Anda di halaman 1dari 22

Topik 7 X Mukjizat

Al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan Al-Quran sebagai kitab bermukjizat;
2. Menghuraikan konsep sebenar kemukjizatan Al-Quran dan kadarnya;
dan
3. Menerangkan tujuan-tujuan Allah menjadikan kitab Al-Quran sebagai
kitab bermukjizat.

X PENGENALAN
Perbahasan dalam topik ini akan membincangkan mengenai intipati dan
kelebihan Al-Quran yang diturunkan Allah (s.w.t.) sebagai panduan sepanjang
zaman. Al-Quran yang bersifat sebagai sumber rujukan utama bagi umat Islam
sudah pasti mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak dapat ditandingi
sama sekali oleh kemampuan akal manusia. Keistimewaan ini diistilahkan
sebagai mukjizat Al-Quran.
120 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

7.1 KONSEP MUKJIZAT


Mukjizat Al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak terdaya untuk
melakukan apa yang dicabar Al-Quran. Ia bertujuan untuk menzahirkan bahawa
Al-Quran itu adalah satu kebenaran dan Rasul yang membawanya juga adalah
benar. Begitu jugalah keadaan seluruh mukjizat Nabi-Nabi terdahulu di mana ia
bukanlah untuk melemahkan makhluk sahaja sebaliknya untuk membuktikan
rasul-rasul semua adalah benar dan ajaran yang mereka bawa datang dari Allah
s.w.t. Lantas manusia merasakan di sebalik mereka lemah menghadapi mukjizat
kepada perasaan dan keimanan bahawa mukjizat ini datang daripada Yang
Maha Berkuasa dengan hikmah dan memandu mereka untuk mempercayai
Rasul yang membawanya dan seterusnya mereka akan memperolehi
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti luar biasa, ajaib, sihir,


terpukau dan seumpamanya. Apakah ungkapan-ungkapan itu bersamaan
dengan pengertian mukjizat. Mari kita ikuti huraian berikutnya.

7.1.1 Mukjizat Al-Quran dan Kadarnya


Sejarah penentangan golongan kuffar terhadap kebenaran Al-Quran dan cabaran
Al-Quran supaya mereka mendatangkan surah-surah seperti Al-Quran berlaku
dalam beberapa keadaan. Mereka tidak mempercayai Al-Quran bahawa ia
datang daripada Allah (s.w.t). Lalu Allah (s.w.t.) mencabar supaya mereka
mencipta Al-Quran bermula dengan seluruh Al-Quran. Kemudian cabaran
supaya golongan ini datangkan sepuluh surah seperti dalam Al-Quran dan
terakhirnya Allah (s.w.t.) mencabar supaya datangkan satu surah seperti dalam
Al-Quran. Kesemua cabaran tersebut gagal dipenuhi dan mereka kalah dalam
setiap cabaran. Kekalahan mereka itu telah direkod oleh Allah dengan
menyatakan golongan ini tidak akan dapat melakukan selama-lamanya
seumpama satu surah seperti Al-Quran. Di sini jelas bahawa kadar kemukjizatan
Al-Quran adalah kadar surah yang terpendek dalam Al-Quran.

Adapun mereka yang berkata bahawa mukjizat hanya untuk seluruh Al-Quran
bukan sebahagiannya adalah tidak benar. Pandangan ini dikemukakan oleh
golongan Muktazilah ataupun orang yang mengatakan bahawa mukjizat Al-
Quran terjadi walaupun kurang satu surah, pandangan-pandangan itu adalah
tersasar jauh daripada kebenaran.

Dalam menentukan kadar kemukjizatan dalam Al-Quran, Shaykh MannaÊ Al-


Qattan menegaskan bahawa:
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 121

„Kami tidak melihat mukjizat dalam kadar tertentu, ini kerana kami
mendapati mukjizat juga terdapat dalam suara hurufnya dan juga
dalam kalimah-kalimahnya. Begitu juga ia terdapat dalam ayat dan
surah. Justeru Al-Quran iu adalah kalam Allah (s.w.t.) dan cukup‰.

7.2 KEMUKJIZATAN BAHASA DI DALAM


AL-QURAN
Bahasa Al-Quran ialah bahasa Arab. Penggunaan gaya bahasanya begitu canggih
dan murni. Ia mengandungi ciri-ciri yang tidak dapat dijumpai dimana-mana
percakapan manusia dan ini tidak syak lagi bahawa ia adalah mukjizat dan
kemukjizatan ini lebih terserlah apabila ia mencabar pakar-pakar bahasa ketika
itu tetapi mereka kelu, bisu dan lemah untuk menyahut cabaran Al-Quran.
Sedangkan ketika itu kemajuan bahasa begitu tinggi sehingga mereka
mengadakan pertandingan syair dan mereka yang menang syairnya akan diberi
penganugerahan dengan menggantungkannya di dinding ka`bah.

Peredaran masa telah menyaksikan bahawa bahasa Arab sejak Al-Quran


diturunkan sehingga ke hari ini mengalami tempoh-tempoh yang berbagai.
Adakalanya ia maju dan turun. Pada ketika lain, ia berkembang dan mengecut,
berlaku juga ia amat aktif dan jumud, terdapat juga ia bertamadun dan mundur.
Walau apapun yang berlaku pada tempoh-tempoh tersebut namun Al-Quran
tetap berada dipuncaknya menerangi cahaya dan hidayah, melimpahi
kelembutan dan kemegahannya. Dan begitulah ia tetap segar dan menarik
sambil membawa pergi mukjizat serta mencabar seluruh umat di alam ini
dengan penuh keyakinan dengan berkata:-

Al-Quran dengan kekuatan bahasanya dan kelemahan bangsa Arab


mengatasinya tidak pernah terkeluar dari susunan bahasa
percakapan mereka samada dari sudut lafaz, huruf dan gaya bahasa.
Akan tetapi susunan huruf dalam Al-Quran, kehalusan susun
aturnya, kemanisan urkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui
jumlah ismiyah dan fiÊliyyah, ayat-ayatnya dalam bentuk penafian
dan ithbat, al-zikr dan al-hazf, taÊrif dan tankir, al-taqdim dan taÊkhir,
haqiqat dan majaz, ithab dan ijaz dan lain semuanya ini meletakkan
Al-Quran berada dipuncak dan ia melemahkan kekuatan manusia
untuk mengatasinya.

Ibn Abbas ra meriwayatkan al-Walid ibn al-Mughirah datang kepada Nabi


S.A.W. dan Baginda telah membaca Al-Quran kepadanya. Bacaan Rasullullah
S.AW. tersebut seakan telah melembutkan hatinya. Perkara ini telah sampai ke
122 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

pengetahuan Abu Jahal dengan lantas menjumpainya seraya berkata: „Wahai


saudaraku sesungguhnya kaum kamu hendak mengumpul harta untuk memberi
kepadamu kerana kamu telah pergi kepada Muhammad dan seakan kamu
menerima apa diucapnya‰. Al-Walid berkata: „Sesungguhnya kaum Quraish
mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling berharta‰. Abu Jahal berkata:
„Kalau begitu hendaklah kamu berkata satu perkataan yang sampai ke
pengetahuan kaum mu bahawa kamu mengingkari dan membencinya‰. Al-
Walid berkata: „Apa yang patut aku katakan? Demi Allah, tidak ada seorang pun
dikalangan kamu yang lebih arif daripada Ku berkaitan syair dan qasidah. Demi
Allah tidak ada sesuatu pun menyerupainya. Dan demi Allah, sesungguhnya
perkataannya (Al-Quran) begitu manis dan bertenaga, sesungguhnya di atasnya
mempunyai buah, di bawahnya pula terdapat limpahan, sesungguhnya ia amat
tinggi dan tidak ada yang menandinginya. Ia akan menghancurkan apa yang ada
di bawahnya‰. Abu Jahal berkata: „Demi Allah, kaum kamu tidak akan
menyukai kamu sehingga kamu berkata sesuatu kepadanya‰. Al-Walid berkata:
„Tinggallah aku sendirian sehingga aku berfikir sesuatu dan selepas berfikir ia
berkata „Ini (Al-Quran) adalah sihir yang memberi kesan‰ dan Allah Swt
menurunkan firmannya „

∩⊇⊂∪ #YŠθåκà− t⎦⎫ÏΖt/uρ ∩⊇⊄∪ #YŠρ߉ôϑ¨Β Zω$tΒ …çμs9 àMù=yèy_uρ ∩⊇⊇∪ #Y‰‹Ïmuρ àMø)n=yz ô⎯tΒuρ ’ÎΤö‘sŒ

∩⊇∉∪ #Y‰ŠÏΖtã $uΖÏF≈tƒKψ tβ%x. …çμ¯ΡÎ) ( Hξx. ∩⊇∈∪ y‰ƒÎ—r& ÷βr& ßìyϑôÜtƒ §ΝèO ∩⊇⊆∪ #Y‰‹Îγôϑs? …çμs9 ‘N‰£γtΒuρ

∩⊄⊃∪ u‘£‰s% y#ø‹x. Ÿ≅ÏGè% §ΝèO ∩⊇®∪ u‘£‰s% y#ø‹x. Ÿ≅ÏGà)sù ∩⊇∇∪ u‘£‰s%uρ t©3sù …çμ¯ΡÎ) ∩⊇∠∪ #·Šθãè|¹ …çμà)Ïδö‘é'y™

∩⊄⊆∪ ãrO÷σムÖøt¾ ωÎ) !#x‹≈yδ ÷βÎ) tΑ$s)sù ∩⊄⊂∪ uy9õ3tFó™$#uρ tt/÷Šr& §ΝèO ∩⊄⊄∪ uy£o0uρ }§t6tã §ΝèO ∩⊄⊇∪ tsàtΡ §ΝèO

Maksudnya: (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku


sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam
keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), Dan Aku jadikan baginya
harta kekayaan yang banyak, Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di
sisinya. Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan)
dengan semudah-mudahnya.

Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; Tidak sekali-kali (akan
ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-
ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). Aku akan
menyeksanya (dengan azab) yang memuncak. Kerana sesungguhnya ia telah
memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan (terhadap Al-Quran). Maka
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 123

binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang


demikian). Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-
reka (tuduhan-tuduhan itu)? Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-
kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal); Setelah itu ia memasamkan
mukanya serta ia bertambah masam berkerut; Kemudian ia berpaling (serta ia
berkata): "(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari
(dari ahli-ahlinya); Ia tidak lain hanyalah perkataan manusia.
(Surah al-Muddathir ayat 11ă24)

Mukjizat juga terdapat dalam susun atur suaranya yang menarik semasa
membaca huruf-hurufnya, dan ketika mendengar baris, sukun, mad, dengung,
ceraian ayatnya. Ini semua tidak pernah menjemu pendengaran bahkan ia
sentiasa menuntut supaya ditambahkan bacaan.

Mukjizat juga berada dalam lafaznya yang menyempurnakan setiap makna kini
pada tempatnya. Tidak ada satu lafaz pun yang dikatakan sebagai penambah
kepada makna (zaÊid). Dan tidak ada seorang penyelidik pun yang terjumpa satu
tempat dalam Al-Quran dan menyatakan bahawa tempat ini memerlu kepada
satu lapaz untuk menyempurnakan makna yang kurang.

Bangsa Arab tidak sekali-kali mempunyai kalam yang sempurna dan setara
dengan kalam Al-Quran dari sudut fasahah, keunikan, makna-makna yang
halus, kaedah-kaedah yang banyak, hikmah-hikmah yang berbagai. Hukum-
hukumnya dijelaskan dalam kalimah dan lafaz yang sedikit berbanding penyair
Arab yang melontar idea melalui qasidah yang meleret-leret dan kekurangan
makna serta bercanggah. Sesungguhnya Al-Quran datang walaupun sebahagian
ayatnya panjang tetapi menepati fasahah sebagaimana Allah s.w.t
menyifatkannya dengan berfirman:

šχöθt±øƒs† t⎦⎪Ï%©!$# ߊθè=ã_ çμ÷ΖÏΒ ”Ïèt±ø)s? u’ÎΤ$sW¨Β $YγÎ6≈t±tF•Β $Y6≈tGÏ. Ï]ƒÏ‰ptø:$# z⎯|¡ômr& tΑ¨“tΡ ª!$#

4 â™!$t±o„ ⎯tΒ ⎯ÏμÎ/ “ωöκu‰ «!$# “y‰èδ y7Ï9≡sŒ 4 «!$# Ìø.ÏŒ 4’n<Î) öΝßγç/θè=è%uρ öΝèδߊθè=ã_ ß⎦,Î#s? §ΝèO öΝåκ®5u‘

∩⊄⊂∪ >Š$yδ ô⎯ÏΒ …çμs9 $yϑsù ª!$# È≅Î=ôÒム⎯tΒuρ

Maksudnya: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-
Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang
benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai
cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-
orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan
124 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan
rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah
petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah
(disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat
memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Surah al-Zumar 23)

∩∇⊄∪ #ZÏWŸ2 $Z≈n=ÏF÷z$# ÏμŠÏù (#ρ߉y`uθs9 «!$# Îöxî ωΖÏã ô⎯ÏΒ tβ%x. öθs9uρ 4 tβ#u™öà)ø9$# tβρã−/y‰tFtƒ Ÿξsùr&

Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi


Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya
mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(Surah al-nisa 82)

AKTIVITI 7.1

Apakah unsur-unsur yang menunjukkan bahasa Arab yang terdapat di


dalam Al-Quran juga membuktikan kemukjizatan Al-Quran?

7.3 KEMUKJIZATAN ILMIAH (SAINS)


Tujuan Al-Quran diturunkan ialah untuk memberi hidayah kepada manusia
dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Kesempurnaan syariat dalam Al-
Quran telah dijelaskan Allah Swt di dalam surah al-Maidah, ayat ke-3:

$YΨƒÏŠ zΝ≈n=ó™M}$# ãΝä3s9 àMŠÅÊu‘uρ ©ÉLyϑ÷èÏΡ öΝä3ø‹n=tæ àMôϑoÿøCr&uρ öΝä3oΨƒÏŠ öΝä3s9 àMù=yϑø.r& tΠöθu‹ø9$#

Maksudnya: „Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan
Aku telah sempurnakan nikmatKu kepada kamu dan Aku redha Islam menjadi
agamamu‰.
(Surah al-Maidah, 3)
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 125

Ramai di kalangan manusia telah tersasar dari kebenaran ketika mana mereka
begitu bersungguh-sungguh untuk menetapkan bahawa Al-Quran mengandungi
semua teori sains. Setiap kali timbul teori baru dalam sains mereka berusaha
mentakwil dan mentafsir Al-Quran menepati teori tersebut.

Punca kesilapan dalam hal ini ialah teori sains itu sendiri yang menerima
perubahan mengikut peredaran zaman kerana menempuh era kemajuan. Justeru
teori itu sentiasa dalam kekurangan dan kadang-kadang ia berbentuk kabur dan
adakalanya ia satu kesalahan. Selain itu, banyak teori sains yang menerima
perubahan, ada juga selepas teori tersebut diterima pakai ia sebenarnya adalah
batil dan dibuang. Lantas pengkaji mula mencuba teori yang lain.

Orang yang menafsir Al-Quran mengikut aliran sains dan berusaha untuk
mengeluarkan teori tersebut dari Al-Quran dalam setiap masalah yang lahir
dalam kehidupan sains, sebenarnya mereka telah melakukan sesuatu yang tidak
elok terhadap Al-Quran dalam keadaan mereka merasakan telah melakukan
yang terbaik kepada Al-Quran. Teori sains sebenarnya tunduk kepada kemajuan
dan ia akan berubah, teori tersebut boleh terbatal. Dan jika kita menafsirkan Al-
Quran dengan cara tersebut, sebenarnya ia telah mendedahkan kepada satu
perkara yang batil setiap kali teori sains itu berubah.

Sebenarnya mukjizat sains dalam Al-Quran bukan mengandungi teori-teori sains


yang selalu berubah mengikut peredaran masa, tetapi ia menggalakkan manusia
ke arah berfikir. Ia menggalakkan manusia berfikir tentang alam serta
memerhatikannya dan jangan sekali-kali lemah berfikir dalam perkara itu. Apa
jua teori sains yang terbukti keyakinannya adalah menepati apa yang digalakkan
dalam Al-Quran iaitu dengan berfikir secara sempurna. Ia sekali-kali tidak
bertentangan dengan kemajuan sains pada hari ini yang teorinya tidak sekali-kali
bertentangan dalam alirannya adalah menepati dengan Al-Quran. Ini merupakan
IÊjaz.

Al-Quran al-Karim menjadikan pemikiran yang betul dan pemerhatian yang


tepat terhadap alam ini adalah antara jalan yang terpenting beriman kepada
Allah s.w.t. Ia menggalakkan kepada berfikir tentang kejadian Allah s.w.t
samada di langit atau di bumi. Firman Allah SWT:
126 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

∩⊇®⊃∪ É=≈t6ø9F{$# ’Í<'ρT[{ ;M≈tƒUψ Í‘$pκ¨]9$#uρ È≅øŠ©9$# É#≈n=ÏF÷z$#uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# È,ù=yz ’Îû χÎ)

ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# È,ù=yz ’Îû β


t ρã¤6xtGtƒuρ öΝÎγÎ/θãΖã_ 4’n?tãuρ #YŠθãèè%uρ $Vϑ≈uŠÏ% ©!$# tβρãä.õ‹tƒ t⎦⎪Ï%©!$#

∩⊇®⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# z>#x‹tã $oΨÉ)sù y7oΨ≈ysö6ß™ WξÏÜ≈t/ #x‹≈yδ |Mø)n=yz $tΒ $uΖ−/u‘ ÇÚö‘F{$#uρ

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian
langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
(Surah al-Imran, ayat 190-191)

Ia juga menggalak supaya berfikir tentang diri sendiri.

Èd,ysø9$$Î/ ωÎ) !$yϑåκs]øŠt/ $tΒuρ uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ª!$# t,n=y{ $¨Β 3 ΝÍκŦàΡr& þ’Îû (#ρã©3xtGtƒ öΝs9uρr&

∩∇∪ tβρãÏ≈s3s9 öΝÎγÎn/u‘ Ç›!$s)Î=Î/ ¨


Ä $¨Ζ9$# z⎯ÏiΒ #ZÏVx. ¨βÎ)uρ 3 ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r&uρ

Maksudnya: Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian


sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat
mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang
ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan
dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui
Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang
sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
(Surah al-Rum, ayat 8)
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 127

öθs9 ∩⊄⊃∪ tβρâ“Í←!$xø9$# ãΝèδ Ïπ¨Ψyfø9$# Ü=≈ysô¹r& 4 Ïπ¨Ψyfø9$# Ü=≈ptõ¾r&uρ Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ptõ¾r& ü“ÈθtGó¡o„ Ÿω

šù=Ï?uρ 4 «!$# ÏπuŠô±yz ô⎯ÏiΒ %YæÏd‰|ÁtF•Β $Yèϱ≈yz …çμtF÷ƒr&t©9 9≅t6y_ 4’n?tã tβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ $uΖø9t“Ρr&

∩⊄⊇∪ šχρã©3xtGtƒ óΟßγ¯=yès9 Ĩ$¨Ζ=Ï9 $pκæ5ÎôØtΡ ã≅≈sVøΒF{$#

Maksudnya: Tidaklah sama ahli neraka dan ahli syurga; ahli syurgalah orang-
orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diinginya). Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat
gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan
(ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia, supaya mereka memikirkannya.)
(Surah al-Hasyr, ayat 20, 21)

’n<Î)uρ ∩⊇∇∪ ôMyèÏùâ‘ y#ø‹Ÿ2 Ï™!$uΚ¡¡9$# ’n<Î)uρ ∩⊇∠∪ ôMs)Î=äz y#ø‹Ÿ2 È≅Î/M}$# ’n<Î) tβρãÝàΨtƒ Ÿξsùr&

|MΡr& !$yϑ¯ΡÎ) öÏj.x‹sù ∩⊄⊃∪ ôMysÏÜß™ y#ø‹x. ÇÚö‘F{$# ’n<Î)uρ ∩⊇®∪ ôMt6ÅÁçΡ y#ø‹x. ÉΑ$t6Ågø:$#

∩⊄⊇∪ ÖÅe2x‹ãΒ

Maksudnya: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah


mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan
langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(Surah al-Ghasyiah, ayat 17-20)

z⎯ÏΒ ‘‰x©r& èπuΖ÷FÏø9$#uρ 4 öΝä.θã_t÷zr& ß]ø‹ym ô⎯ÏiΒ Νèδθã_Ì÷zr&uρ öΝèδθßϑçGøÉ)rO ß]ø‹ym öΝèδθè=çFø%$#uρ

öΝä.θè=tG≈s% βÎ*sù ( ÏμŠÏù öΝä.θè=ÏF≈s)ム4©®Lym ÏΘ#tptø:$# ωÉfó¡pRùQ$# y‰ΖÏã öΝèδθè=ÏG≈s)è? Ÿωuρ 4 È≅÷Gs)ø9$#

∩⊇®⊇∪ t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# â™!#t“y_ y7Ï9≡x‹x. 3 öΝèδθè=çFø%$$sù


128 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana


sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah
mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya
daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid
Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka
memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi
orang-orang yang kafir.
(Surah al-Baqarah, ayat 191)

ÇÚö‘F{$# ßN$t6tΡ ⎯ÏμÎ/ xÝn=tG÷z$$sù Ï™!$yϑ¡¡9$# z⎯ÏΒ çμ≈uΖø9t“Ρr& >™!$yϑx. $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θu‹ysø9$# ã≅sWtΒ $yϑ¯ΡÎ)

 ∅sßuρ ôMoΨ−ƒ¨—$#uρ $yγsùã÷zã— ÞÚö‘F{$# ÏNx‹s{r& !#sŒÎ) #©¨Lym ÞΟ≈yè÷ΡF{$#uρ â¨$¨Ζ9$# ã≅ä.ù'tƒ $£ϑÏΒ

öΝ©9 βr(x. #Y‰ŠÅÁym $yγ≈uΖù=yèyfsù #Y‘$pκtΞ ÷ρr& ¸ξø‹s9 $tΡâöΔr& !$yγ9s?r& !$pκön=tæ šχρâ‘ω≈s% öΝåκ¨Ξr& !$yγè=÷δr&

∩⊄⊆∪ tβρã¤6xtGtƒ 5Θöθs)Ï9 ÏM≈tƒFψ$# ã≅Å_ÁxçΡ y7Ï9≡x‹x. 4 ħøΒF{$$Î/ š∅øós?

Maksudnya: Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air


hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya)
tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan
binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya)
dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan
keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan
penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman
serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami
menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu
Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu.
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(Surah Yunus, ayat 24)
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 129

$pκÏù Ÿ≅yèy_ ÏN≡tyϑ¨V9$# Èe≅ä. ⎯ÏΒuρ ( #\≈pκ÷Ξr&uρ z©Å›≡uρu‘ $pκÏù Ÿ≅yèy_uρ uÚö‘F{$# £‰tΒ “Ï%©!$# uθèδuρ

∩⊂∪ tβρã©3xtGtƒ 5Θöθs)Ïj9 ;M≈tƒUψ y7Ï9≡sŒ ’Îû ¨βÎ) 4 u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅øŠ©9$# ©Å´øóム( È⎦÷⎫uΖøO$# È⎦÷⎫y`÷ρy—

Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
(mahu) berfikir.
(Surah al-Rad, ayat 3)

Allah s.w.t telah mengumpul ilmu falak, tumbuhan, lapisan bumi dan haiwan
adalah punca takut kepadanya:

z⎯ÏΒuρ 4$pκçΞ≡uθø9r& $¸Î=tFøƒ’Χ ;N≡tyϑrO ⎯ÏμÎ/ $oΨô_t÷zr'sù [™!$tΒ Ï™!$yϑ¡¡9$# z⎯ÏΒ tΑt“Ρr& ©!$# ¨βr& ts? óΟs9r&

Ĩ$¨Ζ9$# š∅ÏΒuρ ∩⊄∠∪ ׊θß™ Ü=ŠÎ/#{xîuρ $pκçΞ≡uθø9r& ì#Î=tFøƒ’Χ Öôϑãmuρ ÖÙ‹Î/ 7Šy‰ã` ÉΑ$t6Éfø9$#

3(#àσ¯≈yϑn=ãèø9$# ÍνÏŠ$t6Ïã ô⎯ÏΒ ©!$# ©y´øƒs† $yϑ¯ΡÎ) 3šÏ9≡x‹x. …çμçΡ≡uθø9r& ì#Î=tFøƒèΧ ÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρ Å_U!#uρ¤$!$#uρ

∩⊄∇∪ î‘θàxî ͕tã ©!$# χÎ)

Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari


langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan
jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai
jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua
dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara
manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada
yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan
takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah
orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Pengampun.
(Surah Fatir 27-28)
130 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

7.4 KEMUKJIZATAN TASHRI’


(PERUNDANGAN)
Apakah Pula yang Dimaksudkan dengan Kemukjizatan TashriÊ?

Allah (s.w.t.) telah menjadikan dalam tubuh manusia kemahuan yang bertindak
pemberi kesan dalam kelangsungan hidup. Jika akal yang sempurna menjaga
tuannya dari kelalaian dan kejahatan tetapi nafsu yang menyeleweng melawan
dan mengatasi kekuatan akal. Akal tidak akan berjaya selama-lamanya. Kerana
itulah untuk meluruskan kehidupan manusia ia mestilah dididik dengan cara
tertentu sehingga mereka terdidik, berkembang dan membawanya ke arah
kebaikan dan kejayaan.

Manusia bersifat ketamadunan. Ia memerlukan kepada orang lain dan orang lain
juga memerlukan kepadanya. Kerjasama sesama manusia adalah satu kemestian
dalam kehidupan bermasyarakat yang wajib ada dalam ketamadunan manusia.
Banyak terjadi manusia menzalimi saudaranya kerana faktor penguasaan dan
ego. Dan jika manusia tidak ditentukan kaedah hubungan mereka, sistem
kehidupan, hak-hak dan juga maruah sudah tentu akan berlaku kucar-kacir dan
haru biru.

Justeru masyarakat manusia memerlukan satu sistem yang memandu mereka


dan menentukan keadilan dalam setiap individu. Manusia semua telah
mengetahui melalui sejarah bahawa telah banyak mazhab, teori, sistem,
perundangan yang dicipta untuk memandu manusia ke arah kebahagiaan, tetapi
semuanya tidak mencapai matlamat sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran
melalui IÊjaz perundangannya.

Al-Quran bermula dengan tarbiyah individu kerana ia merupakan satu juzuk


masyarakat. Ia mendidik dengan membebaskan perasaan dan sanggup memikul
tanggungjawab. Al-Quran memerdekakan hati manusia dengan aqidah tauhid
yang ikhlas, melepaskannya daripada perhambaan hawa nafsu sehinggalah
menjadi hamba yang benar-benar ikhlas kepada Allah s.w.t. Seterusnya hamba
ini akan menjadikan khaliq (Allah) sebagai tempat beribadah dan yang tertinggi
dalam dirinya. Ia tidak memerlukan kepada makhluk kecuali khaliqnya sahaja
yang bersifat sempurna dan daripadanyalah dianugerahkan kebaikan kepada
sekalian makhluk.

Apabila aqidah muslim itu betul dan tepat ia hendaklah mengikut perundangan
Al-Quran dalam perkara berkaitan kefarduan dan ibadat. Setiap ibadah yang
difardukan adalah untuk kebaikan individu dan disamping itu mempunyai
hubungan dengan kebaikan masyarakat.
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 131

Sembahyang mencegah dari maksiat dan kemungkaran dan sembahyang


berjemaah adalah dituntut kecuali yang uzur. Ia adalah syarat dalam
sembahyang jumaat dan sembahyang dua hari raya. Orang bersembahyang
merasakan hubungan yang kuat dengan saudaranya di seluruh muka bumi ini
kerana ia tahu bahawa di saat itu semua muslim di muka bumi menghalakan
muka mereka ke arah yang Maha Esa iaitu dengan menunaikan sembahyang,
menghadap ke arah kiblat yang satu, berdoa dengan doa yang satu meskipun
berjauhan sempadan dan daerah. Ini merupakan IÊjaz dari segi TashriÊ Solat.

Cukuplah bagi muslim dalam mentarbiyah diri mereka dengan berdiri di


hadapan Allah Swt lima kali sehari semalam untuk dirinya mentaati dengan
syariat Alllah SWT.

∩⊆⊂∪ tβθßϑÎ=≈yèø9$# ωÎ) !$yγè=É)÷ètƒ $tΒuρ ( Ĩ$¨Ζ=Ï9 $yγç/ÎôØnΣ ã≅≈sVøΒF{$# šù=Ï?uρ

Maksudnya: Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan


kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat
memahaminya.
(Surah al-Ankabut, ayat 43)

Ibadat Zakat juga mempunyai mukjizat dari segi TashriÊnya kerana ia


mempunyai hikmah tertentu, antaranya ialah:
(i) Mengikis manusia daripada sifat kedekut, perhambaan kepada harta dan
mencintai dunia.
(ii) Ia merupakan satu kebaikan untuk masyarakat dan menghapuskan jurang
antara golongan yang berada dengan yang miskin. Dengan ini jiwa setiap
masyarakat merasa terjamin dan amalan berzakat dapat menjauhkan
daripada kesempitan hidup.

Ibadat haji pun demikian juga mempunyai hikmah-hikmahnya yang dikatan


MuÊjizat TashriÊ, antaranya ialah:
(i) Haji adalah satu pelancongan yang mendidik jiwa ketika menghadapi
kesukaran.
(ii) Ia juga membuka penglihatan manusia terhadap rahsia-rahsia Allah dalam
penciptaannya.
(iii) Perhimpunan manusia dalam menunai ibadatkan haji adalah satu
muktamar antarabangsa yang mana mereka dapat mengenali antara satu
sama lain dan bertukar-tukar fikiran.
132 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

Hikmah puasa pula ialah:


(i) Mendidik manusia dalam mengekang hawa nafsu dan menguatkan
semangat orang-orang Islam berada dalam situasi dan keadaan yang satu
dalam tempoh sebulan khususnya dalam waktu makan.
(ii) Kehidupan mereka ini umpama satu keluarga melakukan ibadat-ibadat
yang difardukan ini mendidik perasaan Muslim dengan tanggungjawab
individu sebagaimana yang dijelaskan Al-Quran.

Semua ini dikatakan MuÊjizat Al-Quran dalam TashriÊ. Firman Allah:

∩⊂∇∪ îπoΨ‹Ïδu‘ ôMt6|¡x. $yϑÎ/ ¤§øtΡ ‘≅ä.

Maksudnya: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi
amal jahat) yang dikerjakannya.
(Surah al-Mudhathir, ayat 38)

ΟÎγÎ=uΗxå ô⎯ÏiΒ Νßγ≈oΨ÷Gs9r& !$tΒuρ öΝåκtJ−ƒÍh‘èŒ öΝÍκÍ5 $uΖø)ptø:r& ?⎯≈yϑƒÎ*Î/ ΝåκçJ−ƒÍh‘èŒ öΝåκ÷Jyèt7¨?$#uρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$#uρ

∩⊄⊇∪ ×⎦⎫Ïδu‘ |=|¡x. $oÿÏ3 ¤›ÍöΔ$# ‘≅ä. 4 &™ó©x« ⎯ÏiΒ

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat


keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat
keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak
mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang
manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(Surah al-Thur, ayat 21)
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 133

FirmanNya lagi:

βÎ) !$tΡõ‹Ï{#xσè? Ÿω $oΨ−/u‘ 3 ôMt6|¡tFø.$# $tΒ $pκön=tãuρ ôMt6|¡x. $tΒ $yγs9 4 $yγyèó™ãρ ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω

4 $uΖÎ=ö6s% ⎯ÏΒ š⎥⎪Ï%©!$# ’n?tã …çμtFù=yϑym $yϑx. #\ô¹Î) !$uΖøŠn=tã ö≅Ïϑóss? Ÿωuρ $oΨ−/u‘ 4 $tΡù'sÜ÷zr& ÷ρr& !$uΖŠÅ¡®Σ

$uΖ9s9öθtΒ |MΡr& 4 !$uΖôϑymö‘$#uρ $oΨs9 öÏøî$#uρ $¨Ψtã ß#ôã$#uρ ( ⎯ÏμÎ/ $oΨs9 sπs%$sÛ Ÿω $tΒ $oΨù=Ïdϑysè? Ÿωuρ $uΖ−/u‘

∩⊄∇∉∪ š⎥⎪ÍÏ≈x6ø9$# ÏΘöθs)ø9$# ’n?tã $tΡöÝÁΡ$$sù

Maksudnya: Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya


olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika
kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan
kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah
kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah al-Baqarah, ayat 286)

Al-Quran juga menggalak manusia ke arah sifat-sifat terpuji seperti sabar, sidiq,
adil, ihsan, bersopan-santun, bermaafan, tawadhuÊ dan lain-lain.

Selepas tarbiyah individu ia dilangsungkan dengan membina keluarga. Kerana


ia merupakan benih-benih masyarakat. Lantas Al-Quran mensyariatkan
perkahwinan bagi memenuhi tuntutan nafsu dan mengekal zuriat manusia
secara halal dan bersih. Hubungan kekeluargaan terbina dengan kemesraan,
kasih sayang, jiwa yang tenang, kehidupan harmoni, sikap menghormati suami
isteri dan tanggungjawab bersesuaian lelaki dan perempuan.
134 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

Νà6uΖ÷t/ Ÿ≅yèy_uρ $yγøŠs9Î) (#þθãΖä3ó¡tFÏj9 %[`≡uρø—r& öΝä3Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ /ä3s9 t,n=y{ ÷βr& ÿ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ ô⎯ÏΒuρ

∩⊄⊇∪ tβρã©3xtGtƒ 5Θöθs)Ïj9 ;M≈tƒUψ y7Ï9≡sŒ ’Îû ¨βÎ) 4 ºπyϑômu‘uρ Zο¨Šuθ¨Β

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan


rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-
isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.
(Surah al-Rum, ayat 21)

(#θç7yδõ‹tGÏ9 £⎯èδθè=àÒ÷ès? Ÿωuρ ( $\δöx. u™!$|¡ÏiΨ9$# (#θèOÌs? βr& öΝä3s9 ‘≅Ïts† Ÿω (#θãΨtΒ#u™ z⎯ƒÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

βÎ*sù 4 Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ £⎯èδρçÅ°$tãuρ 4 7πoΨÉit6•Β 7πt±Ås≈xÎ/ t⎦⎫Ï?ù'tƒ βr& HωÎ) £⎯èδθßϑçF÷s?#u™ !$tΒ ÇÙ÷èt7Î/

∩⊇®∪ #ZÏWŸ2 #Zöyz ÏμŠÏù ª!$# Ÿ≅yèøgs†uρ $\↔ø‹x© (#θèδtõ3s? βr& #©|¤yèsù £⎯èδθßϑçF÷δÌx.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti
mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak
mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,
kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah
kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya,
janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci
itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(Surah al-Nisa, ayat 19)
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 135

ôNy‰s)tã t⎦⎪Ï%©!$#uρ 4 šχθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏΒ u’Í<≡uθtΒ $oΨù=yèy_ 9e≅à6Ï9uρ

∩⊂⊂∪ #´‰‹Îγx© &™ó©x« Èe≅à2 4’n?tã tβ%Ÿ2 ©!$# ¨βÎ) 4 öΝåκz:ÅÁtΡ öΝèδθè?$t↔sù öΝà6ãΖ≈yϑ÷ƒr&

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami
telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa
dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat
ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan
kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah
sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Nisa, ayat 33)

Setelah itu datang pula sistem perundangan yang memacu masyarakat muslim.
Al-Quran mengandungi sistem perundangan terbaik yang berasas kepada
masyarakat, persamaan dan melarang penguasan individu.

( y7Ï9öθym ô⎯ÏΒ (#θ‘ÒxΡ]ω É=ù=s)ø9$# xá‹Î=xî $ˆàsù |MΨä. öθs9uρ ( öΝßγs9 |MΖÏ9 «!$# z⎯ÏiΒ 7πyϑômu‘ $yϑÎ6sù

¨βÎ) 4 «!$# ’n?tã ö≅©.uθtGsù |MøΒz•tã #sŒÎ*sù ( ÍöΔF{$# ’Îû öΝèδö‘Íρ$x©uρ öΝçλm; öÏøótGó™$#uρ öΝåκ÷]tã ß#ôã$$sù

∩⊇∈®∪ t⎦,Î#Ïj.uθtGßϑø9$# =Ïtä† ©!$#

Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah


(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya.
(Surah al-Imran, ayat 159)
136 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

öΝßγ≈uΖø%y—u‘ $£ϑÏΒuρ öΝæηuΖ÷t/ 3“u‘θä© öΝèδãøΒr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r&uρ öΝÍκÍh5tÏ9 (#θç/$yftGó™$# t⎦⎪Ï%©!$#uρ

∩⊂∇∪ tβθà)ÏΖãƒ

Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang
menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang
dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama
mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri
kepadanya.
(Surah al-Syura, ayat 38)

∩⊇⊃∪ tβθçΗxqöè? ÷/ä3ª=yès9 ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 ö/ä3÷ƒuθyzr& t⎦÷⎫t/ (#θßsÎ=ô¹r'sù ×οuθ÷zÎ) tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$# $yϑ¯ΡÎ)

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pemerintahan Islam berlandas kepada keadilan yang tidak dipengaruhi kasih


sayang atau hubungan keluarga.

Íρr& öΝä3Å¡àΡr& #’n?tã öθs9uρ ¬! u™!#y‰pκà− ÅÝó¡É)ø9$$Î/ t⎦⎫ÏΒ≡§θs% (#θçΡθä. (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ *

#“uθoλù;$# (#θãèÎ7−Fs? Ÿξsù ( $yϑÍκÍ5 4’n<÷ρr& ª!$$sù #ZÉ)sù ÷ρr& $†‹ÏΨxî ï∅ä3tƒ βÎ) 4 t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ È⎦ø⎪y‰Ï9≡uθø9$#

∩⊇⊂∈∪ #ZÎ6yz tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ*sù (#θàÊÌ÷èè? ÷ρr& (#ÿ…âθù=s? βÎ)uρ 4 (#θä9ω÷ès? βr&

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-


orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang
menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri,
atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya
atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah
lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan
hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu
memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 137

sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang


kamu lakukan.
(Surah al-Nisa, ayat 135)

Sebagaimana keadilan ini tidak memberi kesan daripada sifat dendam musuh
Islam.

öΝà6¨ΖtΒÌôftƒ Ÿωuρ ( ÅÝó¡É)ø9$$Î/ u™!#y‰pκà− ¬! š⎥⎫ÏΒ≡§θs% (#θçΡθä. (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

©!$# χÎ) 4 ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( 3“uθø)−G=Ï9 >


Ü tø%r& uθèδ (#θä9ωôã$# 4 (#θä9ω÷ès? ωr& #’n?tã BΘöθs% ãβ$t↔oΨx©

∩∇∪ šχθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ 7Î6yz

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa


menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Maidah, ayat 8)

Al-Quran telah menjaga lima prinsip kehidupan manusia iaitu jiwa, din (agama),
maruah, harta dan akal.

∩⊇∠®∪ tβθà)−Gs? öΝà6¯=yès9 É=≈t6ø9F{$# ’Í<'ρé'¯≈tƒ ×ο4θuŠym ÄÉ$|ÁÉ)ø9$# ’Îû öΝä3s9uρ

Maksudnya: Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah, ayat 179)
138 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

’Îû ×πsùù&u‘ $yϑÍκÍ5 /ä.õ‹è{ù's? Ÿωuρ ( ;οt$ù#y_ sπs($ÏΒ $yϑåκ÷]ÏiΒ 7‰Ïn≡uρ ¨≅ä. (#ρà$Î#ô_$$sù ’ÎΤ#¨“9$#uρ èπu‹ÏΡ#¨“9$#

z⎯ÏiΒ ×πxÍ←!$sÛ $yϑåκu5#x‹tã ô‰pκô¶uŠø9uρ ( ÌÅzFψ$# ÏΘθö u‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ζä. βÎ) «!$# È⎦⎪ÏŠ

∩⊄∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#

Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu
sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan
hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;
dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu
oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(Surah al-Nur, ayat 2)

Zοt$ù#y_ t⎦⎫ÏΖ≈uΚrO óΟèδρ߉Î=ô_$$sù u™!#y‰pκà− Ïπyèt/ö‘r'Î/ (#θè?ù'tƒ óΟs9 §ΝèO ÏM≈oΨ|Áósßϑø9$# tβθãΒötƒ t⎦⎪Ï%©!$#uρ

∩⊆∪ tβθà)Å¡≈xø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&uρ 4 #Y‰t/r& ¸οy‰≈pκy− öΝçλm; (#θè=t7ø)s? Ÿωuρ

Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada


perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat;
dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana
mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Surah al-Nur, ayat 4)

͕tã ª!$#uρ 3 «!$# z⎯ÏiΒ Wξ≈s3tΡ $t7|¡x. $yϑÎ/ L™!#t“y_ $yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ

∩⊂∇∪ ÒΟŠÅ3ym

Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri
maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab
apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Maidah, ayat 38)
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN W 139

Kesimpulannya Al-Quran adalah perundangan yang sempurna untuk


melangsungkan kehidupan manusia dalam sebaik-baik keadaan. Ijaz
perundangan akan kekal selari dengan ijaz sains dan bahasa.

• Mukjizat Al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak berdaya


untuk melakukan apa yang dicabar oleh Al-Quran dan bertujuan untuk
menzahirkan bahawa Al-Quran adalah satu kebenaran dan Rasul yang
membawanya juga benar.

• Shaykh MannaÊ al-Qattan menegaskan bahawa mukjizat yang terdapat


dalam Al-Quran terletak pada suara hurufnya dan kalimah-kalimahnya.
Begitu juga terdapat dalam ayat dan surah.

• Mukjizat bahasa dalam Al-Quran:

− Penggunaan bahasa Arab kerana terdapat ciri-ciri yang tidak dapat


dijumpai di mana-mana percakapan manusia.
− Mukjizat yang berada dalam lafaznya yang menyempurnakan setiap
makna dan tempatnya.
− Mukjizat terdapat dalam susun atur suara yang menarik semasa
membaca huruf-huruf, ketika mendengar baris, sukun, mad, dengung
dan ceraian ayat.

• Tujuan Al-Quran diturunkan ialah untuk memberi hidayah kepada


manusia dalam melakukan ibadah kepada Allah.

• Mukjizat sains di dalam Al-Quran bukan mengenai teori sains tetapi


menggalakkan manusia ke arah berfikir tentang alam serta
memerhatikannya.

Al-Quran Kitab
Islam Mukjizat
140 X TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

1. Terangkan 5 cara Al-Quran mendidik individu supaya menjadi anggota


masyarakat yang berperanan dalam menegakkan tasriÊ Islam.

2. Bezakan antara hasilan kajian sains dengan mukjizat Al-Quran yang


berlaku kepada rasul-rasul.

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit

1. Apakah tujuan utama penganugerahan mukjizat kepada rasul-rasul.

2. Jelaskan dalil-dalil ayat Al-Quran yang menunjukkan Al-Quran adalah


kitab yang bermukjizat dari segi bahasa.

3. Banyak rencana dalam majalah di Malaysia yang mendedahkan perkara-


perkara luar biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Pada pandangan
anda adakah pendedahan ini akan membantu kita mendalami perkara-
perkara samiyyat khususnya mukjizat seperti yang terdapat di dalam Al-
Quran.

Anda mungkin juga menyukai

  • PQS Topik 10
    PQS Topik 10
    Dokumen20 halaman
    PQS Topik 10
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 9
    PQS Topik 9
    Dokumen13 halaman
    PQS Topik 9
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 8
    PQS Topik 8
    Dokumen19 halaman
    PQS Topik 8
    Muhamad Hasif
    100% (1)
  • PQS Topik 6
    PQS Topik 6
    Dokumen21 halaman
    PQS Topik 6
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 5
    PQS Topik 5
    Dokumen15 halaman
    PQS Topik 5
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 4
    PQS Topik 4
    Dokumen24 halaman
    PQS Topik 4
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • PQS Topik 3
    PQS Topik 3
    Dokumen23 halaman
    PQS Topik 3
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat
  • Topik1 PDF
    Topik1 PDF
    Dokumen16 halaman
    Topik1 PDF
    Muhamad Hasif
    Belum ada peringkat