Anda di halaman 1dari 18

TEORI PERKEMBANGAN

KOGNITIF JEAN PIAGET

AZMI BIN ABDUL HAMID


IPG KAMPUS IPOH
HULU KINTA, PERAK
abah444
Latar Belakang
Jean Piaget
 Beliau lebih banyak
 Lahir pada Ogos 1896 menggunakan istilah
di Neuchatel biologi dalam
Switzerland. pengkajiannya
 Meninggal pada  Beliau lebih banyak
September 1980. menekankan
 Memiliki Ijazah Ph.D perkembangan
dalam bidang Biologi kognitif kanak-kanak
abah444
Beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui
empat peringkat mengikut perubahan umur mereka.

Piaget mengenalpasti empat faktor yang


mempengaruhi proses pemikiran individu :
 Kematangan biologi dan genetik
 Interaksi individu dengan persekitaran
 Pengalaman sosial
 Keseimbangan
 Cara individu mengadaptasi maklumat dengan
situasi yang baru alami

abah444
PROSES MENCAPAI
KESEIMBANGAN

abah444
Skema
 Merupakan tindakan menyimpan dan menyusun
maklumat baru ke dalam minda hasil dari
pengalaman seseorang
 Bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan
 Proses menyusun dan pembentukan skema ini
dipanggil organisasi.
 Menyimpan dan menyusun maklumat memang
sentiasa dilakukan kerana manusia cenderung
untuk memahami sesuatu situasi dan
menyelesaikan kekusutan
 Skema dibentuk dari yang mudah kepada yang
kompleks
abah444
Adaptasi
 Dalam situasi-situasi tertentu, individu perlu
mengubahsuai maklumat-maklumat sedia ada dengan
maklumat yang baru diterima

 Piaget berpendapat maklumat atau idea baru perlu


ditambah dan diperbaharui dari semasa ke semasa
 Proses mengubahsuai maklumat sedia ada (skema)
dengan skema baru dipanggil adaptasi

 Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait


iaitu asimilasi dan akomodasi.

abah444
 Asimilasi bermaksud
pengalaman/maklumat
Asimilasi baru disesuaikan dengan
pengalaman/maklumat
sedia ada

 Akomodasi bermaksud
pengalaman/maklumat
Akomodasi lama ditukarkan untuk
disesuaikan dengan
pengalaman/maklumat
baru yang seterusnya
membentuk skema baru
abah444
Ketidakseimbangan & Keseimbangan
(Disequilibrium & Equilibrium)

 Kanak-kanak yang gagal menyesuaikan skema


baru dan skema lama ke dalam pemikirannya di
panggil ketidakseimbangan (disequilibrium).
Kanak-kanak yang gagal ini akan terus membina
skema baru ke dalam pemikirannya sehinggalah
keseimbangan berlaku.

 Kanak-kanak yang berjaya membuat penyesuaian


skema lama ke skema baru dikatakan telah
mencapai keseimbangan (equilibrium)
abah444
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN KOGNITIF

abah444
UMUR PERINGKAT CARA BERFIKIR
0–2 Deria Motor  Kanak-kanak menggunakan
tahun deria dan pergerakan fizikal
untuk meninjau dan
memahami dunia mereka
 Maklumat deria dan
kebolehan motor
dikoordinasikan untuk
meneroka persekitaran
 Banyak menggunakan mulut
untuk meneroka objek
 Di peringkat akhir, kanak-kanak
boleh menyesuaikan tingkah laku
dengan kehendaknya dan
menggambarkan objek di dalam
memorinya
abah444
UMUR PERINGKAT CARA BERFIKIR
2 -7 tahun Pra-operasi  Mula menggunakan minda
untuk membentuk skema baru
 Boleh menggambar dan
merancang pergerakan/aktiviti
 Boleh menggunakan simbol
termasuk isyarat dan
membayangkan sesuatu
seperti watak kartun
 Belum boleh berfikir secara
logik dan rasional
abah444
7 – 11 Operasi  Mula boleh berfikir secara logik
tahun Konkrit walaupun masih terikat dengan
situasi konkrit
 Boleh menguasai konsep
pengekalan (Cth.: air dalam
gelas)
 Boleh menguasai konsep
pengelasan
 Boleh membuat susunan bersiri
 Diperingkat akhir, boleh
memahami dan menerima
pandangan orang lain yang
berlainan dengan pandangannya

abah444
11 tahun Operasi  Boleh melakukan proses mental ke
keatas Formal atas idea-idea
 Boleh membuat jangkaan dan
andaian
 Boleh berfikir secara abstrak konsep
hipotetikal
 Boleh Memiikir akibat jangka panjang
 Di peringkat remaja, adakalanya
bersifat egosentrik terhadap idea dan
pemikirannya

abah444
Implikasi Teori Kognitif Piaget

 Teori Piaget memberi fokus kepada idea untuk


memperkembangkan pendidikan yang sepadan atau
bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal
pelajar.

 Guru perlu menilai persekitaran pembelajaran,


kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.

 Guru harus berfokus kepada proses pemikiran pelajar


dan bukan hanya kepada hasil atau produk akhir untuk
memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir
yang betul.
 Piaget menggalakkan pelajar memainkan peranan
penting dan melibatkan diri di dalam aktiviti
pembelajaran. Tindakan guru sebagai pemindah
pengetahuan tidak digalakkan, sebaliknya pelajar
perlu meneroka dan mendapatkannya sendiri
pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran.

 Piaget tidak bersetuju supaya perkembangan


kognitif kanak-kanak dipercepatkan melalui melalui
kaedah tertentu. Piaget dan pengikut-pengikutnya
menentang idea menjadikan pemikiran kanak-kanak
seperti orang dewasa.
 Mereka berpegang teguh kepada pendapat bahawa
pengajaran ‘premature’ atau pengajaran dipaksa
kepada kanak-kanak yang belum sampai pada tahap
kematangan tertentu, tidak akan bersedia untuk
menerima ilmu atau pengajaran dan kesannya lebih
buruk dari tiada pembelajaran sebab kanak-kanak
akan menerima secara ‘superficial’ formula cara
berfikir orang dewasa dan bukan pemahaman sebenar
mengenai sesuatu perkara.

 Piaget bersetuju dengan pendapat yang mengatakan


terdapat perbezaan individu dalam kecepatan sampai
ke peringkat perkembangan tertentu. Semua orang
memang akan melalui peringkat perkembangan
kognitif yang sama tetapi masa mereka sampai
berlainan.
 Guru haruslah menyediakan beberapa aktiviti
pembelajaran supaya sesuai dengan kebolehan
berfikir dan keupayaan fizikal pelajarnya.

 Sehubungan itu, penilaian kebolehan pelajar harus


setakat mana kebolehannya dan tidak perlu
dibandingkan dengan pelajar lain.

 Pendapat beliau ini juga dipersetujui oleh Gardner dan


Sternberg yang mengatakan kecerdasan seseorang
lebih bergantung kepada proses menyelesaikan
masalah atau di mana tingkah laku tersebut
dilaksanakan dalam usaha individu mengubah
persekitaran supaya sampai ke tahap keselesaan
mengikut tafsirannya.
Teng Q

Anda mungkin juga menyukai