Anda di halaman 1dari 109

151164202052

Analisis artikel Cabaran Profesion Keguruan. OLEH : Noor Safini bt Zulkefli

Artikel Cabaran Profesion Keguruan merupakan salah satu artikel yang di petik daripada majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Mei 2012. Saya telah memilih artikel ini kerana terdapat banyak isu yang boleh diulas dan dianalisis melalui artikel ini. Secara keseluruhannya artikel ini membincangkan tentang cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh seseorang individu apabila menceburi profesion keguruan. Sememangnya banyak cabaran samaada suka mahupun duka apabila kita memilih salah satu kerjaya profesional iaitu profesion sebagai seorang guru.

Menurut Kamus Dewan (2010) profesion didefinisikan sebagai satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Selain itu, profesion juga merupakan satu bidang pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi tugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya (Mook Soon Sang, 2009). Guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru. Pertama memiliki sijil kelayakan kemahiran iktisas dan perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi

dalam banyak aspek. Kemahiran-kemahiran ikhtisas ini boleh diperolehi dengan mengikuti kursus-kursus keguruan yang di tawarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan contohnya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kedua, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Tugas guru adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap kliennya iaitu murid dan melaksanakan segala tanggungjawab dengan amanah dan jujur, dan yang ketiga terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid. Inilah perkara yang paling penting apabila sudah bergelar seorang guru iaitu kemahiran pedagogi. Menurut Mook Soon Sang (2010) pedagogi didefinisikan sebagai suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Guru mahir dalam dalam menguruskan bilik darjah, mahir dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan murid dan lain-lain lagi.

Selain itu, seorang guru yang profesional juga haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat di hormati. Sebagaimana yang kita sedia maklum guru merupakan role model terbaik buat murid. Segala tingkahlaku guru akan sentiasa menjadi perhatian murid apatan lagi penampilan luaran guru. Contohnya cara guru berpakaian, cara guru bercakap semuanya akan menjadi ikutan serta bahan percakapan murud. Maka seorang guru yang profesional haruslah mempunyai sahsiah yang terpuji agar murid akan lebih menghormati guru dan sekaligus memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Antara contoh tingkahlaku yang yang mulia ialah bersabar, adil, bertimbang rasa, menepati masa dan lain-lain lagi. Di samping itu, semasa mengikuti kursus perguruan juga, guru-guru telah didedahkan dengan

aspek pedagogi yang terbaik untuk memahami murid dan dikaitkan dengan teori pembelajaran yang telah dipelajari.

Berikutnya seorang

guru

yang

profesional

juga

sentiasa

berusaha

mempertingkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka. Contohnya, sentiasa cuba menambah ilmu pengetahuan baru mengenai pendekatan,strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang dapat diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa yang sama seorang guru yang profesional juga perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan. Tidak ketinggalan juga, seseorang guru itu juga perlu sentiasa cuba menghadirkan diri dalam kursus-kursus yang di anjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Kursus-kursus yang di jalankan bukannya sebagai satu bebanan buat guru tetapi merupakan salah satu indikator terbaik dalam usaha kerajaan memperkasakan pendidikan negara dari semasa ke semasa. Contoh kursus yang boleh di hadiri guru untuk mempertingkatkan profesion ini ialah Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP). Kursus ini kini menjadi agenda wajib bagi guru-guru di sekolah bagi mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada guru-guru.

Profesion keguruan amat diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran demi meletakkan negara setanding dengan negara maju yang lain. Seorang guru yang profesional juga berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Profesion sebagai seorang guru ini bukan hanya memerlukan kita untuk mendidik anak-anak bangsa malahan kita

sebenarnya perlu melaksanakan tugas sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Contohnya sekiranya kita di lantik sebagai Setiausaha Sukan Sekolah maka kita perlulah bijak membahagikan tugas serta menyelesaikan masalah yang timbul bagi memastikan tugas yang di pikul dapat dilaksanakan dengan baik di samping program yang di rancang berjalan dengan lancar.

Akibat daripada tuntutan globalisasi yang semakin mencabar membuatkan guru menjadi salah satu profesion yang amat perlu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.Contohnya guru perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat, bersikap produkti, proaktif dan responsif,

mempunyai kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata dalam abad ke -21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada kesan globalisasi dan liberalisasi. Contohnya cabaran teknologi masa kini yang yang memaksa para guru untuk menggunakan teknologi ini dengan sebaik mungkin. Oleh sebab kesan globalisasi ini jugalah menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi . Menurut Rizuan Kamis dalam artikel Cabaran profesion Keguruan ini menyatakan bahawa alaf baharu beroreintasi teknologi maklumat dan komunikasi ini meminkan peranan yang begitu besar dalam pendidikan. Sebagai seorang guru yang baik kita haruslah sentiasa memandang ke hadapan dan sentiasa mencuba mencari alternatif terbaik untuk menguasai teknologi-teknologi baru masa kini.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan sebagai satu daripada fokus utama dalam Pembangunan Pendidikan Zaman Dasar Wawasan Negara 2001-2010. Menurut Azhar Haji Wahid (2009), Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan ICT dalam pendidikan akan di beri tumpuan khusus dalam aspek prasarana, pengisian dan latihan guru sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Dalam menerjah arus globalisasi masa kini, sistem pendidikan negara juga telah mengalami perubahan. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu pendidikan negara kita dan salah satu pendekatan atau program yang telah di jalankan adalah intergrasi ICT dalam pendidikan. Secara umumnya intergrasi bermaksud penyatuan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk perkara baru. Maka intergrasi dalam pendidikan dapat didefinisikan sebagai penggunaan alat-alat komputer bagi tujuan pengajaran. Pengintergasian itu melibatkan penggunaan alat-alat komputer seperti komputer meja, komputer riba, telefon tangan serta internet untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengintegrasian teknologi ini bertujuan membantu guru-guru mencapai objektif pengajaran dengan jayanya.

Selain itu, untuk melahirkan masyarakat bermaklumat melalui IT, KPM dan Agensi Bukan Kerajaan seperti Malaysian Institute of Microelectronics atau ringkasnya

Mimos dan Telekom Malaysia telah merancang dan melaksanakan beberapa projek untuk menggalakan penggunaan komputer dalam pendidikan. Lima projek tersebut ialah Projek Rintis Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) ke atas 12 sekolah di Selangor; Projek Pusat Ilmu ;Projek Jaringan Pendidikan;Projek Rangkaian Munsyi dan Projek Sekolah Bestari. Antara cadangan yang boleh cuba diambil oleh para guru untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini ialah melakukan satu anjakan paradigma. Para guru seharusnya bersedia melakukan perubahan dalam kepercayaan dan kaedah pengajaran untuk melaksanakan inovasi agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna. Selain itu, seseorang guru ICT itu perlu mempunyai proses tanggungjawab dan dan tugas untuk proses

mengintegrasikan

dalam

pengajaran

pembelajaran.

pengintegrasian teknologi dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang berterusan dan sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dari guru itu sendiri.

Guru seharusnya bijak mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan bukannya perkara yang sebaliknya. Sepanjang mengajar menggunakan peralatan ICT, guru haruslah bijak memberikan pendedahan kepada murid akan cara menggunakan internet, telefon mudah alih, i-pad dan segala alatan teknologi terkini dengan betul. Guru harus lebih tegas menekankan kepentingan menggunakan alatan ICT namun haruslah di gunakan dengan cara yang sewajarnya bukannya menyalahgunakan kemudahan yang di berikan samaada di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, sebagai guru yang baik kita mestilah memastikan murid-murid kita

tidak terdedah dengan pengaruh negatif penggunaan internet. Sebagai guru kita seharusnya mengingatkan murid supaya tidak mudah terpengaruh dengan elemenelemen negatif yang sememangnya mudah di temui di dalam intenet. Tanamkan dalam diri murid matlamat utama menggunakan ICT adalah untuk memudahkan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran adalah lebih berkesan bukannya untuk mempelajari perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Dunia kini terlalu maju sekiranya guru gagal menggunakan segala teknologi yang sedia ada kini pastinya guru akan menghadapi banyak kesukaran dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.Penerapan nilai-nilai murni dalam diri kalangan murid juga merupakan salah satu agenda penting dalam dunia pendidikan. Dapat dilihat kini penerapan nilai- nilai murni semakin luput dan tidak diendahkan oleh segolongan muda mudi zaman sekarang. Namun itu, sebelum guru bertindak sebagai penerap nilai-nilai murni guru haruslah mempersiapkan diri dengan 16 nilai murni yang terdapat dalam kurikulum pendidikan. Maka di sinilah terletaknya peranan guru untuk menerapkan nilai-nilai murni terutamanya melalui matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan supaya anak-anak didik kita nanti akan mempunyai sahsiah yang terpuji dan sekaligus dapat menyumbangkan sesuatu buat negara dan bukannya menjadi sampah masyarakat yang hanya akan menyusahkan negara di kemudian hari.

Arena perlaksanaan

perguruan

kini

juga

semakin yang

mencabar

dengan

pelbagai

program-program

merujuk

kepada

transformasi

pendidikan agar seiring dengan arus permodenan kini. Demi hari ke hari semakin berat tugas yang harus dipikul dan di galas seorang guru demi memastikan wawasam negara untuk melahirkan masyarakat bermaklumat menjelang Wawasan 2020 tercapai. Sesungguhnya seorang guru itu mestilah sentiasa bersedia daripada segi mental mahupun fizikal bagi menempuh segala cabaran yang datang terutamanya dalam zaman serba moden kini yang memerlukan sepenuhnya komitmen guru untuk menjayakan sesuatu program yang di rancangkan. Seorang guru juga harus bersedia menerima segala perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pentadbiran serta sistem pendidikan negara samaada perubahan tersebut positif mahupun negatif.

Kerjaya seorang guru amat di pandang tinggi oleh masyarakat kerana gurulah seorang pemimipin berjaya di lahirkan, seorang doktor berjaya merawat pesakitnya, semuanya kerana jasa guru yang mendidik. Begitulah betapa besarnya jasa seorang guru kepada masyarakat bangsa dan negara. Ulasan yang dapat saya berikan berdasarkan artikel ini ialah profesion keguruan ini merupakan satu profesion yang mencabar adalah kerana tanggungjawab yang di galas oleh seorang

guru. Pertama seorang guru bertanggungjawab kepada anak-anak didiknya dan pada masa yang sama guru juga bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Selain itu juga, seorang guru juga bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar pendidikan negara contohnya Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara,

dan

juga

Falsafah

Pendidikan

Guru.

Seterusnya seorang

guru

juga

bertanggungjawab merealisasikan aspirasi negara terutamanya berkaitan dengan perpaduan kaum. Berdasarkan isu perpaduan kaum ini seorang guru perlulah membuktikan bahawa mereka mampu mewujudkan integrasi nasional dan memastikan keamanan dan kesejahteraan negara terjamin. Seterusnya guru juga bertindak sebagai ejen keberkesanan pendidikan. Seorang guru mestilah bersikap

bertanggungjawab, berkelengkapan, keilmuan, keluhuran peribadi demi menetukan kejayaan dan keberhasilan sebagai seorang guru. Inilah salah satu cabaran apabila bergelar seorang guru.

Dalam artikel ini juga menyatakan profesion keguruan juga tidak lari daripada berdepan dengan cabaran yang paling besar masa kini iaitu perkembangan sains dan teknologi. Bidang Sains dan Teknologi yang begitu pesat membangun sehingga memberi impak yang banyak terhadap institusi pendidikan negara kita khususnya. Dalam artikel ini juga menyatakan bahawa dunia pendidikan telah berubah kepada penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendikan Negara dan sekaligus menjadikan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Contohnya perlaksanaan program pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .

David Ryans dalam bukunya Characteristics of Teachers berpendapat seorang guru yang berkesan dalam menangani cabaran adalah guru yang bersifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik,

bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini kerana semua ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang cemerlang ada di sebutkan. Kesemua ciri-ciri seharusnya di tanam dalam diri dan jiwa seorang pendidik barulah mereka dapat menikmati keseronokan dan kenikmatan menjadi seorang guru. Kita seharusnya bersyukur dapat bergelar sebagai pendidik. Segala ilmu yang kita sampaikan akan digunakan oleh orang lain dan sehingga kita sudah tiada sekalipun dalam dunia ini lagi, kita tetap akan di panggil cikgu. Situasi ini tidak akan dapat di beli dengan wang ringgit hanya seorang guru yang memahami mereka mengapa mereka memilih kerjaya sebagai seorang guru.

Dalam artikel Cabaran Profesion Keguruan ini juga memberikan definisi seorang guru dalam konteks pendidikan ialah sebagai seseorang yang berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu. Contoh guru sebagai agen penyalur budaya ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid supaya sentiasa mengikut budaya dan adat resam supaya mereka tidak lari norma-norma masyarakat. Manakala contoh guru sebagai penyalur ilmu pula ialah guru memberikan semua bentuk ilmu samaada ilmu sains, matematik, bahasa, geografi, sejarah, teknologi dan lain-lain lagi yang dapat di gunakan oleh murid untuk membina kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Selain itu, guru juga berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid atau dalam kata lainnya berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga dan guru juga merupakan agen perwarisan budaya yang penting dalam pembentukan seorang guru masyarakat. di mata Dapat dilihat disini, betapa

berpengaruhnya

masyarakat

umumnya.

Murid-murid

menghabiskan lebih daripada masa seharian di sekolah, maka masa mereka banyak bersama guru daripada ibu bapa. Justeru itu, guru memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku dan sahsiah murid-murid. Walaupun demikian, ibu bapa juga tidak seharusnya menambahkan beban kerja guru dengan menyerahkan urusan 100% mendidik anak-anak mereka kepada guru. Ibu bapa juga berperanan menjadi role model dan mendidik anak-anak terutamanya ilmu keagamaan supaya mereka tidak mudah terjebak dengan anasir-anasir negatif yang semakin berleluasa kini.

Berdasarkan artikel ini juga dapat dianalisis bahawa proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan tidak di rancang ,pada masa yang sama personaliti guru boleh berubah secara tiba-tiba di sebabkan oleh masalah mahupun tekanan yang di hadapi. Maka seorang guru perlulah menghadapi segala situasi ini dengan profesional dan sedar akan hakikat bahawa guru adalah pembimbing dan pendidik masyarakat berbudaya dan sentiasa mampu menangani segala cabaran yang datang dengan baik sekali. Seterusnya guru juga memegang tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid samaada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Tugas hakiki seorang guru adalah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik buat murid-murid. Maka masalah yang di hadapi guru haruslah di tangani dengan baik agar tidak menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Artikel menyatakan

ini

juga

menyatakan profesion

bahawa

ada persepsi sebagai

sesetengah mudah dan

pihak tidak

tugas

atau

keguruan

memeningkan kepala namun menjanjikan pendapatan yang lumayan. Saya sememangnya tidak bersetuju dengan pendapat ini, kerana meraka hanya nampak tugas seorang guru pada bahagian luaran iaitu hanya mengajar di dalam kelas. Mereka tidak akan memahami pepayahan serta kesulitan yang di alami guru seperti memastikan gred serta peratusan peperiksaan sentiasa meningkat, melaksanakan semua program yang telah di tetapkan oleh kementerian contohnya yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan sebelum ini Program Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bebanan tanggungjawab yang di pikul oleh seorang guru tidak sama sekali dapat di fahami oleh seseorang yang tidak bergelar seorang guru, nampak pada luarannya kerjaya yang mudah namun sekiranya diselisuri rentetan dan perjalanan hidup seorang guru bukannya semuanya indah. Namun di sebalik bebanan tugas yang semakin mencabar dari semasa ke semasa, guru tetap bersemangat mendidik anak bangsa kita untuk terus berjaya bak kata pepatah guru bagaikan lilin sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Segala kepayahan dan keletihan yang di rasai bagaikan hilang di bawa angin apabila melihat anak-anak didiknya berjaya dalam hidup mereka. Begitu murni hati seorang guru dan tiada pada profesion-profesion lain dalam dunia ini yang dapat menyaingi profesion keguruan.

Selain itu, masyarakat umum perlu tahu bahawa apabila bergelar seorang guru sememangnya banyak cabaran yang perlu di tempuh dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion ini

berhadapan dengan cabaran di sekolah amnya dan cabaran dalam pengajaran khususnya. Antara contoh cabaran di sekolah ialah memegang pelbagai jawatan penting di sekolah yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah di amanahkan. Contoh satu situasi ini seorang guru yang baru di postingkan terpaksa memgang pelbagai jawatan penting di sekolah seperti Setiausaha Sukan, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Guru Kelas KSSR dan lain-lain lagi, inilah cabaran yang harus ditempuh dan di galas oleh seorang guru.

Manakala cabaran dalam pengajaran pula adalah seperti menyediakan alat serta bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif yang dapat memudahkan proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Selain itu, cabaran guru dalam pengajaran adalah untuk menyesuaikan aktiviti mengikut tahap serta kebolehan murid. Tidak semua murid mempunyai tahap yang sama, maka ini merupakan cabaran bagi seorang guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan kepada murid.

Contohnya murid yang bijak perlulah diberikan banyak latihan yang lebih mencabar daripada apa yang telah di berikan sebelumnya manakala murid yang lemah perlulah di beri latihan yang lebih mudah tetapi mestlah dalam keadaan yang berterusan. Seterusnya cabaran dalam pengajaran juga adalah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid sewaktu pengajaran. Guru perlu lebih peka dalam isu-isu semasa supaya murid sentiasa mendapat pendedahan tentang perkembangan semasa.

Kesimpulannya, apabila kita menjejakkan kaki ke arena perguruan ini, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan segala aspek bermula dari ilmu pengetahuan,

ilmu pedagogi, ketrampilan guru, kemahiran interpersonal guru, kemahiran teknologi dan lain lain lagi. Selain itu, guru-guru mestilah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kukuh untuk menempuh segala cabaran dalam dunia pendidikan. Setiap profesion yang kita ceburi pasti ada kebaikan serta kelemahannya yang tersendiri. Maka selalulah berfikiran rasional agar kita akan berasa lebih selesa dan yakin dengan kerjaya yang kita ceburi. Pedulikan kata-kata orang yang mengatakan tugas sebagai guru bagai melepas batuk di tangga, segala imbuhan serta gaji yang di terima tidak setimpal dengan hasil yang di perolehi. Mereka hanya tahu bercakap, tetapi mereka di luar sana tidak tahu dan tidak dapat merasai betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar guru sanggup membakar diri demi menerangi hidup orang lain. Selain itu, demi menjamin profesion ini terus dipandang tinggi oleh masyarakat kita mestilah sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu serta kemahiran dalam diri. Apabila sudah bertugas kelak tidak semestinya misi pencarian ilmu dan kemahiran terhenti di sini. Setiap hari kita sentiasa belajar dan belajar bak kata pepatah menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Ilmu itu penyuluh hidup, guru yang berpengetahuan di samping mempunyai keperibadian yang tinggi pastinya akan sentiasa dikenang dan di sanjungi pelajarnya.

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi akhirnya tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme ini berjaya juga di siapkan mengikut masa yang telah di

tetapkan. Sememangnya di akui terdapat banyak pengalaman yang berharga, pahit dan manis yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini.pada peringkat permulaan saya merasakan agar sukar untuk saya membahagikan masa kerana terlalu banyak tugasan yang di terima dalam satu masa. Namun, di sini saya belajar bahawa kita mestilah bijak membahagikan masa dan janganlah mudah berputus asa dengan apa yang kita lakukan kerana pasti di akhirnya kita akan peroleh apa yang kita hajati.

Seterusnya, bagi tugasan kali ini saya telah memilih artikel bertajuk Cabaran Profesion Keguruan.. saya telah mempelajari satu pengalaman baru iaitu mengulas dan menganalisi artikel yang telah saya pilih. Saya dapat belajar dalam proses mengulas dan menganalisi artikel, saya perlu banyak berfikir secara lebih kritis dan kreatif barulah ulasan yang disamapikan akan dapat di fahami oleh orang yang membacanya. Selain itu, setelah mengulas dan menganalisis artikel ini saya mulai sedar akan cabaran yang harus di tempuhi apabila saya bergelak seorang pendidik kelak. Sememangnya tugasan ini membuka mata saya tentang persediaan yang perlu saya buat untuk bergelar seorang pendidik yang profesional,contohnya ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru yang profesional perlulah di terapkan dalam diri saya.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya sering kali melakukan muhasabah diri samaada saya sudah cukup bersedia untuk memasuki profesion keguruan ini. namun stelah mengkaji dengan lebih terperinci serta berdasarkan pada segala ilmu serta kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti pengajian di Institut Perguruan, saya bertambah yakin untuk bergelar seorang guru mulai tahun hadapan. Selain itu, saya juga akan selalu berusaha mempertingkatkan ilmu serta kemahiran dalam diri saya supaya mampu menjadi guru yang terbaik buat anak-anak didik saya. Berikutnya saya juga mulai sedar bukannya mudah bergelar seorang guru sememangnya banyak tanggungjawab yang terpaksa di galas demi merealisasikan hasrat negara. Saya akan sentiasa berusaha menggalas segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik yang mungkin dan menjadikan profesion ini sentiasa di pandang tinggi dan dihormati.

Seterusnya, saya juga bersyukur maklumat berkaitan isu ini agak mudah untuk di cari, di mana saya telah mencari bahan bacaan seperti buku dan jurnal di beberapa perpustakaan, bahan daripada internet dan lain-lain lagi. Perkara ini membuatkan saya memjadi lebih matang dalam memilih bahan yang bersesuaian dengan tugasan

terutamanya dari aspek bibliografi atau bahan rujukan untuk mengukuhkan lagi tugasan yang telah saya buat. Ilmu ini sememangnya akan dapat di gunakan lagi apabila saya menjalankan kajian di peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

Di sediakan oleh, (NOOR SAFINI BINTI ZULKEFLI) (8 PISMP KS/PJ/PM 2)

Bibliografi a) Buku Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Idris, N. (2009). Pengajaran dan Pemebelajaran Teori dan Praktis.Kuala Lumpur: Mc Gaw Hill. Marzuki, S. C. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia. Selangor: Utusan Publication& Distributors Sdn. Bhd. Mustafa, S. I. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rashid, N. A. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sang,S.M. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Wahid, A. H. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

b) Jurnal Salleh, N. I. (2009). Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran:Isu dan Cabaran. Pengajaran dan Pembelajaran Teori Pembelajaran , 1-5.

Internet Rizuan Kamis (2012). Cabaran Profesion Keguruan http://dewanmasyarakat/dewanbahasadanpustaka. Diakses pada 12 Ogos 2012 http://eprints.ums.edu.my/86/1/CONF2010003.pdf. Diakses pada 12 Ogos 2012

http://www.utusan.com.my/utusan/info. Diakses pada 12 Ogos 2012


Penghayatan dan Pengamalan Nilai-Nilai Penghayatan Masalah penghayatan (internalization) sesuatu perkara berlaku bukan hanya pada pendidikan agama saja tetapi pada aspek pendidikan, pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah, pengajian tinggi, pendidikan latihan perguruan dan lain-lain. Sebab adalah terlalu dangkal kalau pendidikan itu hanya ditujukan untuk memperoleh ilmu (knowledge) dan ketrampilan (skill) saja tetapi yang lebih penting dari itu semua adalah penanaman sikap (attitude) yang positif pada diri pendidik terhadap hal yang menjadi tumpuan pendidikan. Pendidikan ilmu (knowledge) terutama yang berkenaan dengan fakta-fakta dan ketrampilan tidaklah terlalu rumit sebab tidak terlalu banyak melibatkan nilainilai. Tetapi sebaliknya pendidikan sikap di mana terlibat nilai-nilai yang biasanya berasal dari cara-cara pemasyarakatan yang diperoleh oleh kanak-kanak semasa kecil, apa lagi kalau objek pendidikan itu memang adalah nilai-nilai yang tidak dapat dinilai dengan betul atau salah tetapi dengan baik atau buruk, percaya atau tidak percaya, suka atau tidak suka dan lain-lain lagi. Dalam keadaan terakhir ini pendidikan tidak semudah dengan pendidikan fakta atau ketrampilan. Pendidikan nilai-nilai, yang selanjutnya kalau diulang-ulang sebab diteguhkan akan berubah menjadi penghayatan nilai-nilai, mempunyai syarat-syarat yang berlainan dengan pendidikan fakta-fakta ketrampilan.

1.

Pertama sekali nilai itu mestilah mempunyai model. Yang bererti tempat di mana nilai itu melekat supaya dapat disaksikan bagaimana nilai-nilai itu beroperasi. Ambillah suatu nilai seperti kejujuran. Nilai ini bersifat mujarrad(abstract), jadi tidak dapat diraba dengan pancaindera. Tidak dapat dilihat dengan mata, rupanya bagaimana. Tidak dapat dicium baunya, harum atau busuk dan sebagainya. Pendeknya, supaya nilai yang bernama kejujuran itu dapat disaksikan beroperasi maka ia harus melekat pada suatu model, seorang guru, seorang bapa, seorang kawan dan lain-lain. Kalau model tadi dapat mencerminkan nilai-nilai yang disebut, kejujuran itu pada dirinya, maka kejujuran itu boleh menjadi perangsang. Itu syarat pertama. Syarat yang kedua kalau kejujuran itu dapat menimbulkan peneguhan pada diri muridmurid maka ia akan dipelajari, ertinya diulang-ulang dan kemudian berubah menjadi penghayatan. Syarat kedua agak rumit sedikit, sebab selain daripada nilai kejujuran itu sendiri, juga model tempat kejujuran itu melekat diperlukan berfungsi bersama untuk menimbulkan peneguhan itu. Dengan kata-kata yang lebih sederhana, seorang guru atau ibu yang mengajarkan kejujuran kepada murid atau anaknya, haruslah ia sendiri lebih dahulu bersifat jujur, kalau tidak maka terjadi pertikaian antara perkataan dan perbuatan. Dalam keadaan terakhir ini, guru sebagai perangsang(stumulus) telah gagal sebagai model, sebab ia tidak akan memancing tingkahlaku kejujuran dan murid-muridnya.

2.

Oleh sebab model tempat melekatnya nilai-nilai yang ingin diajarkan kepada murid-murid adalah manusia biasa, dengan pengertian dia mempunyai kekurangan-kekurangan, maka nilainilai yang akan diajarkan itu boleh menurun nilainya disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada pada model itu, malah ada kemungkinan anak didik mempelajari nilai sebaliknya. Jadi daripada jujur dia menjadi tidak jujur, jika pada model itu timbul sifat-sifat atau tingkah laku yang tidak meneguhkan kejujuran itu. Sebagai misal, ada murid-murid yang benci kepada matematik sebab ia tidak suka kepada guru yang mengajarkan matematik, kalau sikap ini dikembangkan, murid-murid boleh benci kepada semua yang berkaitan dengan matematik, seperti pelajaran sains misalnya. Oleh sebab itu dikehendaki dari guru-guru, terutama pada tingkat-tingkat sekolah dasar agar mereka melambangkan ciri kesempumaan dari segi jasmaniah dan

rohaniah. Dengan kata lain syarat penghayatan nilai-nilai sangat bergantung pada peribadi model yang membawa nilai-nilai itu. Semua guru, terlepas daripada mata pelajaran yang diajarkannya, adalah pengajar nilainilai tertentu. Sebab guru-guru sama ada sedar atau tidak, mempengaruhi murid-muridnya melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan yang sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan "kurikulum informal. Sebagaimana setiap guru, apapun yang diajarkannya, adalah seorang guru bahasa maka setiap guru juga adalah seorang pengajar nilai-nilai. Bila seorang guru memuji seorang murid, maka ia meneguhkan sesuatu tingkahlaku. Bila guru menghukum seorang murid, maka ia menghukum tingkahlaku tertentu. Malah bila guru tidak mengacuhkan seorang murid, maka murid tersebut mungkin merasa bahawa guru tidak menyukai perbuatannya. Ini semua adalah nilai-nilai. Begitu juga dengan pendidikan agama, sebahagian, kalau tidak sebahagian besar, nilai-nilai agama itu sendiri tidak diajarkan oleh guru-guru agama di sekolah, tetapi oleh guru-guru matematik, geografi, sejarah dan lain-lain. Kalau mereka mencerminkan nilai-nilai Islam dalam cara berpakaian, bersopan-santun, beribadat atau dengan kata lain kalau amal mereka mencerminkan nilai-nilai Islam. Malah sebaliknya, mungkin ada setengah-setengah guru-guru agama sendiri tidak menjadi perangsang nilai-nilai Islam itu, kalau tidak menjadi perangsang negatif yang boleh menimbulkan sifat anti-agama pada diri murid-murid, iaitu jika perangai mereka sehari-hari bertentangan dengan nilai-nilai Islam, walaupun mereka sendiri mengajarkan agama. Jadi jangankan menghayati agama, sebaliknya murid-murid semakin menjauhi kalau tidak membenci segala yang berbau agama. Inilah sebahagian syarat-syarat yang perlu wujud untuk penghayatan nilai-nilai. Oleh sebab pendidikan agama merupakan pendidikan ke arah nilai-nilai agama, maka orientasi pendidikan agama haruslah ditinjau kembali sesuai dengan tujuan tersebut. Pendidikan agama sekadar untuk lulus ujian mata pelajaran agama sudah lewat masanya. Orientasi sekarang adalah ke arah kemasyarakatan yang bermotivasi dan berdisiplin. Ini tidaklah mengesampingkan bahawa dalam pelajaran agama itu sendiri ada perkara-perkara yang bersifat fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan. Maka pada yang terakhir ini juga berlaku kaedah pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan. Tetapi memperlakukan semua pendidikan agama sebagai pengajaran fakta-fakta dan ketrampilanketrampilan saja adalah suatu kesalahan besar yang perlu diperbaiki dengan segera. Sebab kalau tidak maka suatu masa nanti akan timbul dalam masyarakat Islam sendiri ahli-ahli agama yang tidak menghayati ajaran agama atau orang-orang orientalis yang berdiam di negeri-negeri Timur.

3.

10) Pengurus Pembelajaran - Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial. - Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. - Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar. - Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi. - Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar. - Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. - Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang

terkini. - Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM. 5) Penyelidik - Dapat meningkatkan kualiti P&P. - Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P. - Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan. - Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual. 6) Agen Sosial - Guru agen sosialisasi. - Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat. - Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat. 7) Agen Perubahan - Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru. - Guru berperanan mengawal kepincangan ini. - Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. - Menerapkan nilai kepimpinan demokratik. - Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi - Menggunakan strategi pemusatan murid

- Mengawal sikap penyayang - Bersikap proaktif - Bersedia menghadapi perubahan

Pendahuluan : Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian kemahiran dalam pengajaran dan dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, (TMK). kaunseling mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi

Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama. Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguhsungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan

produktiviti,

keberkesanan

program

dan

bertindak

dengan cekap. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaikbaiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi

dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, katakata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang

kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan untuk berkualiti, menghasilkan yang melambang dan sebahagian daripada keimanan. Persediaan pengajaran pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap. Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya arahan hanya bilik darjah yang sebagai baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi demokratik dianggap akan pemimpin untuk mengambil masa

mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling jelas bekerjasama. dan Berbeza dengan ringkas pemimpin tentang Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jawapan-jawapan yang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan

yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Muridmurid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun budaya lagi dapat membantu mengembangkan bertanggungjawab,

berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaikbaiknya berkesan, merangkumi organisasi ciri-ciri kesesuaian dan (releven) sokongandengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang pengajaran sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan

produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai yang jambatan utama susanan ke arah pembelajaran memberangsangkan

pembentukan modal insan di kalangan murid.. Pengurusan Murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru,

dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan terhadap segala dan sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid gurunya, kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang, komonikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan Komunikasi berkesan, akhlak, berkesan murid kemahiran-kemahiran menghasilkan menerima tertentu yang yang dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. motivasi motivasi mudah

disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah. Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru seharusnnya bijak menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur, kemas yang bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan, markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlaan guru bagi meningkatkan prestasi mereka. Guru menunjukkan teladan sebagai seorang yang professional, membentuk program-program

bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan bertentangan pendekatan-pendekatan dengan norma kemanusiaan yang yang

menggalak

murid

menghargai

pertumbuhan

pengetahuanh dan kemahiran diri. Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, meyeronokkan yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkauliti. Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi bagaimana guru

menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia, pengawal dan penggerak serta menggunakan dalam pelbagai dan pendekatan kaedah pengajaran

pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen guru bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan, bilik darjah ku, rumah ku. Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .

Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi pak turut dengan permasalahan rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca yang permasalahan berkenaan itu, dan ia teruskan merasakan aktiviti dirinya pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa dan mempamerkan pengiktirafan kepada terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran pembelajaran, ketegasan disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan nasihat, berlaku itu bukan dan ke bertujuan kata-kata arah penderaan motivasi tetapi yang berilah kasih. pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan teguran perubahan dan menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila kebaikan, terima pengiktirafan penghargaan

Kesabaran, membentuk Beberapa

kecekalan perangai perkara

dan mereka boleh

kesungguhan yang

untuk

kadangkala panduan

mengambil masa yang agak lama. yang dijadikan mengurus tingkahlaku murid, antaranya ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab dan objektifnya. Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati pengajaran yang mereka masa, dan menggunakan pembelajaran diikuti pelbagai mengikut kaedah tahap

pencapaian murid, yang dimulakan dengan set induksi menarik atau dan dengan aktiviti-aktiviti tugasan yang pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan melakukan beberapa berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah waktu untuk memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka

(sense humor), dan pujian supaya suasana senstiasa ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan staregik sekolah. Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti

pengajaran, darjah,

kebolehan

menyusun

organisasi murid

pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik kebolehan mencorak perkembangan termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Bagi mencapai dan kecekapan dalam maka dan pengurusan perlukan refleksi. perancangan , pengajaran pelaksanaan, pembelajaran

kebijaksanaan dan penelitian dalam penyeliaan, penilaian

Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.

Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid. Pembelajaran memahami, pertimbangan, yang bermakna melibatkan kognitif, proses bagi berfikir, berbincang, membuat

menganalisis,

mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut

murid, sebaliknya memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan

komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah dan berdailog, Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan, serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi meningkatkan pengajaran guru. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.

Kehebatan kejelasan kreatif,

pengajaran suara, gaya

guru

bergantung yang

kepada menarik,

pengajaran

flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri murid.Kepakaran dedikasi, guru diukur dari aspek inisiatif, perancangan, kerjasama, kepimpinan,

kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran

semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan berjaya tugas, berfikiran konflik, positif, dan tidak tenang mudah menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, menyelesaikan menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan, tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran

yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid. Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya mengikut instrumen yang telah ditetapkan oleh bahagian-bahagian pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral adalah satusatunya jabatan yang dan bertanggungjawab menyelaraskan untuk memperkenalkan instrumen-

instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh organisasi di bawah kawalan. Modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh JAPIM telah melepasi piawai yang dikehendaki oleh pengurusan sekolah dan jemaah nazir sekolah. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu hasil pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi. Set induksi : Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid

mempengaruhi hasil pembelajaran, set induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan oleh guru. Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan

pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit. Perkembangan isi pelajaran : Perkembangan isi pelajaran berlaku secara berurutan dengan set induksi, bagi matapelajaran Pendidikan Islam langkah-langkah perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras pertama adalah aras asas dan semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai aras ini, sekiranya gagal mereka dikehendaki mengikuti program pemulihan melalui pendekatan yang lebih mudah seperti menyediakan soalan-soalan yang mudah difahami serta nota ringkas dan mereka membaca dan memahami nota dengan bimbingan guru kemudian menjawab soalan manakala murid-murid lain akan terus ke aras kedua iaitu meneruskan perkembangan selanjutnya, setelah itu guru membuat penilaian, sekiranya ada yang gagal, murid-murid berkenaan diberikan program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai, murid-murid lain terus ke aras ketiga sehingga selesai dan diikuti dengan penilaian yang terakhir dipenghujung pengajaran dan pembelajaran.

Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedahkaedah dan teknik-teknik pengajaran yang sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan. Setiap isi pelajaran yang diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami, dan sebahagian murid pula dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian. Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara sewajarnya dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani seharusnya disemai melalui aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang berterusan supaya ianya menjadi amalan, penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan dengan matapelajaran yang lain, termasuk prinsip-prinsip Islam Hadhari,

penggabungjalinan

dengan

tajuk-tajuk

lain,

serta

penerapan nilai. Guru menggunakan berbagai kaedah dan teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana kemahiran lain berfikir, seperti termasuk kemahiran dan kemahiran-kemahiran kemahiran berhujah,

berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis, kemahiran imiginasi sebagainya, bagi membentuk kemenjadian murid. Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berksan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang lebih releven dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah

difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan modal insan yang berkualiti. Pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran : Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan maklumat tentang perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan atau tugasan murid yang meminta mereka memberi respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus kepada satu atau lebih unit pembelajaran adalah sebagai

pengukur keberkesanan hasil pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang telah dihasilkan dalam aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan menguji pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang berikut, dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan kaedah pemulihan dan pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut. Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang guru. Tujuan pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil pembelajaran, mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran yang lain serta membuat dilakukan refleksi dengan data terhadap kaedah kuantitif, kemampuan yang bagi pelbagai dan bagi penguasaan seeorang murid. Cara pengukuran boleh mendapatkan menunjukkan

pencapaian dalam isi pelajaran yang diukur.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran. Selain daripada ujian, penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik, senarai semak, bagi mendapatkan tingkahlaku maklumat murid tentang pencapaian dan secara menyeluruh.Kepentingan

penilaian dalam bilik darjah, antaranya membantu guru merancang strategi pengajaran setelah mengetahui punca kelemahan dan merancang program pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat tindakan susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, kaunselor, Guru Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan berbagai pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.

Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif setelah dan penilaian hasil sumatif. Penilaian telah formatif selesai bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid sesuatu pembelajaran guru dapat dilaksanakan oleh guru, mengetahui

pencapaian murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya mejoriti murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan kecil murid yang gagal, maka murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan tugasan melalui bimbingan dan dalam atau masa menyediakan yang sama tertentu

pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang berjaya diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti peperiksaan akhir tahun, peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang mencakupi semua perkara yang perlu dikuasai

murid

bagi

setiap

mata

pelajaran.

Guru

juga

menggunakan

keputusan

tersebut

sebagai

menilai

semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian rujukan norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, Ujian ujian rujukan bukan norma bertulis, ialah ujian ujian bertulis, yang ujian kepantasan dan ujian daya. bertujuan membanding pencapaian seorang murid dengan murid yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana dan sukar. Ujian rujukan kriteria ialah pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan dengan kretiria yang telah ditentukan contohnya untuk mendapat markah yang penuh bagi sesuatu soalan atau tugasan maka murid berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah ditentukan. Soalan-soalan dalam ujian ini adalah hampir sama aras kesukarannya, yang guru dapat membayangkan kretiria ini tahap lebih pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid berkenaan. Ujian rujukan

mengutamakan pembelajaran bahagian-bahagian tertetu bukan keseluruhan. Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan memberi markah yang sama dengan pemeriksa yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan murid itu berfikir, menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon diberi kebebasan untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had. Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan permarkahan yang setara dengan murid di tempat yang lain sama bagi satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan guru adalah ujian yang disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bagi mata pelajaran tersebut. Ujian

bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun sama ada berbentuk objektif atau subjektif. Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak menggunakan perkataan kecuali semasa memberi arahan. Contohnya, murid menyusun kembali keratan-keratan gambar supaya menjadi gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab menggunakan perkataan yang ditulis di atas kertas. Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang banyak dan perlu diselesaikan dalam jangka masa yang terhad dan hampir sama aras kesukarannya. Ujian Daya ialah ujian yang terdiri daripada soalan soalan-soalan yang dijawab yang dengan berbeza-beza betul, masa aras yang kesukaran dan markahnya tertakluk kepada jumlah diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar dapat menyelesaikan semua soalan. Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai hendak jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu diuji dan menjadi satu panduan untuk senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-

item soalan. Tujuan utama pembinaan mengawal soalan-soalan yang akan

JSU untuk dihasilkan,

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, menjadi garis panduan kepada penggubal soalan, menstabilkan aras kesukaran yang ditentukan oleh pihak bertanggungjawab, dan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. Ciri-ciri utama JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran, paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan menetukan kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu bermula dengan langkah pertama iaitu memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau tajuk-tajuk, dan membina carta menegak dan melintang. Rumusan, tugasan dan refleksi : Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran

tersebut, rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan. Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan pencapaian dijelmakan meminta dan hasil dalam murid pengukuhan, bentuk menyedia bergantung tugasan isi minda kepada boleh seperti lengkap, pembelajaran, peta

pemantapan

menjawab soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajiankajian luaran, menulis dalam bentuk karangan dan sebagainya. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan menyelesaikan dilaksakan Penutup beberapa lebih masaalah sempurna bagi pembelajaran dan terdapat

supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dengan penambahbaikan.

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam pengurusan masa. Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, berfikir, meletakkan kemahiran keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja

yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam. Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah Allah suka SAW apabila bermaksud, seseorang itu sesungguhnya

melakukan pekerjaan dengan tekun. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya. Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.
2.1 Pengenalan Tinjauan literatur dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan prosedur dalam aspek pengurusan bilik darjah

yang diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Telah banyak kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak antaranya oleh para guru yang menyambung pelajaran di bawah Program Pensiswazahan Guru(PPG) sama ada secara jarak jauh atau sepenuh masa. 2.3 Konsep Bilik Darjah Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang: (a) Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan,

atau (b) Menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.

2.4 Konsep Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu

akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981). Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. (Lemlech, 1988). Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen. 2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat

kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya. a) Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. b) Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima

pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktivitiaktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. c) Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat

murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek. d) Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan. e) Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaranyang telah mereka jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya hasilnya benarbenar menepati objektif yang telah ditetapkan. 2.5 Amalan Pengurusan Bilik Darjah 2.5.1 Merancang Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di

dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru. 2.5.2 Mengurus
Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.

Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.

Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaranpembelajaran.

2.5.3 Mengelola Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:

1- Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. 2- Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid. 3- Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi. 4- Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.

5- Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. 6- Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.

Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.

2.5.4 Mengarah Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.

2.5.5 Mengawal Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal

bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran.

Guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai.

2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya yang akan dibincangkan ialah:

2.6.1 Modifikasi Tingkah Laku Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah laku positif. Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2.6.2 Model Disiplin Asertif Canter Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah.

Matlamat utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu bertindak menjadi guru asertif. Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter: Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar. guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang guru perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.

2.6.3 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenalpasti punca salah laku murid, disamping itu murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara keseluruhannya, murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motifmotif berikut: mendapatkan perhatian mencabar kuasa membalas dendam mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku berkomunikasi perkara yang positif galak peningkatan murid kenal pasti kelemahan murid belajar daripada kesilapan percaya kebolehan murid bekerjasama rasa bangga pencapaian murid optimis beri galakan dan motivasi 2.6.4 Terapi Realiti Glasser Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser(ahli psikologi) pada tahun 1950-an. Beliau telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan disiplin. Buku pertama beliau bertajuk Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry yang memperkatakan tentang terapi realiti. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser,

masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah : a) b) c) d) kasih sayang mempunyai kuasa dan kawalan kebebasan keseronokan Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Melalui terapi realiti, guru dapat: - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan. - pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid. - kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku. - bertindak sebagai pembimbing murid.

Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti akan meningkatkan mutu pendidikan kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar. Kualiti pengajaran persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-

masing dan memperbaikinya Guru yang membimbing akan: memahami murid menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan berbincang dengan murid menggalakkan murid meneroka p&p menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran Membina bilik darjah yang berkualiti tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian bina hubungan dengan guru murid peraturan kelas elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah pengetahuan kompentensi kualiti

penilaian kefahaman dan penggunaan 2.6.5 Model Pengurusan Kelompok Kounin (1970) Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan ganguan dalam kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah. Model ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah masalah di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik bergantung pada pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ripple effect. Ripple effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang

efektif adalah guru yang menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah. Teori Kounin : 2.6.5.1 Kesedaran dan kepekaan (Withitness) Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. guru bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas. guru mesti mengetahui perkara asas berkenaan murid. ( contoh: nama, hobi, kekuatan dan kelemahan) Guru perlu menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan). 2.6.5.2 Pertindanan (Overlapping) Menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (pertindihan). Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza dalam satu masa. Contoh: Mariam, teruskan dengan pembacaan awak, Azizah sila beri perhatian dan jangan bercakap.

2.6.5.3 Kelicinan (Smoothness) Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat berkenaan dengan pengajaran. Guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan. Guru sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar jika diperlukan. 2.6.5.4 Momentum Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir pengajaran dengan berkesan. Mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar. Menerangkan konsep terlebih dahulu supaya pelajar faham. 2.6.5.5 Kepekaan Kelompok/Kumpulan Perhatian kumpulan(Group alerting) : Pelajar lain memberi perhatian semasa rakan memberi penerangan. Menggalakkan akauntabiliti(Encouraging accountability) :

Memberitahu pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai. Format penyertaan tinggi(High participation format) Mentakrifkan tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung. 2.7 Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Namun terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam pengurusan bilik darjah. Masalah

dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi. Disamping itu terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin bilik darjah iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak dijangka. Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat disruptif seperti tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur didalam kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli, melepak, berlari, menjerit di koridor. Termasuk juga dalam kategori kesalahan disiplin ialah masalah masalah kekemasan diri contohnya tidak memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut panjang. Selain dari disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan halangan dalam pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan, 2004) apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran

guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan seperti kurang memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar bercakap, menganggu rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah, kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah dan agrasif. Manakala tingkah laku distruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik atau geng. Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya. Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balas. Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan bahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran

Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)
2.8 Kesimpulan Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yang belum

dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.

RUJUKAN Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the future.Englewood.

Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah Pendidikan 2005,

Universiti Malaya.

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Penyelidikan : Faedah Kepada Guru Sebagai Penyelidik

Artikel sebelum ini telah membincangkan peranan guru sebagai penyelidik. Saya berpendapat semua guru seharusnya pandai melakukan penyelidikan dan berkongsi pengalaman hasil dapatan penyelidikan dengan rakan-rakan seprofesion lain. Kali ini saya ingin membincangkan mengenai faedah penyelidikan kepada kita sebagai warga guru bagi mempertingkatkan profesion perguruan. Sebarang kerja penyelidikan, sama ada dilakukan secara bersendirian atau pun berkumpulan. Apabila disempurnakan secara sistematik akan membawa para penyelidik itu sendiri ke dalam dua alam yang menguntungkan dan mengasyikkan iaitu;

Alam peribadi (the personal self) Alam ilmu (the world of knowledge)

Penyelidikan yang menuntut komitmen, ketelitian, ketekunan, keobjektifan, keterbukaan, ketahanan dan keyakinan diri yang tinggi sudah tentu akan membawa para penyelidik itu dan petugas penyelidikan itu kepada penemuan diri dan peribadi (personal self) yang sekali gus membolehkan mereka menilai kekuatan diri dan tahap profesionaliti masing-masing. Pensyarah, bakal guru dan guru-guru perlu diberikan pendedahan kepada pengendalian penyelidikan. Bengkel dan latihan khas sebagai latihan lanjutan kepada guru perlu diberi untuk meyakinkan dan meningkatkan iltizam terhadap penyelidikan. Harus diwujudkan mod insentif yang menarik dan wacana yang kondusif untuk mereka berkongsi hasil penyelidikan.

Dalam era masa kini masyarakat di sekeliling begitu peka dan sensitif dengan isu pendidikan dan keguruan di Malaysia. Masyarakat mempersoalkan profesionalisme keguruan itu sendiri. Profesionalisme keguruan itu akan dilihat dari dua sudut penting. Pertama, ia akan membincangkan tentang kualiti apa yang guru lakukan, menurut perlakuan dan garis panduan yang mengawal perlakuan tersebut. Kedua, ia akan berkait rapat dengan bagaimana perasaan guru yang dilihat dari kacamata orang lain seperti statusnya, kedudukan dan tahap ganjaran di atas keprofesionalnya itu. Masyarakat akan membuat pemerhatian dan andaian sendiri terhadap profesionalisme keguruan yang selalunya akan mencetuskan kontroversi yang akhirnya terpaksa cuba disanggah oleh kalangan kita yang memikul dan menyandang gelaran seorang guru. Di dalam pembangunan profesionalisme keguruan itu, ia berakar umbi dari tindakan guru mencari jawapan yang sahih dan jitu menerusi kajian tindakan. Tanpa data yang sempurna dan berasaskan kajian yang sistematik akan menyukarkan kita untuk mempertahankan diri. Akibatnya, masyarakat lebih mudah mempercayai apa jua yang disogokkan oleh andaian yang dibuat menerusi pemerhatian

sahaja, sesuatu yang kurang tepat untuk menggambarkan sesuatu isu. Akhir-akhir ini pelbagai isu pendidikan disajikan kepada kita melalui media massa. Kita akan dapat mengetahui dan menyelesaikan isu tersebut sekiranya terdapat data yang sistematik dikumpulkan (melalui penyelidikan) dan dengan ini dapat menangkis sebarang prasangka buruk terhadap profesion ini. Sekiranya kita tidak dapat mengemukakan bukti yang empirikal, akhirnya, secara umum profesionalisme keguruan itu sendiri dipandang rendah oleh masyarakat. Dan usaha untuk memartabatkannya akan mengambil masa yang panjang. Hasil dapatan pada hari ini mungkin akan menjadi usang atau tidak releven pada hari esok. Era sekadar membaca dan mengkaji sumber maklumat daripada dapatan orang lain, sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Warga pendidik negara ini harus berani mengkaji dan menyelidik bagi menghasilkan sesuatu dapatan yang baru seterusnya mengorak langkah menyerlahkan profesion perguruan negara. Pelbagai teori pendidikan yang dibekal kepada bakal pendidik semasa latihan di institusi-institusi latihan adalah berperanan untuk membimbing para guru memahami sesuatu situasi dalam proses pendidikan. Ini adalah kerana; .. a theory was a set of interrelated constructs, definitions and propositions that presents a systematic view of phenomena by specifying relations among variables with the purpose of explaining and predicting phenomena. (Kerlinger, 1870) Hakikatnya, seseorang pendidik yang menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerjanya merupakan seorang yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran hasil daripada pembacaannya yang meluas dan mendalam. Dengan

kata lain, budaya menyelidik dan budaya membaca adalah sinonim, bagaikan aur dengan tebing. Guru yang berciri dan berperibadi penyelidik dapat melahirkan warga guru yang yakin dengan tugas dan peranan mereka sebagai pengurus bilik darjah. Mereka juga mampu membuat diagnosis terhadap prestasi pelajar serta membuat penilaian kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Melalui peranannya sebagai penyelidik dan pengamal yang reflektif, seseorang pendidik berupaya menyelesaikan pelbagai isu yang dapat menyelesaikan masalah di bilik darjah. Bidang-Bidang Dalam Penyelidikan Pendidikan Empat domain asas yang menjadi rujukan kepada penyelidikan pendidikan ialah (Shumway, 1980);

Tingkah laku pengajaran Mata pelajaran Tingkah laku pembelajaran Penyusunan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Penyelidikan pendidikan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu proses penyiasatan terhadap fenomena dalam pendidikan (phenomena investigated). Fenomena yang sering menjadi tumpuan penyelidikan pendidikan merangkumi bidang-bidang berikut;

Proses pengajaran Proses pembelajaran Aspek kognitif Kaedah pengajaran dalam bilik darjah Sahsiah pelajar Motivasi dalam pendidikan

Kepimpinan dalam pendidikan Pengurusan kewangan sekolah Program untuk pelajar khas seperti kurang upaya dan gifted Perkembangan kurikulum Kokurikulum (sukan dan pasukan berunifom) Bimbingan dan kaunseling Pemulihan Penilaian program Polisi dan dasar pendidikan Pengurusan bilik darjah Penggunaan TMK dalam pendidikan Pengurusan sumber pendidikan Teknologi Pendidikan (bidang yang luas seperti penggunaan dan penghasilan media, reka bentuk pengajaran dan sebagainya) Isu gender dalam pendidikan Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Sepanjang Hayat Dan sebagainya...

GURU SEBAGAI PENYELIDIK:

Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid. Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid. Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P.

3. Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan

memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik. (Gray 1988) 4. Antara manfaat menjalankan kajian tindakan daripada perspektif pendidikan di sekolah ialah: i) Perkembangan profesionalisme guru

Kajian tindakan berupaya mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah sematamata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menanggani masalah P&P. Guru yang menjalankan kajian tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji.

ii) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar serta membantu mengubah amalan mengajar.

Sudah tentu terdapat situasi-situasi di mana pembelajaran didapati bermasalah. Contohnya pencapaian pelajar berbza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Guru sebagai seorang yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada pelangganpelanggannya perlu mencari jalan-jalan penyelesaian supaya perkhidmatannya sentiasa bertambah baik.

iii) Perkongsian maklumat dan usaha berpasukan.

Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam kajian tindakan. Melalui perkongsian, guru-guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebgai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian atau amalan mereka sendiri apabila didapati dapat membawa kepada sesuatu yang positif dari segi kuantiti ataupun kualiti.

iv) Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik.

Kajian tindakan dalam amalan mengajar bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. Kajian dijalankan semasa guru mengajar dengan menggabung jalin ciri-ciri penyelidikan seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut.

Posted by C+ No at 3:59 PM

GURU SEBAGAI PENYELIDIK

Senario sekarang menunjukkan bahawa guru-guru sering dihantar ke seminar, bengkel serta kursus untuk memantapkan profesionalisme keguruan atau meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penghantaran guru-guru ini ke seminar, bengkel dan kursus diharapkan dapat diadaptasi atau diaplikasikan di sekolah. Pentadbir biasanya akan mengharapkan guru-guru ini membuat sesuatu yang hebat di dalam kelas mahu pun di luar kelas.

Menurut Abdul Rahman (2008), tiga idea utama yang menyarankan guru bertindak sebagai penyelidik adalah:

1. Pendidikan berasaskan hasil (results-driven education)

Contoh: Keberkesanan sesuatu program peningkatan akademik pelajar (bengkel teknik menjawab soalan) perlu dilihat dari sudut program itu dari segi peningkatan akademik pelajar.

2. Pemikiran system (system thinking)

Contoh: Penyelidik perlu mengambil kira impak / kesan program peningkatan akademik kepada pelajar.

3. Konstruktivisme (Constructivism)

Contoh: Menerusi program peningkatan akademik, pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk membina pengetahuan / cara berfikir yang baru. Menurut Sue Nair (2007), antara faktor-faktor yang menghalang guru untuk meneruskan penyelidikan ialah : i) Budaya di sekolah

Guru berhadapan dengan murid dan ibu bapa yang menaruh harapan yang sangat tinggi. Guru juga perlu merealisasikan harapan pihak pentadbir seperti meningkatkan mutu akademik, memajukan penggunaan prasarana sekolah dan sebagainya. ii) Persepsi guru tentang peranan dan keefisienan kendiri mereka Guru juga mempunyai persepsi bahawa kajian yang akan mereka lakukan telah dilakukan oleh guru lain. Walaubagaimanapun, persepsi ini salah kerana setiap kajian mempunyai tujuan dan objektif yang tersendiri. Guru juga tidak melaporkan / membuat kajian tentang hubungan antara pengajaran mereka dengan kajian ilmiah (teori dan strategi pembelajaran) iii) Motivasi guru yang rendah untuk melibatkan diri dalam penyelidikan. Atitud guru juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka melibatkan diri dalam bidang penyelidikan. Keengganan guru untuk membuat kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta menulis laporan berkenaan kajian mereka adalah antara penyebab guru kurang melibatkan diri dalam bidang ini. RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Majid. 2008. Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sue Nair. 2007. Teachers As Researchers : Researchers As Teachers? Towards Successful Educational Research. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil. 22. Halaman 2544.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEBAGAI PROFESIONAL Perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan , tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya , masyarakat menyanjung sifat sifat keguruan yang luhur. Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan

keguruan dihuraikan diatas, maka profesion perguruan boleh dierti katakan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang dijalankan dalam institut perguruan. Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan , pengetahuan , kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan. Peranan tang di mainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah merancang aktivti pengajaran berdasaarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahadian keluarga mereka.

Tambah lagi, guru juga menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid.Nilai nilai mur ni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid.Sebagai pembimbing dan kaunseler guru dapat memberi nasihat dan bantuan kepada muri yang mhan untuk membantu menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. Seseorang guru sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian , peperiksaan dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid serta mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Peranan dan tanggungjawab guru termasuk dalam sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markahmarkah ujian,mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan , menulis surat kepada ibu bapa dan kerjakerja kerani yang lain. Selain itu guru juga berperanan pelajar dengan mengikuti kursus meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai pegawai di antara guru

besar dengan murid, diantara pihak sekolah dengan ibu bapa. Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta memberi petunjuk kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu. Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengatahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajarnya agar penyampaian dalam pengajarannya dapat difahami oleh muri-murid.

Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat penyayang serta menjadi rol model kepada

muri

dan

masyarakat.

Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan. Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan berkomunikasi dan mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah kejayaan sekolah dan negara. Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah menutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi masalah agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.

Guru sebagai penyelidik, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan . Definisi Sosialisasi
Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktorfaktor persekitaran personaliti merangkumi pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran diri, konsepsi dan lain-lain lagi.Selain itu, sosialisasi boleh didefinisikan sebagai interaksi antara manusia sama ada verbal atau non verbal. Apabila manusia melakukan tugasan bersama, sekalipun tanpa interaksi, ia juga dianggap sebagai proses sosialisasi. Menurut Peter L. Berger, sosialisasi adalah proses dalam mana seorang anak belajar menjadi seseorang yang berperanan dalam masyarakat. Manakala Robert M.Z. Lawang memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari nilai dan norma yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif dalam kehidupan sosial. Menurut Horton dan Hunt pula, sosialisasi merupakan suatu proses yang terjadi ketika seorang individu menghayati nilai-nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup sehingga terbentuklah keperibadiannya. Sebagai kesimpulannya, sosialisasi adalah cara bagaimana individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Sosialisasi bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan keterampilan yang diperlukan seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Proses sosialisasi ini dapat menanamkan nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Sosialisasi yang betul dapat membentuk keperibadian yang unggul dalam diri seseorang. Selain itu, Dalam proses sosialisasi terjadi paling tidak induvidu atau anak akan mengalami 3 tahap berikut, iaitu: 1) Mempelajari nilai dan norma sosialogi. 2) Menjadikan nilai dan norma yang dipelajari sebagai milik diri. 3) Membiasakan tindakan dan perilaku sesuai dengan nilai dan norma yang telah menjadi miliknya.

Persoalan Sosialisasi

Persoalan sosialisasi ini timbul apabila kurang kesedaran terhadap tanggungjawab ke atas diri sendiri keluarga dan juga masyarakat. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini adalah disebabkan oleh perlaksanaan sosialisasi yang tidak betul dalam institusi keluarga. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kes penceraian. Penceraian berlaku kerana ketidakfahaman antara pasangan dan kelalaian dalam menjalankan tanggungjawab. Selain itu, berlaku juga pengabaian

terhadap orang tua. Hal ini kerana anak-anak menganggap org tua membebankan mereka dan mengambil keputusan menghatar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Perkara yang paling merisaukan sekarang ialah kes sumbang mahram seperti haruan makan anak dan sebagainya. Kepincangan yang berlaku dalam institusi keluarga perlu ditangani segera supaya ia tidak mengancam negara. Malah institusi keluarga sangat penting dan ia perlu dikekalkan. Institusi ini perlu diterapkan dengan kasih sayang kerana akan melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berguna kepada negara.

Walaubagaimana pun pelaksanaan sosialisasi dalam institusi masyarakat juga menghadapi beberapa masalah. Masyarakat pada hari ini dilanda dengan pelbagai masalah dan isu sosial yang membimbangkan. Hal ini tidak seiring dengan pembangunan negara. Setiap permasalahan dan isu ini perlu ditangani dengan bijak dan segera oleh masyarakat, pemimpin dan negara. Masalah yang melanda masyarakat kini adalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Mereka terlibat dengan budaya lepak, minum arak, jenayah juvana, mengandung tanpa nikah, buang bayi, bunuh diri, gengsterisme, seks rambang, penagihan dadah dan sebagainya. Masalah ini boleh memberikan impak buruk kepada masyarakat dan negara. Kesanya, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak tenteram dan boleh memusnahkan masa depan negara.Mereka sepatutnya boleh menjadi teras kepada kepimpinan negara akan datang. Kesimpulannya, isu dan permasalah ini memerlukan langkah pencegahan dan penghapusan dari semua pihak. Generasi muda pada hari ini harus disedarkan dengan kesan negatif gejala sosial sejak di bangku sekolah. Pengenalan pendidikan seks di sekolah antara langkah penting yang dikira mampu mengatasi masalah seks rambang. Begitu juga pengenalan Pendidikan Moral dan pemantapan Pendidikan Islam di sekolah mampu menanamkan kesedaran awal dalam kalangan generasi muda hari ini.

PERANAN PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

(i)

Agen-agen sosialisasi Kanak-kanak sejak kecil lagi telah dikelilingi oleh agen-agen sosialisasitermasuklah

ibu bapa, pengasuh dari tadika dan juga dari keluarga yang terdekat. Apabila mereka di bangku sekolah, agen sosialisasi telah bertambah banyak seperti sekolah sendiri, rakan sebaya dan persatuan yang mereka ceburi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku, sikap, nilai, motif, kepercayaan, personality dan kemahiran yang tertentu.

Perhubungan yang baik akan membentuk ikatan kekeluargaan dankemasyarakatan yang kukuh. Jean Piaget ahli psikologi terkenal berpendapat bahawa pembentukan personality seseorang ialah berdasarkan empat perkembangan kognitif seseorang, iaitu 0-2 tahun, 2-6 tahun, 6-12 tahun dan 12-15 tahun. Sekiranya seseorang kanak-kanak dapat melalui perkembangan proses sosialisasitersebut dengan teratur maka dapatlah ia menyesuaikan diri dengan masyarakat.

(ii)

Faktor-Faktor Berlakunya Sosialisasi

- ii.i -

Keluarga

Keluarga intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu meliputi ayah, ibu, saudara kandung yang belum bernikah dan tinggal bersama dalam satu rumah. Menurut Gertrudge Jaedar keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada anak-anak kerana anak-anak sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu bapa mereka. Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan ( Preparatory Stage ) yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniruperilaku orang terdekat meskipun perbuatan itu tidak sempurna.

- ii.ii -

Rakan sebaya

Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan anak-anak akan memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang dan mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.

- ii.iii -

Kemajuan teknologi dan media massa

Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan kemajuan teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet. Media massa juga merupakan agen sosialisasi anak- anak kerana kebanyakan setiap rumah mempunyai tv yang menyiarkan berbagai- bagai rancangan yang boleh membentuk perilaku anak-anak. Kanak- kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut George Herbert Mead, pada tahap meniru ( Play Stage ) kanak kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan apa yang dia lihat.

- ii.iv -

Sekolah

Sekolah merupakan agen sosialisasi. Ini kerana sekolah bukan saja menjadi tempat menuntut ilmu bahkan warganya sudah pasti akan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi tuntutan hidup. Sosialisasi berlaku di sekolah boleh diklasifikasikan kepada 3 cara; pertama, interaksi murid bersama murid. Kedua, interaksi guru bersama murid ketiga interaksi antara kakitangan sekolah. Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum. Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan

terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya. Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru dan murid. Dalam soal ini, murid secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara untuk berinteraksi dengan individu yang lebih tua daripadanya. Selain daripada mendidik berkaitan dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan diharapkan dapat membantu muridnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di sekolah, justeru guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing muridnya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara kakitangan sekolah. Interaksi yang dimaksudkan adalah interaksi keseluruhan kakitangan sekolah daripada tukang

kebun, tukang masak, tukang sapu, pembantu am rendah, pemandu, kerani, kakitangan pentadbiran, guru-guru, penolong kanan dan guru besar. Proses sosialisasi berlaku dengan wujudnya interaksi antara golongan yang telah dinyatakan. Hubungan yang baik antara kakitangan sekolah akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi tersebut. Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang mapan melalui peranan yang dimainkannya.
(iii) Peranan Pendidikan Sebagai Agen Sosialisasi Sosialisai boleh berlaku samada secara formal dan tidak formal. Pendidikan sosialisasi secara formal berlaku secara langsung di sekolah mengikut sistem yang telah ditetapkan. Agen-agen sosialisai yang lain seperti keluarga, media massa, dan rakan sebaya akan memberikan pendidikan sosialisasi secara tidak langsung kepada anak-anak. Mereka boleh mempengaruhi anak-anak dengan corak kehidupan yang mereka amalkan dan dengan apa yang mereka tonjolkan.

- iii.i -

Peranan pendidikan secara formal sebagai agen sosialisasi

Sekolah atau dengan erti kata lain ialah tempat untuk mendapat pendidikan secara formal. Pendidikan sekolah adalah bertujuan supaya anak-anak mempelajari sesuatu yang baru yang belum dipelajari dalam keluarga mahupun kelompok bermain, seperti kemampuan membaca, menulis, dan menghitung.

Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Sekolah juga ialah tempat untuk mendapat latihan untuk memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk mengusai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Fungsi sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan kebudayaan, merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran ketrampilan berbicara dan

pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif, dan untuk mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.

Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab mensosialisasikan pelajarnya. Guru merupakan role model kepada pelajar-pelajarnya. Selain member pendidikan formal seperi belajar membaca, menulis dan mengira guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi pelajarnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan pelajaranya supaya perilakunya boleh diambil sebagi contoh yang terbaik.

Pendidikan mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar-pelajar mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari disekolah. Tidak ketinggalan juga, pendidikan di sekolah secara wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mencintai dan menluhurkan bendera Negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan.

Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan memetuhi peraturan masyarakat. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sadang mengalami perubahan social yang pesat. Oleh itu, guru disekolah perlu memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa

perkembangan kualiti sosial pelajar mengikut arus perkembangan masa kini.

Sebagai

kesimpulannya

peranan

pendidikan

sebagai

agen

sosialisasi

adalah

disenaraikan seperti berikut; i) ii) iii) iv) Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatnan. Sebagai pembentuk personaliti,sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Sebagai pembentuk masyarakat penyayang. Sebagai penyumbang kepada masyarakat. v) Sebagai pembentuk kerjaya.

- iii.ii -

Peranan pendidikan secara tidak formal sebagai agen sosialisasi

- iii.ii.i -

Keluarga

Sistem sosial yang mengisi ruang hidup setiap individu terdiri daripada masyarakat di mana individu itu berada, budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut, keluarga yang banyak mendidik individu itu secara tidak formal dan sekolah dimana individu itu mendapat pendidikan secara formal; kesemuanya memberi kesan terhadap perkembangan individu tersebut.

Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan keatas perkembangan personaliti individu sebagai anggota masyarakat. Keluarga masih berfungsi sebagai transmitter atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan cara

berfikir dan tingkah laku yang memberi kesan terhadap perkembangan personaliti individu; yang akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

Proses ini berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkahlaku, dimana keluarga membentuk personaliti dan mengekalkan mod atau cara berfikir cara berkelakuan yang kemudiannya menjadi tabiat. Peterson dan Rollins (1987) menamakan proses ini sebagai generational transmission.

- iii.ii.ii -

Media massa

Dalam konteks pelajaran, media massa terutamanya televisyen mempengaruhi sikap dan tingkah laku anak-anak. Kita dapat lihat lebih banyak masa anak-anak sekarang

tertumpu kepada televisyen. Di tambah pula dengan adanya siaran berbayar seperti Astro dan MiTV, kanak-kanak semestinya menghabiskan masa menonton televisyen. Astro contohnya, memperuntukkan satu saluran khusus untuk rancangan kartun semata-mata. Ini akan menghalakan pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu kepada televisyen pelajaran. Dengan itu, televisyen lebih menarik minat mereka

daripada mengulang kaji

daripada pelajaran sekolah yang berbentuk formal dan memerlukan mereka untuk berfikir dan melakukan aktiviti di dalam bilik darjah. Ini akan membawa implikasi buruk yang menyebabkan mereka enggan berfikir atau berusaha mengatasi atau mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Keadaan ini mungkin terbawa-bawa ke sekolah dan guru

perlu membuat P&P yang lebih menarik bagi merangsang semula minat pelajar.

Selain daripada itu, media massa juga mempengaruhi proses sosialisasi dengan menayangkan sesuatu iklan dengan berulang kali sehinggakan khalayak sasaran terasa

ingin mencuba. Kaedah ini banyak digunakan di dalam media mahupun media cetak dan media penyiaran. Bukti media massa boleh mempengaruhi khalayak sasaran ialah bayaran

iklan yang tinggi pada waktu puncak contohnya dari pukul 7 malam sehingga pukul 9 malam. Jika kita menonton TV3 pada jam 8 malam, kita akan dapati bahawa segmen iklan kadang-

kadang mencecah sehingga 10 minit bagi

satu segmen iklan. Begitu juga media cetak,

umpamanya sebagai contoh akhbar Utusan Malaysia. Pada hari ahad kita akan dapati terlalu banyak iklan di dalamnya. Sudah tentu, iklan pada hari tersebut lebih mahal dari hari biasa.

Selain itu, media massa mempengaruhi proses sosialisasi dengan menonjolkan seorang idola yang disifatkan sempurna. Idola ini diwarwarkan sebagai seorang yang berkarisma dan berkredibiliti tinggi sehinggakan khalayak terpengaruh dan fanatik terhadap idola tersebut. Antara rancangan yang bersifat seperti ini ialah Akademi Fantasia. Kita dapati, artis-artis yang lahir daripada program tersebut menjadi idola kepada masyarakat. Contoh artis-artis tersebut ialah Mawi, Felix dan Amylea. Peminatpeminat mereka sanggup melakukan apa saja bagi menyokong artis-artis tersebut.

PENUTUP Di sini dapatlah kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi ialah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota sehingga terjadi pembentukan sikap untuk berprilaku sesuai dengan tuntunan atau perilaku masyarakatnya, dimana sosilisasi bukan sahaja memainkan peranan penting kepada masyarakat tetapi dapat juga dilihat dari segi peranannya kepada bidang pendidikan yang melibatkan golongan guru (orang yang mengajar) dan pelajar. Pembelajaran, sosialisasi di tahap awal melibatkan serangkaian tahapan. Setiap tahap akan memunculkan bentuk perilaku tertentu dan setiap manusia perilakunya berkembang melalui tahapan yang sama. Misalnya, tahap perkembangan yang dikemukakan oleh Erik Ericson (1950), ada delapan tahapan. Tahap pertama pengembangan rasa percaya pada lingkungan, tahap kedua pengembangan kemandirian, tahap ketiga pengembangan inisiatif, tahap keempat pengembangan kemampuan psikis dan pisik, tahap kelima pengembangan identitas diri. Kelima tahapan tersebut terjadi pada saat sosialisasi di masa kanak-kanak. Tahap perkembangan setelah itu adalah tahap keenam merupakan pengembangan hubungan

dengan

orang

lain

secara

intim,

tahap

ketujuh

pengembangan

pembinaan

keluarga/keturunan, dan tahap kedelapan pengembangan penerimaan kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai