Anda di halaman 1dari 100

PERSOALAN ARAK DALAM ISLAM: TUMPUAN

KHUSUS TERHADAP SURAH AL-MAIDAH


AYAT 90 HINGGA 91

MOHD RIZALMAN BIN ASHARI

( 0214071)

pt~Fi·:::O~J~;r.t·.14'A!.N
KOL[J !GLM., ._.,;..ANG0;{ OARUJ.. EHSAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM


JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN
2004/2005
KOLEJ~~SELANGORDARULEHSAN

SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM


JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
DIPWMA PENGAJIAN ISLAM

MOHD RIZALMAN BIN ASHARI

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN DIPWMA PENGAJIAN ISLAM
( AL-QURAN DAN AL-SUNNAH)
2004

.J, II· o fC
PENYELIA TARIKH
USTAZAH SITI ZAHARAH BT. HAMID

DEKAN
USTAZAH NORA'INAN BT. BAHARI
MOTIO

Terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan


judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan
Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan
judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan
daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti
(daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau
kamu masih berdegil)?

Surah Al-Maidah (5) : 90-91


DEDIKASI

YA RABBAL IZZA1Z ..
Hamhamu hersyukur dengan segala nikmat-Mu
Hanya Engkau memheri petunjuk kepadaku
Kumiakanlah aku taufik untuk mentaati-Mu
Pinpinlah aku ke puncak pengorhanan dan mujahadah
Tempatkanlah aku dikalangan orang yang herilmu

BUA1MUAYAHBONDA TERCINTA ...


Pengorhananmu ku sanjung tinggi
Kasih Sayangmu menjadi
Pemhakar semangat peiJilanganku
Bertakhta teguh di dalam hatiku
Terima kasih yang tak terhingga
Anakanda ucapkan

KEPADAMUTEMANSEPERJUANGAN. ..
Teruskanlah peijuanganmu
Tahahkan hati kuatkan scmangat
Demi menempuhi caharan
Kenangilah masa yang herlalu
Hargailah han._hariyang mendatang
Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah
Sehagai Jandasan hidup

BUATDIRIKU. ..
Semoga diheri ketetapan oleh AUah
Untuk terus Istiqamah dalam perjuangan ini
Moga kejayaan menjadi pelita ahadi
Dunia dan akhirat
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a. w. serta kaum keluarga baginda, para

sahabat, tabi' tabi'in, para syuhada, para ulama' dan seluruh kaum muslim dan

muslimat.

Alhamdulillah, terlebih dahulu dirafa'kan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana

dengan rahmat dan keberkatan-Nya dapat penulis menyempurnakan tugasan latihan

ilmiah yang telah diamanahkan kepada penulis bagi memenuhi syarat untuk

mendapat diploma dalam pengkhususan al-Quran Dan as-Sunnah, yang bertajuk

"Persoalan Arak Dalam Islam: Tumpuan Khusus Terhadap Surah Al-Maidah Ayat

90-91".

Di kesempatan ini, penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua

yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongan serta dorongan untuk

menyiapkan latihan llmiah ini dengan sempurna.

Terutama sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada ayahanda Ashari b. Daud dan bonda tercinta Zainab bt. Seman yang banyak

memberi didikan, serta kepada seisi keluarga di atas sokongan, dorongan dan

pengorbanan sama ada dari sudut metarial mahupun spiritual bagi menyiapkan

latihan ilmiah ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat Ustazah Siti

Zaharah bt. Hamid yang disanjungi, dihormati, dikagumi selaku penyelia latihan

ilmiah ini. Beliau juga banyak mencurahkan idea dan ilmu serta meluangkan masa
11

dan tenaga untuk membantu penulis sepanjang penulisan ini dijalankan. Begitu juga,

penulis ingin melakarkan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah

KISDAR dan pihak Sekolah Pemgajian Islam di atas segala ilmu yang diberikan

serta kerjasama yang dihulurkan.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pihak perpustakaan KISDAR.

terutamanya kak lema, yang banyak memberi sokongan juga membantu dalam

latihan ilmiah ini. serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung.

Tidak dilupakanjuga ucapan penghargaan ini buat sahabat serta ternan seperjuangan,

Shuhaidi, Fahizie, Hadi, Kak: Maz, adik N, rakan serumah sewa, dan ternan-ternan di

Jabatan al-Quran Dan as-Sunnah sesi 2004 khususnya yang banyak membantu dan

memberi sokongan dan dorongan kepada penulis dalam menghadapi masalah ·

sepanjang menghasilkan tugasan ini. Sendu tawa bersama kalian akan menjadi

kenangan manis dalam meneruskan pemgembaraan ini.

Segala jasa baik serta kerjasama yang diberikan mudah-mudahan mendapat ganjaran

yang lebih baik dari Allah s. w. t, lnsyaallah.

MOHD RIZALMAN BIN ASHAR!

0214071

151. Kg Chuchuh Puteri "A"

18000 Kuala Krai

Kelantan Darul Nairn


111

SINOPSIS

"Persoalan arak dalam Islam: Turnpuan khusus terhadap surah al-Maidah ayat 90

hingga 91" merupakan satu kajian yang lahir daripada semangat ingin tahu secara

mendalam oleh penulis. Sesungguhnya Islam merupakan agama yang syurnul dan

melarang urnatnya daripada terlibat perkara-perkara keji yang direncanakan oleh

syaitan. Ini jelas dapat kita lihat dalam pengamalan meminurn arak. Islam juga

menganggap amalan peminurnan arak yang memabukkan ini sebagai salah satu

perkara yang boleh membawa

kepada kerosakan secara lahiriah dan juga batiniah seseorang.

Penulisan ini direncanakan untuk menjadi rujukan dan kefahaman urnat Islam agar

segala kekalutan yang selama ini menyelubungi masyarakat terhurai dan terjawab

secara ilmiah. Penulisan ini dibahagikan kepada empat bah yang setiap satunya

mempunyai isi yang tersendiri.

Penulisan ini dimulakan dengan bah satu yang menjelaskan secara sepintas lalu

tentang latar belakang masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian,

metodologi kajian dan beberapa masalah kajian yang dihadapi oleh penulis semasa

menjalankan kajian ilmiah ini. Setiap bahagian ini diperincikan lagi untuk

mewujudkan satu hala tuju kajian tentang persoalan arak menurut perspektiflslam.

Landasan teori yang dimuatkan di dalam bah dua pula mengenengahkan hujah-hujah

dan pendapat para cendiakawan Islam yang berkaitan dengan persoalan arak dan

irnplikasinya terhadap individu, masyarakat juga pembangunan negara. Cetusan


IV

minda daripada mereka yang dipetik oleh penulis dapat mengorak langkah pembaca

ke arab satu pendirian dan pegangan yang utuh terhadap implikasi-implikasi yang

timbul daripada pengamalan minuman arak.

Seterusnya penyelidikan data dibuat di dalam bab tiga. Dalam bab ini, penulis telah

mengkhususkan surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 sebagai fokus kajian. Di dalam

bab ini juga penulis menghuraikan persamaan arak dengan judi, penyembahan

berhala dan menilik nasib kerana kesan-kesan yang ditimbulkan oleh pebuatan-

perbuatan tersebut menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah s. w. t. dan

mudah menyebabkan mereka tertipu pujukan syaitan laknatullah yang mengajak

kepada kemungkaran dan porak peranda dalam kehidupan.

Penulisan diakhiri dengan bab empat iaitu penutup kajian. Kesimpulan dan saranan

penulis dilakarkan dibahagian ini. Segala pendapat daripada ulama', alasan dan teori-

teori yang di utarakan oleh ulama' kemudian digulung menjadi satu kesimpulan yang

sempurna.
v

SENARAI KEPENDEKAN

YADIM Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

RTM Radio dan Televisyen Malaysia

B. Bin

Bt. Binti

Bil. Bilangan

Dr. Doktor

Ed. Edisi

HR Hadis Riwayat

Hj. Haji

hlm. Halaman

Ibid. Ibidem

Jil. Jilid

KISDAR Kolej Islam Selangor Darul Ehsan

Op. cit. opere citato

Prof. Profesor

r.a. Radiallahu' anhu

s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam

Sdn. Bhd. Sendirian berhad

SPI Sekolah Pengajian Islam

s.w.t. Subhanahu wa Ta'ala


VI

SISTEM TRANSLITERASI

1. Konsonan

Konsonan pada huruf Arab tidak selamanya padan dan sesuai dengan

penggunaannya dalam huruf Rurni. Terdapat di antara konsonan tersebut boleh

dirurnikan tetapi pada beberapa konsonan tertentu terpaksa dilakukan beberapa

tambaban. Hal ini dapat dilihat seperti berikut:

HurufArab Huruf

Rumi

th

kh

dh

J r
vii

J z

sh

t gh

J 1

h
Vlll

'
y

-
0 t

2. Vokal

l. Pendek 2. Panjang 3. Diftong

___ a a __
b_ay
---

-
'-~--- --- r .JI • aw

.J_ _ _ u .J· - - - ii

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1988), Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke


Huruf Rumi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

f .::"(f'Y;T;-'..· ~~t..N
KOLEJ ISU';.r,l ... ··~./.. \'icl·~. ·: iJ/!.JWL EHSAN
lX

DAFTARISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK

DEDIKASI

BALAMANPENGESAHAN

HALAMAN MOTTO

PENGHARGAAN

SINOPSIS 111

SENARAI KEPENDEKAN v

SENARAI TRANSLITERSI vi

DAFTARISI lX

BABSATU:PENDAHULUAN 1

1.1 Latar Belakang Masalah 1

1.2 Objektif Kajian 2

1.3 Hipotesis Kajian 2

1.4 Skop Kajian 3

1.5 Metodologi Kajian 3

1.5.1 Metode Penentuan Subjek 5

1.5.2 Metode Pengumpulan Data 5

1.5.2.1 Metode Dokumentasi 6

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 6

1.5.3 Metode Penganalisis Data 7


X

1.5.3.1 Metode Induktif 7

1.5.3.2 Metode Deduktif 8

1.5.3.3 Metode Komparatif 8

1.6 Masalah Kajian 8

NotaHujung

BAB DUA : ARAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.1 Definisi Arak 11


2.2 Jenis- Jenis Minuman Yang Diharamkan Dan Yang Dihalalkan 13
2.2.1 Minuman yang Diharamkan:- 13
a) Arak (_,..j-1 ) 14

b) Manisan ( ~~ ) 14

c) Al-Fadikh ( ~~) 14

d) Air Kismis (1..:-.!)1 & ) 15

e) Al-Tala'a atau Al-Muthallath ( ~~ Jf ~~~) 15

f) Al-Badhaq ( ~~ Ji J.)Wl ) 15

g) Al-Jamhuri ( (.,)_;_,...J:-1) 16

2.2.2 Minuman yang Dihalalkan:- 16


a) Air Perahan Buah Kurma 16
b) Air Campuran Perahan Anggur 16
c) Madu 17
d) AI-Tala' a(~~~) 17

2.3 Pengharaman Minuman Arak 17


2.3.1 Peringkat Pengharaman Arak 17
2.3.2 Hukum-hukum Berhubung Dengan Khamar 20
2.4 Hukuman Kepada Peminum Arak 24
XI

2.5 Implikasi Arak Terhadap Individu 27


2.5 .I lmplikasi Arak Dari Aspek Kesihatan 27
2.5.1.1 Jasmani (ftzikal) 28
a) Kesan pada Hati 28
b) Kesan pada Perut 29
c) Kesan pasa Saraf 29
d) Kesan pada Janin 29
2.5.2 lmplikasi Arak Terhadap Otak ( Akal ) 30
2.5.3 lmpikasi Arak Terhadap Rohani 31
2.6 lmplikasi Arak Kepada Masyarakat 32
2. 7 Implikasi Arak Kepada Pembangunan Negara 34
2.8 Hikmah Pengharaman Minuman Yang Memabukkan 35
NotaHujung

BAB TIGA : TUMPUAN KHUSUS TERHADAP PERSOALAN ARAK:


(SURAH AL-MAIDAH 90-91)

3.1 Pendahuluan 40
3.2 Pengenalan Surah Al-Maidah 41
3.2.1 Sebab Dinamakan Surah Al-Maidah 41
3.2.2 Sejarah Penurunan Surah Al-Maidah 41
3.2.3 Munasabat Surah Dengan Surah Sebelum 43
3.2.4 Kelebihan Surah Al-Maidah 44
3.3 Asbabul Nuzul SurahAI-MaidahAyat: 90-91 44
3.4 Tafsiran Terperinci Surah Al-Maidah: 90-91 45
3.4.1 Arak 47
3.4.2 Judi 47
3.4.3 Penyembahan Berhala 49
3.4.4 Mengundi Nasib 50
3.5 Persamaan Arak, Judi, Penyembahan Berhala dan Menilik Nasib 55
3.5.1 Arak Dengan Judi 55
3.5.2 Arak Dengan Penyembahan Berhala 58
3.5.3 Arak Dengan Menilik Nasib 61
Xll

3.6 Sebab-Sebab Larangan Allah (Minuman Arak) 62


3.7 Pengajaran Ayat Daripada Surah Al-Maidah: 90-91 64
3.8 Kesimpulan 66
NotaHujung

BAB EMPAT: PENUTUP

4.1 Kesimpulan 70

4.2 Saranan 72

BIBLIOGRAFI 75
BABSATU

PENDAHULUAN

Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam merupakan agama yang syumul. Allah

s.w.t. telah menurunkan wahyu kepada rasulnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. antara

wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah berkaitan pengharaman

arak. Sebagaimana yang kita ketahui, arak adalah sesuatu yang memabukkan yang

terhasil daripada pemeraman anggur atau kurma yang begitu lama. Sehubungan itu,

arak merupakasn factor dan punca utama yang membawa kepada kemudharatan dan

kerosakkan masyarakat seperti berlakunya kes pembunuhan, penzinaan, rogol dan

lain yang wujud hasil daripada minuman arak. Oleh itu, Islam telah menggariskan

beberapa larangan agar manusia tidak meminum arak dan tidak mendekati penkara-

perkara memabukkan. Justeru, kesedaran individu, masyarakat dan semua pihak

amat penting dalam menghindari arak.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Manusia ialah insan yang paling mulia, dikumiakan oleh Allah s. w. t. akal fikiran

untuk membezakan antara yang baik dan yang bathil. Lantaran itu, manusia harus

berfikir dengan akal yang waras untuk menentukan kebaikan dan keburukan. Namun

begitu, terdapat segelintir masyarakat pada hari ini yang sanggup menjerumuskan

diri mereka ke lembah kerosakan tanpa menggunakan akal fikiran yang di

anugerahkan oleh Allah s.w.t. sebagai contoh di dalam amalan peminuman arak.

Justeru itu, jenayah arak bukan satu masalah yang boleh dipandang remeh oleh

masyarakat kini, kerana ia menjadi punca kehancuran masyarakat,keluarga dan

negara, khususnya umat Islam sekarang.


2

Oleh yang demikian wajarlah kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah serta

Ijmak Ulama' tentang hukum minum arak dan kesannya.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan penyelidikan ini, penulis telah mengariskan beberapa objektif

bagi menepati kehendak kajian ini iaitu:

1- Memberi kesedaran kepada individu dan masyarakat dengan cara

mendedakkan hukum pengharaman arak dan faktor-faktor negatif

yang boleh membawa kepada kerosakan khususnya umat Islam.

2- Mencungkil rahsia-rahsia dan hikmah yang terkandung dalam kalam

Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. berkaitan pengharaman arak.

3- Memaparkan kesan ketagihan arak yang membawa kemudaratan pada

fizikal dan mental.

4- Memenuhi prasyarat untuk memperolehi Diploma Pengajian Islam (

Al-Quran dan Al-Sunnah) di Sekolah Pengajian Islam, Kolej Islam

Selangor Darul Ehsan.

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Menurut kamus dewan, hipotesis ialah "sesuatu yang dianggap benar sebagai alasan

walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan lagi" 1. Dalam menjalankan

penyelidikan ini, penulis telah membuat beberapa hipotesis awal terhadap kajian

yang dilakukan. Diantara hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:


3

1- Kejahilan terhadap hukum-hukum pengharaman arak, akan

mengakibatkanjenayah arak berleluasa.

2- Penggunaan arak boleh membawa kepada kemudharatan fizikal dan

mental disamping memberi kesan kepada institusi kekeluargaa~

kemasyarakatan dan kenegaraan.

3- Setiap golongan masyarakat mampu menjauhkan diri mereka daripada

amalan peminuman arak sekiranya mereka sedar tentang

kemudharatannya.

4- Terdapat banyak unsur-unsur negatif dan pengaruh dalaman yang

menggalakan pengambilan arak.

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian ilmiah ini di dalam ruang lingkup penjelasan surah Al-Maidah: 90-91

terutama yang menyatakan sebab larangan supaya ''jauhinya". Penulis membuat

kajian tentang persoalan arak dari perspektif Islam seperti yang tercatat dalam Al-

Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Antara aspek yang perlu dikaji ialah kupasan ayat

yang bermaksud "sesungguhnya arak kotor (keji) dari perbuatan syaitan".

Tinjauan dan kaji selidik dilakukan terhadap ayat al-Quran dan al-Sunnah sebagai

sumber terpenting dalam penulisan intelektual Islam.

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Perkataan metode berasal daripada dua gabungan perkataan Yunani, iaitu Metodos

dan Logos. Perkataan Metodos bermaksud cara, manakala Logos pula bermaksud

ilmu2. Dari istilah pula, menurut Kamus Dewan edisi ketiga mentafsirkan
4

metodologi adalah suatu sistem yang merangkumi kaedah dan pnnstp yang
3
digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin .

Metodologi juga senng diertikan sebagai cabang yang menguruskan dan

menganalisis prinsip-prinsip yang terangkum untuk membuat kesimpulan. Secara

umumnya setiap kajian tentang sesuatu bidang atau lapangan dapat dihuraikan

melalui kaedah bersifat induksi dan deduksi.

Di dalam melakukan sesuatu kajian ilmiah, metode adalah perkara yang amat penting

bagi menjadi penghubung kepada hasil penyelidikan yang bermutu dan berkualiti. Ini

kerana ia menerangkan kepada penulis cara bagaimana hendak melakukan

penyelidikan terhadap sesuatu isu atau masalah yang hendak dikaji yang menjadi

sasaran penelitian4 •

Dalam kajian ini, penulis memilih untuk menggunakan kajian perpustakaan sebagai

subjek utama penyelidikan. Latihan ilmiah yang dilakukan merangkumi aspek-aspek

pengumpulan data, pengolahan, penyelidikan dan kajian yang terperinci serta proses

menganalisis data yang dilakukan dengan teliti dan terperinci. Tujuannya adalah

untuk menjawab persoalan yang timbul mengenai hukum pengharaman arak

berdasarkan bukti-bukti atau dalil-dalil yang telah disabitkan dalam al-Quran dan al-

Hadith.

Oleh itu, pemilihan metode yang bersesuaian dan bertepatan dengan masalah dan

tujuan kajian pastinya akan menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. Antara

metode-metode yang digunakan di dalam latihan ilmiah adalah :-


5

1.5.1 Metode Penentuan Subjek

1.5.2 Metode Pengumpulan Data

1.5.3 Metode Penganalisis Data.

1.5.1 Metode penentuan subjek

Dalam kajian ini, penulis telah menentukan surah al-Maidah ayat 90-91 sebagai

fokus kajian. Ia di gunakan kerana amat bersesuaian dan bertepatan dengan objektif

kajian iaitu persoalan arak dan kesannya kepada manusia khususnya umat Islam.

Oleh itu, penulis akan melakukan kajian terhadap surah yang dipilih sebagai salah

satu surah yang menyebut tentang persoalan arak. Secara langsung, surah-surah dan

hadith lain yang berkaitan turut dirujuk sebagai sokongan terhadap kajian.

1.5.2 Metode pengumpulan data

Dalam penulisan ilmiah, metode ini sangat penting dan merupakan cara ketja untuk

memahami subjek yang sedang diteliti. Penelitian adalah usaha-usaha yang

dilakukan dengan cara mengumpulkan data dan membuat penafsiran terhadap data

yang dikumpulkan.

Oleh itu, penulis telah memilih beberapa metode yang boleh membantu pengkajian

penulis dalam mengumpulkan dan menyusun data dengan cara :-


6

1.5.2.1 Metode dokumentasi

Secara amnya, metode ini bermaksud mengumpulkan data yang berasaskan faktor-

faktor yang wujud dalam dokumen. Manakala secara khususnya, metode ini

merupakan cara mengumpulkan data dengan menjalankan kajian terhadap dokumen-

dokumen iaitu sumber-sumber yang bertulis dan berkaitan dengan masalah kajian.

Metode ini juga digunakan untuk mengkaji tentang apa yang terkandung di dalam

tajuk ini di dalam bab dua. Dokumen yang telah digunakan oleh penulis ialah al-

Quran, al-Hadith, latihan ilmiah, buku rujukan, risalah dan majalah yang berkaitan

dengan tajuk ini.

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan

Metode ini merupakan metode yang paling penting bagi mendapatkan maklumat dan

data yang diperlukan dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadith, latihan ilmiah,

majalah dan surat khabar dengan membuat rujukan di dalam perpustakaan.

Metode ini digunakan untuk menerangkan definisi tajuk, sumber-sumber yang

berkaitan dan segala data yang diperlukan yang digunakan dalam bab dua.

Penulis juga memilih beberapa perpustakaan yang berhampiran untuk mencan

maklumat antaranya :

1. Perpustakaan Kolej Islam Selangor Darul Ehsan

2. Perpustakan Awarn, Pusat Islam, Kuala Lumpur

3. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur


7

4. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur

5. Perpustakaan Dar Nur Al-Zahra' Kelantan

1.5.3 Metode penganalisan data

Penganalisan data merupakan aktiviti untuk memperolehi maklumat yang berguna

daripada data mentah5. Penganalisan data juga merupakan proses terakhir yang harus

dilakukan dalam setiap latihan ilmiah. Ia merupakan penafsiran yang dibuat dengan

mengolah dan menganalisis data yang dikumpulkan. Metode ini digunak:an dalam

bab dua dan bab tiga kajian. Justeru itu, penulis menggunakan tiga metode analisis

data yang bersesuaian iaitu :

1.5.3.1 Metode induktif

Metode ini bermaksud pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal yang bersifat

khusus untuk mencapai dalil yang bersifat umum.

Penulis banyak menggunakan metode ini di dalam menghuraikan definisi tajuk,

menganalisis data serta membentangkan hasil laporan penyelidikan sekaligus

membuat kesimpulan. Antara data yang dianalisis melalui metode ini ialah data yang

diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan dan data-data di dalam al-Quran, al-

Hadith, Jumal, latihan ilmiah, majalah, surat khabar dan beberapa buku rujukan.
8

1.5.3.2 Metode deduktif

Ia bermaksud cara menganalisis dan melakukan penulisan berdasarkan pola berfikir

yang mencari pembuktian dari dalil umum terhadap hal yang khusus. Justeru itu,

penulis menggunakan metode ini untuk menganalisis definisi tajuk dalam bab dua.

1.5.3.3 Metode komparatif

Ia digunakan bagi membuat kesimpulan dan data yang diperolehi basil daripada

perbandingan dari data-data yang dikumpulkan.

Metode ini digunakan dalam bab tiga setelah menganalisis data. Antara data yang

diperolehi seperti perbincangan hukum pengharaman arak, akibat daripada arak dan

lain-lain sepeti contohjudi, penyembahan berhala dan mengundi nasib.

1.7 MASALAH KAJIAN

Di dalam membuat kajian ini, penulis banyak menghadapi masalah terutama dalam

mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Walau bagaimanapun

masalah dan rintangan yang dihadapi tidak menjadi penghalang dan tidak

melemahkan semangat penulis untuk terus menyelesaikan tugasan ini.

Setiap insan pasti mempunyai kelemahan tersendiri begitu juga diri pengkaji. Antara

masalah utama yang dihadapi diperingkat awal dalam membuat kajian ini ialah

kurang memahami data dan maklumat yang diperolehi. Ini kerana data dan maklumat

yang penulis dapat kebanyakan di dalam rujukan bahasa Arab, di samping itu,
9

penulis perlu mengumpul ayat al-Quran dan Hadith yang bersesuaian dengan tajuk

penulis.

Selain daripada itu, faktor masa juga menimbulkan masalah kepada penulis dalam

menyempurnakan latihan ilmiah ini. Sebagai mahasiswa, penulis tidak terlepas dari

tanggungjawab dan masih terikat dengan aktiviti lain iaitu tugasan membuat ketja

kursus secara individu dan juga berkumpulan.

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penulis, penulis telah membuat satu

tindakan yang dianggap sungguh berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

Antaranya pengkaji meminta pandangan serta pendapat individu lain yang lebih

berpengalaman dalam melakukan sesuatu proses kajian. Selain itu pengkaji juga

meminta pandangan golongan yang professional dalam menghadkan masa agar

menghasilkan suatu kajian yang bermutu.


10

NOTAHUJUNG

1
Noresah bt. Baharom, Hajah. 1998. Kamus Dewan. Ed. Ketiga. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur. him 460.


2
Teuku Iskandar. Dr. 1993. Kamus Dewan. Ed. Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur. him 887.


3
Ibid. hlm 1221.
4
Ensiklopedia Malaysiana. 1996. Jil. Kelapan. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.

him 353.
5
Mohd Majid Konting. 1993. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan

Pustaka. him 156.


BABDUA

ARAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.1 DEFINASI ARAK

Arak (khamar) dari segi bahasa berasal dari kata khamara - yakmuru atau yakmiru -
1
khamran, yang secara etimologi bererti tertutup, terhalang, atau tersembunyi .

Manakala pengertian secara terminologinya, terdapat perbezaan pendapat ulama'

fiqh dalam mendefinasikan arak. Fuqaha' berselisih pendapat dalam menentukan

maksud arak, namun sebahagian ulama' seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam

Ahmad bin Hanbal bersependapat bahawa apa sahaja jenis minuman yang

memabukkan, dengan kadar minum sedikit atau banyak, sama ada arak atau jenis

minuman yang lain seperti perahan buah anggur, kurma, beras, gandum, barli, padi

dan sebagainya dinamakan arak2 .

Abu Hanifah dan ulama' mazhabnya berpendapat bahawa maksud arak ialah khamr

semata-mata, sama ada kadar yang diminum itu sedikit atau banyak. Arak menurut

mereka adalah nama khusus untuk tiga jenis cecair sahaja iaitu :

1. Air perahan anggur apabila ianya naik berbuih.

2. Air anggur yang dimasak apabila berkurangan kadarnya tidak melebihi dua

pertiga kadar asal dan ia menjadi bahan yang memabukkan.

3. Perahan air buah kurma dan anggur kering yang diperam sehingga menjadi

naik dan berbuih adalah arak3 .


12

Menurut Abu Hanifah, Abu Yusof dan Muhammad b. Al·Hassan: bagi air yang tidak

berbuih juga adalah arak. Mereka tidak menganggap arak selain daripada tiga jenis

bahan ini. Justeru itu perkataan khamar menjadi istilah khusus di kalangan mereka

dan cecair selain dari tiga jenis tersebut tidak namakan khamar, kadang kala mereka

menamakannya muskir atau sakar (memabukkan) atau mereka sebut nabidh4•

Menurut pendapat ulama' lain, perkataan khamar ialah kata nama yang diletakkan

pada minuman yang memabukkan dan ia bukanlah satu-satunya nama yang khusus.

Minuman-minuman itu juga, boleh dipanggil muskir atau nabidh walaupun tidak

dengan panggilan khamar5 .

Kesimpulan daripada pengertian yang dikemukakan di sini untuk zaman moden,

pengertian khamar yang dikemukakan oleh jumhur ulama' Iebih tepat kerana

minuman keras pada saat ini bukan sahaja dihasilkan daripada anggur atau kurma,

bahkan dibuat dari segala jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu,

kriteria yang paling tepat dalam merumuskan khamar itu adalah setiap cairan yang

mengandungi zat yang memabukkan. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a. w.

yang menyatakan:
13

Terjemahannya:
Dari Jbnu Umar r.a. bahawa Nabi s.a. w. bersabda: segala sesuatu
yang memabukkan adalah khamar, dan segala sesuatu yang
memabukkan adalah haram. Dan di dalam riwayat lain disebutkan
bahawa setiap khamar itu adalah haram. Rasulullah s.a. w.
bersabda: apa saja (minuman) yang banyaknya (apabila diminum)
memabukkan, maka sedikit pun (hukumnya) haram.

Hadith Riwayat para ahli Sunan.

2.2 JENIS-JENIS MINUMAN YANG DIHARAMKAN DAN MINUMAN

YANG DIHALALKAN

2.2.1 Minuman yang Diharamkan

Tujuhjenis minuman yang diharamkan7 iaitu:

Terjemahannya:
"Daripada Saidina Umar berkata: Hukuman pengharaman arak
diturunkan pada hari yang tepat pengharamannya, dan arak
diperbuat daripada lima bahan iaitu anggur, tamar, madu, gandum
dan bijiran, dan arak ialah sesuatu yang memabukkan ".

Hadis Riwayat Abu Daud


14

a)Arak(~)

Arak (khamar) iaitu nama bagi minuman mentah daripada air perahan anggur selepas

ia mendidih menggelegak dan mengeluarkan buih, lalu apabila ia berhenti mendidih

ia menjadi jernih. Takrif ini, menurut pendapat Abu Hanifah kerana makna

pemabukan tidak akan sempurna kecuali apabila terhasil buih. Dengan itu juga ia

tidak akan menjadi arak tanpa buih.

b) Manisan (JS.wll)

Manisan (Al-Sakar) iaitu air tamar lembab yang tidak dimasak dengan api, ataupun

air mentah tidak di masak daripada buah kurma (rutab) apabila ia mendidih

menggelegak dan mengeluarkan buih dan berhenti daripada mendidih mengikut

pendapat Abu Hanifah.

Menurut Imam Abu Yusuf dan Muhammad serta imam-imam lain apabila ia telah

mendidih, walaupun belum tenang. Manisan kurma yang tidak dimasak oleh sakar
9
mengikut kajian qadi Zadah yang diperturunkan dalam bukunya Nata 'ij al-Afkar.

c) Al-Fadikh (~!)

Arak al-Fadikh iaitu nama bagi air kurma muda kering yang apabila menggelegak

dan mengeluarkan buih ataupun tidak, ia dinamakan al-Fadikh kerana dipecah-

pecahk:an.
15

d) Air Kismis ( ~jll ~)


Iaitu nama bagi bahan mentah daripada air anggur yang dicampur dengan air

sehingga keluar manisannya dengan tidak dimasak, mendidih dan menggelegak sama

ada mengeluarkan buih ataupun tidak.

e) Al-Tala'a atau al-Muthallath ( ~ .JI ,.~)

Al-Tala'a atau al-Muthallath iaitu nama air anggur yang dimasak sehingga kering

dua pertiga dan tinggal satu pertiga10. Mengikut pendapat yang tepat iaitu ulama'

Hanafi, ia boleh memabukkan Menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf, sekiranya

diminum untuk berhibur dan berfoya-foya sebagaimana yang biasa dilakukan oleh

kebanyakan peminum, hukumnya adalah haram, bagaimanapun menurut Abu Yusuf

dan Muhammad serta imam-imam lain ia diharamkan sama sekali. Sebaliknya

menurut Abu Hanifah, maka diharuskan meminumnya jika ia diminum dengan

tujuan untuk menguatkan atau berubat dan ini adalahjarang berlaku.

f) Al-Badhaq atau al-Munassaf ( ~ .JI Jl4ll )

Al-Badhaq atau al-Munassaf iaitu air perahan anggur yang dimasak sehingga kering

berbaki kurang dua pertiga. Sarna ada kurang daripada satu pertiga ataupun setengah,

ia boleh memabukkan. Bukti ini yang menunjukkan bertambah melebihi satu pertiga

itu haram. Oleh itu mana-mana yang tidak kering dua pertiganya kekuatan

pemabukan masih padanya 11 •


16

g) Al-Jamhuri (<S~)

Al-Jamhuri iaitu perahan buah anggur yang telah dimasak dan dimasukkan air ke

dalamnya sehingga air itu meresap masuk ke dalamnya sehingga air perahan kembali

banyak seperti asal. Kemudian dimasakkan di atas api sekejap, dan ia boleh

memabukkan. Ia diharamkan menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf sekiranya

diminum untuk keseronokan dan berhibur. Sementara itu, ia juga diharamkan

menurut Imam Muhammad serta imam-iman lain.

2.2.2 Minuman Yang Dihalalkan

Minuman yang dihalalkan terbahagi kepada empat jenis sekiranya tujuan

meminumnya ialah untuk menguatkan, membuka selera makan ataupun berubat

(menurut pendapat yang lemah) iaitu pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf 2 .

a) Air perahan buah kurma

Air perahan daripada buah kurma dan anggur jika dimasak sebentar, dan dipanaskan

di atas api sehingga masakan yang mudah. Hukumnya adalah halal diminum

sekalipun itu telah mendidih dan menggelegak dengan syarat orang yang

meminumnya bukan bertujuan kelekaan, hiburan dan selagi ia tidak memabukkan,

kerana semua minuman yang memabukkan adalah haram.

b) Air campuran perahan anggur

Campuran perahan anggur dan tamar apabila dimasak sedikit sekalipun air perahan

yang dicampurkan itu telah mendidih dan menggelegak, ia halal diminum dengan
17

tujuan bukan untuk melekakan tetapi untuk tujuan menguatkan badan atau membuka

selera makan.

c)Madu

Madu adalah halal diminum tanpa tujuan berleka-leka dan tujuan hiburan sama ada

ia di masak ataupun tidak. Namun ia juga boleh memabukkan contohnya seperti wain

madu dinamakan al-bait 'u, manakala wain beras dan gandum dinamakan al-jia 'ah

dan wain jagung pula dinamakam al-mizra. Walau bagaimanapun bahan-bahan

minuman tersebut adalah halal diminum.

d) Al-Tala'a ( '~)

Al-Tala'a merupakan air perahan anggur yang telah dimasak sehingga tinggal satu

pertiga, walupun ia telah mendidih dan menggelegak. Ia halal diminum sebagai

pembuka selera makan, berubat atau menguatkan badan bagi mentaati Allah s. w. t.

2JPENGHARAMANMrnNUMANARAK

2J.l Peringkat Pengharaman Arak

Islam mengharamkan minum arak (khamar) secara putus (qat'i) kerana ia dianggap

punca kejahatan. Selain khamar itu merosakkan akal fikiran, ia juga merosakkan

kesihatan, menghabiskan wang ringgit malahan boleh menyebabkan pertumpahan

darah. Pada zaman sebelum permulaan Islam, khamar menjadi kegemaran

kebanyakan orang Arab, sesuai dengan matlamat iman, syariat Islam mengharamkan

khamar itu tidak dengan sekaligus bahkan dengan secara berperingkat-peringkat 13 •


18

Pertama Allah menurunkan ayat menerangkan bahawa khamar yang diambil

daripada buah kunna dan anggur adalah bukan daripada rezeki yang baik

sebagaimana finnan-Nya:

Terjemahannya:

Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan


daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang
hala/;

Surah al-Nahl (16 ): 67

Peringkat yang kedua Allah s.w.t. menurunkan ayat yang menjelaskan bahawa

keburukan yang ada pada khamar lebih banyak daripada kebaikannya sebagaimana

finnan-Nya:

Terjemahannya:

" Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan


judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya . "

Surah al-Baqarah (2) : 219


19

Kernudian turun ayat seterusnya yang rnelarang orang yang rnabuk rnenunaikan solat

sebagairnana firrnan-Nya:

Terjernahannya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri


sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk,
hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.

Surah an-Nisa' (4): 43

Akhir sekali turunlah ayat al-Quran yang rnernberi kata putus dan penghararnan

kharnar secara tegas sebagairnana firrnan-Nya di dalarn surah al-Maidah ayat 90

hainnga 91:

Terjernahannya:

Wahai orang-orang yang berirnan! Bahawa sesungguhnya arak. dan


judi, dan pemujaan berhala, dan rnengundi misib dengan batang-
batang anak panah, adalah (sernuanya) kotor (keji) dari perbuatan
Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu rnenjauhinya supaya karnu
20

berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bennaksud mahu


menimbulkan pennusuhan dan kebencian di antara kamu dengan
sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada
mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu,
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang
keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

AI- Maidah (5): 90-91

Begitulah Islam melarang manusia daripada meminum khamar kerana bertujuan

untuk membentuk personaliti yang baik sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi

mental, ini disebabkan khamar boleh merosakkan akal fikiran dan rnenjadi punca

tercetusnya kejahatan sama ada terhadap dirinya sendiri atau kepada orang lain. 14

Ayat yang terdapat dalarn surah al-Maidah ini merupakan ayat yang terakhir yang

diturunk:an mengenai arak. Diturunkan di sekitar tahun ke-9 atau akhir zaman

Kerajaan Madinah.

2.3.2 Hukum-Hukum berhubung dengan Khamar

15
Hukum-hukum yang berhubung dengan khamar adalah seperti berikut:-

1. Diharamkan meminumnya sedikit ataupun banyak, kecuali ketika terpaksa, kerana

mengandungi bahan-bahan yang diharamkan. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w.

bersabda:

Maksudnya:

khamar itu sendiri diharamkan, sama ada sedikit mahupun banyak


serta semua minuman yang memabukkan.

Hadith Riwayat Nasa'i


21

Bagaimanapun, ia diharuskan meminumnya ketika terlalu dahaga atau atas paksaan

sekadar untuk menolak bencana. Ia tidak boleh dimanfaatkan untuk perubatan dan

lain-lain, kerana Allah s. w. t. tidak menjadikan ubat pada kita sesuatu yang

diharamkan. Sabda Nabi Muhammad s.a. w.:

<: '
17
·r--~
!,..._ i r- "r ~ ~ r Jl\ 01~
\.-j ~ (' \..,i.;:, 1-L 1

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah s. w.t. tidak menjadikan sesuatu yang


diharamkan ke atas kamu sebagai ubat.

Hadith Riwayat Bukhari

Hadith ini menunjukkan pengharaman berubat dengan menggunakan bahan yang

telah diharamkan oleh Allah s.w.t. dan ianya tidak akan menjadikannya ubat

penyembuh. Dari itu, apabila khamar diharamkan, maka pengubatan dengannya

adalah haram.

2. Orang yang menghalalkannya dihukum kafir, kerana pengharamannya adalah sabit

dengan dalil yang pasti (qat'i), iaitu nas al-Quran al"Karim dalam ayat yang telah pun

dipaparkan di atas.

3. Islam mengharamkan mengambil manfaat daripada arak melalui sebarang cara

pemilikan sama ada jual beli, pemberian dan lain-lainnya. Ini kerana ianya dianggap

sebagai mengambil manfaat daripada khamar, sedangkan, mengambil manfaat

daripada arak adalah haram ke atas orang Islam. Seperti mana sabda nabi

Muhammad s.a. w.:


22

Maksudnya:

Allah s. w.t. melaknat khamar, peminumnya, penyajinya,


penjualnya, pemiliknya, pemerahnya, tempat perahannya,
pembawanya, orang yang dihawa kepadanya dan orang yang
mengambil harganya.

Hadith Riwayat Abu Daud

4. Ia tidak diberikan ganti rugi atas kerosakannya jika ia kepunyaan orang Islam,

kerana ia tidak ada nilai pada hak orang Islam, walaupun ia dianggap menjadi harta

pada hak mereka.

5. Khamar adalah najis yang berat (mughallazah), mengikut pendapat ulama' Hanafi,

apabila khamar terkena pada pakaian maka ianya menjadi lebih besar daripada kadar

dirham, maka tidak harus pakaian itu dipakai untuk sembahyang, kerana Allah s.w.t.

telah menamakannya sebagai sesuatu yang keji (rijsun). Seperti yang telah tersebut

dalam Firman Allah s. w. t.:

Tetjemahanya:

"adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka jauhilah


perbuatan itu ".

Al- Maidah (5): 90


23

Jelasnya, kalimah (rijsun), pada pandangan syara' membawa maksud 'najis maknawi'.

Perintah menjauhinya menunjukkan bahawa ia mesti dihindari. Sesungguhnya

jumhur ulama' telah menghukumkan khamar (arak) dan semua minuman sejenis

dengannya mestilah dijauhi dan dicegah daripada menghampirinya.

Dalil yang membuktikan ianya najis sebagaimana yang disebutkan dalam hadith

Abu Tha'labah al-Khashani katanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada

di negeri ahli Kitab, adakah boleh kami makan dalam bekas-bekas (periuk, belanga,

cawan dan gelas) mereka?" Lalu Nabi Muhammad s.a. w. bersabda:

Maksudnya:

Jika kau dapati bekas lain, maka janganlah kamu makandalamnya,


dan jika kamu dapati tidak ada bekas lain, maka basuhlah bekas
mereka dan bolehlah kamu makan dalamnya.

Hadith Riwayat Abu Daud

6. Peminum arak dikenakan hukuman had sama ada dia minum sedikit ataupun

banyak, kerana Nabi Muhammad s.a. w. bersabda:

Maksudnya:

Apa-apa bahan yang memabukkan apabila dimakan atau diminum


dengan banyak, maka sedikit pun adalah haram.

Hadith Riwayat Nasa'i


24

Para sahabat juga telah bersepakat (ijma'), mengenai hukum khamar . Minum

khamar yang bercampur air: sekiranya khamar itu lebih banyak daripada air, maka

peminumnya dikenakan had. Sebaliknya, jika air lebih banyak daripada khamar

sehingga dapat menghilangkan rasa dan baunya, maka peminum tidak dikenakan

had, namun ia adalah haram meminum air yang bercampur dengan khamar kerana air

itu sebenamya mengandungi beberapa bahagian khamar.

7. Khamar yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka adalah halal dimakan

tanpa khilaf berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a. w.:

Maksudnya:

Sebaik-baik penyedap makanan adalah cuka

Hadith Riwayat Ibnu Majah

menurut Abu Hanifah khamar yang menjadi cuka dapat diketahui apabila terdapat

perubahan rasa daripada pahit kepada masam, sekiranya tidak ada kepahitan sama

sekali. Seandainya masih terdapat rasa pahit padanya, maka ia tidak halal diminum

kerana khamar belum lagi bertukar menjadi cuka menurut Abu Hanifah, kecuali

selepas benar-benar sempuma makna menjadi cuka, sebagaimana manisan tidak

menjadi arak kecuali setelah sempuma menjadi arak.

2.4 HUKUMAN KEPADA PEMINUM ARAK

Para ulama fiqh sepakat menyatakan bahawa jenis hukuman yang ditetapkan ke atas

peminum minuman arak adalah sebat, mereka berbeza pendapat tentang jumlah
25

sebatan yang dikenakan terhadap penjenayah. Jumhur ulama' mengatakan bahawa

para peminum minuman arak dikenakan hukuman sebat sebanyak Iapan puluh kali.
22
Pendapat mereka ini didasarkan daripada riwayat Ali Ibn Talib yang menyatakan:

Maksudnya:

Dari Amir al-Mukminim Ali r.a. terhadap minuman keras berkata:


bahawasanyajika ia minum (minuman keras), maka ia mabuk. Jika
ia mabuk, ia akan mengigau. Jika ia mengigau, ia akan mengada-
ada (menuduh orang buat zina dan menjitnah), hukuman bagi
orang yang menuduh seseorang berbuat zina adalah Iapan puluh
kali sebat.

