Anda di halaman 1dari 84

BAB SATU:

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara sememangnya


tidak pernah diragukan. Malah masyarakat penggunanya kian bertambah
melangkaui mereka yang berketurunan Melayu dan rakyat Malaysia.
Kedudukan

bahasa

Melayu

ini

jelas

mencerminkan

masyarakat

penggunanya sedang mengalami pembangunan pesat; pembangunan dari


segi fikiran baru, konsep baru, istilah baru, selanga baru dan pelbagai lagi.
Dalam konteks bahasa Melayu, perkembangan pesat ini juga tidak dapat
dinafikan lagi.
Hal

ini

banyak

membawa

implikasi

tertentu

dalam

usaha

mengembangkan bahasa tersebut. Abdullah Hassan (1987) menyatakan;


Kita bukan saja terpaksa mencari satu norma baku untuk bahasa Malaysia
bagi pengajarannya, tetapi juga meyakinkan penutur bahasa Malaysia
keseluruhannya, bahawa perubahan yang berlaku itu adalah sesuatu yang
normal dan akan terus berlaku.

Bagi mereka yang mahir dalam penggunaan bahasa Melayu,


fenomena di atas tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Tetapi bagi
mereka yang tidak mahir dalam bahasa Melayu, cabaran ini akan menjadi
masalah. Hal ini akan lebih ketara jika di lihat dalam konteks penggunaannya
oleh golongan pelajar, sama ada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah
mahu penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi.
Oleh sebab bahasa itu bersifat arbiterari, maka segala bentuk
perubahan dan pembaharuan yang berlaku wajar diterima dengan fikiran
yang terbuka. Dengan yang demikian khalayak yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu atau sekadar bahasa harian wajar menyediakan
diri untuk menjadi pengguna bahasa Melayu yang terbaik. Kenyataan ini juga
harus dihadapi oleh golongan pelajar kerana mereka adalah golongan yang
sentiasa diuji kebolehan menggunakan bahasa Melayu.
Faktor inilah barangkalinya mendorong Teori Bruner menyatakan:
Murid-murid mestilah diyakinkan bahawa mereka berupaya mempelajari
apa sahaja, pada bila-bila masa, asalkan sahaja mereka mempunyai
kesediaan untuk melaksanakannya....
Dalam bidang pendidikan di Malaysia pula, tatabahasa dan ejaan
adalah antara aspek penting yang diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kedua-dua aspek ini mula diajarkan di sekolah rendah dan diulang
serta diperluas di sekolah menengah. Kemahiran menggunakan imbuhan
misalnya merupakan satu aspek penting dalam bahasa Melayu di peringkat
sekolah rendah mahupun menengah kerana ia merupakan asas kepada

persediaan individu untuk menguasai kemahiran berbahasa yang lebih


tinggi. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar khususnya pelajar sekolah
menengah sewajarnya dapat menguasai aspek tersebut tanpa masalah.
Namun demikian, matlamat tersebut tidak menjadi kenyataan.
Pelbagai kesalahan tatabahasa terutamanya penggunaan imbuhan dapat
dikesan dalam latihan atau skrip jawapan pelajar, terutama dalam karangan.
Jumlah pelajar yang dapat menguasainya dengan baik amat kecil sekali.
Anehnya, kesalahan tatabahasa yang dilakukan pelajar ialah kesalahan yang
sama atau hampir sama, meskipun sudah diberi penjelasan berulang-ulang.
Kegagalan murid menguasai kemahiran ini sudah semestinya akan
membawa kepada kepincangan dalam berkomunikasi khususnya dalam
penulisan atau karangan.
Menurut satu analisa prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima bagi tahun 1977 hingga 1979
yang dibuat oleh Mohd. Jonit Johari dari Universiti Malaya, beliau mendapati
tahap penguasaan murid-murid bagi mata pelajaran tersebut masih rendah.
Begitu juga dengan pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah. Masih
terdapat sebilangan kecil pelajar yang lemah dalam membina ayat-ayat
bahasa Melayu yang lengkap. Kegagalan ini membawa kepada kelemahan
mereka dalam menulis karangan.
Antara kesilapan biasa yang dilakukan oleh murid-murid sekolah
rendah semasa menulis karangan ialah tidak menggunakan imbuhan bahasa
Melayu yang sesuai dan tidak dapat membezakan antara perkataan dan
imbuhan. Kelemahan-kelemahan ini berlaku kerana sikap murid itu sendiri
3

yang menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mudah bagi


mereka. Hal ini menyebabkan mereka kurang serius dalam mempelajari
bahasa Melayu dan lebih memberi perhatian kepada mata pelajaran yang
lebih dianggap kritikal.
Seharusnya

bahasa ibunda ini tidak menjadi beban kepada

masyarakat penuturnya. Malangnya masalah penguasaan bahasa Melayu di


kalangan pelajar Melayu dewasa ini begitu ketara. Hal ini terbukti melalui
keputusan-keputusan peperiksaan yang dikeluarkan. Walaupun ada pihak
yang berpendapat bahawa kelemahan bahasa para pelajar tidak boleh dinilai
semata-mata berdasarkan keputusan yang mereka perolehi, namun layak
dijadikan sandaran terbaik bagi mengukur masalah yang berlaku.
Masalah-masalah yang wujud dan kebimbangan yang dilahirkan ini
seharusnya difikirkan dan diberi perhatian kerana perkara ini bukan sahaja
mempengaruhi masa depan para pelajar tersebut akibat kegagalan dalam
bahasa Melayu, tetapi juga mempengaruhi masa depan bahasa Melayu
pada masa akan datang. Awang Mohammad Amin (1987:199) pernah
menyuarakan pendapatnya mengenai golongan pelajar seperti ini. Menurut
beliau:
Pelajar-pelajar

yang

tamat

persekolahan,

SPM

contohnya masih melakukan kesalahan bahasa dan


mereka ini merupakan nyamuk aedes yang paling
merbahaya kerana mereka berada dimana-mana;
dengan tidak disedari mereka menjadi agen pembawa
kuman kesalahan bahasa untuk disebarkan kepada
orang ramai yang tidak berhati-hati dan tidak teliti
4

apabila hendak menggunakan bahasa Malaysia secara


formal.

Di samping itu, terdapat juga segelintir guru yang beranggapan


bahawa semua murid Melayu sudah mampu menguasai semua aspek dalam
bahasa Melayu dengan baik. Oleh yang demikian, mereka kurang memberi
penekanan terhadap aspek-aspek yang mereka anggap remeh seperti
penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

1.2 PENYATAAN MASALAH


Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa menjalani latihan mengajar
di sekolah, didapati penggunaan imbuhan bahasa Melayu khususnya aspek
kemahiran menggunakan imbuhan ter- dan di- masih di tahap tidak
memuaskan. Banyak kesilapan penggunaan imbuhan dilakukan. Kelemahan
ini akan memberi kesan kepada proses pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu itu sendiri.
Menurut Raja Mukhtaruddin Dain (1967) yang telah menjalankan kajian
terhadap mahasiswa di Universiti Malaya, telah mendapati salah satu
kelemahan yang sering dilakukan oleh para mahasiswa ialah kesilapan
penggunaan imbuhan. Mereka belum menguasai dengan sepenuhnya
imbuhan-imbuhan bahasa Melayu.
Azman Wan Chik (1982) telah mengklasifikasikan kesilapan dan
kelemahan murid-murid sekolah rendah kepada empat jenis iaitu kesilapan
penggunaan imbuhan, kesilapan penggunaan tanda baca, kesilapan
5

penggunaan huruf besar dan kesilapan ejaan. Kesilapan penggunaan


imbuhan adalah merupakan satu perkara yang paling penting dan perlu
diselidiki. Kesilapan ini akan membawa kepada perubahan maksud yang
hendak disampaikan di dalam sesuatu ayat.
Maka, pada hemat pengkaji, kesilapan penggunaan imbuhan di dalam
Bahasa Melayu, khususnya imbuhan ter- dan di- dalam kalangan muridmurid di sekolah rendah harus dikaji dengan lebih mendalam. Berdasarkan
kajian ini, kita boleh mengetahui masalah-masalah yang dihadapi sehingga
berlakunya

kesilapan

dalam

penggunaan

imbuhan

dan

mencari

penyelesaian dalam meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran


Bahasa Melayu amnya.

1.3 SOALAN KAJIAN


Persoalan kajian ini adalah :
1.3.1 Adakah

faktor

jantina

mempengaruhi

tahap

penguasaan

dan

kesilapan penggunaan imbuhan ter- dan di- dalam bahasa Melayu?

1.3.2 Adakah faktor kekurangan latihan penulisan karangan bahasa Melayu


mempengaruhi

tahap

penguasaan

dan

kesilapan

penggunaan

imbuhan ter- dan di-?


1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Menyedari permasalahan dan keadaan ini, pengkaji melakukan kajian yang


berkaitan untuk mencapai beberapa objektif khusus. Antara objektif kajian ini
adalah :
1.4.1 Mengenal

pasti

sejauh

manakah

faktor

perbezaan

jantina

mempengaruhi tahap penguasaan dan kesilapan murid menggunakan


imbuhan ter- dan di- dalam bahasa Melayu.
1.4.2 Mengenal pasti sejauh manakah kekurangan latihan penulisan
karangan bahasa Melayu mempengaruhi tahap penguasaan dan
kesilapan murid menggunakan imbuhan ter- dan di-.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Masalah pencemaran bahasa dalam bahasa Melayu sudah banyak
kali diperkatakan oleh tokoh-tokoh bahasa dalam majlis-majlis dialog, akhbar,
majalah, dan juga media elektronik. Berdasarkan dari apa yang diperkatakan
dan dibentangkan tentang pencemaran bahasa itu, jika diperhalusi,
pencemaran tersebut berlaku kerana pengguna bahasa Melayu telah
melakukan kesilapan atau kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa,
kesalahan ejaan, pemilihan perkataan yang tidak sesuai, dan sebagainya
dalam aktiviti seharian mereka seperti perbualan, ucapan, penulisan,
termasuklah menulis surat-surat rasmi. Senario ini sudah semestinya
sesuatu yang amat menyedihkan. Jika tiada tindakan khusus diambil bagi
menangani masalah dan senario yang berlaku ini, nescaya suatu hari nanti,
bahasa Melayu akan berkubur tanpa nesan.
Justeru, atas rasa prihatin dan tanggungjawab, pengkaji cuba mencari
sebab dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi dan mendorong
7

permasalahan ini. Berpegang pada pepatah melentur buluh biarlah dari


rebungnya, pengkaji berpendapat adalah lebih baik permasalahan ini
diperhalusi dari peringkat awal lagi atau dalam erti kata lainnya, sekolah
rendah. Hal ini memandangkan mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar
sejak dari sekolah rendah lagi. Kajian ini meninjau masalah penguasaan
bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa di kalangan murid tahun lima di
bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui kajian ini,
pengkaji ingin mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam aspek
tatabahasa dari sudut penggunaan imbuhan bahasa Melayu di kalangan
murid luar bandar iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak, Jerteh, Besut,
Terengganu Darul Iman. Pengkaji juga ingin mengenal pasti faktor-faktor
mempengaruhi murid menguasai aspek penting dalam bahasa ini seterusnya
meninjau tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
secara umum.
Kajian terhadap masalah ini dirasakan perlu memandangkan masalah
kecelaruan bahasa seperti yang disebutkan tadi semakin mendukacitakan
malah

masalah

ini

berterusan

dan

dilihat

seolah-olah

tiada

jalan

penyelesaian. Dalam masa yang sama, masalah penguasaan atau


kegagalan sesuatu perkara itu sering dikaitkan dengan kelemahan diri
individu atau murid semata-mata sedangkan pada realitinya, banyak faktor
lain yang boleh dipertanggungjawabkan. Melalui kajian ini juga, pengkaji
ingin memberikan sedikit cadangan untuk mengatasi masalah yang berlaku
berdasarkan pengenalpastian terhadap faktor-faktor tersebut.
1.6 BATASAN KAJIAN

i.

Kajian

ini

hanya

ditumpukan

kepada

analisis

kesilapan

penggunaan imbuhan bahasa Melayu dalam lembaran kerja 20


orang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak,
Jerteh, Terengganu.
ii.

Imbuhan-imbuhan yang akan dikaji kesilapan penggunaannya


ialah imbuhan ter- dan di-. Kedua-dua imbuhan ini terkandung di
dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

1.7 DEFINISI / KONSEP


Kajian ini menggunakan beberapa konsep yang perlu diberikan penjelasan
atau definisinya.
Antaranya adalah seperti berikut :

i.

i.

Definisi kesilapan

ii.

Definisi penggunaan

iii.

Definisi imbuhan

Definisi kesilapan
9

Kamus Dewan (1986) memberi makna, kesilapan ialah perihal


kekeliruan dan kekhilafan. Bell (1981) mentakrifkan kesilapan dalam konteks
pengajaran bahasa sebagai kesilapan dari segi bentuk-bentuk baku yang
digunakan dalam situasi formal. Di samping itu, penutur gagal mematuhi
hukum-hukum tatabahasa dan terpengaruh dengan unsur-unsur daerah dan
bahasa pertuturan yang tidak formal. Lohanayahi (1984) menyatakan
kesilapan ialah kejanggalan ucapan atau tulisan yang tidak menggambarkan
seluruh kemampuan penutur dalam bahasa itu. Dalam mentakrif kesalahan
dan kesilapan bahasa, Nik Safiah Karim menulis; kesilapan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah
dipersetujui; sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa
dan ayat.

ii.

Definisi penggunaan
Menurut Moris dan Fitz-Gibson (1978), penggunaan adalah satu set

tingkah laku sesuatu perkara mengikut apa yang dijalankan daripada perkara
tersebut, perkara-perkara yang diamalkan atau dilaksanakan termasuk
sumber-sumber, bahan dan kemudahan-kemudahan yang direka bentuk.
Kamus Dewan (1986) memberikan makna penggunaan adalah perihal
menggunakan sesuatu. Walau bagaimanapun, apa yang dimaksudkan
dengan kajian ini ialah menggunakan sesuatu imbuhan pada kata dasar
yang sesuai sama ada di awal, di akhir, sisipan ataupun di awal dan di akhir
sesuatu perkataan itu.
iii.

Definisi imbuhan
10

Menurut Arbak Othman (1981), imbuhan adalah bentuk terikat.


Imbuhan berupa awalan, akhiran, sisipan dan imbuhan terbahagi. Arbak juga
menjelaskan bahawa awalan diimbuhkan pada awal kata dasar. Sisipan
diimbuhkan di tengah-tengah kata dasar, manakala imbuhan terbahagi
diimbuhkan di awal dan di akhir. Imbuhan akhiran diimbuhkan di akhir kata
dasar.

Di dalam kajian ini, imbuhan yang terlibat ialah imbuhan ter- dan di- sahaja.

11

BAB KEDUA:
TINJAUAN KAJIAN YANG BERKAITAN

2.1 PENDAHULUAN

Tidak dapat dinafikan, mempelajari sesuatu bahasa itu bukanlah


sesuatu yang mudah walaupun bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda
bagi sesuatu kaum itu dan kaum tersebut merupakan penutur jati bahasa
tersebut dan digunakan saban hari. Sedar atau tidak, pada hakikatnya, kita
sering melakukan kesalahan ketika bertutur atau berkomunikasi dengan
orang lain ataupun semasa kita mengarang. Hal ini disebabkan sikap kita
sendiri yang menganggap kesalahan yang dilakukan adalah kecil tanpa
memikirkan kesannya kepada aspek kemahiran berbahasa, umpamanya
kesalahan penggunaan imbuhan di dalam ayat. Satu lagi sikap yang seolaholah tidak dapat dikikis dari dalam jiwa orang Melayu itu sendiri ialah sikap
tidak berhati-hati menggunakan bahasa Melayu tetapi amat menitik beratkan
hal yang sama sewaktu menggunakan bahasa asing terutamanya bahasa
Inggeris yang dianggap lebih berprestij. Mereka lebih bimbang ditertawakan
orang jika tersalah sebutan atau struktur tatabahasa bahasa asing
berbanding kesedaran mereka terhadap kerancunan bahasa ibunda itu
sendiri yang semakin meruncing. Seharusnya, bertepatan dengan statusnya
sebagai bahasa rasmi negara yang didaulatkan lebih suku abad yang lalu,
12

bahasa Melayu sudah berada pada satu tahap yang boleh dibanggakan oleh
seluruh rakyat negara ini. Sebagai penutur jati bahasa Melayu, kita perlu
menerapkan rasa tanggungjawab terhadap semua aspek dalam berbahasa
kerana jika hal ini tidak diberi penekanan yang sewajarnya, pengkaji khuatir
kelak, bahasa Melayu tidak lagi dianggap suatu bahasa yang unggul.
Selaras dengan itu, sedar akan tanggungjawabnya, beberapa pihak
telah mengambil inisiatif dengan membuat beberapa kajian bagi mengesan
kesalahan-kesalahan

bahasa

yang

sering

dilakukan

dalam

usaha

memartabatkan bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian tersebut amat berguna


bagi kita untuk memperbaiki kelemahan berbahasa dan mempertingkatkan
lagi penguasaan bahasa.
Di dalam kajian ini, pengkaji telah mengumpulkan beberapa kajian lalu
yang telah dibuat oleh beberapa pihak. Di dalam bab ini, diperturunkan
tinjauan secara umum dan khusus mengenai kajian-kajian tersebut.

13

2.2 TINJAUAN UMUM KAJIAN-KAJIAN LALU


Koh Boh Boon (1977) telah menjalankan kajian mengenai kesilapan
penggunaan imbuhan di kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu. Hasil kajian
tersebut, beliau telah membuat kesimpulan bahawa punca kelemahan dalam
penggunaan imbuhan bahasa Melayu berlaku kerana kaedah pengajaran
yang kurang sesuai. Beliau telah membuat perbandingan di antara kaedah
tradisional dengan kaedah baru yang mementingkan analisis struktur.
Kaedah tradisional lebih mementingkan analisis semantik. Pada akhir
kajiannya, Koh Boh Boon telah mencadangkan kedua-dua kaedah itu
digabungkan

bagi

memudahkan

pemahaman

murid-murid

terhadap

penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.


Tidak dinafikan, kegagalan menguasai penggunaan imbuhan ini bukan
sahaja menjadi masalah murid sekolah rendah, malah pelajar-pelajar di
sekolah menengah pun tidak terkecuali. Hal ini dapat dibuktikan apabila
Mohd. Jonit Johari (1981) telah menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar
bukan Melayu di Sekolah Menengah Iskandar, Muar, Johor. Hasil kajiannya,
beliau mendapati kelemahan penggunaan imbuhan adalah tertumpu kepada
kesilapan menggunakan imbuhan ber- dan me-.
Raja Mukhtaruddin Dain (1967) pula telah menjalankan kajian kesalahan
penggunaan imbuhan di kalangan mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaya.
Beliau mengklasifikasikan lima kesalahan yang sering dilakukan iaitu :

14

i. Belum menguasai imbuhan Bahasa Melayu dan tidak mahir tentang


penggunaannya.
ii. Menambah sesuatu imbuhan kepada kata dasar yang

tidak

memerlukannya.
iii. Tidak tahu dan tidak mengenali kata dasar Bahasa Melayu.
iv. Analogi yang salah daripada Bahasa Melayu itu sendiri.
v. Salah ejaan.

Kajian yang dilakukan oleh Awang Sariyan (1981) pula menunjukkan


bahawa; penggunaan bahasa Melayu pada peringkat kemahiran bahasa,
tulisan, banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Kesalahan yang
dikesan seperti kesilapan ejaan, tanda bacaan, penggunaan huruf besar
hinggalah kesalahan morfologi, sintaksis yang dinamakan Kesalahan Umum.
Selain dari itu, Nik Safiah Karim (1979) pula menegaskan bahawa
kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh generasi muda terutamanya
murid-murid sekolah pada semua peringkat. Terutamanya yang melibatkan
penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu adalah kesalahan-kesalahan
dari segi ejaan dan tatabahasa.

Antara kesalahan ejaan yang sering ditemui ialah :


15

SALAH

BETUL

Bolih

Boleh

Kedalam

Ke dalam

Dibawah

Di bawah

Tauladan

Teladan

Berlajar

Belajar

Abdul Razak Ismail (1977) pernah menyatakan bahawa diperingkat


sekolah menengah masih terdapat sebilangan murid yang masih lemah
penguasaan mereka dalam perbinaan ayat. Ini mempengaruhi kemampuan
mereka mengarang. Perkara sedemikian tidak wajar berlaku memandangkan
mereka telah lama diberi pendedahan terhadap bahasa Melayu, terutama
murid yang bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu.

Permasalahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi penggunaan bahasa
Melayu di kalangan pelajar, terdapat pelbagai masalah yang tidak dapat
dielakkan oleh golongan pendidik. Dalam konteks pengajaran bahasa
16

Melayu kini, tidak dapat dinafikan bahawa sudah sampai masanya guru-guru
mempunyai bekalan yang mencukupi tahap bahasa dan pengajaran dan
pembelajarannya seperti prosedur, pendekatan, kaedah dan teknik serta
alat-alat yang dapat memungkinkan kredibilitinya sebagai guru bahasa tidak
tercabar.
Dari segi pengajaran adalah jelas bahawa bebanan guru bahasa
Melayu adalah jauh lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru yang
mengajar subjek lain.Hal ini kerana guru bahasa Melayu dituntut untuk
memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam latihan-latihan lisan
(bacaan), penulisan, penyemakkan dan penilaian. Hal ini menjadi lebih berat
dengan bilangan pelajar yang begitu ramai (antara 30-45 orang dalam satu
bilik darjah). Pernyataan ini disokong oleh Abdul Hamid (1990) yang
menjelaskan bahawa bebanan tugas pengajaran yang berat, ditambah pula
dengan tugas-tugas bukan akademik, akan menyebabkan seseorang guru
itu berasa dirinya tertekan, tidak bermotivasi, tidak kreatif, tidak enovatif dan
tidak produktif.
Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian
akademik pelajar, guru-guru dipaksa untuk melakukan apa saja tindakan
bagi memastikan peratus kelulusan pelajar meningkat. Gejala ini memaksa
guru bahasa Melayu mengajar pelajar berdasarkan 'untuk lulus periksa'
dengan meninggalkan kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran lisan
dan bacaan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya di bilik darjah.
Akibatnya, pelajar-pelajar ini tidak didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
yang tidak dinilai dalam peperiksaan. Sebagai contohnya, pelajar tidak
17

didedahkan dengan secukupnya dalam aspek suprasegmental serta


ketatasusilaan dalam berbahasa. Lantaran dari itu, akan lahirlah nanti
segolongan anggota masyarakat yang ketandusan ilmu berkomunikasi
dalam masyarakatnya. Fenomena ini akhirnya menjadi satu isu dalam
masyarakat tersebut yang akhirnya menjadi satu konflik budaya, bila anggota
masyarakatnya kurang bertatasusila dalam proses komunikasinya sesama
ahli.
Gesaan dan desakan pihak pentadbiran untuk guru menghabiskan
Sukatan Pelajaran selewat-lewatnya bulan Julai atau Ogos dengan tujuan
memberi ruang yang secukupnya untuk aktiviti latih tubi sebelum
peperiksaan adalah tidak wajar sama sekali. Tindakan ini menyebabkan
guru-guru bahasa Melayu terpaksa meninggalkan aspek pemulihan untuk
pelajar yang lemah dan menyediakan pengayaan yang secukupnya bagi
pelajar yang pintar. Keadaan seperti di atas adalah bertentangan dengan
cadangan yang terdapat dalam Teori Wolfgang Kohler yang menerangkan
bahawa murid-murid yang lebih cerdas mempunyai kemungkinan yang lebih
tinggi untuk mendapat celik akal dan murid seperti ini jugalah berupaya untuk
menguasai pembelajaran yang kompleks dan sempurna berbanding pelajar
yang lemah. Oleh itu guru-guru harus menyediakan satu langkah pengajaran
yang melibatkan guru dan murid secara aktif.
Sehubungan dengan itu juga, sistem "streaming" iaitu membahagi
atau mengasingkan pelajar mengikut kumpulan tertentu ( cerdik , sederhana
dan lemah ) tidak wajar dipraktikkan. Tindakan seperti ini hanya
mendatangkan lebih banyak kesan negatif kepada pelajar, seperti wujudnya
18

rasa rendah diri, kurangnya semangat daya saing serta tidak dapat berlaku
pembelajaran melalui rakan sebaya. Maka kesan akhirnya ialah jurang
pemisah antara pelajar cerdik dan lemah menjadi semakin jauh.
Dari segi tenaga pengajar pula, Mohin Ibrahim (1987) menyebut
bahawa terdapat kekurangan guru terlatih dalam pendidikan bahasa Melayu
di sekolah-sekolah di seluruh negara. Misalnya bagi tahun 1990, jumlah guru
bahasa Melayu yang disediakan ialah sebanyak 13,855 orang, sementara
permintaanya ialah 17,869 orang. Data menunjukkan berlakunya kekurangan
sebanyak 4,014 orang. Gejala ini terjadi berpunca dari dari ketetapan nisbah
1:2 yang disarankan oleh kementerian sendiri. Nisbah ini membawa maksud
setiap kelas diperuntukkan dua orang guru. Akibatnya, guru besar atau
pengetua terpaksa meminta guru-guru bukan opsyen untuk mengisi
kekosongan ini. Oleh itu Nik Safiah Karim (1980) menjelaskan, kita dapati
banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu
dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah.
Masalah di atas menjadi lebih serius apabila terdapat guru-guru
tidak terlatih ditugaskan untuk mengajar bahasa Melayu. Dalam soal ini akan
timbul persoalan dari segi kelayakan iktisas mereka. Malah mereka ini juga
yang dikategorikan sebagai 'Guru Sandaran Tidak Terlatih' langsung tidak
mempunyai asas latihan pedagogi. Maka, di sini akan timbul satu isu baru
pula iaitu; apakah mereka ini tahu atau mampu menggunakan kaedah,
pendekatan, teknik serta prosedur pengajaran dan pembelajaran dengan
betul dan berkesan. Sekiranya mereka ini gagal dalam menyempurnakan
amanah yang diberikan, golongan ini tidak seharusnya dipersalahkan
19

sepenuhnya. Tetapi yang wajar memikul kesalahan ini ialah pihak


kementerian sendiri. Walau bagaimanapun kesan yang ditinggalkan oleh
'Guru Sandaran Tidak Terlatih' ini akan dipikul oleh guru-guru terlatih yang
lain.
Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
khususnya dalam kemahiran penulisan, ianya memerlukan contoh-contoh
yang terbaik mengikut bahasa Melayu yang standard. Hal ini menuntut guruguru menyediakan satu pendekatan yang merangkumi keseluruhan aspek
pengajaran dan pembelajaran seperti mendengar, bertutur (lisan), membaca,
dan menulis. Jika ditinjau dari hakikat sebenarnya guru-guru ini tidak pernah
pun didedahkan dengan contoh-contoh konkrit sama ada semasa menjalani
latihan mahupun kursus-kursus dalam perkhidmatan. Keadaan ini diakui oleh
Awang Mohd. Amin (1981) yang menyatakan;
Setakat ini saya belum terjumpa satu kaedah yang istimewa tetapi secara
amnya guru-guru telah menggunakan kaedah latihan mendengar, bertutur,
membaca mendahului latihan menulis karangan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, saya


dapati faktor sebutan juga menjadi masalah utama. Masalah sebutan dan
intonasi banyak terjadi bagi sebutan yang mengandungi bunyi a di suku
akhir terbuka; sepatut diucapkan a bukan e mengikut peraturan sebuatan
baku. Begitu juga halnya dengan perkataan 'saya'. Mengikut sebutan baku,
20

sewajarnya ia disebut

'sa - ya', tetapi malangnya ada pelajar yang

menyebutnya 'sa-ye'. Abdullah Hassan berpendapat ; ....dari dalam bahasa


Melayu sendiri terdapat masalah menentukan sebutan baku berbanding
dengan sebutan dialek. Sebenarnya kontroversi ini tidak besar. Saya tidak
dapat menyetujuinya kerana kesalahan dalam sebutan bererti kegagalan
dalam kemahiran lisan .
Dalam hal ini saya suka memetik pernyataan dari

Teori

Behaviorisme yang wajar dipegang jika masalah sebutan mahu di atasi.

Teori Behaviorisme menerangkan :


Kesilapan dianggap sebagai kegagalan di dalam membentuk pelaziman,
maka guru mestilah menjadi model yang baik, dia harus mencari informaninforman yang terdiri dari penutur-penutur jati.
Sebelum ejaan baru diumumkan, Ejaan Sekolah yang didasarkan
kepada Ejaan Wilkinson (1904) dan dibaiki oleh Za'ba (1938), telah
digunakan.Menurut Sultan Takdir Alisjahbana (1965) mulai tahun 1960-an,
kekurangan dalam sistem ejaan bahasa Melayu mula dirasai. Hal ini bukan
saja menjadi masalah kepada penutur tetapi juga kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Ejaan sekolah tidak konsisten pada beberapa tempat.
Ejaan memang banyak menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini telah membawa kepada masalah
dalam kemahiran tulisan. Akhirnya, ia menjadi satu isu dalam proses
pembelajaran bahasa Melayu kerana pelajar tidak dapat menguasai dengan
21

baik. Walupun sudah ada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981), tetapi
anehnya masalah ini masih berterusan sehingga menjelang alaf baru.
Abdullah Hassan (1989) menjelaskan bahawa ejaan kata-kata pinjaman
merupakan satu masalah lain. Inilah yang sering dikatakan menjadi masalah
di dalam ejaan apabila pengguna bahasa Melayu mengelirukan sistem
bahasa Melayu dengan sistem bahasa Inggeris.
Beliau memberi contoh bagaimana sistem ejaan tersebut memberi
masalah. Sebagai contoh; huruf eo dalam homogeneous boleh digugurkan.
Huruf ch di dalam cholera sebenarnya berbunyi k dan bukan c seperti
dalam cent

dan chalk. Ini menurut beliau tidak konsisten. Oleh sebab

ejaannya diutamakan, maka ia disesuaikan menjadi kolera.


Seperkara lagi yang sering menimbulkan masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sehingga membawa kepada
kegagalan penguasaannya ialah untuk menguasai pilihan kata atau susunan
frasa dan ayat. Masalah struktur ayat juga sering berlaku. Hal ini lebih ketara
di kalangan pelajar berketurunan India dan Cina. Bahasa pasar yang
digunakan dalam komunikasi harian sering mempengaruhi struktur ayat
dalam kemahiran penulisan. Akibatnya kita akan temui ayat-ayat seperti
berikut :
Itu orang tua makan saja pandai.
Hari-hari itu orang tolong kita angkat ini bakul.

22

Dalam mentakrif kesalahan dan kesilapan bahasa, Nik Safiah Karim


menulis; kesilapan bahasa ialah penggunaan

bahasa yang melanggar

peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui; sama ada di peringkat


sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu, intonasi juga merupakan satu masalah. Hal ini
bukan hanya berlaku di kalangan pelajar India dan Cina, malah dalam
sesetengah keadaan ia turut membabitkan pelajar Melayu sendiri. Masalah
intonasi ini timbul ketika pelajar membaca atau berdialog untuk aktiviti lisan.
Kesilapan intonasi pada ayat boleh menyebabkan jenis ayat berubah dan
sekaligus mengubah maksud sebenar si penutur.
Sebagai contoh, ayat Tanya -makan nasi ? Sekiranya tidak
menerima intonasi yang betul akan bertukar menjadi ayat penyata, makan
nasi. Masalah intonasi ini menjadi lebih besar lagi apabila guru mengajar
topik-topik yang melibatkan pantun, pidato, bahas atau debat dan
sebagainya. Namun begitu masalah ini dianggap remeh oleh sesetengah
pihak kerana kemahiran 'berintonasi' tidak melibatkan peperiksaan, maka ia
boleh diremehkan. Selain dari masalah yang dinyatakan di atas, Abdullah
Hassan (1989) turut menggariskan faktor-faktor lain yang membawa kepada
kegagalan guru dalam proses pengajaran bahasa Melayu sehingga menjadi
isu kegagalan pelajar menguasainya. Menurut beliau, ada banyak masalah
yang

mencabar guru

bahasa

Malaysia.

Pertama, ketiadaan

model

pembelajaran, kedua, aspek-aspek bahasa, dan aspek-aspek bukan bahasa.


Dalam keadaan ini guru terpaksalah menjadi model kepada pelajarpelajarnya.

23

2.3 TINJAUAN KHUSUS KAJIAN-KAJIAN LALU


i.

Mohamad Sangido Alias (1989) telah membuat kajian tentang

kesilapan bahasa dalam penulisan karangan di kalangan murid-murid


berketurunan Orang Asli di sebuah sekolah rendah. Salah satu kelemahan
yang beliau dapati ialah kesilapan penggunaan imbuhan di dalam karangan
yang di tulis.
Beliau telah mengumpulkan data-data kajian tersebut di dalam jadual
berikut:

Jenis

Kekerapan %

Min

Kekerapan %

Min

0.66

13

1.0

kesalahan

P1

38.09

39.39

0.3
24

P2

23.8

0.41

12.12

0.2

P3

9.0

0.2

P4

4.76

0.08

9.0

0.15

P5

28.57

0.5

6.06

0.15

P6

4.76

0.08

6.06

0.2

P7

9.0

0.15

P8

6.06

Jumlah

21

38.9

1.75

33

61.1

2.54

Petunjuk :
P1 : Tidak menggunakan imbuhan me(N) pada tempat yang sepatutnya.
P2 : Silap menggunakan imbuhan diP3 : Tidak menggunakan imbuhan meng- pada tempat yang sepatutnya.

P4 : Silap menggunakan imbuhan dikan.


P5 : Silap menggunakan imbuhan kean.
P6 : Silap menggunakan imbuhan an.
P7 : Silap menggunakan imbuhan ber-.

25

P8 : Silap menggunakan imbuhan menkan.


Pada keseluruhannya, kita dapati hasil kajian Mohamad Sangido Alias
ini menunjukkan kesalahan paling ketara yang dilakukan ialah P1 dan P2.
Berdasarkan jadual di atas, didapati murid-murid perempuan paling banyak
melakukan kesalahan imbuhan berbanding dengan murid-murid lelaki.

ii.

Mahful Haji Basirun (1989) telah menjalankan kajian berkaitan dengan

kesalahan penggunaan imbuhan di- dan ter- di kalangan murid-murid Tahun


Lima di SRJK (Cina)

Beliau telah mengumpulkan data-data kajian di dalam jadual berikut :

Imbuhan

Betul

Salah

Betul

Salah

(%)

(%)

(%)

(%)

Ter-

80

20

33.8

16.3

di-

29.2

20.8

35.8

14.2

26

Catatan :- Peratus keseluruhan kesilapan kedua-dua imbuhan :


Lelaki : 16.5 %
a. Perempuan : 15.0 %
-

Peratus keseluruhan penggunaan yang betul bagi kedua-dua


imbuhan :
a. Lelaki : 33.5 %
b. Perempuan : 35.0 %

Berdasarkan data-data yang diperolehi, Mahful telah membuat


kesimpulan perbandingan tahap penguasaan penggunaan imbuhan antara
murid-murid lelaki dam perempuan.
Pada keseluruhannya, murid-murid perempuan lebih baik tahap
penguasaan mereka terhadap kedua-dua imbuhan tersebut iaitu 35.0 %
dapat menggunakannya dengan betul jika dibandingkan dengan murid-murid
lelaki yang peratusnya hanya 33.5%.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat peratusan pencapaian
keseluruhan murid-murid yang dikaji ini masih rendah dan kurang
memuaskan.

27

BAB KETIGA:
KAEDAH KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

28

Bab

ini

membicarakan

secara

khusus

bagaimana

pengkaji

menjalankan kajian serta kaedah-kaedah penyelidikan yang digunakan. Hal


ini adalah penting untuk memberi maklumat yang jelas kepada pembaca
agar mereka mendapat gambaran yang menyeluruh tentang kaedah
pengutipan, pengolahan dan dapatan data.Kegagalan menggunakan kaedah
yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan kabur.
Akibatnya, sesuatu kajian itu gagal disempurnakan.
Selain itu dalam bab ini juga dibincangkan tentang jenis-jenis data,
sumber kajian serta proses-proses penganalisisan data. Dalam bab ini juga
pengkaji akan menerangkan rasional kaedah yang dipilih menepati kriteria
profesional kerja yang paling efektif dan berkesan dalam menentukan
kaedah pemerolehan data dan pengolahan data.

Melalui metodologi kajian, pengkaji juga akan menggunakan medium


ini sebagai perantara awal untuk merujuk kepada bab yang seterusnya
dalam kajian ilmiah ini. Dengan adanya metodologi kajian, pembaca secara
tidak langsung akan mendapat gambaran menyeluruh bagaimana pengkaji
mendapat dan mengumpul maklumat yang akan digunapakai dalam kajian
ini.
Aspek-aspek penting diterangkan di dalam metodologi ini termasuklah
rekabentuk penyelidikan, sampel, instrumen, prosedur pengumpulan data
dan juga cara menganalisis data. Terdapat beberapa jenis kaedah yang akan

29

dijalankan oleh pengkaji. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti soal selidik,


menjalankan ujian bertulis, temu bual dengan guru-guru, pemerhatian dan
beberapa kaedah lagi.

3.2 KAEDAH KAJIAN


i.

Soal selidik
Langkah pertama di dalam memulakan kajian, pengkaji menggunakan

kaedah soal selidik terhadap sampelan. Tujuan kaedah ini dijalankan adalah
untuk mengetahui latar belakang sampelan dan kekerapan mereka
menerima dan membuat latihan mengarang yang diberi oleh guru di samping
kekerapan mereka mengarang secara sukarela tanpa diarahkan oleh guru.

ii.

Ujian bertulis
Bagi mengkaji kemampuan dan kebolehan sampelan menggunakan

ter- dan di- di dalam penulisan karangan, pengkaji telah menjalankan satu
ujian bertulis. Sampelan dikehendaki mengisi tempat-tempat kosong di
dalam sebuah petikan karangan dengan menggunakan imbuhan yang
sesuai. Pilihan jawapan disediakan. Sebanyak tiga belas tempat kosong
disediakan di dalam petikan tersebut dan bilangan pilihan jawapan yang
diberikan ialah dua puluh lima. Daripada tiga belas tempat kosong itu,

30

jawapan yang ada imbuhan ter- ialah sebanyak tiga kali, manakala imbuhan
di- pula sebanyak dua kali.
iii.

Temu bual
Pengkaji juga menjalankan temu bual dengan guru-guru terutamanya

guru yang terlibat secara langsung dengan sampelan. Tujuan kaedah ini
dijalankan ialah untuk mengetahui pendekatan pengajaran yang telah
dilakukan oleh guru semasa mengajar.
iv.

Cara data diproses


Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, beberapa kaedah

dijalankan oleh pengkaji untuk mengumpul data-data yang berkaitan dengan


kajian. Data-data yang diperolehi akan dianalisis di dalam bentuk peratusan
dan penghuraian akan dibuat secara diskriptif. Untuk memperlengkapkan
huraian-huraian tersebut, penulis sertakan juga jadual-jadual analisis data.

3.3 SAMPELAN
Persampelan

merupakan

satu

strategi

penyelidikan

untuk

mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi. Sebahagian individu


yang diambil melalui persampelan adalah mewakili sesuatu populasi dan
mereka dinamakan sampel.
Dalam kajian ini, sampel dipilih secara rawak mudah supaya setiap
individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih bagi
mewakili populasi. Jumlah sampel yang dipilih adalah seramai 20 orang
31

murid tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak, Jerteh, Terengganu


Darul Iman. Klasifikasi sampel mengikut jantina ialah 10 orang lelaki dan 10
orang perempuan. Semua murid adalah berbangsa Melayu.

3.4 ALAT KAJIAN


Soal selidik adalah alat ukur yang digunakan dalam kajian ini. Soal
selidik dipilih kerana ia praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi
yang besar. Soal selidik yang digunakan adalah dari jenis soal selidik
jawapan terpilih kerana sesuai dengan peringkat umur sampel.
Alat kajian kedua yang digunakan di dalam kajian ini ialah ujian bertulis.
Ujian bertulis dipilih kerana ia berkesan untuk mengutip dam mengumpulkan
data-data yang berkaitan dengan kemahiran dan penguasaan sampel di
dalam penggunaan imbuhan yang dikaji oleh pengkaji. Satu set ujian bertulis
mengandungi sebuah petikan karangan. Sampel diminta mengisi tempattempat kosong di dalam petikan tersebut dengan perkataan berimbuhan
yang sesuai. Sampel diberikan piihan jawapan.

3.5 PROSEDUR KAJIAN


Bagi menjamin proses kajian ini berjalan dengan lancar dan tersusun,
beberapa langkah berikut ditetapkan sebagai prosedur kajian :
i.

Pengkaji membuat cadangan kerja (proposal)

ii.

Pengkaji membentuk set-set soalan soal selidik.

iii.

Pengkaji menyediakan bahan untuk ujian bertulis.


32

iv.

Pengkaji mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian


daripada pihak institut dan sekolah.

v.

Pengkaji memilih sampel seramai 20 orang murid Tahun Lima,


sebuah sekolah rendah kebangsaan.

vi.

Pengkaji menempatkan sampel di dalam sebuah kelas dan


mengedarkan soalan soal selidik dan memberi arahan serta
panduan menjawab.

vii.

Sampel menjawab soalan soal selidik tersebut.

viii.

Pengkaji sekali lagi mengumpulkan sampel di dalam sebuah


kelas dan mengedarkan set ujian bertulis dan memberi arahan
serta panduan menjawab ujian tersebut.

ix.

Sampel mengisi tempat-tempat kosong di dalam petikan


karangan dengan jawapan yang sesuai.

x.

Pengkaji menemubual beberapa orang guru termasuk guru


Bahasa Melayu yang mengajar sampel.

xi.

Data-data yang diperolehi hasil daripada soal selidik dan ujian


bertulis serta maklumat temu bual dikumpul.

xii.

Data-data dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian.

xiii.

Pengkaji menulis laporan kajian.

33

BAB KEEMPAT:

DAPATAN KAJIAN

4.1

PENDAHULUAN

34

Dapatan kajian adalah maklumat-maklumat yang diperolehi hasil


proses-proses yang dijalankan terhadap alat-alat kajian.

Data-data yang

diperolehi perlu diolah, dianalisis dan dijanakan untuk menghasilkan sesuatu


maklumat.
Untuk memperolehi maklumat yang diperlukan, beberapa langkah
perlu dilakukan. Langkah pertama ialah mengenal pasti pengertian data dan
maklumat serta sumber data diperolehi. Data yang diperolehi dalam bentuk
mentah perlu dikodkan, diterjemah dan seterusnya direkodkan agar sesuai
untuk diolah. Pengolahan data melibatkan proses pemisahan, pengiraan,
perbandingan dan analisis.

Selepas data diolah, rumusan dan laporan

dikeluarkan dalam bentuk penyenaraian, penjadualan dan penjumlahan


supaya dapat membantu pengkaji membuat keputusan tentang sesuatu
masalah.

Melalui bab ini, pengkaji akan membuat pemaparan tentang hasil dan
dapatan kajian yang telah dilakukan di sebuah sekolah rendah kebangsaan
di Besut, Terengganu. Perbincangan mengenainya akan pengkaji dasarkan
kepada aspek-aspek tertentu seperti berikut:

4.2

i.

Latar belakang sampelan.

ii.

Kekerapan latihan mengarang.

iii.

Tahap penguasaan imbuhan ter- dan di- secara keseluruhan.

iv.

Tahap penguasaan imbuhan berdasarkan jantina.

LATAR BELAKANG SAMPELAN


35

JADUAL 1 : Bilangan adik-beradik sampel.

JANTINA

BILANGAN ADIK-BERADIK

JUMLAH

1-3

45

6 ke atas

LELAKI

10

PEREMPUAN

10

JUMLAH

20

36

Berdasarkan jadual 1, di dapati kebanyakan sampelan mempunyai


bilangan adik-beradik di dalam keluarga antara 4 hingga 5 orang termasuk
diri sampelan sendiri.

Jumlah keseluruhan sampelan yang mempunyai

bilangan adik-beradik antara 4 hingga 5 ialah 9 orang ataupun 45% daripada


jumlah keseluruhan. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan sampelan
berasal dari keluarga yang sederhana besar. Berdasarkan data tersebut,
bolehlah kita membuat andaian usia ibu bapa sampel adalah di dalam
lingkungan awal 40-an.

JADUAL 2 : Taraf pendidikan ibu bapa sampelan.

S.R.

S.M.

MKTB/UNI

IBU BAPA

JUMLAH
Bil.

(%)

Bil

BAPA

14

IBU

16

JUMLAH BESAR

30

(%)
70
80

75

Bil

(%)

25

20

100

15

20

100

20

40

(100%)
37

Petunjuk

S.R.

Sekolah Rendah

S.M.

Sekolah Menengah

MKTB/UNI. :

Maktab/Universiti

Jika diteliti jadual 2, kita dapati sebilangan besar ibu bapa sampelan
mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sekolah menengah dengan
mencatatkan peratusan sebanyak 75% daripada keseluruhannya. Bagi ibu
bapa yang berkelulusan maktab atau universiti pula, jadual mencatatkan
sebanyak 20%. Hal ini terdiri daripada 5 orang dari golongan bapa dan 3
38

orang dari golongan ibu. Pun begitu, masih ada ibu bapa yang hanya
mempunyai taraf pendidikan setakat sekolah rendah sahaja iaitu seramai 2
orang yang terdiri dari seorang ibu dan seorang bapa kepada sampelan
dengan catatan 5%.

JADUAL 3 : Bahan bacaan yang diminati

JANTINA

JENIS BAHAN BACAAN YANG DIMINATI

JUMLAH

AKADEMIK HIBURAN SUKAN BERITA CERITA


LELAKI

PEREMPUAN 2

10

10

JUMLAH

20

39

Jadual 3 menunjukkan jenis-jenis bahan bacaan yang diminati oleh


murid ataupun secara khususnya, sampelan. Berdasarkan jadual tersebut,
jelas menunjukkan bahawa sampelan lebih meminati bahan bacaan yang
berunsurkan hiburan sama ada dalam bentuk majalah, buku ataupun
sebagainya dengan mencatatkan 30% daripada jenis-jenis bahan bacaan
secara keseluruhan. Peratusan ini didorong oleh kaji selidik yang dibuat
terhadap murid perempuan. Seramai 5 orang dari 10 orang murid
perempuan ataupun 50% daripada mereka lebih meminati bahan bacaan
yang berunsurkan hiburan berbanding bahan-bahan bacaan lain. Bagi murid
atau sampel lelaki pula, mereka lebih meminati bahan bacaan yang
membicarakan tentang perihal sukan. Hal ini sesuai dengan naluri
semulajadi lelaki yang lebih lasak berbanding perempuan. Seramai 4 orang

40

dari murid lelaki yang lebih cenderung memilih bahan bacaan berkisarkan
tentang sukan.
JADUAL 4 : Kekerapan keluarga memeriksa kerja-kerja sekolah sampelan.

SELALU

KADANG-

JANTINA

TIDAK

KADANG
Bil.

(%)

JUMLAH

Bil

(%)

Bil

(%)

15

10

10

LELAKI

PEREMPUAN

10

4
0
JUMLAH BESAR 15
75

25

20
(100%)

41

Jadual 4 menunjukkan kekerapan keluarga memeriksa kerja-kerja


sekolah yang dilakukan oleh sampelan setiap hari. Keseluruhan keluarga
sampelan pernah memeriksa kerja-kerja sampelan, malah bilangan yang
selalu

memeriksa

mengatasi

bilangan

yang

kadang-kadang

sahaja

memeriksa iaitu 15 (75%) dan 5 (25%). Bilangan keluarga yang tidak pernah
memeriksa kerja sampelan didapati tiada. Keadaan ini mungkin disebabkan
keseluruhan ataupun sebilangan besar ibu bapa sampelan mempunyai
pendidikan sekurang-kurangnya tarap pendidikan sekolah rendah (rujuk
jadual 2) dan kesedaran yang cukup tinggi untuk memastikan anak-anak
mereka belajar dengan baik demi masa depan mereka sendiri

42

4.3

KEKERAPAN LATIHAN MENGARANG

JADUAL 5 : Kekerapan guru memberi latihan menulis karangan.

JANTINA

LELAKI

10

PEREMPUAN

10

Petunjuk

Dua kali seminggu

Sekali seminggu

Dua minggu sekali

Sebulan sekali

43

Berdasarkan jadual 5 iaitu jadual yang menunjukkan kekerapan


latihan menulis karangan yang diberikan oleh guru, didapati keseluruhan
murid atau sampelan mendapat latihan menulis karangan sebanyak dua kali
seminggu. Hal ini bermakna, di dalam seminggu, sampelan menulis
karangan yang diberikan oleh guru sekurang-kurangnya dua buah karangan
di dalam seminggu. Tidak ada seorangpun sampelan yang menerima latihan
mengarang daripada guru sekali seminggu, dua minggu sekali ataupun
sebulan sekali.
Berhubung dengan kekerapan menulis karangan, pengkaji juga telah
menemu bual guru berkenaan secara tidak formal. Hasil temu bual tersebut,
beliau telah memberi maklumat yang sama seperti jadual 5 iaitu sampelan
diberi latihan menulis karangan sekurang-kurangnya dua kali dalam
seminggu. Hasil temu bual tersebut juga, pengkaji dapat mengumpulkan
data-data untuk jadual 6 iaitu kekerapan jenis karangan yang diberikan oleh
guru.

44

JADUAL 6 : Kekerapan jenis karangan yang diberi oleh guru.

JENIS KARANGAN

Karangan bebas

Karangan terkawal
x
Berpandukan

gambar
x

bersiri.

Berpandukan

gambar

tunggal.

Petunjuk :
A

Sekali sebulan

Dua kali sebulan

Tiga kali sebulan

Empat kali sebulan

Jika diteliti jadual 6, di dapati guru lebih kerap memberikan latihan


karangan terkawal iaitu sebanyak tiga kali sebulan. Kekerapan untuk
45

karangan bebas dan berpandukan gambar bersiri adalah sama iaitu sekali
sebulan. Manakala, bagi karangan jenis berpandukan gambar tunggal pula,
kekerapan guru memberikan latihan untuk karangan jenis ini adalah dua kali
sebulan.

4.4

TAHAP PENGUASAAN IMBUHAN ter-

DAN

di-

SECARA

KESELURUHAN

46

JADUAL 7 : Taburan kesilapan penggunaan imbuhan ter- dan di- secara


keseluruhan.

Betul
Jenis imbuhan

Salah

Bil.

Min

ter-

53

88.3

di-

33

Jumlah

86

Bil.

Jumlah

Min

0.883 7

11.7

0.117 60

82.5

0.825 7

17.5

0.175 40

86

1.708 14

14

0.292 100

47

Jadual 7 menunjukkan taburan kesilapan imbuhan ter- dan di- . jumlah


penggunaan imbuhan ter- di dalam satu set ujian ialah tiga kali. Hal ini
bermakna sebanyak 60 imbuhan ter-

yang perlu dijawab oleh semua

sampelan. Kesalahan yang telah dilakukan untuk imbuhan ini ialah 7 kali iaitu
11.7%. Sampelan yang menjawab dengan betul mengatasisampelan yang
membuat kesalahan iaitu sebanyak 86 (86%)
Bagi penggunaan imbuhan di- setiap satu set ujian, terdapat dua kali
imbuhan tersebut digunakan. Hal ini bermakna, sebanyak 40 imbuhan diperlu di jawab oleh semua sampelan. Seperti juga imbuhan ter-, sampelan
yang menjawab betul mengatasi sampelan yang membuat kesalahan di
dalam penggunaan imbuhan di-.

Bilangan sampelan yang menjawab

dengan betul ialah 33 (82.5%), manakala sampelan yang membuat


kesalahan ialah sebanyak 7 (17.5%).

Berdasarkan data di dalam jadual 7 tadi, di dapati kesilapan


penggunaan imbuhan di- adalah lebih tinggi daripada imbuhan ter-.
Kesalahan bagi imbuhan di- ialah sebanyak 17.5% manakala kesilapan bagi
imbuhan ter- pula hanyalah 11.7%.
Secara keseluruhannya, penggunaan bagi kedua-dua imbuhan ini
adalah lebih banyak dilakukan dengan betul oleh sampelan. Bilangan
keseluruhan bagi penggunaan yang betul ialah 86 (86%) dan penggunaan
yang salah hanyalah sebanyak 14 (14%).
48

JADUAL 8 : Taburan kesilapan penggunaan 3 imbuhan ter-

secara

keseluruhan.
Betul

Salah

Imbuhan

Jumlah
Bil.

Bil.
%

ter- (1)
(terakhir)
ter- (2)
(terpikul)

17

Min

Min
0.85

85
18

20
15

0.15
20
49

ter- (3)
(tercinta)

18

20

0.9
90

10

0.1

0.9
90
Jumlah

53
0.883

10
88.3 7

11.7

0.1
0.117

60

50

Berdasarkan jadual di atas, didapati kesilapan banyak dilakukan pada


imbuhan ter-(1).

Kata dasar yang mempunyai imbuhan ini ialah akhir.

Contoh kesalahan yang dilakukan oleh sampelan adalah seperti berikut :


BETUL

SALAH

Kata-kata

Mak

Bibah

sebelum Kata-kata

Mak

Bibah

sebelum

menghembuskan

nafas

terakhir menghembuskan

nafas

diakhir

masih terngiang-ngiang di telinganya. masih terngiang-ngiang di telinganya.

Berdasarkan jadual 8, bagi kesilapan penggunaan imbuhan ter- (1)


seperti yang dinyatakan di atas ialah 3 (15%). Kesilapan penggunaan
imbuhan ter- (2)

pula ialah sebanyak 10% iaitu bagi 2 kesilapan yang

dilakukan. Kata dasar bagi imbuhan ini ialah pikul. Contoh kesilapan yang di
lakukan ialah seperti berikut :
BETUL
Kini,

SALAH
semua

beban

dan Kini,

semua

beban

dan

tanggungjawab terpikul di bahunya tanggungjawab memikul di bahunya


seorang diri.

seorang diri.

Bagi penggunaan imbuhan ter- (3) pula, sampelan yang membuat


kesilapan adalah sama dengan imbuhan ter- (2) iaitu sebanyak 2 kali (10%).
Kata dasar bagi imbuhan ini ialah cinta. Contoh kesalahan yang dilakukan
oleh sampelan bagi imbuhan ini ialah :
BETUL
Mudin

SALAH
seolah-olah

tidak

dapat Mudin

seolah-olah

tidak

dapat
51

menerima kenyataan bahawa dia menerima kenyataan bahawa dia


telah

kehilangan

seorang

ibu telah

tercinta.

kehilangan

seorang

ibu

pencinta.

JADUAL 9 : Taburan kesilapan penggunaan imbuhan di-

secara

keseluruhan.

Imbuhan

Betul
Bil.

Salah
%

Min Bil.

Jumlah
%

Min

di- (1)
(diuruskan)

18

20

di- (2)
(diberi)

15

20

90

0.9

10

0.1

52

75
Jumlah

33
0.825

0.75
82.5 7
0.175

25

0.25
17.5 40

53

Jadual 9 menunjukkan taburan kesilapan 2 imbuhan di- iaitu imbuhan di- (1)
dan di- (2). Sampelan banyak melakukan kesalahan di dalam penggunaan
imbuhan di- (2) berbanding di- (1). Kesalahan penggunaan imbuhan di- (1)
hanyalah 2 (10 %) manakala kesalahan penggunaan imbuhan di- (2) ialah 5
(25 %).
Kata dasar bagi perkataan berimbuhan di- (1) ialah urus (+ --kan) dan
kata dasar bagi perkataan berimbuhan di- (2) ialah beri.
Contoh kesalahan penggunaan imbuhan di- (1) adalah seperti berikut :
BETUL
Mana

tidaknya,

SALAH
urusan

keluarga Mana

tidaknya,

urusan

keluarga

harus diuruskan sendiri dan diberi harus mengurus sendiri dan diberi
keutamaan.

keutamaan.

Contoh kesalahan penggunaan imbuhan di- (2) adalah seperti berikut :


BETUL
Mana

tidaknya,

SALAH
urusan

keluarga Mana

harus diuruskan sendiri dan diberi harus


keutamaan.

tidaknya,

urusan

diuruskan

keluarga

sendiri

dan

memberi keutamaan.

54

55

56

JADUAL 10 : Taburan kesilapan penggunaan imbuhan ter- dan di- mengikut jantina

LELAKI

PEREMPUAN
JUMLAH

IMBUHAN BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Bil

Min

Bil

Min

Bil

Min

Bil

Min

ter-

24

40

1.2

10

0.3

29

48.3

1.45

1.7

0.03

di-

18

45

0.9

0.1

15

37.5

0.75

12.5

0.25

JUMLAH

42

42

2.1

0.4

44

44

2.2

0.3

60
40

100

58

4.5

TAHAP PENGUASAAN IMBUHAN ter- DAN di- BERDASARKAN

JANTINA.
Jadual 10 menunjukkan taburan kesilapan penggunaan imbuhan terdan di- berdasarkan jantina. Berdasarkan jadual tersebut keseluruhannya,
kita dapati sampelan perempuan lebih banyak memberi jawapan yang betul
bagi penggunaan kedua-dua imbuhan tersebut jika dibandingkan dengan
sampelan lelaki. Bilangan kesalahan yang dilakukan oleh sampelan lelaki 8
(8%) dengan kadar min ialah 0.4 manakala kesalahan yang dilakukan oleh
sampelan perempuan hanyalah 6 (6%) yang berkadar minnya 0.3.
Jika diteliti pula kesilapan untuk imbuhan ter- , didapati, bilangan
kesilapan yang dilakukan oleh sampelan lelaki mengatasi sampelan
perempuan iaitu sebanyak 6 (10%) manakala sampelan perempuan hanya
melakukan kesilapan yang sedikit iaitu 1 (1.7%).
Berdasarkan jadual 10 juga, kita dapati di dalam penggunaan
imbuhan di- , sampelan lelaki mengatasi sampelan perempuan di dalam
memberi jawapan yang betul. Sampelan lelaki hanya melakukan kesilapan
sebanyak 2 (5%) manakala sampelan perempuan melakukan kesilapan
sebanyak 5 (12.5 %).

59

60

61

JADUAL 11 : Taburan kesilapan penggunaan 3 imbuhan ter- mengikut jantina

LELAKI

PEREMPUAN
JUMLAH

IMBUHAN BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Bil

Min

Bil

Min

Bil

Min

Bil

Min

ter- (1)

35

0.35

15

0.15

10

50

0.5

20

ter- (2)

40

0.4

10

0.1

45

0.45

0.05

20

ter- (3)

45

0.45

0.05

10

50

0.5

20

JUMLAH

24

40

1.2

10

0.3

29

48.3

1.45

1.7

0.05

60

Petunjuk : ter- (1) : terakhir


ter- (2) : terpikul
ter- (3) : tercinta

61

Berdasarkan jadual 11, didapati kadar kesilapan penggunaan ketigatiga imbuhan ter- banyak dilakukan oleh sampelan lelaki jika dibandingkan
dengan sampelan perempuan.

Kesilapan yang dilakukan oleh sampelan

lelaki ialah sebanyak 3 (15%) bagi imbuhan ter- (1), 2 (10%) bagi imbuhan
ter- (2) dan 1 (5%) bagi imbuhan ter- (3). Kesilapan yang dilakukan oleh
sampelan perempuan pula hanyalah bagi imbuhan ter- (2) sahaja iaitu sekali
mewakili 5%. Tiada kesilapan yang dilakukan oleh sampelan perempuan
dalam penggunaan imbuhan ter- (1) dan ter-(3).

62

63

JADUAL 12 : Taburan kesilapan penggunaan 2 imbuhan di- mengikut jantina

LELAKI

PEREMPUAN
JUMLAH

IMBUHAN BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Bil

Min

Bil

Min

Bil

Min

Bil

Min

di- (1)

12

60

0.6

30

0.3

10

0.1

20

di- (2)

30

0.3

10

0.1

45

0.45

15

0.15

20

JUMLAH

18

45

0.9

0.1

15

37.5

0.75

12.5

0.25

40

Petunjuk : di- (1) : diuruskan


di- (2) : diberi

64

Jika diteliti pula jadual 12 iaitu jadual taburan kesilapan penggunaan 2


imbuhan di- kita dapati data-data yang diperolehi memihak kepada
perempuan kerana sampelan perempuan banyak melakukan kesilapan jika
dibandingkan dengan sampelan lelaki. Bagi imbuhan di- (1), kesilapan yang
dilakukan oleh sampelan perempuan ialah 2 (10%) manakala tiada sampelan
lelaki melakukan kesilapan tersebut. Bagi imbuhan di- (2) pula, kesilapan
yang dilakukan oleh sampelan perempuan ialah sebanyak 3 (15 %)
manakala sampelan lelaki yang melakukan kesilapan di dalam penggunaan
imbuhan di- (2) ini ialah sebanyak 2(10%).

65

BAB LIMA:

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

PENDAHULUAN
Dalam bab lima ini, pengkaji akan mengemukakan rumusan ataupun

kesimpulan yang telah diambil daripada hasil kajian seperti yang telah
diperolehi dan diperjelaskan dalam bab empat. Selain daripada itu, pengkaji
juga akan mengemukakan beberapa cadangan ke arah mempertingkatkan
tahap penguasaan dalam penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu.
Cadangan-cadangan yang akan diutarakan ini, pada hemat pengkaji adalah
amat sesuai diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat secara
langsung dengan pengajaran, pengendalian serta perancangan bahasa
Melayu. Mereka adalah individu-individu yang boleh membuat sesuatu yang
positif dalam usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu terutamanya di dalam penguasaan penggunaan imbuhan
semasa menulis karangan.

66

5.2

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian di dalam bab keempat, pengkaji telah

mengumpulkan data-data serta maklumat kajian di dalam jadual-jadual


mengikut

aspek-aspek

tertentu

seperti

yang

dinyatakan

di

dalam

pendahuluan bab tersebut. Jika dikaji dan diteliti latar belakang sampelan,
didapati

sampelan

pendidikan.

datangnya

daripada

keluarga

yang

mempunyai

Berdasarkan jadual 2, taraf pendidikan ibu bapa sampelan

kebanyakannya adalah pendidikan sekolah menengah iaitu 30 orang (75%)


8 orang ibu bapa berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti atau
maktab (20 %) manakala hanya 2 orang ibu bapa sampelan yang mendapat
pendidikan

setakat

sekolah

yang

mewakili

sebanyak

5%

dari

keseluruhannya.
Keluarga sampelan juga didapati keseluruhannya berasal dari
keluarga sederhana besar iaitu kebanyakannya mempunyai adik-beradik di
antara 4 hingga 5 orang (rujuk jadual 1). Sebagai rumusannya, bolehlah kita
katakan, ibu bapa sampelan mempunyai masa dan kebolehan untuk
mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka.

Rumusan ini

disokong dengan maklumat di dalam jadual 4 yang menunjukkan 17 (85 %)


keluarga selalu memeriksa kerja-kerja sekolah sampelan. Jadual tersebut
juga menunjukkan tiada keluarga yang tidak pernah memeriksa kerja-kerja
sekolah sampelan.
Berdasarkan soalan-soalan kajian yang ditetapkan oleh pengkaji
sebelum kajian dijalankan (rujuk bab pertama - 1.3), iaitu adakah kesilapan
penggunaan imbuhan ter- dan di- disebabkan kurangnya latihan yang
dijalankan di dalam kelas, pengkaji telah mendapati kerja-kerja atau latihan
67

menulis karangan yang diberikan ialah seminggu sekali (rujuk jadual 5).
Pada hemat pengkaji, latihan yang diberikan ini telah mencukupi kerana
berdasarkan pemerhatian pengkaji, guru menjalankan latihan mengarang
secara proses.

Guru sekolah berkenaan juga didapati mengambil masa

selama dua hari bagi menjalankan pengajaran menulis karangan secara


proses ini. Berdasarkan pemerhatian pengkaji juga, pada hari pertama guru
menjalankan proses menjana idea dalam kalangan murid-murid diikuti
dengan proses menulis draf pertama dan kedua. Pada hari kedua pula,
dijalankan proses menulis draf seterusnya (jika diperlukan) dan proses
penulisan terakhir untuk menghasilkan hasil terbaik.

Guru juga didapati

mempunyai daya inisiatif untuk menjalankan pengajaran menulis karangan


secara proses ini lebih daripada sekali di dalam kelas. Selain daripada itu,
guru juga memberi latihan-latihan tambahan untuk dibuat oleh murid-murid di
rumah.
Kesimpulannya, pengkaji mendapati langkah-langkah yang diambil
oleh guru kelas tersebut member kesan terhadap pencapaian murid-murid.
Walaupun beberapa langkah yang diambil oleh guru berkenaan kurang
sesuai, seperti mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalankan
pengajaran

mengarang

secara

proses,

didapati

murid-murid

secara

keseluruhannya dapat menguasai penggunaan imbuhan ter- dan di- dalam


penulisan karangan.

Hal ini dapat dibuktikan melalui jadual 7 yang

menunjukkan daripada 100 jawapan yang diberikan oleh sampelan, 83 (83


%) daripadanya adalah jawapan yang betul.

Kenyataan ini dibantu oleh

data-data yang terdapat di dalam jadual 8 dan jadual 9 yang lebih terperinci.
Guru juga didapati menggunakan pelbagai jenis karangan di dalam
68

pengajarannya iaitu karangan bebas, karangan terkawal dan karangan


berpandukan gambar bersiri. Oleh yang demikian, pada hemat pengkaji,
kesilapan penggunaan imbuhan ter- dan di- di dalam penulisan karangan
bukanlah disebabkan kurangnya latihan.
Jika dikaji pencapaian dan penguasaan imbuhan ter-

dan di-

di

dalam penulisan karangan mengikut jantina, pengkaji mendapati ianya


hampir seimbang di antara sampelan lelaki dan perempuan.

Pada

keseluruhannya, daripada 100 tempat kosong yang perlu diisi oleh


sampelan, kesilapan yang dilakukan oleh lelaki mengatasi perempuan iaitu 9
(9 %). Kesalahan sampelan perempuan ialah sebanyak 8 (8 %). Perbezaan
kesilapan di antara lelaki dan perempuan hanyalah 1 (1 %). Berdasarkan
jadual 11 dan jadual 12 yang menunjukkan data-data yang lebih terperinci
mengenai penggunaan imbuhan ter- dan di- , pengkaji mendapati, sampelan
perempuan masih mengatasi lelaki di dalam penggunaan imbuhan terdengan betul di dalam penulisan karangan.

Sampelan perempuan

menjawab dengan betul sebanyak 22 (36.7 %) dan membuat kesilapan


sebanyak 8 (13.3 %).
Di dalam penggunaan imbuhan di- pula, sampelan lelaki pula yang
lebih banyak menjawab dengan betul dan mengatasi sampelan perempuan.
Mereka hanya melakukan kesilapan sebanyak 1 (2.5 %) sahaja sedangkan
sampelan perempuan melakukan kesilapan sebanyak 7 (17.5%). Daripada
40 tempat kosong yang perlu diisi oleh sampelan, 19 (47.5 %) dijawab
dengan betul oleh lelaki dan 13 (32.5 %) dijawab dengan betul oleh
perempuan.

69

Sebagai rumusannya, jika dilihat soalan-soalan kajian di dalam bab


pertama, khususnya soalan kajian kedua, jawapannya telah diperolehi ialah
kesilapan penggunaan imbuhan ter- dan di- di dalam penulisan karangan
bahasa Melayu lebih banyak dilakukan oleh murid-murid lelaki jika
dibandingkan dengan murid-murid perempuan secara keseluruhannya.
Namun begitu, perbezaan kesilapan yang dilakukan di antara lelaki dan
perempuan adalah kecil.

5.3

CADANGAN

Berikut adalah cadangan-cadangan yang pengkaji fikirkan sesuai diambil


perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak berkenaan.
Perkara yang amat penting diambil perhatian ialah teknik dan
pendekatan yang perlu diperbaiki oleh guru di dalam pengajaran penulisan
karangan supaya aspek tatabahasa terutamanya penggunaan imbuhan
dapat dikuasai oleh murid-murid dengan sepenuhnya.

Pendekatan

pengajaran secara proses yang dijalankan oleh guru perlulah diperbaiki.


Punca berlakunya tidak keseragaman pengajaran ini mungkin kerana guruguru

tidak

mendapat

maklumat

lengkap

tentang

pendekatan

ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tertentu perlu mengadakan kursus ataupun


bengkel dari masa ke masa supaya pengukuhan pengetahuan guru terhadap
pendekatan

pengajaran

dapat

dikuatkan

di

samping

memperolehi

pendekatan-pendekatan baru.

70

Dalam menjalankan pengajaran di bilik darjah terdapat tiga kaedah


pengajaran yang biasanya dijalankan oleh para guru iaitu kaedah deduktif,
kaedah induktif, dan kaedah eklektik. Kaedah deduktif dan induktif ini tidak
mempunyai banyak perbezaan. Sebagai jalan keluar, satu kaedah lain telah
disarankan dengan menggabungkan unsur-unsur penting daripada keduadua kaedah iaitu kaedah deduktif dan kaedah induktif bagi menghasilkan
suatu streategi kaedah pengajaran yang berkesan yang dikenali sebagai
Kaedah Eklektik.
Kaedah ini mencantumkan kedua-dua unsur yang baik dalam
pendekatan deduktif dan induktif untuk menghasilkan satu strategi
pengajaran. Guru bahasa boleh memulakan pengajarannya dengan memberi
contoh-contoh berkenaan sesuatu unsur dan meminta contoh-contoh
mengenai perkara yang sama daripada pelajar-pelajar. Selepas itu guru
membimbing pelajar-pelajar untuk membuat pernyataan mengenai rumusan
tatabahasa yang terlibat. Selepas itu, guru juga boleh meminta pelajar
memulakan pengajarannya dengan memberi rumusan tatabahasa yang
berkenaan. Kemudian pelajar diminta memberi penjelasan mengenai
rumusan tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai.
Antara kelebihan pendekatan eklektik ialah:
i. Guru tidak terikat kepada satu kaedah pengajaran sahaja.
ii. Guru bebas menggunakan daya kreativitinya sendiri dalam mengajar.

71

iii. Latihan kefahaman misalnya, dapat dijalankan dengan diikuti oleh latihan
bertutur , membaca dan menulis.
iv. Pelajar berpeluang berfikir terus di dalam bahasa yang dipelajari dan
menggunakannya secara aktif. Kemahiran pasif (mengenai rumusan
tatabahasa) dan aktif (penggunaan bahasa) dapat dijalankan serentak
didalam satu pelajaran.
Untuk menjadikan kaedah yang digunakan berkesan guru perlu
memilih dan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian agar isi pelajaran
yang disampaikan difahami oleh murid tanpa halangan. Setiap kaedah yang
dibincangkan memerlukan guru melaksanakan langkah-langkah yang
tertentu bagi menyampaikan pengajarannya. Ciri-ciri khusus yang ada pada
sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah pengajaran yang
dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan bahan bantu mengajar digelar
teknik pengajaran.
Walau pun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik
pengajaran yang tertentu tetapi dalam sesuatu pengajaran bahasa, guru
sering menggabungkan beberapa teknik pengajaran bagi menghasilkan satu
strategi pengajaran bahasa yang berkesan. Antara teknik-teknik pengajaran
yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa ialah teknik simulasi,
sumbangsaran, soal jawab, latih tubi, kuiz dan teknik permainan bahasa.

72

Maka, saya menyesuaikan kaedah ini dalam proses pengajaran


imbuhan ter- dan di- di bilik darjah sebagai satu cadangan dalam kajian ini.
Langkah-Langkah Pengajaran
Langkah 1:
Guru menerangkan fungsi imbuhan ter- dan di- melalui perkataanperkataan yang terdiri daripada kata dasar yang mengandungi kata kerja
sebagaimana yang telah dihuraikan pada bahagian yang terdahulu. Namun
begitu, dalam sesi pengajaran guru mestilah menggunakan senarai ayat-ayat
yang diberi atau ditulis di papan hitam sebagai asas titik-tolak. Hal

ini

kerana, senarai tersebut amat penting dijadikan bahan panduan yang


penting semasa guru mengajar.
Selepas selesai guru menerangkan fungsi imbuhan ter- dan di- melalui
perkataan-perkataan terbitannya dalam ayat-ayat yang telah disenaraikan
itu, para pelajar seharusnya boleh mengetahui dan memahami fungsi
imbuhan ter- dan di- dalam menerbitkan kata yang baru setelah mengalami
proses pengimbuhan pada golongan kata dasar iaitu kata kerja.
Disinilah kaedah eklektik diaplikasikan sepenuhnya. Guru boleh
memilih untuk menggunakan atau memberi contoh-contoh yang bersesuaian
kepada pelajar terlebih dahulu agar mudah bagi para pelajar nampak dengan
jelas hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru boleh
menerangkan tentang rumus tatabahasa berpandukan pendekatan struktural
untuk mengelakkan berlakunya kesilapan semasa mengajarkan imbuhan ter-

73

dan di-. Teori pendekatan struktural hanya perlu diketahui oleh guru sahaja
dan tidak perlu diajar kepada para pelajar secara mendalam. Guru hanya
boleh memberi penerangan sahaja melalui contoh-contoh yang mudah serta
bertepatan dengan pengajaran berasaskan pendekatan struktural.
Langkah 2:
Sebaik sahaja guru selesai menerangkan fungsi perkataan-perkataan
terbitannya dalam tiap-tiap satu ayat yang diberi itu, guru sebaik-baiknya
menerangkan pula makna tatabahasa yang dibawa oleh imbuhan ter- dan
di-. terhadap kata kerja dasar yang diimbuhkan dengannya itu. Contohnya
dapat kita perhatikan dengan teliti di bawah:

IMBUHAN

KATA
KERJAKATA
(KATA DASAR) TERBITAN

MAKNA

CONTOH AYAT

ter-

sepak

tersepak

Tidak sengaja

Mudin tersepak
batu itu.

di-

kunci

dikunci

Mengunci

Pintu itu dikunci


oleh Mudin.

Langkah 3:
Bagi menguji kefahaman sama ada para pelajar telah memahami
penggunaan perkataan-perkataan terbitan imbuhan ter- dan di-. dengan
makna yang dibawa oleh perkataan-perkataan itu, maka latihan-latihan
tertentu haruslah diberi sejurus selesainya proses pengajaran imbuhan
tersebut dilakukan. Guru haruslah bijak menentukan waktu yang sesuai
74

dalam memberikan latihan kepada para pelajar sama ada diberi pada akhir
pembelajaran ataupun dalam pelajaran berikutnya. Oleh itu, sebagai seorang
guru pengurusan masa adalah sangat penting dalam mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang guru-guru
boleh gunakan semasa pengajaran imbuhan meng-, menge-, dan menyberdasarkan pendekatan struktural. Antaranya:
a) Teknik Simulasi
Guru boleh menggunakan teknik simulasi dengan menggunakan
pendekatan struktural untuk mengajarkan imbuhan ter- dan di- kepada
murid-murid. Teknik ini diklasifikasikan sebagai satu situasi yang diwujudkan
hampir menyerupai keadaan sebenar. Pada kebiasaannya, teknik ini
memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan yang diberikan.
Dalam konteks ini, guru akan membahagikan murid-murid pada
beberapa kumpulan kecil. Seterusnya, guru akan memberikan satu petikan
pendek. Kemudian guru akan memastikan murid-murid mengenal pasti dan
mencari perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dan di-. Guru akan
meminta murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut selepas
murid-murid dapat mengenal pasti perkataan-perkataan tersebut. Melalui
teknik ini, murid-murid dapat berbincang dan membina ayat mengikut
perkataan yang telah dikenal pasti tadi. Setelah itu, guru akan mengarahkan
wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan

75

mereka.

Dalam

situasi

ini,

guru

dapat

menggabungjalinkan

teknik

perbincangan dalam teknik simulasi. Oleh hal yang demikian, guru dapat
mengetahui kelemahan murid-murid dalam menggunakan imbuhan ter- dan
di- semasa proses pembinaan ayat. Menerusi teknik ini, pelbagai kemahiran
dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya
kemahiran lisan, membaca dan menulis serta kemahiran berfikir.
b) Teknik Sumbangsaran
Teknik lain yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa ini
ialah teknik sumbangsaran. Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan
fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan antara guru
dengan murid-murid dalam menyumbangkan pendapat mahupun idea.
Melalui teknik ini, guru boleh menggunakan kad yang tertulis imbuhan terdan di- dan kata kerja seperti kata tulis misalnya dalam salah satu kad yang
dibuat oleh guru. Kemudian guru meminta murid-murid untuk membina ayat
berdasarkan perkataan yang tertulis pada kad tersebut di papan hitam.
Dalam situasi ini, guru dapat mengenal pasti kesilapan murid-murid dalam
menggunakan imbuhan ter- dan di- ketika membina ayat.
Teknik sumbangsaran mengandungi beberapa tujuan iaitu topik
perbincangan haruslah bersesuaian dengan kebolehan dan minat muridmurid. Guru juga perlu menggunakan garis panduan yang ringkas dan jelas.
Semua idea dan cadangan yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum. Setiap murid diberi peluang untuk
mengemukakan cadangan dan menyumbang seberapa banyak idea dalam

76

membina ayat-ayat yang menggunakan imbuhan ter- dan di-. Namun begitu,
guru harus memastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah
berpatutan dan mencukupi. Cadangan dan idea yang diberikan tidak boleh
dikritik tetapi guru boleh membetulkan kesilapan murid-murid dalam
pembinaan ayat yang menggunakan imbuhan ter- dan di-.
c) Teknik Soal Jawab
Malahan, teknik soal jawab juga boleh digunakan dalam proses
pengajaran tatabahasa. Teknik ini merupakan teknik paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukanlah
mudah untuk dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindak
balas yang sewajarnya.
Sebelum itu, guru perlu menerangkan tentang isi pelajaran terlebih
dahulu sebelum mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran. Sebagai contohnya, guru perlu menerangkan isi pelajaran seperti
penggunaan imbuhan ter- dan di- dengan kata dasar sebagai kata kerja
dengan lebih terperinci supaya murid-murid dapat memahami segala yang
diterangkan oleh guru. Setelah itu, barulah guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan isi pelajaran tersebut kepada murid-murid.
Setelah itu, guru dapat mengetahui sama ada proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut berkesan atau tidak dalam situasi bilik darjah itu.

77

Tambahan pula, guru dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada masa
akan datang.
Tujuan

teknik tersebut

adalah

untuk

mengesan

pengetahuan

berbahasa dalam kalangan murid-murid, menggalakkan murid-murid berfikir


secara kreatif, inovatif, logik dan kreatif serta untuk mendorong murid-murid
menyusun dan menghuraikan bahan-bahan yang diajar oleh guru. Lantaran
itu, guru haruslah menyediakan soalan yang terancang dan bermutu sesuai
dengan tahap kognitif para pelajar agar dapat membantu menajamkan
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih berkesan.
d) Teknik Latih Tubi
Malahan, teknik latih tubi juga boleh diguna pakai dalam pengajaran
tatabahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektrik, fonetik dan audio-lingual.
Latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk
membentuk kelaziman yang betul bagi menggunakan struktur-struktur
bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid-murid. Teknik ini juga
boleh digunakan untuk mencapai suatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui
teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan
memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan tersebut.

78

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek


kebolehan menggunakan bahasa iaitu pertama ialah sebutan. Guru meminta
murid-murid menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul
termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Aspek yang
kedua

ialah

tatabahasa.

Penggunaan

bahasa

yang

tepat

sangat

dititikberatkan mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.


Aspek yang ketiga ialah perbendaharaan kata. Guru berhara murid-murid
dapat memperluas perbendaharaan kata dengan menggunakan imbuhan
ter- dan di- yang sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu. Keempat
ialah kefasihan. Guru dikehendaki meminta murid-murid menggunakan
perkataan dengan cara spontan tanpa memikirkan maksud perkataan
tersebut. Aspek yang kelima ialah kefahaman. Guru akan memberikan muridmurid latihan supaya mereka dapat memahami soalan dan memberikan
jawapan yang wajar. Latihan yang diberikan oleh guru merangkumi prospek
penggunaan imbuhan ter- dan di- dalam ayat.
e) Teknik Kloz
Guru boleh menggunakan teknik kloz iaitu salah satu latihan yang
berbentuk mengisi tempat kosong. Teknik ini sekurang-kurangnya mampu
meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid dalam mengisi tempat kosong
dengan menggunakan perkatan yang berimbuhan ter- dan di-. Ia juga
merupakan suatu cara yang mudah untuk dipraktikan oleh pelajar tidak kira
sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ataupun di rumah
sebagai suatu pengukuhan untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar.

79

f) Teknik Kuiz
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teknik kuiz dalam
pengajaran tatabahasa. Mengikut catatan sejarah, teknik ini diperkenalkan
pada tahun 1940, di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam sukatan
pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolahsekolah Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun, teknik ini boleh diguna
pakai atau diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya
dalam pengajaran tatabahasa. Tujuan teknik ini ialah supaya guru dapat
mengukuhkan pengajaran dan memantapkan kefahaman murid-murid
mengenai topik-topik tertentu. Murid-murid juga boleh mengulangkaji sambil
bergembira tanpa rasa sebarang tekanan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Secara tidak langsung, pelajar dapat melupakan
permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara tekateki. Lantaran itu, murid-murid dapat belajar teknik berfikir yang baru dan
boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.
Teknik ini juga dapat membantu murid-murid memahami sistem
bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa
yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa
melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup. Hal ini bermakna, kuiz dapat
dijadikan

sebagai

aktiviti

rangsangan,

penggayaan,

pemulihan

dan

pengukuhan. Teknik ini juga merangkumi aktiviti pertandingan yang dilakukan


dalam bilik darjah. Misalnya, guru menggunakan pendekatan pertandingan
80

seperti peraduan teka silang kata. Guru perlu bijak menyesuaikan teknik
tersebut selaras dengan objektif pengajaran tatabahasa terutamanya dalam
pengajaran imbuhan ter- dan di-. Setiap klu yang diberikan mesti
menggambarkan jawapan yang merangkumi perkataan berimbuh. Justeru,
guru perlu membahagikan murid-murid kepada dua atau tiga kumpulan
besar

untuk

melaksanakan

teknik

tersebut

agar

mencapai

objektif

pengajaran.
g) Teknik Permainan Bahasa
Di samping itu, teknik permainan bahasa juga boleh diaplikasikan
dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah
komunikatif kerana aktiviti ini dianggap amat penting dalam membentuk
kecekapan berinteraksi ataupun kecekapan berkomunikasi seseorang murid.
Menerusi teknik ini, murid-murid dapat mempelajari bahasa selari dengan
proses pembelajaran bahasa secara semulajadi. Walau bagaimanapun,
untuk memastikan kejayaan teknik ini murid-murid perlu kreatif dalam
penggunaan bahasa kerana mereka perlu menggunakan bahasa yang tepat
dan berkesan apabila bercakap atau menulis supaya maksud yang hendak
disampaikan boleh difahami. Penglibatan dalam permainan tersebut akan
memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

81

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai


kemahiran berbahasa murid-murid. Antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dapat melatih muridmurid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa serta mengembangkan
kebolehan mereka menerusi kemahiran tersebut. Hala tuju pengajaran ini
dapat diinterpretasikan dengan jelas melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu dapat merangsang interaksi verbal,
menambah kefasihan dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid.
Malahan, guru dapat menyediakan konteks pembelajaran dalam situasi yang
berbeza untuk menarik minat murid-murid terhadap sesuatu topik yang ingin
diajarkan. Teknik ini juga bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa
bosan dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan serta penggayaan dalam
pengajaran tatabahasa khususnya.
Antara contoh teknik permainan bahasa yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran tatabahasa ialah lakonan. Melalui konteks ini, guru perlu
menyediakan beberapa patah kata berimbuhan ter- atau di- yang ditulis di
atas kertas yang berasingan. Kemudian, kertas tersebut digulungkan dan
diisi dalam sebuah kotak. Setelah itu, guru meminta seorang murid untuk
mencabut undian lalu melakonkan perbuatan yang tertulis dalam kertas
tersebut tanpa mengungkapkan perkataan itu. Sementara itu, murid-murid
yang lain boleh meneka aksi yang dilakonkan oleh murid tersebut. Keadaan
ini secara tidak langsung dapat melatih atau menyesuaikan murid-murid
dengan penggunaan imbuhan ter- dan di-.

82

Pada hemat pengkaji juga, guru perlu memperbanyakkan latihanlatihan yang diberikan kepada murid yang berbentuk latihan menulis
karangan berpandu sama ada dengan menggunakan gambar bersiri ataupun
gambar tunggal.

Dengan cara ini, guru akan dapat menimbulkan habit

murid-murid di dalam memberikan imbuhan yang betul kepada sesuatu kata


dasar.

Daripada aspek pemilihan bahan pengajaran, seseorang guru itu

seharusnya bijak di dalam pemilihan bahan yang sesuai dengan umur, minat
dan keupayaan murid-murid.
Di dalam pengajaran bahasa Melayu, guru disarankan supaya
memberikan

penekanan

terhadap

fungsi

imbuhan

di

dalam

ayat.

Sehubungan dengan itu, guru bolehlah memperbanyakkan latihan-latihan


membina ayat dan latihan mengisi tempat-tempat kosong dalam petikan
dengan perkataan berimbuhan.

Dengan cara ini, secara tidak langsung

murid-murid akan dapat mengetahui fungsi-fungsi sesuatu imbuhan itu.


Minat di dalam penulisan karangan mempunyai kaitan dengan kebolehan
menguasai aspek tatabahasa khususnya imbuhan. Selain daripada seperti
yang dikatakan sebelum ini iaitu penggunaan pendekatan dan bahan yang
sesuai, pihak-pihak tertentu juga boleh menimbulkan minat murid-murid
melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Pertandingan-pertandingan menulis

karangan yang lebih memberi penekanan terhadap penggunaan imbuhan


bolehlah diadan. Penggunaan imbuhan secara lisan juga boleh diadakan
dengan menganjurkan pertandingan-pertandingan pidato dan perbahasan.
Murid-murid juga hendaklah diberi peluang untuk membuat perbincangan

83

sesama mereka mengenai penulisan karangan dan penggunaan imbuhanimbuhan yang sesuai di dalam sesebuah karangan.
Pihak pentadbiran sekolah juga patut mengadakan pengajaran
pemulihan kepada murid-murid yang lemah di dalam penulisan karangan
terutamanya penguasaan penggunaan imbuhan. Pengajaran bahasa juga
hendaklah diberi penekanan dalam kursus-kursus Pengajian Melayu di
institut-institut pendidikan guru supaya bakal-bakal mendapat pendedahan
dan kemahiran yang sepenuhnya di dalam pendekatan dan kaedah
pengajaran yang berkesan. Dari segi pemilihan buku-buku teks, buku-buku
yang dipilih mestilah mengandungi kemahiran-kemahiran penggunaan
tatabahasa terutamanya imbuhan. Apa yang kita dapati, kebanyakan buku
teks yang digunakan oleh sekolah-sekolah sekarang ini lebih mementingkan
penguasaan bacaan dan pemahaman.
Berdasarkan cadangan-cadangan pengkaji seperti disebut di atas,
diharapkan masalah-masalah di dalam penggunaan imbuhan di dalam
penulisan karangan dapat diatasi ataupun dikurangkan serta sebagai satu
usaha dalam memartabatkan bahasa ibunda kita di tanah air sendiri.

84

Anda mungkin juga menyukai