Anda di halaman 1dari 16

Topik 1X Makna Ulum

Al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ÂulumÊ secara perbandingan mengikut pandangan
ahli falsafah dan ahli materialis serta pandangan syarak;
2. Mendefinisikan ÂAl-Quran dari segi terminologi serta mengikut
pendekatan ulamaÊ mutakallimin, ulumaÊ usul fiqh dan
cendikiawan bahasa Arab;
3. Mendefinisikan Âulum Al-QuranÊ dari segi bahasa dan istilah syarak;
4. Menjelaskan bidang-bidang ilmu yang terangkum atau berkaitan
dalam perbahasan ÂUlum Al-QuranÊ; dan
5. Menghuraikan fungsi-fungsi Ulum Al-Quran.

X PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan makna Ulum dan makna Al-Quran serta makna
Ulum dan Al-Quran secara gabungan (Ulum Al-Quran). Makna ulum akan
dibincangkan secara perbandingan ringkas mengikut pandangan ahli falsafah,
ahli materialis dan pandangan syarak. Begitu juga dalam memaknakan Al-
Quran, akan dibincangkan dari segi terminologi dan mengikut pendekatan
ulama` mutakallimin, ulama` usul, fiqh dan cendikiawan bahasa Arab.
Seterusnya barulah dibincangkan secara khusus tentang Ulum Al-Quran: makna
dan ilmu-ilmu yang terangkum di dalamnya serta fungsi-fungsinya.
2 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

X PENGENALAN
Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang Ulum Al-Quran dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya, adalah lebih baik kita lihat dahulu
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah Ulum Al-Quran.

Ulum Al-Quran terdiri daripada dua perkataan yang tersusun dalam bentuk
idhafiy (‫)اﺿﺎﻓﻰ‬. Pada umumnya ia bermaksud Âbeberapa ilmu yang ada
hubungannya dengan Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad
s.a.w.Ê.

1.1 MAKNA ULUM

Kalimah ÂUlumÊ (‫ )ﻋﻠﻮم‬adalah jamak (plural) kepada kalimah ÂilmuÊ (‫)ﻋﻠﻢ‬.


Pengertian ÂilmuÊ dari segi bahasa adalah satu kalimah ÂmasdarÊ (‫ )ﻣﺼﺪر‬yang
membawa erti memahami dan mengetahui (‫)اﻟﻔﻬﻢ واﻟﻤﻌﺮﻓﺔ‬. Oleh itu kalimah ÂilmuÊ ă
ÂfahamÊ dan ÂmakrifatÊ (‫ )ﻋﻠﻢ – ﻓﻬﻢ – ﻣﻌﺮﻓﺔ‬mempunyai gambaran yang sama.
Kalimah ÂilmuÊ juga boleh dimaksudkan sebagai ÂketetapanÊ dalam berfikir
mengenai sesuatu perkara (‫)اﻟﺠﺰم ﻓﻰ اﻟﺮأى‬. Kalimah ÂilmuÊ ini kemudiannya
ditafsirkan dengan berbagai definisi mengikut pendapat ahli-ahli yang tertentu
dalam bidang masing-masing sebagaimana huraian ringkas berikut:

(a) Pandangan Ahli Falsafah (Hukama`)


Ada tiga pendapat dalam mendefinisikan ilmu/ulum di kalangan ahli
falsafah. Petama; mereka berpendapat bahawa ilmu itu adalah gambaran
terhadap sesuatu yang wujud dalam akal atau pemikiran. Kedua; ia juga
didefinisikan sebagai Êkewujudan gambaran terhadap sesuatu di dalam
akal pemikiranÊ. Ketiga; mengatakan bahawa ilmu itu ialah Êsuatu keadaan
akal yang tertarik kepada sesuatu apabila sesuatu itu dapat diketahuiÊ.

Dari ketiga-tiga definisi tersebut, para ahli falsafah lebih cenderung


berpegang dan menggunakan pendapat yang pertama iaitu; ÊGambaran
terhadap sesuatu yang wujud dalam akal atau pemikiranÊ ‫)ﺻﻮرة اﻟﺸﻰء اﻟﺤﺎﺻﻠﺔ‬
(‫ﻓﻰ اﻟﻌﻘﻞ‬.

(b) Pandangan Golongan Materialis (Maddiyyun)


Golongan materialis (maddiyyun) berpendapat bahawa ilmu itu ialah
Êkeyakinan-keyakinan berdasarkan kepada pancaindera semata-mataÊ.
Dengan erti kata lain, mereka mendefinisikan ilmu ialah maklumat-
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 3

maklumat atau fakta-fakta yang konkrit yang mengaitkan segala persoalan


yang berkaitan kehidupan dan perundangan kehidupan.

(c) Pandangan Syarak (Agamawan)


Golongan ulamaÊ Islam khususnya ulamaÊ Fiqh berpendapat bahawa ilmu
itu ialah Êmengenal Allah TaÊala dan tanda-tanda kewujudan dan
kekuasaan-Nya iaitu segala laku perbuatan-Nya terhadap makhluk-NyaÊ.
Dalam hubungan ini al-Imam al-Ghazali menyatakan: ‰Kalimah ilmu
pernah dimaksudkan dengan mengenal Allah, tanda-tanda kewujudan-Nya
dan laku perbuatan-Nya terhadap makhlukNya‰.

Kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu masalah yang diyakini


penyelesaiannya berdasarkan ajaran yang sebenar.

(d) Takrif Ilmu pada Pandangan Pengkaji-pengkaji Ulum Al-Quran


Ada tiga takrif yang diberikan oleh para pengkaji Ulu Al-Quran, iaitu:

(i) Persoalan-persoalan nazori (‫ )ﻧﻈﺎرى‬am yang wujud dalam akal; di


samping itu ada juga mereka yang mentakrifkan sebagai Âpersoalan-
persoalan nazori yang mudahÊ dan persoalan-persoalan nazori yang
juzÊi. As-SaÊad dan Abdul Hakim berkata: ‰Ilmu yang dimaksudkan
dalam Ulum Al-Quran ialah Êsekumpulan maklumat yang berkaitan
dengan Al-QuranÊ.

(ii) Kegiatan akal untuk mendapatkan maklumat tertentu.

(iii) Keupayaan akal dalam menghasilkan maklumat dan keupayaan akal


dalam mengeluarkan maklumat.

Kesimpulannya bahawa ilmu pada pandangan ahli Ulum Al-Quran ialah


sekumpulan maklumat yang didapati dengan cara yang wajar dan
maklumat-maklumat ini berupa topik-topik kajian, tujuan kajian samada
berupa tasawwur atau tasdiq.
4 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

1.2 MAKNA AL-QURAN

1.2.1 Al-Quran Munurut Bahasa


Lafaz Al-Quran itu dari bahasa Arab. Menurut makna bahasa ialah sama ertinya
dengan lafaz al-Qiraat ertinya ÂbacaanÊ. Walaupun lafaz Al-Quran itu berbentuk
masdar ertinya bacaan, tetapi maksudnya ialah mafÊul yang membawa erti Âyang
dibacaÊ. Dalam kaedah balaghah biasa disebut:

(‫)ﻣﻦ ﺑﺎﺏ ﺍﻃﻼﻕ ﺍﳌﺼﺪﺭ ﻋﻠﻰ ﻣﻔﻌﻮﻟﻪ‬


Para ulama` Ulum Al-Quran telah mengutarakan berbagai pendapat dan
pentafsiran tentang asal kalimah ini. Adakah kalimah tersebut diambil dari
kalimah lain atau kalimah tersebut merupakan kalimah khas bagi Al-Quran itu
sendiri. Pendapat-pendapat tersebut dapat kita ringkaskan seperti berikut:

(i) Al-Asy`ari; ahli Ilmu Kalam, pemuka aliran Sunnah wa al-Jama`ah (w324H)
berpendapat bahawa kalimah Al-Quran (tidak memakai ‫ )ء‬dan diambil dari
kalimah ‫ ﻗﺮن‬yang bererti ÂmenggabungkanÊ. Ini disebabkan kerana surah-
surah dan ayat-ayat Al-Quran itu dihimpun dan digabungkan dalam satu
mashaf.

(ii) Al-Zajjaj; pengarang kitab ÂMa`ani Al-QuranÊ (w311H) berpendapat bahawa


lafaz Al-Quran itu (mempunyai ‫ )ء‬dan berwazan fu`lan (‫ )ﻓﻌﻼن‬dan diambil
dari kalimah al-Qur`u (‫ )اﻟﻘﺮء‬ertinya ÂhimpunanÊ. Ini kerana Al-Quran
merupakan kitab suci yang menghimpunkan intisari ajaran-ajaran dari
kitab-kitab suci sebelumnya.

(iii) Al-Lihyani; seorang ahli bahasa (w215H) berpendapat bahawa kalimah Al-
Quran itu berhamzah ( ‫ ) ء‬dan merupakan masdar (‫ ) ﻣﺼﺪر‬yang diambil
dari kalimah Qara`a ( ‫ ) ﻗﺮأ‬yang bererti ÂmembacaÊ. Lafaz Al-Quran itu
menurutnya adalah masdar bi makna ism mafÊul (‫ ) ﻣﺼﺪر ﺑﻤﻌﻨﻰ اﺳﻢ اﻟﻤﻔﻌﻮل‬jadi
Al-Quran itu maknanya al-Maqru` (‫ )اﻟﻤﻘﺮوء‬yang bermaksud (yang dibaca).

(iv) Sebahagian ulama` termasuk Imam As-Syafi`e; berpendapat bahawa


kalimah Al-Quran itu tidak diambil dari mana-mana perkataan lain. Ia
adalah kata Ânama khasÊ bagi kitab Allah. Ia sama sahaja (dari segi nama)
dengan kitab-kitab lain seperti Taurat, Zabur dan Injil. Semuanya itu adalah
nama bagi kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi-Nabi Musa,
Daud dan Isa sebagai pegangan dan pedoman umat-umat nabi berkenaan.
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 5

Dari beberapa pandangan di atas, kita lebih mirip kepada pendapat yang
keempat yang dikemukakan oleh sebahagian ulama` termasuklah Imam as-
Ayafie.

Al-Quran juga kadang-kadang di sebut al-Furqan (‫)اﻟﻔﺮﻗﺎن‬, kerana ia adalah wahyu


Allah yang mengajar manusia dapat membezakan di antara yang hak dan yang
batil. Al-Furqan juga dimaksudkan bahawa; Al-Quran itu tidak diturunkan sekali
gus, ia diturunkan secara bercerai-berai, sedikit demi sedikit kepada Rasulullah
s.a.w. hingga sempurna. Dimaksudkan juga dengan al-Furqan ialah membezakan
antara satu ayat dengan ayat yang lain di waktu ianya diturunkan, atau boleh
juga dimaksudkan dengan perbezaan antara kedudukan satu surah atau ayat
dengan surah atau ayat yang lain di dalam mashaf Al-Quran. Firman Allah:

∩⊇∪ #·ƒÉ‹tΡ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ï9 tβθä3u‹Ï9 ⎯Íνωö6tã 4’n?tã tβ$s%öàø9$# tΑ¨“tΡ “Ï%©!$# x8u‘$t6s?

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-
Nya, agar menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.
(Surah al-Furqan: ayat 1)

Kedua-dua nama ini (Al-Quran dan al-Furqan) adalah nama yang masyhur dan
biasa digunakan oleh ramai ulamaÊ. Ada lagi nama-nama lain yang digunakan
seperti; al-Kitab, az-Zikr, at-Tanzil dan lain-lain lagi.

1.2.2 Al-Quran Menurut Istilah


Pembahagian Kalam
Sebelum kita membincangkan makna Al-Quran menurut istilah, adalah lebih
utama kita membincangkan terlebih dahulu tentang KALAM. Sebagaimana yang
diketahui bahawa Al-Quran itu adalah KALAM ALLAH, bukan kalam manusia.
Hakikat ini tidak diragukan lagi. Adalah juga dimaklumi bahawa manusia juga
mempunyai kalam.

Kalimah ÂkalamÊ boleh dimaksudkan dengan dua pengertian:


(i) Proses percakapan.
(ii) Hasil dari proses percakapan.

Di samping itu kalam ada dua jenis:

(i) Kalam lafzi H@óÄÐÛ@âý×I


(ii) Kalam nafsi ( óÐã@âý× )
6 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

Demikian itu, percakapan manusia yang lafzi dengan maksud proses percakapan
ialah proses menggerakkan lidah dan organ-organ lain yang boleh membantu
percakapan sehingga dapat mengeluarkan bunyi huruf-huruf berkenaan atau
tertentu. Sementara itu percakapan manusia yang lafzi dengan maksud hasil dari
proses percakapan ialah kalimah yang dituturkan dengan lidah melalui proses
percakapan itu.

Percakapan manusia yang nafsi dengan maksud proses percakapan ialah proses
percakapan yang berlaku dalam akalnya dan tidak dikeluarkan melalui lidah dan
organ-organ percakapan yang lain. Percakapan manusia yang nafsi dengna
maksud hasil dari proses percakapan ialah kalimah-kalimah yang dituturkan
dalam akal (bukan dengan lidah) melalui proses percakapan yang nafsi itu. Dalil
adanya percakapan manusia yang nafsi ini jelas melalui Firman Allah:

( $ZΡ%x6¨Β @x© óΟçFΡr& tΑ$s% 4 óΟßγs9 $yδωö6ムöΝs9uρ ⎯ÏμÅ¡øtΡ ’Îû ß#ß™θム$yδ§y™r'sù

Maksudnya: Yusuf menyembunyikan dalam hatinya dan tidak dilahirkannya


kepada mereka, lalu ia berkata kamu semua lebih jahat.

Hadis Nabi s.a.w. juga ada menjelaskan wujudnya jenis percakapan nafsi ini. At-
Tabrani meriwayatkan dari Ummi Salamah r.a. bahawa dia mendengar seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya:

‫ﺍﱏ ﻷﺣﺪﺙ ﻧﻔﺴﻰ ﺑﺎﻟﺸﻰﺀ ﻟﻮ ﺗﻜﻠﻤﺖ ﺑﻪ ﻷﺣﺒﻄﺖ ﺃﺟﺮﻯ‬


Maksudnya: Di dalam hati saya berkata sesuatu, seandainya saya keluarkan
(bercakap dengan lidah), nescaya saya telah menggugurkan pahala saya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﻻ ﻳﻠﻘﻰ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺍﻻ ﻣﺆﻣﻦ‬


Maksudnya: Hanya orang mukmin sahaja yang mengeluarkan kata-kata
demikian.

Dari hadis ini kita dapati Nabi s.a.w. mengistilahkan proses percakapan yang
berlaku dalam akal itu sebagai kalam (percakapan). Jadi dapatlah disimpulkan
bahawa percakapan itu ada dua jenis, sebagaimana yang telah diterangkan di
atas.
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 7

Begitulah juga halnya dengan Kalam Allah. Kadang-kadang ia bermaksud kalam


nafsi dan kadang-kadang bermaksud kalam lafzi. Golongan Mutakallimin
menggunakan kalam Allah dengan maksud kalam nafsi kerana mereka biasanya
mengkaji dan memikirkan tentang sifat-sifat nafsi Allah di samping mereka
menganggap bahawa kalam Allah itu adalah bukan makhluk.

Sementara itu, golongan usuliyyin fuqaha`, ulama` bahasa menggunakan kalam


Allah itu dengan maksud kalam lafzi. Walaupun begitu ada juga dari kalangan
mereka ini menggunakan kalam Allah dengamn maksud kalam nafsi seperti
mana penggunaan Mutakallimin. Faktor yang mendorong golongan ini memakai
maksud ini adalah bertujuan supaya mudah bagi mereka melakukan istidlal
untuk menentukan hukum bagi sesuatu perkara. Sementara ulama` bahasa pula
bertujuan untuk mengkaji unsur-unsur mukjizat yang terdapat dalam Al-Quran.
Untuk tujuan ini semua maka mereka memakai maksud kalam Allah itu dengan
kalam lafzi.

1.2.3 Makna Al-Quran pada Pandangan Mutakallimin


Sebagaimana yang diketahui bahawa mutakallimin menggunakan kalam Allah
dengan maksud nafsi. Berdasarkan tasawwur ini mereka berpendapat bahawa
Al-Quran itu perlu dikaji dari dua aspek:

(i) Bahawa ianya adalah kalam Allah yang paling istimewa jika dibandingkan
dengan kalam Allah yang lain;

(ii) Bahawa ianya kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk, kerana
itu ia sama sekali tidak bersifat baharu.

Adalah dimaklumi juga bahawa kalam Allah yang nafsi dimaksudkan dengan
dua maksud, sebagamana juga kalam nafsi basyari, iaitu:

(i) dengan maksud proses percakapan (‫)ﻋﻠﻰ اﻟﻤﻌﻨﻰ اﻟﻤﺼﺪرى‬

(ii) dengan maksud hasil dari proses percakapan (‫)ﻋﻠﻰ اﻟﻤﻌﻨﻰ اﻟﺤﺎﺻﻞ ﺑﺎﻟﻤﺼﺪر‬

Walau bagaimanapun perlu ditegaskan bahawa maksud-maksud ini hanya


perbandingan dengan percakapan manusia supaya mudah difahami akan
hakikat kalam Allah. Sifat Allah adalah berbeza sama sekali dengan sifat
makhluk.
8 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

Berdasarkan kalam Allah yang nafsi dengan maksud proses percakapan, ada
segolongan ulama` mentakrifkan kalam Allah itu sebagai „satu sifat qadim yang
wujud dalam bentuk kalimat-kalimat bayangan (‫ )أﻟﻔﺎظ ﺣﻜﻤﻴﺔ‬yang terdiri dari awal
surah al-Fatihah hinga akhir surah an-Nas‰. Kalimat-kalimat bayangan ini pada
hakikatnya adalah azali dan tidak berbentuk huruf yang dituturkan atau yang
terlintas di fikiran dan roh. Jelasnya ia bukan kalimah hakiki yang berbentuk
huruf dan suara bagi menafikan sifat makhluknya. Ia juga dikatakan (‫ )ﻏﻴﺮ ﻣﺘﻌﺎﻗﺒﺔ‬-
ghair muta`aqubah: kerana sifat ta`aluq akan membawa maksud bahawa ia akan
menepati masa, sedangkan masa adalah salah satu dari sifat baharu (makhluk).
Ia juga dikatakan (‫ )ﻣﺮﺗﺒﺔ‬ă kerana Al-Quran itu satu hakikat yang tersusun-atur
dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Berdasarkan kalam Allah yang nafsi dengan maksud hasil proses percakapan,
takrif Al-Quran diberikan sebagai „kalimat-kalimat dalam bayangan sahaja yang
bersifat azali dan murattabah dang hair muta`aqibah, yang tidak berbentuk huruf
yang dituturkan, yang terlintas di fikiran dan yang wujud pada roh.

1.2.4 Makna Al-Quran Menurut Golongan Usuliyyin,


Fuqaha` dan Lughawiyyin
Ada beberapa takrif yang dikemukakan bersama oleh mutakallimin, usuliyyin,
fuqaha` dan lughawiyyin seperti berikut:
(i) Al-Quran adalah „kumpulan kalimat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. yang terdiri dari awal surah al-Fatihah hingga akhir
surah an-Nas yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri‰.
(ii) Al-Quran adalah „huruf-huruf yang tertulis dalam mushaf‰. Takrif ini
adalah yang termasyhur di kalangan fuqha`.

1.2.5 Kesimpulan Makna Al-Quran


Dari perbincangan di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa para ulama
hanya berbeza dalam memberi gambaran terhadap Al-Quran itu sahaja, ada yang
memberi takrif yang panjang dengan memasukkan semua ciri-ciri keistimewaan
Al-Quran itu, ada pula yang memberi takrif pendek sahaja dan ada yang
memberi takrif yang tidak terlampau panjang dan tidak terlampau pendek.
Takrif panjang yang pernah dikemukakan ialah:
„Al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang ditulis dalam mushaf, yang
dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan
mendapat pahala dengan membacanya.‰
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 9

Takrif pendek pula ialah:

„Al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat‰.

Alasan bagi mereka yang membuat takrif begini ialah kerana „mukjizat itu
adalah satu sifat yang zati bagi Al-Quran‰, di samping ianya merupakan bukti
utama kepada kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. dan juga merupakan tanda
yang tepat dan nyata bagi Al-Quran sebagai kalam Allah. Berdasarkan alasan ini
mereka memberi takrif ringkas yang sedemikian rupa.

Antara takrif-takrif pendek yang lain ialah:

(a) „Kalam Allah yang dipindahkan ke dalam mushaf secara tawatur‰.


Alasan bagi takrif seperti ini ialah bahawa kedua-dua sifat ini ă
dipindahkan ke dalam mushaf dan secara tawatur ă sudah cukup untuk
menerangkan Al-Quran itu adalah lain dari kitab-kitab lain.

(b) „Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermukjizat‰.
Alasan bagi takrif ini pula ialah bahawa sifat-sifat selain dari kedua-dua
sifat ini ă diturunkan kepada Nabi dan bermukjizat ă adalah sifat yang
tidak begitu penting bagi Al-Quran kerana kedua-dua sifat inilah telah
menjadikan Al-Quran wujud sejak dari zaman Nabi lagi.

Antara takrif yang sederhana pula ialah:

‰Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., yang


dipindahkan secara tawatur dan mendapat pahala dengan membacanya‰.

Alasan pendapat ini ialah sifat-sifat tersebut sesuai dengan kehendak-kehendak


usuliyyin. Kalam adalah jenis bagi Al-Quran. Maksud Êditurunkan kepada nabiÊ
ialah menafikan yang diturunkan kepada nabi-nabi yang lain seperti Taurat, Injil
dan lain-lainÊ. Maksud Êdipindahkan secara tawaturÊ pula ialah menafikan
sebarang Êbacaan yang telah dimansuhkan dan bacaan yang tidak mutawatirÊ.
10 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

1.3 MAKNA GABUNGAN ULUM DAN AL-


QURAN (ULUM AL-QURAN)
ÊUlum Al-QuranÊ adalah tarkib idhafi (‫ )ﺗﺮآﻴﺐ اﺿﺎﻓﻰ‬yang membawa maksud
Êsekumpulan ilmu yang berkaitan dengan Al-QuranÊ. Perkataan ilmu dijamakkan
menjadi ulum, kerana ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran bukan satu
ilmu sahaja, malah banyak yang akan dibincangkan selepas ini.Ia termasuklah
ilmu Tafsir, ilmu Qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu Ikjaz, ilmu Asbab Nuzul,
ilmu Nasikh dan Mansukh, dan lain-lain lagi.

1.3.1 Bidang dan Skop Perbahasan Ulum Al-Quran


Bidang dan skop perbahasan Ulum Al-Quran sangat banyak dan luas. Malah
bagi As-Sayuti berpendapat, ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan dan sebagainya
adalah termasuk dalam Ulum Al-Quran.

Abu Bakar al-Arabi dalam kitabnya at-Ta`wil (‫ )اﻟﺘﺄوﻳﻞ‬berkata: ÂUlum Al-Quran


berjumlah 77,450 ilmu iaitu satu jumlah empat kali ganda dari kalimat-kalimat
Al-Quran, kerana setiap kalimat itu ada makna zahir dan makna tersirat. Ini
hanya bila dikaji kalimatnya sahaja. Apabila dikaji susunan ayat, maka ilmunya
tidak dapat dikira dan diketahui melainkan Allah sahajaÊ.

Dari pendapat kedua-dua tokoh di atas, jelas bahawa maksud mereka ingin
memasukkan segala ilmu yang disentuh dalam Al-Quran samada secara
langsung atau tidak langsung adalah termasuk dalam kajian Ulum Al-Quran.

Sebenarnya Al-Quran adalah kitab hidayat dan ikjaz (‫)إﻋﺠﺎز‬. Lantaran dua
perkara inilah ia diturunkan. Jadi sebarang ilmu yang berkaitan dengan hidayat
dan ikjaz maka ia dianggap sebagai Ulum Al-Quran. Oleh itu, ilmu-ilmu lain
seperti ilmu Alam (Geografi), pertukangan dan semua ilmu yang baru ditemui
seperti kejuruteraan dan matematik, ekonomi dan sosiologi dan lain-lain lagi
tidak dianggap sebagai Ulum Al-Quran, kerana Al-Quran tidak diturunkan
bertujuan membuktikan teori kejuruteraan misalnya, juga tidak bertujuan
memastikan hukum-hukum kejuruteraan dan begitu sebaliknya kejuruteraan
tidak digunakan untuk menerangkan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun Al-Quran
ada membuat gesaan dan galakan supaya mempelajari kejuruteraan, tetapi
seruan itu bukanlah boleh dijadikan dalil (bukti) untuk menjadikan kejuruteraan
sebagai satu dari kajian Ulum Al-Quran kerana kejuruteraan bukanlah faktor
utama Al-Quran diturunkan. Faktor utama Al-Quran diturunkan ialah hidayah
dan ikjaz.
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 11

Kesimpulannya, Ulum Al-Quran ialah satu kajian atau perbahasan yang


berkaitan dengan Al-Quran dari segi penurunan, penyusunan, pengumpulan,
penulisan, bacaan, tafsir, ikjaz, nasikh-mansukh, penjelasan terhadap kekeliruan
atau salah faham terhadap Al-Quran dan sebagainya.

Maudhu` (bahan kajian) Ulum Al-Quran pula ialah Al-Quran itu sendiri. Iaitu
dari segi apa yang disebutkan dalam takrifnya. Perbahasannya setiap segi itu
adalah secara bersepadu yang diletakkan di bawah satu disiplin ilmu iaitu
disiplin ÊUlum Al-QuranÊ.

Ada pun perbahasan berkaitan Ulum Al-Quran secara umumnya meliputi


bidang-bidang berikut, iaitu:

1. Ilmu Tafsir dan TaÊwil


2. Ilmu IÊrab Al-Quran
3. Ilmu QiraÊat
4. Ilmu Nasikh dan Mansukh
5. Ilmu Sebab Nuzul
6. Ilmu Makki dan Madani
7. Ilmu FadaÊil Al-Quran
8. Ilmu Nuzul Al-Quran
9. Ilmu Gharib Al-Quran
10. Ilmu Amthal Al-Quran
11. Ilmu Majaz Al-Quran
12. Ilmu Abat Muhkamat dan Mutasyabihat
13. Ilmu Jadal Al-Quran
14. Ilmu Aqsam Al-Quran
Ilmu Tafsir dan TaÊwil (‫)ﻋﻠﻢ ﺗﻔﺴﻴﺮ دان ﺗﺄوﻳﻞ‬
Ilmu ini merupakan ilmu yang mula-mula dibincangkan yang mana sejarah
kemunculannya dapat dikesan bermula pada abad ke-2 Hijrah. Ekoran
kemunculan ilmu inilah, maka selepas itu lahir ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan Al-Quran. Ulama yang muncul yang bertindak mengkaji serta menyusun
ilmu Tafsir berasaskan koleksi dan riwayat daripada sahabat ialah:
12 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

(i) SyuÊbah Ibn Al-Hajjaj yang meninggal pada tahun 160 Hijrah.

(ii) Sufyan bin Uyainah yang meninggal pada tahun 198 Hijrah.

(iii) WaqiÊ Al-Jarrah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

(iv) Ibn Jarir Al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah. Kitab
karangan Ibn Jarir Al-Tabari ini merupakan salah sebuah kitab yang unggul
dan terkenal dan berkekalan sebagai rujukan penting hingga kini.

Pada peringkat awal perkembangan dan penulisan ilmu Tafsir berlangsung pada
abad ke-3 Hijrah, bentuk Tafsir yang muncul dapat dibahagikan kepada dua
bentuk:

(a) Al-Tafsir Bi Al-MaÊthur atau Al-Tafsir Bi Al-Manqul.


(b) Al-Tafsir Bi Al-RaÊyi atau Al-Tafsir Bi Al MaÊqul.

Ilmu IÊrab Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ اﻋﺮاب اﻟﻘﺮءان‬


Sejarah awal yang dapat dikesan serta orang yang memain peranan sebagai
pelopor dan meletakkan batu asas terhadap perkembangan ilmu yang berkaitan
dengan IÊrab Al-Quran ialah Saidina Ali bin Abu Talib. Di mana Saidina Ali telah
menyarankan dan menyuruh Abu Aswad Al-DuÊali yang meninggal dunia pada
tahun 69 Hijrah. Saidina Ali telah menyuruh beliau supaya membuat kaedah-
kaedah bahasa Arab demi menjaga kesucian dan ketinggian bahasa itu. Namun
begitu, pada masa itu hingga penghujung abad ke-4 Hijrah masih belum wujud
kitab lengkap dan tersusun yang dihasilkan berkaitan IÊrab Al-Quran.

Apa yang dapat dikesan, pada abad ke-5 Hijrah telah muncul kitab yang disusun
berkaitan dengan IÊrab Al-Quran. Antara tokoh terlibat dan kitab yang dihasilkan
ialah:
(i) Abu Amar Al-Dani. Beliau telah Berjaya menghasilkan kitab yang berkaitan
dengan IÊrab berjudul: Al-Taisir Bi Al-QiraÊat Al-SabÊI dan kitab Al-
Muhkam Fi Al-Nuqat.
(ii) Ali bin Ibrahim Ibn SaÊid Al-Khaufi. Beliau menyusun kitab IÊrab Al-Quran.

Ilmu QiraÊat (‫)ﻋﻠﻢ اﻟﻘﺮاءات‬


Orang pertama yang menyusun kitab berkaitan ÂIlmu QiraÊat ialah Abu ÂUbaid
Al-Qasim Ibn Salam.
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 13

Ilmu Nasikh dan Mansukh (‫)ﻋﻠﻢ اﻟﻨﺎﺳﺦ دان اﻟﻤﻨﺴﻮخ‬


Sejarah awal tentang kitab Nasikh dan Masukh yang dapat dikesan ialah
bermula abad ke-3 Hijrah. Tokoh ulama yang telah bertanggungjawab menyusun
kitab berkaitan dengan ÂIlmu Nasikh dan Mansukh ialah Abu ÂUbaid Al-Qasim
Ibn Salam.

Ilmu Sebab Nuzul (‫) ﻋﻠﻢ اﺳﺒﺎب اﻟﻨﺰول‬


Kemunculan ilmu ini bermula pada abad ke-3 Hijrah. Orang yang menjadi
pelopor kepada penyusunan dan pembukuan kitab berkaitan dengan ilmu Asbab
Al-Nuzul ialah Ali Ibn Al-Madini yang meninggal dunia pada tahun 34 Hijrah.

Ilmu Makki dan Madani ( ‫) ﻋﻠﻢ ﻣﻜﻰ دان ﻣﺪﻧﻰ‬


Ilmu ini dibincangkan secara khusus bermula abad ke-3 Hijrah. Penyusunan ilmu
ini dipelopori oleh Muhammad Ibn Ayyub Al-Darris yang meninggal dunia pada
tahun 294 Hijrah.

Ilmu FadaÊil Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ ﻓﻀﺎﺋﻞ اﻟﻘﺮءان‬


Ilmu ini membincangkan tentang kelebihan Al-Quran. Antara tokoh utama yang
membincangkan ilmu ini ialah:
(i) Abu ÂUbaid Al-Qasim Ibn Salam
(ii) Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari yang meninggal dunia
pada tahun 328 Hijrah.Beliau telah menyusun kitab ÂAjaÊib Al-Quran.

Ilmu Nuzul Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ ﻧﺰول اﻟﻘﺮءان‬


Ilmu ini membincangkan tentang cara-cara dan bentuk serta peringkat
penurunan Al-Quran kepada Nabi.Ilmu ini dipelopori dan dibahaskan oleh Abu
Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari di dalam kitabnya ÂAjaÊib Al-Quran.
Antara lain beliau juga telah membincangkan di dalam kitabnya itu tentang
penurunan Al-Quran dengan Tujuh Huruf, Penulisan Mashaf, Bilangan Surah,
Ayat seta Kalimah.

Ilmu Gharib Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ ﻏﺮﻳﺐ اﻟﻘﺮءان‬


Ilmu ini dibincangkan secara langsung dan ulama pertama yang menyusun kitab
berkaitan dengan Gharib Al-Quran ialah Abu Bakar Al-Sijistani dalam kitabnya
Gharib Al-Quran.Beliau meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah.
14 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

Ilmu Amthal Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ اﻣﺜﺎل اﻟﻘﺮءان‬


Ilmu ini membicarakan tentang perumpamaan serta perbandingan yang terdapat
di dalam Al-Quran. Antara tokoh ulama terkemuka yang membicarakan tentang
ilmu ini ialah Al-Mawardi yang meninggal dunia pada tahun 450 Hijrah.

Ilmu Majaz Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ ﻣﺠﺎز اﻟﻘﺮءان‬


Ulama yang menjadi pelopor dan menyusun kitab pertama berkaitan ilmu ini
ialah Ibn Abd Al-Salam yang menyusun kitab Majaz Al-Quran. Beliau meninggal
dunia pada tahun 665 Hijrah.

Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat (‫)ﻋﻠﻢ اﻳﺎت ﻣﺤﻜﻤﺎت دان ﻣﺘﺸﺎﺑﻬﺎت‬
Ilmu ini muncul secara khusus pada akhir abad ke-7 Hijrah. Ilmu ini
membahaskan tentang ayat-ayat Muhkam dan ayat-ayat Mutasyabih yang
terdapat dalam Al-Quran serta perbezaan antara keduanya menurut gaya bahasa
Arab.

Ilmu Jidal Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ ﺟﺪال اﻟﻘﺮءان‬


Ilmu ini muncul pada akhir kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membincangkan tentang
hujah dan dalil yang digunakan dalam Al-Quran dalam menetapkan sesuatu
menurut gaya bahasa Arab. Ulama yang menjadi pelopor dan penyusunnya ialah
Najmuddin Al-Tufi yang meninggal dunia pada tahun 716 Hijrah.

Ilmu Aqsam Al-Quran (‫)ﻋﻠﻢ أﻗﺴﺎم اﻟﻘﺮءان‬


Ilmu ini muncul secara langsung pada penghujung kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini
membicarakan tentang jenis-jenis sumpah Allah yang terdapat di dalam Al-
Quran. Ulama pelopor yang telah menyusun kitab berkaitan dengan Aqsam Al-
Quran ialah Ibn Al-Qayyim yang meninggal dunia pada tahun 752 Hijrah.

1.3.2 Faedah Mempelajari Ulum Al-Quran


Faedah mempelajari Ulum Al-Quran pula ialah untuk mengetahui segala ilmu
pengetahuan yang terdapat dalam Al-Quran dengan tujuan mempergunakan
ilmu-ilmu ini dalam usaha untuk mempertahankan Al-Quran supaya tidak
terhapus, untuk memahami dan mendalami tafsir Al-Quran yang banyak
mengandungi rahsia lmu pengetahuan samada yang telah terbongkar atau pun
yang belum.

Mempelajari serta mendalami Ulum Al-Quran memberi faedah yang besar


kepada individu dan masyarakat, antaranya:
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN W 15

Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam


Al-Quran.

(a) Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji Al-Quran bahawa ia


merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan
manusia.

(b) Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan Al-Quran semenjak ia


diturunkan sampai sekarang, di mana jalan penyampaiannya adalah secara
mutawatir.

(c) Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan Al-Quran serta


mengeluarkan hukum daripadanya.

(d) Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab Al-Nuzul
dan perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.

(e) Untuk memahami Kalam Allah atau Al-Quran sebagaimana yang


diterangkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabiÊin.

(f) Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir Al-Quran.

(g) Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-


Quran.

(h) Dapat mentafsir Al-Quran dengan baik.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa faedah mempelajari Ulum Al-


Quran ialah dapat mengetahui segala ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Al-
Quran dengan tujuan mempergunakan ilmu-ilmu itu dalam usaha untuk
mempertahankan Al-Quran supaya tidak terhapus, untuk memahami dan
mendalami tafsirannya yang banyak mengandungi rahsia-rahsia ilmu samada
yang telah terbongkar atau yang belum.

• Kalimah Ulum adalah jamak kepada kalimah ilmu yang membawa erti
memahami dan mengetahui.

• Kalimah kalam boleh dimaksudkan dengan pengertian, proses percakapan


dah hasil proses percakapan.

• Terdapat dua jenis kalam iaitu Kalam Lafzi dan Kalam Nafsi.
16 X TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

• Al-Quran boleh ditakrifkan sebagai kalam Allah yang bermukjizat,


diturunkan kepada Nabi Muhammad yang ditulis dalam mushaf,
dipindahkan dari satu generasi ke generasi secara tawatur dan mendapat
pahala dengan membacanya.

• Ulum Al-Quran membawa maksud sekumpulan ilmu yang berkaitan


dengan Al-Quran.

Al-Quran Kitab
Ilmu Ulum
Kalam

Anda mungkin juga menyukai