Anda di halaman 1dari 20

Isu-Isu Kontemporari Islam

Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)


Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

ANAK TAK SAH TARAF: REALITI DAN CABARAN


SEMASA DARI PERSPEKTIF ISLAM

1. PENDAHULUAN

Anak adalah anugerah terindah serta amanah yang Allah berikan kepada setiap ibu bapa
dan sebagai penyejuk mata dalam kehidupan mereka. Mereka juga adalah generasi pelapis yang
akan mewarisi bentuk dan rupa orang tuanya serta kelebihan dan keistimewannya. Mereka juga
diumpamakan seperti secebis hati dan sepotong dari jiwa orang tuanya.1 Begitu pentingnya
kewujudan anak dalam kehidupan manusia. Justeru, Allah mengharamkan perbuatan zina serta
mensyariatkan perkahwinan. Pensyariatan perkahwinan mempunyai beberapa tujuan antaranya
untuk berketurunan (mempunyai anak), memelihara nasab, menghindar diri dari penyakit dan
membina keluarga sakinah.2

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada 25 Julai 2017 berkata ketua
pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
dalam menentukan nama bapa seseorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf. Mahkamah itu
berkata bidang kuasa ketua pengarah berkenaan adalah bersifat sivil dan hanya terhad dalam
menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu telah memenuhi syarat yang terkandung dalam
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang meliputi semua kanak-kanak tidak sah
taraf melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Pada 27 Julai 2017 yang lalu, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Jabatan
Pendaftaran Negara boleh membenarkan permohonan anak tidak sah taraf untuk dibinkan atau
dibintikan bapa biologinya. Rayuan yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang
dilahirkan selepas 5 bulan 24 hari atau 27 hari mengikut calendar qamariah selepas ibu bapanya
bernikah.

Mahkamah itu memutuskan bahawa fatwa bukan perkara yang wajib diterima oleh
undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh ketua pengarah JPN dalam
menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 12A (2).
Keputusan yang dikeluarkan itu agak mengejutkan banyak pihak dan fatwa yang dikeluarkan
oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, tidak mempunyai kuasa undang-undang.

1
Dr Yusuf al-Qaradhawi (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Beirut: Al-Maktab al-Islami.
2
Dr Wahbah al-Zuhaili (1985). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.

63
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Melihat kepada isu berkaitan anak tidak sah taraf yang semakin menjadi polemik
mutakhir ini, permasalahan ini perlu dikaji kembali secara akademik. Oleh itu, penulisan ini akan
menekuni isu tersebut dengan lebih jelas dan mendalam bagi menghuraikan kecelaruan yang
berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Bagaimana sebenarnya kedudukan nasab seorang anak
yang lahir hasil dari hubungan perzinaan. Tulisan ini diharapkan dapat memberi penjelasan yang
dapat dipertanggungjawabkan tentang bagaimana sebenarnya kedudukan nasab seorang anak
yang tidak sah taraf dan menggesa umat Islam agar bersatu bagi menghadapi mana-mana pihak
yang cuba mencabar Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia.

2. DEFINISI NASAB

Persoalan nasab dan keturunan adalah persoalan yang sangat penting dalam Islam. Begitu
pentingnya persoalan ini sehingga ia termasuk dalam salah satu dari adh-Dharuriyat khamsah
(lima keperluan pokok) iaitu hifz an-nasl (menjaga keturunan).3

Dari segi bahasa, nasab berasal dari kata ‫نسب – ينسب‬, yang bermaksud qarabah. Jika
disebut ‫ ينسبه‬adalah menisbahkan seseorang kepada bapanya.4 Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, nasab bermaksud keturunan, terutamanya dari sebelah bapa atau pertalian keluarga.5
Selain itu, kata nasab diulang sebanyak tiga kali dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Furqan ayat
54, surah as-Saffat ayat 158 dan surah al-Mukminun ayat 101. Allah SWT berfirman:

َ ‫ون ل ِلۡ َعٰلَم‬


ً ‫ني نَ ِذ‬ َ ُ َ َ َٰ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ ‫َ َ َ َ ذ َ ذ‬
﴾ ‫يرا‬ ِ ‫لَع ع ۡب ِده ِۦ ِِلك‬ ‫﴿تبارك ٱَّلِي نزل ٱلفرقان‬
Maksudnya: “Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya
(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu
berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).” (Surah al-Furqan, 25:54)

Dalam ayat di atas menjelaskan bahawa nasab merupakan suatu nikmat yang berasal dari
Allah. Hal ini dapat difahami dari lafaz ‘‫صهۡ ٗرا‬ َ ‫ ’فَ َجعَلَ ۥه ُ َن‬yang bermaksud ‘dan dia jadikan
ِ ‫سبٗ ا َو‬
manusia itu keturunan dan kemertuaan,’ iaitu dalam permulaan urusannya, dilahirkan seorang
anak dari keturunannya, kemudian ia berkahwin lalu menjadi keluarga, sehingga ia menjadi
keluarga, dua orang saudari dan para kerabat.6

Ketika menafsirkan ayat ini, Wahbah al-Zuhaili memberikan penjelasan mengenai nasab
sebagai berikut: Jika nasab tidak ditetapkan sesuai dengan prosedur syara’, maka bagaimana
mungkin shahr (hubungan kekerabatan boleh terjadi disebabkan perkahwinan) ditetapkan

3
Asy-Syatibi (2003). Al-Muwafaqat fi Ushuliy Syar’iah. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyah.
4
Ibnu Manzur (2000). Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Sadr.
5
Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6
Ibnu Kathir (1994). Lubaabut Tafsir Min Ibni Kathir. Kaherah: Muassasah Dar al-Hilal.

64
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

dengan syara’. Menurut pendapat ulama’ jumhur, jika nasab tidak ditetapkan dengan syara’
maka musyaharah tidak ditetapkan dengan syara’, maka tidak mengharamkan zina anak
perempuan ibu dan tidak ibu anak perempuan dan juga tidak anak dari perempuan yang dizinai,
apa yang diharamkan dari yang halal tidak diharamkan dari yang haram. Ini adalah kerana Allah
telah menganugerahkan nasab dan sihr atas hambaNya dan Allah mengangkat darjat keduanya.
Dan Allah menggantungkan hukum-hukum yang halal dan yang haram atas keduanya, maka
tidak boleh menghubungkan yang batal dengan keduanya dan tidak boleh pula menyamakannya
dengan yang batal. Hanafiyah berpendapat haram menikahi anak perempuan hasil zina atau anak
perempuan dari anak zina kerana disebabkan terlahirnya dari air mani lelaki yang menzinainya.7

Allah SWT berfirman,

َ ُ َ ۡ َُ ۡ ُ‫ۡ ذُ ذ‬ َ َ ۡ َََ ٗ ََ ‫َ َ َ ُ ْ ََُۡ َََۡ ۡ ذ‬


﴾‫ٱۡلنة إِنهم لمحَضون‬ِ ‫ت‬
ِ ‫ٱۡلنةِ نسبا ۚ ولقد علِم‬
ِ ‫﴿وجعلوا بينهۥ وبني‬
Maksudnya: “Dan mereka mengadakan (hubungan) nasab (keluarga) antara Dia (Allah) dan
jin. Dan sesungguhnya jin telah mengetahui bahawa mereka pasti akan diseret (ke neraka).”
(Surah as-Saffat, 37:158)

َ َُٓ َ ََ ََ ََۡ ۡ ََُۡ َ َ َ ٓ ََ ُّ ‫﴿فَإ َذا نُف َخ ِف‬


﴾ ‫ٱلصورِ فَل أنساب بينهم يومئ ِ ٖذ وَل يتساءلون‬ ِ ِ ِ
Maksudnya: “Kemudian, apabila ditiup sangka kala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat
pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.” (Surah
al-Mukminun, 23:101)

Ketiga-tiga ayat di atas memperlihatkan dengan jelas bahawa nasab mempunyai makna
yang sangat penting. Lafaz nasab dalam ketiga-tiga ayat tersebut menunjukkan makna yang
sama iaitu adanya sebuah hubungan antara satu dengan yang lain walaupun dalam konteks yang
berbeza. Namun, hanya pada ayat 54 surah al-Furqan sahaja yang membawa erti hubungan yang
ada di antara kerabat.

Selain itu, dalam Ensiklopedia Islam menyebutkan bahawa nasab adalah pertalian
kekeluargaan berdasarkan hubungan darah melalui akad perkahwinan yang sah.8

Menurut Imam Raghib al-Asfahani, beliau mendefinisikan nasab dan nisbah sebagai
persekutuan pada salah seorang ibu atau bapa, sama ada hubungan menegak seperti nasab antara
bapa dan anak-anak; atau hubungan melintang seperti nasab antara saudara-mara dan bapa-bapa
saudara.9

7 Wahbah al-Zuhaili (2011). Tafsîr al-Munîr fi al-‘Aqidah wa Syari’ah wa al-Manhaj. Beirut: Dar al- Fikr.
8
Ensiklopedia Islam.
9
Al-Raghib al-Asfahani. Al-Mufradat fi Gharib al-Quran. Riyadh: Maktabah Nizar Mustafa al-Baz.

65
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Menurut Syeikh Ahmad al-Maraghi pula, beliau menjelaskan bahawa hubungan nasab
dinisbahkan melalui para lelaki manakala hubungan persemendaan bagi kaum wanita, maka
terhasillah hubungan kekeluargaan.10

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu berkata: “Nasab


merupakan penyandar yang paling kukuh yang berdirinya sebuah keluarga. Ia mengikat unit-unit
keluarga dengan ikatan atas asas kesatuan darah, dan juz’i pada bahagiannya. Ini kerana anak
sejuzuk daripada bapanya dan bapa adalah sejuzuk daripada anaknya. Ia merupakan nikmat yang
agung, kurniaan Allah kepada manusia. Oleh itu, memelihara nasab adalah salah satu daripada
maqasid syariah yang lima.”11 Imam al-Ghazali dan Imam al-Syatibi juga telah meletakkan
nasab sebagai salah satu adh-dharuriyat khamsah (lima keperluan pokok) iaitu hifz al-nasab
(menjaga nasab), yang juga berkait dengan hifz an-nasl (menjaga keturunan) dan hifz al-‘arad
(menjaga maruah).12

3. DASAR-DASAR NASAB MENURUT FIQH

Dalam menentukan nasab seseorang anak, ulama’ bersepakat bahawa nasab seseorang
kepada ibunya terjadi disebabkan kehamilan dan berlakunya persetubuhan dengan seorang
lelaki, sama ada hubungan itu dilakukan berdasarkan perkahwinan atau perzinaan.
Walaubagaimanapun, terdapat khilaf dalam kalangan ulama’ mengenai dasar-dasar penetapan
nasab dari seorang anak kepada bapanya. Nasab seorang anak kepada bapanya boleh terjadi
melalui beberapa sebab iaitu melalui perkahwinan yang sah, nasab yang ditetapkan melalui
pernikahan fasid, nasab yang disebabkan persetubuhan syubhah dan nasab yang disebabkan
persetubuhan dengan hamba perempuan.

3.1 Melalui Perkahwinan yang Sah

Pernikahan yang sah menurut hukum Islam adalah pernikahan yang dilakukan mengikut
hukum agama dan kepercayaan masing-masing. Oleh itu, bagaimanapun bentuk dan konsep
perkahwinan itu, jika telah memenuhi syarat yang sah dan rukun perkahwinan, maka
perkahwinan itu dianggap sah menurut agama.

Ulama’ bersepakat bahawa penetapan nasab berdasarkan perkahwinan yang sah ialah
apabila anak yang dilahirkan dari seorang wanita dalam satu perkahwinan yang sah dapat
dinasabkan kepada suami wanita tersebut. Hal ini selari dengan sabda Rasulullah SAW dalam
sebuah hadith:

10
Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi (1946). Tafsir al-Maraghi. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi.
11
Dr Wahbah al-Zuhaili (1985). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.
12
Asy-Syatibi (2003). Al-Muwafaqat fi Ushuliy Syar’iah. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyah.

66
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

‫عن أيب هريرة أن رسول هللا صلي هللا عليه وسلم قال الولد للفراش وللعاهر احلجر‬
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Anak itu bagi yang
memiliki tempat tidur (bagi yang meniduri isteri) dan bagi penzina hanya berhak mendapatkan
batu hukuman.”
(HR Muslim)

Ulama’ fiqh bersepakat bahawa akad perkahwinan yang sah merupakan sebab dalam
ketetapan nasab seorang anak.13 Oleh yang demikian, anak-anak yang lahir wanita itu dalam
hubungan perkahwinan yang sah adalah benar-benar anak suami wanita tersebut tanpa
memerlukan adanya tuntutan ibu agar suami mengakui anak yang dilahirkannya adalah anaknya.
Penetapan hubungan kekerabatan tersebut yang dapat dijadikan dugaannya adalah akad nikah
yang sah. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa hubungan kekerabatan yang diakui antara seorang
anak dengan seorang lelaki sebagai bapanya ialah apabila anak tersebut lahir dari hasil
perkahwinan berdasarkan beberapa syarat lain, iaitu:

i. Menurut ulama’ mazhab Hanafi, anak itu dilahirkan enam bulan selepas perkahwinan.
Jumhur ulama’ menambah syarat suami isteri itu telah melakukan persetubuhan. Jika
kelahiran itu kurang dari enam bulan, maka anak tersebut tidak dapat dinasabkan kepada
suami wanita tersebut. Tempoh enam bulan ini berdasarkan persepakatan ulama’ bahawa
tempoh minima kehamilan adalah enam bulan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah al-Ahqaf ayat 15:

ۡ َ َ ۖ‫ۡ َ ٰ ًاۖ َ َ َ ۡ ُ ُ ُّ ُ ُ ۡ ٗ َ َ َ َ ۡ ُ ُ ۡ ٗ ا‬
ُ‫َحلُهۥ‬ ۡ َ ٰ َ َ ٰ َ ۡ َۡ ‫َ َ ذ‬
‫ٱۡلنسن بِو ِِليهِ إِحسن َحلته أمهۥ كرها ووضعته كره و‬ ِ ‫﴿ووصينا‬
َ َ ََُ ُ َ
﴾ ۚ‫َوف ِصٰل ُهۥ ثلٰثون ش ۡه ًرا‬
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)
Allah SWT berfirman dalam surah Luqman ayat 14:

ُ ۡ َ َۡ َ
ۡ‫كر‬ ُ ُ ٰ َ َ ۡ َ ٰ َ َ ً ۡ َ ُ ُّ ُ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ ٰ َ ۡ َ ۡ ‫َ َ ذ‬
ِ ‫ٱۡلنسن بِو ٰ ِِليهِ َحلته أمهۥ وهنا لَع وه ٖن وف ِصلهۥ ِِف َعم‬
‫ني أ ِن ٱش‬ ِ ‫﴿ووصينا‬
ُ ‫ك إ َ ذِل ٱل ۡ َم ِص‬
َ َۡ َ َ
﴾ ‫ري‬ ِ ‫ِِل ول ِو ٰ ِِلي‬

13 Ahmad Farraj Husain (1998) Ahkâm al-Usrah fi al-Islâm. Beirut: Dar al-Jami’iyyah.

67
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusu), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).”
(Surah Luqman 31:14)

Dalam surah al-Ahqaf ayat tersebut menjelaskan bahawa masa kehamilan dan menyusu
adalah 30 bulan manakala dalam surah Luqman menjelaskan bahawa tempoh menyusu
adalah selama dua tahun atau 24 bulan. Oleh itu, dapat difahami bahawa tempoh masa
minima kehamilan adalah selama enam bulan.14

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, pernah berlaku satu peristiwa
dimana ada seorang wanita setelah enam bulan bernikah, dia melahirkan. Suami wanita
tersebut berasa curiga lalu melaporkan hal tersebut kepada Khalifah Uthman. Oleh yang
demikian, Khalifah Uthman memutuskan untuk merejam wanita tersebut kerana
menduga bahawa wanita itu telah melakukan penzinaan dengan lelaki lain. Kemudian,
masalah tersebut telah diketahui oleh Ibnu Abbas, kemudian dia berkata “Sesungguhnya
jika wanita ini membela dirinya dengan menggunakan kitab Allah (al-Quran), nescaya
kalian akan dikalahkan”. Kemudian Ibnu Abbas menyampaikan ayat tersebut dengan
menyimpulkan bahawa tempoh minima kehamilan bagi seseorang wanita adalah enam
bulan.15

ii. Lelaki yang menjadi suami wanita tersebut haruslah seorang yang boleh memberikan
keturunan iaitu lelaki yang sudah baligh. Oleh itu, anak yang dilahirkan oleh seorang
wanita bersama suami yang masih kecil, yang menurut kebiasaan belum mampu
berketurunan atau yang tidak boleh melakukan persetubuhan tidak boleh dinasabkan
kepada suaminya, walaupun anak itu lahir setelah enam bulan perkahwinan.

iii. Suami isteri pernah berjumpa sekurang-kurangnya sekali selepas akad nikah.

3.2 Nasab yang Ditetapkan Melalui Pernikahan Fasid

Pernikahan fasid ialah pernikahan yang dilangsungkan dalam keadaan cacat syarat
sahnya. Penetapan nasab dalam pernikahan yang fasid sama seperti pernikahan yang sah.
Pernikahan fasid seperti tidak ada wali dalam pernikahan sebagaimana pendapat mazhab Hanafi
yang mana wali tidak termasuk dalam syarat sahnya sesuatu perkahwinan dan tidak ada saksi

14
Chuzaimah T. Yanggo (1994). Problematika Hukum Islam Kontemporer I. Jakarta: Pustaka Firdaus.
15
Al-Kasani, Abu Bakr (2010). Bada’i al-Sana’I fi Tartib al-Syara’i. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

68
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

atau saksi tersebut adalah saksi palsu. Dinyatakan oleh Abdurrahman al-Jaziri dalam kitabnya
Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, nikah fasid adalah nikah yang tidak memenuhi salah satu
dari syarat-syaratnya sedang nikah batil adalah apabila tidak memenuhi rukunnya, hukum nikah
fasid dan batil adalah sama iaitu tidak sah.16

Pernikahan fasid menurut ulama’ Mazhab Hanafi ada enam iaitu: (1) nikah tanpa saksi;
(2) nikah mut’ah; (3) nikah dengan cara mengumpulkan lima wanita sekaligus; (4) nikah dengan
mengumpulkan seorang wanita dengan ibu saudaranya atau seorang perempuan dengan adik
beradik kandungnya; (5) nikah dengan wanita yang telah mempunyai suami; (6) nikah dengan
seorang mahram.17

Manakala menurut ulama’ Mazhab Maliki nikah fasid adalah seperti berikut: (1) bernikah
dengan mahram; (2) nikah dengan cara mengumpulkan dua wanita yang bersaudara; (3) nikah
dengan isteri sebagai isteri kelima, sedangkan isteri yang lain masih dalam akad; (4) nikah
mut’ah; (5) nikah dengan wanita yang masih dalam idah.18

Selain itu, nikah fasid menurut Imam Syafi’e adalah, (1) nikah shigar (wali menikahkan
anak/saudaranya tanpa mahar); (2) nikah mut’ah; (3) nikah sewaktu dalam ihram; (4) poliandri
(perkawinan yang membolehkan seorang wanita mempunyai suami lebih dari satu orang dalam
waktu yang sama); (5) nikah dengan wanita yang masih dalam masa idah atau itibra’; (5) nikah
dengan wanita yang sedang hamil; (6) nikah dengan wanita non-Muslim yang bukan ahli kitab;
(7) menikah dengan wanita yang selalu berpindah-pindah agama; (7) menikahkan dengan lelaki
kafir atau menikah dengan wanita murtad.19

Dalam Mazhab Hanbali pula nikah fasid ialah, (1) nikah shigar; (2) nikah muhallil, (4)
nikah mut’ah (5) nikah mu’aqqat (iaitu nikah yang dihubungkan dengan suatu syarat).20

Walaupun status nikah fasid jelas tidak sama seperi pernikahan yang dilaksanakan secara
sah, namun dalam hal yang berkaitan dengan nasab, ulama’ fiqh bersepakat bahawa penetapan
nasab anak yang dilahirkan dalam pernikahan fasid sama dengan penetapan nasab anak dalam
pernikahan yang sah berdasarkan tiga syarat yang dikemukakan:21

i. Seorang suami berkemampuan untuk menjadikan isterinya hamil, iaitu seorang lelaki
yang baligh dan tidak menghidapi sebarang penyakit yang boleh menyebabkan isteri
tidak boleh hamil.

16
Abdurrahman al-Jaziri (2003). Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
17
Andi Syamsu Alam & M. Fauzan. Hukum Pengangkatan Anak Perspektif Hukum Islam.
18
ibid
19
ibid
20
ibid
21
Nurul Irfan (2012). Nasab dan Status Anak Dalam Hukum Islam. Jakarta: Amzah.

69
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

ii. Boleh melakukan hubungan persetubuhan.

iii. Anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih setelah terjadinya akad fasid
dan sejak berlakunya hubungan persetubuhan. Jika anak tersebut lahir sebelum tempoh
enam bulan selepas akad nikah atau persetubuhan, maka anak tersebut tidak boleh
dinasabkan kepada suami wanita tersebut.

3.3 Nasab yang Disebabkan Persetubuhan Syubhah

Al-syubhah bermaksud kemiripan, keserupaan, persamaan, dan ketidak jelasan. Dalam


kaitannya dengan kajian hukum, istilah syubhah dapat diinterpretasikan sebagai situasi yang
mana adanya ketidak jelasan dalam sebuah peristiwa hukum. Hal ini adalah kerana ketentuan
hukumnya tidak dapat diketahui secara pasti, adakah berada dalam wilayah halal atau haram.
Persetubuhan syubhah bermaksud terjadinya hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita
yang dalam keyakinannya adalah merupakan isterinya. Nasab disini diakui bukan disebabkan
oleh pernikahan yang sah dan bukan pula kerana adanya persetubuhan selepas akad nikah yang
fasid dan bukan juga dari perbuatan zina, tetapi terjadi kerana tersalah menduga.

Wahbah al- Zuhaili menjelaskan: Persetubuhan syubhah ialah hubungan jenis antara
lelaki dan perempuan (bukan zina), dan bukan dilaksanakan melalui akad perkahwinan yang sah
atau fasid, seperti seorang wanita yang bergegas ke rumah suaminya tanpa memastikan terlebih
dahulu, dan dikatakan bahawa wanita itu adalah isterinya. Kemudian ia menyetubuhinya.
Apabila wanita yang disetubuhi itu melahirkan anak pada waktu setelah enam bulan atau lebih
dari waktu persetubuhan, maka nasab anak tersebut ditetapkan kepada orang yang
menyetubuhinya dengan adanya keyakinan bahawa kehamilan itu adalah disebabkan olehnya.

4. KAEDAH MENSABITKAN NASAB

Nasab seorang anak yang dilahirkan dapat ditetapkan kepada bapanya melalui salah satu
dari kaedah berikut. Antaranya mensabitkan nasab melalui perkahwinan (‫)دليل الفراش‬, pengakuan
(ikrar), persaksian, al-Qiyafah, al-Qur’ah (undian) dan juga menetapkan nasab dengan
menggunakan ujian DNA.

4.1 Perkahwinan (‫(دليل الفراش‬

Perkahwinan adalah salah satu dalil yang mensabitkan nasab. Hal ini disepakati oleh
semua fuqaha’ Islam tanpa terdapat khilaf. Tetapi di dalam penentuan nasab dalam erti sebenar
dalil firasy terbahagi kepada 3 pendapat. Pertama, mereka berpendapat bahawa ikatan
perkahwinan sudah cukup untuk mengisbatkan nasab. Ini merupakan pendapat Mazhab Hanafi.
Kedua, mereka berpendapat bahawa perkahwinan semata-mata tidak mengisbatkan nasab dan

70
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

hal ini perlu kepada kemungkinan berlakunya persetubuhan dari aspek zaman dan tempat.
Sekiranya tidak mempunyai kemungkinan bersetubuh maka tidak sabit nasab. Contohnya seperti
seseorang itu berkahwin, kemudian dia menceraikan sebaik sahaja tamat akad nikah, maka nasab
tidak disabitkan ke atasnya. Ini merupakan pendapat majoriti ulama seperti mazhab Maliki,
Syafie, Hanbali dan Hadawiyah. Ketiga, pendapat Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim dan dipilih oleh
As Sana’ni, mereka berpendapat bahawa untuk mensabitkan nasab perlu kepada persetubuhan
hakiki dengan berlaku hikayah atau (‫)التحاكي‬.

Rasulullah SAW bersabda:22

ِ ‫اش ولِْلع‬
‫اه ِر اَ ْحلَ َج ِر‬ ِِ
َ َ ِ ‫اَلْ َولَ ُد ل ْلفَر‬
Maksudnya: “Anak adalah pemilik firasy (tempat tidur), dan bagi penzina adalah batu.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud dari al-firasy (pemilik tempat tidur) adalah suami atau tuan. Apabila seorang
isteri atau hamba perempuan yang digauli tuannya melahirkan anak, maka anak tersebut
dinasabkan kepada suami atau tuannya. Ibnu Daqiq al-Eid RA menyatakan bahawa hadith
tersebut merupakan landasan bahawa nasab anak dihubungkan dengan ayahnya walaupun ianya
tidak menutup kemungkinan jika ia berasal dari hubungan yang haram.23

4.2 Pengakuan (Ikrar)

Pengakuan bermaksud pemberitahuan yang mewajibkan mereka untuk mempercayainya


dan dikenakan ke atas orang yang mengucapnya sahaja atau wakilnya. Pengakuan adalah ibu
bagi segala bukti tetapi ia hanya terbatas kepada pengaku sahaja dan tidak memberi kesan kepada
orang lain. Ulama’ bersepakat menyatakan bahawa pengakuan bukti kepada pensabitan nasab.

Pengakuan seseorang yang mengaku sebagai ayah dari anak yang tidak diketahui
nasabnya perlu berdasarkan lima syarat iaitu:

1. Anak yang diakui tidak diketahui nasabnya.


2. Anak tersebut tidak memiliki hubungan nasab dengan orang lain.
3. Pengakuan tersebut adalah pengakuan yang logik atau masuk akal. Contohnya seperti
adanya kemiripan antara keduanya.

22
Al-Bukhari (1422H). Al-Jami' al-Musnad ash-Shahih min Umuri Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi. Dar
Thauqin Najah., no: 2053, bab: al-Halalu Bayyinun wal Haramu Bayyinun wa Bainahuma Musyabahhat, juz: 3;
Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, al-Jami' ash-Shahih Al-Musama Shahih Muslim. Beirut: Darul Jail dan Darul
Afaq Al-Jadidah, no: 3686, bab: Al-Waladu lil Firasy wa Tawaqisy Syubuhat, juz: 4.
23
Abdullah bin Abdurrahman bin Shalih Alu Bassam (2007). Taisirul 'Allam Syarh 'Umdatil Ahkam. Riyadh:
Darul Mughni.

71
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

4. Yang diakui sebagai anak masih kecil.


5. Orang yang mengaku sebagai ayah mestilah baligh dan berakal.

Jika kelima-lima syarat tersebut dipenuhi, maka anak yang tidak diketahui nasabnya
secara syar’ie dapat dinasabkan kepada orang yang mengaku sebagai ayahnya kerana Allah
untuk memuliakan nasab.24

4.3 Persaksian

Persaksian adalah satu dalil menisbahkan anak kepada seorang lelaki. Pandangan fuqaha
di dalam persaksian antaranya pendapat mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali, mereka
berpendapat bahawa disyaratkan dalam memberi keterangan saksi mempunyai dua orang saksi
lelaki dan penyaksian wanita di dalam pensabitan nasab adalah tidak diterima. Mazhab Hanafi
dan Zaidi berpandangan bahawa penyaksian cukup dengan dua orang lelaki yang adil atau
seorang lelaki dan dua orang wanita. Ibnu Hazm pula berpendapat bahawa penyaksian nasab
sabit dengan dua orang saksi lelaki yang adil atau seorang lelaki dan dua orang wanita yang adil
atau empat orang wanita atau 20 orang wanita beserta perakuan sumpah. Disyaratkan juga di
dalam penyaksian agar tidak bercanggah dengan akal. Sekiranya akal menyanggahi penyaksian
tersebut maka dakwaan tersebut tertolak. Contohnyanya seseorang itu mendakwa seseorang lain
sebagai anaknya dan beza umur mereka kurang daripada 12 tahun.

Perbezaan antara pengakuan dan persaksian adalah dalam persaksian, seseorang yang
mengaku sebagai bapa perlu membawa dua orang saksi. Ibnu Qayyim berkata, “Yang ketiga
adalah kesaksian. Kesaksian dua orang saksi yang bersaksi bahawa fulan adalah anak fulan, atau
fulan lahir di firasy fulan. Jika terdapat dua orang saksi, maka anak yang diakui nasabnya tidak
dapat menolak kerana bukti yang kukuh. Nasabnya akan dinisbahkan kepada orang mengaku
sebagai bapanya. Tidak ada perselisihan dalam masalah ini.”25

4.4 Al-Qiyafah

Al-Qiyafah adalah menentukan hubungan nasab dengan melihat hubungan keserupaan di


antara dua orang ketika tidak ditemukan qarinah (alat bukti) lain untuk menentukan nasab. Ini
adalah kerana berkemungkinan besar anak tersebut serupa dengan bapanya. Al-Qiyafah
diumpamakan seperti qiyas dalam bidang ilmu. Al-Qiyafah juga bermaksud keadilan kerana
landasan syariah adalah keadilan.26

24
Bandar bin Fahd as-Suwailim, al-Bashmah al-Waratsiyah wa Atsaruha fin Nasab.
25
Bandar bin Fahd as-Suwailim, al-Bashmah al-Waratsiyah wa Atsaruha fin Nasab.
26
Taqiyudin Ahmad bin Taimiyah al-Harani (2005). Majmu'ah al-Fatawa. Mansurah: Dar al-Wafa.

72
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

4.5 Al-Qur’ah (Undian)

Seorang anak tidak boleh memiliki lebih dari satu nasab. Al-Qur’ah (undian) adalah cara
terakhir untuk menentukan nasab apabila tiada bukti dan keterangan yang pasti mengenai nasab
anak. Cara ini hanya digunakan oleh mazhab az-Zahiriyah. Mereka menggunakan cara berikut
sebagai landasan mereka.

Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa ketika Ali bin Zaid bin Arqam meriwayatkan
bahawa ketika Ali di Yaman, didatangkan kepada beliau seorang perempuan yang digauli oleh
tiga orang pada satu masa suci. Ali bertanya kepada dua di antaranya, “Apakah kalian mengakui
anak ini sebagai anak kalian?” Kedua-duanya tidak mengakuinya. Kemudian keduanya ditanya
lagi, “Apakah kalian mengakui anak ini sebagai anak kalian?” Keduanya tidak mengakui.
Kemudian kedua-duanya ditanya lagi sehingga Ali risau. Akhirnya Ali mengundi ketiga-tiganya
dan anak akan dinasabkan pada nama yang akan keluar dari undian tersebut. Orang yang menang
pada undian tersebut harus membayar 2/3 diyat.27

4.6 Menetapkan Nasab Menggunakan Ujian DNA

Menurut ulama’ kontemporari, ujian DNA sama dengan al-Qiyafah.28 Dalam seminar Al-
Munazhaman al-Islamiyah lil Ulum at-Tibibiyah disebutkan bahawa ujian DNA hampir tidak
pernah salah dalam menentukan nasab biologi seseorang atau menetapkan penjenayah yang
melakukan jenayah. Berdasarkan kepada ketepatannya, menurut kebanyakan fuqaha’ ujian DNA
dapat menjadi qarinah yang kuat untuk menentukan pelaku jenayah yang tidak ada hadnya.
Ujian DNA dapat dikategorikan sebagai pengembangan dari al-Qiyafah yang menurut jumhur
ulama’ dapat digunakan untuk menentukan nasab yang masih diperselisihkan. Berdasarkan
keterangan yang ada, diputuskan bahawa ujian DNA dapat digunakan untuk menghukumi segala
sesuatu yang dapat dihukumi dengan al-Qiyafah.29

Fatwa al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami di bawah naungan Rabitah al-‘Alam al-Islami pada
muktamar ke-16 yang bertempat di Makkah memutuskan fatwa mengenai ujian DNA iaitu:

1. Ujian DNA boleh digunakan untuk menentukan pelaku jenayah. Penggunaan ujian
DNA dalam permasalahan ini bertujuan untuk mendapatkan keadilan dan keamanan
dalam masyarakat yang mana dengan pelaksanaan ujian DNA, hukuman dapat
dijatuhkan kepada orang yang sepatutnya.

27
Ibnu Hazm al-Andalusi (2003). Al-Muhalla bil Atsar. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyah.
28
Yasin bin Nashir al-Khathib, al-Bashmah al-Waratsiyah Mafhumuha wa Hujiyyatuha wa Majalatul Istifadati
Minha wal Halat Allati Yumna'u 'Amaluha Fiha wal I'tiradhat al-Waridah 'AlaihaI.
29
Abdur Rasyid Muhammad Amin Qasim, al-Bashmah al-Waratsiyah wa Hujiyyatuha.

73
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

2. Ujian DNA dalam permasalahan perhubungan dengan nasab harus dilakukan dengan
penuh hati-hati. Ujian DNA adalah jalan terakhir. Nas dan kaedah syariah tetap harus
didahulukan sebelum melakukan ujian DNA.
3. Secara syar’ie, jika menggunakan ujian DNA untuk nafyun nasab (meniadakan
nasab) tidak diperbolehkan. Ujian DNA jugatidak boleh didahulukan dari li’an.
4. Penggunaan ujian DNA untuk menguatkan nasab yang sudah sah secara syar’ie tidak
dibolehkan.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpendapat ujian DNA tidak boleh dijadikan bukti pengukuhan
nasab dari hasil perbuatan zina. Meskipun syariat menekankan pentingnya pengukuhan nasab,
tetapi khusus dalam kes zina, hal itu harus ditutupi.30 Kemudian, Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada pertemuan ke-101 juga memutuskan
bahawa ujian DNA hanya dapat dilaksanakan untuk menetapkan nasab, tidak untuk nafyun
nisab.31

5. PELAKSANAAN KAEDAH MENSABITKAN NASAB

Majoriti ulama yang terdiri daripada mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali menyatakan
bahawa perkahwinan mensabitkan nasab dengan syarat wujud kemungkinan berlaku
persetubuhan antara kedua pasangan dari aspek zaman dan tempat. Sekiranya tidak mempunyai
kemungkinan tersebut, maka nasab tidak dapat ditetapkan.

Contohnya, jika seseorang berkahwin dan kemudian dia bercerai sebaik sahaja akad
nikah, maka anak yang dilahirkan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersbeut. Begitu juga jika
anak itu lahir kurang enam bulan qamariyah selepas akad nikah, maka anak itu tidak boleh
dinasabkan kepada ayah biologinya kerana tempoh minima kehamilan adalah selama enam
bulan. Jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita melalui walinya tetapi tidak pernah
bertemu dengan wanita itu. Kemudian selepas enam bulan, wanita tersebut melahirkan anak.
Anak yang dilahirkan itu tetap tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang dikahwininya.

Mazhab Hanafi menyatakan bahawa ikatan perkahwinan semata-mata sudah cukup untuk
menetapkan nasab. Manakala Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpegang bahawa nasab boleh
disabitkan dengan membuktikan persetubuhan hakiki sekalipun zina. Ini juga pendapat ulama’
salaf terkemuka seperti Ishak bin Rahuyah, Urwah bin Zubair, Sulaiman bin Yasar, al-Hasan
Basri, Ibnu Sirin dan Ibrahim al-Nakhaie.32

30 http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/fatwa/13/01/29/mhdnq0-dnabukti-hubungan-nasab-
benarkah.
31
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (2013). Fatwa Isu-Isu Munakahat. Putrajaya,
Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial, dan Komuniti.
32
Ibnu Qayyim al-Jauziyah (2005). Zad al-Maad. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

74
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab menyatakan


bahawa tiada khilaf dalam kalangan ahli ilmu bahawa anak zina tidak disabitkan nasab kepada
lelaki yang berzina dengan ibu anak tersebut dan mereka tidak saling mewarisi.33 Mazhab Syafi’e
dan Maliki tidak mengharamkan pernikahan antara mereka berdua tetapi memakruhkannya.
Manakala mazhab Abu Hanifah dan Hanbali mengharamkannya. Ibnu Rusyd al-Maliki berkata:
“Telah bersepakat jumhur bahawa anak-anak zina tidak dinasabkan kepada ayah-ayah mereka
melainkan jika berlaku semasa zaman Jahiliyyah kerana terdapat riwayat daripada Umar al-
Khattab berkenaan khilaf para sahabat tentang perkara ini. Manakala satu sebahagian pihak
memiliki pandangan syaz (pelik) yang mengatakan bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada
bapa mereka sewaktu zaman Islam.”34

Ibnu Qudamah al-Hanbali menyatakan: “Anak zina tidak dinasabkan kepada bapa
biologinya di sisi jumhur ulama. Al-Hasan al-Basri dan Ibnu Sirin berkata: Dinasabkan kepada
lelaki yang menyetubuhi itu jika ditegakkan hukum hudud ke atasnya seperti sebatan 100 kali
dan anak itu boleh mewarisinya. Berkata Ibrahim al-Nakhaie: Dinasabkan jika dihukum rotan
sebagai hudud, atau memiliki wanita yang disetubuhi. Berkata Ishaq: Dinasabkan kepadanya. Ini
juga disebut oleh Urwah bin al-Zubair dan Sulaiman bin Yasar. Ali bin Asim meriwayatkan
daripada Abu Hanifah yang berkata: Aku melihat tiada masalah bagi seorang lelaki yang telah
berzina dengan seorang wanita lalu dia hamil akibat itu untuk lelaki itu berkahwin dengannya
supaya menutup aib ke atas wanita itu, dan anak itu dianggap anaknya.”35

6. FATWA-FATWA BERKAITAN

Muzakarah Fatwa Kebangsaan

1. Anak tak sah taraf ialah: Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau
rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim qamariah daripada
tarikh tamkin (bersetubuh).

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya
atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak
boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.36

33
Imam Nawawi. Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab. Jeddah: Maktabah al-Irsyad.
34
Muhammad Abdul Rauf, Ibnu Rusyd (1994). The Distinguished Jurist’s Primer: A Translation of Bidayah al-
Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Centre for Muslim Contribution to Civilization.
35
Ibnu Qudamah, Abdullah ibnu Ahmad (1986). Al-Mughni. Hajr.
36
Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia.

75
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Fatwa Wilayah-wilayah Persekutuan

“Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan Qamariah dari tarikh sesuatu pasangan ini diakad
nikahkan ialah anak sah taraf.”37

Fatwa Kerajaan Negeri Selangor

1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara
saintifik yang bertentangan dengan hukum syara’.

2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad-
Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.

3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan
ad-Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut
ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan
isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-
syarat mengikut hukum syara’.38

Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

1. Jika seseorang bayi itu dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak
tersebut hara, dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan
anak tersebut.

2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun
daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah
berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan
mani suaminya ke dalam Rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami
ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya.

37
Fatwa-fatwa Mufti Wilaya Persekutuan 1987-2010.
38
http://www.muftiselangor.gov.my/86-fatwa/sosial-syariah/101-fatwa-tentang-garis-panduan-mengenai-anak-
tak-sah-taraf-menurut-hukum-syara

76
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau


membintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi
atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.39

Fatwa Kerajaan Negeri Sarawak

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan
daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;

2. Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah
daripada tarikh akad nikah.

3. “Anak Tak Sah Taraf” tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan
kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.
Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh
menjadi wali.40

Fatwa Negeri Perlis

Mengikut peruntukan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006,


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, setelah diperkenankan oleh Raja
Pemerintah dan memaklumkan Kerajaan, dengan ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan, iaitu:
“Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya
kecuali jika dinafikan oleh si suami.”41

7. AKTA-AKTA BERKAITAN

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984

Seksyen 110. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa - Jika seseorang perempuan yang
berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan
qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas
perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab
perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan
sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li'an’atau kutukan, menafikan anak itu
sebagai anaknya di hadapan mahkamah.

39
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/169-fatwa-mufti-negeri-sembilan/502-anak-luar-
nikah
40
http://muftinegeri.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=webpage&sub=page&id=98
41
http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=225&Itemid=124

77
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Berdasarkan seksyen ini, ianya jelas menunjukkan bahawa seseorang anak boleh
dinasabkan kepada bapanya jika anak tersebut dilahirkan selepas enam bulan qamariah dari
tarikh perkahwinan secara sah bagi kedua pasangan. Oleh itu, anak yang dilahirkan kurang
daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinan seorang wanita dan lelaki tersebut tidak
boleh dinasabkan kepada bapanya. Undang-undang ini merupakan undang-undang khas bagi
orang Islam.

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957

Seksyen 13. Peruntukan mengenai bapa kepada anak tidak sah taraf - Tiada seorang pun
sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut dikenehndaki memberi maklumat berkenaan dengan
kelahiran kanak-kanak tersebut, dan pendaftar hendaklah tidak mencatatkan mana-mana orang
sebagai bapa kecuali di atas permintaan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya
sebagai bapa kanak-kanak itu. Merek berdua haruslah menandatangani perjanjian itu bersama-
sama.

Seksyen 13 memperuntukkan bahawa ayah kepada anak tak sah taraf tidak boleh
didaftarkan sebagai bapa kepada nak tersebut dan pendaftar juga tidak boleh mendaftar mana-
mana orang sebagai bapa kecuali jika ada permintaan dan perjanjian bersama oleh kedua-dua
ibu bapa tersebut.

Seksyen 13A. Nama keluarga kanak-kanak - Seksyen 13A (1) menyatakan tentang bagi anak
sah taraf, nama bapa kandung akan dijadikan nama keluarga. Seksyen 13A (2) menyatakan bagi
anak tidak sah taraf, nama ibu (yang secara sukarela memberi maklumat tentang dirinya) boleh
diletakkan sebagai nama keluarga dengan syarat orang yang mengaku dirinya menjadi bapa
kanak-kanak itu mengikut Seksyen 13 meminta sedemikian.

Seksyen 13A menjelaskan mengenai nama keluarga bagi anak sah taraf dan anak tak sah
taraf. Menurut Seksyen 13A (1) nama bapa kandung bagi anak yang sah taraf boleh dijadikan
sebagai nama keluarga kanak-kanak tersebut dan menurut Seksyen 13A (2) nama ibu kepada
anak tidak sah taraf boleh dijadikan sebagai nama keluarga bagi kanak-kanak tersebut melainkan
jika seorang lelaki datang dan mengaku bahawa dia adalah bapa kepada anak itu maka nama
lelaki itu boleh dijadikan sebagai nama keluarga kanak-kanak tersebut menurut Seksyen 13.

Akta Kesahtarafan 1961 (Akta 60) atau Legitimacy Act 1961

Section 4. Legitimation by subsequent marriage of parents - Subject to section 3, where the


parents of an illegitimate person marry or have married to one another, whether before or after
the prescribed date, the marriage shall, if the father of the illegitimate person was or is at the
date of marriage domiciled in Malaysia, render that person, if living, legitimate from the
prescribed date or from the date of the marriage, whichever is the later.

78
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Terdapat peruntukan di bawah Akta Kesahtarafan 1961 yang menyatakan bahawa anak
yang dilahirkan tidak sah taraf juga boleh disah tarafkan melalui perkahwinan ibu bapanya. Ini
bererti, sekiranya pasangan yang memeluk Islam (samada lelaki atau perempuan) mempunyai
anak tak sah taraf yang telah disah tarafkan melalui perkahwinan sebelum pemelukan Islam,
maka anak tersebut boleh dianggap sebagai anak sah taraf.

8. PANDANGAN PARA MUFTI

Beberapa mufti telah mengemukakan kenyataan sebagai respon berhubung isu anak tak
sah taraf ini.

Sahibus Samahah Tan Sri Harussani bin Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak

“Di dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam digunapakai, jadi
macam mana Mahkamah Rayuan boleh kata fatwa diketepikan tidak boleh dipakai. Jika
dikatakan bahawa fatwa (Muzakarah Fatwa Kebangsaan) tidak mengikat, fatwa yang diwartakan
(di negeri) menjadi undang-undang dan mengikat pendaftaran. Dia mengikat semua.”

Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid, Mufti Kerajaan Negeri
Selangor

“Ketetapan itu diputuskan selepas mengambil kira pandangan ulama dan dalil al-Quran yang
menjelaskan maksud anak tidak sah taraf, iaitu anak yang lahir kurang daripada enam bulan
selepas tarikh perkahwinan.”

Sahibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

“Jika perkara membabitkan Islam dan umatnya seperi ini, kita kena ikut fatwa. Bagi jabatan
mufti, kami juga perlu mengikut keputusan peringkat nasional. Kami tidak boleh buat keputusan
sendiri. Ia akan menyebabkan kekeliruan.”

Sahibu Samahah Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

“Jika anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan pada bapanya, ia akan menimbulan kekeliruan
dan pelbagai masalah seperti ketika mahu berkahwin dan pengagihan harta pusaka. Bapa
berkenaan tidak boleh menjadi wali kepada anak tidak sah taraf dan jika ia berlaku, perkahwinan
itu tidak sah. Jika berlaku kematian pula, bapa atau anak itu tidak layak menerima harta pusaka
dan jika diberikan juga, ia dikira merampas hak orang lain. Saya menghormati keputusan
mahkamah, namun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat berdasarkan pandangan Mazhab

79
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

Syafi’e. Ada pendapat lain membenarkan anak itu dibin atau dibintikan pada bapa, namun setiap
keputusan perlu berpandukan Mazhab Syafi’e yang diamalkan di Negara ini.

Sahibus Samahah Dato’ Mohd Yusuf bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

“Keputusan Mahkamah Rayuan itu akan menyebabkan keturunan masyarakat Islam cacamarba
malah tidak mustahil untuk berlakunya perkahwinan antara adik beradik kerana keturunan tidak
diketahui. Dalam menjaga keturunan atau nasab seseorang itu, anak luar nikah tidak boleh
dinasabkan seperi anak yang lahir daripada pernikahan sah kerana Islam menitikberatkan perkara
berkaitan agama, nyawa, akal, keturunan, harta benda dan maruah. Perundangan Islam itu juga
bertujuan mendisiplinkan umat Islam supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan
sebarang tindakan selain mendahulukan hukum syarak daripada logik akal.”

Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan
Negeri Perlis

“Semoga keputusan mahkamah rayuan itu menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat,
tidak menghukum anak yang tidak bersalah dan ke arah menghindarkan mentaliti ‘Islam agama
hukuman’. Islam merupakan rahmat untuk sekelian alam.”

Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

“Kami berpendapat bahawa hujah yang melarang dibinkan atau dibintikan anak tak sah taraf
kepada ayah biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Quran, hadith, amalan sahabat
dan jumhur fuqaha. Pendapat jumhur juga menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi. Fatwa al-
Lajnah al-Da’imah Kerajaan Arab Saudi dalam fatwa bernombor 3408 dan 3056 menyebut
bahawa yang sahih daripada pendapat ulama bahawa tidak boleh disabitkan nasabnya kepada
yang menyetubuhi ibunya kecuali nikah yang sah atau fasid, nikah syubhah, perhambaan atau
syubhah perhambaan. Isu menutup malu dan aib bukanlah alasan yang kuat kerana syariat Islam
jelas menunjukkan larangan membinkan atau membintikan kepada selain bapanya yang sah
melalui perkahwinan.”42

9. PENUTUP DAN CADANGAN

Manusia diberi peringatan tegas agar menjauhi segala agenda dan aktiviti yang boleh
menyebabkan berlakunya zina. Allah SWT mengharamkan perbuatan zina serta mensyariatkan
perkahwinan supaya terpelihara keturunan. Dengan perkahwinan, seorang wanita mesti
mengkhususkan dirinya untuk suaminya, dan diharamkan ke atas mereka untuk mengkhianati

42
Bayan Linnas Siri Ke-106: Isu Penamaan “Bin/Binti Abdullah” Kepada Nak Tidak Sah Taraf Oleh Mahkamah
Rayuan.

80
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

suami mereka. Oleh itu, setiap anak yang dilahirkan oleh isteri hasil daripada hubungan
perkahwinan yang sah akan menjadi anak kepada suami wanita tersebut tanpa perlu lagi bukti
pengakuan dari bapa atau dakwaan ibu.

Setiap isu yang berbangkit perlu diberi penyelesian yang segera sehingga meleraikan
ketidak puasan pihak penuntut dalam semua hal-hal yang bersangkutan sama ada nasab atau lain-
lain. Penasaban anak tak sah taraf khusus dalam kes zina adalah termasuk dalam hukum
khilafiyah dan ijtihadiyyah. Umumnya, ulama’ berselisih pandangan kepada tiga pihak. Jumhur
tidak boleh dinasabkan kepada bapa zina tetapi dinasabkan kepada ibunya. Manakala dalam
kitab 'Awn al-Ma'bud menukilkan sebahagian kecil mengatakan tidak dinasabkan kepada
sesiapa tetapi dinasabkan kepada nama-nama-nama Allah SWT kerana semua makhluk milik
Allah SWT.43

Walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama’ berhubung isu penasaban anak tak sah
taraf ini, kaedah fiqhiyyah perlu dipatuhi iaitu ‫( رأي اإلمام يرفع الخالف‬Pandangan imam mengangkat
khilaf). Berdasarkan kepada kaedah ini, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa
negeri-negeri hendaklah diguna pakai walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama’
berkenaan dengannya. Justeru, Jabatan Pendaftaran Negara perlu menghormati keputusan
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap isu ini. Kami mencadangkan agar isu khilaf
seperti ini mestilah ditentukan oleh seorang Imam yang adil yang memerintah dalam negara
Islam atau Majlis Fatwa Kebangsaan yang dinaungi dan diperkenankan oleh Raja-raja Melayu.

Oleh yang demikian, anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah mengikut
takwim qamariah daripada tarikh tamkin (bersetubuh) adalah tidak boleh dinasabkan kepada
lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada
anak tersebut. Maslahat untuk menjaga kehidupan anak yang tidak bersalah tidak akan mengatasi
maslahat menjaga nasab kerana ia berkaitan dengan isu wali, harta pusaka dan aurat.

Isu yang berlaku ini adalah disebabkan oleh negara kita berada dalam kerangka negara
sekular yang memisahkan agama dan kehidupan dan menyebabkan berlakunya kepincangan
dalam masyarakat Islam. Hal ini telah mencetuskan polemik dalam masyarakat Islam sehingga
undang-undang agama Islam terus terpinggir.

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tak sah taraf
dibinkan kepada bapa biologinya boleh menyebabkan berlaku banyak kecelaruan hukum. Panel
hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan sepatutnya melihat kepada kesan dari sudut
agama Islam apabila menyandarkan keputusan mereka kepada peruntukan Seksyen 13A(2) Akta
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Malah keputusan tersebut juga tidak sejajar dengan
beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan

43
Abd al-Muhsan al-'Ibad. Syarh Abi Dawud.

81
Isu-Isu Kontemporari Islam
Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Vol. 1, No. 1, (2019), pp. 63-82

sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan. Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang
Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA
bersumpah memelihara Islam pada setiap masa. Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara
(Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran
dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambil kira norma masyarakat
Melayu Islam yang merupakan teras kepada jati diri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan
sebahagian daripada struktur asas yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan
struktur asas ini akan mengakibatkan jati diri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri
terpecah.

82

Anda mungkin juga menyukai