Anda di halaman 1dari 10

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 78

UNIT PELAJARAN 7
TINGKAH LAKU BERMASALAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan definisi tingkah laku bermasalah Menjelaskan ciri-ciri tingkah laku bermasalah Menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah Menjelaskan teknik pemulihan tingkah laku bermasalah

PENGENALAN Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan masalah murid di sekolah merujuk kepada dua iaitu positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dikenalpasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif pula seperti perlakuan distruktif iaitu tingkah laku sosial, disruptif berkaitan tingkah laku menggangu dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang itu mempunyai tingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksanakan strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting untuk menjamin dan mengawal bilik darjah yang kondusif dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan disiplin di dalam kelas adalah seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi dan almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru untuk bergerak.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 79

Selain itu, alat bantu mengajar yang digunakan juga haruslah sentiasa ditukar untuk mengelakkan pelajar cepat bosan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU BERMASALAH

a. Tingkah laku positif


Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanakkanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak ini terutamanya dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu mereka juga, guru dapat membina aktiviti yang boleh melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanaki-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang suka belajar juga merupakan tingkah laku yang positif. Hal ini kerana, memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sama dengan pelajar yang proaktif, kanka-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak hiperaktif. Hal ini kerana, kanak-kanak proaktif mudah dikawal oleh guru. Kanakkanak pintar cerdas pula jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

b. Tingkah laku negatif


Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, tingkah laku ini bukan sahaja kanak-kanak yang suka menggangu rakan lain malahan mereka sering melakukan tingkah laku devian seperti memberontak dan melawan guru. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku seperti tingkah laku lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Sebagai contoh, semasa berbaris di kantin, tiba-tiba seorang murid lain memotong barisan tersebut. Selain itu,

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 80

vandalisme juga merupakan contoh tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, biasanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan hiperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak ini suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan sikap yang agresif kepada rakanrakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya bergantung kepada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH


Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku yang kurang tumpuan iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam melakukan tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyelesaikan kerja sekolah. Agresif pula adalah tingkah laku bermasalah yang dikenalpasti apabila terdapat perubahan pada individu itu sendiri. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanakkanak ini juga cepat marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran dari orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap diri mereka yang terbaik.Separation Anxiety juga dikenali sebagai kebimbangan, tingkah laku ini apat ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu ynag tidak diingini berlaku. Perkara ini terjadi akibat pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang. Overdependency adalah tingkah laku bergantung kepada orang lain. Kanakkanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana mereka memiliki pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlampau dan dimanjakan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak itu kurang yakin dan sering merasa bimbang sekiranya tiada pertolongan diberikan. Withdrawal atau pengasingan adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 81

yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela dirinya supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU


Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga dan juga masyarakat. Tanpa tingkah laku yang baik, mereka tidak dapat melakukan tanggungjawab pada diri sendiri.Tingkah laku terpuji sangat penting bagi mewujudkan suasana yang tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan dan ceria. Apabila pelajar bermasalah dari segi disiplin tidak wujud dalam kelas, tidak akan ada pelajar yang menggangu pelajar yang lain. Guru juga tidak perlu meninggikan suara atau bercakap kasar kepada pelajar disebabkan pelbagai masalah sebaliknya pelajar itu sendiri yang memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, hubungan guru dan murid dapat diperbaiki disamping minat untuk menimba ilmu dapat

dipertingkatkan. Pelajar juga lebih tekun dan produktif. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara dengan cara yang sistematik dan megikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Mereka juga dapat memberikan dan menghasilkan idea yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masa juga dapat dijimatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Disiplin diri yang tinggi dapat membentuk mereka untuk menepati masa dan tidak membuang masa dengan melakukan tingkah laku bermasalah. Pembangunan tingkah laku yang terpuji dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih sayang, berkerjasama dan hormat-menghormati secara tidak langsung dapat diwujudkan apabila sudah tertanam dalam diri pelajar itu sifat-sifat yang baik dan tidak melakukan tingkah laku bermasalah.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 82

TEKNIK KAUNSELING

Menurut Blocher (1974), teknik kaunseling merupakan satu proses untuk menolong individu lain supaya mereka sedar tentang diri mereka dan bagaimana individu lain dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Menurut Corey (1977) pula, menyatakan bahawa teknik kaunseling adalah satu proses dimana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan mengenalpasti kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. Seterusnya, menurut James (1982), teknik kaunseling adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai objektif dan kehendaknya serta membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Bagi melaksanakan teknik ini, setiap sesi perlu mempunyai satu fasilitator yang memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan sesi ini. Antara peranan fasilitator adalah termasuk memberi dan menyediakan program psikologi yang sesuai dan berkesan untuk individu membuat perubahan dengan

mempertingkatkan keupayaan menbgurus diri, emosi, tingkah laku dan juga pemikiran. Selain itu, fasilitator hendaklah mampu untuk menggalakkan murid-murid dalam mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta dapat membimbimg murid-murid dalam membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya berdasarkan persekitaran di dalam dan luar sekolah. Seorang fasilitatorseboleh-bolehnya mempunyai kemampuan untuk mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam dalam diri setiap murid agar mereka dapat meningkatkan konsep kendiri. Tambahan lagi, setiap murid seharusnya dapat membentuk tabiat, membiasakan diri belajar dengan cara yang berkesan serta dapat membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti. Selain itu, fasilitator hendaklah membimbing muridnya supaya pandai untuk merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidupnya.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 83

a. Temuramah lingkungan hidup (Life-space).


Temuramah lingkungan hidup(life-space) merupakan temuramah secara langsung mengenai pengalaman hidup kanak-kanak. Temuramah ini dibimbing oleh seorang fasilitator. Fasilitator juga boleh menemuramah ibu bapa dan kanak-kanak untuk mengetahui latar belakang kehidupan kanak-kanak itu.Melalui teknik ini, guru boleh mewujudkan suasana supaya kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, sekiranya murid itu berasal dari keluarga nelayan, wujudkan satu suasana perkampungan nelayan. Dalam hal ini juga, guru berperanan sebagai fasilitator. Guru haruslah membimbing murid supaya melakukan tingkah laku yang baik sahaja dan mengingatkan dan menegur murid sekiranya murid melakukan tingkah laku negatif.

b. Terapi realiti
Terapi realiti adalah bertujuan untuk memandu atau menyedarkan murid supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang nyata. Selain itu, ia bertujuan untuk menambahkan keyakinan pada diri seseorang kanak-kanak tersebut dengan cara mengajar kesinambungan tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan oleh setiap murid.Melalui teknik ini, guru boleh mendedahkan diri murid dengan keadaan persekitaran supaya murid-murid dapat bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain seperti bermain, bergerak dalam anggota kumpulan dan sebagainya terutamanya ketika dalam kelas. Tujuan lain terapi realiti ini adalah untuk meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan membantu mereka mengenal dan memgetahui dunia yang bakal mereka tempuhi supaya mereka dapat membuat persediaan awal dari segi aspek fizikal, rohani, mental dan intelektual.

c. Teknik Ekspressive Media


Teknik Ekspressive Media adalah satu teknik untuk bertujuan menggalakkan kanakkanak meluahkan perasaan, masalah dan emosi mereka melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Teknik ini hendaklah dijalankan dalam satu suasana atau keadaan dan setting yang terkawal dengan memberi keutamaan atau kelebihan kepada domain

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 84

afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Banyak teknik yang boleh digunakan seperti mainan bebas, puppet dan seni ekspresi.

d. Mainan bebas (free play)


Terdapat banyak contoh mainan bebas yang boleh dilakukan. Antaranya adalah dengan bermainn congkak, bermain layang-layang, guli atau apa sahaja mengikut aktiviti yang digemari oleh murid dan berdasarkan kepada hobi mereka. Hal ini penting kerana secara tidak langsung, permainan bebas ini menjadi terapi dalam menangani masalah tingkah laku negatif yang ditunjukkan. Tujuan lai teknik permainan bebas ini adalah bagi menggalakkan dan membantu murid dalam meluahkan perasaan mereka. Kanak-kanak dijemput bermain dengan sebarang alatan permainan yang dipilih dan bersesuain dengan kegemaran mereka serta pada masa yang sama, guru sebagai fasilitator boleh menjadi pemerhati kepada tingkah laku kanak-kanak tersebut sama ada mereka bertindak balas negatif ataupun positif terhadap permainan yang dilakukan. Sebagai contoh adalah, murid yang mengalami trauma atau pernah menjadi mangsa sama ada mangsa buli, dera, dicabvul atau dirogol telah memilih watak polis dan watak hakim. Melalui watak ini,mereka akan mengawal suasana atau mengarah lakonan mengikut tindakan yang ingin mereka lakukan ataupun apa sahaja berdasarkan kemahuan mereka sendiri tanpa sebarang kongkongan. Hal ini dapat membantu murid supaya dapat menghayati watak mereka dan merberi hukuman kepada pesalah. Secara tidak langsung, daripada tindakan ini, mereka dapat mengekspresikan dan meluahkan perasaan atau emosi melalui watak mereka. Contoh yang lain pula adalah, murid diberikan watak seperti binatang iaitu sebagai contoh watak menjadi anjing, kucing, singa dan banyak lagi. Seperti yang kita ketahui, singa merupakan binatang yang mempunyai ciri-ciri yang ganas serta mempunyai kuasa berbanding binatang lain. Jesteru itu, melalui watak ini, murid dapat meluahkan perasaan marah serta tidak puas hatinya semasa memainkan peranan dan watak sebagai seekor singa ini. Secara tidak langsung, teknik ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan mahupaun dalam kelas. Kepentingan yang boleh kita dapat ialah, murid akan semakin

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 85

bertoleransi, dapat berkerjasama, mengurus kemarahan, berkawan dan belajar serta berfikir dalam menyelesaikan masalah.

e. Teknik Puppet
Teknik puppet pula adalah satu teknik yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mereka mereka sebuah cerita berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri atau melalui imaginasi mereka sendiri. Hal ini bermankan, mereka boleh menjadi pelakon, pengarah ataupun apa-apa sahaja watak dan mereka berperanan untuk melakonkan dan bersuara kepada puppet mereka msaing-masing. Sebagai contoh adalah, murid diberikan puppet seperti singa. Seperti yang kita ketahui semua, singa mempunyai ciri-ciri yang ganas berbanding dengan binatang yang lain. Oleh itu, melalui watak singa ini, mereka boleh meluahikan perasaan mereka sama ada gembira, marah, tidak puas hatri dan sebagainya. Teknik ini sesuai digunakan dimana sahaja. Bukan sahaja di sekolah, tetapi apabila berada di rumah, ibu bapa boleh melakukan teknik ini kepada anak mereka sendiri.

f. Seni ekspresi
Melalui seni, kanak-kanak dapat mempraktikkan kemahiran tegas diri secara tidak langsung. Selain itu,seni ini boleh dijadikan jambatan (bridging) untuk membantu kanak-kanak melahirkan perasaan secara lebih kreatif. Terdapat pelbagai jenis seni yang boleh dijalankan untuk membantu murid melahirkan perasaan marah, kecewa,sunyi, malu dan cemburu yang dilaluinya. Antara seni tersebut ialah melukis, bermain alat muzik, pergerakan kreatif, menari, menyanyi, fotografi dan banyak lagi. Guru boleh memberikan tajuk yang dirasakan sesuai untuk menggalakan murid melukis berdasarkan luahan perasaan mereka. Sebagai contoh,memberikan tajuk keluarga. Arahkan murid melukis dan mewarnakan setiap keluarga dengan warna yang telah dijelaskan symbol atau lambangnya. Seperti warna hitam untuk penjahat dan saya benci kamu. Manakala warna biru untuk lambing orang yang sentiasa menceriakan dan sebagainya. Murid-murid akan melukis gambar seisi keluarganya dan mewarnakan setiap keluarganya dengan lambang yang diingini.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 86

Dengan bermain alat muzik, murid juga dapat meluahkan perasaan mereka melalui alunan muzik yang dihasilkan. Contoh alat muzik yang boleh diberikan ialah tamborin, gendang, seruling, piano dan macam-macam lagi. Murid akan lebih focus untuk bermain dan mengelakkan bertingkahlaku negative.Membuat pergerakan seperti binatang, menyatakan dan meniru bunyi-bunyi binatang. Tujuan pergerakan kreatif diadakan untuk menambahkan pengetahuan mereka selain mengelakkan mereka bertingkahlaku negatif. Guru akan memerhati tingkahlaku kanak-kanak tersebut disamping memberi tunjuk ajar kepada mereka. Selain itu, pergerakan kreatif ini mampu menarik minat pelajar untuk belajar dan berada dalam kelas. Selain itu, guru boleh mengajak murid-murid menari bagi menarik minat belajar murid dalam set induksi. Guru boleh memainkan lagu yang sesuai agar murid-murid dapat menari dan berasa gembira dengan tarian tersebut sehingga menyebabkan mereka lupa untuk bertingkah laku negative. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan muridnya. Selain menyanyi, murid juga digalakkan untuk membaca syair atau pantun dengan intonasi yang betul. Selain itu, murid juga boleh diberikan tajuk untuk mereka mereka cipta lagu atau syair melalui luahan hati mereka. Dengan aktiviti ini, mereka akan lebih focus untuk belajar. Terdapat juga segelintir murid yang sangat suka menangkap gambar atau telah menjadi hobi mereka. Oleh itu, tidak salah jika guru mengadakan lawatan untuk menggalakan murid melakukan hobinya. Situasi ini hendaklah terkawal.

RUMUSAN
Terdapat banyak jenis tingkah laku yang akan dihadapai oleh guruguru pendidikan khas kelak. Setiap guru hendaklah peka terhadap setiap tingkah laku yang menganggu pengajaran dan kelas. Kajian yang teliti tentang factor yang mendorong murid bertingkah laku negative amat perlu dititikberatkan oleh semua guru agar dapat memilih teknik yang sesuai dan berkesan dalam menangani masalah tingkah alku yang timbul. Telah dinyatakan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam

menangani dan mencegah tingkah laku negatif serta teknik untuk

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 87

membimbing tingkah laku yang positif. Melalui tugasan ini, setiap bakal guru hendaklah bijak memilih dan mempelbagaikan teknik yang sesuai untuk menangani masalah tingkah laku yang difokuskan. Kesimpulannya, melalui maklumat ini, banyak memberikan kaedahkaedah yang boleh membanyu dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran terutamanya dalam pengurusan tingkah laku pelajar bermasalah. Langkah-langkah yang betul harus diikuti agar tingkah laku pelajar dapat dikawal dengan baik dan dalam landasan yang betul. Semoga melalui maklumat ini juga, kami akan dapat mengetahui dan memahami dengan lebih baik ciri-ciri serta model yang betul berkenaan pengurusan tingkah laku dan memperbaiki sekaligus cara mengurangkan tingkah laku bermasalah murid-murid juga dapat diatasi.

RUJUKAN
Friend, M. (2008). Special education: contemporary perspective for school professionals (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon. Hallahan, D. &. (2003). Exceptional Learners: An Introduction to Special Education (Ed. ke-9). Boston: Pearson. Jamila K.A. Mohamed, (2006). Pendidikan khas untuk murid-murid istimewa. Zafar Sdn. Bhd. Wehmeyer, M. & Schwartz, M. (1997). Self-determination and positive adult outcomes: A follow-up study of youth with mental retardation or learning disabilities. Dalam Jurnal The Council for Exceptional Children, 6 (2), 245255. Tiwi Binti Kamidin, Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah, Jurnal penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004.

Anda mungkin juga menyukai