Hadith Riwayat Malik

Dengan demikian, jumhur ulama' fiqh menyamakan hukuman meminum arak dengan

hukuman bagi orang yng menuduh seseorang berbuat zina (qazj).

Akan tetapi, Imam Syafi'i menyatakan bahawa hukuman bagi orang meminum arak

atau minuman memabukkan yang lain adalah empat puluh kali sebat, kerana

Rasulullah s.a.w. sendiri tidak menetapkan bilangan yang pasti dalam menyebat para

peminum minuman khamar di zamannya. Di samping itu, dalam sebuah hadith dari

Anas Ibn Malik yang meriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Tirmizi

menyebut bahawa: 24
26

Maksudnya:

Dari Anas bin Malik, sesungguhnya Nabi s.a. w. memukul


(menyebat) orang yang meminum khamar dengan pelepah kurma
dan sandal sebanyak empat puluh kali pukulan.

Hadis Riwayat Bukhari

Perbezaan pendapat para ulama' fiqh dalam menentukan jumlah sebat yang

ditetapkan kepada penjenayah peminum arak kerana tidak mempunyai kata sepakat

tentang jumlahnya, sama ada dalam al-Qur'an mahupun Sunnah Rasulullah s.a. w.

Jumhur ulama' mengambil pendapat Ali Ibn Abi Talib, kerana menurut mereka,

pendapat itu telah disepakati oleh para sahabat di zaman Umar Ibn al-Khatthab.

Sedangkan ulama' Syafi'i berpedoman kepada hadis Anas Ibn Malik dan pemyataan

Ali Ibn Abi Talib sendiri bahawa Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menetapkan

hukuman sebat itu hanya empat puluh kali.

Namun demikian, ulama' Syafi'i juga menyatakan bahawa jika hakim memandang

ada kemaslahatan yang akan dicapai dengan penerapan hukuman sebat Iapan puluh

kali sebat tersebut. Akan tetapi, penambahan menjadi Iapan puluh kali sebat itu

bukan atas nama hudud, melainkan atas dasar kebijaksanaan hakim yang termasuk

hukuman ta'zir. 26
27

2.5 IMPLIKASI ARAK TERHADAP INDIVIDU

2.5.1 Implikasi Arak Dari Aspek Kesibatan

Amalan meminum arak atau minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk

terutama dikalangan umat Islam, arak sesuatu yang memabukkan dan boleh

merosakkan kesihatan manusia, bertentangan prinsip Islam adalah menjaga

kesejahteraan akal, jasad, rohani di samping roenghalang dari beribadat. Oleh yang

demikian umat Islam wajar menjauhinya, kerana mengelakkannya adalah lebih baik

daripada mengubatinya. 27

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih arak iaitu kesan jangka

pendek dan jangka panjang. Kesan ketagihan akibat roeminum arak tidak bergantung

kepada jenis arak tetapi j umlah isipadu yang diminum pada satu-satu masa.

Kesan jangka pendek yang membabitkan pengambilan lebih kurang satu botol besar

menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan

betul atau tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Dalam masa yang

singkat ini boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh

keracunan arak, bahan lain dalam arak dan tindakbalas ketagihan arak. Tanda-tanda

hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan

pergerakan usus dan roenggeletar selama Iapan hingga 12 jam kemudian.

Kesan jangka panjang pula akan dirasai oleh peminum selepas meminumnya selama

beberapa bulan atau tahun. Kesan utama pula seperti sakit jantung, hati atau penyakit

dalam perut. Apabila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan,

kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Resiko

yang awal adalah lebih tinggi pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada
28

sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk,

kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri 28 .

2.5.1.1 Jasmani (fizikal)

Arak dan benda-benda yang memabukkan boleh merosakkan organ penting di dalam

tubuh badan manusia. Oleh itu, orang Islam perlu menjauhi dan mengelakkannya

kerana mengelakkannya lebih baik daripada mengubatinya29 . Antara kesan-kesan

yang terhadap jasmani atau ftzikal ialah:

(a) Kesan pada hati

Kesan arak yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang meminum

arak, hatinya mendapat luka. Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan

mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius

akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis

hati dan boleh membawa maut.

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksid alkohol.

Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah

akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan

sempurna dan akhimya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat

kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan

bercampur dengan darah. 30


29

(b) Kesan pada perut

Arak juga menyebabkan kesakitan pada perut (gastritis) yang akhimya boleh

membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya

akan menjadi semakin teruk.

Bahan-bahan yang memabukkan boleh mendatangkan kesan di dalam penambahan

sesuatu unsur di dalam perut. Ia boleh menambahkan bahan-bahan asid masam. Asid

yang masam ini mendatangkan kesan yang amat merbahaya kepada dinding perut.
31
Kerana ia menyebabkan perut menanah akibat dari tindak balas asid tersebut.

(c) Kesan pada saraf

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom

Wemicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada

komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, (amnesia),


32
(paranoia), (depresi), dan kecenderungan membunuh diri .

(d) Kesan pada janin

Peminum arak kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya

mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang

terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata,

dan kelemahan sendi-sendi.

Selain daripada kesan-kesan di atas, arak juga memberi kesan dengan pelbagai cara

di dalam sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran pada

tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit

peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman


30

jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan

senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan

diserang penyakit itu.

Peminum arak juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap

kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing. Peminum arakjuga mungkin

mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan

vitamin. 33

2.5.2 lmplikasi Arak Terhadap Otak (Akal)

Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana ia

mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang. 34 Pada asasnya selepas di

minum, arak akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Arak terus dibawa ke

jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari

sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf Dengan kemasukan

bahan asing ini ke dalamnya pergerakan dan kelakuan sipeminum akan dipengaruhi

secara langsung. Inilah yang membuatkan kebanyakan kaki botol bertindak di luar

batas kemanusiaan. Mereka sudah tidak lagi dapat berfikir dengan betul.

Pengambilan minuman arak secara berterusan boleh membuatkan hilang kewarasan

fikiran.

Arak akan menyebabkan kerosakan bahagian di dalam otak yang biasanya mengawal

maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran

bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. 35


31

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan,

menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak

jumlah arak yang diminum semakin kuat otak tertekan sehinggakan boleh
36
menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya membawa kematian .

2.5.3 Implikasi Arak Terhadap Rohani

Arak merupakan sesuatu yang kotor dan tidak sesuai dikaitkan dengan benda-benda

yang baik lagi halal. Sesungguhnya sesuatu yang buruk lagi keji adalah dari syaitan.

Allah s. w. t. telah menerangkan kepada hambaNya agar menjauhi arak dan benda-

benda yang memabukkan kerana ia adalah sesuatu yang keji dari perbuatan syaitan.
37
Syaitan itu pula adalah musuh manusia sejak dahulu lagi.

Kesan arak terhadap rohani adalah sama seperti kesan yang di sebabkan oleh judi,

penyembahan berhala, dan bertenung nasib. Antara kesan arak terhadap rohani ialah

seperti firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

Terjemahanya :

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud mahu menimbulkan


permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan
judi serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah
dan daripada mengerjakan sembahyang. Maka kamu berhenti dari
melakukan pekerjaan itu ".

Al- Maidah (5): 91


32

Kesimpulan dari akibat meminum arak ialab:

I. Mendapat celaan Allah

2. Mendatangkan permusuhan dan kebencian sesama manusia.

3. Lalai mengingati Allah (zikir) dan solat.

4. Syirik kepada Allah.

5. Memudharatkan flzikal dan mental

2.6 IMPLIKASI ARAK KEPADA MASYARAKAT

Arak dan bahan-bahan yang memabukkan bukan sahaja membahayakan kesihatan

dan flzikal, malah ia amat merbahaya pada mental seseorang. Orang yang meminum

arak atau bahan-bahan yang memabukkan seperti dadah akan mengalami kejutan

mental. Jiwa mereka akan sentiasa memberontak untuk meneruskan ketagihan

mereka.

Pengaruh ketagihan arak pada masyarakat juga merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada masyarakat yang mengalami permasalahan sosial. Masyarakat

yang hidup dalam keadaan yang tidak mempunyai nilai-nilai Islam akan

menyebabkan terus terjerumus dalam penagihan arak ini. Apabila manusia itu jauh

dari ajaran Islam, mereka akan hidup dalam kesesatan kerana masyarakat sudah tidak

tahu merujuk dan memahami ayat al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar dan sumber

utama kehidupan mereka. Ini jelas dalam sabda Nabi s.a. w :


33

38 .I
.~ JN' J

Maksudnya:

'Sesungguhnya Ielah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di


mana kamu tidak akan sesekali sesat selagi kamu berpegang
kepadanya iaitu kitab Allah dan al-Sunna

Hadith Riwayat Muslim

Kita tidak menafikan bahawa kadar pertumbuhan jenayah di negara ini atau di mana-

mana di dunia adalah disebabkan arak. Mereka yang sudah ketagih, akan cuba

mendapatkan bekalan secara berterusan. Setiap bekalan · pasti akan ada

pertukarannya. Wang sebagai ganti. Sekiranya wang kehabisan dan tekak begitu

memerlukannya, maka mencuri, membunuh dan sebagainya adalahjalan yang paling

tepat. Inilah bahaya-bahaya tersebut terhadap sosial.

Abu Lait As-Samarqandi meriwayatkan dengan bersanad daripada Uthman bin Affan

r.a. dalam kisah Barsisa. Di mana ianya terjadi kepada seorang ahli ibadat, oleh

kerana taat setianya dalam mengerjakan ibadat, sehingga syaitan telah mencuba

beberapa kali untuk memusnahkannya, tetapi gagal. Akhimya syaitan telah

menggunakan arak sebagai jalan penghabisan. Orang alim tersebut terpedaya. Ia

telah meminum arak dengan kerelaannya. Selepas meminumnya dia pun mabuk dan

pulang kerumahnya di dalam keadaan terhoyong-hayang. sehingga dia telah tersalah

masuk rumah. Perempuan yang berada di dalam rumah tersebut telah disetubuhinya

kerana disangkakan isterinya. Apabila dia tersedar, dia mula menyesal. Suami yang

malang telah pulang ke rumah. Berlakulah pertengkaran dan pergaduhan sehingga

wanita tersebut terbunuh. Orang alim telah melakukan tiga kesalah iaitu meminum
34

arak., berzina dan membunuh. Dia akhimya mati dalam keadan menyeksakan.

Begitulah kisah yang telah terjadi kepada ahli ibadat yang tertipu oleh syaitan

melalui arak. Dengan cerita-cerita ini jelaslah arak merupakan ibu segala kejahatan.

2.7 IMPLIKASI ARAK KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA

Apabila arak menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat terutama golongan

anak-anak muda yang menjadi pemangkin kepada ummah. Ia akan meninggalkan

satu kesan negatif terhadap generasi-generasi akan datang yang bakal mencorak dan

mentadbir negara. Di antara kesan-kesan yang dapat dilihat pada masa kini ialah

berlakunya keruntuhan akhlak dan moral serta kerapuhan iman dikalangan generasi-

generasi pada hari ini. Salah satu punca yang menyebabkan kerapuhan iman adalah

berpunca dari arak. Di mana anak-anak muda berkelakuan tidak senonoh dikhalayak

ramai. Mereka juga terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti dadah. judi,

pecah rumah dan sebagainya. Mereka juga hilang pertimbangan dan melakukan

sesuatu perkara mengikut kehendak nafsu. Keadaan mereka yang tidak segan

melakukan perkara-perkara kejahatan seperti zina, rogol dan pencabulan, apabila

perkara sebegini berlaku, tidak mustahil jenayah pembunuhan akan berlaku. Kesan

ketika memandu kenderaan dalam keadaan mabuk akan mengundang kemalangan

yang membabitkan nyawa orang lain yang tidak berdosa dan berkemungkinan besar

akan membabitkan nyawa sendiri.

Kesimpulannya, jika arak menjadi minumam biasa kepada manusia maka banyaklah

wang dihabiskan di disko-disko, bar-bar, hotel-hotel dan lain-lain lagi. Akhimya

terjebak dengan perzinaan, pergaduhan, perlacuran, pembunuhan, membuang wang


35

negara di dalam perlaburan asing bagi membeli arak, perlancongan ke luar negara

semata-mata mencari kepuasan nafsu syaitan. Lebih malang lagi apabila pemimpin-

pemimpin atau orang yang berpengaruh meminum arak. Keimanan mereka akan

tergugat. Akhimya mereka tidak segan silu untuk membenarkan orang ramai

meminum arak bersama-sama mereka.

Oleh itu, apabila pem1mpm itu sendiri mempunyai sahsiah diri yang teruk,

masyarakat tidak akan menghormati cara kepimpinannya dan sesebuah organisasi

Negara tidak dapat dilaksanakan dengan secara sistematik dan perlaksaan

menubuhkan Negara Islam tidak akan mampu dilaksanakan.

2.8 HIKMAH PENGHARAMAN MINUMAN YANG MEMABUKKAN

Allah s.w.t. telah memberikan kepada manusia nikmat yang banyak, terutamanya

nikmat akal fikiran yang membolehkan manusia membezakan kebaikan dan

keburukan. kehidupan manusia akan menjadi lebih teguh selagi mengamalkan ilmu,

iman dan amal kepada Allah. Dalam mencapai kesempurnaan itu, mereka perlu

menjaga keperibadian dan pergaulan seharian. Seperti yang kita ketahui, minuman

yang memabukkan itu, mampu menjadikan manusia hilang segala-galanya. Di

antaranya hilang kawalan diri, akal fikiran dan kehilangan banyak faedah.

Apabila hilang kawalan akal, lahirlah kelemahan jiwa dan berkuasalah syahwat dan

hawa nafsu yang liar, maka akan timbullah permusuhan, perbalahan, pergaduhan

antara orang Islam akan merebak, ikatan persaudaraan dan kasih sayang sesama

~ereka akan putus. Tambahan pula arak itu sendiri menghalang daripada mengingati
36

Allah dan menjauhkan manusia daripada pintu-pintu rahmat dan punca kurniaan dan

kasih sayang-Nya. 39 Semua inijelas disebut oleh Allah dalam firmanya:

Terjemahannya :

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud mahu menimbulkan


permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan
judi serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan
daripada mengerjakan sembahyang. Maka kamu berhenti dari
melakukan pekerjaan itu".

AI- Maidah (5): 91


37

NOTA HUJUNG.

1
Muhammad bin Abu Bakaral-Razi.1979. Mukhtlir al-Sihiih. Kitab at-Arabi, Beirut.

hlm 189.
2
Ibnu Maqdisi al-Qudaimah. 1980. Al-Mughni wa al-Syarh al-Kabii. Darul Fikr,

Beirut. Jid 1. hlm.326.


3
Mohd Said Ishak. 2000. Hudud Dalam Fiqh Islam. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia. him 10.


4
Dr. Mat Saad Abd Rahman. 1993. Undang-Undang Jenayah Islam. Selangor: Hizbi

Sdn. Bhd. him 115.

s Al-Sayid Sabiq. 1983. Fiqh al-Sunnah. Darul Fikr, Beirut. Jld 2. him 378-379.

6
Al-Imam Abdullah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari. 1987. Al-Sahih al-Bukhari.

Darul Ibn Kathir al-Yamamah, Beirut. Juz 2. him 2119

-Muslim Ibn Al-Hajjaj. 1978. Sahih Muslim. Darullhya' al-Jurath al-Islami. Beirut.

Juz 13.hlm 148

-Imam al-Nasa'i. Sunan an-Nasa'i bi Syarh Jalal al-Din al-Suyuti wa Hasyiyah Imam

al-Sindi. Darul al-Kitab Arabi, Beirut. Juz 8. him 296-297.


7
Wahbah Az-Zuhaily. 1996. FiqfAI-ls/ami Wa Adalatuh. Mesir: Darul Fikri. H1m

5490.
8
Sahih Sunan Abi Daud. Kitab Al-Syarabah : bab Fi Tahrim Al-Khamru. No: 3112.
9
Fathu Al-Qadir. 1991. Nata'ij al-Ajkar Takmilah Fath ai-Qadir. Jil. 9. Damsyiq:

Darul al-Khair. him 152.


10
Dr. Mat Saad Abd Rahman. 1993. Undang-Undang Jenayah Islam. Selangor:

Hizbi Sdn. Bhd. him 120.


11
Wahbah Az-Zuhaily. 1996. Op. cit
12
Wahbah Az-Zuhaily. 1996. Op. cit him 5491
38

13
Abdur Rahman I. Doi. Shari'ah: The Islamic Law. Kuala Lumpur: A.S. Nordeen.

Him. 262.
14
Dr. Mahfodz Muhamad. 1987. Jenayah Dalam Islam. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise. him 80.


15
Fathu Al-Qadir. 1991. Op. cit. him 142
16
Sunan Nasa'i. Kitab Al-Syarabah. Bab: 'Abahu Syaribu Al-Musykir. No: 5689.
17
Sahib Bukhari. Kitab Al-Syarabah. Bab: Syarabi Al-halwa 'i wa Al-Asli. No: 5614.
18
Sunan Abi Daud. Kitab Al-Syarabah. Bab: AI- 'Asiiru Lil Al-Khamri. No: 3671.
19
Sunan Abu Daud. Kitab AI-Syarabah. Bab: Fi Jsti 'malu 'niah Ahli kitab. No: 3835.
20
Sunan Nasa'i. Kitab Al-Syarabah. Bab: Tahrim Kullu Syarabi Aksaruhu Kasiruhu.

No: 5610.
21
Sunan Ibnu Majah. Kitab 'At 'amah. Bab: I'tidami Bil Khalli. No: 3441.
22
Mohd. Said Ishak. Op. cit. him 40.
23
Mua'tta' Malik. Kitab Al-Syarabah. Bab: Al-Haddi Bi Al-Khamri. No: 1541.
24
Mohd. Said Ishak. Op. cit. him 41.
25
Sahih Al-Bukhari. Kitab Hudud. Bab: Ma Ja 'a Fi Dharaba Syaribi Al-Khamri.

No: 6773.
26
Abdul Qadir al-Audah. 1992. Al-Tasyri' al-Jina'i ai-ls/ami Muqaranan bi al-

Qanun ai-Wad'i. Beirut Mu'assasah al-Risalah. Jil. 1&2.


27
Daud Mohs Salleh. 1995. Halal dan Haram Dari Pandangan ai-Quran dan Sains.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam. hlm 73.


28
Ibid
29
Daud Mohd Salleh. 1995. Op. Cit.
30
Ibid
31
Ibid him 84.
39

32
Ibid hlm bid. hlm 75
33
Ibid hlm 82.
34
Walid Mustafa Nas. 2001. Agama nan Indah ( Penawar Penyakit Rohani ). Kuala

Lumpur: Darul Nu'man. him 92.


35
Dr. Muhammed Ali Albar.1993. Masalah Arak dan Penyelesaian Menurut Islam.

Kelantan: Pustak:a Reka. him 16.


36
Daud Mohd Salleh. 1995. Op. Cit. hlm 73.
37
Zakaria B. Talib Al-Rembawi. 2003. Pemakanan Dan Kesannya Terhadap

Pembentukkan Peribadi Muslim. Selangor: Pustaka llmi. hlm 109.


38
Muslim. Al-Imam Abi al-Husin bin al-Hujaj bin Muslim al-Qusairi (M.261) Sahih

Muslim. Jil4. daiamMausuah al-Sunnah al-Kitab al-Sunnah wa Shuruhina. 1992

hlm 890.
39
Mahfodz Muhamad. 1987. Op. Cit. him 81.
BABTIGA

TUMPUAN KHUSUS TERHADAP PERSOALAN ARAK:

( SURAH AL-MAIDAH AYAT 90-91)

3.1 PENDAHULUAN

Di dalam bab tiga penulis mengenengahkan analisis tajuk Persoalan Arak Dalam

Islam: Tumpuan Khusus Terhadap Surah Al-Maidah Ayat 90-91. Di dalam ayat ini

kita dapati, Allah s.w.t. menggandingkan persoalan arak dengan permainan judi,

penyembahan berhala dan menilik nasib. Ini kerana perkara-perkara tersebut

mempunyai perkaitan antara satu sama lain dalam menimbulkan permusuhan antara

manusia, juga menyebabkan manusia lalai kepada tanggungjawabnya dalam

mengerjakan solat dan menginganti Allah s.w.t. Lantaran daripada ini, penulis akan

cuba meneliti bentuk-bentuk perencanaan syaitan yang di sebut di dalam ayat, yang

timbul melalui perkara-perkara tersebut. Sebagaimana Firman Allah s.w.t.:

Terjemahannya:

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu


menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan
sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada
mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.

Surah Al-Maidah (5): 91


41

3.2 PENGENALAN SURAH AL-MAIDAH

3.2.1 Sebab Di Namakan Surah Al-Maidah

Surah ini diturunkan di Madinah mengandungi 120 ayat. Dinamakan surah "al-

Maidah" (hidangan), kerana peristiwa mengenainya ada disebutkan dalam ayat (112

hingga 115), iaitu kisah permintaan ( Hawariyyuna ) pengikut Nabi Isa a.s. memohon

kepada Allah s. w. t. supaya menurunkan hidangan dari langit untuk mereka dan

menunjukkan kebenaran kenabian yang menjadikannya. 1 Dinamakan juga surah ini

dengan surah al-Uqud ( .l_,i.JI ) dan surah al-Munqizah (.,:awl ). Rasulullah s.a.w.

telah berkata: surah al-Maidah telah diseru kepada Malaikat-malaikat Allah: al-
2
Munqizah, iaitu membebaskan daripada Malaikat-malaikat azab.

3.2.2 Sejarah Penurunan Surah ai-Maidah

Surah al-Maidah surah Madaniah diturunkan selepas hijrah, walaupun diturunkannya

di Mekah selepas perjanjian Hudaibiyyah, sebagaimana tersebut di dalam kitab Sohih

Bukhari dan Muslim daripada Umar r.a.: Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman:

Terjemahannya:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu,

Surah al-Maidah (5) Ayat 3


42

Telah diturunkan pada petang hari Jumaat di Arafah, pada musim haji wida'.( Haji

yang akhir bagi Nabi s.a.w. dan selamat tinggal kepada umatnya). 3

Pada awal surah ini, Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang yang beriman supaya

menyempurnakan perjanjian, sama ada itu berhubung dengan Allah s. w. t. atau

berhubung dengan sesama manusia. Kemudian diperintahkan lagi supaya hidup

tolong menolong serta bantu membantu dalam mengerjakan perkara-perkara

kebajikan dan tidak tolong menolong untuk melakukan dosa dan pencerobohan.

Diperintahkanjuga supaya berlaku adil kepada sesiapa sahaja.

Selepas itu diterangkan pula bahawa Allah s. w. t. telah menyempurnakan ugama

Islam dan telah mencukupkan nikmatnya kepada umat Islam serta meredhakan
4
"Islam" menjadi agama Nabi Muhammad s.a.w.

Manakala telah ditegaskan kepada Ahli-ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani bahawa

Nabi Muhammad s.a. w. telah datang kepada mereka, menerangkan banyak dari

keterangan-keterangan dan hukum-hukum yang mereka telah sembunyikan dari

kitab-kitab suci mereka. Ditegaskanjuga bahawa Nabi Muhammad s.a.w. merupakan

nur (cahaya) yang menerangi dengan membawa al-Quran yang menunjukkan jalan

keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang menurut keredhaan Allah s.w.t.,

serta mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran kepada cahaya

keimanan. 5
43

Kemudian diterangkan mengenai benda-benda yang diharamkan, hukum bagi yang

murtad, hukum yang mencuri dan hukum untuk mereka yang melakukan keganasan

dan pembunuhan.

Banyakjuga ayat-ayat dalam surah ini, menerangkan hujah-hujah yang membuktikan

bahawa sebesar-besar musuh bagi umat Islam ialah kaum Yahudi dan orang-orang

kafir musyrik yang menentang Islam.

3.2.3 Munasabat Surah Dengan Sebelumnya

Terdapat kesinambungan di antara surah al-Maidah dengan surah sebelumnya (an-

Nisa'). Dimana di dalam kedua dua surah ini mengandungi hal berkaitan tempoh

peijanjian, akad, hukum-hukum dan perbincangan diantara ahli kitab, musyrikin dan

munafiqin.

Di dalam surah an-Nisa' dimulakan dengan membincangkan berkaitan akad

perkahwinan, keamanan, sumpah, ikatan, wasiat, perpisahan, perwakilan dan al-

ijarah. Manakala dimulakan dalam surah al-Maidah dengan perintah dan setia dalam

perjanjian. 6

Disebut di dalam surah an-Nisa' tentang pengharaman arak manakala di dalam surah

al-Maidah disebut dan diberi kata putus pengharaman arak kepada orang Islam,

sehingga ia menjadi penamat (penyudah) kepada apa yang telah disebutkan

sebelumnya.
44

Kesinambungan di dalam kedua-dua surah ini juga, membincangkan mengenai Ahli

Kitab, musyrikin dan Munafiqin di dalam akidah-akidah mereka juga sifat-sifat

mereka terhadap risalah Muhammadiah ( perutusan Nabi Muhammad s.a. w. ).

3.2.4 Kelebihan Surah AI-Maidah

Maksudnya:

Dikeluarkan daripada Imam Ahmad daripada Umaru bin a/-'Ash


r.a. telah berkata: telah ditirunkan kepada Rasulullah s.a. w.
surah al-Maidah iaitu ( Rasu/ullah s.a.w). menaiki atas unta.
tetapi tidak dapat unta itu membawanya. Maka Rasu/ul/ah s.a. w.
. 7
turun darmya.

3.3 ASBABUL NUZUL SURAH AL-MAIDAH AYAT: 90-91

lbnu Abbas r.a berkata, sesungguhnya sebab turun ayat yang mengharamkan khamar

(arak) berkaitan dengan peristiwa dua suku Ansar yang meminum khamar, dan

ketika mereka dalam keadaan mabuk mereka tidak sedar terjadi pergaduhan dan

perkelahian antara mereka sehingga ia sedar dari keadaan mabuk ia melihat muka,

kepala dan janggutnya kesan daripada pukulan yang berat sehigga ia berkata,

"saudaraku fulan telah membuat demikian terhadapku, demi Allah, andainya ia

sayang padaku sudah tentu tidak akan berbuat demikian". Maka mulailah timbul rasa
45

8
dendam dan sakit hati. Maka Allah menurunkan ayat 90-91 ini.

Kemudian ada orang-orang berkata, khamar dinyatakan rijs (keji) padahal ia di

dalam perut si fulan yang terbunuh dalam perang Uhud, maka Allah memberi
9
penjelasan dalam ayat 93 Surah AI-Maidah ini.

3.4 TAFSIRAN TERPERINCI SURAH AL-MAIDAH: 90-91

Islam dengan tegas dan jelas telah mengharamkan khamar (arak) dan judi bagi

seluruh kaum Muslim berdasarkan nas al-Quran dan hadis. Khamar ialah sesuatu

yang memabukkan dan menghilangkan akal, dan menyebabkan manusia terkeluar


10
dari kesedaran yang sebenar. Pengharaman khamar secara tegas dapat kita lihat

dalam surah al-Maidah ayat 90-91:

Terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,


dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah. adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. 0/eh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu
dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan
sembahyang. 0/eh itu, mahukah kamu berhenti (daripada
46

melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu


masih berdegil)?

Surah Al-Maidah (5) :90-91

Ia dimulakan dengan seruan biasa di dalam bahagian ini:

Terjemahannya :

Wahai orang-orang yang beriman!

Sebagai cara bagi merangsangkan hati para mukminin dari satu peringatan yang lain
untuk mengingatkan mereka terhadap kehendak-kehendak keimanan, iaitu
menunjukkan kepatuhan dan ketaatan. 11 Kemudian seruan itu disusuli dengan
penjelasan yang tegas dalam bentuk ungkapan penguat kata yang memberi
penekanan yang sempurna iaitu "Bahawasanya":

Terjemahannya:

Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan


mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, ada/ah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.

Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan mengundi nasib semuanya

adalah rijs (kotor, najis) tidak termasuk di dalam istilah " benda-benda yang baik"

yang telah dihalalkan Allah s.w.t.


47

Antara huraian ayat berkaitan arak, judi, penyembahan berhala dan mengundi nasib

seperti berikut:

3.4.1 Arak

Perkataan khamar masdar daripada mukhamaratun ( •JA~) atau khamar yang

bererti penutup, yang bermaksud bahawa khamar boleh menutupi akal fikiran

daripada mengetahui keadaan yang sebenar. 12

Ulama' fiqh berselisih pendapat mengenai pengertian khamar yang membolehkan


peminumnya dikenakan hukuman had. Jumhur Ulama' mengatakan bahawa
setiap benda yang memabukkan adalah khamar sama ada yang memabukkan itu
sedikit ataupun banyak, 13 berdasarkan sabda Rasulullah s.a. w.:

Maksudnya:

Tiap-tiap benda yang memabukkan adalah khamar dan tiap-tiap


khamar adalah diharamkan.

3.4.2 Judi

Judi atau al-Maisir diambil daripada perkataan yasar (.;~ ) yang bererti wajib

sesuatu bagi pemiliknya. Sedangkan kata yasir ( ~ ) bererti orang yang

bermain dadu. Adapun yang dimaksudkan dengan dadu ialah potongan kayu

yang pada waktu itu digunakan oleh mereka untuk bermain judi. Manakala kata
48

maisir (~ ) juga bererti domba jantan yang digunakan oleh mereka untuk

bertaruh atau beijudi. 15

Kata maisir juga di ambil daripada kata ( ~ ) yang bererti mudah, kerana pada

judi seseorang memporoleh sesuatu tanpa usaha dan susah payah. Maisir adalah

sejenis permainan judi bangsa Arab pada masa jahiliyyah dengan menggunakan

panah, di mana mereka bermain judi dengan lawannya dengan menjadikan

keluarga dan hartanya sebagai pertaruhan. Siapa saja dari mereka yang dapat

mengalahkan yang lainnya, maka dia berhak mengambil keluarga dan harta orang

yang kalah. Pendek kata, segala sesuatu yang yang terdapat taruhan di dalamnya

termasuk maisir. 16

Maisir terbahagi kepada dua jenis iaitu maisir permainan dan maisir perjudian.

Yang dimaksudkan dengan maisir permainan (lawh) adalah seperti catur, dadu,

dan segala bentuk permainan lainnya, manakala yang termasuk maisir peijudian
17
ialah pennainan yang menggunakan sesuatu pertaruhan.

Islam telah melarang judi dengan segala jenis bentuknya, kerana, judi

mewariskan rasa permusuhan, disebabkan pada judi seseorang akan memakan

harta orang lain bukan dengan jalan yang hak. Judi juga dapat merosak akhlak

dan membiasakan seseorang dengan kemalasan, iaitu dengan cara menunggu

datangnya rezeki dari sebab-sebab yang diangan-angankan. Selain itu, judi juga

melemahkan kekuatan akal seseorang, kerana menyebabkan seseorang

meninggalkan pekeijaan-pekeijaan yang bermanfaat, yang merupakan cara untuk


49

mendapatkan penghidupan yang wajar. 18 Secara jelas juga pengharaman judi

dapat dilihat melalui firman Allah s. w. t :

Terjemahannya:

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak


dan judi. Katakanlah: ''Pada keduanya ada dosa besar dan ada
pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar daripada manfaatnya . "

3.4.3 Penyembahan Berhala

Berhala atau al-Anshab jama' kepada nushub ( ~) iaitu batu-batu (patung-

patung) yang disembah selain daripada Allah s.w.t. Orang-orang Jahiliyyah

menyembelih korban-korban mereka untuk dipersembahkan darah-darahnya

dihadapan berhala-berhala yang terletak disekeliling ka'abah. 19

Manakala yang dimaksudkan dengan batu-batu ialah patung-patung yang dibuat

oleh tangan-tangan mereka sendiri, dan disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang

dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan

kemalangan. Berhala-berhala yang dipertuhankan dan yang menurut kepercayaan

mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia. Dan

diberikan nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan kebodohan

mereka. Kadang-kadang mereka menamakan berhala-berhala mereka "Wadd"


50

dan "Suwa", kadangkala "Yaguts" dan hila sudah bosan digantinya dengan nama
20
"Ya'uq" dan "Nusr".

Di antara sebab-sebab penyembahan berhala iaitu berlebih-lebihan (ghuluw)

terhadap makhluk, meletakkannya lebih daripada kedudukannya, bahkan hingga

menjadikannya sebagai tuhan dan menyerupakannya dengan kedudukan Allah

s.w.t. demikianlah yang terjadi kepada umat terdahulu kemudian Allah

membatalkannya dan mengutus para Rasul-Nya serta menurunkan kitab-kitab-

Nya untuk mengingkari dan menolak kepercayaan mereka. 21

3.4.4 Mengundi Nasib

Mengundi nasib atau al-Azlam jama' daripada perkataan zulam iaitu kayu-kayu

untuk alat menilik nasib. 22 Orang-orang Arab pada zaman Jahiliyyah

menggunakan kayu-kayu sebagai alat untuk menentukan nasib mereka. Manakala

maksud menggunakan kayu-kayu di sini ialah kayu-kayu yang berbentuk anak

panah yang mereka jadikan tiga arah sebagai ramalan dan petunjuk untuk

menentukan nasib mereka. Biasanya tukang-tukang tilik yang ada menyimpannya

untuk kegunaan orang-orang yang berhajat mengundi nasib atau melihat nasib

dengan bayaran tertentu. 23

Biasanya tiga arah ini mempunyai makna tersendiri bagi mereka iaitu jika undian

mereka berhenti pada arah pertama tertulis perkataan '\.r..; ~yl " (Tuhan

menyuruh aku) bermaksud ia adalah urusan Allah s. w. t. yang mana Allah s. w. t

menyuruh mereka melakukan, j ika terhenti pada arah kedua tertulis perkataan "

._r..; ~lf..i " (Tuhan melarang aku) ia bermaksud juga urusan Allah s.w.t. yang
51

menghalang melakukannya dan sebaliknya jika terkena pada arah ketiga ia tiada

maksud bagi mereka kerana mereka menganggap Allah s.w.t lupa untuk

menentukan nasib mereka, jika terkena pada bahagian ini mereka akan

melakukan undian lain untuk menentukan nasib mereka.

Praktik undian dikatakan juga salah satu bentuk atau cabang dari praktik

peijudian. Allah s.w.t telah mengharamkan amalan yang demikian kerana pada

perbuatan itu terdapat unsur-unsur memakan harta orang lain dengan cara yang

bathil, unsur penipuan, dan kebodohan. Di samping itu perbuatan tersebut

mendorong seseorang untuk menggantungkan harapannya kepada harapan-

harapan dusta. Berapa banyak manusia yang menjadi rosak kehidupannya dan

menyimpang perilakunya kerana tertipu oleh undian dan menggantungkan

harapan kepadanya. 24

Kesimpulannya: keempat-empat jenis, iaitu arak, judi, berhala dan mengundi

nasib dengan anak panah itu adalah sesuatu yang kotor ( ~.J ), serta amat buruk

akibatnya.

Manakala yang dimaksudkan dengan kata rijs ialah sesuatu yang haram, pekerjaan

yang buruk, kotor, kufur dan terlaknat. Al-Quran telah menjelaskan berhala-berhala

sebagai rijs iaitu dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah al-haj ayat 30:
52

Terjemahannya:

jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan


berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -

Surah al-haj ayat (22) : 30

Di dalam surah al-Taubah ayat 125, al-Quran menggambarkan orang-orang munafik

sebagai orang yang kafir (rijs)

Terjemahannya:

Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati


mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran
(kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan
mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.

Surah al-Taubah ayat (9) : 125

Penegasan terhadap haramnya arak dalam ayat di atas, ini adalah kerana ia

digandingkan bersama berhala dan menilik nasib. Allah s.w.t. berfirman mengenai

menilik nasib: "itu semua fasik". 25

Kemudian dijelaskan mengenai perkara ini bahawa itu semuanya adalah perbuatan

syaitan dan syaitan adalah musuh bagi manusia. Dengan semata-mata mengetahui

bahawa sesuatu itu adalah dari perbuatan syaitan, cukuplah kepada hati seseorang

mukmin untuk merasa jijik dan benci terhadapnya dan untuk menjadikannya takut

serta menjauhkan diri darinya.


53

- I
u·~.,. ''
~
I~~~-
.
o~L.J
~
,. ,. -
~ I!
Ji-:,.--.
~-

Terjemahannya:

0/eh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Kata fajtanibuh ( o~U ) adalah perintah untuk menjauhi sesuatu,. perintah

menjauhi sesuatu mengandung makna untuk tidak mengenakan dan memakainya.

Dengan demikian, kata fajtanibuh adalah sesuatu penekanan kepada haramnya arak,

menyembah berhala, judi dan menilik nasib. Dalam masa yang sama juga ayat ini

memerintahkan berserta dengan galakan supaya mencapai keberuntungan. 26

Kemudian ayat yang berikut mendedahkan perencanaan syaitan di sebalik perbuatan-

perbuatan yang kotor itu:

Terjemahannya:

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu


menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan
sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada
mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.

Dengan penjelasan ini, terdedah sudahlah matlamat syaitan kepada hati seseorang

muslim dan terbukalah tujuan tipu dayanya dan akibat kekotorannya, iaitu matlamat

menimbulkan permusuhan dan perasaan benci membenci di antara muslimin melalui


54

penagihan arak dan permainan judi, juga rnengha1ang "orang-orang yang berirnan"

dari rnengingati Allah s.w.t. dan rnengeijakan solat. AJangkah liciknya tipudaya
.
syattan ..I

Matlamat-matlarnat yang dirancang oleh syaitan itu merupakan perkara-perkara yang

benar-benar berlaku dan dapat dilihat oleh kaum muslirnin di alam kenyataan setelah

disahkannya dari penje1asan Ilahi itu sendiri. Oleh itu tidak perlu bagi seseorang

meragui kewujudan syaitan yang sentiasa rnenirnbulkan permusuhan dan perasaan

benci rnembenci di antara satu sama Jain rnelalui arak dan judi. Arak dengan akibat-

akibatnya yang rnenghilangkan kesiuman, rnernbangkitkan keinginan-keinginan

nafsu dan dorongan-dorongan yang rnendadak, begitujugajudi yang rnenjadi ternan

setia arak dengan akibatnya yang rnenirnbulkan perasaan kekecewaan dan dendam

kesumat terhadap lawannya yang menang dalam pertaruhan. Sedangkan dia kalah

dan tidak dapat berbuat apa-apa, tentulah akibat-akibat yang seperti ini rnenirnbulkan

permusuhan. Walaupun arak dan judi itu di anggap dapat mengumpulkan ternan-

ternan dalam majlis-rnajlis yang riang, gernbira, riuh rendah dan pergaulan bebas

bagi orang-orang yang berpandangan dangkal bahawa arak dan judi itu

mendatangkan kemesraan dan kebahagiaan. 27

Di akhir ayat ini, AJlah s. w. t. menurunkan ayat berbentuk pertanyaan, ini adalah

bersesuaian dengan pengharaman arak yang diharamkan secara berperingkat itu

sehingga diputuskan pengharamannya. Firman AJlah s. w.t:


55

Terjemahannya:

0/eh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-


perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Meskipun susunan kata daripada akhir ayat ini berbentuk pertanyaan, "adakah kamu

akan berhenti?" tetapi yang sebenarnya mengandungi makna sindiran yang dapat

juga diertikan sebagai perintah yang tegas daripada Allah s.w.t. supaya

menghentikan minum arak dan bermain judi, yang mana keburukannya itu dianggap

sedarjat dengan orang yang menyembah berhala dan meramal nasib yang semuanya

itu adalah diharamkan untuk selama-lamanya. 28

3.5 PERSAMAAN ARAK, JUDI, PENYEMBAHAN BERHALA DAN


MENILIK NASffi

3.5.1 Arak Dengan Judi

Islam dengan tegas dan jelas mengharamkan khamar dan judi bagi seluruh kaum

Muslim berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a. w. khamar ialah segala

sesuatu yang memabukkan yang menghilangkan akal, dan menyebabkan manusia

keluar daripada kesedarannya yang benar. Adapun judi adalah segala apa bentuk

pertaruhan judi yang ada.

Pengharaman khamar dan judi secara tegas dapat kita lihat di dalam surah al-Maidah

ayat: 90 Firman Allah s.w.t. :


56

Terjemahanya:

"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya meminun


arak,berjudi, (berkorban untuk) berhala dan tenung nasib adalah
perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan
itu agar kamu mendapat kejayaan ".

AI- Maidah (5): 90

Apa yang dimaksudkan dengan kata rijs ialah sesuatu yang haram, pekerjaan yang

buruk:, kekotoran, kekufuran, dan membawa laknat Allah s. w. t. Manakala kata

fajtanibuh adalah perintah untuk menjauhi sesuatu. Menjauhi sesuatu membawa

makna supaya tidak mendekati dan melakukannya. Dengan demikian, kata fajtanibuh

adalah suatu penekanan tentang pengharaman khamar danjudi. 29

Sebagai pengantar untuk mengharamkan khamar secara tegas al-Quran

mengemukakan bahawa ia mempunyai bahaya yang banyak sekali, di samping

manfaatnya yang hanya sedikit sahaja. Sebagaimana yang diriwayatkan semasa

Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, masyarakat di Madinah masih

mengamalkan minuman khamar dan memakan harta hasil perjudian. Kemudian

mereka bertanya mengenai keduanya Maka Allah s. w. t menurunkan firmannya di

dalam surah al-Baqarah ayat 219:


57

Terjemahannya:

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak


dan judi. Katakanlah: ''Pada keduanya ada dosa besar dan ada
pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya /ebih
besar daripada manfaatnya . "

Surah al-Baqarah ayat (2): 219

Sesungguhnya Islam telah mengharamkan khamar kerana ia menghancurkan harta

dan kesihatan. Ia juga menghilangkan akal, menyebabkan terjadinya pelbagai

penyakit di hati dan sebagainya.

Demikian juga dengan permainan judi yang mempertaruhkan sesuatu. Judi

membuatkan harta melayang, membiasakan manusia dengan kemalasan, dan

mengharapkan kekayaan tanpa usaha dan kerja keras. Bahaya yang timbul oleh judi

tidak lebih dari bahaya yang ditimbulkan oleh khamar. Kedua-duanya serupa dalam

mendatangkan kejahatan dan bahaya. Bahkan negara-negara yang membolehkan

perdagangan khamar, melarang hampir semua jenis perjudian, dan menghukum

orang-orang yang melakukannya, kerana orang-orang yang bermain judi akan

mempertaruhkan seluruh harta miliknya semata-mata untuk mendapatkan

keuntungan berupa angan-angan. Mereka sama sekali sudah kehilangan

pertimbangan mengenai kerugian besar yang akan dia deritai. Harapan uintuk

mendapatkan keuntungan telah merosakkan fikirannya dan melemahkan akalnya.

Oleh kerana itu, banyak kita saksikan, setiap perjalanan hidup mereka diakhiri
58

dengan perbuatan yang dimurkai Allah s. w. t. atau mereka lebih rela hidup dengan

penuh kehinaan.

Daripada penjelasan di atas, jelaslah bahawa khamar dan judi adalah dua perkara

yang diharamkan oleh Islam secara tegas, dan tidak ada keraguan sedikit pun di

dalam hal ini. Orang-orang yang beranggapan bahawa Islam tidak pernah

mengharamk:an kedua-duanya secara tegas adalah tergolong daripada mereka yang

berkata dusta. Maha suci Zat Allah yang sekiranya berkehendak maka Dia akan

menunjukkan semua man usia kepada jalan kebenaran. 30

3.5.2 Arak Deogao Penyembahao Berhala

Khamar itu sama juga dengan penyembahan berhala, sebab Allah s. w.t. menyebut

dengan tegas kedudukannya di dalam al-Quran surah al-Maidah : 90

Tetjemahanya:

"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya meminun arak,berjudi,


(berkorban untuk) berha/a dan tenung nasib ada/ah perbuatan keji
daripada ama/an syaitan, maka jauhi/ah perbuatan itu agar kamu
mendapat kejayaan ".

Al- Maidah (5): 90


59

Rasulullah s.a. w. juga bersabda seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah r.a.

katanya:

Maksudnya:

Penagih arak adalah seperti penyembah berhala.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Pemyataan Rasulullah s.a. w. bahawa penagih arak adalah seperti penyembah berhala

memberi erti yang amat besar, di mana Rasulullah s.a. w. menyamakan penagih arak

dengan penyembah berhala. Penyembahan berhala adalah perbuatan syirik, yang

Allah s. w. t. tidak akan mengampunkan dosanya. Syirik adalah musuh bagi iman,

yang akan mencacatkan iman malah merosakakkannya sama sekali. Oleh itu

perbuatan meminum arak akan membawa kepada syirik dalam pengertian bahawa

amalan-amalan yang dilakukan oleh peminum-peminum arak akan membawa kepada

syirik dan tidak diterima amalan-amalannya oleh Allah s.w.t. 32

Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a. w. bersabda Iagi dalam suatu hadisnya yang

terang danjelas maksudnya:


60

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya Rasulullah


s.a. w telah bersabda: Sesiapa yang meminum arak, maka Allah
tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari. Jika
sekiranya ia berhenti dan bertaubat selepasnya maka Allah akn
terima taubatnya. Jika sekiranya ia kembali semula meminum arak
(setelah taubat yang pertama) maka Allah tidak akan terima
sembahyangnya selama 40 hari pula. Jika ia bertaubat pula selepas
itu maka Allah menerima taubatnya. Jika selepas itu pun ia kembali
pula meminum arak, maka Allah tidak menerima sembahyangnya
selama 40 hari pula. Jika ia bertaubat kali yang ketiga ini Allah
masih menerima taubatnya. Adapun jika ia kembali meminum
semula arak itu buat kali yang keempat setelah taubatnya yang
sebelum dari itu, maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya
selama 40 hari pula dan jika ia bertaubat pun di kali ini maka
taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Dan ia akan diberi
balasan dengan diberi minum air sungai khabal. Ditanya
Rasulullah s.a. w. apakah dia air sungai khabal itu? Rasulullah
s.a. w. menjawab: Sungai khabak ialah sungai danur (kekotoran)
dari ahli neraka.

Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad

Hadis di atas mengandungi pengertian yang sama dengan hadis yang sebelumnya, di

mana kedua hadis ini membawa erti bahawa peminum arak akan terjejas imannya.

Sehingga membawa kepada penolakan segala amal ibadatnya dan Allah s. w. t. tidak

akan menerima taubat mereka, bagi orang yang mensyirikkan Allah yang juga tidak

diterima Allah s. w. t. akan taubatnya.


61

3.5.3 Arak Dengan Menilik Nasib

Allah s. w. t melarang orang-orang Islam meminum arak, kerana arak itu dapat

menghilangkan akal orang yang meminumnya. Sekalipun arak itu dikatakan

mengandungi faedah, tetapi hanyalah sedikit sahaja faedahnya. Di mana si peminum

berasa seronok untuk sementara waktu, dan menguntungkan orang-orang yang

menjualnya, tetapi bencananya terlebih besar, kerana banyak orang yang akan rosak

binasa akal fikirannya dan menjadi rendah budi pekertinya disebabkan meminumnya.

Begitu pula Allah s. w. t. mengharamkan menilik nasib dengan anak panah

sebagaimana fiman-Nya:

Terjemahannya:

Dan juga kamu dilarang mengundi nasib dengan anak panah

Al-Maidah (5) : 3

Di mana telah telah menjadi kebiasaan kepada orang-orang Arab Jahiliyyah apabila

ingin memulakan sesuatu urusan penting seperti pergi belayar, berniaga, berperang,

berkahwin dan seumpamanya, terlebih dahulu mereka perlu melihat bagaimana

nasibnya, adakah baik atau buruk, adakah boleh diteruskan atau mesti dibatalkan

Caranya ialah dengan menilik nasib, iaitu menggunakan sejenis alat yang dinamakan

"Azlam". Pada kebiasaannya tukang-tukang tilik ada menyimpannya untuk kegunaan

orang-orang yang berhajat menilik nasib atau melihat nasib dengan bayaran-bayaran

yang tertentu sebagai upahnya. Perbuatan tersebut telah dilarang oleh Allah s. w. t.
62

Haram hukumnya melihat nasib atau menilik nasib dengan cara demikian ataupun

dengan cara-cara lain yang seumpama dengannya, kerana semuanya itu adalah karut

lagi khurafat.

Agama Islam melarang seseorang untuk menyerahkan nasibnya kepada selain Allah

s.w.t. Malah Nabi s.a.w. telah mengajar umatnya supaya sembahyang istikharah iaitu

sembahyang minta pertimbangan kepada Allah s.w.t. bilamana teragak-agak semasa

hendak melakukan sesuatu urusan. Jika nanti di dalam sembahyang dan berdoa itu

hatinya telah menjadi tetap, maka putuskanlah azam sama ada hendak meneruskan

atau membatalkannya. Hal itu tergantung kepada ketetapan hati yang dirasakannya

semasa mengerjakan istikharah dan berdoa tadi. 34

Dengan ini jelaslah bahawa kesulitan seseorang yang sedang kebingungan, untuk

meneruskan atau membatalkan hajat itu dapat diatasi dengan mengamalkan

sembahyang istikharah (memohon kepada Allah s.w.t. agar menunjukinya).

3.6 SEBAB-SEBAB LARANGAN ALLAH (MEMINUM ARAK)

Syariat Islam telah mengharamkan arak dan menetapkan hukuman yang berat ke atas

peminum arak kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada peminum-

peminum arak itu sendiri bahkan juga kepada masyarakatnya. Mengikut pandangan

Abu Laits As- Samarqandi35 sebab-sebab larangan Allah s.w.t kepada minuman arak

kerana ianya mengandungi sepuluh keburukkan dan bahayanya di dunia, antaranya

ialah:
63

I. Peminumnya seperti orang gila dan menjadi bahan tertawaan anak kecil, juga

tercela di kalangan orang-orang yang berakal.

2. Memboroskan harta dan juga merosakkan akal, sebagaimana disebut di dalam

hadis Umar bin al-Khattab berkatanya kepada Nabi s.a.w.: Ya Rasulullah

s.a.w., jelaskan pendapatmu mengenai khamar, sebab nyata ianya

menghabiskan harta dan merosakkan akal. ..

3. Minum khamar menyebabkan munculnya permusuhan di antara saudara dan

juga sahabat, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Tetjemahannya :

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan


permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan
judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan
daripada mengerjakan sembahyang.

4. Peminumya terhalang dari mengingati Allah s.w.t. dan sembahyang,

sebagaimana juga keterangan ayat di atas.

5. Minum khamar merupakan punca kepada zina, sebab berlakunya penceraian

kepada isteri dalam keadaan tidak sedar.

6. Ia pembuka segala kejahatan, sebab jika ia telah mabuk, mudah untuknya

membuat segala kemaksiatan.


64

7. Membawa kepada kebencian Malaikat "Hafazah" di sebabkan bauan arak

yangbusuk.

8. Disabitkan hukuman empat puluh kali sebatan. Jika tidak dilakukan sebatan

di dunia akan di azab di akhirat.

9. Tertutupnya pintu langit ( kebaikan ) empat puluh hari dan tidak akan

diterima taubatnya selama empat puluh hari.

10. Ia berspekulasi terhadap dirinya, sebab dikhuatiri akan mati dalam keadaan

tidak beriman.

Ini semua siksa di dunia sebelum siksa di akhirat yang tidak terhitung selain akan

diberi minum dengan minuman hamim dan makanan zaqqum. Oleh itu, bagi manusia

yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang

kelazatan yang besar dan abadi.

3. 7 PENGAJARAN AYAT DARIPADA SURAH AL-MAIDAH: 90-91

Daripada tafsiran surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 tm dapat kita ambil

pengajarannya, antaranya ialah:

1. Pengharaman arak berlaku pada tahun ketiga selepas hijrah, iaitu selepas

berlakunya peperangan Uhud ( yang berlaku pada bulan syawal tahun ketiga

hijrah ). Mengikut pendapat Ibnu Hajar pengharaman arak berlaku pada tahun

kelapan hijrah, manakala hukuman had dan pensabitannya daripada sunnah

Rasulullah s.a. w.: mengikut pendapat Syafi 'e empat puluh kali sebatan,

adapun jumhur ulama' adalah Iapan puluh kali sebatan, sebagaimana

diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud daripada Anas
65

r.a. berkata: sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memuk:ul orang-orang yang

meminum khamar dengan pelepah tamar atau tapak kasut sebanyak empat

puluh kali puk:ulan, dan telah diriwayatkan daripada Muslim daripada Ali r.a.

berkata: Rasulullah s.a. w. memuk:ul orang-orang yang meminum khamar

sebanyak empat puluh kali, Abu Bakar empat puluh kali, Umar Iapan puluh

kali dan semua itu adalah sunnah, dan aku suk:a kepadanya (huk:uman itu). 36

2. Allah s.w.t. melarang orang-orang mukmin meminum khamar, berjudi,

menyembelih korban untuk berhala-berhala, serta mengundi nasib dengan

menggunak:an anak panah dan selainnya, serta menegaskan bahawa

perbuatan-perbuatan tersebut adalah keji, dan termasuk: daripada perbuatan

syaitan yang harus dijauhi oleh orang-orang mukmin agar mereka beroleh

keberuntungan dunia dan akhirat.

3. Dengan pujuk: rayuan supaya manusia meminum khamar dan berjudi itu,

merupakan tujuan utama syaitan untuk: menimbulkan permusuhan dan rasa

sating benci-membenci di antara mereka, serta melalaikan mereka dari

beribadah dan mengingati Allah s.w.t. Dengan demikian itu, seharusnya

orang-orang muk:min menjauihi perbuatan tersebut.

4. Allah s.w.t. memperingatkan kepada orang muk:min agar sentiasa mematuhi

huk:um-huk:um Allah s.w.t. dan keterangan Rasulullah s.a.w. dan Dia juga

mengancam orang-orang yang menyeleweng dari huk:um yang telah

diturunkan-Nya.

5. Perbuatan buruk dan keji pada zaman sebelum kemasuk:kan Islam dapat

dihapuskan dosanya dengan keimanan, ketakwaan, beramal soleh, dan

melakuk:an kebajikan yang dilakuk:an terus menerus setelah mereka


66

mengetahui adanya larangan Agama terhadap perbuatan-perbuatan yang


37
buruk lagi keji itu.

3.8 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya masalah penyalahgunaan dan penagihan arak. sememangnya

merupakan satu masalah sejagat. Penagihan ini bukanlah satu fenomena baru, di

mana manusia telah lama terperangkap dengan amalan keji ini lantaran keangkuhan

serta kejahilan mereka terhadap ajaran para Nabi yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.

Dengan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., maka masyarakat Arab yang

sebelumnya terkenal dengan amalan meminum arak dapat menghindarkan perbuatan

itu melalui nas-nas al-Quran juga dalil-dalil bersumberkan sunnah. Sehingga kini,

hanya Islam merupakan jalan penyelesaian yang terbaik di dalam menangani

masalah penagihan arak.


67

NOTAHUJUNG

1
Wahbah az-Zuhaily. 1996. al-Tafsir al-Munir. Beirut: Darul Fikr al-Ma' sir. Juz 8.

hlm60
2
Muhammad Noor b Haji Ibrahim. Tafsir pimpinan ar-Rahman kepada pengertian

Al-Quran..Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malayusia. (JAKIM). hllm 241.


3
Ahmad Sonhadji Mohamad. 2000. 'Abra al-Athir Tafsir Al-Quran. Tafsir Al-Quran

Di Radio. Juz 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. him 935.


4
Muhammad Noor b Haji Ibrahim. Op. Cit.
5
Ibid.
6
Wahbah az-Zuhaily. 1996. Op Cit. him 61.
7
Ibid. Hlm 63
8
Abi Abdul Rahman Muqbal Ibn Hadi al-Wada'i. 1994. Al-Sahih al-Musnad Min

Asbabul Nuzul. Darul Ibnu Hazim. him 64.


9
Ibnu Kathir. 1988. Mukhtasar Tafsir Jbnu Kathir. Terj. H. Salim Bahreisy. Kuala

Lumpur: Victory Agencie. him 168.


10
Ali Al-Syurbaji. 1997. Tafsir al-Basya 'ir watanwir al-Basya 'ir. Damsyiq: Darul

Basya'ir. Juz I. him 429.

ll Sayyid Qutb. 1972. Tafsir Fi Zilalil al-Quran. Darul syuruq. Juz 2. Hlm 975.
12
Doktor Ali Abdul Halim Mahmud. 1994. Al-Tarbiah ai-Jslamiyyahji Surah ai-

Maidah. him 403.


13
Doktor Abdul Karim Zaidan. 1998. Al-Mufassal Ahkami At-Mar 'ah wa al-Baiti ai-

Muslimfi ai-Syariah al-Islamiyyah. Muassasah al-Risalah. him 194.


14
Sahib Bukhari. Kitab Al-Syarabah. Bah Al-Khamru Min a!- 'asli wa huwa al-Bit 'u.

No: 5585
15
Dr. Ahmad Al-Syarbashi. 1999. Yas'alunaka. Penerbit Lentera. hlm 443.
68

16
Ibid
17
Doktor Ali Abdul Halim Mahmud. 1994. Op. Cit.
18
Dr. Ahmad Al-Syarbashi. 1999. Op. Cit.
19
Doktor Ali Abdul Halim Mahmud. 1994. Op. Cit. him 404.
20
H. Salim Bahreisy. 1980. Sejarah Hidup Nabi-Nabi. Surabaya: P.T. Ilmu. him 26.
21
lbnu Qayyim al-Jauziyyah. 1997. Melumpuhkan Senjata Syaitan. Teij. Ali Hasan

Abdul Hamid. Darul Falah. him 409.


22
Doktor Ali Abdul Halim Mahmud.. Op. Cit.
23
Ahmad Sonhadji Mohamad. 2000. Op. Cit. him 947.
24
Dr. Ahmad Al-Syarbashi. 1999. Op. Cit. him 323.
25
Yusuf Al-Qadharwi.1995. Fatwa Masa Kini. Teij. Ustazah Rosmawati Ali. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam. Jil3 & 4. him 318.


26
Sayyid Qutb. 1972. Op. Cit. him 976.
27
Sayyid Qutb. 1972. Tafsir Fi Zila/il a/-Quran. Teij. YusoffZaky Hj. Yacob.

Kelantan: Pustaka Aman Press. Jil4. him 496.


28
Ahmad Sonhadji Mohamad. 2000. Op. Cit. Jil 7. him 1113.
29
Dr. Ahmad Al-Syarbashi. 1999. Op. Cit. him 526.
30
Ibid.
31
Ibnu Majah. Kitab Al-Syarabah. Bab Mud Min al-Khamri. No: 3500
32
Dr. Haron Din. 2003. Manusia dan Islam. Selangor: Hizbi Sdn. Bhd. him 343.
33
Ibnu Majah. Kitab Al-Syarabah. Bab Man Syaraba Al-Khamra Lam tuqbal Lahu

So/at. No: 3502


34
Ahmad Sonhadji Mohamad. 2000. Op. Cit. Jil6. him 947.
35
Abu Laits Assamarqandi. 1989. Tanhibul Ghafi/in. Terj. H. Salim Bahreisy. Kuala

Lumpur: Victory Agencie. him 190.


69

36
Wahbah az-Zuhaily. 1996. Op Cit. hlm 43.
37
H. Bustami A. Gani. 1991. Al-Quran Dan Tafsirnya. Togyakarta: Pt. Dana Bakti.

Juz 7. him 24.


BABEMPAT

PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

Era teknologi canggih ini, kadangkala, menjadikan sebahagian manusia lebih

mengutamakan akal fikiran dalam membuat keputusan tanpa merujuk kepada al-

Quran dan as-Sunnah. Mereka mengadaptasi ideologi-ideologi berkenaan dalam

segenap lapangan kehidupan mereka. Bukan setakat diganti pakai untuk diri sendiri

dan keluarga sahaja, malah hingga keperingkat negara. Islam yang syumul sudah

disempitkan oleh akal-akal yang sempit dan lemah. Islam yang menjadi

perlembagaan hidup sudah di ketepikan. Konsep Islam diapit dengan kekuasaan

toughut, inilah realiti yang berlaku sekarang.

Daripada penyelidikan ini, penulis dapat merumuskan bahawa persoalan arak perlu

dipandang serius kerana kesan yang timbul daripadanya amat besar sekali. Penulis

telah mendedahkan persoalan-persoalan arak dari sudut definasi, jenis-jenis minuman

arak yang telah diharamkan juga menjelaskan hukum-hukum pengharaman arak, di

mana ia telah diharamkan dalam beberapa peringkat mengikut kemaslahatan urnat

dan menjelaskan hukum-hukum berhubung dengan khamar serta menerangkan

hukuman-hukuman yang telah digariskan daripada al-Quran dan as-Sunnah

Secara keseluruhannya, basil daripada kajian ini juga telah mencapai hipotesis yang

betul di mana pada awalnya penulis menganggap penggunaan arak boleh membawa

kemudharatan fizikal dan mental disamping memberi impak kepada institusi


71

kekeluargaan, kemasyarakatan dan negara. Di sini jelas dapat kita lihat implikasi

arak mempengaruhi dari segi kesihatan manusia, merosakkan akal pemikiran

sehingga menghumban manusia kelembah kehinaan kerana ia juga membawa kesan

kepada aqidah kerohanian. Setiap manusia mampu untuk mengelakkan penggunaan

arak sekiranya individu sedar kemudharatan daripada pengambilannya.

Manakala aspek yang menjadi tajuk tumpuan perbincangan dalam kajian adalah

mengenai perspektif al-Quran terhadap persoalan arak berdasarkan ayat 90 hingga 91

surah al-Maidah. Perbincangan ini menghuraikan pentafsiran ayat terutama ayat yang-

menyebut sebab-sebab larangan supaya "menjauhi" sesungguhnya arak itu kotor keji

dari perbuatan syaitan. Penulis juga membuat kajian, tentang persamaan arak dengan

judi, penyembahan berhala dan menilik nasib, serta menghuraikan hikmat larangan

Allah s.w.t. ke atas perkara-perkara tersebut.

Oleh itu, jelaslah di sini jika wujud kesedaran di dalam diri setiap individu muslim,

maka akan lahirlah masyarakat Islam yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
72

4.2SARANAN

Di sini penilis ingin mengemukakan beberapa saranan atau cadangan yang difikirkan

sesuai dan relevan untuk diteliti serta dikaji bersama. Antara saranan tersebut adalah:

I. Penerapan nilai-nilai kefahaman, keyakinan terhadap segala peraturan Islam

di kalangan jenerasi muda sejak kecil dan di semua peringkat keluarga,

sekolah, masyarakat, melalui pendidikan.

2. Pemerintah dan pentadbiran negara memainkan peranan penting dalam

perlaksanaan pengharaman arak itu. Perlaksanaan ini perlu dilakukan secara

berperingkat-peringkat. Secara permulaan, arak mesti diharamkan secara

keseluruhan, lesen-lesen tidak boleh dikeluarkan dan tidak akan wujud

kategori arak berlesen atau arak yang tidak berlesen. Kilang-kilangnya

hendaklah ditutup, untuk orang bukan Islam dibolehkan untuk meminum arak

tetapi tidak secara umum. Arak mesti diharamkan dijual kepada orang Islam

dan ditempat yang terbuka seperti di kompleks-kompleks, 7-eleven dan

sebagainya. Agar dengan cara ini, orang Islam dapat mempraktikkan dan

memegang hukum Islam sebagai hukum yang tertinggi dalam kehidupan,

sama ada untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.

3. Jika dilihat dari sudut ekonomi, sebarang pelaburan atau perniagaan

bersumberkan modal yang bersangkut-paut dengan arak adalah haram kerana

ada segelintir pelaburan atau pemiagaan melaburkan di tempat-tempat

syarikat arak atau judi seperti insurans dan saham. Sebagai langkah, kita
73

boleh melaburkan disyarikat-syarikat pertani~ kilang-kilang yang halal dan

sebagainya. Supaya negara kita ini bebas daripada perkara-perkara haram

disisi Islam agar dapat membentuk generasi bertaqwa.

4. Setiap anggota Masyarakat, khususnya umat Islam hendaklah memegang dan

menuntut ilmu Islam dengan baik dan memahami halal-haram agar ia tidak

terjebak kepada perkara-perkara haram yang boleh merosakkan im~ flzikal

dan personaliti kepada orang Islam itu sendiri. Digalakkan juga, menuntut

ilmu untuk memantapkan diri tentang ilmu-ilmu Islam dan menjaga

pergaulan mengikut lunas-lunas Islam. Untuk melahirkan generasi yang

berwawasan Islam, mampu menangkis anasir-anasir yang mampu

merosakkan iman dan Islam itu sendiri.

5. Undang-undang hendaklah digubalkan di Parlimen dan diperluaskan lagi

hukuman syariah agar ia menjadi satu undang-undang yang tertinggi di

Malaysia. Mengikut hukum hudud, bagi orang yang meminum arak dirotan

sebanyak Iapan puluh kali sebatan kerana ia akan memberikan pengajaran

kepada masyarakat supaya tidak memandang rendah terhadap Islam.

6. Peranan media massa perlu dipergiatkan memberi kefahaman kepada

masyarakat tentang persoalan arak dalam Islam. Dengan cara itu, ia dapat

memberi pendedahan yang meluas dan secukupnya kepada masyarakat

disamping mampu membimbing setiap lapisan umur. Supaya dengan cara ini,

maka lahirlah generasi Islam generasi cemerlang yang terhindar dari perkara-

perkara yang dimurkai Allah s. w. t.


74

Daripada saranan yang dinyatakan di atas. jelas menunjukkan bahawa terdapat

pelbagai lagi cara untuk membina kekuatan masyarakat sendiri. Walaupun begitu.

saranan ke arah memperkukuhkan masyarakat tidak terhad kepada yang dinyatakan

di atas. Apa sahaja cara yang baik dan bersesuaian perlulah diambil teladan dan

diguna pakai untuk membina kekuatan masyarakat Melayu.

Apabila keseimbangan peribadi individu dapat dibentuk dalam masyarakat iaitu

keseimbangan dari segi rohani dan mental maka keutuhan ummah dapat dilahirkan

dan direalisasikan bahkan seterusnya ia akan menghasilkan satu masyarakat yang

progresif dan gemilang. Di samping itu juga dapat melahirkan masyarakat yang

sentiasa maju hidup dalam kemajuan zaman mengikut landasan yang di tetapakan

oleh Allah s. w. t.
BffiLIOGRAFI

AL-QURAN

Ahmad Sonhadji Mohamad. 2000. 'Abra al-Athir Taftir Al-Quran. Tafsir Al-Quran

Di Radio. Juz. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Al-Syurbaji Ali. 1997. Taftir al-Basya 'ir Watanwir al-Basya 'ir. Damsyiq: Darul

Basya'ir. Juz 1.

Az-Zuhaily. Wahbah. 1996. Al-Taftir Al-Munir. Beirut: Darul Fikr al-Ma'sir. Juz 8.

H. Bustami A Gani. 1991. Al-Quran Dan Taftimya. Togyakarta: Pt. Dana Bakti.

lbnu Kathir. 1988. Mukhtasar Taftir Jbnu Kathir. Terj. H. Salim Bahreisy. Kuala

Lumpur: Victory Agencie.

Muhammad Noor b Haji Ibrahim. Taftir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian

AI- Quran. Juz 6. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malayusia. (JAKIM)

Sayyid Qutb. 1972. Taftir Fi Zilal Al-Quran. Darul syuruq. Juz 2.

Sayyid Qutb. 1972. Taftir Fi Zilal Al-Quran. Terj. Yusoff Zaky Hj. Yacob.

Kelantan: Pustaka Aman Press.


76

HADITH

Al-Bukhari. Al-lman Al-Hafiz Ahmad. Sahih AI-Bukhari. Beirut: Darul Ma'rifah

Al-Labani. Nasaruddin. 1989. Sahih Sunan Abi Daud. Riyadh: Maktabah al-

Tarbiyyah al-Arabi.

Al-Hanafi. Al-lman Abi Hasan. 1996. Sunan lbnu Majah. Beirut: Darul Ma'rifah

Al-Muwa'tta' Imam Malik. AI-Muwa 'tta '. Beirut: Darul Ma'rifah.

An-Nawi. Al-lman Muyiddin. 1995. Sahih Muslim. Beirut: Darul Ma'rifah.

An-Nasai. Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti. Sunan AI-Nasa 'i. Beirut Darul Ma'rifah.

Syeikh. Salleh B. Abdul Aziz B. Muhammad B. Ibrahim. 1412H. Mausu'ah AI-

Hadith AI-Syarif Al-Kutubu AI-Sittak Cet. 2. Beirut: Darul Salam Wa AI-

Tauzi'.

BAHASA ARAB

Ali Abdul Halim Mahmud. Doktor. 1994. AI-Tarbiah al-Jslamiyyah Fi Surah al-

Maidah.

Abdul Karim Zaidan. Doktor. 1998. Al-Mufassal Ahkami a/-Mar 'ah wa ai-Baiti a/-

Muslim fi al-Syariah al-Jslamiyyah. Muassasah al-Risalah.


77

Al-Audah Abdul Qadir. 1992. AI-Tasyri' al-Jina'i ai-ls/ami Muqaranan Bi al-Qanun

al-Wad'i. Beirut: Mu'assasah al-Risalah. Jil. 1&2.

Al-Razi. Muhammad bin Abu Bakar.1979. Mukhtar al-Sihah. Kitab al-Arabi, Beirut.

Al-Sayid Sabiq. 1983. Fiqh al-Sunnah. Darul Fikr, Beirut.

Al-Qadir. Fathu. 1991. Nata'ij al-Ajkar Takmilah Fath al-Qadir. Jil. 9. Damsyiq :

Darul al-Khair.

Al-Qudaimah. Ibnu Maqdisi. 1980. Al-Mughni wa al-Syarh al-Kabii. Darul Fikr,

Beirut. Jil 1.

Al-Wada'i. Abi Abdul Rahman Muqbal Ibn Hadi. 1994. Al-Sahih al-Musnad Min

Asbab al-Nuzul. Darul Ibnu Hazim.

Az-Zuhaily. Wahbah. 1996. FiqfAI-ls/ami Wa Adalatuh. Mesir: Darul Fikri.

BAHASA MELAYU

Al-Jauziyyah. Ibnu Qayyim. 1997. Melumpuhkan Senjata Syaitan. Terj. Ali Hasan

Abdul Hamid. Darul Falah.

As-Samarqandi. Abu Laits 1989. Tanhibul Ghafilin. Terj. H. Salim Bahreisy. Kuala

Lumpur: Victory Agencie.


78

Al-Qadharwi. Yusuf.1995. Fatwa Masa Kini. Terj. Ustazah Rosmawati Ali. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam.

Daud Mohd Salleh. 1995. Halal dan Haram Dari Pandangan al-Quran dan Sains.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Haron Din.Dr. 2003. Manusia dan Islam. Selangor: Hizbi Sdn. Bhd.

H. Salim Bahreisy. 1980. Sejarah Hidup Nabi-Nabi. Surabaya: P. T. llmu.

Mahfodz Muhamad. Dr. 1987. Jenayah Dalam Islam. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Mohd Majid Konting. 1993. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Mat Saad Abd Rahman. Dr. 1993. Undang-Undang Jenayah Islam. Selangor: Hizbi

Sdn. Bhd.

Mohd Said Ishak. 2000. Hudud Dalam Fiqh Islam. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia.

Muhammed Ali Albar. Dr. 1993. Masalah Arak dan Penyelesaian Menurut Islam.

Kelantan: Pustaka Reka.


79

Walid Mustafa Nas. 2001. Agama nan Jndah ( Penawar Penyakit Rohani ). Kuala

Lumpur: Darul Nu'man.

Zakaria B. Talib Al-Rembawi. 2003. Pemakanan Dan Kesannya Terhadap

Pembentukkan Peribadi Muslim. Selangor: Pustaka Ilmi.

BAHASA INGGERIS

Abdur Rahman I. Doi. Shari'ah: The Islamic Law. Kuala Lumpur: AS. Nordeen.

KAMUS

Noresah bt. Baharom, Hajah. 1998. Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Teuku Iskandar. Dr. 1993. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.

EKSIKLOPEDIA

_ _ _ _ _ _ Ensiklopedia Malaysiana. 1996. Jilid Kelapan. Kuala Lumpur:

Anzagain Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai