Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan
penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan
merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca
mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus
dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya
terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.
Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama
wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan
yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang
mati menjadi burung.)
Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut
agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini
secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran
agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-
puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan
mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya
sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-
masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang
perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan
syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan
dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan
pandai berpidato.
Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab
Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang
melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat
assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam
sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan
perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut
bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana
tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu
kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara
bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab
Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di
kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas
sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka
berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal
dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara
berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita
demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usaha-
usaha kearah pembangunan negara akan berhasil.
Nilai-nilai Dalam masyarakat jahiliah terdapat Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini
Positif nilai-nilai positif seperti menghormati diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.
tetamu, berpegang teguh kepada
janji, memberi perlindungan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang
dilakukan oleh Bani Hashim.
Amalan Jahiliyah amalkan riba, pencurian Islam mengharamkan riba dan mewajibkan
Ekonomi dan penipuan. Jua beli berhala adalah urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual
ekonomi yang penting dan beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh
menguntungkan. dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.
Cara hidup Majoriti masyarakat Arab Jahiliah Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai
menganut agama menyembah keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela
berhala dengan menganggap berhala telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah
sebagai perantaraan antara manusia melantik guru-guru agama untuk
dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah memperkukuhkan akidah dan amalan mereka.
berperanan sebagai pusat Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar
penyembahan berhala. Agama lain kebebasan beragama terutama ke atas
yang dianuti ialah ajaran animisme, masyarakat Yahudi dan mereka diberi
majusi, nasrani dan yahudi. kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab
Masyarakat pada masa ini juga Madinah menerima agama Islam.
terikat dengan kepercayaan karut.
Akidah.
Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan,
perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan
patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al
Quran dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal
azimat. 1 Akidah. Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari
aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak
mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah
ditetapkan oleh al Quran dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan
juga tangkal azimat.
Ibadah.
Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusat-
pusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber caf dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan
media elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya
tidak sesuai untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada
umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam)
akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah
seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi. Masjid dibiarkan kosong tanpa
penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang tidak berdaya untuk mencari
hiburan. Untuk melawan ancaman ini, umat Islam harus kuat dan bersatu padu sama ada
dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan ataupun pihak yang berwajib tidak
mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat hiburan secara berleluasa. Hanya amalan
yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita di akhirat.
Sosial.
Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan
masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak
boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak
masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan
apa sahaja tanpa batasan.
Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan masyarakat,
mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga
mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran,
kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat.
Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk
membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan masyarakat.
Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk menegakkan agama
Allah. Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak
masyarakat, maka masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat dihapuskan.
Akhlak.
Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa
batasan. Mereka tidak ada sistem nilai seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang
memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu
mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak,
berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada lagi adab sopan dan
tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini menyebabkan manusia tunduk
dengan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk
mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus
terleka dengan keseronokan dunia.
Ekonomi.
Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi
orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba telah menjadi nadi dalam kehidupan
seharian. Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi
jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.
RUMUSAN
RUJUKAN
Buku sejarah tingkatan 4 ( bab 4)
Artikel - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
Sejarah STPM 940/1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jahiliah
Dr Mustaffa Sibaie menyebut beberapa kisah kehidupan Nabi saw ketika kanak-kanak dan
remaja. Kisah yang menunjukkan ketinggian akhlak seorang yang bakal membawa risalah
Islam akhir zaman. Kisah Nabi saw yang mesti menmjadi teladan kepada kita sebagai
pendakwah di zaman ini.
1. Keturunan Yang Mulia Nabi saw berketurunan dari Bani Hasyim. Bani Hasyim
merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah
Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang
paling tinggi di kalangan bangsa Arab.
Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui
isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan
banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
(PENGAJARAN Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan
yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar
seruannya. Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan
pendakwah sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau
keturunan yang hina.)
2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia
ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6
tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.
telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,
Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk
Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara
Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut
oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-
Dhuha: 6)
3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir,
di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani
yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik
sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan
keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.
4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-
tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda.
Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk
di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun
anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara
Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: Biarkan
cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.
5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan
bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa
Baginda bersabda:
:
:
Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Aku juga begitu.
:
:
Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda
bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga
begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa
qirat.
Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti
Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.
(PENGAJARAN : Dalam urusan sara hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada
usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga
diri atau hina. Pendakwah yang benar dan mulia tidak rela hidup dengan hasil sedekah dan
pemberian orang).
6. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam
bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala
tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,
Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis
perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.
Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama
kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain
judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
(PENGAJARAN : Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup
yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak
dan memerangi mungkar. Ini kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang
mencemuh keperibadiannya ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai
yang kita temui melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; faktor terbesar
orang ramai menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang
tercemar dan akhlak mereka yang menyeleweng).
Marilah kita berusaha memiliki keperibadian dan akhlak yang baik sebagaimana RasuluLlah
saw. Semoga ALlah sentiasa memberi kekuatan dan pertolongan untuk terus memperbaiki
akhlak dan keperibadian kita.
Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun. Tarikh
menerima wahyu pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan.
Menerima wahyu melalui malaikat Jibril.
Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang
Islam membaca
Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
Wahyu kedua al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi
Muhammad saw- sebagai pesuruh Allah.
Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh
alam sejagat.
Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana
dan terancang.
Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah .
Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti
membunuh, menindas dan mencuri.