menyediakan wang secukupnya wang

secukupnya dan memilih baranh yang diinginkan tanpa perlu kepada sighah atau lafaz

ijab dan qabul.

91
Dr. Abbas Husni Mohamad. 1996. Perkembangan Fiqh Islam. Cet. Pertama. Ter. MOhd Asri Hashim.
Yayasan Dakwah Islamiah. Hlm 98.
93

3.13.5 Pembaharuan Yang Bermanfaat

Pembaharuan di bidang ini adalah berdasrkan kepada pendapat yang sahih dalam fiqh

Islam di mana hukum asal kepada adat kebiasaan dan muamalat adalah harus. Oleh yang

demikian, sesiapa yang membawa perkara baru dalam adat kebiasaan atau muamalat dan

syarak pula tidak mendatangkan nas yang umum atau khusus yang mengharamkannya.

Maka hukum bagi perkara tersebut adalah harus.

Firman Allah S.W.T

      

      

       

        

       

      

Maksudnya:

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah Muhammad S.A.W


Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-
sifatnya) dalam taurat dan injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh
mereka dengan perkara-perkara yang baik, melarang mereka
daripada perkara yang keji, dan ia menghalalkan bagi mereka segala
94

benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda


yang buruk dan juga menghapuskan dari mereka dari beban-beban
dan belenggu yang ada pada mereka.

Al-A‟raf (7): 157

Berdasarkan Firman Allah seperti di atas, selagi mana pembaharuan yang dibuat itu

memberi kebaikan atau manfaat kepada manusia, maka hukumnya adalah harus

melainkan terdapat dalil atau nas mengharamkannya. Oleh yang demikian, perkara

tersebut jelas membuktikan bahawa akad jual beli melalui produk pembiayaan

perumahan melalui bai’ bithaman ajil (BBA) dalam Bank Muamalat merupakan

satu pembaharuan yang memberikan manfaat kepada manusia.

3.14 Kesimpulan

Daripada apa yang telah dibincangkan di atas, Secara umumnya, kajian mendapati

bahawa pembiayaan perumahan secara Islam di bawah BBA yang dilaksanakan di

Bank Muamalat adalah mengikut garis panduan sistem muamalah dalam Islam dan

ia sememangnya berlandaskan kepada syariat Islam yang telah ditetapkan. Al-Bai‟

Bitahaman Ajil adalah nama yang diberikan kepada salah satu produk Bank

Muamalat yang mana pelanggan membuat perjanjian dengan Bank Muamalat

seterusnya bank akan membeli barang-barang dikehendaki oleh pelanggannya yang

memerlukan kepada pembiayaan. Kemudian bank akan menjual barang kepada

pelanggan tersebut dengan satu harga yang dipersetujui bersama. Harga tersebut

adalah termasuk kadar keuntungan yang akan diterima oleh pihak bank.
95

Secara umumnya, kesemua responden peminjam memilih produk BBA dalam

pembiayaan perumahan secara Islam memandangkan pada kebiasaannya pelanggan

tiada pilihan yang lain. Selain daripada itu, ia juga disebabkan kerana mereka

mengetahui konsep BBA yang dilaksanakan di Bank Muamalat iaitu ia merupakan

jualan secara tangguh atau dengan kata lain jual beli secara ansuran. Pelaksanaan

BBA sememangnya berlandaskan garis panduan dalam muamalah Islam yang mana

ia terkandung rukunrukun jual beli yang perlu dipatuhi iaitu penjual dan pembeli,

harta dan harga pembiayaan serta lafaz akad ijab dan qabul kerana sekiranya salah

satu daripada rukun tersebut tiada maka BBA tidak sah atau tidak boleh

dilaksanakan.

Sekiranya berlaku hal yang demikian iaitu peminjam tidak membayar pinjaman

mengikut perjanjian yang telah ditandatangani, maka pihak bank pada mulanya

akan mengeluarkan surat amaran kepada peminjam sebanyak dua kali.

Kemudiannya, pihak bank akan melelong rumah tersebut kepada pelelong dan

bukannya kepada pihak bank. Selain itu, pihak bank juga menetapkan tidak akan

memberi diskaun kepada peminjam yang gagal membuat bayaran mengikut tempoh

yang telah ditetapkan dan juga setelah rumah yang dibelinya dilelong. Sebenarnya,

kadar keuntungan yang diambil oleh bank pada masa kini adalah berpatutan jika

dibandingkan pada masa lepas yang mana kadar tersebut pernah meningkat

sehingga 13 peratus. Ini disebabkan pihak Bank Muamalat menyahut seruan


96

kerajaan untuk meningkatkan lagi permintaan pelanggan terhadap perumahan.

Sekiranya bank terus meletakkan kadar keuntungan yang tinggi, secara tidak

langsung ia tidak dapat membantu dalam perkembangan ekonomi negara. Di bank

ini juga teradapat ahli panel syariah yang akan sentiasa memantau segala aktiviti

kewangan bank agar tidak tersasar daripada garis panduan yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, penyelidik merasakan bahawa langkah-langkah sewajarnya

perlu diambil untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan mengambil pembiayaan

perumahan secara Islam di bawah BBA kerana ia lebih selamat jika dibandingkan

dengan perbankan konvensional yang hanya mementingkan faedah semata-mata.


BAB
EMPAT
97

BAB EMPAT:

KESIMPULAN DAN SARANAN

4.1 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian dan tinjauan yang dilakukan, penulis mendapati bahawa hukum jual

beli adalah harus dan dibenarkan mengikut perundangan Islam kecuali jual beli yang

telah ditetapkan haram hukumnya oleh syarak seperti jual beli yang mempunyai unsur

riba, unsur gharar (tipu) barangan yang haram seperti jual beli babi dan arak dan

sebagainya. Sesuatu transaksi jual beli akan dianggap sah apabila kesemua rukun jual beli

telah dipatuhi dan diikuti dengan sempurna. Rukun jual beli di dalam perundangan islam

terbahagi kepada tiga iaitu penjual dan pembeli, barang yang diniagakan dan lafaz

kontrak.

Walaubagaimanapun, di dalam kajian ini, penulis akan hanya tertumpu kepada rukun

jual beli yang ketiga iaitu lafaz kontrak atau ijab qabul dalam jual beli. Lafaz kontrak

boleh didefinisikan sebagai lafaz yang dibuat oleh penjual dan pemneli atau wakil mereka

sebagai membuktikan persefahaman dan persetujuan dan pembeli dengan penuh kerelaan

bagi melaksanakan jual beli ataupun ia merupakan suatu tawaran dan penerimaan pada

sesuatu transaksi jual beli. Ijab boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau

twaran untuk membeli barangan pada harga tertentu, sehubungan dengan itu, dengan

adanya tawaran tersebut, barulah penerimaan tawaran dibuat oleh satu pihak lagi. Ijab
98

dan qabul adalah merupakan salah satu rukun yang penting di dalam pembentukan

sesuatu transaksi jual beli, maka tanpa ijab dan qabul, sesuatu transaksi jual beli tiu tidak

sah.

Kepentingan ijab dan qabul di dalam sesuatu transaksi jual beli adalah supaya

mewujudkan suasana suka sama suka di antara penjual dan pembeli, dengan kata-kata

lain, kedua-dua belah pihak mempunyai kerelaan bebas tanpa paksaan serta akur dengan

implikasi dalam melaksanakan sesuatu transaksi jual beli itu. Memandangkan keredhaan

di antara penjual dan pembeli adalah dituntut dalam perundangan islam, oleh yang

demikian keredhaan itu mestilah dizahirkan kerana pada asalnya ia terletak di dalam hati.

Menurut mazhab syafi‟i menzahirkan keredhaan wajib dengan bahasa atau ucapan.

Manakala menurut jumhur ulamak, ia keredhaan tidaklah terhad kepada ucapan sahaja. Ia

juga boleh dilakukan dengan bahasa badan, isyarat, tulisan, dan sebagainya. Inilah

pandangan yang rajih.

Ijab qabul dalam jual beli juga mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu memaparkan

transaksi sesuatu jual beli bebas daripada sebarang paksaan. Selain itu, lafaz ijab qabul

perlulah dilafazkan, namun memandangkan fenomena yang berlaku sekarang di mana

peniaga-peniaga telah meletakkan dan melabelkan harga setiap barangan seterusnya

menjalankan transaksi jual beli di antara penjual dan pembeli tanpa kedua-dua belah

pihak membuat sebarang ungkapan lafaz ijab qabul. Transaksi jual beli seperti ini adalah

dianggap sah menurut ulama‟ Mazhab Hambali, Hanafi dan Maliki, tetapi bagi ulama
99

Mazhab Syafi‟i seperti Mutawalli, al-Nawawi dan al-Baghawi menyatakan sah sah

transaksi jual beli seperti di atas walaupun ketiadaan ungkapan ijab qabul. Manakala bagi

pendapat Ibnu Suraij dan al-Ruyani sekumpulan ulama‟ Mazhab Syafi‟i mengtakan pula

transaksi jual beli seperti di atas iaitu jual beli unjuk mengunjuk tanpa ungkapan lafaz di

anggap sah pada barangan murah seperti sayuran, gandum dan sebagainya. Jual beli

seperti ini di namakan jual beli bai’ al-Muathah.

Di samping itu juga, disyaratkan bahawa di dalam ijab dan qabul semestinya sepakat

sekata dan sekata dari segi harga, barangan dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan

sesuatu transaksi jual beli dan syarat yang terakhir ijab dan qabul dalam jual beli itu

mestilah dilakukan di dalam Majlis Akad. Ia tidaklah disyaratkan untuk dilaksanakan di

suatu tempat spesifik seperti di sesuatu bilik atau dewan dan ianya pula tidak disyaratkan

bagi kedua-dua pihak untuk menghadirkan diri di sesuatu lokasi, tetapi boleh berlaku

melalui surat, telex, mesin faks, telefon, atau internet dan sebagainya. Majlis akad

bermula apabila salah satu pihak dalam transaksi jual beli menerima dan membaca

tawaran yang dibuat oleh satu pihak lagi. Manakala ia berkahir apabila kedua belah pihak

di dalam transaksi jual beli berpisah dan beredar dari Majlis Akad itu.

Dalam konteks amalan-amalan semasa transaksi jual beli terhadap produk-produk yang

terdapat di dalam Bank Muamalat Malaysia contohnya Bai’ Bithaman Ajil (BBA)

berdasarkan kepada empat prinsip syariah yang digunapakai iaitu jual beli biasa, al-

murabahah, ar-rahnu, dan al-kafalah. Jual beli biasa merupakan transaksi yang
100

digunakan oleh pihak bank untuk membeli aset seperti rumah kepada pihak pemaju.

Manakala prinsip al-murabahah pula digunakan untuk menjualkan aset bank kepada

pihak pelanggan melalui perjanjian yang telah ditetapkan, seterusnya ar-rahnu pula

merupakan cagaran kepada pihak bank sekiranya pelanggan gagal membayar ansuran

pada bulan yang ditetapkan dan yang terakhir iaitu al-kafalah bertujuan untuk menjamin

keluarga pelanggan sekiranya peminjam tersebut meninggal dunia ataupun cacat anggota

yang menyebabkan sukar baginya untuk membayar balik pinjaman. Kesemua prinsip

syariah ini menepati hukum syarak dan transaksi jual beli melalui jual beli BBA di dalam

Bank Muamalat adalah sah. Adapun lafaz ijab qabul di dalam BBA ini adalah sama

sahaja dengan jual beli yang biasa dilakukan. Manakala syarat bagi ijab qabulnya pula

ialah tidak diselangi dengan perbuatan yang lain atau ijab hendaklah bersambung dengan

qabul walaupun BBA di lakukan dalam waktu yang panjang asalkan mereka masih

berada dalam majlis akad, mestilah dilakukan dengan kerelaan kedua belah pihak, dan

disyaratkan bahawa di dalam ijab dan qabul semestinya sepakat sekata dan sekata dari

segi harga, barangan dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan sesuatu transaksi jual

beli. Walaupun BBA dalam Bank Muamalat secara umumnya tidak berlaku

kesempurnaan akad dengan syarat mendengar disebabkan oleh upacara menandatangani

surat perjanjian dan tidak ada sighah ijab qabul. Namun ia tetap sah berdasarkan

perbuatan dengan cara menandatangani surat perjanjian diibaratkan sebagai kerelaan

pelanggan ke atas semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
101

4.2 SARANAN

Memandangkan kehidupan yang semakin maju dari semasa ke semasa, berpandukan

kepada kajian yang dilakukan, penulis mendapati bahawa masyarkat Islam kurang

memberi perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan muamalat dalam Islam.

Walaupun ia telah dilaksanakan secara berleluasa namun terdapat segelintir pihak yang

tidak mengetahui ataupun mengambil remeh mengenai hukum sebenar akad (ijab qabul)

di dalam jual beli. Oleh yang demikian, penulis mengemukakan beberapa saranan untuk

mengatasi masalah ini.

Penulis telah memfokuskan saranan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), pihak-pihak berwajib dan seterusnya kepada

masyarakat Islam khusunya agar dapat memperbanyakkan lagi program-program yang

melibatkan media cetak dan media elektronik khususnya berkisar tentang pembaharuan

tentang ekonomi Islam. tujuannya adalah untuk memberikan pengetahuan berlandaskan

kepada jual beli mengikut hukum syarak memnadangkan masyarakat sekarang lebih

mementingkan kepada ilmu dunia disebabkan kehidupan masyarakat yang semakin maju

dengan arus pemodenan. Ini adalah kerana, daripada pengamatan penulis, kebanyakkan

rancangan yang disiarkan adalah mengenai kiadah, ekruntuhan akhlak dan ibadat tetapi

muamalat di dalam syariat Islam jarang diperbincangkan. Oleh yang demikian, pihak-

pihak yang betanggungjawab seharusnya bijak membuat perancangan yang teliti supaya

ia seimbang sama ada dalam aspek ibadah, tauhid mahupun muamalah


102

Manakala saranan bagi Bank Muamalat pula, penulis menyarankan supaya

penambahbaikan undang-undang Muamalah di Malaysia. Undang-undang Muamalah

yang berjalan di Malaysia masih di tahap yang memerlukan kepada penambahbaikan

terutamanya melibtakan asperk perundangan. Kekurangan ini boleh diatasi dengan cara

meluaskan bidang kuasa perundangan. Skop bidang kuasa perundangan Islam menurut

Perlembagaan Persekutuan sangatlah terhad dan hanya meliputi undang-undang diri

semata-mata. Bidang kuasa berkaitan muamalah tidak diperuntukkan. Skop bidang kuasa

ini perlu diperluaskan meliputi Muamalah khususnya dan seluruh aspek perundangan

Islam amnya. Dengan cara ini, undang-undang Muamalah Islam juga akan dapat

dipraktikkan dengan sepenuhnya meliputi aspek undang-undang substantif dan prosedur

dengan berlandaskan kepada hukum syarak.

Di samping itu, perluasan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan meliputi aspek

undang-undang Muamalah Islam. justeru Mahkamah Syariah akan berupaya untuk

memutuskan segala pertikaian yang wujud di dalam undang-undang muamalah dan tidak

lagi bergantung kepada Mahkamah Sivil

. Seterusnya penggubalan dan pelengkapan Akta undang-undang Muamalah. Jika diteliti

undang-undang Muamalah Islam di Malaysia menampakkan sedikit kekurangan kepada

undang-undang yang telah sedia ada apabila dalam memutuskan kes-kes barkaitan

terpaksa dirujuk kepada peruntukkan undang-undang sivil seperti rujukan kepada Akta

Kontrak 1950, Akta Sewa Beli 1956 dan Akta Syarikat 1965. Ini akan memberikan kesan
103

keputusan yang berbeza di dalam memutuskan kes jika berdasarkan kepada undang-

undang sivil. Justeru, undang-undang yang berkaitan dengan Muamalah Islam seperti

undang-undang kontrak Islam perlulah digubal dan seterusnya membolehkan segala

urusan Muamalah dapat diputuskan dan diuruskan berlandaskan hukum syarak.

Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984 perlulah diteliti semula untuk menampung

kekurangan yang wujud di dalamnya. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan akta

tersebut sebagai sebuah akta yang lengkap dan tidak akan dipertikaikan lagi. Tidak ada

gunanya sekiaranya akta tersebut terdapat kekurangan akan tetapi tiada tindakan susulan

diambil untuk membaik pulih kekurangan yang ada. Saranan lain iaitu Penegcualian

pemakaian Akta Undang-undang Sivil 1956. Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil

1956 memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk menerima pakai atau tidak

Undang-undan inggeris dalam hal-hal yang tidak diperuntukkan undang-undang

mengenainya. Namun penulis berpendapat bahawa dalam hal yang berkaitan dengan

urusan Muamalah Islam, adalah lebih wajar peruntukkan itu tidak digunakan. Ini adalah

kerana prinsip perundangan bagi kedua-dua bentuk undang-undang ini adalah berbeza.

Sekiranya digunakan juga, natijah atau kesan perundang yang akan timbul pastilah juga

akan berbeza. Maka di dalam hal Muamalah, hanya hukum syarak sahaja yang akan

menentukannya. Tidak dinafikan bahawa sistem muamalah Islam telah berkembang maju

dan mampu menyaingi sistem kewangan konvensional di Malaysia. Sistem perundangan

Islam atau Syariat Islam diturunkan oleh Allah S.W.T telah lengkap meliputi seluruh

aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang Muamalah Islam yang telah lengakap

dari segi undang-undang substantif dan prosedurnya. Adalah sesuatu yang menyalahi
104

hukum syarak sekiaranya diambil sebahagian sahaja daripada hukum Muamalah tersebut

tetapi meninggalkan sebahagiannya. Justeru, perkara ini perlulah diambil perhatian dan

langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk menjadikan undang-undang

Muamalah Islam yang berkuatkuasa di Malaysia tidak hanya menumpukan aspek

operasinya sahaja berlandaskan kepada hukum syarak, namun aspek perundangan juga

mestilah berdasarkan kepadan hukum syarak. Dengan nin, akan lengkaplah undang-

undang Muamalah yang berkuatkuasa di Malaysia sebagai undang-undang Muamalah

Islam yang sebenar berteraskan kepada Syariat Islam sebagai agama yang mencakupi

seluruh aspek kehidupan insan.

Penulis meletakkan harapan yang tinggi agar bidang Muamalah ini akan terus dikaji oleh

para juris perundangan Islam terutamanya melibatkan soal perundangan hinggalah

undang-undang Muamalah Islam yang dipraktikkan adalah berlandaskan kepada hukum

syarak sepenuhnya.Insya Allah.


BIBLIOGRAFI

Al-Quran Dan Terjemahan

Sheikh Abdullah Basmeih. 1995. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-

Quran. Cet. 6. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana

Menteri.

Hadis

Ibn Majah, Abu Abdullah Bin Yazid, Sunan Ibn Majah

Ibn Majah, Muhammad Nasir Albani, Sunan Ibn Majah

Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail, Sahih al-Bukhari

Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra

Buku

Abdul Halim El-MUhammady. 2001. Undang-Undang Muamalat dan Aplikasinya

kepada produk-produk Perbankan Islam. Selangor: Aras Mega (M) Sdn Bhd.

Ahmad Hidayat Buang, 1993. Kebebasan Berkontrak di dalam Undang-Undang Islam

jil. 1. Bil. 2. Jurnal UM.

Al-Nawawi, Abu Zohari Muhyiddin ibn Syaraf Raudhah al-Tolibin, juz. 3, Beirut: Darul

Kutub.
Amir Abdul Aziz (Dr.) (1999), Fiqh al-Kitab Wa as-Sunnah. Juz. 2. Palestin : Dar al-

Salam.

Al-Khotib, Syeikh Muhammad al-Syarbini. Al-Iqna’ fi Hal Alfaz Abi Syuja’ Juz 1.

Singapura: Matbaah Sulaiman Mura’I.

Abdul Aziz Mohd Azam, Dr. 1997 Fiqh al-Muamalat. Lubnan: Maktab Ar-Risalah Ad-

Dauliah

Bardan Abu Al-Ainain Badran. Tarikh al-Fiqh al-Islami Wa Nazariyah al-Milkiyah Wa

al-Uqud. Beirut, Darul Nadhah Al-Arabiyah.

Dr. Abbas Husni Mohamad. 1996. Perkembangan Fiqh Islam. J.4. Cet. 3 Ter. Md. Akhir

Hj. Yaacob. K.L. Think Library Sdn. Bhd.

Dr. A. Rahman.1999. Fiqh Muamalah. Batu Caves: Edaran Karam

Faizah Haji Ismail. 2000. Asas-Asas Muamalat Dalam Islam. Cet.2. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Harlina Mohamed On & Rozanah Ab. Rahman, 2007, Undang-Undang Perniagaan

Malaysia. Sel. Bersatu Indah SDN. BHD.

Ibnu Taimiyah, Taqiyuddin Ahmad. (1998). Majmu’ Fatawa Li Sheikh Islam. Juz. 29

Kasani (al) Ali’uddin Abu Bakr Ibn Mas’ud (587H), Bada’I al-Sana’I Fi Tartib al-

Syara’I, Kahirah

Prof. Dr. Ala’ Eddin Kharofa. 1997. Transactions in Islamic Law. Kuala Lumpur.

Pustaka Hayat Haji

Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar. 2009 Ensiklopedi Fiqih Muamalah

Dalam Pandangan 4 Mazhab cetakan Pertama: Maktabah Al-Hanif.


Prof Madya Dr. Abdul Halim Muhammad 2001. Undang-Undang Muamalat &

aplikasinya kepada Produk-Produk Perbankan Islam. Cetakan keempat: Dasar

Cetak (M) Sdn Bhd.

Sayid sabiq, Fiqh al-Sunnah, Jil 3 Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi 1971.

T.M. Hasbi as-Siddiqeqy, Prof, 1998. Hukum-Hukum Fiqh Islam Yang Berkembang

Dalam Kalangan Ahlus Sunnah. Cet 4. K.L. Thinkers Library Sdn. Bhd.

Wahbah al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatu, (2000) Fiqh Dan Perundangan Islam

Jil 4 Terjemahan Md. Akhir Hj Yaacob Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Latihan Ilmiah

Wan Mohd Nazman Wan Mahmud. 2003. Produk Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dalam Bank

Muamalat Malaysia Berhad. Kajian Ilmiah Sarjana Muda, Jabatan Syariah

Dam Ekonomi. Bahagian Pengajian Syariah. Akademi Pengajian Islam. Universiti

Malaya.

Sumber Internet

http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/Journal/0000016490.pdf. 17 Febuari 2012. Jam 8.00

A.M

http://www.muamalat.com.my 19 Febuari 2012. Jam 11.30 A.M

http://muamalat.com.my/bbafix.html. 19 Febuari 2012. Jam 1.00 P.M


Statut

Akta Kontrak 1950

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Temubual

Temubual bersama Mohd Yusop Bin Sajiman. Asistant Branch Manager Bank

Muamalat Bangi, Selangor Darul Ehsan pada 16 Febuari 2012. Jam 5.30 petang.

Temubual bersama Ustaz Zubir Bin Awang. Pensyarah Jabatan Syariah Akademi

Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor Pada 2

Fabuari 2012. Jam 11.30


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai