Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Dalam usaha mencapai sesuatu kejayaan, perkara asas harus ditekankan. Begitu juga halnya dalam
usaha meningkatkan pencapaian dalam pendidikan. Dalam dunia pendidikan, kemahiran membaca
seharusnya perkara pertama yang harus dikuasai. Namun, tidak dapat dinafikan di negara kita,
terdapat pelajar atau individu yang belum mengusai kemahiran membaca. Isu ini merupakan isu yang
sering berlegar-legar dalam dunia pendidikan negara ini.

Masalah membaca merupakan isu yang masih menghimpit masyarakat kita terutamanya
masayarakat di luar bandar. Seharusnya permasalahan ini tidak dipandang enteng, kerana k emahiran
membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Dengan
menguasai kemahiran membaca, seseorang mudah memperolehi serta meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Mengetahui akan kepentingannya, kemahiran membaca dan menulis ini telah ditekankan sejak
dahulu lagi. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang sudah diguna pakai dalam pengajaran membaca
sejak dari prasekolah lagi. Tidak dapat dinafikan guru-guru menerapkan pelbagai kaedah untuk
memastikan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Abdul Rasid Jamian (2011),
beranggapan bahawa guru yang berketrampilan serta berupaya menyerap kaedah, teknik, dan aktiviti
serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran
yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna.

Namun hakikatnya, masalah penguasaan kemahiran membaca masih menghantui. Justeru,


dalam penulisan ini memperlihatkan kesan kelemahan penguasaan membaca terutamanya kepada
masyarakat luar bandar. Kesan yang akan dinyatakan bukan sekadar melingkari individu yang
terbabit, masyarakat luar bandar itu sendiri, malahan negara amnya.

1
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini melihat kepentingan penguasaan murid dalam membaca memberi pengaruh yang kuat.
Sekiranya masalah ini dibiarkan, akan menjadi nanah kepada negara kita terutamanya dalam usaha
mencapai status negara maju. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukuhkan beberapa kesan tidak
menguasai kemahiran membaca. Antara tujuannya adalah :

(a) mengenalpasti secara ringkas faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan


kemahiran membaca.
(b) menjelaskan kesan-kesan kelemahan penguasaan membaca dalam kalangan murid
luar bandar terhadap potensi diri, masyarakat dan negara.

Selain itu, penulisan ini juga bertujuan:

(a) menggunakan pendekatan dan kaedah yang pelbagai dalam usaha mengatasi masalah
kelemahan pengguasaan membaca.
(b) untuk meningkatkan kesedaran bahawa amalan membaca seharusnya dijadikan
budaya yang perlu dikekalkan.

DEFINISI KONSEP

Secara konsepnya 'membaca' bermaksud suatu platform persefahaman atau kefahaman di samping
menyediakan jawapan untuk beberapa soalan (Suhaila Zailani et al, 2011). Di sini dilihat bahawa
tanpa menguasai membaca, seseorang pembaca tidak akan memahami sesuatu bahan bacaan.
Pembelajaran adalah asas persefahaman atau kefahaman. Untuk memahami, seseorang perlu melalui
proses pembelajaran dengan membaca.

Sementara itu, Janet Tilstra dan Kristen L. McMaster (2013) menyatakan bahawa membaca
ialah untuk membina perwakilan mental. Pembaca tidak hanya mengulangi maklumat yang kata demi
kata dari laluan. Sebaliknya, mereka melibatkan diri dalam proses kognitif peringkat yang lebih tinggi
untuk menjana kesimpulan dan membina kefahaman yang termuat dalam teks. Tafsiran yang
diberikan oleh Janet Tilstra dan Kristen L. McMaster ini menunjukkan membaca adalah suatu proses
penjanaan idea dan pemahaman.

2
Kedua-dua maksud ini menunjukkan membaca adalah alat dalam memahami sesuatu. Justeru,
di sini dapat dilihat akan kepentingan kemahiran membaca. Tanpa membaca, seseorang individu akan
sukar memahami sesuatu teks yang dibaca. Na'imah Yusoff (2008) pula mendefinisikan kemahiran
membaca merupakan jalan keluar kepada kejayaan pendidikan yang lebih tinggi dan kejayaan masa
depan kepada seseorang individu.

HURAIAN KAJIAN

Masalah penguasaan membaca dalam kalangan murid luar bandar terjadi bukannya sehari dua.
Namun isu ini bukanlah suatu isu lapuk untuk dibicarakan apabila dilihat akan kepentingannya.
Masalah ini berpunca daripada pelbagai faktor dan punca, bukan daripada murid itu semata-mata.
Tamam Timbang et al (2010) melihat masalah ini berpunca daripada kaedah atau cara pengajaran
guru, persekitaran, psikologi, individu, masa pengajaran dan teks yang digunakan. Sementara itu,
Abdul Rasid Jamian (2011) menyatakan faktor yang mempengaruhi adalah faktor genetik, kecacatan
fizikal murid, persekitaran, tahap kesihatan. Kedua-dua tokoh tersebut menyatakan bahawa faktor
mempengaruhi kelemahan penguasaan murid dalam kemahiran membaca bukan sekadar daripada
bentuk fizikal semata-mata, tetapi juga dalam bentuk dalaman. Rangkuman faktor tersebut telah
menyebabkan ramai murid dan individu tidak menguasai kemahiran membaca.

Selain itu, masalah kekurangan kakitangan akademik dan bukan akademik, kekurangan
kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dan infrastruktur asas yang tidak mencukupi juga
merupakan faktor kelemahan pengguasaan kemahiran membaca (Na'imah et al, 2010). mengikut
laporan Kementerian Pelajaran (1975) dan Sofiah (1983), antara penyebab kelemahan membaca
dalam kalangan murid ialah guru tidak memahami tujuan mengajar kemahiran membaca pada
peringkat bacaan awal (dalam Na'imah Yusoff, 2008). Dickinson (1994), menyatakan bahawa
kelemahan dalam kemahiran membaca berkaitan dengan kemahiran pengajaran itu sendiri (dalam
Na'imah Yusoff, 2008).

Membaca dianggap aktiviti yang paling penting dalam proses pembelajaran. Seharusnya,
kemahiran membaca dikuasai sedari prasekolah lagi. Kenyataan ini disokong oleh Hugo Camara
Costa et al., (2013) yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang tidak mengenal huruf semasa
prasekolah, akan gagal untuk membangunkan tahap mahir kemahiran literasi dan berisiko untuk tidak
menguasai kemahiran membaca. Di sini, jelas menunjukkan bahawa seseorang murid perlu mengenal
huruf sebelum menguasai kemahiran membaca. Apabila murid sudah memasuki tahap dua, namun

3
belum mengenal huruf, akan menjadi satu masalah besar. Murid atau individu yang terbabit akan
mengalami kesukaran untuk proses kemahiran membaca dan menulis untuk tahap yang seterusnya.
Kemahiran mengenal huruf mempunyai kaitan dengan kemahiran mengeja, dan kemahiran membaca
yang seterusnya. Sesungguhnya, kemahiran membaca ini merupakan benda asas untuk murid atau
seseorang individu memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks.

Abdul Rasid Jamian (2011), menyatakan bahawa membaca merupakan salah satu sumber
pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Dengan menguasai
kemahiran membaca, seseorang individu mampu mengecam, mentafsir maksud yang disampaikan
dalam sesuatu nakshah bacaan. Lantaran itu, tanpa menguasai kemahiran membaca, murid-murid luar
bandar tidak akan mampu memahami ilmu-ilmu yang terdapat dalam semua bahan bacaan.
Kelazimannya ilmu pengetahuan terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (ex plicit
knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata atau yang
tersurat boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak sementara itu, ilmu
pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan
seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. Murid luar bandar yang tidak
menguasai kemahiran membaca akan tidak mampu untuk menguasai ilmu pengetahuan nyata yang
boleh diperolehi melalui bahan bacaan. Malah, murid tidak akan berminat dalam mencari maklumat
mahupun memahaminya. Ketidakfahaman mengenai sesuatu maklumat akan mendatangkan rasa
bosan kepada murid, dan tidak mustahil mereka akan memberhentikan pembacaan mereka walaupun
terdapat gambar rajah atau ilustrasi yang menarik dalam bahan bacaan tersebut. Walaupun mereka
tertarik dengan gambarajah atau ilustrasi yang terdapat, namun tidak akan mampu untuk
memahaminya. Sehubungan itu, matlamat dan tujuan seseorang penulis dalam penulisan mereka tidak
akan tercapai apabila hasil karya mereka tidak difahami oleh sesetengah individu.

Apabila murid sukar untuk memahami maklumat ataupun ilmu dalam sesuatu bahan bacaan,
usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik akan menjadi satu mimpi.
Kecemerlangan mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran membaca. Dalam usaha
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyai
kemahiran membaca yang betul. Tanpa menguasai kemahiran membaca yang baik, murid akan sukar
untuk menjawab soalan-soalan dalam latihan dan peeriksaan. Kemungkinan besar, soalan yang
diberikan juga tidak difahami oleh murid. Kebiasaanya, seseorang murid perlu memahami bahan
bacaan mereka dan perlu membaca berulang kali. Hal ini kerana murid mudah lupa apa yang sudah
dipelajari dan dibaca. Justeru, murid perlu kemahiran membaca yang baik dan mengetahui kaedah-
kaedah pembacaan yang bersesuai dengan diri mereka. Apabila murid memguasai kemahiran

4
membaca yang baik, potensi untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik adalah tinggi.
Kecemerlangan dalam bidang akademik yang diharapkan akan menjadi kenyataan. Dan, semua ini
bermula dengan pengguasaan kemahiran membaca.

Kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid rendah diri
dan terpinggir berbanding rakan-rakan yang lain. Apatah lagi apabila murid luar bandar ini tidak
mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi. Rasa rendah diri mereka akan meningkat
apabila melihat kejayaan orang lain, sedangkan mereka sendiri masih belum menguasai kemahiran
asas. Apatah lagi dengan masyarakat di negara ini melihat kecemerlangan akademik adalah segala-
galanya. Persepsi sebegini akan menyebabkan rasa rendih diri dalam kalangan murid yang lemah
akan semakin tinggi. Sikap suka membanding keputusan peperiksaan juga mengeruhkan keadaan. Ini
merupakan hakikat yang perlu ditelan dan mungkin akan sukar untuk mengubahnya walaupun dengan
wujudnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hal ini kerana murid tetap akan dinilai melalui
band yang dapat dicapai. Apabila tidak mencapai kejayaan dan kecemerlangan seperti diri sendiri
harapkan dan masyarakat agung-agungkan, akan mewujudkan sifat rendah diri. Dan, apabila sifat
rendah diri ini mulai menebal dalam diri seseorang murid, akan menyebabkan mereka mengambil
jalan penyelesaian tersendiri.

Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang
rendah (Abdul Rasid Jamian, 2011). Rosenberg menyatakan bahawa konsep kendiri mencerminkan
satu atau lebih daripada aspek-aspek berikut : mencerminkan penilaian, proses perbandingan sosial,
simbol diri, dan keutamaan psikologi (Anupama Narayan & Debra Steele-Johnson, 2012). Dalam
usaha membina konsep kendiri seseorang akan menerima penilaian daripada orang sekeliling.
Penilaian ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Dengan provokasi yang terdapat di
sekelilingnya mengenai kelemahannya dalam pengguasaan membaca akan mendatangkan rasa rendah
diri murid. Tidak mustahil diperkatakan, murid akan ponteng kelas dan sekolah untuk menggelakkan
diejek dan dikutuk kawan-kawan sekelas. Justeru, murid akan terlibat dalam masalah disiplin di
sekolah.

Rasa rendah diri tadi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid. Sikap dan peribadi
murid yang lain akan terbentuk rentetan rasa rendah diri. Murid-murid luar bandar tersebut akan rasa
kurang yakin terhadap diri sendiri. Kurang keyakinan diri akan memberi kesan yang negatif dalam
diri seseorang individu atau murid. Mereka akan beranggapan negatif bagi kebanyakan perkara
walaupun perkara atau perbuatan yang positif. Keberanian untuk bersuara kemungkinan tidak akan

5
wujud bagi individu yang tiada keyakinan diri. Mereka akan menyimpan rasa dan pendapat mereka
sendiri kerana tiada keyakinan diri untuk menyuarakannya. Idea-idea bernas mereka akan tenggelam
dan terbiar begitu sahaja. Hal ini akan membawa kerugian kepada diri individu itu sendiri yang
kemungkinan idea mereka merupakan satu idea yang bernas dan baik untuk sesuatu institusi atau
perkara yang lain. Mungkin juga, negara kita akan rugi dengan kekurangan perkongsian idea dan
pendapat bernas dalam usaha mencapai negara maju daripada generasi muda kini.

Bermula daripada tidak memahami maklumat daripada bahan bacaan, menjadikan murid
merasakan jauh daripada kecemerlangan dalam bidang akademik, membawa kepada rasa rendah diri,
seterusnya kepada rasa kurang yakin kepada diri sendiri, kelemahan pengguasaan kemahiran
membaca ini juga boleh memberi kesan kepada masalah tingkah laku dan disiplin dalam masyarakat.
Kathryn J. Bennett et al., (2003) menyimpulkan bahawa masalah membaca boleh menyumbang
kepada permulaan awal gangguan tingkah laku. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang
mengalami masalah tingkah laku dan gangguan mempunyai risiko yang tinggi bagi gangguan
kelakuan kehidupan yang berterusan dan memberikan kesan kepada kesihatan. Ternyata dalam hal ini
menunjukkan kesan negatif yang berhubung dengan tingakah laku apabila murid luar bandar yang
tidak menguasai kemahiran membaca. Perkara ini amat membimbangkan kerana akan meningkatkan
kadar masalah sosial dalam negara ini. Masalah disiplin di sekolah yang bersangkut paut dengan isu
ini adalah masalah ponteng, vandalisme, buli dan banyak lagi. Perkara ini akan menjadi beban kepada
pihak sekolah dan masyarakat setempat. Gejala-gejala negatif akan menular dan akan menjadi
perkara yang sukar untuk menanganinya. Dibimbangkan akan merebak dan bukannya lagi menjadi
masalah sosial di sekolah, malah menjadi gejala sosisal yang berat di negara ini. Bak kata pepatah
lama, mengubat lebih susah berbanding menggelak. Lantaran itu, permasalahan yang bermula
daripada perkara asas ini seharusnya dielakkan sejak awal lagi berbanding bertungkus lumus untuk
mencari penawarnya.

Hal yang tidak dapat disangkalkan bahawa penguasaan membaca banyak mempengaruhi isu
keciciran pelajar. Isu pendidikan yang sering membelenggu masyarakat luar bandar ialah masalah
keciciran pelajar. Terdapat murid yang telah menamatkan zaman persekolahan lebih awal daripada
yang sepatutnya. Malah, terdapat murid yang hanya bersekolah sehingga sekolah rendah sahaja.
Sekiranya murid tidak menguasai membaca di sekolah rendah mereka akan sukar menguasai pelajaran
pada tahap tinggi. Halangan ini akan menyebabkan murid mengambil jalan pintas dengan berhenti
sekolah sekaligus meningkatkan jumlah keciciran luar bandar. Ini berekoran dengan pemahaman
murid yang telah diperkatakan tadi. Masalah keciciran ini juga mempunyai hubung kait dengan rasa

6
rendah diri, kekurangan keyakinan diri, wujudnya tingkah laku yang negatif dalam diri yang dikupas
sebentar tadi. Malah, kecemerlangan akademik dan masalah disiplin juga penyumbang kepada
keciciran. Misalnya murid yang merasa rendah diri kerana keputusan akademik yang kurang
memuaskan mengambil jalan pintas dengan berhenti sekolah. Anggapan bahawa lebih baik berhenti
atau bekerja di kebun-kebun daripada terus menerus berada di sekolah.

Masalah disiplin juga merupakan antara faktor murid tercicir daripada alam persekolahan.
Hal ini berhubung dengan pihak pengurusan sekolah yang memberi tindakan atau hukuman apabila
masalah disiplin seseorang murid yang melepasi batas atas akibat yang telah dinyatakan.
Penyumbang-penyumbang ataupun faktor keciciran tadi adalah bertitik tolak daripada masalah
penguasaan membaca yang tidak dapat dikuasai oleh murid di luar bandar. Dengan kelemahan
menguasai kemahiran membaca telah menyebabkan banyak kesan negatif dan antaranya adalah
keciciran. Hal ini menunjukkan bahawa permasalahan ini berlegar-legar dan melingkari masyarakat
luar bandar. Tahap keciciran pelajar ini amatlah membimbangkan dan nilainya yang dilihat semakin
meningkat saban tahun dijangka akan memberi kesan yang besar kepada soal masa depan pendidikan
negara. Statistik menunjukkan peningkatan jumlah pelajar luar bandar yang mengalami keciciran.
Masalah keciciran ini bukanlah perkara baharu dalam kalangan masyarakat luar bandar. Peranan
sekolah sebagai medium perubahan taraf kehidupan sesebuah masyarakat tidak akan tercapai.
Keciciran ini akan mewujudkan pelbagai kesan yang lain terutamany apabila murid di pedalaman
keluar dariapada tempat tinggal mereka. Antara akibatnya masalah keciciran ini menyebabkan
masyarakat pedalaman kurang bersaing dengan masyarakat luar.

Apabila tidak menguasai ilmu dan memajukan diri serta keciciran dalam sistem pendidikan di
sekolah, akan meningkatkan jurang antara masyarakat luar bandar dengan bandar. Jurang pemisah ini
akan menyebabkan masyarakat luar bandar akan jauh ketinggalan berbanding masyarakat luar. Jurang
ini dapat dilihat melalui insfraktruktur dan pemikiran. Masyarakat pedalaman juga akan ketinggalan
daripada teknologi yang terkini. Masyarakat yang ketinggalan tadi akan melihat kepentingan
pendidikan dari sudut yang berbeza. Persepsi dalam menjalani hidup juga berbeza berbanding
masyarakat yang mengetahui akan kepentingan ilmu. Kepompong inilah yang harus dipecahkan.
Semua ini bermula dengan persepsi dan penguasaan terhadap perkara asas dalam kehidupan iaitu
membaca. Dengan adanya kecemerlangan dalam bidang yang diceburi akan mengurangkan jurang
antara masyarakat bandar dengan pedalaman ini.

Wujudnya jurang pemisah antara masyarakat ini, akan menyebabkan masyarakat luar bandar
tadi tidak mampu bersaing dengan masyarakat luar khususnya masyarakat bandar. Hal ini akan

7
menyebabkan mereka akan berterusan hidup dalam kepompong dunia mereka sendiri yang akan sukar
untuk ditembusi. Ruang lingkup mereka akan menjadi semakin kecil. Disebabkan tidak mampu
bersaing, kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat luar bandar akan semakin meningkat.
Mereka hanya akan bergantung hasil kepada hasil tanaman atau tangkapan yang hanya sekadar untuk
memenuhi keperluan harian. Hal ini akan menyebabkan masyarakat luar bandar sukar untuk keluar
daripada kitaran hidup sebelum ini yang ruang lingkup kehidupan hanya di kawasan penempatan
mereka sahaja.

Suatu hal yang tidak dapat dinafikan bahawa, masalah penguasaan kemahiran membaca akan
menjadi suatu kerugian kepada negara terutamanya dalam sumber tenaga manusia. Negara
menghadapi masalah kekurangan tenaga terutamanya untuk bidang berkemahiran tinggi. Negara akan
terpaksa bergantung kepada tenaga dari luar untuk menampung keperluan semasa. Peluang yang ada
ini akan diambil alih oleh pekerja asing yang memonopoli bidang tersebut. Sektor-sektor lain juga
akan mengalami kekurangan sumber tenaga manusia. Dengan itu, lambakan sumber tenaga asing
akan berlaku. Lambakan tenaga asing tadi akan membawa pelbagai keburukan kepada negara ini.
Maslaah sosial yang lain akan berlaku. Penggangguran juga akan semakin meningkat terutamanya
golongan belia luar bandar yang tercicir daripada alam persekolahan. Remaja atau generasi muda
yang menganggur ini akan menjadi beban kepada orang tuanya. Perkara yang membimbangkan
apabila generasi muda daripada pedalaman ini akan diekploitasi oleh golongan tertentu. Misalannya
dalam memenuhi tenaga buruh dalam sektor pembinaan. Gaji yang diberi tidak setimpal dengan titik
peluh yang sudah dicurahkan.

Permasalahan kelemahan membaca ini harus ditangani segera. Tomuletiu (2010) memberi
cadangan atau langkah dalam menangani masalah ini adalah dengan peningkatan inventori kerja
sekolah luar bandar seperti penyusunan semula perpustakaan luar bandar, latihan profesional para
pendidik, integrasi sekolah dalam masyarakat, dan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
Walaupun kajian yang dilakukan oleh Tomuletiu ini berkisar di kawasan luar bandar Rom, namun
boleh diaplikasikan dalam masyarakat luar bandar di negara ini. Dengan wujudnya latihan profesional
para pendidik akan membantu mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca ini. Isu guru
kurang berpengalaman mengajar di pedalaman sering kali kedengaran. Guru-guru yang baru bertatih
ini akan mengambil masa untuk mengaplikasikan kaedah yang bersesuaian dengan murid mereka.
Dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, para pendidik seharusnya menggunakan pelbagai
kaedah dan pendekatan yang menarik. Hal ini disokong oleh Taman Timbang et.al (2010). Kaedah
pengajaran guru yang tidak berkesan menyumbang kepada masalah tidak boleh membaca dalam
kalangan murid sekolah. Masalah ini bertambah kritikal apabila guru yang mengajar kurang

8
berpengalaman dan mengajar menggunakan kaedah tradisional. Seharusnya pengajaran asas
kemahiran membaca dan menulis diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya.
Pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu
mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan
kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah dan pendekatan ini dapat
menggurangkan bosan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Cadangan Tomuletiu et all (2010) yang lain iaitu hubungan antara sekolah dan masyarakat
juga harus diaplikasi di negara ini bagi mengatasi masalah kelemahan pengguasaan kemahiran
membaca ini. Meletakkan usaha mengajar kemahiran asas ini masalah ini seratus peratus di bahu para
pendidik seharusnya tidak berlaku. Sewajarnya mereka berkerjasama dengan pihak sekolah untuk
membantu mengatasi permasalahan ini. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan masyarakat
akan banyak menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Punca dan faktor seseorang murid lemah
dalam pengguasaan membaca akan dapat dikesan dengan mudah. Sementara itu, pihak berkuasa
seperti kementerian, jabatan-jabatan kerajaan memainkan peranan yang penting. Mereka seharusnya
mengkaji permasalahan ini daripada akar umbi dan berusaha serta bekerjasama mengatasi masalah ini.
Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

KESIMPULAN

Melihat akan kepentingan membaca dan kesannya, seharusnya usaha untuk mengatasi masalah ini
dilaksanakan dengan segera. Apatah lagi dengan dunia pendidikan yang semakin kompleks, semua
yang terlibat sewajarnya memandang hal ini dengan serius. Sekiranya isu ini tidak ditangani, masalah
yang lebih besar akan berlaku bukan sahaja kepada individu yang terlibat, malah melibatkan
permasalahan negara. Permasalahan ini ditangani dari akar umbi, dan berterusan. Bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga. Hasrat melahirkan masyarakat berpengetahuan dan membangunkan
modal insan yang berkualiti akan terkubur begitu sahaja.

9
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian (2011), Permasalahan Kemahiran Membaca dan menulis Bahasa Melayu Murid-
murid sekolah rendah di Luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1, 1-12.

Bennetta, K.J., et.al (2003). Does low reading achievement at school entry cause conduct problems?
Social Science & Medicine, 56, 2443– 2448.

Costa, H.C., et.al (2013). Emergent literacy skills, behavior problems and familial antecedents of
reading difficulties: A follow-up study of reading achievement from kindergarten to
fifth grade., 34, 1018-1035

Na'imah Yusoff, et.al. (2010). Status pemakanan dan perkembangan kognitif murid luar bandar.
Jurnal Pemikir pendidikan, 2

Na'imah Yusoff, (2008). Perbandingan dua kaedah mengajar bacaan awal bahasa melayu dalam
kalangan murid prasekolah. Jurnal Pemikir pendidikan, UMS, 1, 178.

Narayan, A., Johnson, D. S. (2012). Individual and relational self-concept in a team context: Effects
on task perceptions, trust, intrinsic motivation, and satisfaction. 18, 236-255.

Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, et.al (2011), The purpose of reading arabic text and the problems
faced: a preliminary survey at the Faculty of Islamic Studies, Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 59, 18 – 25.

Tamam Timbang, et al (2010). Reading Problems in Government Primary School Students in Brunei
Darussalam: A Case Study, Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 77-85

Tilstra J, McMaster K (2013) Cognitive processes of middle grade readers when reading expository
text with an assigned goal, Learning and Individual Differences, 28, 66-74,

Tomuletiu, et.al (2010). Rural education in Romania: Present and perspectives, Procedia Social and
Behavioral Sciences, 2, 402-406.

Narayan, A., Johnson, D.S. (2012). Individual and relational self-concepts in a team context. Effects on task

10
perceptions, trust, intrinsic motivation, and satisfaction. 236-255

11

Anda mungkin juga menyukai