Anda di halaman 1dari 14

PPPY1242 METODOLOGI

AL-QURAN DAN AL-HADITH

Nama Pensyarah: Dr. Mohd Manawi Mohd Akib


Pengenalan Al-Qur’an dan Tafsir
Maksud al-Qur’an
 Dari sudut Bahasa: bacaan, yang dibaca
Mengenai lafaz al-Qur’an:
 Imam al-Shafi’i = al-Qur’an adalah nama khas kepada Kalam Allah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW
 Al-Farra’ = lafaz al-Qur’an diambil daripada al-Qara’in ‫ن‬
( ‫)ا لقرائ‬, jama’ daripada
‘qarinah’ kerana ayat-ayatnya saling melengkapi satu sama lain dan beriring –
iringan
 Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan sebahagian ulama lain = al-Qur’an diambil daripada
‫ق رنا لش ئب ا لشئ‬ iaitu menggabungkan sesuatu dengan yang lain. Dinamakan
demikian kerana surah-surah dan ayat-ayat al-Qur’an bergabung dan beriringan
dengan yang lain
 Al-Lihyani = al-Qur’an diambil daripada ‘qara’a’ yang bermaksud ‘bacaan’. Inilah
pendapat yang masyhur di kalangan ulama
Pengertian Tafsir
Dari sudut Bahasa @ etimologi:
 di atas wazan taf’il dari kata dasar fasr (‫سر‬ ‫ )ف‬yang bermaksud “menjelaskan,
menyingkap, menerangkan.
 Dalam Lisan al-’Arab, perkataan fasr bermaksud “menyingkap sesuatu yang
tertuutp”.
 Perkataan tafsir terdapat dalam al-Qur’an pada ayat 33 Surah al-Furqan:
Dari sudut istilah:
 Terdapat beberapa pandangan ulama tafsir.
I. Imam al-Suyuti dalam al-Itqan fi Ulum al-Qur’an: Tafsir ialah satu ilmu yang
dengannya dapat memahami al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW dan menerangkan makna, maksud serta hukum-hukum dan hikmah-hikmah
yang ada di dalamnya.
II. Imam al-Zarqani dalam Manahil al-Irfan fi Ulum al-Qur’an: Tafsir ialah satu ilmu
yang mengkaji ayat-ayat Allah dari segi petunjuk lafaznya mengikut kehendak Allah
sekadar kemampuan manusia.
III. Al-Zarkashi dalam al-Burhan fi Ulum al-Qur’an: Tafsir ialah satu ilmu untuk
mengetahui nuzul ayat, surah-surah, cerita-ceritanya, susunan ayat, makkiyyah dan
madaniyyah, muhkam, mutashabih, nasakh dan Mansukh, khas, am, mutlaq,
muqayyad, mujmal dan mufassar.
 Terdapat juga beberapa pengertian lain bagi pengertian tafsir, namun secara
keseluruhannya pengertian tersebut ada persamaan yang hampir sama penemuannya iaitu:
Satu bidang ilmu yang membincang dan menjelaskan kehendak Allah yang tersemat
di dalam kitabNya menurut kemampuan manusia. Lantaran itu tafsir adalah mencakupi
segala cara dan daya usaha untuk memahami pengertian dan kehendak kitab suci al-
Qur’an.
Pengertian Takwil
Dari sudut Bahasa:
 Dari perkataan al-awl (‫ )ا ألول‬yang bermaksud al-fasr (penjelasan)/ al-ruju‘ (Kembali)
Contoh ayat al-Qur’an yang ada kalimah takwil tetapi makna berbeza
Dari sudut istilah:
 Al-Dhahabi (al-Tafsir wa al-Mufassirun) menjelaskan:
1- Menurut ulama salaf = Takwil ialah menerangkan maksud kalam dan
menjelaskan maknanya, sama ada menepati zahir kalam atau berlainan
dengannya. Mengikut pendapat ini, tafsir dan takwil adalah sama maksud.
2- Menurut ulama mutaakhkhirin (ulama fiqah, ulama kalam, ahli hadith, ahli
tasawuf) = takwil ialah memalingkan makna yang kuat (‫ )ا لراجح‬kepada makna
yang kurang kuat (‫ )ا ملرجوح‬dengan berlandaskan dalil. Mengikut pendapat ini,
setiap takwil hendaklah berlandaskan dalil yang sahih. Jika hanya dengan
sangkaan sahaja atau dengan fikiran semata-mata, maka takwil itu adalah
rosak/buruk dan disifatkan sebagai mempermainkan nas al-Quran.
 Terdapat khilaf ulama, ada yang berpendapat takwil dan tafsir adalah sama
maksudnya dan ada yang berpendapat takwil dan tafsir tidak sama
maksudnya
Perbezaan antara tafsir dan takwil
1- Penggunaan tafsir lebih umum dan banyak digunakan pada lafaz-
lafaz dan kalimah mufrad. Manakala takwil pula banyak dilakukan
pada makna dan susunan ayat seperti takwil mimpi.
2-Tafsir merujuk kepada perkara yang qat’i dari Allah, manakala
takwil lebih kepada tarjih kepada beberapa andaian yang tidak bersifat
qat‘i.
3- Tafsir berkaitan dengan Riwayat iaitu berpandukan kepada nukilan
dan yang didengar (al-naql al-masmu‘) manakala takwil pula berkaitan
dengan dirayah yang berpandukan kepada kefahaman dan ijtihad yang
benar.
Matlamat utama pengajian tafsir al-Qur’an

 Dapat mengetahui isi kandungan al-Qur’an dengan lebih baik


 Dapat mengetahui dan memahami ilmu-ilmu yang ada dalam al-
Qur’an
 Dapat memahami dengan lebih jelas tentang keagungan, kekuasaan,
kebijaksanaan Allah mengenai ciptaannya
 Untuk mencari asas bagi menyelesaikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan masyarakat, negara dan umat seluruhnya
 Dapat mencari asas-asas penyelesaian kepada tiga perkara yang
amat penting dan berkait rapat dengan kehidupan manusia, iaitu
akidah, hukum hakam dan tasyri‘.
1- Akidah
 penjelasan yang jelas tentang konsep tauhid kepada Allah, bentuk
akidah yang salah (syirik) dengan dalil dan hujah yang jelas untuk
manusia mudah memahaminya.
 Menyebut penyelewengan akidah yang dilakukan oleh umat-umat
terdahulu dengan menyebutkan punca berlakunya kesesatan itu.
Seterusnya al-Qur’an mengajak mereka kembali kepada akidah
yang betul. Cth: musyrikin Makkah dan lain-lain musyrikin serta
ahli kitab supaya membetulkan akidah mereka.
Contoh:
i- Penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Yahudi dan Nasrani yang
mengatakan mereka adalah anak-anak tuhan yang sangat dikasihi. Allah
menafikan dakwaan tersebut sepertimana dalam surah al-Maidah: 18.

ii- Penyelewengan golongan Nasrani terhadap Nabi Isa sepertimana dalam


surah al-Nisa’: 171.

iii- Dakwaan Ahli Kitab dan golongan musyrikin bahawa Nabi Ibrahim
adalah pengikut mereka, sedagkan Nabi Ibrahim datang terlebih dahulu
daripada mereka sepertimana dalam surah Ali Imran: 67.
2- Hukum hakam
 Manusia tidak boleh menentukan sendiri hukum hakam berdasarkan
kepada kemahuan atau kehendak sendiri atau kehendak sesuatu golongan
mengikut sesuka hati, kerana perkara hukum adalah hak Allah,
Sepertimana dalam surah al-An’am: 57

 Allah juga telah membetulkan beberapa perkara mengenai hukum yang


telah diadakan oleh masyarakat Arab Jahilyyah tentang makanan dan
sebahagian dari binatang ternakan mereka, sepertimana dalam surah al-
An’am: 138-139. Ayat ini menjelaskan bahawa sesiapa sahaja tidak boleh
mengubah sebarang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
3 – Tasyri‘ (Pensyariatan)
 perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadat, perkahwinan dan berbagai
jenis perkara muamalat. Peraturan dan kaedah asas yang harus diikuti oleh
umat Islam telah dijelaskan dalam al-Quran.

 Seperti mana dalam perkara hukum hakam, dalam hal ibadat juga tidak
dibenarkan sesiapa pun mengada-adakan bentuk atau jenis ibadat
melainkan berlandaskan dalil yang jelas.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai