Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN

MAY 2019 SEMESTER

KOD KURSUS EMB 415

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN
Bahagian A: - 10% (5 halaman)

Baca artikel bertajuk: (dilampirkan):

“Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami dalam


Kalangan Murid-Murid LINUS” oleh Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid

Jawab soalan-soalan berikut:


 Apakah tujuan kajian ini?
 Jelaskan kaedah dan instrumen yang digunakan dalam kajian ini.
 Terangkan dapatan kajian ini.

[PENTING: Pastikan anda menggunakan perkataan sendiri dan tidak menyalin


ayat-ayat daripada artikel. Markah akan ditolak jika anda berbuat demikian].

1.0 Pengenalan
Artikel ‘Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami dalam
Kalangan Murid-Murid LINUS ’ ini ditulis oleh En Hasnalee bin Tubah dan Prof. Dr.
Zulkifley Bin Hamid pada 2011. En Hasnalee bin Tubah merupakan seorang
pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak dan Prof. Dr.
Zulkifley bin Hamidpula seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan
dan Kebudayaan MelayuUKM.Pengaruh demografi berperanan dan mendatangkan
kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid
LINUS. KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu
diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M
merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program alternatif yang dirangka merupakan suatu
program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program
ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

2.0 Tujuan Kajian


Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana pengaruh demografi berperanan
dan mendatangkan kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami
murid-murid LINUS.
3.0 Kaedah Dan Instrumen Yang Digunakan Dalam Kajian Ini.
Kajian ini pada keseluruhannya adalah berbentuk tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah
dengan menggunakan beberapa instrument penyelidikan seperti soal selidik dan
soalan temu bual bersemuka. Selain itu, jenis tinjauan yang dilakukan adalah berupa
tinjauan semasa. Ini adalah kerana data yang dikutip adalah merupakan data setempat
dalam satu-satu masa yang ditetapkan sahaja.

4.0 Dapatan Kajian


Pengaruh pemboleh ubah demografi murid terhadap kemahiran membaca dan
memahami perenggan murid LINUS ini melibatkan beberapa faktor seperti factor
latar belakang atau demografi murid LINUS. Secara khususnya pengkaji telah
membuat pengklasifikasian demografi murid ini kepada beberapa sub faktor iaitu
faktor kekeluargaan, konsep kendiri, lokasi sekolah dan bahasa pertuturan.

4.1 Faktor Kekeluargaan


Pertama kali, analisis kajian mendapati hubungan yang rapat antara factor
kekeluargaan dengan kemahiran membaca dan memahami perenggan oleh murid
LINUS. Pemboleh ubah ini memang mempengaruhi keupayaan membaca dan
memahami perenggan murid-murid pasca LINUS. Hasil kajian mendapati bahawa 5
peratus murid LINUS merupakan anak tunggal dalam keluarga. Sementara itu pula 18
peratus murid LINUS menyatakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua orang
adik beradik. Sebanyak 29 peratus dan 27 peratus murid LINUS menyatakankan
bahawa mereka mempunyai 3 dan 4 orang adik beradik. Sebanyak 14 peratus murid
LINUS pula mempunyai lebih daripada 5 orang adik beradik. Bakinya sebanyak 7.0
peratus mempunyai lebih daripada 5 orang adik beradik. Peratusan ini memberi
gambaran kepada pengkaji bahawa kebanyakan murid murid LINUS ini mempunyai 3
hingga 5 orang adik beradik yang mungkin memberi kesan terhadap penguasaan
kemahiran membaca dan memahami bahan bacaan di Tahun 1. Merujuk kepada latar
belakang sosioekonomi keluarga murid LINUS ini kebanyakannya berasal daripada
golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana.

Artikel ini mengambil pendekatan psikososial Teori Vygotsky (1935) yang


menekankan keperluan konsep scaffolding kepada murid bagi mengimbangi segala
kekurangan yang menghalangnya menguasai kemahiran membaca dan memahami.
Menurut Vygotsky (1935) mekanisme yang dikenali sebagai Zon Perkembangan
Terdekat (ZPT) perlu dibantu pembinaannya oleh guru atau individu yang
berketrampilan bagi menyerlahkan perkembangan sebenar individu melalui bantuan
scaffolding. Terdapat hubungan yang singnifikan antara status ekonomi dengan
konsep kendiri murid dalam kelas sosial yang berbeza-beza dalam kalangan rakan
sebaya. Di samping itu, Teori Psikososial Vygotsky (1978) juga memberi penekanan
tentang perkembangan mental kanak-kanak yang mampu dibina melalui pergaulan
sesama rakan sebaya terutamanya dalam menguasai kemahiran komunikasi dan
akademik. Melalui pergaulan sesama rakan sebaya atau pergaulan positif sesama adik
beradik proses komunikasi dapat berkembang dan membantu ke arah penguasaan
membaca dan memahami perenggan. Sebagai rumusan pengkaji mendapati faktor
kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan tambahan
kepada murid-murid pasca LINUS.

4.2 Faktor Konsep Kendiri


Faktor kedua analisis kajian mendapati faktor konsep kendiri turut mempengaruhi
kemahiran membaca dan memahami perenggan oleh murid LINUS. Murid normal
dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami secara bersistematik
berdasarkan pengajaran guru dalam kelas. Namun, bagi murid-murid yang bermasalah
membaca pula, mereka amat memerlukan bantuan dalam bentuk bimbingan khas
(Isahak Harun 2005).

Jika dirujuk kepada Teori Sosiobudaya Vygotsky (1935), maka konsep


scaffolding atau arahan langsung merupakan kaedah pembelajaran yang amat tepat
dan bersesuaian bagi menangani masalah murid-murid dalam program LINUS yang
mengalami masalah kesukaran membaca ini. Ini bermakna walaupun murid LINUS
mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap amalan membaca namun perkara itu
tidak menjamin keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran membaca dan
memahami perenggan. Faktor kendiri yang positif terhadap amalan membaca masih
memerlukan bimbingan yang baik daripada ibu bapa bagi memandu murid LINUS ke
landasan yang betul dalam proses pembelajaran mereka. Artikel ini menekankan
perlunya ada seseorang yang berketrampilan seperti guru, ibu bapa dan rakan sebaya
bagi membantu murid LINUS membentuk imej kendiri mereka. Tanpa bantuan
(scaffolding) ini maka pengurusan masa dan aktiviti masa senggang murid LINUS
tidak berfokus kepada amalan membaca yang betul. Ini adalah selaras dengan Teori
Psikososial Vygotskty yang menjelaskan kepada kita bahawa Zon Perkembangan
Terdekat (ZPT) amat berperanan dalam hubungan interaksi antara individu sebagai
suatu fungsi yang belum matang tetapi sedang dalam proses kematangan. Justeru
murid LINUS perlu dipandu ke arah Zon Perkembangan Terdekat (ZPT) yang betul.
Guru LINUS perlu memainkan peranan dalam menentukan tahap bantuan
(scaffolding) orang dewasa atau orang yang lebih berketrampilan bagi membentuk
ZPT murid-murid dalam kemahiran membaca dan memahami perenggan. Fenomena
ini akan dapat menyelesaikan masalah kekeliruan dalam pembentukan imej kendiri
murid LINUS.

4.3 Faktor Lokasi Sekolah


Artikel ini mendapati faktor lokasi sekolah didapati kurang memberi pengaruh
terhadap tahap kemahiran membaca dan memahami murid LINUS. Berdasarkan
tinjauan kepada lokasi sekolah tempat kajian ini dijalankan, secara umumnya,
pengkaji telah mengklasifikasikan sekolah dengan berdasarkan sekolah pinggir bandar
(≤ 25km daripada pusat Bandar), sekolah pedalaman 1 (≤100km daripada pusat
Bandar) dan sekolah pedalaman 2 (≤100km daripada pusat Bandar). Klasifikasi ini
dibuat berdasarkan Pekeliling bil. 2(17) JPN 2001.Data hasil kajian menunjukkan
taburan kekerapan murid LINUS yang mengikuti program LINUS adalah pada kadar
bilangan yang agak seimbang iaitu antara 8 hingga 12 orang murid pada setiap
sekolah. Perkara ini menjelaskan bahawa faktor lokasi sekolah didapati bukan
pemboleh ubah yang mempengaruhi kewujudan murid yang lemah membaca dan
memahami perenggan. Jika dilihat pada perangkaan, sama ada sekolah itu berada di
kawasan pinggir bandar, pedalaman satu atau pedalaman dua, semuanya mempunyai
bilangan murid pasca LINUS yang agak seimbang.

4.4 Faktor Bahasa Pertuturan Murid


Kajian ini juga mendapati faktor bahasa pertuturan juga bukanlah pemboleh ubah
yang mempengaruhi murid-murid membaca dan memahami perenggan. Jika ditinjau
dari segi bahasa pertuturan, pengkaji mendapati majoriti murid LINUS bertutur dalam
Bahasa Melayu (67.6%). Meski pun kebanyakan murid-murid sekolah pedalaman
Sarawak merupakan kaum bumiputera seperti Iban, Bidayuh dan sebagainya namun
Bahasa Melayu adalah begitu sinonim dengan budaya kehidupan mereka. Pengkaji
mendapati murid LINUS tidak mengalami masalah dengan BM sebagai bahasa
pengantar. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Juriah Long (1992) yang bertajuk
Kesesuaian Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Buku Bacaan Pada Peringkat
Prasekolah Dengan Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak yang mendapati mata
pelajaran Bahasa Melayu (BM) sesuai dijadikan bahasa pengantar untuk pendidikan
awal kanak-kanak. Secara keseluruhannya, hasil analisis dapatan daripada kajian inis
memberikan gambaran bahawa hanya terdapat sebahagian sahaja daripada faktor
demografi murid yang memberi kesan terhadap kemahiran membaca dan memahami
perenggan murid-murid pasca LINUS. Secara umumnya faktor kekeluargaan
sememangnya singnifikan dan berpengaruh serta begitu dominan berbanding dengan
pemboleh ubah yang lain. Namun suatu perkara penting yang perlu diberikan
perhatian adalah bentuk dan tahap bantuan scaffolding yang perlu guru dan para ibu
bapa berikan kepada MURID LINUS bagi menggalakkan mereka mempunyai
keyakinan dan kemahuan untuk menguasai kemahiran membaca dan memahami
perenggan.

4.5 Faktor Demografi Guru LINUS dalam Memperngaruhi Kemahiran


Membaca dan Memahami Murid LINUS
Selain pengaruh pemboleh ubah demografi murid LINUS terhadap kemahiran
membaca dan memahami perenggan, artikel ini turul melihat faktor demografi guru
LINUS secara khususnya seperti kelayakan akademik, pengalaman mengajar kelas
intervensi, faktor usia, faktor peningkatan input guru serta peruntukkan waktu
mengajar guru LINUS.

4.5.1 Faktor Kelayakan Akademik


Hasil dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kelayakan
akademik guru bukan merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi kemahiran
membaca dan memahami murid LINUS. Pengkaji mendapati majoriti responden
mempunyai latar belakang asas keguruan yang sewajarnya dan memenuhi syarat
untuk memikul tanggungjawab sebagai guru LINUS.

4.5.2 Faktor Pengalaman Mengajar Kelas Intervensi


Artikel ini juga mendapati faktor pengalaman guru menjadi penyumbang kepada
keberkesanan pengajaran membaca dan memahami perenggan dalam kelas LINUS.
Pengkaji mendapati terdapat satu “trend” daripada pihak pengurusan sekolah memilih
guru LINUS dalam kalangan mereka yang telah berpengalaman 5 tahun ke atas dalam
bidang pendidikan khususnya intervensi. Dapatan kajian itu juga menunjukkan guru
yang mempunyai pengalaman mengajar 5 tahun ke atas didapati lebih mampu
mengajar dengan efisien, berketrampilan dan menguasai konsep dan teori pengajaran
serta mampu berinteraksi dengan pelajar secara lebih baik.

4.5.3 Faktor Usia Guru


Ini menunjukkan terdapat perkaitan yang rapat antara faktor umur dengan tugas
sebagai guru LINUS. Faktor usia ini adalah berkaitan rapat dengan faktor
pengalaman. Secara logiknya semakin berumur seseorang guru LINUS itu maka
semakin berpengalaman mereka dalam mengendalikan kelas intervensi.

4.5.4 Faktor Peningkatan Input Guru


Analisis data kajian ini menunjukkan sebahagian besar guru LINUS (53.0%) memberi
pernyataan bahawa mereka tidak pernah menghadiri sebarang kursus intervensi
berkenaan program LINUS ini. Sebanyak 47 peratus guru pula pernah menghadiri
kursus latihan intensif LINUS sekurang-kurangnya sekali di sepanjang perkhidmatn.
Rekod dokumen sekolah menunjukkan kebanyakan pihak sekolah kurang mengambil
berat tentang keperluan berkursus kepada guru-guru intervensi bagi meningkatkan
kemahiran pengajaran. Kajian ini juga menunjukkan ada keperluan berkursus bagi
meningkatkan kemahiran dan profesionalisme guru.
Bahagian B: - 25% (7 halaman)

Tulis satu esei bertajuk:

“Cabaran-Cabaran dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu”

Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata
pelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik,
seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini
merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari
Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid
tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat
menjawab soalan yang akan dikemukakan.
Masalah menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid
Sekolah Rendah telah mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini
bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat
pemimpin tertinggi Negara. Masalah ini amat menakutkan apabila ramai pelajar yang
gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.

Hasil daripada temu ramah dengan tiga orang guru, saya rumuskan kepada beberapa
faktor yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah membaca.

Dapatan temu bual (transkrip)


G1 Masalah Langkah mengatasi Cadangan Guru
(BBM/BBB) PdPc (program)
-murid tidak kenal Gambar, kad suku kata, Bimbingan, program
huruf kad imbasan, latih tubi, LINUS, jumpa ibu bapa,
-murid tidak dapat baca berpasangan, anak jumpa doktor, kaunselor,
baca suku kata kv angkat, mentor-mentee,
-lemah kvk bacaan pagi, kelas tuisyen,
-lemah kkv kelas bimbingan,
-lemah kvkk
G1 ialah guru yang mengajar BM Tahun 1 di kelas 1b manakala saya mengajar di 1C.
Kedua-dua kelas kami tidak melalui streaming, iaitu tidak dibahagikan melalui pilihan
mengikut pencapaian. Kami mengajar berdasarkan DSKP, buku teks KPM (2012),
buku aktiviti (SPBT) dan buku latihan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

G1 menyatakan bahawa muridnya belum menguasai kemahiran asas literasi.


Masalah bermula dari kv, kvk, kkv, kvkk. Oleh sebab, kemahiran asas literasi belum
dikuasai, maka murid belum menguasai kemahiran membaca. Strategi untuk
mengatasi masalah itu adalah:

a) G1 memberi bimbingan tambahan kepada murid yang belum menguasai asas


literasi. Sebanyak 10 dalam kelas 1b, manakala dalam kelas saya sebanyak 7
orang. Pihak sekolah menetapkan masa, tempat khas untuk intervensi tersebut.

Berikut adalah jadual pelaksanaan intervensi tersebut:


Masa: 7:25pagi – 7:45pagi
Tempat: Bilik Pemulihan
Guru bertugas: Kong Chin Moy

Langkah-langkah seperti berikut:

Murid diberikan kad suku kata. Guru mengajar cara menggunakan kad-kad tersebut.
Murid diberi bimbingan memadankan abjad dengan abjad untuk dijadikan satu
perkataan yang berstruktur KVKV dan KVKVKV. Latih tubi ini dilakukan oleh
murid sehari 20 minit. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk memberi pengukuhan
konsep suku kata kepada murid supaya mereka dapat penerangan tentang konsep suku
kata. Melalu aktiviti tersebut, didapati sebilangan murid telah menguasai kemahiran
membaca suku kata dengan lebih tepat dan lancar. Bimbingan seperti dalam teori
scaffolding memainkan peranan. Mengikut teori behavioris juga, latih tubi membantu
pengukuhan ingatan murid. Pada pendapat G1, ini sangat membantu. Pengalaman
mengajar murid lemah seperti yang tersebut di atas diberi bantuan tersebut sebagai
langkah terakhir di sekolah saya.
Dapatan temu bual (transkrip)

Masalah Langkah mengatasi Cadangan Guru


(BBM/BBB) PdPc (program)
G2 -Murid kurang -Latih tubi membaca cerita dan -Sudut pidato
yakin petikan -sudut membaca
-perlahan -Memberi motivasi -menambah buku cerita
-suara tidak jelas (puji,hadiah,pujuk,ganjaran) yang sesuai
-berkongsi pengalaman
membaca
-melaporkan dapatan
bacaan
- membuat nilam

G2 ialah guru yang mengajar BM Tahun 4 di kelas 4 Merah manakala saya mengajar
di 5 M. Walaupun kedua-dua kelas kami tidak sama tahap, tetapi mempunyai
masalah yang sama, iaitu kurang yakin, membaca ayat atau teks kefahaman perlahan
atau tidak lancar. Biarpun dapat membaca, namun suara bacaan tidak jelas, kurang
kedengaran. Hal ini membawa masalah kepada guru, terutamanya ketika pentaksiran
dilakukan. Jika dirujuk kepada Teori Sosiobudaya Vygotsky (1935), maka konsep
scaffolding bersesuaian bagi menangani masalah murid-murid dari segi sokongan
moral dan bantuan bahan bantu pembelajaran. Guru memberi motivasi
(puji,hadiah,pujuk,ganjaran) adalah cara yang berkesan menurut pandangan guru G2.

Antaranya aktiviti yang dicadangkan oleh G2 sebagai aktiviti yang memanfaatkan


murid adalah seperti berikut:
Pihak sekolah boleh menyediakan satu pentas kecil sebagai sudut pidato
supaya murid dapat berlatih di sudut tersebut. Sudut Pidato atau padannya dalam
bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud suatu kawasan khas yang
bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Sudut Pidato yang asal
dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England. Hasrat
untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan konsep
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses
pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika. Pihak
sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid
dilatih dengan kemahiran pengucapan awam serta kemahiran membaca. Aktiviti ini
dijalankan menggunakan Bahasa Melayu. Sudut pidato dapat menghasilkan murid
yang mempunyai tahap pengucapan awam tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan
kemahiran membaca serta kemahiran berbahasa menyatakan pandangan dan
pemikiran dalam kalangan murid.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sudut bacaan di sekeliling
sekolah, contoh di kantin, ruang menunggu ibu bapa, atau di dalam kelas. Pada masa
lapang, murid dapat mengambil peluang untuk membaca bahan bacaan yang
disediakan oleh pihak sekolah di sudut bacaan. Pihak sekolah turut menambah buku
cerita yang mengandungi isi kandungan dan tahap pembelajaran yang sesuai untuk
dipinjamkan kepada murid-murid. Menurut pustakawan, sejak terlaksana aktiviti
memupuk membaca, % pinjaman buku cerita meningkat sebanyak 40%. Melalui
aktiviti membaca, murid boleh berkongsi pengalaman membaca dengan kawan-kawan
dalam sesi membuat laporan nilam. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian sijil
penghargaan kepada murid sebagai motivasi berterusan.
Dapatan temu bual (transkrip)
(tulis sendiri)

Masalah Langkah mengatasi Cadangan Guru


(BBM/BBB) PdPc (program)
G3 Tidak faham petikan Memberi penerangan Program lakonan
Tidak faham Perbincangan Program berdialog
kehendak soalan Sesi soal jawab Pengenalan ithink
Keliru BM BI Sokongan dengan bahan
Membaca tanpa henti grafik
Memberi kata kunci
Menggunakan peta
minda/ithink

G3 ialah seorang guru yang mengajar Tahun 6 kelas peperiksaan. Beliau ialah seorang
guru yang berpengalaman dan telah mengajar Bahasa Malaysia selama 20 Tahun.
Beliau juga seorang pemeriksa kertas Bahasa Malaysia. Beliau telah menghadapi
masalah murid tidak faham petikan dan tidak faham kehendak soalan. Walaupun
murid dapat membaca petikan namun murid tidak faham petikan. Oleh itu, murid
gagal menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan. Selain itu, sebahagian murid
juga selalu keliru dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Murid yang selalu
keliru biasa berasal dari keluarga yang bertutur Inggeris dalam kehidupan. Murid
tersebut telah menhadapi masalah semasa menulis karangan.
Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca,
kemahiran kognitif para pelajar juga perlu untuk diambil kira. Hal ini adalah kerana,
setiap pelajar mempunyai kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur
mereka sebaya. Oleh sebab itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar
mereka cara membaca juga mempunyai hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap
pelajar tersebut. Cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih terhad dan hanya
mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka sahaja.
G3 berpendapat masalah ketidakbolehan untuk membaca ini timbul apabila
seorang pelajar itu tidak dapat untuk memahami apa yang telah diajarkan kepada
mereka menyebabkan masalah keciciran dalam pembacaan. Mungkin masalah ini
berpunca daripada kemahiran kognitif pelajar tersebut yang lemah.
Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid
lemah dan tidak berminat dalam proses pembelajaran adalah akibat ketidakcekapan
mereka menguasainya isi pembelajaran yang telah diajar oleh guru. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, saya berpendapat, permasalahan membaca yang ada
dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa
membaca, tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat
menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak
ketahui makna atau gagal membunyikannya. Masalah ketidakbolehan mentafsir
simbol atau huruf untuk diterjemahkan akan menimbulkan pola bacaan yang
merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami
maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.
Apa yang dapat kami rumuskan bahawa tahap kecerdasan dan psikologi yang
pelbagai dalam kalangan murid disebabkan oleh faktor genetik, kecacatan fizikal
murid, persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan
permasalahan untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru.
Selain daripada itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca
masalah dalam proses pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang
rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan
berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian
terhadap proses pembacaan.
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan
membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu
mengalami dan memahami proses pembacaannya. Faktor tidak minat membaca
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca
dalam kalangan pelajar. Sikap kurang minat membaca pada dirinya adalah berpunca
daripada kegagalannya untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Selain itu,
masalah kurang rangsangan daripada luar juga menyebabkan para pelajar bermasalah
dalam proses membaca. Hal ini adalah kerana, kekurangan perhatian daripada guru
akan menyebabkan pelajar tersebut akan keciciran dalam proses pembacaan.
G3 juga menyatakan bahawa masalah dalaman yang dihadapi oleh pelajar
dalam proses pembacaan juga berkait dengan masalah mudah hilang tumpuan dan
lemah daya ingatan. Hal ini adalah kerana proses pembacaan memerlukan para pelajar
untuk mengingat huruf dan bunyi bagi setiap huruf-huruf tersebut. Jika mereka
bermasalah untuk mengingati setiap huruf tersebut maka proses pembacaan akan
menghadapi masalah seperti membaca merangkak-rangkak dan tersangkut-sangkut.
Bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam proses pembacaan ini, satu proses
pemulihan telah dijalankan. Para pelajar yang lemah dalam bacaan mereka akan
diasingkan dengan pelajar yang lebih cepat dalam membaca.
Daya ingatan mereka sangat singkat dan cepat melupakan perkara yang telah
dipelajari oleh mereka. Oleh sebab itu, mereka perlu diberi peluang membaca
perkataan yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak
pemulihan juga mengalami masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir
mengecam bentuk perkataan yang dibaca. Masalah ini mungkin disebabkan mereka
sukar memberi tumpuan atau perhatian.

Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh guru tersebut dalam memastikan murid mereka
dapat menguasai kemahiran membaca. Antaranya ialah;

Guru akan memberi penerangan selepas murid membaca petikan. Guru akan
memberi penerangan demi satu perenggan ke satu perenggan. Sebelum membaca,
guru akan meminta murid membulatkan perkataan yang sukar difahami oleh murid.
Murid akan mencari maksud perkataan yang dibulatkan. Melalui cara ini, kosa kata
murid juga akan dipertingkatkan. Semasa murid membaca, murid akan memahami
petikan. Guru juga akan membuat perbincangan samasa sesi soal jawab.
Contoh:
Memperkenalkan huruf - a – z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu = batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan
kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu,
kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

ii. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan


Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan
yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan
kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang
menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah
diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak
menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan
fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk
membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”,
guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau
perlu membunyikan suku kata [ ru ].

iii. Kaedah Fonik/bunyi


Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.
Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada
suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan
diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.
Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan
begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus
disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[b] + [a] = [ ba ]
[t] + [a] = [ ta ]
[ ba ] + [ ta ] = [ bata ]

c. Cadangan
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru
hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi,
sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya.
Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan
bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah
bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran
pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan
sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran
dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah
ditetapkan atau mengikut sebahagian daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh
mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai