Anda di halaman 1dari 90

MENGHORMATI PERBEZAAN AGAMA MENURUT PERSPEKTIF AL-

QURAN & AL-SUNNAH: KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN PELAJAR


FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM
ANTARABANGSA SELANGOR

NUR HUSNINA BINTI ASHAR

SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

2021
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM

JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

NUR HUSNINA BINTI ASHAR

KERTAS PROJEK INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN

DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

2021

_________________ ________________

PENYELIA TARIKH

USTAZAH SITI MURSYIDAH BINTI

MOHD ZIN

_________________ ________________

KETUA JABATAN TARIKH

DR. SURIANI BINTI SUDI @ YUSOFF


i

PENGHARGAAN

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabat baginda, dengan limpah

rahmat dan dengan keizinan-Nya pengkaji dapat menyiapkan penulisan latihan ilmiah

yang bertajuk “Menghormati Perbezaan Agama Menurut Perspektif Al-Quran dan Al-

sunnah: Kajian Terhadap Kefahaman Pelajar FPPI KUIS”.

Sekalung ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa yang

dikasihi yang telah banyak memberi sokongan dari semua sudut terutamanya dari segi

tenaga, masa dan wang ringgit selama penulisan kertas projek ini berlangsung. Jasa

mereka amatlah pengkaji hargai dan tidak terbalas.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih pengkaji ucapkan khas buat Ustazah

Siti Mursyidah Binti Mohd Zin selaku penyelia bagi kertas projek ini yang telah

banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan serta nasihat-nasihat mahupun pandangan dan

kritikan-kritikan yang membina di dalam menyiapkan penulisan kertas projek ini akan

pengkaji manfaatkan pada masa akan datang. Tanpa beliau, pengkaji tidak akan dapat

menyiapkan penulisan kertas projek ini.


ii

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di Jabatan al-Quran

dan as-Sunnah seta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak yang turut

serta menyumbangkan idea, memberi nasihat dan semangat yang membina sepanjang

menyiapkan kertas projek ini.

Segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan amatlah dihargai. Mudah-

mudahan Allah S.W.T memberkati segala sumbangan dan pertolongan yang kalian

hulurkan. Diharapkan kertas projek ini dapat memberikan manfaat kepada orang

awam amnya. Semoga kita mendapat manfaat yang sebaiknya. InshaAllah.

Sekian, wassalam.

Nur Husnina Binti Ashar

(17BI02070)

No 746, Jalan Merpati 8, Taman Wawasan,

81000, Kulai,

Johor Darul Takzim.


iii

SINOPSIS

Di dalam menyempurnakan kertas projek ini, pengkaji telah menjalankan kajin

tentang “Menghormati Perbezaan Agama Menurut Perspektif al-Quran dan al-Sunnah:

Kajian Terhadap Kefahaman Pelajar Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor”. Kajian ini berbentuk kuantitatif iaitu dengan

cara menyediakan soalan berkaitan menghormati penganut agama lain untuk

mengetahui keterlibatan dan kefahaman berkaitan permasalahan ini. Secara umumnya,

objektif penulisan ini adalah untuk menunjukkan serta memberi kefahaman kepada

masyarakat terhadap adab dan batas dalam menghormati penganut agama lain yang

dijelaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pengkaji telah membahagikan kajian ini

kepada empat bab.

Dalam bab satu, bab ini merupakan pengenalan kepada kajian yang merangkumi latar

belakang permasalahan kajian yang dijalankan. Seterusnya, pengkaji akan

menghuraikan persoalan kajian, objektif kajian yang akan digunakan oleh pengkaji

dalam kajian ini dan metode-metode yang sesuai digunakan sepanjang kajian ini

dijalankan.

Dalam bab dua, pengkaji membincangkan adab dan batas menghormati penganut

agama lain serta punca-punca berlakunya konflik antara agama. Pengkaji memulakan

pengenalan tentang menghormati dengan beberapa definisi yang berkaitan serta

meletakkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah tentang adab menghormati penganut


iv

agama lain. Bab ini turut menjelaskan beberapa garis panduan mengenai batas-batas

menghormati penganut agama lain berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah khususnya

serta pengkaji akan mendatangkan huraian daripada pandangan para ulama`.

Seterusnya dalam bab tiga, pengkaji menganalisis tahap kefahaman dan penglibatan

pelajar FPPI terhadap menghormati perbezaan agama. Pengkaji menggunakan kaedah

edaran borang soal selidik kepada pelajar FPPI yang menjadi responden kepada kajian

ini. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan dapatan kajian terhadap kesan kefahaman dan

penglibatan mahasiswa dalam menghormati penganut agama lain. Selain itu, pengkaji

juga dapat memahami hukum sebenar berkaitan dengan adab dan batas menghormati

perbezaan agama yang digariskan dalam panduan Islam.

Akhir sekali, dalam bab yang keempat ini pengkaji membuat kesimpulan secara

menyeluruh bagi perbahasan setiap bab yang terdapat dalam kajian ini. Selain itu,

pengkaji juga mendatangkan saranan dan cadangan bagi pihak tertentu yang turut

dapat membantu bagi mengurangkan berlakunya konflik antara agama agar dapat

mengekalkan keharmonian di dalam negara ini.


v

SENARAI KEPENDEKKAN

KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

FPPI Fakulti Pengajian Peradaban Islam

SAW sallallah ‘alayh wa sallam

RA radhiyallahu`anh

AS `alaihissalam

SWT subhanahu wa ta’ala

Prof Professor

DBP Dewan Bahasa Pustaka


vi

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

Jadual Kekerapan dan peratusan jantina 51

3.1: responden

Jadual Kekerapan dan peratusan peringkat umur 51

3.2: responden

Jadual Kekerapan dan peratusan peringkat 52

3.3: pengajian responden

Jadual Kekerapan dan peratusan program 53

3.4: pengajian responden

Jadual 3.5 Parameter pengukuran min 54

Jadual 3.6 Analisis kefahaman mahasiswa FPPI 55-56

terhadap menghormati perbezaan agama

menurut al-Quran dan al-Sunnah

Jadual 3.7 Tahap perlaksanaan adab mahasiswa FPPI 65-66

terhadap non-Muslim
vii

SENARAI TRANSLITERASI

HURUF HURUF RUMI HURUF JAWI HURUF RUMI


JAWI

‫ ء‬،‫ا‬ a, ‘(hamzah)
‫ط‬ T

‫ب‬ B
‫ظ‬ Z

‫ت‬ T
‫ع‬ ‘

‫ث‬ Th
‫غ‬ Gh

‫ج‬ J
‫ف‬ F

‫ح‬ H
‫ق‬ Q

‫خ‬ Kh
‫ك‬ K

‫د‬ D
‫ل‬ L

‫ذ‬ Dh
‫م‬ M

‫ر‬ R
‫ن‬ N

‫ز‬ Z
‫ه‬ H

‫س‬ S
‫و‬ W

‫ش‬ Sy
‫ي‬ Y

‫ص‬ S
‫ة‬ H

‫ض‬ D
viii

Vokal Pendek Vokal Panjang Diftong

A َ_
‫ا‬ َ_ a
‘abid
‫عابد‬ ‫و‬ َ_ aw
nawm
‫نوم‬

I ِ_
ِ_ ‫ي‬ i
iman
‫إميان‬ _ ‫ ي‬ay wayl
‫ويل‬

U ُ_
‫و‬ ُ_ u
surah
‫ُسورة‬
ix

DAFTAR ISI

PENGHARGAAN i

SINOPSIS ii

SENARAI KEPENDEKKAN v

SENARAI JADUAL iv

SENARAI TRANSLITERASI vii

DAFTAR ISI ix

BAB SATU: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan ....................................................................................................... 1

1.2 Permasalahan Kajian .......................................................................................... 2

1.3 Persoalan Kajian ................................................................................................. 4

1.4 Objektif Kajian ................................................................................................... 4

1.5 Limitasi Kajian ................................................................................................... 5

1.6 Metodologi Kajian .............................................................................................. 5

1.6.1 Kaedah Pengumpulan Data .......................................................................... 5

1.6.2 Analisis Data Kajian .................................................................................... 6

1.7 Tinjauan Literatur ............................................................................................... 7

1.8 Kesimpulan ......................................................................................................... 9

BAB DUA: ADAB-ADAB DAN LATAR BELAKANG CARA


MENGHORMATI PERBEZAAN AGAMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-
SUNNAH

2.1 Pengenalan ........................................................................................................ 10

2.2 Definisi Menghormati Agama Lain ................................................................. 10


x

2.3 Adab dan Batas Menghormati Penganut Agama Lain ..................................... 14

2.3.1 Adab Menghormati Penganut Agama Lain ................................................... 15

1. Hormat Atas Dasar Kemanusiaan ...................................................................... 15

2. Memelihara Hak Non-Muslim ........................................................................... 19

3. Larangan Menghina Agama Lain ....................................................................... 22

4. Meraih Kehidupan Pelbagai Kaum .................................................................... 26

2.3.2 Batas Menghormati Penganut Agama Lain ................................................... 28

1. Tidak Berbuat Baik Terhadap Mereka Yang Memusuhi Islam.......................... 28

2. Larangan Islam Terhadap Peniruan Budaya Mereka ......................................... 30

3. Batas Aurat Terhadap Non-Muslim ................................................................... 32

4. Batas Penerimaan Pandangan Non-Muslim ....................................................... 35

2.4 Punca-Punca Konflik Antara Perbezaan Agama .............................................. 36

1. Diskriminasi .................................................................................................... 37

2. Sikap Prejudis ................................................................................................. 38

3. Berbeza Pandangan ......................................................................................... 40

4. Salah Faham Agama ....................................................................................... 42

2.5 Kesimpulan ....................................................................................................... 43

BAB TIGA: KEFAHAMAN PELAJAR FPPI KUIS TERHADAP


MENGHORMATI PERBEZAAN AGAMA MENURUT PERSPEKTIF AL-
QURAN & AL-SUNNAH

3.1 Pendahuluan ..................................................................................................... 44

3.2 Analisis Data Demografi .................................................................................. 44

3.2.1 Jantina ............................................................................................................ 44

3.2.2 Umur .............................................................................................................. 45


xi

3.2.3 Peringkat Pengajian ....................................................................................... 45

3.2.4 Program Pengajian ........................................................................................ 46

3.3 Analisis Dapatan Kajian ................................................................................... 46

3.3.1 Tahap Kefahaman Mahasiswa FPPI Terhadap Menghormati Perbezaan


Agama Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. ........................................................... 47

3.3.2 Tahap Perlaksanaan Adab Mahasiswa FPPI Terhadap Non-Muslim............ 56

3.4 Kesimpulan ....................................................................................................... 63

BAB EMPAT: RUMUSAN DAN CADANGAN

4.1 Pendahuluan ..................................................................................................... 64

4.2 Rumusan ........................................................................................................... 64

4.3 Saranan dan Cadangan ..................................................................................... 66

4.3.1 Individu ......................................................................................................... 67

4.3.2 Masyarakat .................................................................................................... 67

4.3.3 Pihak Masjid .................................................................................................. 68

4.3.4 Pejabat Mufti ................................................................................................. 68

4.4 Kesimpulan ....................................................................................................... 69

RUJUKAN ................................................................................................................ 70

LAMPIRAN .............................................................................................................. 74
1

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Agama ialah hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang

dianggap dapat memberikan perlindungan dan dianggap sebagai hubungan yang suci

yang merupakan sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan oleh manusia (Siti

Khatijah Yasin, 2017). Secara lazimnya ia merupakan kepercayaan kepada Tuhan

seperti dalam aspek agama Islam adalah kepercayaan kepada Allah SWT yang

berpaksikan kepada rukun Islam yang pertama iaitu kalimah syahadah yang

bermaksud: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu

pesuruh Allah”. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat

berkaitan. Akan tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas yang mana merujuk

kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan adalah mengenai

aspek ketuhanan.

Terdapat pelbagai agama yang dianuti oleh pelbagai kaum khususnya di negara

Malaysia seperti Islam, Budha, Kristian, Hindu dan lain-lain. Kita sering dimomokkan

dengan kepelbagaian dan perbezaan agama boleh mencetuskan ketegangan dalam

masyarakat yang berbilang budaya. Namun, jika dikaji dengan lebih mendalam, kita

pasti mendapati nilai kebaikan sejagat terkandung dalam setiap ajaran akan

menitikberatkan hidup harmoni, kasih sayang dan perpaduan serta mencela

permusuhan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam tidak perlu terlalu ekstrem dan terlebih
2

taksub dengan agama sendiri, berlebih-lebihan menghina atau memandang rendah

agama lain sehingga kita lupa teladan yang ditunjukkan Rasulullah SAW.

1.2 Permasalahan Kajian

Menurut Farah Noersativa pada 6 Mac 2018, tiga remaja Lubnan beragama Islam

diperintah menghafal ayat-ayat Al-Quran yang memuji Mariam, ibu kepada Nabi Isa

sebagai hukuman untuk dijadikan teladan selepas didapati bersalah menghina agama

Kristian. Tuduhan itu meliputi penghinaan secara lisan atau secara fizikal yang

mencemar upacara dan objek keagamaan.

Manakala, menurut Berita Harian pada 12 September 2019 di Bangkok, Thailand telah

dikejutkan dengan hasil seni yang tular di media sosial berkenaan dengan lukisan yang

menggambarkan Buddha sebagai Ultraman. Kemudian penganut konservatif Buddha

di Thailand menuntut agar lukisan tersebut dimusnahkan kerana ia menyinggung

perasaan penganut Buddha.

Selain itu, berita Astro Awani pada 31 Oktober 2019, bekas Timbalan Menteri Dalam

Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman engatakan Polis Diraja Malaysia telah menerima

kes sebanyak 34 kes yang melibatkan isu penghinaan agama. Menurutnya lagi,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana

pihak yang memainkan isu agama dan akan diberikan tindakan yang tegas kepada

golongan yang sering melakukan provokasi tanpa mengira kaum dan agama. KDN

juga sedang membuat kajian dan cadangan penambahbaikan akta-akta sedia ada
3

supaya tindakan lebih berkesan serta menyeluruh dapat diambil polis terhadap

mereka-mereka yang membangkitkan isu sensitif.

Di samping itu, menurut berita Astro Awani pada 12 Mac 2019, Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM), telah menerima aduan sebanyak 10,000 kes penghinaan

agama sejak pelancarannya minggu lalu. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Fuziah Saleh, ia merupakan satu angka yang membimbangkan dan

pihaknya sedang meneliti kesemua aduan.

Seterusnya di Astro Awani, 2 Mei 2018, penyanyi yang bernama Aweera telah

membuat laporan berkenaan dengan sebuah akaun facebook palsu bernama “Para

Pencari” yang menggunakan gambarnya untuk menghina Islam. Akaun tersebut telah

memuat naik komen di sebuah akaun rasmi parti politik tempatan dengan potongan

ayat yang menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Antara ayat penghinaan

tersebut adalah dengan mengatakan bahawa tiada berhala yang layak disembah selain

Allah dan babi Muhammad itu balaci Allah SWT.

Menurut Berita Harian juga, 18 March 2019, Zamri Abdul Razak sebagai bekas

jurugambar syarikat produksi yang telah memuat naik status jelik menghina agama

Hindu melalui perkhidmatan aplikasi Facebook milik akaun facebooknya sendiri

secara sedar dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Antara komen jelik

tersebut ialah Zamri Abdul Razak mengatakan bahawa agama Hindu itu merupakan

agama yang bodoh.


4

Justeru, kajian ini wajar dijalankan kerana ingin mengenal pasti masalah yang menjadi

penyebab berlakunya konflik antara agama yang tidak sepatutnya berlaku. Berhubung

dengan perkara itu, pengkaji mendapati bahawa masyarakat perlu memahami

sensitiviti masyarakat beragama. Kritikan dan mempersenda budaya serta amalan

masyarakat beragama lain bukan sahaja boleh mengguris hati masyarakat tersebut

malah boleh menyebabkan bertambahnya perasaan negatif dan prejudis di antara satu

sama lain. Agama Islam itu sendiri telah mengiktiraf kewujudan kepelbagaian budaya,

bangsa dan cara hidup yang berbeza. Hal ini menunjukkan pendekatan agama Islam

yang harmoni, saling mengenali tanpa mengira bangsa dan agama sangat perlu

ditekankan demi mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.

1.3 Persoalan Kajian

1. Apakah adab-adab yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah bagi

menghormati agama antara satu sama lain?

2. Bagaimanakah cara menghormati perbezaan agama menurut al-Quran dan al-

Sunnah?

3. Apakah tahap kefahaman pelajar FPPI Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor terhadap menghormati perbezaan agama?

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti adab-adab yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah bagi

menghormati agama antara satu sama lain.

2. Mengkaji latar belakang cara menghormati perbezaan agama menurut al-

Quran dan al-Sunnah


5

3. Menganalisis kefahaman pelajar FPPI Kuis terhadap menghormati perbezaan

agama.

1.5 Limitasi Kajian

Kajian ini ingin mengkaji berkaitan Menghormati Perbezaan Agama menurut

Perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Fokus kajian kepada ayat al-Quran dan al-Sunnah

serta dalil-dalil al-Quran diperjelaskan melalui Tafsir Ibn Kathir, manakala hadis-

hadis tentang perbezaan agama hanya memfokuskan kepada hadis-hadis sahih di

dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

1.6 Metodologi Kajian

Kajian yang telah dipilih oleh pengkaji ini adalah berbentuk kuantitatif. Penyelidikan

kuantitatif ialah kajian yang melibatkan satu kumpulan responden yang ramai

(Creswell J.W. 2009). Kajian ini dijangka dapat menghasilkan pengukuran dan

penilaian terhadap pengumpulan data mengenai kefahaman mahasiswa terhadap

menghormati perbezaan agama menurut al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, pendekatan

yang digunakan ialah:

1.6.1 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan metode perpustakaan “library

research” untuk mengumpulkan data-data kajian di samping tidak mengabaikan

metode-metode kajian yang lain. Pengkaji membuat rujukan di sebuah perpustakaan


6

iaitu Perpustakaan Imam as-Syafie KUIS sebagai rujukan utama dalam memantapkan

kajian dengan pencarian bahan-bahan rujukan.

Dalam menyelesaikan kajian ini, pengkaji menggunakan kitab-kitab seperti di bawah:

1. Kitab Tafsir Ibn Kathir pdf, Abu al-Fida `Imad Ad-Din Ismail ibn `Umar ibn

Kathir al-Qurashi Al-Damishqi yang dikenali sebagai Ibn Kathir, 2000 Masihi.

Kitab ini didapati daripada laman web yang dipercayai iaitu Waqfeya.com.

Pengkaji akan menggunakan kitab ini untuk mengetahui intipati sesebuah ayat

al-Quran daripada ulama-ulama tafsir yang berkaitan dengan menghormati hak

agama lain.

2. Kitab hadis Sahih Bukhari, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim

bin Mughirah bin Bardzibah al-Ja`fi al-Bukhari, rujukan kitab pdf yang

didapati daripada laman web Waqfeya.com. Pengkaji mengambil pandangan

muhaddisin yang berkaitan dengan menghormati agama lain dalam bab dua.

1.6.2 Analisis Data Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sumber daripada buku-buku dan artikel

sebagai rujukan. Pengkaji akan menerangkan fakta daripada buku-buku dan artikel isu

semasa berita yang berlaku pada zaman sekarang. Dalam bab ketiga pula, pengkaji

akan mengedarkan borang soal selidik kepada 100 responden secara dalam talian.

Tambahan pula, data yang dikumpulkan dan dianalisa dengan menggunakan

pengaturcaraan Statistical Package for the Social Science (SPSS Window Version

21.0). Kajian ini juga menggunakan kajian tinjauan deskriptif. Pendekatan yang

kebiasaannya digunakan untuk mengumpulkan data ialah dengan menggunakan


7

borang soal selidik bagi mengkaji kadar mahasiswa FPPI KUIS yang memahami

konsep menghormati agama lain.

1.7 Tinjauan Literatur

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan menghormati

perbezaan agama. Antaranya kajian yang dilakukan Prof. Madya Dr. Saodah Abd.

Rahman (2016) yang bertajuk Hormati Perbezaan Amalan Beragama yang

membincangkan tentang isu-isu agama dijadikan modal untuk berpolitik yang

digunakan untuk merendahkan sesuatu kaum yang lain hanya untuk menagih

sokongan politik dari masyarakat. Hal ini telah membuktikan bahawa konsep politik

seperti ini adalah tidak wajar dan tidak boleh diamalkan kerana akan menyebabkan

keamanan negara tergugat. Walaubagaimanapun, kajiannya hanya tertumpu kepada

isu-isu agama yang berkaitan mengenai politik sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini

akan membahaskan kepentingan berpolitik untuk menyatukan masyarakat menurut

perspektif al-Quran dan al-Sunnah.

Dr. Nur Azuki bin Yusuff (2015) bertajuk Isu dan Permasalahan Hubungan Antara

Agama di Malaysia Kini dan Jalan Penyelesaiannya telah membincangkan tentang

konflik agama yang antaranya berpunca dari mereka yang memomokkan bahawa

golongan kuat agama akan membahayakan agama yang lain sedangkan hakikatnya

semakin kuat pegangan agama seseorang itu, maka semakin tersematlah sifat toleransi

mereka dengan agama yang lain. Hal ini telah menunjukkan bahawa agama itu

mengajar manusia berdamai dan bukan berpecah belah. Walaubagaimanpun, kajian

ini hanya tertumpu kepada takut terhadap golongan kuat agama kerana bimbang akan
8

menjejaskan agama lain sebagai punca konflik agama dan menidakkan punca lain

seperti pengaruh media sosial. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan tentang punca

sebenar terhadap konflik agama.

Siti Khatijah Yasin dan Fadzli Adam (2017) bertajuk Sensitiviti Agama Dalam

Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia telah menerangkan isu sensitiviti

agama dalam masyarakat yang pelbagai budaya dan kepercayaan. Kebanyakkan isu

konflik agama berlaku adalah disebabkan ekstrimis-ekstrimis agama yang melampau

sehingga bertindak untuk tidak menerima dan menghormati agama lain. Hal ini telah

menunjukkan perlunya mengikis sikap penghinaan terhadap agama agar lahirnya

kesejahteraan masyarakat majmuk dan negara. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya

menerangkan tentang isu konflik agama berlaku juga disebabkan puak-puak agama

yang melampau sehingga menimbulkan sensitiviti dalam masyarakat yang pelbagai

sahaja. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan cara-cara menghormati tanpa mengira

agama dan budaya.

Secara amnya, pengkaji mendapati kajian-kajian yang telah dilakukan tidak sama

dengan kajian yang ingin dilakukan kerana kajian ini akan mendatangkan dalil-dalil

daripada al-Quran dan al-Sunnah mengenai cara dan batas dalam menghormati

perbezaan agama. Justeru, kajian ini layak dilakukan kerana berbeza dengan kajian-

kajian lepas.
9

1.8 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini bakal mengupaskan tentang cara-cara menghormati agama

yang berlainan yang telah digariskan al-Quran dan al-Sunnah kepada masyarakat

sekeliling serta kepada pelajar-pelajar FPPI KUIS khususnya. Selain itu, kajian ini

juga bakal menyumbangkan sedikit ilmu pengetahuan tentang kepentingan

menghormati setiap agama antara satu sama lain yang mana mampu membuka minda

masyarakat untuk berfikir dan bertindak secara rasional dalam menjalani kehidupan

bermasyarakat. Bab ini juga menerangkan secara terperinci tentang pengenalan kajian

yang mengandungi latar belakang masalah, pernyataan masalah, persoalan kajian,

objektif kajian, metodologi kajian yang mana pengkaji telah memperjelaskan

pemilihan reka bentuk, persampelan, pengumpulan data dan analisis data bagi kajian

ini. Dalam bab ini, pengkaji juga merasakan isu ini perlu dikaji setelah diteliti melalui

beberapa kajian lepas. Justeru, definisi istilah serta kerangka konsep turut dijelaskan

bagi memberi kefahaman. Melalui penerangan dalam bab ini akan dapat membantu

melihat gambaran matlamat dan tujuan serta objektif yang ingin dicapai.

Wallahualam.
10

BAB DUA

ADAB-ADAB DAN LATAR BELAKANG CARA MENGHORMATI


PERBEZAAN AGAMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai adab-adab bagi menghormati agama antara

satu sama lain. Perkara yang akan dibincangkan ialah definisi menghormati agama

lain. Bab ini juga membincangkan tentang adab dan batas menghormati penganut

agama lain menurut pandangan ahli mufassirin serta huraian ulama. Seterusnya,

punca-punca berlakunya perpecahan antara perbezaan agama juga akan diterangkan

didalam bab ini. Hal ini bertujuan untuk memahami adab-adab menghormati agama

lain ini diaplikasi dalam kehidupan serta mampu mengurangkan elemen konflik dalam

kalangan masyarakat. Di akhir bab ini, pengkaji akan merungkaikan segala

permasalahan yang sering berlaku dalam menghormati agama lain serta pengkaji akan

mendatangkan bukti dan hujah daripada al-Quran dan al-Sunnah.

2.2 Definisi Menghormati Agama Lain

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, perkataan hormat membawa maksud mempunyai

pandangan atau tanggapan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan

layanan yang baik. Misalnya dengan perbuatan memuliakan atau dengan memberi

sesuatu penghargaan terhadap seseorang itu. Saling hormat-menghormati adalah salah

satu sifat mahmudah dan terpuji yang perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam

(Kamus Dewan, 2017).


11

Menurut Abu Darda (2016) bahawa perkataan hormat dalam bahasa Arab adalah

Ihtiram )‫ (إحترام‬yang mana boleh juga diertikan sebagai memuliakan seseorang serta

bersopan santun dengannya. Dapat kita lihat di sini bahawa definisi hormat itu sendiri

dari pelbagai bahasa telah menyeru kebaikan untuk menghargai semua orang tanpa

mengkhususkan kaum-kaum tertentu. Walaupun hidup dipenuhi dengan pancaroba,

namun kita sebagai rakyat yang berbilang kaum harus bersatu demi keamanan negara.

Ungkapan hormat dilahirkan adalah untuk menunjukkan rasa hormat terhadap

seseorang ketika bersama dengan orang lain dengan menunjukkan sikap yang tidak

sombong dan angkuh (Melor Fauzita Md. Yusoff, 2016). Dalam Islam, antara aplikasi

yang digunakan dalam konsep Feqh Ta`Ayush yang berkaitan dengan menghormati

agama lain ialah al-Ta`Ayush al-Silmi yang membawa maksud kehidupan secara aman

damai (Mohammad Naqib Hamdan, 2018). Oleh itu, menghormati agama lain

merupakan satu perbuatan yang dilakukan tanpa paksaan dan ditunjukkan melalui

pendapat, tingkah laku dan kepercayaan seperti menerima perbezaan agama untuk

diamalkan dalam masyarakat majmuk tanpa diskriminasi dan prasangka.

Terdapat hadis Rasulullah SAW yang berstatus sahih yang menunjukkan bahawa

Rasulullah SAW sangat menekankan peribadi yang mulia:

‫ َع ْن ُُمَ َّم ِد بْ ِن‬،‫ َحدَّثَنَا َعْب ُد الْ َع ِزي ِز بْ ُن ُُمَ َّم ٍد‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬،‫صوٍر‬
ُ ‫يد بْ ُن َمْن‬ ُ ِ‫َحدَّثَنَا َسع‬
‫ال‬َ َ‫ ق‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬،َ‫ َع ْن أَِِب ُهَريْ َرة‬،‫صالِ ٍح‬ ِ
َ ‫ َع ْن أَِِب‬،‫ َع ْن الْ َق ْع َق ِاع بْ ِن َحكي ٍم‬،‫َع ْج ََل َن‬
.‫َخ ََل ِق‬ ِ ‫ إََِّّنَا بعِثْت ِِلُتَِمم‬:‫اَّللِ صلَّى هللا علَي ِه وسلَّم‬
ْ ‫صال َح ْاِل‬ َ َ ُ ُ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫َر ُس‬
(Imām Ahmad. Musnad Imām Ahmad. Kitāb Musnad Ahmad Makhrajān. Bāb
Musnad Abī Hurairah r.a. No Hadis 8952)
12

Maksudnya:

“Daripada Said bin Mansur berkata, daripada Abdul Aziz bin


Muhammad, daripada Muhammad bin Ajlan, daripada Qa`qa` bin
Hakim, daripada Abi Soleh, daripada Abu Hurairah bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tidak aku diutuskan
melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”

Menurut Muhammad Nasiruddin Albani (1442) tentang hadis ini bahawa antara sebab

Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia adalah untuk menyempurnakan

keindahan akhlak. Jelas di sini bahawa Rasulullah SAW mempunyai peranan yang

penting dalam mewujudkan masyarakat Islam yang sesuai dengan manhaj kenabian

untuk membersihkan jiwa manusia dari melakukan perkara-perkara batil yang akan

merosakkan umat sejagat.

Bahkan Rasulullah SAW juga memerintahkan untuk kita berbuat baik kepada semua

manusia sama ada yang beragama Islam mahupun bukan dan tidak terkecuali juga

kepada kafir mu`ahad. Kafir Mu`ahad ialah kumpulan yang wujud dalam beberapa

situasi yang tertentu seperti kumpulan tentera bukan Muslim yang telah menawarkan

perdamaian atau bersetuju untuk melakukan genjatan senjata sebagai usaha awal untuk

menuju jalan keamanan. Kafir Mu`ahad tinggal di dalam negara Muslim yang telah

diberi keizinan masuk atau melalui perjanjian yang mereka berikan. Wujudnya sebuah

Perlembagaan Persekutuan telah membenarkan mereka yang bukan beragama Islam

untuk tinggal di Malasyia selagimana mereka tidak menimbulkan pergaduhan dalam

masyarakat (Setiyawan Gunardi, 2019).

Justeru, umat Islam perlu sentiasa memilih jalan kedamaian berdasarkan sebuah hadis

Rasulullah SAW yang berstatus sahih:


13

‫ص ْخ ٍر‬ َ ‫ َح َّدثَِِن أَبُو‬،‫ب‬ ٍ ‫َخ ََبََن ابْن وْه‬ ُّ ‫َحدَّثَنَا ُسلَْي َما ُن بْ ُن َد ُاوَد الْ َم ْه ِر‬
َ ُ َ ْ ‫ أ‬،‫ي‬
ِ ‫اب رس‬ ِ ْ ‫ ِمن أَبْنَ ِاء أ‬،ٍ‫َخ ََبهُ َعن ِعدَّة‬ ِ
‫ول‬ ُ َ ‫َص َح‬ ْ ْ َ ْ ‫ أ‬،‫ص ْف َوا َن بْ َن ُسلَْي ٍم‬ َ ‫َن‬ ُّ ِ ‫الْ َمد‬
َّ ‫ أ‬،‫يِن‬
‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫ َعن آَبئِ ِهم ِدنْيةً َعن رس‬،‫اَّللِ صلَّى هللا َعلَي ِه وسلَّم‬
َ ‫اَّلل‬ ُ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُ َ َّ
‫ أ َْو‬،‫ أ َْو َكلََّفهُ فَ ْو َق طَاقَتِ ِه‬،ُ‫صه‬ ِ َ َ‫َو َسلَّ َم ق‬
َ ‫ أَ ِو انْتَ َق‬،‫ "أَََل َم ْن ظَلَ َم ُم َعاه ًدا‬:‫ال‬
".‫يجهُ يَ ْوَم الْ ِقيَ َام ِة‬ ِ
ُ ‫ فَأ َََن َحج‬،‫س‬ ٍ ‫يب نَ ْف‬ ِ ‫َخ َذ ِمْنهُ َشْي ئًا بِغَ ِْْي ِط‬ َ‫أ‬
)Imām Abī Daūd. Kitāb al-Kharāj wal Imārah wal faīe. Bab fi Ta`syīr ahl' az-Dzimmah
Idza Ikhtalafū. No Hadis 3052)

Maksudnya:

“Daripada Sulaiman bin Daud Al-Mahri, Ibn Wahb


mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Sakhri Al-Madini,
bahawa Safwan bin Suleim, `Iddah mengkhabarkan, daripada anak-
anak sahabat Rasulullah SAW, daripada bapa-bapa mereka yang
terdekat daripada Rasulullah SAW bersabda: Ingatlah! Barangsiapa
yang menganiaya seorang mu`ahad, menekannya atau
membebaninya dengan beban yang tidak mampu ditanggung atau
merampas hak mereka, maka aku adalah orang yang akan meminta
dia dipertanggungjawabkan kelak di hari kiamat.”

Menurut Muhammad Nasiruddin Albani tentang hadis ini bahawa Islam sangat

membenci ketidakadilan dan melarang umat Islam untuk melakukannya kepada semua

manusia sama ada Muslim mahupun non-Muslim. Pada lafaz ala man dzalama ialah

meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Manakala bagi lafaz mu`ahadan ialah

seorang kafir dzimmi dari kalangan ahli kitab atau seorang Muslim yang dipercayakan

ke atas dirinya dan hartanya. Pada lafaz intaqasahu ialah mengurangkan sedikit

haknya. Pada lafaz kallafahu fauqa taqatihi ialah mengambil hartanya lebih banyak

dari apa yang dihutang atau merampasnya. Pada lafaz Akhoza minhu syai`an bighairi

tibi nafsin ialah mengambil tanpa kebenaran dan tidak berhak untuk mengambilnya.

Pada lafaz fa ana ialah menunjukkan Rasulullah SAW. Pada lafaz hajijuhu yaumal

qiyamah pula ialah akan berhujah dengannya di hari kiamat (al-Albani, 2002).
14

Pengkaji berpendapat bahawa Islam merupakan ajaran yang membawa kepada

kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai walaupun dari segi anutan

agama yang berbeza. Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara hak asasi

setiap manusia termasuklah dalam memelihara keselamatan agama, memelihara

maruah, harta dan sebagainya. Oleh demikian, kepelbagaian bangsa dan agama perlu

diterima dengan hati yang terbuka demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman

dan bersatu.

2.3 Adab dan Batas Menghormati Penganut Agama Lain

Perdamaian merupakan asas kepada hubungan sosial. Manakala konflik, permusuhan

dan perselisihan pendapat pula akan menyebabkan berlakunya kerosakan hubungan

sosial. Sehubungan dengan itu, Islam mendidik umatnya untuk hidup dalam keadaan

aman dan harmoni meskipun dengan mereka yang bukan beragama Islam. Prinsip itu

sendiri menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan mahluk itu dalam pelbagai

bentuk dan bukan sekadar manusia seperti sebuah pokok kelapa dengan sebuahnya

lagi dalam bentuk yang berbeza dan sebagainya. Dalam konteks manusia juga Allah

SWT menjadikan mereka dalam bentuk yang berbeza dari sudut warna kulit, saiz

tubuh badan dan lain-lain. Begitu juga dalam konteks agama, terdapat kepelbagaian

dalam agama tetapi dalam bentuk sistem kepercayaan dan amalan yang manusia

lakukan (Faszly Rahim, 2019).

Hadis-hadis Rasulullah SAW banyak menjelaskan sifat rahmah yang universal

mengikut kesesuaian kehidupan manusia bergantung kepada kewajaran yang boleh


15

diterima dan dipraktikkan oleh seluruh manusia. Dengan kata lain, Islam tidak

mengiktiraf semua perkara bersifat universal seperti hal-hal ibadah dan perkara-

perkara yang bercanggah dengan akidah. Universal Islam dapat dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha Esa (tauhid) yang

berlandas kepada satu keyakinan yang utuh tanpa membezakan ras, bangsa dan

sempadan geografi. Manakala yang kedua, penegasan prinsip-prinsip moral seperti

musyawarah, tolong menolong dan perkara-perkara yang membawa kepada

kesejahteraan (Khadijah MK & Mohd Herzali MH, 2008).

Dari huraian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa semua umat Islam perlu

menunjukkan sifat rahmah untuk mendapatkan keharmonian dalam kehidupan yang

pelbagai masyarakat. Di samping itu, objektif utama ajaran Islam ialah untuk

memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah

dianugerahkan Allah SWT kepada semua yang diciptakan. Oleh itu, rakyat Malaysia

perlu bersatu dalam menangani konflik agama bagi memastikan semua pihak dapat

hidup dengan aman dan damai.

2.3.1 Adab Menghormati Penganut Agama Lain

1. Hormat Atas Dasar Kemanusiaan

Terdapat kepelbagaian dalam agama tetapi dalam bentuk sistem kepercayaan dan

amalan yang manusia lakukan yang mana kita juga hakikatnya bergantung kepada apa

yang kita percaya, yakini dan apa yang kita ketahui sebagai penganut agama itu.
16

Namun begitu, kita perlu menghormati seluruh manusia itu atas dasar kemanusiaan

kerana Allah SWT telah berfirman:

‫ي‬ ‫ولََقد َكَّرمنَا ب يِن آدم و ََحلنَاهم يِف ال يب والبح ير ورَزق نَ ي‬


ُ َ‫اهم م َن الطَّيربَات َوفَضَّلن‬
‫اهم َعلَى‬ ُ َ َ َ َ ‫َر‬ ُ َ َ ََ َ َ
‫ضيال‬ ‫َكثي ٍري يِمَّن خلَقنَا تَف ي‬
َ
Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami


telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan
di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-
benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-
lebihnya kepada mahluk-mahluk yang telah Kami ciptakan.”

Surah al-Isra’ (15): 70

Menurut Imam Ibnu Kathir (2016) tentang ayat ini bahawa Allah SWT telah

memuliakan keturunan Nabi Adam AS dengan cara memerintahkan para malaikat

untuk sujud kepadanya sebagai tanda penghormatan. Kemudian, apabila kita

meninggal dunia kita dikebumikan dengan cara dimandikan, dikafankan, disolatkan

serta ditanam beberapa kaki di dalam tanah supaya tidak diganggu oleh binatang buas.

Seterusnya, Allah SWT memberikan manusia pelbagai nikmat dengan mengurniakan

kaki dan tangan untuk memudahkan rutin harian kita. Allah SWT juga memberikan

nikmat pancaindera untuk manusia supaya dapat memanfaatkannya seperti

mendengar, merasa dan sebagainya. Di sini jelas bahawa Allah SWT sangat menjaga

hak-hak hamba-Nya dengan memberi pelbagai nikmat untuk keselesaan hamba-Nya.

Oleh itu, sebagai muslim yang sejati haruslah menjaga kebajikan sesama manusia

meskipun kepada mereka yang bukan beragama Islam. Islam mengajarkan kepada kita

bahawa antara kesempurnaan iman dan Islam ialah dengan berbuat baik kepada semua

manusia.
17

Pengkaji berpendapat walaupun berbeza dari segi agama tetapi dari segi fitrah asal

juga Allah SWT menjadikan mereka layak untuk dihormati. Misalnya, jika mereka

yang berlainan agama dalam masalah kita haruslah membantunya atas prinsip

kemanusiaan. Kepelbagaian akidah dan kepercayaan itu juga merupakan sebahagian

daripada sunnatullah yang Allah SWT jadikan walaupun terdapat ruang untuk kita

memanggil mereka dalam konteks dakwah sama ada berdialog atau bertukar

pandangan. Akan tetapi, perbezaan agama itu juga harus diterima dan tidak boleh

dipaksa sepertimana firman Allah SWT:

‫ََل إيكَراهَ يِف ال ريدي ين‬


Maksudnya:

“Tiada paksaan dalam agama.”

Surah al-Baqarah (2): 256

Menurut Imam Ibn Kathir (2016) tentang ayat ini bahawa tidak boleh memaksa

mereka yang bukan beragama Islam untuk memeluk Islam kerana Allah SWT yang

akan memberi taufiq dan hidayah kepada mereka yang dikehedaki-Nya. Allah SWT

akan melapangkan dadanya serta menerangi hatinya sehingga mereka sendiri yang

akan memilih Islam secara sukarela kerana tiada guna mendesak mereka untuk

memeluk Islam secara paksa. Oleh itu, sebagai umat Islam haruslah menunjukkan

teladan yang baik kepada mereka yang bukan beragama Islam serta terus mendoakan

agar Islam hadir di hati mereka.


18

Di dalam al-Quran juga tidak diperintahkan kepada kita sebagai umat Islam untuk

menentang orang-orang yang berbeza akidah hanya kerana ianya berbeza dengan kita.

Kita dilarang untuk menentang perbezaan akidah tanpa ada sebab dan mesti dalam

keadaan dharuri yang memerlukan kita menentangnya seperti mengangkat senjata dan

sebagainya. Jika dilihat dalam sirah-sirah para anbiya` juga konteksnya bukan Nabi

Muhammad SAW secara sengaja pergi menyerang tetapi kebanyakannya adalah untuk

mempertahankan umat Islam dan agama.

Bahkan, terdapat hadis yang berstatus sahih yang cukup untuk membuktikan bahawa

perlunya menghormati semua manusia meskipun berbeza kepercayaan iaitu:

َ َ‫ ق‬،‫الر ْْحَ ِن‬


:‫ال‬ َّ ‫َن َعْب َد‬َّ ‫ أ‬،‫الزََن ِد‬
ِ‫ َحدَّثَنَا أَبُو م‬،‫ب‬ ٌ ‫َخ َََبََن ُش َعْي‬
ْ ‫ أ‬،‫ان‬ ِ ‫حدَّثَنَا أَبو اليم‬
ََ ُ َ
ِ ِ َّ ‫ال أَبُو ُهَريْ َرةَ َر ِض َي‬
‫ َعلَى‬،ُ‫َص َحابُه‬ ْ ‫ قَد َم طَُفْي ُل بْ ُن َع ْم ٍرو الد َّْوس ُّي َوأ‬:ُ‫اَّللُ َعْنه‬ َ َ‫ق‬
َِّ ‫ول‬
َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ فَ َقالُوا‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
،‫ت‬
ْ َ‫ت َوأَب‬ ْ‫ص‬ َ ‫ إِ َّن َد ْو ًسا َع‬،‫اَّلل‬ َ ‫َّب‬‫النِ ِم‬
".‫ "اللَّ ُه َّم ْاه ِد َد ْو ًسا َوأْ ِت ِبِِ ْم‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬،‫س‬ ٌ ‫ت َد ْو‬ ْ ‫ َهلَ َك‬:‫يل‬
ِ
َ ‫ فَق‬،‫اَّللَ َعلَْي َها‬
َّ ُ‫فَ ْادع‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Fathul Manàm. Bāb ad-du'ā lil musyrikīn bil
hudā līyutakhlifīhim. No Hadis 2937)

Maksudnya:

“Daripada Abu Yaman, Syuaib mengkhabarkan kepada


kami, daripada Abu az-Zinad, bahawa Abdurrahman berkata: Abu
Hurairah R.A berkata: Thufail bin Amr ad-Dausi dan para
sahabatnya datang kepada Rasulullah SAW, lalu mereka berkata:
Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya suku Daus ingkar dan
enggan (masuk Islam), maka doakanlah keburukan ke atas mereka.
Ada yang mengatakan: Celakalah Daus! Rasulullah SAW berdoa:
Ya Allah berikanlah hidayah kepada suku Daus dan datangkanlah
mereka (dalam keadaan Islam).”

Dalam hadis ini, Imam Bukhari menjelaskan Rasulullah SAW diutuskan sebagai

rahmat sekalian alam dan Rasulullah SAW tidak pernah berhenti mendoakan semua
19

manusia mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Pada hadis ini Abu Hurairah RA

mengatakan bahawa Thufail bin Amr ad-Dausi telah datang ke bandar bersama

sebahagian sahabat berjumpa Rasulullah SAW. Berkata mereka kepada Rasulullah

SAW: Sesungguhnya suku Daus ingkar. Salah seorang dari suku Arab berkata:

Engkau tidak taat (enggan masuk Islam). Ketika mereka yang hadir mendengarnya,

mereka berkata: Celakalah suku Daus! Kerana mereka menyangkakan Rasulullah

SAW akan menurut kata mereka. Berkata Rasulullah SAW: Ya Allah berikanlah

hidayah kepada suku Daus untuk masuk Islam. Perkara ini telah dinyatakan oleh

Bayhaqi dalam bukti kenabian bahawa disebabkan kesempurnaan akhlak Rasulullah

SAW telah menjadikan ramai suku Daus yang memeluk agama Islam dan mereka

dijaga dengan sebaiknya (Syuaib, 852 Hijrah).

Pengkaji berpendapat bahawa manusia hidup di dunia ini bersama dengan manusia

yang lain untuk saling memerlukan antara satu sama lain. Di antara kesempurnaan

iman ialah berbuat baik kepada semua manusia dan tidak menyakiti mereka meskipun

berbeza agama. Bahkan ianya juga merupakan perhatian yang diberikan Islam yang

tiada tandingannya dalam sejarah perhubungan sosial.

2. Memelihara Hak Non-Muslim

Islam juga memerintahkan kita supaya berlaku adil kepada setiap manusia termasuk

mereka yang bukan Islam kerana mereka berhak dan ada perkara yang perlu kita

berikan kepada mereka seperti yang diamanahkan kepada kita bahawa apabila Islam

memerintah dan terdapat kelompok-kelompok kecil yang bukan Islam, maka haruslah

memelihara hak mereka dan mereka itu berada dalam jaminan orang-orang Islam.
20

Definisi berlaku adil menurut pendapat para ulama Feqh dan para mufassir itu sendiri

adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT mengikut kesesuaian

yang telah digariskan agama Islam. Oleh sebab itu, sesiapa yang berlaku adil kepada

setiap manusia yang beragama Islam dan bukan beragama Islam bermaksud dia telah

melaksanakan perintah Allah SWT sepertimana firman-Nya:

‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫َّ ي‬


ُ ُّ‫ين ََل يُ َقاتلُوُكم يِف ال ردي ين َوََل ُُي ير ُجوُكم من د ََي يرُكم أَن تََب‬
‫وهم‬ َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬َّ ‫ََل يَن َها ُك ُم‬
‫ي‬ ‫يي‬ ُّ ‫اَّللَ ُيُي‬
َّ ‫َوتُق يسطُوا إيلَي يهم إي َّن‬
َ ‫ب ال ُمقسط‬
Maksudnya:

“Allah SWT tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku
adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak
(pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah SWT menyukai
orang-orang yang berlaku adil.”

Surah al-Mumtahanah (60): 8

Menurut Imam Ibn Kathir (2011) tentang ayat ini bahawa Allah SWT tidak melarang

hamba-Nya untuk menjalin hubungan baik terhadap orang bukan Islam yang tidak

memerangi mereka kerana agama Islam, kaum wanita dan orang-orang yang lemah.

Selagimana orang yang bukan Islam itu tidak mempunyai niat untuk menghancurkan

Islam dan kaum Muslimin, tidak menghalau kaum Muslimin dari tempat tinggal

mereka dan tidak bersahabat dengan mereka yang memerangi Islam maka dibolehkan

untuk menjalinkan hubungan dengan mereka.

Selain itu, terdapat hadis Rasulullah SAW yang berstatus sahih yang menunjukkan

tentang Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berlaku adil terhadap semua
21

makhluk-Nya serta akan diberikan ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukan

perkara tersebut iaitu:

‫ فا ْشتَ َّد عليه‬،‫ بَْينا َر ُج ٌل َيَْ ِشي‬:‫قال‬ َ ‫صلَّى هللاُ عليه وسلَّ َم‬ َِّ ‫سول‬ َّ
َ ‫اَّلل‬ َ ‫أن َر‬
‫ث ََيْ ُك ُل‬ ُ ‫ب يَْل َه‬ ٍ ‫ ُُثَّ َخر َج فإذا هو ب َك ْل‬،‫ب ِمْنها‬ َ ‫ فَ َش ِر‬،‫ فَنَ َزَل ْبئ ًرا‬،‫ش‬ ُ َ‫العط‬
َ
َ
َّ‫ ُُث‬،ُ‫ فَ َم ََلَ ُخفَّه‬،‫ ل َق ْد بَلَ َغ هذا ِمثْ ُل الذي بَلَ َغ ِب‬:‫فقال‬
َ ،‫ش‬ ِ َ‫العط‬ ِ
َ ‫الث ََّرى م َن‬
‫ َي‬:‫ قالوا‬،‫ فَغَ َفَر له‬،‫اَّللُ له‬ َّ ‫ فَ َش َكَر‬،‫ب‬ ِ ِِ
َ ‫ فَ َس َقى ال َك ْل‬،‫ ُُثَّ َرق َي‬،‫ْأم َس َكهُ بفيه‬
ٍ ٍ ِ َّ ،ِ‫اَّلل‬
.‫أجٌر‬ْ ‫ يف ُك ِمل َكبِد َرطْبَة‬:‫قال‬ َ ‫أجًرا؟‬ْ ‫وإن لنا يف البَهائ ِم‬ َّ ‫سول‬
َ ‫َر‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Syarah Sahīh al-Bukhārī li ibnu Bathāl. Bāb
fadhl saqyī al mā'. No Hadis 8)

Maksudnya:

“Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika mana


seorang lelaki dalam perjalanan, dia berasa sangat haus.
Maka dia masuk ke dalam sebuah telaga, lalu minum air dari telaga
tersebut. Kemudian dia keluar dari telaga tersebut dan melihat
seekor anjing yang menjulurkan lidahnya serta menjilat-jilat tanah
kerana kehausan. Lelaki itu pun berkata: Anjing ini sedang merasai
apa yang telah aku rasai. Lalu dia turun kembali ke dalam telaga
tersebut dan memenuhkan sepahtunya dengan air, lalu membawanya
ke atas sambil menggigit sepahtu itu dan seterusnya memberikan
anjing itu minum. Allah SWT berterima kasih kepadanya dan
mengampuni segala dosanya. Para sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah, jika kami mengasihi binatang, adakah kami
memperolehi pahala? Baginda SAW bersabda: Pada setiap jiwa
yang bernyawa terdapat padanya pahala.”

Imam Bukhari menjelaskan hadis ini bahawa Abu Hurairah RA memberitahu bahawa

Rasulullah SAW berkata: Perkara ini pernah berlaku suatu ketika dahulu kepada

seorang lelaki yang mana ketika dia sedang kehausan, dia turun ke telaga dan

meminumnya. Kemudian dia keluar lalu ternampak seekor anjing termengah-mengah

sedang mengangkat dirinya di antara tulang rusuknya dan mengeluarkan lidahnya

untuk menjilat tanah yang lembab dengan lidahnya yang kehausan. Lelaki itu berkata:
22

Anjing ini dahaga seperti aku. Maka turun lelaki itu ke telaga dan mengisi air dengan

menggunakan kasutnya kemudian dia mencengkam mulutnya semasa ingin keluar

dari perigi dengan tangannya (menunjukkan kesukaran lelaki itu untuk keluar dari

perigi tersebut). Lalu lelaki itu memberi minum kepada anjing tersebut dan

diampunkan dosa-dosa lelaki itu. Pada riwayat Bukhari yang lain bahawa lelaki

tersebut diberikan ganjaran masuk ke syurga. Setelah mendengar kisah itu, sahabat

bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan lelaki tersebut terhadap anjing

itu: Adakah dia akan mendapat ganjaran? Rasulullah SAW menjawab: Pada setiap

nyawa yang hidup akan diberikan pahala. Di sini jelas bahawa setiap perbuatan yang

baik akan diberi ganjaran pahala tanpa mengira kepada siapa yang diperlakukan itu

(as-Sabiiyi, 2003).

Menurut pendapat pengkaji bahawa di sini jelas kita sebagai umat Islam untuk

memelihara hak-hak sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama selagimana

mereka tidak melibatkan diri dalam permusuhan terhadap Islam. Bahkan dalam

peradaban Islam juga sangat menjaga hak-hak non-Muslim dengan memuliakan setiap

manusia serta bertegas melarang kezaliman dan permusuhan terhadap mereka. Hak-

hak ini sangat terpelihara kepada non-Muslim yang tinggal di bawah negara-negara

Islam.

3. Larangan Menghina Agama Lain

Menghormati agama lain bukanlah bermaksud kita bersetuju dengan agama tersebut

ataupun mengisytihar agama tersebut tetapi untuk mewujudkan sikap toleransi tanpa
23

ada cacian dan hinaan terhadap agama lain serta memberikan hak kepada penganut

agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing berdasarkan firman Allah

SWT:

‫ك َزيَّنَّا لي ُك يرل‬ ‫ي‬ َّ ‫اَّللي فَيَ ُسبُّوا‬


َ ‫اَّللَ َعد ًوا بيغَ يري يعل ٍم َك َذل‬ َّ ‫ون‬ ‫وََل تَسبُّوا الَّ يذين يدعو َن يمن ُد ي‬
ُ َ َ ُ َ
‫أ َُّم ٍة َع َملَ ُهم ُُثَّ إي ََل َررّبييم َمريجعُ ُهم فَيُنَ بيرئُ ُهم يبَا َكانُوا يَع َملُو َن‬
Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain


Allah SWT, kerana mereka nanti akan memaki Allah SWT dengan
melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami
jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada
Tuhan tempat kembali mereka, kemudian Dia akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Surah Al-An`am (6): 108

Menurut Imam Ibn Kathir (2011) mengenai ayat ini ialah Allah SWT melarang Rasul-

Nya, Nabi Muhammad SAW dan orang-orang yang beriman dari mencaci tuhan-tuhan

kaum musyrikin walaupun mengandungi kemaslahatan, akan tetapi perkara itu akan

menimbulkan kecelakaan yang lebih besar daripada kemaslahatan itu sendiri iaitu

balasan orang-orang musyrik dengan cacian terhadap Tuhan orang-orang mukmin

padahal Allah SWT adalah Rabb iaitu tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia.

Diriwayatkan oleh Al-Thabari dari Qatadah bahawa di zaman Nabi Muhammad SAW,

umat Islam pada waktu itu telah mengejek berhala-berhala kaum Musyrik dan

disebabkan perkara itu mereka telah membalas balik ejekan itu. Kemudian, turunlah

ayat di atas sebagai teguran daripada Allah SWT ke atas perbuatan tersebut. Itulah

antara sebab Allah SWT melarang umat-Nya mencaci tuhan mereka yang tidak
24

beriman itu agar dapat memelihara kesucian agama Islam dan dapat menciptakan

keamanan serta dapat menjaga keharmonian antara umat beragama (al-Wahidi, 2008).

Bahkan, Islam memerintahkan kita untuk saling mengasihi dan menunjukkan akhlak

yang baik kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Islam juga telah

menjelaskan kepada umatnya bahawa sikap saling menghormati ini bukan sahaja

terhadap mereka yang seagama dengan kita, malah terhadap agama lain juga. Hal ini

kerana, kemungkinan dengan perbuatan baik tersebut dapat membuka pintu hati

mereka untuk memeluk agama Islam sekaligus dapat memberikan ganjaran yang besar

untuk kita semua.

Terdapat hadis yang berstatus sahih yang menerangkan tentang Islam mengajarkan

kepada kita untuk berkasih sayang sesama manusia tanpa mengira siapa. Sekiranya

kita ingin mendapatkan rahmat dari-Nya, maka kita juga perlu berkasih sayang

terhadap makhluk-Nya iaitu:

‫ َحدَّثَنَا أَبُو َسلَ َمةَ بْ ُن َعْب ِد‬،‫ي‬ ‫الزْه ِر ِم‬


ُّ ‫ َع ِن‬،‫ب‬ ٌ ‫َخ َََبََن ُش َعْي‬ْ ‫ أ‬،‫ان‬ ِ ‫حدَّثَنَا أَبو اليم‬
ََ ُ َ
‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫َن أ َََب ُهَريْ َرةَ َر ِض َي‬ َّ ‫ أ‬،‫الر ْْحَ ِن‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ قَبَّ َل َر ُس‬:‫ال‬ َ َ‫اَّللُ َعْنهُ ق‬ َّ
َ ‫ فَ َق‬،‫س الت َِّم ِيم ُّي َجالِ ًسا‬
‫ال‬ ٍ ِ‫َو َسلَّ َم احلَ َس َن بْ َن َعلِ ٍي َو ِعْن َدهُ اِلَقْ َرعُ بْ ُن َحاب‬
‫م‬
ِ‫اَّلل‬ ِ
ُ ‫ فَنَظََر إِلَْيه َر ُس‬،‫َح ًدا‬ ِ ِ ِ ِ
َّ ‫ول‬ َ ‫ت مْن ُه ْم أ‬ َ ‫ إ َّن ِِل َع َشَرةً م َن‬:ُ‫اِلَقْ َرع‬
ُ ‫الولَد َما قَبَّ ْل‬
".‫"م ْن َلَ يَْر َح ُم َلَ يُْر َح ُم‬ َ :‫ال‬ َ َ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ُُثَّ ق‬ َ
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Sahīh Bukhārī. Bāb Rahmatulwalad wa
taqbīlihi wa ma'ānaqatihi. No Hadis 5997)
25

Maksudnya:

“Daripada Abu Yaman, Syuaib mengkhabarkan kepada


kami, daripada Zuhri, daripada Abu Salamah bin Abdurrahman,
bahawa Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah SAW mencium Al-
Hasan bin Ali sementara Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi sedang
duduk bersamanya. Al-Aqra’ berkata: Saya memiliki sepuluh anak
dan tidak pernah mencium salah satu dari mereka. Rasulullah SAW
menatapnya dan berkata: Barangsiapa yang tidak berbelas
kasihan kepada orang lain tidak akan diperlakukan dengan penuh
belas kasihan.”

Dalam hadis ini, Imam Bukhari menjelaskan Abu Hurairah RA memberitahu bahawa

Rasulullah SAW mencium Hasan bin Ali bin Abi Talib iaitu anak lelaki kepada anak

perempuannya Fatimah RA, Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi RA hadir bersama

Rasulullah SAW pada masanya Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi menyebut bahawa dia

mempunyai sepuluh orang anak dan tidak pernah mencium salah seorang dari mereka.

Rasulullah SAW memandangnya serta menafikan apa yang dia katakan dan lakukan.

Berkata Rasulullah SAW: Barangsiapa yang tidak mengasihi kepada orang lain maka

dia tidak akan dikasihi. Maksudnya di sini ialah barangsiapa yang tidak mengasihi

maka dia tidak akan dikasihi Allah SWT (al-Bukhari, 2002).

Pengkaji berpendapat bahawa Allah SWT tidak mengajar kita untuk menghina agama

lain, mencerca kepada cara mereka serta apa yang mereka sembah dan sebagainya.

Walaupun kita merendahkan agama lain serta meninggikan agama Islam dengan tujuan

untuk berdakwah. Hal ini bukan bermaksud kita mengiktiraf agama mereka dan tidak

mahu memperjuangkan agama kita, cuma dalam konteks ini kita sebagai Muslim yang

hidup dalam masyarakat yang pelbagai perlu saling berkasih sayang serta menjaga hati

mereka selagimana mereka tidak menghina agama Islam. Dibolehkan untuk kita
26

berdakwah kepada mereka tentang agama Islam, akan tetapi dengan cara-cara yang

tertentu dan bukan dengan cara mengkritik agama mereka.

4. Meraih Kehidupan Pelbagai Kaum

Perlu kita ketahui bahawa kehidupan bersama antara masyarakat yang berbilang kaum

dan agama telah lama dipraktikkan sejak dari zaman Rasulullah SAW serta merupakan

gagasan yang lahir dari manifestasi dan interpretasi bersumberkan al-Quran dan al-

Sunnah. Islam mengiktiraf kesatuan dan persaudaraan antara manusia kerana manusia

itu berasal dari seorang bapa yang satu iaitu Nabi Adam AS sepertimana firman Allah

SWT:

َّ َ‫اح َدةٍ َو َخلَ َق يمن َها َزو َج َها َوب‬


‫سوي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
‫ث‬ َ ٍ ‫َّاس اتَّ ُقوا َربَّ ُك ُم الَّذي َخلَ َق ُكم من نَف‬ ُ ‫ََي أَيُّ َها الن‬
َّ ‫اَّللَ الَّ يذي تَ َساءَلُو َن بييه َواألر َح َام إي َّن‬
‫اَّللَ َكا َن َعلَي ُكم‬ َّ ‫يمن ُه َما ير َجاَل َكثي ًريا َوني َساءً َواتَّ ُقوا‬
‫َرقييبًا‬
Maksudnya:

“Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah


menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan
pasangannya (Hawa) dari (diri)-nya; dan dari keduanya Allah
memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.
Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta,
dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasimu”.

Surah al-Nisa` (4): 1

Menurut kitab Imam Ibn Kathir (2011), ayat ini untuk memberitahu asal kejadian kita

semua adalah dari asal yang sama iaitu dari Nabi Adam AS, maka kita semua

mempunyai kaitan yang sangat kuat. Di sini telah menunjukkan bahawa bukan hanya
27

kerana bertaqwa kepada Allah SWT kita perlu berbuat baik dan tidak berlaku zalim

kepada orang lain, tetapi kerana asal kejadian kita adalah dari asal yang sama

walaupun mempunyai pelbagai bangsa, warna kulit dan jenis-jenis kedudukan.

Terdapat hadis yang berstatus sahih yang menunjukkan bahawa kita juga perlu berbuat

baik dan tidak boleh menzalimi setiap manusia hatta kepada mereka yang berlainan

agama dengan kita berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

‫ َع ْن‬،‫احلَ َس ِن بْ ِن َع ْم ٍرو‬ ْ ‫ َع ِن‬،َ‫ َحدَّثَنَا أَبُو ُم َعا ِويَة‬:‫ال‬ َ َ‫ب ق‬ ٍ ْ‫َحدَّثَنَا أَبُو ُكري‬
َ
:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ ق‬:‫ال‬ َّ ‫ َع ْن َعْب ِد‬،‫اه ٍد‬
َ َ‫اَّللِ بْ ِن َع ْم ٍرو ق‬ ِ ‫ُُم‬
َ
‫ني‬ ِ ِ ِ ِ ‫ وإِ َّن ِرحيها لَي‬،‫اْلن َِّة‬ ِ
َ ‫وج ُد م ْن َمس َْية أ َْربَع‬ َ ُ َ َ َ َْ َ‫اه ًدا ََلْ يََر ْح َرائ َحة‬ َ ‫َم ْن قَتَ َل ُم َع‬
.‫َع ًاما‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Tahqīq Tajrīd fi syarh kitāb Tauhīd. Bāb mā
jā'a fi dzimmahtullahitaāla wa dzimmaturasulluhi. No Hadis 5)

Maksudnya:

“Daripada Abu Kuraib berkata: Daripada Abu Mu`awiyyah,


daripada Hasan bin `Amru, daripada Mujahid, daripada Abdullah
bin Amru berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
membunuh seorang mu’ahad (taat kepada kesepakatan bersama
meskipun non-Muslim), maka dia tidak akan mencium bau syurga.
Sesungguhnya bau syurga boleh tercium sekitar perjalanan 40
tahun.”

Dalam hadis ini, Imam Bukhari menjelaskan Man Qatala Mu`ahadan ialah sesiapa

yang memasuki kediaman Islam secara aman. Pada lafaz LamYarih ra`ihatal Jannah

ialah tidak dapat menghidu syurga. Pada lafaz Wa Inna Rihuha Liyujadu Min

Musayyarah Arba`ina ‘Aman menurut Tirmidzi dalam riwayat Abu Hurairah RA ialah

angin syurga dijumpai dari perjalanan 70 musim luruh. Manakala dalam riwayat yang
28

lain pula mengatakan dari 1000 tahun perjalanan dan sebahagian lain berpendapat 40

tahun perjalanan (`Ajili, 1262).

Pengkaji berpendapat bahawa seluruh manusia berasal daripada sebuah keluarga yang

besar melalui seorang bapa kepada semua manusia iaitu Nabi Adam AS. Baginda juga

digelar sebagai Abu al-Basyar yang bermaksud bapa segala manusia. Oleh itu, Allah

SWT memerintahkan kepada manusia agar bersatu demi menghidupkan sebuah

kedamaian di dunia serta membanteras sebarang bentuk keganasan yang tidak berasas

bagi mengelakkan berlakunya perbalahan antara satu sama lain.

2.3.2 Batas Menghormati Penganut Agama Lain

1. Tidak Berbuat Baik Terhadap Mereka Yang Memusuhi Islam

Islam sangat menekankan nilai berbuat baik kepada seluruh umat manusia. Lebih-

lebih lagi kepada mereka yang hidup dalam masyarakat yang berlainan bangsa, budaya

dan agama kecuali bagi mereka yang memusuhi Islam demi mewujudkan keamanan

sesebuah negara sepertimana firman Allah SWT:

‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫َّ ي‬


ُ ُّ‫ين ََل يُ َقاتلُوُكم يِف ال ردي ين َوََل ُُي ير ُجوُكم من د ََي يرُكم أَن تََب‬
‫وهم‬ َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬
َّ ‫ََل يَن َها ُك ُم‬
‫ين قَاتَلُوُكم يِف‬ ‫َّ ي‬ َّ ‫ إيََّّنَا يَن َها ُك ُم‬٨ ‫ي‬ ‫يي‬ ُّ ‫اَّللَ ُيُي‬
َّ ‫َوتُق يسطُوا إيلَي يهم إي َّن‬
َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬ َ ‫ب ال ُمقسط‬
‫ي‬ ‫ي ي‬ ‫ي‬
َ ‫اه ُروا َعلَى إيخَراج ُكم أَن تَ َولَّوُهم َوَمن يَتَ َوََّّلُم فَأُولَئي‬
‫ك‬ َ َ‫ال ردي ين َوأَخَر ُجوُكم من د ََي يرُكم َوظ‬
٩‫ن‬ َ ‫ُه ُم الظَّالي ُمو‬
Maksudnya:

“Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu),
29

dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya


Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah
hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang
yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir
kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Surah al-Mumtahanah (60): 8-9

Menurut Imam Ibn Kathir (2015) mengenai ayat ini bahawa Allah SWT sama sekali

tidak melarang hamba-Nya untuk berbuat baik dan bersikap adil kepada orang-orang

kafir kecuali yang memerangi mereka kerana agama. Bahkan, Allah SWT melarang

umat-Nya dengan tegas untuk tidak menjalinkan hubungan dengan mereka yang

memusuhi dan memerangi umat-Nya serta umat-Nya diperintahkan untuk memusuhi

mereka. Sekiranya mereka berdegil masih mahu menjadikan mereka sebagai kawan,

maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Pengkaji berpendapat bahawa tiada masalah untuk umat Islam berkawan dengan

mereka yang bukan Islam. Akan tetapi hanya kepada mereka yang tidak memusuhi

atau memperlekeh Islam kerana dalam agama Islam itu sendiri tidak diajar untuk

bertoleransi kepada mereka yang tidak menghormati agama Islam. Islam juga

melarang untuk kita berkawan sehingga menceritakan rahsia-rahsia orang Islam

kepada mereka bagi mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam dibenarkan untuk berkawan dengan mereka yang

bukan Islam atas dasar perpaduan antara kaum dan negara.


30

2. Larangan Islam Terhadap Peniruan Budaya Mereka

Islam tidaklah membenarkan semua perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh

golongan bukan beragama Islam secara mutlak kerana Islam juga melarang untuk

mengikuti cara ataupun budaya mereka yang bukan Islam yang jelas melanggar syariat

meskipun niat hanya untuk mewujudkan silaturrahim sekalipun. Hal ini kerana niat

tidak menghalalkan cara dan untuk memelihara akidah kita sebagai umat Islam. Antara

perkara yang umat Islam tidak ``boleh lakukan adalah seperti mengikuti cara

sembahan agama Hindu walaupun dengan niat hanya ingin menghormati mereka. Di

sini jelas tentang pengharaman perkara tersebut kerana melibatkan aqidah berdasarkan

hadis Rasulullah SAW:

،‫ َع ْن ُسلَْي َما َن‬،َ‫ َع ْن ُش ْعبَة‬،‫ َحدَّثَنَا ُُمَ َّم ُد بْ ُن َج ْع َف ٍر‬،‫َحدَّثَنَا بِ ْشُر بْ ُن َخالِ ٍد‬
ُ‫ املَْرء‬:‫ال‬ َ َ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم أَنَّهُ ق‬
َ ‫َّب‬ َّ ‫ َع ْن َعْب ِد‬،‫َع ْن أَِِب َوائِ ٍل‬
ِ‫ َع ِن النِ م‬:ِ‫اَّلل‬
‫ب‬َّ ‫َح‬َ ‫َم َع َم ْن أ‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Sahīh Bukhārī. Bāb 'Alāmatu Hubbillāh
'azzawajalla. No Hadis 6168)

Maksudnya:

“Daripada Bishru bin Khalid, daripada Muhammad bin


Jaàfar, daripada Syu`bah, daripada Sulaiman, daripada Abi Wail,
daripada Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya seseorang itu akan selalu bersama dengan orang yang
ia cintai.”

Menurut Imam Bukhari (2010) tentang hadis ini, telah dikhabarkan Abu Musa al-

Asyàri RA bahawa beberapa sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: “Seorang

lelaki menyukai akan sesuatu kaum tetapi tidak mengikuti mereka”. Maksudnya di

sini ialah seorang lelaki menyukai orang-orang soleh yang rajin beribadah, akan
31

tetapi dia tidak dapat melakukan pekara yang sama dengan perbuatan baik mereka.

Jadi apa yang dia lakukan wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab:

“Sesungguhnya seseorang itu akan selalu bersama dengan orang yang ia cintai”.

Maksudnya di sini ialah mereka akan bersama-sama dengan apa yang mereka cintai.

Sekiranya mereka mencintai orang yang berbuat kebaikan, maka mereka akan

bersama dengan mereka yang melakukan kebaikan. Jika mereka mencintai orang

yang kufur, maka mereka akan bersama-sama dengan mereka yang kufur.

Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai contoh

memberi ucapan Merry Christmas kepada mereka yang menyambutnya walaupun

ianya terdapat pelbagai khilaf dari para Fuqaha` terutamanya dari ulama kontemporari.

Walaubagaimanapun, ulama yang berpendapat boleh dan tidak boleh untuk

mengucapkan Merry Christmas telah bersepakat untuk tidak mengiktiraf agama lain

selain agama Islam dan bersepakat untuk menjaga kesucian Islam. Ulama yang

berpendapat tidak boleh mengucapkannnya adalah kerana mempunyai unsur-unsur

percanggahan dengan agama Islam. Manakala menurut ulama yang membenarkan

pengucapan tersebut adalah hanya sekadar perhubungan manusiawi dan tidak lebih

daripada itu sepertimana mereka memberi ucapan hari raya kepada umat Islam tidak

bermaksud mereka mengiktiraf agama Islam tetapi atas dasar kemanusiaan

berdasarkan firman Allah SWT:

‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫َّ ي‬


ُ ُّ‫ين ََل يُ َقاتلُوُكم يِف ال ردي ين َوََل ُُي ير ُجوُكم من د ََي يرُكم أَن تََب‬
‫وهم‬ َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬َّ ‫ََل يَن َها ُك ُم‬
‫ي‬ ‫يي‬ ُّ ‫اَّللَ ُيُي‬
َّ ‫َوتُق يسطُوا إيلَي يهم إي َّن‬
َ ‫ب ال ُمقسط‬
32

Maksudnya:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak
(pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang berlaku adil.”

Surah al-Mumtahanah (60): 8

Menurut Imam Ibn Kathir (2011) bahawa ayat ini menunjukkan tentang galakkan

untuk berbuat baik kepada pemeluk agama lain selain Islam. Akan tetapi galakkan ini

hanya tertumpu kepada mereka yang tidak memusuhi Islam, menghalau umat Islam

dari tempat tinggal mereka, memerangi kaum wanita dan orang yang lemah dari

mereka. Malah Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang berbuat baik dan

berlaku adil terhadap semua manusia.

Pengkaji berpendapat bahawa setiap perkara ataupun perbuatan yang tidak melibatkan

akidah adalah tiada masalah untuk kita meraihkannya. Akan tetapi, untuk perkara yang

melibatkan akidah adalah perlu untuk kita berhati-hati kerana ditakuti akan

membatalkan syahadah. Walaubagaimanapun, kita perlu untuk menjaga syariat Islam

dengan sebaiknya dengan tidak membenarkan perkara-perkara yang dilarang oleh

Allah SWT walaupun dengan niat dan tujuan yang baik.

3. Batas Aurat Terhadap Non-Muslim

Perlu juga diketahui bahawa pergaulan dengan mereka yang bukan beragama Islam

yang sama mahramnya ada batas antaranya dari segi penjagaan aurat. Imam Zakariyya

al-Ansari Rahimahullah menyebut dalam kitabnya Asna al-Matalib mengatakan

wanita muslimah itu berhijab di hadapan wanita kafir sebagai satu kewajipan. Kita
33

sedia maklum bahawa aurat dengan yang bukan mahram ataupun ajnabi adalah haram

hukumnya untuk kita tontonkan. Begitu juga dengan golongan yang bukan beragama

Islam, haram aurat tersebut dipertontonkan. Para ulama Feqh dan Imam Syafie juga

berpendapat bahawa aurat wanita muslimah pada pandangan wanita kafirah adalah

seperti aurat wanita pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka

dan dua tapak tangan. Hal ini kerana untuk mengelakkan dari beberapa kemungkinan

antaranya ditakuti wanita ataupun lelaki yang bukan mahram tersebut akan

menceritakan rupa paras wanita muslimah itu kepada lelaki ajnabi atau bukan muslim.

Konteks pada zaman dahulu, mereka yang bukan Islam sentiasa mencari bahan fitnah

ataupun membuka aib wanita muslimah pada zaman tersebut. Disebabkan itulah

hukum mereka ini disamakan dengan mereka yang bukan mahram sebagaimana

firman Allah SWT:

‫ين يزينَتَ ُه َّن إيَل َما‬ ‫ي‬ ‫ات ي غضضن يمن أَب ي‬ ‫ي ي ي‬
َ ‫وج ُه َّن َوَل يُبد‬ َ ‫صا يره َّن َوَُي َفظ َن فُ ُر‬ َ َ ُ َ َ‫َوقُل لل ُمؤمن‬
‫آَبئي يه َّن‬ ‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫يي‬ ‫ي ي‬ ‫ي‬
َ ‫ين يزينَ تَ ُه َّن إيَل لبُعُولَت يه َّن أَو‬
َ ‫ظَ َهَر من َها َوليَض يرب َن ِبُ ُم يره َّن َعلَى ُجيُوّب َّن َوَل يُبد‬
‫آَب يء بُعُولَتي يه َّن أَو أَب نَائييه َّن أَو أَب نَا يء بُعُولَتي يه َّن أَو إيخ َواِنيي َّن أَو بَيِن إيخ َواِنيي َّن أَو بَيِن‬
َ ‫أَو‬
‫ُوِل اإلربَية يم َن ري‬
‫الر َج يال أَ يو‬ ‫ي‬ ‫أ يي ي ي‬
‫ي َغ يري أ ي‬ َ ‫َخ َواِت َّن أَو ن َسائ يه َّن أَو َما َملَ َكت أَميَا ُِنُ َّن أَ يو التَّابيع‬
َ
‫ي يمن‬ ‫ي‬ ‫ي ي‬ ‫ي ي ي‬ ‫ي َّ ي‬
َ ‫ين ََل يَظ َه ُروا َعلَى َعوَرات النر َساء َوَل يَض يرب َن يِبَر ُجل يه َّن ليُعلَ َم َما ُُيف‬ َ ‫الطرف يل الذ‬
‫َج ًيعا أَيُّ َها ال ُمؤيمنُو َن لَ َعلَّ ُكم تُفلي ُحون‬ ‫اَّللي َي‬
َّ ‫يزينَتي يه َّن َوتُوبُوا إي ََل‬

Maksudnya:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya


menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
34

mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
mereka (sesama muslim), atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya”.

Surah al-Nur (24): 31

Menurut Imam Ibnu Kathir (2015) mengenai ayat ini, bahawa seorang wanita

muslimah boleh untuk menampakkan auratnya dengan wanita muslimah dan bukan

dengan wanita kafirah Ummi agar mereka tidak menceritakan keadaan aurat wanita

muslimah itu kepada lelaki-lelaki mereka. Perkara ini dilarang terhadap semua wanita

terutamanya wanita kafirah Zimmi yang lebih berat larangannya. Di sini jelas bahawa

Allah SWT telah menghadkan kebebasan aurat wanita Islam dalam ruang lingkup

tertentu seperti auratnya dengan wanita bukan Islam adalah sama sahaja dengan lelaki

bukan mahram.

Namun begitu, terdapat juga ulama seperti Dato` Yusuf al-Qardhawi yang

berpendapat boleh untuk menunjukkan aurat bagi mereka yang tinggal serumah iaitu

di bahagian kepalanya sahaja, selain daripada itu iaitu dari badan sehingga ke buku

lali perlu ditutup selagimana ia tidak mendatangkan fitnah ataupun keaiban.

Walaubagaimanapun, interaksi orang Islam dengan mereka yang bukan beragama

Islam sangat digalakkan dan mesti menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka.
35

Pengkaji berpendapat bahawa sebagai wanita muslimah seharusnya perlu cuba untuk

mengelakkan daripada tinggal serumah bersama dengan wanita non-Muslim. Bukan

kerana wujudnya sikap rasis terhadap mereka, akan tetapi atas sebab-sebab tertentu

terutamanya bab aurat dan sebagainya. Namun sekiranya tidak boleh dielakkan, maka

perlu menjaga batas-batas aurat terhadap non-Muslim yang telah ditetapkan syarak.

4. Batas Penerimaan Pandangan Non-Muslim

Apabila hidup dalam kelompok yang pelbagai mesti terdapat pendapat-pendapat

ataupun pandangan-pandangan dari kaum dan bangsa tertentu yang berlainan agama.

Islam tidak melarang ataupun mewajibkan untuk menerima pandangan golongan yang

bukan Islam kerana tidak ada nas yang jelas lagi sorih mengenainya. Namun terdapat

nas umum seperti:

ٍ ‫ض ُهم أَولييَاءُ بَع‬


‫ض َوَمن‬ ‫ي‬
ُ ‫َّص َارى أَوليَاءَ بَع‬
َ ‫ود َوالن‬
‫ي‬
َ ‫ين َآمنُوا ََل تَتَّخ ُذوا اليَ ُه‬
‫َّ ي‬
َ ‫ََي أَيُّ َها الذ‬
‫يي‬ ‫ي‬ َّ ‫يَتَ َوََّّلُم يمن ُكم فَيإنَّهُ يمن ُهم إي َّن‬
َ ‫اَّللَ ََل يَهدي ال َقوَم الظَّالم‬
‫ي‬
Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil


orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah
mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan
sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka
sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah
tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

Surah al-Ma`idah (5): 51

Menurut Imam Ibn Kathir (2015) bahawa Allah SWT melarang hamba-Nya

menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin mereka. Hal ini

kerana mereka adalah golongan-golongan yang memusuhi Islam dan penganutnya.


36

Allah SWT juga memberitahu bahawa mereka yang bersahabat dengan kaum Yahudi

dan Nasrani akan menjadi sebahagian dari kaum mereka. Allah SWT mengancam dan

menjanjikan seksaan bagi mereka-mereka yang melakukan perkara tersebut.

Pengkaji berpendapat jelasnya ayat berikut bahawa Allah SWT melarang umat Islam

bersekutu dengan mereka yang bukan Islam dalam bab-bab yang menyalahi ajaran

Islam atau perkara yang membantu mereka untuk menghancurkan agama Islam.

Walaubagaimanapun, menerima pendapat atau pandangan yang bukan Islam adalah

harus selagimana ia tidak berkait dengan agama atau meruntuhkan agama Islam.

2.4 Punca-Punca Konflik Antara Perbezaan Agama

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi apabila hidup bersama dengan

masyarakat yang berbilang bangsa. Menurut Mohd Roslan Mohd Nor (2011), cabaran

tersebut bukan sahaja hadir dalam bentuk serangan fizikal semata-mata, malah turut

melibatkan serangan pemikiran. Perkara tersebut berlaku adalah kerana dari

momokkan segelintir pihak tertentu dengan propaganda seperti Islamfobia, golongan

ekstrim dan sebagainya di mana sedikit sebanyak telah menggugat hubungan baik

antara pelbagai agama di Malaysia. Perkara seperti ini perlu dibendung demi

mewujudkan keharmonian dalam negara. Berikut merupakan punca berlakunya

konflik antara perbezaan agama:


37

1. Diskriminasi

Diskriminasi adalah cara layanan yang tidak adil terhadap sesuatu individu atas sebab

individu tersebut berada dalam kelompok yang berbeza. Menurut Padly Alpatanni

(2015), diskriminasi wujud adalah kerana sifat ekstrim agama, bangsa serta gaya hidup

mereka yang tidak disukai. Manakala menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (2015),

menghalang hak asasi sesuatu individu untuk mengamalkan agamanya adalah

termasuk dalam sikap diskriminasi terhadap agama.

Pengkaji mendapati perkara seperti ini berlaku adalah disebabkan sifat manusia yang

berfikiran bahawa setiap manusia perlu berada di atas landasan yang sama dan tidak

boleh mengamalkan kehidupan yang berbeza. Sedangkan kita sebagai manusia

digalakkan untuk meraih kepelbagaian budaya dan agama untuk mewujudkan

kehidupan yang aman dan bukan saling bermusuhan. Diskriminasi ini berlaku bermula

dengan prasangka yang suka membezakan sesuatu kelompok dengan kelompok yang

lain. Sebagai contoh, menurut kajian lepas bahawa individu yang paling sedikit

mencatatkan kadar panggilan temuduga ialah kaum India bagi sektor swasta,

sedangkan kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja mereka

setaraf dari segi kelayakan dalam tuntutan kerjaya. Perkara ini dibuktikan dengan tidak

hanya melalui kajian secara rambang, malah diambil insiatif melalui pengalaman

mereka yang ditindas (Huda, Astro Awani, 2019). Oleh itu, pengkaji berpendapat

bahawa berlakunya perpecahan antara kaum dan agama adalah kerana sikap manusia

yang lebih mementingkan kelompok sendiri serta mengabaikan hak asasi manusia

yang tidak sewajarnya diperlakukan.


38

2. Sikap Prejudis

Prejudis merupakan satu persepsi sama ada positif mahupun negatif terhadap sesuatu

kaum, agama dan sebagainya yang tidak berasaskan maklumat yang rasional yang

mampu mewujudkan jurang pemisah antara agama dan kaum. Secara tidak langsung,

perkara seperti ini telah merencatkan usaha-usaha dalam perpaduan antara satu sama

lain. Pengkaji berpendapat bahawa sikap prejudis ini berlaku adalah kerana

keengganan sesuatu kelompok itu sendiri untuk bergaul dengan kelompok yang lain

sehingga menimbulkan tanggapan negatif yang tidak berasas. Bak kata pepatah, “Tak

kenal, maka tak cinta”. Sebagai contoh, menurut kajian lepas Amir Asyraff dan Mary

Fatimah Subet (2018) yang telah menganalisis sebuah karya berkonsepkan ‘Indie’.

Indie merupakan singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “independent”

yang membawa maksud bebas atau merdeka. Dalam konsep sastera pula membawa

erti hasil karya yang bersifat komersial. Karya Indie tersebut bertajuk “Novel Kunang

Pesisir Morten” yang mana dikatakan telah mempengaruhi masyarakat untuk prejudis

terhadap kelompok yang lain. Namun begitu, tuduhan tersebut adalah tidak benar

kerana hanya pada awal novel tersebut sahaja terkandung cerita mengenai kaum

Melayu, kaum Cina dan kaum India yang dianggap boleh mendorong masyarakat

untuk saling tidak sependapat kerana gaya hidup mereka yang berbeza.

Walaubagaimanapun, pada pengakhiran karya ini menceritakan bahawa ketiga-tiga

kaum tersebut berjaya menerima antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi

gaya kehidupan mereka.

Pengkaji berpendapat bahawa perlunya masyarakat untuk bercampur dengan

masyarakat yang berbeza agama dan bangsa untuk mengenal antara satu sama lain
39

agar tidak menimbulkan persepsi yang tidak berasas. Menurut Mutsalim & Jaffary

(2014) telah menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk menentukan cara

kehidupan tersendiri serta mendapat layanan yang baik. Namun hak-hak tersebut mesti

berpaksikan kepada asas keadilan dan bukan persamaan secara mutlak. Kajian lepas

yang dilakukan Azizan (2014) mengenai majoriti rakyat Malaysia mempunyai tahap

pengetahuan berkenaan agama sendiri serta agama lain yang tinggi dan mempunyai

persepsi positif antara penganut pelbagai agama di Malaysia. Walaupun masyarakat

Malaysia didapati memiliki tahap prejudis yang rendah, akan tetapi isu-isu yang boleh

memberi kesan terhadap agama mereka tetap menjadi tumpuan yang utama. Dengan

erti kata lain, meskipun masyarakat faham dan tidak prejudis agama, namun isu-isu

yang berkaitan dengan agama boleh membawa ketidakselesaan terhadap pelbagai

agama di Malaysia. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa prejudis adalah tindakan

yang tidak rasional kerana akan mewujudkan prasangka yang negatif terhadap

kelompok yang lain sebagai satu ancaman, sedangkan Allah SWT mencipta hamba-

hamba-Nya dengan pelbagai suku kaum yang berbeza dengan tujuan untuk umat-Nya

saling mengenali antara satu sama lain sebagaimana firman Allah SWT:

‫وَب َوقَبَائي َل ليتَ َع َارفُوا إي َّن‬ ‫ي‬


ً ُ‫َّاس إي ََّّن َخلَقنَا ُكم من ذَ َك ٍر َوأُن ثَى َو َج َعلنَا ُكم ُشع‬
ُ ‫ََي أَيُّ َها الن‬
‫اَّللي أَت َقا ُكم إي َّن َّ ي‬
َّ ‫أَكَرَم ُكم يعن َد‬
ٌ‫اَّللَ َعل ٌيم َخبيري‬
Maksudnya:

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari


seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.”

Surah al-Hujurat (49): 13


40

Menurut Imam Ibn Kathir (2014) tentang ayat ini bahawa Allah SWT menjadikan

manusia itu daripada seorang lelaki dan seorang wanita yang melakukan persetubuhan

lalu berlaku proses persenyawaan antara air mani lelaki dan wanita yang terjadi kepada

seluruh manusia melalui proses tersebut. Allah SWT juga menjadikan manusia dalam

keadaan pelbagai bangsa sehingga wujud pelbagai sistem kemasyarakatan seperti

budaya dan sebagainya. Dalam erti kata lain, pada asalnya Allah SWT menjadikan

manusia dari Nabi Adam AS dan isterinya seterusnya berkembang menjadi pelbagai

bangsa dan suku berpuak-puak. Hal ini kerana Allah SWT memerintahkan kepada kita

untuk saling berkenalan dan bukannya mencari perbezaan untuk meninggi diri atau

berbalah.

Justeru, pengkaji berpendapat bahawa antara hikmah Allah SWT menjadikan kita dari

pelbagai bangsa adalah untuk kita fahami tentang kehidupan bermasyarakat adalah

penting kerana kita sentiasa akan memerlukan antara satu sama lain. Selain itu, ia juga

mampu membantu ke arah pembangunan negara maju yang lebih baik dan secara tidak

langsung dapat memberikan kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara. Oleh itu,

kita haruslah bersatu padu dan mengambil berat antara satu sama lain demi memupuk

semangat toleransi.

3. Berbeza Pandangan

Kehidupan dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama merupakan satu

cabaran yang perlu dihadapi dengan baik sama ada dari sudut penerimaan gaya hidup

mereka yang berbeza mahupun cara mereka berfikir ataupun pendapat mereka.

Menurut Abdul Rahman Rukaini (2001), bersikap lapang dada untuk menghormati
41

dan membiarkan pemeluk agama lain untuk melaksanakan kepercayaan agama

masing-masing tanpa ada gangguan adalah sangat penting kerana hidup

bermasyarakat merupakan satu keperluan untuk membentuk kasih sayang. Pengkaji

berpendapat bahawa sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mempunyai

pelbagai bangsa dan agama perlu menerima serta memahami gaya hidup dan

kepercayaan yang berbeza antara satu sama lain agar tidak berlaku perkara yang

dikhuatiri seperti keganasan untuk menegakkan pandangan masing-masing dan

sebagainya. Sebagai contoh, menurut al-Mubarakfuri (2005) yang diambil

berdasarkan firman Allah SWT:

‫ض ُكلُّهم َي‬
‫َّاس َح ََّّت يَ ُكونُوا‬ ‫َج ًيعا أَفَأَن َ ي‬
َ ‫ت تُكرهُ الن‬ ُ ‫آلم َن َمن يِف األر ي‬
َ ‫ك‬ َ ُّ‫َولَو َشاءَ َرب‬
‫ي‬ ‫يي‬
َ ‫ُمؤمن‬
Maksudnya:

“Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di


bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar
mereka menjadi orang-orang yang beriman?”

Surah Yunus (10): 99

Menurut Imam Ibn Kathir (2016) tentang ayat ini bahawa Allah SWT tidak

mewajibkan atau membebankan hamba-Nya untuk memaksa semua manusia untuk

memeluk agama Islam. Allah SWT akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki dan

akan memberi petunjuk serta menyesatkan kepada sesiapa yang diingini- Nya.

Sekiranya Allah SWT berkehendak untuk menjadikan manusia sebagai satu umat, amat

mudah untuk Allah SWT lakukannya. Akan tetapi, Allah SWT tidak menghendakinya

dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan setiap hikmah yang dilakukan-Nya.
42

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, dapat difahami bahawa kepelbagaian pandangan

dan kepercayaan akan menimbulkan polemik antara manusia contohnya antara kaum

Muslimin dengan Kristian dalam isu kepercayaan terhadap Jesus, kenabian Rasulullah

SAW dan kedudukan bible sebagai wahyu. Setiap manusia ada kepercayaan yang

tersendiri yang kita perlu bersikap toleransi selagi mana ia tidak menggugat

kepercayaan kita. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu

memahami disiplin ilmu perbandingan agama maka toleransi dalam agama dan

hubungan antara agama akan jelas. Umat Islam itu tidak hanya dilihat cemerlang

dalam konteks hubungannya dengan Allah SWT sahaja, akan tetapi

kecemerlangannya juga terhadap hubungan sesama manusia.

4. Salah Faham Agama

Konflik antara agama merupakan isu yang sangat sensitif dalam kehidupan yang

pelbagai bangsa dalam negara Malaysia. Oleh kerana kepelbagaian itu merupakan satu

bentuk sunnatullah, maka sikap perpaduan adalah sangat perlu dipupuk bagi mengelak

daripada terjadinya konflik sesama sendiri. Menurut Nur Azuki (2015), antara punca

utama berlakunya konflik antara agama adalah disebabkan tiada keselarasan tentang

kefahaman dan penerimaan terhadap agama lain. Prinsip perpaduan dan persaudaraan

telah menjadi satu amalan di Malaysia yang mengiktiraf agama Islam merupakan

agama Persekutuan. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang

cenderung untuk melakukan provokasi sama ada dalam kalangan bukan Islam

mahupun dalam kalangan Muslim sendiri.


43

Pengkaji berpendapat bahawa ini juga antara hikmah Rasulullah SAW menjadi ketua

negara di Madinah yang bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Muslim, bahkan

terdapat juga golongan Yahudi, Nasrani dan bangsa Arab yang bukan Islam. Malah,

pada masa itu Yahudi merupakan pemegang ekonomi negara yang mana untuk

menunjukkan bahawa pentingnya mengamalkan konsep ta`ayush bagi mewujudkan

keharmonian masyarakat beragama seperti di Malaysia. Islam mengajar umatnya

untuk sedar tentang bentuk penyatuan yang diharuskan syarak dan sebaliknya agar

tidak timbul kekeliruan dalam kalangan mereka. Bahkan, kadangkala kekeliruan itu

sendiri berpunca daripada kejahilan terhadap perbezaan antara agama lain dengan

Islam itu sendiri.

2.5 Kesimpulan

Pengkaji dalam mengkaji definisi, punca-punca konflik, adab dan batas menghormati

agama mendapati bahawa pentingnya untuk memupuk sifat perpaduan dalam

kehidupan masyarakat majmuk demi keamanan sesebuah negara. Perkara ini juga

harus dilihat dengan pandangan yang positif tentang keunikan yang ada apabila hidup

dalam masyarakat yang pelbagai seperti berbezanya agama, budaya dan sebagainya.

Pengukuhan perpaduan sesebuah negara dapat dikecapi bergantung kepada kukuhnya

kontrak sosial yang dipegang antara kaum mengikut perundangan dan kekuatan

pemimpin dalam memimpin negara. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi dasar-

dasar yang dilaksanakan serta prinsip-prinsip asas Islam yang diamalkan dalam

memperkukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.


44

BAB TIGA

KEFAHAMAN PELAJAR FPPI KUIS TERHADAP MENGHORMATI


PERBEZAAN AGAMA MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN & AL-
SUNNAH

3.1 Pendahuluan

Pada bab ini pengkaji akan menganalisis kefahaman mahasiswa FPPI tentang

menghormati perbezaan agama menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah yang akan

melibatkan item-item seperti demografi responden, tahap kefahaman mahasiswa FPPI

terhadap menghormati perbezaan agama menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah

dan perlaksanaan adab mahasiswa FPPI terhadap non-Muslim. Dapatan kajian

mendapati seramai 100 responden mahasiswa FPPI daripada edaran soal selidik, 98%

responden faham mengenai adab menghormati penganut agama lain.

3.2 Analisis Data Demografi

Pada bahagian ini pengkaji akan menyatakan hasil dapatan kajian demografi

responden yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik. Maklum balas yang

diperolehi merangkumi beberapa aspek seperti jantina, umur, peringkat pengajian dan

jabatan bagi setiap responden.

3.2.1 Jantina

Dapatan kajian responden berdasarkan jantina secara keseluruhannya, seramai 100

responden telah menjayakan kajian ini yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.
45

Berdasarkan rajah di atas seramai 42 orang pelajar lelaki yang mewakili 38.5 %

manakala bagi pelajar perempuan seramai 58 orang mewakili 53.2%. Ini menunjukkan

jumlah pelajar perempuan FPPI melebihi pelajar lelaki dan soal selidik diedarkan

secara rawak dalam google form.

3.2.2 Umur

Dapatan kajian responden berdasarkan peringkat umur. Pengkaji telah

mengklasifikasikan umur kepada 4 peringkat dan mendapati bahawa majoriti

responden daripada peringkat umur 18 hingga 21 tahun seramai 14 orang yang

mewakili 12.8 %. Hal ini kerana pada peringkat tersebut kebiasaannya umur bagi

pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Manakala pada peringkat umur 22 hingga

25 tahun adalah seramai 82 orang yang mewakili 75.2%. Akhir sekali, pada peringkat

umur 26 tahun ke atas adalah seramai 4 orang mewakili 3.7% yang kebiasaannya pada

peringkat umur tersebut merupakan pelajar yang telah menamatkan pengajian.

3.2.3 Peringkat Pengajian

Seterusnya, dapatan kajian jumlah responden berdasarkan peringkat pengajian yang

diambil. Berdasarkan carta di atas jelas menyatakan pelajar yang mengambil Ijazah

Sarjana Muda mendahului pelajar yang lain dengan jumlahnya seramai 84 orang yang

mewakili 77.1% kerana pengkaji lebih banyak mengedarkan borang soal selidik

kepada rakan-rakan yang kebanyakannya daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Manakala, bagi pelajar diploma adalah seramai 16 orang yang mewakili 14.7%. Hal
46

ini kerana, pengkaji menumpukan responden dari kalangan pelajar Diploma dan Ijazah

Sarjana Muda.

3.2.4 Program Pengajian

Dapatan kajian mendapati pelajar daripada Jabatan al-Quran dan al-Sunnah dengan

Komunikasi iaitu seramai 72 orang yang mewakili 66.1%, manakala bagi pelajar

Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat seramai 8 orang mewakili 7.3%. Responden dari pelajar

Bahasa Arab dan Linguistik Arab adalah seramai 8 orang yang turut mewakili 7.3%.

Akhir sekali bagi pelajar Dakwah dan Usuluddin seramai 12 orang yang mewakili

11.0%. Ini menunjukkan pengkaji membahagikan purata soal selidik lebih ramai

daripada Jabatan al-Quran dan al-Sunnah dengan Komunikasi dan responden yang

lebih rendah adalah dari jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat serta jabatan Bahasa

Arab dan Linguistik Arab.

3.3 Analisis Dapatan Kajian

Di dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik untuk

menganalisis maklumat dengan menggunakan 5 skala iaitu sangat tidak setuju, tidak

setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sehubungan dengan itu, data yang

dianalisis diinterpretasikan skor min mengikut jadual di bawah.


47

Jadual 3.5 Parameter Pengukuran Min

Skor min Interpretasi

1.00-2.00 Rendah

2.01-3.00 Sederhana

3.01-4.00 Tinggi

4.01-5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Azhar Ahmad (2006)

3.3.1 Tahap Kefahaman Mahasiswa FPPI Terhadap Menghormati Perbezaan


Agama Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Secara umumnya, dapatan kajian ini diambil dari data deskriptif yang melibatkan nilai

min dijalankan bagi menentukan tahap kefahaman mahasiswa KUIS terhadap

menghormati perbezaan agama menurut al-Quran dan al-Sunnah di kalangan

mahasiswa FPPI seperti jadual berikut:

Jadual 3.6 Menganalisis Kefahaman Mahasiswa FPPI Terhadap Menghormati

Perbezaan Agama Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah

Kod Item Min

B1 Mendoakan kebaikan manusia tanpa mengira agama adalah 4.45

dibenarkan.

B2 Islam tidak menafi kewujudan agama lain. 4.24

B3 Berbeza agama bukan alasan untuk bermusuhan. 4.74


48

B4 Menghormati dan mengiktiraf kepercayaan agama lain adalah 4.50

dua perkara yang berbeza.

B5 Menghina kepercayaan agama lain adalah tidak dibenarkan. 4.53

B6 Hikmah saling menghormati tanpa mengira agama adalah 4.71

untuk mewujudkan keamanan.

B7 Islam mengajar untuk memelihara hak asasi manusia tanpa 4.56

mengira agama.

B8 Menerima pandangan penganut agama lain yang tidak 4.21

bertentangan dengan syariat adalah dibenarkan.

B9 Berkawan dengan mereka yang memusuhi Islam adalah tidak 3.82

dibenarkan.

B10 Aurat wanita muslimah terhadap wanita bukan Islam sama 4.51

seperti aurat kepada lelaki ajnabi.

Sumber: Soal Selidik (2021)

Jadual 3.2 menunjukkan purata keseluruhan bagi soalan-soalan berkaitan kefahaman

mahasiswa FPPI terhadap menghormati perbezaan agama menurut al-Quran dan al-

Sunnah. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan responden faham dengan soalan

yang pengkaji kemukakan.

Melalui dapatan kajian juga dapat dilihat purata yang tinggi ialah pada soalan B1, B2,

B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9 dan B10. Bagi soalan B1 iaitu ‘Mendoakan kebaikan

manusia tanpa mengira agama adalah dibenarkan’ telah mendapat min sebanyak 4.45.

Di sini jelas menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan kenyataan bahawa


49

Islam membenarkan umatnya mendoakan kebaikan masyarakat tanpa mengira agama.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri mendoakan kepada kaum kafirun iaitu kaum kabilah

Daus agar diberikan hidayah seperti yang telah diterangkan pada bab sebelumnya serta

bertepatan dengan hadis yang berstatus sahih iaitu:

َ َ‫ ق‬،‫الرَحَ ين‬
:‫ال‬ َّ ‫ أ‬،‫الزََّن يد‬
َّ ‫َن َعب َد‬ ‫ َحدَّثَنَا أَبُو ري‬،‫ب‬ ‫ي‬
ٌ ‫ أَخ ََبََّن ُش َعي‬،‫َحدَّثَنَا أَبُو اليَ َمان‬
‫ َعلَى‬،ُ‫ قَ يد َم طَُفي ُل ب ُن َعم ٍرو الدَّو يس ُّي َوأَص َحابُه‬:ُ‫اَّللُ َعنه‬
َّ ‫ال أَبُو ُهَري َرةَ َر يض َي‬
َ َ‫ق‬
‫ول َّي‬
َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ فَ َقالُوا‬،‫صلَّى هللاُ َعلَي يه َو َسلَّ َم‬
،‫صت َوأَبَت‬ َ ‫ إي َّن َدو ًسا َع‬،‫اَّلل‬ َ ‫َّب‬‫الني ير‬
".‫ "اللَّ ُه َّم اه يد َدو ًسا َوأ يت ّبييم‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬،‫س‬ ٌ ‫ َهلَ َكت َدو‬:‫يل‬
‫ي‬
َ ‫ فَق‬،‫اَّللَ َعلَي َها‬
َّ ُ‫فَادع‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Fathul Manàm. Bāb ad-du'ā lil musyrikīn bil
hudā līyutakhlifīhim. No Hadis 2937)

Maksudnya:

“Daripada Abu Yaman, Syuaib mengkhabarkan kepada


kami, daripada Abu az-Zinad, bahawa Abdurrahman berkata: Abu
Hurairah R.A berkata: Thufail bin Amr ad-Dausi dan para
sahabatnya datang kepada Rasulullah SAW, lalu mereka berkata:
Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya suku Daus ingkar dan
enggan (masuk Islam), maka doakanlah keburukan ke atas mereka.
Ada yang mengatakan: Celakalah Daus! Rasulullah SAW berdoa:
Ya Allah berikanlah hidayah kepada suku Daus dan datangkanlah
mereka (dalam keadaan Islam).”

Rasulullah SAW tidak mengajar umatnya untuk mendoakan keburukan terhadap

orang lain walaupun mereka menzalimi kita. Malah, Rasulullah SAW menggalakkan

kita untuk sentiasa mendoakan kebaikan terhadap masyarakat lain agar diberikan

hidayah. Sekaligus kita telah menyebarkan kebaikan dan menjadi asbab terhadap

kebaikan tersebut berlaku.


50

Seterusnya, bagi soalan B2 iaitu ‘Islam tidak menafi kewujudan agama lain’ telah

mendapat min sebanyak 4.24 yang mana menunjukkan bahawa pelajar-pelajar FPPI

memahami bahawa Islam tidak memaksa untuk menganuti ajaran agama Islam. Ini

bertepatan dengan dalil yang telah diterangkan pada bab yang terdahulu sepertimana

firman Allah SWT:

‫ََل إيكَراهَ يِف ال ريدي ين‬


Maksudnya:

“Tiada paksaan dalam agama.”

Surah al-Baqarah (2): 256

Selain itu, bagi soalan B3 iaitu ‘Berbeza agama bukan alasan untuk bermusuhan’ telah

mendapat min tertinggi sebanyak 4.74. Ini menunjukkan bahawa para pelajar FPPI

memahami tidak boleh untuk kita bermusuhan dengan penganut agama lain hanya

kerana mereka berbeza dengan kita. Bahkan Islam itu sendiri mempromosikan

kedamaian dan hidup secara aman. Hal ini berlaku kerana berpunca daripada

pemikiran yang melampau dalam memahami atau mengamalkan agama. Justeru,

kepelbagaian itu wajar diterima seadanya dengan sikap positif bahawa fenomena

kemanusiaan yang berbangsa mengandungi hikmah untuk saling mengenali.

Seterusnya bagi soalan B4 iaitu ‘Menghormati dan mengiktiraf kepercayaan agama

lain adalah dua perkara yang berbeza’ telah mendapat min sebanyak 4.50. Ini jelas

menunjukkan bahawa pelajar FPPI kuis memahami tentang perbezaan menghormati

dan mengiktiraf kepercayaan agama lain itu. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa

definisi menghormati yang telah diperjelaskan pada bab yang kedua iaitu
51

menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang ketika bersama dengan orang lain

dengan menunjukkan sikap yang tidak sombong dan angkuh. Ungkapan hormat ini

diperolehi dalam kajian yang telah dilakukan oleh Melor Fauzita Md Yusoff (2016).

Manakala bagi istilah mengiktiraf pula menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4 ialah

mengakui akan perkara tersebut. Perlu kita ketahui bahawa Islam tidak mengiktiraf

segala kekufuran ataupun sembahan selain kepada Allah SWT. Maka jelaslah di sini

bahawa menghormati dan mengiktiraf merupakan dua perkara yang berbeza.

Bagi soalan B5 iaitu ‘Menghina kepercayaan agama lain adalah tidak dibenarkan’

telah mendapat min sebanyak 4.53. Dapatan kajian menjelaskan bahawa responden

FPPI bersetuju bahawa sebarang kejian terhadap agama lain adalah dilarang sama

sekali dalam agama Islam. Hal ini bertepatan dengan dalil yang telah dijelaskan pada

bab dua sepertimana firman Allah SWT:

‫ك َزيَّنَّا لي ُك يرل‬ ‫ي‬ َّ ‫اَّللي فَيَ ُسبُّوا‬


َ ‫اَّللَ َعد ًوا بيغَ يري يعل ٍم َك َذل‬ َّ ‫ون‬ ‫وََل تَسبُّوا الَّ يذين يدعو َن يمن ُد ي‬
ُ َ َ ُ َ
‫أ َُّم ٍة َع َملَ ُهم ُُثَّ إي ََل َررّبييم َمريجعُ ُهم فَيُنَ بيرئُ ُهم يبَا َكانُوا يَع َملُو َن‬
Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain


Allah SWT, kerana mereka nanti akan memaki Allah SWT dengan
melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami
jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada
Tuhan tempat kembali mereka, kemudian Dia akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Surah Al-An`am (6): 108

Pengkaji berpendapat bahawa Islam melarang kita menghina kepercayaan agama lain

kerana untuk menjaga kesejahteraan agama kita itu sendiri agar tidak dipandang
52

rendah oleh penganut agama lain sekaligus untuk menghentikan penghinaan daripada

terus berlaku. Sebagai umat Islam wajarlah untuk kita menunjukkan contoh teladan

yang baik terhadap masyarakat penganut agama lain agar mereka lebih tertarik untuk

mengenali Islam.

Seterusnya bagi soalan B6 iaitu ‘Hikmah saling menghormati tanpa mengira agama

adalah untuk mewujudkan keamanan’ telah mendapat min sebanyak 4.71 yang

menunjukkan pelajar FPPI sedia maklum bahawa Islam mendidik umatnya untuk

saling memuliakan tanpa mengambil kira perbezaan agama dengan tidak mencetuskan

konflik. Bahkan, Islam juga membanteras sebarang bentuk keganasan yang tidak

berasas bagi mengelakkan berlakunya perbalahan antara satu sama lain.

Bagi soalan B7 iaitu ‘Islam mengajar untuk memelihara hak asasi manusia tanpa

mengira agama’ dengan min sebanyak 4.56. Ini menunjukkan responden pelajar FPPI

memahami bahawa Islam mengajar kita untuk menjaga hak asasi semua manusia tanpa

mengukur sesebuah agama demi keamanan bersama. Oleh sebab itu, sesiapa yang

berlaku adil kepada setiap manusia bermaksud dia telah melaksanakan perintah Allah

SWT sepertimana firman-Nya:

‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫َّ ي‬


ُ ُّ‫ين ََل يُ َقاتلُوُكم يِف ال ردي ين َوََل ُُي ير ُجوُكم من د ََي يرُكم أَن تََب‬
‫وهم‬ َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬َّ ‫ََل يَن َها ُك ُم‬
َ‫ي‬ ‫يي‬ ُّ ‫اَّللَ ُيُي‬
َّ ‫َوتُق يسطُوا إيلَي يهم إي َّن‬
َ ‫ب ال ُمقسط‬
Maksudnya:

“Allah SWT tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku
adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak
53

(pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah SWT menyukai


orang-orang yang berlaku adil.”

Surah al-Mumtahanah (60): 8

Pada pendapat pengkaji bahawa Islam mendidik umatnya untuk memelihara hak-hak

manusia tanpa mengira agama selagimana mereka tidak melibatkan diri dalam

permusuhan terhadap Islam. Bahkan dalam peradaban Islam juga sangat menjaga hak-

hak penganut agama lain dengan memuliakan setiap manusia serta bertegas melarang

kezaliman. Hak-hak penganut agama lain yang tinggal di bawah negara-negara Islam

perlu dipelihara serta telah menjadi kewajiban untuk kita menjaganya.

Bagi soalan B8 iaitu ‘Menerima pandangan penganut agama lain yang tidak

bertentangan dengan syariat adalah dibenarkan’ telah mendapat min sebanyak 4.21.

Majoriti responden bersetuju bahawa sebagai umat Islam, dibolehkan untuk menerima

pandangan penganut agama lain selagimana tidak menyalahi syariat Islam. Allah SWT

tidak melarang umat Islam bersependapat dengan penganut lain dengan syarat mereka

tidak mengancam Islam serta umatnya. Hal ini kerana, asas toleransi sebegini

menyebabkan tamadun Islam berkembang di mana penganut agama lain melihat

bagaimana Islam membina tamadun tanpa prejudis. Bahkan memberi ruang untuk

bersama menyumbang kepada pembinaan kemajuan dan ketamadunan dunia.

Seterusnya, soalan B9 iaitu ‘Berkawan dengan mereka yang memusuhi Islam adalah

tidak dibenarkan’ telah mendapat min sebanyak 3.82. Ini menunjukkan yang mereka

faham bahawa sebagai umat Islam dilarang bersahabat dengan mereka yang memusuhi

Islam sepertimana yang telah diterangkan pada bab sebelumnya, firman Allah SWT:
54

‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫َّ ي‬


ُ ُّ‫ين ََل يُ َقاتلُوُكم يِف ال ردي ين َوََل ُُي ير ُجوُكم من د ََي يرُكم أَن تََب‬
‫وهم‬ َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬
َّ ‫ََل يَن َها ُك ُم‬
‫ين قَاتَلُوُكم يِف‬ ‫َّ ي‬ َّ ‫ إيََّّنَا يَن َها ُك ُم‬٨ ‫ي‬ ‫يي‬ ُّ ‫اَّللَ ُيُي‬
َّ ‫َوتُق يسطُوا إيلَي يهم إي َّن‬
َ ‫اَّللُ َع ين الذ‬ َ ‫ب ال ُمقسط‬
‫ي‬ ‫ي ي‬ ‫ي‬
َ ‫اه ُروا َعلَى إيخَراج ُكم أَن تَ َولَّوُهم َوَمن يَتَ َوََّّلُم فَأُولَئي‬
‫ك‬ َ َ‫ال ردي ين َوأَخَر ُجوُكم من د ََي يرُكم َوظ‬
٩‫ن‬ َ ‫ُه ُم الظَّالي ُمو‬
Maksudnya:

“Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu),
dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah
hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang
yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir
kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Surah al-Mumtahanah (60): 8-9

Islam melarang untuk kita bersikap toleransi terhadap perkara yang memperlekehkan

hal ehwal agama. Bahkan, zalim dan tidak beriman seseorang yang meletakkan

sanjungan kepada mereka yang memerangi Allah SWT dan Rasulullah SAW

sepertimana dalil yang diberikan di atas.

Akhir sekali, soalan bagi B10 iaitu ‘Aurat wanita muslimah terhadap wanita bukan

Islam sama seperti aurat kepada lelaki ajnabi’ telah mendapat min sebanyak 4.51 yang

menunjukkan pelajar FPPI memahami bahawa batas aurat seorang wanita muslimah

terhadap lelaki dan wanita penganut agama lain itu adalah sama hukumnya terhadap

lelaki ajnabi iaitu haram untuk kita perlihatkan tanpa keperluan yang tertentu. Ini

kerana Islam sangat memuliakan serta memelihara maruah wanita. Hal ini bertepatan
55

dengan dalil yang diterangkan dalam bab yang terdahulu sebagaimana firman Allah

SWT:

‫ين يزينَتَ ُه َّن إيَل َما‬ ‫ي‬ ‫ات ي غضضن يمن أَب ي‬ ‫ي ي ي‬
َ ‫وج ُه َّن َوَل يُبد‬ َ ‫صا يره َّن َوَُي َفظ َن فُ ُر‬ َ َ ُ َ َ‫َوقُل لل ُمؤمن‬
‫آَبئي يه َّن‬ ‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫يي‬ ‫ي ي‬ ‫ي‬
َ ‫ين يزينَ تَ ُه َّن إيَل لبُعُولَت يه َّن أَو‬
َ ‫ظَ َهَر من َها َوليَض يرب َن ِبُ ُم يره َّن َعلَى ُجيُوّب َّن َوَل يُبد‬
‫آَب يء بُعُولَتي يه َّن أَو أَب نَائييه َّن أَو أَب نَ ياء بُعُولَتي يه َّن أَو إيخ َواِنيي َّن أَو بَيِن إيخ َواِنيي َّن أَو بَيِن‬
َ ‫أَو‬
‫ُوِل اإلربَية يم َن ري‬
‫الر َج يال أَ يو‬ ‫ي‬ ‫أ يي ي ي‬
‫ي َغ يري أ ي‬ َ ‫َخ َواِت َّن أَو ن َسائ يه َّن أَو َما َملَ َكت أَميَا ُِنُ َّن أَ يو التَّابيع‬
َ
‫ي يمن‬ ‫ي‬ ‫ي ي‬ ‫ي ي ي‬ ‫ي َّ ي‬
َ ‫ين ََل يَظ َه ُروا َعلَى َعوَرات النر َساء َوَل يَض يرب َن يِبَر ُجل يه َّن ليُعلَ َم َما ُُيف‬ َ ‫الطرف يل الذ‬
‫َج ًيعا أَيُّ َها ال ُمؤيمنُو َن لَ َعلَّ ُكم تُفلي ُحون‬ ‫اَّللي َي‬
َّ ‫يزينَتي يه َّن َوتُوبُوا إي ََل‬
Maksudnya:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya


menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
mereka (sesama muslim), atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya”.

Surah al-Nur (24): 31


56

3.3.2 Tahap Perlaksanaan Adab Mahasiswa FPPI Terhadap Non-Muslim

Secara umumnya, dapatan kajian ini diambil dari data deskriptif yang melibatkan nilai

min dijalankan bagi menentukan tahap perlaksanaan adab responden terhadap non-

Muslim di kalangan mahasiswa FPPI seperti jadual berikut:

Jadual 3.7 Mengkaji Tahap Perlaksanaan Adab Mahasiswa FPPI Terhadap

Non-Muslim

Kod Item Min

C1 Saya menghormati sembahan agama lain. 3.49

C2 Saya tidak pernah mencerca agama yang dianuti oleh bangsa lain. 3.49

C3 Saya tidak pernah menyembah apa yang penganut agama lain 3.31

sembah.

C4 Saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada setiap manusia tanpa 3.72

mengira agama.

C5 Saya tidak membantu penganut agama lain yang berada dalam 2.25

kesusahan.

C6 Saya sentiasa menutup aurat apabila bersama dengan non-Muslim. 4.56

C7 Saya bersikap prejudis terhadap penganut agama lain. 1.74

C8 Saya tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk menganuti 3.43

ajaran Islam.

C9 Saya pernah mengucapkan Merry Christmas kepada rakan non- 1.90

Muslim.

C10 Saya tidak mengikuti trend budaya non-Muslim yang melanggar 3.21

syariat.
57

Sumber: Soal Selidik 2021

Daripada jadual 3.3 di atas menunjukkan hasil kajian daripada jawapan responden

terhadap soalan-soalan yang berkaitan dengan tahap perlaksanaan adab mahasiswa

FPPI terhadap non-Muslim. Purata keseluruhan bagi soalan-soalan berkaitan tahap

perlaksanaan adab mahasiswa FPPI terhadap non-Muslim ini tidak melebihi 4.56.

Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan ramai responden FPPI yang melibatkan

diri dalam meraih kehidupan pelbagai masyarakat. Terdapat beberapa soalan yang

mendapat purata yang rendah daripada 3.00 iaitu soalan C5, C7, C9 mendapat nilai

min yang rendah bukan bermakna responden tidak faham soalan. Akan tetapi kerana

pengkaji ada menyatakan jawapan tidak pernah.

Melalui dapatan kajian juga dapat dilihat soalan yang mendapat purata tinggi adalah

C1, C2 dan C6. Soalan C1 iaitu ‘Saya menghormati sembahan agama lain’ dengan

min sebanyak 3.49. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden FPPI memahami

bahawa perlu menghormati sembahan penganut agama lain dan perkara itu tidak

bermaksud kita mengiktiraf atau turut menyembah apa yang mereka sembah, akan

tetapi sebagai tanda kita menerima kehidupan yang pelbagai demi kesejahteraan

bersama. Soalan C3 iaitu ‘Saya tidak pernah menyembah apa yang penganut agama

lain sembah’ yang memperolehi min sebanyak 3.31 iaitu lebih rendah dari soalan C1

kerana saling berkait rapat antara satu sama lain yang mana terdapat perbezaan antara

menghormati sembahan agama lain dan menyembah sembahan agama lain. Sebagai

umat Islam wajar untuk kita mewujudkan sikap toleransi dalam memberikan hak
58

kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing berdasarkan

firman Allah SWT:

‫ك َزيَّنَّا لي ُك يرل‬ ‫ي‬ َّ ‫اَّللي فَيَ ُسبُّوا‬


َ ‫اَّللَ َعد ًوا بيغَ يري يعل ٍم َك َذل‬ َّ ‫ون‬ ‫وََل تَسبُّوا الَّ يذين يدعو َن يمن ُد ي‬
ُ َ َ ُ َ
‫أ َُّم ٍة َع َملَ ُهم ُُثَّ إي ََل َررّبييم َمريجعُ ُهم فَيُنَ بيرئُ ُهم يبَا َكانُوا يَع َملُو َن‬
Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain


Allah SWT, kerana mereka nanti akan memaki Allah SWT dengan
melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami
jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada
Tuhan tempat kembali mereka, kemudian Dia akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Surah Al-An`am (6): 108

Islam mengajar untuk saling mengasihi dan menunjukkan akhlak yang baik kepada

semua manusia tanpa mengira agama. Islam juga telah menjelaskan kepada umatnya

bahawa sikap saling menghormati ini bukan sahaja terhadap mereka yang seagama

dengan kita, malah terhadap agama lain juga.

Seterusnya bagi soalan C2 iaitu ‘Saya tidak pernah mencerca agama yang dianuti oleh

bangsa lain’ mendapat nilai min sebanyak 3.49. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa responden FPPI tidak pernah mencerca agama yang dianuti penganut agama

lain kerana mereka semua memahami bahawa sebagai seorang muslim tidak boleh

mencerca agama lain. Hal ini bertepatan dengan dalil yang telah diterangkan pada bab

dua bahawa Allah SWT melarang perlakuan tersebut berdasarkan firman-Nya:


59

‫ك َزيَّنَّا لي ُك يرل‬ ‫ي‬ َّ ‫اَّللي فَيَ ُسبُّوا‬


َ ‫اَّللَ َعد ًوا بيغَ يري يعل ٍم َك َذل‬ َّ ‫ون‬ ‫وََل تَسبُّوا الَّ يذين يدعو َن يمن ُد ي‬
ُ َ َ ُ َ
‫ي‬
‫أ َُّم ٍة َع َملَ ُهم ُُثَّ إي ََل َررّبييم َمرجعُ ُهم فَيُنَ بيرئُ ُهم يبَا َكانُوا يَع َملُو َن‬
Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain


Allah SWT, kerana mereka nanti akan memaki Allah SWT dengan
melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami
jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada
Tuhan tempat kembali mereka, kemudian Dia akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Surah Al-An`am (6): 108

Selain itu, bagi soalan C4 iaitu ‘Saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada setiap

manusia tanpa mengira agama’ mendapat nilai min sebanyak 3.72. Ini menunjukkan

bahawa mahasiswa FPPI memahami perlunya untuk kita mendoakan kebaikan setiap

manusia tanpa mengira agama. Islam sangat menggalakkan perbuatan tersebut kerana

setiap doa yang baik akan diberikan ganjaran pahala walaupun mendoakan kepada

orang yang tidak baik.

Bagi soalan C5 iaitu ‘Saya tidak membantu penganut agama lain yang berada dalam

kesusahan’ telah mendapat min yang sederhana iaitu 2.25. Hal ini kerana, bukan

mereka tidak mahu membantu penganut agama lain akan tetapi kerana mereka kurang

bergaul dengan penganut agama lain kerana berada dalam kelompok yang sama.

Walaubagaimanapun, membantu penganut agama lain yang berada dalam kesusahan

adalah sangat digalakkan kerana Islam itu sendiri mengajar kita untuk saling

mengasihani sebagaimana yang telah dijelaskan pada bab dua mengenai hadis

Rasulullah SAW yang berstatus sahih:


60

‫ فاشتَ َّد عليه‬،‫ بَينا َر ُج ٌل َمي يشي‬:‫قال‬ َ ‫صلَّى هللاُ عليه وسلَّ َم‬ ‫سول َّي‬ َّ
َ ‫اَّلل‬ َ ‫أن َر‬
‫ث ََي ُك ُل‬ ُ ‫ب يَل َه‬ ٍ ‫ ُُثَّ َخر َج فإذا هو ب َكل‬،‫ب يمنها‬ َ ‫ فَ َش ير‬،‫ فَنَ َزَل بئ ًرا‬،‫ش‬ ُ َ‫العط‬
َ
َ
َّ‫ ُُث‬،ُ‫ فَ َم ََلَ ُخفَّه‬،‫ ل َقد بَلَ َغ هذا يمث ُل الذي بَلَ َغ يب‬:‫فقال‬
َ ،‫ش‬ ‫العطَ ي‬ ‫ي‬
َ ‫الث ََّرى م َن‬
‫ َي‬:‫ قالوا‬،‫ فَغَ َفَر له‬،‫اَّللُ له‬ َّ ‫ فَ َش َكَر‬،‫ب‬ ‫ي‬ ‫يي‬
َ ‫ فَ َس َقى ال َكل‬،‫ ُُثَّ َرق َي‬،‫أم َس َكهُ بفيه‬
.‫ ِف ُك يرل َكبي ٍد َرطبَ ٍة أجٌر‬:‫قال‬
َ ‫وإن لنا ِف البَهائييم أجًرا؟‬ َّ ،‫اَّللي‬َّ ‫سول‬
َ ‫َر‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Syarah Sahīh al-Bukhārī li ibnu Bathāl. Bāb
fadhl saqyī al mā'. No Hadis 8)

Maksudnya:

“Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika mana


seorang lelaki dalam perjalanan, dia berasa sangat haus. Maka dia
masuk ke dalam sebuah telaga, lalu minum air dari telaga tersebut.
Kemudian dia keluar dari telaga tersebut dan melihat seekor anjing
yang menjulurkan lidahnya serta menjilat-jilat tanah kerana
kehausan. Lelaki itu pun berkata: Anjing ini sedang merasai apa
yang telah aku rasai. Lalu dia turun kembali ke dalam telaga tersebut
dan memenuhkan sepahtunya dengan air, lalu membawanya ke atas
sambil menggigit sepahtu itu dan seterusnya memberikan anjing itu
minum. Allah SWT berterima kasih kepadanya dan mengampuni
segala dosanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, jika kami
mengasihi binatang, adakah kami memperolehi pahala? Baginda
SAW bersabda: Pada setiap jiwa yang bernyawa terdapat
padanya pahala.”

Sebagai Muslim yang hidup dalam masyarakat yang pelbagai perlu saling berkasih

sayang serta menjaga hati mereka selagimana mereka tidak menghina agama Islam.

Hal ini kerana, membuat kebaikan kepada setiap manusia walaupun berbeza agama

tetap akan mendapat ganjaran pahala. Sekaligus, dapat menunjukkan sifat mahmudah

sebagai seorang muslim terhadap penganut agama lain.

Seterusnya, soalan C6 iaitu ‘Saya sentiasa menutup aurat apabila bersama dengan non-

Muslim’ telah mendapat min sebanyak 4.56. Ini menunjukkan bahawa responden FPPI
61

memahami tentang perbatasan aurat seorang muslim itu terhadap penganut agama lain

sepertimana yang telah dijelaskan pada bab sebelumnya. Allah SWT telah

membataskan kebebasan aurat wanita Islam dalam ruang lingkup tertentu adalah

kerana untuk menjaga kesucian dan maruah agama Islam.

Selain itu, bagi soalan C7 iaitu ‘Saya bersikap prejudis terhadap penganut agama lain’

telah mendapat min 1.74. Hal ini kerana pelajar FPPI kurang bergaul dengan penganut

agama lain kerana hanya bergaul dengan kelompok yang sama. Walaubagaimanapun,

prejudis adalah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini bertepatan dengan dalil

yang telah dijelaskan pada bab sebelumnya iaitu firman Allah SWT:

‫وَب َوقَبَائي َل ليتَ َع َارفُوا إي َّن‬ ‫ي‬


ً ُ‫َّاس إي ََّّن َخلَقنَا ُكم من ذَ َك ٍر َوأُن ثَى َو َج َعلنَا ُكم ُشع‬
ُ ‫ََي أَيُّ َها الن‬
‫اَّللي أَت َقا ُكم إي َّن َّ ي‬
َّ ‫أَكَرَم ُكم يعن َد‬
ٌ‫اَّللَ َعل ٌيم َخبيري‬
Maksudnya:

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari


seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.”

Surah al-Hujurat (49): 13

Allah SWT menjadikan kita dari pelbagai bangsa adalah untuk memahami tentang

kehidupan bermasyarakat yang pelbagai. Sekaligus bersama-sama memainkan

peranan yang penting demi mengekalkan identiti sebagai bangsa Malaysia. Oleh itu,

perkara ini bukan sahaja dapat memberikan kebaikan kepada diri, malah terhadap

masyarakat dan negara.


62

Seterusnya, bagi soalan C8 iaitu ‘Saya tidak pernah memaksa penganut agama lain

untuk menganuti ajaran Islam’ mendapat min sebanyak 3.43. Ini menunjukkan bahawa

pelajar FPPI tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk menganuti ajaran

Islam kerana telah memahami bahawa Islam melarang untuk umatnya memaksa

penganut agama lain untuk memeluk Islam sepertimana firman Allah SWT:

‫ََل إيكَراهَ يِف ال ريدي ين‬


Maksudnya:

“Tiada paksaan dalam agama.”

Surah al-Baqarah (2): 256

Bagi soalan C9 iaitu ‘Saya pernah mengucapkan Merry Christmas kepada rakan non-

Muslim’ mendapat min rendah iaitu 1.90. Hal ini kerana mereka tidak pernah bersama

dengan penganut agama lain yang menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk

mengucapkannya dan terdapat sebahagian daripada mereka yang tidak mengetahui

akan hukum mengucapkannya. Walaubagaimanapun, hukum tersebut bergantung

kepada niat kita di mana dibolehkan untuk mengucapkan Merry Christmas atas

sekadar perhubungan manusiawi sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Akhir sekali, bagi soalan C10 iaitu ‘Saya tidak mengikuti trend budaya non-Muslim

yang melanggar syariat’ mendapat min sebanyak 3.21. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa responden memahami akan hukum mengikuti trend budaya

non-Muslim yang melanggar syariat adalah tidak dibenarkan. Perkara ini bertepatan

dengan penjelasan pada bab dua berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW:
63

،‫ َعن ُسلَي َما َن‬،َ‫ َعن ُشعبَة‬،‫ َحدَّثَنَا ُُمَ َّم ُد ب ُن َجع َف ٍر‬،‫َحدَّثَنَا بيشُر ب ُن َخالي ٍد‬
ُ‫ املَرء‬:‫ال‬ َ َ‫صلَّى هللاُ َعلَي يه َو َسلَّ َم أَنَّهُ ق‬
َ ‫َّب‬ َّ ‫ َعن َعب يد‬،‫َعن أيَيب َوائي ٍل‬
‫ َع ين الني ري‬:‫اَّللي‬
‫ب‬َّ ‫َح‬َ ‫َم َع َمن أ‬
(Imām Bukhārī. Sahīh Bukhārī. Kitāb Sahīh Bukhārī. Bāb 'Alāmatu Hubbillāh
'azzawajalla. No Hadis 6168)

Maksudnya:

“Daripada Bishru bin Khalid, daripada Muhammad bin


Jaàfar, daripada Syu`bah, daripada Sulaiman, daripada Abi Wail,
daripada Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya seseorang itu akan selalu bersama dengan orang yang
ia cintai.”

3.4 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, berdasarkan data-data yang diperolehi di atas menunjukkan

kefahaman mahasiswa KUIS mengenai menghormati perbezaan agama adalah di

tahap yang memuaskan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan

dengan lebih terperinci agar mereka tidak terlibat dengan konflik antara agama. Oleh

itu, pada bab yang seterusnya pengkaji akan memberikan beberapa cadangan dan

saranan kepada pihak-pihak yang tertentu untuk mengawal sekaligus membendung

dari berlakunya perkara-perkara yang boleh menjejaskan keamanan negara.


64

BAB EMPAT

RUMUSAN DAN CADANGAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan rumusan bagi keseluruhan bab. Selain itu,

pengkaji juga akan mengemukakan beberapa cadangan dan saranan agar kajian ini

dapat memberi manfaat kepada setiap manusia. Kajian ini memfokuskan tentang

pendekatan dalam menghormati perbezaan agama serta manfaat yang akan diperolehi

dalam kehidupan bermasyarakat.

4.2 Rumusan

Kajian ini dilakukan atas minat pengkaji untuk mengetahui adab dan kaedah yang

sesuai bagi memberi galakan dan bimbingan kepada masyarakat sekaligus

menidakkan ketidakadilan mereka dalam melayani masyarakat yang berbeza agama.

Pada bab 1 kajian ini, pengkaji telah menerangkan secara ringkas tentang latar

belakang bagi masalah kajian ini yang berpunca dari sikap fanatik agama itu sendiri

serta memandang serong terhadap penganut agama lain. Selain itu, pengkaji juga telah

menyatakan beberapa metode yang digunakan semasa menjalankan kajian ini seperti

edaran borang soal selidik kepada 100 orang responden daripada pelajar FPPI.
65

Dalam bab 2 pula, pengkaji telah membincangkan mengenai definisi agama dan

pengkaji juga telah membawa ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan dengan

adab dan batas menghormati perbezaan agama. Selain itu, pengkaji juga ada

menyatakan beberapa punca berlakunya konflik antara agama yang menyebabkan

ketidakselesaan dalam kehidupan bermasyarakat. Pengkaji juga menukilkan bukti dan

hujah mengenai menghormati perbezaan agama daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Manakala dalam bab 3 pula, setelah pengkaji membuat kajian terhadap mahasiswa

FPPI dengan mengedarkan borang soal selidik dalam bentuk google form dengan

kajian yang bertajuk ‘Menghormati Perbezaan Agama Menurut Perspektif al-Quran

dan al-Sunnah: Kajian Terhadap Kefahaman Pelajar FPPI Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor’. Pengkaji mendapati bahawa majoriti mahasiswa KUIS

mengambil berat tentang isu semasa yang berlaku pada masa kini dan mereka juga

peka terhadap hukum-hukum yang telah ditetapkan para ulama. Hal ini kerana KUIS

sangat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perkara-perkara yang

diajarkan ajaran Islam agar menjadi manusia yang mampu menegakkan syiar Islam

dan seterusnya mampu melahirkan Da`I, Ulama dan Umara.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa terdapat segelintir mahasiswa KUIS yang

masih tidak tahu dan keliru tentang hukum mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada

penganut agama lain yang mereka sangka akan membatalkan syahadah jika dilakukan

walaupun dengan niat atas dasar kemanusiaan. Hal ini terjadi atas faktor mereka

mungkin kurang mengambil berat atas hukum tersebut kerana mereka jarang bergaul

dengan penganut agama lain dan hanya bersama dalam kelompok yang sama. Namun
66

begitu, mereka perlu berusaha untuk mengambil tahu tentang perkara tersebut untuk

menambah ilmu pengetahuan sebagai umat Islam yang hidup dalam pelbagai

masyarakat.

Secara keseluruhannya, kesimpulan yang dapat dibuat pengkaji bahawa mahasiswa

KUIS sangat prihatin terhadap isu-isu kemasyarakatan yang telah berlaku dan

daripada kajian yang dilakukan telah menunjukkan kefahaman responden berkaitan

dengan menghormati perbezaan agama yang dibuktikan di dalam al-Quran dan al-

Sunnah berada di tahap yang memuaskan. Hal ini kerana majoriti daripada responden

menjawab soal selidik dengan penuh teliti dan mereka memahami kehendak soalan.

Namun begitu, kesedaran terhadap perkara tersebut perlu dipertingkatkan agar

mahasiswa KUIS dapat menjadi contoh teladan yang baik terhadap masyarakat luar.

4.3 Saranan dan Cadangan

Semasa pengkaji menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa

perkara yang boleh ditambah baik oleh pelbagai pihak untuk memantapkan

pengetahuan mahasiswa dan masyarakat terhadap adab menghormati perbezaan

agama. Pengkaji berpendapat bahawa pihak-pihak yang terlibat seperti individu,

masyarakat, pihak masjid dan pejabat mufti perlu bekerjasama dengan individu yang

berkelayakan untuk terus menyebarkan ilmu pengetahuan bagi memantapkan lagi

pemahaman masyarakat untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar pada masa

yang akan datang. Antara saranan dan cadangan pengkaji adalah seperti berikut:
67

4.3.1 Individu

Setiap individu Islam wajar untuk cakna serta berusaha menambah ilmu pengetahuan

yang benar terutamanya terhadap perkara-perkara yang melibatkan kehidupan

masyarakat yang berbilang bangsa. Tambahan pula pada masa kini telah munculnya

ramai penceramah yang cuba menimbulkan permusuhan antara kaum serta

menggunakan hadis-hadis palsu untuk dijadikan hujah mereka. Perkara sebegini tidak

sepatutnya berlaku dan perlu untuk kita bertindak atas permasalahan tersebut kerana

ditakuti akan membawa pengaruh yang besar dan terjadinya permusuhan antara agama

sedangkan Islam sangat menekankan keamanan dalam kehidupan bermasyarakat.

Selain itu, sebagai mahasiswa KUIS juga perlulah terlebih dahulu menunjukkan

akhlak yang baik terhadap masyarakat agar dapat dijadikan sebagai ikon Islam selari

dengan matlamat KUIS iaitu untuk melahirkan Da`i, Ulama dan Umara.

4.3.2 Masyarakat

Pengkaji mencadangkan kepada masyarakat Islam untuk mencontohi akhlak

Rasulullah SAW dalam berinteraksi dengan masyarakat yang berlainan agama, sama

ada melalui penyokongan mana-mana kempen kemasyarakatan dan ceramah-ceramah

ilmu agama berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sekaligus dapat diaplikasikan dalam

kehidupan seharian dan seterusnya memperluaskan ilmu tersebut. Tambahan pula,

masyarakat boleh membendung perkara-perkara yang boleh membawa kemudaratan

terhadap agama dan dipandang serong oleh penganut agama lain terhadap agama

Islam.
68

4.3.3 Pihak Masjid

Pengkaji mencadangkan kepada pihak masjid untuk memperbanyakkan ceramah-

ceramah mengenai penekanan Islam dalam adab dan batas menghormati penganut

agama lain serta menapis penceramah-penceramah yang menggunakan hadis-hadis

palsu sebagai hujah untuk masyarakat Islam bermusuh dengan penganut agama lain.

Hal ini kerana masjid merupakan salah satu pusat Islam yang berautoriti untuk

menyampaikan sesuatu perkara dan sangat memberi pengaruh terhadap masyarakat.

Justeru, perlu berusaha untuk menyebarkan perkara-perkara kebaikan dalam

masyarakat.

4.3.4 Pejabat Mufti

Pengkaji mencadangkan kepada pihak mufti untuk memperluaskan hukum-hukum

yang berkaitan dengan adab dan batas dalam masyarakat Islam untuk menghormati

penganut agama lain agar dapat mengurangkan permasalahan prejudis dan fanatik

agama yang akan mewujudkan jurang perbezaan antara umat Islam dan penganut

agama lain. Sekaligus dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam

kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Selain itu, pihak mufti juga perlu bertegas

dalam membanteras penceramah-penceramah yang sering menggunakan hujah-hujah

yang tidak sahih untuk mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat berkaitan dengan

perkara tersebut.
69

4.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi bahawa pengkaji

mendapati kefahaman mahasiswa terhadap menghormati perbezaan agama ini berada

di tahap yang baik dan memuaskan. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu

ditekankan seperti hukum mengucapkan ‘Merry Christmas’ agar dapat

memperjelaskan kekeliruan dengan baik dari pelbagai sudut terhadap masyarakat

sekeliling. Selain itu, pengkaji juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan

tentang kefahaman mahasiswa KUIS mengenai menghormati perbezaan agama

menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Akhir kalam, pengkaji berharap kajian ini

sedikit sebanyak dapat menyumbangkan kepada agama sekaligus dapat dimanfaatkan

bersama terutamanya dalam kehidupan pelbagai masyarakat demi mewujudkan

keamanan dalam sesebuah negara.


70

RUJUKAN

Melor Fauzita, Md Yusoff & Nor Hasimah Ismail. (2016). Ungkapan Hormat yang

Lebih Hormat: Analisis Penulisan Berformat. Universiti Utara Malaysia

(UUM)

Khadijah Muda, Khairul Anwar Mastor, Fazilah Idris. (2017). Pengalaman Toleransi

Beragama Belia Pelbagai Etnik. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli. (2018). Aplikasi Fiqh Al-Ta`Ayush yang

Berorientasikan Prinsip Wasatiyyah dalam Membina Keharmonian

Masyarakat Majmuk di Malaysia. Bangi

Harda Armayanto. (2013). Etika Al-Quran Terhadap Non-Muslim. Ponorogo

Abu Darda. (2016). Peran Pendidikan Islam Dalam Mensiasati Khilafiyah.

University of Darussalam Gontor

Carian Umum. (2017). Dbp.gov.my.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menghormati

Khadijah Muda, Khairul Anwar Mastor, Fazilah Idris. (2017). Pengalaman Toleransi

Beragama Belia Pelbagai Etnik. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Harda Armayanto. (2013). Etika Al-Quran Terhadap Non-Muslim. Ponorogo. Jawa

Timur

Rahimin Affandi Abd Rahim. (2011). Religious Dialogue: Its Reality and Prospects

in Malaysia. Universiti Malaya (UM)

Hadi Zahalan. (2019). Konsep Harmoni Dalam Masyarakat Muslim dan Bukan

Muslim Berasaskan Maqasid Syariah. UNISSA


71

Abdurrahman. (2019). Al-Kafi 1187: Mewakafkan Harta Kepada Orang Bukan

Islam. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3258-al-kafi-1187-

mewakafkan-harta-kepada-orang-bukan-islam

Yhouga Pratama. (2014). Fatwa Ulama: Batasan Dalam Menyerupai Orang Kafir.

https://muslim.or.id/22750-fatwa-ulama-batasan-dalam-menyerupai-orang-

kafir.html

Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Ahmad Tarmizi Talib & Jayum

Anak Jawan. (2014). Kajian Isu dan Cabaran Hubungan Antara Penganut Agama di

Malaysia. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Nailah Huda. (2019). Graduan Kaum India, Perempuan Bertudung Ditindas, Sukar

Dapat Temuduga- Kajian, https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/graduan-kaum-india-perempuan-bertudung-ditindas-sukar-dapat-

temuduga-kaijan-200493

Mohd Anuar Ramli, Syamsul Azizul Marinsah, Muhd Imran Abd Razak &

Mohammad Naqib Hamdan. (2019). Bagaikan Api Dalam Sekam: Landskap

Hubungan Sosial Antara Kaum dan Agama Dalam Masyarakat Majmuk di

Malaysia Pasca PRU-14. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Amir Asyraff Jamin & Fatimah Subet. (2018). Menghapus Prejudis Perkauman

Melalui Karya Indie: Analisis Terhadap Novel Kunang Pesisir Morten.

Universiti Malaysia Sarawak (UMS)

Norsaadah Din, Mohamad Nasirudin, Nazneen Ismail & Maryam Habibah Kamis.

(2018). Kajian Rintis Kefahaman Ilmu Perbandingan Agama Dalam

Kalangan Mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam di Negeri Selangor.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


72

Aemy Zai, Norsaadah Din, Nazneen Ismail & Maryam Habibah Kamis. (2018).

Pendekatan Fiqh Ta`ayush dalam Menangani Konflik Antara Agama The Co-

Existence Approach in Dealing With Religious Conflict. Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Muhammad Sabir. (2015). Wawasan Hadis Tentang Tasamuh (Toleransi), 11

Dr. Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto. (2014). Syarah Hadis 40 Imam Nawawi.

Rawang. Selangor, 157

Abdul Rahman. (12 November 2018). Bayan Linnas Siri Ke-152: Had Berinteraksi

Dengan Agama Lain Di Dalam Rumah Ibadat Mereka Di Malaysia. Pejabat

Mufti Wilayah. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2755-bayan-

linnas-siri-ke-152-had-berinteraksi-dengan-agama-lain-di-dalam-rumah-

ibadat-mereka-di-malaysia

`Ajili, A. H.-B. (1262). Tahqiq at-Tajrid fi Syarh Kitab at-Tauhid. Musa`id bil Jami`ah

Islamiah bil Madinah al-Munawwarah.

al-Albani, M. N. (2002). Dha`if Adabul Mufrad Koreksi Ilmiah Terhadap Karya Imam

Bukhari. In H. I.. Universitas Islam Negeri Mataram: Pustaka Azzam.

al-Bukhari, I. A. (2002). Sahih Bukhari. Damsyiq: Dar Ibnu Kathir.

al-Wahidi, A. i. (2008). Asbab al-Nuzul, Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic

Thought Amman.

as-Sabiiyi, A. A.-`. (2003). al-Faharis al-`Alamiyyah li Syarh Sahih Bukhari Libnu

Bathal. Kaherah: Maktabah ar-Rasyid Linnasyir wa Tauzi'.


73

Faszly Rahim, A. L. (2019). Asal Usul Kejadian Manusia Menurut al-Quran dan Teori

Darwin: Merungkai Hubungkait Manusia Dengan Makhluk Lain Berdasarkan

Kerangka Bersepadu Sains Tauhid Dengan Nas-Nas al-Quran.

M. N. (2016). Ungkapan Hormat yang Lebih Hormat: Analisis Penulisan Berformat.

Mohammad Naqib Hamdan, M. A. (2018). Aplikasi Fiqh Al-Ta`Ayush yang

Berorientasikan Prinsip Wasatiyyah dalam Membina Keharmonian

Masyarakat Majmuk di Malaysia.

Setiyawan Gunardi, M. M. (2019). Konsep Harmoni Dalam Masyarakat Muslim dan

Bukan Muslim Berasaskan Maqasid Syariah.

Syuaib, a.-A. (852 Hijrah). Fathul Bari bi Syarh Sahih Bukhari. In I. a.-H.-D. al-

Asqalani. Beirut: Jar ar-Risalah al-`Alamiyah.


74

LAMPIRAN

Borang Soal Selidik: Menghormati Perbezaan Agama Menurut Perspektif Al-

Quran dan Al- Sunnah: Kajian Terhadap Kefahaman Pelajar Fakulti Pengajian

Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Saya Nur Husnina binti Ashar (17BI02070) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda

Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi Semester Lapan, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS) sedang menyiapkan kertas projek yang bertajuk

“Menghormati Perbezaan Agama Menurut Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah:

Kajian Terhadap Kefahaman Pelajar Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)”.

Borang soal selidik ini hanya mengandungi 3 bahagian sahaja iaitu bahagian A,

bahagian B dan bahagian C. Sila tandakan ( / ) ini dengan ikhlas dan jujur berdasarkan

pandangan anda tanpa pandangan orang lain bagi membantu penyelidikan ini.

Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.


75

SOAL SELIDIK: MENGHORMATI PERBEZAAN AGAMA MENURUT


PERSPEKTIF AL-QURAN & AL-SUNNAH

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DEMOGRAFI MAHASISWA

Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan berkenaan dengan maklumat diri
anda.

1. Jantina:

( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Umur:

( ) 18-21 tahun ( ) 22-25 tahun ( ) 26 tahun ke


atas

3. Peringkat Pengajian:

( ) Diploma ( ) Ijazah Sarjana Muda

4. Program Pengajian:

( ) Al-Quran dan Al-Sunnah ( ) Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat

( ) Bahasa & Linguistik Arab ( ) Dakwah & Usuluddin


76

BAHAGIAN B: TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA FPPI TERHADAP


MENGHORMATI PERBEZAAN AGAMA MENURUT PERSPEKTIF AL-
QURAN & AL-SUNNAH.

Sila tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan mengikut pendapat anda sendiri
berdasarkan skala seperti berikut:

Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju


Seuju
1 2 3 4 5

No Kenyataan 1 2 3 4 5
1 Mendoakan kebaikan manusia tanpa mengira agama
adalah dibenarkan.
2 Islam tidak menafi kewujudan agama lain.

3 Berbeza agama bukan alasan untuk bermusuhan.

4 Menghormati dan mengiktiraf kepercayaan agama lain


adalah dua perkara yang berbeza.
5 Menghina kepercayaan agama lain adalah tidak
dibenarkan.
6 Hikmah saling menghormati tanpa mengira agama
adalah untuk mewujudkan keamanan.

7 Islam mengajar untuk memelihara hak asasi manusia


tanpa mengira agama.

8 Menerima pandangan penganut agama lain yang tidak


bertentangan dengan syariat adalah dibenarkan.
9 Berkawan dengan mereka yang memusuhi Islam adalah
tidak dibenarkan.

10 Aurat wanita muslimah terhadap wanita bukan Islam


sama seperti aurat kepada lelaki ajnabi.
77

BAHAGIAN C: PERLAKSANAAN ADAB MAHASISWA FPPI TERHADAP


NON-MUSLIM.

Sila tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan mengikut pendapat anda sendiri
berdasarkan skala seperti berikut

Tidak Pernah Jarang Sekali Sekala Selalu Kerap Sekali

1 2 3 4 5

No Kenyataan 1 2 3 4 5
1 Saya menghormati sembahan agama lain.

2 Saya tidak pernah mencerca agama yang dianuti oleh


bangsa lain.
3 Saya tidak pernah menyembah apa yang penganut
agama lain sembah.

4 Saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada setiap


manusia tanpa mengira agama.

5 Saya tidak membantu penganut agama lain yang


berada dalam kesusahan.

6 Saya sentiasa menutup aurat apabila bersama dengan


non-Muslim.

7 Saya bersikap prejudis terhadap penganut agama lain.

8 Saya tidak pernah memaksa penganut agama lain


untuk menganuti ajaran Islam.

9 Saya pernah mengucapkan Merry Christmas kepada


rakan non-Muslim.

10 Saya tidak mengikuti trend budaya non-Muslim yang


melanggar syariat.

Anda mungkin juga menyukai