Anda di halaman 1dari 3

Apakah faktor yang menyebabkan kehilangan peraturan berbahasa?

Berbicara tentang kesantunan bahasa memang telah banyak diperkatakan oleh


tokoh-tokoh bahasa terkenal di Malaysia seperti Asmah Omar dan Awang Sariyan. Ini tidak
termasuk kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli bahasa di universiti-universiti tempatan
dan antarabangsa.

Malah ruang lingkup kajian tidak hanya tertumpu kepada takrif kesantunan itu sendiri
tetapi turut menyentuh perkara-perkara lain yang membicarakan persoalan tentang
kesantunan bahasa dalam kalangan komuniti yang dikaji. Pemahaman tentang kesantunan
bahasa bagi setiap golongan mungkin berbeza kerana ada yang berpendapat cukup
sekadar memanggil orang tua dengan panggilan pak cik dan mak cik maka terserlah prinsip
kesantunan tersebut.

Namun hakikatnya, banyak perkara yang perlu diteliti dalam menyelongkar maksud
sebenar kesantunan bahasa dalam erti kata yang sebenar, di samping mencari inisiatif
dalam meningkatkan kesantunan dalam kalangan masyarakat. Perbincangan di sini
bukanlah hendak memberi fokus kepada perlakuan atau perbuatan fizikal yang tidak
menunjukkan kesantunan. Tetapi memberi tumpuan kepada penggunaan bahasa yang tidak
sopan.

Sekiranya hendak dibincangkan perlakuan yang tidak sopan dalam kalangan


masyarakat hari ini, saban hari kita telah disajikan dengan berita-berita yang mengarah
kepada perlakuan di luar sempadan kesantunan tersebut. Malah daripada pemaparan
perlakuan yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besar perlakuan tidak sopan dan
boleh mencapai kepada perlakuan yang lebih ganas. Hakikatnya seperti yang dinyatakan
oleh Awang Sariyan bahawa kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang tertentu.

Lumrahnya, masyarakat akan melihat didikan daripada ibu bapa sebagai asas
kepada pembentukan kesantunan bahasa. Ini sejajar dengan pernyataan Awang Sariyan
bahawa asas kepada kesantunan bahasa adalah kepatuhan kepada peraturan bahasa.
Namun demikian dalam realiti kehidupan seperti dalam percaturan sesuatu ceramah bagi
tujuan berkempen dalam kalangan ahli politik mungkin ada sebahagian masyarakat
beranggapan tidak memaparkan kesantunan bahasa.

Justeru, di sinilah perlunya untuk melihat kepada peraturan penggunaan bahasa.


Pihak lawan dan yang dilawan akan saling mencari idea dalam memancing undi para
pengundi. Maka peraturan bahasa tidak lagi diguna pakai dalam hal yang sedemikian.
Walapun demikian tidak dinafikan masih ada lagi ahli-ahli politik yang patuh pada peraturan
penggunaan bahasa ini, mungkin untuk mengelakkan dikatakan sebagai calon atau ahli
politik yang biadap.

Jika asasnya bermula daripada didikan ibu bapa maka seharusnya kita mencari
pendekatan yang benar-benar memudahkan kalangan ibu bapa dalam memberi
pengetahuan dan praktikal kepada anak-anak. Ini kerana kita sendiri akan berasa malu
sekiranya ada kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi masih terbawa-bawa dengan
adap sopan santun dengan orang tua yang mungkin telah diterima dari sejak kecil untuk
memanggil golongan tua dengan panggilan mak cik dan pak cik.

Walaupun nampak tidak ada kewajarannya bagi situasi ini untuk seorang yang
terpelajar memanggil seorang pensyarah dengan panggilan mak cik atau pak cik hanya
kerana pensyarah tersebut sudah kelihatan agak tua. Tetapi itulah kebenarannya. Kalau kita
menjadikan pakaian kita sebagai cara untuk menutup segala keaiban fizikal kita, maka ini
juga merupakan suatu bentuk kesantunan.

Dalam memperkatakan kesantunan berpakaian sudah tentu banyak perkara yang


perlu diteliti bukan sekadar sehelai kain yang menutup tubuh seseorang tetapi yang perlu
dilihat adalah lebih daripada itu seperti jenis kain, saiz pakaian, ketebalan kain dan
sebagainya. Jika dilihat daripada perspektif bahasa, kesantunan bahasa menjadi pakaian
harian kepada individu. Ini kerana setiap hari kita tidak dapat lari dalam berkomunikasi
dengan masyarakat sekeliling kita. Maka di sini peraturan penggunaan bahasa amat dititik
beratkan.

Dalam situasi formal dan tidak formal penggunaan bahasa yang seharusnya diambil
perhatian sudah tentu berbeza. Peraturan bahasa yang menjadi asas kepada kesantunan
bahasa, seperti yang dikatakan oleh Asmah Omar perlu dilihat kepada tiga jenis iaitu
peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik. Secara ringkas
peraturan linguistik memberi penelitian terhadap sebutan dan nahu, manakala peraturan
sosiolinguistik melibatkan peraturan dalam berkomunikasi atau berinteraksi dan seterusnya
peraturan pragmatik menyentuh tentang keberkesanan tujuan komunikasi tersebut.

Berdasarkan kepada peraturan bahasa ini bermakna setiap satu melibatkan konteks
yang berbeza. Hanya kita sebagai masyarakat mungkin tidak dapat membezakan dan
mungkin tidak sedar bahawa setiap bentuk perlakuan dan penggunaan bahasa seharian kita
ini, sebenarnya telah mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Kebiadapan individu dalam
berkomunikasi akan mencetuskan pelanggaran peraturan ini, akibatnya komunikasi akan
gagal. Jadi bagaimanakah seharusnya sebagai ibu bapa dan juga masyarakat kita dapat
mendidik anak-anak kita agar benar-benar mengikut peraturan tersebut?
Dalam hal ini, sebagai masyarakat biasa, pemahaman terhadap setiap peraturan
tersebut cukuplah sekadar dengan kita memahami peraturan penggunaan bahasa yang
tidak menyinggung perasaan orang sekitar kita. Juga pada dasarnya perlulah melihat juga
kepada kesesuaian keadaan, masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau
menguak. Kekangan dalam memastikan setiap anggota masyarakat patuh pada peraturan
ini dalam penggunaan bahasa mungkin agak sukar.

Ini terutamanya jika individu tersebut terlalu cepat terpengaruh dengan penggunaan
bahasa tidak sopan yang dipaparkan dalam internet atau mungkin dalam media massa.
Oleh itu masyarakat yang menjadi pemerhati atau penilai bagi penggunaan bahasa dalam
kalangan komuniti atau di luar komuniti mereka, juga perlu bertindak mengikut peraturan ini.
Bahkan dengan melarikan diri daripada sebarang peraturan bahasa ini akan meletakkan
masyarakat tersebut kepada pengabaian kesantunan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai