Anda di halaman 1dari 20

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 87

UNIT PELAJARAN 8 MODIFIKASI TINGKAH LAKU


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep modifikasi tingkah laku. 2. Menjelaskan konsep peneguhan 3. Menerangkan teknik-teknik modifikasi

PENGENALAN

ingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara

terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otototot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Mengikut (PL94-142) masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 88

pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikapingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pulaterbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU a. Personal Tools


Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pendekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini

dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.

b.Preventives Technique.
Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.

c.Correction Measure.
Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 89

menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitandengan tingkah laku tersebut.

PENAKSIRAN TINGKAH LAKU


Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpurapura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanakkanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Menurut David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Manakala menurut Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah prosespengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan megenai pelajar. Bailey dan Woldery 1992, penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanakkanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 90

memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yg memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

DEFINISI PENEGUHAN Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachin (1991), peneguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu dan untuk mengurangkan tekanan serta meransangkan otak.

JENIS-JENIS PENEGUHAN

Peneguhan terbahagi kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan

peneguhan

negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, member hadiah dan sebagainya. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri positif yang member kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa pilih kasih , memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas d an bersistematik. Hanya tingkah laku yang

spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru mestilah ikhlas ketika member peneguhan Peneguhan negatif pula ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja sekolah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (leteran bapa).

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 91

Menurut skinner, terdapat enam jenis peneguhan yang boleh dipertimbangkan oleh seseorang guru dalam mengurus tingkah laku murid. Antara peneguhan yang boleh digunapakai ialah seperti berikut,peneguhan Positif, peneguhan negatif, peneguhan simbolik, peneguhan aktiviti bebas, peneguhan tangible dan peneguhan sosial. Perkara yang perlu diambilkira oleh seseorang guru semasa memilih peneguhan yang sesuai dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku murid ialah keadaan fizikal murid. Guru perlu melihat keadaan fizikal murid sama ada jenis peneguhan yang akan digunakan itu bersesuaian dengan murid atau memberi kesan lain terhadap murid. Contohnya bagi murid yang terlalu pasif tidak berminat untuk dilibatkan dalam aktiviti membaca dalam kumpulan. Seterusnya, persekitaran murid. Guru juga perlu ambil kira persekitaran murid supaya peneguhan yang dijalankan lebih berkesan dan praktikal. Contohnya persekitaran murid yang mempunyai sosio ekonomi yang rendah lebih cenderung untuk mengharapkan barangan atau makanan. selain itu juga,masalah tingkah laku yang dipamerkan oleh seseorang murid itu. Di sini guru perlu bijak menyesuaikan jenis peneguhan yang sesuai mengikut masalah yang dipamerkan. Ini bertujuan supaya jenis peneguhan yang dipilih itu bersesuaian dan akan menampakkan kesan sewaktu proses mengurus tingkah laku sasaran. Apa yang penting ialah tindakan memilih jenis peneguhan yang sesuai dengan masalah yang dipamerkan oleh murid haruslah bertujuan untuk menggalak ataumenghapus sesuatu pelakuan yang hendak diubah.

Prinsip-prinsip peneguhan merupakan peraturan yang boleh diaplikasi dalamproses perubahan tingkah laku. Prinsip-prinsip berikut haruslah diutamakan ialah peneguhan bergantung kepada tingkah laku sasaran yang dipamerkan dan setelah tingkah laku sasaran itu dipamerkan barulah peneguhan diberikan. Selain itu, tingkah laku sasaran diteguhkan sebaik sahaja ia ditunjukkan. Ini penting terutama pada peringkat awal proses mengubah tingkah laku. Jika ia ditangguhkan atau diabaikan ditakuti tingkah laku yang bukan sasaran secara

tidak sengaja akan diberi peneguhan.Pada peringkat awal, proses perubahan tingkah laku, tingkah laku sasaran perlu diteguhkan setiap kali ia ditunjukkan. Ini adalah kerana tingkah laku baru terbentuk itu perlu dijadikan sebahagian daripada tingkah laku harian murid supaya murid tidak keliru tingkah laku yang mana hendak

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 92

diteguhkan. Seterusnya, apabila tingkah laku sasaran mencapai tahap yang memuaskan, ia perlu diteguhkan tanpa berkala. Ini bertujuan supaya tingkah laku ini masih ditunjukkan walaupun peneguhannya tidak lagi diberi sepenuh masa. Murid akan tertunggu tetapi tidak tahu bila tingkah laku ini akan diteguhkan.

Peneguhan sosial perlu diberikan bersama-sama dengan peneguhan tangible (material ). Ini adalah kerana, tujuan perubahan tingkah laku adalah kepuasan pencapaian diri pelajar dan bukan hanya kepada peneguhan material sahaja. Apabila melaksanakan proses perubahan tingkah laku dan semakin meningkat tingkah lakunya, pemberian peneguhan berbentuk material perlu diberhentikan tetapi teruskan dengan peneguhan sosial.

a)

Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah apa sahaja yang digunakan atau dilakukan untuk menggalak atau menghapus sesuatu pelakuan. Ransangan yang memuaskan diberikan terhadap sesuatu tingkah laku supaya diulangi. Biasanya pemberian yang menyenangkan atau menyeronokkan. Semua guru yang berwibawa sedia maklum segala galakkan dan pujian yang tertentu mahu pun ganjaran jangka pendek lebih berkesan daripada dendaan. Murid belajar dengan lebih pantas dan lebih berkesan jika mendapat ganjaran di atas pelakuan dan perubahan tingkah laku. Ini kerana, apabila mendapat pujian atau barangan daripada guru, murid akan rasa dihargai dan meningkatkan motivasi diri. Selain itu, minat, usaha, harga diri berkait rapat dan lebih berkesan ke arah membentuk peneguhan positif. Ini lebih kepada jenis masalah yang dipamerkan oleh seseorang murid dan ciri-ciri yang ada pada murid berkenaan. Peneguhan ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan asas yang mana lebih bersifat material seperti pemberian bunga,hadiah dan makanan. Manakala yang kedua ialah peneguhan lazim yang lebih bersifat spontan seperti pujian dengan katakata atau bahasa badan.

b)

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah apa sahaja yang dilakukan sebaik sahaja pelakuan yang ditunjukkan dan hasilnya ialah pelakuan yang tidak diulangi lagi. Dengan kata lain, suatu ransangan yang menyeronokkan diberhentikan dari persekitaran individu agar

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 93

keadaan akan jadi lebih menyenangkan. Antara jenis peneguhan negatif ialah deraan, pelupusan rangsangan yang tidak menyeronokkan dan sebagainya. Peneguhan negatif dilakukan segera sebaik sahaja pelakuan negatif

ditunjukkan.Murid yang dikenakan atau menerima peneguhan negatif mestilah tahu kenapa mereka dikenakan peneguhan negatif. Ini penting agar tidak berlakunya penderaan atau tindakan diluar batas normal dan mengelak daripada berlakunya penginayaan. Peneguhan negatif tersebut mestilah kekal dan bersifat adil kepada sesiapa sahaja yang dikira sesuai dikenakan peneguhan negatif. Peneguhan negatif dikenakan atas dasar sayangkan murid dan bukan bertujuan untuk balasan atau mengikut emosi marah. Sebagai contoh, Ahmad, awak tinggal di dalam bilik ini dan siapkan kerja sebelum awak ke bilik muzik bersama-sama kawan lain

c)

Peneguhan Simbolik

Merupakan

jenis

setem,

binatang

dan

lain-lain

simbol. Guru

juga

boleh

menggunakan simbol secara lebih bersistematik atau

terancang dan dapat

dikembangkan sebagai satu hasil. Selain itu, carta yang ditampalkan dengan setem boleh digunakan untuk menunjukkan perkembangan kejayaan pelajar dan ini juga satu peneguhan kepada pelajarlebih-lebih lagi jika mereka sendiri yang meletakan setem / pelekat ke atas carta setiap kali individu itu menerima pujian. Pada tempoh tertentu, guru boleh memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada murid yang dapat mengumpul kutipan objek tertinggi dan yang berikutnya. Hadiah yang dijanjikan perlulah bermanfaat kepada murid dan dapat membantu murid dalam pembelajaran mereka. Contohnya pensel, pensel warna, buku latihan dan sebagainya.

d)

Peneguhan Aktiviti Bebas

Guru menawarkan aktiviti khas sebagai ganjaran dan peneguhan. Bentuk- bentuk aktiviti adalah pelbagai seperti bermain,membaca, mengisi masa lapang, tidak perlu buat kerja rumah boleh digunakan. Ini boleh dirunding berdasarkan kontrak. Pembinaan kontrak itu perlu ada matlamat yang mana kenapa peneguhan itu diberikan dan mengapakah seseorang murid itu layak untuk menerima ganjaran. Pemilihan peneguhan jenis ini dapat memberi keyakinan kepada murid dan

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 94

menggalakkan murid meningkatkan motivasi diri di samping melihat keberkesanan kontrak ke atas tingkah laku sasaran.

e)

Peneguhan Tangible

Token, pelekat dan point atau berbentuk makanan ( gula-gula, aiskrim danlain-lain yang mempunyai nilai-nilai tertentu). Semua peneguhan hendaklah dilaksanakan secara sistematik. Pemilihan peneguhan jenis tangible perlu dicatatkan atau mempunyai rekodagar tidak berlaku pilih kasih dan dapat membuat penilaian kepada tingkahlaku bermasalah yang dipamerkan. Pemberian ganjaran perlu dipamerkan dalam bentuk jadual peneguhan di dalam kelas agar murid sendiri dapat membuat penilaian dan ada rasa ingin bersaing mengekang tingkah laku negatif.

f) Peneguhan Sosial

Merupakan peneguhan yang disukai dan diterima oleh ramai murid.Peneguhan sosial telah terbukti berkesan bukan sahaja unuk guru menukar dan mengekal tingkah laku murid ( Kirby & Holborn ), malah murid juga dapat menukar dan mengekal tingkah laku guru ( Polivistok & Greer, 1977 ).

g) Expresi tanpa lisan

Ekspresi tanpa lisan ialah gelak, senyum kenyit mata, mengangguk, tepuk tangan dan lain-lain. Ini boleh dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan akan dapat dilihat pada riak wajah murid yang mendapat gerak lisan seperti di atas daripada guru. Murid akan lebih berkeyakinan dan dapat memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

g)

Keistimewaan Individu

Seterusnya, keistimeweaan individu ialah guru memberi ganjaran kepada individu tertentu. Sebagai contoh, menjadi ketua permainan atau ketua darjah, menaiki kereta bersama-sama guru. Peneguhan positif untuk individu. Seperti pujian terhadap tingkah laku. Contohnya Saya suka lihat Rizal, dia tekun habiskan kerja.Selain itu

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 95

juga, guru yang berwibawa mestilahIktiraf setiap murid.Guru juga mestilah memberi kata-kata perangsang disebut atau ditulis di dalam buku murid. Kenyataanpositif dihantar kepada ibu bapa. Pada buku latihan yang ditanda, elakkan daripada memangkah.

PRINSIP-PRINSIP PENEGUHAN Pengukuhan merupakan salah satu cara untuk mengubah tingkah laku kanak kanak yang bekeperluan khas dengan berkesan. Pengukuhan mestilah diberikan dengan secepat mungkin, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa pengukuhan bermaksud ketetapan, penetapan, mengesahkan, menetapkan, menentukan, mengukuhkan (kebenaran sesuatu) dan penentuan dalam sesuatu

perkara. Peneguhan mestilah diberi atau dilakukan oleh guru pendidikan khas dengan secepat yang mungkin supaya tingkah laku negatif kanak kanak dapat dibendung. Pengukuhan boleh dilaksanakan melalui pemberian pengehuan secara tengibel atau barang yang bolah dipegang serta boleh di makan, contohnya, gula gula atau biskut supaya mereka dapat mengurangkan tingkah laku murid yang suka mengetuk pensil semasa guru sedang mengajar.

Selain itu, pengukuhan juga haruslah diberi lebih kerap pada peringkat awal intervensi. Pada peringkat intervensi, guru dapat memastikan tingkah laku yang

membimbangkan guru tersebut, dan guru boleh memulakan langkah seperti guru mestilah mengenal pasti tingkah laku pelajar dan kemudian berusaha untuk

mendapatkan data yang sesuai , contohnya, sekiranya, pelajar tersebut bertingkah laku , modifikasi yang seawal mungkin harus dilakukan kerana tingkah laku ini akan memberikan kesan terhadap pembelajaran, contohnya pencapaian mereka dama pelajaran rendah kerana tidak dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

Seterusnya, prinsip

pengkuhan juga adalah kurang pengawasan apabila

tingkah laku pelajar sampai ke tahap yang memuaskan. Pengawasan terhadap pelajar tersebut hendaklah dikurangkan oleh guru supaya mereka berasa selesa dan terancam ketika berada di dalam kelas. Guru juga boleh melakukan pendekatan seperti hanya membuat perhatian dari jarak yang atau melihat sahaja perbuatan

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 96

yang dilakukan di dalam kelas sehingga mereka sendiri menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan oleh guru mereka.

Disamping itu, prinsip pengukuhan juga boleh dibahagikan kepada peneguhan sosial yang perlu dilakukan dengan peneguhan tengibel. Peneguhan sosial merupakan pengukuhan yang disukai dan diterima oleh ramai murid . Peneguhan sosial terbukti berkesan dan bukan sahaja untuk guru menukar dan mengekang tingkah laku murid (Kirby & Horborn) malah murid juga dapat menukar dan mengenal pasti tingkah laku guru ( Polivistik & Greer ,1977). Peneguhan tengibel seperti token, pelekat atau point berbentuk makanan seperti gula gula dan aiskrim yang dilaksanakan secara sisitematik. Pemilihan jenis peneguhan yang tengibel perlu dicatatkan dan mempunyai rekod agar tidak berlaku pilih kasih dan dapat membuat penilaian kepada tingkah laku yang dipamerkan. Pemberian ganjaran perlu dipamerkan dalam bentuk jadual peneguhan di dalam kelas agar murid sendiri dapat membuat penilaian dan juga menimbulkan rasa ingin mengekang tingkah laku yang negatif.

Peneguhan juga mestilah sesuai dengan tingkah laku yang dihadapi pelajar tersebut. Peneguhan mestilah mengambil kira keadaan fizikal murid sama ada jenis peneguhan yang akan digunakan itu bersesuaian dengan murid atau memberi kesan lain terhadap murid. Contohnya, bagi murid yang terlalu pasif tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca dalam kumpulan. Selain itu, perlu mengambil kira masalah tingkah laku oleh seseorang murid itu. Guru perlu bijak menyesuaikan jenis peneguhan yang sesuai mengikut masalah yang dipamerkan. Ini bertujuan supaya jenis peneguhan yang dipilih itu bersesuaian dan akan menampakkan kesan baik serta untuk mengurangkan hendak diubah. atau menghapuskan sesuatu perlakuan yang

MAKSUD MODIFIKASI TINGKAH LAKU Definisi modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif.Langkah-langkah yang bersisitematik ialah Seperti mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah. Selepas itu,menetapkan matlamat dan menentukan strrategi bertindak, merancangprosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 97

mengikut

plan

bertindak

menilai

keberkesanan

dan

mengubah

plan

jika

perlu,seterusnya memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Modifikasi tingkah laku ialah analisis gunaan tingkah laku atau applied behaviour analysis adalah pengunaan sistematik prinsip -prinsip psikologi ke atas individu untuk fahaman dan mengubah tingkah laku.

Selain itu juga, modifikasi tingkah laku yang dipetik oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) adalah bermaksud usaha menggunakan prinsip -prinsip psikologi dan juga prinsip-prinsip psikologi eksperimental yang lain untuk tingkah laku bermasalah. Ia menumpukan fokus terhadap tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit tentang masalah yang perlu diubah. Sesuatu rawatan itu telah dikatakan berkesan apabila tingkah laku bermasalah itu telah diubah.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah lakunegatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku positif, menyelesaikan bilik darjah tingkah yang laku bermasalah dan yang kondusif berlaku, untuk

demimembentuk

iklim

berdisiplin

aktivitipengajaran dan pembelajaran.

Menurut Saayah Abu(2008) tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang tindakan yang melibatkan tingkah laku mereka.

TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI

Pertamanya, peneguhan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yangdiingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagaiganjaran untuk mendorong murid murid memberi tumpuan

semasabelajar.seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakalapeneguhan negatif operanditambah dengan ialah kebarangkalian atau berulangnya tingkah stimuli laku yang

memindahkan

menghapuskan

mengganggu.Seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 98

akan

dapatmenambahkan

peluang

murid-murid

lain

supaya

meneruskan

aktivitipembelajaran mereka tanpa gangguan.

Seterusnya,

denda

ialah

tindakan

yang

dikenakan

bertujuan

untuk

menghentikan sesuatutingkahlaku negatif.Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui olehmurid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan danberpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengarmenukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu

belajar.MenurutSkinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya muriddidenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid teerhadap bidang tersebut.

Reverse Psyclogy merupakan teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekali gus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik.

Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melaluibeberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindakbalas yang dfiharapkan. Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidakmelakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini.

Kontrak(lisan dan bertulis) ialah membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salahsatu cara yang berkesan untuk

memodifikasikan tingkah laku nagatif kepadapositif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkanmurid bahawa dia akan dikenakan tinadakan yang beratsekiranya melakukankesalahansebagaimana perjanjian yang telah dibuat.

Modifikasi melalui proses pembiasaan (fizikal, mental, emosi dan sosial). Bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklahdibuat dari semasa ke semasa. Langkah-langkah untuk melaksanakan modifikasitingkah laku melalui proses pembiasaan sepertimengenal pasti tingkah laku bermasalah yang

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 99

ditonjolkan oleh pelajardalam bilik darjah. Seterusnya, menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yangdikehendaki. Kemudian, memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikantingkah laku yang dikenal pasti dan peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatifkepada positif, mengikut matlamat pencapaian yang ditentukan.

Selain itu juga, terdapat modifikasi tingkah laku melalui dalaman atau kendiri. Contohnya dalam pengurusan kendiri. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah menetapkan tingkah laku yang hendak dicapai oleh murid. Seterusnya, murid berusaha mengubah tingkah lakunya. Kemudian, murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak atau carta.

Seterusnya, modifikasi tingkah laku kognitif iaitu kaedah menggunakan konsep arahan kendiri utk ubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah modeling kognitif iaitu guru melakukan sesuatu tugasan sambil memberi arahan secara lisan. Selain itu juga, melalui bimbingan luaran, murid lakukan tugasan yang sama di bawah bimbingan guru. Seterusnya, bimbingan

kendiri (nyata), murid lakukan tugasan yang sama melalui arahan kendiri secara lisan, Bimbingan Kendiri (tidak nyata) , murid membisikkan arahan sendiri sambil menghabiskan tugasan dan langkah yang seterusnya, arahan diri terselindung,

murid melakukan tugasan secara membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.

Cara modifikasi tingkah laku yang seterusnya ialah melalui ubah suai luaran (modelling)iaitu, peniruan melalui pemerhatian tingkah laku model yang secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya.Modifikasi tingkah laku ubah suai luaran berkaitan dgn teori pemodelan Bandura (1963). Bandura, kemuka Teori

Pemerhatian (peniruan atau pemodelan) bagi jelaskan tingkah laku sosial yg dipelajari kanak-kanak.

Cara-cara modifikasi yang seterusnya ialah melalui proses pembiasaan. Peneguhan positif penting utk menambah kebarangkali gerak balas murid-murid. Manakala Peneguhan negatif membawa kesan tidak seronok akan mengulangi

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 100

tingkah laku operan yg diingini. Dan

dalam proses pembelajaran, konsep

diskriminasi adalah penting untuk capai kejayaan.

CARA-CARA GALAKKAN TINGKAH LAKU POSITIF

Pujian juga dapat membaiki tingkah laku pelajar. Untuk membentuk tingkah laku yang positif dalam kanak-kanak berkeperluan khas, kita mesti utamakan murid-murid yang tunjukkan tingkah laku positif dan berikan pujian secara sistematik, cermat, betul, efektif dan ikhlas. Pujian yang diberikan haruslah diberi kepada tingkah laku yang diingini sahaja . selain itu juga, menjelaskan dengan tepat tingkah laku yang diingini dan boleh dipercayai. Cara-cara pujian yang berkesan ialah pujian itu, mestilah jelas dan sistematik. Pastikan pujian adalah berkait rapat dengan tingkah laku yang bersesuaian. Pastikan murid memahami akan pencapaian atau gerak balas spesifik yang sedang diuji. Selain itu, guru harus menyebut nama pelajar, bukan secara umum. Sebagai contoh, Aminah, Aminah telah menghantar tugasan tepat pada masanya dan Anda seorg pelajar yang tulisan Min cantik. Bagus!. Bukan degan cara bertanggungjawab dan pandai. Seterusnya, guru mestilah jadikan pujian itu betul-betul sebagai peneguhan. Jangan beri pujian pada seorag murid semata-mata untuk mempengaruhi muridmurid lain.Guru juga tidak dibenarkan beri pujian yang tidak sepatutnya kepada pelajar semata mata kerana bersimpati akan kegagalannya. Kejayaan pelajar haruslah disanjung sebagai usaha kebolehannya sendiri. Dengan cara Jangan membuat implikasi bahawa kejayaan seseorang murid itu adalah kerana nasib atau pertolongan org lain. Beri peluang kepada pelajar untuk jelaskan masalah yang dihadapi mereka dan cara yang mereka gunakan untuk menyelesaikannya.

CARA GALAKKAN PENEGUHAN NEGATIF

Murid-murid berada dalam keadaan tidak menyenangkan. Mereka dilepaskan daripada keadaan itu bila tingkah laku berubah. Sebagai contoh, Guru tidak membenarkan murid-murid rehat selagi murid-murid tidak duduk diam atau beratur.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 101

Contoh lain pula, Selagi murid-murid tidak habiskan latihan, mereka tidak dibenarkan menonton tayangan video. Tujuannya adalah untuk kukuhkan tingkah laku yang dikehendaki (duduk diam, beratur dan siapkan latihan) Peneguhan diberi dengan cara keluarkan sesuatu yang kurang menyenangkan apabila tingkah laku yang dikehendaki dilakukan. Pengeluaran sesuatu rangsangan adalah peneguhan negatif. Peneguhan negatif beri peluang kepada murid-murid untuk kawal keadaan. Contohnya, walaupun tidak dapat rehat dan menonton video murid-murid masih berpeluang kawal keadaan. Bila murid-murid lakukan tingkah laku yang diinginkan, pengalaman yang kurang menyenangkan akan hilang.

FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN PROGRAM MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Faktor keberkesanan program modifikasi tingkah laku ialah perlaksanaan secara adil haruslah dilakukan oleh guru pendidikan khas. Guru seharusnya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebit dan membuat penilaian untuk melaksanakan peneguhan yang sesuai dan adil. Sebagai contohnya, sekiranya terdapat dua orang murid mempunyai laku agresif dan suka membuat bising di dalam kelas , guru haruslah menyediakan peneguhan yang adil dan saksama, iaitu memberi token yang sama nilai kepada mereka yang mempunyai tingkah laku negatif yang sama supaya mereka dapat menerima dan berlaku persaingan di antara mereka untuk mendapatkan token yang banyak untuk mendapat hadiah daripada guru mereka.

Selain itu, faktor seterusnya adalah melalui kerjasama dengan pihak yang terlibat, seperti guru, guru guru lain dan ibu bapa pelajar itu sendiri. Kaedah kontrak dalam mengubah tingkah laku murid adalah memerlukan kerjasama

malibatkan persetujuan antara dua pihak atau lebih, contohnya ibu dan bapa telah bersetuju guru untuk mengubah tingkah laku murid tersebut dengan melakukan peneguhan sosial seperti, menasihati anak mereka setiap kali membuat kesilapan ataua tingkah laku negatif di rumah.

Seterusnya, faktor keberkesanan modifikasi tingkah laku juga haruslah dilakukan secara sistematik dan konsisten. Guru mestilah merancang atau

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 102

menyusun segala program yang hendak dilakukan dengan teratur. Contohnya, guru hendaklah menyediakan jadual yang mengandungi senarai tingkah laku yang patut dikurangkan oleh murid sekiranya mahukan token yang banyak supaya dapat makan bersama guru di kantin sekolah. Selain itu, guru juga mestilah menyenaraikan tingkah yang senang dilakukan kepada peringkat yang susah, contonhya, memberikan salam kepada guru mereka apabila terserempak dalam kawasan sekolah ataupun di luar kawasan sekolah.

Selain itu, guru yang melaksanakan modifikasi hendaklah bertangungjawab sekiranya berlaku sebarang kemungkinan terhadap murid tersebut, contohnya, guru haruslah mengubah atau menukar peneguhan sekiranya murid murid tersebut tidak dapat mengikuti peneguhan yang dilaksanakan. Bagi murid yang berkelakuan agresif , guru boleh melakukan kaedah time out untuk mengurangkan sifat agresifnya. Namun, keselamatan murid haruslah diutamakan oleh guru dengan sentiasa mengawasi perlakuan dan membuat pemerhatian terhadap murid semasa berada di sudut time out. Seterusnya , faktor keberkesanan program modifikasi tingkah laku adalah dilakukan hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku yang akan diubah. Contohnya, jika sebelum ini terdapat seorang murid yang tidak mengikuti arahan guru untuk membuat kerja sekolah ketika berada di dalam kelas, setelah peneguhan yang positif yang berbentuk pujian akan menyebabkan murid berasa diri mereka diharagai oleh gurunya dan dia akan mencuba untuk mengubah tingkah lakunya dengan lebih baik

KEPENTINGAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU.

Modifikasi tingkah laku adalah salah satu cara untuk mengubah tingkah laku, kepentingan membuat modifikasi tingkah laku ialah dapat mengubah tingkah laku negatif kepada positif seseorang murid. Peneguhan yang berkesan yang diberikan dengan secepat mungkin seperti pemberian token ekonomi kepada murid yang yang bertingkah laku yang negatif seperti suka murid yang tidak suka duduk diam di dalam kelas atau hiperaktif. Contohnya, apabila modifikasi yang dilakkan berkesan akan dapat mengurangkan tingkah laku negatif dan meningkatkan tingkah laku yang positif kepada murid berkenaan.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 103

Seterusnya, kepentingan membuat modifikasi tingkah laku adalah dapat melahirkan persekitaran kelas yang kondusif dan tenang. Hal ini demikain kerana, apabial peneguhan yang berkesan dilaksanakan oleh seseorang guru akan

menyebabkan tingkah laku murid bertambah baik,contohnya, sekiranya murid tersebut mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan dalam kelas akan dapat mengubah tingkah laku kepada positif setelah peneguhan yang diberikan oleh guru dapat menarik perhatian mereka serta mereka akan mula mengikuti pembelajaran dan pengaran di dalam kelas dengan baik dan berkualiti berbanding dengan sebelumnya setelah guru membuat modifikasi.

Selain itu, murid tidak merasa diri mereka terancam dalam kelas adalah juga merupakan kepentingan guru membuat modifikasi tingkah laku. Perlaksanaan program modifikasi yang berkesan akan dapat mengubah tingkah laku seseorang murid daripada bertingkah laku negatif kepada tingkah laku positif . Jika sebelum ini murid tersebut menjadi tumpuan guru apabila berada di dalam kelas, contohnya, apabila dia berbuat bising ketika guru sedang mengajar, guru dan rakan rakannya akan memberi tumpuan kepada dia seorang sahaja, maka setelah tingkah lakunya di perbaiki , dia sudah tidak lagi menjadi tumpuan guru dan rakannya kerana tingkah lakunya sudah menjadi baik.

Kepentingan

mambuat

modifikasi

tingkah

laku

juga

adalah

dapat

memnunjukkan interaksi yang positif

di dalam persekolahan. Perlakuan ini mula

ditunjukkan apabila guru telah berjaya membuat modifikasi tingkah laku terhadap muridnya, contohnya, jika sebelum ini murid tersebut berkelakuan agresif ketika berada di adalam kelas , setelah peneguhan yang berkesan diberikan oleh guru, seperti ekonomi token yang dapat menarik minat murid tersebut, maka dia akan megubah tingkah laku kepada yang kepada yang positif seperti , dia mula duduku di tempat atau kerusi semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Perubahan yang seperti inilah yang harus dikekalkan oleh murid supaya interaksi antara murid dan guru semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dapat dicapai untuk meningkatkan kemajuan murid tersebut.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 104

RUMUSAN modifikasi tingkah laku ialah teknik-teknik pengubahsuaian tingkah laku daripada negatif kepada positif.Untuk menjadikan sesuatu tingkah laku itu positif, terdapat beberapa teknik yang perlu digunakan yang bersesuaian dengan tingkah laku yang dialakukan oleh seseorang pelajar.Sebagai guru pendidikan khas, kita mesti mengetahui teknikteknik modifikasi tingkah laku bagi melahirkan persekitaran yang kondusif sekali gus proses pengajaran dan pembelajaran berjalan tanpa sebarang gangguan. Selain itu juga,ibu bapa dan guru mesti bekerjasama dalam mengajar murid-murid atau anak-anak mereka supaya bertingkah laku betul yang harus diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini akan menjadikan mereka hidup dalam keadaan tenang dan damai tanpa mempunyai masalah dalam kehidupan mereka. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. RUJUKAN

Definisi

peneguhan(2010).

Diperoleh

pada

Mac

1,

2011

daripada

http://www.scribd.com/doc/36378165/DEFINISI-PENEGUHAN Modifikasi tingkah laku kanak-kanak token ekonomi (2010). Diperoleh pada Mac 3, 2011 daripada http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2010/07/modifikasi-

tingkah-laku-kanak-kanak.html Modifikasi tingkah laku (2008). Diperoleh pada Mac 2, 2011 daripada

http://www.scribd.com/doc/.../IP-tingkah-laku-teknik-modifikasi Noraini ahmad (2005). Kaunseling kekeluargaan mendisiplinkan anak-anak melalui kasihsayang. Kuala Lumpur. Utusan publication & distributors Sdn.Bhd

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 105

Peneguhan

positif

(2009).

Diperoleh

pada

Mac

2,

2011

daripada

http://www.scribd.com/doc/24399316/17/PENEGUHAN-POSITIF Cara-cara modifikasi tingkah laku (2009) Diperoleh pada April 5, 2011 daripada http://www.amaljaya.com/guru/Psikologi/MODITIFIKASI%20TINGKAHLAKU%2 0(KPLI).pdf

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 106

Anda mungkin juga menyukai