Anda di halaman 1dari 11

.

1 Pengenalan

Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menegaskan bahawa

sebagai bahasa kebangsaan negara yang berdaulat, bahasa Melayu dikehendaki memikul

beban tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa

perhubungan umum dan bahasa penghantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi

pengajian tinggi. Peruntukan mengenai hal ini disebutkan pada Perkara 152 iaitu:

“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan

sebagaimana yang diperintahkan dengan undang-undang oleh Parlimen.”


(Perlembagaan Persekutuan, 1992:221)
1

Seharusnya bahasa ibunda ini tidak menjadi beban kepada masyarakat penuturnya.

Malangnya masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu dewasa ini begitu

ketara. Hal ini terbukti melalui keputusan-keputusan peperiksaan yang dikeluarkan. Walaupun

ada pihak yang berpendapat bahawa kelemahan bahasa para pelajar tidak boleh dinilai semata-

mata berdasarkan keputusan yang mereka perolehi, namun layak dijadikan sandaran terbaik

bagi mengukur masalah yang berlaku.

Masalah-masalah yang wujud dan kebimbangan yang dilahirkan ini seharusnya

difikirkan dan diberi perhatian kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi masa depan para

pelajar tersebut akibat kegagalan dalam bahasa Melayu, tetapi juga mempengaruhi masa depan

bahasa Melayu pada masa akan datang. Awang Mohammad Amin (1987:199) pernah

menyuarakan pendapatnya mengenai golongan pelajar seperti ini.1 Menurut beliau:

“Pelajar-pelajar yang tamat persekolahan, SPM contohnya masih melakukan kesalahan bahasa

dan mereka ini merupakan ‘nyamuk aedes’ yang paling merbahaya kerana mereka berada

dimana-
1 Awang Mohd. Amin. (1987). Kekerapan kesalahan bahasa peringkat kata (morfologi)
bahasa Melayu “(satu tinjauan khusus terhadap prestasi kemahiran bahasa tulisan pelajar- pelajar Melayu
tingkatan 4)” kesalahan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2

mana; dengan tidak disedari mereka menjadi agen pembawa “kuman kesalahan bahasa” untuk

disebarkan kepada orang ramai yang tidak berhati-hati dan tidak teliti apabila hendak

menggunakan bahasa Malaysia secara formal.”


1.2 Objektif Kajian

Kajian kes ini cuba meninjau masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar

tahun enam di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari sudut umum. Melalui

penyelidikan ini, pengkaji ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

bahasa pelajar iaitu mencari punca kepada masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan

para pelajar di pinggir bandar, di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman. Pengkaji juga

ingin melihat bagaimana faktor- faktor yang terlibat boleh mempengaruhi prestasi pelajar dalam

bahasa Melayu.

Kajian terhadap masalah ini dirasakan perlu memandangkan kegagalan yang berlaku

adalah secara berterusan. Dalam masa yang sama, masalah penguasaan atau kegagalan sering

dikaitkan dengan kelemahan diri individu atau pelajar semata-mata sedangkan pada realitinya,

banyak faktor lain yang boleh dipertanggungjawabkan. Melalui kajian ini juga, pengkaji ingin

memberikan sedikit cadangan untuk mengatasi masalah yang berlaku berdasarkan

pengenalpastian terhadap faktor-faktor tersebut.


3

1.3 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan yang meneliti

beberapa naskah buku yang berkaitan dengan bidang kajian dari penerbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka iaitu Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran bahasa


Melayu oleh Zulkifley Hamid, Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah

Menengah oleh Awang Mohamad Amin, dan Konsep Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu

oleh Awang Sariyan. Manakala buku terbitan Nurin


Enterprise pula adalah Beberapa Aspek Kesalahan Tatabahasa Dalam Penggunaan
Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Awang Sariyan. Buku-buku yang diperolehi dari
Perpustakaan Awam Negeri Kedah ini dijadikan sebagai rujukan oleh pengkaji selama
berada di Alor Setar, Kedah.
4

Selain itu pengkaji juga turut merujuk hasil latihan ilmiah yang telah dilakukan
oleh beberapa orang penyelidik dari Universiti Malaya iaitu Analisis Penguasaan

Imbuhan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah di Petaling

Jaya, Selangor oleh Zianuddin B. Sharuddin, Punca-Punca Kelemahan Bahasa Melayu Di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Kuala Lumpur Dan Petaling Jaya oleh

Kamisan B. Siham, Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Atas oleh

Mohd Nizar B. Idris, dan Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Murid-Murid Tahun

Enam KBSRoleh
Norhazlina Bt. Hashim. Kesemua latihan ilmiah ini diperolehi dari perpustakaan
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Pengkaji juga tidak ketinggalan dalam merujuk beberapa laman web yang
berkaitan dengan bidang kajian iaitu mengenai Satu Tinjauan Pelbagai Aspek
Membaca
Murid-Murid
Tadika
yang
dipetik
dalam
laman
http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm. Kajian ini telah dilakukan oleh tiga orang
penyelidik iaitu Lee Lai Guan, Rahmah bt. Hanafi dan Salihah bt. Yusof dari Jabatan
Pendidikan.

Kajian lapangan juga turut digunakan dalam penyelidikan ini iaitu melibatkan temubual

dengan guru dan juga pelajar serta pemerhatian ikut serta dalam kelas. Seramai 14 orang murid

lelaki dan 20 orang murid perempuan di dalam satu kelas telah terlibat dalam pemerhatian ikut

serta kajian ini. Terdapat juga beberapa orang pelajar


5
lelaki dan perempuan yang ditemubual secara rambang mengatakan bahasa Melayu merupakan

bahasa yang paling mudah untuk dikuasai. Manakala guru bahasa Melayu tahun enam pula

ditemubual bagi memperolehi maklumat tentang persekitaran sekolah dalam membantu murid-

murid. Guru Penolong Kanan 1 juga turut mengeluarkan pendapatnya melalui perbualan yang

melibatkan penguasaan pelajar tahun enam. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakkan murid

kajian mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
1.4 Batasan Kajian

Kajian ini menfokuskan kepada bahasa Melayu dalam bidang pendidikan di negara ini

iaitu sekolah rendah. Kajian yang dimaksudkan ialah untuk mengenalpasti masalah penguasaan

bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian dilakukan terhadap pelajar sekolah

rendah yang terdiri daripada pelajar tahun enam. Kajian hanya dilakukan di sekolah kerajaan

atau bantuan kerajaan. Kawasan atau kajian kes hanya dilakukan di Alor Setar, Kedah. Sekolah

ini berada di kawasan pinggir bandar. Kajian dilakukan di sebuah Sekolah Kebangsaan Dato’

Wan Mohd Saman.


6

Seramai 34 orang pelajar dipilih disamping guru bahasa Melayu tahun enam dan juga guru

Penolong Kanan I. Kajian ini bergantung sepenuhnya kepada maklum balas daripada responden

melalui temuramah dan juga pemerhatian ikut serta dalam kelas.

Kajian ini tidak menganalisis aspek lisan mahupun tulisan dalam bahasa Melayu. Kajian

ini hanya meninjau masalah penguasaan bahasa Melayu secara keseluruhan bagi pelajar tahun

enam di sebuah sekolah. Masalah-masalah yang dikenalpasti akan diberikan langkah untuk

mengatasinya. Langkah-langkah yang dikemukan melibatkan pelajar, guru-guru, dan para ibu

bapa pelajar sekolah tersebut sahaja. Selain itu masalah yang dikenalpasti akan dinilai dari
pelbagai sudut yang membolehkan ianya menjadi punca utama kepada masalah penguasaan

bahasa Melayu pelajar tahun enam di sekolah tersebut.


1.5 Definisi Konsep

Awang Sariyan (1985:153) telah menegaskan maksud penguasaan bahasa ialah

penguasaan secara sistematis, iaitu bahasa keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan

saja. Kekurangan dalam penguasaan bahasa pasti akan menimbulkan kesan buruk kepada

bahasa Melayu yang masih dalam peringkat permanpatan.2


2 Norhazlina Bt. Hashim. 1994. ‘Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Murid-murid
Tahun Enam KBSR’ (Latihan Ilmiah, Akademi Pengajian Melayu)
7

Masalah penguasaan bahasa Melayu sama ada secara keseluruhan atau aspek- aspek

tertentu dalam bahasa Melayu memang telah lama mendapat perhatian oleh pihak-pihak

tertentu. Abdul Razak Ismail (1977) pernah menyatakan bahawa diperingkat sekolah menengah

masih terdapat sebilangan murid yang masih lemah penguasaan mereka dalam perbinaan ayat.

Ini mempengaruhi kemampuan mereka mengarang. Perkara sedemikian tidak wajar berlaku

memandangkan mereka telah lama diberi pendedahan terhadap bahasa Melayu, terutama murid

yang bahasa ibundanya bahasa Melayu.


2.0 Pencapaian UPSR

Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dianalisis oleh pengkaji

mendapati tahap keseluruhan pencapaian pelajar adalah pada tahap yang memuaskan.

Mengenai keputusan peperiksaan dan tahap kemampuan pelajar, guru yang ditemubual

menyatakan bahawa dari segi kuantiti keputusan adalah memuaskan tetapi tidak memuaskan

dari segi kualiti. Statistik keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

dianalisis dari tahun 2004 hingga terbaru tahun 2007. Keputusan peperiksaan ini dibahagikan

kepada dua ketegori iaitu ketegori calon


8
menguasai bahasa Melayu yang mendapat gred A, B dan C. Manakala bagi kategori calon tidak

menguasai bahasa Melayu mendapat gred D dan E. Pembahagian ketegori ini adalah mengikut

skala yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Secara keseluruhan jumlah calon yang dapat menguasai bahasa Melayu untuk kertas

pemahaman dan penulisan pada tahun 2004 adalah sebanyak 134 calon daripada 153 orang.

Pada tahun berikutnya jumlah calon meningkat kepada 143 orang daripada 161 orang. Tahun

2006 pula menunjukkan perubahan daripada 169 orang pelajar yang menduduki peperiksaan,

hanya 142 orang sahaja yang dapat menguasai bahasa Melayu. Manakala pada tahun 2007,

jumlah calon yang berjaya mendapat gred A, B dan C adalah seramai 136 orang daripada 152

orang calon.

Bagi calon yang tidak menguasai kertas pemahaman dan penulisan bahasa Melayu pula

adalah sebanyak 19 orang daripada 153 calon pada tahun 2004. Jumlah tersebut berkurangan

pada tahun berikutnya menjadi 18 orang calon daripada 161 orang. Malangnya jumlah tersebut

bertambah kepada 27 orang calon daripada 169 calon bagi tahun 2006. pada tahun 2007 pula

jumlah pelajar yang menduduki UPSR adalah seramai 152 orang dan calon yang tidak

menguasai adalah seramai 16 orang.


3.0 Masalah-Masalah
9

Sikap Pelajar

Masalah penguasaan bahasa Melayu bukan perkara baru dalam masyarakat Malaysia.

Masalah penguasaan bahasa Melayu tidak hanya berlaku dikalangan masyarakat bukan Melayu,

tetapi masyarakat Melayu sendiri banyak melakukan kesalahan bahasa; baik dalam pertuturan

mahupun penulisan. Pelajar-pelajar Melayu beranggapan bahawa mereka tidak perlu

mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan

boleh dikatakan semua orang Melayu telah menggunakan bahasa Melayu sejak kecil, mengikut
pertuturan masyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa Melayu tidak dititikberat kerana

masyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan bahasa

Malaysia memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu.

Sebenarnya orang Melayu perlu sedar bahawa anggapan sedemikian adalah tidak benar.

Bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka dalam pertuturan harian bukanlah sama dengan

struktur bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu. Hasil temubual penyelidik dengan

responden, menunjukkan bahawa kebanyakkan mereka menyatakan sikap pelajar itu sendiri

yang menyebabkan mereka lemah dalam bahasa Melayu. Sikap pelajar yang malas dan tidak

mahu membuat latihan yang diberikan guru, tidak mengulangkaji mata pelajaran tersebut,

kurang membaca bahan bacaan yang berbentuk akademik dan menganggap bahasa Melayu

mudah. Apabila hal ini berlaku, mereka tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran tersebut.
10

Persekitaran Rumahtangga

Persekitaran rumahtangga merupakan salah satu faktor masalah penguasaan murid-

murid. Pesekitaran rumahtangga terdiri daripada tahap pendidikan keluarga, sosioekonomi,

pendapatan dan sebagainya. Setiap satu berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama

lain. Buktinya, diantara contoh yang diberikan oleh guru yang ditemuduga ialah faktor ibubapa

pelajar yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan atau pendidikan tidak tinggi. Pekerjaan

keluarga juga mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Jenis perkerjaan berkait

rapat dengan tahap pelajaran. Jenis perkerjaan pula akan menentukan jumlah pendapatan yang

seterusnya akan menentukan tahap kelas sosial dan kemampuan mereka untuk menyediakan

kemudahan-kemudahan pelajaran yang lebih baik kepada anak-anak mereka.


3.3 Peranan Guru

Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dalam

pelajarannya. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran agar mampu menarik minat murid-
murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Guru-guru seharusnya memiliki teori, pendekatan,

kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang terkini. Pada tahap umur 11-12 tahun, iaitu masih

pada peringkat kanak-kanak, murid-murid ini cepat merasa bosan, terutamanya bagi murid

Melayu yang kebanyakkannya mempunyai tanggapan


11

tersendiri tentang bahasa Melayu. Rata-rata mereka menganggap bahasa Melayu mudah kerana

mereka bertutur dalam bahasa tersebut. Murid-murid Melayu biasanya tidak menganggap mata

pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang penting memandangkan mereka

merupakan penutur jati bahasa ini. Faktor-faktor ini ditambah dengan cara pengajaran guru yang

mendatar, mengurangkan lagi minat dan sekaligus merendahkan peluang mencapai tahap

penguasaan yang baik dalam bahasa Melayu di kalangan mereka.


4.0 Langkah Mengatasi
4.1 Ujian Diagnostik

Guru-guru perlu memberi perhatian dan penekanan kepada pengajaran bahasa. Mereka

perlu mengetahui aspek bahasa yang dikuasai dengan lemah atau belum dikuasai sepenuhnya

oleh pelajar. Penekanan yang lebih perlu diberikan kepada aspek yang menjadi masalah. Para

pelajar perlu diberi keterangan tentang sesuatu bidang


12

dan dipastikan bahawa mereka benar-benar memahaminya. Setelah itu, ujian terhadap tahap

pemahaman pelajar mungkin boleh dibuat, misalnya melalui latihan membuat ayat. Melalui ujian

diagnostik, kelemahan pelajar dalam aspek ini akan dapat diketahui. Ini dilakukan dengan cara

mengenal pasti apakah aspek-aspek yang menjadi masalah kepada mereka. Secara langsung,

guru akan dapat mengetahui aspek-aspek yang telah dan belum dikuasai oleh mereka. Hasil

ujian ini boleh dijadikan sebagai maklumat bagi program pengajaran pemulihan, iaitu langkah-

langkah untuk mengatasi masalah- masalah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ujian
diagnostik juga hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa, iaitu sama ada sebelum atau

selepas pengajaran dilakukan. Ini bertujuan untuk melihat sama ada pelajar-pelajar telah

mencapai kemajuan atau sebaliknya. Dengan cara ini juga dapat dinilai keberkesanan kaedah

pengajaran yang digunakan oleh guru.


4.2 Peranan Guru

Guru memainkan peranan besar dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaran

bahasa Melayu. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentang teori,

pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu serta mampu

mengaplikasikannya dalam suasana yang sebenar di dalam kelas. Ini juga bermakna, seseorang

guru tidak sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang


13

cukup dalam aspek-aspek yang dinyatakan di atas, tetapi ilmu yang dimiliki harus ditingkatkan

dari semasa ke semasa. Untuk mencapai hasrat ini, pihak-pihak yang berkenaan seperti

Bahagian Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan dan Institusi-

institusi Perguruan harus mengambil inisiatif untuk menjalankan tindakan-tindakan yang

sewajarnya. Sebagai contoh, guru-guru pelatih yang akan mengajar bahasa Melayu perlu diberi

latihan yang khusus dalam aspek tatabahasa semasa mengikuti kursus pendidikan di Maktab

Perguruan atau Fakulti Pendidikan. Guru-guru yang sudah lama mengajar juga perlu didedah

kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang muktahir melalui kursus-

kursus dalam perkhidmatan, penyertaan dalam seminar-seminar yang berkaitan, maklumat

daripada makalah-makalah pendidikan dan sebagainya.


4.3 Kesedaran Dan Sikap Pelajar

Selain bahan-bahan pengajaran dan peranan guru, pelajar sendiri harus ada kesedaran

untuk memperbaiki penguasaan bahasa Melayu mereka melalui pembacaan. Pelajar-pelajar

digalakkan menambahkan pembacaan mereka, iaitu pembacaan bahan yang berbentuk ilmiah,
dan bukannya bentuk hiburan ringan. Bahan bacaan ringan yang terdapat dipasaran mampu

memberi kesan yang buruk kepada


14

penguasaan bahasa Melayu mereka. Hal ini kerana, dalam bahan bacaan tersebut terdapat

banyak kesalahan bahasa dari pelbagai aspek. Dikhuatiri pelajar akan terpengaruh dengan

penggunaan sesuatu aspek bahasa. Pelajar-pelajar juga hendaklah membuang sikap

memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Mereka perlu sedar bahawa bahasa Melayu

merupakan bahasa utama di negara ini dan bahasa Melayu telah terbukti mampu menjadi

bahasa ilmu. Hal ini telah ditegaskan lagi oleh guru yang ditemubual mengatakan bahawa

pelajar-pelajar mengetahui akan kepentingan bahasa Melayu sebagai syarat untuk melanjutkan

pelajaran dan seterusnya berjaya dalam bidang pekerjaan yang dicita-citakan, namun pelajar

sendiri yang mengambil sikap sambil lewa dengan melepas tangan terhadap pembelajaran

bahasa Melayu kerana mereka beranggapan bahasa Inggeris lebih penting dalam dunia

pekerjaan sebenar berbanding bahasa Melayu.


4.4 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu turut memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka

supaya lebih rajin membaca. Mereka hendaklah menyediakan suatu suasana berbahasa yang

sempurna di rumah. Mereka juga hendaklah memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka

tentang pentingnya bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Membaca akan menambahkan

pengetauhan mereka di samping


15

menambahkan perbendaharaan kata dan mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk ayat.

Secara tidak langsung, pembacaan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar.


5.0 Penutup
5.1 Kesimpulan
Pada keseluruhannya, tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar menunjukkan

pencapaian yang baik dalam UPSR. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi

masalah penguasaan bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti

mempengaruhi masalah penguasaan bahasa Melayu pelajar tahun enam. Faktor-faktor ini perlu

diberi perhatian sewajarnya bagi mengatasi kelemahan yang berlaku. Akhirnya, beberapa

cadangan dikemukakan untuk dijadikan bahan renungan guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain

yang berkepentingan.
5.2 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kajian ini meliputi aspek penguasaan bahasa Melayu keseluruhan secara umum. Oleh

itu, pengkaji mencadangkan agar kajian dijalankan secara menyeluruh yang meliputi bidang

sintaksis, morfologi dan fonologi. Kajian menyeluruh ini penting kerana


16

untuk menguasai bahasa Melayu, ketiga-tiga bidang perlu dikuasai sebagai aspek kajian. Hasil

penulisan yang baik tidak hanya bergantung kepada ayat yang gramatis, pemilihan kata yang

tepat tetapi juga ejaan yang betul. Kajian keseluruhan ini juga akan membantu guru-guru

menyusun program yang teliti dan merangkumi ketiga-tiga aspek tersebut untuk

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


17

Anda mungkin juga menyukai