Anda di halaman 1dari 14

SOALAN 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang penting di dalam sesuatu masyarakat. Di negara kita, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Seharusnya segenap lapisan masyarakat perlu menguasai bahasa ini sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, kita juga tidak dapat menafikan bahawa masyarakat di negara ini adalah terdiri daripada berbilang bangsa dan sudah tentunya mempunyai bahasa ibunda masing-masing.

Jesteru itu, kebanyakan pelajar yang bukan berbangsa Melayu mempunyai masalah untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua. Mereka sudah tentunya menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pertama kerana bahasa pertama diperolehi secara perlahan dan berterusan semenjak mereka kecil lagi. Manakala untuk menguasai bahasa melayu pula, mereka terpaksa mempelajarinya secara formal di sekolah.

1.1 Pengertian Bahasa Kedua Bahasa Kedua menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu. Penguasaan bahasa pertama biasanya berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) lagi : Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.

Manakala bahasa kedua mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Ia juga memerlukan dorongan (rangsangan) dan perlu bersikap positif. Bagi pelajar Melayu, mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mungkin tidak mendatangkan banyak masalah. Berbeza pula dengan bukan penutur jati seperti kaum lain seperti kaum Cina, India dan sebagainya. Mereka perlu melalui rancangan-rancangan dan
1

aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan : Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.

Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar sekolah yang terdiri daripada bukan Melayu. Kajian ini juga dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua oleh responden yang bukan penutur jati. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat mengenalpasti masalah-masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu. Aspek yang dikaji adalah dari segi, penulisan, bacaan dan juga lisan. Responden yang dipilih adalah pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan.

2.1 Latar belakang Responden

Hanya seorang responden sahaja yang dipilih untuk menjayakan kajian ini. Responden yang terlibat adalah seorang pelajar perempuan yang bernama Ewe Shiuan Yu yang merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan Cina Phooi Wah, Jelai. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga. Responden menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pertama. Dalam kajian ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kedua oleh responden. Biodata responden dilampirkan (Lampiran 1).

2.2 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui pemerhatian, tinjauan dan kajian kes.

2.2.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat keadaan persekitaran responden. Pemerhatian dilakukan di sekolah dan di kediaman responden untuk melihat sejauh mana pergaulan responden dengan rakan sekolah dan masyarakat setempat. Ia juga perlu untuk melihat sejauh mana responden menggunakan bahasa keduanya dalam pergaulan seharian.

Melalui pemerhatian di sekolah, didapati responden lebih banyak bergaul dengan rakan sebangsanya. Terdapat 3 orang murid Cina sahaja daripada 18 orang murid. Selebihnya adalah berbangsa Siam dan Melayu. Pergaulan responden agak terhad dengan rakan daripada kaum lain.

Pemerhatian yang dilakukan di luar sekolah pula mendapati pergaulan responden dihadkan oleh kedua ibu bapanya. Ini kerana beliau merupakan anak tunggal. Jadi responden lebih banyak berkomunikasi dalam lingkungan keluarga sahaja.

2.2.2 Tinjauan

Tinjauan dilakukan dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu. Kaedah yang digunakan adalah melalui temubual bersama responden dan dengan melihat buku latihan bahasa Melayu responden (Lihat Lampiran 2).

Selain itu, responden juga diminta membaca sebuah petikan (Lampiran 3). Penguji akan bertanya soalan berkaitan dengan petikan. Semasa responden membaca petikan, penguji akan mencatat kesalahan sebutan, intonasi dan sebagainya untuk melihat di mana kelemahan responden. Soalan di kemukakan untuk memastikan responden memahami apa yang dibaca atau sebaliknya. Ia penting kerana sekiranya responden menghadapi masalah dalam pemahaman ia akan memberi kesan dalam pembelajaran bahasa Melayunya.

Tinjauan ini perlu dilakukan untuk melihat masalah berbahasa sama ada secara lisan atau pun dalam bentuk penulisan.

2.2.3 Soal Selidik

Kaedah seterusnya adalah melalui soal selidik (lihat lampiran 4). Soal selidik ini melibatkan guru bahasa Melayu yang mengajar responden, responden itu sendiri dan juga ibu bapa responden. Soal selidik ini perlu untuk mengesan masalah dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan responden sukar menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

3.0 Dapatan Kajian

Daripada kajian yang dijalankan, beberapa masalah telah dapat dikenal pasti. Dia antaranya adalah seperti berikut: a) Kelemahan daripada aspek Fonologi dan Struktur ayat b) Kelemahan daripada aspek penulisan c) Kurang keyakinan diri d) Kurang pendedahan (pergaulan) dan bahan rujukan dalam bahasa Melayu

3.1 Kelemahan daripada aspek fonologi dan struktur ayat. Kelemahan dari aspek fonologi yang dikenal pasti adalh dari segi sebutan perkataan dan juga binaan struktur ayat.

3.1.1 Sebutan perkataan. Semasa responden membaca petikan yang diberi, penguji telah mencatat kesalahan sebutan yang dilakukannya. Lihat jadual di bawah. Bil. 1. Perkataan Merupakan, negara, Sebutan oleh responden kira, Melupakan, negala, kila, Catatan r menjadi l b menjadi m r dan d menjadi l e menjadi u, r menjadi t

seseorang, cerdik, diri 2. 3. 4. Banyak Terdapat Besar

seseolang, celedik, dili Manyak Telapat busat

Daripada jadual di atas, menunjukkan responden mempunyai kelemahan yang amat ketara dalam sebutan yang melibatkan beberapa huruf terutamanya huruf r. Responden boleh membaca petikan dengan lancar tetapi mempunyai masalah dalam sebutan dan intonasi.

3.1.2 Struktur ayat Semasa penguji menyoal responden berkaitan dengan petikan. Responden dapat mencari maklumat, tetapi mempunyai masalah untuk menyusun kata menjadi ayat yang betul. Lihat contoh di bawah.

Soalan guru : Mengapakah gajah tidak boleh ditangkap atau dibunuh sesuka hati? Jawapan responden : Gajah tidak boleh ditangkap sesuka hati atau di bunuh kerana kerajaan melindungi. Jawapan yang tepat: Gajah tidak boleh ditangkap atau dibunuh sesuka hati kerana ia adalah hidupan liar yang dilindungi oleh kerajaan.

Ini menunjukkan responden memahami petikan tetapi menghadapi kesukaran untuk menyusun perkataan yang sesuai dan tepat.

3.2 Aspek penulisan 3.2.1 Tatabahasa tanda baca Daripada kajian yang dibuat melalui pemerhatian buku tulis responden, didapati responden mempunyai masalah dalam tatabahasa iaitu tanda bacaan. Responden melakukan kesalahan yang sama dalam aspek penggunaan huruf besar ( rujuk lampiran). Responden tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan juga kata nama khas.

3.2.2 Ejaan Responden juga mempunyai kelemahan dalam latihan ejaan (rujuk lampiran). Responden dipengaruhi oleh sebutannya dan mengeja mengikut sebutan tersebut. Contoh perkataan yang dieja salah dan mengikut sebutannya sendiri ialah teksi dieja menjadi takci.

3.3 Keyakinan diri / motivasi Melalui perbualan dan soal selidik bersama guru, ibu bapa dan responden, didapati responden kurang selesa menggunakan bahasa Melayu dan lebih gemar berbahasa ibunda. Responden
5

juga dilihat kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mempunyai motivasi untuk berusaha lebih gigih bagi menguasai bahasa Melayu. Responden berasa malu untuk menjawab soalan yang ditanya dan lebih banyak berdiam diri, gagap dan menundukkan kepala.

3.4 Kurang pendedahan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan menunjukkan responden tidak diberi pendedahan yang sepatutnya terhadap penggunaan bahasa Melayu. Melalui maklumat yang diberi oleh keluarganya, responden jarang menonton rancangan berbahasa Melayu. Begitu juga dengan siaran radio dan alat audio visual yang lain. Bahan bacaan seperti majalah, komik dan akhbar juga kebanyakannya adalah dalam bahasa Cina. Selain itu, komunikasi dalam keluarga juga adalah dalam bahasa ibundanya semenjak kecil. Walaupun keluarga ini dikelilingi oleh masyarakat Melayu, responden jarang berkomunikasi dengan mereka kerana pergaulannya dijaga oleh keluarganya. Ini mungkin disebabkan beliau satu-satunya anak dalam keluarga tersebut.

Responden hanya bergaul dengan masyarakat Melayu di sekolah semata-mata. Disebabkan sekolah tersebut adalah sekolah jenis kebangsaan Cina, bahan-bahan dalam bahasa Melayu tidak sebanyak seperti yang terdapat di sekolah kebangsaan. Malah pusat sumbernya juga agak kecil, bersesuaian dengan sekolah tersebut yang mempunyai 18 orang murid sahaja.

4. Cadangan Mengatasi Masalah Melalui kajian yang telah dilakukan, masalah besar yang dihadapi sebenarnya adalah bahasa Melayu yang diajar di sekolah-sekolah bersifat amat formal dan kurang penggunaannya berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Selalunya bahasa Melayu yang diajar adalah berbentuk bahasa persuratan dan tidak digunakan dalam perbualan harian. Bahasa pertama boleh dikuasai melalui proses tidak formal. Manakala bahasa kedua pula mesti diperolehi melalui pembelajaran. Jadi mahu atau tidak, untuk memudahkan pelajar memahami dan menguasai bahasa Melayu dengan baik beberapa langkah atau strategi yang sesuai perlu dirancang antaranya adalah melalui latih tubi, dorongan dan motivasi dan masa.

4.1 Penguasaan kemahiran bahasa Pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa boleh diperolehi dengan latihan6

latihan peneguhan untuk membentuk tabiat bahasa. Contohnya, kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang bahasa daripada penutur lain. Dalam kajian yang melibatkan responden tadi, responden sepatutnya perlu diberi peluang untuk bergaul dengan lebih luas dengan masyarakat Melayu yang terdapat disekelilingnya oleh keluarganya. Selain itu, keluarganya juga perlu mengubah tabiat daripada menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi kepada bahasa Melayu dengan responden.

4.2 Penguasaan Aspek Bahasa Pengajaran bahasa kedua mesti didahului dengan kemahiran lisan barulah diikuti dengan penulisan. Aktiviti pengajaran seharusnya bermula daripada kemahiran mendengar diikuti kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan ahhir sekali barulah kemahiran menulis. Pelajar perlu diajar menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Setelah itu barulah meminta pelajar tersebut menulis semula perkataan. Ia boleh dilakukan secara berulang contohnya bagi responden yang mempunyai masalah dengan ejaan yang berkaitan dengan huruf r. Ia perlu mengatasi masalah tersebut terlebih dahulu.

4.3 Penguasaan bahasa Penguasaan bahasa termasuklah penggunaan tanda baca, ejaan dan tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan tersebut. Pelajar perlu diberi latihan dan latih tubi pemakaian makna dan perkataan yang betul. Pembelajaran kontekstual boleh digunakan supaya murid lebih faham dan dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan agama, adat, adab dan budaya hidupnya. Ia lebih berkesan dalam memberikan makna bagi sesuatu perkataan baru yang dipelajarinya. Pelajar juga diajar dan digalakkan menggunakan kamus Dewan bagi membolehkan ia lebih memahami perkataan yang dipelajarinya.

4.4 Motivasi/Dorongan Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar bukan Melayu memerlukan motivasi diri yang tinggi. Selain itu, masyarakat sekeliling juga perlu memberikan dorongan dan galakan kepada mereka. Mereka juga perlu diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka berbahasa melalui aktiviti-aktiviti terancang. Contohnya melalui aktiviti minggu bahasa. Mereka perlu diberi galakan walaupun kejayaan mereka tidak seberapa. Mereka juga perlu diransang untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam aktiviti yang melibatkan bahasa Melayu.
7

5.0 Penutup/ Rumusan Rumusan yang boleh dibuat daripada kajian yang dijalankan ialah semua individu berpeluang mempelajari bahasa kedua tanpa mengira bahasa apa yang ingin dipelajari. Kerana bahasa kedua diperolehi melalui proses pembelajaran. Ini kerana bahasa pertama dapat dikuasai melalui pengalaman dan pergaulan semenjak kecil.

Dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, ia dapat dipelajari dengan mudah dengan adanya pelbagai bantuan serta strategi yang teratur. Guru memainkan peranan penting dalam membantu pelajar-pelajar ini mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan. Peranan keluarga, rakan dan masyarakat juga tidak kurang pentingnya dalam membantu pelajar-pelajar ini menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

SOALAN 2 : Peristiwa Bahasa

1.0 Pengenalan Bahasa merupakan suatu perkara penting dalam kehidupan seharian manusia yang hidup di muka bumi ini. Kita tidak dapat lari daripada membincangkannya. Bersesuaian dengan sifat bahasa itu sendiri yang perkembangannya tidak pernah terhenti. Ia bersifat dinamik dan sentiasa bergerak maju ke depan selaras dengan perkembangan dunia masa kini.

Walau bagaimanapun, kita juga tidak dapat lari dari membincangkan tentang sejarah dan peristiwa yang berkaitan dengan bahasa. Selari dengan perkembangan ini, telah muncul pelbagai perkataan dan ungkapan baru mengikut kreativiti pengguna bahasa itu sendiri. Apabila perkara ini berlaku, ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia dapat menunjukkan potensi sebenar sesuatu bahasa tersebut.

Di sini, penyusun kamus memainkan peranan penting untuk mencatatkan segala ungkapanungkapan baru termasuk semua jenis kata yang timbul dan merakamkannya untuk digunakan pada masa akan datang. Kerana ini akan membuktikan bahawa bahasa sentiasa berkembang dari masa ke semasa sama ada secara alamiah ataupun terancang.

2.1 Peristiwa Bahasa

2.1.1 Maksud peristiwa bahasa Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita atau dalam kehidupan kita biasanya dijelma dan diterjemahkan melalui penggunaan bahasa. Bahasa digunakan sebagai wahana untuk mengungkapkansesuatu idea. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengungkapkan pemikiran dan cetusan perasaan bagi sesuatu peristiwa yang dialami.

Bahasa memainkan peranan penting dalam sesuatu peristiwa bahasa. Ia dapat dilihat dengan kemunculan kata atau ungkapan baru. Ungkapan-ungkapan ini lahir daripada pengguna bahasa yang kreatif. Selain itu ia juga menggambarkan kehebatan dan potensi yang dimiliki oleh bahas tersebut.

Hanya individu yang peka dengan perkembangan bahasa sahaja yang menyedari akan peristiwa bahasa yang berlaku. Segelintir lagi hanya menyedarinya apabila ianya menjadi
9

bahan perbincangan umum. Contoh peristiwa bahasa yang sering mencetuskan kemunculan ungkapan-ungkapan baru ini ialah pelaporan acara sukan dan kempen pilihan raya.

2.2 Contoh-contoh peristiwa bahasa

2.2.1 Penggunaan ungkapan baru - contohnya kempen pilihan raya Pilihanraya umum adalah merupakan satu peristwa besar bagi sesebuah negara. Baru-baru ini kita juga telah melalui satu lagi proses pilihanraya iaitu pilihanraya DUN Galas. Dalam peristiwa besar seperti ini, pengguna yang terlibat ( pemimpin dalam konteks pilihanraya) memanfaatkan semaksimum mungkin bahasa bagi melahirkan apa jua yang terlintas di hati sama ada yang positif atau yang negatif. Lihat petikan di bawah.
Exco kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput. Petikan daripada www. Malaysiakini.com

Daripada petikan di atas perkataan pengundi adalah merupakan kata kunci. Dalam pilihanraya pengundi bermaksud individu yang berhak memilih atau mengundi. Apabila peristiwa bahasa berlaku, perkataan pengundi telah menerbitkan ungkapan baru iaitu pengundi hantu seperti dalam petikan di atas.

Selain pengundi hantu, istilah pengundi pos dan pengundi awam juga telah muncul. Walaubagaimanapun, pengundi hantu adalah yang paling popular, di mana ia membawa maksud pengundi yang diupah untuk mengundi di sesuatu kawasan yang bukan tempat ia mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan orang tempatan yang telah meninggal dunia.
Berdasarkan penilaian SUPP, parti itu boleh mencapai kemenangan di empat kawasan majoriti masyarakat Bidayuh yang disifatkannya sebagai kerusi selamat iaitu Opar, Bengoh, Simanggang dan Engkilili.Baki 15 kerusi lagi diletakkannya dalam kategori "hitam" atau "kelabu", dengan kebanyakan kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Cina diletakkan dalam dalam kategori "kawasan hitam", manakala kawasan pengundi bercampur pula digolongkan sebagai kawasan "kelabu".

Petikan daripada M.Star online

Perkataan kawasan memang popular apabila menjelang pilihanraya. Dalam petikan di atas, kata kunci kawasan telah menghasilkan ungkapan baru iatu kawasan hitam, kawasan kelabu
10

dan kawasan putih. Kawasan hitam bermaksud kawasan yang mempunyai penyokong yang kurang bagi sesebuah parti. Kawasan kelabu pula bermaksud pengundi atas pagar. Pengundi aialah pengundi yang belum mempunyai komitmen dan pilihan terhadap mana-mana parti.

2.2.2 Penggunaan perkataan banyak makna ( homonim) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid seringkali berhadapan dengan masalah salah tafsir bagi perkataan yang mempunyai banyak maksud atau istilah bahasanya disebut homonim. Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza.

Contoh:Perkataan perak 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga) : Perak (negeri) Contoh ayat: Ali membeli barangan perak di Perak. Sebutan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Bagi pelajar yang kurang perbendaharaan kata, ia mungkin salah tafsir dan tidak memahami maksud ayat tersebut.

2. ketam (nama haiwan) : ketam (alat pertukangan) Contoh ayat: Beberapa ekor ketam merayap di atas papan yang baru diketam oleh ayah. Lazimnya, pelajar lebih memahami maksud ketam sebagai haiwan. Mereka kurang didedahkan dengan penggunaan perkataan ketam yang bermaksud alat pertukangan.

2.2.3 Konteks bahasa Konteks dalam bahasa merujuk kepada situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan. Konteks merupakan satu faktor yang amat penting untuk memudahkan berlakunya komunikasi yang jelas. Dalam situasi tertentu, salah tafsiran boleh berlaku apabila ujaran tersebut kurang maklumat kontekstual. Sebagai contoh: Ayah! Monyet ! dalam pengucapan dengan penggunaan intonasi yang sesuai akan mudah difahami. Iaitu ia mungkin membawa maksud seorang anak yang ternampak monyet dan ingin memberitahu kepada ayahnya. Tetapi sekiranya diungkapkan dengan intonasi yang salah ia boleh disalah ertikan sebagai mengejek ayahnya. Begitu juga dalam penulisan, sekiranya ia tidak diletakkan dengan tanda bacaan yang sesuai ia akan membawa maksud yang berlainan. Menurut Wittgenstein (1953), seorang ahli falsafah yang terkenal, makna

11

kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya.

3.0 Faktor yang mempengaruhi salah tafsiran dalam peristiwa bahasa Terdapat beberapa faktor dan punca berlakunya salah tafsiran di kalangan pengguna bahasa. Di antaranya adalah: a) kurang perbendaharaan kata b) Kemunculan ungkapan-ungkapan baru c) konteks penggunaan bahasa yang kurang jelas

a) Kurang perbendaharaan kata Apabila seseorang itu mempunyai perbendaharaan kata yang kurang, ia akan mengalami kesukaran untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Apalagi, dalam bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang mengandungi banyak makna. Apabila perkara ini tidak di atasi, berlakulah salah tafsir terhadap perkara yang ingin disampaikan. Malah adakalanya ia boleh menimbulkan salah faham di antara individu-individu yang terlibat.

Cara mengatasi: Seseorang individu boleh mengayakan perbendaharaan katanya dengan perbanyakkan membaca pelbagai bahan dan pelbagai sumber. Selain itu, kamus Dewan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah merupakan bahan rujukan yang paling tepat dalam mencari makna-makna sesuatu perkataan.

b) Kemunculan ungkapan-ungkapan baru Ungkapan-ungkapan baru timbul daripada kreativiti segelintir dari pengguna bahasa dalam sesuatu peristiwa bahasa. Ungkapan ini timbul dari kata dasar yang biasa digunakan menjadi ungkapan baru bagi merujuk sesuatu perkara. Adakalanya ungkapan-ungkapan baru ini lahir daripada laras bahasa yang tertentu seperti laras politik, laras sukan dan sebagainya. Bagi individu yang kurang pendedahan dengan laras-laras bahasa ini, salah tafsir mungkin berlaku.

Cara mengatasinya: Untuk mengatasi masalah ini, seseorang individu disaran agar mengikuti perkembangan bahasa melalui pelbagai media. Selain itu, pemahaman terhadap penggunaan laras-laras bahasa amat perlu. Setiap individu harus menyedari bahawa bahasa sentiasa berkembang dan
12

bersifat dinamik. Jika kita lalai, serta tidak mempedulikan perkembangan bahasa ini, tidak mustahil kita akan sentiasa ketinggalan.

c) Konteks penggunaan bahasa yang kurang jelas Masalah salah faham atau salah tafsir wujud apabila seseorang gagal memahami konteks dalam penggunaan bahasa dengan situasi. Individu terbabit perlu mengaitkan sesuatu ujaran dengan konteks atau situasi penggunaan bahasa dalam sesuatu keadaan. Penggunaan intonasi dan tanda baca amat penting bagi menunjukkan konteks bahasa dengan situasi.

Cara mengatasi: Seseorang individu harus peka dengan keadaan atau situasi di mana berlakunya ujaran-ujaran ini. Selain itu, ujaran-ujaran yang dilahirkan juga mesti di analisis dan difikirkan dari pelbagai sudut dengan melihat situasi di mana ia berlaku.

4.0 Penutup Kesimpulannya ialah segenap lapisan masyarakat perlu mengikuti perkembangan bahasa untuk mengelakkan berlakunya salah faham ataupun salah tafsir. Pada masa kini, masyarakat mudah mendapatkan maklumat daripada pelbagai media dan sumber. Hanya yang perlu diambil peduli adalah faktor keesahan bahan tersebut terutamanya bahan-bahan yang diperolehi daripada laman web.

Setiap lapisan masyarakat juga perlu peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam penggunaan bahasa. Rujukan yang paling baik adalah dengan mengikuti laporan atau halaman yang ditulis dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

14

Anda mungkin juga menyukai