Anda di halaman 1dari 33

1.

PENDAHULUAN
Al-quran

adalah

kalammullah

yang

diturunkan

kepada

Nabi

Muhammad dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagai mujizat. Al-Quran


adalah sumber ilmu bagi kaum muslimin yang merupakan dasar-dasar
hukum yang mencakup segala hal, baik aqidah, ibadah, etika, muamalah
dan sebagainya.


Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala
sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang
yang berserah diri. (Q.S.An-Nahl 89)
Mempelajari isi Al-quran akan menambah perbendaharaan baru,
memperluas pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif baru
dan selalu menemui hal-hal yang baru. Lebih jauh lagi, kita akan lebih yakin
akan keunikan isinya yang menunjukan Maha Besarnya Allah sebagai
penciptanya.Firman Allah :

Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al-Quran)


kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan
Kami menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Q.S.AlAraf 52)
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Kerana itu, ada anggapan
bahawa setiap orang yang mengerti bahasa Arab dapat mengerti isi AlQuran. Lebih dari itu, ada orang yang merasa telah dapat memahami dan
menafsirkan

Al-Quran

dengan

bantuan

terjemahnya,

sekalipun

tidak

mengerti bahasa Arab. Padahal orang Arab sendiri banyak yang tidak
mengerti kandungan Al-Quran. Bahkan di antara para sahabat dan tabiin
1

ada yang salah memahami Al-Quran kerana tidak memiliki kemampuan


untuk

memahaminya.

kandungan

Al-Quran

Oleh

kerana

diperlukanlah

itu,

untuk

sebuah

dapat

ilmu

mengetahui

yang

isi

mempelajari

bagaimana, tata cara menafsir Al-Quran. Iaitu Ulumul Quran atau Ulum at
tafsir
2.0

Konsep Ulumul Quran dan Ulumul Hadis

2.0.1 Pengertian Ulumul Quran


Secara etimologi, kata Ulumul Quran berasal dari bahasa Arab yang
terdiri dari dua kata, iaitu ulum dan Al-Quran. Kata ulum adalah bentuk
jama dari kata ilmu yang bererti ilmu-ilmu. Kata ulum yang disandarkan
kepada kata Al-Quran telah memberikan pengertian bahawa ilmu ini
merupakan kumpulan sejumlah ilmu yang berhubungan dengan Al-Quran,
baik

dari

segi

keberadaanya

sebagai

Al-Quran

mahupun

dari

segi

pemahaman terhadap petunjuk yang terkandung di dalamnya. Dengan


demikian, ilmu tafsir, ilmu qiraat, ilmu rasmil Quran, ilmu Ijazil Quran, ilmu
asbabun nuzul dan ilmu-ilmu yang ada kaitanya dengan Al-Quran menjadi
bahagian dari ulumul Quran.
Sedangkan menurut terminologi terdapat berbagai definisi yang
dimaksud dengan ulumul Quran diantara lain :
i)

Assuyuthi dalam kitab Itmamu al-Dirayah mengatakan :

Ilmu yang membahas tentang keadaan Al-Quran dari segi turunya,


sanadnya, adabnya

makna-maknanya, baik

yang

berhubungan

lafaz-

lafaznya mahupun yang berhubungan dengan hukum-hukumnya, dan


sebagainya.
2

ii)

Al-Zarqany memberikan definisi sebagai berikut:



.

Beberapa pembahasan yang berhubungan dengan Al-Quran Al-Karim dari
segi

turunya,

urutanya,

pengumpulanya,

penulisanya,

bacaanya,

penafsiranya, kemujizatanya, nasikh mansukhnya, penolakan hal-hal yang


boleh menimbulkan keraguan terhadapnya, dan sebagainya.
Dari pendapat diatas dapat disimpulkan bahawa ulumul quran adalah
ilmu yang membahas hal-hal yang berhubungan dengan Al-Quran, baik dari
aspek

keberadaanya

sebagai

Al-Quran

mahupun

aspek

pemahaman

kandunganya sebagai pedoman dan petunjuk bagi manusia atau ilmu-ilmu


yang berhubungan dengan berbagai aspek yang terkait dengan keperluan
membahas Al-Quran.
2.0.2 Ruang Lingkup Pembahasan Al-Quran
Ulumul Quran merupakan suatu ilmu yang mempunyai ruang lingkup
pembahasan yang luas. Ulumul Quran

meliputi semua ilmu yang ada

kaitanya dengan Al-Quran, baik berupa ilmu-ilmu agama, seperti ilmu tafsir
mahupun ilmu-ilmu bahasa Arab, seperti ilmu balaghah dan ilmu Irab Al3

Quran. Disamping itu, masih banyak lagi ilmu-ilmu yang tercakup di


dalamnya. Dalam kitab Al-Itqan, Assyuyuthi menguraikan sebanyak 80
cabang ilmu. Dari tiap-tiap cabang terdapat beberapa macam cabang ilmu
lagi. Kemudian dia mengutip Abu Bakar Ibnu al-Araby yang mengatakan
bahawa ulumul quran terdiri dari 77450 ilmu. Hal ini didasarkan kepada
jumlah kata yang terdapat dalam Al-Quran dengan dikalikan empat. Sebab,
setiap kata dalam Al-Quran mengandung makna zahir, batin, terbatas, dan
tidak terbatas. Perhitungan ini masih dilihat dari sudut mufrodatnya. Adapun
jika dilihat dari sudut hubungan kalimat-kalimatnya, maka jumlahnya
menjadi tidak terhitung.

Firman Allah :

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat


Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat
Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).(Q.S. AlKahfi 109)
Secara garis besar Ilmu Al-Quran terbahagi dua pokok bahasan iaitu :
1.

Ilmu yang berhubungan dengan riwayat semata-mata, seperti ilmu yang

membahas tentang macam-macam qiraat, tempat turun ayat-ayat Al-Quran,


waktu-waktu turunnya dan sebab-sebabnya.
2.

Ilmu yang berhubungan dengan dirayah, yakni ilmu yang diperoleh

dengan jalan penelaahan secara mendalam seperti memahami lafaz yang


ghorib (asing) serta mengetahui makna ayat-ayat yang berhubungan dengan
4

hukum.
Namun, Ash-Shidiqie memandang segala macam pembahasan ulumul Quran
itu kembali kepada beberapa pokok pembahasan sahaja seperti :
i)

Nuzul.

Perbahasan ini menyangkut dengan ayat-ayat yang menunjukan


tempat dan waktu turunya ayat Al-Quran misalnya : makkiyah,
madaniyah, hadhariah, safariyah, nahariyah, lailiyah, syitaiyah,
shaifiyah dan firasyiah. Pembahasan ini juga meliputi hal yang
menyangkut asbabun nuzul dan sebagainya.
ii)

Sanad.

Pembahasan ini meliputi hal-hal yang berkaitan sanad yang


mutawattir, ahad, syadz, bentuk-bentuk qiraat nabi, para periwayat
dan para penghafal Al-Quran, dan cara Tahammul (penerimaan
riwayat).
iii)

Ada al-Qiraah.

Pembahasan ini berkaitan waqaf, ibtida, imalah, madd, takhfif


hamzah, idghom.
iv)

Pembahasan yang menyangkut lafaz Al-Quran, iaitu tentang

gharib, mu,rab, majaz, musytarak, muradif, istiarah, dan tasybih.


v)

Pembahasan makna Al-Quran yang berhubungan dengan hukum,

iaitu ayat yang bermakna Amm dan tetap dalam keumumanya, Amm
yang dimaksudkan khusus, Amm yang dikhususkan oleh sunnah, nash,
dhahir, mujmal, mufashal, manthuq, mafhum, mutlaq, muqayyad,
muhkam, mutasyabih, musykil, nasikh mansukh, muqaddam,
muakhar, mamul pada waktu tertentu, dan mamul oleh seorang saja.
vi)

Pembahasan makna Al-Quran yang berhubungan dengan lafaz,

iaitu fashl, washl, ijaz, ithnab, musawah, dan qashr.


2.0.3 Sejarah Perkembangan Ulumul Quran

Sebagai ilmu yang terdiri dari berbagai cabang, ulumul Quran tidak
lahir sekaligus. Ulumul Quran menjelma menjadi suatu disiplin ilmu melalui
proses pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan keperluan dan
kesempatan untuk membenahi Al-Quran dari segi keberadaanya dan segi
pemahamanya.
Di masa Rasulullah SAW dan para sahabat, ulumul Quran belum dikenal
sebagai suatu ilmu yang berdiri sendiri dan tertulis. Para sahabat adalah
orang-orang Arab asli yang dapat merasakan struktur bahasa Arab yang
tinggi dan memahami apa yang diturunkan kepada Rasul, dan bila
menemukan kesulitan dalam memahami ayat-ayat tertentu, mereka dapat
menanyakan langsung kepada Rasulullah SAW.
Di zaman Khulafau Rasyiddin sampai dinasti Umayyah wilayah islam
bertambah luas sehingga terjadi pembauran antara orang Arab dan bangsabangsa

yang

tidak

mengetahui

bahasa

Arab.

Keadaan

demikian

menimbulkan kerisauan sahabat akan tercemarnya keistimewaan bahasa


arab, bahkan ditakuti

tentang bacaan Al-Quran yang menjadi sebuah

standard bacaan mereka. Untuk menghilangkan kerisauan itu, disalinlah dari


tulisan-tulisan aslinya sebuah Al-Quran yang disebut Mushaf Imam. Dari
salinan inilah suatu dasar ulumul Quran yang disebut Al Rasm Al-Utsmani.
Kemudian, Ulumul Quran memasuki masa pembukuanya pada abad
ke-2 H. Para ulama memberikan keutamaan perhatian mereka kepada ilmu
tafsir kerana fungsinya sebagai umm al ulum alQuraniyyah. Para penulis
pertama dalam tafsir adalah Syubah ibn al-Hajjaj (160 H), Sufyan Ibn
Uyaynah (198 H), dan Wali Ibn al-Jarrah (197 H). Pada abad ke-3 muncul
tokoh tafsir yang merupakan mufassir pertama yang membentangkan
berbagai pendapat dan mentarjih sebagianya. Beliau adalah Ibn Jarir
atThabari (310 H).
Selanjutnya sampai abad ke-13 ulumul Quran terus berkembang pesat
dengan lahirnya tokoh-tokoh yang selalu melahirkan karyanya untuk terus
6

melengkapi pembahasan-pembahasan yang berhubungan dengan ilmu


tersebut. Diantara sekian banyak tokoh-tokoh tersebut, Jalaluddin al-bulqini
(824 H) pengarang kitab Mawaqi Al-ulum min Mawaqi al-Nujum dipandang
Assuyuthi sebagai ulama yang mempelopori penyusunan Ulumul Quran
yang lengkap. Sebab, dalam kitabnya tercakup 50 pelbagai ilmu Al-Quran.
Jalaluddin al-Syuyuthi (991 H) menulis kitab Al-Tahhir fi Ulum al-Tafsir.
Penulisan kitab ini selesai pada tahun 873 H. kitab ini memuat 102 macam
ilmu-ilmu Al-Quran. Kerana itu, menurut sebahagian ulama, kitab ini
dipandang sebagai kitab Ulumul Quran paling lengkap. Namun, Al-Syuyuthi
belum merasa puas dengan karya monumental ini sehingga ia menyusun
lagi kitab Al-Itqan fi Ulum Al-Quran. Didalamnya dibahas 80 pelbagai ilmuilmu Al-Quran secara padat dan sistematik. Menurut Al-Zarqani, kitab ini
merupakan pegangan bagi para peneliti dan penulis dalam ilmu ini. Hingga
kini

dalam

perkembangan

ilmu-ilmu

agama,

para

ulama

masih

memperhatikan akan ilmu Quran ini. Sehingga tokoh-tokoh ahli Quran masih
banyak hingga saat ini di seluruh dunia.
3.0

Definisi Hadis (Sunnah)

Hadis secara harfiah bererti perkataan atau percakapan. Dalam terminologi


Islam perkataan dimaksudkan adalah perkataan dari Nabi Muhammad s.a.w. Namun
sering kali kata ini mengalami perluasan makna sehingga disinonimkan dengan sunnah
sehingga bererti segala perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan mahupun persetujuan
dari Nabi Muhammad s.a.w. yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama.
Hadis sebagai sumber hukum dalam agama Islam memiliki kedudukan kedua pada
tingkatan sumber hukum dibawah Al-Quran. Ibn Hajar memberi pengertian hadis iaitu
apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Ayub bin Musa alHusaini al-Qarimi al-Kufi yang lebih dikenali sebagai Abu al-Baqa, hadis ialah suatu
istilah bercerita atau mengkhabarkan atau juga memberitahu yang disandarkan
perkhabaran atau penceritaan tersebut kepada Rasulullah s.a.w. dari segi perkataan,
perbuatan dan juga ikrar.(Asmawi, 2003).

Dari segi bahasa al-Sunnah bererti jalan atau cara hidup sama ada ianya terpuji
mahupun tercela. Dari segi istilah ulama-ulama hadis mengatakan bahawa takrifannya
adalah sama seperti al-hadis. Sunnah juga berlawanan dengan bidah. Imam Syatibi
berkata seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan
yang bertepatan dengan amalan Rasulullah s.a.w. atau amalan yang tidak wujud pada
zamannya, sahabat dan salafusolah. Sunnah juga diakui oleh jumhur ahlul hadis
bahawa ianya termasuk amalan para sahabat, kerana adalah maklum bahawa sahabat
sentiasa beramal bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini ditegaskan oleh
Imam Syatibi di dalam kitabnya bahawa sunnah sahabat adalah sebahagian dari
sunnah Rasulullah s.a.w. berdasarkan hadis yang bermaksud:
Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin
yang mendapat petunjuk. Peganglah bersungguh-sungguh (kacip gigi geraham)
Riwayat Abu Dawud. (Ahmad Fauzan, 2007).
3.0.1 Sejarah Pengumpulan Hadis
i)

Zaman Rasulullah s.a.w

Hadis yang diterima pada zaman Rasulullah cepat tersebar di kalangan sahabat
kerana para sahabat pada umumnya sangat berminat untuk memperolehi hadis
daripada Nabi dan kemudian menyampaikannya kepada orang lain. Kebenaran
penyataan ini terbukti dengan beberapa pengakuan sahabat Nabi sendiri seperti Umar
bin al-Khatab yang telah membahagikan tugas dengan tetangganya untuk mencari
berita yang asal daripada Nabi. Kata Umar, sekiranya tetangganya hari ini menemui
Nabi, maka pada keesokan harinya dia pergi menemui Nabi untuk memperolehi berita
yang berasal atau berkenaan dengan nabi. Siapa yang bertugas menemui Nabi, maka
dia segera menyampaikan berita itu kepada orang yang tidak bertugas. Oleh itu, para
sahabat Nabi yang kebetulan sibuk dan tidak sempat menemui Nabi juga tetap akan
memperoleh hadis dari sahabat yang sempat menjumpai Nabi.

Malik bin al-Huwayris menyatakan:

Saya( Malik bin al-Huwayris ) dalam satu rombongan kaum saya datang kepada Nabi
S.A.W. Kami tinggal di sisi baginda selama dua puluh malam. Baginda adalah seorang
yang penyayang dan akrab. Tatkala baginda melihat kami telah merasa rindu kepada
para keluarga kami, baginda bersabda:
kalian pulanglah, tinggallah bersama keluarga kalian, ajarlah mereka, dan lakukanlah
solat bersama mereka. Bila telah masuk waktu solat, hendaklah salah seorang
daripada kalian melaungkan azan, dan hendaklah yang tertua bertindak sebagai imam.
( riwayat al-Bukhari dari Malik bin al-Huwayris)
Pengalaman Ibn al-Huwayris menunjukkan bahawa pada zaman Nabi
Muhammad S.A.W, para sahabat sangat besar minatnya untuk menimba ilmu
pengetahuan langsung dari Nabi. Pada zaman Rasulullah s.a.w juga, baginda sentiasa
mengadakan majlis-majlis ilmu dengan tujuan mengajar Islam kepada para sahabat dan
telah mendapat sambutan hangat dari para sahabat. Setiap daripada mereka sentiasa
berusaha sedaya upaya menghadiri majlis-majlis ilmu itu meskipun mereka sibuk
dengan urusan hidup sendiri. Malah kalau mereka tidak dapat hadir mereka berusaha
mengisi pengajaran majlis berkenaan melalui sahabat yang hadir. Para sahabat
biasanya bermuzakarah sesama sendiri tentang segala apa yang mereka dengar
daripada Rasulullah s.a.w. Anas Ibn Malik menceritakan:
Sewaktu kami berada dengan Nabi s.a.w. kami mendengar hadis daripadanya.
Apabila kami beralih daripadanya kami bermuzakarah sehinggalah kami
menghafalnya.
Riwayat al-Khatib al-Baghdadi.

Al-Bara bin Azib al-Awsiy telah menyatakan:

) (


.
Maksudnya: Tidaklah kami semuanya (dapat langsung) mendengar hadis Rasulullah
S.A.W ( kerana di antara) kami ada yang tidak memiliki waktu atau sangat sibuk. Akan
tetapi ketika itu orang-orang tidak ada yang berani melakukan pendustaan (terhadap
hadis Nabi) orang-orang yang hadir (menyaksikan terjadinya hadis Nabi) memberitakan
( hadis itu ) kepada orang-orang yang tidak hadir.
( Riwayat al-Ramahhurmuzi dan al-Hakim dari al-Bara bin Azib al-Awsiy )
Pernyataan al-Bara ini jelas menunjukkan bahawa terdapat juga para sahabat
pada zaman Rasulullah yang tidak dapat mendengar hadis melalui perantaraannya
bersama Rasulullah sendiri kerana kesibukan mereka tetapi pada masa itu juga tidak
wujud masalah penyelewengan hadis kerana tidak ada para sahabat yang dapat
mendengar hadis daripada Rasulullah itu sendiri berani melakukan pendustaan
terhadap hadis yang mereka perolehi daripada Nabi kepada orang yang tidak
mendengar hadis itu daripada Rasulullah.
Disamping itu juga, para sahabat menumpukan usaha menghafal hadis-hadis
secara sepenuh masa. Peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Rasulullah S.A.W. sendiri
dan dialami oleh orang-orang Islam. Selain daripada majlis-majlis ilmiah, para sahabat
memperolehi hadis-hadis Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa-peristiwa yang melibatkan
baginda sendiri. Di dalam sesetengah keadaan, jumlah mereka yang mendengar hadis
begitu ramai sehingga membolehkan hadis tersebar dengan mudah. Bagi jumlah
sahabat yang sedikit Rasulullah S.A.W. akan meminta sahabat-sahabat tersebut
memberitahu orang ramai mengenai hadis tersebut. Apabila terjadi apa-apa peristiwa
terhadap masyarakat Islam pada waktu itu mereka akan bertanya Rasulullah S.A.W.
tentang hukumnya.
Minat yang besar dari para sahabat Nabi untuk menerima dan menyampaikan
hadis pada zaman itu begitu menonjol disebabkan beberapa perkara seperti Allah dan
RasulNya memberikan penghargaan yang tinggi kepada mereka yang berpengetahuan
sebagaimana firman Allah:
10

Maksudnya: apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang
yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut
kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
(surah al-zumar: 9)
Ayat ini telah banyak mendorong para sahabat untuk memperoleh pengetahuan
yang banyak. Pada zaman Nabi juga, sumber pengetahuan yang sangat besar daya
tarikannya bagi para sahabat ialah diri Nabi sendiri. Selain itu, masyarakat pada masa
itu juga lebih cenderung mengikuti perkembangan dan tingkah laku pemimpinnya, lebihlebih lagi sekiranya pemimin tersebut seorang yang berjaya. Nabi Muhammad telah
dinilai oleh masyarakat sebagai seorang pemimpin yang berjaya. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya tingkah-laku Nabi pada masa itu menjadi bahan cerita. Nabi
Muhammad juga bukanlah sekadar seorang pemimpin mereka, tetapi baginda juga
merupakan seorang utusan Allah. Keyakinan inilah yang membawa sikap ketaatan
dalam diri mereka untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang hadis.
Adalah menjadi cara hidup para sahabat pada waktu itu untuk bertanya
Rasulullah s.a.w. tentang apa sahaja yang mereka musykilkan untuk dijadikan panduan
dalam menyelesaikannya. Perbuatan-perbuatan Rasulullah S.A.W yang disaksikan oleh
para sahabat. Para sahabat sentiasa melihat sendiri bagaimana Rasulullah S.A.W.
bersolat, berpuasa, menunaikan haji, bermusafir dan apa sahaja yang dilakukan di
dalam kehidupan sebagai individu, pemerintah, pentadbir dan sebagainya. Pada masa
hayat Rasulullah S.A.W. sunnah terpelihara dengan baiknya di kalangan para sahabat
bersama Al-Quran. Mereka mengetahui sunnah yang pernah lahir dan telah
11

menghafalnya sebaik-baiknya. Malah mereka telah mewariskan sunnah itu kepada


generasi Tabiin dengan cara yang sempurna dan meyakinkan.
Di samping itu, kebijaksanaan Nabi mengutus para sahabat ke berbagai daerah ,
sama ada untuk tugas khusus berdakwah mahupun untuk memangku jabatan, tidak
kecil juga peranannya dalam penyebaran hadis. Berbagai peperangan yang telah
dimenangi oleh Nabi dan umat Islam juga turut mempercepatkan proses penyebaran
hadis pada zaman itu. Seiring dengan itu, umat Islam menyebarkan hadis ke berbagai
wilayah yang telah tunduk kepada kekuasaan Islam. Penyebaran umat Islam bukan
sekadar untuk mencari nafkah, melainkan juga untuk kepentingan dakwah. Dengan
dakwah-dakwah itu, tersebar pulalah hadis Nabi.
Daripada pernyataan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa cara Nabi
menyampaikan hadisnya tidaklah terikat dengan hanya satu cara sahaja. Untuk hadis
berupa sabda, Nabi menyertakan perintah kepada sahabat tertentu untuk menulisnya.
Pada umumnya, Nabi tidak menyertakan menyertakan perintah tersebut. Di samping
itu, adakalanya hadis dalam bentuk sabda itu dikemukakan oleh Nabi kerana sebab
tertentu dan pada umumnya dikemukakan kerana tidak ada sebab tertentu. Sabda Nabi
adakalanya dikemukakan di hadapan orang ramai dan ada pula yang dikemukakan di
hadapan beberapa orang atau seorang sahaja.
Demikian pula hadis yang berupa perbuatan, ada yang disampaikan oleh Nabi
kerana sebab-sebab tertentu, ada yang tanpa didahului oleh sebab tertentu, ada yang
disampaikan dihadapan orang ramai dan ada yang disampaikan di hadapan orangorang tertentu sahaja. Hadis dalam bentuk taqrir pula terbatas penyampaiannya. Sebab
kelahiran taqrir Nabi berkaitan erat dengan peristiwa tertentu yang dilakukan oleh
sahabat Nabi. Hadis dalam bentuk hal ehwal Nabi sesungguhnya bukanlah merupakan
aktifitas Nabi kerana Nabi dalam menyampaikannya bersikap pasif sahaja. pihak yang
aktif adalah para sahabat Nabi yang boleh disifatkan sebagai perakam terhadap hal
ehwal Nabi tersebut.
Segala ragam cara penyampaian hadis oleh Nabi tersebut telah membawa
beberapa implikasi seperti perkembangan ilmu hadis dalam masyarakat masa itu,
perbendaharaan dan pengetahuan para sahabat mengenai hadis Nabi tidak sama
kerana ada sahabat yang banyak mengetahui secara langsung mengenai sesuatu

12

hadis dan ada yang sebaliknya. Jadi, para sahabat Nabi dalam periwayatan hadis ada
yang berstatus sebagai saksi primer dan ada yang berstatus saksi sekunder.
Nabi melihat bahawa minat yang besar para sahabat untuk menyebarkan hadis
akan dapat menjerumuskan mereka ke arah penyampaian berita yang tidak benar.
Kerana pada ghalibnya, manusia cenderung kepada sifat menokok tambah berita
yang disampaikannya. Di samping itu, baginda bimbang para sahabat akan mengubah
hadis tersebut tanpa mereka sedari lantas baginda bersabda dalam hadisnya:


Maksudnya: Telah cukup seseorang itu dikatakan berdusta apabila orang itu
menceritakan seluruh yang didengarnya.
(riwayat Muslim dan al-Hakim)
Hadis ini dan berbagai pernyataan sahabat Nabi yang semakna dengannya,
dinyatakan oleh al- Nawawi ( wafat 676 H = 1277 H ) sebagai petunjuk tentang larangan
menceritakan semua berita yang telah didengar. Berita yang didengar itu mungkin ada
yang benar dan ada yang tidak benar. Jika semua cerita yang didengar diceritakan,
bererti orang itu telah menyampaikan berita yang dusta. Dalam hal ini, al-Nawawi tidak
menghubungkan maksud hadis di atas dengan hadis-hadis yang sebelumnya. Muslim
dan al-Hakim telah menempatkan hadis tersebut di urutan setelah hadis-hadis yang
berisi tentang ancaman siksaan api neraka terhadap orang yang sengaja membuat
hadis palsu, Muslim dan al-Hakim nampaknya lebih cenderung memahami hadis di atas
bukan sekadar berkaitan dengan berita pada umumnya , melainkan ada juga
hubungannya dengan periwayatan hadis Nabi.
Mengikut Muhammad Yusof Musa, sebab sebenar mengapa sunnah tidak ditulis
pada masa hayat Rasulullah S.A.W. ialah larangan Rasulullah s.a.w. sendiri
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al Khudri, sabda Nabi S.A.W.
dengan maksudnya:
Jangan menulis apa-apa dari saya. Sesiapa yang menulis apa-apa dari saya selain
daripada al-Quran hendaklah dia padamkan.

13

Abu Hurairah meriwayatkan yang bermaksud:


Rasulullah s.a.w. telah keluar kepada kami pada waktu kami sedang menulis hadishadis. Nabi s.a.w lalu bertanya Apa yang kamu semua tulis ini ?
Jawab kami:
hadis-hadis yang kami ambil dari tuan.
Sabda Nabi s.a.w:
Sebuah kitab yang lain dari kitabullah? Tahukah kamu bahawa sebab mengapa orangorang terdahulu menjadi sesat ialah kerana mereka menulis kitab-kitab lain di samping
Kitabullah taala.
Rasulullah pada ketika itu enggan membenarkan penulisan hadis kerana
bimbang sekiranya terjadi percampuran antara al-Quran dan al-hadis dan umat Islam
tidak dapat membezakan antara sumber kedua-dua sumber tersebut hingga
menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam akhir zaman untuk menentukan yang
mana lebih utama. Zaid bin Thabit meriwayatkan yang dinukil oleh seorang sahabat
bernama Abu Said al-Khudri, sabda Nabi s.a.w:
Janganlah kamu tulis sesuatu tentangku, barang siapa yang telah menulis tentangku
selain Al-Quran, maka padamkanlah, ceritalah tentangku tidak mengapa tetapi sesiapa
yang membuat pembohongan ke atas diriku dengan sengaja, maka tersedia tempatnya
dalam neraka.
Memang tidak dinafikan bahawa ramai di kalangan sahabat yang tidak dapat
bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. sepanjang waktu untuk menerima dan meneliti
setiap perkataan dan perbuatannya. Bagaimanapun apa yang jelas larangan tersebut
bukanlah dinyatakan secara tegas. Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan sebaliknya.
Abu Hurairah berkata:
Tidak ada daripada para sahabat Nabi s.a.w. yang mempunyai lebih banyak hadis
daripada saya kecuali Abdullah Ibn Amr kerana dia menulis sedangkan saya tidak.

14

Dalam hadis lain Rafi bin Khudaij menyebut:


Kami berkata: Wahai Rasulullah s.a.w. ! Kami telah mendengar banyak perkara
daripada tuan, apakah boleh kami menulisnya?
Jawab baginda:
Tulislah, tidak mengapa.
Kemungkinan larangan itu bukan terhadap penulisan hadis secara umum, tetapi
sebaliknya terhadap penulisan hadis bersama-sama dengan Al-Quran dalam sohifah
yang sama. Tujuannya ialah supaya tidak bercampur baur dengan Al-Quran atau
mengurangkan minat para sahabah di dalam menulis ayat-ayat Al-Quran. Apabila
kedudukan Al-Quran dan sunnah telah jelas bagi orang Islam, penulisan hadis pun
dibenarkan, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah menghafal.
ii)

Pengumpulan Pada Zaman Sahabat

Zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al- Khattab tidak
menunjukkan sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu Hadis. Pengumpulan
hadis yang dilakukan di peringkat ini iaitu pengumpulan secara hafalan sahaja. Data
sejarah tentang pengumpulan hadis pada zaman khalifah Abu Bakar sangat terbatas.
Ini disebabkan pada masa tersebut umat Islam berhadapan dengan berbagai ancaman
dan kekacauan dan kekacauan yang membahayakan pemerintah dan negara. Jadi,
periwayatan hadis masa khalifah Abu Bakar belum menonjol di kalangan umat Islam
pada masa itu. Antara sebab lain yang mendorong kepada tidak berlakunya penulisan
hadis ialah sikap para sahabat sendiri bimbang ianya akan menjejaskan perhatian
mereka atau perhatian orang ramai terhadap Al-Quran. Aisyah pernah meriwayatkan
bahawa bapanya Abu Bakar al-Siddiq pernah membakar lima ratus hadis. Selain itu
Khalifah Umar pernah menyarankan proses mengumpul hadis, tetapi setelah beliau
beristikharah selama sebulan maka natijahnya, beliau menolak cadangan mengumpul
hadis dalam bentuk penulisan ekoran daripada sikap ambil beratnya terhadap Sunah
takut ianya bercampur aduk dengan kalam Allah. Percubaan Saidina Umar ini
menunjukkan kepada kita bahawa pengumpulan hadis dari sudut hukum adalah harus
dan beliau tidak berbuat demikian adalah kerana dikhuatiri sahabat pada waktu itu lebih
tertumpu kepada Sunnah tidak kepada kitab Allah.
15

Umar pula sangat berhati-hati dalam periwayatan hadis. Hal ini boleh dilihat
ketika beliau mendengar hadis yang disampaikan oleh Ubai bin Kaab. Umar bersedia
untuk mendengar hadis daripada Ubai bin Kaab setelah para sahabat yang lain, di
antaranya Abu Dzarr menyatakan telah mendengar hadis Rasulullah tentang apa yang
dikemukakan oleh Ubai itu.
Akhirnya Umar berkata kepada Ubai:
Demi Allah, sungguh aku tidak menuduhmu telah berdusta. Aku berbuat demikian
kerana aku ingin berhati-hati dalam periwayatan hadis nabi.
Apa yang dialami oleh Ubai bin Kaab itu telah dialami juga oleh Abu Musa alAsyari, al-Mughirah bin syubah, dan lain-lain. Kesemuanya itu menunjukkan sikap hatihati Umar dalam periwayatan hadis. Di samping itu, Umar juga menekan kepada para
sahabat agar tidak memperbanyak periwayatan hadis dalam masyarakat. Alasannya,
agar masyarakat tidak terganggu konsentrasinya untuk membaca dan mendalami AlQuran.
Abu Hurairah yang dikenali sebagai salah seorang yang banyak menyampaikan
riwayat hadis, terpaksa menahan diri dengan tidak banyak meriwayatkan hadis pada
zaman Umar. Abu Hurairah menyatakan bahawa sekiranya dia banyak meriwayatkan
hadis pada zaman Umar, nescaya dia akan dicambuk oleh umar.
Daripada pernyataan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa periwayatan
hadis pada zaman Umar lebih banyak dilakukan oleh umat Islam berbanding pada
zaman Abu Bakar. Dalam masa yang sama juga para periwayat hadis masih agak
terkekang dalam melakukan periwayatan hadis kerana Umar telah melakukan
pemeriksaan yang cukup ketat kepada para periwayat hadis.
Secara umumnya, kebijaksanaan khalifah Uthman bin Affan tentang
periwayatan hadis tidak jauh bezanya dengan apa yang telah ditempuh oleh khalifah
sebelumnya. Hanya langkah uthman sahaja tidaklah setegas langkah khalifah Umar.
Uthman secara peribadi tidaklah banyak meriwayatkan hadis. Ahmad bin Hanbal
meriwayatkan bahawa hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Uthman sekitar empat puluh

16

hadis sahaja. itu pun banyak matan hadis yang terulang kerana perbezaan sanad.
Matan hadis yang banyak terulang itu adalah hadis mengenai cara berwuduk.
Dalam satu khutbah, uthman meminta kepada sahabat agar tidak banyak
meriwayatkan hadis yang mereka tidak pernah dengar hadis itu pada zaman Abu Bakar
dan Umar. Pernyataan ini menunjukkan pengakuan Uthman atas sikap hati-hati kedua
khalifah sebelumnya. Sikap hati-hati itu juga ingin dilanjutkan pada zaman
kekhalifahannya.
Dari huraian tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa pada zaman Uthman,
kegiatan umat Islam dalam periwayatan hadis lebih banyak jika dibandingkan dengan
kegiatan periwayatan hadis pada zaman khalifah sebelumnya. Uthman menyeru umat
Islam dalam khutbahnya agar berhati-hati dalam meriwayatkan hadis tetapi seruan itu
tidak besar pengaruhnya terhadap para periwayat tertentu yang bersifat longgar
dalam periwayatan hadis. Hal itu terjadi kerana kerana sifat peribadi Uthman tidaklah
sekeras sifat peribadi Umar, juga kerana wilayah Islam telah tersebar luas. Luasnya
wilayah Islam menyebabkan semakin bertambah kesulitan pengendalian kegiatan
periwayatan hadis secara ketat.
Pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib pula juga tidak jauh bezanya dengan
zaman khalifah yang sebelumnya. Secara umumnya, Ali barulah bersedia menerima
hadis Nabi setelah periwayat hadis yang bersangkutan mengucapkan sumpah bahawa
hadis yang disampaikan itu benar-benar berasal daripada Nabi. Hanya kepada
periwayat yang benar-benar telah dipercayainya, Ali tidak meminta periwayat hadis itu
untuk bersumpah. Ali sendiri juga cukup banyak meriwayatkan hadis Nabi . Hadis yang
diriwayatkannya, selain dalam bentuk lisan, dia juga meriwayatkan hadis dalam bentuk
tulisan. Hadis yang berupa catatan, isinya berkisar tentang hukuman denda,
pembebasan orang Islam yang ditawan orang kafir dan larangan hukum kisas terhadap
orang Islam yang membunuh orang kafir. Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa Ali
telah meriwayatkan lebih daripada 780 hadis. Sebahagian matan daripada hadis
tersebut berulang-ulang kerana perbezaan sanadnya. Ini menunjukkan bahawa Ali
merupakan periwayat yang terbanyak meriwayatkan hadis dalam Musnad Ahmad jika
dibandingkan dengan khalifah sebelumnya.
Situasi pada zaman Ali juga berbeza daripada zaman sebelumnya kerana pada
zaman tersebut pertentangan politik umat Islam semakin menajam. Peperangan antara
17

kelompok penyokong Ali dengan penyokong Muawiyah telah terjadi. Hal ini membawa
kesan negatif dalam bidang periwayatan hadis dan kepentingan politik tersebut jugalah
yang mendorong pihak-pihak tertentu ke arah pemalsuan hadis. Dengan demikian,
tidaklah seluruh periwayat hadis itu dipercayai riwayatnya.
Oleh itu, sikap ambil berat sahabat terhadap sunnah juga dapat kita perhatikan
melalui usaha para sahabat mengumpul dan memastikan kesahihan hadis sehinggakan
mereka sanggup bermusafir beribu batu dengan hanya menaiki unta semata-mata
untuk mencari hadis sahih sebagaimana yang berlaku ke atas Jabir bin Abdullah yang
bermusafir selama sebulan ke negeri Syam, mencari dengan Abdullah bin Unais alAnsari bagi mendapatkan hadis daripada Rasulullah saw. Begitu juga sebelum
berakhirnya zaman sahabat telah kedapatan Sunnah dalam bentuk pengumpulan dan
pembukuan antaranya " as-Sahiifah as-Saadiqah" oleh Abdullah bin Amru, " asSahiifah" oleh Jabir bin Abdullah al-Ansaari, " as-Sahiifah as-Sahiihah" oleh Hamam bin
Munabbih dan " sahiifah Ali" oleh Saidina Ali. Begitulah perjalanan Sunnah pada kurun
pertama.
Abu Musa al-Asyari meriwayatkan, melarang anaknya daripada menulis hadis
kerana takut beliau tidak menulisnya dengan tepat. Dalam riwayat lain beliau disebut
sebagai berkata:
Hafallah daripada kami sebagaimana kami telah menghafalnya
Dipercayai banyak daripada tulisan-tulisan mengenai hadis dipadamkan atau
dimusnahkan oleh penulisnya sendiri kerana takut ia akan terjatuh ke tangan orang
yang tidak layak, tidak alim dan tidak tahu membezakan antara Al-Quran dan hadis atau
perkara-perkara lain.
Walaupun begitu peranan hadis ketika itu semain menonjol apabila sahabat
menghadapi masalah untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dinyatakan dalam AlQuran secara khusus misalnya hak pewarisan nenek. Al-Mughirah bin Syubah
meriwayatkan hadis bahawa dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. memberikan satu
perenam harta kepada seorang nenek. Dalam keadaan berhati-hati usaha di kalangan
sahabat yang mengambil berat soal hadis tetap ada. Abu Ayub al-Ansari misalnya
sanggup mengembara ke negeri Mesir menemui Uqbah bin Amir semata-mata kerana
mahu mengesahkan sebuah hadis yang berbunyi:
18

Barang siapa yang menutup keaiban atau kesulitan seorang saudaranya yang muslim
di dunia nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.
Mengikut riwayat Nafi daripada Ibnu Umar ada terdapat selambar tulisan
mengenai zakat binatang peliharaan di hulu pedang Umar Ibn Khattab. Ali juga
diketahui telah menggantung di pedangnya satu catatan tentang jenayah, kehormatan
bumi madinah dan hukum tidak dibunuh balas orang Islam yang membunuh orang kafir.
Mengikut Ibn al-Hanafiah Muhammad Ibn Ali r.a. bapanya pernah menghantar beliau
untuk membawa sepucuk surat kepada Uthman yang didalamnya mengandungi
arahan-arahan Rasulullah s.a.w. tentang zakat.
Sad Ibn Ubbadah r.a. juga diriwayatkan memiliki beberapa buah penulisan yang
mengandungi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sebuah lagi penulisan iaitu yang dikenali alsahifah al-sadiqah, iaitu nama yang diberi sendiri oleh penulisnya Abdullah ibn Amru
Ibn al-As. Ia mengandungi hadis-hadis yang diterima oleh Abdullah daripada Rasulullah
s.a.w. secara berdua-duaan sahaja.
Perkembangan dan pengumpulan hadis yang giat dilakukan itu masih
dikategorikan sebagai pengumpulan dalam dada atau hafalan walaupun sudah terdapat
segelintir sahabat yang memulakan usaha mencatat hadis dengan kebenaran khas.
Perhatian khulafa al-Rasyidin dalam memelihara hadis amat disanjung tinggi.
Ketegasan mereka dalam menghalang umat Islam daripada berlakunya penyelewengan
dalam meriwayatkan hadis sebenarnya tidak berniat serong tetapi semata-mata kerana
menjaga dan memelihara kemuliaan serta darjat hadis Nabi Muhammad s.a.w. itu
sendiri. Zaman ini dapat dianggap sebagai zaman asas kepada zaman pengumpulan
dan penulisan Ilmu Hadis.
iii)

Pengumpulan Pada Zaman Tabiin

Peringkat ini bermula dari awal kurun ke dua hingga ke awal kurun ketiga hijrah.
Pada peringkat ini boleh dikatakan ilmu hadis telah sempurna dikumpul dan dibukukan.
Hal demikian memandangkan kepada beberapa faktor yang mendorong ulama supaya
membukukan sunnah. Antara faktor-faktor tersebut, kurangnya daya ingatan manusia
pada zaman itu tidak sebagaimana yang zaman sahabat dan taabiiin. Ianya telah
diakui oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya "Tazkiratul Huffaz". Begitu juga telah
19

lahirnya ajaran sesat serta kumpulan yang telah terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar seperti Mutazilah, Khawarij dan lain-lain. Faktor tersebut telah mendorong
Khalifah Umar bin Abdul Aziz selaku pelopor kepada pembukuan Sunnah ini,
mengarahkan ulamak untuk mengumpul segala hadis dengan tujuan untuk
menyelamatkan Sunnah daripada penyelewengan dan hadis-hadis Mauduk (hadis yang
direka dan dinisbahkan kepada Rasul).
Begitu juga pada waktu itu telah timbulnya cabang ilmu hadis iaitu ilmu " al-Jarh
wa at-Tadiil" bagi mengkritik periwayat hadis. Hal ini penting untuk menyelamatkan
Sunnah daripada tujuan buruk mereka mencipta hadis semata-mata untuk kepentingan
kumpulan-kumpulan tertentu. Ulama telah mula berhati-hati didalam mengambil hadis
daripada periwayat hadis dan tidak meriwayatkan hadis daripada periwayat hadis yang
tidak dikenali peribadinya. Ulamak hadis telah memberikan perhatian khusus pada isi
hadis dan sanadnya.
Arahan pelaksanaan membukukan hadis itu dilaksanakan oleh Ibn Syihab AzZuhri maka disebut bahawa beliaulah yang pertama mengumpulkan hadis secara
tersusun. Pada zaman khalifah Abbasiyah muncullah pula golongan ulama seperti Ibn
Juraij (150 H) yang mengumpulkan hadis di Makkah, Abu Ishaq (151 H) dan Imam
Malik (179 H) yang mengumpulkan hadis di Madinah, Ar-Rabi ibn Syabih (160 H) ,
Hammad ibn Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadis di Basrah dan Sufyan AsSauri (116) di Kufah serta Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di Syam dan lainlainnya yang nyatanya kebanyakkan mereka pernah berguru kepada Ibn Hazm dan AzZuhri.
Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadis para ulamak
juga mula meneliti hadis - hadis yang sampai kepada mereka dan perawi-perawi yang
meriwayatkan hadis. Mereka mula meneliti siapakah perawi hadis, keadaan dan sifat
peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadisnya, tarikh lahir dan
kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang diriwayatkan olehnya dan
pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan kebenaran hadis itu dari kepalsuan. (Emran
Ibn Ahmad, 2005). Manhaj Ahlul hadith (salafus soleh) dalam mempraktikkan sunnah
dalam kehidupan memastikan kesahihan riwayat .
Metodologi yang diamalkan oleh salafus solah dalam mengamalkan sunnah ialah
memastikan kesahihan riwayat. Dalam mempraktikkan sunnah kita harus memastikan
20

kesahihan hadis dengan demikian dengan yakin kita dapat mengamalkan sunnah
Rasulullah s.a.w. Ibn Taimiyah berkata:
Tidak boleh kita menyandarkan syariat agama ini pada hadis-hadis yang lemah
(dhaif).
Menyampaikan sunnah dan tidak memperdebatkannya. Memperdebatkan
sunnah hanya akan membawa pada pertikaian yang memberi kesan terhadap sunnah
nabawiyah itu sendiri. Imam Malik berkata:
Perdebatan hanyalah akan membawa pada pertikaian dan menghilangkan cahaya
ilmu dari dalam hati, serta mengeraskan hati dan melahirkan kedengkian. Demikian
pula Imam Ahmad menyatakan:Sampaikanlah sunnah dan jangan kalian
memperdebatkannya.
Istiqamah dalam pegangan walaupun berseorangan. Mujahadah dalam
menegakkan sunnah amat penting dalam kehidupan masyarakat masa kini. Masyarakat
Islam, Melayu khasnya sentiasa cenderung mengikut pendapat turun temurun dari
beritimad dan berpegang dengan sunnah Rasul s.a.w. Umat Islam perlu berpegang
pada sunnah walaupun ianya dipandang serong oleh masyarakat umum.
4.0

Faedah mempelajari ulum Al-Quran dan Ulumul Hadis

4.0.1 Faedah mempelajari Ulumul Quran adalah:


i)

Dapat memahami kalam Allah Aza Wajalla seiring dengan keterangan

yang diambil oleh para sahabat dan para tabiin tentang interprestasi
mereka terhadap Al-Quran
ii)

Mengetahui cara dan gaya yang digunakan oleh para mufassir (ahli

tafsir) dalam menafsirkan Al-Quran dengan disertai penjelasan tentang


tokoh-tokoh ahli tafsir yang ternama serta kelebihan-kelebihannya.
iii)

Mengetahui persyaratan-persyaratan dalam menafsirkan Al-Quran

iv)

Mengetahui ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam menafsirkan Al-

Quran.

21

Hubungan Ulumul Quran dengan tafsir juga dapat dilihat dari beberapa hal
iaitu:
a.

Fungsi Ulumul Quran sebagai alat untuk menafsirkan, iaitu:


1.

Ulumul Quran akan menentukan bagi seseorang yang membuat

syarah atau menafsirkan ayat-ayat Al-Quran secara tepat dapat


dipertanggung jawabkan. Maka bagi mafassir Ulumul Quran secara
mutlak merupakan alat yang harus lebih dahulu dikuasai sebelum
menafsirkan ayat-ayat Al-Quran.
2.

Dengan menguasai Ulumul Quran seseorang dapat membuka

dan menyelami apa yang terkandung dalam Al-Quran.


3.

Ulumul Quran sebagai kunci pembuka dalam menafsirkan ayat

Al-Quran sesuai dengan maksud apa yang terkandung di dalamnya


dan mempunyai kedudukan sebagai ilmu pokok dalam menafsirkan AlQuran.
4.0.2 Faedah mempelajari Ulum Hadis
Ilmu hadis merupakan salah satu ilmu syariat yang wajib dipelajari. Semua
hukum- hukum syarak berpandukan hadis. Sesiapa yang tidak mempelajari ilmu hadis,
dia akan terjerumus dalam kesilapan. Antara kepentingannya:
i)

Bagi ulama-ulama tafsir, mereka mampu mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran

berpandukan hadis. Apa yang jelas daripada Al-Quran, umat Islam wajib beramal
terus tanpa sebarang takwil. Apa yang kurang jelas, para ulama hadis akan
berusaha keras mencari hadis untuk mentafsirkannya.
ii)

Bukti seorang yang fakih (mendalam) ilmu pengetahuan agamanya dalam

22

bidang fikah, ialah orang yang paling banyak menghafaz hadis dan memahami
selok belok ilmu hadis seperti naskah dan mansukh, jarh dan ta'dil, sahih, daif atau
palsu sesebuah hadis.

iii)

Bagi ulama usul pula, mereka mampu mencipta kaedah-kaedah usul bagi

menetapkan sesuatu hukum. Timbullah bermacam kaedah seperti semua benda


yang memabukkan haram, sesuatu yang boleh menyebabkan kebinasaan haram
dan banyak lagi. Kaedah-kaedah inilah yang menjadi asas dalam pelabagai
masalah agama.
iv)

Dengan mengagungkan hadis daif (lemah) atau palsu menyebabkan umat

Islam jauh terpesong dari landasan syarak sebenar. Dengan mempelajari ilmu hadis,
akal yang waras akan menolak sebarang pemalsuan dan fakta daif yang tidak boleh
dijadikan sandaran hukum.
Golongan yang mempelajari ilmu hadis sama sekali tidak akan memperkatakan
tentang hukum-hakam syarak tanpa ilmu pengetahuan yang sahih. Apa yang tidak
sampai kepada mereka, mereka berdiam diri. Mereka sanggup meninggalkan amalan
yang bercanggah dengan hadis sahih setelah menemuinya. Malah, mereka sanggup
membatalkan segala pendapat mereka sama ada ketika hidup atau selepas mati jika
menyanggahi hadis sahih.

23

5.0

Al-Quran Sumber Perundangan Islam


Al-Quran merupakan sumber utama hukum-hukum Ilahi. Al-Quran

lebih diutamakan daripada sumber-sumber lain yang dirujuk guna untuk


mendapatkan berbagai hukum (ahkam) syariah. Al-Quran telah dan akan
tetap selain merupakan sumber komprehensif

hukum-hukum Ilahi juga

menjadi kriteria untuk menilai berbagai hadis.


Atas dasar inilah, sejak zaman nabi Muhammad s.a.w hingga saat ini
dan untuk selamanya, Al-Quran telah menjadi sumber rujukan utama bagi
para fuqaha Islam.

5.0.1 Definisi Al-Quran Dan Perundangan Islam


24

i)

Definisi Al-Quran
Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w

melalui perantaraan Jibrail a.s di dalam bahasa Arab bermula dari


Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas ditulis dalam mushaf yang
periwayatan

secara

mutawwatir

dan

menjadi

ibadah

apabila

membacanya.
ii)

Definisi Perundangan Islam


Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada

manusia yang merangkumi aspek akidah, ibadah (solat, zakat, puasa,


haji dan ekonomi), syariah, politik, sosial, makanan dan minuman serta
akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagiaan di dunia
dan di akhirat.
Dalil Penjelasan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Perundangan Islam
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu

kepada

Rasulullah

dan

kepada

"Ulil-Amri"

(orang-orang

yang

berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah


(berselisihan)

dalam

sesuatu

perkara,

maka

hendaklah

kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya


jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah An-Nisa,4: 59)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku
tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali
akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah
dan sunnah Rasulullah s.a.w. (Imam Malik)

25

5.0.2 Asas Perundangan Islam Menurut Al-Quran


i)

Hukum Iktikad iaitu hukum-hukum yang berhubungan dengan akidah

dan keimanan.
ii)

Hukum Akhlak iaitu hukum-hukum yang berhubungan dengan perilaku

seorang mukallaf untuk menghiaskan dirinya dengan sifat-sifat terpuji dan


menjauhkan diri dari segala sifat tercela yang menyebabkan kehinaan.
iii)

Hukum Amali yakni segala peraturan hukum yang berkaitan dengan

segala perbuatan, perjanjian dan muamalah sesama manusia. Aspek hukum


inilah yang lazimnya disebut dengan fiqh Al-Quran dan itulah yang
dikembangkan oleh ilmu usul fiqh.
iv)

Hukum pertama yang menjadi dasar kepada agama, manakala hukum

kedua menjadi penyempurna bahagian yang pertama dan hukum amali yang
juga disebut syariat adalah bahagian hukum-hukum yang diperbincangkan
dan mencakupi persoalan fekah.
5.0.3 Sifat-Sifat Al-Quran Sebagai Sumber Perundangan Islam
i)

Al-Quran tidak memberatkan

Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu


menanggung kesusahan (Surah Al-Baqarah, 2: 185)
ii)
agar

Al-Quran turun secara berperingkat-peringkat dalam perlaksanaannya


lebih

mudah

difahami

dan

dilaksanakan.

Turunnya

Al-Quran

berdasarkan suatu kejadian tertentu akan lebih berkesan dan mempengaruhi


jiwa dan hati manusia.
Peringkat Pengharaman Arak Dan Hikmahnya
i)

Ayat Al-Quran pertama diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam

ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh
diminum ketika itu.
26

Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya
minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya. (Surah An-Nahl:
67)
ii)

Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak.

Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada


manfaatnya.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi .
Katakanlah: "pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa
manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfa'atnya " (Surah Al-Baqarah: 219)
iii)

Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak

tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam
sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca Surah Al-Kafirun
ayat 6.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa yang kamu katakan (Surah An-Nisa: 43)
iv)

Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur

fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.


Ayat ini adalah dalil yang putus mengenai pengharaman meminum arak.
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maidah: 90)

27

5.0.4 Kepentingan Perlaksanaan Perundangan Islam Bersumberkan


Wahyu
i)

Untuk usaha menjaga agama, Islam mengharamkan riddah (murtad)

dan mewajibkan hukuman mati ke atas sesiapa yang murtad di samping


memberi kebebasan beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan di
dalam beragama.
ii)

Untuk menjaga nyawa, Islam telah mengharamkan pembunuhan serta

menetapkan hukuman qisas ataupun diyat atau Irsy terhadap sesiapa yang
melakukan kesalahan bunuh dan yang berkaitan dengannya.
iii)

Untuk menjaga akal, Islam mengharamkan arak serta setiap yang

memabukkan dan telah menetapkan hukuman kepada peminum arak iaitu


dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan.
iv)

Untuk menjaga keturunan pula Islam mengharamkan perbuatan zina.

Sesiapa yang didapati bersalah, Allah SWT telah menetapkan hukuman


rejam sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan
kepada mereka yang masih bujang.
v)

Untuk menjaga maruah, Islam mengharamkan qazaf (menuduh tanpa

bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf iaitu sebatan sebanyak 80 kali.


vi)

Untuk

menjaga harta,

kegiatan sariqah (pencurian)


dipotong

tangannya

Islam

serta

sebagai

telah

hirabah (rompakan).

hukuman.

Manakala

mengharamkan
Kepada

pencuri

hukuman

kepada

perompak pula hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang


(tangan

kanan

kaki

kiri).

Sekiranya

rompakan

itu

disertai

dengan

pembunuhan, maka hukuman mati hendaklah dijatuhkan terhadap pesalah


oleh mahkamah.
5.0.5 Hikmah Hukuman Zina Menurut Saintifik
i)

Bagi penzina yang belum berkahwin mereka mempunyai antibodi

limfosit T4 yang kuat dan masih bertenaga.


28

ii)

Sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaannya,

limfosit T4nya akan diserang oleh HIV yang akan menyebabkan sel-sel
tersebut musnah.
iii)

Berdasarkan kajian, perkara ini boleh disembuh melalui penderaan

pada badannya bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru.


iv)

Jika penghidap AIDS sudah berkahwin apabila dihinggapi HIV, sel-sel T4

mereka telah lemah berbanding mereka yang belum berkahwin.


v)

Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami

sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak


ditumpukan ke arah menghasilkan sperma-sperma yang baru.
vi)
rejam

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV dan
sehingga

mati

adalah

merupakan

penyelesaian

terbaik

bagi

mengelakkan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang


menyebabkan orang takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

vii)

Dalil Al-Quran mengenai hukuman kepada penzina:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah
dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah
An-Nur: 2)
6.0

Al-Hadis Sebagai Sumber Perundangan Islam

29

Hadis merupakan sumber perundangan yang kedua selepas Al-Quran. Ia


merupakan amali apa yang telah di jelaskan di dalam Al-Quran. Kadangkala ia
mentafsirkan ayat, menjelaskan kekeliruan, memperincikan hukum hakam yang tidak di
jelaskan di dalam mana-mana ruangan kecuali hadith. Inilah yang kita nyatakan
seseorang yang mendakwa beliau hanya cukup beriman dengan Al-Quran adalah
sesat. Ini kerana beliau meninggalkan sumber perundangan Islam yang kedua iaitu
hadis.
Peranan hadis terhadap Al-Quran boleh kita simpulkan secara ringkas seperti berikut ;
1.

Menjadi Penguat Hujah Perkara Yang Telah Di Jelaskan Di Dalam Al Quran

Ini seperti yang kita maklum bahawa beberapa perkara yang dijelaskan oleh Al-Quran
seperti solat, zakat, puasa dan haji.
Contoh hadis :

Islam itu di bina atas 5 dasar utama iaitu shahadah, mendirikan solat, menunaikan
zakat, haji dan puasa ramadhan [Riwayat Al Bukhari]

Hadis di atas penguat ayat Al-Quran iaitu :



Dirikanlah solat dan tunaikan zakat [Surah Al Baqarah ayat 83]
2.

Menjelaskan Dengan Terperinci Perkara Yang Terdapat Di Dalam Al-Quran

Peranan kedua ini di bahagikan kepada beberapa perkara :

30

a)

Menjelaskan perkara yang umum. Contohnya ialah Allah menyuruh

hambaNya bersolat. Di dalam Al-Quran tanpa di terangkan waktu solat, rukunrukun, rakaat dan sebagainya.
Maka hadis menerangkan dengan terperinci cara perlakuan solat, rukun, hukum
hakam dan sebagainya. Antaranya hadis yang menerangkan cara bersolat
seperti hadis :

solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku bersolat [Riwayat Al Bukhari]


Begitulah jua di dalam tajuk zakat, haji, pernikahan, muamalat, jenayah dan
sebagainya yang umum di dalam Al-Quran dan di jelaskan di dalam hadis.
b)

Menyelesaikan permasalahan dan kekeliruan

Di dalam ayat Al-Quran ada ayat seperti :



Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan
dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah Al An'am
ayat 82]
Maka, para sahabat mula bersusah hati dengan mengatakan manakah dari
kalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman. Maka jawab Rasulullah
Bukannya begitu, tidakkah kamu mendengar nasihat Luqman iaitu:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar.[Luqman ayat 13]

31

Maka fahamlah para sahabat bahawa kezaliman yang di maksudkan di dalam


ayat tersebut bukan umum perkataan zalim malah membawa maksud yang dijelaskan
oleh Rasulullah sebagai melakukan syirik kepada Allah taala.
Dua jenis di atas adalah menunjukkan hadis itu penguat dan penjelas kepada Al-Quran
tanpa khilaf oleh mana-mana ulama.

3.

Perkara tambahan di dalam Al-Quran


Ada sebahagian perkara yang tidak di bincangkan di dalam Al-Quran, ada yang

di haramkan oleh Al-Quran yang tidak di jelaskan dengan perinci akan keharamannya.
Antaranya pengharaman berkahwin dengan mengumpulkan dalam satu masa
perempuan bersama dan makciknya sebelah lelaki dan perempuan bersama makcik
sebelah perempuan, pengharaman memakan binatang yang mempunyai taring dan
sebagainya lagi. Perkara tersebut dijelaskan di dalam hadis. Maka, kita sebagai
seorang muslim hendaklah taat kepada seruan Rasulullah kerana ia berkaitan dengan
ketaatan kepada Allah jua seperti Firman Allah :
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang
memelihara mereka dari melakukan kesalahan). [Surah AnNisa ayat 80]

7.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulan dengan ini, jelaslah kepada kita peranan hadis terhadap AlQuran. Logiknya, tidak mungkin kita mampu memahami Al-Quran jika kita tinggalkan
hadis. Mana-mana seruan yang membawa fahaman Al-Quran (seperti golongan
Quraniyyun) tanpa menggunakan hadis ternyata adalah seruan yang batil dan inilah
yang menyebabkan pemahaman terdapat perkara-perkara islam tidak dapat di fahami
dengan baik dan tersasar dari jalan yang benar.
32

Sesungguhnya ilmu sunnah yang berkembang melalui perkembangan zaman


dan diwarisi oleh ulama sebelumnya kepada ulama selepasnya menjaga keaslian
sunnah Rasulullah dengan berpandukan kepada ilmu isnad dan riwayat yang dikenali
sebagai ilmu rijal atau jarh wal tadil yang semua ini dikumpulkan dalam ilmu yang
disebut mustalahah hadis.
Demikianlah sehingga terputusnya mata rantai ilmu ini pada zaman mutakhir ini
apabila para ulama sudah tidak mengenal lagi riwayat yang sahih dan dhaif dan
mencampur adukkan di antara hadis yang sahih dan tidak sahih dalam penulisanpenulisan mereka lalu membuat istinbat hukum dan lahirlah fiqih yang pelbagai didasari
taasub pada mazhab dengan meninggalkan hadis dan sunnah yang sahih dan
berpegang kepada hadis dhaif, maudhu dan mungkar.
Sesungguhnya sunnah itu terpelihara sehingga ke hari ini dalam kitab-kitab dan
tulisan ulama terdahulu salaf soleh yang sampai kepada kita melalui jalan riwayat dan
dipelihara di dalam naskah-naskah maktutokh (tulisan tangan) mereka dan disimpan di
muzium-muzium dan perpustakaan seluruh dunia. Sebagai panduan dan nasihat
bersama kepada golongan cerdik pandai Islam hari ini yang merangkul Phd, Ma dalam
ilmu sunnah dan hadis, mereka perlulah mengenepikan kedudukan dan pangkat taraf
yang mereka miliki sebaliknya perlulah menyibukkan diri dalam debu kitab dan
menyemak buku-buku lama tulisan ulama salaf soleh mencari rangkaian sanad dan
isnad riwayat yang terputus dan menyusun kembali penulisan para ulamak terdahulu
dalam susunan terkini dan mengumpulkan kembali hadis-hadis sahih yang semakin
lama semakin menghilang dan memadamkan hadis dhaif dan palsu yang bercambah
dalam masyarakat.

33

Anda mungkin juga menyukai