Anda di halaman 1dari 15

Topik 5X Surah Makkiyyah

dan Madaniyyah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep Makkiyyah dan Madaniyyah;
2. Menjelaskan ciri-ciri dan petanda-petanda ayat Makkiyyah dan
Madaniyyah; dan
3. Mengenalpasti surah-surah Makki dan madani serta ayat-ayat Makki
yang berada dalam surah Madani dan sebaliknya.

X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan topik Makkiyyah dan Madaniyyah. Antaranya ialah Konsep Makkiyyah
dan Madaniyyah, Surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah dan keraguan-
keraguan berkaitan dengan Makkiyyah dan Madaniyyah.
84 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

5.1 KONSEP MAKKIYAH DAN MADANIYAH


Kota Makkah dan Madinah sering dikaitkan dengan ibadah Haji. Dalam konteks
Ulum Al-Quran Kota Makkah dan Madinah mempunyai pengertian yang lebih
luas daripada itu. Mari kita sama-sama mendalaminya.

5.1.1 Pengertian
Makki dan Madani umumnya bermaksud ilmu yang membincangkan hal-hak
yang berkaitan dengan bahagian-bahagian Al-Quran yang Makki dan bahagian
Al-Quran yang madani. Ia merangkumi erti dan makna, cara mengenali petanda-
petandanya, mahupun bahagian-bahagiannya. Secara lebih khusus Makki
bermaksud bahagian-bahagian kitab suci Al-Quran di mana sebahagiannya
termasuk Makki dan sebahagian yang lain termasuk Madani.

Para sarjana Al-Quran khususnya, berselisihan pendapat mengenai pentakrifan


yang sesuai dan tepat terhadap ayat serta surah Makkiyyah dan Madaniyyah.
Walaupun secara umumnya, Rasulullah (s.a.w.) tidak meletakkan ketentuan
sesuatu ayat Al-Quran tersebut bersandarkan Makkiyyah atau Madaniyyah
sebagaimana diungkapkan oleh Al-Qadi Abu Bakar dalam kitabnya Âal-IntisarÊ.
Namun sandaran kepada keprihatinan para sahabat dan Tabi`in (r.a.) dalam
menghafaz secara terperinci setiap penurunan ayat Al-Quran tersebut bagi
memenuhi tuntutan kesahihan dalam berhujah dan memelihara kemurnian
Kalam Allah.

Jesteru itu paling kurang terdapat 4 pendapat atau teori yang merujuk kepada
pentakrifan ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dari pelbagai aspek:-

(a) Aspek Masa Penurunan Ayat (Mulahazhatu Zamani Nuzuli) atau Teori
Histari
Bermaksud: Mana-mana ayat Al-Quran yang diturunkan sebelum Hijrah
sama ada ia diturunkan di Mekah mahupun di Madinah adalah Makkiyyah
manakala surah serta ayat-ayat yang diturunkan selepas penghijrahan rasul
dinamakan ayat atau surah Madaniyyah.

Teori ini bersandarkan kepada Hadith yang diriwayat oleh Abu Amr dan
Uthman b Said al-Darimi:

‫ﻣﺎ ﻧﺰل ﺑﻤﻜﺔ وﻣﺎ ﻧﺰل ﻓﻲ ﻃﺮﻳﻖ اﻟﻰ اﻟﻤﺪﻳﻨﺔ ﻗﺒﻞ أن ﻳﺒﻠﻎ اﻟﻨﺒﻲ ص اﻟﻤﺪﻳﻨﺔ ﻓﻬﻮ ﻣﻦ‬
‫اﻟﻤﻜﻲ وﻣﺎ ﻧﺰل ﻋﻠﻰ اﻟﻨﺒﻲ ص ﻓﻲ أﺳﻔﺎرﻩ ﺑﻌﺪ ﻣﺎ ﻗﺪم اﻟﻤﺪﻳﻨﺔ ﻓﻬﻮ ﻣﻦ اﻟﻤﺪﻧﻲ‬
TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 85

Maksudnya: Al-Quran yang diturunkan di Mekkah dan yang diturunkan


dalam perjalanan hijrah ke Madinah adalah termasuk Makki. Dan Al-Quran
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam perjalanan beliau setelah
tiba di Madinah adalah termasuk Madani.

Pendapat ini adalah yang paling tepat sekali jika dilihat dari segi
kesyumulan dan pengkhususannya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan
oleh `Uthman bin Sa`id al-Razi, Yahya bin Salam berkata: „Apa jua ayat Al-
Quran yang diturunkan di Mekah dan di dalam perjalanan ke Madinah
sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.) tiba di Madinah adalah dikira sebagai
Makkiyyah‰.

Pendapat ini juga pendapat masyhur dan majoriti sarjana muslim kerana;
(i) Ia pendapat yang menyeluruh dan tepat.
(ii) Pendapat ini juga tidak mempunyai percanggahan antara satu dengan
lain.
(iii) Mendapat sokongan daripada ulama yang mashur seperti Imam
Bukhari dan lain-lain ulama.

Ayat-ayat berikut membuktikan asas-asas pendapat tersebut;


(i) Ayat 3 surah Al-Maidah yang diturunkan di Padang Arafah tetap
dikira ayat Madani kerana ia diturunkan sebelum penghijrahan nabi.
(ii) Ayat 58 surah Al-NisaÊ diturunkan di dalam KaÊbah semasa
penaklukan Kota Mekah tetap dikira ayat Madani.

(b) Aspek Tempat Penurunan Ayat (Mulaahazhatu Makanin Nuzuli) atau


Teori Geografi
Bermaksud: Mana-mana ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah dan
kawasan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaybiyyah adalah dikira
sebagai Makkiyyah walaupun ia diturunkan selepas Hijrah dan apa-apa
surah serta ayat yang diturunkan di Kota Madinah dan sekitarnya
diistilahkan ayat atau surah Madaniyyah. Tempat di sekitar Madinah
termasuklah Badar, QubaÊ dan Uhud.

Kelebihan pendapat ini ialah hasil rumusan pengertiannya jelas dan tegas.
Kejelasannya ialah dinamakan ayat atau surah Makki ialah ayat atau surah
yang diturunkan di Mekkah meskipun ayat atau surah itu turun di Mekah
sesudah penghijrahan Nabi ke Madinah.
86 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

Pendapat ini kurang tepat berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang


diturunkan di kawasan al-Asfar, Tabuk dan Baitul Maqdis yang tidak dapat
dimasukkan dalam mana-mana kategori ini. Ayat-ayat tersebut tidak dikira
sebagai Makkiyyah mahupun Madaniyyah. Adapun mana-mana ayat-ayat
Al-Quran yang diturunkan di Mekah selepas Hijrah pula dikira sebagai
Makkiyyah.

Kekurangan pendapat ini jelas dirasai apabila merujuk kepada Hadith Nabi
yang diriwayat oleh Al-Tabrani daripada Abu Umamah;

‫ ﻣﻜﺔ ﻭﻣﺪﻳﻨﺔ‬،‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺹ ﺃﻧﺰﻝ ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﰲ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻣﻜﻨﺔ‬:‫"ﻋﻦ ﺍﰊ ﺍﻣﺎﻣﺔ ﻗﺎﻝ‬
"‫ ﻳﻌﲏ ﺑﻴﺖ ﺍﳌﻘﺪﺱ‬: ‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻮﻟﻴﺪ‬،‫ﻭﺍﻟﺸﺎﻡ‬
Maksudnya: Dari Abu Umamah berkata Rasulullah s.a.w bersabda; Al-
Quran itu diturunkan pada tiga tempat Mekkah, Madinah dan Syam Al-
Walid menyatakan Yakni di Baitul Maqdis.

Apabila dibuat penelitian yang lebih jauh pendapat ini juga menimbulkan
beberapa persoalan antaranya yang sangat menonjol ialah;
• Ia hanya menghadkan takrifan kepada sesuatu tempat
• Ada juga sebahagian ayat Al-Quran yang tidak diturunkan di Mekah
dan Madinah atau di sekitar kedua-dua bandar tersebut.
• Ada sebahagian ayat pula diturunkan ketika nabi sedang musafir.

(c) Aspek Pengkhususan (Khitab) Penurunan Ayat (Mulazhahatul


Mukhatibiina Fi Nuzuli) atau Teori Subjek
Bermaksud: Mana-mana ayat Al-Quran yang ditujukan khusus (al-
Mukhatab) untuk penduduk Mekah dikira sebagai Makkiyyah begitulah di
sebaliknya.

Pendapat ini merujuk kepada firman Allah (s.w.t.) iaitu:

• Yang bermula dengan dikira sebagai Makkiyyah

• Yang bermula dengan ‫َﻳﺎ ﹶﺍﱡﻳ َﻬﺎ ﺍﱠﻟ ِﺬﻳ َﻦ ﺃ َﻣُﻨﻮﺍ‬ dikira sebagai Madaniyyah
TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 87

Perkaitan petanda ini adalah berdasarkan ciri-ciri kehidupan masyarakat


Madinah dan Makkah. Pada umumnya masyarakat Makkah biasanya hidup
dalam kekufuran manakala keimanan dirujuk kepada masyarakat Madinah.

Teori ini berdasarkan Hadith yang diriwayat dari Abu Ubaid dari Makmun
b Mihran yang berbunyi;

‫ﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﰲ ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﺏ"ﻳﺎ ﺍﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻭ ﻳﺎ ﺑﲏ ﺃﺩﻡ ﻓﺎﻧﻪ ﻣﻜﻲ‬


"‫ﻭﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﺏ "ﻳﺎ ﺍﻳﻬﺎﻟﺬﻳﻦ ﺃﻣﻨﻮﺍ ﻓﺎﻧﻪ ﻣﺪﱐ‬
Maksudnya: Bahagian dalam Quran yang dimulakan dengan Ya
ayyuhannas dan Ya Bani Adam adalah surah Makki. Dan yang dimulai
dengan Ya ayyuhalazina āmanu adalah Madani.

Kekuatan teori bentuk ini ialah rumusan yang senang difahami. Ini
disebabkan ia merujuk kepada kriteria khitab atau nidaÊ. Ciri-ciri kehidupan
di kedua-dua bandar ini jelaskan dikhitabkan di permulaan ayat.

Pendapat ini juga tidak menyeluruh dan mempunyai beberapa keraguan


antaranya;
• Ada banyak ayat yang tidak memulakan dengan sighah yang
ditentukan tadi, jadi apakah istilah untuk ayat atau surah yang tidak
mempunyai petanda-petanda atau sighah-sighah tersebut.
• Ada juga sebahagian daripada ayat Madaniyyah yang diturunkan
mempunyai sighah ayat-ayat Makki. Begitulah di sebaliknya.

Contohnya ayat 1 surah al-NisaÊ yang bermula dengan Ya Ayyuhan nas


tetapi ia diturunkan di Madinah. Begitu juga ayat 21 surah al-Baqarah dan
surah al-NisaÊ ayat 133.
• Dan Al-Quran itu sendiri merupakan ÂkhitabÊ Allah bagi semua
makhluknya.

(d) Teori Isi Kandungan (Mulahazhatu Ma Tadammanat as-Suratu)


Ia bermaksud teori content analysis iaitu surah atau ayat yang memuatkan
cerita-cerita umat dan para Rasul terdahulu di namakan Makkiyyah.
Manakala surah atau ayat yang memuatkan hukum-hukum hudud, faraid
dan seumpamanya adalah ayat Madani.
88 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

Kelebihan teori ini adalah kriterianya yang jelas dan khusus serta ia mudah
difahami. Pengkaji hanya melihat isi kandungan tertentu yang dizahirkan
daripada ayat atau surah tersebut.

Kelemahannya pula ialah pada tanda-tanda yang membezakan kedua-dua


jenis surah tersebut. Pengkaji perlu lebih dahulu mendalami isi-isi
kandungan yang terdapat di dalam atau ayat tersebut.

5.1.2 Ciri-ciri Makki dan Madani


Menurut sarjana kajian Al-Quran Sheikh Abd Fattah Qadhi bahawa tidak ada
diterima apa-apa pesanan daripada Rasulullah SAW dan khabar yang sah (sabit)
yang menentukan ciri-ciri ayat Makki dan Madani. Baginda tidak tidak
diperintahkan untuk melaksanakannya. Ia juga tidak menjadikannya satu
perkara yang fardhu dalam agama. Para sahabat juga tidak perlu menentukan hal
sedemikian. Mereka sendiri menyaksikan waktu wahyu diturunkan di samping
juga mengetahui sebab-sebab dan situasi-situasi yang menyebabkan sesuatu ayat
diturunkan.

Berdasarkan kajian para sarjana Al-Quran berkaitan dengan aspek yang


menentukan ayat Al-Quran tersebut diletakkan di bawah kategori Makkiyyah
atau Madaniyyah, beberapa aspek utama perlu dijadikan garis panduan
terutamanya topik yang berkaitan dengan ciri-ciri (al-Dawabit) ayat Makkiyyah
atau gaya bahasa ayat dan isu-isu yang terkandung di dalam ayat tersebut (al-
Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa KhasaÊis al-Uslub).

Dalam mempraktikkan kesahihan kedudukan penurunan sesuatu ayat Al-Quran


itu, para ulamaÊ telah menetapkan 2 kaedah asas bagi mengenalpasti sama ada
ayat tersebut adalah Makkiyyah atau Madaniyyah. Dua kaedah tersebut ialah:-

(a) Kaedah al-Naqli


Bermaksud: Sandaran melalui riwayat-riwayat yang sahih daripada
kalangan para Sahabat Nabi dan Tabi`in.

(b) Kaedah al-Ijtihadi


Bermaksud: Sandaran melalui penelitian terhadap garis panduan ayat
Makkiyyah atau Madaniyyah itu sendiri sebagaimana yang telah ditetapkan
dan diputuskan oleh para sarjana Al-Quran.
TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 89

Garis panduan tersebut terdiri daripada 2 perkara:-

(i) Ciri-ciri ayat Makkiyyah

Jadual 5.1: Tanda-tanda Ayat Makkiyyah (al-Dawabit)

Bil. al-Dawabit/Petanda

1. Setiap surah yang mengandungi sajadah. Contoh dalam surah al-


Sajadah pada ayat ke-1:

‫ﺤ ْﻤ ِﺪ‬
َ ‫ﺠﺪًﺍ َﻭ َﺳﱠﺒﺤُﻮﺍ ﹺﺑ‬
‫ ﹺﺇﱠﻧﻤَﺎ ﻳُ ْﺆ ِﻣﻦُ ﺑﹺﺂﻳَﺎِﺗﻨَﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳ َﻦ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﹸﺫﻛﱢﺮُﻭﺍ ﹺﺑﻬَﺎ َﺧﺮﱡﻭﺍ ُﺳ ﱠ‬:‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺗﻌَﺎﱃ‬
.. ‫َﺭﱢﺑ ﹺﻬ ْﻢ‬
2. Setiap surah yang mengandungi lafaz ‫ ﻛﻼ‬, disebut sebanyak 33
kali dalam 15 surah.

3. Setiap surah yang mengandungi ‫ﺱ‬ ُ ‫ ﻳَﺎ ﺃﹶﱡﻳﻬَﺎ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬kecuali surah al-Haj,
di mana ayat tersebut bermula dengan ciri-ciri ayat Madaniyyah,
namun para `ulamaÊ berpendapat ia adalah ayat Makkiyyah iaitu
pada ayat ke-77:

..‫ﺠﺪُﻭﺍ ﻭَﺍ ْﻋُﺒﺪُﻭﺍ َﺭﱠﺑ ﹸﻜ ْﻢ‬


ُ ‫ ﻳَﺎ ﹶﺃﱡﻳﻬَﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳ َﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮﺍ ﺍ ْﺭ ﹶﻛﻌُﻮﺍ ﻭَﺍ ْﺳ‬:‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺗﻌَﺎﱃ‬
4. Setiap surah yang mengandungi kisah-kisah para Nabi dan umat-
umat yang terdahulu kecuali surah Al-Baqarah.

5. Setiap surah yang mengandungi kisah Nabi Adam (a.s.) dan Iblis
kecuali surah Al-Baqarah.

6. Setiap surah yang dimulakan dengan Huruf HijaÊiyyah melainkan


surah al-Baqarah dan Ali `Imran serta ikhtilaf pada surah al-Ra`d.
90 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

Jadual 5.2: Gaya Bahasa dan Topik Ayat Makkiyyah


(al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa KhasaÊis al-Uslub)

Bil. al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa KhasaÊis al-Uslub

1. Setiap surah yang mengandungi seruan kepada mengesakan Allah dan


beribadat hanya kepadaNya, mengakui perutusan para Nabi, hari
kebangkitan dan pembalasan, menyebut tentang hari kiamat dan
kedahsyatannya, menyebut tentang api neraka dan azabnya, menyebut
tentang kenikmatan syurga, menyebut tentang perbalahan kaum al-
Mushrikin yang berdalilkan akal semata-mata dan menyebut tentang
tanda-tanda kekuasaan Allah.

2. Setiap surah yang menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dan


kemuliaannya di samping meletakkan asas-asas Shari`ah Islamiyyah.

3. Setiap surah yang menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan


perihal umat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

4. Setiap surah yang pendek berserta kekuatan lafaz dan ibaratnya serta
menggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.

(ii) Ciri-ciri ayat Madaniyyah

Jadual 5.3: Tanda-tanda Ayat Madaniyyah (al-Dawabit)

Bil. al-Dawabit/petanda

1. Ayat-ayat yang menjelaskan keizinan berjihad, berperang serta


peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedua-duanya.

2. Ayat yang mengemukakan dialog-dialog dengan Ahli Kitab, ia


termasuklah ajakan mereka memeluk dan menerima ajaran Islam.

3. Ayat yang mengutuk dan menghentam sifat-sifat dan watak-watak


orang-orang munafik kecuali surah al-Ankabut.

4. Ayat yang menjelaskan persoalan hukum-hukum seperti hukum-


hukum jenayah, hudud, faraid, sivil kemasyarakatan dan kenegaraan.
TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 91

Jadual 5.4: Gaya Bahasa dan Topik Ayat Madaniyyah


(al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa KhasaÊis al-Uslub)

Bil. al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa KhasaÊis al-Uslub

1. Setiap surah yang mengandungi seruan kepada mengesakan Allah dan


beribadat hanya kepadaNya, mengakui perutusan para Nabi, hari
kebangkitan dan pembalasan, menyebut tentang hari kiamat dan
kedahsyatannya, menyebut tentang api neraka dan azabnya, menyebut
tentang kenikmatan syurga, menyebut tentang perbalahan kaum al-
Mushrikin yang berdalilkan akal semata-mata dan menyebut tentang
tanda-tanda kekuasaan Allah.

2. Setiap surah yang menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dan


kemuliaannya di samping meletakkan asas-asas Shari`ah Islamiyyah.

3. Setiap surah yang menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan


perihal umat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

4. Setiap surah yang pendek beserta kekuatan lafaz dan ibaratnya serta
menggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.

5.1.3 Faedah Mempelajari Ayat Makkiyyah dan


Madaniyyah
Abu al-Qasim al-Hasan bin Muhammad bin Habib al-Naysaburi dalam kitabnya
Âal-Tanbih `Ala Fadli `Ulum Al-QuranÊ ada menyebut bahawasanya
„Mempelajari kepentingan kedudukan Ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah di
dalam Al-Quran adalah merupakan salah satu dari ilmu-ilmu Al-Quran yang
tinggi martabatnya..‰

Secara umumnya, terdapat tiga faedah utama dalam keperluan mengetahui dan
memperlajari ilmu Makkiyyah sebagaimana yang ditulis oleh Shaykh Manna` al-
Qattan dalam kitabnya ÂMabahis Fi `Ulum Al-QuranÊ:-

1. Membantu golongan Mufassirun dalam mentafsir Al-Quran. Ini kerana


pengetahuan dalam ilmu penurunan ayat-ayat Al-Quran dapat membantu
dalam memahami ayat Al-Quran dan mentafsirkan dengan penafsiran yang
tepat dan sahih.

2. Membantu dalam mendalami gaya bahasa Al-Quran dan mengambil


pengajaran daripadanya. Ini dapat membantu para pengkaji dan pendakwah
dalam menyusun strategi dakwah dan kaedah terbaik untuk memperbaiki
akidah, sosial masyarakat dan isu-isu semasa berpandukan Al-Quran.
92 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

3. Membantu dalam mengetahui susur galur Sirah Nabawi melalui ayat-ayat


Al-Quran dan berpegang dengan sejarah tersebut. Ini kerana setiap
penurunan wahyu Allah kepada perutusanNya berjalan di atas susur galur
kejadian dan peristiwa sama ada ianya berlaku di Mekah mahupun di
Madinah.

4. Mudah mengetahui mana ayat atau surah yang turun terlebih dahulu dan
mana pula ayat atau surah yang turun kemudian.

5. Mengetahui mana ayat atau surah yang bacaannya telah dinasakh (dihapus
dan diganti) dan mana pula ayat yang menasakhkannya kehususnya bila
dua ada dua ayat yang menerangkan sesuatu masalah tetapi ketetapan
hukumnya berbeza antara satu sama lain.

6. Mengetahui sejarah pensyariatan hukum-hukum Islam yang


menggambarkan kebijaksanaan Allah Taala.

7. Mengetahui hikmah disyariatkan sesuatu hukum seperti hukum minum


arak yang dilakukan berperingkat-peringkat.

8. Menambahkan kepercayaan kepada kewahyuan Al-Quran kerana melihat


kebijaksanaan dalam menetapkan hukum-hukum sehingga hukum itu
mudah difahami dan dihayati.

9. Meningkatkan keyakinan terhadap kesucian dan kemurnian Al-Quran.

10. Situasi masyarakat yang terdapat pada kedua-dua tempat juga dapat
difahami.

5.2 SURAH-SURAH MAKKIYYAH DAN


MADANIYYAH

5.2.1 Bilangan dan Nama Surah


Menurut jumhur ulama jumlah keseluruhan surah di dalam Al-Quran ialah 114.
Ulama salaf pula berpendapat sebanyak 113 kerana menggabungkan surah Al-
Anfal dengan surah Al-Baraah, surah yang tidak mempunyai Basmalah. Atas
inisiatif sarjana muslim selepasnya Al-Quran dibahagikan kepada unit-unit yang
lebih kecil. Pembahagian tersebut asasnya adalah memudahkan penghafazan dan
pengkajian. Unit-unit tersebut merangkumi juzuk, hizib, rubuk, ain dan lain-lain
bentuk pembahagian yang memudahkan.
TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 93

Untuk melihat simbol-simbol yang berkaitan dengan unit-unit kecil tersebut anda
dapat lihatnya di bahagian belakang Mushaf cetakan Madinah dan Mushaf
cetakan Malaysia

