Anda di halaman 1dari 17

BAB 9

SAF 120 ASAS FIQH

BAB 9: SUMPAH DAN NAZAR

BERSUMPAH

PENGERTIAN BERSUMPAH

Perkataan “aiman” adalah jama bagi perkataan “yamin”. Dari segi bahasa, sumpah
bermaksud kekuasaan. Perkataan “yamin” juga bermaksud tangan kanan kerana terdapat
kekuatan pada tangan tersebut. Manakala mengikut pengertian istilah pula, yamin diertikan
sebagai menguatkan maksud kata-kata yang tidak thabit dengan menyebut salah satu
daripada sifat Allah dalam lafaz yang tertentu. Lafaz yang menguatkan kata-kata yang thabit
seperti “demi Allah”.

KAFFARAH SUMPAH

Surah al-Ma’idah ayat 89 :

              

                   

               

89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab
sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya
ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu
(biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau
memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda
Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda
penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya)
supaya kamu bersyukur.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

MUNASABAH AYAT

MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA

Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan mengharamkan makanan


yang halal. Ayat 88 surah al-Ma’idah menceritakan bahawa makanan yang halal adalah
lebih baik daripada apa yang Allah telah rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar
bertaqwa kepada Allah dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.

MUNASABAH AYAT SELEPASNYA

Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum arak atau
khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Ayat 90 surah al-Ma’idah ini
menceritakan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dan merupakan perbuatan
yang keji. Ianya merupakan perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga
menyeru agar menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.

HURAIAN AYAT

Ayat tersebut (surah al-Ma’idah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum bersumpah
tanpa niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang melakukan sumpah tanpa niat.
Tetapi hukuman dikenakan jika sumpah yang dilakukan dengan niat. Kandungan ayat
tersebut juga turut menyatakan hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang
melanggar sumpah dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang
miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
Selain itu memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin atau memerdekakan seseorang
seorang hamba. Turut ditegaskan bahawa, sesiapa yang tidak mampu melaksanakan
kaffarah yang telah dinyatakan tadi, maka kaffarahnya lain adalah berpuasa selama tiga
hari. Jelas dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang
bersumpah. Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada bersumpah. Jika
sumpah dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga sumpah yang telah dilakukan.
Diakhir ayat turut diselitkan peringatan yang mana Allah SWT menerangkan hukum-
hukumnya kepada makhluknya agar makhluknya tahu bersyukur.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

HUKUM BERSUMPAH

 Pada umumnya hukum bersumpah adalah makruh. Hal ini berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 224 yang berbunyi :

               

224. (dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai
benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta
mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

 Hukum haram pula apabila bersumpah pada sesuatu yang haram yang mana
meninggalkannya adalah wajib atau sumpah bohong yang tidak berasas sama
sekali.

 Hukum wajib dalam bersumpah pula adalah apabila ia merupakan satu-satunya cara
untuk menyelamatkan orang yang teraniaya atau untuk membuktikan kebenaran.

 Manakala hukum bersumpah harus apabila tujuan bersumpah untuk kebaikan,


menjauhi maksiat, membimbing kepada kebenaran atau menghindari kebenaran.
Sebagai contoh dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :

Maksudnya : Sabda Nabi Muhammad SAW, “Demi Allah, Allah tidak jemu membalas
amalan kamu dengan pahala sehinggalah kamu jemu melakukannya.”

 Bersumpah juga jatuh hukum sunat apabila untuk meyakini seseorang terhadap
nasihat yang diberikan dan jika diyakini ianya adalah satu-satu jalan yang dapat
meyakinkan.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

SYARAT-SYARAT BERSUMPAH

Sesuatu lafaz dianggap sumpah atau sah sebagai sumpah dengan syarat-syarat berikut:
 Orang yang bersumpah waras dan baligh.
 Sumpah yang tidak sesia.
 Bersumpah dengan menggunakan nama atau sifat Allah SWT.

JENIS SUMPAH

Terdapat dua jenis sumpah iaitu :

 Nyata.
Setiap sumpah yang dilakukan dengan menyebut khusus nama Allah. Seperti “aku
bersumpah dengan nama Allah”. Sumpah nyata ini dianggap sah sebaik-baik sahaja
ia dilafazkan walaupun tanpa niat.

 Tidak nyata.
Bersumpah secara umum dengan menjurus kepada maksud Allah SWT. Seperti “aku
bersumpah dengan pencipta”. Sumpah tidak nyata ini dianggap tidak sah kecuali
dengan niat dan tujuan bersumpah.

HUKUM MELANGGAR SUMPAH

Hukum melanggar sumpah dapat dilihat dalam dua situasi yang berbeza iaitu:
 Melanggar sumpah dengan tidak melaksanakannya pada masa yang telah
ditetapkan. Contohnya seseorang yang bersumpah akan bersedekah pada hari
tertentu tetapi dia tidak melakukan sumpah pada hari yang telah ditetapakannya
maka golongan ini wajib dikenakan denda.
 Melanggar sumpah disebabkan pernyataan yang tidak benar yang cuba diyakinkan
dengan bersumpah. Contohnya, seseorang yang bersumpah bahawa dia adalah
pemilik kepada sesuatu barang tersebut sedangkan dia sendiri menyedari barang
tersebut bukan miliknya. Sumpah ini dinamakan sumpah bohong dan pelakunya
akan menerima azab yang berat dari Allah SWT dan dikenakan denda kerana
sumpah tersebut tidak sah.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

DENDA MELANGGAR SUMPAH

Sesiapa yang mendustai sumpah, maka wajib membayar denda satu daripada empat
perkara yang berikut :

 Memerdekakan seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mu’min jika ada.
 Memberi makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan asasi sebuah
Negara tersebut dengan kadar secupak. Member makanan disini bermaksud wajib
memberi makanan kepada orang miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput
mereka menikmati jamuan makan dirumah.
 Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin.
 Jika tidak mampu melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan halangan
kesusahan, maka wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa putus. Ini berdasarkan
firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 89 yang berbunyi :

                

                    

            

89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan
sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan bersungguh-sungguh.

Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis
makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau
memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian
sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia
berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila
kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu
bersyukur.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

NAZAR

PENGERTIAN NAZAR

Menurut syarak, nazar membawa maksud sebagai janji untuk kebaikan khasnya. Istilah
ulama’ feqah pula ialah beriltizam untuk mendekatkan diri dengan kewajipan yang tidak
disyarakkan secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu. Nazar ialah janji manusia
kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang
dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan
sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. Pengertian nazar menurut
istilah secara mudah ialah mewajibkan diri sendiri melakukan sesuatu amalan dengan niat
mendampingi diri pada Allah.

KONSEP NAZAR DALAM ISLAM

 Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 270) :


                

270. dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa
sahaja Yang kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan
(ingatlah), orang-orang Yang zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat
menolongnya.

 Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 35) :

                   

35. (ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya Aku nazarkan
kepadamu anak Yang ada Dalam kandunganku sebagai seorang Yang bebas (dari
Segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka Terimalah
nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

 Ayat 3 (Surah Maryam ayat 26) :


                 

 

26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang
merunsingkan. kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka
katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman;
(setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada
sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

MUNASABAH AYAT

MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA


 Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 269).

Ayat ini menceritakan berkaitan dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Allah SWT mengurniakan al-hikmah iaitu kefahaman yang dalam tentang al-Quran
dan as-Sunnah kepada sesiapa yang dikehendaki Allah SWT. Hal ini menunjukkan
bahawa individu tersebut adalah individu yang mendapat hidayah daripada Allah
SWT. Keberuntungan terhadap individu yang dianugerah al-hikmah benar-benar
telah dikurniakan sesuatu yang banyak. Ianya kerana kandungan al-Quran yang
merangkumi semua aspek kehidupan. Juga ditegaskan bahawa, orang-orang yang
menggunakan akal yang akan mendapat pengajaran daripada ayat Allah SWT.

 Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 34).

Ayat ini menceritakan bahawa keutamaan keluarga Imran. Mafhum ayatnya berbunyi
yang mana keluarga Imran merupakan satu keturunan yang terpilih daripada segala
umat dimasa mereka masing-masing. Sedungguhnya Allah SWT maha mengetahui
lagi maha mendengar.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

MUNASABAH AYAT SELEPASNYA

 Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 271).

Ayat ini menceritakan berkaitan dengan sedekah yang dilakukan. Menyembunyikan


pemberian terhadap orang-orang fakir itu adalah jauh lebih baik daripada
memberikan sedekah yang dilakukan secara menampakkannya atau
memperlihatkannya. Maka sedekah yang dilakukan secara sembunyi dengan ikhlas
itu akan Allah SWT menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahan orang
tersebut. Allah maha mengetahui segala apa yang dilakukan oleh hambanya.

 Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 36).

Ayat ini menceritakan berkaitan kelahiran Maryam. Ditegaskan dalam ayat ini
bahawa Allah SWT lebih mengetahui akan sesuatu perkara. Isteri Imran
menginginkan anak lelaki namun dia mendapat anak perempuan yang bernama
Maryam. Lalu isteri Imran memohon kepada Allah SWT supaya melindungi anak-
anak dan keturunannya daripada syaitan yang terkutuk.

HURAIAN AYAT

 Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 270).

Ayat ini menceritakan bahawa Allah SWT maha mengetahui pada setiap apa yang
dinafkahkan dan apa yang dinazarkan. Setiap nazar yang dilakukan adalah dalam
pengetahuan Allah SWT. Dalam ayat ini turut ditegaskan bahawa seseorang yang
zalim tidak akan mendapat sebarang pertolongan daripada Allah SWT.

 Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 35).

Ayat ini menceritakan berkaitan dengan nazar yang dilakukan oleh isteri Imran yang
mana dia menazarkan anak yang berada dalam kandungannya untuk menjadi
hamba yang saleh dan berkhidmat kepada Allah SWT sebagai hamba abdi yang
saleh (berkhidmat di Baitul Maqdis). Isteri Imran memohon kepada Allah SWT agar

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

nazar yang dilakukannya itu diterima oleh Allah SWT. Ditegaskan juga dalam ayat
tersebut bahawa Allah maha mengetahui lagi maha mendengar.

NAZAR ADALAH IBADAH

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan
bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari
Khamis selama sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun
dengan bernazar berubah menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:-
 Berpuasa.
 Mencukur rambut.
 Sedekah.

DALIL PENSYARIATAN BERKAITAN NAZAR

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :

        

29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka


menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah
(Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".

Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah
wajib.
Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:

       

7. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya


(apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari
(akhirat) Yang azab seksaNya merebak di sana sini.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

HUKUM NAZAR

Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Oleh
sebab ia itu para ulama’ feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir.

RUKUN NAZAR

 Orang yang bernazar.


 Pekara yang dinazarkan.
 Ucapan yang diguna untuk bernazar.

SYARAT ORANG YANG BERNAZAR

 Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.
 Pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.
 Lulus memerintah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama
menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerintah harta dengan
sabab muflis atau bankrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada
nazar yang melibatkan harta ada pun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah
nazar orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.
 Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan
puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar
hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke
Mekah dengan sebab jauh atau sempit waktu.

SYARAT UCAPAN YANG DIGUNA UNTUK BERNAZAR

 Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafaz yang memberi tahu melazimkan
(mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas
ku puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.
 Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad
maka syaratnya mesti berlafaz.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

SYARAT PERKARA YANG DINAZARKAN

 Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan
diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.
 Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti
sembahyang fardu.
 Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu,
minum arak dan lainnya.
 Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi
mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nafkah keluarga.
 Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri atau duduk, sama
ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.
 Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia
tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang
dinazarkan, sekalipun pada perkara yang harus.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR JIKA TERTANGGUH

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa
bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya
kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang
dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu
berbuat demikian. Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan
suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT,
firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud:

              

                   

               

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan
sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. maka
bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan
Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi
pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa
Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa
tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu
bersyukur.

PEMBAHAGIAN NAZAR

Nazar dari segi amalan dan penghayatannya terbahagi tiga, iaitu:

 Nazar melakukan kebajikan, misalnya ia berkata: Jika saya memperoleh kejayaan


cemerlang dalam peperiksaan, saya akan berpuasa sebulan dan sebagainya atau
jika saya beroleh anak lelaki, saya akan membina sebuah masjid.
 Nazar melakukan sesuatu yang diharuskan, misalnya ia berkata: Jika saya
disembuhkan daripada penyakit ini, saya akan melancong ke luar negara dan
sebagainya.
 Nazar melakukan maksiat, misalnya ia berkata: Jika saya mendapat bonus pada
tahun ini, saya akan tinggalkan sembahyang atau menajakan suatu perjudian
(barang dijauhi Allah).

JENIS-JENIS NAZAR

Nazar terbahagi kepada 3 jenis iaitu sebagaimana berikut:

 Pertama: Nazar Lajaj (Nazar Perbantahan).

Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan hilang
pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia berkata ketika dalam keadaan itu:

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

“Sekiranya aku bercakap dengan si pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”.

 Kedua : Nazar al-Mujazah (Pembalasan).

Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan
menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang
pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata
: “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah
seekor kambing”.

 Ketiga : Nazar Mutlak (Semata-mata).

Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri
kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga
bukan dilafaz ketika hilang pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu
berkata : “Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis”.

 Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan kerana orang
yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan menghampirkan diri kepada
Allah.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR

              

                   

               

89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab
sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya
ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu
(biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda
Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda
penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya)
supaya kamu bersyukur.

MUNASABAH AYAT

MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA

Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan mengharamkan makanan


yang halal. Ayat 88 surah al-Ma’idah menceritakan bahawa makanan yang halal adalah
lebih baik daripada apa yang Allah telah rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar
bertaqwa kepada Allah dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.

MUNASABAH AYAT SELEPASNYA

Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum arak atau
khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Ayat 90 surah al-Ma’idah ini
menceritakan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dan merupakan perbuatan
yang keji. Ianya merupakan perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga
menyeru agar menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.

HURAIAN AYAT

Ayat tersebut (surah al-Ma’idah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum bersumpah
tanpa niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang melakukan sumpah tanpa niat.
Tetapi hukuman dikenakan jika sumpah yang dilakukan dengan niat. Kandungan ayat
tersebut juga turut menyatakan hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang
melanggar sumpah dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang
miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu. Selain itu
memberi pakaiana kepada sepuluh orang miskin atau memerdekakan seseorang seorang
hamba. Turut ditegaskan bahawa, sesiapa yang tidak mampu melaksanakan kaffarah yang
telah dinyatakan tadi, maka kaffarahnya lain adalah berpuasa selama tiga hari. Jelas

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang bersumpah.
Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada bersumpah. Jika sumpah
dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga sumpah yang telah dilakukan. Diakhir
ayat turut diselitkan peringatan yang mana Allah SWT menerangkan hukum-hukumnya
kepada makhluknya agar makhluknya tahu bersyukur.

KAFARAH PENEBUS NAZAR

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah
seperti berikut:

1. Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan
kepada keluarga kamu.
2. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3. Memerdekakan seorang hamba
4. Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa
selama tiga hari.

HUKUM BAGI SETIAP NAZAR

 Pertama : Nazar Lajaj.

Hukumnya bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu apa yang dinazar.
Jika ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang bernazar itu untuk melaksanakan apa
yang dinazarkan atau pun membayar kafarah sumpah. Dia dibolehkan untuk memilih antara
keduanya kerana nazar jenis ini hampir sama dengan nazar dari sudut mewajibkan diri
(mewajibkan berpuasa sebulan misalnya) dan menyerupai sumpah pada sudut keadaannya
sebagai jalan ke arah menghalang daripada sesuatu(tidak mahu bercakap dengan si pulan
misalnya). Dalilnya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
daripada ‘Uqbah bin ‘Amir daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Kafarah nazar seperti kafarah sumpah.

 Kedua : Nazar al-Mujazah.

Hukumnya ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar berlaku seperti sembuh
daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk melaksanakan apa yang telah dinazar seperti

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

sedekah seekor kambing. Dia tidak boleh menggantikannya dengan perkara lain. Dalilnya
sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 29 surah al-Haj :

        

29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka


menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah)
Yang tua sejarahnya itu".

Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu berjanji. Maksud hadis
Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah: Sesiapa
yang bernazar untuk mentaati Allah maka taatilah akanNya.

 Ketiga : Nazar Mutlak.

Hukumnya ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan apa yang telah
dinazarkan secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu perkara. Dalilnya adalah sebagaimana
ayat 29 surah al-Haj yang berbunyi :

        

29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka


menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah)
Yang tua sejarahnya itu".

Sebagaimana disebut dalam nazar al-Mujazah di atas yang mana ia datang dengan dalil
yang umum. Dia diharuskan untuk melewatkan pelaksanaan kepada apa yang telah
dinazarkan sehinggalah dia merasakan bahawa dirinya sudah mampu untuk
melaksanakannya seperti berpuasa pada hari Khamis. Dia tidak boleh menukar nazarnya itu
dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah telah ternafi dengan nazar jenis ini.

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai