Anda di halaman 1dari 24

Topik 4 X Asbab

al-Nuzul

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pengertian sebab nuzul pada bahasa dan istilah;
2. Mengenal pasti petanda-petanda dan riwayat-riwayat sebab nuzul;
3. Menghuraikan pembahagian sebab nuzul; dan
4. Menyenaraikan faedah-faedah sebab nuzul.

X PENGENALAN
Mesej utama perbincangan kita ialah semata-mata memberikan gambaran asas
tentang asbab al-nuzul kepada anda dalam lima aspek penting. Ia termasuklah
makna sebab nuzul, fungsi mengetahui asbab nuzul, cara mengetahuinya, uslub-
uslub yang menunjukkan sebab nuzul dan Pembahagian sebab al-Nuzul.

4.1 DEFINISI ASBAB AL-NUZUL


Pengertian Sebab Nuzul
Pada bahasa ia bermaksud sebab-sebab turunnya ayat atau ayat-ayat Al-Quran
kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Yang dimaksudkan dengan sebab nuzul pada istilah adalah:


Sesuatu yang (kerananya) satu atau beberapa ayat diturunkan bagi
menjelaskannya atau menjelaskan hukumnya pada hari-hari terjadinya.
60 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

Maksudnya: Ia merupakan peristiwa yang terjadi pada masa Nabi SAW atau
pertanyaan yang diajukan kepada beliau, lalu turun satu atau beberapa ayat dari
Allah SWT untuk menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan peristiwa tersebut
atau untuk menjawab sesuatu peristiwa, merangkumi peristiwa itu merupakan
pertikaian yang sedang berlaku.

Seperti perbezaan pendapat antara suku Aus dan suku Khazraj lantaran hasutan
kaum Yahudi sehingga boleh mencetuskan pergaduhan. Susulan daripada
peristiwa tersebut, turun beberapa ayat berkaitan peristiwa tersebut yang ada
pada surah Al-Imran iaitu:

y‰÷èt/ Νä.ρ–Šãtƒ |=≈tGÅ3ø9$# (#θè?ρé& t⎦⎪Ï%©!$# z⎯ÏiΒ $Z)ƒÌsù (#θãè‹ÏÜè? βÎ) (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊃ ∪ t⎦⎪ÌÏ≈x. öΝä3ÏΖ≈oÿ‡Î)

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian


dari orangăorang yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan
kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.
(Surah. Ali Imran, 100)

Hingga beberapa ayat selepasnya, yang secara terang melarang umatnya


bercerai-berai, dan memerintahkan mereka saling menyayangi dan bersatu padu.

Atau peristiwa itu merupakan kesalahan ketara yang dilakukan oleh seseorang.
Misalnya seseorang yang sedang mabuk yang menjadi imam solat, yang belum
pulih daripada mabuknya, dan membaca surah al-Kafirun yang jelas salah
setelah membaca al-Fatihah lalu turun ayat;

tβθä9θà)s? $tΒ (#θßϑn=÷ès? 4©®Lym 3“t≈s3ß™ óΟçFΡr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θç/tø)s? Ÿω (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu
dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.
(Surah. An-NisaÊ: 43)

Atau peristiwa itu merupakan harapan ataupun keinginan yang kuat, seperti
peristiwa-peristiwa yang bertepatan dengan Umar r.a, yang telah disusun secara
khusus oleh sebahagian ulama. Sebagai contoh riwayat yang ditakhrij oleh Imam
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 61

Bukhari dan yang lain dari Anas r.a katanya, Umar berkata:‰ saya sama atau
bertepatan dengan tuhanku dalam tiga ayat. Saya berkata: Wahai Rasulullah,
bagaimana kalau kita jadikan sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Lalu
turun ayat:

( ’~?|ÁãΒ zΟ↵Ïδ≡tö/Î) ÏΘ$s)¨Β ⎯ÏΒ (#ρä‹ÏƒªB$#uρ

Maksudnya: Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.


(Surah Al-Baqarah,125)

Saya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteri-isterimu yang menghadap


kepada mereka adalah orang yang baik mahupun yang jahat. Bagaimanapun,
bila anda memerintah mereka memakai hijab, lalu turun ayat. Suatu ketika, isteri
Rasulullah SAW berkumpul dan mereka saling cemburu. Lalu aku berkata
kepada mereka:

£⎯ä3ΨÏiΒ #Zöyz %¹`≡uρø—r& ÿ…ã&s!ωö7ムβr& £⎯ä3s)¯=sÛ βÎ) ÿ…çμš/u‘ 4©|¤tã

Maksudnya: Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi
ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu.
(Surah At-Tahrim,5)

Jelas turunlah ayat seperti itu (surah At-Tahrim, 5)

Ayat Hijab yang dimaksud dalam riwayat itu adalah:

Surah al-Ahzab: 53

BΘ$yèsÛ 4’n<Î) öΝä3s9 šχsŒ÷σムχr& HωÎ) Äc©É<¨Ζ9$# |Nθã‹ç/ (#θè=äzô‰s? Ÿω (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

(#θè=z
ä ÷Š$$sù ÷Λä⎢ŠÏãߊ #sŒÎ) ô⎯Å3≈s9uρ çμ9tΡÎ) t⎦⎪ÌÏà≈tΡ uöxî

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-


rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-
nunggu waktu. Maksudnya: masak (makanannya), tetapi bila kamu diundang
maka masuklah sehingga akhir ayat.
62 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

Atau pertanyaan yang diajukan kepada Nabi SAW itu berkaitan dengan
peristiwa yang sudah lepas, sebagaimana firman Allah SWT pada surah Al-
Kahfi:

Maksudnya: Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang


Dzulkarnain. Katakanlah: aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya.
(Surah al-Kahfi:53)

Atau peristiwa yang telah terjadi. Misalnya firman Allah SWT di dalam surah
Al-IsraÊ:

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% ωÎ) ÉΟù=Ïèø9$# z⎯ÏiΒ ΟçFÏ?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ ÌøΒr& ô⎯ÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Ç⎯tã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepada kamu tentang roh. Katakanlah: roh itu
termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan
sedikit.
(Surah al-IsraÊ, 85)

Ataupun tentang peristiwa yang akan terjadi. Misalnya firman Allah SWT:

∩⊆⊄∪ $yγ9y™öãΒ tβ$−ƒr& Ïπtã$¡¡9$# Ç⎯tã y7tΡθè=t↔ó¡o„

Maksudnya: (Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari


berbangkit, bilakah terjadinya.
(Surah An-NaziÊat, 42)

Yang dimaksudkan pada frasa „pada hari terjadinya‰ adalah waktu-waktu ayat
Al-Quran turun membincangkan sebab itu, samada turunnya itu terjadi beberapa
ketika kemudian atau agak terlambat kerana beberapa hikmah, seperti yang
terjadi ketika kaum Quraisy bertanya kepada Rasulullah SAW tentang roh,
Ashhab al-Kahfi dan Dzulkarnain. Beliau menjawab: ‰Besok aku akan
memberitahu kepada kalian‰. Beliau tidak menggunakan pengecualian (yakni
dengan mengatakan kecuali bila Allah SWT menghendaki lain). Kemudian
wahyu terlambat turun kepada beliau, iaitu selama lima belas hari menurut
riwayat Ibn Ishaq, atau ada yang mengatakan tiga hari atau ada juga yang
mengatakan empat puluh hari. Sehingga hal itu membuat beliau risau.
Kemudian turun jawapan-jawapan untuk pernyataan tersebut dan diselang-seli
jawapan-jawapan itu Allah SWT membimbing Rasul-Nya untuk menggunakan
pengecualian dengan kehendak Allah SWT melalui firman-Nya:
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 63

#sŒÎ) š−/§‘ ä.øŒ$#uρ 4 ª!$# u™!$t±o„ βr& HωÎ) ∩⊄⊂∪ #´‰xî šÏ9≡sŒ ×≅Ïã$sù ’ÎoΤÎ) >™ô“($t±Ï9 £⎯s9θà)s? Ÿωuρ

∩⊄⊆∪ #Y‰x©u‘ #x‹≈yδ ô⎯ÏΒ z>tø%L{ ’În1u‘ Ç⎯tƒÏ‰ôγtƒ βr& #©|¤tã ö≅è%uρ |MŠÅ¡nΣ

Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu:


„Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi‰, kecuali dengan
menyebut Insyaallah dan ingatlah kepada tuhanMu jika kamu lupa dan
katakanlah: „Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang
lebih dekat kebenarannya dari ini‰.
(Surah al-Kahfi:23-24)

Kata-kata „pada hari terjadinya‰ dalam definisi di atas merupakan batasan yang
sangat perlu untuk mengecualikan ayat atau beberapa ayat yang turun pada
mulanya tanpa didahului oleh sebab, yang membincangkan sebahagian peristiwa
atau keadaan yang telah berlalu atau yang akan terjadi. Misalnya beberapa kisah
nabi-nabi terdahulu berserta umat mereka dan berita tentang hari kiamat dan
yang berkaitan dengannya. Hal ini hanya terdapat di dalam Al-Quran.

4.2 FUNGSI ASBAB AL-NUZUL


Ada yang menganggap bahawa tidak ada fungsi sama sekali mengetahui Asbab
al-Nuzul dan ia tidak lebih daripada sejarah bagi turunnya Al-Quran atau sejajar
dengan sejarah. Akan tetapi anggapan itu tidak tepat, kerana asbab al-Nuzul
memiliki beberapa fungsi, antaranya ialah:

(a) Mengetahui kebijaksanaan Allah SWT secara terperinci mengenai syariat


yang diturunkan-Nya. Ini memberikan manfaat samada untuk orang
mukmin atau orang kafir. Bagi orang mukmin, imannya akan bertambah
dan akan lebih bersemangat dalam melaksanakan hukum-hukum Allah
SWT, mempraktikkan Kitab-Nya kerana ia melihat dengan jelas
kemashalatan-kemashalatan dan peristiwa-peristiwa khusus yang berkaitan
dengan hukum-hukum itu, kerana itulah Al-Quran diturunkan. Bagi yang
kafir, dengan hukum yang tegas itu akan mendorongnya beriman apabila ia
menyedarinya, yakni apabila ia mengetahui bahawa syariat Islam
bertumpu pada pemeliharaan kemashalatan manusia, bukan berdasarkan
pemaksaan dan kezaliman. Lebih-lebih lagi ia mahu melihat proses dan
pentahapan turunnya ayat yang berkaitan dengan khamr (arak) yang telah
kami jelaskan.
64 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

(b) Membantu memahami ayat yang berkaitan dan menghilangkan kesamaran


berkaitan dengannya. Bahkan al-Wahidiy mengatakan: „Tidak mungkin
mengetahui tafsir sesuatu ayat tanpa menilik kisah dan penjelasan
mengenai peristiwa turunnya.‰ Sementara Ibn Taimiyyah mengatakan:
„Mengetahui sebab nuzul membantu memahami ayat yang bersangkutan,
kerana mengetahui sebab akhirnya mengetahui akibat.‰

Fungsi ini akan dijelaskan melalui 3 contoh:

(i) Firman Allah SWT; surah al-Baqarah ayat 115

∩⊇⊇∈∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ©!$# χÎ) 4 «!$# çμô_uρ §ΝsVsù (#θ—9uθè? $yϑuΖ÷ƒr'sù 4 Ü>ÌøópRùQ$#uρ ä−Ìô±pRùQ$# ¬!uρ

Maksudnya: Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun
kamu menghadap di situlah wajah (kiblat) Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Uslub ini secara zahir menunjukkan bahawa seseorang boleh melakukan


solat dengan menghadap ke mana sahaja dan tidak wajib baginya
menghadap ke arah Baitul Haram, baik dalam keadaan musafir mahupun
di rumah. Walau bagaimanapun, apabila ia mengetahui bahawa ayat ini
diturunkan berkaitan dengan solat sunat sadar secara khusus atau orang
yang solat berdasarkan ijtihadnya (dalam menentukan arah kiblat) yang
kemudian penentuannya itu ternyata salah, maka ia akan mengetahui
bahawa makna zahir itu tidaklah dimaksudkan dalam ayat ini. Apa yang
dimaksudkan ialah memberikan keringanan kepada musafir dalam
melakukan ibadat solat sunat atau orang yang berijtihad (dalam
menentukan arah kiblat), apabila telah melakukan solat ternyata
penentuannya itu salah. Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a. bahawa ayat ini
turun berkenaan dengan solat seorang musafir dalam kenderaan, ke mana
pun kenderaannya itu menghadap. Turut dikatakan bahawa beberapa
orang tidak mengetahui arah kiblat. Lalu mereka solat ke arah yang
berbeza-beza. Keesokan harinya, ternyata arah yang mereka tuju tidak
benar. Kemudian mereka dimaklumi. Ada juga yang mengatakan
sebaliknya. Akan tetapi yang saya sebutkan itu sudah cukup bagi anda.
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 65

(ii) Firman Allah SWT; surah al-Imran ayat 188

(#θè=yèøtƒ öΝs9 $oÿÏ3 (#ρ߉yϑøtä† βr& tβθ™6Ït䆨ρ (#θs?r& !$yϑÎ/ tβθãmtøtƒ t⎦⎪Ï%©!$# ¨⎦t⎤|¡øtrB Ÿω

∩⊇∇∇∪ ÒΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝßγs9uρ ( É>#x‹yèø9$# z⎯ÏiΒ ;οy—$xyϑÎ/ Νåκ¨]u;|¡øtrB Ÿξsù

Maksudnya: Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang


yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka
supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah
kamu menyangka bahawa mereka terlepas daripada seksa dan bagi
mereka seksa yang pedih.

Ia mengatakan jika tepat setiap orang yang gembira dengan apa yang telah
dikerjakannya dan suka dipuji terhadap yang belum dikerjakannya akan
diseksa, maka kita semua juga akan terkena seksa. Ia tetap keliru dengan
pemahaman seperti itu sehinggalah Ibn Abbas menjelaskan kepadanya
bahawa ayat itu turun berkaitan dengan kaum Yahudi, yakni mereka
ditanya oleh Nabi Muhammad SAW tentang sesuatu, mereka
menyembunyikannya dan memberitahukan yang lain kepada beliau.
Mereka memperlihatkan telah memberitahu perkara itu kepada Nabi
Muhammad SAW dan mereka mahu beliau memuji mereka. Saat itulah ia
memahami apa yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT di atas.

(iii) Urwah ibn al-Zubair berasa sukar memahami kefardhuan sai antara Safa
dan Marwah yang ada pada firman Allah SWT; surah al-Baqarah ayat 158.

yy$oΨã_ Ÿξsù tyϑtFôã$# Íρr& |MøŠt7ø9$# ¢kym ô⎯yϑsù ( «!$# ÌÍ←!$yèx© ⎯ÏΒ nοuρöyϑø9$#uρ $x¢Á9$# ¨βÎ) *

4 $yϑÎγÎ/ š’§θ©Ütƒ βr& Ïμø‹n=tã

Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada


syiar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau
berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya.
(Surah al-Baqarah ayat 158).

Kesulitan itu muncul kerana ayat itu menafikan dosa dan penafian dosa itu
menurutnya tidak selari dengan kefardhuan. Ia tetap berasa sukar
memahaminya sehingga ia bertanya kepada pembantunya, Aisyah r.a.
66 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

memberikan pengertian kepadanya, bahawa penafian dosa di situ, tidak


menafikan kefardhuan. Penafian dosa itu hanya menafikan perasaan yang
menyelinap di hati kaum muslimin ketika itu bahawa sai antara Safa dan
Marwah merupakan amalan Jahiliyyah, akibat terdapatnya di Safa berhala
bernama „ISAF‰, manakala di Marwah terdapat berhala bernama
„NAÊILAH‰. Kaum musyrikin ketika bersai antara keduanya selalu
mengusap-usap kedua berhala itu. Kemudian ketika munculnya Islam
berhala-berhala itu telah dihancurkan, kaum muslimin berasa berdosa
untuk melakukan sai antara keduanya. Lalu turunlah ayat di atas.
Demikianlah sebahagian riwayat menyebutkan.

Akan tetapi, di dalam Sahih Bukhari terdapat riwayat: Lalu Urwah berkata
kepada Aisyah: Bagaimana menurut anda pengertian firman Allah SWT:

yy$oΨã_ Ÿξsù tyϑtFôã$# Íρr& |MøŠt7ø9$# ¢kym ô⎯yϑsù ( «!$# ÌÍ←!$yèx© ⎯ÏΒ nοuρöyϑø9$#uρ $x¢Á9$# ¨βÎ) *

4 $yϑÎγÎ/ š’§θ©Ütƒ βr& Ïμø‹n=tã

Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah sebahagian syiar


Islam. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah,
maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya. (Surah al-
Baqarah ayat 158)

Demi Allah, seseorang tidak berdosa sekiranya tidak mengerjakan sai


antara keduanya. Aisyah berkata: Sungguh buruk perkataanmu itu. Ayat
itu, seandainya seperti itu, tentu akan berbunyi:

Maka tidak ada dosa baginya tidak bersai antara keduanya.

Ayat itu turun berkaitan dengan kaum Ansar. Sebelum masuk Islam
mereka berhaji kerana berhala „Manah al-Thagiyah‰ yang mereka sembah
di „Musyallal. Mereka yang pernah melakukannya berasa berdosa
melakukan sai antara keduanya. Setelah mereka masuk Islam, mereka
bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara itu. Mereka berkata:
Wahai Rasulullah SAW kami berasa berdosa melakukan sai antara
keduanya. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat di atas. Aisyah berkata:

„Rasulullah SAW mensyariatkan sai antara keduanya. Kerana itu, tidak


seorang pun boleh meninggalkan sai antara keduanya‰.
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 67

Begitulah yang hendak kami jelaskan untuk anda. „Manah al-Thaqhiyah‰


adalah nama berhala, merupakan batu hitam yang diletakkan oleh Amr
Ibn Lahy ke arah laut dan mereka sembah. „Mushalal‰ merupakan nama
tempat dekat Qudaid dari atas laut. Qudaid merupakan sebuah desa yang
terletak antara Mekah dan Madinah. Sedang kata „SANNA‰ dalam
riwayat di atas maknanya mensyariatkan atau mewajibkan berdasarkan
sunnah, bukan berdasarkan al-Kitab.

Riwayat ini, - seperti yang anda lihat - menunjukkan bahawa „Urwah


memahami kalimat‰ Maka tidak ada dosa baginya melakukan sai antara
keduanya, bahawa dosa juga dinafikan lantaran tidak melakukan sai
antara keduanya. Dengan demikian, kefardhuannya juga dinafikan.
Nampaknya, ia mendasari pemahamannya itu pada kenyataan bahawa
umumnya penafian dosa digunakan untuk perkara yang mubah. Manakala
Aisyah r.a. memahami kefardhuan sai antara keduanya berdasarkan
sunnah, dan bahawa kalimah „Maka tidak ada dosa baginya melakukan
sai antara keduanya‰ tidak menafikan kefardhuannya, seperti yang
difahami oleh ÂUrwah. Yang menafikannya sepatutnya adalah kalimat:
„Maka tidak ada dosa baginya tidak melakukan sai antara keduanya.
‰Penafian dosa dalam ayat itu ditujukan kepada sai antara Safa dan
Marwah. Kerana (perasaan) dosa itulah yang menghantui hati kaum
Ansar. Ini ditunjukkan oleh sebab nuzul ayat yang disebutkan oleh Aisyah.
Renungkanlah hal ini:-

(i) Menolak andaian berlakunya hashr (pembatasan) daripada ungkapan


yang secara zahir menampakkan adanya pembatasan hashr.

Misalnya firman Allah SWT dalam surah al-AnÊam 145:

šχθä3tƒ βr& HωÎ) ÿ…çμßϑyèôÜtƒ 5ΟÏã$sÛ 4’n?tã $·Β§ptèΧ ¥’n<Î) z©Çrρé& !$tΒ ’Îû ߉É`r& Hω ≅è%

ÎötóÏ9 ¨≅Ïδé& $¸)ó¡Ïù ÷ρr& ê[ô_Í‘ …çμ¯ΡÎ*sù 9ƒÍ”∴Åz zΝóss9 ÷ρr& %·nθàó¡¨Β $YΒyŠ ÷ρr& ºπtGøŠtΒ

4 ⎯ÏμÎ/ «!$#

Maksudnya: Katakanlah: tiada aku peroleh dalam wahyu yang


diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah
yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu
kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain nama Allah.
(Surah Al-AnÊam,145)
68 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

Al-SyafiÊi berpendapat bahawa hashr dalam ayat itu tidak menjadi


tujuan. Untuk menolak anggapan berlakunya hashr itu, beliau
bertumpu pada kenyataan bahawa ayat itu turun berkaitan dengan
kaum kafir yang degil kecuali mengharamkan yang dihalalkan oleh
Allah dan mengharamkan yang diharamkan-Nya kerana
kebongkakan dan sikap permusuhan mereka kepada Allah SWT dan
Rasul-Nya, lalu turunlah ayat yang mengandungi bentuk hashr
sebagai sanggahan dari Allah SWT dan Rasul-Nya, bukan hashr itu
sendiri yang dimaksudkan.

As-Subki mengutip dari Al-SyafiÊi bahawa beliau berkata yang lebih


kurang berbunyi: „Sesungguhnya kaum kafir, ketika mereka
mengharamkan yang dihalalkan oleh Allah dan menghalal yang
diharamkan oleh-Nya serta mereka bersikap menentang dan
memusuhi, maka turunlah ayat ini untuk menyanggah mereka.
Sehingga Allah seakanăakan mengatakan: „Tidak ada yang halal
kecuali yang tuan haramkan dan tidak ada yang haram kecuali yang
kalian halalkan‰. Semakna ungkapan seseorang kepada anda: „Hari
ini kamu jangan makan yang manis-manis‰. Lalu anda mengatakan:
„Hari ini aku tidak akan makan kecuali yang manis-manis‰.
Tujuannya adalah menyanggah, bukan penafian atau penegasan.
Seakan-akan Allah SWT berfirman:

„Tidak ada yang haram kecuali yang kalian halalkan, iaitu bangkai,
darah daging babi, dan yang disembelih selain nama Allah‰

Dia tidak bermaksud menghalalkan selainnya kerana yang menjadi


tujuan adalah yang menegaskan keharamannya, bukan menegaskan
kehalalan (yang selainnya).

Imam al-Haramain berkata: ÂIni sangat bagusÊ. Sekiranya Imam Al-


SyafiÊi sejak awal tidak mengungkapkan hal ini, tentu kita tidak akan
memperbolehkan berada dengan Imam Malik dalam membatasi hal-
hal yang diharamkan pada apa yang disebutkan oleh ayat itu saja.

(ii) Mentakhsiah hukum dengan sebab nuzul, menurut mereka yang


berpendapat bahawa ketentuan (al-Âibrah) berlaku untuk kekhususan
sebab, bukan keumuman lafaznya. Ayat-ayat zihar pada awal surah
al-Mujadilah-yang telah kami sebutkan-sebabnya adalah bahawa Aus
Ibnu al-Samit menzihar isterinya, Khaulah binti Hukaim ibn SaÊlabah.
Hukum yang ada pada ayat itu hanya berlaku untuk keduanya saja
(menurut pendapat ini). Sedang yang lain boleh diketahui melalui
dalil lain, baik dengan qiyas atau yang lain. Jelas sekali, bahawa tidak
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 69

mungkin mengetahui yang dimaksud oleh hukum itu dan qiyasnya


kecuali diketahui sebabnya. Tanpa mengetahui sebab nuzulnya, ayat
itu tak berfungsi sama sekali.

(iii) Mengetahui bahawa sebab nuzul tidak keluar dari hukum yang
terkandung dalam ayat yang bersangkutan bila ada yang
mentakhsisnya. Hal ini kerana adanya Âijmak, bahawa hukum sebab
tetap berlaku. Sehingga takhsiah berlaku secara terbatas selain
daripadanya. Jadi seandainya sebab nuzul tidak diketahui, tentu
boleh difahami bahawa ia akan keluar berdasarkan takhsis padahal
sebenarnya tidak boleh dikeluarkan secara pasti berdasarkan Âijmak
tersebut. Oleh kerana itu, Imam al-Ghazali di dalam Mustasfa
mengatakan: „Oleh kerana itu, beliau mengisyaratkan larangan
mengeluarkan sebab melalui hukum yang terkandung dalam takhshis
berdasarkan ijtihad. Abu Hanifah melakukan kesalahan dalam
mengeluarkan amat yang hamil, dari sabda Nabi SAW: „Anak bagi
ibu yang mengandung‰ Khabar ini berlaku berkenaan dengan puteri
ZaniÊah, ketika Abd ibn ZaniÊah berkata: Dia adalah saudaraku dan
putera dari anak yang dilahirkan (dari) ayahku, yakni dari amat
(hamba) yang dimilikinya. Lalu Nabi SAW bersabda: „anak itu milik
yang melahirkan. Sedang lelaki-lelaki yang menghamili hanya berhak
mengasuh. ‰Sehingga beliau menetapkan pemilikan bagi amat itu.
Sedang Abu Hanifah tampaknya tidak mendengar adanya sabab
(wurudnya). Sehingga beliau mengeluarkan amat dari keumuman
berkenaan dengannya‰. Demikian pernyataan Imam al-Ghazali.

(iv) Mengetahui orang yang secara khusus ayat itu turun berkenaan
dengannya, sehingga tidak akan terjadi kesimpang-siuran yang
mengakibatkan kesalahfahaman (umpamanya). Oleh kerana itu,
AiÊsyah menganggap Marwan ketika ia menuduh saudaranya,
Abdurrahman ibn Abu Bakar, bahawa Abdurrahman adalah orang
yang berkaitan dengan turunnya ayat:

!$yϑä3©9 7e∃é& Ïμ÷ƒt$Î!≡uθÏ9 tΑ$s% “Ï%©!$#uρ

Maksudnya: Dan orang yang berkata kepada kedua orang ibu


bapanya: Cis bagi kamu berdua.
(Surah Al-Ahqaf, 17)
70 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

Aisyah berkata: „Demi Allah, bukan dia yang berkaitan dengan


ayat itu. Seandainya aku ingin, aku bisa menyebutkan siapa dia‰.
Sampai akhir kisah itu.

(v) Memudahkan hafalan, pemahaman dan peneguhan wahyu dalam hati


setiap yang mendengarnya. Ini kerana perkaitan antara sebab dan
akibat, antara hukum dengan peristiwanya, suatu peristiwa dengan
persoalan-persoalannya, masa ataupun tempatnya merupakan
sebahagian faktor kukuhnya hal-hal itu dalam jiwa, sehingga mudah
mengingatnya. Ini jelas diakui dalam ilmu psikologi.

4.3 CARA MENGETAHUI ASBAB AL-NUZUL


Tidak ada cara lain untuk mengetahui sebab nuzul selain riwayat yang sahih. Al-
Wahidi, dengan sanadnya sendiri, meriwayatkan dari ibn Abbas, katanya:
Rasulullah SAW bersabda:

Berhati-hatilah (dalam meriwayatkan) hadis, kecuali yang benar-


benar kalian ketahui sebab barangsiapa mendustakan atas diriku
secara sengaja, maka hendaklah bersiap-siap menempah neraka.
Dan barangsiapa berdusta atas Al-Quran tanpa ilmu, maka (juga)
hendaklah bersiap-siap menempah neraka.

Dari dasar inilah, tidak boleh mengatakan sesuatu tentang sabab nuzul kecuali
dengan meriwayatkan dan mendengar dari mereka yang menyaksikan turunnya
Al-Quran, mengetahui sebab-sebabnya dan menelitinya.

Dengan demikian, bila sebab nuzul diriwayatkan dari seorang sahabat maka
boleh diterima, meskipun tidak dikuatkan dengan riwayat lain. Hal itu kerana
pernyataan seorang sahabat mengenai persoalan yang tidak menjadi lapangan
ijtihad, hukumnya marfuÊ, kerana sangat tidak mungkin, seorang sahabat
menjelaskan hal itu dari dirinya sendiri, sementara hal itu sumbernya hanya
mendengar dan meriwayatkan atau menyaksikan dan mengalihkan.

Adapun bila sebab nuzul diriwayatkan melalui hadis mursal, yakni dari jaluran
sanadnya gugur seorang sahabat dan hanya sampai tabiÊi, hukumnya tidak dapat
diterima kecuali bila berstatus sahih dan dikukuhkan dengan hadis mursal lain,
dan yang meriwayatkannya termasuk imam tafsir yang mengambil riwayat dari
sahabat, seperti Mujahid, Ikrimah dan Saied ibn Jubair.
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 71

4.4 USLUB-USLUB ASBAB AL-NUZUL


Ulama menggunakan uslub berbeza-beza untuk menunjukkan sabab nuzul.
Kadang-kadang digunakan:

(a) Uslub yang secara terang menggunakan kata sabab, misalnya dikatakan:
„sabab nuzul ayat ini adalah begini begini‰. Uslub seperti ini adalah teks
yang jelas dalam menyatakan sabab, dan tidak mengandungi gambaran
pengertian-pengertian lain.

(b) Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas, akan tetapi
digunakan kata faÊ yang termasuk ayat yang turun setelah menjelaskan
suatu peristiwa. Uslub ini sama dengan yang sebelumnya dalam hal yang
menunjukkan sabab nuzul. Misalnya riwayat yang sebentar lagi akan kami
paparkan.

(c) Pada masa lain, Rasulullah SAW ditanya, lalu wahyu turun dan beliau
menjawab pertanyaan itu dengan wahyu tersebut, tanpa ada uslub yang
mengandungi kata sabab juga tanpa ada kata faÊ, tetapi makna sabab dapat
difahami daripada konteks ayat itu. Misalnya riwayat ibn MasÊud yang
akan kami sebutkan, ketika Nabi SAW ditanya tentang roh. Ini juga diberi
ketentuan seperti yang mengandungi kata sabab secara tegas.

(d) Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas mengandungi kata
sabab, tidak disertai dengan faÊd an juga tidak berkaitan dengan jawapan
dari persoalan yang ditujukan kepada Nabi SAW, tetapi dikatakan: Ayat ini
turun mengenai masalah ini (misalnya). Uslub seperti ini tidak merupakan
uslub yang secara jelas menunjukkan sabab nuzul, tetapi hanya mungkin
menunjukkannya dan mungkin juga menunjukkan yang lain, iaitu
penjelasan kandungan hukumnya dan pengertiannya. Hanya petanda-
petanda yang ada yang menegaskan mana diantara dua kemungkinan itu
yang paling tepat atau paling kuat.

Dari sini kita dapat ketahui, bahawa bila ada dua uslub mengenai ayat yang
sama, yang satu secara jelas menunjukkan sabab nuzul ayat atau beberapa ayat
dan yang kedua tidak secara jelas, yang jelas itulah yang kita ambil sebagai sabab
nuzul, dan yang tidak menunjukkannya secara jelas kita fahaminya sebagai
penjelasan terhadap kandungan ayat yang berkaitan, kerana yang menunjukkan
sabab secara jelas lebih kuat daripada yang tidak jelas.

Misalnya: Riwayat yang ditakhrij oleh Imam Muslim dari Jabir, katanya: Kaum
Yahudi mengatakan: „Siapa yang menyetubuhi isterinya dari arah belakang ke
72 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

dalam (qubul), maka anaknya akan juling (matanya). Lalu Allah SWT
menurunkan firman-Nya:

©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 ö/ä3Å¡àΡL{ (#θãΒÏd‰s%uρ ( ÷Λä⎢÷∞Ï© 4’¯Τr& öΝä3rOöym (#θè?ù'sù öΝä3©9 Ó^öym öΝä.äτ!$|¡ÎΣ

∩⊄⊄⊂∪ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9#$ ÌÏe±o0uρ 3 çνθà)≈n=•Β Νà6¯Ρr& (#þθßϑn=ôã$#uρ

Maksudnya: Isteri-isteri kamu adalah (seperti) tanah kamu bercucuk tanam,


maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana kamu kehendaki
dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu, dan taqwalah kepada Allah dan
ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah, 223)

Juga riwayat yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari ibn Umar, katanya: Ayat di
atas diturunkan berkenaan masalah menyetubuhui isteri melalui duburnya.

Yang digunakan ketika menjelaskan sabab nuzul ayat itu adalah riwayat Jabir,
kerana secara terang menunjukkan sabab nuzul. Manakala riwayat Ibn Umar
diertikan sebagai penjelasan tentang hukum menyetubuhi isteri melalui dubur,
iaitu haram kerana mengambil daripada pengertian itu.

Adapun apabila perbezaan terjadi atau beberapa riwayat yang tidak memiliki
uslub jelas walaupun sedikit, misalnya sebahagian mufassir mengatakan: Ayat
ini turun mengenai hal ini, sedang yang lain mengatakan: Ayat ini turun
mengenai hal ini, juga tidak ada penunjuk yang menunjukkan salah satunya
kepada makna sabab nuzul, maka kedua riwayat itu difahami sebagai penjelasan
kandungan hukum ayat yang bersangkutan dan tidak ada alasan sedikit pun
untuk memahami salah satunya sebagai yang menunjukkan makna sabab.

4.5 PEMBAHAGIAN NUZUL AL-QURAN


BERSEBAB
Secara lebih terperinci, berkaitan dengan sebab Nuzul Al-Quran dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian berikut:
(a) Satu ayat satu sebab Nuzul.
(b) Satu ayat beberapa sebab Nuzul.
(c) Satu sebab nuzul untuk ayat banyak.
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 73

Satu Ayat Satu Sebab Nuzul

Ia bermaksud penurunan satu ayat untuk satu sebab nuzul atau ia memiliki
sebab sahaja. Hal ini didapati berlaku pada sesetengah ayat yang telah
diturunkan dengan pernyataan dan riwayat sebab nuzul yang jelas tanpa ada
banyak riwayat yang menghubungkan dengan asbab nuzul lain. Antara contoh
lain ialah ketika turunnya ayat 214 surah As-SyuÊaraÊ yang bermaksud: „Dan
berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat‰. Nabi
telah menaiki Bukit Safa lalu baginda berseru: ÂWahai kaumku sekalian!Ê. Maka
mereka semua berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru lagi:
ÂBagaimana pendapat kamu bila aku memberitahu kepada kamu bahawa di
sebalik bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu,
percayakah kamu terhadap kata-kataku ini?Ê Mereka menjawab: ÂKami belum
pernah mendapati kamu berdustaÊ. Lantaran itu Nabi menyambung kata-
katanya: ÂAku memperingatkan kamu kepada azab yang pedihÊ Maka ketika itu
Abu Lahab bangun lantas berkata: ÂCelakalah engkau: Apakah engkau
mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini?Ê Maka turunlah surah al-
Masad sebagaimana firman Allah:

#Y‘$tΡ 4’n?óÁu‹y™ ∩⊄∪ |=|¡Ÿ2 $tΒuρ …ã&è!$tΒ çμ÷Ψtã 4©o_øîr& !$tΒ ∩⊇∪ ¡=s?uρ 5=yγs9 ’Î1r& !#y‰tƒ ôM¬7s?

∩∈∪ ¤‰|¡¨Β ⎯ÏiΒ ×≅ö7ym $yδω‹Å_ ’Îû ∩⊆∪ É=sÜysø9$# s's!$£ϑym …çμè?r&tøΒ$#uρ ∩⊂∪ 5=oλm; |N#sŒ

Terjemahan: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama


hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. Ia akan
menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya seorang
pemugah kayu api. Di lehernya sejenis tali dari tali yang dipintal.
(Surah al-Masad, 1-5)

Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab
yang mencaci dan mencela Nabi. Riwayat yang berkaitan dengan sebab nuzul
ayat itu adalah jelas.

Satu Ayat dan Beberapa Sebab Nuzul

Ia bermaksud terdapat beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat.


Dalam hubungan inilah yang ada sebab turunnya, maka didapati sebahagian
daripadanya dikatakan turunnya disebabkan oleh lebih daripada satu sebab
walaupun dalam setengah keadaan sebab yang diterima hanya satu sahaja.
74 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

Dalam hubungan ini, perbahasan ialah berkaitan dengan topik dan skop: Sebab
penurunan lebih daripada satu, tetapi ayat yang turun hanya satu sahaja.

Perbincangan masalah ini berlaku ialah apabila terdapat dua atau lebih riwayat
mengenai satu ayat Al-Quran yang diturunkan. Justeru untuk menghuraikan
permasalahan dan untuk mencari penyelesaiannya, maka huraiannya hendaklah
dengan berkisar salah satu daripada enam keadaan berikut:

Pertama: Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang sebab
nuzul, namun begitu daripada semua itu satu daripadanya adalah riwayat yang
sahih atau juga bermaksud apabila salah satu daripada dua riwayat adalah nyata
dan jelas sahih sedangkan riwayat yang satu lagi adalah tidak jelas dan tidak
munasabah. Untuk itu, maka hendaklah diterima riwayat yang sahih itu sebagai
sebab sebenar kepada turunnya ayat. Antara contoh berlakunya masalah ini
sebagaimana dua riwayat berikut:

(i) Riwayat pertama: Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan
Muslim daripada Jundub al-Bajali:

Terjemahan: Nabi mengalami sakit menyebabkan dua atau tiga malam


Baginda tidak bangun sembahyang malam. Maka datanglah seorang wanita
menemui baginda dan berkata: Wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu
telah meninggalkanmu sepanjang dua atau tiga malam ini ia tidak
menghampirimu lagi‰.

Maka Allah menurunkan ayat:

∩⊂∪ 4’n?s% $tΒuρ y7•/u‘ y7t㨊uρ $tΒ ∩⊄∪ 4©y√y™ #sŒÎ) È≅ø‹©9$#uρ ∩⊇∪ 4©y∏‘Ò9$#uρ

Maksudnya: Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi-(bahawa)


Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Ia tidak benci
(kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Surah al-Dhuha:1-3)

(ii) Riwayat kedua: Hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah
daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya daripada budak perempuan
pembantu rumah Nabi yang meriwayatkan:

Terjemahan: Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah Nabi lalu
masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 75

hari wahyu tidak turun kepada baginda. Maka baginda bersabda: „Wahai
Khaulah apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah ini? sehingga Jibril tidak
datang kepadaku?‰ Maka aku berkata dalam diriku: „Alangkah baiknya
sekiranya aku mengemas rumah ini dan menyapunya‰. Lalu aku menyapu
di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak anjing.
Selepas itu Nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah Nabi
apabila turunnya wahyu, baginda terketar-ketar.

Maka Allah menurunkan ayat:

∩⊂∪ 4’n?s% $tΒuρ y7•/u‘ y7t㨊uρ $tΒ ∩⊄∪ 4©y√y™ #sŒÎ) È≅ø‹©9$#uρ ∩⊇∪ 4©y∏‘Ò9$#uρ

Maksudnya: Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi-bahawa


Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak membenci (kepadamu
sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Surah al-Dhuha: 1-3)

Berkaitan dengan riwayat kedua ini, Ibn Hajar di dalam sahih Bukhari ada
berkata: „Tentang lewatnya datang wahyu atau lambat Jibril datang kepada
Nabi disebabkan ada bangkai anak anjing di rumah Baginda adalah
masyhur‰. Namun begitu, kisah tersebut untuk dijadikan sebagai sebab
nuzul merupakan suatu yang aneh atau Gharib ia juga tidak sesuai dengan
martabat Nabi.

Untuk itu, daripada kedua-dua riwayat tersebut, kita perlulah


menggunakan dan mengambil riwayat pertama sebagai sebab turunnya
ayat tersebut. Hal yang demikian kerana riwayat pertama jelas
kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di
dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak dinyatakan namanya (Rawi
majhul). Justeru, riwayat pertama seharusnya diterima sebagai sahih kerana
memandangkan autoriti riwayatnya daripada Imam Bukhari dan Muslim.

Kedua: Sekiranya kedua-dua riwayat yang diterima adalah sahih, namun antara
keduanya masih boleh ditarjihkan di antara salah satu daripada keduanya
disebabkan salah satunya lebih sahih diantara yang lain. Ataupun juga
disebabkan perawi di dalam riwayat pertama telah menyaksikan sendiri kejadian
tersebut, justeru dalam keadaan tersebut maka riwayat itu adalah tidak syak lagi
dan ia seharusnya diterima sebagai sebab nuzul ayat. Sebagai contohnya,
sebagaimana riwayat berikut:
76 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

(i) Riwayat pertama: Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada ibn MasÊud
berkata:

Terjemahan: Satu ketika aku berjalan bersama Nabi di Madinah, Baginda


bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan
sekumpulan orang Yahudi, salah seorang daripada mereka berkata:
ÂCubalah kamu tanya sesuatu kepadanya (Nabi). Lalu mereka bertanya:
Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri dalam diam sejenak dan
mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun kepada
Baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu.

Selepas itu Baginda bersabda sebagaimana firman Allah:

’În1u‘ ÌøΒr& ô⎯ÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Ç⎯tã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepada kepadamu (wahai Muhammad)


tentang roh. Katakanlah: ÂRoh itu dari perkara urusan TuhankuÊ⁄
(Surah al-IsraÊ:85)

(ii) Hadis daripada ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi katanya:

Terjemahan: Orang-orang Quraish berkata kepada orang Yahudi: ÂBerilah


kepada kami sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (Nabi
Muhammad)Ê. Mereka menjawab: ÂTanyalah kepadanya tentang rohÊ. Maka
mereka pun bertanya kepada Nabi.

Maka Allah menurunkan ayat:

’În1u‘ ÌøΒr& ô⎯ÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Ç⎯tã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang


roh. Katakanlah ÂRoh itu dari perkara urusan Tuhanku⁄.Ê ⁄
(Surah al-IsraÊ:85)

Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih


berbanding riwayat kedua. Hal tersebut kerana pendapat pertama diriwayatkan
oleh al-Bukhari yang dinilai oleh ulama sebagai riwayat yang lebih sahih
berbanding riwayat orang lain seperti riwayat al-Tirmizi dalam riwayat kedua.
Antara lain juga dalam riwayat pertama menjelaskan bahawa ibn MasÊud ada
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 77

bersama Nabi ketika peristiwa penurunan ayat tersebut berlaku dan beliau
menyaksikan sendiri keadaan itu. Oleh sebab itu, riwayat pertama diterima
sebagai sebab nuzul ayat tersebut.

Ketiga: Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, dan di antara kedua-dua


riwayat tersebut pula tidak dapat ditarjihkan di antara satu sama lain, maka
dalam keadaan tersebut hendaklah diterima kedua-dua riwayat tersebut sebagai
sebab nuzul. Walaubagaimanapun dalam konteks ini, kita hendaklah beralasan
bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua peristiwa atau
sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran. Sebagai
contohnya ialah:

(i) Riwayat pertama: Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah
daripada Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya
berlaku sumbang dengan Syuraik Ibn ShamaÊ di hadapan Rasulullah s.a.w.
Lalu baginda bersabda kepada Hilal:

Terjemahan: Bawakan bukti atau belakang kamu akan disebat‰. Hilal


berkata, „Wahai Rasulullah s.a.w: Bagaimana keadaannya kalau seseorang
itu mendapati isterinya berlaku sumbang dengan seseorang lelaki, adakah ia
perlu membawa keterangan atau saksi juga?

Maka turunlah Jibril menurunkan ayat kepada Baginda.

Sebagaimana firman Allah:

öΝßγÝ¡àΡr& HωÎ) â™!#y‰pκà− öΝçλ°; ⎯ä3tƒ óΟs9uρ öΝßγy_≡uρø—r& tβθãΒötƒ t⎦⎪Ï%©!$#uρ

Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang


mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya
dirinya sendiri⁄
(Surah al-Nur: 6)

(ii) Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh imam al-Bukhari dan
Muslim. Lafaz hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl Ibn
SaÊad:

Kedua-dua riwayat tersebut sama-saam sahih, oleh itu, kita hendaklah


mengambil kedua-dua riwayat itu sebagai sebab nuzul ayat berkenaan. Hal
itu kerana kedua-dua peristiwa itu adalah berlaku dalam jarak waktu
berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita boleh mengatakan bahawa
78 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

orang pertama yang bertanya ialah Hilal Ibn Umaiyyah, kemudian


pertanyaan tersebut pula diikuti oleh Uwaymir sebelum jawapan diberikan.
Dalam jarak tempoh tersebutlah Allah menurunkan ayat.

Keempat: Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih dan


tidak dapat ditarjihkan di antara satu sama lain serta ia juga tidak dapat
dikumpulkan serentak disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku
peristiwa antara keduanya adalah jarak masa yang jauh. Maka dalam konteks ini,
kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan berulang
kali dengan berasaskan sebab penurunannya juga lebih daripada satu.
Contohnya ialah:

(i) Riwayat pertama: Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-
Bazzar daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
berdiri di samping mayat Hamzah yang gugur syahid di Uhud dalam
keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu Baginda bersabda:

Terjemahan: Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari


kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau.

Maka disaat itu Jibril menurunkan ayat terakhir daripada Surah an-Nahl
sedang Nabi masih berdiri dekat jenazah Hamzah iaitu sebagaimana firman
Allah:

( ⎯ÏμÎ/ ΟçFö6Ï%θãã $tΒ È≅÷VÏϑÎ/ (#θç7Ï%$yèsù óΟçGö6s%%tæ ÷βÎ)uρ

Maksudnya: Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah


kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan
kepada kamu⁄
(Surah al-Nahl, 126)

(ii) Riwayat kedua: Hadis riwayat al-Tirmizi dari al-Hakim daripada Ubai Ibn
KaÊab yang berkata:

Terjemahan: Ketika berlangsungnya perang Uhud di mana 64 orang Ansar


dan enam orang Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelar
tubuhnya, maka berkatalah golongan Ansar: ÂSekiranya suatu hari nanti
kami berjaya menimpakan kemalangan seumpama ini terhadap mereka
(orang kafir) nescaya pasti kami akan mengajar mereka secukup-cukupnya.
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 79

Ketika hari pembukaan kota Makkah maka Allah menurunkan ayat:

Terjemahan: Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah


kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan
kepada kamu⁄
(Surah al-Nahl, 126)

Daripada kedua-dua riwayat ini, kita tidak boleh mengumpulkan dan tidak
boleh menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut. Hal itu kerana
diantara kedua peristiwa dan sebab nuzul berlaku dalam jarak waktu yang
terlampau jauh. Di mana dalam riwayat pertama peristiwa dan sebab nuzulnya
mengenai perang Uhud, manakala dalam riwayat kedua pula mengenai
pembukaan kota Makkah. Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke- 3 Hijrah
manakala pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke-8 Hijrah. Jadi di
dalam konteks ini kita hendaklah membuat rumusan dan kesimpulan bahawa
ayat tersebut diturunkan dua kali iaitu kali pertama sewaktu berlaku peperangan
Uhud dan kali keduanya pula sewaktu pembukaan kota Makkah.

Kelima: Apabila kedua-dua riwayat atau ungkapan atau lafaz itu tidak tegas.
Contohnya perawi berkata: „Aku mengira ayat ini diturunkan mengenai hal ini‰.
Atau perawi berkata: Aku mengira ayat ini diturunkan mengenai hal iniÊ. Maka
dalam hal seperti itu, tidak ada sebarang percanggahan di antara riwayat-riwayat
itu kerana sebab atau maksud riwayat-riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan
atau pentafsiran di mana perkara itu terkandung di dalam makna ayat. Untuk
itu ia bukannya menyatakan tentang sebab nuzul, kecuali terdapat qarinah
daripada salah satu riwayat yang membawa maksud penjelasan tentang sebab
nuzul.

Keenam: Apabila salah satu daripada ungkapan riwayat itu tidak tegas.
Contohnya perawi berkata: „Ayat ini diturunkan mengenai perkara ini‰.
Sedangkan riwayat yang satu lagi atau dalam riwayat yang lain menyatakan atau
menyebutkan tentang sebab nuzul dengan tegas yang berbeza daripada riwayat
pertama yang tidak jelas itu. Maka yang menjadi pegangan ialah riwayat yang
menyebutkan sebab nuzul dengan tegas manakala riwayat yang lain-lain itu
dikira sebagai termasuk dalam hukum ayat. Sebagai contohnya ialah riwayat
yang berkaitan dengan sebab nuzul sebagaimana firman Allah:

Terjemahan: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh sebab
itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai⁄
(Surah al-Baqarah ayat, 233)

(i) Riwayat pertama: Sebagaimana hadis daripada NafiÊ yang diriwayatkan


oleh Bukhari katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca ayat
80 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

surah al-Baqarah ayat 233: „Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman
kamu, oleh sebab itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai‰⁄Maka Ibn Umar berkata kepadaku: ÂTahukah engkau tentang
apakah ayat ini diturunkan?Ê Aku menjawab: ÂTidak tahuÊ. Ibn Umar
berkata: ÂAyat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhi isteri dari
arah belakangÊ.

Apabila diteliti dan dinilai bentuk ungkapan dan ucapan riwayat daripada
ibn Umar itu adalah tidak tegas untuk menunjukkan sebab nuzul. Dalam hal
ini, berkaitan dengan sebab nuzul ayat 223 Surah al-Baqarah itu terdapat
riwayat lain yang secara tegas menyebutkan sebab Nuzul.

(ii) Riwayat kedua iaitu hadis yang diterima melalui Jabir yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah, abir berkata
yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata: „Apabila seseorang suami
menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan
bermata juling‰. Dengan sebab itulah turunnya ayat iatu firman Allah:

Terjemahan: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh


sebab itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu
sukai⁄.
(Surah al-Baqarah: 223)

Dalam konteks ini riwayat daripada Jabir inilah yang dijadikan pegangan
kerana ungkapannya adalah dalam bentuk yang tegas berkenaan dengan
sebab nuzul sedangkan ungkapan daripada Ibn umar tidak dalam bentuk
tegas. Justeru, riwayat ungkapan Ibn Umar itu diterima sebagai pentafsiran,
bukan sebab nuzul.

Satu Sebab Nuzul untuk Banyak Ayat

Penurunan ayat dalam bentuk ini juga berlaku. Ia menggambarkan masalah


tersebut adalah sangat penting sehinggakan banyak ayat yang diturunkan dalam
pelbagai surah. Contohnya:

(i) Hadith daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi dan
Al-Hakim yang bermaksud:

„Wahai Rasulullah saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang


orang perempuan sedikit pun mengenai Hijrah‰.
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL W 81

Maka Allah menurunkan ayat 195 surah Ali-Imran.

( 4©s\Ρé& ÷ρr& @x.sŒ ⎯ÏiΒ Νä3ΨÏiΒ 9≅Ïϑ≈tã Ÿ≅uΗxå ßì‹ÅÊé& Iω ’ÎoΤr& öΝßγš/u‘ öΝßγs9 z>$yftFó™$$sù

Maksudnya: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan


firmannya). Sesunguhnya aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang
yang beramal dari antara kamu samada lelaki atau perempuan.
(Surah Ali-Imran, 195)

(ii) Daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan Al-Hakim katanya aku


bertanya kepada Rasulullah:

„Wahai Rasulullah engkau menyebut orang lelaki dan tidak pernah


menyebut perempuan‰.

Maka Allah menurunkan surah NisaÊ ayat 32.

4 <Ù÷èt/ 4’n?tã öΝä3ŸÒ÷èt/ ⎯ÏμÎ/ ª!$# Ÿ≅Òsù $tΒ (#öθ¨ΨyϑtGs? Ÿωuρ

Maksudnya: Dan janganlah kamu terharap-harap mendapat limpah kurnia


yang Allah telah berikan kepada sebahagian daripada kamu melebihi
sebahagian yang lain.
(Surah NisaÊ ayat 32)

Allah juga menurunkan ayat 35 surah al-Ahzab

t⎦⎫ÏGÏΖ≈s)ø9$#uρ ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$#uρ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#uρ ÏM≈yϑÎ=ó¡ßϑø9$#uρ š⎥⎫ÏϑÎ=ó¡ßϑø9$# ¨βÎ)

ÏM≈s%ω≈¢Á9$#uρ t⎦⎫Ï%ω≈¢Á9$#uρ ÏM≈tFÏΖ≈s)ø9$#uρ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta perempuan


yang Islam dan orang-orang yang beriman serta orang-orang perempuan
yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang
perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang
perempuan yang benar.
(Surah al-Ahzab 35)

Ketiga-tiga ayat yang diturunkan tadi berdasarkan kepada satu sebab


sahaja.
82 X TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

• Asbab al-Nuzul dari sudut bahasa bermaksud sebab-sebab turunnya ayat-


ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pada istilah, sesuatu yang
kerananya satu atau beberapa ayat diturunkan bagi menjelaskan hukum
pada hari-hari terjadinya.

• Asbab al-Nuzul berfungsi untuk mengetahui kebijaksanaan Allah s.w.t.


secara terperinci mengenai syariat yang diturunkan-Nya. Ia juga bertujuan
untuk membantu memahami ayat yang berkaitan dan menghilangkan
kesamaran ayat tersebut.

• Asbab al-Nuzul hanya boleh diketahui dengan menggunakan riwayat yang


sahih sahaja.

• Nuzul Al-Quran dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya


satu ayat sebab nuzul, satu ayat beberapa sebab nuzul dan satu sebab nuzul
untuk ayat banyak.

Asbab Sahih
Nuzul Surah
Riwayat Uslub

Anda mungkin juga menyukai