Anda di halaman 1dari 133

TAFSIRAN AYAT-AYAT SIFAT DI DALAM AL-QURAN: KAJIAN

PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-TABARI DAN TAFSIR JALALAYN

RABIATUL ADAWIYAH BINTI KH. NURSALAM


(16BI02060)

IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN


DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI
JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2020
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN
AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

RABIATUL ADAWIYAH BINTI KH. NURSALAM

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
DENGAN KOMUNIKASI
2020

PENYELIA TARIKH
USTAZ MOHD HASBIE AL-SHIDDIEQUE BIN AHMAD

KETUA JABATAN TARIKH


USTAZAH SURIANI BINTI SUDI
iii

PENGHARGAAN

‫الرحيم‬
ّ ‫حن‬‫الر م‬
ّ ‫بسم هللا‬

‫احلمد هلل رب العاملني حدا يوايف نعمه ويكا ىف مزيده اي ربنا لك احلمد كما ينبغي جلاللك‬

‫وعظيم سلطانك اللهم صل على سيدان حممد وعلى آله وصحبه أمجعني‬

Segala pujian dan kesyukuran yang tidak terkira hanya bagi Allah SWT Tuhan

semesta alam kerana dengan izin dan kekuasaan dari-Nya maka pengkaji dapat

menyiapkan kajian ini. Dan hanya kepada Allah SWT pengkaji memohon agar kajian

ini dapat memberikan manfaat serta kebaikan kepada masyarakat kerana tiada

terbesit niat lain di dada ini dalam menyiapkan kajian ini melainkan semata-mata

ingin menyumbang ke jalan kebaikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih pengkaji ucapkan kepada al-

Fadhil ustaz Mohd Hasbie al-Shiddieque selaku penyelia latihan ilmiah bagi kajian

ini yang banyak memberikan saranan dan penambahbaikan serta keprihatinan ustaz

dalam meluangkan masa kepada pengkaji dalam menyiapkan kajian ini.

Teristimewa buat ayahanda KH. Nursalam bin Abdul Muthalib dan ibunda tercinta

Wahidah binti Samnu yang tidak pernah jemu memberikan kata semangat dan
iv

dorongan serta sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan pengkaji, semoga Allah

SWT merahmati mereka berdua. Selain itu, tidak lupa juga kepada anakanda

Muhammad Iqbal bin Nursalam dan Imam Nawawi bin Nursalam yang turut

memberikan bantuan apabila pengkaji kesukaran dalam memahami rujukan di dalam

bahasa Arab.

Pengkaji turut ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada ustaz Ammar Irfan yang telah banyak membantu dari awal

hingga akhir dan tunjuk ajar beliau di dalam memahami kaedah pentafsiran ayat-ayat

sifat serta saudara Hanif Latif bin Usman yang banyak memberikan bantuan tidak

kira dalam bentuk apapun di dalam proses menyiapkan kajian ini. Begitu juga kepada

sahabat-sahabat seperjuangan di atas sokongan, dorongan dan tunjuk ajar yang

diberikan serta semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Semoga Allah

SWT membalas segala kebaikan antum dengan ganjaran yang bernilai di akhirat

kelak. Allahumma amin.

RABIATUL ADAWIYAH BINTI KH. NURSALAM

05-03 Pangsapuri Seroja, Taman Tun Teja,

48000 Rawang,

Selangor Darul Ehsan.


v

SINOPSIS

Kajian ilmiah ini bertajuk “Tafsiran Ayat-Ayat Sifat Di Dalam al-Quran: Kajian

Perbandingan Antara Tafsir al-Tabari Dan Tafsir Jalalayn” mempunyai lima bab

utama dan setiap bab mempunyai tajuk-tajuk komponen serta penjelasan yang lebih

terperinci.

Dalam Bab Satu, pengkaji menjelaskan tentang permasalahan kajian, persoalan

kajian, objektif kajian, limitasi, metodologi, kajian literatur dan kerangka kajian.

Semua perbincangan di dalam bab ini akan menjadi garis panduan dan rujukan agar

kajian ilmiah ini menjadi lebih baik dan teratur.

Kemudian di dalam Bab Dua, pengkaji memberi tumpuan kepada kajian pendekatan

mufasirin dalam mentafsirkan ayat-ayat sifat. Bab ini juga merangkumi pengenalan,

contoh dan perbincangan ringkas mengenai metode ithbat dan takwil. Di samping itu,

pengkaji turut membawakan pengenalan dan contoh pentafsiran ayat-ayat sifat yang

bercanggahan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu pentafsiran golongan

Muktazilah.

Bab Tiga pula adalah kajian mengenai latar belakang penulisan tafsir al-Tabari dan

tafsir Jalalayn. Pengkaji membawakan biografi ringkas Imam al-Tabari dan Imam

Jalalayn dari kelahiran, guru-guru, murid-murid, tahap keilmuan dan kewafatan.

Selain itu, pengkaji turut membincangkan mengenai pengenalan ringkas kitab Jamic
vi

al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran atau tafsir al-Tabari dan Tafsir al-Quran al-cAzim

atau tafsir Jalalayn.

Seterusnya Bab Empat merupakan bahagian terpenting dari kajian ini. Pengkaji telah

menganalisa pentafsiran ayat-ayat sifat di dalam kedua tafsir dan pengkaji hanya

memfokuskan tujuh sifat Allah SWT yang telah dipilih. Dalam proses ini, pengkaji

membawakan pentafsiran ayat al-Quran yang mengandungi sifat Allah SWT dari

kedua tafsir kemudian menganalisa persamaan dan perbezaan dari kedua pentafsiran

tersebut.

Akhir sekali dalam Bab Lima, pengkaji membuat rumusan bagi tajuk yang telah

dibincangkan dan beberapa saranan yang difokuskan kepada masyarakat umum dan

ahli agama berkesinambungan dari perbincangan dalam bab-bab sebelumnya.

Dengan itu, bab ini merupakan kesimpulan dan penutup bagi kajian ini.
vii

SENARAI KEPENDEKAN

SWT Subhanahu wa Tacala

SAW Salla Allah cAlayh Wa sallam

a.s. c
Alayh al-Salam

Cet. Cetakan

& Dan

Hlm. Halaman

Ibid. Ibidem (menunjukkan sumber yang sama atau berturut-turut)

Juz. Juzuk

KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Op. Cit. Opera Citato (untuk rujukan yang berselang)

Terj. Terjemahan

Sdn. Sendirian

Bhd. Berhad

Mohd Mohammad

Dr. Doktor

www World Wide Web

t.t. Tanpa Tarikh

Ttp Tanpa Tempat Penerbit

Tpt Tanpa Penerbit


viii

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

RAJAH HALAMAN

Rajah 1: Adaptasi teori Sharifah Norshah Bani binti Syed Bidin 18

(1997), Fadzilah binti Hurzaid (1997), Yusuf al-Qardawi

(2016) dan Siti Sa’adah binti Shafik (1999).

JADUAL

Jadual 1: Pembahagian Ayat-Ayat Sifat Menurut Imam al-Sanusi 81

Jadual 2: Pentafsiran Yang Sama Antara Imam al-Tabari Dan Imam 102

al-Jalalayn

Jadual 3: Perbezaan Pentafsiran Antara Imam al-Tabari Dan Imam al- 103

Jalalayn
ix

SENARAI TRANSLITERASI

HURUF JAWI HURUF RUMI HURUF JAWI HURUF RUMI

‫ ﺀ‬،‫ا‬ a,’(hamzah) ‫ط‬ t

‫ب‬ b ‫ظ‬ z

‫ت‬ ‫ع‬
c
t

‫ث‬ th ‫غ‬ gh

‫ج‬ j ‫ف‬ f

‫ح‬ h ‫ق‬ q

‫خ‬ kh ‫ك‬ k

‫د‬ d ‫ل‬ l

‫ذ‬ dh ‫م‬ m

‫ر‬ r ‫ن‬ n

‫ز‬ z ‫ه‬ h

‫س‬ s ‫و‬ w

‫ش‬ sy ‫ي‬ y

‫ص‬ s ‫ة‬ h
x

‫ض‬ d

Vokal Pendek Vokal Panjang Diftong

a ‫ﹷ‬ ‫ﹷﺍ‬a c
abid ‫عابد‬ ‫ﹷ ﻭى‬ aw nawm ‫نوم‬

i ‫ﹻ‬ ‫ﹻ ﻱ‬i iman ‫ﺇميان‬ ‫ ﹷ ﻱ‬ay wayl ‫ويل‬

u ‫ﹹ‬ ‫ﹹ ﻭ‬u surah ‫سورة‬


xi

DAFTAR ISI

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK i

HALAMAN PENGESAHAN ii

PENGHARGAAN iii

SINOPSIS v

SENARAI KEPENDEKAN vii

SENARAI RAJAH DAN JADUAL viii

SENARAI TRANSLITERASI ix

DAFTAR ISI xi

BAB SATU: PROPOSAL PENYELIDIKAN 1

1.1. Pendahuluan 2

1.2. Permasalahan Kajian 3

1.3. Persoalan Kajian 9

1.4. Objektif Kajian 9

1.5. Limitasi Kajian 10

1.6. Metodologi Kajian 10

1.6.1. Reka Bentuk Kajian 11

1.6.2. Pemilihan Sampel 11

1.6.3. Instrumen Kajian 12

1.6.4. Analisis Data 13


xii

1.6.5. Prosedur Asas Penganalisaan Data 13

1.7. Kajian Literatur 14

1.8. Kerangka Kajian 17

1.9. Kesimpulan 19

BAB DUA: PENDEKATAN MUFASIRIN DALAM MENTAFSIRKAN 20

AYAT-AYAT SIFAT

2.1. Pengenalan 21

2.1.1. Pengenalan Mutasyabihat 21

2.1.2. Sejarah Ringkas Pentafsiran al-Quran 23

2.2. Pendekatan Mufasirin Dalam Mentafsirkan Ayat-Ayat Sifat 26

2.2.1. Pengertian Tentang Kaedah Ithbat 32

2.2.2. Pengertian Tentang Kaedah Takwil 34

2.3. Pentafsiran Yang Bercanggah Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah 41

2.3.1. Pendekatan Golongan Muktazilah 41

2.4. Kesimpulan 45

BAB TIGA: LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR AL-TABARI DAN 46

TAFSIR AL-JALALAYN

3.1. Biodata Ringkas al-Tabari 47

3.1.1. Kelahiran Dan Wafat 48

3.1.2. Tahap Keilmuan Dan Kitab-Kitabnya 49

3.1.3. Guru-Guru Dan Muridnya 51

3.2. Pengenalan Ringkas Kitab Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran 53

3.3. Biodata Ringkas al-Jalalayn 56


xiii

3.3.1. Riwayat Hidup Jalal al-Din al-Mahalli 56

3.3.1.1.Kelahiran Dan Kewafatan 57

3.3.1.2.Tahap Keilmuan Dan Kitab-Kitabnya 57

3.3.1.3.Guru-Gurunya 58

3.3.2. Riwayat Hidup Jalal al-Din al-Suyuti 59

3.3.2.1.Kelahiran Dan Wafat 60

3.3.2.2.Tahap Keilmuan Dan Kitab-Kitabnya 60

3.3.2.3.Guru-Guru Dan Muridnya 65

3.4. Pengenalan Ringkas Kitab al-Jalalayn 63

3.5. Kesimpulan 66

BAB EMPAT: PENTAFSIRAN AYAT-AYAT SIFAT DALAM AL- 67

QURAN MENURUT AL-TABARI DAN AL-JALALAYN

4.1. Pengenalan 68

4.2. Pembahagian Sifat-Sifat Allah SWT 70

4.3. Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat al-Dhatiyyah Dan Sifat-Sifat al-Ficliyyah 78

Menurut al-Tabari Dan al-Jalalayn

4.3.1. Ayat-Ayat Sifat al-Dhatiyyah 78

4.3.2. Ayat-Ayat Sifat al-Ficliyyah 85

4.3.3. Ayat-Ayat Sifat al-Dhatiyyah Dan al-Ficliyyah 94

4.4. Perbahasan 97

4.5. Kesimpulan 101

BAB LIMA: PENUTUP 102

5.1. Pengenalan 103


xiv

5.2. Rumusan 103

5.3. Saranan 106

5.3.1. Saranan Kepada Masyarakat 106

5.3.2. Saranan Kepada Penuntut Ilmu 108

5.4. Kesimpulan 112

Bibliografi 113
BAB
SATU
2

BAB SATU: PROPOSAL PENYELIDIKAN

1.1. Pendahuluan

Al-Quran yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW merupakan

mukjizat yang terunggul untuk umat manusia sehingga akhir zaman. Ayat-ayat al-

Quran telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu ayat muhkam dan ayat

mutasyabihat. Ayat mutasyabihat ini telah menimbulkan perselisihan dan perdebatan

dikalangan ulama sepanjang zaman. Kerana para ulama mempunyai pendapat dan

pandangan serta pendekatan yang berbeza dalam mentafsirkannya sehingga ianya

menjadi perbincangan yang menarik di antara para akademis ilmu hingga masa kini1.

Justeru itu, kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ini akan memfokuskan

kepada dua buah buku besar dalam bidang tafsir iaitu kitab ‘al-Jalalayn’ ditulis oleh

dua Imam iaitu Jalal al-Din al-Suyuti dan Jalal al-Din al-Mahalli dan kitab ‘Jamic

al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran’ yang dikarang oleh Imam Ibnu Jarir al-Tabari.

Namun begitu, kajian ini hanya akan dijalankan dalam pentafsiran ayat-ayat sifat

yang terdapat di dalam al-Quran. Di samping itu, kajian ini juga ingin membuat

perbandingan antara kitab Imam al-Tabari yang menggunakan metode tafsir bi al-

ma’thur dan kitab Imam al-Suyuti dan al-Mahalli tafsir bi al-ra’yi.

1
. Abdul Mukti & Hajah Makiah Tussaripah. 2019. Pentafsiran Ayat-Ayat Mutasyabih Di Dalam Al-
Quran: Kajian Menurut Kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah Karangan Haji Abdul Qadir Bin Wangah.
Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara, anjuran
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 22 Oktober, Selangor. Hlm. 2.
3

1.2. Permasalahan Kajian

Ilmu al-Quran telah membahagikan ayat-ayat al-Quran kepada dua bahagian iaitu

ayat muhkam dan ayat mutasyabihat sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-

Quran.

Firman Allah SWT:

ِ َ‫ات ُهن أ ُُّم الى ِكت‬


‫اب‬ ِ َ‫ك الى ِكت‬ ِ
ٌ ‫ت ُىحم َك َم‬
ٌ ‫اب مىنهُ آ َاي‬
َ َ ‫﴿ ُه َو الذي أَنى َزَل َعلَىي‬

ِ ِ ِ ِِ ِ ‫وأُخر متَ َش ِاِبات ۖ فَأَما ال ِذ‬


َ‫ين يف قُلُوِب ىم َزيى ٌغ فَيَ تبعُو َن َما تَ َشابَهَ مىنهُ ابىتغَاء‬
َ ٌ َ ُ َُ َ

‫الى ِفىت نَ ِة َوابىتِغَاءَ ََتى ِويلِ ِه ۗ َوَما يَ ىعلَ ُم ََتى ِويلَهُ إَِّل اَّللُ ۗ َوالر ِاس ُخو َن ِيف الىعِىل ِم يَ ُقولُو َن‬

ِ ‫آمنا بِِه ُكلٌّ ِمن ِعىن ِد ربِنَا ۗ وما يذكر إَِّل أُولُو ىاْلَلىب‬
﴾‫اب‬َ ُ َ َ َ َّ ‫ى‬ َ

Maksudnya:

“Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab

Suci al-Quran. Sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat

muhkam, ayat-ayat muhkam itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran.

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat. Oleh sebab itu,

adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke

arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar

dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya.

Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah


4

SWT. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam

pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: “Kami beriman

kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan

tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan

orang-orang yang berfikiran”.

Ali-cImran (3): 7

Pentafsiran ayat mutasyabihat tidak menjadi perbahasan topik utama pada zaman

Nabi SAW berbeza dengan ayat muhkam. Namun, selepas Nabi SAW wafat,

perbahasan mengenai tafsir ayat sifat terus berkembang dari semasa ke semasa.

Kemudian lahir bermacam golongan yang berbeza dalam mentafsirkan ayat-ayat al-

Quran terutamanya ayat-ayat sifat. Terdapat beberapa di kalangan mereka yang cuba

menyamakan sifat-sifat Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk contohnya ahli ilmu

kalam. Muncul juga aliran lain seperti Qadariyah, Muktazilah dan aliran Ahli

Sunnah Wal Jamaah2.

Menurut bahasa perkataan ‘ayat’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud tanda

atau pengajaran3. Ia disebutkan berulangkali di dalam al-Quran dengan pengertian

ini.

2
. Fadzilah binti Hurzaid. 1997. Sifat-Sifat Allah Di Dalam Ayat-Ayat Dan Hadis Mutasyabihat
Mengikut Pandangan Ulama Salaf Dan Khalaf. Latihan Ilmiah, Bahagian Pengajian Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hlm. 3.
3
. Ibrahim Mustafa & Ahmad al-Ziyat. T.t. al-Mucjam al-Wasit. Juz. 1. Kaherah: Dar al-Dacwah. Hlm.
35.
5

Firman Allah SWT:

ِ ‫ك ءَايَ ًۭةر ۚ َوإِن َكثِ ًۭريا ِّم َن ٱلن‬


‫اس‬ ِ ِ ِ‫﴿فَٱلىي وم نُن ِجيك بِب َدن‬
َ ‫ك لتَ ُكو َن ل َم ىن َخ ىل َف‬
َ َ َ ّ َ َ‫َى‬

﴾‫َع ىن ءَايَمتِنَا لَ مغَ ِفلُو َن‬

Maksudnya:

“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas

dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut),

untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya

mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya

kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan)

tanda-tanda kekuasaan Kami!”

Yunus (10): 92

Manakala sifat menurut bahasa adalah nama yang menunjukkan sebahagian keadaan

sesuatu. Sifat juga bermaksud tanda lazim bagi sesuatu yang disifatkan baginya dan

sebagai tanda untuk mengenalinya4. Istilah ayat sifat pula merujuk kepada ayat-ayat

al-Quran yang mempunyai kaitan dengan sifat-sifat Allah SWT dan diklasifikasikan

juga sebagai ayat mutasyabihat atau yang kabur maknanya5.

. Ali bin Muhammad al-Jarjani. 1983. Kitab Tacrifat. Cet. Juz. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
4 c

Hlm. 133.
5
. Subhi al-Salih. 2000. Mabahith Fi cUlum al-Quran. Cet. 4. Juz. 1. Beirut: Dar al-cIlmu al-Malayin.
Hlm. 283.
6

Perpecahan mazhab pentafsiran ayat-ayat sifat terbahagi kepada 3 mazhab utama

iaitu al-Mucattilah adalah golongan yang mengingkari sifat Allah SWT dan terpecah

kepada hampir 20 kelompok, al-Musyabihah iaitu golongan yang menyamakan Allah

SWT dengan makhluk-Nya dan yang terakhir golongan pertengahan iaitu Ahli

Sunnah Wal Jamaah6.

Implikasi dari perbincangan mengenai ayat-ayat sifat ini terlahirlah pemahaman dan

mazhab yang berbeza. Polemik ini bermula dari zaman salaf dan berterusan hingga

zaman seterusnya yang mana berlaku pendekatan yang berbeza antara beberapa

golongan khususnya pada zaman khalaf. Golongan salaf menggunakan cara ithbat

iaitu menyerahkan makna ayat tersebut kepada Allah SWT tanpa memberikan

sebarang makna takwil. Di samping itu, golongan khalaf mengambil jalan takwil

iaitu mengembalikan ayat-ayat yang samar maksudnya kepada makna atau maksud

yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan zat Allah SWT berdasarkan petunjuk

dari segi bahasa Arab, logik akal dan nas syarak7.

Isu berkaitan ayat mutasyabihat ini merujuk kepada beberapa ayat al-Quran atau

hadis yang makna literalnya boleh menjadikan Allah SWT menyerupai makhluk-Nya

sama ada dari aspek zat, sifat atau perbuatan. Kebanyakan isu yang mengetengahkan

perselisihan pandangan dalam isu tersebut adalah berkaitan sama ada nas-nas sifat

mutasyabihat itu harus difahami secara literal tanpa sebarang takwil, ataupun ia perlu

ditakwil kerana makna zahirnya bertentangan dengan asas-asas akidah ketuhanan.

6
. Mustaffa bin Abdullah & Ahmad Nazri bin Zainol. T.t. Ayat Sifat Menurut Tafsiran Fakhr Al-Din
Al-Razi Dalam Karyanya Tafsir Al-Kabir. Jurnal Universiti Malaya, 2.
7
. Dr.Yusuf al-Qardawi. 2014. Fusul Fi al-cAqidah Bayna al-Salaf Wa al-Khalaf’. Terj. Selangor: PTS
Islamika SDN.BHD. Hlm. 200.
7

Rentetan itu, dalam beberapa keadaan khususnya di Malaysia kini, salaf dilabelkan

sebagai golongan yang tidak melakukan takwilan terhadap nas-nas sifat

mutasyabihat, manakala khalaf pula dilabelkan sebagai golongan yang melakukan

takwil. Keadaan ini mengundang perselisihan pandangan yang tidak harmoni antara

pengikut kedua-dua aliran pemikiran tersebut8.

Konflik ini berterusan sehingga menjadi perselisihan dan perdebatan yang serius

antara umat Islam khususnya di Malaysia, bahkan berlakunya isu saling menghukum

sesat seperti memberi gelaran wahabi kepada pelaku ithbat dan berlaku salah faham

lainnya. Seperti contoh seorang tokoh agama bernama Zamihan Mat Zin telah

mendakwa seorang ulama besar iaitu Ibnu Taymiyyah telah melakukan

penyelewengan ilmiah kerana menolak takwil di dalam bukunya ‘Salafiyyah

Wahabiyyah’ dengan mengatakan bahawa terdapat bukti penyelewengan ilmiah yang

dilakukan oleh Ibnu Taymiyah dalam masalah akidah seperti qidam al-alam (sesuatu

yang baru tidak ada permulaan baginya), mengambil nas sifat secara zahir, takwil,

maqam mahmud, nisbah al-salaf, pendakwaan Injil, penafian majaz, talak tiga dan

banyak lagi. Ibnu Taymiyah juga didakwa enggan melakukan pentakwilan bahkan

mengambil nusus secara zahir dan itu jelas bertentangan dengan para ulama yang

terdahulu dan selepasnya9.

Kenyataan Zamihan ini telah dibantah dan perdebatkan oleh beberapa orang ustaz

lainnya dan menjadi isu hangat di kalangan sebahagian para akademis ilmu. Salah

8
. Muhammad Rashidi & Syed Hadzrullathfi. 2012. Takwilan Nas-Nas Mutasyabihat Dalam Kalangan
Salaf. Jurnal Universiti Sultan Zainal Abidin. 2(2): 1-2.
9
. Zamihan Mat Zin. 2001. Salafiyah Wahabiyah: Suatu Penilaian. Selangor: Terajaya Enterprise.
Hlm. 101.
8

seorangnya adalah Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri yang mana telah membidas dakwaan

Zamihan dan menuduhnya sebagai seorang yang mengkhianati ilmu10. Namun,

Zamihan malah membalas dengan melemparkan gelaran ‘salafiyah wahabiyah’

kepada Dr. Asri yang tidak mampu membuka ruang minda berfikir secara terbuka

dan kritis11. Selain Dr. Mohd Asri, terdapat individu lain yang cuba membuat

penilaian semula buku yang di tulis oleh Ustaz Zamihan dan membantah dakwaan-

dakwaan salah yang dibuat ke atas ulama-ulama besar. Antaranya buku

‘Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula ke

atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari’ yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah

dengan mengatakan bahawa buku ini mengelirukan orang ramai dan terdapat

kenyataan-kenyataan yang mengarah kepada kekufuran12.

Amalan saling menuduh dan melemparkan pelbagai tohmahan sehingga membawa

kepada permusuhan, perdebatan malah menghukum antara satu sama lain ini

disebabkan perbezaan pendapat. Sikap segelintir ahli agama yang tidak dapat

menerima serta terbuka dalam perbezaan pendapat menjadi tumpuan masyarakat,

yang mana ahli agama ini akan menjadi contoh dan ikutan ramai. Pendek kata, kajian

tajuk ini amat penting bagi membezakan pendekatan pentafsiran yang perlu diterima

kerana telah dipersetujui oleh para ulama dan pentafsiran yang sepatutnya ditolak

dan diperdebatkan kerana bertentangan dengan kebenaran.

10
. Zamihan Mat Zin. 2002. Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Syathariah Niagajaya. Hlm. 40.
11
. Zamihan Mat Zin. 2001. Op. Cit. Hlm. 65.
12
. Hafiz Firdaus Abdullah. 2003. Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73
Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari. Johor: Perniagaan Jahabersa. Hlm.
420.
9

Kesimpulannya, topik ini juga dianggap antara tajuk terpenting dan berkait rapat

dengan akidah seorang muslim, dapat mendalami metode antara salaf dan khalaf

serta menambahkan ilmu pengetahuan. Bukan itu sahaja, kajian ini merupakan

sebuah usaha untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai maksud

ayat-ayat sifat yang ada di dalam al-Quran untuk lebih mengenal Allah SWT dan

dapat menghindari pendapat-pendapat yang bercampur dengan bid’ah dan batil,

mengelakkan berlakunya perselisihan serta membuka ruang untuk saling bertolak

ansur.

1.3. Persoalan Kajian

i. Bagaimanakah pendekatan mufasirin terhadap ayat-ayat sifat di dalam al-

Quran?

ii. Apakah latar belakang penulisan tafsir Imam al-Tabari dan dan tafsir Imam

al-Jalalayn?

iii. Bagaimanakah perbandingan tafsiran ayat-ayat sifat di dalam tafsir al-Tabari

dan tafsir al-Jalalayn?

1.4. Objektif Kajian

i. Mengenalpasti pendekatan mufasirin terhadap ayat-ayat sifat di dalam al-

Quran.
10

ii. Mengkaji latar belakang penulisan tafsir Imam al-Tabari dan tafsir Imam al-

Jalalayn.

iii. Menganalisis perbandingan tafsiran ayat-ayat sifat di dalam tafsir al-Tabari

dan tafsir al-Jalalayn.

1.5. Limitasi Kajian

Kajian ini ingin mengkaji tentang perbezaan pentafsiran ayat-ayat yang

berkaitan dengan sifat-sifat Allah SWT di dalam al-Quran. Fokus kajian

adalah pentafsiran yang diambil dari buku tafsir ‘Jamic al-Bayan cAn Ta’wil

al-Quran’ oleh Imam al-Tabari dan buku tafsir ‘al-Jalalayn’ iaitu karya

Jalal al-Din al-Suyuti dan Jalal al-Din al-Mahalli. Manakala dalam kajian

ini membincangkan 7 sifat iaitu sifat al-Yad, al-cAyn, al-Fawqiyah, al-Rida,

al-Istihza’, al-Makr dan al-Kalam yang terdapat di dalam al-Quran. Selain

daripada buku dan sifat yang telah disebutkan tidak termasuk dalam skop

kajian pengajian dan tidak mempengaruhi hasil dapatan kajian.

1.6. Metodologi Kajian

Metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan

dalam sesuatu kegiatan dan disiplin. Kajian adalah hasil dari kajian berdasarkan data

atau maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam masa tertentu 13. Dalam kajian ini,

13
. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 1030.
11

pengkaji menggunakan kajian berbentuk kualitatif berbanding dengan kajian yang

berbentuk kuantitatif kerana kajian ini tidak menggunakan kajian berbentuk angka

ataupun kategori. Selain itu, penyelidikan ini dijalankan bagi memberi kefahaman

terhadap sesuatu isu dan berusaha untuk mengenalpasti sesuatu secara mendalam.

1.6.1. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kajian pensejarahan iaitu

penyusunan sumber-sumber dan data (mengenai tafsiran ayat-ayat sifat) sebagai

subjek dalam kajian14. Selain itu, kajian ini juga memerlukan kepada pembacaan

yang berulang kali untuk menerangkan tentang tafsiran ayat-ayat sifat, biografi

penulis kitab serta perbezaan metode yang digunakan oleh Imam al-Tabari dan Imam

al-Suyuti serta al-Mahalli.

1.6.2. Pemilihan Sampel

Teknik yang dipilih ialah teknik persampelan bertujuan adalah suatu pemilihan yang

berdasarkan tujuan bagi mendapatkan individu dengan kriteria yang telah ditetapkan

oleh pengkaji15. Di dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan perbahasan kepada

pentafsiran secara riwayah (bi al-ma’thur) dan secara dirayah (bi al-ra’yi). Oleh

kerana terdapat banyak kitab tafsir yang berhubung dengan metode tersebut, pengkaji

memilih dua buah kitab yang berkaitan bagi kajian ilmiah ini. Untuk mengupas

14
. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. Hlm. 1305.
15
. Kamal Azmi & Nurzatil Ismah& Sahlawati. 2017. Metodologi Penyelidikan: Asas-Asas Ilmu
Penyelidikan Islam. Bangi: Minda Intelek Agency. Hlm. 102.
12

persoalan mengenai ayat-ayat sifat secara pentafsiran bi al-ma’thur, pengkaji

mengambil pentafsiran al-Tabari dari kitab tafsirnya ‘Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-

Quran’ dan bagi pentafsiran bi al-ra’yi, pengkaji menggunakan tafsir ‘al-Jalalayn’.

Dengan memberikan tumpuan khusus kepada dua buah kitab ini, memudahkan

pengkaji membuat analisa dan kesimpulan secara umum tentang pendapat ahli-ahli

tafsir dari kedua-dua bentuk pentafsiran berkaitan dengan ayat-ayat sifat dalam al-

Quran.

1.6.3. Instrumen Kajian

Instrumen atau pengumpulan data adalah alat yang digunakan oleh penyelidik untuk

mengumpul data dari objek kajian16. Kajian ini berbentuk kualitatif dan instrumen

yang digunakan ialah berbentuk dokumen. Dokumen adalah keterangan atau bukti

yang bertulis atau bercetak seperti buku, surat dan lain-lain yang dapat dijadikan

keterangan atau bukti17. Dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah

menggunakan bahan seperti buku-buku, jurnal dan laman sesawang yang berkaitan

dengan tajuk ini. Pengkaji menggunakan dokumen ini adalah untuk mengumpul,

memahami dan menganalisis metode yang digunakan, latar belakang pengkaji dan

perbezaan tafsiran ayat-ayat sifat yang ada di dalam kedua tafsir tersebut.

16
. Mohd Yusri Ibrahim. 2017. Sembang Santai Penyelidikan. Besut: Bandar Ilmu. Hlm. 133.
17
. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. Hlm. 360.
13

1.6.4. Analisis Data

Dalam menganalisis data kualitatif, pengkaji telah menggunakan penyelidikan

pendekatan secara induktif iaitu kaedah menganalisis fakta atau maklumat yang

bersifat khusus dan dihuraikan untuk menghasilkan kesimpulan yang menyeluruh18.

Dengan menganalisis kandungan kajian berpandukan tema iaitu mengemukakan latar

belakang Imam al-Tabari, al-Mahalli dan al-Suyuti dan mengeluarkan tafsiran ayat-

ayat sifat. Pengkaji juga mengunakan kaedah komparatif iaitu perbandingan yang

dilakukan pada data yang diperolehi19. Pengkaji menjelaskan metodologi Imam al-

Tabari dan Imam al-Jalalayn dalam pentafsiran ayat-ayat sifat dan membuat

perbandingan antara metodologi dan pandangan mereka bagi melihat persamaan dan

perbezaannya. Kemudian data-data tersebut disimpulkan di akhir kajian.

1.6.5. Prosedur Asas Penganalisaan

Dalam prosedur asas penganalisaan data, pengkaji telah menggunakan bentuk pra

analisa iaitu dimana pengkaji perlu membaca, mengemaskini dan melengkapkan

segala kajian yang didapati dengan dilabel data-data tersebut iaitu perlu disusun

mengikut topik dan sub-topik agar susunannya dalam keadaan teratur, baik dan

kemas20.

18
. Ibid. Hlm. 51.
19
. Ibid. Hlm. 809.
20
. Kamal Azmi& Nurzatil Ismah& Sahlawati. 2017. Op. Cit. Hlm. 75.
14

1.7. Kajian Literatur

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan berkaitan dengan ayat-ayat sifat. Antaranya,

Muhammad bin cAbdu al-Rahman al-Maghrawi (2000) mengumpulkan di dalam

kitabnya ‘al-Mufassirun Bayna al-Ta’wil Wa al-Ithbat Fi Ayat al-Sifat’ pendapat-

pendapat ulama salaf dan khalaf dalam pentafsiran ayat-ayat sifat dengan perbahasan

yang jelas dan panjang lebar serta lengkap. Tulisan ini telah membuktikan teori

bahawa tidak semua golongan salaf menggunakan metode ithbat dengan

membawakan bukti-buktinya. Namun begitu, kajian ini tidak didapati terjemahannya

membuat ianya sukar untuk dijadikan bahan bacaan bagi orang yang tidak mahir

dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian, kajian ini akan memudahkan masyarakat

untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

Yusuf al-Qardawi (2016) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Fusul Fi al-cAqidah

Bayna al-Salaf Wa al-Khalaf’ yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Buku ini membincangkan mengenai perbezaan yang berlaku di dalam isu akidah

antara salaf dan khalaf. Tulisannya juga memberikan pedoman bagaimana

seharusnya sikap orang muslim dalam menghadapi perbezaan pendapat dalam

metode pentafsiran ayat sifat iaitu dengan berlapang dada dan tidak menghukum

antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, tulisan ini tidaklah memfokuskan

kepada tafsiran ayat-ayat sifat sahaja dan perbahasan mengenai itu tidak banyak serta

disebutkan hanya beberapa contoh pentafsiran ayat-ayat sifat menurut salaf dan

khalaf. Oleh yang demikian, kajian ini akan membawakan lebih terperinci tafsiran

ayat-ayat sifat yang ada dalam al-Quran menurut Imam al-Tabari dan al-Jalalayn.
15

cAisyah binti Dollah (2015) di dalam kajiannya yang bertajuk ‘Kaedah Perbandingan

Antara al-Maturidi Dan al-Tabari’ menjelaskan tentang pentafsiran Imam al-Tabari

dengan jelas, menjelaskan satu-persatu metode yang digunakan Imam al-Tabari

dalam menulis tafsir ‘Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran’ serta biografi penuh

beliau. Kajian ini telah membuktikan bahawa Imam al-Tabari yang berpegang

kepada metode salaf, mentafsirkan sebahagian ayat al-Quran dengan pandangannya

berdasarkan petunjuk dalil hadis dari Nabi SAW. Walau bagaimanapun, topik

tafsiran ayat-ayat sifat tidak diberi penekanan dan tidak menjadi topik utama kerana

kajian ini adalah kajian keseluruhan metode Imam al-Tabari. Dengan itu, kajian ini

akan memfokuskan lebih mendalam metode pentafsiran ayat-ayat sifat yang

digunakan al-Tabari di dalam tafsirnya.

Fadzilah binti Hurzaid (1997) di dalam kajiannya ‘Sifat-Sifat Allah SWT Di Dalam

Ayat-Ayat Dan Hadis Mutasyabihat Mengikut Pandangan Ulama Salaf Dan Khalaf’

membahas tentang pentafsiran ayat-ayat sifat dengan membawa pendapat-pendapat

ulama salaf dan khalaf serta membuat perbandingan secara terperinci metode antara

keduanya. Kajian ini membawakan hujjah dari salaf dan khalaf tentang keharusan

mentakwil ayat sifat dengan beberapa garis panduan dan syarat antaranya seperti

bertepatan dengan kaedah bahasa Arab. Walau bagaimanapun, kajiannya tidak

membincangkan pentafsiran yang bercanggah dengan apa yang telah disepakati oleh

ulama di dalam ilmu tafsir. Jadi, dalam kajian ini akan menjelaskan secara ringkas

tentang pendekatan yang batil dalam pentafsiran ayat sifat seperti pendekatan

golongan Muktazilah.
16

Sharifah Norshah Bani binti Syed Bidin (1997) dalam kajiannya ‘Ayat-Ayat

Berhubung Dengan Sifat-Sifat Allah SWT Di Dalam al-Quran: Satu Kajian Terhadap

Pandangan Ahli-Ahli Tafsir’ membincangkan mengenai perkembangan ilmu tafsir

dari zaman Nabi SAW hingga zaman khalaf. Kajiannya membuktikan tentang

adanya persamaan pentafsiran ayat sifat antara Imam al-Tabari dan Imam al-Jalalayn

seperti pentafsiran kalimah istawa, walaupun keduanya lebih dikenali mempunyai

metode yang berbeza dalam pentafsiran. Namun begitu, kajian ini tidak

membincangkan mengenai metode ithbat dan takwil.

Siti Sa’adah binti Shafik (1999) dalam kajiannya ‘Ayat-Ayat Mutashabihat Dalam

Akidah: Satu Kajian Perbandingan Antara Salaf Dan Khalaf’ telah membincangkan

mengenai ayat mutasyabihat dalam isu akidah. Kajian ini membuktikan bahawa telah

muncul beberapa firaq atau kumpulan dalam mentafsirkan ayat-ayat sifat akibat dari

beberapa faktor antaranya pengaruh agama lama dan penterjemahan buku-buku

falsafah. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menerangkan perbahasan mengenai

takwil secara terperinci dari sudut maksud, penggunaan dan sebagainya. Dengan tu,

kajian ini akan menerangkan lebih terperinci mengenai maksud takwil, syarat

penggunaan, pandangan ulama dan lain-lain.


17

1.8. Kerangka Kajian

TAFSIRAN AYAT-AYAT SIFAT

Sharifah Norshah Bani binti Syed


Bidin (1997)
Konsep pentafsiran Imam al-
Tabari dan Imam al-Jalalayn
dalam ayat-ayat sifat

Yusuf al-Qardawi (2016)


Fadzilah binti Hurzaid (1997)
Konsep menghadapi perbezaan
Pandangan ulama salaf dan khalaf
pendapat
dalam mentakwil ayat-ayat sifat

Siti Sa’adah binti Shafik (1999)


Sejarah firaq atau kelompok yang
berpecah dalam mentafsirkan ayat sifat
Rajah 1 Adaptasi teori Sharifah Norshah Bani binti Syed Bidin (1997), Fadzilah binti Hurzaid (1997),
Yusuf al-Qardawi (2016) dan Siti Sa’adah binti Shafik (1999).

Kerangka kajian di atas menunjukkan bahawa kajian Sharifah Norshah Bani binti

Syed Bidin (1997), Fadzilah binti Hurzaid (1997), Yusuf al-Qardawi (2016) dan Siti

Sa’adah binti Shafik (1999) telah dibincangkan pada kajian-kajian lepas. Kajian

Sharifah Norshah Bani binti Syed Bidin (1997) mempunyai hubungan dengan topik

perbahasan ayat-ayat sifat dengan mendatangkan konsep atau metode pentafsiran

ayat-ayat sifat Imam al-Tabari dan Imam al-Jalalayn dalam kitab mereka. Kajian

Fadzilah binti Hurzaid (1997) juga mempunyai hubungan dengan tajuk perbahasan

yang mana kajian ini membawakan pandangan ulama salaf dan khalaf dalam

mentakwil ayat-ayat sifat. Seterusnya, kajian Yusuf al-Qardawi (2016) mempunyai

hubungan dengan membawakan isu perbahasan mengenai sikap seorang muslim


18

dalam menghadapi perbezaan pendapat. Namun begitu, kajian Siti Sa’adah binti

Shafik (1999) yang membincangkan sejarah firaq atau perpecahan manhaj dalam

pentafsiran ayat-ayat sifat tidak menjadi perbahasan utama dalam skop kajian.
19

1.9. Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kajian berbentuk

kualitatif dalam memahami ayat-ayat sifat ini merupakan satu kajian yang amat

penting. Oleh kerana itu, Imam al-Tabari dan Imam al-Suyuti serta al-Mahalli yang

memiliki pakar dalam bidang tafsir dan merupakan ulama besar menjadi fokus utama

di dalam penulisan ini. Perbezaan jalan pendekatan yang diambil oleh mereka

menjadi perbahasan yang membawa kepada manhaj salaf dan khalaf.

Disamping itu, umat Islam tidak sepatutnya bergaduh dan berselisih hanya kerana

pegangan kepada satu-satu manhaj. Tuduhan dan tohmahan bahawa orang yang tidak

berpegang dengan manhajnya adalah sesat dan tidak betul akan membawa kepada

perpecahan dan pergaduhan sesama Islam yang tiada penghujungnya. Malah ia juga

menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat Islam terhadap tokoh-tokoh

agama serta menggalakkan budaya tuduh-menuduh.

Semoga kajian ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dengan menambah

ilmu pengetahuan mengenai ayat-ayat sifat di dalam al-Quran serta mendalami

pendekatan yang digunakan dalam memahaminya dan dapat merubah persepsi

masyarakat dalam menghadapi perbezaan pendapat.


BAB
DUA
21

BAB DUA: PENDEKATAN MUFASIRIN DALAM MENTAFSIRKAN AYAT-

AYAT SIFAT.

2.1. Pendahuluan

Al-Quran adalah petunjuk bagi manusia serta sumber utama bagi umat Islam. Di

dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyampaian mengikut kesesuaian, ada ayat yang

berbentuk hakiki dan bersifat majaz, ada ayat yang ringkas dan panjang, ada yang

disebut secara jelas dan terang dan ada yang disebut dengan kiasan, ada yang

difahami secara khusus dan umum. Tabiat al-Quran berbicara dengan umat Islam

dengan menggunakan akal. Islam mahu menggerakkan akal manusia supaya mencari

sesuatu dan berusaha mendapatkannya. Justeru, hikmah dari kepelbagaian ini Allah

SWT memberikan manusia keterangan dan tanda-tanda bagi menuju jalan yang

benar. Namun, tujuan itu tidak tercapai kecuali selepas berusaha dan mengkaji ayat-

ayat tersebut21.

2.1.1. Pengenalan Mutasyabihat

Seperti yang telah diketahui, di dalam al-Quran maksud ayat-ayatnya ada yang

mudah difahami dan ada yang samar-samar yang memerlukan penjelasan yang lebih

mendalam atau lebih dikenali dengan ayat mutasyabihat. Maksud mutasyabihat

. Dr. Yusuf al-Qaradawi. 2014. Fusul Fi al-cAqidah Bayna al-Salaf Wa al-Khalaf’. Terj. Selangor:
21

PTS Islamika SDN.BHD. Hlm. 39.


22

secara bahasa berasal dari perkataan tasyabuh iaitu menyerupai salah satu daripada

dua perkara yang bukan daripada dirinya sendiri.

Firman Allah SWT:

۟ ِ ۟
‫ت أَن ََلُىم َج من ٍۢت َىَت ِرى ِمن َىَتتِ َها‬
ِ ‫ٱلصلِ مح‬
َ ‫م‬ ‫ا‬
‫و‬ ُ‫َو َعمل‬ ‫ين ءَ َامنُوا‬ ِ ِ
َ ‫﴿وبَ ّش ِر ٱلذ‬
َ

۟ ۟ ٍۢ ۟
‫ىٱْلَ ىَهْنمَُر ۖ ُكل َما ُرِزقُوا ِمىن َها ِمن ََمََرة ِّرى ًۭزقرا ق قَالُوا مَه َذا ٱل ِذى ُرِزقى نَا ِمن قَ ىب ُل ۖ َوأُتُوا‬

﴾‫ج ُّمطَهَرًۭةٌ ۖ َوُه ىم فِ َيها مَخلِ ُدو َن‬ ِ ِِ


ًٌۭ ‫بهۦ ُمتَ مَشبِ ًۭرها ۖ َوََلُىم ف َيهآ أ ىَزمَو‬

Maksudnya:

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman

dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang

mengalir di bawahnya beberapa sungai. Setiap kali mereka

diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu,

mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”

dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi

berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga

itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci,

sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”.

Al-Baqarah (2): 25
23

۟
Kalimah ‫َوأُتُوا بِِهۦ ُمتَ مَشبِ ًۭرها‬ maksudnya adalah sebahagian buah-buahan di dalam syurga

itu serupa dengan yang lain dari segi warna, tapi berlainan rasa dan bentuknya.

Begitu juga dengan ayat mutasyabihat, kalimahnya adalah sama tapi maksudnya

berlainan22. Definisi pula mutasyabihat terdapat perbezaan pendapat mengenainya.

Menurut Imam al-Suyuti dalam kitab ‘al-Itqan’, definisi muhkam adalah ayat yang

dapat diketahui dengan dalil yang jelas mahupun yang samar, definisi mutasyabihat

pula adalah ayat yang maknanya hanya diketahui Allah SWT, seperti terjadinya hari

kiamat, keluarnya Dajjal dan huruf-huruf muqattacah pada awal surah. Muhkam juga

adalah ayat yang tidak ditakwilkan hanya mempunyai satu makna sahaja, manakala

mutasyabihat adalah ayat yang mempunyai banyak maksud23. Selain itu, ayat-ayat

sifat yang akan dibincangkan di dalam kajian ini termasuk dalam kategori ayat-ayat

mutasyabihat.

2.1.2. Sejarah Ringkas Pentafsiran Al-Quran

Sebelum melihat kepada kepelbagaian pendekatan yang digunakan ulama dalam

mentafsirkan ayat-ayat sifat dalam al-Quran, perlulah terlebih dahulu menelusuri

secara ringkas sejarah ilmu tafsir. Bermula pada zaman Rasulullah SAW, apabila

para sahabat tidak dapat memahami maksud ayat atau kehendak dari ayat tersebut,

maka mereka akan bertanya langsung kepada Nabi SAW. Namun ketika Rasulullah

SAW wafat, sebahagian para sahabat telah menggunakan ijtihad sendiri untuk

22
. Mannac bin Khalil al-Qatan. 2000. Mabahith Fi cUlum al-Quran. Cet. 3. Juz. 1. Libya: Maktabah
al-Macarif. Hlm. 220.
23. c
Abdurrahman bin Abi Bakar Jalal al-Din al-Suyuti. 2008. Al-Itqan Fi cUlum al-Quran. Cet. 1. Juz.
1. Mesir: Dar al-Salam. Hlm. 531-532.
24

memahami maksud yang terkandung dalam sebuah ayat. Di antara para sahabat yang

terkenal dengan ijtihadnya pada masa itu adalah Ibnu cAbbas, cUmar bin Khattab,

Ibnu Mascud dan lain-lain24.

Selepas itu, muncul istilah tafsir iaitu ilmu untuk memahami kitab Allah SWT yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, menjelaskan makna-maknanya,

menyimpulkan hikmah dan hukum-hakamnya. Tradisi tafsir ini diteruskan oleh para

tabi’in. Seiring dengan itu, ilmu tafsir al-Quran mula berkembang dengan cukup

pesat dari semasa ke semasa, sama ada dari segi bentuk, corak dan metodologinya.

Seterusnya, para ulama tafsir mula mempunyai corak tersendiri yang berbeza dalam

mentafsirkan ayat al-Quran25. Perkembangan itu juga merupakan sebuah cerminan

dari perkembangan pemahaman dan pemikiran umat Islam pada masa itu terhadap al-

Quran dan juga perkembangan ilmu pengetahuan. Begitu juga dalam pentafsiran

ayat-ayat mutasyabihat yang mula berkembang, para ulama mempunyai pendekatan

yang berbeza dalam menanggapi ayat mutasyabihat dalam al-Quran dan hadis-

hadis26.

Kesan daripada perbezaan pendapat ini, munculnya perselisihan hebat yag berlaku

antara kelompok-kelompok Islam, sehingga ada sebahagian di antara mereka

mengatakan kelompok yang lain berdosa. Bahkan, ada yang membawa kepada kafir

mengkafirkan dan sebagainya. Selain daripada itu, keadaan masyarakat yang masih

24
. Nur Zainatul & Latifah. 2012. Sejarah Perkembangan Tafsir Pada Zaman Rasulullah SAW,
Sahabat Dan Tabiin. Journal Of Techno Social UTHM. 4: 44-45.
25
. A.Faroqi. 2016. Analisis Ayat-ayat Mutasyabihat Tafsir al-Munir Karya Wahbah al-Zuhayli.
Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Dan Humaniora, Universiti Islam Negeri Walisongo, Semarang.
Hlm. 2.
26
. Dr. Yusuf al-Qaradawi. 2014. Fusul Fi al-cAqidah Bayna al-Salaf Wa al-Khalaf’. Terj. Selangor:
PTS Islamika SDN.BHD. Hlm. 60.
25

jahil dan kabur mengenai maksud ayat-ayat sifat dalam al-Quran, lemah dalam

permasalahan akidah serta mudah terikut-ikut tanpa mengetahui pendapat yang benar

atau salah27. Kesudahannya, disebabkan faktor-faktor ini, pengkaji terdorong untuk

melakukan pengkajian mengenai pendekatan yang digunakan oleh para mufasirin

dalam mentafsirkan ayat-ayat sifat yang ada di dalam al-Quran iaitu pendekatan

dengan cara ithbat yang digunakan oleh majoriti ulama salaf dan takwil yang

dipegang oleh majoriti ulama khalaf serta membawakan beberapa pentafsiran yang

bertentangan dari metode tersebut dan bercanggah dengan cara yang telah digariskan

oleh syarak seperti pendekatan golongan Muktazilah.

27
. Ibid.
26

2.2. Pendekatan Mufasirin Dalam Mentafsirkan Ayat-Ayat Sifat

Perbincangan ayat mutasyabihat adalah perbincangan berkaitan sifat khabariyyah28

yang terdapat dalam nas-nas syarak yang mengatakan Allah SWT bersifat dengan

sifat-sifat yang menyerupai sifat-sifat manusia. Contohnya, mempunyai anggota

badan seperti tangan, tapak kaki, mata, muka, pergerakan dan berpindah dari satu

tempat ke satu tempat seperti datang, turun dan duduk, berada di langit, dan

selainnya. Ayat ini juga membawa perselisihan ulama-ulama dalam memahaminya.

Awal perbahasan ayat mutasyabihat ini bermula dari pentafsiran ayat al-Quran.

Firman Allah SWT:

ِ َ‫ات ُهن أ ُُّم الى ِكت‬


‫اب‬ ِ َ‫ك الى ِكت‬ ِ
ٌ ‫ت ُىحم َك َم‬
ٌ ‫اب مىنهُ آ َاي‬
َ َ ‫﴿ه َو الذي أَنى َزَل َعلَىي‬
ُ

ِ ِ ِ ِِ ِ ‫وأُخر متَ َش ِاِبات ۖ فَأَما ال ِذ‬


َ‫ين يف قُلُوِب ىم َزيى ٌغ فَيَ تبعُو َن َما تَ َشابَهَ مىنهُ ابىتغَاء‬
َ ٌ َ ُ َُ َ

‫الى ِفىت نَ ِة َوابىتِغَاءَ ََتى ِويلِ ِه ۗ َوَما يَ ىعلَ ُم ََتى ِويلَهُ إَِّل اَّللُ ۗ َوالر ِاس ُخو َن ِيف الىعِىل ِم يَ ُقولُو َن‬

ِ ‫آمنا بِِه ُكلٌّ ِمن ِعىن ِد ربِنَا ۗ وما يذكر إَِّل أُولُو ىاْلَلىب‬
﴾‫اب‬َ ُ َ َ َ َّ ‫ى‬ َ

Maksudnya:

“Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab

suci al-Quran. Sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat

28
. Sifat-sifat Allah SWT yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW dan sifat-sifat ini
tidak memerlukan dalil aqli.
27

muhkam, ayat-ayat muhkam itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran.

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-

orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,

maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari al-Quran

untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada

yang mengetahui takwilnya melainkan Allah SWT. Dan orang-

orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam

ilmu-ilmu agama, berkata: “Kami beriman kepadanya, semuanya

itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tidak ada orang yang

mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang

mempunyai akal fikiran”.

Ali-cImran (3): 7

Perbahasan mengenai ayat ini telah dibincangkan dalam kitab ‘Mabahith Fi cUlum

al-Quran’ karya Mannac bin Khalil al-Qatan yang telah menyatakan perselisihan

pendapat para ulama mengenai kedudukan icrab bagi kalimah ‫َوالر ِاس ُخو َن ِيف الىعِىل ِم يَ ُقولُو َن‬

‫آَمنا بِِه‬, sama ada kedudukan huruf ‫و‬ sebelum kalimah ‫ الر ِاس ُخو َن ِيف الىعِىل ِم‬adalah huruf

c
ataf dan merupakan sambungan dengan lafaz ‫ هللا‬yang datang sebelumnya serta

dibaca dengan meletakkan tanda berhenti (waqaf) pada kalimah tersebut dan kalimah

‫ يَ ُقولُو َن آَمنا بِِه‬merupakan hal dan ini adalah pendapat yang pertama. Pendapat yang

ِ
kedua, meletakkan tanda waqaf (berhenti) selepas kalimah ُ‫َوَما يَ ىعلَ ُم ََتى ِويلَهُ إَّل اَّلل‬
28

manakala kalimah ‫ َوالر ِاس ُخو َن ِيف الىعِىل ِم‬merupakan mubtada’ dan ‫ يَ ُقولُو َن آَمنا بِِه‬menjadi

khabar serta kedudukan huruf ‫ و‬sebelum kalimah ‫الر ِاس ُخو َن ِيف الىعِىل ِم‬ adalah huruf al-

isti’naf. Perbezaan icrab ini dapat merubah maksud dan pentafsiran ayat tersebut

iaitu29:

1) Imam Mujahid dan sahabat-sahabatnya serta Imam al-Nawawi memilih pendapat

yang pertama. Pendapat ini membawa maksud bahawa ayat-ayat mutasyabihat

dapat difahami maksudnya oleh orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang

tinggi. Menurut Imam al-Nawawi, pendapat inilah yang paling sahih kerana tidak

mungkin Allah SWT menyeru hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak

dapat diketahui maksudnya oleh mereka. Pendapat ini dipersetujui oleh Subhi al-

Salih dalam kitabnya ‘Mabahith Fi cUlum al-Quran’ dengan menyatakan bahawa

Imam Abu Hasan al-Asycari berpendapat dengan pendapat ini, begitu juga Abu

Ishaq al-Syayrazi yang berpendapat bahawa pengetahuan Allah SWT terhadap

ayat-ayat mutasyabihat itu diberikan juga kepada para ulama yang memiliki ilmu

yang dalam kerana firman yang di turunkan-Nya adalah pujian bagi mereka.

Kalau mereka tidak mengetahui maknanya, bererti mereka sama dengan orang

awam30.

2) Kebanyakan para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta orang-orang setelah

mereka memilih pendapat yang kedua. Pendapat ini membawa maksud bahawa

makna ayat-ayat mutasyabihat ini hanya diketahui Allah SWT dan orang yang

29
. Mannac bin Khalil al-Qatan. Op. Cit. Hlm. 223.
. Subhi al-Salih. 2000. Mabahith Fi cUlum al-Quran. Cet. 4. Juz. 1. Beirut: Dar al-cIlmu al-Malayin.
30

Hlm. 282.
29

berilmu hanya perlu mengimaninya. Pendapat ini disokong dengan hadis riwayat

Imam al-Tabrani dalam kitabnya ‘al-Kabir’ nombor hadis: 293 dan diriwayatkan

juga oleh al-Tabari dalam kitabnya ‘Musnad cUmar’ nombor hadis: 788 dengan

status hadis gharib31.

ُ ‫صلى هللاُ َعلَىي ِه َو َسل َم يَ ُق‬


:‫ول‬ ِ َ ‫((عن أَِِب مالِك ىاْلَ ىشع ِر ِي أَنه ََِسع رس‬
َ ‫ول هللا‬ َُ َ ُ ّ َ َ ‫َى‬

ِ ِ ِ َ ‫اف علَى أُم ِِت إَِّل ثََال‬


َ ‫ أَ ىن يُكىثَ َر ََلُىم م َن الى َمال فَيَ تَ َح‬:‫ث خ َالل‬
‫اس ُدوا‬ َ ُ ‫َخ‬
َ ‫ََّل أ‬

‫ َولَىي َ يَ ىعلَ ُم‬،ُ‫ب َيى ُخ ُذ الى ُم ىمِم ُن يَىب تَغِي ََتى ِويلَه‬ ِ
ُ ُ‫ َوأَ ىن يُ ىفتَ َح ََلُُم الى ُكت‬،‫فَيَ ىقتَتلُوا‬

))ُ‫ََتى ِويلَهُ إَِّل هللا‬

Maksudnya:

“Ada tiga hal yang aku khuatirkan dari umatku, yang pertama

mengumpulkan harta sehingga timbul sifat hasad dan berlakunya

pembunuhan, yang kedua mencari-cari takwil bagi ayat-ayat

mutasyabihat, padahal hanya Allah SWT yang mengetahuinya”.

Dalam ayat al-Quran di atas, Allah SWT mencela orang-orang yang mentafsirkan

ayat-ayat mutasyabihat dengan pentafsiran yang condong kepada kesesatan sebagai

salah satu jalan untuk mencela al-Quran serta berusaha menyesatkan manusia dari

kebenaran.

. Sulayman bin Ahmad bin Ayyub al-Tabarani. 1994. Al-Mucjam al-Kabir. Cet. 2. Juz. 3. Kaherah:
31

Maktabah Ibnu Taymiyyah. Hlm. 293.


Muhammad Jarir al-Tabari. 1955. Musnad cUmar. Cet. 1. Juz. 1. Kaherah: Maktabah al-Khanzi. Hlm.
544.
30

Dari perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa dua perbezaan pendapat dari

tafsiran ayat 7 surah Ali-cImran ini, masing-masing disokong dengan dalil yang

kukuh dan kuat dan mempunyai perbezaan yang ketara. Oleh itu, Jalal al-Din al-

Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan Fi c


Ulum al-Quran’ menyebutkan jalan

pengharmonian atau jalan tengah antara dua pendapat ini yang dibawa oleh al-

Raghib al-Asfahani iaitu dengan membahagikan ayat mutasyabihat kepada tiga

bahagian32:

1) Lafaz ayat yang tidak diketahui maknanya, hanya Allah SWT yang dapat

mengetahuinya, seperti waktu terjadinya hari kiamat, kalimah dabbat al-ardi

(binatang melata yang akan keluar menjelang hari kiamat) dan perkara ghaib

lainnya.

2) Ayat-ayat yang dapat diketahui maksudnya oleh manusia melalui penelitian dan

pengkajian seperti ayat-ayat al-Quran yang menggunakan lafaz bahasa arab yang

jarang digunakan dan hukum yang tersembunyi hukumnya.

3) Bentuk yang berada di pertengahan antara pendapat di atas iaitu ayat

mutasyabihat yang khusus yang hanya dapat diketahui maknanya oleh orang-

orang yang mempunyai ilmu yang mendalam dan tidak dapat diketahui oleh

orang-orang selain mereka. Sebagaimana doa Nabi SAW yang ditujukan khusus

kepada Ibnu cAbbas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin

Hanbal dalam kitabnya ‘Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal’ nombor hadis:

32. c
Abdurrahman bin Abi Bakar Jalal al-Din al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 13.
31

7055 dan Imam al-Tabrani dalam kitabnya ‘al-Kabir’ nombor hadis: 112 dengan

status hadis sahih33.

ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫اللهم فَ ّق ىههُ يف ال ّدي ِن َو َعلّ ىمهُ التأىو‬
))‫يل‬ ُ ))

Maksudnya:

“Ya Allah SWT, jadikanlah dia seorang faqih dalam agama dan

ajarkanlah dia takwil (ilmu tafsir)”.

Selain daripada itu, hasil dari perbahasan ayat ini merupakan sumber para ulama

mempunyai metode tersendiri dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat yang ada di

dalam al-Quran. Menurut Subhi al-Salih, dari perbahasan ini telah melahirkan dua

mazhab iaitu34:

1) Mazhab salaf iaitu ulama yang mempercayai sifat-sifat mutasyabihat dan

menyerahkan hakikat sebenar maksud dari ayat-ayat mutasyabihat itu kepada

Allah SWT. Mazhab ini dikenali sebagai Mufawidah.

2) Mazhab khalaf iaitu ulama yang mentakwilkan lafaz al-Quran yang makna

zahirnya tidak sesuai atau layak untuk kebesaran zat Allah SWT dan

33
. Sulayman bin Ahmad bin Ayyub al-Tabarani. 1994. Al-Mucjam al-Kabir. Cet. 2. Juz. 10. Kaherah:
Maktabah Ibnu Taymiyyah. Hlm. 263.
Imam Ahmad bin Hanbal. 1995. Sunan al-Imam Ahmad bin Hanbal. Cet. 1. Juz. 3. Kaherah: Dar al-
Hadith. Hlm. 95.
34
. Subhi al-Salih. 2000. Op. Cit. Hlm. 285.
32

memalingkan maksud ayat tersebut dengan kalimah yang bersesuaian dengan

kebesaran zat Allah SWT. Mazhab ini dipegang oleh golongan yang terkemudian

dan dikenali sebagai Muawwilah atau mazhab takwil.

2.2.1. Pengertian Tentang Kaedah Ithbat.

Ithbat dari sudut bahasa berasal daripada perkataan ‫ أثبت‬yang bermaksud ungkapan

yang sering ditulis pada akhirnya sebagai petunjuk kepada kesimpulan yang

diperlukan dan yang telah dicapai35. Dalam kitab al-Tacrifat, ithbat bermaksud

sesuatu hukum dengan mensabitkan sesuatu yang lain36. Manakala menurut Ibnu

Taymiyyah, metode ithbat adalah menyifatkan Allah SWT sebagaimana Allah SWT

telah sifatkan untuk diri-Nya dan dengan sifat yang Rasul telah menyifatkan-Nya

tanpa penyelewengan, menyatakan kaifiat, penafian dan menyamakan dengan sifat

makhluk37.

Metode ithbat ini dipegang oleh majoriti ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah

sepertimana menurut Jalal al-Din al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan Fi cUlum al-

Quran’, jumhur ulama hadis berpegang dengan manhaj ini dengan menyerahkan

maknanya kepada Allah SWT, tidak mentafsirkan dan mentakwilkannya dan tetap

berpegang bahawa Allah SWT adalah Maha Suci tidak menyerupai makhluk-Nya38.

35
. Dr. Ahmad Mukhtar. 2008. Mucjam al-Lughah al-cArabiyyah al-Mucasirah. Cet. 1. Juz. 1. Riyadh:
c
Alim al-Kutub. Hlm. 310.
. Ali bin Muhammad al-Jarjani. 1983. Kitab al-Tacrifat. Cet. 1. Juz. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-
36 c
c
Ilmiyyah. Hlm. 9.
37
. Ahmad Ibnu Taymiyyah. 2004. Majmuc Fatawa. Cet. 1. Juz. 5. Madinah: Mujammac al-Malik Fahd
li Tibacah al-Mushaf al-Syarif. Hlm. 26.
38 c
. Abdurrahman bin Abi Bakar Jalal al-Din al-Suyuti. Op. Cit. Juz. 3. Hlm. 14.
33

Menurut Muhammad bin Hasan al-Syaibani pula, telah bersepakat para ahli fiqh

seluruhnya daripada barat sehingga ke timur tentang kewajipan beriman kepada al-

Quran dan hadis Nabi SAW tentang sifat-sifat Allah SWT tanpa mengubahnya, tanpa

menjelaskan ciri-cirinya dan tanpa menyerupakannya. Barangsiapa yang

mentafsirkan sifat-sifat tersebut maka telah terkeluar dari landasan Nabi SAW dan

terpecah dari al-Jamacah39.

Antara hujjah yang dipegang oleh golongan ini adalah pendapat Ibnu Hanbal tentang

sabda Nabi Muhammad SAW ‘Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit bumi’,

‘Sesungguhnya Allah SWT akan dilihat di hari kiamat’ dan hadis-hadis lain yang

mengandungi sifat Allah SWT. Pendapat Imam Ahmad itu adalah beriman dan

membenarkannya, tidak mentakwilkan dan tidak menolaknya sedikit pun. Merasa

yakin bahawa sesuatu yang dikhabarkan oleh Rasul pasti benar, tidak menolak apa

yang dibawa oleh Nabi SAW dan tidak menyifatkan Allah SWT melebihi apa yang

telah Allah SWT menyifati diri-Nya40. Seterusnya, antara contoh pentafsiran yang

menggunakan metode ithbat sepertimana yang dilakukan oleh Imam Ibnu Kathir

dalam mentafsirkan surah Taha ayat 5 dengan mengambil sikap tidak mentakwilkan

ayat tersebut.

39
. Ahmad bin Hamdan al-Ghamidi, sunt. 2003. Syarah Usul Ictiqad Ahli al-Sunnah Wa al-Jamacah.
Cet. 8. Juz. 3. Saudi: Dar Tayyibah. Hlm. 480.
. Abdul cAziz bin Abdullah al-Rajihi. 2010. Tacliqat cAla Syarah Lumcat al-Ictiqad Li al-cUthaymin.
40 c

Juz. 1. Ttp: tpt. Hlm. 37.


34

Firman Allah SWT:

‫حَ ُن َعلَى ٱلى َع ىر ِش ى‬


﴾‫ٱستَ َو مى‬ ‫﴿ٱلر ى م‬

Maksudnya:

“Iaitu (Allah SWT) al-Rahman yang bersemayam di atas Arasy”.

Taha (20): 5

Pandangan yang perlu diikuti dalam memahami ayat ini adalah pandangan ulama

salaf yang selari dengan al-Quran dan al-Sunah tanpa mempersoalkan kaifiatnya

ketika bersemayam, mengubah, menyamakan, mengingkari dan membandingkan41.

Setelah melihat hujjah-hujjah yang dikemukakan di atas, sangatlah jelas bahawa

metode ini menyerahkan makna keseluruhan ayat sifat kepada Allah SWT dan

menjauhi dari melakukan sebarang takwil. Bagaimanapun menurut pengkaji,

pandangan ulama salaf iaitu tidak mentakwilkan dan menyerahkan makna ayat-ayat

itu kepada Allah SWT adalah lebih selamat untuk diikuti. Ini bagi mengelakkan

daripada pentakwilan ataupun penolakan secara total terhadap ayat-ayat tersebut.

. Abu Fida’ Ismacil Ibnu Kathir. 1999. Tafsir al-Quran al-cAzim. Cet. 2. Juz. 5. Riyadh: Dar al-
41

Tayyibah. Hlm. 273.


35

2.2.2. Pengertian Tentang Kaedah Takwil

Sebelum melakukan perbincangan mengenai pendekatan pentafsiran ayat sifat

dengan kaedah takwil, perlu diketahui dahulu bahawa maksud takwil amat berkait

rapat dengan tafsir. Ini kerana, amat sukar untuk membuat suatu garis panduan atau

kaedah khusus yang dipersetujui oleh ulama al-Quran berkenaan pengistilahan takwil

dan tafsir. Justeru itu, beberapa perbincangan di bawah akan menjelaskan lagi

pengistilahan perkataan tersebut.

Takwil secara bahasa berasal dari perkataan ‫ يؤول – أوال‬- ‫ آل‬yang mengandungi

beberapa maksud iaitu akibat, mengembalikan dan memalingkan makna yang

sebenar42. Seterusnya, istilah bagi kalimah takwil menurut Mannac bin Khalil al-

Qatan dalam kitabnya ‘Mabahith Fi cUlum al-Quran’ terbahagi tiga iaitu43:

1) Memalingkan lafaz yang lemah kepada lafaz yang lebih kuat dengan sebab

yang membolehkan hal tersebut. Dan ini pendapat majoriti ulama

terkemudian.

2) Takwil adalah tafsir. Ia adalah mentafsirkan sesuatu lafaz sehingga dapat

difahami. Sepertimana ungkapan yang digunakan Ibnu Jarir al-Tabari dalam

kitab tafsirnya apabila mentafsirkan ayat al-Quran : ‫اختلف أهل التأويل في هذه األية‬

42
. Abu cAbdullah Badar al-Din al-Zarkasyi. 1957. Al-Burhan Fi cUlum Al-Quran. Cet. 1. Juz. 2.
Beirut: Dar al-Macrifah. Hlm. 148.
43
. Mannac bin Khalil al-Qatan. Op. Cit. Hlm. 223.
36

dan ‫ القول في تأويل قوله تعالى كذا كذا‬yang menunjukkan persamaan antara tafsir dan

takwil tanpa membezakan antara keduanya44.

3) Takwil adalah hakikat yang menerangkan sesuatu perkara dengan

mentakwilkan perkara tersebut tentang rupa dan sifatnya seperti contoh

pengkhabaran tentang hari akhirat.

Manakala tafsir menurut bahasa adalah penjelasan secara terperinci sepertimana

menurut Ibnu cAbbas ketika mentafsirkan ayat al-Quran.

Firman Allah SWT:

﴾‫َح َس َن تَ ىف ِس ريا‬ ِ
‫ٱحلَِّ ِّ َوأ ى‬ َ َ‫ك ِِبَثَل إَِّل جىْ من‬
‫ك بِ ى‬ َ َ‫﴿وََّل َيىتُون‬
َ

Maksudnya:

“Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang

ganjil melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan

penjelasan yang sebaik-baiknya”45.

Al-Furqan (25):33

Dalam kitab ‘Lisan al-cArab’, tafsir adalah menjelaskan maksud dari lafaz yang

sukar difahami46. Seterusnya, tafsir menurut istilah, para ulama berbeza pendapat

44
. Ibid. Hlm. 336.
45
. Ibid. Hlm. 334.
37

dalam hal ini. Menurut al-Zarkasyīy dalam kitabnya ‘al-Burhan Fi cUlum Al-Quran’,

tafsir adalah ilmu tentang penurunan suatu ayat, kisah-kisah berkenaan ayat itu,

petunjuk sebab ayat itu turun, menerangkan tentang penyusunan ayat makkiyyah dan

madāniyyah, ayat muhkam dan mutasyabih, nasakh dan mansukh dan lain-lain47.

Meskipun terdapat sedikit perbezaan pada definisi tafsir secara istilah, namun pada

akhirnya ia menuju kepada tujuan yang satu iaitu menjelaskan, menerangkan dan

menyingkap isi kandungan al-Quran48.

Seterusnya, melihat kepada asal usul terjadinya takwil, telah berlaku perubahan

sistem golongan terkemudian dengan sistem golongan awal. Antara sebab berlaku

perubahan itu adalah umat Islam banyak terpengaruh dengan ideologi dan falsafah

luar. Muncul juga pelbagai kelompok dengan pelbagai fahaman pelik dalam Islam.

Semua faktor itu menuntut para ulama khalaf menghadapi aliran pemikiran yang

datang dengan kaedah yang sesuai. Melalui penyerahan maksud ayat kepada Allah

SWT tidak mampu menghadapi cabaran itu. Begitu juga fahaman ithbat tanpa

menyebutkan bagaimana sifat itu dan sukar untuk difahami. Pentakwilan daripada

para ulama khalaf perlu dilakukan bagi menegakkan hujah, menolak keraguan, serta

mempertahankan akidah umat Islam49.

Antara hujjah ulama yang dikemukakan dalam menyokong pendekatan takwil adalah

sepertimana menurut Abu Hamid, tiada perselisihan dalam kewajipan pentakwilan

46
. Ibnu Manzur. 1994. Lisan al-cArab. Cet. 3. Juz. 5. Beirut: Dar Sadir. Hlm. 55.
47
. Abu cAbdullah Badar al-Din al-Zarkasyi. 1957. Al-Burhan Fi cUlum Al-Quran. Cet. 1. Juz. 2.
Beirut: Dar al-Macrifah. Hlm. 148.
48
. Aisyah Dollah Abdullah. 2016. Terminologi Takwil Menurut al-Māturidī dan al-Ṭabarī. Jurnal
Usuluddin. 6.
49
. Dr. Yusuf al-Qaradawi. Op. Cit. Hlm. 161-162.
38

sekiranya akan berlaku keraguan dan sekiranya keraguan itu tidak boleh diselesaikan

melainkan dengan melakukan takwil50. Para ulama sebahagiannya melihat

kepentingan melakukan pentakwilan terhadap ayat-ayat sifat khususnya dalam

memberi kefahaman kepada masyarakat yang mempunyai jalan pemikirannya

berbeza dengan golongan awal iaitu kaum salaf. Pengkaji tidak menafikan bahawa

pendekatan ini lebih mudah difahami dan menjauhkan diri dari kekeliruan yang

berlaku dalam memahami ayat-ayat sifat di dalam al-Quran.

Dalam kitab ‘al-Bahr al-Muhit’ karya al-Zarkasyi menyatakan bahawa sesiapa yang

mentakwil dan takwilan itu hampir seperti yang ada dalam penggunaan bahasa Arab

dan difahami daripada segi percakapan, takwilan itu tidak diingkari dan tidak

dikatakan melakukan bid’ah. Sekiranya takwilannya jauh, maka berhenti daripada

menerima takwilan itu dan menjauhkan diri serta kembali kepada kaedah asal iaitu

beriman dengan maksud asal lafaz dan menafikan segala penyerupaan Allah SWT

dengan makhluk51. Dapat dilihat di sini bahawa untuk melakukan pentakwilan ayat-

ayat sifat dalam al-Quran hendaklah mengikuti garis panduan atau syarat yang telah

ditetapkan oleh para ulama semasa melakukan pentakwilan agar tidak menyeleweng

dari garis panduan al-Quran dan al-Sunah serta terpesong jauh mengikuti hawa nafsu

dan jika demikian maka takwilan tersebut ditolak dan ditinggalkan.

50
. Syihab al-Din Al-Alusi. 1994. Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Quran al-cAzim. Cet. 1. Juz. 8. Beirut:
Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Hlm. 372.
51
. Badr al-Din al-Zarkasyi. 1994. al-Bahr al-Muhit Fi Usul al-Fiqh. Cet. 1. Juz. 5. Mesir: Dar al-
Kutubi. Hlm. 41.
39

Oleh itu, Dr. Wahbah al-Zuhayli telah meletakkan syarat-syarat dalam melakukan

pentakwilan dalam bukunya Usul al-Fiqh al-Islami iaitu52:

1) Lafaznya samar-samar memerlukan pentakwilan dan bukan lafaz yang sudah

jelas maksudnya.

2) Takwil tersebut haruslah bersandarkan dalil yang sahih dan dalil tersebut lebih

kuat dari makna zahir ayat yang ditakwilkan.

3) Orang yang mentakwilkan adalah orang yang mempunyai autoriti dalam

melakukan pentakwilan supaya takwilannya bertepatan dengan ketepatan bahasa,

syarak dan isticmali (penggunaan).

Antara contoh pentafsiran dengan pendekatan takwil sepertimana yang dilakukan

oleh Ibnu cAsyur dalam tafsirnya.

Firman Allah SWT:

‫حَ ُن َعلَى ٱلى َع ىر ِش ى‬


﴾‫ٱستَ َو مى‬ ‫﴿ٱلر ى م‬

Maksudnya:

“Iaitu (Allah SWT) al-Rahman yang bersemayam di atas Arasy”.

. Dr. Wahbah al-Zuhayli. 1986. Usul al-Fiqh al-Islami. Cet. 1. Juz. 2. Damsyik: Dar al-Fikri. Hlm.
52

314-315.
40

Taha (20): 5

Beliau mengatakan bahawa maksud Istawa (bersemayam) menggambarkan tentang

kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ayat ini menggunakan istilah isticarah53 dan

tamthil (perumpamaan). Ini kerana, maknanya adalah makna yang paling hampir

dengan kekuasaan Allah SWT. Ketika Allah SWT hendak menceritakan perkara

yang ghaib, Dia menceritakan perkara itu dengan perumpamaan daripada alam nyata

bagi mendekatkan kefahaman manusia kepada perkara itu54.

Kesimpulannya, majoriti ulama khalaf memahami ayat dan hadis tentang sifat Allah

SWT menggunakan metodologi takwil iaitu memindahkan maksud ayat

mutasyabihat kepada satu pengertian yang bersesuaian dengan memastikan kesucian

Allah SWT dari menyerupai makhluk-Nya. Oleh itu, mereka mentafsirkan Istawa

(bersemayam) dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT, mentafsirkan tangan

Allah SWT dengan kekuatan dan kemuliaan, mentafsirkan cAyn (mata) dengan

pertolongan dan pemeliharaan dan sebagainya55.

53
. Perkataan yang digunakan bukan pada tempat asalnya kerana ada hubungan kesamaan dan ada
konteks yang menghalang makna asal.
54
. Muhammad Tahir bin cAsyur. 1984. Al-Tahrir Wa al-Tanwir. Cet. 1. Juz. 8. Tunisia: Dar al-
Tunisia. Hlm. 163.
55
. Dr. Muhammad Sacid Ramadan al-Buti. 1997. Kubra al-Yaqiniyat al-Kawniyah. Cet. 1. Juz. 1.
Beirut: Dar al-Fikri al-Mucasir. Hlm. 140.
41

2.3. Pentafsiran Yang Bercanggah Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sejarah telah menyaksikan perubahan metode dalam ilmu pentafsiran al-Quran

seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam

disebabkan beberapa faktor antaranya bercampurnya pemikiran falsafah dan doktrin

luar dalam Islam, berlakunya perterjemahan buku-buku falsafah dan lain-lain. Maka

muncul corak pentafsiran baru yang berbeza sesuai dengan ilmu pengetahuan yang

dimiliki oleh para mufasir pada ketika itu. Seiring dengan itu, turut berlaku

perkembangan metodologi takwil dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang

memiliki maksud yang samar-samar dan dengan itu juga muncul pentafsiran yang

bersandarkan akal dan bertentangan dengan Islam seperti Muktazilah, ahli kalam,

Mujassimah dan lain-lain sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini (rujuk

halaman 44).

2.3.1. Pendekatan Golongan Muktazilah

Muktazilah maksudnya adalah memisahkan diri atau mengasingkan diri. Dipelopori

oleh Wasil bin cAta’ di Basrah, lahir di Madinah dan membesar di Basrah56. Beliau

telah memisahkan diri dari majlis gurunya iaitu al-Hasan al-Basri kerana memiliki

pandangan yang berbeza mengenai kedudukan orang yang fasiq. Pemikiran

Muktazilah dalam permasalahan sifat-sifat Allah SWT adalah seperti golongan

Jahmiyyah iaitu menafikan sifat bagi Allah SWT dan dalam permasalahan qadak dan

qadar seperti golongan Qadariyah yang beriktikad bahawa segala perbuatan manusia

56
. Muhammad bin cAbdu al-Rahman al-Maghrawi. 2000. Al-Mufassirun Bayna al-Ta’wil Wa al-
Ithbat Fi Ayat al-Sifat. Juz. 2. Cet. 1. Beirut: Muassasah al-Risalah. Hlm. 283.
42

sama ada baik dan buruk merupakan hasil dan usaha manusia itu sendiri dan

menafikan hubungannya dengan kuasa Allah SWT57.

Muktazilah adalah golongan yang terperangkap dengan pemikiran logik dan falsafah

Yunani, falsafah India dan falsafah Parsi. Majoriti mereka memiliki dasar pemikiran

keparsian. Kesudahannya, mereka cuba mengadaptasikan al-Quran dengan ajaran-

ajaran falsafah tersebut58. Walhasil, golongan Muktazilah telah meletakkan akal jauh

lebih tinggi daripada syariat yang diturunkan Allah SWT itu sendiri. Malah, harus

bagi mereka untuk menolak dalil syariat jika didapati ia bertentangan dengan akal

manusia meskipun itu merupakan hadis Nabi yang sahih. Ayat-ayat al-Quran juga

akan ditakwilkan sesuai dengan akal, sekalipun ia merupakan nas yang jelas

maknanya. Apa yang penting adalah nas-nas syarak tersebut diinterpretasikan

relevan dengan prinsip-prinsip pemikiran mereka59. Pandangan ini sangat jelas

bertentangan dengan prinsip Islam yang mendahulukan dalil nas al-Quran dan hadis

berbanding akal fikiran walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kerana kedudukan

nas al-Quran dan hadis sebagai wahyu tidak dapat ditandingi oleh akal manusia.

Berkaitan dengan keyakinan terhadap sifat-sifat Allah SWT, golongan Muktazilah

menganggap bahawa Allah SWT tidak mempunyai sifat, termasuk sifat macānī

seperti Qudrah, Iradah, Samac, Baṣar, al-Kalam dan sifat-sifat lainnya yang disebut

dalam al-Quran. Penafian itu menurut pandangan mereka bertujuan untuk

57
. Salih al-cUthaymin. 1984. Syarah Lumcat al-Ictiqad. Cet. 2. Beirut: Muassasah al-Risalah. Hlm.
115.
58
. Mustafa bin Husni. 1982. Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi al-Tasyric al-Islami. Cet. 1. Juz. 1. Beirut:
al-Maktab al-Islami. Hlm. 359.
59
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. T.t. Al-Tafsir Wa al-Mufassirun. Cet. 1. Juz. 2. Kaherah:
Maktabah Wahbah. Hlm. 219.
43

mensucikan Allah SWT dari menyerupai sesuatu yang baru. Namun, dengan

menafikan sifat al-Kalam bererti mereka juga mengingkari sifat Allah SWT

Mutakallim.

Firman Allah SWT:

﴾‫يما‬ ِ
‫وس مى تَكىل ًۭر‬
َ ‫﴿وَكل َم ٱَّللُ ُم‬
َ

Maksudnya:

“Dan Allah SWT telah berkata-kata kepada Nabi Musa secara

langsung”.

Al-Nisa’(4):164

Ayat ini ditakwilkan, Allah SWT menciptakan al-Kalam (sifat Berkata-kata dengan

Nabi Musa a.s) di sebatang pokok itu, sebagaimana Dia menciptakan segala sesuatu.

Ringkasnya, mereka menetapkan bahawa al-Kalām adalah makhluk bukan sifat

Allah SWT dan al-Quran juga adalah makhluk Allah SWT60.

Contoh kitab tafsir yang terkenal di dalam mazhab Muktazilah adalah kitab al-

Kasysyaf karya al-Zamakhsyari yang memasukkan unsur-unsur Muktazilah dalam

kitabnya. Sepertimana menurut al-Dhahabi dalam ‘Mizan al-Ictidal’, al-Zamakhsyari

seorang yang soleh tetapi berdakwah mengajak manusia kepada pemahaman

. Muhammad Abū Zahrah. T.t. Tārīkh al-Maẓāhib al-Islāmiyyah. Cet. 1. Juz. 1. Kaherah: Dar al-
60

Fikri al-cArabi. Hlm. 141.


44

Muktazilah61. Namun begitu di dalam pentafsiran ayat-ayat sifat dalam al-Quran, al-

Zamakhsyari dilihat mentafsirkannya dengan metode yang tidak jauh berbeza dengan

metode khalaf iaitu dengan mentakwilkan ayat tersebut dengan makna yang sesuai62.

Antara contoh pentafsirannya adalah:

Firman Allah SWT:

ِ‫ٱجلَملَ ِل و ى‬
﴾ ‫ٱْل ىكَرِام‬ َ ِّ‫﴿ َويَىب َق مى َو ىجهُ َرب‬
َ ‫ك ذُو ى‬

Maksudnya:

“Dan akan kekal lah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan

Kemuliaan”.

Al-Insan (76): 9

Al-Zamakhsyari mentakwilkan kalimah Wajhu dengan zat Allah SWT itu yang

selamanya akan kekal dan tidak akan binasa63.

61
. Syamsu al-Din al-Dhahabi. 1963. Mizan al-Ictidal Fi Naqdu al-Rijal. Cet. 1. Juz. 4. Beirut: Dar al-
Macrifah. Hlm. 78.
62
. Saleh. 2011. Analisis Ayat-Ayat Mutasyabih Menurut Zamakhsyari Dalam Tafsir al-Kasysyaf.
Latihan Ilmiah. Fakulti Ushuluddin, Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau. Hlm. 73.
63
. Abu al-Qasim Mahmud al-Zamakhsyari. 1987. Al-Kasysyaf cAn Haqaiq Ghawamid al-Tanzil. Cet.
3. Juz. 4. Beirut: Dar al-Kitab al-cArabi. Hlm. 446.
45

2.4. Kesimpulan

Kesimpulan dari perbahasan di atas, dapat dilihat corak pentafsiran yang berbeza di

dalam pentafsiran ayat-ayat sifat dalam al-Quran. Perbezaan ini disebabkan beberapa

faktor antaranya cara pemikiran yang berbeza, sumber rujukan yang berlainan,

pegangan atau mazhab yang dipegang dan lain-lain. Namun, perlu diperhatikan

bahawa hasil dari corak pentafsiran ini juga ada yang dapat diterima dengan syarat-

syarat yang telah ditentukan dan ada yang ditolak kerana bercanggah dengan

kebenaran al-Quran dan al-Sunah.

Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa terdapat dua pendekatan yang diterima oleh

majoriti ulama dalam memahami ayat-ayat sifat dalam al-Quran iaitu pendekatan

ithbat dan takwil dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Manakala kelompok

selain daripada itu iaitu kelompok yang perlu ditentang telah terkeluar dari landasan

Islam yang telah ditetapkan, mengingkari hadis Nabi SAW, menolak wahyu,

mendahulukan akal fikiran seperti golongan Muktazilah yang telah disebutkan di

dalam bab ini. Oleh itu, di dalam perbahasan bab ini, pengkaji berharap dapat

membantu dan memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai pendekatan

pentafsiran ayat-ayat sifat yang dapat diterima dan ditolak dalam Islam.
BAB
TIGA
47

BAB TIGA: LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR AL-TABARI DAN

TAFSIR AL-JALALAYN

3.1. Biodata Ringkas al-Tabari

Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib al-

Tabari. Lebih dikenali dengan nama Ibnu Jarir atau al-Tabari. Lahir di Baghdad

pada tahun 224 H. Seorang alim banyak meriwayatkan hadis, memiliki pandangan

yang luas dalam mentarjih perawi-perawi hadis dan mengetahui sejarah perawi-

perawi hadis64. Beliau juga digelar sebagai seorang imam, mujtahid, mufasir, hafiz,

dan thiqah. Selain itu, beliau digelar Abu Jacfar meskipun sepanjang hidupnya beliau

tidak pernah berkahwin. Sejak dari kecil al-Tabari telah mempamerkan keupayaan

berfikir dan kecerdasan yang luar biasa. Seawal usia 7 tahun, beliau sudah

menghafaz al-Quran dengan baik dan mula menulis hadis pada usia 9 tahun.

Penelitian ke atas taraf ekonomi al-Tabari mendapati bahawa beliau tergolong dari

kalangan mereka yang hidup dalam serba kekurangan. Beliau sedaya upaya menjauhi

harta, berhati-hati dan sangat warak. Rehlah ilmiah serta kegiatannya dalam

menuntut ilmu hanya bergantung kepada bantuan kiriman wang daripada ayahnya 65.

Menurut al-Khatib, al-Tabari adalah salah seorang ulama besar, arif dalam

mengeluarkan hukum, tidak ada yang dapat menandingi keutamaan ilmunya,

menghafaz kitab Allah SWT, mengetahui ilmu qiraat dengan maknanya, mahir ilmu

64
. Mannac bin Khalil al-Qattan. 2000. Mabahith Fi cUlum al-Quran. Cet. 3. Juz. 1. Libya: Maktabah
al-Macarif. Hlm. 394.
. Ali bin cAbdu al-cAziz. 2004. Abu Jacfar Muhammad Bin Jarir al-Tabari. Cet. 1. Juz. 1. Riyadh:
65 c

Maktabah al-Rusydi. Hlm. 16-17.


48

hukum dalam al-Quran, arif dalam perkataan para sahabat, tabi’in dan selepasnya

dalam permasalahan hukum, mahir dalam hukum-hakam halal dan haram dan lain-

lain66. Selain itu, beliau juga mengasaskan mazhabnya sendiri dalam fiqh iaitu

mazhab al-Jaririyyah dan terkenal dengan kelimuan yang sangat tinggi. Menurut

Ibnu Khuzaymah, tidak ada yang kekal namanya di atas bumi ini kecuali Ibnu Jarir67.

3.1.1. Kelahiran dan Wafat

Al-Tabari lahir di Baghdad pada tahun 224 H dan wafat pada bulan Syawal tahun

310 H dan dikuburkan ditanah lapang milik Ya‘qub di Baghdad 68. Setelah

melakukan perjalanan panjang untuk menuntut ilmu serta mengunjungi pelbagai

tempat seperti Ray, Iraq, Basrah, Kuffah, Syam dan Mesir, akhirnya beliau

mengambil keputusan untuk menghabiskan usianya dengan menetap di Baghdad.

Beliau dikuburkan pada keesokan harinya. Di saat al-Tabari meninggal, ramai di

kalangan ulama-ulama di Baghdad datang untuk memberikan ucapan terakhir

kepadanya. Beliau di solatkan atas kuburnya siang dan malam selama satu bulan.

Pemergian beliau dianggap satu kehilangan besar bagi umat Islam69. Semoga Allah

SWT memberikan ampunan dan cucuran rahmat kepadanya serta menjadikan karya-

karyanya menjadi amal jariyah yang abadi baginya.

66
. Muhammad bin cAli al-Dawudi. T.t. Tabaqat al-Mufassirin. Cet. 1. Juz. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-
c
Ilmiyyah. 112.
67
. Jalal al-Din al-Suyuti. 1976. Tabaqat al-Mufassirin al-cAsyirin. Cet. 1. Juz. 1. Kaherah: Maktabah
Wahbah. Hlm. 97.
68
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. Op. Cit. Hlm. 46.
69
. Muhammad bin cAli al- Dawudi. Op. Cit. Hlm. 117.
49

3.1.2. Tahap Keilmuan Dan Kitab-Kitabnya

Bermula dengan pendidikan awal yang diusahakan oleh bapanya dengan menghantar

beliau ke pusat-pusat pendidikan al-Quran dan Hadis yang ada di seluruh Amuli,

sebuah bandar terbesar di Tabaristan di Sahl70. Kemudian beliau meneruskan pula

pengembaraannya dalam menuntut ilmu ke merata tempat seperti ke Madinah dan ke

negeri Parsi di Ray. Di Ray, beliau banyak mengambil hadis daripada Muhammad

bin Humayd al-Razi dan dari al-Mathna bin Ibrahim71. Seterusnya beliau ke ibu kota

Iraq yang terkenal iaitu Baghdad serta berkesempatan berguru dengan Yacqub bin

Ibrahim al-Dawraqi dan Dawud bin cAli al-Isbahani iaitu seorang pemimpin hadis di

Baghdad dan dikenali sebagai pendiri mazhab al-Zahiri. Al-Tabari juga telah

mempelajari fiqh al-Zahiri daripadanya sehingga dikatakan beliau menghasilkan

karya ‘al-Radd cAla Dhi al-Asfar yang bertemakan memahami al-Quran berdasarkan

maksud zahir ayat72.

Dari Baghdad, al-Tabari kemudiannya meneruskan lagi perjalanannya dalam

menuntut ilmu menuju ke Basrah yang juga merupakan bandar terpenting dan pusat

para ulama. Ketika di Basrah, beliau sempat mencedok ilmu daripada beberapa orang

ulama seperti Muhammad bin Musa al-Kharrasyi, cAmmad bin Musa, Muhammad bin

Basyar bin Bundar, Muhammad bin Mucanna dan lain-lain lagi. Setelah tinggal

beberapa waktu di Basrah, al-Tabari meneruskan lagi perjalanannya ke Kuffah dan

sempat menuntut ilmu daripada Abu Kurayb Muhammad bin cAla, Hunnad bin al-

70
. Ibid. Hlm. 96.
71
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. 2001. Tafsir al-Tabari. Cet. 1. Juz. 1. Kaherah: Dar Hijr.
Hlm. 13.
72
. Aisyah Dollah. 2015. Kaedah Pentakwilan Al-Qur'an: Kajian Perbandingan Antara Al-Maturidi
Dan Al-Tabari. Thesis, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya. Hlm. 29.
50

Sarri dan lain-lain. Beliau juga berkesempatan untuk singgah di Syam. Seterusnya,

beliau meneruskan perjalanan ke Mesir. Semasa di Mesir, tiada seorang ulama pun

yang datang menemui beliau melepaskan peluang untuk menguji tahap

keilmuannya73.

Al-Tabari sebagai seorang ulama yang amat aktif dalam penulisan. Masa hidupnya

dihabiskan untuk kepentingan ilmu dan masyarakat. Bahkan menurut salah seorang

muridnya, beliau mampu menulis sebanyak 40 halaman sehari sepanjang usianya 86

tahun74. Tidak hairanlah apabila beliau berjaya menghasilkan buku yang sangat

banyak yang memberikan manfaat kepada umat Islam. Berikut adalah antara senarai

beberapa karya al-Tabari:

1. Kitab Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran dikenali dengan nama ‘Tafsir al-

Tabari’. Sebelum al-Tabari menulis kitab takwilnya itu, beliau melakukan solat

istikharah selama 3 tahun berturut-turut meminta pertolongan kepada Allah SWT

untuk menulis kitab takwilnya. Kitab ini sangat masyhur bukan sahaja di Timur

namun bahkan terkenal di Barat.

2. Adab al-Nufus al-Jayyidah Wa al-Akhlaq al-Nafisah. Perbahasan dalam kitab ini

menceritakan perilaku manusia ke atas setiap anggota tubuhnya. Selain daripada

73
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. Op. Cit. Hlm. 13.
. Syihab al-Din al-Hamawi & Dr. Ihsan cAbbas, sunt. 1993. Mucjam al-Udaba’. Cet. 1. Juz. 6.
74

Beirut: Dar al-Gharb al-Islamiy. Hlm. 2449.


51

itu, kitab ini juga menerangkan tentang sifat warak, ikhlas, syukur, riyak,

sombong, tawaduk, khusyuk, tasawuf dan lain-lain75.

3. Tarikh al-Rusul Wa al-Muluk Wa Akhbarihim. Kitab ini dikenali dengan ‘Tarikh

Imam al-Tabari’ adalah sumber rujukan mengenai sejarah Islam yang paling

awal dan terdahulu76.

3.1.3. Guru-Guru Dan Muridnya

Rehlah ilmiah al-Tabari ke Amuli, Madinah, Parsi, Iraq, Basrah, Kuffah, Syam,

Mesir dan sebagainya menemukan sejumlah guru yang ramai. Antara guru-gurunya

adalah:

1. Ishaq bin Abi Isra’il al-Maruzi al-Baghdadi. Seorang ahli hadis Baghdad. Ramai

tokoh-tokoh hadis yang pernah mengambil hadis daripadanya termasuklah Abu

Dawud dan Imam al-Bukhari. Menurut al-Naysaburi, tidak ada orang yang hafiz

dan warak seperti Abi Isra’il77.

75 c
. Ali bin cAbdu al-cAziz. Op. Cit. Hlm. 95 & 103.
76
. Syihab al-Din al-Hamawi & Dr. Ihsan cAbbas, sunt. Op. Cit. Hlm. 2456
77
. Ibnu Hajar al-cAsqalani. 1907. Tahdhib al- Tahdhib. Cet. 1. Juz. 1. India: Da’irah al-Macarif al-
Nazmiyyah. Hlm. 223.
52

2. Abu al-cAbbas Ahmad bin Yahya bin Yazid al-Syaybani al-Baghdadi, dikenali

dengan nama Thaclab. Seorang pakar bahasa Arab di Kuffah pada zamannya.

Menurut al-Mubarrad, Thaclab ialah pakar tata bahasa Arab Kuffah78.

3. Abu Ibrahim Ismacil bin Ibrahim al-Muzani al-Misri. Seorang ulama masyhur

mazhab al-Syafici. Al-Tabari bertemu dengannya ketika berada di Mesir

kemudian melakukan perbincangan dalam pelbagai masalah agama di antaranya

masalah ijmak79.

Antara murid-muridnya yang masyhur dalam sejarah adalah:

1. Imam Abu al-Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani. Penulis kitab-kitab

mucjam, sunan dan tasnif. Seorang alim dalam ilmu rijal al-hadis, al-jarah dan

al-tacdil serta mahir dalam ilmu hadis dan tafsir.

2. Abu Syucayb cAbdullah bin al-Hasan al-Harani. Lahir pada tahun 205 H dan

wafat pada tahun 295 H. seorang yang thiqah dan dipercayai.

3. c
Abdullah bin cAdi al-Jarjani. Seorang thiqah dan hafiz. Penulis kitab ‘al-Kamil

Fi al-Jarah Wa al-Tacdil’80.

78
. Syihab al-Din al-Hamawi & Dr. Ihsan cAbbas, sunt. Op. Cit. Hlm. 536.
79
. Ibid. Juz. 6. Hlm. 2448.
80
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. Op. Cit. Hlm. 37-38.
53

3.2. Pengenalan Ringkas Kitab Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran

Kitab Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran atau lebih dikenali dengan nama ‘Tafsir

al-Tabari’. Merupakan sebuah hasil karya al-Tabari di dalam bidang tafsir. Tafsir ini

tafsir yang agung dan menjadi rujukan terpenting bagi para ilmuwan dan para

mufasirin dalam penulisan tafsir bi al-ma’thur. Menurut Imam al-Suyuti, kitab ini

menjadi rujukan kitab tafsir yang lain, menolak pandangan yang tiada sumber,

mentarjih, mengicrab kalimah serta mengeluarkan hukum. Kerana itu, kitab ini lebih

baik dari kitab tafsir yang lain81.

Di antara aspek-aspek penting yang diaplikasikan oleh Imam al-Tabari di dalam

tafsirannya adalah:

1. Al-Tabari mentafsirkan dengan bersandarkan kepada ayat al-Quran, hadis dan

athar pada setiap ayat al-Quran. Dengan kata lain, beliau mengutamakan wahyu

dan riwayat dari para sahabat atau tabi’in. Dan dalam masa yang sama, apabila

mengemukakan pandangan selain daripada itu, beliau mendatangkannya dengan

mentarjih atau mengeluarkan hukum bagi pandangan tersebut. Sehingga

karyanya memuatkan keseluruhan pendapat yang ada82.

2. Tafsir ini menggabungkan antara sebuah penjelasan mengenai sejumlah riwayat

atau athar (tafsir bi al-ma’thur) dengan unsur kajian analisis yang tidak

81
. Mannac bin Khalil al-Qattan. Op. Cit. Hlm. 374.
82
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. Op. Cit. Hlm. 50.
54

menyimpang dari kebenaran (tafsir bi al-ra’yi). Penggabungan dua aspek

tersebut secara seimbang di mana di dalamnya terkandung sejumlah riwayat

hadis yang melebihi riwayat hadis yang ada di dalam kitab-kitab tafsir bi al-

ma’thur yang wujud pada zamannya. Bahkan, ia turut memuatkan teori ilmiah

yang dibangun atas dasar perbandingan dan penyaringan di antara sejumlah

pendapat yang ada sehingga perlu melalui proses pengkajian cillah83, qarinah84

dan sebab-sebab85.

3. Al-Tabari dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mementingkan penggunaan

linguistik kaedah bahasa arab, melihat kepada petunjuk dari syair-syair lama,

menyandarkan pentafsiran kepada icrab kalimah-kalimah ayat al-Quran,

mementingkan pandangan-pandangan ahli nahu dan bersandarkan kepada

penggunaan bahasa arab yang biasa digunakan86. Dengan sebab itu, Imam al-

Nawawi telah memuji kitab ini dengan mengatakan bahawa tidak ada kitab yang

lebih baik dari kitab Ibnu Jarir87.

4. Antara keistimewaan kitab ini yang membezakannya dengan kitab lain adalah al-

Tabari turut berijtihad dalam hukum-hakam fiqh yang dibincangkan dalam

pentafsirannya, menyebutkan pandangan atau hujjah ulama dari mazhab-mazhab

yang berbeza, membincangkan permasalahan akidah dengan berhati-hati serta

83
. Suatu ciri yang meliputi hikmah yang membawa kepada pensyariatan sesuatu hukum.
84
. Sesuatu perkara yang menjadi dalil ada sesuatu atau tiada sesuatu.
85
. Aisyah Dollah. Op. Cit. Hlm. 62.
86
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. Op. Cit. Hlm. 51-52.
87
. Mannac bin Khalil al-Qatan. Op. Cit. Hlm. 394.
55

menjawab hujjah golongan ahli kalam dengan berpihak kepada Ahli Sunnah Wal

Jamaah88.

Keistimewaan gaya persembahan analisis al-Tabari ini diiktiraf dan sering mendapat

penghormatan dan pujian oleh pakar yang ahli di bidang tafsir seperti Ibnu cAsyur

yang mengatakan bahawa karya ini telah mencapai piawai karya tafsir ilmiah yang

cenderung mengedepankan analisis dari sudut athar sehingga boleh dikatakan

bahawa ia merupakan pemangkin dalam perubahan gaya penulisan tafsir yang

mempunyai kesan yang jauh, di mana ia telah bertindak memutus tali sebelumnya

yang sentiasa mengaitkannya dengan ilmu hadis89. Imam al-Nawawi dalam kitab

‘Tahdhib’ mengatakan bahawa tafsir ini menggabungkan antara riwayah dan dirayah

dan tidak ada kitab seperti ini sebelum dan sesudahnya90.

Perkara ini tidaklah berlebihan kerana dalam kitab ini terdapat bahan ilmiah yang

lengkap sehingga dapat diambil untuk dijadikan rujukan bersesuaian dengan tema

masing-masing seperti kajian mengenai bahasa, nahu, qiraat, ayat-ayat hukum,

masalah akidah dan sebagainya. Semua ini dilakukan dalam rangka mewujudkan

sebuah karya tafsir yang lebih lengkap dan sempurna daripada karya-karya

sebelumnya sehingga mampu memenuhi keperluan seluruh manusia.

88
. Dr. cAbdullah bin cAbdu al-Hasan, sunt. Op. Cit. Hlm. 54-55
89
. Muhammad al-Fadil cAsyur. 1970. Al-Tafsir Wa Rijaluhu. Cet. 1. Juz. 1. Mesir: Mujmac al-Buhuth
al-Islamiyyah. Hlm. 36
90
. Jalal al-Din al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 96.
56

3.3. Biodata Ringkas Penulis Kitab al-Jalalayn

Kitab ini ditulis oleh dua orang iaitu Jalal al-Din al-Mahalli dan Jalal al-Din al-

Suyuti. Al-Mahalli telah memulakan penulisan tafsir ini dari surah al-Kahfi hingga

surah al-Nas, kemudian beliau mentafsirkan surah al-Fatihah. Namun begitu, beliau

menemui ajal dan tidak sempat menghabiskan pentafsirannya. Seterusnya usaha

pentafsiran ini disempurnakan oleh muridnya al-Suyuti dengan menggunakan metode

dan sistematik yang sama seperti yang digunakan oleh gurunya. Beliau mentafsirkan

dari surah al-Baqarah hingga surah al-Isra’ kemudian menggabungkan

pantafsirannya dengan pentafsiran al-Mahalli dalam surah al-Fatihah. Sepertimana

menurut beliau dalam kitabnya ‘al-Hasyiyah’ bahawa Imam al-Mahalli telah

mentafsirkan sebahagian al-Quran dimulakan dengan surah al-Fatihah, kemudian

saya menyempurnakannya dengan mentafsirkan dari surah al-Baqarah sehingga

habis91. Kitab ini kemudian dinamakan dengan al-Jalalayn kerana di karang oleh dua

orang yang bernama Jalal al-Din.

3.3.1. Riwayat Hidup Jalal al-Din al-Mahalli

Nama penuh beliau adalah Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin

Ibrahim al-Mahalli al-Syafici. Seorang mufasir, ahli fiqh, ahli usul, dan bermazhab

al-Syafici. Seorang ulama yang mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia92.

91
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. T.t. Al-Tafsir Wa al-Mufassirun. Cet. 1. Juz. 1. Kaherah:
Maktabah Wahbah. Hlm. 237
92
. Ibid.
57

3.3.1.1. Kelahiran Dan Wafat

Al-Mahalli dilahirkan di Mesir pada tahun 791 H93 dan wafat di Kaherah pada tahun

864 H94.

3.3.1.2. Tahap Keilmuan Dan Kitab-Kitabnya

Al-Mahalli adalah seorang ulama yang besar yang ahli dalam pelbagai ilmu agama

antaranya adalah ilmu fiqh, ilmu kalam, ilmu usul, ilmu nahu, ilmu mantiq dan

sebagainya. Beliau dikenal seorang yang selalu menyeru kepada kebaikan dan

mencegah kemungkaran, soleh, warak, tidak takut celaan musuh dan berani

menyuarakan kebenaran. Pernah pada suatu hari ketika beliau menghadapi

pemerintah yang zalim, di mana pihak pemerintah menghantar wakil untuk

menemuinya, tetapi dengan tegas beliau tidak membenarkan mereka masuk ke

rumahnya. Beliau juga pernah ditawarkan untuk memegang jawatan sebagai Hakim,

tetapi beliau menolak jawatan tersebut95. Beliau memulakan rehlah keilmuannya di

mesir. Imam al-Sakhawi pernah memuji beliau dengan mengatakan bahawa al-

Mahalli adalah seorang imam, seorang pemikir yang hebat dan berani mengahadapi

penguasa-penguasa zalim. Beliau juga telah menulis beberapa karya yang tersebar

dalam kalangan umat Islam96.

93
. Muhammad bin cAli al- Dawudi. Op. Cit. Hlm. 84.
94
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit.
95
. Ibid.
. Adil Nawayhad. 1988. Mucjam al-Mufassirin. Cet. 3. Juz. 2. Beirut: Muassasah Nawayhad. Hlm.
96 c

485.
58

Al-Mahalli telah melakukan perjalanan ke beberapa tempat dalam menuntut ilmu dan

memberikan sumbangan yang banyak dalam penulisan yang memberi manfaat

kepada umat Islam. Antara kitab-kitab yang ditulis oleh al-Mahalli adalah:

1. Syarah Jamac al-Jawamic Fi al-Usul

2. Syarah al-Minhaj Fi Fiqh al-Syafici

3. Syarah al-Waraqat Fi al-Usul97

4. Tafsir al-Quran

5. Syarah al-Syamsiyah98

6. Kitab Fi al-Jihad

7. Syarah al-Qawacid

8. Al-Ghayah Fi al-Ikhtisar99

3.3.1.3. Guru-Gurunya

Antara guru-gurunya adalah:

1. Al-Badar Mahmud al-Aqsarai

2. Burhan al-Bayjuri100

3. Al-Syamsu al-Din al-Basati

4. Al-cAla’ al-Bukhari101

97
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit.
. Abdu al-Hayy bin Ahmad Ibnu al-cImad. 1986. Syadharat al-Dhahbu Fi Akhbar Min Dhahbu. Cet.
98 c

1. Juz. 9. Beirut: Dar Ibnu Kathir. Hlm. 447.


99
. Muhammad bin cAli al-Dawudi. Op. Cit. Juz. 2. Hlm. 84.
100
. Ibid.
59

3.3.2. Riwayat Hidup Jalal al-Din al-Suyuti

Nama penuh beliau al-Hafiz Jalal al-Din Abu al-Fadil cAbdu al-Rahman bin Abu

Bakar Muhammad al-Suyuti al-Syafici, seorang alim, penulis kitab yang bermanfaat

bagi umat Islam. Ayah dia meninggal ketika dia berumur 5 tahun. Beliau seorang

ulama dalam ilmu hadis dan cabang-cabangnya, perawi hadis dan telah menghafal

1200 hadis dan menghafal matan yang telah di ambil dari guru yang ramai102. Sejak

dari kecil al-Suyuti telah menunjukkan kecerdasannya dengan mengkhatamkan al-

Quran pada umur 8 tahun dan pada usianya 15 tahun, al-Suyuti telah menghafal

pelbagai kitab seperti al-cUmdah, Minhaj al-Fiqh wa al-Usul, Alfiyyah Ibnu Malik

dan lain-lain. Beliau juga mula menulis kitab ketika berusia 17 tahun. Karya

pertamanya berjudul ‘Syarah al-Isticadhah wa al-Basmalah’ yang ditulis pada tahun

866 H103.

Al-Suyuti seorang ulama besar yang dikenali telah menguasai tujuh cabang ilmu

keislaman, iaitu: tafsir, fiqh, nahu, ilmu macani104, ilmu bayan105, ilmu badic106, dan

balaghah. Tidak sekadar itu, al-Suyuti juga menyusun kitab dalam pelbagai cabang

101
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit. Hlm. 237.
102
. Muhammad bin cAli al-Dawudi. Op. Cit. Juz. 2. Hlm. 180.
103
. Mawsucah Safir Li al-Tarikh al-Islami. T.t. Al-Mawsucah al-Mujizah Fi al-Tarikh al-Islami. Cet. 1.
Juz. 10. Tp: tt. Hlm. 827.
104
. Ilmu yang mempelajari hal ehwal bahasa Arab yang sesuai dengan tuntutan situasi dan kondisi.
105
. Ilmu yang mempelajari cara-cara menyampaikan suatu gagasan dengan kaedah yang bervariasi.
106
. Suatu ilmu yang mempelajari cara-cara yang ditetapkan untuk menghiasi kalimat dan
memperindahkannya, serta keistimewaan yang dapat membuat kalimat semakin indah.
60

ilmu pengetahuan. Ramai ulama yang hidup semasa al-Suyuti dan ulama setelahnya

yang menyanjung dan memuji dirinya107.

3.3.2.1. Kelahiran Dan Wafat

Beliau dilahirkan di Mahallah Suyut pada bulan Rejab tahun 849 H. Semasa

umurnya menjangkau 40 tahun, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan

ibadat sepenuhnya kepada Allah SWT serta mengasingkan diri daripada kesibukan

dunia dan meninggalkan segala kegiatan sehariannya. Beliau hanya menetap

dirumahnya di samping mengarang beberapa buah kitab, sehingga meninggal dunia

pada umur 40 tahun pada hari Jumaat, bulan Jamad al-Ula tahun 911 H dan

dimakamkan di Mesir108.

3.3.2.2. Tahap Keilmuan Dan Kitab-Kitabnya

Sebelum melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu, al-Suyuti menamatkan

pendidikan di madrasah al-Syaykhuniyyah dan madrasah al-Birbusiyyah. Kemudian

beliau menuntut ilmu ke beberapa negeri Syam, Hijaz, Yaman, India, Maghribi.

Beliau adalah seorang sangat cintakan ilmu dan banyak melakukan perjalanan dalam

menuntut ilmu109.

107
. Ibid.
108
. Munic bin cAbdu al-Halim. Op. Cit. Hlm. 250.
109
. Iyad Khalid. 1996. Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti. Cet. 1. Juz. 3. Damsyik: Dar al-
Qalam. Hlm. 44.
61

Beliau telah menyumbang dalam penulisannya sebanyak 500 buku dan tulisannya

sangat masyhur di kalangan umat Islam serta menjadi sumber rujukan dari zaman ke

zaman. Buku-bukunya merangkumi pelbagai ilmu antaranya ilmu tafsir, qiraah, fiqh,

sejarah, hadis, bahasa Arab, adab dan lain-lain. Menurut muridnya al-Dawudi, Imam

al-Suyuti dalam satu hari telah menulis dan memperbaiki tiga buah buku catatan atau

salinan110. Begitu juga menurut al-Sayyid Muhammad cAbdu al-Hayyi dalam kitab

‘Manahij al-Mufassirin’ bahawa karya Imam al-Suyuti mencapai 538 buah kitab

dalam bermacam bidang ilmu111, iaitu:

- Ilmu tafsir sebanyak 73 buah kitab

- Ilmu hadis sebanyak 205 buah kitab

- Imu mustalah al-hadith sebanyak 32 buah kitab

- Ilmu usul fiqh sebanyak 72 buah kitab

- Ilmu macani, bayan dan badicsebanyak 6 buah kitab

- Ilmu tabaqat dan tarikh sebanyak 30 buah kitab

- Ilmu bahasa, nahu, saraf mencapai 66 buah kitab

- Kitab-kitab yang menghimpun pelbagai bidang ilmu pengetahuan sebanyak 8

buah kitab.

110
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit.
. Munic bin cAbdu al-Halim. 2000. Manahij al-Mufassirin. Juz. 1. Kaherah: Dar al-Kutub al-Masri.
111

Hlm. 248.
62

Antara karya-karyanya yang terkenal dari pelbagai bidang ilmu sepertimana yang

disebutkan dalam kitab Al-Mawsucah al-Mujizah Fi al-Tarikh al-Islami adalah112:

1. Al-Itqan Fi cUlum al-Quran

2. Tabaqat al-Huffaz

3. Tabaqat al-Mufassirin

4. Tarikh al-Khulafa’

5. Al-Hawa Li al-Fatawa

3.3.2.3. Guru-Guru Dan Muridnya

Dalam perjalanannya menuntut ilmu, beliau telah bertemu dengan ramai guru yang

mengajarkan pelbagai ilmu dan gurunya mencecah seramai 600 orang. Beliau juga

memperolehi ilmu pengetahuan dengan jalan riwayat dan ijazah dari gurunya

seramai 150 orang dan akan dinyatakan sebahagiannya sahaja113. Antara guru-

gurunya adalah:

1. Ibrahim bin Ahmad bin Yunus al-Ghazi

2. Ahmad bin Ibrahim bin Nasr Allah al-Asqalani

3. Muslim bin cAli bin Muhammad al-Asyuti114

4. Muhyi al-Din al-Kafiji, seorang guru ilmu tafsir, usul, dan bahasa Arab.

112
. Mawsucah Safir Li al-Tarikh al-Islami. Op. Cit.
113
. Munic bin cAbdu al-Halim. Op. Cit. Hlm. 237.
114
. Iyad Khalid. Op. Cit. Hlm. 239
63

5. Taqiyu al-Din al-Hanafi115

Manakala muridnya seramai 51 orang116. Antara beberapa orang yang akan

disebutkan sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitab Manahij al-Mufassirin

adalah117:

1. c
Abdu al-Qadir Muhammad Ibnu Muhammad al-Syadili,

2. Muhammad Ibnu Ahmad Ilyas al-Hanafi

3. Muhammad Suqyah

4. Muhammad Ibnu cAli bin Muhammad Ibnu Ahmad al-Dawudi

5. Syamsu al-Din al-Syami

6. Muhammad Ibnu al-Qadi

3.4. Pengenalan Ringkas Kitab al-Jalalayn

Nama tafsir ini adalah Tafsir al-Quran al-cAzim yang ditulis oleh dua orang imam.

Pada mulanya kitab ini ditulis oleh al-Mahalli dengan gaya penulisannya yang

ringkas, padat serta disusun dengan sistematik dan menarik. Kemudian al-Suyuti

menyambung penulisan pentafsiran ini dengan mengikuti cara atau metode yang

sama dan tertumpu kepada ciri-ciri tertentu, antaranya memilih pendapat yang kuat,

mengicrab kalimah-kalimah yang perlu penjelasan, menerangkan qiraat-qiraat yang

115
. Mawsucah Safir Li al-Tarikh al-Islami. Op. Cit.
116
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit. Hlm. 237.
117
. Ahmad mustamsikin. 2017. Kontribusi Jalaluddin al-Suyuti Dalam Studi Keislaman. Kontemplasi.
5: 423.
64

masyhur, mengemukakan dengan cara yang ringkas, padat, mudah difahami tanpa

membawa pendapat-pendapat yang lemah dan icrab yang terlalu panjang118.

Antara ciri-ciri yang diaplikasikan oleh al-Jalalayn di dalam kitab ini adalah:

1. Tafsir ini menggunakan metode tafsir bi al-ra’yi yang mahmudah (diterima)

kerana tafsir ini mentafsirkan ayat demi ayat mengunakan hasil pemikiran dan

ijtihad para mufasir tanpa menyebutkan riwayatnya119.

2. Metode yang digunakan tafsir ini adalah metode Ijmali120 sebagaimana menurut

al-Suyuti bahawa beliau mentafsirkan al-Quran dalam tafsir ini sesuai dengan

metode yang digunakan oleh al-Mahalli. Mufasir yang menggunakan metode ini

biasanya akan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran secara ringkas, padat,

menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami, tidak terlalu jauh dari gaya

atau uslub bahasa al-Quran dan mentafsirkan secara sistematik dari awal hingga

akhir.

3. Tafsir ini bercorak sangat umum, ringkas dan padat sehingga sebahagian ulama

Yaman mengatakan bahawa bilangan huruf-huruf dalam kitab ini sama banyak

dengan huruf-huruf dalam surah al-Muzammil. Dengan sebab itu, dibolehkan

118
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit. Hlm. 239.
119
. Dr. Muhammad Sofyan. 2015. Tafsir Wal Mufassirun. Cet. 1. Medan: Perdana Publishing. Hlm.
23.
120
. Kaedah pentafsiran secara keseluruhan, ringkas dan padat.
65

untuk membawa kitab ini tanpa berwuduk121. Huraiannya terlalu ringkas

sehingga gagasan idea-idea atau konsep yang digunakan di dalamnya tidak ketara

dan menonjol122.

4. Ciri yang menarik dalam kitab tafsir ini adalah pentafsiran surah al-Fatihah

diletakkan di bahagian paling akhir dan tafsir ini tidak membincangkan mengenai

basmallah sepertimana yang dilakukan oleh kitab-kitab tafsir yang lain123.

121
. Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. Op. Cit.
122
. Dr. Muhammad Sofyan. Op. Cit. Hlm. 26.
123
. Ibid. Hlm. 28.
66

3.5. Kesimpulan

Perbahasan dalam bab ini mengenai latar belakang penulis iaitu Ibnu Jarir al-Tabari

dengan bukunya Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran dan Jalal al-Din al-Mahalli

serta Jalal al-Din al-Suyuti bagi buku tafsir al-Jalalayn, dan membawakan

pengenalan ringkas bagi kedua kitab tersebut. Latar belakang yang dibawa oleh

pengkaji merangkumi biodata ringkas, kelahiran dan kewafatan, tahap keilmuan dan

kitab-kitabnya serta guru-guru dan murid-muridnya.

Dapat dilihat bahawa penulis kedua kitab ini merupakan seorang ulama besar yang

memiliki tahap keilmuan yang sangat tinggi, telah memberikan sumbangan yang

sangat berguna hingga kini karya mereka masih lagi menjadi bahan rujukan utama

bagi umat Islam, mempunyai guru-guru dan murid-murid yang sangat ramai, tidak

pernah lelah dalam menuntut ilmu dan memberikan manfaat kepada Islam, nama

mereka disebut-sebut dari timur ke barat dan dari zaman ke zaman berkat keilmuan,

keperibadian dan sumbangan mereka dalam Islam dan sejarah telah menyaksikan

kehebatan ketiga ulama ini yang tidak lekang dari sanjungan serta pujian. Metode

penulisan kedua tafsir ini juga dilihat sangat menarik dan memenuhi kriteria yang

dikehendaki untuk mengkaji perbezaan pentafsiran antara salaf dan khalaf. Semoga

Allah SWT merahmati dan membalas segala jasa dan titik peluh mereka dalam

melaksanakan perintah-Nya dengan balasan yang setimpal serta memberikan mereka

syurga firdaus dan ditempatkan bersama-sama dengan para Nabi, para syuhada dan

orang-orang yang soleh, Allahumma Amin.


BAB
EMPAT
68

BAB EMPAT: PENTAFSIRAN AYAT-AYAT SIFAT DALAM AL-QURAN

MENURUT AL-TABARI DAN AL-JALALAYN

4.1. Pengenalan

Perbahasan di dalam bab ini mengenai sifat-sifat Allah SWT di dalam al-Quran

dengan mendatangkan pentafsiran dari Imam al-Tabari dan Imam al-Jalalayn di

dalam kitab mereka ‘Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran’ dan ‘al-Jalalayn’.

Pentafsiran yang didatangkan dengan kaedah perbandingan untuk melihat perbezaan

dan persamaan pentafsiran ayat-ayat sifat dari kedua tafsir tersebut.

Sebelum membincangkan mengenai ayat-ayat sifat dalam al-Quran, perlulah terlebih

dahulu mengetahui pengertian sifat Allah SWT dan perbahasan ulama dalam

membahagikan kategori ayat-ayat sifat di dalam nas al-Quran dan hadis. Menurut

Imam Ahmad, sifat Allah SWT adalah sifat-sifat yang Dia sifatkan diri-Nya atau

yang disifatkan oleh Rasul-Nya dan tidak bercanggahan dengan apa yang ada di

dalam al-Quran atau hadis-hadis Nabi SAW. Maksudnya manusia tidak menyifati

Allah SWT dengan suatu sifat yang mana Allah SWT tidak menyifati zat-Nya

dengan sifat tersebut kerana perkara tersebut adalah haram menurut Al-Quran. Oleh

itu, sifat-sifat Allah SWT hanya apa yang ada di dalam al-Quran dan al-Sunah dan

perkara tersebut sebahagian dari perkara-perkara ghaib. Kewajipan manusia terhadap

perkara-perkara ghaib adalah beriman sebagaimana keadannya124.

. Muhammad bin Salih al-cUthaymin. 2000. Syarah al-cAqidah al-Wasatiyah. Cet. 6. Juz. 1. Saudi:
124

Dar Ibnu al-Jawzi. Hlm. 75.


69

Menurut Ibnu Taymiyyah, iman kepada Allah SWT adalah mengimani apa yang Dia

sifatkan ke atas diri-Nya dalam al-Quran dan apa yang disifatkan oleh Nabi SAW

tanpa tahrif iaitu penyimpangan makna sifat Allah SWT, tactil iaitu mengingkari

sifat-sifat bagi Allah SWT, takyif menyebutkan kaifiat sifat Allah SWT dan tamthil

iaitu menyamakan Allah SWT dengan makhluk-Nya. Akan tetapi mengimani

bahawa tiada satu pun yang seperti diri-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha

Melihat125.

. Ibnu Taymiyyah. 1999. Al-cAqidah al-Wasatiyah. Cet. 2. Juz. 1. Riyadh: Adwa’ al-Salaf. Hlm 57.
125
70

4.2. Pembahagian Sifat-Sifat Allah SWT

Bagi memudahkan pemahaman masyarakat berhubung akidah, para ulama telah

membahagikan sifat-sifat Allah SWT yang wajib diimani kepada beberapa

pembahagian utama agar pemahaman berkenaan dengan hal itu dapat dicerna dengan

baik. Seperti contoh sepertimana yang dilakukan oleh Ibnu cUthaymin dalam

bukunya ‘Syarah cAqidah al-Wasatiyah’ telah membahagikan sifat-sifat Allah SWT

yang ada di dalam al-Quran dan hadis kepada 2 pembahagian iaitu126:

1. Sifat al-Dhatiyah

Sifat yang tidak dapat dipisahkan dari Allah SWT sejak azali dan selamanya tetap

ada127. Jenis ini terbahagi 2 iaitu:

a) Sifat al-Macnawiyah. Contohnya seperti: al-cAzmah (Maha Tinggi), al-Qudrah

(Maha Berkuasa), al-Kibriya’ (Maha Perkasa), al-Ghaniy (Maha Kaya) dan al-

Rahmah (Maha Kasih Sayang).

b) Sifat al-Khabariyah. Seperti: al-Yadu (Tangan), cAyn (Mata) dan al-Wajh

(Wajah).

126
. Muhammad bin Salih al-cUthaymin. 2000. Op. Cit. Hlm. 77-82.
127
. Muhammad bin Salih al-cUthaymin. T.t. Fathu Rabb al-Bariyah Bi Takhlis al-Hamawiyah al-
c
Aqidah. Cet. 1. Juz. 1. Riyadh: Dar al-Watin. Hlm. 58.
71

Semua sifat-sifat ini ada sebelum semuanya ada dan selamanya akan tetap ada. Allah

SWT masih hidup dan selamanya akan hidup, Maha Mengetahui dan selamanya akan

Maha Mengetahui. Demikianlah sifat-Nya tidak membutuhkan pembaharuan tetapi

Dia bersifat dengan semua itu secara azali dan kekal abadi. Pembahagian sifat ini

turut disokong oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain sepertimana yang

turut disebutkan oleh cAlawi bin cAbdu al-Qadir al-Saqaf di dalam kitabnya ‘Sifat

Allah cAzza Wa Jalla al-Waridah Fi al-Kitab Wa al-Sunnah’ mengenai sifat al-

dhatiyah adalah sifat-sifat yang tidak terpisah dari diri-Nya sebagaimana yang telah

Dia sifatkan untuk diri-Nya sendiri128.

2. Sifat al-Ficliyyah

Sifat-sifat yang berkaitan dengan kehendak dan hikmah Allah SWT dan berlaku

bersesuaian dengan Keagungan dan Kebesaran zat Allah SWT129. Sifat ini ada 2

iaitu:

a) Sifat-sifat yang memiliki sebab yang diketahui, seperti: sifat Reda. Jika ada sebab

yang membuat Allah SWT reda, maka Dia akan meredai hal itu.

128
. cAlawi bin cAbdu al-Qadir. 2006. Sifat Allah cAzza Wa Jalla al-Waridah Fi al-Kitab Wa al-
Sunnah. Cet. 3. Juz. 1. Yaman: Dar al-Hijrah. Hlm. 32.
129
. Muhammad bin Salih al-cUthaymin. T.t. Op. Cit. Hlm. 63.
72

Seperti dalam firman Allah SWT:

۟ ۟
‫ض مى لِعِبَ ِادهِ ٱلى ُك ىفَر ۖ َوإِن تَ ىش ُك ُروا‬ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫َّل‬
‫و‬
َ ۖ ‫م‬‫ك‬ُ
َ ‫َ ٌّ َ ى َ َ ى‬‫ن‬ ‫ع‬ ِ
‫ِن‬ ‫غ‬
َ ‫ٱَّلل‬ ‫ن‬ ِ
‫إ‬َ‫ف‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫﴿إِن تَ ىك ُف ُر‬

﴾ۗ ‫ضهُ لَ ُك ىم‬
َ ‫يَ ىر‬

Maksudnya:

“Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-

nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah SWT

tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu dan Ia tidak

redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu

bersyukur, Ia meredainya”.

Al-Zumar (39): 7

b) Sifat-sifat yang tidak memiliki sebab yang diketahui, seperti: sifat Turun ke

langit bumi ketika sepertiga malam yang terakhir.

Para ulama telah menetapkan istilah sifat-sifat ini dengan sifat al-ficliyyah kerana

semua sifat ini merupakan perbuatan Allah SWT. Antara contoh lain bagi sifat ini

adalah: al-Istawa (Bersemayam), al-Nuzul (Turun), al-Ghadab (Marah), al-Maji’

(Datang), al-cAjab (Takjub), al-Sakhtu (Murka) dan al-Farhu (Gembira).

Namun begitu, terdapat juga sifat-sifat yang diklasifikasikan di dalam sifat al-

dhatiyah dan al-ficliyyah. Contohnya seperti sifat al-Kalam (Berbicara) yang asalnya
73

adalah sifat al-dhatiyah kerana Dia dari sejak dahulu dan selamanya mempunyai sifat

itu. Tetapi, apabila dilihat kembali, al-Kalam merupakan sifat al-ficliyyah kerana

berkaitan dengan kehendak-Nya. Setiap sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah

SWT menurut kebijaksanaan-Nya dan memiliki hikmah yang tersembunyi.

Pembahagian sifat-sifat yang dikemukakan di atas turut disokong oleh Ibnu

Taymiyyah di dalam kitabnya ‘Majmuc Fatawa’130 dan beberapa ulama lainnya.

Selain daripada itu, terdapat juga pembahagian yang berbeza dari pembahagian yang

telah disebutkan di atas. Pembahagian ini disusun agak lewat dalam perkembangan

mazhab al-Asycariyyah oleh beberapa imam antaranya oleh Imam al-Sanusi yang

menjelaskannya di dalam kitab ‘Umm al-Barahin’ dengan menyusun sifat-sifat Allah

SWT di dalam al-Quran dan hadis kepada 4 pembahagian iaitu131:

1. Sifat al-Nafsiyyah.

Berasal dari perkataan ‘nafs’ yang bermaksud sifat ini adalah zat-Nya sendiri bukan

menunjukkan kepada perkara yang za’id (tambahan) pada zat-Nya132. Sifat ini ada

satu, iaitu al-Wujud.

130
. Ibnu Taymiyyah. 2004. Majmuc Fatawa. Cet. 1. Juz. 6. Madinah: Mujmac al-Malik Fahd. Hlm.
233.
131
. Muhammad bin Yusuf al-Sanusi, sunt. 2009. Umm al-Barahin. Cet. 3. Juz. 1. Beirut: Dar al-Kutub
al-cIlmiyyah. Hlm. 57-65.
132
. Zayn al-cAbidin al-Fatani. T.t. al-cAqidah al-Najin Fi cUlum Usul al-Din. Cet. 1. Thailand:
Mutabacah bin Harabi. Hlm .23.
74

2. Sifat al-Salbiyyah

Sifat yang menolak segala sifat yang tidak layak dengan Keagungan dan Kebesaran

Allah SWT133. Sifat-sifat ini ada 5 iaitu:

 Al-Wahdaniyyah (Esa)

 Al-Qidam (tiada permulaan)

 Al-Baqa’(kekal)

 Al-Qiyam Bi Nafsih (berdiri dengan sendiri)

 Al-Mukhalafah Li al-Hawadith (berbeza dengan yang baharu)

3. Sifat al-Macani

Menurut al-Syanqiti dalam kitabnya ‘Manhaj Wa Dirasat Li Ayat al-Asma’ Wa al-

Sifat’ dapat difahami bahawa sifat ini berdiri sendiri dengan zat-Nya134. Terdapat 7

sifat iaitu:

 Al-Qudrah (Maha Berkuasa)

 Al-Iradah (Maha Berkehendak)

133
. Ibid.
. Muhammad al-Amin al-Syanqiti. 2005. Manhaj Wa Dirasat Li Ayat al-Asma’ Wa al-Sifat. Cet. 1.
134

Juz. 1. Mekkah: Dar cAlim al-Fawaid. Hlm. 12-13.


75

 Al-cIlm (Maha Mengetahui)

 Al-Hayah (Maha Hidup)

 Al-Samac (Maha Mendengar)

 Al-Basar (Maha Melihat)

 Al-Kalam (Maha Berkata-kata).

4. Sifat al-Macnawiyah

Sifat-sifat yang berkaitan dengan zat Allah SWT dan kewujudan sifat ini bergantung

dengan sifat al-macani135, seperti sifat al-cIlm pada zat Allah SWT maka kesannya

adalah keadaan Allah SWT yang bersifat dengan sifat berilmu (kaunuhu cAliman).

Sifat ini ada 7 iaitu :

 Kaunuhu Qadiran

 Kaunuhu Muridan

 Kaunuhu cAliman

 Kaunuhu Hayyan

 Kaunuhu Samican

 Kaunuhu Basiran

. Zayn al-cAbidin al-Fatani. T.t. Op. Cit. Hlm. 35.


135
76

 Kaunuhu Mutakalliman

No Sifat al- Sifat al- Sifat al- Macani Sifat al-Macnawiyah

Nafsiyyah Salbiyyah

1. Al-Wujud Al-Wahdaniyyah Al-Qudrah (Maha Kaunuhu Qadiran

(Esa) Berkuasa)

2. Al-Qidam (tiada Al-Iradah (Maha Kaunuhu Muridan

permulaan) Berkehendak)

3. Al-Baqa’(kekal) Al-cIlm (Maha Kaunuhu cAliman

Mengetahui)

4. Al-Qiyam Bi Al-Hayah (Maha Kaunuhu Hayyan

Nafsih (berdiri Hidup)

dengan sendiri)

5. Al-Mukhalafah Li Al-Samac (Maha Kaunuhu Samican

al-Hawadith Mendengar)

(berbeza dengan

yang baharu)

6. Al-Basar (Maha Kaunuhu Basiran

Melihat)

7. Al-Kalam (Maha Kaunuhu

Berkata-kata) Mutakalliman

Jadual 1 Pembahagian Ayat-Ayat Sifat Menurut Imam al-Sanusi


77

Di samping itu, perbezaan antara sifat al-macani dan al-macnawiyah, sifat al-macani

adalah sifat yang ada pada zat Allah SWT yang sesuai dengan kesempurnaan-Nya.

Sifat al-macnawiyah pula adalah sifat yang sentiasa tetap ada pada zat Allah SWT

dan tidak mungkin pada satu ketika Allah SWT tidak bersifat sedemikian.

Pembahagian yang dipopularkan oleh Imam al-Sanusi ini mendapat sambutan dari

orang ramai dengan menterjemahkan kitab ini serta menjadikannya sebagai bahan

rujukan. Antaranya muncul-muncul kitab-kitab seperti kitab ‘Bidayah al-Hidayah’

karya Jalal al-Din al-cAsyi dan ‘cAqidah al-Najin’ karangan Zayn al-cAbidin al-

Fatani dan banyak lagi. Pembahagian ini juga popular di kalangan masyarakat

melayu136.

Namun begitu, pembahagian sifat yang dikenali dalam mazhab al-Asycariyyah ini

ditolak oleh sebahagian ulama kerana dianggap mengelirukan menurut Muhammad

Hasan cAbdu al-Ghaffar. Tambahan pula, menurut beliau, apabila menetapkan Allah

SWT bersifat al-cIlm, al-Qudrah, al-Iradah, al-Kalam, al-Samac dan al-Basar

kemudian menolak semua sifat Allah SWT selain daripada itu di dalam kaedah

pembahagian mereka, maka mereka telah mentakwilkan sifat-sifat Allah SWT

tersebut. Apabila menggunakan kaedah ini, maka ayat Allah SWT turun ke bumi

ditakwilkan rahmat atau perintah atau malaikat-Nya yang turun tanpa mensabitkan

136
. Faizuri Abd. Latif & Muhammad Hazim. 2018. Pengaruh Umm al-Barahin Karya al-Sanusi
Terhadap Bakurah al-Amani Karya Wan Ismail al-Fatani. Afkar. 20 (2): 96.
78

sifat Allah SWT dan ini bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang

mensabitkan sifat bagi Allah SWT137.

4.3. Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat al-Dhatiyyah Dan Sifat-Sifat al-Ficliyyah

menurut al-Tabari Dan al-Jalalayn

Dalam bab ini pengkaji akan mengkaji pentafsiran ayat-ayat sifat yang ada di dalam

kitab ‘Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran’ dan ‘al-Jalalayn’ dengan menyusunnya

mengikut pembahagian yang dibawa oleh Ibnu cUthaymin yang telah disebutkan di

atas, kemudian menyebutkan ayat al-Quran, diikuti dengan pentafsiran dari al-Tabari

dan al-Jalalayn sepertimana berikut:

4.3.1. Ayat-Ayat Sifat al-Dhatiyyah

1. Sifat al-Yadu (Tangan)

Sifat al-Yadu (Tangan) disebut dalam al-Quran sebanyak lapan kali dan sifat al-

Yamin (Tangan Kanan) sebanyak dua kali.

137
. Muhammad Hasan al-Ghaffar. 2005. https://ar.islamway.net/collection/3579/-‫التوحيد‬-‫كتاب‬-‫شرح‬
‫خزيمة‬-‫البن‬-‫الرب‬-‫صفات‬-‫وإثبات‬. 6 Januari.
79

Firman Allah SWT:

۟ ۟
‫ت أَيى ِدي ِه ىم َولُعِنُوا ِِبَا قَالُوا ۘ بَ ىل يَ َد ُاه‬ ِ
‫ود يَ ُد ٱَّلل َم ىغلُولَةٌ ۚ غُل ى‬ ِ
ُ ‫﴿ َوقَالَت ٱلىيَ ُه‬

﴾ۚ ُ‫ف يَ َشآء‬ ِ ِ
َ ‫َمىب ُسوطَتَان يُنف ُ ِّ َكىي‬

Maksudnya:

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah SWT

terbelenggu”. Padahal tangan merekalah yang terbelenggu dan

mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan

itu, bahkan kedua tangan Allah SWT sentiasa terbuka. Ia

belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki”.

Al-Ma’idah (5): 64

Imam al-Tabari mentafsirkan bahawa ayat ini mengenai kelancangan orang Yahudi

kepada Allah SWT yang selalu memaafkan dan mengampuni mereka. Namun

mereka tetap tidak mahu beriman kepada Nabi SAW serta mencela Allah SWT.

Mereka mengatakan bahawa Allah SWT telah menahan kebaikan dan pemberian-

Nya sehingga Allah SWT menterlantarkan mereka. Mereka juga mengatakan bahawa

Allah SWT bakhil. Maksud al-Yadu dalam ayat ini adalah pemberian. Imam al-

Tabari dilihat mentafsirkan sifat dalam ayat tersebut sesuai dengan konteks ayat

kerana pada asalnya, Imam al-Tabari mensabitkan sifat al-Yadu merupakan salah
80

satu dari sifat Allah SWT cuma tidak diketahui bagaimana kaifiatnya138. Manakala

Imam al-Suyuti turut mentafsirkan orang Yahudi mengatakan bahawa tangan Allah

SWT terbelenggu iaitu terhenti dari mencurahkan rezeki139.

Sebaliknya, dalam surah yang lain, Imam al-Tabari mentafsirkan sifat al-Yadu

dengan tangan Allah SWT, seperti dalam surah Ali-cImran ayat 73140, Ali-cImran ayat

26141, al-Mukminun ayat 88142, Yasin ayat 83143, al-Hadid ayat 29144, al-Fath ayat

10145, dan surah al-Mulk ayat 1146. Imam al-Jalalayn pula mentafsirkan sifat ini

dengan kekuasaan dalam Ali-cImran ayat 26147, Ali-cImran ayat 73148, al-Mukminun

ayat 88149, Yasin ayat 83150, al-Hadid ayat 29151, al-Fath ayat 10152 dan surah al-Mulk

ayat 1153. Manakala tafsiran sifat al-Yamin (Tangan Kanan) di dalam al-Quran,

138
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran. Terj. Cet. 1. Juz. 5. Jakarta:
Pustaka Azzam. Hlm. 179-187.
139
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. T.t. Tafsir al-Jalalayn. Cet. 1. Juz. 1. Kaherah: Dar al-Hadith.
Hlm. 149.
140
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 5. Hlm. 488.
141
. Ibid. Hlm. 190.
142
. Ibid. Juz. 18. Hlm. 812
143
. Ibid. Juz. 21. Hlm. 739.
144
. Ibid. Juz. 24. Hlm. 751-752.
145
. Ibid. Juz. 23. Hlm. 564.
146
. Ibid. Juz. 25. Hlm. 267.
147
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 69.
148
. Ibid. Hlm. 76.
149
. Ibid. Hlm. 454.
150
. Ibid. Hlm. 587.
151
. Ibid. Hlm. 724.
152
. Ibid. Hlm. 680.
153
. Ibid. Hlm. 754.
81

Firman Allah SWT:

ِ ‫مج ًۭيعا قَبضتُهۥ ي وم ٱلى ِقيمم‬


ِ ِِ ۟
‫ت‬ ‫و‬
‫م‬ ‫م‬
‫م‬ ‫لس‬ ‫ٱ‬
‫و‬ ‫ة‬
ُ َ َ َ َ َ َ ‫َ ى ُ َ ر ى َ ُ َى‬ ‫ض‬ ‫ْل‬
‫َر‬ ‫ى‬ ‫ٱ‬
‫و‬ ‫ۦ‬‫ه‬‫ر‬ ‫د‬
‫ى‬ ‫ق‬
َ ِّ ‫ح‬َ َ ‫﴿ َوَما قَ َد ُر‬
‫َّلل‬‫ٱ‬ ‫ا‬
‫و‬

ٍۢ
﴾‫ت بِيَ ِمينِ ِهۦ ۚ ُسىب مَحنَهُۥ َوتَ مَعلَ مى َعما يُ ىش ِرُكو َن‬
ٌ ‫َمطى ِويم‬

Maksudnya:

“Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah SWT

dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepada-Nya,

sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman

kuasa-Nya, dan langit tergulung dengan kekuasaan-Nya. Maha

Sucilah Ia dan Tertinggi keadaan-Nya dari apa yang mereka

sekutukan”.

Al-Zumar (39): 67

Imam al-Tabari mensabitkan sifat ini dan mentafsirkan al-Yamin (Tangan Kanan)

dengan mendatangkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan di dalam ‘Sahih al-

Bukhari’ nombor hadis: 7414 dan ‘Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal’ nombor

hadis: 4087, dengan status hadis sahih154.

. Imam al-Bukhari, sunt. 2001. Sahih al-Bukhari. Cet. 1. Juz. 9. Beirut: Dar Tuq al-Najah. Hlm. 123.
154

Imam Ahmad bin Hanbal. 1995. Sunan al-Imam Ahmad bin Hanbal. Cet. 1. Juz. 4. Kaherah: Dar al-
Hadith. Hlm. 138.
82

‫ َاي‬:‫ فَ َق َال‬،‫صلى هللاُ َعلَىي ِه َو َسل َم‬ ِ ‫ أَن ي ه‬:ِ‫))عن عب ِد اَّلل‬


ِّ ِ‫ود ااي َجاءَ إِ ََل الن‬
َ ‫ب‬ َُ ‫َ ى َى‬

ِ
‫ني َعلَى إِ ى‬
،‫صبَع‬ ِ ُ ‫ إِن اَّللَ ميُى ِس‬،‫ُحمَم ُد‬
‫ك الس َم َوات َعلَى إِ ى‬
َ ‫ َواْل ََرض‬،‫صبَع‬

ِ ِ
:‫ول‬ ‫ َواخلَالَئ َ ِّ َعلَى إِ ى‬،‫صبَع‬
ُ ‫ ُُث يَ ُق‬،‫صبَع‬ ‫ َوالش َجَر َعلَى إِ ى‬،‫صبَع‬
‫َواجلبَ َال َعلَى إِ ى‬

ِ ُ ‫ «فَض ِحك رس‬.‫أ ََان امللِك‬


‫صلى هللاُ َعلَىي ِه َو َسل َم َحَّت بَ َد ى‬
‫ت‬ َ ‫ول اَّلل‬ َُ َ َ ُ
َ

((]٩١ :‫{وَما قَ َد ُروا اَّللَ َح ِّ قَ ىد ِرهِ} [اْلنعام‬ ِ


َ :َ‫ ُُث قَ َرأ‬،»ُ‫نَ َواج ُذه‬

Maksudnya:

“Seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai

Muhammad, sungguh Allah SWT memegang langit, bumi, bukit-

bukit dan semua makhluk dengan jari-jemari-Nya. Kemudian Dia

berkata: “Akulah pemilik kesemuanya”. Maka Nabi pun ketawa

sehingga nampak gigi geraham. Kemudian Baginda membaca ayat

diatas”.

Imam al-Tabari juga membawakan pendapat Ibnu cAbbas: Telah digenggam langit

dan bumi keseluruhannya di dalam tangan kanan-Nya. Dalam riwayat yang lain Ibnu
c
Abbas berkata: “Tidaklah keadaan tujuh lapisan langit dan bumi (di dalam

genggaman Allah SWT) melainkan seumpama sebutir biji sawi di dalam genggaman

kamu”155. Imam al-Mahalli pula mentakwilkan bahawa Allah SWT menggenggam

. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2000. Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran. Cet. 1. Juz. 21. Beirut:
155

Muassasah al-Risalah. Hlm. 324-325.


83

langit dan bumi dengan kekuasaan-Nya156. Begitu juga dalam pentafsiran ayat yang

lain.

Firman Allah SWT:

ِ ‫َخ ىذ َان ِمىنهُ بِٱلىيَ ِم‬


﴾‫ني‬ َ ‫﴿ َْل‬

Maksudnya:

“Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami”.

Al-Haqqah (69): 45

Imam al-Tabari mentafsirkan bahawa Allah SWT akan pegang orang-orang kafir itu

dengan tangan kanan-Nya iaitu dengan kekuasaan dan kekuatan Allah SWT

kemudian akan dipotong urat nadi jantungnya iaitu Allah SWT akan menyegerakan

azab bagi mereka tanpa tidak menundanya157. Imam al-Mahalli turut mentafsirkan

sepertimana Imam al-Tabari158.

2. Sifat al-cAyn (Mata)

Sifat al-cAyn (Mata) disebut dalam al-Quran sebanyak empat kali.

156
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 615.
157
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 25. Hlm. 456.
158
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 764.
84

Firman Allah SWT:

﴾‫صنَ َع َعلَ مى َعىي ِِٓن‬ ِ ِ


‫ك َحمَب ًۭةر ّم ِِّن َولتُ ى‬ ُ ‫﴿ َوأَلى َقىي‬
َ ‫ت َعلَىي‬

Maksudnya:

“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih

sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara

dengan pengawasan-Ku”.

Taha (20): 39

Imam al-Tabari mengatakan bahawa Nabi Musa a.s. membesar dalam pengawasan,

kecintaan dan kehendak Allah SWT iaitu dibesarkan dalam rumah seorang raja

(fir’aun) yang mewah dengan makanan-makanan dan keperluan lainnya159. Imam al-

Mahalli pula mentakwilkan dididik dengan pemeliharaan dan penjagaan dari-Ku160.

Begitu juga pada ayat yang lain, sifat al-cAyn ditafsirkan oleh Imam al-Tabari

dengan pengawasan dan pemerhatian Allah SWT seperti dalam surah al-Qamar ayat

14161, arahan dan pengawasan dalam surah al-Mukminun ayat 27162, pengawasan,

pemerhatian, penjagaan dan perlindungan Allah SWT dalam surah al-Tur ayat 48163.

Imam al-Jalalayn pula mentafsirkan sifat ini dengan pengawasan, seperti dalam

159
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2000. Op. Cit. Juz. 18. Hlm. 304.
160
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 408.
161
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 24. Hlm. 264
162
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 18. Hlm. 711.
163
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 24. Hlm. 78
85

surah al-Qamar ayat 14164, surah al-Mukminun ayat 27165 dan perlindungan dan

pengawasan dalam surah al-Tur ayat 48166.

4.3.2. Ayat-Ayat Sifat al-Ficliyyah

1. Sifat al-Fawqiyah (berada di atas)

Sifat al-Fawqiyah (berada di atas) disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:

‫ٱحلَ ِك ُيم ى‬
﴾ُ‫ٱخلَبِي‬ ِ ‫﴿ وهو ٱلى َق‬
‫اه ُر فَ ىو َق ِعبَ ِادهِۦ ۚ َوُه َو ى‬ ََُ

Maksudnya:

“Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya dan Dia lah

Yang Maha Bijaksana serta Maha Mengetahui”.

Al-Ancam (6): 18

Imam al-Tabari mentafsirkan Allah SWT yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi di atas

hamba-hamba-Nya dan mereka hina di hadapan-Nya. Imam al-Tabari

mentafsirkannya dengan perkataan ‘tinggi’ kerana lazimnya sesuatu yang berada di

164
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 705.
165
. Ibid. Hlm. 448.
166
. Ibid. Hlm. 700.
86

atas merupakan sesuatu yang lebih tinggi dan lebih berkuasa167. Sepertimana Imam

al-Tabari, Imam al-Suyuti juga mentakwilkan sifat al-Fawqiyah dengan mengatakan

bahawa Dia lah Allah SWT yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi dari hamba-hamba-

Nya168.

Begitu juga dalam surah Al-Ancam ayat 61, Imam al-Tabari dan Imam al-Suyuti

mentafsirkan di atas makhluk-makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya169.

Firman Allah SWT:

﴾ ‫﴿ ََيَافُو َن َرِبُم ِّمن فَ ىوقِ ِه ىم َويَ ىف َعلُو َن َما يُ ىمَم ُرو َن‬

Maksudnya:

“Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka

(dengan kekuasaan-Nya), serta mereka mengerjakan apa yang

diperintahkan”.

Al-Nahl (16): 50

Imam al-Tabari mentafsirkan bahawa para malaikat yang ada di langit dan binatang-

binatang melata yang ada di bumi, kesemuanya takut kepada Allah SWT yang berada

167
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 9. Hlm. 801.
168
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 164.
169
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 10. Hlm. 59.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 171.
87

di atas mereka yang akan mengazab mereka apabila mereka tidak mahu taat kepada-

Nya dan melanggar larangan-Nya170.

Imam al-Suyuti pula mentafsirkan bahawa para malaikat takut kepada Allah SWT

yang menguasai mereka dengan kekuasaan-Nya, dengan melaksanakan segala apa

yang diperintahkan kepada mereka171. Imam al-Tabari mentafsirkan sifat ini dengan

Allah SWT yang berada di atas para malaikat tanpa disebutkan kaifiatnya, manakala

Imam al-Suyuti mentafsirkan dengan kekuasaan-Nya.

2. Sifat al-Rida (keredaan)

Sifat al-Rida (keredaan) disebutkan sebanyak sebelas kali dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:

‫وهم ِبِِ ىح مَس ٍۢن‬


ُ ُ‫ين ٱت بَ ع‬
ِ ِ ‫ٱلسبِ ُقو َن ىٱْلَولُو َن ِمن ٱلىم مه ِج ِرين و ىٱْل‬
َ ‫َنصار َوٱلذ‬
َ َ َ َُ َ ‫﴿ َو م‬

۟
ِِ
َ ‫مَخلد‬
‫ين‬ ‫َعد ََلُىم َج من ٍۢت َىَت ِرى َىَتتَ َها ىٱْلَ ىَهْنمَُر‬
َ َ ُ ‫ض َى‬
‫أ‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ا‬
‫و‬ ُ ‫ر ِض َى ٱَّللُ َعىن ُه ىم َوَر‬

﴾ ‫ك ٱلى َف ىوُز ٱلى َع ِظ ُيم‬ ِ ِ


َ ‫ف َيهآ أَبَ ًۭردا ۚ مَذل‬

170
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2000. Op. Cit. Juz. 17. Hlm. 220.
171
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 352.
88

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan

memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan

orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan

(iman dan taat), Allah SWT reda akan mereka dan mereka pula

reda akan Dia serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di

dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”.

Al-Tawbah (9): 100

Imam al-Tabari mentafsirkan bahawa Allah SWT meredai kaum Muhajirin dan

Ansar serta orang yang mengikut jejak langkah mereka kerana ketaatan mereka

untuk sentiasa setia dan patuh kepada Nabi-Nya dan melaksanakan semua perintah

serta menjauhi larangan-Nya. Mereka juga reda dengan Allah SWT kerana pahala

yang besar yang diberikan kepada mereka iaitu syurga172. Imam al-Suyuti juga

mentafsirkan bahawa Orang-Orang Muhajirin dan Ansar mereka adalah para sahabat

yang mengikuti perang Badar. Allah SWT reda terhadap mereka dan orang yang

mengikuti jejak langkah mereka kerana ketaatan kepada-Nya dan mereka pun reda

kepada Allah SWT atas pahala yang diberikan oleh Allah SWT iaitu syurga173.

Sama halnya dengan pentafsiran dalam ayat-ayat yang lain, Imam al-Tabari

mentafsirkan sifat ini dengan keredaan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 119174,

172
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 13. Hlm. 177.
173
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 258.
174
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 9. Hlm. 734.
89

surah al-Fath ayat 18175, al-Mujadilah ayat 22176, Taha ayat 109177, al-Bayyinah ayat

8178, al-Najm ayat 26179, al-Zumar ayat 7180, Taha ayat 84181, al-Nisa’ ayat 108182 dan

al-Tawbah ayat 96183.

Imam al-Jalalayn dilihat mentafsirkan sifat ini sama dengan Imam al-Tabari iaitu

keredaan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 119184, surah al-Fath ayat 18185, al-

Mujadilah ayat 22186, Taha ayat 109187, al-Bayyinah ayat 8188, al-Najm ayat 26189, al-

Zumar ayat 7190, Taha ayat 84191, al-Nisa’ ayat 108192 dan al-Tawbah ayat 96193.

3. Sifat al-Istihza’(memperolok-olok)

Sifat al-Istihza’ (memperolok-olok) disebut di dalam al-Quran sebanyak satu kali.

175
. Ibid. Juz. 23. Hlm.595
176
. Ibid. Juz. 24. 831
177
. Ibid. Juz. 17. Hlm 971
178
. Ibid. Juz. 26. Hlm. 842.
179
. Ibid. Juz. 24. Hlm. 160.
180
. Ibid. Juz. 22. Hlm. 296-297
181
. Ibid. Juz. 17. Hlm. 910.
182
. Ibid. Juz. 7. Hlm. 712
183
. Ibid. Juz. 13. Hlm. 155.
184
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 161.
185
. Ibid. Hlm. 681.
186
. Ibid. Hlm. 729.
187
. Ibid. Hlm. 416.
188
. Ibid. Hlm. 817.
189
. Ibid. Hlm. 702.
190
. Ibid. Hlm. 607.
191
. Ibid. Hlm. 413.
192
. Ibid. Hlm. 121.
193
. Ibid. Hlm. 257.
90

Firman Allah SWT:

﴾‫ُّه ىم ِف طُ ىغيَمنِ ِه ىم يَ ىع َم ُهو َن‬ ِِ ُ ‫﴿ ٱَّلل يستَ ه ِز‬


ُ ‫ئ ِب ىم َوميَُد‬ ‫َُى ى‬

Maksudnya:

“Allah SWT memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-

raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)”.

Al-Baqarah (2): 15

Imam al-Tabari mengatakan bahawa para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai

maksud Allah SWT memperolok orang munafik. Sebahagian ada yang mengatakan

bahawa Allah SWT akan memperolok mereka pada hari kiamat.

Sepertimana firman Allah SWT:

۟
‫أََّنَا َّنُىلِى ََلُىم َخ ى ًۭيٌ ِّْلَن ُف ِس ِه ىم ۚ إَِّنَا َّنُىلِى ََلُىم‬ ‫ين َك َف ُرٓوا‬ ِ
َ ‫﴿ َوََّل َىَي َس ََب ٱلذ‬

۟
ًٌۭ ‫لِيَ ىزَد ُادٓوا إِىرًَۭما ۚ َوََلُىم َع َذ‬
ًٌۭ ‫اب ُّم ِه‬
﴾‫ني‬

Maksudnya:

“Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa

Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka,

kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya

mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab

seksa yang menghina (di akhirat kelak)”.


91

Ali-cImran (3): 178

Ayat ini dibawakan oleh Imam al-Tabari untuk menunjukkan salah satu bentuk

celaan kepada orang kafir dan orang munafik yang akan mendapat seksaan di akhirat.

Sebahagian ulama yang lain mengatakan bahawa bentuk olok-olok Allah SWT

kepada mereka adalah celaan dan penghinaan-Nya kerana kemaksiatan yang mereka

lakukan. Imam al-Tabari turut membawakan beberapa pendapat Ibnu cAbbas.

Antaranya Ibnu cAbbas berkata mengenai firman Allah SWT diatas: “Allah SWT

akan membalas celaan atau olok-olokan mereka dengan menyiksa mereka”. Di sini

dapat dilihat bahawa Imam al-Tabari mensabitkan sifat al-Istihza’ bagi Allah SWT.

Malah beliau mengatakan siapa yang menafikan sifat al-Istihza’ kerana menganggap

bahawa sifat tersebut adalah sia-sia atau tidak layak bagi Allah SWT, maka orang

tersebut telah mendustakan al-Quran194.

Imam al-Suyuti pula mentakwilkan ayat ini bahawa Allah SWT membalas ejekan dan

celaan mereka dengan membiarkan mereka terpedaya dalam kesesatan dan hanyut

dalam kekafiran tanpa arah tuju atau pegangan195.

4. Sifat al-Makr (makar)

Sifat al-Makr (makar) disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali.

194
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 1. 370-375.
195
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 5.
92

Firman Allah SWT:

۟
‫﴿ أَفَأ َِمنُوا َمكَىر ٱَّللِ ۚ فَ َال َيىَم ُن َمكَىر ٱَّللِ إَِّل ٱلى َق ىوُم ى‬
﴾‫ٱخلمَ ِس ُرو َن‬

Maksudnya:

“Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan

rancangan buruk yang diatur oleh Allah SWT? Kerana sebenarnya

tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab)

yang diatur oleh Allah SWT itu melainkan orang-orang yang rugi”.

Al-Acraf (7): 99

Imam al-Tabari mentafsirkan: Apakah orang yag mendustakan Allah SWT dan

Rasul-Nya serta mengingkari ayat-ayat Allah SWT merasa aman dari Allah SWT?

Padahal Allah SWT memberikan kenikmatan di dunia berupa tubuh badan yang sihat

dan kehidupan yang baik, sebagaimana umat-umat sebelum mereka. Sungguh tidak

akan ada yang dapat aman dari makar Allah SWT. Ada ulama yang berpendapat

bahawa tidak akan merasa aman maksudnya Allah SWT akan menjadikan mereka

istidraj196 dengan kekafiran mereka dan berterusan dalam melakukan kemaksiatan197.

Imam al-Suyuti pula mentakwilkan: Apakah orang-orang kafir itu merasa aman dari

makar Allah SWT yang membuatkan mereka istidraj iaitu dengan memberikan

kenikmatan kemudian mengambilnya kembali secara mengejut198.

196
. Nikmat dunia yang kian bertambah kepada orang yang melakukan kemaksiatan sehingga orang
tersebut lupa kepada Allah SWT dan akhirnya mendapat azab dari Allah SWT.
197
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 11. Hlm. 352.
198
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 207.
93

Firman Allah SWT:

﴾ ‫ين‬
‫ر‬ِ ِ ‫﴿ وم َكر ۟وا وم َكر ٱَّلل ۖ وٱَّلل خي ٱلى مم‬
‫ك‬
َ َ ُ‫َ َ ُ َ َ َ ُ َ ُ َ ى‬

Maksudnya:

“Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancangkan tipu

daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah SWT pula membalas

tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah SWT sebijak-bijak yang

membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya”.

Ali-cImran (3): 54

Imam al-Tabari mentafsirkan bahawa Allah SWT memberitahu tentang perancangan

dan tipu daya yang dibuat oleh orang kafir dari kalangan Bani Israil yang berpakat

untuk membunuh Nabi Isa a.s. Makar Allah SWT kepada mereka sepertimana yang

diceritakan oleh al-Sudiy bahawa Allah SWT menjadikan wajah salah seorang dari

pengikut Nabi Isa a.s. seperti Baginda dan orang-orang Bani Israil menyangkakannya

Nabi Isa a.s., lalu mereka membunuh dan menyalibnya. Sedangkan Nabi Isa a.s.

diangkat oleh Allah SWT ke langit199.

Imam al-Suyuti turut mentafsirkan bahawa orang-orang kafir dari golongan Bani

Israil membuat tipu daya terhadap Nabi Isa a.s. dengan menyuruh orang untuk

membunuhnya secara diam-diam, lalu Allah SWT membalas tipu daya mereka

dengan mengubah muka seorang seperti Nabi Isa a.s. sehingga mereka

199
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2000. Op. Cit. Juz. 6. Hlm. 453-454.
94

membunuhnya sedangkan Baginda diangkat ke langit 200. Dapat disimpulkan di sini

bahawa Imam al-Tabari mensabitkan sifat al-Makr bagi Allah SWT dan

menyebutkan antara salah satu bentuk makar Allah SWT kepada hamba-Nya. Begitu

juga dalam surah lain al-Anfal ayat 30, Imam al-Tabari membawakan contoh makar

Allah SWT terhadap orang musyrik dengan menyelamatkan Nabi SAW dari mereka

dan membinasakan mereka201, dan dalam surah Yunus ayat 21 Allah SWT lebih cepat

membalas makar mereka dengan mengazab mereka202.

Mankala Imam al-Suyuti mentafsirkan surah al-Anfal ayat 30 bahawa makar Allah

SWT adalah dengan menggagalkan tipu daya orang kafir dengan cara memberitahu

kepada Nabi SAW rancangan jahat mereka dan Allah SWT mengetahui tentang tipu

muslihat mereka203. Dalam surah Yunus ayat 21, Imam al-Suyuti mentakwilkan sifat

ini dengan pembalasan204.

4.3.3. Ayat-Ayat Sifat al-Dhatiyyah Dan al-Ficliyyah

1. Sifat al-Kalam (berkata-kata)

Sifat al-Kalam (berkata-kata) disebutkan dalam al-Quran sepuluh kali.

200
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 73.
201
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 12. Hlm. 228.
202
. Ibid. Juz. 13. Hlm. 495.
203
. Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 232.
204
. Ibid. Hlm. 269.
95

Firman Allah SWT:

ِ ِِ
‫ك ۚ قَ َال لَن‬ ِّ ‫وس مى لمي مَقتنَا َوَكل َمهُۥ َربُّهُۥ قَ َال َر‬
َ ‫ب أ َِرِِنٓ أَنظُىر إِلَىي‬ َ ‫﴿ َولَما َجآءَ ُم‬

‫ف تَ َرمى ِِن ۚ فَلَما ََتَل مى‬ ِ ‫تَ َرمى ِِن َوملَ ِك ِن ٱنظُىر إِ ََل ى‬
‫ٱجلَبَ ِل فَِإن ى‬
َ ‫ٱستَ َقر َم َكانَهُۥ فَ َس ىو‬

َ َ‫صعِ ًۭرقا ۚ فَلَمآ أَف‬ ِ


‫ت‬
ُ ‫ك تُىب‬
َ َ‫اق قَ َال ُسىب مَحن‬ َ ‫َربُّهُۥ ل ىل َجبَ ِل َج َعلَهُۥ َد ًۭاكا َو َخر ُم‬
َ ‫وس مى‬

ِ ِ ۠
﴾‫ني‬ ‫ن‬ ‫م‬‫م‬
ًَۭ ‫ُ ى‬ ‫م‬‫ى‬‫ل‬‫ٱ‬ ‫ل‬
ُ ‫َو‬
‫أ‬ ‫َان‬ َ ‫إِلَىي‬
َ ‫ك َوأ‬

Maksudnya:

“Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah

tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi

Musa berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu

Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu”. Allah SWT

berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku,

tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di

tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”, Setelah

Tuhannya ‘Tajalla’ (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung

itu, menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh

pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci

Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu dan akulah

orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)”.

Al-Acraf (7): 143


96

Imam al-Tabari mensabitkan sifat ini sebagaimana mazhab salaf dengan

mentafsirkan bahawa ayat ini mengenai keadaan ketika Nabi Musa a.s. menemui

Allah SWT lalu Allah SWT berkata-kata dengannya205.

Dalam ayat lain, Imam al-Tabari dan Imam al-Jalalayn mentafsirkan sifat ini dengan

berbicara antara Allah SWT dan hamba-Nya secara langsung seperti dalam surah al-

Baqarah ayat 118206, al-Baqarah ayat 174207, al-Baqarah ayat 253208, Ali-cImran

ayat 77209, Al-Nisa’ ayat 164210, al-Acraf ayat 143211, al-Syura ayat 51212, Taha ayat

11-12213, dan al-Saba’ ayat 23214.

205
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2000. Op. Cit. Juz. 13. Hlm. 90.
206
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 2. Hlm. 443.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 25.
207
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 2. Hlm. 768.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 35.
208
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 4. Hlm. 418
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 55.
209
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 5. Hlm. 503
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 77.
210
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 9. Hlm. 403.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 213.
211
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 11. Hlm. 504.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 213.
212
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 22. Hlm. 940.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 636.
213
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 17. Hlm. 758-763.
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 407-408.
214
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2007. Op. Cit. Juz. 21. Hlm. 406
Jalal al-Din al-Mahalli & al-Suyuti. Op. Cit. Hlm. 567.
97

4.4. Perbahasan

Berdasarkan pentafsiran ayat-ayat sifat di atas, dapat dilihat bahawa terdapat

beberapa persamaan dan perbezaan pentafsiran ayat-ayat sifat Allah SWT di dalam

tafsir Imam al-Tabari dan Imam al-Jalalayn. Sehubungan dengan itu, sifat-sifat yang

ditafsirkan dengan tafsiran yang sama dapat dilihat seperti jadual di bawah:

No Sifat Kategori Pentafsiran Imam al-Tabari Dan Imam al-Jalalayn

Sifat

1. Al-Rida Al-Ficliyyah Keredaan Allah SWT kerana ketaatan dan kebaikan

hamba kepada-Nya

2. Al-Kalam Al-Dhatiyyah Allah SWT berkata-kata dengan Nabi Musa a.s. secara

Dan langsung tanpa ada perantaraan

al-Ficliyyah

Jadual 2 Pentafsiran Yang Sama Antara Imam al-Tabari Dan Imam al-Jalalayn

Dapat dilihat (jadual 2) bahawa Imam al-Suyuti walaupun dikenali bermazhab al-

Asycari dan mentakwilkan kesemua sifat-sifat Allah SWT dalam al-Quran, namun

beliau telah mengisbatkan sebahagian sifat bagi Allah SWT dan ditafsirkan sama

dengan pentafsiran Imam al-Tabari.

Begitu pula pentafsiran sifat yang didapati adanya perbezaan adalah seperti jadual di

bawah:
98

No Sifat Kategori Pentafsiran al-Tabari Pentafsiran al-

Sifat Jalalayn

1. Al-Yadu Al-Dhatiyyah Mensabitkan sifat Tangan Kekuasaan Allah SWT

merupakan salah satu dari

sifat Allah SWT cuma tidak

diketahui bagaimana

kaifiatnya

2. Al-cAyn Al- Dhatiyyah Mensabitkan sifat ini bagi Pemeliharaan,

Allah SWT dan mentafsirkan pengawasan dan

dengan pemerhatian, penjagaan dari Allah

pengawasan, arahan, dan SWT

perlindungan Allah SWT

3. Al- Al-Ficliyyah Mentafsirkan sifat ini dengan Kekuasaan Allah SWT

Fawqiyah kekuasaan dan mensabitkan

sifat ini kepada Allah SWT

4. Al-Istihza’ Al-Ficliyyah Mensabitkan sifat al-Istihza’ Allah SWT

bagi Allah SWT. Malah membiarkan mereka

beliau mengatakan siapa yang terpedaya dalam

menafikan sifat al-Istihza’ kesesatan dan hanyut

kerana menganggap bahawa dalam kekafiran tanpa

sifat tersebut adalah sia-sia arah tuju atau pegangan

atau tidak layak bagi Allah

SWT, maka orang tersebut


99

telah mendustakan al-Quran

5. Al-Makr Al-Ficliyyah Mensabitkan sifat al-Makr Mentafsirkan sifat ini

bagi Allah SWT dan dengan membawakan

menyebutkan bentuk makar contoh makar Allah

Allah SWT kepada orang- SWT kepada orang-

orang kafir orang kafir

Jadual 3 Perbezaan Pentafsiran Antara Imam al-Tabari Dan Imam al-Jalalayn

Kesimpulan dari di atas (jadual 3) dapat dilihat bahawa apabila Imam al-Tabari

mentafsirkan sifat Allah SWT dalam al-Quran bersesuaian dengan kaedah

pentafsiran ulama salaf. Pendek kata, pentafsiran yang dibawa oleh Imam al-Tabari

pada hakikatnya tetap mensabitkan sifat tersebut bagi Allah SWT, walaupun dilihat

secara zahir kedua-dua pentafsiran (jadual 3) tidak jauh berbeza. Namun hakikatnya,

Imam al-Jalalayn mentafsirkan tanpa mensabitkan sifat tersebut bagi Allah SWT

berbeza dengan Imam al-Tabari. Secara keseluruhannya, dapat dikesan perbezaan

ketara dalam (jadual 3) antara kedua metode pentafsiran ini.

Hal ini disimpulkan sedemikian seperti apa yang telah disebutkan di dalam ‘al-

Majalli Fi Syarah al-Qawacid al-Muthla’ karya Dr. Kamilah binti Muhammad al-

Kiwari bahawa terdapat beberapa kaedah memahami ayat-ayat sifat di dalam al-

Quran antaranya mutabaqah, tadmun dan iltizam. Mutabaqah adalah memahami

makna sebenar yang dimaksudkan bagi sesuatu lafaz. Contoh perkataan ‫الخالق‬

bermaksud Allah SWT bersifat Maha Mencipta. Selain itu, tadmun (mencakupi)

yang menunjukkan kepada sebahagian makna bagi lafaz tersebut. Contoh kalimah
100

‫ الخالق‬bermaksud juga Allah SWT itu wujud kerana tidak mungkin sesuatu yang tidak

wujud dapat menciptakan sesuatu. Berbeza dengan iltizam, maksudnya adalah

memahami sesuatu makna lain yang menjadi keharusan menurut akal fikiran ketika

memahami maksud mutabaqah bagi kalimah tersebut. Dengan kata lain ialah

kelaziman bagi sesuatu makna dari lafaz. Contohnya kalimah ‫ الخالق‬bermaksud juga

Allah SWT juga mempunyai sifat Maha Mengetahui kerana secara lazimnya apabila

menciptakan sesuatu, memerlukan ilmu pengetahuan215. Jelaslah, pentafsiran Imam

al-Tabari dilihat bersesuaian dengan kaedah pentafsiran ini.

215
. Dr. Kamilah binti Muhammad al-Kiwari. 2002. Al-Majalli Fi Syarah al-Qawacid al-Muthla. Cet.
1. Juz. 1. Beirut: Dar Ibnu Hazm. Hlm. 102.
101

4.5. Kesimpulan

Kesimpulan dari perbincangan di dalam bab ini dapat dilihat bahawa adanya

perbezaan dan persamaan di dalam pentafsiran ayat-ayat sifat, sama ada dengan

menggunakan metode ithbat sepertimana dapat dilihat dari karya Imam al-Tabari dan

metode takwil daripada karya Imam al-Jalalayn. Sifat-sifat Allah SWT yang

mempunyai pentafsiran yang sama adalah sifat al-Rida dan al-Kalam, adapun sifat-

sifat Allah SWT yang didapati adanya perbezaan adalah sifat al-Yadu, al-cAyn, al-

Fawqiyah, al-Istihza’ dan al-Makr.

Berkenaan dengan perbezaan dari kedua metode pentafsiran ayat-ayat sifat ini,

pengkaji lebih cenderung dengan penggunaan metode ithbat di dalam kitab Imam al-

Tabari. Ini kerana, metode ini dilihat lebih selamat dan mendekati ajaran Nabi SAW

yang tidak pernah menjelaskan makna ayat-ayat sifat kepada para sahabat. Tambahan

lagi, perkara ini berkaitan dengan akidah seseorang muslim yang mana dapat

menjerumuskan kepada kekufuran dan kesesatan apabila silap dalam memahaminya.

Namun begitu, tindakan menyesatkan atau mengkafirkan golongan takwil adalah

sangat tidak wajar, kerana menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang merupakan

suatu hal yang berat dan harus menepati syarat-syarat yang telah ditentukan216.

Sehubungan dengan itu, pengkaji memohon kepada Allah SWT agar memberikan

petunjuk, menjadikan kita termasuk orang-orang yang dapat melihat kebenaran lalu

mengikutinya dan menjauhi diri kita dari kesesatan. Wallahu aclam.

216
. Ibid. Hlm. 473-479
BAB
LIMA
103

BAB LIMA: PENUTUP

5.1. Pengenalan

Persoalan mengenai ayat-ayat sifat di dalam al-Quran sama ada dari segi pendekatan

dalam memahaminya, pembahagian ayat-ayat sifat, golongan yang menyeleweng,

manhaj pendekatan salaf dalam memahami ayat sifat, perbahasan mengenai takwil

sifat dan lain-lain merupakan perbincangan yang luas dan pengkaji hanya mengkaji

sebahagian kecil dari perbahasan ini. Namun begitu, perbincangan di dalam kajian

ini dapat memberikan pengenalan kepada pembaca mengenai ayat-ayat sifat dengan

beberapa contoh yang dikemukakan yang di ambil dari dua kitab tafsir muktabar.

5.2. Rumusan

Setelah melihat perbincangan di dalam tajuk ‘Perbandingan Tafsiran Ayat-Ayat Sifat

Antara Tafsir al-Tabari dan al-Jalalayn’ ini yang mengandungi manfaat dan faedah

yang sangat besar dan apa yang pengkaji dapat simpulkan, antaranya:

1. Mengetahui sifat-sifat Allah SWT adalah tuntutan yang paling penting dalam

permasalahan akidah kerana ia merupakan manifestasi keimanan seseorang

hamba kepada Allah SWT dan merupakan salah satu jalan untuk mengenal Allah

SWT melalui sifat-sifat-Nya.


104

2. Menghargai segala titik peluh para ulama dari zaman ke zaman dari sudut

kegigihan mereka dalam memberikan kefahaman kepada masyarakat dan

mengajarkan ilmu-ilmu yang berkaitan agama serta kesungguhan mereka dalam

menyebarkan agama Islam dengan menggunakan pelbagai usaha dan cara tanpa

tujuan lain melainkan ikhlas mengharapkan keredaan Allah SWT.

3. Umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan dan golongan yang benar adalah

golongan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah sepertimana hadis

Nabi SAW yang diriwayatkan dalam ‘Sunan al-Tarmidhi’ nombor hadis: 2641,

dengan status hadis hasan217.

ِ ‫ ُكلُّهم ِيف النا ِر إَِّل ِملةر و‬،‫))وتَ ىف َِت ُق أُم ِِت علَى ثََالث وسبعِني ِملةر‬
،»‫اح َد رة‬ َ ‫ُى‬ َ ‫َ َى‬ َ َ َ

((‫َص َح ِاِب‬ ِ ِ َ ‫ ومن ِهي اي رس‬:‫قَالُوا‬


‫ « َما أ ََان َعلَىيه َوأ ى‬:‫ول اَّلل؟ قَ َال‬ ُ َ َ َ ‫ََ ى‬

Maksudnya:

“Dan demi jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, akan berpecah

umatku kepada 73 golongan. Satu golongan sahaja yang akan ke

syurga dan 72 golongan lagi akan dimasukkan ke dalam neraka.

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka?”

Nabi SAW menjawab: “al-Jamacah”.

. Muhammad bin cIsa al-Tarmidhi, sunt. 1985. Sunan al-Tarmidhi. Cet. 2. Juz. 5. Mesir: Syirkah
217

Mustafa. Hlm. 26.


105

4. Berpegang teguh dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan yang

mengucapkan kalimah syahadah, mengikuti sunah Nabi SAW dan beramal

dengannya serta tidak menyalahi apa yang telah disepakati para ulama, dan

menjauhi dari segala bentuk penyimpangan.

5. Dilarang sama sekali untuk tahrif iaitu merubah makna sifat Allah SWT, tactil

iaitu mengingkari sifat-sifat bagi Allah SWT, takyif menyebutkan kaifiat sifat

Allah SWT dan tamthil iaitu menyamakan Allah SWT dengan makhluk-Nya.

Perkara ini semua telah disepakati oleh para ulama untuk dijauhi dan sesiapa

yang melakukan di antara perkara yang disebutkan di atas, maka orang tersebut

telah menyeleweng dari garis landasan dalam permasalahan akidah218.

6. Pendekatan ithbat adalah pendekatan yang lebih selamat dalam memahami ayat-

ayat sifat di dalam al-Quran, manakala pendekatan takwil lebih mudah difahami

bagi masyarakat yang masih keliru dengan pendekatan ithbat.

7. Antara golongan yang menyeleweng dan dianggap sesat oleh para ulama dalam

memahami ayat-ayat sifat adalah Jahmiyah, Musyabbihah, Muktazilah,

Mujassimah, Syiah dan lain-lain. Mereka adalah golongan yang mendahulukan

akal, menyelisihi hadis-hadis Nabi SAW bahkan wahyu dari Allah SWT,

meninggalkan ijmak ulama dan mengikuti hawa nafsu.

8. Pentafsiran oleh al-Tabari yang dibawa oleh pengkaji mewakili pentafsiran yang

menggunakan pendekatan ithbat yang mana para mufasir mentafsirkan sifat-sifat

. Muhammad bin Salih al-cUthaymin. 2000. Syarah al-cAqidah al-Wasatiyah. Cet. 6. Juz. 1. Saudi:
218

Dar Ibnu al-Jawzi. Hlm. 51-67.


106

Allah SWT dalam al-Quran dengan tiga kaedah utama iaitu mutabaqah, tadmun

dan iltizam dan dalam masa yang sama mensabitkan sifat tersebut bagi Allah

SWT. Manakala pentafsiran al-Jalalayn dengan menggunakan pendekatan takwil

yang memindahkan maksud sifat-sifat Allah SWT kepada makna yang lebih

sesuai untuk menjaga kesucian Allah SWT dari menyerupai makhluk-Nya

dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

5.3. Saranan

Hasil dari perbahasan dalam tajuk ini, pengkaji telah melihat beberapa permasalahan

mengenai pendekatan memahami ayat-ayat sifat yang berlaku di dalam masyarakat

Islam. Sehubungan dengan itu, pengkaji membawa beberapa saranan sama ada

saranan kepada masyarakat dan kepada ahli agama untuk meredakan permasalahan

yang berlaku, antaranya:

5.3.1. Saranan Kepada Masyarakat Umum

1. Mendalami ilmu-ilmu dalam permasalahan akidah bagi memantapkan lagi

keilmuan dan keimanan dalam diri supaya menjadi muslim yang teguh imannya

dan tidak mudah goyah dengan pengaruh anasir-anasir yang dapat menyebabkan

kecacatan keislaman dalam diri.


107

2. Sekalipun tidak mampu mendalami ilmu-ilmu tersebut, memadai dengan ilmu-

ilmu asas yang perlu diketahui dalam permasalahan akidah agar dapat

membezakan antara pemahaman yang benar mengikuti al-Quran dan al-Sunah

dengan pemahaman yang menyimpang dari kebenaran al-Quran dan al-Sunah.

Hal ini adalah sangat penting kerana tersebarnya syubhah-syubhah secara jelas

atau tersembunyi di zaman fitnah ini.

3. Tidak mudah terikut-ikut dengan pemahaman yang zahirnya dilihat membawa

pembaharuan walau hakikatnya menyimpang jauh dari kebenaran serta tidak

mudah percaya dengan dakwaan-dakwaan yang memberikan gambaran buruk

terhadap para ulama dan sedaya upaya untuk membela kehormatan sesama Islam.

4. Memelihara kehormatan sesama Islam merupakan salah satu dari prinsip agama

Islam dan haram bagi sesiapa pun mencemarkan atau mencelanya. Apatah lagi

mencela kehormatan para ulama yang memiliki kedudukan yang tinggi walaupun

sekiranya terdapat perbezaan pendapat dengan ulama tersebut atau terdapat

sebarang kesilapan kerana pada hakikatnya setiap manusia tidak terlepas dari

berbuat silap.

5. Menjauhi penyebab berlakunya perpecahan dalam Islam, antaranya: Mengingkari

kebenaran dan membenarkan kebatilan, terlalu taksub terhadap mazhab,

mengikuti hawa nafsu, terlalu mengagungkan gurunya sehingga menolak

kebenaran, berdiam diri dari kemungkaran atau berlebih-lebihan dalam

mengingkari sesuatu, melaga-lagakan antara sesama Islam, terlalu mudah untuk

menghukum sesuatu dan lain-lain.


108

6. Melazimi diri dengan akhlak yang mulia, antaranya: Membuka ruang untuk

berbincang, berwawasan luas, saling memaafkan, menghormati ulama dan

mengasihi sesama muslim, bersabar dalam berdakwah, berlemah lebut dalam

menyampaikan hujjah, menghindari dari perkara syubhah yang tidak diketahui

asal usulnya serta tidak pernah merasa cukup dalam menuntut ilmu.

5.3.2. Saranan Kepada Ahli Agama

1. Tidak diragukan lagi bahawa ajaran Islam memerintahkan perpaduan umat dan

melarang kepada perpecahan.

Sepertimana firman Allah SWT:

ِ ًۭ ُ‫﴿شرع لَ ُكم ِمن ٱل ِّدي ِن ما وصى بِِهۦ ن‬


َ ‫وحا َوٱلذ ٓى أ ىَو َحىي نَآ إِلَىي‬
‫ك َوَما َوصىي نَا‬ ‫ر‬ ‫َ َ م‬ َّ َ ََ

۟ ِّ ‫بِِهٓۦ إِب مرِهيم وموسى و ِعيس ٓى ۖ أَ ىن أَقِيم ۟وا ٱل‬


﴾ۚ ‫ين َوََّل تَتَ َفرقُوا فِ ِيه‬
َ ‫د‬ ُ ‫ىَ َ َ ُ َ م َ َ م‬

Maksudnya:

“Allah SWT telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-

perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya, apa yang telah

diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah)

wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah

Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi
109

Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu

berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”.

Al-Syura (42): 13

Imam al-Tabari mentafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT memerintahkan untuk

mengerjakan apa yang telah syariatkan dan wajibkan ke atas manusia. Dan

janganlah berselisih dalam urusan agama yang telah diperintahkan untuk

menegakkannya, sebagaimana perpecahan kelompok-kelompok sebelum ini219.

Imam al-Suyuti pula mentafsirkan ayat di atas dengan merujuk perkataan

Qatadah bahawa firqah (perpecahan) itu membawa kehancuran dan al-Jamacah

itu membawa kepada perpaduan220.

2. Bagi golongan takwil, janganlah menolak atau menuduh pemahaman golongan

ithbat sebagai Mujassimah kerana pemahaman ini muncul terlebih dahulu dan

telah dipegang oleh ulama-ulama muktabar serta janganlah menuduh atau

termakan tuduhan yang tiada bukti. Dan bagi golongan ithbat pula, janganlah

mudah menyesatkan muslim yang lain, jangan sembarangan mengeluarkan

manusia dari manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sentiasa merujuk pandangan

atau pendapat para ulama muktabar.

3. Golongan yang berseteru (golongan takwil dan ithbat) hendaklah menyelesaikan

perselisihan dengan cara yang baik, seperti bermesyuarat mencari titik persamaan

219
. Abu Jacfar al-Tabari, sunt. 2000. Jamic al-Bayan cAn Ta’wil al-Quran. Cet. 1. Juz. 21. Beirut:
Muassasah al-Risalah. Hlm. 512.
220
. Jalal al-Din al-Suyuti. T.t. al-Dur al-Manthur. Cet. 1. Juz. 7. Beirut: Dar al-Fikri. Hlm. 340.
110

atau perbezaan, menganalisa penyebab perselisihan, mengadakan muktamar atau

diskusi ilmiah, saling berhadapan dengan akhlak yang mulia, berlapang dada

dengan perbezaan yang berlaku, membuka pintu toleransi, mencintai antara satu

sama lain dan mengikhlaskan diri kepada Allah dalam mencari kebenaran.

Kerana pada hakikatnya kedua golongan ini adalah golongan berada di atas

landasan kebenaran sekiranya tidak melanggar garisan yang telah ditetapkan.

4. Menghindari sikap tidak bertolak ansur atau sikap buruk lainnya dalam

perbezaan pegangan atau perselisihan pendapat sehingga membawa kepada

perpecahan, pergaduhan dan memberikan gambaran buruk kepada masyarakat

terhadap golongan agama. Perbezaan pendapat bukanlah pintu untuk saling

bermusuhan dan menganggap golongan yang dipegang lebih benar dari yang lain

lalu membawa budaya saling tuduh menuduh atau menyesatkan antara satu sama

lain.

5. Melihat dari perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam, maka kunci

untuk menyatukan umat Islam adalah dengan menyatukan barisan Ahli Sunnah

Wal Jamaah. Tanpa menyatukan barisan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak

mungkin akan adanya perpaduan di dalam Islam. Ini kerana musuh-musuh Islam

sama ada dari luar dan dalam sentiasa berusaha memecah belahkan perpaduan

Islam dan apabila tidak ada kesatuan maka akan mudah musuh Islam untuk

menyerang menyesatkan manusia. Dengan itu, Ahli Sunnah Wal Jamaah

hendaklah bersatu untuk menentang dan membanteras serangan musuh Islam.


111

6. Bersikap profesional dalam menghadapi perselisihan pendapat, sepertimana yang

telah dicontohkan oleh Imam al-Syafici kepada Yunus al-Sadafi ketika berselisih

pendapat, beliau berkata: “Wahai Abu Musa, bukankah kita tetap bersaudara

(bersahabat) meskipun kita tidak bersepakat dalam suatu masalah?” Imam al-

Dhahabi mengatakan bahawa hal ini menunjukkan kematangan dan kefahaman

Imam al-Syafici, walaupun mereka (para ulama) selalu ada perbezaan pendapat221.

7. Tantangan umat Islam pada masa kini perlu diberi perhatian berbanding dari

perselisihan dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini kerana masalah yang

dihadapi pada masa kini seperti penyebaran pemahaman liberalisme yang

memperjuangkan kebebasan hak individu, sekularisme yang sedaya upaya

memisahkan kehidupan dengan agama, feminisme yang cuba mempertahankan

persamaan hak-hak wanita, penindasan negara Islam di Palestine, etnik Uighur,

peperangan di Syria, tersebarnya budaya songsang atau LGBT yang cuba

dinormalisasikan dalam masyarakat, tersebarnya pemahaman sesat seperti Syiah

dan lain-lain yang dapat memesongkan umat Islam dari agama Islam serta dapat

menjatuhkan umat Islam ke lembah kehancuran dan kebinasaan.

. Syamsu al-Din al-Dhahabi. 2006. Siyar Aclam al-Nubala’. Cet. 1. Juz. 8. Kaherah: Dar al-Hadith.
221

Hlm. 240.
112

5.4. Kesimpulan

Di akhir perbahasan mengenai ayat-ayat sifat dalam al-Quran dengan tafsiran

perbandingan antara tafsir al-Tabari dan al-Jalalayn, pengkaji membawakan

beberapa rumusan dan saranan kepada masyarakat umum dan ahli agama yang

diharap dapat memberikan kebaikan, manfaat serta kefahaman mengenai

perbincangan di dalam bab-bab sebelum ini.

Akhir kata, pengkaji berharap kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang

benar mengenai ilmu-Nya kepada diri sendiri dan kepada semua masyarakat Islam

dan dari kefahaman itu akan membawa suatu perubahan dalam diri umat serta

pembaharuan di dalam perpaduan sesama Islam, menguatkan iman kepada Allah

SWT dan tauhid, menguatkan barisan Ahli Sunnah Wal Jamaah, menjadikan umat

Islam bersatu dalam menghadapi serangan musuh sama ada serangan pemikiran dan

fizikal serta mendekatkan masyarakat Islam kepada Allah SWT. Semoga hasil usaha

yang sangat sedikit ini, sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat dan kebaikan

kepada masyarakat dan kepada Allah SWT kami mengharapkan balasan.


BIBLIOGRAFI
114

A.Faroqi. (2016). Analisis Ayat-ayat Mutasyabihat Tafsir al-Munir Karya Wahbah

al-Zuhayli. Semarang: Universiti Islam Negeri Walisongo.

'Abdu al-Hayy bin Ahmad Ibnu al-'Imad. (1986). Syadharat al-Dhahbu Fi Akhbar

Min Dhahbu. Beirut: Dar Ibnu Kathir.

'Abdul 'Aziz 'Abdullah al-Rajihi. (2010). Ta'liqat 'Ala Syarh Lum'at al-I'tiqad Li al-

'Uthaymin.

Abu 'Abdullah Badar al-Din al-Zarkasyi. (1957). Al-Burhan Fi 'Ulum Al-Quran.

Beirut: Dar al-Ma'rifah.

Abu al-Qasim Mahmud al-Zamakhsyari. (1987). Al-Kasysyaf 'An Haqaiq Ghawamid

al-Tanzil. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi.

Abu Fida’ Isma'il Ibnu Kathir. (1999). Tafsir al-Quran al-'Azim. Riyadh: Dar al-

Tayyibah.

Abu Ja'far al-Tabari. (2000). Jami' al-Bayan 'An Ta’wil al-Quran. Beirut: Muassasah

al-Risalah.

Abu Ja'far al-Tabari. (2007). Jami' al-Bayan 'An Ta’wil al-Quran. Jakarta: Pustaka

Azzam.

'Adil Nawayhad. (1988). Mu'jam al-Mufassirin. Beirut: Muassasah Nawayhad.

Ahmad Mustamsikin. (2017). Kontribusi Jalaluddin al-Suyuti Dalam Studi

Keislaman. Kontemplasi, 423.

Ahmad Nazri Zainol, & Mustaffa Abdullah. (n.d.). Ayat Sifat Menurut Tafsiran

Fakhr Al-Din Al-Razi Dalam Karyanya Tafsir Al-Kabir. Jurnal Universiti

Malaya, 2.

Aisyah Dollah. (2015). Kaedah Pentakwilan Al-Quran : Kajian Perbandingan Antara

Al-Maturidi dan Al-Thabari,. Jurnal Universiti Malaya.


115

Aisyah Dollah. (2015). Kaedah Pentakwilan Al-Qur'an: Kajian Perbandingan

Antara Al-Maturidi Dan Al-Tabari. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

'Alawi bin 'Abdu al-Qadir. (2006). Sifat Allah 'Azza Wa Jalla al-Waridah Fi al-Kitab

Wa al-Sunnah. Yaman: Dar al-Hijrah.

'Ali bin 'Abdu al-'Aziz. (2004). Abu Ja'far Muhammad Bin Jarir al-Tabari. Riyadh:

Maktabah al-Rusydi.

Ali Muhammad al-Jarjani. (1983). Kitab Ta'rifat. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

Badr al-Din al-Zarkasyi. (1994). al-Bahr al-Muhit Fi Usul al-Fiqh. Mesir: Dar al-

Kutubi.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: DBP.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan ; Edisi Keempat. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dr. 'Abdullah bin 'Abdu al-Hasan. (2001). Tafsir al-Tabari. Kaherah: Dar Hijr.

Dr. Kamilah binti Muhammad al-Kiwari. (2002). Al-Majalli Fi Syarah al-Qawa'id

al-Muthla. Beirut: Dar Ibnu Hazm.

Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti. (1997). Kubra al-Yaqiniyat al-Kawniyah.

Beirut: Dar al-Fikri al-Mu'asir.

Dr. Muhammad Sayyid al-Dhahabi. (n.d.). Al-Tafsir Wa al-Mufassirun. Kaherah:

Maktabah Wahbah.

Dr. Muhammad Sofyan. (2015). Tafsir Wal Mufassirun. Medan: Perdana Publishing.

Dr. Wahbah al-Zuhayli. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikri.

Dr. Yusuf al-Qaradawi. (2014). Fusul Fi al-'Aqidah Bayna al-Salaf Wa al-Khalaf,

Terj. Selangor: PTS Islamika SDN. BHD.


116

Fadzilah Hurzaid. (1997). Sifat-Sifat Allah Di Dalam Ayat-Ayat Dan Hadis

Mutasyabihat Mengikut Pandangan Ulama Salaf Dan Khalaf. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Faizuri Abd. Latif, & Muhammad Hazim. (2018). Pengaruh Umm al-Barahin Karya

al-Sanusi Terhadap Bakurah al-Amani Karya Wan Ismail al-Fatani. Afkar,

96.

Hafiz Firdaus Abdullah. (2003). Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah

Wahabiyah: 73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-

Ghari. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Hajah Makiah Tussaripah, & Abdul Mukti. (2019). Penafsiran Ayat-Ayat

Mutasyabih Di Dalam Al-Quran : Kajian Menurut Kitab Risalah Manhaj Ahli

Sunnah Karangan Haji Abdul Qadir Bin Wangah. Persidangan Antarabangsa

Tokoh Ulama Melayu Nusantara (p. 2). Selangor: Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor.

Ibnu Hajar al-'Asqalani. (1907). Tahdhib al- Tahdhib. India: Da’irah al-Ma'arif al-

Nazmiyyah.

Ibnu Manzur. (1994). Lisan al-'Arab. Beirut: Dar Sadir.

Ibnu Taymiyyah. (1999). Al-'Aqidah al-Wasatiyah. Riyadh: Adwa’ al-Salaf.

Ibnu Taymiyyah. (2004). Majmu' Fatawa. Madinah: Mujamma' al-Malik Fahd li

Tiba'ah al-Mushaf al-Syarif.

Ibrahim Mustafa, & Ahmad al-Ziyat. (n.d.). al-Mu'jam al-Wasit. Kaherah: Dar al-

Da'wah.

Imam Ahmad Hanbal. (1995). Sunan al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kaherah: Dar al-

Hadith.

Imam al-Bukhari. (2001). Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar Tuq al-Najah.


117

Iyad Khalid. (1996). Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti. Damsyik: Dar al-

Qalam.

Jalal al-Din al-Mahalli, & Jalal al-Din al-Suyuti. (n.d.). Tafsir al-Jalalayn. Kaherah:

Dar al-Hadith.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1976). Tabaqat al-Mufassirin al-'Asyirin. Kaherah: Maktabah

Wahbah.

Jalal al-Din al-Suyuti. (2008). Al-Itqan Fi 'Ulum al-Quran. Mesir: Dar al-Salam.

Jalal al-Din al-Suyuti. (n.d.). Al-Dur al-Manthur. Beirut: Dar al-Fikri.

Manna' Khalil al-Qatan. (2000). Mabahith Fi 'Ulum al-Quran. Libya: Maktabah al-

Ma'arif.

Mawsu'ah Safir Li al-Tarikh al-Islami. (n.d.). Al-Mawsu'ah al-Mujizah Fi al-Tarikh

al-Islami.

Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Besut: Bandar Ilmu.

Muhammad Abu Zahrah. (n.d.). Tārīkh al-Maẓāhib al-Islāmiyyah. Kaherah: Dar al-

Fikri al-/Arabi.

Muhammad al-Amin al-Syanqiti. (2005). Manhaj Wa Dirasat Li Ayat al-Asma’ Wa

al-Sifat. Mekkah: Dar 'Alim al-Fawaid.

Muhammad al-Fadil 'Asyur. (1970). Al-Tafsir Wa Rijaluhu. Mesir: Mujma' al-

Buhuth al-Islamiyyah.

Muhammad bin 'Abdu al-Rahman al-Maghrawi. (2000). Al-Mufassirun Bayna al-

Ta’wil Wa al-Ithbat Fi Ayat al-Sifat. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Muhammad bin 'Ali al-Dawudi. (n.d.). Tabaqat al-Mufassirin. Beirut: Dar al-Kutub

al-'Ilmiyyah.

Muhammad bin 'Isa al-Tarmidhi. (1985). Sunan al-Tarmidhi. Mesir: Syirkah

Mustafa.
118

Muhammad bin Salih al-'Uthaymin. (1984). Syarah Lum'at al-I'tiqad. Beirut:

Muassasah al-Risalah.

Muhammad bin Salih al-'Uthaymin. (2000). Syarah al-'Aqidah al-Wasatiyah. Saudi:

Dar Ibnu al-Jawzi.

Muhammad bin Salih al-'Uthaymin. (2000). Syarah al-'Aqidah al-Wasatiyah. Saudi:

Dar Ibnu al-Jawzi.

Muhammad bin Salih al-'Uthaymin. (n.d.). Fathu Rabb al-Bariyah Bi Takhlis al-

Hamawiyah al-'Aqidah. Riyadh: Dar al-Watin.

Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. (2009). Umm al-Barahin. Beirut: Dar al-Kutub al-

'Ilmiyyah.

Muhammad Hasan al-Ghaffar. (6 Januari, 2005). ‫شرح كتاب التوحيد وإثبات صفات الرب البن‬

‫خزيمة‬: ‫مقدمة كتاب التوحيد البن خزيمه‬. Retrieved from Islamway.net:

https://ar.islamway.net/collection/3579/‫شرح‬-‫كتاب‬-‫التوحيد‬-‫وإثبات‬-‫صفات‬-‫الرب‬-‫البن‬-

‫خزيمة‬

Muhammad Jarir al-Tabari. (1955). Musnad 'Umar. Kaherah: Maktabah al-Khanzi.

Muhammad Tahir 'Asyur. (1984). Al-Tahrir Wa al-Tanwir. Tunisia: Dar al-Tunisia.

Muni' bin 'Abdu al-Halim. (2000). Manahij al-Mufassirin. Kaherah: Dar al-Kutub al-

Masri.

Mustafa bin Husni. (1982). Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi al-Tasyri' al-Islami.

Beirut: al-Maktab al-Islami.

Nur Zainatul, & Latifah. (2012). Sejarah Perkembangan Tafsir Pada Zaman

Rasulullah SAW, Sahabat Dan Tabiin. Journal Of Techno Social UTHM, 44-

45.

Nurzatil Ismah, & Kamal Azmi. (2017). Metodologi Penyelidikan: Asas-Asas Ilmu

Penyelidikan Islam. Bangi: Minda Intelek Agency.


119

Saleh. (2011). Analisis Ayat-Ayat Mutasyabih Menurut Zamakhsyari Dalam Tafsir

al-Kasysyaf. Riau: Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.

Subhi al-Salih. (2000). Mabahith Fi 'Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-'Ilmu al-

Malayin.

Sulayman Ahmad Ayyub al-Tabarani. (1994). Al-Mu'jam al-Kabir. Kaherah:

Maktabah Ibnu Taymiyyah.

Sulayman Ahmad Ayyub al-Tabarani. (1994). Al-Mu'jam al-Kabir. Kaherah:

Maktabah Ibnu Taymiyyah.

Syamsu al-Din al-Dhahabi. (1963). Mizan al-I'tidal Fi Naqdu al-Rijal. Beirut: Dar

al-Ma'rifah.

Syamsu al-Din al-Dhahabi. (2006). Siyar A'lam al-Nubala'. Kaherah: Dar al-Hadith.

Syed Hadzrullathfi, & Muhammad Rashidi. (2012). Takwilan Nas-Nas Mutasyabihat

Dalam Kalangan Salaf. Jurnal Universiti Sultan Zainal Abidin, 1-2.

Syihab al-Din al-Alusi. (1994). Ruh al-Ma'ani Fi Tafsir al-Quran al-'Azim. Beirut:

Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

Syihab al-Din al-Hamawi, & Dr. Ihsan 'Abbas. (1993). Mu'jam al-Udaba’. Beirut:

Dar al-Gharb al-Islamiy.

Zamihan Mat Zin. (2001). Salafiyah Wahabiyah : Suatu Penilaian. Selangor:

Terajaya Enterprise.

Zamihan Mat Zin. (2002). Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah Di

Malaysia. Kuala Lumpur: Syathariah Niagajaya.

Zayn al-'Abidin al-Fatani. (n.d.). al-'Aqidah al-Najin Fi 'Ulum Usul al-Din. Thailand:

Mutaba'ah bin Harabi.

Anda mungkin juga menyukai