Anda di halaman 1dari 19

Topik 2X Sejarah

Pertumbuhan
Al-Quran dan
Penulisan
Kitab-Kitabnya

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan sejarah perkembangan ulum Al-Quran pada zaman
nabi, sahabat dan tabiin;
2. Menyusur galur sejarah pembukuan kitab Tafsir Al-Quran;
3. Menyenaraikan kitab-kitab ulumil Al-Quran utama dan penulis-
penulisnya;
4. Membandingkan metod-metod penulisan kitab-kitab Ulum Quran
utama yang terdapat dan digunakan sebagai rujukan utama sehingga
kini; dan
5. Menjelaskan secara ringkas ilmu-ilmu yang dibincangkan di dalam
ulum Quran serta tujuan-tujuannya.

X PENGENALAN
Perbahasan dalam topik ini akan membincangkan mengenai intipati dan sejarah
pertumbuhan dan penulisan kitab-kitabnya. Secara lebih khusus topik ini
merangkumi perkara-perkara berikut; Ulum Al-Quran pada zaman Nabi,
Pembukuan Tafsir Quran. Pembukuan cabang-cabang Ulum Al-Quran selain
18 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

tafsir. Timbulnya Istilah Ulum Al-Quran yang Mudawwan atau sistematik.


Perkembangan Ulum Al-Quran pada zaman Modern. Dan faedah mempelajari
ulum Quran.

2.1 ULUM AL-QURAN PADA MASA NABI DAN


SAHABAT
Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat sangat mengetahui makna-makna Al-
Quran dan ilmu-ilmunya, sebagaimana pengetahuan para ulama sesudahnya.
Bahkan makna dan ilmu-ilmu Al-Quran tersebut pada masa Rasulullah dan para
sahabatnya itu belum tertulis atau dibukukan dan belum disusun dalam satu
kitab. Sebab mereka tidak merasa perlu untuk menulis dan membukukan makna
dan ilmu-ilmu Al-Quran tersebut dalam satu kitab.

Keadaan itu disebabkan oleh Rasulullah yang menerima wahyu dari sisi Allah
SWT, juga mendapatkan rahmat-Nya yang berupa jaminan dari Allah bahawa
Allah pasti mampu mengumpulkan wahyu itu ke dalam dada beliau, dan Allah
melancarkan lisan beliau ketika membacanya serta pandai untuk
menjelaskan/menafsirkan isi maksudnya. Allah memberikan jaminan kepada
beliau tentang makna-makna dan rahsia-rahsia wahyu (Al-Quran).

çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù ∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ) ∩⊇∉∪ ÿ⎯ÏμÎ/ Ÿ≅yf÷ètGÏ9 y7tΡ$|¡Ï9 ⎯ÏμÎ/ õ8ÌhptéB Ÿω

∩⊇®∪ …çμtΡ$uŠt/ $uΖøŠn=tã ¨βÎ) §ΝèO ∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù

Maksud: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al-Quran kerana


hendak cepat-cepat (menguasainya). Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah
mengumpulkannya (di dalam) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila
kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaan itu. Kemudian atas
tanggungan Kamilah penjelasannya.
(Surah al-Qiyamah: 16-19)

Setiap kali Rasulullah selesai menerima wahyu ayat Al-Quran, beliau


menyampaikan wahyu itu kepada para sahabatnya. Beliau membacakannya
kepada orang ramai dengan tekun dan tenang sehingga mereka dapat
membacanya dengan baik, menghafal lafaz-lafaznya dan mampu memahami erti
dan makna serta rahsia-rahsianya. Rasulullah menjelaskan tafsiran-tafsiran ayat
Al-Quran kepada mereka dengan sabda, perbuatan dan persetujuan beliau serta
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 19
KITAB-KITABNYA

dengan akhlak-akhlak dan sifat peribadi beliau. Hal itu kerana memang beliau
diperintahkan Allah menjelaskan ayat-ayat Al-Quran sesuai dengan firman-Nya:

öΝßγ¯=yès9uρ öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫t7çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ 3 Ìç/–“9$#uρ ÏM≈uΖÉit7ø9$$Î/

∩⊆⊆∪ šχρã©3xtGtƒ

Maksud: Dan kami turunkan Al-Quran kepadamu agar kamu menerangkan


kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kapada mereka dan supaya
mereka memikirkan.
(Surah an-Nahl: 44)

Para sahabat pada waktu itu sebagai orang-orang arab murni mempunyai
keistimewaan-keistimewaan Arabiah yang tinggi dan kelebihan-kelebihan lain
yang sempurna. Mereka mempunyai kekuatan menghafal yang sangat hebat,
otak yang cerdas, daya tanggapan yang tajam terhadap keterangan dan dalam
segala bentuk rangkaian atau susunan kalimat. Kerana itu, mereka mampu
memahami Ulum Al-Quran dan IÊjaznya dengan pembawaan mereka dan
kecemerlangan akal fikiran mereka. Sekarang kita tidak akan berjaya
menemukan apa yang telah ditemukan para sahabat tersebut meskipun sekarang
telah tersebar pelbagai bentuk ilmu kerana itu, para sahabat tidak memerlukan
pembukuan Ulumul Al-Quran. Hal ini jauh berbeza dengan zaman sekarang
yang selalu memerlukan semua cabang ilmu daripada Ulum Al-Quran itu.

Meskipun para sahabat pada waktu itu banyak mempunyai keistimewaan-


keistimewaan, sebagaimana diterangkan di atas, namun mereka itu kebanyakan
orang-orang ummi (orang yang tidak pandai membaca dan menulis). Di samping
itu, alat-alat tulis pada waktu itu sukar ditemui, belum ada kertas dan pen. Juga
Rasulullah pernah melarang mereka menuliskan sesuatu selain Al-Quran. Hal ini
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksud: Janganlah kalian tulis daripadaku selain Al-Quran. Barangsiapa


menulis dariku yang selain Al-Quran, maka hendaklah dihapuskan. Dan
ceritakanlah daripadaku maka tidak ada larangan. Dan barangsiapa yang
berdusta atas saya dengan sengaja maka bersiap-siaplah tempatnya di neraka.
(H.R Muslim dari Abu SaÊid al-Khudri)

Larangan tersebut dikeluarkan di samping kerana dikhuatirkan terjadinya


percampuran antara Al-Quran dengan penulisan-penulisan yang lainnya, juga
dikhuatiri tercampurnya Al-Quran dengan yang bukan Al-Quran selama mana
Al-Quran itu masih diturunkan.
20 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

SEMAK KENDIRI 2.1

Tahukah anda, apakah sebab-sebab para sahabat tidak memerlukan


pembukuan Al-Quran?

Ringkasnya, para sahabat dahulu tidak memerlukan pembukuan Ulum Al-Quran


itu adalah kerana keadaan dan faktor-faktor berikut:

(a) Mereka terdiri dari orang-orang Arab murni yang mempunyai beberapa
keistimewaan antara lain:
• Mempunyai daya hafazan yang kuat
• Mempunyai kecerdasan otak dan kepintaran berfikir
• Mempunyai daya tanggapan sangat tajam dan mendalam
• Mempunyai kemampuan bahasa yang luas terhadap segala jenis
bentuk ungkapan, samada berbentuk prosa, puisi, maupun sajak.

(b) Kebanyakan mereka terdiri dari orang-orang yang ummi (tidak pandai
membaca dan menulis) tetapi cerdas dan tajam pemikiran.

(c) Ketika mereka mengalami sesuatu masalah, mereka terus berhadapan,


bertanya dan berbincang dengan Rasulullah SAW.

(d) Waktu dulu belum ada peralatan penulisan yang memadai dan mencukupi.

(e) Adanya tegahan-tegahan Rasulullah SAW untuk manulis sesuatu kecuali


ayat Al-Quran.

Begitulah juga kedudukan Ulum Al-Quran pada tempoh pertama iaitu pada
masa Nabi dan Khalifah Abu Bakar serta Umar b al-Khattab. Apabila tempoh
pertama telah berlalu, datanglah masa pemerintah khalifah Uthman b Affan.
Negara-negara Islam pun telah berkembang luas. Orang-orang Arab murni
tersebut telah bercampur-baur dengan orang-orang asing yang tidak mengenali
bahasa Arab. Percampuran bangsa dan kebudayaan ini menimbulkan kerisauan.
Yakni di samping timbulnya kekhuatiran akan luntur dan hilangnya
keistimewaan bahasa orang-orang Arab yang murni, juga wujudnya perselisihan
antara kaum muslimin tentang Al-Quran. Jika mereka tidak segera membukukan
Al-Quran dengan dikumpulkan atau disatukan semua catatan ayat-ayat Al-
Quran dalam satu mushhaf, mungkin akan timbul bencana dan kerosakan yang
besar di permukaan bumi ini seperti berlakunya perselisihan antara Yahudi dan
Nasrani.
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 21
KITAB-KITABNYA

Kerana itu, khalifah Uthman b Affan memerintahkan kaum muslimin agar


seluruh ayat-ayat Al-Quran yang telah dikumpulkan pada masa khalifah Abu
Bakar itu dikumpulkan dan diselaraskan dalam satu mushhaf yang dikenali
dengan mushhaf Uthmani. Dari mushhaf itu dibuat beberapa naskhah lagi yang
dikirimkan kesemua negara-negara Islam. Khalifah Uthman juga memerintahkan
agar mushhaf-mushhaf selain mushhaf Uthman itu dibakar dan melarang
berpedoman kepada mushhaf-mushhaf selain mushhaf Uthman.

Melalui usahanya itu,beerti dengan secara langsung khalifah


Uthman telah meletakkan dasar pertama yang kita namakan
Ilmu Rasmil Quran atau Ilmu Rasmil Uthmani. Topik ini akan
dibincangkan secara khusus dalam topik yang berasingan.

AKTIVITI 2.1
Pada pandangan anda kenapakah sesuatu bentuk tulisan perlu
dikekalkan kaedah penulisannya. Mungkinkah ia berkaitan dengan
keaslian ilmu dan pengekalan kebudayaan sesuatu bangsa. Bincangkan.

Selepas itu tiba pula masa pemerintahan khalifah Ali b Abi Talib. Beliau
memperhatikan orang-orang asing yang suka menodai kemurnian bahasa Arab
sebab beliau sering mendengar sesuatu yang menimbulkan kerosakan bahasa
Arab. Beliau sangat risau terjadinya kerosakan Bahasa Arab. Kerana itu beliau
memerintahkan Abu Aswad Ad-Duali untuk membuat sebahagian kaedah-
kaedah tertentu untuk memelihara dan menjaga kemurnian Bahasa Arab sebagai
bahasa Al-Quran dan daripada permainan dan kerosakan orang-orang yang jahil.
Abu Aswad menulis pedoman-pedoman serta aturan-aturan dalam Bahasa Arab.

Dengan usaha-usaha demikian, Khalifah Ali telah meletakkan dasar pertama


terhadap ilmu yang sekarang yang dikenali sebagai Ilmu Nahwu IÊrab Al-Quran.

Sesudah khalifah Ali Abi Talib, tamatlah masa khulafak Arrasyiddin dan
datanglah masa-masa pemerintahan yang lebih panjang iaitu pemerintah Bani
Umaiyyah. Dalam masa-masa ini, cita-cita para sahabat dan tabiÊin sebahagian
besar ditumpukan untuk menyebarkan Ulum Al-Quran melalui riwayat dan
pengajaran terus tidak hanya melalui pembukuan dan penulisan. Cita-cita dan
semangat penyebaran mereka inilah dapat dianggap sebagai usaha-usaha
pendahuluan untuk pembukuan ilmu-ilmu Ulum Al-Quran selanjutnya nanti.
22 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

Tokoh-tokoh penyebar Ulum Al-Quran secara riwayat ialah: khalifah empat dan
diteruskan oleh Ibnu Abbas, Ibnu MasÊud, Zaid Ibnu Tsabit, Abu Musa Al-
AsyÊari dan Abdullah b Zubair. Mereka ini adalah dari kalangan sahabat.

Tokoh-tokoh Ulum Al-Quran dari tabiÊin yang menyebarkan ilmu-ilmu Ulum Al-
Quran secara riwayat ialah:
(i) Mujahid (wafat 103H)
(ii) AthaÊ b Abu Rabah (114H)
(iii) Ikrimah (wafat105H)
(iv) Qatadah b DiÊamah (118H)
(v) Al-Hassan Al-Bashri (wafat110H)
(vi) SaÊid b Jubair (wafat136H)
(vii) Zaid b Aslam (wafat136H)

Orang-orang yang mengambil riwayat dari SaÊid ini ialah Abdurrahman (putera
beliau sendiri) dan Malik B Annas (dari tabiÊ-tabiÊin).

AKTIVITI 2.2

Untuk memudahkan kefahaman semasa belajar, dapatkan kamus Al-


Quran yang bersesuian dan cuba fahami istilah yang berkaitan dengan
Ulum Al-Quran seperti istilah Asbabun Nuzul, Naskh wal Mansukh,
Gharibil Quran dan seterusnya.

Mereka dianggap sebagai peletak dasar ilmu-limu yang diberi nama Ilmu Tafsir,
Ilmu Asbabun Nuzul, Ilmu Naskh wal Mansukh, Ilmu Gharib Al-Quran dan lain-
lain dari berbagai lagi cabang-cabang dan bidang-bidang Ulum Al-Quran.

2.2 PEMBUKUAN TAFSIR QURAN


Setelah dirintis dasar-dasar Ulum Al-Quran satu persatu seperti penjelasan di
atas kemudian datanglah masa pembukuan cabang-cabang Ulum Al-Quran
dengan lebih meluas. Akibatnya, banyak kitab-kitab yang dikarang oleh ulama
yang berminat, yang meliputi berbagai cabang Ulumul Quran. Cita-cita yang
pertama kali mereka laksanakan ialah pembukuan Tafsir Quran. Sebab tafsir
Quran itu dianggap sebagai induk dari ilmu-ilmu Quran yang lain. Di dalam
tafsir itu banyak dikemukakan munasabah-munasabah (bentuk-bentuk
penyesuaian) semasa menjelaskan kandungan makna ayat-ayat Al-Quran.
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 23
KITAB-KITABNYA

Orang pertama yang mengarang tafsir ialah SyuÊbah b Hajjaj (wafat 160H)
Sufyan b Uyaiyah (wafat 198H) dan WakiÊb Jarrah (wafat 197H). Mereka
termasuk ulama abad ke-II. Tafsir yang mereka tulis itu berupa koleksi pendapat-
pendapat sahabat dan tabiÊin yang kebanyakan belum dicetak sehingga tidak
sampai pada generasi sekarang.

Setelah mereka, muncul pula ulama Ibnu Jarir Ath-Thabari (310H) yang
mengarang kitab Tafsir Al-Thabari yang dinamakan: JaamiÊul Bayaan fi Tafsir Al-
Quran.

Tafsir Al-Thabari ini merupakan kitab tafsir yang paling besar dan dengan
menggunakan kaedah muqaran (komparatif) sebab beliau ialah orang pertama
yang menafsirkan ayat-ayat Quran dengan mengemukakan pendapat-pendapat
para ulama dan membanding-banding pendapat sebahagian mereka dengan
pendapat sebahagian yang lain. Beliau juga menerangkan dalam tafsirnya aspek
IÊrab dan istimbat hukumnya.

Para ulama masih tetap mempunyai semangat yang utuh dan minat yang besar
terhadap tafsir Quran dari dahulu hingga sekarang ini. Banyak dijumpai koleksi
karangan kitab-kitab tafsir baik yang besar bentuknya atau pun yang kecil-kecil.
Di antaranya ada yang mengagumkan dari sudut huraian dan susunannya, ada
yang menyenangkan kerana persembahan yang baik dan menarik, tetapi ada
juga yang menumpukan dan memfokuskan kepada hal-hal yang kurang releven
dengan syariat Islam. Ada yang mudah dan ringkas, dan ada juga yang luas dan
panjang lebar, juga ada yang sederhana atau sedang. Di antaranya ada yang
menggunakaan kaedah Tafsir bil MaÊtsur, yang hanya menggunakan sumber-
sumber penafsiran atsar saja, ada yang menggunakan kaedah Tafsir b RaÊyi, yang
menggunakan sumber-sumber rakyu dan ada pula sebahagiannya yang
menggunakan kaedah campuran. Di antaranya juga ada yang menafsirkan ayat
Al-Quran keseluruhannya, ada yang menafsirkan sebahagian ayat-ayat tertentu
sahaja, sebagaimana ada pula yang hanya menafsirkan sebahagian ayat sahaja,
sebagaimana ada pula yang hanya menafsirkan satu surah, ada yang
menafsirkan satu ayat atau beberapa ayat hukum atau yang lain-lain bentuk
tafsiran yang menggambarkan usaha yang bersungguh-sungguh menjaga
keaslian pemahaman Al-Quran.

AKTIVITI 2.3

Kenapakah para sahabat tidak memerlukan kitab yang khusus untuk


menjelaskan cara-cara mentafsir ayat-ayat Al-Quran?
24 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

2.3 PEMBUKUAN CABANG-CABANG ULUM


AL-QURAN SELAIN TAFSIR
Cabang-cabang Ulum Al-Quran yang lain menyusul dibukukan oleh beberapa
orang. Orang yang kali pertama mengarang ialah Ali Ibnul Madini (234H),
gurunya Imam Bukhari. Beliau mengarang Ilmu Asbabin Nuzul. Abu Ubaid Al-
Qasim B Salam (224H) mengarang Ilmu Nasikh Wal Mansukh. Kemudian diikuti
oleh M. Ayub Al-Dhiris (294H), beliau menulis buku Ilmu Makki Wal Madani
dan Muhammmad B Kahllaf Al-Marzuban (309H) yang menulis Al-Hawi Fi
Ulum Al-Quran yang terdiri dari 27 juz. Keempat ulama tersebut termasuk
ulama abad ke-II H.

Manakala pada abad IV H, ada lima ulama yang aktif mengarang Ulum Al-
Quran dan menyusun kitab-kitabnya iaitu:
(i) Abu Bakar As-Sijistani (330 H) mengarang kitab Ilmu Gharib Al-QurÊani.
(ii) Abu baker B Qasim Al-Ambari (328 H) menyusun kitab ÂAjaibu Ulum Al-
QurÊani.
(iii) Abu hassan Al-AsyÊari (324 H) menulis kitab: Al-Muhtazan FiÊUlum Al-
Quran.
(iv) Abu Muhammad B Ali Al-Karakhi (360 H) menulis kitab: Naktul QurÊani
Ad-DallatuÊ Alal Bayani Fi AnwaaaÊil Uluumi Wal Ahkami.
(v) Muhammad B Ali Al-Adwafi (338 H) mengarang kitab: Al-Istighnau Fi
Ulum Al-Quran yang terdiri dari 20 jilid.

Pada abad V H, muncul tiga tokoh ulama yang aktif menulis Ulum Al-Quran dan
cabang-cabangnya iaitu:
(i) Ali B Ibrahim B SaÊid Al-khufi (430 H) menulis kitab Ilmu IÊrabil Quran dan
Al-Burhan Fi Ulum Al-Quran. Kitabnya yang kedua ini luas sekali
pengaruhnya, kerana terdiri daripada 30 juz. Kitab ini berbentuk tafsir, di
samping menafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan berbagai
cabang Ulum Al-Quran yang ada hebungannya dengan ayat-ayat yang
ditafsirkan. Kitab ini sekarang diperpustakaan Darul Kutub Kairo, tinggal
15 jilid, tetapi tidak boleh dibaca kerana sudah rapuh. Yang boleh dibaca
mikro filemnya di Perpustakaan Micro Film Kairo.
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 25
KITAB-KITABNYA

(ii) Abu Amr Al-Dani menulis kitab: Al-Taisir Fi Qiraatis Saah.


Orang pertama kali mengarang ilmu Mubhamatul Quran
ialah Abu Kasim Abd Rahman Al-Suhaili (581h) yang
terkenal dengan sebutan al-Sabili. Beliau termasuk ulama
abad ke vi H. Orang pertama kali yang mengarang ilmu
IÊjaz Quran ialah Ibnu Abd Salam (660h). Dan yang pertama
kali mengarang ilmu Qiraat ialah Alamuddin As-Sakhawi
(643h), lalu diikuti Abu Syamah (655h) yang menulis kitab
Al-Mursyidul Wajiz Fi ma Yatallaqu Bil Quranil Aziz. Ketiga-tiganya
termasuk ulama abad ke-vii H.

Begitulah semangat mereka sehingga timbul ilmu-ilmu Al-Quran baru yang lebih
khusus dan terpeinci, serta lahirlah kitab-kitab karangan dari setiap bidang ilmu-
ilmu Al-Quran baik mengenai ilmu nuzulil Quran, Ilmu Rasmul quran, ilmu
Badaiul Quran, ilmu Aqsamil Quran dan lain-lain yang berupa kitab-kitab
karangan yang membuat banyak orang hairan dan kagum melihatnya dan buku-
buku yang memenuhi gedung-gedung besar perpustakaan dunia.

Pada abad ke VIII H, Ulum Quran perkembangannya sangat pesat. Sebab pada
abad ke VIII H ini muncul pengarang-pengarang Ulum Quran yang masyhur dan
mendalam kupasan mereka seperti:
(i) Imam Ahmad Ibnu Zubair (708H) yang mengarang kitab
„Al-Burhan Fi Tartibi Suwaril Quran.
(ii) Imam Najmuddin Ath-Thufi (716H) yang menulis kitab
Ilmu Jadalil Quran.
(iii) Ibnu Qayyim Al-Jauziah yang menulis kitab At-Tibyan Fi
Aqsamil Quran.
(iv) Badruddin Al-Zarkashi (791H) yang mengarang kitab Al-
Burhan Fi Ulum Al-Quran yang terdiri daripada 4 jilid besar
yang mengupas 160 macam cabang Ulum Quran.
(v) Abu Hasan Al-Mawardi yang menyusun Kitab Ilmu Amthalil Quran.
Kepesatan dan kecemerlangan Ulum Al-Quran berterusan pada abad ke IX
H dengan munculnya pengarang-pengarang hebat antara lain:-
(i) Imam Jamaludin Al-Bulqini (w 824H) yang menulis kitab Mawaqi al-
Ulum Min Mawaqi al-Nujum yang didalamnya menjelaskan 50
cabang Ulum Quran.
(ii) Imam Muhammad b Sulaiman Al-Kafiji (872H) yang mengarang kitab
Ulum Quran yang belum ada tandingannya.
(iii) Imam Muhammad al-Buqai (885H) yang menulis kitab Nudhumud
Dururi Fi Tanasubil Aayati Was Suwari.
26 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

Kecemerlangan Ulum Al-Quran tersebut berakhir dan terhenti pada abad ke X H


di tangan pakar Ulum Al-Quran iaitu Imam Jalalludin Abd Rahman Al-Suyuti
(911H) yang sempat mengarang 3 buah kitab yang pengaruhnya meluas di serata
dunia iaitu:
(i) Tanasuqud Durar Fi Tanasub al Suwari.
(ii) Al-Tahbir Fi Ulum Al-Quran yang di dalamnya dibahas 102 cabang Ulum
Al-Quran.
(iii) Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran yang terdiri daripada dua juz tetapi dibukukan
yang didalamnya dikupas 80 cabang Ulum Quran secara menyeluruh, dan
kalau dihalusi katanya menjadi 300 cabang Ulumul Quran.

Kitab-kitab Al-Burhan Karya Al-Zarkhasi dan Al-Itqan karya Al-Suyuti itu selalu
menjadi rujukan para pakar Ulum Quran dalam menulis, mengajar dan
mempelajari Ulum Al-Quran dari dahulu sehingga sekarang.

Imam Suyuti wafat pada 911H pada awal abad ke XH. Akibatnya pudarlah
gerakan penulisan Ulum Al-Quran dan terhenti kegiatan pembukunnya sebab
sepeninggalan beliau sampai ratusan tahun atau berabad-abad tidak ada orang
yang mengarang Ulum Al-Quran dan menulis kitab-kitabnya sehinggalah abad
ke XIV H.

Rumusan
Secara ringkas sejarah pertumbuhan Ulum Al-Quran dan penulisan kitab-
kitabnya abad demi abad adalah seperti berikut:
(a) Abad Pertama Hijrah.
Pada bad ini terdapat beberapa orang sebagai perintis Ulum Al-Quran iaitu;
(i) Uthman b Affan perintis ilmu Rasmil Quran
(ii) Ali b Ani Talib (40H) perintis ilmu Ikrab Al-Quran
(iii) Ibn Abbas
(iv) Ibnu Masud
(v) Zaid b Thabit
(vi) Al-Syaari
(vii) Ibnu Zubair

Ketujuh-tujuh mereka juga merupakan perintis ilmu Tafsir daripada


kalangan sahabat.
(i) Mujahid (103h)
(ii) AthaÊ (114H)
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 27
KITAB-KITABNYA

(iii) Ikrimah (105H)


(iv) Qatadah (118H)
(v) Hasan Basri (110H)
(vi) Ibnu Zubair
(vii) Zaid b Aslam (136H)
Ketujuh orang ini pula merupakan perawi tafsir dari golongan Tabiin.

(b) Abad Kedua Hijrah.


Pada abad ini muncul breberapa penulis tafsir seperti berikut;
(i) Muqatil b Sulaiman (150H)
(ii) SyuÊbah Ibnu Hajjaj (160H)
(iii) Sufian b Uyainah (198H)
(iv) WakiÊ b Jarrah (197H)
Keempat-empat, mereka adalah para mufasir pertama.

(c) Abad Ketiga Hijrah.


Pada abad ini muncul beberapa orang penulis yang menghuraikan
beberapa cabang Ulum Al-Quran seperti berikut;
(i) Ilmu Tasyabuh Al-Quran yang ditulis oleh Muhammad Ibnu
Mustamir (206H)
(ii) Ilmu Majaz Al-Quran yang ditulis oleh Abu Ubaidah Al-Mutsanna
(209H)
(iii) Ilmu Nasikh dan Mansukh oleh Abu Ubaid b Salam (224H)
(iv) Ilmu Asbab nuzul oleh Ali Ibnu al Madini (234H)
(v) Ahkam Al-Quran dan Al-Risalah 204H oleh Imam Al-Syafie
(vi) Ilmu Nasikh wal mansukh oleh Abu Dawud Al-Sajistani (275H)
(vii) Ilmu Mushkil Al-Quran oleh Ibnu Qutaibah Al-Dainuri (276H)

(d) Abad Keempat Hijrah.


Pada abad ini pula muncul pengarang tafsir dan cabang
Ulum Al-Quran yang lain.
(i) Al-Hawi Fi Ulum Al-Quran oleh Ibnu Marzuban
(300H).
(ii) Tafsir Al-Tabari oleh ibnu Jarir Al-Tabari (310H)
(iii) Ilmu Gharib Al-Quran oleh Abu Bakar Al-Sajistani (330H)
28 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

(iv) Waqaf Wal Istiknaf oleh Abu Jaafar Al-Nuhas (338H)


(v) Ilmu Ikjazul Quran oleh Al-Rumani (386H)
(vi) Bayanu Ikjaz Al-Quran oleh Al-Khattābi (388H)

(e) Abad Kelima Hijrah.


Pada abad ini juga ramai pengarang ulum Quran antara lain ialah;
(i) Abu Bakr Al-Baqillani (403H) kitabnya ilmu Ikjaz Al-Quran
(ii) Al-Syarif Al-Murttadha (406H) kitabnya Ilmu Majaz Al-Quran
(iii) Ali b Ibrahim Al-Khufi (430H) Ilmu Ikrab Al-Quran
(iv) Abu Uthman Al-Dani (444H) Al-Qiraat SabbÊah dan Al-Waqaf wal
Ibtidak
(v) Abu Hasan Al-Mawardi (450H) Ilmu Jadal Al-Quran
(vi) Al-Wahidi Al-Naisaburi (468H) kitabnya Ilmu Asbab al-Nuzul
(vii) Abd Kadir Al-Jurjani (471H) Al-Risalah Al-syafiiah Fil Ikjaz

(f) Abad Keenam Hijrah.


Abad ini juga banyak ulama yang aktif menulis Ulum
Quran seperti;
(i) Al-Raghib Al-Asfihani (502H) ilmu al-Mufradat Al-
Quran
(ii) Ibnu Athiah (543H) Tafsir Ibnu Attiah
(iii) Abd Rahman Al-Suhaili (581H) Ilmu Mubhamah Al-
Quran
(iv) Al-Shatibi (590H) Nudhumul Qiraat SabbÊah
(v) Abdul Fanaj Ibnu Jauzi (597H) Funun Afnan fi Ulum Al-Quran

(g) Abad Ketujuh Hijrah.


Abad ini juga banyak ulama yang aktif menulis Ulum Quran seperti;
(i) Al-Akbari (616H) ilmu ikrabil Quran
(ii) Al-Sakhawi (641H) Ilmu Majzil Quran dan Jamalul QurraÊ
(iii) Ibnu Abd as-Salam (660H) ilmu Majaz Al-Quran
(iv) Abu Syamah (665H) Al-Mursyid al-Wajiz Fi Ma Yatallaqu Bil-Quran
al-Aziz
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 29
KITAB-KITABNYA

(h) Abad Kelapan Hijrah.


Abad ini merupakan abad kecemerlangan Ulum Al-Quran kerana
timbulnya tokoh-tokoh berikut;
(i) Najmudin Al-Tufi (716H) Ilmu Jidal Al-Quran
(ii) Ahmad Ibnu Zubair (708H) Al-Burhan Fi Tartib al-
Suwar Al-Quran
(iii) Ibn Qayyim Al-Jauziah (751H) at-Tibyan Fi Aqsam Al-
Quran
(iv) Badruddin al-Zarkashi (794H) al-Burhan Fi Ulum Al-Quran

(i) Abad Kesembilan


Ia juga merupakan zaman kegemilangan Ulum Al-Quran
dengan adanya;
(i) Jamludin Al-Bulqini (824H) Mawaqiul Ulum min

MawaqiÊ al-Nujum yang mengandungi 50 cabang S, Mahmud


Ulum Al-Quran Khalil Husori-
Qari dan penulis
(ii) Muhammad b Sulaiman al-Kafiji (873H) Al-Taisir fi Kitab Tajwid
Qawaid Tajwid
(iii) Burhanudin Al-BuqaÊI (885H) Nudhum al-Durar Fi Tanasub al-Ayati
Was Suwar.

(j) Abad Kesepuluh


Pada zaman ini Ulum Al-Quran mengalami kemerosotan dan hanya
seorang ulama yang aktif mengarang iaitu Imam Jalaludin Al-Suyuti (911H)
yang mengarang enam kitab berikut;

Tanasuq al-Durar Fi Tanasub al-Suwar


(i) Al-Tahbir Fi Ulum al-Tafsir
(ii) Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran dua juzuk dalam satu
jilid
(iii) Al-Durar Mansur Fi Tafsir Bil MaÊsur yang terdiri
lapan jilid
(iv) Lubab al-Nuqul Fi Asbab aal-Nuzul
(v) Tabaqat al-Mufassirin.
30 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

AKTIVITI 2.4

1. Namakan 5 buah Kitab Asbab al-Nuzul dan penulisnya.


2. Apakah maksud Tafsir bil MaÊsur dan Tafsir Bil MaÊqul.

2.4 TIMBULNYA ISTILAH ULUM AL-QURAN


YANG MUDAWWAN ATAU SISTEMATIK
Mengenai bila lahirnya istilah Ulum Al-Quran yang Mudawwan atau yang telah
sistematik, ada beberapa pendapat para ulama di antaranya sebagai berikut:

(a) Dr Shubhi Ash-Shalih dalam bukunya Mubahith Fi ÂUlum Al-Quran


mengatakan istilah Ulum Al-Quran sudah ada mulai abad ke-III H sebab
paling lambat pada abad ke-III itu sudah ada kitab yang berjudul Al-Hawi
Fi Ulum Al-Quran yang ditulis Ibnu Marzuban (wafat309 H. Yang jelas,
dalam buku itu sudah menggunakan istilah Ulum Al-Quran sehingga
sudah dengan pasti telah lahir pula istilah Ulum Al-Quran tersebut.

(b) Imam Marzuban meninggal tahun 309 H. Kitab tersebut telah beliau
selesaikan karangannya sebelum beliau meninggal dunia. Kerana itu,
paling lambat akhir abad ke-III H atau setidak-tidaknya awal abad ke-IV itu
istilah Ulum Al-Quran sudah tersebar kerana sudah ada kitab yang
berjudul Al-Hawi Fi Ulum Al-Quran itu.

(c) Syeikh Abdul Adhim Al-Zarqani dalam kitabnya Manaahil al-Irfan


mengatakan bahawa istilah Ulum Al-Quran sudah wujud sejak abad ke-V
H sebab pada abad ke-V itu sudah ada kitab yang berjudul Al-Burhan Fi
Ulum Al-Quran yang terdiri daripada 30 juz. Oleh itu, sejak abad ke-V
banyak orang yang sudah mendengar istilah Ulum Al-Quran.

(d) Jumhur ulama dan para ahli sejarah Ulum Al-Quran berpendirian, istilah
Ulum Al-Quran yang Mudawwan itu ada pada abad ke-VII dengan ada
kitab yang menggunakan istilah Ulum Al-Quran iaitu kitab Funun al Afnan
Fi Ulum Al-Quran dan kitab Al-Mujtabat Fi Ulum al-TaÊallaq Bil Quran
yang ditulis oleh Abul Faraj Ibnul Jauzi (wafat597 H). Dengan demikian,
sejak awal abad ke-VII H itulah istilah Ulum Al-Quran sudah tersebar luas
kerana kitab-kitab tersebut sudah tersebar dan banyak dibaca orang.
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 31
KITAB-KITABNYA

(e) Prof Dr.T.M Hasbi Ash-Shidiqi dalam bukunya Syarah dan Pengantar Ilmu
Tafsir menerangkan bahawa menurut hasil penelitian sejarah, ternyata
Imam Al-kafiji (wafat 879 H) adalah orang yang pertama kali membukukan
Ulumu Al-Quran. Oleh itu, Istilah Ulum Al-Quran itu baru ada sejak abad
ke-VII H sebab pada zaman itulah baru ada buku Ulum Al-Quran yang
ditulis dan dibukukan, sehingga lahir istilah Ulum Al-Quran selepas itu.

Jika pendapat para ulama itu dianalisis dengan saksama dan ditelaah dasar-dasar
penghujahannya, ternyata pendapat jumhur ulama atau pendapat yang ketiga
adalah penghujahan yang lebih kuat dan jelas. Sebab jangankan pendapat
pertama yang mendasarkan penghujahannya kepada adanya kitab Al-Hawi Fi
Ulum Al-Quran yang muncul pada akhir abad ke-III atau awal abad ke-IV
mankala pendapat kedua pun jelas penghujahannya kurang kuat. Sebab,
pendapat kedua itu penghujahannya berdasarkan kepada adanya kitab Al-
Burhan Fi Ulum Al-Quran karya Ali b Ibrahim Al-Khufi (430H), yang muncul
pada abad V H. Padahal kalau diteliti secara saksama kitab itu sebenarnya bukan
kitab Ulum Al-Quran melainkan berupa kitab Tafsir Quran.

Dalam kitab tersebut memang telah dibicarakan tentang Ilmu Asbab al-Nuzul,
Ilmu IÊrab Al-Quran, Ilmu Nasikh Mansukh, Ilmu Tafsir dan lain-lain. Tetapi
sistem pembicaraannya tidak dengan cara mengelompokkan sesuatu masalah
dalam sesuatu bab tersendiri melainkan dengan cara tersebar dan terulang-ulang
kerana sesuai dengan keadaan kitab al-Burhan itu sebagai kitab tafsir, maka di
dalamnya dijelaskan tafsiran-tafsiran ayat-ayat Al-Quran. Hanya setiap ada lafaz
ayat yang gharib, maka ditambah dengan penjelasan Ilmu Gharib Al-Quran. Dan
kalau dalam menafsirkan ayat itu ada sebab nuzul, maka diterangkan Ilmu
Asbab al-Nuzul. Sama juga ada lafaz ayat yang majaz, maka ditambah dengan
keterangan Ilmu Majaz Al-Quran, dan seterusnya. Dan keterangan ilmu-ilmu Al-
Quran itu diulang-ulang setiap kali ada lafaz-lafaz ayat yang berhubungan Ulum
Al-Quran itu. Kerana itu, kitab tersebut sangat besar, sebanyak 30 juz. Kitab
tersebut selain menafsirkan ayat-ayat Al-Quran, juga menerangkan cabang-
cabang ilmu daripada Ulum Al-Quran dan diterangkan secara berulang-ulang.

Oleh itu, kalau persoalannya adalah bilakah lahirnya istilah Ulum Al-Quran
yang Mudawwan. Maksudnya Ulum Al-Quran yang sudah sistematik, ilmiah,
dan integratif, maka hal itu setepatnya baru ada pada abad ke-VII H sesuai
dengan pendapat Jumhur ulama, sepertimana penjelasan di atas. Sebab, istilah-
istilah Ulum Al-Quran yang terdapat pada kitab-kitab pada abad ke-III dan ke-V
H itu barulah Ulum Al-Quran Idhafi yang masih berdiri sendiri-sendiri, belum
lagi sistematik, belum ilmiah atau belum Mudawwan.

Hal ini sesuai dengan pernyataan Imam Al-Suyuti dalam mukadimah kitabnya Al-
Itqan bahawa Ulum Al-Quran itu dimulai ditangannya dan disempurnakan juga di
32 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

tangannya. Dan penjelasan itu sesuai pula dengan penjelasan Abdul Adhim Al-
Zarqani dalam Manahil al-Irfan, bahawa sepeninggalan Imam Al-Suyuti, tidak ada
orang yang mengikuti jejaknya (dalam menulis dan membukukan Ulum Al-Quran
yang Mudawwan) sepertimana sebelumnya juga belum pernah ada orang yang
memperhatikan Ulum Al-Quran sepenuh hati seperti dia.

2.5 PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN PADA


ZAMAN MODEN
Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa setelah wafatnya Imam Al-Suyuti tahun
911 H, maka terhentilah gerakan penulisan Ulum Al-Quran dan
pertumbuhannya sampai abad ke-XIV H. Sebab, pada zaman ke-XIV atau abad
moden itu timbul kembali kegiatan penulisan Ulum Al-Quran dan
perkembangan kitab-kitabnya. Hal itu dikenalpasti dengan banyaknya ulama
yang mengarang Ulum Al-Quran dan menulis kitab-kitabnya, baik tafsir
mahupun berbagai-bagai kitab Ulum Al-Quran.

Di atara para ulama yang menulis Tafsir/Ulum Al-Quran pada abad moden ini
adalah seperti berikut:
(a) Ad-Dahlawi: Al-Fauz al Kabir Fi Ushul al-Tafsir
(b) Tohir Al-Jazairi: Al-Tibyan Fi Ulum Al-Quran
(c) Abu Daqiqah: Ulum Al-Quran
(d) M. Ali Salamah: Minhaj al-Furqan Fi Ulum Al-Quran
(e) Muhammad Bahits: Nuzul Al-Quran Ala SabÊati Ahrufin
(f) Muhammad Hussein Al-Adawi: Nuzul Al-Quran Ala
SabÊati Ahrufin
(g) Mustafa Shadiq Al-Rafie: Ikjaz al-Furqan Wa Balaghah al- Nabawih
(h) Thantawi al-Jauhari: Al-Quran Wal Ulumu Ashriyyah dan Al-Jawahir Fi
Tafsir Al-Quran
(i) Jamaludin al-Qasimi: Al-Quran wa ulumu Ashriyyah
(j) Abd Azhim Al-Zarkani: Manah al-Irfan Fi Ulum Al-Quran
(k) Sayyid Qutub: Al-Tafsir Fanni Fi Quran dan Fi Zilal Al-
Quran
(l) Malik Ibnu NafiÊ Al-Zhahirah Al-Quraniyyah
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 33
KITAB-KITABNYA

(m) Dr Abdullah Darraz: Al-NabaÊ al-Azim Âan Al-Quran al-Karim dan Zazarah
al-Jadidah Fi Al-Quran
(n) M. Mustafa al-Maraghi: Turjumat Al-Quran Wa Ahkamuha
(o) Dr Subhi Al-Saleh: Mabahith Fi Ulum Al-Quran
(p) Dr Muhammad Mubarak: Al-Manhaj al-Khalid
(q) Prof MannaÊ Al-Qattan: Mabahith Fi Ulum Al-Quran
(r) Prof Mohd Ali Al-Sabuni: RawaÊ al Bayan Tafsir Ayat al- Ahkam Min Al-
Quran
(s) Abd Razak Naufal: Al-IÊjaz al-Adabi Li Al-Quran al-Karim
(t) M. Ibrahim Ismail: Al-Quran Wa IÊjazuhu al-Ilmi.

Daripada penghasilan kitab-kitab oleh ulama-ulama tersebut nyata sekali ilmu


Al-Quran mempunyai cabang-cabang ilmu yang sangat luas. Ia menggambarkan
keunggulannya sebagai kitab perakam wahyu suci yang kekal sampai hari
qiamat. Cabang-cabang ilmu tersebut sekurang-kurangnya setakat ini
merangkumi perkara-perkara berikut;
(i) Ilmu tafsir dan takwil
(ii) Ilmu iÊrab atau analisa nahu Al-Quran
(iii) Ilmu qiraat atau wajah-wajah dan kaedah-kaedah
pembacaan Al-Quran
(iv) Ilmu nasikh dan mansukh
(v) Ilmu sebab nuzul
Dr Said Ramadhan
(vi) Ilmu Makki dan Madani al-Buti-antara ilmuan
Islam yg menulis
(vii) Ilmu fadailil Al-Quran bidang Ulum Al-
Quran
(viii) Ilmu nuzul Al-Quran
(ix) Ilmu gharaib Al-Quran
(x) Ilmu amthal Al-Quran
(xi) Ilmu majaz Al-Quran
(xii) Ilmu muhkamat dan mutashabihat
(xiii) Ilmu Jadal Al-Quran
(xiv) Ilmu Aqsam Al-Quran.
34 X TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN
KITAB-KITABNYA

Daripada topik-topik utama tersebut ramai lagi ulama-ulama


sekarang cuba lebih menghalusi dan mendalami topik-topik
dalam penulisan ilmiah mereka. Antara contohnya ‰peranan
wau ataf dalam surah Yasin‰, ‰kajian uslub Inshak dalam surah
an-Nur‰, bahasa ‰dhod‰ antara ahli QurraÊ dengan ahli bahasa
Arab‰, ‰angka tujuh di dalam Al-Quran‰ dan lain-lain lagi topik.
Ia terus membayangkan keistimewaan Al-Quran dalam pelbagai
sudut. Maha besar Allah yang mengurniakan Al-Quran.

• Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat sangat mengetahui makna-


makna Al-Quran walaupun ilmu-ilmu Al-Quran tersebut pada masa itu
belum tertulis atau dibukukan dalam satu kitab.

• Para sabahat pada waktu itu mempunyai keistimewaan Arabiah yang


tinggi dengan kekuatan menghafal, otak yang cerdas terhadap keterangan
bagi memahami Ulum Al-Quran.

• Orang pertama yang mengarang tafsir adalah SyuÊbah b Hajjaj (wafat 160
H). Tafsir yang ditulis berupa koleksi pendapat sahabat tabiÊin yang
kebanyakan belum dicetak.

• Antara cabang-cabang ilmu Al-Quran merangkumi perkara-perkara seperti


ilmu tafsir dan takwil, ilmu iÊrab (analisa nahu Al-Quran), ilmu nasikh dan
mansukh, ilmu sebab nuzul dan sebagainya.

Abad Tafsir
Ilmu Ulama
Kitab Ulum Al-Quran
Mudawwan
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN DAN PENULISAN W 35
KITAB-KITABNYA

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

1. Senaraikan 5 kitab- kitab Ulum Quran yang ditulis pada abad ketiga hijrah.

2. Abad keberapakah penulisan Ulum Al-Quran terhenti tetapi ada seorang


ulama sahaja yang aktif menulisnya, nyatakan nama penulis tersebut dan 3
buah kitab yang dihasilkannya.

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah „mudawwan‰.

2. Selain daripada kitab tafsir, huraikan tiga cabang ilmu Ulum Al-Quran
yang dihasilkan dalam zaman mudawwan dan apakah faedah kajian
tersebut kepada kita.

3. Dewasa ini terdapat juga laporan akhbar mengenai masyarakat yang


membungkus makanan menggunakan kertas yang bercetakan ayat-ayat Al-
Quran. Sebagai guru pendidikan Islam yang peka, apakah tindakan yang
wajar dilakukan bagi membenteras gejala itu di sekolah dan dalam
masyarakat setempat anda?

Anda mungkin juga menyukai

  • PQS Topik 10
    PQS Topik 10
    Dokumen20 halaman
    PQS Topik 10
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 9
    PQS Topik 9
    Dokumen13 halaman
    PQS Topik 9
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 8
    PQS Topik 8
    Dokumen19 halaman
    PQS Topik 8
    Muhamad Hasif
    100% (1)
  • PQS Topik 6
    PQS Topik 6
    Dokumen21 halaman
    PQS Topik 6
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 5
    PQS Topik 5
    Dokumen15 halaman
    PQS Topik 5
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 4
    PQS Topik 4
    Dokumen24 halaman
    PQS Topik 4
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 3
    PQS Topik 3
    Dokumen23 halaman
    PQS Topik 3
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • Topik1 PDF
    Topik1 PDF
    Dokumen16 halaman
    Topik1 PDF
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat