Anda di halaman 1dari 11

Teori Dan Pendekatan Psikologi Dalam Masalah Pembelajaran

Bahasa Melayu (Ringkasan)


1.0 Pendahuluan
Tajuk ini akan membincangkan berkaitan teori dan pendekatan psikologi dalam masalah
pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Terdapat banyak teori dan pendekatan
psikologi yang boleh diguna pakai oleh guru untuk mengatasi masalah pembelajaran di
sekolah. Berikut adalah beberapa teori dan pendekatan psikologi yang sering dikaitkan dalam
bidang pendidikan:
1. A.

Teori Perkembangan Manusia

2. Teori Psikoanalisis Sigmund Freud


3. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson
5. Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif
6. Teori Ethologi Lorenz
7. Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbenner
8. Teori Perkembangan Pergerakan (Motor) Arnol Gesell
9. Teori Tugas Perkembangan Robert Havigburst
B.

Teori Pembelajaran

1. Teori Pembelajaran Behaviorisme


i.

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

ii.

Teori Pelaziman Klasik Watson

iii.

Teori Pelaziman Operan Skinner

iv.

Teori Pelaziman Operan Thorndike

1. Teori Pembelajaran Sosial


2. Teori Pembelajaran Kognitif
3. Teori Pembelajaran Gestalt
4. Teori Pembelajaran Gagne
5. Teori Pembelajaran Ausubel
6. Teori Pembelajaran Bruner
7. Teori Pembelajaran Kontruktivisme
1. C.

Pendekatan Psikologi

2. Pendekatan Behaviorisme
3.

Pendekatan Psikososial

4.

Pendekatan Humanistik

5.

Pendekatan Biologi

6.

Pendekatan Kognitifisme

7. Teori Pembelajaran Sosial Bandura


2.0 Objektif
Di akhir penulisan ini, terdapat dua teori yang boleh di gunapakai atau dipraktikkan oleh
guru-guru subjek bahasa Melayu yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar Cina di sekolah. Dalam tajuk ini, penekanan diberikan pada soalan berbentuk
penulisan iaitu soalan di dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bahagian A(i) iaitu Ringkasan.
Terdapat model jawapan ringkasan yang mudah difahami oleh pelajar-pelajar yang lemah
dalam pengguasaan bahasa Melayu.

3.0 Definisi
3.1 Definisi Masalah
Masalah (bahasa Inggeris: problem) kata yang digunakan untuk menggambarkan suatu
keadaan yang bersumber dari hubungan antara dua faktor atau lebih yang menghasilkan
situasi membinggungkan. Masalah biasanya dianggap sebagai suatu keadaan yang harus
diselasaikan. Umumnya masalah disedari ada saat seseorang individu menyedari keadaan
yang dihadapi tidak sesuai dengan keadaan yang diinginkan.
3.2 Definisi Pembelajaran
Pembelajaran adalah setiap perubahan perilaku yang relatif kekal terjadi sebagai hasil dari
pengalaman. Definisi sebelumnya menyatakan bahawa seorang manusia dapat melihat
perubahan terjadi tetapi tidak pembelajaran itu sendiri.
3.3 Definisi Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir,
bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah
pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor,
kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau
ekonomi.
The National Joint Committee On Learning Disability (NJCLD,1990) mentakrifkan masalah
pembelajaran sebagai merujuk kepada kumpulan masalah yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis,

membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah
mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah
pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah
pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain
seperti sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang
kurang berkemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan
dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan
oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan
tingkah laku.
3.4 Definisi Bahasa Melayu
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu adalah sebagai pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di
Malaysia.
Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara
betul dan tepat.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan
bahasa, iaitu Bidang Interpersona, Bidang Maklumat dan Bidang Estetik.Penumpuan pada
bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup. Disamping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk
minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan
sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai
gaya pembelajaran,minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Silibus Bahasa Melayu bagi sekolah menengah rendah terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
i.

Sistem Bahasa

ii.

Karangan

iii.

Ringkasan Dan Pemahaman

iv.

KOMSAS (komponen sastera)

v.

Novel

3.5 Ringkasan
Ringkasan adalah salah satu soalan yang wajib dijawab di dalam Kertas 2 Bahasa Melayu
bagi pelajar-pelajar menengah rendah. Untuk menjawab soalan ringkasan, pelajar
dikehendaki membaca satu petikan dengan teliti dan menulis sebuah ringkasan berdasarkan
kata kunci yang diberikan. Kata kunci biasanya diblodkan dalam arahan yang diberikan.
Panjang ringkasan yang ditulis mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah yang
diperuntukan dalam soalan ini adalah 20 markah daripada 100 markah keseluruhannya.
4.0 Masalah Pembelajaran Pelajar-Pelajar Berbangsa Cina Lemah Dalam Subjek Bahasa
Melayu (Masalah Tidak Mahir Menjawab Soalan Ringkasan)
4.1 Pendahuluan Penyataan Masalah
Masalah ini bertumpu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Kuning di Sekolah Menengah Notre
Dame Convent, Melaka. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lebih kurang 35 orang di mana
kesemuanya adalah perempuan dan berbangsa Cina. Mereka ini datangnya dari Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) sekitar Bandar Melaka. Pelajar-pelajar ini adalah
kelas ke-4 daripada tujuh buah kelas di mana pelajar-pelajar telah disusun mengikut
pencapaian mereka di dalam peperiksaan UPSR. Majoriti di dalam kelas ini mendapat 1A
(pelbagai subjek) dalam peperiksaan UPSR. Daripada penjelasan di atas, pelajar-pelajar ini
berada di tahap pertengahan di samping lemah dalam memahami bahasa Melayu secara
keseluruhannya.
4.2 Faktor-Faktor Pelajar-Pelajar Cina Lemah Menjawab Ringkasan
4.2.1

Sikap pelajar

Pelajar-pelajar Cina menganggap bahasa Melayu tidak penting dan sangat susah untuk
difahami. Perkara ini tersemat di dalam fikiran mereka kerana kurangnya pendedahan tentang
kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Sikap pelajar juga agak
malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam membuat latihan yang diberikan. Sikap meniru
latihan daripada rakan-rakan akan menambahkan kesulitan dalam menguasai subjek bahasa
Melayu. Sikap malu bertanya kepada guru tentang sesuatu yang tidak difahami turut
menyumbang kepada permasalahan ini. Antara sebab mereka malu bertanya adalah kerana
tidak boleh bertutur dengan baik dan bimbang guru tidak faham apa yang ingin mereka
sampaikan. Maka, masalah yang dihadapi tidak akan dapat dibantu oleh guru dan semakin

lama, ketidakfahaman mereka bertambah buruk. Sikap malas membaca bahan-bahan


penulisan seperti surat khabar, majalah, novel dan cerpen dalam bahasa Melayu juga antara
punca pelajar-pelajar Cina lemah dalam menguasai bahasa Melayu.
4.2.2

Persekitaran

Jika diambil sejarah pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar ini hanya didedahkan
dengan penggunaan Bahasa Melayu hanya dalam subjek Bahasa Melayu. Kebanyakan subjek
sekolah rendah di SRJKC seperti Matematik, Sains dan Pendidikan Moral menggunakan
bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Guru-guru bertutur
dengan menggunakan bahasa Cina semasa proses P&P kerana bahasa ini lebih mudah
difahami oleh pelajar-pelajar.
Selain itu, hampir 95% percakapan atau pertuturan mereka di sekolah menggunakan bahasa
Cina sama ada semasa berkomunikasi dengan guru-guru atau rakan-rakan yang sebangsa
dengan mereka. Mereka hanya berkomunikasi dalam bahasa melayu semasa proses P&P
subjek bahasa Melayu di dalam kelas. Itu pun tidak semua pelajar memainkan peranan aktif
semasa P&P bahasa Melayu dijalankan. Ini disebabkan oleh ada juga pelajar yang hanya
berdiam diri dan tidak mahu belajar menguasai apa yang disampaikan oleh guru.
Kemungkinan juga pelajar-pelajar bertindak sebegitu kerana mereka tidak faham apa yang
disampaikan oleh guru.
Di samping itu juga, pelajar-pelajar ini sering menggunakan bahasa Cina untuk
berkomunikasi dengan ahli keluarga di rumah dan dengan rakan-rakan sepermainan di
kawasan perumahan berhampiran. Ibu bapa juga kurang menekankan kepada anak-anak
tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka pada masa akan datang di
mana mereka akan berinteraksi dalam bahasa Melayu bagi kebanyakan urusan apabila besar
nanti. Tambahan pula, pelajar-pelajar Cina hanya berminat menonton televisyen yang
menayangkan drama atau filem dalam bahasa Cina berbanding bahasa lain. Keadaan ini
berlaku kerana mereka tidak faham isi cerita yang disampaikan dalam bahasa lain selain
daripada bahasa Cina.
Justeru itu, jelas bahawa persekitaran amat mempengaruhi kelemahan penguasaan bahasa
Melayu di kalangan pelajar-pelajar berbangsa Cina. Bahasa Cina menjadi sebati dalam jiwa
anak-anak ini disebabkan kekerapan menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

4.3 Teori dan Pendekatan Psikologi

Dalam menyelesaikan masalah untuk menjawab soalan ringkasan ini, dua teori dicadangkan
untuk mengatasinya iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget untuk menyelesaikan
masalah sikap pelajar dan Teori Pelaziman Operan Skinner untuk mengatasi masalah
persekitaran. Sebelum permasalahan pelajar dikaitkan dengan teori-teori ini, kita akan
mengenal pasti fakta-fakta penting yang terdapat di dalam teori-teori ini seperti yang telah
dikaji oleh ahli-ahli psikologinya.
4.3.1

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Teori ini diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak iaitu Jean Piaget (1896-1980).
Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang anaknya, beliau
mengaplikasikan prinsip dan metod biologi di dalam mengkaji perkembangan manusia
Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui
empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman ialah
organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama
dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkannya.
Menurutnya, kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman,
tetapi kita juga mengadapatasikan pemikiran kita dengan memasukkan idea baru bagi
menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu perkara. Piaget (1954), percaya proses
adaptasi dilakukan dengan dua cara iaitu melalui proses asimilasi dan proses akomodasi.
Asimilasi bererti menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif yang telah
sedia ada. Manakala, akomodasi bermaksud mengubahsuai skemata yang telah sedia ada
untuk memahami maklumat baru.
Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap perubahan
melalui equilibration(penyeimbangan), keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari
suatu keseimbangan di antara apa yang di alami dalam persekitaran dengan proses dan
struktur kognitif yang sedia ada. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses pertama,
kanak-kanak dikatakan berada dalam keseimbangan apabila skema dan tahap pemikirannya
cukup sesuai atau adaptasi dengan persekitaran. Proses kedua, kanak-kanak diberikan
informasi yang tidak sesuai dengan skema yang sedia ada. Oleh itu, ketidakseimbangan
kognitif muncul dan mereka kurang menghadapi cabaran-cabaran baru. Jadi, kanak-kanak
cuba untuk mengembalikan keseimbangan melalui asimilasi, keadaan dimana informasi baru
diserap dalam skema kanak-kanak yang sedia ada. Proses ketiga, Piaget mencadangkan
akomodasi iaitu mengubah skema yang tersedia untuk disesuaikan dengan informasi baru
yang relevan tentang persekitaran. Dengan itu, tahap pemikiran yang lebih tinggi akan wujud.
Justeru, proses-proses ini akan mengakibatkan tahap keseimbangan yang kukuh kepada
individu, iaitu tahap penyesuaian yang tinggi.
4.3.2

Teori Pelaziman Operan Skinner

Teori ini diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) menyatakan bahawa perlakuan harus
diperhatikan di dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau menghasilkan Skinner Box di mana
tingkah laku binatang di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya dihitung.
Teori ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Skinner mengatakan jika pelajar menerima sesuatu gerak balas yang memuaskan setelah
sesuatu tingkah laku dipamerkan itu dinamakan peneguhan. Peneguhan adalah perkara yang
dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi atau tidak diulangi. Peneguhan
diberikan untuk pertamanya, memuaskan kehendak; keduanya, mengurangkan tekanan dan
merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan
positif (ganjaran) untuk mengulangi perlakuan dan peneguhan negatif (dendaan) untuk tidak
mengulangi perlakuan. Terdapat pelbagai jenis peneguhan positif dan ini termasuk
peneguhan konkrit (makanan, alat permainan, setem, pelekat), peneguhan social (senyuman,
perhatian, pujian, penghargaan) dan peneguh aktiviti (aktiviti yang disukai).
Pelaziman operan hanya boleh berlaku dengan tiga syarat:
i.

Individu mesti membuat tindak balas

ii.

Suatu peneguhan mesti mengikuti gerak balas

iii.

Peneguhan mesti diberi hanya apabila gerak balas telah berlaku

4.4

Cadangan Penyelesaian Masalah Berdasarkan Teori Psikologi

4.4.1

Sikap Pelajar- Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Dalam mengatasi masalah pembelajaran iaitu berhadapan dengan sikap pelajar yang
dikatakan agak malas berusaha atau tidak ambil peduli dalam menguasai bahasa Melayu,
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget diaplikasikan. Melalui teori ini, guru mestilah
bertindak sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah menjawab soalan ringkasan
ini. Dengan menggunakan teori ini, guru mestilah membentuk keseimbangan kepada pelajar
dengan mengajar satu cara termudah menjawab soalan. Kemudian memberikan beberapa
contoh soalan ringkasan yang lain di mana mewujudkan ketidakseimbangan dalam
memahami soalan. Dalam ketidakseimbangan pelajar-pelajar memahami soalan berikutnya
ini akan menyebabkan pelajar menyerap maklumat baru dan menyesuaikan dengan cara
mencari isi-isi penting Lantas guru juga mesti mengajar murid mengasimilasikan cara

mencari isi-isi penting dengan merujuk jadual. Jadual 1.0 berikut menunjukkan padanan kata
kunci dan isi-isi penting dalam petikan. Kata kunci daripada soalan yang diberikan adalah
panduan utama kepada pelajar mencari isi-isi penting. Daripada kata kunci yang telah dikenal
pasti, pelajar-pelajar akan dapat mencari isi-isi penting di dalam petikan dengan mudah.

Isi-isi penting (ayat-ayat dalam petikan


Kata kunci

dimulai dengan perkataan berikut)

Punca-punca, sebab-sebab,
faktor-faktor

oleh, dari

Kesan-kesan, akibat-akibat

akan,

Faedah-faedah, kebaikan

dapat, untuk

Langkah-langkah

boleh, perlu, harus, mesti

Jadual1.0: Kata kunci dan pemulaan ayat dalam petikan


Selepas mengenal pasti isi-isi penting di dalam petikan, pelajar-pelajar hendaklah
menggariskan isi-isi penting itu. Pelajar harus mencari sekurang-kurangnya lima isi penting
berdasarkan kata kunci untuk merangka penulisan ringkasan. Kelima-lima isi penting itu
nanti akan diolah dalam bentuk penulisan ringkasan dan ditambah dengan penggunaan
penanda wacana untuk menjadikan ayat lebih gramatis.
Masalah pelajar seterusnya adalah tidak tahu bagaimana mahu memulakan penulisan
ringkasan mengikut format yang betul. Kurangnya latihan menjawab soalan berbentuk
ringkasan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak mahir dalam menulis ringkasan.
Mengikut skema jawapan yang telah digariskan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR),
penulisan ringkasan mestilah dimulai dengan menjurus kepada kata kunci yang diberikan
seperti yang telah dihitankan di dalam arahan soalan.
Kemudian, dengan mengetahui punca utama pelajar tidak dapat memulakan penulisan
ringkasan mereka, guru telah membuat satu model ringkasan yang boleh diguna pakai untuk
semua soalan ringkasan. Dalam model ringkasan ini, hanya tajuk dan isi-isi penting sahaja
yang berubah-ubah mengikut soalan ringkasan yang diberikan, manakala perkataan lain
boleh diguna pakai dalam mana-mana soalan ringkasan. Dengan model ini, pelajar-pelajar
telah ada satu keseimbangan di mana mereka boleh terus menulis ringkasan berdasarkan isiisi penting yang telah digariskan tadi. Mereka dengan mudah memahami cara-cara menjawab

ringkasan berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh guru di mana cara itu amat sesuai
dengan soalan yang diberikan.
Oleh itu, pelajar telah membentuk suatu pengetahuan sedia ada (keseimbangan) dan boleh
mengorganisasikan isi-isi penting itu di dalam penulisan ringkasan. Tetapi apabila mereka
dikehendaki menjawab soalan ringkasan lain dan mempunyai kata kunci yang berbeza, maka
wujud ketidakseimbangan di mana cara-cara mengenal pasti isi-isi penting dalam soalan
kedua adalah berbeza dengan soalan ringkasan sebelumnya. Akibatnya pelajar tidak boleh
menjawab soalan itu berpandukan soalan sebelumnya kerana perbezaan kata kunci dalam
soalan. Seterusnya pelajar harus merujuk semula di dalam jadual yang telah diberikan oleh
guru untuk mengenal pasti isi-isi penting yang perlu dicari berdasarkan kata kunci yang baru.
Dengan merujuk semula jadual itu, informasi baru akan diserap dalam skema pelajar yang
telah sedia ada yang di panggil proses asimilasi. Dengan itu, pelajar itu telah manambah dan
memperkayakan cara mencari isi-isi penting berdasarkan kata-kata kunci daripada soalan
ringkasan yang diberikan. Dengan ini pelajar telah cuba menyesuaikan kata kunci dengan
jawapan yang bakal dicari di dalam petikan baru itu tadi. Lantas, informasi yang baru diserap
itu diubah (akomodasi) mengikut kesesuaian dalam soalan ringkasan yang kedua itu dan
pelajar boleh mencari isi-isi penting seperti yang dilakukan dalam soalan pertama tadi.
Proses menjawab soalan ringkasan yang berulang kali yang berlainan kata kuncinya, akan
mengakibatkan tahap keseimbangan yang kukuh kepada pelajar itu iaitu pelajar mempunyai
pengetahuan yang tinggi untuk menjawab soalan ringkasan tanpa mengira kata kuncinya
yang diberikan. Pada tahap ini pelajar-pelajar telah berjaya mengatasi masalah pembelajaran
mereka tentang penulisan ringkasan.

Antara (tajuk ringkasan).. adalah ( isi 1 ) Selain itu, ( isi 2 )


Tambahan pula,
( isi 3 ) . Di samping itu ( isi 4 ). Malahan, ( isi 5 )

Berikut adalah model ringkasan:


*Sila lihat contoh soalan ringkasan dalam lampiran 1
4.4.2

Persekitaran Teori Pelaziman Operan Skinner

Dalam mengatasai masalah pembelajaran yang melibatkan persekitaran ini, guru boleh
menggunakan Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam masalah ini pelajar dikenal pasti

kurang mempraktikkan percakapan seharian dalam bahasa Melayu yang menjadi punca
utama mereka lemah dalam penguasaan bahasa Melayu.
Mengikut teori pelaziman operan, mencadangkan bahawa pelajar akan belajar hanya apabila
mereka membuat gerak balas yang aktif dan nyata di dalam bilik darjah. Untuk
mengaplikasikan teori ini, maka semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
di mana soalan ringkasan di buat bersama-sama guru di dalam kelas, guru boleh
mempraktikkannya. Berpandukan pada soalan ringkasan itu, guru boleh memberikan masa
tertentu supaya pelajar dapat menggariskan isi-isi penting dalam petikan. Kemudian guru
boleh meminta pelajar secara suka rela membacakan isi penting yang telah digariskan.
Menurut huraian Skinner di dalam buku Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang ditulis oleh Mok Soon Sang, beliau menghuraikan bahawa tingkah laku
operan seperti ini merupakan gerak balas yang dihasilkan pada diri sendiri (seperti kajiannya
terhadap tikus). Oleh itu, pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran secara aktif kerana
pembelajaran yang berlaku berdasarkan inisiatif diri sendiri.
Seterusnya, guru memberi peluang kepada pelajar untuk menulis isi-isi penting yang mereka
dapat di papan putih. Pelajar-pelajar di minta secara suka rela tampil ke hadapan kelas untuk
menulis isi-isi penting yang telah mereka dapat. Setelah siap ringkasan yang ditulis oleh
pelajar di papan putih, guru memeriksa dan membetulkan jika terdapat kesilapan. Pelajar
yang telah menulis isi penting yang betul diberikan pujian oleh guru dan tepukan oleh rakanrakanya. Pujian dan tepukan mestilah diberikan sejurus selepas guru memeriksa ringkasan
yang ditulis oleh pelajar-pelajar itu. Dengan peneguhan positif seperti itu akan menggalakkan
pelajar itu dan rakan- rakannya yang lain berani tampil untuk membaca isi penting dan
menulis ringkasan di papan putih. Bagi pelajar yang telah menulis isi penting yang kurang
tepat tidak dikenakan dendaan sebaliknya mereka hanya perlu menyalin semula jawapan
rakan-rakan yang betul.
Sebagai guru, kita tidak perlu menggunakan peneguhan negatif (dendaan) dalam situasi ini.
Penggunaan peneguhan negatif tidak digalakkan digunakan secara kerap apatah lagi dalam
keadaan yang tidak serius atau pelajar hanya melakukan kesalahan kecil. Peneguhan negatif
lazimnya mempunyai kesan tidak baik ke atas tingkah laku pelajar itu kemudian hari nanti.
4.5 Penutup
Kadang kala keadaan dan suasana bilik darjah atau sekolah juga menimbulkan keadaan yang
kurang selesa kepada pelajar-pelajar. Malahan, ini turut menyebabkan pelajar bertingkah laku
negatif kepada proses pembelajaran mereka. Antara contohnya ialah bilangan pelajar dalam

kelas terlalu ramai, alat kelengkapan tidak mencukupi, suasana di dalam kelas tidak
teraputik, alat bantu mengajar tidak mencukupi, gangguan dari luar, dan keadaan sekolah
yang kurang dari segi kemudahan asas. Kesemua ini boleh menimbulkan kegelisahan dan
mengganggu kelancaran perjalanan P&P di dalam kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan
kajian daripada tokoh terkenal boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah untuk merancang
strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah
dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.
Sebagai guru, kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya kerana itu
adalah amanah daripada Allah. Guru mestilah menunjukkan keghairahan dalam proses P&P
kerana aura positif ini boleh mempengaruhi pelajar-pelajar kita agar mereka berminat untuk
belajar. Selain itu, guru juga harus menunjukkan sikap kasih saying dan berperikemanusiaan
supaya pelajar-pelajar merasakan diri mereka diterima dan dihargai.
Sebagai guru yang berdedikasi, kita seharusnya memberikan peluang kepada pelajar-pelajar
kita menyuarakan pendapat atau permasalahan mereka. Kita mesti membantu mereka
dengan memberikan sokongan dan panduan agar mereka boleh mengatasi masalah
pembelajaran dengan betul dan berkesan. Guru yang baik juga perlu mengamalkan sikap
memberikan ganjaran atau peneguhan setiap kali pelajar memberikan tindak balas yang
diingini semasa proses P&P. Galakan dan motivasi juga sangat diperlukan untuk mengatasi
masalah pembelajaran di kalangan pelajar-pelaja

Anda mungkin juga menyukai