Anda di halaman 1dari 4

TEORI HURAIAN BAHASA Definisi tatabahasa berlainan antara ahli bahasa dari segi susunan perkataandan ayat.

Namun begitu, ini tidak jauh menyimpang daripada maksudnya.Tatabahasa dapat disimpulkan sebagai satu konsep tatabahasa yangmempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa terbahagi kepada empat, iaitu teori tradisional, teoristruktural, teori transformasi generatif, dan teori fungsional. Teori-teori inidilahirkan hasil daripada ketidakpuasan hati terhadap beberapa aspek teori danmetodologi yang telah dipakai oleh aliran sebelumnya. Tiap-tiap alirandipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya. Sebagai contoh, teoritradisional dipengaruhi oleh ilmu falsafah, teori struktural dipengaruhi oleh teoripsikologi behaviorisme, teori transformasi generatif dipengaruhi oleh teori kod-kognitif. Pengaruh yang diterima oleh tiap-tiap aliran tatabahasa itu berlainan.Lantaran itu, sudut pandangan yang terdapat dari tiap-tiap aliran tatabahasa itu juga berbeza. Namun demikian, ada juga ciri-ciri persamaan itu terletak padaistilah-istilah dan konsep-konsep yang dibuat oleh teori yang baru adalahberasaskan pada apa yang telah dicapai oleh teori yang sebelumnya. Berikut merupakan huraian bagi setiap teori ang dinyatakan di atas: 2.1 Teori Tradisional Teori tradisional ini telah bermula sejak zaman silam Yunani pada abadke-15 Sebelum Masihi terhadap bahasa Yunani. Ahli-ahli falsafah Yunaniialah seperti Plato iaitu mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiridaripada bahan-bahan penulisan. Kajian-kajian mereka dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satucabang falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabangfalsafah yang penting. Bahasa juga merupakan satu bidang yang dapatmembantu mereka untuk menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orangYunani meliputi aspekaspek tatabahasa yang ada pada masa itu,contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru, dan kata pertikel. Teori ini kemudiannya terus berkembang terhadap bahasa latin,bahasa Arab, dan bahasa Sanskrit. Tokoh utama bagi menghuraikanbahasa Sanskrit ialah pendeta Panini. Manakala di Malaysia pula, tokohbahasa ialah pendita Zaaba san Profesor Asmah Omar. Kajian bahasabentuk ini diteruskan hinga abad ke-19 di mana orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal lama sekiranya tidak diamalkan danmenurut pensejarahan, bahasa berubah-ubah dari abad ke abad. Teori ini lebih menfokuskan kepada huraian aspek-aspektatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Menurut kamus dewan edisikeempat, morfologi membawa maksud kajian tentang pembentukan katadalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan.Morfologi terbahagi kepada dua iaitu kata nama dan kata kerja. Manakala, sintaksis pula menurut kamus dewan edisi keempatmembawa maksud pengetahuan dalam cabang ilmu linguistik, peraturantentang susunan kata dalam ayat. Kajian sintaksis terbahagi kepadaempat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, dan ayat perintah.Bahagian-bahagian dalam ayat mempunyai subjek, predikat, objek, danketerangan.

Pengajaran tatabahasa bersifat deduktif iaitu daripada umumkepada sepesifik iaitu dengan membuat penerangan dan memberikansedikit contoh. Sebagai contoh, konsep nilai murni diajarkan dalamsesuatu pengajaran dan pembelajaran, murid diberikan contoh kemudianmurid diminta untuk memberikan contoh yang mereka ketahui. Hal inidapat diaplikasikan oleh murid itu sendiri apabila mereka melalui situasiini. Bahasa merupakan pengucapan buah fikiran dan perasaan.Namun begitu, penulisan adalah lebih penting daripada pengucapanmahupun lisan. Hal ini kerana apa yang dikaji merupakan apa yang ditulissahaja bukan apa yang diucapkan. 2.1.1 KonsepBahasa merupakan salah satu disiplin dalam ilmu falsafah.Huraian bahasa dibuat berdasarkan tanggapan atau perspektif ahlifalsafah. Hal ini kerana, bahasa merupakan organisma yang hidupdan berkembang. Di samping itu, kajian bahasa dibuat dalambentuk perbandingan bahasa. Tambahan lagi, bahasa dapatdihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berindukkanbahasa Yunani dan bahasa lain. Dalam teori ini, mereka berpegangkepada konsep di mana kajian bahasa dibuat terhadap bentuktulisan semat-mata. 2.1.2 Ciri-ciri Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini ialah, tulisan lebih pentingdaripada pengucapan atau lisan. Kajian bahasa juga berbentiuk deduktif serta huraian bahasa berasaskan tanggapan atauperspektif daripada ahli falsafah. 2.1.3 Implikasi Dalam bilik darjah, sangat ditekankan pengajaran bahasa yangberbentuk deduktif di mana pelajar diajarkan dahulu sesuatukonsep kemudian mengapliaksikannya sendiri. Dalam konteks ini,hukumhukum bahasa perlu dilkuasai oleh pelajar dan kemhiranmenulis merupakan kemahiran utama yang hendak dikuasaikepada murid. Tatabahasa terjemahan juga digunakan untukpengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. 2.2 Teori Struktural Teori ini dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik ilmiah di Amerika padatahun 1930-an iaitu pada abad ke-20 Sebelum Masihi. Teori ini jugadikenali sebagai Taxanomic atau Bloomfieldian. Tokoh bahasa yangterlibat dalam teori ini terdiri daripada Sausure, Otto Jespherson, Harrisdan sebagainya. Teori ini juga telah dijadikan asas untuk kaedahmengajar pegawai dan tentera semasa perang dunia kedua. Ini dikenalisebagai kaedah terus dan kaedah tentera. 2.2.1 Konsep Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyaitalian antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfemdalam satu unit bahasa. Di samping itu, teori ini menekankanbahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang arbitrari. Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah, tidakberasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti. Dalam

teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspekpertuturan merupakan alat perhubungan asas utama. Kajian ini juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudianmorfologi dan akhir sekali sintaksis. 2.2.2 Ciri-ciri Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan.Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal.Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian ataueksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji. Bahasa yangdianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat structuredcentered .Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkanperkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat. Di sampingitu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituenterdekat. 2.2.3 Implikasi Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangandan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisanditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis.Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaranberbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam ertikata lain, ia dijalankan secara formal. Teori ini tidak menekankanpenyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yangsama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua. Teori Transformasi Generatif Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran Transformasi Generatif (TG). Pelopor aliran ini ialah NoamChomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuanpenutur natif sesuatu bahasa. Rumusrumus yang disediakan itu akanmembolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayatdalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialahrumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untukberbahasa. Bagi penutur asli, mereka mempunyai kecekapan berbahasaini iaitu competense. Kecekapan ini merupakan satu set implisit iaitudinyatakaan secara tidak langsung atau tidak secara terang-terangan.Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu.Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental. Struktur dalamanpenutur asli membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyaiketaksaan. Dua struktur ayat dalam teori ini ialah struktur dalaman danstruktur permukaan. Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula.Pendekatan huraian bersifat deduktif dan kaji diri. Teori ini jugamenunjukkan kajian berbentuk hipotesis tentang bagaimana bahasabertugas. Kita juga dapat lihat dalam teori ini, bahasa bersifat sejagat dankreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simboluntuk menganalisis nahu.

Teori Fungsional Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahlibahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkajibahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatianterhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukansemata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan jugaterhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasaketika seseorang itu berkomunikasi. Halliday menganggap bahasasebagai alat perhubungan. Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaanbahasa. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalampembentukan sistem bahasa. Hal ini kerana teori ini mementingkanaspek semantik. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dannon-verbal. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran danemosi penutur. Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagaialat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlakupada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional,interpersonal, dan tekstual. Fungsi ideasional menyatakan pengucapanserta hasrat dan fikiran. Manakala, fungsi interpersonal menggambarkangambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi. Dan akhir sekali, fungsitekstual menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk ayat untukmenyampaikan mesej. Teori ini sangat mementingkan aspek semantik. Kajian bahasabukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antaralainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untukberkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statiksebaliknya terbuka dan dinamis. Seterusnya, asas elemen-elemen dalamstruktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Olehsebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaanbahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatusituasi sosial. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakatuntuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkanpenuturnya. http://www.scribd.com/doc/41660830/teori-huraian-bahasa

Anda mungkin juga menyukai