Anda di halaman 1dari 78

Pengurusan Tingkah Laku

Dalam
Pendidikan Khas

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku


Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini
bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh
dipelajari pada bila-bila masa.
^ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka
merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah
laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi
intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai
dan sistematik._
^Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku
yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial
yang positif bagi seorang individu_
(Bear, Wolf and Risley, 1968)

Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara


terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Lewis M.Beaker (2001)

Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi,


bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.
Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot,
kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap
organ.
Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang
diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Garry Martin & Joseph Pear (2003)

Seseorang individu bertingkah laku mengikut


persepsi diri sendiri dan keadaan.
Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri
yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan
bertindak dengan lebih yakin.
Carl Rogers (1999)

Definisi Menurut Al-Ghazali Dari Perspektif Islam


Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:
Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan
serta tujuan.
Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia
itu sendiri.
Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan
luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluankeperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau
cinta dan takut kepada Allah.
Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan
sesuatu.
Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan
dan kesedaran terhadap satu-satu situasi itu.
Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara
motivasi dan tingkah laku.

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku


^Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai
laku._
(Kamus Dewan, 1979)
Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah
satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi
meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan
tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku
sasaran.
Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi
mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku
diingini.

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku

Perancangan yang rapi


Tentukan individu atau kumpulan
Teknik intervensi yang berkesan
Penilaian secara objektif

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku


Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti
tentang murid pemulihan sebelum program
pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;
setiap murid adalah unik
tiada satu cara yang berkesan dalam semua
keadaan bagi semua murid
proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya
berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid
(aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid
saling berkait).

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku


Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan
intervensi aktif, di mana pelaksana:
i.
memerhati, mengukur dan menilai corak
perlakuan semasa;
ii.
Kenalpasti antecedent dan consequences
persekitaran;
iii.
tentukan objektif tingkah laku baru; dan
iv.
bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau
baiki tingkah laku semasa melalui
manipulasi antecedent dan consequences
yang telah dikenal pasti.
Zirpoli &Melloy (1993)

Perspektif Sejarah
Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat
bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan
oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia
dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu
yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan
tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau
persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas
sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu
mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.

Hasil Kajian Tingkah Laku


Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea
(1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya
dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor
berikut:
i. Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival)
dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra.
ii. Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau
keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu
yang tidak diketahui.
iii. Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk
menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu
yang tidak diketahui.
iv. Perkhidmatan, atau keperluan membantu,
membimbing, mengawal, dan mensejahterakan
kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Hasil Kajian Tingkah Laku


Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukan
bahawa:
^Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini
bermakna tingkah laku baru oleh dipelajari
sepanjang masa._
^Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif
atau tingkah laku suka merosakkan harta
benda boleh di diubah kepada tingkah laku
baru jika individu itu diberi pengajaran._

Model Pengurusan Tingkah Laku

i. Psikodinamik
Teori-teori psikodinamik melihat punca
tingkah laku manusia daripada faktor dalaman
individu itu sendiri.
Tingkah laku ditentukan secara dinamik
melalui pendekatan intrapsychic.
Melalui
perspektif
psikodinamik,
perkembangan personaliti terjadi semasa
kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat
perkembangan psikoseksual (oral stage, anal
stage, phallic, latency, genital).

ii. Biofizikal
Model ini menekankan bahawa punca tingkah
laku adalah secara organik.
Model ini melihat hubungan antara kecacatan
fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit
dengan tingkah laku individu.

iii. Persekitaran
Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku
manusia pada masa kini sangat ketara.
Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan
bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada
persekitaran yang boleh menyebabkan
berlakunya
tingkah
laku
itu
boleh
mengelakkan fenomena tingkah laku itu
berlaku.

iv. Behavioral
Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri
manusia di dalam persekitarannya.
Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh
faktor-faktor luaran di sekelilingya.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah


Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat
dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif
dan tingkah laku bermasalah negatif.

Tingkah Laku Bermasalah Positif


Tingkah laku bermasalah positif bermaksud
tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan
menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan
boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan
kepada
seorang
kanak-kanak
boleh
menyebabkannya
bertindak
keterlaluan
sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas
iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah
kepada dirinya dan juga orang lain.
Beberapa contoh tingkah laku bermasalah
negatif adalah seperti berikut:

i. Disruptif
Perlakuan
sentiasa
mengganggu
perjalanan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di
rumah.

ii. Pergantungan Berlebihan


Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang
lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya
membuat keputusan sendiri.

iii. Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka
memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka
memaki hamun dan sebagainya.

iv. Distruktif
Perlakuan ynag suka merosakkan benda seperti
kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak
poster atau notis di papan kenyataan dan
sebagainya.

v. Kebimbangan
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan
bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang
tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang.

vi. Pengasingan Diri


Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang
kurang disenangi.
Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme
helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.

vii. Ponteng Sekolah


Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke
sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan
membuang masa di tempat lain seperti pusat
membeli belah atau taman permainan.

viii. Enggan Ke Sekolah


Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia
terhadap sekolah.
Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah
dengan keluarga dan bimbang meninggalkan
kawasan rumahnya.

ix. Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya.
Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan
menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan
dipulaukan oleh rakan sekelas.

Punca Salah Laku


Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
berpunca daripada faktor-faktor tertentu.
Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi
punca masalah tingkah laku muridnya supaya
menjadi panduan dalam merangka program
pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut.
Roger
Stancliffe
(tidak
bertarikh)
telah
menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan
masalah tingkah laku kanak-kanak.

Faktor-faktor Masalah Tingkah Laku Kanak-kanak

i. Persekitaran
ii. Tekanan psikologikal
iii. Ketakutan dan fobia
iv. Peneguhan yang kurang sesuai
v. Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. Kesukaran tugasan
vii. Aktiviti dan tahap rangsangan
viii. Kesihatan dan perubatan
ix. Jangkaan tingkah laku

Faktor Persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap
persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan
lain-lain.
Perubahan
tingkah laku akan ditunjukkan
terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami
kecacatan teruk, autisme, dll.

Tekanan Psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah
laku
obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi
tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku
tersebut.
Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan
tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan Fobia


Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap
sesuatu.
Fobia termasuk juga takut tehadap sesuatu yang
berbahaya seperti ular atau ketinggian tetapi
melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut.
Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti
berlari melintasi jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan Yang Kurang Sesuai


Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan
secara tidak sengaja.
Tindak balas semula jadi kita secara serta merta
terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya
menjadikan tingkah laku itu lebih teruk.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan
makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan
beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya.
Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan
ubat kerana
mahukan perhatian daripada ibu
bapanya.

Kemahiran Komunikasi Dan Sosial Yang Terhad


Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa
kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi dalam
kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi
berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi
dengan baik.

Kesukaran Tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak
melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan.
Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan
masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti Dan Tahap Rangsangan


Kekurangan aktiviti
yang
membina
akan
menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku.
Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi
mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu
mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu
untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan Perubatan


Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan
dengan
keadaan
kesihatan
tertentu
boleh
menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh
menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan Tingkah Laku


Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan
tingkah laku kanak-kanak dan membiarkannya.
Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak
tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya.
Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan
anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut
dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

Kesan-kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran


Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran
adalah jelas, antaranya adalah:
i. murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru
ii. mengganggu
perjalanan
pengajaran
dan
pembelajaran
iii. sukar memahami pengajaran guru
iv. gagal menyiapkan tugasan yang diberi
v. enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti
berkumpulan

Prinsip-prinsip Asas Mengurus Tingkah Laku


Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru
yang khusus dalam bidang tersebut.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah
prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip
pengurusan tingkah laku.

i. Prinsip Peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal,
meningkat, atau mengurangkan tingkah laku.
Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran)
yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.
Ganjaran merupakan sesuatu objek atau situasi yg
dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau
kelakuan pada masa kini atau memungkinkan
peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Ganjaran yang diberi mestilah sesuatu yang disukai
oleh murid.

Jenis-jenis Ganjaran
i.

ii.
iii.
iv.

Tangible
- makanan /minuman (edible)
- barangan seperti mainan dan permainan (nonedible)
Sensory
- sentuhan (tactile), penggetar (vibratory) ,
wangian (olfactory), visual, auditory
Sosial
- pujian, senyum, beri perhatian, kontak mata,
tepukan, sentuhan, pelukan
Aktiviti
- lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton
televisyen, dll

Jadual Peneguhan
Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut
jadual berikut:
i. ZContigent[ t diberi setiap kali tingkah laku
yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan
untuk mengekalkan tingkah laku tersebut.
ii. ZContinuous[ t diberikan kepada setiap
tindak balas yang murid berikan. Kebiasaannya
pada awal program untuk membentuk/melatih
perlakuan baru
iii. ZIntermitten[ t diberi secara berkala tanpa
dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku.
iv. Penjadualan nisbah (ratio schedules)

iv. Penjadualan Nisbah (Ratio Schedules)


a. ZFixed ratio[ - penjadualan tetap nisbah perlakuan
(bilangan)
b. ZVariable ratio[ t bilangan perlakuan yang berbeza
dalam tempoh tertentu (masa)
c. ZFixed interval[ t penentuan jangka masa yang tetap
(setiap 10 min)
d. ZVariable interval[ t penentuan jangka masa yang
tidak tetap (9,4,9,15,13 min)

Prinsip Pengurusan Tingkah Laku


Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu
memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku
berikut:
semua tingkah laku dipelajari
semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus
tingkah laku boleh diajar dan diubah
matlamat perlu jelas dan khusus
program perlu secara individu
program perlu fokus masa kini (semasa)
program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

Langkah-langkah Dalam Proses Perubahan Tingkah Laku


Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan
mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Memilih tingkah laku sasaran:
Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah
dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses
perubahan.

Panduan Memilih Tingkah Laku Sasaran:


i.

Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa:

Masalah yang membahayakan diri dan orang lain


Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid
lain
Masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain
Masalah yang tidak sesuai dengan umurnya
Masalah yang terlalu kerap berlaku
Masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidangbidang tertentu
Masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri
daripada berinteraksi dengannya
(Zirpoli & Mellow, 2001)

Panduan Memilih Tingkah Laku Sasaran:


ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan:

Jenis tingkah laku


Kekerapan berlaku
Jangka masa berlaku
Tahap keterukan
Jumlah keseluruhan tingkah laku

Panduan Memilih Tingkah Laku Sasaran:


iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama
ada meningkat atau mengurang.
iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.
v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.
vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan
khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

Mengumpul Dan Merekod Data


Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah
laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah
laku yang hendak diubah.
Maklumat atau data yang terkumpul dikenali
sebagai [_a_o]v_ _aa[.
Tujuan mengumpul data:
i.

Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam


sehari
ii. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku
iii. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai
corak / bentuk tertentu
iv. Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Mengumpul Dan Merekod Data


Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui
pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknikteknik berikut:
Rekod naratif
Rekod anekdot
Rekod naratif Berterusan
Rekod kejadian (Event recording)
Rekod kekerapan
Rekod jangka masa (Duration)
Rekod had masa (Interval)
Rekod sampel masa

Melaksana Intervensi
Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline
data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru
dapat melaksanakan program intervensi untuk
mengurus tingkah laku tersebut.
Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti
untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah
laku itu itu berlaku.
Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang
hendak dilaksanakan.
Progam
intervensi
dilaksanakan
dengan
menggunakan strategi untuk meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku.

Program Intervensi Dijalankan Dalam Tiga Fasa


i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas intervensi

i. Fasa Pra Intervensi


Dikenali sebagai ^baseline period_, iaitu guru akan
mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku
murid melalui pemerhatian
tanpa sebarang
intervensi .
Rekod baseline data ini akan djadikan perbandingan
dengan rekod baseline data selepas intervensi.

ii. Fasa Intervensi


Setelah guru berpuas hati dengan data yang
diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru
boleh memulakan program intervensi yang
dirancangkan.
Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah
laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti
dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf
bahagian fasa intervensi.
Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekurangkurangnya selama dua minggu.

iii. Fasa Selepas Intervensi


Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk
menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam
tempoh intervensi dapat dikekalkan.
Tingkah laku murid akan terus diperhati dan
direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas
intervensi.

Menilai Keberkesanan Intervensi


Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan
ditunjukkan
melalui
geraf
sama
seperti
rekod baseline data.
Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian
akan
dilakukan
sekali
lagi
untuk
mendapatkan baseline data yang kedua.
Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan
selepas program intervensi dilaksanakan.
Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang
diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh
melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan
mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian
tingkah laku yang lain.

Strategi Dan Prosedur Pengurusan Tingkah Laku


Meningkatkan Tingkah Laku
Mengurangkan Tingkah Laku
Strategi pengurusan tingkah laku mengikut
model

i. Meningkatkan Tingkah Laku

Peneguhan positif
Peneguhan negatif
Pembentukan (shaping)
Kontrak
Ekonomi token
Modeling
Rantaian (chaining)
Pengaburan/pelunturan (fading)

ii. Mengurangkan Tingkah Laku

Penghapusan (extinction)
time-out[
Kejemuan (satiation)
Hukuman/dendaan
disensitisasi
^}__}__]}v_
^R_}v_ _}_

iii. Strategi Pengurusan Tingkah Laku Mengikut Model

biofizikal
psikodinamik
behavioral
persekitaran

ISU DAN ETIKA

Pengenalan
Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah
laku kita mestilah sentiasa ingat bahawa tindakan
yang diambil tidak melanggar etika dan hak asasi
kanak-kanak.

Hak Asasi Kanak-kanak


Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah
menggariskan tiga prinsip sebagai panduan:
i. Normalisasi
ii. Keadilan
iii. Penghormatan

i. Normalisasi
Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang
berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir
senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan
perhatian:
Persekitaran sebenar kanak-kanak.
Persamaan dan perbezaan dalam kalangan berbagai
kumpulan dalam masyarakat.
Pengetahuan
tentang
pertumbuhan
dan
perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan, dan
ketidak upayaan.

ii. Keadilan
Prinsip keadilan berlandaskan [__ }__yang
[
mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada
kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan yang tidak
adil:
Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara
sistematik.
Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha
membantu.
Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan
yang diperlukan.

iii. Penghormatan
Prinsip penghormatan
menjelaskan tentang hak
seseorang untuk dilayan sebagai manusia dan bukan
seperti haiwan atau hanya statistik. Contoh tindakan yang
salah:
Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi)
Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi
gelaran)
Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang
untuk berjaya)
Pemisahan (salah penempatan di kelas khas)
Pengasingan (penggunaan []u_}[ secara tidak
konsisten dan lama
Pengubatan (salah guna ubat kawalan)
Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)

Penglibatan Ibu Bapa


i. reaksi ibu bapa
ii. keperluan latihan
iii. hubungan rumah dengan sekolah

i. Reaksi Ibu Bapa

redha dan bersyukur


keliru t akibatnya timbul berbagai reaksi
salah diri
tidak gembira / murung
rasa bersalah
penafian
menyalahkan orang lain
menarik diri
mengelak diri
pemarah dan memencilkan diri
bermusuhan
terlalu mengharap
kecewa
tidak dapat terima sama sekali.

ii. Keperluan Latihan


Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa
depan anak-anak mereka, oleh itu mereka perlu diberi
pendedahan berikut:
Cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang
upaya.
Penerangan pakar perub atan / psikologi / kaunseling
dsb.
Perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah
berjaya.
Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi
bantuan, pendidikan / latihan dsb.

iii. Hubungan Rumah Dengan Sekolah


Para pelaksana perlulah berusaha menarik Ibu bapa
untuk melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang
dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama
terlibat.
Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang
dijalankan di rumah supaya ada kesinambungan.

Konsep Normalisasi
Terma falsafah yang bermaksud memberi hak dan
peluang kepada mereka yang berkeperluan khas
untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan
sesempurna mungkin.

Konsep ZDue Process


Terma perundangan yang bermaksud hak untuk
didengari sama ada daripada mereka yang
berkeperluan khas sendiri, kaum keluarga mereka
dan juga orang yang diperturunkan kuasa.

Anda mungkin juga menyukai