Anda di halaman 1dari 89

PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT: SATU

KAJIAN TERHADAP MAHASISWA KUIS













MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK













DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
JABATAN SYARIAH
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
SELANGOR
2009/2010
PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT: SATU KAJIAN
TERHADAP MAHASISWA KUIS




















MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK
(0712058)





















DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
JABATAN SYARIAH
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2009/2010
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
AKADEMI ISLAM
JABATAN SYARIAH
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM







MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK







LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
(SYARIAH)
2009/2010









_____________________ ____________________

PENYELIA
( USTAZ SHUHADAK BIN MAHMUD ) TARIKH






____________________ ____________________

KETUA JABATAN
( USTAZ MUHIDIN BIN MOKTER ) TARIKH




MOTTO



`., < _..-l ,>l

. `,l. `_!.1l > : >l _.s >>. !:,: > ,> l _.s
',>. !:,: > . >l < `l-, `.. _.l-. __


Maksudnya:


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Baqarah (2): 216






















DEDIKASI
Madah ini ku titipkan khas buat semua
Ibu, ayah, abang dan adik tercinta
Tidak lupa pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan

Di kalaku merentasi
Menuju ke daratan
Alangkah getirnya
Pabila bahteraku
Yang dicipta batik tidak bercorak
Tumpas... lebur...
Di tengah segara yang luas

Pawana meletus
Mengalahkan...
Sang pawaka yang marak
Menindaskan...
Kemulusan sang mentari yang utuh

Aku si nakhoda
Terkapa-kapa
Terketar-ketar
Sebatang kara
Mengharungi rintangan
Maha hebat sang segara

Tubuh yang dulunya sasa
Kini langsung tidak dapat membantu

Hadirnya sahmura si puspa hati
Menyelamatkan aku
Dari tragedi ngeri
Yang menjadi badi

Lalu...
Sirnalah sang segara
Maka...
Bersinarlah hatiku
Khas buat sahmura

Terima kasih semua
Semoga dilimpahi maghfirah dan kasih sayangNya
Di dunia dan akhiratAmin


PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, selawat dan salam buat junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda serta para sahabat yang dirahmati
oleh Allah s.w.t. Dengan limpah rahmat, inayah serta kurniaNya, akhirnya penulis
mampu membuat sedikit penyelidikan seterusnya menyempurnakan latihan ilmiah ini
bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan buat ayahanda dan bonda tersayang,
Abd Malek bin Salleh dan Hasnah binti Osman yang telah banyak membantu penulis
dari sudut rohani dan material. Jutaan terima kasih diucapkan di atas jasa kalian yang
telah banyak membantu dan memberi semangat kepada penulis untuk
menyempurnakan latihan ilmiah ini.

Sekalung penghargaan buat Ustaz Shuhadak bin Mahmud, selaku penyelia latihan
ilmiah ini. Terima kasih atas bantuan, kerjasama, tunjuk ajar yang telah diberikan
sepanjang proses seliaan latihan ilmiah ini. Semoga beliau beroleh rahmat dan
keberkatan Allah di dunia dan akhirat. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan Syariah,
Ustaz Muhidin bin Mokter yang tidak jemu-jemu memberikan penulis semangat dan
tunjuk ajar dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih juga buat semua pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor. Khususnya di Jabatan Syariah serta kakitangan perpustakaan yang terlibat
dalam memberi kerjasama dan bantuan seperti yang diharapkan.

Jutaan terima kasih buat sahabat handai yang telah banyak membantu penulis dalam
mencari data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk latihan ilmiah ini.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan latihan ilmiah ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang
dapat membalas jasa baik kalian. Segalanya pasti akan menjadi kenangan buat penulis
sepanjang tempoh menyiapkan latihan ilmiah ini.


Penulis,

Muhammad Fauzan Bin Abd Malek (0712058)
F7, Qrts Pertubuhan Peladang Kawasan Klang,
Batu 2 Jalan Kapar,
41400 Klang,
Selangor Darul Ehsan.



























SINOPSIS

Kajian ini merupakan latihan ilmiah yang bertajuk Penghayatan Solat Jumaat: Satu
Kajian Terhadap Mahasiswa KUIS. Ia membincangkan tentang pengenalan dan
pengetahuan solat Jumaat sebagai salah satu ibadah fardhu dalam Islam dan juga
menganalisis sejauh mana pengetahuan tentang perkara ini terhadap masyarakat
terutama mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Latihan Ilmiah ini mempunyai empat bahagian. Di mana dalam bab satu penulis telah
menyentuh tentang latar belakang masalah, persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis
kajian, skop kajian, metodologi kajian dan masalah kajian yang dihadapi oleh penulis
dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.

Di dalam bab dua, penulis telah membincangkan definisi solat Jumaat, sejarah solat
Jumaat dan dalil pensyariatan solat Jumaat dengan mendatangkan hujah-hujah
daripada al-Quran dan as-Sunnah. Penulis juga membincangkan tentang keistimewaan
hari Jumaat, syarat-syarat wajib dan sah solat Jumaat, hikmah solat Jumaat, khutbah
Jumaat dan bidah dalam Jumaat.

Bab tiga pula merupakan laporan analisa data mengenai pengetahuan terhadap solat
Jumaat yang dikaji penulis menerusi responden iaitu mahasiswa KUIS. Penulis juga
mengkaji kefahaman dan pandangan para responden terhadap perkara ini. Melalui
kaedah ini, penulis telah mengenalpasti pelbagai reaksi yang berbeza-beza daripada
responden.

Akhir sekali, bab empat merupakan penutup bagi kajian ini. Dalam bab ini
mengandungi kesimpulan kajian dan juga saranan daripada penulis terhadap kajian
tentang penghayatan solat Jumaat terhadap mahasiswa KUIS ini.








SENARAI KEPENDEKAN


Abd. - Abdul

a.s - Alaihi Salam

Bhd - Berhad

Bt. - Binti

Dr - Doktor

Hj - Haji

hlm - Halaman

Ibid - Ibidem (menunjukkan sumber yang sama)

IPT - Institut Pengajian Tinggi

Juz - Juzuk

Kg. - Kampung

KUIS - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

No - Nombor

Op. cit - Opere Citato (untuk rujukan yang berulang-ulang)

r.a - Radhiallahu Anhu

s.a.w - Sallallahu Alaihi Wasallam

t.t - Tanpa tarikh

Sdn - Sendirian

s.w.t - Subhanahu Wa Taala

Terj - Terjemahan

www - World Wide Web

% - Peratus

AI - Akademi Islam

FPM - Fakulti Pengurusan dan Muamalah

FBMK - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

FTSI - Fakulti Teknologi dan Sains Informasi

FSKS - Fakulti Sains dan Kesihatan Sekutu












































SENARAI LAMPIRAN


Lampiran 1 : Borang Soal Selidik (Bahasa Melayu)














































SISTEM TRANSLITERASI


Sistem Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi


1. Konsonan

HURUF
ARAB
HURUF
RUMI
HURUF
ARAB
HURUF
RUMI
- t
b z
t
th gh
j f
h q
kh k
d l
dh m
r n
z w
s h
sh -
s y
d t


2. Vokal


i. Pendek ii. Panjang iii. Diftong

_____ _____ a _____ _____ a
_____ _ ____ ay

_____ _____ i _____ _____ i ____ _ _____
aw

_____ _____ u _____ _____ u


Sumber:

Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, 2002, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke
Huruf Rumi. Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.



DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN
HALAMAN TAJUK
HALAMAN PENGESAHAN
MOTTO
DEDIKASI
PENGHARGAAN iii
SINOPSIS v
SENARAI KEPENDEKAN vi
SENARAI LAMPIRAN viii
SISTEM TRANSLITERASI ix
DAFTAR ISI x

BAB SATU: PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Masalah 1
1.2 Objektif Kajian 3
1.3 Hipotesis Kajian 4
1.4 Skop Kajian 5
1.5 Metodologi Kajian 5
1.5.1 Metode Penentuan Subjek 6
1.5.2 Metode Pengumpulan Data 6
1.5.2.1 Metode Soal-Selidik 7
1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 7
1.5.2.3 Metode Observasi 8
1.5.2.4 Metode Dokumentasi 8
1.5.3 Metode Analisa Data 8
1.5.3.1 Metode Induktif 9
1.5.3.2 Metode Deduktif 9
1.5.3.3 Metode Komparatif 9
1.6 Masalah Kajian 9

BAB DUA : SOLAT JUMAAT: PERBINCANGAN HUKUM
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Definisi dan Sejarah Solat Jumaat 11
2.2.1 Definisi Solat Jumaat 11
2.2.2 Sejarah Solat Jumaat 12
2.3 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat 14
2.3.1 Al-Quran 14
2.3.2 Hadis 14
2.4 Keistimewaan Hari Jumaat 17
2.5 Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat 19
2.6 Syarat-syarat Wajib dan Sah Solat Jumaat 21
2.6.1 Syarat Wajib Solat Jumaat 21
2.6.2 Syarat Sah Solat Jumaat 22
2.7 Kelebihan dan Hikmah Solat Jumaat 26
2.8 Adab-adab Solat Jumaat 28
2.8.1 Adab-adab Makmum 28
2.8.2 Adab-adab Imam dan Khatib 33
2.9 Khutbah Jumaat 34
2.9.1 Rukun Khutbah 34
2.9.2 Syarat Sah Khutbah 36
3.0 Bidah dalam Jumaat 38

BAB TIGA : ANALISIS KAJIAN PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT
TERHADAP MAHASISWA KUIS
3.1 Pengenalan 45
3.2 Latar Belakang Skop Kajian 45
3.3 Latar Belakang Responden 46
3.4 Pengetahuan Mahasiswa KUIS Mengenai Solat Jumaat 49
3.5 Pemahaman dan Pandangan Mengenai Solat Jumaat 51
3.6 Observasi 56

BAB EMPAT : PENUTUP
4.1 Kesimpulan 58
4.2 Saranan dan Cadangan 60
4.2.1 Peranan Negara dan Masyarakat 61
4.2.2 Peranan Ulama dan Institusi Agama Islam 61
4.2.3 Peranan Institusi Pendidikan 62
4.2.4 Peranan Masjid 62
4.2.5 Peranan Pensyarah 63
4.2.6 Peranan Ibu Bapa 63
4.2.7 Peranan Individu 64

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN



BAB SATU

























BAB SATU
PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Solat lima waktu merupakan perkara yang wajib didirikan oleh setiap manusia yang
mengakui dirinya penganut agama Islam. Hal ini kerana ianya terkandung dalam
Rukun Islam yang kedua. Kewajipan mendirikan solat ini ditujukan kepada semua
umat Islam yang telah mukallaf tidak kira lelaki mahupun perempuan. Solat juga
merupakan tiang agama.

Pada hakikatnya terlalu banyak perolehan yang amat baik dalam mengerjakan solat
dan apa yang paling penting adalah bagi membentuk individu muslim yang bertaqwa,
berakhlak mulia, bersifat mahmudah dan menjadi pewaris nabi dalam menyebarkan
syiar Islam.

Orang-orang Yahudi sentiasa bermegah-megah dengan hari Sabtu mereka. Manakala
orang-orang Kristian pula selalu berbangga-bangga dengan hari Ahad mereka sebagai
hari yang agung menurut agama mereka masing-masing. Sementara umat Nabi
Muhammad s.a.w, melalui ayat suci al-Quran, Allah s.w.t telah menentukan bagi
mereka hari Jumaat sebagai hari yang agung, di mana Allah memerintahkan agar
umat Islam mendirikan satu solat yang khusus pada hari tersebut, yang menandakan
keagungan hari tersebut sekaligus ibadah tersebut menggantikan ibadah solat fardhu
Zohor.
1
Solat tersebut adalah solat Jumaat. Solat ini mempunyai kelebihannya yang

1
Seman bin Haji Jaafar. 2007. Agenda Hari Jumaat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. Hlm. 2.
tersendiri serta hanya dilakukan seminggu sekali pada hari Jumaat. Ia merupakan
khususiyyat yang hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja dan
tidak dikurniakan kepada umat-umat yang terdahulu. Hal ini menunjukkan solat
Jumaat itu mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi umat Islam.
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi
jika ia berada di bulan Ramadhan. Banyak keistimewaan dan keagungan di dalamnya
kerana ia bererti hari yang mulia dalam bulan yang penuh dengan rahmat Allah.
Jumaat adalah satu-satunya hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar umat Islam
dalam seminggu. Ia satu-satunya hari yang mendapat gelaran sayyidul ayyam
(penghulu segala hari). Ia adalah hari yang padanya kehidupan manusia di dunia
bermula dan padanya juga kehidupan dunia berakhir.

Hari Jumaat tidak sama seperti hari biasa. Pada hari Jumaat, umat Islam digalakkan
untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka kerana ganjaran pada hari tersebut amat
besar kepada mereka yang melakukan amal ibadah. Terdapat pelbagai ganjaran yang
akan diberikan oleh Allah kepada mereka yang mengisi hari Jumaat dengan perkara-
perkara yang berfaedah. Walaupun solat Jumaat ini mempunyai kelebihan yang
pelbagai, realiti menunjukkan masyarakat masa kini kurang penghayatan dalam solat
Jumaat.

Sehubungan itu, penulis tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang
penghayatan solat Jumaat di kalangan mahasiswa KUIS. Kajian ini termasuklah kesan
penghayatan dalam solat dan kepentingannya terhadap mahasiswa KUIS.



1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian menyatakan hasrat utama pengkaji melakukan kajian dan merupakan
aspek terpenting dalam suatu kajian
2
. Ia juga bertujuan menjawab beberapa persoalan
tertentu dalam sesuatu kajian
3
. Maka, objektif kajian ialah tujuan utama sesuatu
kajian yang dilakukan dan ia menjadi fokus utama kepada seluruh kajian.

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1.2.1 Untuk mengenal pasti tahap penghayatan solat Jumaat di kalangan mahasiswa
KUIS.
1.2.2 Untuk mengetahui kesan penghayatan solat Jumaat terhadap mahasiswa
KUIS.
1.2.3 Untuk mengupas lebih lanjut tentang kelebihan solat Jumaat menurut Islam.
1.2.4 Untuk mengetahui tentang kepentingan penghayatan solat Jumaat.
1.2.5 Mengenalpasti faktor-faktor kurangnya penghayatan solat Jumaat di kalangan
mahasiswa KUIS.








2
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education (Malaysia)
Sdn. Bhd. Hlm. 12.
3
Sulaiman Masri. 2005. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tesis). Kuala
lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 25.

1.3 Hipotesis Kajian

Penulisan ilmiah perlu mempunyai hipotesis kajian. Hipotesis kajian menetapkan
hasil kajian yang dijangka akan diperolehi.
4
Ia merupakan kesimpulan sementara bagi
persoalan yang hendak dikaji.
5
Hipotesis juga adalah alat bagi menguji teori.
6
Oleh
itu, jika suatu hipotesis itu benar, maka bertambah yakin penulis terhadap teori
berkenaan, tetapi jika sebaliknya maka penulis harus berfikir semula.

Sehubungan itu, hipotesis kajian ialah ramalan atau jangkaan awal penulis tentang
kajian dalam penyelidikan yang dilakukannya. Berikut adalah hipotesis awal bagi
kajian ini :

1.3.1 Tahap penghayatan solat Jumaat masih lagi di tahap yang sederhana.
1.3.2 Kesan daripada penghayatan solat Jumaat yang kurang di kalangan segelintir
mahasiswa KUIS menyebabkan mereka kurang mengambil berat dalam
melaksanakannya.
1.3.3 Penghayatan solat Jumaat mempunyai kepentingannya yang tersendiri di
dalam membentuk sahsiah mahasiswa KUIS.
1.3.4 Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mahasiswa KUIS kurang
penghayatan dalam solat Jumaat.



4
Othman Mohamed. 2003. Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Cet. 2. Selangor.
Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hlm. 21.
5
Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Pemikiran dan Penulisan Ilmia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 21.
6
Syed Arabi Idid. 2002. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Selangor: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm 22.
1.4 Skop Kajian

Skop dan ruang lingkup kajian merupakan agenda penting dalam suatu kajian. Ia
harus menyatakan tentang batas kajian, iaitu setakat mana dan kenapa.
7
Bahagian ini
penting untuk mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap kerangka kajian yang
dilakukan. Skop kajian penulis dalam latihan ilmiah ini adalah seperti berikut :
1. Mengkaji dan membincangkan tentang penghayatan solat Jumaat di kalangan
mahasiswa KUIS.
2. Membuat kajian dan tinjauan sejauh mana tahap penghayatan solat jumaat di
kalangan mahsiswa KUIS.
3. Lokasi kajian adalah di Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS).
4. Responden merupakan mahasiswa KUIS yang berumur sekitar 18-30 tahun
dengan jumlah seramai 50 orang dengan tempoh kajian selama empat minggu
bermula pada 12 Februari 2010 dan berakhir pada 12 Mac 2010.

1.5 Metodologi Kajian

Metodologi ialah segala langkah atau prosedur yang diambil untuk mencapai segala
objektif penyelidikan.
8
Ia dikenali sebagai jentera yang menggerakkan kajian.
9

Metodologi kajian kebiasaannya terbahagi kepada kajian perpustakaan dan
lapangan.
10
Rumusannya, metodologi ialah pendekatan atau kaedah yang diguna

7
Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Op. cit. Hlm. 24.
8
Ahmad Mahdzan Ayob. 1997. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Cet. 3. Selangor: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm. 44.
9
Othman Mohamed. 2003. Op. cit. Hlm. 26.
10
Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Op. cit. Hlm. 24.
dalam penyelidikan bagi mengumpul data. Berikut adalah beberapa metodologi yang
diguna dalam kajian ini:

1. Metode Penentuan Subjek
2. Metode Pengumpulan Data
3. Metode Analisis Data

1.5.1 Metode Penentuan Subjek
Metode ini adalah metode yang paling penting dalam menjalankan suatu kajian.
Metode ini digunakan pada awal kajian bagi menentukan subjek kajian dengan tujuan
memberi kemudahan kepada penulis bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan
jelas.
11


1.5.2 Metode Pengumpulan Data
Pengumpulan data atau analisis data merupakan perkara penting yang menarik minat
seseorang penulis atau penyelidik untuk membuat penyelidikan.
12
Terdapat empat
aktiviti penganalisisan sesuatu data
13
iaitu pemprosesan data, membuat kenyataan
berdasarkan data yang diproses, membandingkan dapatan kajian dengan hasil lain dan
terakhir ialah membuat kesimpulan.
14



11
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Cet. 2. Kuala Lumpur: Quantum
Books. Hlm. 137.
12
Ibid. Hlm. 130.
13
Data ialah keterangan yang boleh digunakan sebagai asas membuat sesuatu keputusan atau untuk
dijadikan bukti (Arab = dalil, Inggeris = evidence).
14
Sulaiman Masri. 2005. Op. cit. Hlm. 66.
Sehubungan itu, metode pengumpulan data ialah satu kaedah dalam kajian untuk
mengumpulkan semua maklumat yang telah dicari. Dalam kajian ini, penulis telah
menggunakan beberapa metode pengumpulan data iaitu :

1.5.2.1 Metode Soal-selidik
1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan
1.5.2.3 Metode Observasi
1.5.2.4 Metode Dokumentasi

1.5.2.1 Metode Soal Selidik
Metode ini merupakan satu kaedah penyelidikan yang menggunakan borang soal
selidik yang mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan data atau maklumat dari
penduduk-penduduk di kawasan penyelidikan.
15
Penulis akan mengedarkan borang
soal kaji selidik kepada masyarakat di situ untuk mendapatkan maklum balas dan ia
akan dijawab oleh masyarakat setempat. Selepas menjawab soalan-soalan, responden
akan menyerahkan jawapan kepada penulis.

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan
Metode ini banyak membantu penulis untuk mendapatkan data yang lengkap, tuntas
dan meliputi tajuk penyelidikan yang diputuskan.
16
Penulis banyak tertumpu kepada
metode ini bagi mendapatkan maklumat. Penulis mendapatkan data daripada
Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Perpustakaan
Tun Sri Lanang Universiti Kenangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam, Selangor.

15
1996. Ensiklopedia Malaysiana. Jilid 12. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. Hlm. 225
16
Ibid. Hlm. 21.
1.5.2.3 Metode Observasi
Observasi atau Pengamatan adalah cara memeriksa dengan menggunakan pancaindera
terutama mata, yang dilakukan secara konsisten selama tempoh waktu tertentu untuk
membuktikan sesuatu keadaan atau masalah. Observasi melibatkan penggunaan
pancaindera yang membekalkan maklumat kepada manusia dan banyak digunakan
oleh penyelidik kajian bersifat saintifik.
17
Penulis melakukan observasi melalui
kaedah tertentu bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

1.5.2.4 Metode Dokumentasi
Metode dokumentasi bermaksud kaedah pengumpulan data dengan menentukan
kajian terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kajian. Antara sumber
maklumat melalui metode ini ialah majalah, buku, risalah dan sebagainya. Metode ini
membantu penulis bagi menambah maklumat kajian.

1.5.1 Metode Analisis Data
Metode ini bertujuan untuk menguji hipotesis yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
18

Setelah dikumpul, kesemua data akan disemak dengan teliti. Ini bertujuan untuk
membantu penyelidik secara terus menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam
penyelidikan.
19
Penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif.




17
fajar-psy.staff.ugm.ac.id/files/bahan_kuliah_observasi_lengkap1.ppt
18
Ahmad Mahdzan Ayob. 1997. Op. cit. Hlm. 31.
19
Syed Arabi Ibid. 2002. Op. cit. Hlm. 32.
1.5.3.1 Metode Induktif
Metode induktif menganalisis data melalui pola berfikir dengan cara pembuktian. Ia
dijalankan apabila pengkaji ingin memahami secara mendalam mengenai kes tertentu
yang bersifat khusus.
20
Metode ini menganalisis dari data atau maklumat yang bersifat
khusus kepada umum.

1.5.3.2 Metode Deduktif
Ia juga menganalisis data dengan pola berfikir dan cara pembuktian. Cuma ia dari
data yang umum kepada yang khusus, dan analisis data berlaku sebelum membuat
kajian.
21


1.5.3.3 Metode Komparatif
Metode kompratif ialah metode yang digunakan dalam mebuat kajian yang berbentuk
perbandingan. Dalam hal ini, penulis perlu faham tentang apakah data keputusan
kajian yang wajar dilaporkan.
22
Akhirnya, hasil perbandingan akan dirumus oleh
penulis sebagai satu hasil keputusan kajian yang jelas dan tepat.

1.6 Masalah Kajian

Sepanjang penulis melakukan kajian tajuk latihan ilmiah ini, penulis menghadapi
beberapa masalah. Antaranya, masalah mendapatkan bahan kajian, kekangan masa
penulis dan kerjasama daripada para responden menyebabkan penulis perlu banyak
bersabar demi memastikan latihan ilmiah ini dapat disiapkan dengan cemerlang.


20
Chua Yan Piaw. 2006. Op. cit. Hlm. 157.
21
Ibid. Hlm.159.
22
Othman Mohamed. 2003. Op. cit. Hlm. 29.














BAB DUA















BAB DUA
SOLAT JUMAAT: PERBINCANGAN HUKUM

2.1 Pendahuluan

Solat Jumaat merupakan sembahyang yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. Ia adalah
antara kelebihan yang diberikan secara khusus oleh Allah s.w.t kepada umat yang
akan diberikan kejayaan (khusus di akhirat) melalui kemuliaan-kemuliaan yang ada
pada hari tersebut.

Solat Jumaat adalah salah satu di antara ibadah fardhu dalam Islam dan di samping itu
ia juga sebagai salah satu perhimpunan kaum muslimin yang besar. Pertemuan solat
Jumaat adalah lebih besar dari segala pertemuan dan lebih besar kefardhuannya selain
dari pertemuan di padang Arafah pada 9 Zulhijjah yang dikenali sebagai wuquf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

23



23
Bukhari. Sahih. Kitab al-Jumah. Bab fardhu Jumah. No. 827. Juz. 3. Hlm. 388.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya dia telah mendengar
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kita adalah umat yang akhir wujud di
dunia ini dan umat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan
masuk syurga) pada hari kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu
diberikan Al-Kitab (Syariat Samawi) daripada kita. Kemudiannya,
hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada
mereka (untuk mendekatkan diri kepada Allah), tetapi mereka
berselisih padanya (tidak mahu menerima) lalu Allah memberi
petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut). Hari bagi Yahudi
ialah esok (sabtu) dan bagi Nasrani pada hari selepas esok (ahad).

2.2 Definisi dan Sejarah Solat Jumaat

2.2.1 Definisi Solat Jumaat
Solat dalam kamus dewan membawa maksud sembahyang dalam agama Islam.
24

Jumaat bermaksud hari keenam dalam seminggu, selepas hari khamis dan bererti
sembahyang yang beramai-ramai (tidak kurang daripada 40 orang) pada waktu Zuhur
di masjid, surau dan lain-lain.
25


Solat Jumaat ialah solat yang dilakukan secara berjemaah sebanyak dua rakaat pada
waktu Zuhur pada hari Jumaat selepas khatib membaca khutbah.
26


Kata Jumaat di dalam Al-Quran disebut dengan al-Jumah dan merupakan nama
dari salah satu surah Al-Quran melalui firman Allah Taala:


24
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 1514.
25
Ibid. Hlm. 642.
26
Moh. Rifai. Drs. H. 1998. Ilmu Fiqih Islam Lengkap. Cet. 1. Klang: Klang Book Center. Hlm. 175.
!!., _ `.., :| _:. :l.ll _. ,, -.>l -`.! _||
: < ': _,,l >l : ,> >l | `.. .l- . _
Al-Jumuah (62): 9

Dari segi bahasa, kata Jumaat berasal dari kata Jamaah yang bererti mengumpulkan.
Oleh sebab itu, hari Jumaat bererti hari berkumpul bagi umat Islam di masjid.
Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas)
27
, sahabat Nabi Muhammad s.a.w mengatakan
bahawa dinamakan al-Jumah kerana pada hari itu berkumpul seluruh kebaikan, hari
penciptaan nabi Adam a.s atau hari berkumpulnya kembali nabi Adam a.s dan Siti
Hawa di bumi.
28

Di zaman jahiliah, hari Jumaat disebut sebagai yaum al-Arubah (hari yang jelas dan
agung) dan yaum ar-Rahmah (hari penuh rahmat).
29


2.2.2 Sejarah Solat Jumaat
Solat Jumaat mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang dimulakan oleh kaum yang
terdahulu dan diikuti sehingga ke hari ini. Justeru itu, penulis akan menjelaskan serba
sedikit tentang sejarahnya. Solat Jumaat telah difardhukan di Mekah sebelum hijrah
dan Hadis-hadis yang sahih menegaskan bahawa solat Jumaat yang pertama kali
dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w ialah solat Jumaat di Madinah.

27
Nama sebenar beliau Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib al-Qurasyi al-Hasyimi. Dilahirkan di
Mekah pada tahun 619 Masihi dan wafat pada tahun 687 Masihi serta telah menghafaz sebanyak
1660 hadis. (Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-Aa-lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi. Lubnan. Darul Ilmi
lil Malayiin. Jilid 4. Hlm. 95).
28
Akmal Hj Md Zain. 2009. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat. Kuala Lumpur. Darul Numan. Hlm.
193.
29
Pt Ichtiar Baru Van Hoeve. 2001. Ensiklopedi Hukum Islam. Kuala Lumpur. Hlm. 253.
Apabila Rasulullah s.a.w tiba di suatu tempat bernama Quba dalam perjalanan
hijrahnya ke Madinah, Rasulullah s.a.w berhenti di kampung Amr Ibn Auf.
Rasulullah s.a.w tiba di Quba pada hari Isnin dan Baginda tinggal di situ hingga hari
Khamis. Dalam masa yang singkat itu, Baginda berusaha membina sebuah masjid
untuk kaum Muslimin di Quba.
Pada hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. keluar dari kampung itu. Di kala tiba waktu solat
Jumaat, baginda telah sampai di kampung Bani Salm Ibn Auf. Maka Baginda terus
melaksanakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan di lembah atau Wadi
Ranuna. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan oleh Rasulullah
s.a.w. di daerah Madinah itu.
30

Orang yang mula-mula sekali menghimpunkan orang ramai bagi mengerjakan solat
Jumaat di Madinah sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ialah Asad bin Zurarah
31

r.a.
32
manakala Musab bin Umair
33
orang yang terawal mengerjakan solat Jumaat di
Madinah.
34








30
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. As-Solat. Kuala Lumpur. Hlm. 408.
31
Nama sebenar beliau ialah Asad bin Zurarah bin Adas an-Najari dari kaum Khazraj. Seorang yang
sangat berani dan mulia sewaktu jahiliyah dan Islam. Lahir pada tahun 622 Masihi. (Khairiddin az-
Zirikli. t.t. Al-Aa-lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi. Lubnan. Darul Ilmi lil Malayiin. Jilid 1. Hlm.
300).
32
Abu Ahmad Yasin. 2009. Memori Jumaat: Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya. Kuala Lumpur.
Hlm. 3.
33
Nama sebenar beliau ialah Musab bin Umair bin Hashim bin Abd Manaf. Seorang Quraisy yang
berani setelah memeluk Islam. Dilahirkan pada 625 Masihi. (Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-Aa-lam
Qamus Tarajim. Juzuk Rabi. Lubnan. Darul Ilmi lil Malayiin. Jilid 7. Hlm. 248)
34
Al-Ustaz Ad-Doktor Wahbah Az-Zuhaili. 2005. Al-Wajiz fil Fiqh Al-Islami. Damsyik. Hlm. 252.
2.3 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat

Terdapat dua sumber utama dalil-dalil dalam pensyariatan solat Jumaat. Sumber
tersebut adalah Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

2.3.1 Al-Quran
Di antara dalil yang menunjukkan bahawa solat Jumaat disyariatkan dan diwajibkan
ialah melalui firman Allah Taala:

!!., _ `.., :| _:. :l.ll _. ,, -.>l -`.! _||
: < ': _,,l >l : ,> >l | `.. .l- . _
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu
pergi (ke masjid)untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).
Yang demikian adalah baik bagi kamu jikakamu mengetahui (hakikat
yang sebenar).
Al-Jumuah (62): 9

2.3.2 Hadis
Dalil pensyariatan solat Jumaat menurut As-Sunnah pula melalui sabda
Rasulullah s.a.w.:
35


35
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 409.

36
Maksudnya:

Daripada Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah diberitakan bahawa
mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas
mimbar: Hendaklah orang-orang itu menghentikan perbuatan mereka
meninggalkan sembahyang Jumaat atau Allah akan menutup mata hati
mereka kemudian mereka akan termasuk dalam golongan yang lupa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

37

Maksudnya:
Daripada Ibn Umar daripada Hafsah isteri Nabi s.a.w sesungguhnya
Nabi s.a.w. bersabda: Pergi ke solat Jumaat (menghadiri jemaah
Jumaat) diwajibkan ke atas setiap yang telah bermimpi (aqil baligh).

Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Tariq bin Syihab
r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:

38


36
Muslim. Sahih. Kitab al-Jumah. Bab at-Taghliz fi tarakal Jumah. No. 1432. Juzuk 4. Hlm 355.
37
An-NasaI dan Abi Daud. Sunan. Kitab al-Jumah. Bab at-Tasydid fi takhallufi anil Jumah. No.
1354. Juzuk 5. Hlm 202.
38
Abi Daud. Sunan. Kitab as-Solat. Bab al-Jumah lil muluki wal marah. No. 901. Juz. 3. Hlm. 265.
Maksudnya:
Diberitakan Abbas bin Abdil Azim diberitakan Ishak bin Mansur
diberitakan Huraim daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-
Muntashir daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab
daripada Nabi s.a.w bersabda: (Solat) Jumaat adalah tanggungjawab
yang wajib ke atas setiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

39
Maksudnya:
Diberitakan oleh Ahmad bin Abdillah bin Yunus diberitakan Zuhair
diberitakan Abu Ishak daripada Abil Ahwas dia mendengar
daripadanya daripada Abdillah sesungguhnya Nabi s.a.w. telah
bersabda: Sesungguhnya saya berniat hendak menyuruh seseorang
menjadi imam bagi orang-orang yang sedang berjemaah, lalu saya
pergi membakar rumah-rumah orang-orang yang meninggalkan solat
Jumaat.






39
Muslim. Sahih. Kitab al-Masajid wa mawadiu solah . Bab fadlu solat Jumah wa bayan. No. 1043.
Juz. 3. Hlm. 382.
2.4 Keistimewaan Hari Jumaat

Mengikut taqwim Islam, Jumaat adalah satu-satunya hari yang dipilih oleh
Allah untuk menjadi hari kebesaran bagi umat Islam jika dibandingkan dengan
hari-hari yang lain. Jumaat juga dikenali sebagai sayyiddul ayyam (penghulu
segala hari). Ia adalah hari yang padanya kehidupan manusia di dunia bermula
dan padanya juga kehidupan dunia berakhir.

Selain itu, banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu kita ketahui tentang
keistimewaan hari kebesaran umat Islam ini. Antara perkara yang berlaku
pada hari Jumaat adalah:
1) Berlaku pernikahan antara Nabi Adam a.s dengan Hawa.
2) Berlaku pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Zulaikha.
3) Berlaku pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari
negeri Saba.
4) Hari berlakunya Perang Badar.
5) Berlaku pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Khadijah binti
Khuwailid r.a dan Siti Aisyah binti Abu Bakar r.a.
6) Allah s.w.t menciptakan Nabi Adam a.s, Allah s.w.t turunkan Nabi
Adam a.s ke bumi dan Allah mewafatkan Nabi Adam a.s.
40

7) Ada satu saat pada hari Jumaat yang tidak ada seorang hambapun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan memperkenankan
permohonannya selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram.
8) Hari berlakunya kiamat.

40
Abu Ahmad Yasin. 2009. Op. cit. Hlm. 10.

9) Menentukan surah as-Sajadah dan al-Insan supaya dibaca dalam solat
Subuh di pagi Jumaat. Surah-surah ini mengandungi hal-hal yang telah
dan akan terjadi pada hari Jumaat. Namun begitu, terdapat khilaf
mazhab dalam menentukan surah tersebut yang mana dalam Mazhab
Maliki berpandangan surah tersebut tidak ditetapkan untuk dibaca
dalam solat Subuh di pagi Jumaat.
41

10) Menganjurkan secara khusus supaya kita membanyakkan selawat ke
atas Nabi Muhammad s.a.w pada malam dan hari Jumaat.
11) Memfardhukan solat Jumaat yang mempunyai beberapa ketentuan
yang tidak didapati pada solat-solat yang lain. Solat Jumaat adalah
seteguh-teguh fardhu dari fardhu-fardhu Islam.
12) Hari Jumaat dijadikan oleh Allah sebagai hari mengkafarahkan dosa
hamba-hambaNya (hari pengampunan).
13) Membesarkan dan meninggikan pahala kepada mereka yang pergi
menunaikan solat Jumaat.
14) Mensyaratkan dua khutbah sebelum solat Jumaat.
15) Melipatgandakan pahala sedekah yang diberikan pada hari Jumaat.
16) Hari Allah memadamkan api neraka.
17) Menggalakkan umat Islam mempergunakan hari Jumaat untuk
beribadah.
42


Dengan demikian itu hari Jumaat adalah:
a) Hari ibadah.
b) Hari yang Allah s.w.t. jadikan untuk sumpahNya.

41
http://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/tajuk7.htm
42
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op. cit. Hlm. 406.
c) Hari gentar dan kecutnya bumi dan langit, seluruh makhluk, jin dan
manusia.
d) Hari yang dikhususkan Allah s.w.t. untuk umat Islam.
e) Hari pilihan dari hari-hari mingguan.
f) Hari Allah mendekatkan roh kepada kuburnya dan memungkinkan roh
mengenali orang-orang yang menziarahinya.
g) Hari yang tidak digalakkan bagi kita khususkan untuk berpuasa.
h) Hari berkumpul untuk mengingatkan manusia dengan asal kejadian
mereka dan dengan keadaan-keadaan hidup sekali lagi di akhir nanti.
43


2.5 Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

Pada hari Jumaat, terdapat pelbagai perkara yang sunat dilakukan oleh setiap orang
Islam bagi menambahkan pahala mereka berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Pada hari tersebut, ganjaran kepada sesiapa yang melakukan kebaikan adalah berlipat
kali ganda. Antara perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat adalah seperti:
1) Disunatkan memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w.
2) Disunatkan mandi sunat Jumaat.
44

3) Disunatkan memotong kuku dan kumis.
4) Disunatkan memakai wangian.
5) Disunatkan memakai pakaian yang bersih, cantik dan berwarna putih.
6) Disunatkan bersiwak atau membersihkan gigi sebelum pergi solat
Jumaat.

43
Ibid. Hlm. 407.
44
Ibid. Hlm. 408.
7) Disunatkan datang awal ke masjid.
45

8) Disunatkan beriktikaf di masjid.
9) Disunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
10) Disunatkan membaca surah as-Sajadah dalam solat Subuh di pagi
Jumaat.
46

11) Disunatkan memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, solat sunat
dan berdoa sebelum imam memulakan khutbah.
12) Disunatkan solat sunat tahiyyatul masjid sebaik masuk ke dalam
masjid.
47


2.6 Syarat-syarat Wajib dan Sah Solat Jumaat

2.6.1 Syarat Wajib Solat Jumaat
Solat Jumaat diwajibkan ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut iaitu
muslim, baligh, berakal, lelaki, sihat tubuh badan, bermukim dan merdeka.
48

Berikut adalah penerangan mengenai syarat-syarat wajib solat Jumaat:
1. Islam. Oleh itu orang kafir tidak dituntut dan diwajibkan melaksanakannya di
dunia ini kerana ia merupakan suatu tuntutan yang dibina atas dasar Islam yang
menjadi asas kepada tuntutan kesemua ibadat dan ketaatan kepada Allah Taala.

2. Baligh (dewasa). Tidak wajib solat Jumaat ke atas kanak-kanak kerana mereka
tidak mukallaf.

45
Umar Bin Abdul Munim Salim. 1999. Petunjuk Nabi Tentang Amalan Pada Siang dan Malam
Jumaat. Kuala Lumpur. Hlm. 47-95.
46
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 405.
47
http://psittacula.wordpress.com/2007/09/28/jumaat-penghulu-segala-hari/
48
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie.
Bersuci & Sembahyang. Jilid 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sd. Bhd. Hlm. 259.
3. Berakal. Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang gila.

4. Merdeka. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas hamba kerana ia sibuk dengan
pelbagai tanggungjawab terhadap tuannya. Tanggungjawab ini menjadi
penghalang daripada diwajibkan solat Jumaat ke atasnya.

5. Lelaki. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas perempuan kerana mereka sibuk
dengan anak-anak dan urusan rumahtangga serta menimbulkan kesulitan kepada
mereka untuk hadir pada waktu dan tempat yang telah ditentukan.
49


6. Sihat tubuh badan. Orang sakit yang akan merasai kesakitannya dengan sebab
menghadiri solat Jumaat atau kerana menunggu sehingga selesainya solat atau
kesakitannya akan bertambah kuat dan lambat sembuh disebabkan kehadirannya,
adalah tidak wajib baginya solat Jumaat.

Masalah di atas diqiaskan (hukumnya sama) kepada orang yang ditugaskan merawat
dan berkhidmat kepada orang yang sakit, jia dia tidak mendapati orang lain untuk
mengambil alih tugasnya ketika dia pergi ke masjid, sedangkan pesakit tersebut
memerlukan khidmatnya dan sama ada dia adalah keluarga terdekat pesakit atau tidak.
Keadaan tersebut menyebabkan solat Jumaat tidak diwajibkan ke atasnya.
50


7. Bermukim. Bermaksud orang yang bukan sedang dalam perjalanan atau musafir.
Tidak wajib solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, dalam perjalanan (jika
perjalanan itu sebelum terbit fajar, tetapi jika sesudah terbit fajar maka wajib

49
Ibid. Hlm. 260.
50
Ibid .
baginya mengerjakan solat Jumaat pada waktu itu walaupun di suatu tempat dalam
perjalanannya).
51


2.6.2 Syarat Sah Solat Jumaat
Apabila seseorang cukup syarat wajib solat Jumaat, maka wajib ke atasnya
menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, solat tersebut tidak sah kecuali
cukup syarat-syarat seperti berikut:
52


1. Hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama
ada di pecan atau di kampong. Bilangan penduduknya yang bermastautin
pula tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat wajib solat
Jumaat.
2. Bilangan ahli Jumaat yang cukup syarat tidak kurang daripada 40 orang.
Mereka adalah golongan lelaki yang baligh dan bermastautin.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
:

: :
53
Maksudnya:
Dari Abdur Rahnan bin Kaab bin Malik dari bapanya, berkata:
Orang yang mula-mula mendirikan solat Jumaat bersama kami di
Madinah ialah Asad bin Zararah sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
datang ke Madinah, iaitu di Naqi al-Khidmat. Aku (Abdur Rahman)

51
Akmal Hj Md Zain. 2009. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat. Kuala Lumpur: Darul Numan. Hlm.
197.
52
Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho. & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op cit.. Hlm. 262.
53
Al-Baihaqi. Marifah as-Sunan wal Athar. Kitab al-Jumah. Bab al-Adad allazina iza kanu fi qaryah
wajabat alaihimul jumah. No. 1712. Juz. 5. Hlm. 48.
bertanya: Berapa ramai kamu ketika itu? Dia (Kaab) menjawab:
Seramai empat puluh orang.

3. Didirikan dalam waktu Zuhur.
Sekiranya solat Jumaat sedang didirikan, tiba-tiba waktu Zuhur tamat,
maka mereka hendaklah menukarkannya kepada solat Zuhur dan solat
tersebut disempurnakan dengan empat rakaat.
54

Perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat Jumaat dalam waktu
Zuhur menjadi dalil kepada syarat tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda:


55

Maksudnya:
Diberitakan Adam telah berkata diberitakan Syubah telah berkata
diberitakan Sayyar bin Salamah telah berkata aku telah masuk dan
bertemu Abi Barzah Aslami maka bertanya kepadanya tentang waktu
solat. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat Zuhur (Jumaat) ketika
telah tergelincir matahari.

4. Didirikan secara berjemaah.
Tidak pernah di zaman Rasulullah s.a.w. solat Jumaat dilakukan secara
bersendirian.

54
Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op.cit. Hlm. 263.
55
Bukhari. Sahih. Kitab . Bab al-Qiraah fil fajr. No. 729. Juz. 3. Hlm. 228.
Sekurang-kurangnya bilangan jemaah, menurut pendapat sebahagian
ulama, 40 orang lelaki dewasa dari penduduk negeri. Ulama yang lain
mengatakan lebih dari 40 orang.

5. Hendaklah solat Jumaat itu didahului oleh dua khutbah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

56

Maksudnya:
Daripada Ibn Umar sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkhutbah dua
khutbah pada hari Jumaat dengan berdiri, dan baginda duduk di
antara dua khutbah itu sekali

Fuqaha berpendapat bahawa khutbah adalah syarat sah Jumaat. Ini berdasarkan
firman Allah s.w.t:

!!., _ `.., :| _:. :l.ll _. ,, -.>l -`.! _||
: < ': _,,l >l : ,> >l | `.. .l- . _
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu
pergi (ke masjid)untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).

56
Ahmad. Musnad. Kitab Musnad al-Mukassirin min as-Sahabat. Bab Musnad Abdullah bin Umar. No.
5468. Juz. 12. Hlm. 5.
Yang demikian adalah baik bagi kamu jikakamu mengetahui (hakikat
yang sebenar).
Al-Jumuah (62): 9

6. Hendaklah didirikan di suatu tempat atau binaan tertentu.



57



Maksudnya:
Daripada Zubaid daripada Saad bin Ubaidah daripada Abi Abdul
Rahman telah berkata. Berkata Ali r.a.: Tidak dinamakan Jumaat dan
tidak dinamakan solat hari raya kecuali di dalam pekan.

Wajib solat Jumaat tersebut dihimpunkan di satu kawasan sahaja. Sekiranya terdapat
terlalu ramai orang untuk solat Jumaat sedangkan tempat adalah sempit iaitu tidak
mampu menampung dan memuatkan semua orang dalam kawasan tersebut, maka
harus dibuat dengan berulang mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

Hikmah daripada syariat ini ialah dengan menghadkan satu tempat sahaja untuk
didirikan solat Jumaat akan lebih memberi kesan dan makna kepada tujuan ia
disyariatkan, iaitu menzahirkan syiar perhimpunan (perpaduan) dan dapat
menyatukan pemikiran. Manakala bertaburan di tempat yang berbeza tanpa sebab atau
hajat boleh menyebabkan kepada perpecahan sesama sendiri.
58



57
Al-Baihaqi. Sunan al-Kubra. Kitab Sunan al-Kubra Lil Baihaqi. Bab Juz. 3. Hlm. 179.
58
Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op.cit. Hlm. 265.
2.7 Kelebihan dan Hikmah Solat Jumaat

Solat Jumaat yang didirikan sekali dalam seminggu merupakan solat yang wajib
dilakukan oleh setiap muslim lelaki yang memenuhi syarat-syaratnya. Antara
kelebihan dan hikmah solat Jumaat ialah:

1) Perhimpunan umat Islam secara beramai-ramai pada hari Jumaat itu dapat
menegakkan syiar dan kemuliaan Islam.
2) Dalam perhimpunan itu, dapat dilihat betapa kekuasaan umat Islam. Hal
ini dapat menimbulkan rasa segan dan hormat penganut agama lain
terhadap Islam dan umatnya.
3) Dapat mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang kukuh antara
semua peringkat umat Islam, tanpa membezakan kedudukan, pangkat dan
taraf sosial mereka.
4) Dapat mempereratkan lagi tali persaudaraan dan ukhuwwah Islamiyyah
yang akrab antara sesama umat Islam.
5) Dapat memperbaharui dan meningkatkan iman serta ketaqwaan kepada
Allah dengan cara mendengar dengan baik khutbah yang disampaikan oleh
khatib sebelum menunaikan solat Jumaat.
59


Oleh itu, Allah s.w.t. sangat menggalakkan orang-orang Islam menghadirinya dan
memberi amaran kepada mereka yang meninggalkan dan memandang ringan
terhadapnya. Perkara ini telah disebutkan sebelum ini di dalam masalah ini dengan
merenung sabda Rasulullah s.a.w.:

59
Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 196.

60



Maksudnya:
Diberitakan oleh Musaddad diberitakan Yahya daripada Muhammad
bin Amr telah berkata dikhabarkan Abidah bin Sufian al-Hadrami
daripada Abi al-Jadi ad-Dhomri iaitu sahabat nabi. Rasulullah s.a.w
telah berrsabda: Sesiapa yang meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali
disebabkan sikap memandang ringan terhadapnya. Maka Allah akan
menghijab (menutup) hatinya.


2.8 Adab-adab Solat Jumaat

2.8.1 Adab-adab Makmum
1. Hendaklah para makmum bersegera pergi ke masjid, berpandukan kepada firman
Allah s.w.t:
61


`s! . _|| :- . _. , .> !.`s ,...l `_
,.s _,1`..ll __

Maksudnya:

60
Abi Daud. Sunan. Kitab as-Solat. Bab at-Tasydid fi tarakal Jumah. No. 888. Juz 3. Hlm. 247.
61
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 408.


Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik
untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu, dan mendapat syurga yang
bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa
Al-Imran (3): 133


Rasulullah s.a.w bersabda:

62

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesiapa yang mandi sunat hari Jumaat dan mandi junub,
kemudian berangkat ke masjid di saat pertama, maka seolah-olah dia
telah berkorban seekor unta, dan barangsiapa yang pergi ke masjid di
saat kedua, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor lembu dan
barangsiapa pergi ke masjid di saat ketiga, maka seolah-olah ia telah
berkorban seekor biri-biri yang bertanduk; dan barangsiapa pergi ke
masjid di saat ke empat, maka seolah-olah ia telah berkorban seekor
ayam, dan barangsiapa pergi ke masjid di saat yang kelima; maka
seolah-olah ia telah berkorban sebutir telur. Kemudian apabila imam
telah datang maka ditutuplah buku catatan, diletakkan pena dan
berkumpullah para malaikat di sekitar mimbar mendengarkan zikir
(khutbah).

Saat-saaat ijabah menurut penerangan Imam Al-Ghazali adalah sebahagian
tentang hal saat-saat:

62
Bukhari. Sahih. Kitab al-Jumah. Bab fadlul Jumah. No. 832. Juz. 3. Hlm. 396.
Saat pertama ialah dari selesai solat Subuh hingga terbit matahari.
63

Saat kedua ialah dari terbit matahari hingga bermulanya waktu Dhuha.
Saat ketiga ialah dari waktu Dhuha hingga terasa panas kaki berjalan tanpa
memakai alas kaki (berkasut).
Saat keempat ialah bermula dari terasa panas kaki apabila berjalan hingga
tergelincir matahari.
Saat kelima ialah dari tergelincir matahari sehingga naik khatib ke atas
mimbar untuk berkhutbah.
64


2. Hendaklah para makmum membersihkan diri (mandi) untuk datang solat Jumaat
dan hendaklah ia menghilangkan segala kekotoran-kekotoran badan seperti
memotong kuku, mencukur rambut dan bulu yang perlu dicukur dan hendaklah
berhias dengan pakaian yang elok dan cantik, serta memakai sedikit bau-bauan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

65

Maksudnya:
Kami dikhabarkan Qutaibah daripada Malik daripada Nafi
daripada Ibnu Umar sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika
telah datang kepada kamu hari Jumaat, maka hendaklah kamu mandi
(bersihkan diri).




63
Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 209.
64
Ibid.Hlm. 210.
65
An-Nisai. Sunan. Kitab al-Jumah. Bab al-Amru bil ghaslu yaumul Jumah. No. 1359. Juz. 5. Hlm.
212.
3. Hendaklah ketika keluar dari rumah menuju ke masjid membaca doa ini:
66

. .

Maksudnya:
Ya Tuhanku! Jadikanlah dalam hatiku cahaya yang cemerlang dan
pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah pada
pendengaranku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah pada
penglihatanku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah di belakangku
cahaya yang cemerlang dan di hadapanku cahaya yang cemerlang dan
jadikanlah dari atasku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku pun
cahaya yang cemerlang. Ya Tuhanku, berilah akan daku
kecemerlangan.

4. Hendaklah mengambil jalan yang jauh ketika pergi, serta berjalan dengan
perlahan-lahan, tenang dan tidak membanyakkan bicara. Tetapi ketika kembali
dari masjid hendaklah mengambil jalan yang dekat.

5. Ketika masuk ke masjid, hendaklah melangkah dengan kaki kanan sambil
membaca doa masuk ke masjid. Apabila keluar dari masjid, hendaklah melangkah
dengan kaki kiri sambil membaca doa keluar masjid.
6. Hendaklah para makmum menjauhkan diri dari melangkahi kedudukan para
makmum yang lain.
67




66
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 409.
67
Ibid. Hlm. 410.
Allah s.w.t berfirman:
_ _:`, _,...l ....l ,-, !. ,.. .1
l..> !..., !..| !.,. __
Maksudnya:
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang
yang mukmin dan mukminat dengan perkataan atau perbuatan tanpa
kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah
memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang
amat nyata.
Al-Ahzab (33): 58

7. Hendaklah para makmum setibanya di dalam masjid terus saja mengambil tempat
dan mengerjakan solat tahiyyatul masjid, walaupun khatib sedang berkhutbah,
terkecuali jika ditakuti luput takbiratul ihram bersama imam.

8. Hendaklah sesudah melaksanakan tahiyyatul masjid, para makmum duduk untuk
berzikir, berdoa, berselawat dan membaca al-Quran.
68


9. Hendaklah berhenti dari mengerjakan yang demikian apabila imam telah
memulakan khutbah, dan hendaklah terus mendengar khutbah yang diucapkan
oleh imam atau oleh khatib; mengingat kepada hadis:


68
Ibid. Hlm. 411.

69

Maksudnya:
Diberitakan Yahya bin Bukair telah berkata diberitakan al-Lais
daripada Uqail daripada Ibnu Syihab telah berkata aku dikhabarkan
Said bin Musayyib sesungguhnya Abu Hurairah telah mengkhabarkan
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila engkau katakan
kepada teman engkau di hari Jumaat; diamlah! Sedangkan imam
msedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang
mensia-siakan.

10. Disunatkan mengerjakan solat sunat Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat.
Solat ini boleh dikerjakan di masjid atau di rumah.

2.8.2 Adab-adab Imam dan Khatib
1. Imam hendaklah ke masjid apabila masuk waktu solat dengan memberi salam
ketika masuk, lalu naik ke mimbar dan memberi salam sekali lagi tanpa
melakukan sunat tahiyyatul masjid.

2. Hendaklah imam duduk sejenak selepas salam, untuk menanti muazzin selesai
dari azannya dengan menghadap kepada para makmum.
3. Hendaklah imam itu menunaikan adab-adab azan sesudah selesai muazzin dari
azannya. Sesudah itu iapun bangun dan mengucapkan dua khutbah dengan duduk
sejenak di antara dua khutbah itu.
70

4. Hendaklah imam (khatib) meneladani Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan
khutbahnya itu, baik pada kaifiatnya mahupun pada kandungannya.

69
Bukhari. Sahih. Kitab al-Jumah. Bab al-Insot yaumul Jumah wal imam. No. 882. Juz. 3. Hlm. 476.
70
Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 427.
2.9 Khutbah Jumaat

Kewajipan berkhutbah dilaksanakan oleh imam (ketua negara) atau berkhutbah itu
adalah kewajipan imam dapat difahamkan dari Nabi s.a.w. selaku Ketua Negara dan
pimpinan umat. Maka hendaklah ketua-ketua jemaah (para penguasa) melaksanakan
Jumaat dan jemaah menurut sifat yang terus-menerus dikerjakan oleh Rasulullah
s.a.w.
Khutbah yang diwajibkan itu ialah khutbah yang sering dibacakan oleh Rasulullah
s.a.w. yang bertema menggembirakan dan menakutkan.

Itulah yang sebenarnya yang menjadi roh (jiwa) khutbah dan sebab khutbah itu
disyariatkan. Apabila khatib (imam) telah melaksanakan yang demikian, maka
barulah terlaksana khutbah itu.
71


2.9.1 Rukun Khutbah
Untuk terlaksananya khutbah Jumaat itu dengan baik, maka khatib hendaklah
memperhatikan rukun-rukunnya. Antara rukun khutbah tersebut:
1. Memuji Allah di awal khutbah. Memuji Allah ini dapat diucapkan dengan
lafaz Alhamdulillah atau kalimah-kalimah yang semakna dengannya.
72

2. Mengucapkan dua kalimah syahadah.
73





71
Ibid. Hlm. 428.
72
Abdul Aziz Ismail. 2008. Solat Jumaat, Huraian Menurut al-Quran dan Hadis. Kuala Lumpur:
Progressive Publishing House Sdn. Bhd. Hlm. 90.
73
Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 204.
Rasulullah s.a.w. bersabda:


74

Maksudnya:
Diberitakan oleh Ghaffan oleh Abdul Wahid bin Ziyad telah berkata
dikhabarkan oleh Asim bin Kulaib diberitakan bapaku telah berkata,
aku mendengar Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Tiap-tiap khutbah yang tiada syahadah padanya, adalah
seperti tangan yang kudung.

3. Berselawat ke atas Nabi s.a.w dengan mana-mana kata-kata yang memberi
makna selawat, dengan syarat nama Nabi hendaklah disebut dengan lafaz yang
jelas seperti Nabi, Rasul atau Muhammad. Ia tidak memadai jika disebut
dengan gantinama sebagai ganti kepada lafaz-lafaz tersebut.
4. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz
dan uslub. Ketiga-tiga syarat di atas adalah rukun bagi kedua-dua khutbah.
Tidak sah mana-mana khutbah yang tidak dibaca rukun-rukun tersebut.
5. Membaca satu ayat daripada al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah.
Ayat yang dibaca disyaratkan dapat memberi kefahaman dan mempunyai
makna yang jelas.
6. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua. Doa
tersebut boleh dilakukan dengan mana-mana uslub, asalkan ia dianggap
sebagai doa menurut pandangan umum (uruf).
75



74
Ahmad. Musnad. Kitab Baqi Musnad al-Mukassirin. Bab Musnad Abi Hurairah r.a. No. 8162. Juz.
17. Hlm. 204.
75
Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho. & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op.cit. Hlm. 267.
2.9.2 Syarat Sah Khutbah
Untuk sahnya khutbah, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti. Antara syarat-
syarat sah khutbah ialah:
a. Khatib hendaklah lelaki. Kaum perempuan tidak dibenarkan menjadi khatib,
kecuali jika jemaah itu semuanya terdiri dari kalangan kaum perempuan.
b. Khatib hendaklah berdiri jika mampu. Imam Malik dan Imam Syafie
mewajibkan berdiri ketika menyampaikan khutbah apabila khatib itu mampu
berbuat demikian. Manakala Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak
mewajibkannya kerana mengatakan bahawa berdiri itu disyariatkan dalam
menyampaikan khutbah, tetapi tidak wajib hukumnya.
c. Hendaklah khutbah itu disampaikan dalam waktu Zohor.
d. Duduk istirehat antara dua khutbah. Demikian pendapat Imam Syafie,
sementara imam-imam lain tidak mewajibkannya.
e. Kedua-dua khutbah hendaklah dilakukan secara berturut-turut.
76

f. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar mahupun hadas kecil.
g. Khatib hendaklah suci daripada najis.
h. Khatib hendaklah menutup aurat.
i. Khatib hendaklah mengucapkan khutbah itu dengan suara yang kuat, lantang
dan jelas sehingga semua jemaah dapat mendengar dan memahami khutbah
yang disampaikannya.
77


Demi untuk mencapai matlamat yang hendak dituju dalam khutbah, ajaran Islam
menentukan beberapa syarat untuk membolehkan seseorang tampil selaku khatib pada
hari Jumaat. Syarat itu ialah:

76
Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 203.
77
Ibid. Hlm. 204.
i. Mengetahui aqidah yang sahih supaya dia tidak menyesatkan para
jemaah melalui khutbah yang hendak disampaikannya.
ii. Mengetahui hukum-hukum yang berkenaan dengan fikah Islam supaya
tidak merosakkan ibadah disamping berkebolehan untuk memberi
jawapan dan penjelasan berkenaan hukum Islam apabila ada jemaah
yang memerlukan penjelasannya.
78

iii. Mempunyai minat yang sungguh-sungguh terhadap penyelidikan
hukum hakam Islam sama ada berkaitan aqidah mahupun syariah.
iv. Hendaklah fasih lidahnya serta mampu mentabirkan segala kandungan
hatinya berdasarkan ilmu yang dimilikinya.
v. Hendaklah seorang yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.
vi. Hendaklah orang yang soleh, berakhlak mulia dan tidak melakukan
maksiat.
79



3.0 Bidah Dalam Jumaat

Islam menggalakkan umatnya sentiasa beribadah tidak kira masa dan tempat. Solat
Jumaat juga merupakan ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Dalam
beribadah, kadang-kala kita tidak sedar bahawa ibadah yang kita lakukan itu tidak ada
dalil atau nas yang sahih tentang ibadah tersebut. Perkara berlaku pada hari ini tanpa
disedari oleh masyarakat Islam yang dikenali sebagai bidah dalam Jumaat.


78
Ibid. Hlm. 202.
79
Ibid. Hlm. 203
Hakikatnya, dosa melakukan bidah adalah lebih berat berbanding dosa-dosa besar
seperti mencuri, membunuh dan minum arak. Ini kerana dosa bidah sentiasa berpaut
erat dengan melibatkan iktikad seseorang.
80
Bahkan ada dosa bidah yang secara
langsung disertai dosa syirik sebagaimana firman Allah s.w.t::

.1 l _- ,,l| _|| _ _. l, _l . _L,`>,l ,l .- _.>. l
_. _,..>' __
Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu)
mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan
gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang
yang rugi.

Sufyan ats-Tsauri
81
telah berkata: Bidah itu lebih disukai iblis daripada
kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan
pelaku bidah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebidahannya. Ini kerana,
pelaku bidah merasakan perbuatannya baik dan dengan perbuatan bidah itu dia
bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, pelaku bidah tidak
pernah terfikir untuk bertaubat kepada Allah dari perbuatannya. Bahkan, dengan
perkara bidah yang dilakukannya dia mengharapkan pahala.
82



80
Abu Ahmad Yasin. 2009. Memori Jumaat: Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya. Kuala Lumpur:
Darul Numan. Hlm. 53.
81
Nama sebenar beliau ialah Sufyan bin Said bin Masruq ats-Tsauri. Lahir dan membesar di Kufah
pada tahun 97 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 161 Hijrah. (Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-Aa-
lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi. Lubnan. Darul Ilmi lil Malayiin. Jilid 3. Hlm. 104)
82
Abu Ahmad Yasin. 2009. Op.cit. Hlm. 54.
Bidah dari segi bahasa Arab bererti sesuatu yang tidak ada permulaan. Sebagaimana
firman Allah s.w.t:
83


_ !. . l.., _. _.l !. _: !. `_-`, _ >, | _,.
| !. _-`, _|| !. !. | ",.. _,,. _
Maksudnya:
Katakanlah lagi: Aku bukanlah Rasul yang pertama di antara Rasul-
rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku
dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa
yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang
Rasul pemberi amaran yang jelas dan nyata".
Al-Ahqaaf (46): 9

Dari sudut bahasa, bidah ialah sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa
yang lepas.

Dari segi syarak, bidah ialah satu perkara yang direka dalam agama yang seakan-
akan sama atau menyerupai hukum syarak yang bertujuan untuk pengabdian
(menghampirkan diri) kepada Allah tetapi tidak mempunyai sebarang dalil syarak
yang sahih terhadap kesahihan perbuatan tersebut, sama ada dari segi asal ataupun
keterangan (istinbat) syarak dari dalil-dalil tersebut.
Perhatikan bahawa definisi bidah merangkumi tiga fakta penting:
1) Rekaan baru dalam agama yang menyerupai syarak.
2) Bertujuan menghampirkan diri kepada Allah.

83
Ibid. Hlm. 55
3) Tidak mempunyai dalil yang sahih atau contoh yang sahih berkenaan
perbuatan tersebut.
84


Antara perkara bidah yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini tanpa disedari
ialah mengangkat tangan dan mengaminkan doa ketika khutbah Jumaat. Kita rujuk
kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah
mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa:- dari Imam Muslim (874) dan Abu
Daud (1104) telah meriwayatkan :

(
:

(:

Maksudnya:
Dari 'Umaarah Ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika di
atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila
melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata :'Semoga Allah
menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah s.a.w.
tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan
mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini di dalam Sharh Muslim
menyatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat
tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa di dalam khutbah Jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang

84
Ibid. Hlm. 57.
membaca doa ketika menyampaikan khutbah, dimana khatib cuma perlu
mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua-dua tangannya. Makmum
tidak perlu melakukannya, sekadar meng'amin'kan dengan suara perlahan.
85

Syeikh Ibn Utsaimin rahimahullah mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat
tangan jika khatib sedang mendoakan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana
Rasulullah s.a.w. pernah mengangkat tangannya ketika berdoa kepada Allah meminta
hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut
mengangkat tangan. Menurut beliau, di dalam situasi lain tidak disunatkan
mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah.
86


Ibnu Taimiyyah dalam Ikhtiyaraat-nya meyebutkan:
Hukumnya makruh bagi seorang imam untuk mengangkat kedua
tangan ketika berdoa dalam khutbahnya dan ini jawapan yang paling
shahih dari dua pilihan yang ada pada sahabat-sahabat kami, kerana
nabi selalu memberikan isyarat dengan jari telunjuknya apabila
berdoa. Adapun dalam doa istisqo`, beliau mengangkat kedua
tangannya, yaitu sewaktu minta hujan dan di atas mimbar.
87


Dalam erti kata lainnya, perbuatan mengangkat tangan semasa Imam sedang
membaca doa ketika khutbah Jumaat juga tidak dilakukan oleh Rasulullah dan
sahabat-sahabat baginda. Kita boleh mengaminkan dengan kadar suara yang rendah.
Larangan mengangkat tangan ini dikenakan kepada Imam yang membaca khutbah,
dan sudah semestilah makmum yang mendengar khutbah tidak perlu juga mengangkat
tangan ketika berdoa'.
88


85
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=14736
86
Fataawa Arkaan al-Islam. Hlm. 392.
87
Al Ikhtiaraat hal : 80 dan Fathul Bari. Jil. 2. Hlm. 412.
88
http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/62865-hukum-mengangkat-tangan-
danmengaminkan-doa-ketika-khutbah-jumaat.html

Di sini penulis akan memberikan penjelasan tentang bidah dalam Jumaat yang telah
penulis nyatakan tadi. Walaupun amalan-amalan yang telah disebutkan oleh penulis
merupakan bidah. Namun ia tidak bererti amalan tersebut tidak boleh diamalkan oleh
umat Islam pada hari ini walaupun amalan tersebut tidak pernah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. Sunnah lawan kepada istilah bidah. Sunnah ialah perkara-perkara
yang terhurai di bawah nas-nas prinsip-prinsip syara seperti ijma, qiyas atau
perkara-perkara yang terhurai di bawah maslahah yang diterima syara walaupun ia
tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, maslahah tadi mestilah tidak
bertembung dan bertentangan dengan nas dan prinsip-prinsip syara serta
menimbulkan mafsadah (kerosakan).
Orang ramai telah menerima pakai pembaharuan yang berlaku selepas tiga kurun
pertama sejarah Islam seperti pemberian baris dalam ayat-ayat al-Quran, titik-titik
huruf, penyusunan juzuk-juzuk, penomboran surah-surah dan bilangan ayat,
penerangan antara ayat Makiyyah dan Madaniyah di permulaan setiap surah serta
tanda-tanda waqaf boleh dan waqaf yang dilarang. Orang ramai juga menerima
pembukuan ilmu-ilmu bahasa, Usul Fiqh, Usuluddin dan lain-lainnya.

Imam Ghazali r.a. menyebut dalam kitab Ihyanya (2:428): Bukan semua perkara
baru itu dilarang tetapi perkara yang ditegah itu sebenarnya ialah apa yang
bertentangan dengan Sunnah yang thabit (yang diterima sebagai dalil) dan meleraikan
suatu perkara itu dari sandaran syara
89



89
Dr. Umar Abdullah Kamil. 2008. Pengertian Sebenar Bidah. Kertas kerja dibentangkan oleh Prof.
Dr. Muhammad ibn Ismail Zain al-Yamani di dalam Multaqa Tiga ulama Makkah al-Mukarramah
di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan Yayasan Sofa Negeri
Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Februari 2008.
Kesimpulannya, kayu ukur untuk menolak dan tidak menerima muhdath (perkara-
perkara baru yang tiada bandingan awal) yang menurut Rasulullah s.a.w. terbahagi
kepada saiyi (buruk) dan hasan (baik) itu bukan kerana ia tidak pernah dilakukan
oleh orang terdahulu tetapi sebenarnya ialah sama ada ia bertembung dan
bertentangan dengan nas-nas, prinsip-prinsip syara ataupun kaedah-kaedah istinbat.
Dengan pertentangan ini, maka ia menjadi tidak syarie dan berlawanan dengan
syariat Allah. Inilah dia bidah dhalalah iaitu kerana ia berlawanan dan bertentangan
dengan nas-nas dan dalil-dalil. Pada pandangan syara, ia menjadi mazmumah
(tercela) apabila dilakukan.

Setiap perbuatan dan tindakan yang tidak bertentangan dengan perintah dan larangan
Allah hendaklah dikelaskan (sama ada baik atau buruk) menurut kesan yang akan
berlaku hasil daripada perbuatan tersebut. Setiap perkara baru yang tiada kesan baik
atau buruk, maka ia termasuk dalam perkara mubah (yang diharuskan).
90


Oleh yang demikian, bidah dalam Jumaat yang penulis nyatakan sebelum ini adalah
dibenarkan untuk diamalkan oleh umat Islam pada hari ini selagi mana tidak
mendatangkan kemudaratan dan tidak melanggar hukum syara.













90
Ibid.













BAB TIGA

























BAB TIGA
ANALISIS KAJIAN PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT TERHADAP
MAHASISWA KUIS

3.1 Pengenalan

Setelah penulis menjelaskan berkenaan pengetahuan solat Jumaat di dalam bab dua
maka di dalam bab ini, perbincangan berkenaan pengetahuan terhadap solat Jumaat
tertumpu kepada hasil kajian daripada responden pelbagai usia, fakulti, semester dan
lain-lain. Para responden penulis terdiri daripada mahasiswa KUIS dalam lingkungan
umur 18 hingga 29 tahun seramai 50 orang sahaja. Mahasiswi tidak terlibat sebagai
responden dalam kajian penulis ini. Jawapan yang diterima daripada responden yang
berumur kurang dari 18 tahun tidak diambil kira kerana pengambilan pelajar KUIS di
peringkat asasi, diploma dan ijazah adalah berumur 18 tahun dan ke atas. Masyarakat
sekeliling yang berumur kurang daripada 18 tahun tidak dikira sebagai responden.

3.2 Latar Belakang Skop Kajian

Di dalam kajian ini, penulis telah mengedarkan sebanyak 50 helai borang kaji selidik
dan melakukan observasi untuk mendapatkan maklum balas daripada mahasiswa
KUIS tentang pengetahuan dan pandangan mereka terhadap solat Jumaat. Penulis
berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberikan kerjasama yang
baik dengan menjawab soalan pada borang kaji selidik dengan baik dan
mengembalikan kesemua 50 helai borang kaji selidik yang telah diedarkan.

3.3 Latar Belakang Responden

Di dalam kajian ini, penulis membuat penjadualan terhadap latar belakang responden
yang terdiri daripada mahasiswa KUIS seramai 50 orang dari pelbagai fakulti,
peringkat umur dan semester.
BAHAGIAN A
Jadual 3.1 adalah menunjukkan kepada peratus umur responden iaitu 18-20, 21-23,24-
26 dan 27-29 tahun yang telah mengisi borang kaji selidik penulis.

Jadual 3.1: Umur Responden
UMUR JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)
18-20 27 54
21-23 20 40
24-26 2 4
27-29 1 2
JUMLAH 50 100

Berdasarkan carta 3.1, 27 orang (54%) responden berumur di antara 18 hingga 20
tahun, 20 orang (40%) responden berumur di antara 21 hingga 23 tahun, 2 orang (4%)
responden berumur di antara 24 hingga 26 tahun dan seorang (2%) responden yang
berumur di antara 27 tahun hingga 29 tahun. Penulis mendapati bahawa kesemua
responden yang menjawab soalan pada borang kaji selidik penulis berumur 18 tahun
ke atas yang terdiri daripada mahasiswa KUIS yang berdaftar di peringkat asasi,
diploma dan ijazah.



Jadual 3.2: Fakulti Responden
FAKULTI JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)
FPM 10 20
Asasi 10 20
AI 8 16
FTSI 8 16
FBMK 7 14
Pendidikan 7 14
FSKS 0 0
JUMLAH 50 100

Berdasarkan jadual 3.2, 10 orang (20%) responden mewakili Fakulti Pengurusan dan
Muamalat (FPM) dan Fakulti Asasi, 8 orang (16%) responden mewakili Fakulti
Akademi Islam (AI) dan Fakulti Teknologi dan Sains Informasi (FTSI), 7 orang
(14%) responden mewakili Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dan
Fakulti Pendidikan, dan tiada wakil (0%) responden yang mewakili Fakulti Sains dan
Kesihatan Sekutu (FSKS). Penulis mendapati fakulti FSKS tidak mempunyai wakil
kerana majoriti daripada pelajar tersebut berada di luar kawasan sewaktu kajian
dijalankan.









Jadual 3.3: Semester Responden
SEMESTER JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)
1 1 2
2 10 20
3 19 38
4 4 8
5 4 8
6 12 24
7 0 0
8 0 0
JUMLAH 50 100

Berdasarkan jadual 3.3, seorang (2%) responden adalah dari semester 1, 10 orang
(20%) responden adalah dari semester 2, 19 orang (38%) responden adalah dari
semester 3, 4 orang (8%) responden adalah dari semester 4 dan 5, 12 orang (24%)
responden adalah dari semester 6 dan tiada wakil (0%) dari semester 7 dan 8. Jumlah
responden yang paling ramai adalah dari semester 2, iaitu seramai 19 orang (38%).
Penulis mendapati jumlah responden yang berbeza-beza disebabkan oleh edaran
borang kaji selidik yang dilakukan adalah secara rawak tanpa memilih semester dan
jumlah responden yang paling ramai dari semester 2 juga adalah bersifat kebetulan
sahaja.







3.4 Pengetahuan Mahasiswa KUIS Mengenai Solat Jumaat

Di dalam kajian ini, penulis mengkaji tentang tahap pengetahuan mahasiswa KUIS
terhadap solat Jumaat.

BAHAGIAN B
Carta 3.4: Solat Jumaat pertama yang dilakukan oleh umat Islam.
Mesir
0%
Mekah
26%
Madinah
74%
Mekah
Madinah
Mesir

Berdasarkan carta 3.4, bagi soalan di mana solat Jumaat pertama ditunaikan oleh umat
Islam, 13 orang (26%) responden menyatakan di Mekah, 37 orang (74%) responden
menyatakan di Madinah, dan tiada orang (0%) responden menyatakan di Mesir.
Jawapan bagi soalan di atas adalah Madinah. Penulis mendapati terdapat sebahagian
kecil mahasiswa KUIS yang kurang arif mengenai sejarah solat Jumaat. Sejarah
berkaitan solat Jumaat ini menerangkan tentang pensyariatan solat Jumaat. Penulis
bependapat bahawa responden yang tidak mengetahui tentang sejarah solat Jumaat ini
disebabkan oleh sifat mereka yang kurang membaca dan sifat tidak ingin mengambil
tahu berkaitan solat Jumaat.




Carta 3.5: Hukum menunaikan solat Jumaat.
Sunat muakkad
4%
Fardhu ain
86%
Fardhu kifayah
10%
Fardhu ain
Fardhu
kifayah
Sunat
muakkad

Berdasarkan carta 3.5, bagi soalan hukum menunaikan solat Jumaat, 43 orang (86%)
responden menyatakan fardhu ain, 5 orang (10%) responden menyatakan fardhu
kifayah dan 2 orang (4%) responden menyatakan sunat muakkad. Jawapan bagi
soalan di atas adalah fardhu ain. Penulis mendapati majoriti daripada mahasiswa
KUIS mengetahui hukum menunaikan solat Jumaat. Walaupun begitu, sebanyak 7
orang (14%) responden masih lagi tidak dapat menguasai ilmu asas berkaitan hukum
menunaikan solat Jumaat ini dengan baik. Hal ini perlulah diberikan perhatian yang
serius dan ditangani dengan segera.

Carta 3.6: Golongan lelaki Islam yang sudah baligh
diwajibkan ke atasnya solat Jumaat.
Tidak pasti
2%
Setuju
98%
Tidak setuju
0%
Setuju
Tidak setuju
Tidak pasti

Berdasarkan carta 3.6, bagi soalan golongan lelaki Islam yang sudah baligh
diwajibkan ke atasnya solat Jumaat, 49 orang (98%) responden menyatakan setuju,
seorang (2%) responden menyatakan tidak pasti dan tiada (0%) responden
menyatakan tidak setuju. Penulis mendapati majoriti mahasiswa KUIS mengetahui
golongan lelaki Islam yang sudah baligh diwajibkan ke atasnya solat Jumaat.

Carta 3.7: Dua khutbah sebelum solat Jumaat
merupakan syarat sah solat Jumaat.
Tidak pasti
0%
Setuju
100%
Tidak setuju
0%
Setuju
Tidak setuju
Tidak pasti
Berdasarkan carta 3.7, bagi soalan dua khutbah sebelum solat jumaat merupakan
syarat sah solat jumaat. 50 orang (100%) responden menyatakan setuju dan tiada (0%)
responden yang menyatakan tidak setuju atau tidak pasti. Situasi di atas menunjukkan
semua responden faham bahawa dua khutbah sebelum solat jumaat merupakan syarat
sah solat jumaat. Selain itu, khutbah juga sinonim dengan solat Jumaat dan dua
khutbah merupakan ganti bagi dua rakaat solat Zohor.
91


3.5 Pemahaman dan Pandangan Mengenai Solat Jumaat

Di dalam kajian ini, penulis mengkaji dan menyelidik mengenai tahap pemahaman
dan pandangan mahasiswa KUIS tentang solat Jumaat.





91
http://groups.google.gl/group/sinarislam/msg/2892397d7a74ba02.

BAHAGIAN C
Carta 3.8: Waktu responden hadir ke masjid setiap hari Jumaat.
Ketika solat sedang
didirikan
0%
Ketika khatib sedang
berkhutbah
10%
Ketika azan
dilaungkan
34%
30 minit sebelum
azan pertama
22%
10 minit sebelum
azan pertama
34%
30 minit sebelum azan pertama
10 minit sebelum azan pertama
Ketika azan dilaungkan
Ketika khatib sedang berkhutbah
Ketika solat sedang didirikan

Berdasarkan carta 3.8, bagi soalan waktu responden hadir ke masjid setiap hari
Jumaat, 11 orang (22%) responden menyatakan mereka hadir pada 30 minit sebelum
azan pertama, 17 orang (34%) responden menyatakan mereka hadir pada 10 minit
sebelum azan dan ketika azan dilaungkan, 5 orang (10%) responden menyatakan
mereka hadir ketika khatib sedang berkhutbah dan tiada (0%) responden menyatakan
mereka hadir ketika solat sedang didirikan. Penulis mendapati tahap waktu kehadiran
mahasiswa KUIS ke masjid pada hari Jumaat berada pada tahap sederhana. Perkara
berkaitan kehadiran ke masjid telah dinyatakan oleh penulis dalam bab sebelum ini.

Carta 3.9: Responden mendengar dengan teliti
setiap isi khutbah yang disampaikan oleh khatib
Ya
80%
Tidak
20%
Ya
Tidak

Berdasarkan carta 3.9, bagi soalan responden mendengar dengan teliti setiap isi
khutbah yang disampaikan oleh khatib, 40 orang (80%) responden menyatakan ya
manakala 10 orang (20%) responden menyatakan tidak.

Carta 3.10: Khatib menyampaikan khutbah dengan baik
Ya
92%
Tidak
8%
Ya
Tidak

Berdasarkan carta 3.10, bagi soalan khatib menyampaikan khutbah dengan baik, 46
orang (92%) responden menyatakan ya manakala 4 orang (8%) responden
menyatakan tidak.

Carta 3.11: Teknik penyampaian khutbah yang disampaikan oleh khatib
mempengaruhi penghayatan jemaah yang hadir
Ya
88%
Tidak
12%
Ya
Tidak

Berdasarkan carta 3.11, bagi soalan teknik penyampaian khutbah yang disampaikan
oleh khatib mempengaruhi penghayatan jemaah yang hadir, 44 orang (88%)
responden menyatakan ya manakala 6 orang (12%) responden menyatakan tidak.


Carta 3.12: Solat Jumaat yang didirikan memberi kesan yang positif
kepada peningkatan sahsiah responden
Tidak pasti
12%
Ya
88%
Tidak
0%
Ya
Tidak
Tidak pasti

Berdasarkan carta 3.12, bagi soalan solat Jumaat yang didirikan memberi kesan yang
positif kepada peningkatan sahsiah responden, 44 orang (88%) responden menyatakan
ya, 6 orang (12%) responden menyatakan tidak pasti kesan yang berlaku ke atas diri
mereka manakala tiada (0%) responden yang menyatakan tidak kepada soalan di atas.

Carta 3.13: Responden menghayati hari Jumaat dengan mengamalkan
perkara-perkara sunat dan kelebihan yang ada pada hari Jumaat
Ya
84%
Tidak
16% Ya
Tidak

Berdasarkan carta 3.13, bagi soalan responden menghayati hari Jumaat dengan
mengamalkan perkara-perkara sunat dan kelebihan yang ada pada hari Jumaat, 42
orang (84%) responden menyatakan ya manakala 8 orang (16%) responden
menyatakan tidak kepada soalan di atas. Antara perkara sunat Jumaat adalah mandi
sunat Jumaat dan datang awal ke masjid dan lain-lain lagi sepertimana yang telah
dinyatakan oleh penulis dalam bab sebelum ini..
Carta 3.14: Pandangan responden tentang cara terbaik bagi meningkatkan
keberkesanan penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat

Isi khutbah yang
disampaikan perlulah
bersifat kontemporari
dan dikupas dengan
baik dan berkesan
12%
Khatib perlulah
seorang yang muda,
bersemangat dan bijak
mengawal suasana
6%
Pihak masjid perlu
memaparkan visual
tentang isi khutbah
yang disampaikan oleh
khatib
18%
Khatib perlu
menyampaikan
khutbah dengan nada
yang tegas dan jelas
40%
Para jemaah perlu
dibekalkan dengan
nota ringkas yang
dipetik daripada teks
khutbah
24%
Khatib perlu menyampaikan
khutbah dengan nada yang tegas
dan jelas
Para jemaah perlu dibekalkan
dengan nota ringkas yang dipetik
daripada teks khutbah
Pihak masjid perlu memaparkan
visual tentang isi khutbah yang
disampaikan oleh khatib
Khatib perlulah seorang yang muda,
bersemangat dan bijak mengawal
suasana
Isi khutbah yang disampaikan
perlulah bersifat kontemporari dan
dikupas dengan baik dan berkesan

Berdasarkan carta 3.14, bagi pandangan responden tentang cara terbaik bagi
meningkatkan keberkesanan penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat, 20 orang
(40%) responden memilih khatib perlulah menyampaikan khutbah dengan nada yang
tegas dan jelas, 12 orang (24%) responden memilih para jemaah perlu dibekalkan
dengan nota ringkas atau risalah pengajaran yang dipetik daripada teks khutbah, 9
orang (18%) responden memilih pihak masjid perlu memaparkan visual tentang isi
khutbah yang disampaikan oleh khatib, 6 orang (12%) responden memilih isi khutbah
yang disampaikan perlulah bersifat kontemporari dan dikupas dengan baik dan
berkesan manakala 3 orang (6%) responden memilih khatib perlulah seorang yang
muda, bersemangat dan bijak mengawal suasana bagi meningkatkan keberkesanan
penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat.


3.6 Observasi


Dalam proses mengumpul data, salah satu metod yang telah dilakukan oleh penulis
adalah melalui kaedah observasi. Melalui kaedah ini, penulis telah membuat
pemerhatian bagi melihat gelagat responden berkaitan perkara yang sedang dikaji oleh
penulis dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan dan mendapatkan maklumat
yang berkenaan.

Melalui metod ini, penulis telah melakukan pemerhatian selama empat minggu
bermula 12 Febuari 2010 dan berakhir pada 12 Mac 2010. Pemerhatian ini dilakukan
di Masjid al-Azhar KUIS sewaktu solat Jumaat. Penulis telah merekodkan beberapa
data berkenaan perkara yang dikaji oleh penulis.

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, pada minggu yang pertama,
kehadiran responden yang awal ke masjid pada hari Jumaat sebelum azan pertama
dilaungkan adalah dianggarkan sekitar 25%. Pada minggu kedua sehingga minggu
keempat, penulis mendapati kehadiran responden yang awal ke masjid meningkat
kepada 30% sehingga 40%. Penulis mendapati, peningkatan ini berlaku disebabkan
minggu tersebut merupakan minggu peperiksaan akhir semester. Kebanyakan pelajar
yang menduduki peperiksaan selepas solat Jumaat hadir lebih awal ke masjid untuk
mengulangkaji pelajaran di saat akhir disamping mencari ketenangan di masjid
sebelum peperiksaan bermula.

Seterusnya, penulis telah mendapati bahawa terdapat sebilangan kecil yang tidak
memberikan tumpuan kepada khutbah yang disampaikan oleh khatib kerana tertidur.
Sebilangan besar responden memberikan tumpuan yang baik kepada khutbah yang
disampaikan oleh khatib. Penulis juga mendapati, khatib yang bertugas telah
menyampaikan khutbah dengan baik dan jelas.















































BAB EMPAT

























BAB EMPAT
PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, penulis telah membuat kesimpulan
berpandukan persoalan kajian, hipotesis awal kajian, observasi dan juga laporan data
analisa.

Solat Jumaat adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh umat Islam yang telah
ditentukan oleh syara di dalam al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, bertepatan
dengan hipotesis penulis, terdapat juga segelintir responden yang kurang mengambil
berat tentang kepentingan penghayatan solat Jumaat ini dalam membentuk sahsiah
responden yang merupakan mahasiswa KUIS. Pengetahuan responden berkaitan solat
Jumaat juga perlu dipertingkatkan bagi mendapatkan kefahaman dan penghayatan
yang baik dalam solat Jumaat. Selain itu, kebanyakan responden hanya menyibukkan
diri mereka dengan perkara yang bersifat duniawi tanpa berusaha mengejar ganjaran
yag ditawarkan pada hari Jumaat ini.

Penulis mendapati bahawa waktu kehadiran responden ke masjid setiap hari Jumaat
berada pada tahap sederhana. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) Islam,
perkara sebegini tidak seharusnya terjadi kerana ia mencerminkan keperibadian
responden itu sendiri sekaligus membawa imej yang kurang baik kepada KUIS.

Penulis juga mendapati bahawa terdapat sebahagian kecil responden yang tidak
mendengar dengan teliti khutbah yang disampaikan oleh khatib. Mendengar khutbah
dengan baik mampu meningkatkan penghayatan solat Jumaat kerana isi khutbah yang
disampaikan oleh khatib kepada para jemaah mempunyai input yang berfaedah dan
tidak sia-sia.

Daripada pemerhatian penulis, kebanyakan responden bersetuju bahawa khatib
menyampaikan khutbah dengan baik dan teknik penyampaian khutbah yang
disampaikan oleh khatib mempengaruhi penghayatan jemaah yang hadir. Dalam hal
ini, khatib berperanan besar dalam mengadaptasi mesej yang hendak disampaikan
kepada para jemaah dengan cara yang terbaik agar para jemaah dapat meningkatkan
penghayatan solat Jumaat mereka.

Di samping itu, penulis mendapati daripada hasil kajian, kebanyakan responden
mengakui bahawa solat Jumaat yang didirikan memberi kesan yang positif kepada
peningkatan sahsiah mereka dan kebanyakan responden juga menghayati hari Jumaat
dengan mengamalkan perkara-perkara sunat dan kelebihan yang ada pada hari
Jumaat. Terdapat sebahagian kecil responden sahaja yang tidak bersetuju dengan
pernyataan ini.

Selain itu, penulis mendapati kebanyakan responden telah memberikan pelbagai
pendapat tentang bagaimana cara yang terbaik bagi meningkatkan keberkesanan
penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat. Kebanyakan responden memilih
khatib perlulah menyampaikan khutbah dengan nada yang tegas dan jelas. Selain itu,
terdapat juga sebahagian responden yang memilih para jemaah perlu dibekalkan
dengan nota ringkas atau risalah pengajaran yang dipetik daripada teks khutbah, pihak
masjid perlulah memaparkan visual tentang isi khutbah yang disampaikan oleh khatib,
isi khutbah yang disampaikan perlulah bersifat kontemporari dan dikupas dengan baik
dan berkesan serta khatib perlulah seorang yang muda, bersemangat dan bijak
mengawal suasana bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian khutbah pada
setiap solat Jumaat.

Solat Jumaat mengandungi pelbagai hikmah dan kelebihan yang tidak ada pada hari
lain selain hari Jumaat. Penghayatan solat Jumaat yang baik mampu memberi kesan
yang positif dalam membentuk sahsiah responden khususnya dan umat Islam
umumnya.

Oleh itu, hendaklah kita sebagai masyarakat bersama-sama menyebarkan maklumat
berkenaan solat Jumaat, kelebihan Jumaat dan kepentingan penghayatan solat Jumaat
kepada seluruh masyarakat disamping mengamalkannya demi kebaikan dan
kesejahteraan umat Islam bersama.

4.2 Saranan dan Cadangan

Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh penulis, terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian oleh individu yang terlibat, masyarakat sekeliling dan juga
pemerintah atau kerajaan negara bagi meningkatkan penghayatan solat Jumaat ini.
Oleh itu penulis telah menyediakan beberapa saranan. Antaranya ialah:


4.2.1 Peranan Negara dan Masyarakat
Penulis menganggap bahawa negara yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang
telah dipilih oleh rakyat adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menangani isu
berkaitan penghayatan solat Jumaat ini. Oleh itu, negara hendaklah peka dengan
perkara ini dengan mengambil beberapa langkah yang efektif bagi menangani isu ini.
Sebagai contoh, penulis mencadangkan agar pihak kerajaan menjadikan hari Jumaat
sebagai hari cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia bagi memudahkan umat Islam
memberikan tumpuan bagi melakukan ibadah pada hari Jumaat selain mengadakan
program kesedaran tentang kelebihan Jumaat. Di samping itu, masyarakat sekeliling
juga memainkan peranan yang penting untuk membantu pihak negara dalam
menjayakan program yang dilaksanakan oleh negara dengan melibatkan diri dan
memberi sepenuh kerjasama dan komitmen bagi memastikan isu ini dapat ditangani
dengan baik.

4.2.2 Peranan Ulama dan Institusi Agama Islam
Saranan penulis yang boleh membantu meningkatkan penghayatan solat Jumaat ini
adalah melalui peranan para ulama dan institusi agama Islam iaitu ulama berperanan
mentarbiyah umat dan bukan mengikut pemerintah yang tidak melakukan syariat
Allah demi kepentingan diri semata-mata. Selain itu juga, pihak institusi perlulah
memberikan maklumat dan penjelasan yang tepat, berkesan serta berhemah kepada
setiap golongan masyarakat Islam tentang solat Jumaat dan kepentingannya.

Di samping itu juga, para ulama dan institusi hendaklah mengadakan pembelajaran di
masjid-masjid atau surau-surau dan mengadakan forum agama berkenaan kepentingan
penghayatan solat Jumaat dari pelbagai sudut dan aspek supaya perkara ini dapat
memberikan kefahaman yang jelas kepada umat Islam untuk mengamalkannya.

4.2.3 Peranan Institusi Pendidikan
Penulis menyarankan agar institusi pendidikan dapat menerapkan pembelajaran dan
pengetahuan mengenai akidah, akhlak dan ibadah sejak di peringkat sekolah rendah
lagi. Perkara ini juga perlu diteruskan di peringkat sekolah menengah mahupun di
institut pengajian tinggi (IPT) agar semua pihak sentiasa peka tentang kepentingan
ibadah solat Jumaat yang dilakukan. Pihak institusi pendidikan perlu memandang
serius dalam perkara ini kerana sahsiah seorang insan yang baik perlulah melalui
pendedahan dan kefahaman akidah, akhlak dan ibadah yang baik.

Sementara itu, pihak institusi pendidikan KUIS boleh mengambil alternatif
meningkatkan penghayatan solat Jumaat dengan pelbagai kaedah seperti mengadakan
kempen jom solat Jumaat, gerak gempur solat Jumaat kepada mahasiswa yang
tinggal di asrama, memaparkan informasi berkaitan solat Jumaat di papan-papan
kenyataan ataupun menjadikan kehadiran awal ke masjid pada hari Jumaat sebagai
merit usrah ataupun merit bagi program mentor mentee.

4.2.4 Peranan Masjid
Penulis menyarankan agar pihak masjid dapat melakukan beberapa alternatif dalam
meningkatkan penghayatan solat Jumaat ini seperti memperkasakan metod
penyampaian khutbah supaya lebih berkesan dengan menggunakan alat bantu yang
sesuai, memilih pengisian khutbah berdasarkan isu semasa atau membekalkan nota
ringkas kepada para jemaah yang dipetik dari teks khutbah. Selain itu, pihak masjid
juga perlu menyampaikan khutbah berkenaan kepentingan penghayatan solat Jumaat
agar para jemaah lebih memahami dan menghayati solat Jumaat mereka.

4.2.5 Peranan Pensyarah
Penulis menyarankan agar para pensyarah berperanan dalam menyebarkan maklumat
dan kefahaman kepada para pelajar berkenaan penghayatan solat Jumaat dalam waktu
kuliah mahupun tutorial supaya para pelajar mendapat informasi tambahan berkaitan
solat Jumaat secara tidak langsung. Selain itu, penulis juga menyarankan agar para
pensyarah dapat menyediakan sesi muhasabah, tazkirah ataupun soal jawab berkaitan
soal Jumaat bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan solat
Jumaat. Hal ini adalah perlu kerana tidak semua pelajar rajin membaca dalam
mendapatkan maklumat berkaitan solat Jumaat ini.

4.2.6 Peranan Ibu Bapa
Penulis menyarankan agar ibu bapa menerapkan ilmu agama berkaitan akidah, akhlak
dan ibadah yang secukupnya kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya
mereka dapat menjadi manusia yang berilmu dan berguna kepada agama dan
masyarakat. Dewasa ini, penulis berpendapat bahawa kebanyakan ibu bapa lebih
mementingkan ilmu akademik semata-mata selain hiburan dan sukan kepada anak-
anak mereka tanpa menghiraukan tentang pendidikan agama kepada anak-anak
mereka. Sebaliknya, pendidikan yang baik bagi anak-anak adalah bermula daripada
pengisian rohani dan tarbiah Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.



4.2.7 Peranan Individu
Akhir sekali, penulis berpendapat bahawa pengetahuan dan pemahaman tentang solat
Jumaat ini boleh diperolehi oleh individu sendiri dengan pelbagai cara. Contohnya,
sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang perkara ini, membaca kitab
atau bahan bacaan yang berkaitan, mencari maklumat berkaitan di surat khabar,
internet dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa tabiat membaca dan penggunaan teknologi maklumat seperti
internet adalah satu tabiat yang baik dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan,
tetapi maklumat yang salah boleh mengakibatkan keburukan. Ini kerana manusia
adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh. Tidak mustahil bahawa seseorang
individu itu pada asalnya sekadar ingin mencari informasi dan menambah ilmu
pengetahuan tentang perkara ini, tetapi akhirnya menjadi seorang yang menentang
hukum Allah. Oleh itu kita perlulah sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih arif
supaya apa-apa persoalan yang belum terjawab akan terjawab dan tidak terpesong dari
apa yang sebenarnya.

Kesimpulannya, setiap individu perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam
mengubah diri ke arah kebaikan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan
di akhirat kelak.











LAMPIRAN


























Borang Soal Selidik
Penghayatan Solat Jumaat di Kalangan Mahasiswa
KUIS

Diharapkan kepada pihak responden agar dapat memberikan kerjasama dengan
menjawab beberapa soalan yang dikemukan, segala maklumat dirahsiakan.
Maklumat daripada anda amat penting kepada penulis bagi menyempurnakan
penulisan ilmiah yang sedang dijalankan.

Bahagian (A) Latar Belakang
Sila tandakan jawapan pada soalan di bawah.

1. Umur:
a) 18 - 20 tahun
b) 21 - 23 tahun
c) 24 - 26 tahun
d) 27- 29 tahun

2. Fakulti:
a) AI b) FPM f) Asasi
c) FBMK d) FTSI
e) FSKS e) Pendidikan


3. Semester: a) 1 b) 2 c) 3 d) 4
e) 5 f) 6 g) 7 h) 8





Bahagian (B) Pengetahuan tentang solat Jumaat
Sila pilih dan tandakan jawapan pada soalan di bawah.

4. Solat Jumaat yang pertama ditunaikan oleh umat Islam adalah di:
a) Mekah
b) Madinah
c) Mesir

5. Hukum menunaikan solat Jumaat adalah:
a) Fardhu ain
b) Fardhu kifayah
c) Sunat muakkad

6. Solat Jumaat diwajibkan ke atas setiap golongan lelaki Islam yang sudah
baligh?
a) Setuju
b) Tidak setuju
c) Tidak pasti

7. Dua khutbah sebelum solat Jumaat merupakan syarat sah solat Jumaat?
a) Setuju
b) Tidak setuju
c) Tidak pasti

8. Syarat sah solat Jumaat memerlukan bilangan jemaah sekurang-kurangnya 40
orang.
a) Setuju
b) Tidak setuju
c) Tidak pasti





Bahagian (C) Pemahaman dan Pandangan Tentang solat Jumaat

9. Saya menunaikan solat Jumaat setiap minggu pada hari Jumaat.
a) Ya
b) Tidak

10. Saya hadir ke masjid setiap hari Jumaat pada:
a) 30 minit sebelum azan pertama
b) 10 minit sebelum azan pertama
c) Ketika azan dilaungkan
d) Ketika khatib sedang berkhutbah
e) Ketika solat sedang didirikan

11. Saya mendengar dengan teliti setiap isi khutbah yang disampaikan oleh
khatib.
a) Ya
b) Tidak

12. Khatib menyampaikan khutbah dengan baik, jelas dan berkesan.
a) Ya
b) Tidak

13. Teknik penyampaian khutbah yang disampaikan oleh khatib mempengaruhi
penghayatan jemaah yang hadir.
a) Ya
b) Tidak

14. Isi khutbah yang disampaikan oleh khatib memberi input yang baik kepada
saya.
a) Ya
b) Tidak

15. Solat Jumaat yang saya dirikan memberi kesan yang positif kepada
peningkatan sahsiah saya.
a) Ya
b) Tidak
c) Tidak pasti

16. Saya menghayati hari Jumaat dengan mengamalkan perkara-perkara sunat
dan kelebihan yang ada pada hari Jumaat.
a) Ya
b) Tidak

17. Pada pandangan anda, apakah cara yang terbaik bagi meningkatkan
keberkesanan penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat?
a) Khatib perlulah menyampaikan khutbahnya dengan nada yang tegas dan
jelas.
b) Setiap ahli jemaah perlu dibekalkan dengan nota ringkas atau risalah
pengajaran yang dipetik daripada teks khutbah yang dibacakan oleh
khatib.
c) Pihak masjid perlulah memaparkan visual tentang isi khutbah yang
disampaikan oleh khatib.
d) Khatib perlulah seorang yang muda, bijak mengawal suasana dan
bersemangat.
e) Lain-lain cadangan:



18. Pada pandangan anda, apakah cara yang terbaik untuk meningkatkan
penghayatan solat Jumaat di kalangan mahasiswa KUIS?


Terima kasih atas kerjasama anda











BIBLIOGRAFI





















BIBLIOGRAFI

AL-QURAN AL-KARIM

Al-Quran.

Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. 1988. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada
Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan
Perdana Menteri.

KITAB AL-HADITH

Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahin Al-Jufi, 1994, Sahih
Al-Bukhari, Beirut: Dar Al-Marifah.

BUKU BAHASA MELAYU

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah
Mazhab Syafie Bersuci & Sembahyang. Jilid 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sd. Bhd.

Akmal Hj Md Zain. 2009. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat. Kuala Lumpur: Darul
Numan.

Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. As-Solat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.

Abu Ahmad Yasin. 2009. Memori Jumaat: Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya.
Kuala Lumpur: Darul Numan.

Umar Bin Abdul Munim Salim. 1999. Petunjuk Nabi Tentang Amalan Pada Siang
dan Malam Jumaat. Kuala Lumpur: Penerbitan Darul Iman.

Abdul Aziz Ismail. 2008. Solat Jumaat, Huraian Menurut al-Quran dan Hadis. Kuala
Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Seman bin Haji Jaafar. 2007. Agenda Hari Jumaat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publication.



BUKU BAHASA ARAB

Al-Ustaz Doktor Wahbah Az-Zuhaili. 2005. Al-Wajiz fil Fikh Al-Islami. Damsyik:
Darul Fikir.

Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-Aa-lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi. Lubnan: Darul
Ilmi lil Malayiin.


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Dr. Umar Abdullah Kamil. 2008. Pengertian Sebenar Bidah. Kertas kerja
dibentangkan oleh Prof. Dr. Muhammad ibn Ismail Zain al-Yamani di dalam
Multaqa Tiga ulama Makkah al-Mukarramah di Dewan Besar Pusat Islam
Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan Yayasan Sofa Negeri
Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Februari 2008.


KAMUS

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.


LAMAN WEB


http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/62865-hukum-mengangkat-tangan-
danmengaminkan-doa-ketika-khutbah-jumaat.html.

http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=14736.

http://psittacula.wordpress.com/2007/09/28/jumaat-penghulu-segala-hari/.

http://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/tajuk7.htm.

http://groups.google.gl/group/sinarislam/msg/2892397d7a74ba02.

Anda mungkin juga menyukai