Anda di halaman 1dari 15

DISEDIAKAN OLEH :

ANDI NORANIESA BINTI NORDIN


FLORINA JIUN
BIOADATA JEAN PIAGET
# Jean Piaget Dilahirkan pada 9 Ogos 1896,
Switzerland.

# Merupakan ahli psikologi dalam bidang


pendidikan.

# Memberi tumpuan terhadap perkembangan


kognitif kanak-kanak.

# Meninggal dunia pada tahun 1980


4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget

·Skema (Schema)

· Penyerapan (Assimilation)

· Pengubahsuaian (Accomodation) dan

· Keseimbangan (Equilibrium)
SKEMA
~ Skema adalah struktur kognitif atau mental yang
membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan
diri dengan keadaan persekitaran.

~ Skema adalah seperti sebuah kabinet yang


menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu
skema.

~ Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai


skema umum dan semakin bayi itu membesar skema
yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu
semakin diperhalusi.

~ Skema adalah proses mencipta, memperhalus,


membuat perubahan, menyusun dan mengurus.
ASIMILASI
~ Asimilasi merupakan proses kognitif di mana
seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru
atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam
skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting)
maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.

~ Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana


manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan
sebuah belon yang semakin membesar apabila
ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan
kualitif.
AKOMODASI
~ Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan
kualitatif serta perkembangan skema (development of schema).

~ Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada,


maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat
itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau
diubahsuai.

~ Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang


sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-
maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.

~ Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan


tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan
sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil
dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
KESEIMBANGAN
* Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian.

* Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat


baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.

* Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai.

• Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan


diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema
yang baru.

• Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap


keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara
berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
4 Peringkat Perkembangan
Kognitif
4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget Dari
kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati
bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berbeza dan berubah melalui empat
peringkat mengikut perubahan umur mereka.

Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai


peringkat sensori motor, pra operasi, operasi
konkrit dan operasi formal. 1- Sensori motor (0-2
tahun)
2- Pra-operasi (2-7 tahun)
3-Operasi konkrit (7-12 tahun)
4-Operasi formal (12 tahun ke atas
1. Peringkat deria motor/
sensori motor (0-2 tahun)

~ Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan


perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;

~ Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);

~ Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan


serta pengulangan proses ke bentuk asal.
2. Peringkat Pra Operasi (2-7
tahun)

~ Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu


(perancangan);

~ Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);

~ Kemahiran berbahasa kian meluas; Tidak mampu menguasai


proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;

~ Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan


perspektif sendiri).
IMPLIKASI TEORI DALAM P&P

~~ Penggunaan BBM yang konkrit;

~~ Arahan ringkas dan difahami;

~~ Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;

~~ Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.


3. Peringkat Operasi Konkrit (7-
12 tahun)

~~ Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi


konkrit;

~~ Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan


(conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu;
prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip
keterbalikan;

~~ Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;

~~ Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;


IMPLIKASI TEORI DALAM
P&P

* Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);

* Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;

* Pembacaan dan pembentangan mudah kepada


kompleks;

* Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;

* Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik


4. Peringkat Operasi Formal
(selepas 12 tahun)

~~ Pemikiran abstrak;

~~ Pemikiran sistematik;

~~ Kebolehan berhipotesis;

~~Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang


lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).
IMPLIKASI TEORI DALAM P&P

~~ Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang


lebih kompleks;

~~ Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian


sesuatu masalah;

~~ Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada


fakta-fakta.

~~ Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam


menyelesaikan masalah secara logik.

Anda mungkin juga menyukai