Anda di halaman 1dari 3

Soalan objektif mengikut taksonami blom

Aras pengetahuan

1. Nyatakan hukum sembelihan dengan tujuan dimakan dagingnya.

A. Harus

B. Sunat

C. Wajib

D. Makruh

Aras kefahaman

2. Berikut adalah rukun-rukun sembelihan kecuali :

A. alat sembelihan
B. binatang sembelihan
C. orang yang menyembelih
D. tempat dan waktu sembelihan

Aras aplikasi

 Menggunakan pisau yang tumpul

 Tidak menghala binatang kearah kiblat

 Melakukan sembelihan dihadapan binatang lain

 Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang

3. Pernyataan di atas merujuk


kepada.

A. adab-adab ketika menyembelih

B. perbuatan makruh ketika menyembelih

C. perkara-perkara sunat ketika sembelihan

D. perbuatan yang dilarang ketika menyembelih


Aras analisis

Harimau

Singa

Helang

4. Mengapakah haiwan diatas haram dimakan?

A sukar untuk disembelih.

B. tidak termasuk binatang peliharaan.

C. di kategorikan sebagai binatang buas.

D. memburu mangsa dengan menggunakan taring,kuku dan paruh.

Aras sintesis
ِّ
‫واللحيةن اللبة بين ما الذكاة‬

5. Berdasarkan ayat diatas, tafsirkan mafhum tersebut.

A. Kecuali yang sempat kamu sembelih(sebelum habis nyawa)

B. Sembelihan adalah diantara pangkal dagu dan pangkal leher

C. Dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain dari Allah

D. Maka makanlah dari sembelihan yang disebut nama Allah ketika sembelihan

Aras penilaian

" Encik Ahmad telah membeli seekor ayam di sebuah pasaraya yang dijual oleh orang bukan
Islam,setibanya dirumah didapati ayam yang dibeli itu disembelih mengikut syarak tetapi terdapat
kesan tikaman dibelakang tengkuk."

6. Berdasarkan situasi diatas, apakah hukum memakan ayam tersebut?

A.Haram kerana dijual oleh orang bukan Islam.

B .Haram kerana diseksa sebelum sembelihan.

C .Makruh kerana diseksa sebelum sembelihan.

D .Halal dimakan kerana ayam tersebut mati dengan sembelihan.


Soalan subjektif mengikut aras taksonami blom

Aras pengetahuan

1. Senaraikan rukun solat?

Aras kefahaman

2. Apakah yang di maksudkan dengan solat berjamaah?

Aras aplikasi

Ahmad baru sahaja mengalami kemalangan, tangan kanannya patah dan harus di balut selama
seminggu. Dia berjumpa dengan kamu bertanyakan bagai mana dia hendak berwuduk untuk
bersolat.

3. Terangkan kepada Ahmad langkah-langkah yang boleh dipilih olehnya untuk berwuduk bagi
membolehkan dia untuk bersolat.

Aras analisis

4. Berdasarkan 13 rukun solat. Senaraikan rukun solat yang ada pada rokaat kedua?

Aras sintesis

5. Berikan pengertian tentang solat jamak dan qosar berserta dalil, serta berikan pendapat
anda hikmah diharuskan solat jamak dan qosar bagi mereka yang bermusafir?

Aras penilaian

6. Tertib adalah salah satu rukun di dalam rukun solat, bagi pendapat anda mengapakah tertib
itu penting dan kaitkan dalam kehidupan anda sebagai seorang muslim?

Anda mungkin juga menyukai