Anda di halaman 1dari 21

Topik 6 X Penyusunan

Ayat dan Surah


Al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan istilah-istilah ayat dan surah dan istilah-istilah lain yang
berkaitan dengan kedua-duanya;
2. Menyatakan hikmah-hikmah pembahagian ayat dan surah-surah Al-
Quran; dan
3. Menjelaskan pendapat-pendapat ulama mengenai urutan ayat-ayat dan
surah Al-Quran dan kesimpulan mengenai kedua-duanya.

X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan Konsep penyusunan ayat, bilangan ayat dan penyusunan surah-surah
Penndetailan topik-topik besar di atas merangkumi topik-topik kecil antaranya;
maksud cara dan pandangan ulama mengenai ayat-ayat Al-Quran, penentuan
bilangan ayat Al-Quran dan pendapat ulama mengenainya, kefahaman maksud
surah dan hikmah penamaannya.
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 99

6.1 KONSEP PENYUSUNAN AYAT

6.1.1 Takrifan Ayat


Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat Al-Quran mempunyai pelbagai
makna antaranya:

(a) Bererti (Al-Alamah) alamat atau tanda seperti dalam ayat 248 surah Al-
Baqarah yang bermaksud:
„Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut
kepadamu‰

(b) Bererti (Al-Ibrah) iaitu pengajaran seperti dalam firman Allah yang
bermaksud:
„Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi kaum
yang mengetahui.‰. Ayat 52 surah An-Naml.

(c) Bererti (Al-Burhan) iaitu bukti seperti dalam ayat 22 surah Rum yang
bermaksud:
„Dan di antara bukti-buktinya ialah penciptaan langit dan bumi serta
kelainan bahasa serta kulitmu‰.

Makna secara bahasa atau etimologi tersebut mempunyai perkaitan antara satu
sama lain.

Secara terminologi Ibrahim Al-Abyari dalam ‰Tarikh Al-Quran‰ mengertikan


ayat sebagai:

"‫”ﻃﺎﺋﻔﺔ ﻣﻦ اﻟﻘﺮﺁن ﻣﻨﻘﻄﻌﺔ ﻋﻤﺎ ﻗﺒﻠﻬﺎ وﻣﺎ ﺑﻌﺪهﺎ‬


Maksudnya: „Sekelompok Al-Quran yang terpisah daripada sebelumnya dan
sesudahnya‰

Al-Zarqani dalam „Manahil Al-Urfan‰ mengertikan ayat sebagai:

"‫"ﻃﺎﺋﻔﺔ ذات ﻣﻄﻠﻊ وﻣﻘﻄﻊ ﻣﻨﺪرﺟﺔ ﻓﻲ ﺳﻮرة ﻣﻦ اﻟﻘﺮﺁن‬


Maksudnya: „Kelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran
yang terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.‰
100 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Jelas kepada kita daripada kedua-dua takrifan tersebut ayat mengandungi


perkara-perkara berikut;
• Sekelompok kata-kata
• Mempunyai permulaan dan penghujung, wujud
• Membentuk surah-surah Al-Quran.

Hubungan antara makna secara istilah atau terminologi dengan makna bahasa
atau etimologi di atas sangat erat. Ini disebabkan;
• Ayat Al-Quran merupakan mukjizat
• Ia juga tanda kebenaran bagi pembawa risalahnya, yakni Nabi Muhammad
SAW.
• Ia juga merupakan pengajaran-pengajaran bagi yang mahu mengambil
pengajaran.
• Ia termasuk perkara yang mengagumkan, kerana keluhuran dan
kemukjizatannya.
• Ia juga mengandungi pengertian pengelompokan, kerana merupakan
himpunan dari beberapa kata dan huruf.
• Ia juga mengandungi pengertian bukti dan dalil, kerana ia mengandungi
hidayah, ilmu, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT serta kebenaran
rasulnya.

6.1.2 Cara Mengenali Ayat


Cara mengenali ayat pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan;

1. Jumhur ulama berpendapat cara kita mengetahui ayat hanyalah melalui


ketetapan, petunjuk atau ‰tauqifi‰ daripada Rasulullah s.a.w. sebagai contoh
ketentuan tersebut ialah sabda Nabi s.a.w;

.‫إن اﻟﻔﺎﺗﺤﺔ ﺳﺒﻊ ﺁﻳﺎت وﺳﻮرة اﻟﻤﻠﻚ ﺛﻼﺛﻮن ﺁﻳﺔ‬


Maksudnya: „Sesungguhnya surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat dan
surah al-Mulk pula mengadungi tiga puluh ayat‰

Dengan itu kita tidak mampu mengetahui ayat-ayat Al-Quran melalui


ijtihad atau qiyas. Kedua-dua cara ini adalah semata-mata merupakan
pengajaran dan bimbingan. Pendapat ini berdasarkan beberapa hujah
antaranya yang jelas;
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 101

• Ada sebahagian fawatih dikira sebagai ayat tetapi fawatih tertentu


tidak pula dikira sebagai ayat. Contohnya fawatih "‫ " اﻟﻢ‬dikira sebagai
ayat tetapi tidak pula bagi fawatih "‫"اﻟﻤﺮ‬. Contoh lain ialah huruf
muqataah "‫ "ﻳﺲ‬dikira satu ayat tetapi tidak pula pada "‫"ﻃﺲ‬.
Seandainya dasar ketentuannya adalah qiyas, tentu dua keadaan yang
setara akan dianggap sama, tidak dibezakan seperti itu.

2. Sebahagian ulama pula berpendapat penentuan ayat sebahagiannya adalah


ketentuan atau Tauqifi daripada Rasulullah dan pada sesetengah tempat
adalah berdasarkan qiyas dan ijtihad.

Ketentuan sebegini berlaku berpunca daripada kata atau lafaz yang terdapat
pada akhir ayat yang diistilah sebagai ‰fasilah‰. Apabila Nabi selalu
membaca sesuatu lafaz pada tempat tertentu dengan waqaf, pastilah ia
adalah akhir ayat atau fasilah. Begitu juga jika di sesuatu lafaz di tempat
tertentu, nabi membaca dengan wasal pastilah ia bukan penghujung ayat.
Apa yang menjadi perbezaan dan ulama berijtihad dan qiyas ialah pada
lafaz yang kadangkala Nabi Waqaf dan kadangkala nabi membaca secara
wasal.

Yang jelas dan pasti hal ini tidak mengapa kerana tidak menghasilkan
penambahan atau pengurangan ayat-ayat dalam Al-QurÊan. Punca utama adalah
penentuan tempat fashl dan washl. Kadang-kadang dalam satu ayat terdapat dua
hal. Salah satunya menghendaki dihitung fasilah, sedang yang lain menghendaki
dihitung bukan fasilah. Milsalnya yang sangat mudah dan jelas ialah kata "‫"ﻋﻠﻴﻬﻢ‬
yang pertama di dalam surah al-Fatihah. Ada yang menganggap sebagai hujung
ayat dan ada yang tidak. Sebabnya adalah pada Basmalah, apakah termasuk ayat
dalam surah itu atau tidak. Namun mereka tetap sependapat bahawa jumlah
ayatnya adalah tujuh. Mereka yang mengira Basmallah sebagai salah satu
ayatnya, maka menjadikan ‰‫ "ﺻﺮاط اﻟﺬ ﻳﻦ أﻧﻌﻤﺖ ﻋﻠﻴﻬﻢ‬sampai akhir surah sebagai
satu ayat.

Manakala mereka yang tidak mengira Basmallah termasuk dalam ayat daripada
surah itu, mereka menjadikan ayat ketujuhnya adalah kalimah setelah „Alaihim‰
yang pertama dan menganggap bahawa kata ini merupakan fasilah kerana
terletak pada akhir ayat keenam.

Jika anda teliti pada mushaf tertentu diletakkan tanda „la‰ pada hujung ayat
tertentu Al-Quran tetapi mushaf cetakan yang lain tidak pula meletakan tanda
tersebut pada hal kedua-dua ayat adalah ayat pada surah yang sama.
102 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

6.1.3 Jumlah Ayat Al-Qur’an


Pendapat-pendapat Mengenai Bilangan Ayat

Di dalam Kitab ‰at-Tibyan‰ karangan Imam An-Nawawi, disebutkan jumlah ayat


Al-Quran disepakati jumlahnya ialah enam ribu dua ratus ayat lebih. Hanya
jumlah penambahannya diperselisihkan di kalangan ulama Al-Quran. Perbezaan
umumnya dapat dilihat melalui ulama-ulama daripada daerah-daerah berikut
berikut;

(a) Ulama Madinah yang kedua seperti yang diriwayatkan Syaibah


penambahannya adalah empat belas ayat, dan seperti yang diriwayatkan
Abu JaÊfar adalah sepuluh ayat.

(b) Ulama Makkah penambahan nya adalah dua puluh ayat.


(c) Ulama Kufah seperti yang diriwayatkan ÊAsim ialah 6236 ayat.
(d) Ulama Basrah adalah lima ayat.
(e) Ulama Syam atau Syria adalah dua puluh enam ayat.

Sebab Perbezaan

Perbezaan pendapat para ulama dalam menetapkan jumlah keseluruhan ayat Al-
Quran adalah kerana;

(i) Ada sebahagian daripada mereka memandang ‰fawatih As-Suwar‰ adalah


sebagai satu ayat manakala yang lain tidak mengira ia sebagai satu ayat.

(ii) Kelainan pendapat dalam menentukan fasilah antara ayat atau surah yang
satu dengan yang lain. Adakalanya sesuatu ayat tertentu dipandang
sebahagian ulama sebagai satu ayat manakala ulama lain memandangnya
sebagai terdiri dua ayat.
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 103

6.1.4 Faedah Mengetahui Ayat

Rajah 6.1: Faedah mengetahui ayat

6.1.5 Penyusunan Ayat-ayat Al-Quran


Selalu kedengaran bahawa susunan ayat-ayat dan surah seperti yang tertulis
dalam mushaf-mushaf sebenarnya susunan yang berdasarkan susunan
penurunannya. Atau lain daripada itu.

Ijmak ulama telah menetapkan bahawa urutan ayat sebagaimana yang kita lihat
sekarang di dalammushaf-mushhaf adalah berdasarkan „tauqif‰ daripada Nabi
SAW dari Allah SWT. Tauqifi bermaksud hal tersebut didasarkan pada perintah
dan petunjuk daripada nabi sesuai dengan petunjuk wahyu yang diterima oleh
beliau daripada Allah melalui perantaraaan Malaikat Jibril. Dengan itu ia
bukanlah suatu perkara yang boleh dipastikan oleh fikiran atau ijtihad peribadi.
Senario itu terbukti jelas melalui keadaan dan fakta-fakta berikut;

(i) Jibril membawa ayat-ayat kepada Rasulullah SAW dan memberikan


bimbingan perletakan ayat dalam surah-surah. Kemudian Nabi SAW
membacakannya kepada para sahabat dan memerintahkan kepada para
penulis wahyu untuk menuliskannya dengan menjelaskan surah yang
menjadi induk ayat itu dan sekaligus tempatnya. Beliau membacakannya
kepada mereka berkali-kali, baik ketika solat, pemberian nasihat, mahupun
sewaktu memberikan keputusan. Jibril as juga membentangkannya sekali
setiap tahun. Dan pada tahun akhir, Jibril membentangkannya sebanyak
104 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

dua kali. Semuanya menurut urutan sebagaimana yang kita kenal


sekarang.

(ii) Begitu juga setiap orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran atau hafaz
sebahagiannya menggunakan urutan seperti yang kita kenal sekarang.
Urutan itu telah tersebar luas, dikaji di antara mereka, dibaca dalam solat
mereka, diambil dan dipindahkan sebahagian dari sebahagian yang lain
dengan urutan seperti yang kita kenali sekarang. Tidak ada seorang
sahabat, bahkan khalifah sekalipun memiliki peranan dalam menentukan
pengurutan ayat-ayat Al-Quran.

(iii) Bahkan penghimpunan yang dilaksanakan pada masa Abu Bakar tidak
lebih dari pemindahan Al-Quran dari pelepah-pelepah kurma, lempengan-
lempengan batu dan tulang belulang ke dalam shahifah-shahifah. Dan
penghimpunan Al-Quran pada masa Uthman juga tidak lebih dari sekadar
penyalinan semula Al-Quran dari shahifah-shahifah ke dalam mushaf-
mushaf. Kedua penghimpunan itu tetap berdasarkan pada urutan yang
dihafaz yang berasal dari Nabi SAW dari Allah SWT.

(iv) Memang begitulah, menurut ijmaÊ urutan itu tidak dapat diragukan
lagi.Sejumlah ulama terbilang meriwayatkan hal ini, antara lain az-
Zarkasyi di dalam al-Burhan dan Abu JaÊfar di dalam ai-Munasabat. Beliau
mengatakan: „urutan ayat terjadi dengan tauqif dari Rasulullah SAW dan
bimbingan beliau, tanpa ada khilaf sedikit pun di kalangan umat Islam.‰

Dalil-dalil lain adalah;

(i) Apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Uthman ibn Abu al-
Ash, katanya: ‰Aku duduk di samping Rasulullah SAW. Tiba-tiba ada
seseorang melihat beliau lalu meluruskan sesuatu di hadapan
beliau.Kemudian beliau bersabda: „Jibril telah datang kepadaku lalu
memerintahkan kepadaku untuk meletakkan ayat ini di tempat ini dari
surah ini. Ayat itu adalah firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan,


memberi kepada kaum kerabat sampai akhir ayat.
(Surah an-Nahl: 90)

(ii) Dalil yang lain adalah riwayat yang ada di dalam sunah-sunah yang sahih
tentang bacaan-bacaan Nabi SAW terhadap sejumlah surah, sebagaimana
surah al-Baqarah, Ali Imran dan an-NisaÊ. Juga bacaan beliau terhadap
surah al-AÊraf di dalam solat maghrib, surah Al-Mukminin, surah ar-Rum
di dalam solat subuh, surah as-Sajdah, surah al-Insan di dalam solat subuh
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 105

hari Jumaat, surah al-Jumuah dan al-Munafiqun di dalam solat Id. Semua
itu beliau baca sesuai dengan urutan yang kita kenali sekarang, didengar
dan disaksikan oleh para sahabat.

(iii) Bukti lain lagi adalah yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari Ibn az-Zubair,
katanya: Saya berkata kepada Uthman ibn Affan: Firman Allah SWT
dalam Surah al-Baqarah, 234, terjemahannya:

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan


isteri-isteri⁄..

Ayat itu telah dinaskhah oleh ayat lain, mengapa masih engkau tulis? Atau
kamu biarkan saja? Uthman menjawab: Wahai bapa saudaraku, aku tidak
akan mengubah sesuatu pun dari tempatnya‰.

Hadis-hadis sahih ini sangat jelas menunjukkan bahawa penepatan ayat


ditempatnya, meskipun telah dinaskhah merupakan tauqifi. Saidina
Uthman dengan pengakuannya sendiri, tidak mampu melakukan
perubahan kerana hal seperti itu tidak menjadi medan raÊyu dan ijtihad.

(iv) Dalil lain lagi adalah riwayat Imam Muslim dari Umar, katanya:Aku tidak
bertanya kepada Nabi SAW tentang sesuatu lebih dari pertanyaanku
tentang „al-Kalalah‰ sampai beliau menohok dadaku dengan telunjuk
beliau, seraya bersabda: Cukup bagimu (untuk mengetahui hal itu) ayat
ash-Shaif yang ada pada akhir surah an-NisaÊ

Anda dapat melihat bahawa Nabi SAW menunjukkan kepadanya tempat di


mana ayat itu berada, yakni pada akhir surah al-NisaÊ sebagaimana yang kita
lihat sekarang iaitu firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, 16, maksudnya:

Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: Allah


memberi fatwa kepadamu tentang kalalah hingga akhir ayat.
106 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

6.2 PENGERTIAN SURAH DAN URUTANNYA

6.2.1 Maksud Surah dan Hikmah Pembahagian Surah


Surah secara etimologi atau bahasa mempunyai beberapa pengertian,
(i) Sebagaimana dikatakan oleh penulis al-Qamus: Kata al-Surath bererti Âal-
ManzilahÊ (posisi). Surah dari Al-Quran telah dikenal kerana posisinya
pada suatu tempat secara berdampingan. Masing-masing terputus dari
yang lain.
(ii) Juga bermakna „al-SyarafÊ (kemuliaan), yang diambil daripada kata „al-
Sur‰ yang bererti sesuatu yang meninggi di atas bumi.
(iii) Sesuatu yang menonjol dan baik dari suatu bangunan, anda dan pagar. Ia
diambil dari kata ‰al-Tasur‰.
(iv) Imam Badruddin al-Zarkashi dalam kitabnya ‰Al-Burhan fi Ulum Al-
QuranÊ pula menjelaskan ia berasal dari kata ‰al-SuÊr‰ atau ‰al-Sur‰ yang
bererti sisa minuman dalam suatu bekas. Dengan erti sebegini maka surah
Al-Quran bermaksud sebahagian kecil daripada Al-Quran.

Secara termologi,

(i) MannaÊ al-Qattan mentakrifkan surah sebagai

‫اﻟﺠﻤﻠﺔ ﻣﻦ ﺁﻳﺎت اﻟﻘﺮﺁن ذات اﻟﻤﻄﻠﻊ وأﻗﻠﻬﺎ ﺛﻼث ﺁﻳﺎت‬


Maksudnya: „Sejumlah ayat Al-Quran paling sedikit tiga ayat, t erdiri atas
awal surah dan akhir surah‰. Imam Badruddin al-Zarkashi juga
menjelaskan maksud yang sama melalui ungkapannya;

‫ﻗﺮﺁن ﻳﺸﺘﻤﻞ ﻋﻠﻰ ﺁي ذوات ﻓﺎﺗﺤﺔ وﺧﺎﺗﻤﺔ وأﻗﻠﻬﺎ ﺛﻼث أﻳﺎت‬


(ii) Jadi surah bererti sekelompok, sejumlah atau sekumpulan ayat-ayat Al-
Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan
dan akhiran.

• Kefahaman itu diambil dari makna Âtembok yang menghadkan


sesuatu kotaÊ kerana di dalamnya terdapat perletakan suatu kata di
samping kata yang lain, suatu ayat di samping ayat yang lain. Ibarat
suatu tembok, yang merupakan peletakan dan penyusunan bata,
baris demi baris.
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 107

• Ada kalanya di dalam surah terdapat makna luhur dan tinggi secara
maknawi, yang menyerupai ketinggian tembok.

• Ada kalanya pula kerana surah merupakan benteng dan penjagaan


bagi Muhammad SAW dan apa yang dibawanya seperti Al-Quran
dan agama Islam dari segi keberadaannya sebagai mukjizat yang
melemahkan setiap yang sombong. Allah SWT akan menampakkan
kebenaran yang benar dan menampakkan kesalahan yang salah,
meskipun para pendosa tidak suka. Ini lebih menyerupai benteng
yang membatasi suatu kota yang menjaganya dari ancaman musuh.

Surah-surah dalam Al-Quran berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya.


Yang terpendek adalah surah al-Kautsar yang terdiri dari tiga ayat pendek dan
yang terpanjang adalah surah al-Baqarah yang terdiri dari dua ratus lapan puluh
lima atau lapan puluh enam ayat, merupakan deretan Âat-thiwalÊyang terpanjang.
Bahkan di dalamnya terdapat ayat tentang hutang yang merupakan ayat
sebagaimana telah dijelaskan.

Di antara surah al-Baqarah dengan surah al-Kautsar, terdapat banyak surah yang
berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Pembatasan panjang atau pendek
merupakan bidang kuasa Allah SWT semata kerana suatu hikmah murni yang
diketahui oleh yang diberi pengetahuan oleh-Nya.
108 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

6.2.2 Hikmah Pembahagian Surah-surah Al-Quran

Rajah 6.2: Hikmah pembahagian surah-surah

Ada beberapa hikmah dalam pembahagian Al-Quran ke dalam surah-surah


antara lain:

Pertama, memberi kemudahan kepada manusia dan merangsang mereka


mengkaji dan mempelajari Al-Quran, bahkan menghafalnya sebab seandainya
Al-Quran merupakan satu rangkaian sahaja dan tidak dikelompok-kelompokkan
sudah tentu akan sukar bagi mereka menghafal ataupun memahaminya. Mereka
akan susah menyelami lautan yang tidak jelas pantainya.

Kedua, mengisyaratkan tema atau topik perbincangan. Masing-masing surah


membincangkan sesuatu tema yang jelas. Misalnya surah al-Baqarah, Yusuf, an-
Naml, dan al-Jin yang jelas mempunyai tema-tema perbincangan tertentu.

Ketiga, mengisyaratkan bahawa panjangnya suatu surah tidak menjadi syarat


kemukjizatannya. Suatu surah tetap memiliki kemukjizatannya, walau betapa
pendeknya seperti surah al-Kautsar.
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 109

Penulis „al-Kasysyaf „Al-Zamakhsyari menjelaskan „sebahagian daripada faedah


menjadikan ayat-ayat Al-Quran bersurah-surah ialah sesuatu perkara itu kalau
dikategorikan kepada beberapa fasal dan jenis, adalah lebih elok dan lebih hebat
pada pandangan kalau dijadikan kesemuanya suatu bab sahaja‰.

Keempat, seorang pembaca bila telah menyelesaikan satu surah atau satu bab
dari suatu buku, ia akan lebih bersemangat untuk meneruskan pada surah atau
bab berikutnya, bahkan membuatnya lebih berkesan memahami maksudnya,
dibandingkan bila semuanya hanya terdiri dari satu surah atau satu bab.
Bandingannya adalah seumpama seorang musafir, bila telah melalui satu jarak
tertentu, ia akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanannya. Oleh
kerana itu, Al-Quran dibahagi-bahagikan kepada beberapa surah.

Kelima, seseorang hafiz apabila sudah lancar menghafal sesuatu surah dia
merasa yakin bahawa ia telah menyimpan sebahagian Al-Quran secara utuh.
Sehingga apa yang dihafalnya itu telah membuatnya merasa bangga. Riwayat
mengenai hal ini misalnya hadis Annas: ÂSeseorang bila telah mampu membaca
(dengan hafalan) surah al-Baqarah dan surah Ali Imran, ia telah hebat dikalangan
kamiÊ. Oleh kerana itu bacaan di dalam solat dengan satu surah penuh lebih
afdhal.

Keenam, menghuraikan secara terperinci berdasarkan masalah-masalah serupa


sehingga pengertian menjadi terang dan jelas.

Sheikh Abd Fattah al-Qadhi dalam kitabnya „Tarikh Mushaf Syarif‰


menyimpulkan dua penjelasan jitu yang merumuskan hikmah-hikmah
penyusunan ayat-ayat dan surah Al-Quran;

• Dalam susunan kedua-duanya terdapat hikmah ilahiah yang amat tinggi


dan padanya terletak suatu rahsia ajaib dari rahsia-rahsia kitab Allah kerana
susunan menurut seperti yang ada sekarang merupakan satu lagi aspek
ikjaznya dan melahirkan suatu cara tertinggi yang mengelukan lidah-lidah
orang yang sombong serta mengubah suatu gubahan yang paling cantik
yang diakui tentang ketinggian „balaghahnya‰ yang telah menewaskan
jaguh-jaguh dalam bidang fasahah dan balaghah.

• Susunan tauqifi itu telah menjadikan ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran


keseluruhannya bertaut kemas hujung-hujungnya, kukuh jalinannya, erat
persambungan antara satu dengan yang lain seolah-olah setiap ayat dan
surah saling bertaut kemas sekira-kira rosak maknanya kalau diceraikan dia.
Setiap ayat dan surah merupakan satu bahagian daripadanya tidak ia berdiri
tegak tanpanya. Ia merupakan satu unit yang berpadu.
110 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

6.2.3 Pengelompokan Surah-surah Al-Quran


Ulama menggelompokkan surah-surah menjadi empat kelompok. Masing-
masing kelompok mereka nyatakan dengan istilah-istilah yang khusus, iaitu Âal-
TiwalÊ, Âal-MiÊinÊ, Âal-MathaniÊdan Âal-MufassalÊ:

(i) Al-TiwalÊ terdiri dari tujuh surah panjang iaitu al-Baqarah, Ali Imran, al-
NisaÊ, al-Maidah, al-AnÊam dan al-AÊraf. Inilah enam surah yang pertama.
Yang ketujuh pula, ulama berbeza pendapat, apakah surah al-Anfal dan
Al-Baraah sekaligus kerana tidak adanya pemisahan antara keduanya
dengan Basmallah, ataukah surah Yunus.

(ii) „Al-MiÊun‰ merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya sekitar seratus


ayat.

(iii) „Al-Mathani‰ merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya di bawah


kelompok al-MiÊin. Af-FarraÊ mengatakan bahawa al-Mathani adalah surah-
surah yang jumlah ayatnya kurang dari seratus ayat kerana ia diulang-ulang,
lebih dari diulang-ulangnya kelompok al-Tiwal dan al-MiÊun.

(iv) Sedang Âal-MufassalÊ merupakan surah-surah yang ada pada bahagian


akhir Al-Quran. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan
permulaannya, menjadi sekitar dua belas pendapat. Ada yang mengatakan
permulaannya adalah surah ÂQafÊ.

Ada juga yang mengatakan selain itu. Al-Nawawi menilai sahih pendapat
yang mengatakan bahawa permulaannya adalah surah al-Hujurat. Disebut
al-Mufassal kerana banyaknya pemisah antara surah-surahnya dengan
Basmallah. Ada yang mengatakan kerana sedikitnya mansukh didalamnya.
Oleh kerana itu, al-Mufassal disebut juga Âal-MuhkamÊ, sepertimana
riwayat al-Bukhari dari SaÊid ibn Jubair, katanya: „Sesungguhnya yang
tuan sebut sebagai al-Mufassal itu tidak lain adalah al-Muhkam.‰

Al-mufassal dikelompokkan lagi menjadi tiga kelompok, iaitu „Tiwal‰,


„Ausat‰dan „Qisar‰:
(i) Yang dikira kelompok Tiwal adalah dari surah al-Hujurat hingga
surah al-Buruj.
(ii) Yang dikira kelompok Ausat adalah dari surah al-Tariq sampai surah
al-Bayyinah.
(iii) Manakala yang dikira kelompok Qisar adalah dari surah az-Zalzalah
sampai akhir Al-Quran.
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 111

Pengelompokan ini berdasarkan sebuah hadith marfuk yang diriwayatkan Abu


Daud at-Tayalisi sanadnya sehingga Qatadah dan juga yang diriwayatkan oleh
Abu Ubaid menerusi sanadnya daripada Wailah bin AsqaÊ daripada Rasulullah
SAW yang bermaksud;

„Aku telah dianugerahi tujuh surah „tuwwal‰ menepati kitab Taurat


dan menepati kitab Injil dan „al-Mathani‰ menepati kitab Zabur dan
aku telah diberi kelebihan dengan „al-Mufassal‰.

6.2.4 Pendapat Para Ulama Mengenai Urutan Surah


Ada tiga pendapat tentang urutan surah.

1. Pertama, bahawa urutan surah sebagaimana yang kita lihat sekarang ini
tidaklah berdasarkan ÂtauqifÊ dari Nabi SAW, akan tetapi berdasarkan
ijtihad sahabat.

Pendapat ini disandarkan kepada ulama-ulama, termasuk Imam Malik (w


179h) dan al-Qadhi Abu Bakar (w 403h) dan Abu Hussein Ahmad Ibnu Faris
(w 395h).

Ibn Faris di dalam buku Âal-Masail al-KhamsÊ, menjelaskannya seperti


berikut: „Penghimpunan Al-Quran dikelompokkan menjadi dua kelompok.
Pertama: penyusunan surah-surah, seperti mendahulukan tujuh surah yang
masuk dalam kelompok al-Tiwal, lalu disusuli dengan kelompok al-MiÊun.
Inilah yang ditangani oleh para sahabat.

Ulama menggunakan beberapa dalil untuk menyokong pendapat ini:

(i) Mushaf-mushaf yang dimiliki oleh para sahabat berbeza-beza dari


segi urutan surahnya sebelum Al-Quran dihimpun pada masa
Uthman. Seandainya urutan itu bersifat tauqifi dari Nabi SAW, tentu
mereka tidak mungkin akan mengabaikan masalah urutan surah dan
berbeza pendapat tentangnya sebagaimana digambarkan oleh
riwayat-riwayat yang ada.

Mushaf Ubai misalnya, dimulai dengan surah al-Fatihah, kemudian


al-Baqarah, an-NisaÊ, Ali Imran dan al-AnÊam. Mushaf Ibn MasÊud
dimulai dengan surah al-Baqarah, an-NisaÊ, Ali Imran dan seterusnya
yang jelas sangat berbeza dengan mushaf sebelumnya. Manakala
mushaf Ali urutannya berdasarkan urutan nuzul, sehingga diawali
112 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

dengan surah al-ÂAlaq, lalu al-Muddasir, Qaf, Al-Muzammil, al-Lahab,


al-Takwir dan seterusnya.

Istidlal atau pengambilan dalil ini tertolak dalam tiga sudut;

• Mushaf-mushaf tersebut telah dicatat sebelum semakan terakhir


antara Rasulullah dengan Jibril.

• Jelas warid daripada banyak hadis-hadis sahih yang menjelaskan


susunan banyak surah-surah Al-Quran sememangnya sedia
dimaklumi semasa hayat Rasulullah.

• Zaid b Thabit yang dilantik mengetuai panel penghimpunan


kitab suci dan sebagai sahabat tunggal yang berada bersama-
sama Rasulullah menyemak bacaan terakhir menyusun surah-
surah seperti yang ada sekarang.

(ii) Riwayat yang ditakhrij oleh ibn Asytah di dalam al-Masahif melalui
Ismail ibn Abbas dari Hibban ibn Yahya dari Abu Muhammad al-
Quraisy, katanya: „Uthman memerintahkan kepada mereka pasukan
penghimpun Al-Quran untuk menyusunkan al-Thiwal dengan
menjadikan surah al-Anfal dan al-Taubah ke dalam hitungan ke tujuh
tanpa dipisah dengan Basmallah antara keduanya‰.

2. Pendapat kedua ialah urutan surah-surah semuanya tauqif dari Rasulullah


SAW sebagaimana urutan ayat. Tidak ada suatu surah yang diletakkan
tanpa pengajaran dan petunjuk dari beliau. Mereka yang memiliki pendapat
ini berdalil:

(i) Bahawa para sahabat sepakat terhadap mushaf yang merupakan hasil
penghimpunan Uthman, tidak seorang pun merasa keberatan.
Kesepakatan seperti itu tidak akan terjadi dengan baik, kecuali bila
urutan yang mereka sepakat itu merupakan tauqif kerana kalau
urutan itu berdasarkan ijtihad, tentu yang memiliki mushaf dengan
urutan yang berbeza akan bersikap keras dengan mushaf yang
dimilikinya. Tetapi kenyataan menunjukkan bahawa nereka tidak
bersikap keras menggunakan mushaf mereka tetapi beralih mengikut
mushaf yang dihimpun oleh Uthman dan kemudian bersedia
membakar mushaf-mushaf mereka.

(ii) Kemudian mereka mengemukakan riwayat-riwayat untuk pendapat


mereka sebagaimana dalil-dalil yang dijadikan sandaran ijmaÊ
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 113

Misalnya, riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Hudzaifah al-
Thaqafi katanya: ‰Aku barada diantara para utusan dari Thaqif yang
masuk Islam‰. Sampai pada riwayat berikut:

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami: „Aku sedang membaca


se-hizib Al-Quran. Kerana itu, aku tidak ingin kecuali setelah
menyelesaikannya. ‰Kemudian kami bertanya kepada para sahabat:
Bagaimana kalian menggelompokkan Al-Quran menjadi hizib-hizib?
Mereka menjawab: Kami menggelompokkannya berdasarkan per
hizib tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas
surah dan tiga belas surah. Hizib Al-mufassal dari surah ÂQafÊ, sampai
akhir‰. Mereka yang memiliki pendapat kedua mengatakan: Ini
menunjukkan bahawa urusan surah sebagaimana kita lihat sekarang
ini sudah ada sejak masa Rasulullah SAW (yang bererti merupakan
tauqif dari beliau).

(iii) Rasulullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam


sembahyang. Ini terbukti melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abi
Ibn Syaibah yang bermaksud:
‰Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal (surah pendek)
dalan satu rakaat‰.

(iv) Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Ibn MasÊud juga menyokong
pendapat ini. Hadith yang bermaksud:
Surah Bani Israil, al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya; surah-surah
ini termasuk kategori surah yang mula-mula aku pelajari. selepas itu
Ibn Masud menyebut surah-surah tersebut secara berurutan seperti
tertibnya susunan dalam mushaf terkini‰.

(v) Ulama-ulama juga telah bersepakat menjelaskan wajib menghormati


dan mengikuti susunan surah-surah Al-Quran kerana penyusunan
dan penulisannya telah ijmaÊ.

(vi) Sehubungan dengan pendapat ini Imam al-Suyuti (w 911H)


menyatakan;
‰Di antara bukti menunujukkan urutan surah-surah bersifat tauqifi
iaitu surah-surah yang diawali dengan ‰Ha Mim‰ berurutan letaknya,
begitu juga surah-surah yang diawali dengan ‰To Sin‰. Tetapi surah-
surah yang diawali dengan ‰Sabbaha‰ atau ‰Yusabbihu‰ letaknya
tidak berurutan begitu surah-surah As-Syuara dab Al-Qasas yang
sama-sama diawali dengan ‰To Sin Mim‰ diselangi dengan surah
114 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

yang diawali dengan ‰To Sin‰ padahal surah al-Naml lebih pendek
daripada surah al-Qasas dan Al-syuarak. Jika sekiranya urutan itu
bersifat ijtihadi tentunya surah-surah itu diawali dengan ‰Sabbaha‰
atau ‰Yusabbihu‰ diletakkan dalam mushaf secara berurutan dan
surah al-Naml diletakkan sesudah surah Al-Qasas‰.

3. Ada pula pendapat ketiga yang menjelaskan sebahagian surah Al-Quran


tertibnya adalah tauqifi manakala sebahagian yang lain berdasarkan ijtihad
para sahabat. Pendapat ini dinyatakan oleh Ibn Hajar melalui maksud
hadith Huzaifah Al-Thaqafi;

‰Rasulullah berkata kepada kami: telah datang kepadaku waktu untuk


membaca bahagian (hizb) daripada Al-Quran, maka aku tidak mahu keluar
sebelum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat
Rasulullah bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian Al-Quran
mereka menjawab kami membahagikannya menjadi tiga surah, lima surah,
tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahgian al-
Mufassal sehingga tamat.‰

Kesimpulannya pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat.
Jumhur Ulama berpendapat demikian antaranya:

1. Abu Bakar Ibn al-Anbari telah menyokong pendapat ini melalui


penyataannya;
‰Allah telah menurunkan Al-Quran seluruhnya ke langit dunia kemudian ia
menurunkannya secara beransur-ansur. Sesebuah surah diturunkan kerana
sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam hal ini Jibril sentiasa membimbing
Nabi di manakah sesuatu surah seharusnya diletakkan. Justeru itu susunan
ayat dan surah-surah adalah berdasarkan penetapan Nabi SAW.‰

2. Berkata al-Karamani dalam ‰Burhan‰;


‰Susunan surah-surah seperti yang ada sekarang adalah daripada Allah
sebagaimana yang tercatat dalam ‰Luh Mahfuz‰ dan berdasarkan susunan
itulah Rasulullah membaca semasa membuat semakan dengan Malaikat
Jibril. Dalam tahun kewafatannya dibuat semakan bacaan sebanyak dua
kali‰

3. Berhujah ‰Al-Taibi‰:
‰Keseluruhan Al-Quran diturunkan pada mulanya daripada Luh Mahfuz ke
langit dunia, kemudian diturunkan berperingkat-berperingkat menurut
keperluan, kemudian dicatatkan dalam bentuk mushaf menurut tertib
susunan yang terdapat pada asalnya di Luh Mahfuz‰
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 115

Pendapat kedua dan ketiga dapat ditolak kerana;

(i) Pendapat kedua hanya berdasarkan ijmaÊ.

(ii) Hadith yang dijadikan sandaran pendapat ketiga adalah hadith marfuk
kepada Nabi

Menghormati Urutan yang Telah Ada

Sheikh Zarqani dalam kitabnya ‰Manahil‰ menjelaskan: Samada urutan surah


tauqifi atau ijtihad, seelok-eloknya tetap dihormati, lebih-lebih lagi dalam
penulisan mushaf, kerana hal itu telah menjadi ijmaÊ sahabat. Ijmak juga
merupakan hujjah. Di samping itu kerana menyimpang daripada susunan
tersebut boleh menghasilkan fitnah. Menolak fitnah dan menghalang segala
kemungkinan timbulnya kerosakan adalah wajib.

Menyusun surah dalam pembacaan hukumnya tidak wajib hanya sunnah.


Berikut ini kami kemukakan pernyataan Imam al-Nawawi di dalam bukunya, al-
Tibyan:

„Ulama mengatakan: Sebaiknya membaca Al-Quran berdasarkan


urutan mushaf. Mula-mula membaca al-Fatihah, kemudian al-Baqarah,
diteruskan dengan Ali Imran dan seterusnya secara berurutan, samada
dalam solat ataupun luar solat. Sehingga sebahagian kolega kami
menyatakan: Jika seseorang telah membaca surah al-Nas pada rakaat
pertama, maka pada rakaat kedua selepas membaca al-Fatihah
hendaknya membaca sebahagian dari al-Baqarah.‰

Sebahagian pendapat lain menjelaskan: Digalakkan bila seseorang telah membaca


suatu surah, maka pembacaan berikutnya adalah surah yang terdapat
selepasnya. Dalilnya adalah bahawa urutan mushaf itu dibuat kerana ada
hikmahnya. Sehingga urutan seperti itu seelok-eloknya tetap dijaga kecuali yang
dikecualikan syaraÊ seperti:

(i) Solat subuh pada hari Jumaat, di mana pada rakaat pertama dibaca surah
Qaf dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Qamar.

(ii) Juga dua rakaat fajar di mana pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun
dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.

(iii) Begitu juga solat witir, di mana rakaat pertama dibaca surah al-AÊla, rakaat
kedua dibaca surah al-Kafirun dan rakaat ketiga dibaca al-Ikhlas dan al-
MuÊawwizatain.
116 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Seandainya seseorang membaca tidak mengikut urutan, misalnya pada rakaat


pertama ia membaca suatu surah, dan rakaat berikutnya membaca surah yang
terletak sebelumnya, maka hukumnya harus. Berkaitan hal ini, banyak sekali
athar yang menjelaskan. Umar ibn al-Khattab pernah membaca surah al-Kahfi
pada rakaat pertama solat subuh dan surah Yusuf pada rakaat keduanya

6.2.5 Nama-nama Surah


Ulama-ulama Salaf dan Khalaf menjelaskan nama-nama surah juga adalah
tauqiifi. Ini bermaksud Nabi sendiri yang memberikan nama-nama surah Al-
Quran.

Sebahagian surah Al-Quran hanya mengandungi satu nama. Sheikh Salim


Muhaisin menyatakan terdapat 74 surah yang masing-masing memiliki satu
nama sahaja antaranya surah-surah al-Nisak, al-Anam, Al-AÊraf, Yunus, Hud,
Yusuf, Al-Raad, Ibrahim, al-Haj, al-Mukminun, Nur dan lain-lain.

40 surah pula mengandungi lebih daripada satu nama. Sebahagian namanya


adalah tauqifi dan sebahagian lagi adalah ijtihadi. Antara lain:
(i) Al-Fatihah juga dinamakan Umm Al-Quran, Fatihah al-Kitab,al-SabÊu al-
Mathani, al-Wafiyat dan al-Kafiyat.
(ii) Al-Maidah juga dinamakan surah Al-Uqud dan al-Munjiat.
(iii) Surah al-Naml juga dinamakan surah Sulaiman.
(iv) Surah al-Saff Juga dinamakan surah Al-Hawaryyin.

Imam Jalaludin al-Suyuti telah membentangkan dalam kitabnya ‰al-Itqan‰


hadis-hadis yang menyebutkan nama-nama surah Al-Quran serta alasannya.
Sila rujuk.
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN W 117

• Ayat dari segi bahasa membawa maksud alamat atau tanda, pengajaran dan
bukti. Dari segi istilah pula merupakan sekelompok kata-kata, mempunyai
permulaan dan penghujung dan boleh membentuk surah-surah Al-Quran.

• Antara faedah mengetahui ayat adalah seperti menggambarkan keagungan


mukjizat, menghayati sunnah bacaan, memenuhi rukun-rukun ibadat dan
memudahkan istidal hukum.

• Maksud surah secara bahasa (emlogi) membawa beberapa pengertian


antaranya posisi, kemuliaan dan sesuatu yang menonjol dan baik. Dari
sudut istilah pula surah bermaksud sekelompok, sejumlah atau sekumpulan
ayat-ayat Al-Quran terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai
permulaan dan akhiran.

• Terdapat banyak hikamah dalam pembahagian surah dalam Al-Quran


seperti:
− Merangsang pengkajian, pengkajian dan pemahaman.
− Menumpukan sesuatu tema.
− Membuktikan mukjizat Al-Quran.
− Menghuraikan sesuatu yang terperinci.

• Ulama telah mengelompokkan surah-surah menjadi empat kelompok; al-


Tiwal, al-MiÊun, al-Mathani dan al-Mufassal.

• Terdapat tiga pendapat tentang urutan surah iaitu:


− Surah tidak berdasarkan tauqif Nabi s.a.w tetapi berdasarkan ijtihad
sahabat.
− Surah semuanya tauqif dari Nabi s.a.w.
− Sebahagian surah Al-Quran tertibnya tauqifi dan sebahagian lagi
berdasarkan ijtihad para sahabat.

Ayat Surah
Dalil Tauqifi
Mushaf
118 X TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

1. Terangkan pengertian istilah ayat dengan jelas.

2. Nyatakan dua sebab berlaku perbezaan dalam menentukan jumlah ayat-


ayat Al-Quran.

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit


1. Huraikan dengan jelas faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada
pengetahuan tentang surah-surah Al-Quran.

2. Huraikan dalil dan pendapat berkaitan dengan penentuan nama-nama


surah dalam Al-Quran adalah tauqifi dan bukan ijtihadi.

3. Nyatakan pengertian istilah berikut dengan jelas.

(a) Al-Tiwal
(b) Al-Miun
(c) Al-Mufassal
(d) Al-Mathani

Anda mungkin juga menyukai