Anda di halaman 1dari 20

P E R K A RA K H U RA FAT

DAL AM PERKAHWINAN
DAN PERBIDANAN
USN 6023
ISU AKIDAH
USTAZ MOHD FUAD BIN MOKHTAR
Disediakan oleh:
Mohamad Bakri bin
Hishamudin
No. Metrik: I14200328
Ibrahim bin Mohd Ali

DEFINISI KHURAFAT
berasal dari bahasa Arab:kharafa-yakhrifu-kharafankhurafatan
(kamus aljadid) yang bermaksud rosak akal
(al-Mujam al-Wasit)Cerita-cerita yang
mempesonakan yang dicampuradukkan dengan
perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Dari segi bahasa:


KHURAFAT adalah kepercayaan karut yang diadaadakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan
kejadian-kejadian alam yang berlaku. (Kamus Dewan

MENURUT ISTILAH SYARAK:


SEBAGAI SEMUA KEPERCAYAAN YANG DIYAKINI
KEGIATANNYA MEMILIKI DASAR DAN
BERSUMBER DARIPADA AJARAN AGAMA ISLAM
WALAUPUN PADA HAKIKATNYA PERKARA
TERSEBUT ADALAH BERTENTANGAN DENGAN
AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD
S.A.W,

KHURAFAT DALAM PERKAHWINAN


1. Langkah bendul atau adat langkah
Meyakini bahwa hal ini akan menjadikan kakaknya
tidak laku, dan siadik juga akan menerima
akibatnya seperti ditimpa musibah kerana
mendahului kakaknya menikah. Sebagian yang
merasa terpaksa melanggar adat itu
mengharuskan siadik untuk mengadakan ritual
pelangkahan atau adat langkah.

2. UPACARA MENGELAKKAN HUJAN


Untuk memastikan majlis berlangsung
dengan baik, cuacanya elok (cerah) maka
dilakukan ritual seluar dalam. Seluar dalam
pengantin perempuan akan dipegang, dibaca
jampi serapah, dan dibaling ke atas
bumbung rumahnya.

3. Berandam
Mak Andam menghias pengantin dari sudut
fizikal ataupun rohani. Proses kecantikan
seperti:
Menepung tawar dengan tujuan pelihara
pengantin daripada gangguan makhluk
halus.
Bercukur bulu pada anak rambut,muka,leher
& tangan dengan tujuan naikkan seri muka.
Kemudian sapu bedak sejuk yang dibasuh
dengan air ke bahagian badan yang
dicukur,mandi bunga & limaubertujuan
buang sial.
Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi
wanita
Mencukur Kening dan Memakai Rambut
Palsu

4. BERSANDING
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara
tepung tawar semasa persandingan ialah
bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau
hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis
itu.

5. ADAT BERLIMAU
Setelah sempurna kedua-dua pengantin
suami isteri itu menunaikan satu daripada
hikmah perkahwinan, akan diadakan
sekali lagi persandingan di atas pelamin
dan upacara mandi-mandian dengan
bersintok limau sebagai menandakan
persatuan antara kedua pengantin suami
isteri itu telah sempurna dan selamat.
Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami isteri
akan dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin.
Pengantin ditegah untuk memerah sendiri kain tersebut
bertujuan untuk membuang rasa takut atau menolak bala
daripada kedua-dua pengantin itu. Kain tersebut akan
diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu
membuang dan menjauhkan bala.

PERKARA KHURAFAT DALAM


PERBIDANAN
SEBELUM KELAHIRAN

1. MELENGGANG PERUT
. Diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga
rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh
bulan.
. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan
tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan
yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.
. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur
ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut
ibunya.
. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini
ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat
lahirkan anak dengan mudah dan selamat

2. MANDI BUNGA
. Sesudah upacara menggolek
kelapa di atas perut ibu
mengandung, upacara
memandikan ibu mengandung
itu pula dijalankan.
. Proses ini dikenali sebagai mandi
bunga kerana air mandian itu
dibubuh tujuh jenis bunga yang
dimasukkan ke dalam buyung.
. Air di dalam buyung itu dititiskan
air limau nipis dan dibubuh juga
sedikit bertih.
. Mandi bunga dikatakan baik dari
segi fizikal dan menguatkan
semangat ibu mengandung.

3. TEPUK MAYANG
. Setelah selesai mandi bunga, ibu
mengandung akan diberi
persalinan, disuruh berlunjur lurus
(kaki dirapatkan) dan bidan akan
melaksanakan upacara menghalau
dan menjauhkan kuasa ghaib.

Mayang pinang muda yang masih di dalam


kelopak dijampi. Bidan berdiri tegak di belakang
kepaha ibu mengandung sambil menjampi
mayang.
Kemudian, mayang akan dipukul di atas tangan
kiri bidan tersebut sehingga pecah kelopaknya.
Upacara ini dilaksanakan kerana dipercayai si ibu
akan bersalin sebagaimana mudahnya mayang
pecah.

4. UPACARA PELEPAS
. Perkataan pelepas bermaksud adat
menghalau atau menjauhkan penunggu dan
memuhihkan semangat bakal ibu tersebut.
. Di antara peralatan yang diperlukan ialah
benang,daun kelapa,sirih sepiak dan
kemenyan.
. Bidan akan membuat lingkaran simpul lepas
daripada daun kelapa.
. Kemenyan pula akan dibakar,manakala sirih
dan benang akan diletakkan di dalam piring.
. Bidan akan menjampi dan simpulan daun
kelapa tadi dileraikan.
. Apabila simpulan tersebut dililitkan pada
tengkuk (bukan lilit mati) ia akan ditarik
pada puncanya.

5. Mengadap Perut
.

Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat


dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah
sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap
semangat.

Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja.

Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan


buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan
sejambak bunga.

Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan


dalam tiap tiap bekas yang berasingan sebagai
pemberian kepada semangat.

Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan


kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti
mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

SEWAKTU DAN SELEPAS KELAHIRAN


1. Mengelak Gangguan Makhluk Halus
Daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur
akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah
wanita yang hendak bersalin. G

2. Amalan menanam uri


angguan
makhluk halus.
Uri hendaklah
ditanam bersama Jarum atau Paku mengelakkan
drpd gangguan makhluk halus
Uri dilumur garam kasar dan asam gelugur agar bayi tidak
menghadapi masalah kulit, berkudis dan terkena sawan.
Menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi
tersebut akan cepat pandai kelak.
Menyalakan unggun api berhampiran
tempat uri ditanam kerana bimbangkan
kembar bayi itu kesejukan pada waktu
malam.
Uri tidak boleh ditanam tepat pada jam
12.00 tengah hari, kerana nanti anak itu
keras hati dan degil.
Uri dikatakan seeloknya ditanam
berhampiran rumpun pokok pisang agar

3. Jejak Tanah/Turun Tanah

Adat ini juga boleh dilakukan


secara sederhana iaitu dengan
memijakkan kaki kanak-kanak itu
ke piring-piring kecil yang berisi
dengan padi, beras, tanah dan
beberapa jenis daun yang telah
dijampi oleh
mak bidan.
disediakan
beberapa
dulang yang berisi pelbagai jenis barang,
termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang
diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan,
gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air
sejuk dan wang.
Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang
tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu
berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanakkanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau
pandai membuat kerja tangan.

4. Melindungi dari makhluk halus dan


penyakit
Meletak benda-benda tajam di bawah bantal /
tilam bayi.
Dicalit sedikit arang di dahi, pipi bayi dengan
harapan tidak disukai oleh makhluk halus.
Tidak boleh menggunakan warna kuning pada
tilam, bantal dan pakaian bayi untuk mengelak
dari penyakit kuning.
Mengikat tali hitam sebagai azimat di tangan
bayi.

DALIL AL-QURAN DAN HADIS


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan
mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka
Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (An-Nisa: 48)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).
(Surah an-Nuur: 31)
Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti
orang-orang Jahiliyyah yang dahulu. (Surah al-Ahzab: 33)
Barangsiapa Mengharap Perjumpaan Dengan Tuhannya, Maka
Hendaklah Ia Mengerjakan Amal Salih, Dan Janganlah Ia
Mempersekutukan Seorang Pun Dalam Beribadat Kepada Tuhannya. (AlKahfi:110)

KESIMPULAN

Orang Melayu memang kaya dengan pelbagai adat


dan budaya. Adat dan budaya ini bercampur baur
dengan fahaman animisme, hinduisme yang menjurus
kepada perkara-perkara khurafat.
Setelah kedatangan Islam, adat dan budaya orang
Melayu telah berubah mengikut ajaran-ajaran Islam.
Namun demikian, masih lagi terdapat orang Islam
yang mengamalkannya kerana jahil atau pun kerana
taksub untuk mempertahankan adat dan pengaruh
dari orang lain.
Umat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan
yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi
dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil
yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan
dengan kepercayaan dan tradisi agama lain

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai