Anda di halaman 1dari 8

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID-MURID KHAS.

Definisi dan Konsep Bermula dari tahun 1920-an,kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan factor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.

Pada umumnya,hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa: Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif,suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti,iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang individu. (Bear, Wolf and Risley,1968) Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku. (Kamus Dewan,1979)

Langkah langkah Mengenal Pasti Tingkah Laku. Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Rashidah. Bagi memulakan program pengurusan tingkah laku,guru-guru pendidikan khas perlu menjalankan beberapa langkah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah: Mengesan tingkah-tingkah laku bermasalah Memerhati dan merekod (a) Untuk tingkah laku berterusan

Time sample recording Interval(sela) (b) Untuk tingkah laku diskrit peristiwa semasa(event) hasil tugasan(out come of a given task) (c) Self-recording(merekod tingkah laku sendiri) Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubahsuai(berdasarkan keutamaan) Mengakaji punca tingkah laku yang telah dikenal pasti Merancang program intervensi yang sesuai

Mengumpul Data. Data yang telah dikumpul dapat membantu guru mengenal pasti sama ada masalah tingkah laku wujud,sejauh mana keterukan dan keberkesanan strategi-strategi dalam pengubahsuaian tingkah laku.

Langkah-langkah untuk mengumpul data adalah seperti berikut: menyatakan tingkah laku dalam bentuk yang khusus dan boleh diperhati memutuskan samaada tingkah laku itu dilakukan secara berterusan atau secara diskrit. merekod data sama ada secara graf.

Langkah-langkah Dalam Pengurusan Tingkah Laku.

Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Yus. Pengurusan tingkah laku merupakan satu dokumen bertulis yang telah dirancang,dibina,dilaksanakan dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

Salam sejahtera. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut. Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku melibatkan perkara-perkara berikut: memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut. menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai mengenal pasti masa perlaksanaan bagi tiap peringkat memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai menentukan ganjaran dan dendaan(reinforce and punishment) menjalankan program melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala tindakan intervensi susulan(berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai) memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih(positif) dikekalkan atau ditingkatkan

Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Shamsudin. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus,beberapa perkara utama perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu: apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? tingkah laku yang mana harus diberikan keutamaan?

bila tingkah laku itu berlaku? kekerapan tingkah itu berlaku. apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku? bagaimana hendak mengurus tingkah lkau tersebut?

STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU. Pelupusan dan peningkatan Tingkah Laku. Strategi pelupusan atau pengurusan tingkah laku yang telah dipilih mestilah sesuai dengan mengambil kira beberapa faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal,emosi,mental,tahap keterukan dan juga faktor pengaruh persekitaran,dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Meningkatkan Tingkah Laku. Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Norazlina. Strategi meningkatkan tingkah laku melibatkan beberapa teknik-teknik yang boleh dipilih seperti berikut: (1) Ganjaran (reinforces) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu: Ganjaran Primeir(makanan,minuman dan lain-lain) Ganjaran sosial(senyuman,pujian) Ganjaran sekunder(token,kupon,mainan,bintang dan lain-lain)

(2) Pembentukan(shaping) pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. (3) Prompting

digunakan untuk mendapatkan ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan,gerak badan dan fizikal. (4) Modelling menggunakan watak-watak(murid,guru)yang dusukai dan dihormati untuk diteladani atau diikuti oleh murid. (5) Terapi muzik/seni menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi,kebimbangan dan melepaskan perasaan yang tertekan. (6) Kontrak perjanjian(contingency contracting) adalah persetujuan antara dua pihak atau lebih(guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan Berjaya jika murid faham akan kesan yang akan berlaku. Kontrak tingkah laku yang berkesan mesti mengandungi kenyataan tentang beberapa perkara berikut: Apakah matlamat kontrak itu dan mengapa kenapa membina kontrak itu? Apakah tingkah laku khusus yang dilakukan murid yang membolehkannya menerima ganjaran? Apakah peneguhan atau dendaan yang akan diberi? Jangkamasa yang ditetapkan hendaklah jelas. Siapakah yang bertanggungjawab mengurus tingkah laku dan bagaimana tinglkah laku itu diurus? Kekerapan dan dengan siapa kontrak ini akan dinilai?

Apa yang penting,kontrak ini harus dijelaskan dengan terperinci kepada murid secara bertulis dalam berbagai bentuk dengan cara menjelaskan secara terperinci tangguang jawab setiap pihak yang terlibat.

Mengurangkan Tingkah Laku. (1) Penamatan/pelupusan memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif. (2) Pengasingan(time-out,suspension) menempatkan murid berasingan daripada kumpulan sama ada di penjuru bilik,bilik khas jika murid telah atau masih melakukan masalah tingkah laku. mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan (3) Desensitization tindakan-tindakan secara bransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan Contohnya: takut bercakap di depan kelas atau fobia akibat sesuatu. (4) Kejelakan(satiation) membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. (5) Bimbingan dan kaunseling pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku

(6) Fading (pelunturan/pengkaburan) mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan (7) Response Cost menarik balik ganjaran yang diberi.

Penglibatan ibu bapa dalam Program Pengurusan Tingkah Laku. Peranan ibu bapa Ibu bapa boleh terlibat dalam pengesanan,pengujian dan membina program,mengajar dan penilaian Bentuk penglibatan Mengenal pasti dan merujuk Diberitahu dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk membina program Kaji dan temuduga sejarah hidup murid Pengujian secara formal Memerhati dan membuat cacatan/rekod Melibatkan murid dalam pengujian(assessment) Harapan ibu bapa dan juga harapan professional

Perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa Persediaan untuk perjumpaan Cara komunikasi Melaporkan sebarang keputusan Membentuk matlamat program

Due process -

Kelulusan untuk penempatan

Dalam due process,hak dan tanggung jawab ibu bapa diperjelaskan

Memantau perlaksanaan program Kerjasama ibu bapa Kerjasama ibu bapa dengan professional dapat menjamin Berjaya ata tidaknya sesuatu program itu. pendidikan ibu bapa Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas,keperluan anak-anak Latihan cara untuk berkomunikasi,terapi,kaunseling,perundangan Membina rangkaian(net working)- kelab sokonganibu bapa. Merupakan satu proses yang akan berlaku secara berterusan

Anda mungkin juga menyukai