Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

___________________________________________________________________________

HBML 3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
SEMESTER MEI 2014
___________________________________________________________________________

NAMA

NOR HAYATI BINTI HAJI SAYAT

NO.KAD PENGENALAN

730823085960

NO. MATRIK

730823085960001

NO. TELEFON

0162536323

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Konsep Makna
2.1 Makna Konsepsual
2.2 Makna Konotatif
2.3 Makna Denotatif
2.4 Makna stilistik
2.5 Makna Afektif
2.6 Makna Tematik
2.7 Makna Asosiatif
2.8 Makna Etimologis

4
5
7
8
9
10
10
11
12

3.0 Konsep Perubahan Makna

13

4.0 Pebincangan tentang Faktor-faktor Perubahan Mkna dalam


bahasa Melayu

14

5.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

19

Peringkat sekolah rendah

6.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu


peringkat sekolah rendah

21

7.0

22

Kesimpulan

Rujukan

1.0

24

Pengenalan
Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu

unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai
pendekatan untuk mengkajinya.

Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji


2

bahasa ialah pendekatan makna.

Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi

sebahagian daripada ilmu linguistik dan menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal
kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata
makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam
buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna;
antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang
diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi
makna.
Semasa berkomunikasi dan menggunakan bahasa, sering kali wujud salah tanggapan dan
salah tafsir makna. Kesan daripada perbezaan tafsiran penggunaan bahasa boleh mengakibatkan
pelbagai reaksi sama ada negatif atau positif. Ia boleh terjadi dalam pelbagai peristiwa bahasa
dan pelbagai bentuk komunikasi. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada salah
tafsir tersebut. Wujudnya salah tafsiran itu biasanya timbul dalam bentuk intonasi, perkataan
serta ayat.
Justeru, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang
digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana
bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada
unsur kelewahan dan seumpamanya.
Oleh itu, peranan ilmu semantik dan linguistik sedikit sebanyak dapat merungkaikan
permasalahan ini agar salah tanggapan dan tafsiran bahasa dan makna dapat dielakkan. Selain
itu, melalui ilmu semantik ini juga kita dapat memahami maksud sebenar apa yang hendak
disampaikan dengan lebih tepat lagi tanpa menimbulkan salah tafsiran.
2.0

Konsep Makna
Menurut Dr. T. Fatimah Djajasudarma (1993), pengertian makna (sense) adalah berbeza

dengan erti (meaning) di dalam bidang semantik. Makna adalah pertautan yang terdapat di antara
3

unsur-unsur bahasa itu sendiri. Makan menurut Palmer (1976) hanya menyangkut intrabahasa.
Manakala Lyons (1977) pula menyebutkan bahawa mengkaji atau memberikan makna sesuatu
kata adalah memahami kajian kata tersebut yang berkenaan dengan hubungan-hubungan makna
yang membuat kata tersebut berbeza dengan kata-kata yang lain. Selain itu makna dikatakan
sebagai penghubung bahasa dengan dunia luar sesuai dengan kesepakatan para pemakainya
(penutur) sehingga dapat saling memahami dan mengerti. Selain itu, menurut Abdul Chaer
(1990), dalam pelajaran bahasa sering dikatakan bahawa kata mati, misalnya sama maknanya
dengan kata meninggal. Menurut teori semantik, kata mati dan kata meninggal tidak sama
maknanya. Hal ini kerana, jika kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang sama, maka
sudah semestinya kedua-dua perkataan tersebut dapat ditukarkan kedudukannya secara bebas.
Kata mati dalam perkataan Ayam itu sudah mati tidak dapat ditukar dengan kata meninggal
sehingga menjadi Ayam itu sudah meninggal. Perkataan Ayam itu sudah meninggal tidak
dapat diterima dalam bahasa.
Perkataan mati dan meninggal sebenarnya tidak membawa makna yang sama namun
mempunyai informati yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut membawa informasi bahawa
sebelumnya adalah bernyawa, setelah mati atau meninggal, menjadi tidak bernyawa lagi.
Informasi bukanlah makna kerana makna menyangkut keseluruhan dalam ujaran (intralingual),
sedangkan informasi itu hanya menyangkut masalah luar ujaran (ekstra-lingual). Dengan kata
lain, makan menyangkut semua komponen konsep yang terdapat pada sebuah kata, sedangkan
informasi hanya menyangkut komponen konsep dasarnya sahaja. Perbandingan kata mati dan
meninggal dapat dilihat dalam komponen-komponen konsep maknanya seperti berikut:

mati / meninggal
(i) Tidak bernyawa lagi

(i) tidak bernyawa lagi

(ii) Untuk umum (manusia, binatang)

(ii) hanya manusia

(iii) Kasar

(iii) halus (sopan)

Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna
konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik.
Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan
tersirat.
2.1 Makna Konsepsual
Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan
pemerhatian. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa.
Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi
dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah sangat
mustahak. Makna konsep adalah mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses,
keadaan, atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974) di dalam makna
konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas
dalam komunikasi linguistik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang
menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran.
Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza
seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu segitiga semiotik.
Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Sebab itulah dalam
formulasi segitiga semiotik yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu
pada tahap yang atas sekali. Organisasi makna

konseptual adalah rumit dan sofistikated

(Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna yang
sama iaitu

manusia dewasa yang bukan laki-laki (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974),

mengaitkan konsep dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen.
Contohnya, konotasi antara wanita dan perempuan adalah berbeza. Contohnya wanita boleh
dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita dewasa, wanita sopan. Tetapi
sekiranya digunakan perkataan perempuan, ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. Selain
itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian
menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik
seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini
5

iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod
makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan
berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyibunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu
buat ialah menetapkan representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik.
Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan
sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau pernyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep
memainkan peranan penting kepada manusia untuk

mentakrif, memahami, memutus buah

fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna
sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi
penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna
gramatikal (Kushartanti et.al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal.
Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya,
maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses
gramatikal, Contohnya seperti, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Misalnya, berdalam berjalan, rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata
majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. Tetapi menurut Setiawati
Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki
fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et.al., 2005)

2.2 Makna Konotatif


Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun
negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu
nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita
mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa
6

yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan
wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki.
Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai
rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. Bagi umat Islam, babi itu
haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Makna konotatif atau makna tambahan ini
juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat.
Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian perihal
(perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur
(Kamus dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah berubah, iaitu
pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu
perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan, 2004).
Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak
spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik.
Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang
diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal. Makna konotatif tidak stabil,
bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau
orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat
sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat
arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada
masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan
digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit,
iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan
sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada
waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan, 2004). Makna konotatif
ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
2.3

Makna Denotatif

Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotatif juga
sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotatif pada dasarnya
sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna
7

yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman
lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan
mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut makna sebenar , makna asal ,
makna mutlak atau makna dasar. Dengan kata lain makna denotatif ialah makna sebenarnya.
Contohnya, kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang
sama, iaitu manusia dewasa bukan laki-laki. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan
yang bermaksud wanita yang belum bersuami dan pasangan perkataan isteri dan bini yang
bermaksud wanita yang mempunyai suami. Samalah juga bagi perkataan melantak, makan,
sarapan, atau soru. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Tetapi perkataan melantak itu lebih
kasar, tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang
Melayu. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang
dibincangkan itu sama. Contohnya, suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana
rasanya keras dan tidak manis didengar. Tetapi sekarang, rata-rata anak muda mengakukan diri
mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain. Nilai rasa ini sudah menurun.
Merujuk kepada Makna Referensial pula, ia berbeza dengan Makna Nonreferensial.
Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak
referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim, 2004).

Apabila perkataan

mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Contohnya beg,
kasut dan pakaian. Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana, namun, walaupun ,
tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata
penuh seperti makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna
referensial. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung, kata
sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. Makna Leksikal pula
adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata
atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna
( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang
sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang
nyata (Adrienne Lehrer, 1992). Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa
kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata.
Contohnya, kambing hitam. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing
dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan. Maka
8

jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan
kambing hitam dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna
gramatikal (Kushartanti et.al., 2005).
2.4 Makna stilistik
Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Ujaran
penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna
stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial
antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa
yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku. (Robert Sibarani et.al., 2003).
Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu
itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia dituturkan. Kedua, wacana yang dibahagikan
kepada dua bentuk iaitu, media

(samada yang dituturkan, ditulis dan sebagainya), dan

penglibatan (dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada,
laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status

( bahasa diraja, slanga, jargona), dan

modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan sebagainya). Konteks memainkan peranan
penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status
seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini, Hoi, mangkuk
hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka kau!- Dalam konteks ini, kita
mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang
pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu.
Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh, rasalah masakan
yang dimasak oleh ibu saya . Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap
penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati, dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika
kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar belakang penutur,
loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang
mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus
tinggi dan berpelajaran tinggi.
2.5 Makna Afektif

Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir
(Kamus Linguistik, 1997). Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan
berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang
apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang penutur, termasuk sikap
penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan
dengan baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. Kata jujur,
ikhlas, baik hati, bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif, sedangkan korupsi,
kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif

(Kushartanti et.al., 2005). Makna afektif

biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. Contohnya,
Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sungguh aku melihat muka kau!. Apabila
ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi, kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan
penutur ketika itu. Maka faktor intonasi, tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat
penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh
menunjukkan samada kita suka atau tidak suka kita pada seseorang. Nada sesuatu ujaran
boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. Makna afektif juga berperanan
penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya, Teh nikmat
berkhasiat. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif, kerana kata nikmat dan
khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif.
2.6 Makna Tematik
Tematik bermaksud apa yang dikomunikasikan dan isi yang hendak disampaikan dalam
mesej. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi, susunan kata, fokus dan
tekanan. Contohnya, ayat aktif dan ayat pasif. Contoh ayat,
i

Ibu membeli kuih.(Ayat aktif)

ii

Kuih dibeli oleh ibu.(Ayat pasif)

Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Bagi ayat aktif, soalannya ialah,
siapa yang membeli kuih?. Tetapi bagi ayat pasif pula, soalannya ialah, ibu membeli apa?Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat, sikap, latar belakang,
tekanan emosi dan sebagainya. Tekanan boleh menukar makna. Keadaan ini berlaku apabila
penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan
10

kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan, 2005). Selain tekanan,
panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. Contohnya bahasa yang
digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk.
Contohnya,
Caaaakap banyak, baayar kurang!
Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat
mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu.
2.7Makna Asosiatif
Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan
kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi
dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain),
perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut Setiawati Dermojuwono, makna
asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan
tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis,pengetahuan dan
pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono
Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang
digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan, atau ciri
yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya, perkataan buaya dikaitkan
dengan jahat atau

ganas atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan

menipu wanita. Begitu juga dengan kata mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga
yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci.
Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik,
afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif
kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Makna
afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau
emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan
dengan penuh semangat, nada dan intonansi.
Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana
pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna asosiatif turut
11

memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial
sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk
pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga
terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari
makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami
makna asosiatif. ( Kushartanti et.al., 2005)
2.8Makna Etimologis
Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari
aspek sejarah kata. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan
kata tertentu. Melalui perubahan makna kata, kita dapat menyelusuri perubahan nilai, norma,
keadaan sosiopolitik, dan ekonomi masyarakat. Perubahan makna kata boleh menyempit atau
meluas (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan berkhalwat. Perkataan ini pada asalnya
membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran. Tetapi perkataan ini telah
disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang
sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi. Contohnya. Muhaiza dituduh berkhalwat
dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam. Selain terjadi penyempitan dan
peluasan makna, nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif
atau sebaliknya.

3.0

Konsep Perubahan Makna


Makna sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa dan teknologi,hub sosial

dalam masyarakat . Perubahan makna dapat berlaku dari segi perluasan makna ,penyempitan
makna dan anjakan makna.Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan
ini. Antaranya adalah definisi perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna.
12

Menurut Stern (1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah apabila sesuatu kata
digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi. Seterusnya,
definisi perluasan makna menurut Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan
sebagai proses meluaskan atau memperbesar komponen makna suatu perkataan, manakala proses
penyempitan pula adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu
perkataan
3.1

