Anda di halaman 1dari 21

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

B Ba ab b2 2: : T TU UG GA AS SD DA AN NP PE ER RA AN NA AN NG GU UR RU U
Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Memerihalkan pandangan Al-Frabi dan Confucisu tentang tugas & peranan guru Menerangkan pendapat Vivekananda dan Plato berkenaan tugas & peranan guru Memerihalkan pendapat Plato tentang tugas & peranan guru Membezakan pelbagai peranan & tugas seorang guru

g g

RINGKASAN BAB

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Pengenalan Al-Farabi Confucius Viviekananda Plato Pelbagai peranan & tugas guru Ringkasan Kata Kunci Rujukan

Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3: Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Guru Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Bab ini membincangkan pandangan beberapa ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius, Vivekanada dan Plato tentang peranan pendidikan dan peranan guru. Jika dikaji dengan teliti, gi pandangan ahli-ahli falsafah ini adalah hampir sama dan relevan hingga ke hari walau pun idea-idea mereke diutarakan lebin 2000 tahun lalu. Pelbagai peranan dan tugas guru dibicangkan dengan mendalam.

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2.1 Pengenalan

Beberapa tema Hari Guru

Guru Inovatif & Kreatif Menjayakan Wawasan

Guru Berkualiti Aspirai Negara

Guru Pembina Negara Bangsa

Guru Cemerlang Negara Terbilang

Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

Guru Bestari Sekolah Bestari

Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Guru dan Pembangunan Negara

2.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pernyataan-pernyataan di atas adalah beberapa Tema Hari Guru sejak tahun 1972. Terangkan bagaimana anda telah menterjemahkan tematema berkenaan dalam pengajaran seharian di sekolah.

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2.2 Pendapat Al-Farabi Tentang Peranan Guru

A-Farabi dilahirkan di Wasij di Tukestan pada tahun 872. Dia berpindah ke Baghdad dan mempelajari tatabahasa, logik, falsafah, musik, matematik dan sain dan digelar Guru Kedua manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar Guru Pertama. Beliau telah mengkaji dengan mendalam hasil karya ahli falsafah Plato dan Aristotle. Al-Farabi dianggarkan telah menulis kira-kira 400 buku, tetapi hanya 150 jodol yang masih tinggal. Beliau meninggal dunia pada 950, ketika berumur 80 tahun. Antara hasil karya beliau ialah: al-Madina al-fadila [The Virtuous City] Al-Farabi (872-950) Al-Burhan [The Demonstration] Kitab al-huruf (The Book of Letters) Al-Tanbih ila sabil al-saada [Guidance on the Path to Happiness] Falsafat Aristutalis [Aristotles Philosophy] Kitab Al-Misuqa al-kabir [The Great Book of Music] Kitab al-ihsa (The Book of Lists) INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 1000 tahun dahulu! Peranan Pendidikan Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. Berasaskan al-Quran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah pengusaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian (happiness) dan kesempurnaan (perfection). Manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah orang yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai baik dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Dalam ertikata lain, matlamat pendidikan ialah pembentukan suatu komuniti ideal dimana orang tolong menolong dan bekerja sama ke arah pencapaian kebahagian (all work together in order to attain happiness AlFarabi, Mabadi ahl al-madina al-fadila, edited by Albert Nusri Nadir, Beirut, Imprimerie catholique, 1959, p. 97). Menurut Al-Farabi, pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa pendidikan, manusia tidak akan mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan. Peranan Guru Menurut Al-Farabi, hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki) dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru. Bertambah pula, 3

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru individu berkenaan hendaklah secara sukarela memilih menjadi guru dan tidak boleh dipaksa menjadi guru kecuali dalam keadaan yang mendesak (Lihat Rajah 2.2). Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka. Oleh it beliau, memperkenalkan dua kaedah mengajar, iaitu keadah demonstrasi dan kaedah memujuk (Lihat Rajah 2.1). Kaedah demonstrasi melibatkan guru bercakap dan sesuai untuk memperoleh pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan memberi pendpat. Kaedah memujuk melibatkan guru bercakap dan diikuti dengan dengan menggunakan contoh, metafora dan ilustrasi. Pelajar digalakkan menggunakan sensori sentuhan, visual dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu (Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by Muhsin Mahda, Beirut, Dar majallat al-chir, 1961) Secara tak langsung beliau mengingaktkan guru untuk menyesuaikan kaedah mengajar dengan keupayaan dan pengalaman pelajar. Mungkin anda akan mengatakan, ini saya sudah tahu. Perlu diingat bahawa, idea yang kemukakan oleh Al-Farabi ini lebih 1000 tahun yang lalu sebelum kemunculan bidang psikologi pendidikan.

Kaedah Demonstrasi PENGAJARAN (taalim) Kaedah Memujuk

Rajah 2.1 Kaedah Mengajar Menurut Al-Farabi Al-Farabi juga membezakan di antara Hafalan dan Kefahaman. Hafalan ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali sehingga dia hafal seperti mempelajari sesuatu bahasa, menghafal Quran dan lagu. Sebaliknya, kefahaman ialah apabila pelajar memahami maksud dan dapat menginterpretasi sesuatu bahan tulisan (Al-Farabi, Al-Burhan). Menurut Al-Farabi, kefahaman adalah lebih baik daripada hafalan kerana pelajar memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari (Al-Farabi, Ajwibat masail suila anha).

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Berikut ialah langkahlangkah yang dicadangkan beliau: 1. Guru bermula dengan mencari perkataan sama maksud dengan konsep yang hendak diterangkan. 2. Kemudian, memberi definisi konsep berkenaan. 3. Ini dikuti dengan penerangan tentang bahagian-bahagian konsep berkenaan. 4. Terangkan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan 5. Gunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan konsep berkenaan. Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam pengajaran mereka. Permainan dalam pendidikan bertujuan mencetus pemikran kreatif dan menggalakan pembelajaran aktif dikalangan pelajar. Berkenaan dengan disiplin, guru hendaklah mengelak memberi hukuman yang keterlaluan kerana ini akan membuat pelajar benci kepada guru. Sebaliknya, jika guru terlalu lembut, kemungkinan pelajar tidak memberi perhatian dan menjadi malas. Oleh itu, menurut Al-Farabi guru hendaklah mengamal kesederhanaan dalam Rajah 2.2 Hanya mereka menghukum pelajar. bermoral tinggi boleh menjadi guru Al-Farabi juga menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan peperiksaan ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu. Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep dan prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar.

2.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Al-Farabi.

a) Apakah prasyarat menjadi guru menurut Al-Farabi? b) Nyataan perbezaan diantara dua kaedah mengajar yang dicadangkan oleh A-Farabi c) Sejauh manakah pendapat Al-Farabi releven hari ini?

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

2.3

Pendapat Confucius Tentang Peranan Guru

Confucius dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun yang lampau) di Quyi (kini di Wilayah Shandong). Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Pada umur 50 tahun beliau mencebur diri dalam politik dan dilantik sebagai menteri keselematan dan keadilan didaerah Lu. Kemudian dia meninggal jawatan menteri dan mengembara dari bandar ke bandar di Cina bersama pengikutnya. Kerap kali dia meluahkan pendapatnya tentang kepentingan nilai moral tinggi dikalangan ahli pemimpin. Ramai diantara mereka tidak senang dengan pandangan Confucius dan pernah dimasukkan ke penjara. Confucius telah menulis buku dalam bidang falsafah, sejarah, ekonomi, budaya, music dan matematik. Berikut ialah berepa hasil karya beliau yang terkenal: o o o o o o Book of Odes (Syair Pujian) (Shi) Book of History (or Documents) (Shu) the Book of Rites (Upacara) (Li); Book of Music (Yue) Book of Changes (Yi) Spring and Autumn Annals (Chunqiu).

Conficius [551-479 S.M]

INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 260o tahun dahulu!

Peranan Pendidikan Menurut Confucius, peranan pendidikan ialah menghasilkan individu yang kompeten dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan kepada ibu bapa (xiao), menghormati orang tua (ti), ketekunan (min), menjimat-cemat (jian), keberanian (yong), kesetiaan (zhong), baik hati (liang), tolenrasi (rang) dan sebagainya. Peranan Guru Confucius sungguh minat menjadi guru dan disanjung tinggi oleh masyarakat Cina. Berdasarkan pengalamannya sebagai guru, beliau telah mencadangkan beberapa prinsip yang perlu di amalkan oleh guru. Perlu diingat bahawa idea-idea ini dikemukakan lebih 2400 tahun yang lampau sebelum kemunculan disiplin-disipin seperti psikologi pendidikan, pedagogi dan sosiologi pendidikan. Guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat, komited dengan kerjayanya. Dia harus mempunyai pengetahuan luas dan kukuh 6

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru tentang mata pelajaran yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat sepenuhnya (Lihat Rajah 2.3). Guru mesti memahami tingkahlaku unik setiap pelajar dan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan umur pelajar. Guru ialah seorang penyayang yang tidak kenal penat lelah mengembangkan potensi pelajar sambil menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Guru perlu menunjukkan kesopanan dan budi bicara ketika bercampur gaul dengan orang lain. Guru hendaklah menjadi teladan yang baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis Rajah 2.3 Guru hendak diri sendiri dan sanggup menerima menyampaikan ilmu dengan kritikan. penuh minat Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa mengaitkan teori dengan amalan.

2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah peranan utama pendidikan menurut Confucius? b) Terangkan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru menurut Confucius. c) Sejauh manakah pendapat Confucius releven hari ini?

2.4

Pendapat Vivekananda Tentang Peranan Guru

Vivekananda dilahirkan pada tahun 1863 di Calcutta, India. Dia sungguh tertarik dengan mempelajari pelbagai agama dan menekankan pentingnya menghormati semua agama. Dia telah menulis kira-kira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal. Dia meninggal dunia ketika umur 39 tahun pada tahun 1902. Peranan Pendidikan Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Mengikut Vivekananda, Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu (Education is the manifestation of the perfection already in man). Apakah makna pernyataan ini? Vivekananda [1863-1902

Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada. Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk 7

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru pelajar meluahkan pelbagai potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi). Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis. Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol. VII, pp. 147148). Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993).

Peranan Guru Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus kepada yang penting. Contohnya, kanta cembung menumpukan cahaya matahari pada satu poin hingga dapat membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 2.4).

Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk.

Rajah 2.4. Kanta cembung menumpukan cahaya matahari

Guru mempunyai pengaruh positif terhadap pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat. Apabila membincang isu betul atau salah, pelajar hendaklah digalakkan membincang mengapa sesuatu tindakan itu betul atau salah. Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina. Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan (Prabhananda, 1993). Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan. Menurut Vivekananda, guru yang berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar (CW, vol. IV, p. 183). Rajah 2.5. Pengajaran ialah seperti menanam pokok

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru Pengajaran ialah seperti menanam pokok. Tugas guru ialah menyiramnya dengan air, memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri.

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah peranan utama pendidikan menurut Vivekananda? b) Terangkan peranan guru menurut Vivekananda. c) Sejauh manakah pendapat Vivekananda releven hari ini?

2.5

Pendapat Plato Tentang Peranan Guru

Plato telah dilahirkan pada 428 S.M. di Athens, Greece. Walaupun, keluarganya terlibat denga politik, beliau tidak menceburi dalam politik tetapi telah menulis secara meluas tentang politik dan mengasaskan sains politik. Pada usia 20 tahun, Plato menjadi murid Socrates sehingga kematiannya pada tahun 399 S.M. dan meninggalkan Athens dan mengembara ke Mesir, Libya dan selatan Itali. Plato membentang ujah-ujahnya dalam 28 buku (yang dipanggil dialogue) dan 13 surat. Dalam dialogue' beliau membincang pelbagai isu seperti keadilan, kesucian, retorik, undang-undang, keberanian, kecantikan dan lain-lain. Seringkali idea-idea yang Plato (482 348 S.M.) dikemukakan adalah pendapat Socrates. Tulisan Plato telah banyak mempengaruhi falsafah dan budaya barat. Tulisan beliau yang terkenal ialah The Republic of Plato yang membentangkan idea-idea tentang pentadbiran kerajaan demokraasi.

INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 250o tahun dahulu!

Peranan Guru Peranan guru ialah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan (Lihat Rajah 2.6).

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru Pelajar hendaklah diajar membezakan di antara yang salah dan benar. Semua manusia memiliki keupayaan dan keinginan belajar dan tugas guru ialah untuk membawa mereka ke jalan kebenaran. Yang penting bukan sifat semula jadi pelajar, tetapi bagaimana pelajar itu dididik menjadi seorang terpelajar. Orang berpelajaran hendaklah membantu mendidik mereka yang tidak ada peluang pendidikan. Guru hendaklah berhati-hati mendisiplin kanak-kanak kerana kekerasaan keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat (Laws, 791c). Sebaliknya, pelajar yang dibiarkan tanpa disiplin boleh menjadikan mereka mudah marah dan tidak menghormati guru. Guru tidak boleh mendiskriminasi diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jika perlu, pelajar perempuan pun boleh diarah untuk menyertai tentera untuk berperang. Plato mencadangkan bahawa cerita dan puisi yang disampaikan oleh guru hendaklah ditapis supaya ia tidak merosakkan minda pelajar. Guru hendaklah menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan musik dan pendidikan jasmani yang dapat memperkasakan minda dan badan mereka.

Rajah 2.6. Guru berperanan membebaskan manusia daripada kejahilan

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah maksud Plato bahawa guru berperanan membebaskan manusia daripada kejahilan? b) Terangkan peranan guru menurut Plato. c) Sejauh manakah pendapat Plato relevan hari ini?

10

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

BEBAN TUGAS GURU BERTAMBAH PUTRAJAYA 30 Mei - Seorang guru di negara ini menggunakan purata 66.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan, jumlah itu melebihi purata jam seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam seminggu. Menteri Pelajaran, jumlah tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah dan luar sekolah, dalam waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Katanya, ia merangkumi sembilan bidang tugas dan tanggungjawab iaitu kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, pembangunan staf, pembangunan fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal ehwal murid dan pengurusan asrama. Menurut beliau, kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja guru menyebabkan penggunaan masa mereka amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata yang disarankan oleh ILO. Katanya, kajian juga mendapati penggunaan masa guru yang amat tinggi telah memberi kesan terhadap kualiti pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama para guru khususnya dalam bidang kurikulum selain membawa pelbagai kesan sampingan lain. "Sehubungan itu, Jawatankuasa Mengkaji TTG telah mengemukakan sebanyak 39 perakuan yang berkaitan dengan pemantapan fungsi dan peranan guru dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya. Perakuan-perakuan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu komponen operasi dan komponen dasar dengan komponen operasi merupakan pelaksanaan di bawah kawalan kementerian manakala komponen dasar memerlukan kajian lanjut dan kelulusan Jemaah Menteri. Menteri berkata, dalam tempoh setahun selepas kajian itu disiapkan, pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan telah dilaksanakan berhubung tugas dan tanggungjawab guru agar bersesuaian dengan perakuan-perakuan yang telah diutarakan.

[sumber: Harian Metro, 2007]

2.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca petikan di atas. Apakah pendapat anda tentang hasil kajian jawatankuasa TTG? Adakah ini benar dalam sekolah anda? Jelaskan.

11

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

2.6

Tugas dan Peranan Guru

Mungkin tidak ada satu profesion, dimana pengamalnya mempunyai pelbagai tugas dan peranan seperti guru. Ramai orang tidak memahami bahawa tugas seorang guru itu bukan hanya mengajar. Lihat katun disebelah. Apakah pandangan anda? Sejauh manakah ia mencerminkan tugas dan peranan anda sebagai guru? Lihat Rajah 2.7. Bagi setiap peranan yang disenariakan, guru perlu melakukan berpuluh tugas kecil di sekolah, di rumah dan dengan masyarakat sekeliling.

[sumber: Berita Harian, 2009]

Guru sebagai PENGAJAR

Guru mempengaruhi TINGKAH LAKU PELAJAR

Guru sebagai PEMBIMBING

Guru sebagai PENGGANTI IBU BAPA

Guru sebagai AGEN PERUBAHAN

Guru sebagai PENYELIDIK

Guru sebagai AGEN SOSIALISASI

Guru sebagai PENGAMAL REFLEKTIF

Rajah 2.7 Tugas dan Peranan Guru

12

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

1) GURU SEBAGAI PENGAJAR (Teacher as Instructor) Peranan guru sebagai pengajar paling dikenali oleh masyarakat. Apakah pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan pelajarnya (Lihat Rajah 2.8). Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti dan dilaksanakan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Tugas guru ialah mengurus bilik darjah dengan tujuan mewujudkan Rajah 2.8. Guru sebagai pengajar persekitarn yang kondusif. Guru juga terlibat dengan penaksiran untuk menentukan sejauah manakah pelajar telah menguasai pengetahuan, kemahran dan nilai yang disampaikan. Guru memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan secara bersendirian. Guru yang berkesan akan memastikan bahawa pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapai dalam kehidupannya. Ini bermakna guru perlu melengkapkan diri dengan bidang ilmu yang diajar serta kaedah dan teknik penyampaian ilmu berkenaan. Lihat katun di bawah. Guru yang tidak cekap berbahasa Inggeris sudah tentu tidak dapat mengajar pelajarnya berbahasa Inggeris dengan berkesan. Begitu juga dengan pengajaran Bahasa Melayu, matematik, sains atau sejarah.

13

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2) GURU SEBAGAI PEMBIMBING (Teacher as Guide) Dalam sebuah bilik darjah, tentu terdapat pelajar yang menghadapi masalah sosioemosi seperti hargi diri (self-esteem) yang rendah, masalah keluarga, tidak dapat bercampur gaul dan sebagainya. Masalah sedemikian akan menjejaskan prestasi akademik pelajar. Oleh itu, setiap guru secara tidak langsung berperanan sebagai pembimbing untuk membantu pelajar berjaya dalam persekolahan. Lazimnya, bila disebut pembimbing, ia dikaitkan dengan tugas guru bimbingan dan kaunseling yang khusus. Secara amnya, bimbingan yang diberikan guru biasa ialah pemberian nasihat, panduan dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukannya (Shertzer dan Stone, 1991). Sebagai pembimbing, guru: Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran yang diajar untuk meningkatkan pencapaian akademik Menyedarkan pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka serta tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kelemahan yang dialami Membantu pelajar mengenal pasti masalah sosioemosi atau masalah kesihatan yang dihadapi dengan tujuan mereka sendiri menyelesaikanya. Guru juga berperanan sebagai mentor yang membina kekuatan dan memaksimumkan potensi pelajar di bawah jagaannya (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010).

2.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Pernahkah situasi yang digambarkan dalam katun di atas berlaku di sekolah anda? b) Berikan contoh bagaimana anda telah berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar di sekolah anda.

3) GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI (Teacher as Agent of Socialisation) Sekolah ialah suatu komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai peranan tertentu. Sosialisasi ialah suatu proses dimana individu mengenal dan menghayati cara menyertai sesuatu kelompok dilingkungannya sehingga menjadi sebahagian kelompok berkenaan. Sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah. Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar. Guru lebih memahami perasaan seseorang pelajar dan sifat empati membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Gurulah yang memudahkan pelajar menyesuaikan diri kerana dia menghormati perbezaan individu. 4) GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN (Teacher as Agent of Change) Selain sebagai agen sosialisasi, guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain. Setengah pendapat mengatakan, sekolah tidak banyak berubah sejak 200 tahun yang lampau! Adakah anda setuju iaitu kaedah mengajar yang digunakan sekarang adalah hampir 14

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru sama semasa anda bersekolah dahulu? Guru sebagai agen perubahan dikehendaki sentiasa membawa perubahan kepada bilik darjah dengan memperkenalkan kaedah dan teknik mengajar yang inovatif. Contohnya, menggunakan internet dan kaedah kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses membawa perubahan, bermula dengan bertanya, Apakah saya boleh lakukan untuk membantu pelajar yang tidak boleh membaca walau pun berada di Tahun 4?. Mungkin anda menghadiri kursus yang menunjukkan teknik-teknik baru mengajar murid kemahiran membaca (Fullan, 1993). Sebagai agen perubahan, guru sendiri perlu mengamalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong learning). Guru sentiasa menjana kaedah, teknik dan proses baru untuk membantu pelajar yang memerlukannya.
2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Ceritakan jenis perubahan anda telah memperkenalkan di sekolah anda serta jenis perubahan anda akan membawa pada masa depan.

5) GURU MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PELAJAR (Teacher influencing Behaviour of Learners) Guru bermain peranan penting dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Guru merupakan teladan yang sangat penting dalam menyalurkan nilai, sikap dan kepercayaan kepada anak didik mereka. Jika guru kerap kali ponteng kelas, tidak bersemangat, cepat marah dan sebagainya, maka pelajar juga akan meniru perlakuan yang diperhatikannya, seperti kata pepatah, Bapa borek anak rintik. Guru boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Contohnya, seorang pelajar daripada keluarga dimana ibu bapa sentiasa berkelahi dan pukul-memukul kemungkinan personalitinya dan kelakuannya terbentuk ke arah yang sama. Tetapi, bila pelajar itu datang ke sekolah dan berhadapan dengan guru yang penyayang dan prihatin, kemungkinan pelajar itu akan sedar bahawa adanya cara lain berkelakuan tidak seperti yang dilihat di rumah. 6) GURU SEBAGAI PENGGANTI IBU BAPA Adalah pepatah mengatakan, selain bapa dan ibu atau penjaga, orang yang ketiga penting dalam kehidupan pelajar ialah guru. Terdapat ramai pelajar yang datang daripada latar belakang yang kurang menggalakkan. Kini konsep keluarga telah banyak berubah dengan peningkatan kadar penceraian yang menambahkan bilangan ibu tunggal, bapa tunggal dan ibu bapa berkahwin semula. yang sibuk bekerja, kemiskinan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan ketagihan alkohol. Pelajar daripada keluarga sedemikian mungkin tidak mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dan berpaling kepada guru sebagai pengganti ibu bapa atau penjaga mereka. Keprihatinan da kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah akan membantu mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang memahami situasi mereka sebegini akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif. Dengan ini, kerungsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah dikurangkan (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). 15

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Berikan contoh-contoh spesifik yang menunjukkan anda telah berperanan sebagai pengganti ibu bapa kepada pelajar di sekolah anda.

7) GURU SEBAGI PENGAMAL REFLEKTIF (Reflective Practitioner) Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian dalam bidang pendidikan guru ialah peranan sebagai pengamal reflektif. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan reflektif (reflective practice)? Amalan reflektif ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai doktor, peguam, akauntan atau guru. Konsep amalan reflektif diperkenalkan oleh Donald Schn dalam bukunya The Reflective Practitioner yang ditulis pada tahun 1983. Amalan reflektif menggalakkan pengamalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman yang dilalui. Guru sebagai pengamal reflektif sentiasa mempersoalkan amalannya sebagai guru (Noriati Donald Schn Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Anda tentu pernah membuat refleksi tentang aktiviti [1930-1997] pengajaran anda seperti ketidakhadiran pelajar tertentu di dalam kelas, murid yang tidak minat dengan mata pelajaran yang anda mengajar atau pelajar yang tidak boleh menulis dan mengira walau pun telah tamat Tahun Empat (Lihat Rajah 2.9). Guru yang reflektif tidak sekadar memikir tentang masalah yang dihadapi tetapi juga merancang tindakan mengatasinya.

Mengapa sesetengah murid tidak memahami apa saya mengajar?

Rajah 2.9. Guru sebagai pengamal reflektif

16

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

Renung Kembali Pelan Tindakan Perasaan

Kesimpulan

Penilaian

Analisis
Rajah 2.10 Model Refleksi Gibbs (1988) Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung, meluahkan perasaan, menilai, menganalisis masalah, membuat kesimppulan dan melancarkan pelan tindakan. Lihat Rajah 2.10 yang menunjukkan model refleksi oleh G. Gibbs (1988). Contoh: Renung Kembali: Guru bermula dengan merenung kembali dan mengenal pasti sesuatu peristiwa dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengapakah ramai murid saya tidak memahami apa yang saya mengajar minggu lepas?. Perasaan: Guru meluahkan persaannya terhadap masalah yang dihadapi. Saya sungguh kecewa apabila begitu ramai murid tidak dapat membuat latihan-latihan setelah saya mengajar dengan penuh semangat?. Penilaian: Kemudian guru bertanya apakah iktibar daripada pengalaman ini dan apakah punca masalah yang dihadapi. Dahulu saya salahkan murid jika mereka tidak faham. Kini saya sedar ia mungkin berpunca daripada cara saya mengajar. Analisis: Guru cuba melihat dari sudut yang berlainan dan menimbangkan tindakan alternatif. . Mungkin saya bercakap terlalu cepat. Mungkin saya menggunakan bahasa yang terlalu tinggi hingga murid tidak memahami?. Mungkin saya patut menggunakan alat bantuan mengajar yang lebih berkesan?

17

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru Kesimpulan: Guru menetapkan pelan tindakan yang terbaik. Kali ini saya akan menggunakan bahasa yang lebih mudah serta memberi lebih banyak contoh dan ilustrasi. Pelan Tindakan: Akhir sekali, guru memikirkan tentang tindakan masa depan jika peristiwa yang sama berulang. Jika murid masih tidak memahami, saya mungkin cuba meringankan huraian sukatan pelajaran dan menumpukan kepada perkaraperkara asas sahaja. Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran (Hanipah, 2000). Seseorang guru perlu mengamalkan refleksi dengan secara bijak dan saksama dalam apa jua situasi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. 8) GURU SEBAGAI PENYELIDIK Setiap hari guru membuat pelbagai keputusan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, memilih kaedah mengajar yang sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu, menguruskan bilik darjah, menilai hasil kerja murid, memberi maklum balas kepada pelajar, ibu bapa dan pihak berkepentingan. Anda mungkin bertanya, Adakah kaedah mengajar saya gunakan selama ini berkesan atau bolehkah saya menggunakan kaedah yang berlainan?. Pertanyaan seumpama ini telah mendorong guru berperanan sebagai penyelidik. Guru sebagai penyelidik adalah satu ungkapan yang dilaungkan oleh para pakar pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan siri pendedahan melalui kursus jangka pendek dengan bertumpu kepada Kajian Tindakan (Action Research). Jenis penyelidikan ini digunakan oleh guru untuk mencuba sesuatu kaedah atau strategi dan memperolehi bukti sama ada tindakan yang diambil berkesan Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. PENYELIDIKAN TINDAKAN digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang pengajaran mereka. melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran. berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka. Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. Contohnya, guru yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif, akan mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan pendapat [Kaedah penyelidikan tindakan akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Bab 5: Perkembangan Profesion Perguruan]

18

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN? Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru: Pertama, ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka Kedua, ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang dilakukan.
2.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN

anda?

a) Pernahkan anda menjalankan penyelidikan di sekolah Jelaskan. b) Nyatakan apa yang anda ingin selidiki di sekolah anda.

PERBINCANGAN

Guru dahulu lebih berdedikasi dan komited berbanding dengan guru hari ini. Adakah anda bersetuju? Bincang bersama pelajar lain.

19

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

RINGKASAN

Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam pengajaran mereka. Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian dalam bidang pendidikan guru ialah peranan sebagai pengamal reflektif Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Menurut Vivekanada, guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. Amalan reflektif ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai doktor, peguam, akauntan atau guru. Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung, meluahkan perasaan, menilai, menganalisis masalah, membuat kesimppulan dan melancarkan pelan tindakan. Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar. Selain sebagai agen sosialisasi, guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain.

KATA KUNCI Kaedah demonstrasi Kaedah Memujuk Konsentrasi Moral tinggi Kejahilan Pengajar Pembimbing Penyelidik Pengamal reflektif Agen sosialisasi Agen perubahan Unsur permainan Pelan tindakan Pengganti ibu bapa Pembelajaran sepanjang hayat

20

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

REFERENCES:

Ammar al-Talb (1993). Al-Farabi. Prospects: the quarterly review of comparative Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2, 1993, p. 353-372. Charles Hummel (1993). Plato. Prospects: the quarterly review of comparative. Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no. 1/2, 1994, p. 32942. Yang Huanyin (1993). Confucius. Prospects: the quarterly review of comparative. Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2, p. 211-19. Swami Prabhananda (1993). Vivekananda. Prospects: the quarterly review of comparative. Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXII, no. 3., p. 111-119. Gibbs, G. (1988) Learning by Doing: A guide to teaching and learning methods. Oxford: Further Education Unit, Oxford Brookes University. Schon, D.A. (1983) The Reflective Practitioner. London: Temple Smith.

21

Anda mungkin juga menyukai