Surah-surah Makkiyyah

Berdasarkan pendapat Jumhur ulama juga surah-surah Makki berjumlah 86


surah. Surah-surah Makki disusun mengikut ururtan turunnya adalah seperti
berikut; Al-Alaq, Al-Qalam, Al-Muzammil, Al-Muddasthir, Al-Fatihah, Al-Lahab,
Al-Takwir, Al-Aala, Al-Layl, al-Fajr, Al-Duha, Al-Nasrah, Al-Asr, al-Adiyat, Al-
Kauthar, Al-Takathur, Al-Maun, al-Kafirun, al-Fil, Al-Falaq, Annas, Al-Ikhlas An-
Najm, al-Abasa, Al-Qadr, al-Shamsu, al-Buruj, al-Tin, al-Quraish, al-Qariah, al-
Qiyamah, al-Humazah, al-Mursalat, Qaf, Al-Balad, al-Tariq, al-Qamar, Sad, al-
Akraf, al-Jin, Yasin, al-Furqan, Fatir, Maryam, Waqiah, Taha, al-Shuara,al-Naml,
al-Qasas, al-IsraÊ, Yunus, Hud, Yusuf, al-Hijr, al-Anam, al-Saffat, Luqman, SabaÊ,
al-Zumar, al-Mukmin, al-Fussilat, al-Syura, al-Zukruf, al-Dukhan, al-Jasiah, al-
Ahqaf, al-Zariyat, al-Ghasiah, al-Kahf,al-Nahl, Nuh, Ibrahim, AnbiyaÊ, al-
Mukminun, al-Sajadah, al-Tur, al-Mulk, al-Haqqah, al-Maarij, an-NabaÊ, am-
Naziat, al-Infitor, al-Insyiqaq, al-Rum, al-Ankabut dan al-Muttoffifin.

Surah-surah Madaniyyah

Terdapat 28 surah yang dikatakan sebagai surah Madaniyyah. Surah-surah


tersebut yang disusun mengikut urutan turunnya ialah; al-Baqarah, al-Anfal, Ali
Imran, al-Ahzab, al-Mumtahanah, al-NisaÊ, al-Zalzalah, al-Hadid, Muhammad,
al-Raad, al-Rahman, al-Insan, al-Talaq, al-Bayyinah, al-Hasr, al-Nur, al-Haj, al-
Munafiqun, al-Mujadalah, al-Hujurat, al-Tahrim, al-Taghabun, al-Saff, al-Jumuah,
al-Fath, al-Maidah, al-Taubah dan al-Nasr.

Surah-surah yang Diperselisihkan antara Makkiyyah atau Madaniyyah

Terdapat 12 surah yang diperselisihkan samada ia surah Makkiyyah atau surah


Madaniyyah. Surah-surah tersebut ialah;
(i) al-Fatihah,
(ii) al-Raad,
(iii) al-Rahman,
(iv) al-saffat,
(v) al-taghabun,
(vi) al-tatfif,
94 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

(vii) al-Qadar,
(viii) al-Bayyinah,
(ix) al-Zalzalah,
(x) al-ikhlas,
(xi) al-Falaq dan
(xii) An-nas.

5.2.2 Ayat atau Ayat-ayat Makkiyyah dalam Surah-


surah Madaniyyah
Sarjana Al-Quran menjelaskan terdapat enam surah Madani yang terdapat ayat
atau ayat-ayat Makki di dalamnya. Ayat atau ayat-ayat tersebut ialah;

(i) Ayat 281 surah al-Baqarah yang bermula

’n<Î) ÏμŠÏù šχθãèy_öè? $YΒöθtƒ (#θà)¨?$#uρ

(ii) Ayat 3 surah al-Maidah yang bermula

ÍƒÌ“Ψσø:$# ãΝøtm:uρ ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠyϑø9$# ãΝä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm

(iii) Ayat-ayat 30-36 surah al-Anfal yang bermula

z⎯ƒÏ%©!$# y7Î/ ãä3ôϑtƒ øŒÎ)uρ

(iv) Ayat-ayat 128-129 surah al-Taubah

öΝà6Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ Ñ^θß™u‘ öΝà2u™!%y` ô‰s)s9

(v) Ayat-ayat 52-55 surah al-Hajj

5Αθß™§‘ ⎯ÏΒ y7Î=ö6s% ⎯ÏΒ $uΖù=y™ö‘r& !$tΒuρ

(vi) Ayat 13 surah Muhammad

Zο§θè% ‘‰x©r& }‘Ïδ >πtƒös% ⎯ÏiΒ ⎦Éi⎪r'x.uρ


TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 95

5.2.3 Ayat-ayat Madaniyyah dalam Surah-surah


Makkiyyah
Terdapat 34 surah-surah Madaniyyah yang mengandungi beberapa ayat
Makkiyyah. Ayat-ayat Madaniyyah tersebut ialah;

1. Ayat 20,23,91,93,114,141,151 dan 153 surah Al-Anaam.


2. Ayat-ayat 163 dan 170 surah al-Akraf.
3. Ayat-ayat 40 dan 94-96 surah Yunus.
4. Ayat-ayat 12, 17 dan 114 surah Hud.
5. Ayat-ayat 1-3 dan 7 surah Yusuf.
6. Ayat 28-29 surah Ibrahim.
7. Ayat 87 surah al-Hijr.
8. Ayat-ayat 126-128 surah al-Nahl.
9. Ayat-ayat 26, 32-33, 57, 73 dan 80.
10. Ayat-ayat 28,83 dan 101 surah al-Kahfi.
11. Ayat-ayat 71 dan 58 surah Maryam.
12. Ayat 130-131 surah Toha.
13. Ayat 68-70 surah al-Furqan.
14. Ayat-ayat 197 dan 224-227 surah al-SyuaraÊ,
15. Ayat-ayat 52 dan 55 surah al-Qasas,
16. Ayat 1-11 surah al-Ankabut,
17. Ayat 17 surah al-Rum.
18. Ayat 27-29 surah Luqman.
19. Ayat 16-20 surah al-Sajadah.
20. Ayat 6 surah SabaÊ.
21. Ayat 45 surah Yasin.
22. Ayat 52-54 surah al-Zumar.
23. Ayat 56-57 surah al-MuÊmin.
24. Ayat 23-25 dan 27 surah al-Syura.
96 X TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

25. Ayat 54 surah al-Zukruf.


26. Ayat 10, 15 dan 35 surah al-Ahqaf.
27. Ayat 38 surah Qaf.
28. Ayat 32 surah al-Najm.
29. Ayat 45-46 surah al-Qamar.
30. Ayat 81-82 surah al-Waqiah.
31. Ayat 17,33,48 dan 50 surah al-Qalam.
32. Ayat 10-11 dan 22 surah al-Muzammil.
33. Ayat 48 surah al-Mursalat.
34. Ayat 4-7 surah al-Maun.

• Terdapat empat pendapat atau teori yang menunjukkan kepada pentakrifan


ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dari pelbagai aspek:
− Aspek masa penurunan ayat.
− Aspek tempat penurunan ayat.
− Aspek pengkhususan penurunan ayat.
− Teori isi kandungan.

• Terdapat dua kaedah bagi mengenal pasti ayat Makkiyyah atau Madaniyyah
iaitu:
− Kaedah al-Naqli: melalui riwayat-riwayat yang sahih dari kalangan para
sahabat Nabi dan TabiÊin.
− Kaedah al-Ijtihadi: melalui penelitian terhadap garis panduan ayat
Makkiyyah atau ayat Madaniyyah itu.

• Antara faedah mempelajari ayat Makkiyyah dan Madaniyyah adalah:


− Membantu golongan Mufassirun dalam mentafsir Al-Quran.
− Membantu dalam mendalami gaya bahasa Al-Quran dan mengambil
pengajaran daripadanya.
− Membantu dalam mengetahui susur galur sirah Nabawi melalui ayat-
ayat Al-Quran dan berpegang dengan sejarah tersebut.
TOPIK 5 SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH W 97

• Berdasarkan pendapat Jumhur, terdapat 86 surah Makkiyyah dan 28 surah


Madaniyyah.

• Sarjana Al-Quran menjelaskan terdapat enam surah Madani yang terdapat


ayat-ayat Makki di dalamnya.

• Terdapat 34 surah Madaniyyah yang mengandungi beberapa ayat


Makkiyyah.

Al-Quran Makkiyyah
Madani Surah
Madaniyyah Ulama
Makki

Anda mungkin juga menyukai