Perluasan makna

Perluasan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu memiliki
makna-makna yang lain. Contohnya adalah seperti perkataan saudara pada mulanya membawa
makna orang yang sama ayah dan ibu kemudian maknanya meluas yang merangkumi orang
yang ada hubungan kekeluargaan . Makna bertambah luas setelah kedatangan islam yang
membawa konsep persaudaraan Islam iatu makna saudara merangkumi orang yang sama-sama
beragama Islam kini menjadi bentuk panggilan untuk orang yang baru dikenali,kakitangan
bawahan atau setaraf dengan penutur atau merujuk kepada hadirin dalam sesuatu majlis yang
menimbulkan rasa kemesraan.
3.2

Penyempitan makna

Penyempitan makna bermaksud sesuatu kata itu pada mulannya mempunyai makna yang
umum tetapi kemudian berubah menjadi lebih khusus . Contoh makna kata yang mengalami
penyempitan makna ialah madrasah iatu kata yang dipinjam daripada bahasa arab dengan
makna asalnya sekolah . Kata ini sudah berubah makna menjadi lebih khusus kepada sekolah
agama

4.0 Pebincangan tentang Faktor-faktor Perubahan Mkna dalam bahasa Melayu


Pada bahagian ini faktor-faktor perubahan makna dalam Bahasa Melayu akan dibincangkan
melalui analisis teks bagi menunjukkan secara jelas faktor perubahan makna berlaku.

13

a) Analisis sajak Di Hujung Penantian dari segi aspek semantik berdasarkan perubahan
makna ( Perluasanan penyempitan makna)

Di hujung penantian
Entah bila akan menjelma
ungu pelangi yang menyirami ladang ketandusan
diiringi kerdipan mata kudus menadah
tertunduk sujud di hamparan sufi
entah bila berkubur pembuluh nafas tanpa darah
di atas perjalanan tanah berduri
sambil jari kurus menghitung batu-batu kerikil
di gurun pasir yang terbentang luasa menyala
pabila episod penantian jalang ini berakhir
neraca hari yang menggerunkan pasti jua tiba
di suatu perhimpunan yang maha agung
di padang maha luas yang membakar panas
untuk menimbangtara diri
Man Nasir

Bahagian 1: Perluasan makna :


Perkataan
1.Kerdipan

Makna Asal
Kedipan mata sahaja

Makna yang diperluaskan


Kerdipan bintang, kerdipan neon
dan lampu.

14

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , Kerdipan adalah merujuk kepada
perbuatan kedipan mata iatu perbuatan mengerakkan kelopak mata ke atas dan ke bawah. Makna
kerdipan itu adalah hanya merujuk kepada perbuatan yang dinyatakan di atas . Namun sekarang
perluasan makna perkataan kerdipan telah berlaku dimana perkataan kerdipan telah digunakan
untuk benda-benda lain selain mata seperti kerdipan yang merujuk kepada lampu,neon,cahaya
dan bintang .
Sebagai contoh ayat ini , Kerdipan di langit malam ini yang merujuk kepada cahaya
bintang yang bersinar di langit malam .Contoh yang lain pula adalah seperti ayat kerdipan kota
raya yang tak pernah padam yang membawa makna cahaya lampu yang terdapat di kota raya
tersebut.
Ini menunjukkan bahawa perkataankerdipan telah mengalami proses perluasan makna
seiring dengan perubahan masa dan kemajuan manusia sejagat secara amnya.Namun jika dilihat
perluasan makna ini lebih diaplikasikan di dalam bidang sastera di mana semantik memainkan
peranan penting dalam menyampaikan maksud sesuatu karya .

Perkataan
2.Sujud

Makna Asal
Makna yang diperluaskan
Duduk berlutut (penghormatan Merayu,memujuk dan menyembah
seorang hamba kepada ALLAH yang tidak merujuk dari segi aspek
S.W.T)

ketuhanan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , sujud adalah merujuk kepada perbuatan
melutut sambil menundukkan kepala ke lantai (dalam sembahyang dan perbuatan ibadah).
15

Namun sekarang perluasan makna perkataan sujud telah berlaku dimana perkataan sujud telah
digunakan untuk perbuatan lain seperti memujuk ,merayu dan menyembah hormat kepada
manusia serta tidak lagi terikat hanya kepada aspek ketuhanan seperti yang digunakan selama ini
secara turun temurun setelah dipinjam daripada bahasa Arab setelah kedatangan Islam dan
pedagang-pedagang arab pada zaman dahulu..
Sebagai contoh ayat ini , sujud pada aku jika nak aku kembali yang merujuk kepada
perbuatan memohon kemaafan .Contoh yang lain pula adalah seperti ayat saya sanggup sujud
asalkan awak tidak pergi yang membawa makna merayu kepada seseorang
Setelah pinjaman perkataan sujud sejak zaman kedatangan Islam dulu , Perkataan sujud
telah digunakan dengan meninggalkan konsep asal yang hanya ditujukan kepada ALLAH S.W.T
tetapi kini semakin meluas sehingga digunakan dalam aspek kemanusiaan juga. Ini menunjukkan
perluasan makna berlaku secara berkadar terus dengan perubahan kemodenan manusia dan sifat
kebaratan yang melanda pengguna bahasa Melayu.

Perkataan
3.Sufi

Makna Asal
Ahli ilmu suluk

Makna yang diperluaskan


Keimanan dan ketakwaan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) ,Sufi membawa hanya makna ahli ilmu
suluk(tasawuf). Namun sekarang perluasan makna perkataan sufi telah berlaku dimana sering
sahaja khayalak pengguna bahasa menganggap makna sufi itu sebagai kemuliaan dan ketakwaan
atau puncak yang tinggi dalam agama. Sufi juga merupakan kata pinjaman bahasa arab.
Jika melihat kepada konteks makna dalam puisi ini sendiri di mana tertunduk sujud di
hamparan sufi , jika ayat ini mengekalkan makna sufi yang asal , kelihatan ayat ini seperti tidak
logik . Ini jelas mengemukakan contoh perluasan makna sufi tersebut kepada keimanan dan
kemuliaan atau ketuhanan.
Kata pinjaman bahasa arab sering mengalami perluasan makna ini hanya kerana
perkataan tersebut berbunyi keagamaan lantas diperluaskan makna secara mengikut keselesaan
pengguna bahasa Melayu.
16

Bahagian 2: Penyempitan Makna


Perkataan
1.Jalang

Makna Asal
Makna yang disempitkan
1.Kerbau yang tidak dipelihara Jahat dan kekejian(perempuan)
orang
2.Perempuan-perempuan jahat

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) ,Makna asal perkataan jalangada dua
iatu kerbau yang tidak dipelihara orang dan perempuan jahat .Namun pada masa kini jalang ini
telah mengalami proses penyempitan makna di mana jalang hanya difahamkan sebagai
perempuan jahat dan maksud satu lagi iatu kerbau yan tidak dipelihara orang digugurkan dalam
makna .
Sebagai contoh yang dinyatakan dalam baris puisi Di hujung penantian, pabila episod
penantian jalang ini akan berakhir . Adakah jalang yang dimaksudkan tersebut adalah kerbau
yang tidak dijaga oleh orang ? ,sama sekali tidak kerana jalang yang dimaksudkan adalah
kejahatan dan kekejian.
Ini merupakan contoh jelas perkataan jalangtelah mengalami proses penyempitan
makna dimana satu lagi makna telah digugurkan kerana makna satu lagi menjadi lebih dominan
pengunaannya di kalangan penutur Bahasa Melayu.

Perkataan
2.Neraca

Makna Asal
1.Alat untuk menimbang

Makna yang disempitkan


Perbandingan (amalan dan ibadah)

2.Timbangan atau dacing


3.Perbandingan berat
4.Catatan perbandingan wang
masuk dan wang keluar

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , neracamembawa 4 makna yang sering
digunakan iatu alat untuk menimbang,timbangan atau dacing,perbandingan berat dan catatan
17

perbandingan wang masuk dan wang keluar. Namun pengguna bahasa Melayu sekarang lebih
cenderung menganggap makna neraca adalah perbandingan dari segi batiniah iatu amalan dan
ibadah. Jika alat timbangan berat mereka lebih cenderung menggunakan perkataan alat
penimbang berat dan bukannya neraca lagi.
Terpulang kepada kita untuk memberatkan neraca amalan masing-masing sebelum
dihisab oleh Tuhan ayat ini menunjukkan contoh makna neraca yang disempitkan maknanya
.Neraca kini tidak lagi digunakan mengikut makna-makna penimbangan jisim namun lebih
kepada pertimbangan dari aspek ketuhanan dan kemanusiaan.
Peyempitan makna ini mungkin berlaku kerana perkembangan teknologi masa kini,jika
dulu hanya neraca yang digunakan sebagai alat untuk mengukur berat , namun kewujudan alatalat lain telah meninggalkan perkataan neraca di arus permodenan namun pengunaan neraca
dari segi konteks makna yang berbeza menjadikan neraca ini masih terus digunakan namun
berlainan fungsi dan maksud.
5.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat
sekolah rendah
Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar dengan perubahan
kognitif. Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang berteraskan teori-teori
kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau perubahan mental. Proses
pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila berlaku perubahan mental dalam diri pelajar,
iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.Ahli-ahli kognitif
menerapkan

kaedah-kaedah

pengajaran

yang

mementingkan

aspek

pemahaman

atau

mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan. Berikut ialah Pendekatan Teori
Kognitif yang boleh digunakan iaitu :
(a) Pembelajaran bermakna
Guru boleh mengaplikasikan teori ini dengan memulakan set induksi atau pengenalan
pembelajaran pada hari itu dengan mengemukakan persoalan yang bermakna yang
mencambahkan pemikiran murid. Set gambar yang beliau gunakan telah memberi gambaran
bermakna tentang tajuk pembelajaran pada hari itu.
18

(b) Pembelajaran mudah kepada sukar


Guru menggunakan bahan bacaan yang mengandungi ayat yang pendek dan perkataan
mudah.Guru menggunakan petikan bergambar dan berwarna untuk menarik minat murid,ini
dapat membantu proses penyerapa makna kepada murid .Kaedah ini tidak memberi tekanan dan
bebanan kepada murid ketika menjalankan aktiviti.Murid akan bermotivasi untuk meneruskan
pembacaannya. Begitu juga dalam membina ayat berdasarkan gambar. Guru menggunakan
perkataan-perkataan untuk dikaitkan dengan gambar. Seterusnya murid membina ayat mengikut
kesesuaian gambar. Semasa pengajaran, guru telah menggunakan petikan untuk menjelaskan
lagi tajuk pembelajaran pada hari itu.Berdasarkan petikan tersebut, beliau meminta murid
mencari dan menggariskan ayat-ayat penyata yang terdapat di dalam petikan tersebut. Kemudian
dari ayat-ayat tersebut beliau meminta murid menggariskan perkataan yang membawa makna
banyak.
Pendekatan yang guru gunakan perlu bersesuaian dengan pendekatan yang diterapkan oleh
ahli-ahli kognitif iaitu pengajaran membaca bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar
kepada unsur-unsur yang lebih kecil.Pengajaran beliau juga mempunyai unsur-unsur yang
bermakna seperti ayat, frasa dan perkataan.
(c) Kaedah Inkuiri Penemuan
Guru boelh menggalakkan murid membaca, kemudian murid perlu menceritakan kembali apa
yang dibaca menggunakan ayat mereka sendiri iaitu tentang kegigihan seorang kanak-kanak
berdasarkan gambar yang dipaparkan. Guru akan dapat

mencungkil pemahaman murid

mengenai makna perkataan dengan mengemukakan beberapa soalan.Guru juga membuat ulasan
terhadap jawapan murid dan memberi peneguhan.
Prinsip pengajaran makna Bahasa Melayu berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung
dengan teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum,
iaitu:
1.

Pembelajaran merupakan proses mental.

2.

Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan

19

kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian.


3.

Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak
dalam peringkat kematangan yang sama.

4.

Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.

5.

Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.

6.

Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara


formal.

Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan oleh guru adalah
mengikut prinsip pedagogi aliran Behaviorisme dan aliran kognitif.
Prinsip Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran sebagai satu perubahan tingkahlaku
yang sesuai dan berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh pengalaman. Ianya
menumpukan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh
diukur.

6.0

Strategi Bahasa dan Strategi Teknik pengajaran makna bahasa melayu


Strategi bahasa adalah suatu cara atau langkah atau tindakan yang dilakukan untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini,
Cikgu Nora telah menggunakan strategi bahasa yang sesuai mengikut tahap murid-murid dalam
kelas ini. Antaranya ialah :
a. Pendekatan berpusatkan murid
Dalam aktiviti kumpulan, guru bertudas sebagai fasilitator manakala murid-murid
berbincang dan berkomunikasi untu mendapatkan jawapan serta melaporkan kepada
kelas.
b. Kepelbagaian teknik

20

Guru boleh menggunakan pelbagai teknik dalam pengajarannya untuk menarik minat
murid mengikuti pembelajaran dan seterusnya menjadikan pembelajaran mereka
bermakna. Antaranya tayangan video, penggunaan gambar dan kad perkataan yang
menarik.
c. Kepelbagaian sumber bahan
Guru wajib mempelbagaikan sumber pengajarannya dengan menyediakan petikan cerita,
video, gambar, kad perkataan dan lembaran kerja untuk aktiviti menulis makna.

Strategi teknik pula ialah suatu alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Antara
straegi teknik yang digunakan oleh guru untuk pengajaran makna dalam Bahasa Melayu ialah :
a. Teknik soal jawab
Interaksi berlaku antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Guru akan
membantu murid untuk memberi makna perkataan yang betul dan jawapan yang baik
serta membetulkan jawapan yang salah.
b. Penyelesaian masalah
Dalam aktiviti kumpulan, Guru boelj meminta murid untuk mencari makna perkataan
serta maksud simpulan bahasa. Murid akan melaporkan jawapan dan akan berkongsi
maklumat bersama kumpulan lain.

7.0

Kesimpulan
Selain dapat diaplikasikan dalam P&P, semantik juga amat penting dalam kehidupan kita

seharian. Semantik dapat menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati dalam berbicara kerana
terdapat banyak perkataan dalam bahasa Melayu berunsur polisemi. Polisemi dapat ditakrifkan
21

sebagai satu perkataan tetapi mempunyai lebih daripada satu makna. Hal ini berkemungkinan
masyarakat Melayu lebih suka berkias untuk menerangkan sesuatu. Hal ini berkemungkinan
wujudnya kiasan dan peribahasa yang lain dalam bertutur.
Tugasan ini menerangkan dengan lebih jelas lagi bahawa masyarakat Melayu merupakan
salah satu bangsa yang tinggi nilai kesopanan dalam kehidupan seharian. Nilai kesopanan ini
dapat mengeratkan hubungan keakraban antara satu sama lain dan juga dapat menegur sesuatu
perkara dengan berhemah tanpa ada mencetuskan perasaan sakit hati. Segala input yang saya
perolehi dalam tugasan ini akan saya gunakan dalam kehidupan seharian saya dengan sebaik
mungkin agar menjiwai peranan seorang guru seterusnya menjaga nama baik profesion daripada
tercemar
Kesimpulannya, bahasa juga berubah kerana sebab-sebab sosial.

Peredaran masa

menyebabkan munculnya bidang-bidang baharu dalam satu-satu budaya masyarakat bahasa.


Faktor-faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Perubahanperubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan
dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.
Demikianlah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan
perubahan makna dalam semantik.

22

Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib, (1885). Langkah-Iangkah permulaan dalam mengajar kanak-kanak
menulis karangan: Satu Pendekatan, jurnal Dewan Bahasa, No. 31,Bil.lO.
Abdullah Hassan, 1992. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pelajaran Malaysia
Abdul Chaer, 1990. Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: PT Rineka Cipta.
Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan. (2008). HBML3303 Psikolinguistik dan Semantik.
Selangor : Open University Malaysia.
John Lyons (1993). Pengenalan linguistik teoris (Abdullah Hassan, Rogayah abdul Razak &
Wan Zailena Mohd.Nordin, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas Pendidikan.Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

23

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mansoer Pateda. 1995. Kosakata dan pengajarannya. Indonesia: Penerbit Nusa Indah.
Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ruth M. Kempson (1991). Teori Semantik (Zaiton Ab. Rahman, Terjemahan). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://sites.google.com/site/kalammelayu/

24

Anda mungkin juga menyukai