Anda di halaman 1dari 24

Bab 1: Kesantunan Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

1. Pengertian Budi
 Merupakan peribadi insan yang mulia, fikiran yang baik dan bijaksana
dengan perbuatan yang berakhlak dan beriman.
 Didefinisikan dalam Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan
kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau
sifat yang baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan upaya yang baik.
 Dalam masyarakat melayu, seorang yang berbudi akan dipandang tinggi
dan dihormati oleh kalangan masyarakat.
 Pendidikan akhlak amat dipentingkan dalam kalangan melayu kita.
2. Pengertian Bahasa
 Dalam kamus dewan (2002), bahasa dimaksudkan simtem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dan percakapan yang
baik,tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
 Ciri-ciri bahasa seperti berikut:
 bersistem dan sistematik
 Arbitrari
 Vokal
 Simbol
 Alat komunikasi
 Dinamis
3. Pengertian Budi Bahasa
 Budi + Bahasa = Budi Bahasa
 Merupakan nilai murni yang telah diamalkan oleh nenek moyang
kita sejak dahulu untuk menjaga keharmonian masyarakat.
 Menurut DBP, budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan
kelakuan yang baik, sopan, pemurahdan sebagainya yang dikenali
sebagai nilai-nilai murni.
 Budi bahasa juga diajarkan daripada pelbagai agama.
 Budi bahasa perlu berpegang kepada nilai-nilai berbudi bahasa
untuk mencapaikan wawasan 2020.
4. Ciri-ciri budi bahasa
 seseorang hendaklah bersopan santun dalam pertuturan kata
 jujur dalam melakukan sesuatu kebaikan
 tidak sombong dan merendahkan diri
 menolongkan orang lain
 seorang pemaaf yang ikhlas dari hati
 seorang yang sabar dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi
 Dalam masyarakat Melayu, juga terdapat perkara-perkara mengenai
adat resam dan agama yang perlu dibuat untuk berbudi bahasa.
5. Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia
 Dipentingkan dalam setiap rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan
agama

Dalam masyarakat Melayu.


 Selaras dengan ajaran Islam
 bercakap dengan nada yang lembut
 menunduk badan apabila dengan orang tua
 salam diberikan semasa bertemu
 memakaikan pakaian yang menutup aurat
 tidak bercakap semasa makan

Dalam masyarakat Cina


 makan dengan menggunakan penyepit
 sopan santun semasa bergaul dengan ibu-bapa
 hormat-menghormati
 menundukkan badan semasa memberi salam
 melayan tetamu dengan baik
 pemurah

Dalam masyarakat India


 duduk ketika makan
 menjaga ibu bapa yang uzur
 tidak bising ketika sembahyang
 bersabar dan tidak bermarah
 berpakaian tidak bercolek mata
 tidak meninggikan suara semasa pertuturan

Tutorial Kuliah 1:
Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri
setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.

Budi bahasa ialah penggabungan dua perkataan iaitu budi dan bahasa. Budi dikatakan
sebagai tingkah laku yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan
mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Bahasa pula merupakan
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan. Budi bahasa
bermaksud tutur kata yang halus dan santun yang terdapat dalam seseorang yang
mempunyai budi bahasa. Secara keseluruhannya, budi bahasa meliputi banyak aspek
seperti pertuturan kata, perbuatannya, cara pemikiran, perasaan dan kepercayaan yang
amat halus seperti sikap yang tertib, santun, simpati dan rendah diri.

Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan
orang India.
1. Dalam perspektif orang Melayu, budi bahasa ialah menurut ajaran Islam.
Budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Seorang
yang berbudi bahasa akan mempamerkan akhlak yang mulia.
2. Dalam perspektif orang Cina, budi bahasa mempunyai kedudukan yang
amat tinggi dalam agama Buddha dan Konfusius. Buddha telah mengatakan
bahawa: "Words have the power to both destroy and heal. When words are both
true and kind, they can change our world." Ajaran Konfusius menekankan
konsep lima hubungan yang meningkatkan hubungan yang baik dan harmonis
yang akan wujud jika nilai berbudi bahasa diamalkan antara satu sama lain.
3. Dalam perspektif agama India, nilai budi bahasa amat dinitikberatkan
dalam sistem kekeluargaan bagi wujudnya perpaduan. Nilai ini diturunkan
generasi selepas generasi kerana menurut konsep ashrama dharma (tahap yang
perlu dilalui oleh manusia) dan aspek pursharta (berasaskan moral dan etika).

Bab 2 : KESANTUNAN BERBAHASA


2.1 Konsep Kesantunan

• Menurut Kamus Dewan (1984), hal, 1115, kesantunan bermaksud halus budi bahasa
atau budi pekerti, beradab atau sopan.
• Menurut Awang Sariyan (2007), definisi kesantunan ialah penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.
• Aspek-aspek konsep kesantunan :
a. kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus.
b. kesantunan sangat kontekstual.
c. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
d. kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.

2.2 Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-tokoh Dunia


Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah
penggunan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan
rasa tersinggung daripada pendengar. Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang
digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.

 Faktor strategi kesantunan :


 kesedaran akan peranan masing-masing
 pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial
 Kuasa
 keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka

Kesantunan dibahagikan kepada dua jenis :


a) Kesantunan asas - kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain.
b) Kesantunan berkala - Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan
yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan
antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.

 Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat


mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
 Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa
menimbulkan sebarang konflik. ( J. Ferguson dan Das Gupta, 1968)
 Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
 Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya,
bukan asal keturunannya
 Kesantunan merujuk kepada aspek non-verbal seperti tingkah laku, mimik muka,
dan nada suara.
 Kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa
berkomunikasi bagi menghormati individu lain.
 Kesantunan berbahasa menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama
diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan.
 Kesantunan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada secara
lahiriah atau batiniah.
 Awang Sariyan (2007) mengatakan bahawa kesantunan bahasa merujuk
kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,memancarkan peribadi
mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang tertentu.
Jenis peraturan bahasa :
I. peraturan linguistik
II. peraturan sosiolinguistik
III. peraturan pragmatic

2.3 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

 Kesantunan melibatkan perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam


sesuatu interaksi dan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa konflik..
 Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa peristiwa peperangan,
pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang berlaku disebabkan seseorang itu
dimalukan.
 Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat kepada
konsep malu yang mungkin berpunca daripada penggunaan bahasa.
 Orang Melayu memberatka penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk
kata-kata. Lidah lebih tajam daripada pedang.
 Kata-kata menggambarkan hati. Hati yang baik akan mengucapkan bahasa
yang santun dan sebaliknya.

2.4 Kesantunan Merentas Budaya:

 Budaya atau kebudayaan yang berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu


buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang
bermaksud budi pekerti atau akal.
 Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang
mengandungi ilimu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang
diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
 Kamus Dewan Bahasa (2002), mendefinisikan budaya sebagai tamadun
atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain).
 Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang merangkumi
aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada secara verbal ataupun
nonverbal.
 Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan disepakati
bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang
disepakati dalam interaksi sosial.
Komunikasi Silang Budaya

 Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan


individu daripada latar budaya yang sebagai.
 Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang
berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status
sosial.
 Komunikasi siang budaya dipengaruhi oleh pandangan terhadap
dunia, kepercayaan dan tingkah laku, etika serta tanggapan terhadap
sesuatu hubungan.
 Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya
bahasa yang digunakan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu
menyebabkan berlakunya salah faham.

Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Melayu

a) Berpegang kuat pada adat resam dan budaya.


b) Memberi salam apabila bersua muka.
c) Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
d) Penggunaan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks.
e) Penggunaan kataan gelaran yang sesuai mengikut konteks.

2. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Cina

a) Tunduk ketika memberi salam.


b) Orang tua makan dahulu
c) Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu
d) Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
e) Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
3. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat India

a) Duduk bersila semasa makan.


b) Tidak membazirkan makanan.
c) Senyap semasa bersembahyang.
d) Menanggalkan kasut sebelum masuk ke kuil.
e) Mematuhi adat dan resam

Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan

a) Kesantunan berpakaian
• Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang pelajar.
b) Kesantunan tingkah laku
• Gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu.
• Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.
c) Kesantunan Berkomunikasi
• Semasa berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya
dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea dan fikiran sahaja.

Bab 3: BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


3.1 Komunikasi Verbal

Aspek-aspek kesantunan verbal

Penggunaan kosa kata dan ganti nama dalam bahasa melayu diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Contoh-contoh gelaran:
 Pak cik : untuk orang lalaki yang sebaya dengan ayah sendiri
 Mak cik : untuk orang perempuan yang sebaya dengan emak sendiri
 Tok : untuk orang lelaki atau perempuan yang sebaya dengan datuk atau
nenek sendiri.
 Abang : untuk orang lelaki yang tidak setua ayah dan tidak semuda sendiri.
 Kakak : untuk orang perempuan yang tidak setua emak dan tidak semuda
sendiri.
 Adik : untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.

Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:


a Panggilan kekeluargaan pertalian darah
 Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang
b) Gabungan nama kekeluargaan asas
 Bang, Kak, Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah
c) Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
 Abang Ipar, Kak Ipar, Adik Ipar, Pak Mentua, Mak Mentua, Tok
Mentua

Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

 Tuan, Encik, Cik, Puan, Saudara, Saudari

Kata Panggilan Dalam Majlis Rasmi

Orang yang disapa Rujukan Hormat


Yang di-Pertuan Agong dan Raja Kebawah Duli Yang Maha ulia Seri Paduka
Permaisuri Agong Baginda
Perdana Menteri,Timbalan Perdana Yang Amat Berhormat
Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewab Yang Berhormat
Undangan Negeri
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

3.3 Komunikasi Nonverbal


Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata ataupun bahasa
badan/tubuh.
Bahasa badan/tubuh merangkumi perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-
geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.
(Abudullah Hassan dan Ainon Mohd., 1999)

Fungsi Komunikasi Nonverbal

a) Mengulang kembali apa yang disampaikan secara verbal


b) Menggantikan verbal dengan simbol atau lambang
c) Menolak sebuah pesan verbal dengan penggunaan pesan nonverbal
d) Melengkapi bahasa bukan verbal
e) Menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

a) Gerakan Anggota Badan


 Gerakan badan boleh menyampaikan mesej dalam komunikasi yang
dihasilkan.
b) Gerakan Mata
 Tidak berminat : Mata bergerak ke sana ke mari
 Mempunyai minat tetapi tidak percaya: Mata dan dahi berkerut
 Malu/tidak tenteram perasaannya: Tidak memandang mata
c) Gerakan Tangan
 Maksud sejagat yang difahami: jari telunjuk di depan mulut – tolong
senyap
 Gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan bertujuan
membantu dan mengukuhkan ucapannya.
d) Mimik Muka
 Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan
seseorang.
 Perasaan sebenar seseorang dapat dikesan dengan mengamati air
mukanya.

3.4 Kesantunan Lisan

Komunikasi lisan/verbal merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung
ketika dua orang sedang berbual.
Contoh:

 Perbualan wawancara
 Ucapan
 Pengacara majlis
 Mesyuarat

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan pengunaan bahasa yang sopan,


beradab dan halus serta pengunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.

Aspek-aspek yang perlu diambil perhatian dari segi bahasa:

 Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan


 Suara dan intonasi yang sopan
 Pemilihan kata yang sopan dan halus
 Gaya bahasa yang sesuai
 Isu perbincangan yang tidak sensitif

Aspek-aspek yang perlu diambil perhatian dari segi bahasa tubuh badan:

 Gaya percakapan yang sopan
 Pandangan mata yang sesuai
 Mimik muka yang positif
 Imej diri
Pengunaan kata ganti diri dan kata penggilan hormat serta pangkat haruslah menurut
sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Kata ganti diri ialah perkataan yang
digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar


Pertama Saya, kami Aku
Kedua Anda, awak Engkau, kamu
Ketiga Dia, beliau, mereka Keparat itu

3.5 Kesantunan Penulisan

Penyampai melalui komunikasi bertulis perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan
sesuatu kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada
penyampai. Selain itu, mesej yang ditulis juga tidak boleh diubah sesuka hati.
Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:

 Surat rasmi
 Laporan
 Kertas Kerja
 Pidato
 Minit Mesyuarat

Bentuk komunikasi bertulis secara tidak formal ialah:

 Penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga dan lain-lain.


Aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian dalam bentuk komunikasi bertulis:

 Penggunaan kata penggilan


 Kata sapaan
 Gaya bahasa
 Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
 Isi yang tidak sensitif

BAB 4: PERATURAN BERBAHASA

PERATURAN LINGUISTIK
 Lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan
dengan urusan dan majlis rasmi
 Kegunaan kata ganti nama yang tepat
 Intonasi percakapan yang rendah
 Sebutan perkataan haruslah tepat serta halus

PERATURAN SOSIOLINGUISTIK

 Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan


seseorang yang lain
 Penggunaan kata sapaan yang betul
 Kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem
dalam masyarakat
 Gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain lagi
 Panggilan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang
Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya
 Kata ganti nama diri seperti tuan dan puan

PERATURAN PRAGMATIK

 Penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi


 Pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan
pembicara
 Setiap wacana memerlukan pilihan kata yang berbeza dan sesuai dengan
tujuannya dan matlamatnya
 Dapat mempengaruhi orang yang dipujuk

4.2 JARAK SOSIAL

 Perbezaan kelompok-kelompok mayarakat secara horizontal berdasarkan


jarak peradaban
 Perbezaan dalam ilmu pengetahuan kemajuan yang dimiliki seseorang atau
masyarakat terhadap kemajuan dan pengetahuan orang atau masyarakat
lain
 Menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali
apabila berbual dengan rakan-rakan berbanding dengan orang yang lebih tua
daripada kita
 Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban,
perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik

4.3 KONTEKS PERCAKAPAN

PENUTUR DAN PENDENGAR

 Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan


untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya
 Sesuatu ujaran akan membawa maksud yang berbeza apabila diucapkan
kepada orang yang mempunyai umur yang berbeza

TOPIK PEMBICARAAN

 Mudah memahami isi wacana


 Menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang
dibicarakan
 Kata-kata mempunyai makna yang berbeza kerana perlulah bergantung
kepada topik pembicaraannya
LATAR PERISTIWA

 Tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang
melatari terjadinya peristiwa percakapan

PENGHUBUNG

 Medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan


 Menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan

LARAS BAHASA

 Memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta
dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan

BENTUK PESANAN DAN MAKLUMAT

 Tepat, karena bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental


 Sesuai dengan kehendak pendengar

PERISTIWA PERCAKAPAN

 Peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan


 Dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan

4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT

 Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi


iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan
kedudukan sosioekonomi
 Perlu selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan
 Bertepatan dengan suasana keadaan
 Bercakap tentang perkara yang penting dahulu
 Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap
 Menitikberatkan perkara yang penting dahulu supaya menimbulkan sesuatu
kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek

4.5 GILIRAN BERCAKAP


 Masyarakat melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam
perbualan
 Dalam berbicara, berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan
cara pertanyaan

a) “Menurut pandangan kamu bagaimana?”


b) “Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
c) “Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.”
d) “ Bagaimana menurut pendapat anda.”

 Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar dan dititip secara santun


 Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali
 Aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib

Dalam keluarga:
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan
nenek.
2. Ibu atau bapa
3. Kakak atau abang yang lebih besar
4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik

Di sekolah:
1. Pengetua atau Guru Besar
2. Penolong kanan sekolah
3. Ketua unit atau jabatan
4. Para pensyarah atau guru
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6. Para pelajar

4.6 MEMULAKAN DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN

 Membuka percakapan dengan mengajukan pertanyaan atau memberi salam


 Mengakhiri percakapan dengan mengucap terima kasih, permohonan maaf,
pernyataan harapan
4.7 PEMILIHAN KATA

 Gelaran pergaulan bebas untuk semua pihak


 Gelaran warisan untuk kerabat diraja

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN LISAN

Teori Kesantunan Brown dan Levinson(1978;1987)mengutarakan andaian


bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari
bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.

Konsep air muka bermaksud imej diri penutur di tempat awam (public self
image).Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi berkesan.
Mengemukakan dua jenis air muka iaitu:

i. air muka positif


ii. air muka negatif

Strategi berinteraksi akan berbeza-beza mengikut jenis air muka pendengar.

 Masyarakat Melayu menganggap amat memberatkan perlakuan yang


menjaga air muka atau maruah pendengar.
 Oleh itu, mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik
semasa berinteraksi secara lisan.
 Justeru, orang-orang Melayu menggunakan pelbagai strategi semasa
berinteraksi.

Strategi-strategi kesantunan yang digunakan ialah:

i. Strategi ikhlas
ii. Strategi merendah diri
iii. Strategi maaf
iv. Strategi penyelesaian
v. Strategi memberi peluang
vi. Strategi penghargaan dan pujian
vii.Strategi berterima kasih
viii.Strategi kiasan
ix. Strategi berhemah dan lemah-lembut
x. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
xi. Strategi kecindan
xii.Strategi menyapa/menegur
xiii.Strategi ungkapan Rabani

i. Strategi ikhlas

 Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai


• Contoh:
→ Aku harap hang tak marah, aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi tahu ni,
tak elok lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan.

ii. Strategi merendah diri

 Menggunakan ungkapan-ungkapan membawa maksud penutur merendah diri


dengan mengaku kelemahan atau kekurangan diri.
• Contoh:
→ Aku ni tak pandai sangat, itu sajalah yang aku dapat tolong.

iii. Strategi maaf

 Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu


• Contoh:
→ Maaf ya! Boleh saya bercakap sikit.

iv. Strategi penyelesaian

 Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian


cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan
• Contoh:
→ Saya rasa untuk menjimatkan masa, kita setuju sajalah cadangan yang
dibuat oleh Pak Mat tadi iaitu kita akan mengutip derma untuk membiayai
program ini.

v. Strategi memberi peluang

 Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam


masyarakat untuk bersuara
• Contoh:
→ Kita dah banyak memebrikan cadangan, apa kata kalau kita dengar pula
pandangan orang lama dalam kampung ni iaitu Pak Ali untuk memberikan
pendapat.

vi. Strategi penghargaan dan pujian

 Ujaran yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan


yang disenangi.
• Contoh:
→ Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Pak Samad kerana telah
bertungkus-lumus menjayakan program ini.

vii. Strategi berterima kasih

 Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah


membuat sesuatu kebaiakan atau pertolongan.
• Contoh:
→ Aku sangat berterima kasih kepada hang, Ali sebab telah membantu aku
tadi.

viii. Strategi kiasan

 Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka
seseorang.
• Contoh:
→ Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, kamu mesti bersungguh-sungguh
supaya berjaya jangan hangat-hangat tahi ayam.

ix. Strategi berhemah dan lemah-lembut

 Menggunakan ujaran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran
atau nasihat supaya pendengar tidak berkecil hati.
• Contoh:
→ Oleh kerana Mat telah melakukan kesalahan tu, tak pa lah, benda telah
berlaku, nak buat macam mana. Tapi Pak Cik harap Mat insaf dan bertaubat
dan tak akan buat lagi pada masa akan datang.

x. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri

 Ujaran perkenalan dan untuk menimbulkan kemesraan


• Contoh:
→ Assalamualaikum, saya Ahmad bin Hassan, saudara pula siapa nama?

xi. Strategi kecindan


 Menggunakan ujaran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan
gembira
• Contoh:
→ Ha! jangan marah Pak Mat, nanti lekas tua….

xii. Strategi menyapa/menegur


 Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan
keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang
• Contoh:
→ Pak Cik!, baca surat khabar ka? Boleh saya sembang sikit.

xiii. Strategi ungkapan Rabani


 Menggunakan ujaran seperti Bismillah, Alhamdulillah, doa untuk
menunjukkan kekuasaan Allah
• Contoh:
→ Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT
kerana dengan izinnya dapat kita berjumpa pada majlis ini.

BAB 6: ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

6.1 ISU PENDIDIKAN

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

 ekonomi negara dapat ditingkatkan hasil daripada pendidikan yang berkualiti


 dapat melahirkan banyak tenaga pakar di negara kita
 dapat menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf dan dihormati oleh negara-
negara lain.
 dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara
maju yang lain.
 menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pendidikan serantau

6.2 ISU MEDIA

KEPENTINGAN

 Sumber maklumat yang boleh didapati dengan mudah dan cepat pada bila-bila
masa
 Sebagai media komunikasi yang lebih efisien
 Sebagai media hiburan
 Saranan pendidikan dengan adanya buku digital yang mudah dan praktikal

6.3 ISU GEJALA SOSIAL

1. GEJALA PONTENG SEKOLAH

DEFINISI

 Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab


 Lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran
 Juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri
kelas

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH

 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah


 Kurangnya kasih sayang serta pemamtauan daripada ibu bapa
 Pengaruh rakan sebaya
 Mencari keseronokan
 Peraturan sekolah yang terlalu ketat
 Tekanan ekonomi

KESAN PONTENG SEKOLAH

 Pembaziran masa dan tenaga


 Masyarakat memandang serong kepada pelajar
 Masa depan tidak terjamin
 Menjejaskan peratus kedatangan pelajar
 Kesan gejala ponteng sekolah kepada guru
 Memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di
sekolah
 Mengganggu proses pembelajaran
 Memburukkan pencapaian mata pelajar

CARA MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH

 Pelajar-pelajar diberikan motivasi kesedaran diri


 Ibu bapa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak
 Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
 PIBG juga membantu sekolah
 Masyarakat prihatin terhadap isu ini
 Kempen "Sekolahku, syurgaku" dijalankan sepanjang tahun
 Pihak polis membantu pihak sekolah
 Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik

2.PENYALAHGUNAAN DADAH

FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH

 Jika sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan'
anda
 Kehidupan moden yang sangat sibuk dan merumitkan
 Tekanan
 Ingin mencuba

KESAN

 Mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah


 Memusnahkan pelbagai organ dalam badan
 Masalah sistem imun akan berlaku

LANGKAH

 Melalui pemantauan yang kerap dan berterusan


 Menguatkuasakan undang-undang negara
 Memberi kaunseling

3. ISU MAT REMPIT

PUNCA

 Pengaruh rakan sebaya


 Mengejar keseronokan
 Kurang didikan agama
 Desakan naluri
 Cara hidup
 Kurang kasih sayang ibu bapa
Kesan

Dari segi sosial


 Mengancam keteramanan dan ketenangan suasana malam
 Kes jenayah berlaku

Dari segi ekonomi

 Membazirkan wang dalam mengubahsuai kenderaan


 Melakukan jenayah dan merugikan ekonomi negara kita

Dari segi politik


 Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit
 Meruntuhkan imej negara

LANGKAH

 Perhatian yang secukunya


 Penguatkuasaan undang-undang
 Motivasi dan kaunseling

4. PEMBUANGAN BAYI

FAKTOR-FAKTOR

 Kurangan didikan agama


 Keruntuhan institusi keluarga

KESAN

 Menjatuhkan nama keluarga dan diri


 Manusia menjadi tidak bertanggungjawab

6.4 ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DEFINISI
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data
 Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi.

FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan,


menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya
 Guru-guru boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT
untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran
 Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang
lengkap
 Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau
rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan

CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DISALAHGUNAKAN PADA ZAMAN INI YANG


MENJEJASKAN KESANTUNAN

 Jenayah siber
 Penggodam maklumat
 Bahan-bahan pornografi
 Kewujudan budaya plagiarism

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul


semasa berinteraksi dalam media sosial
 Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa
menggunakan TMK
 Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan
masyarakat menggunakan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK
 DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul
semasa menggunakan TMK.

6.5 ISU-ISU TAMBAHAN

 Isu sikap ibu bapa dan masyarakat


 Ustaz biar suami merogol anak didakwa
 Ibu bapa bunuh anak sendiri, gagal bunuh diri
 Ibu pelajar tampar guru
 Isu pertembungan budaya

Anda mungkin juga menyukai