Anda di halaman 1dari 1

Teori Tingkahlaku BF Skinner

konsep Pelaziman Operan

Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut memfokuskan kepada
sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini merupakan satu
proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku
sebelum ini secara sistematik.

Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung merpati sebagai satu
objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan makanan jagung. Makanan jagung adalah
rangsangan tidak terlazim dan juga berbentuk peneguhan. Apabila burung merpati menekan selak
berkali-kali dan makanan terkeluar, maka tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan peneguhan.

Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan makanan yang lazat dan
rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.

3.3 Teori Kognitif Sosial

Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan yang
dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang tidak nyata
seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan. Teori Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai
Teori Pembelajaran Sosial mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang
menekankan peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.

Anda mungkin juga menyukai